**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Sunday 16 February 2020

Perfectly Halal! [bab 9, bab 10 & bab 11]


BAB 9
Setelah memparkir skuter di bawah garaj yang letaknya di sebelah kanan rumah, cepat-cepat aku melangkah ke arah banglo di hadapan mata. Nampaknya keadaan taman yang cantik dengan kolam hiasan tidak mampu membuatkan diri aku tenang. Memang semenjak si Qashah tak guna tu muncul dalam banglo mewah ini, kehidupan aku sudah jadi tak tenteram! Tengok, nak datang bekerja pun kena terhendap-hendap macam pencuri.
 Di pagi yang hening ini aku melangkah perlahan ke arah pintu utama rumah kediaman Datin Mahani. Janganlah terserempak dengan lelaki tu. Malas nak dengar rayuannya yang panjang berjelanya nanti. Takut juga hati aku goyah nanti. Maklumlah, hati ni sentiasa berbolak-balik sifatnya. Haih!! Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Anak mata merenung seketika ke arah pintu kayu sebelum membongkokkan tubuh. Baru sahaja hendak membuka kasut, terdengar suara sayup-sayup seseorang di dalam sana. Terus anak mata melekat pada pintu yang sedikit renggang itu. 
Confirmed itu suara dia!
"Relax la papa..penat study tak habis lagi. Nanti-nantilah masuk office tu." 
Memang confirmed itu suara Qashah! Kepala yang tak gatal aku garu. Macam mana nak masuk ke dalam ni? Aduhhh..masalah betullah! 
"Bila nak habis penat tu? Entah-entah sampai tahun depan pun tak habis penat kamu." 
Kedengaran satu suara yang sangat matang bersuara dengan nada berang. Ha..itu mesti suara Dato' Aziz. Walaupun masuk hari keempat bekerja di sini, aku masih tidak bertemu muka dengan lelaki itu lagi. 
Eleh si Qashah tu! Penat study konon! Ke penat buat drama dengan Emylia??! Aku mencebikkan bibir sambil memasang telinga. Tak jadi terus nak tanggalkan kasut di kaki. 

"Papa..please..don't pressure me. Lagipun Aidid is there for you, kan? Biarlah dia aje tolong papa. Qashah tak habis stress belajar pun lagi ni." Terus-menerus dia memberikan alasan.
"Kamu ingat aku tak tahu? Kamu tu tak puas berjoli kan? Listen here Qashah. Papa beri masa sampai hujung bulan ni. Period." 
Tergamam seketika aku mendengar nada suara Dato' Aziz itu. Nyata dia sudah hilang sabar dengan Qashah. Entahlah hubungan cinta yang bagaimana yang kami jalani kerana selama dua tahun bercinta dengannya dia tak pernah pun tunjuk belangnya tu kepada aku. Mungkin sebab aku jarang-jarang berdating dengannya seperti pasangan lain agaknya.
"But papa.." Masih lagi lelaki itu mahu memberikan alasan. Tapi, dengan pantas Dato' Aziz memintas.

"You better get your act together, Ayden Aqashah! Itu pun kalau kamu masih mahu tinggal di sini." Tegas Dato' Aziz. 
Oh'oh..nampaknya lelaki itu telah diberi kata dua. Take it or leave it! 
Kalau tak mahu masuk office terpaksalah dia berambus dari sini. Ah, tapi anak orang kaya kan, mesti  sudah banyak aset di atas nama dia. Entah-entah dia tak peduli pun dengan ugutan Dato' Aziz itu.
"Papa.." Aku dengar Qashah mengeluh. Hah! Apa lagi alasan dia nak kasi.
Baru sahaja hendak mendengar dengan lebih lanjut drama di pagi hari ini, terasa beg sandang belakangku seperti ditarik seseorang. Pantas aku menoleh ke belakang dengan jantung yang berdetak laju gara-gara terlalu terkejut!
"Astaghfrullahalazim.."
Terus beristighfar aku jadinya. Sebelah tangan melurut dada. Terkujat teruk jadinya aku. Memang patutlah aku terkejut. Mr. Dictator sedang tenung aku rapat-rapat dengan pandangan maut! Mati aku! Bulat mataku merenung ke arahnya yang kelihatan sangat segak dalam suit hitam. Boleh pula dia tenung aku sambil mengusap kawasan dagu yang berjambang halus dan kemas itu.
Apa agaknya yang berada dalam fikirannya?
"Ni..kau datang sini nak mengintai & curi dengar perbualan orang atau nak bekerja?" Soalnya dengan wajah yang tegang. 
Alamak, kan dah kantoi! Terus aku menjawab dengan perlahan.
"Nak bekerja, Tuan Aidid." Muka seposen aku tayang meminta simpati. Aku lihat dia tersenyum sinis. Siap tepuk tangan lagi. 
"Well, that's not how I see it.." Bidasnya. Terdiam aku. Anak matanya tajam mencerlung ke mari.
"Betul tak tekaan aku? Kau ni memang bermotif . Kau datang sini nak sambung balik cerita lama dengan adik aku? Betul??" Akhirnya dia membuka mulut dengan pedas. Terus aku menggelengkan kepala. Siap gawangkan tangan lagi kepadanya. 
"Astaghfirullahalazim..saya takde niat pun..saya dah takde apa-apa dengan adik tuan. Sumpah!" Bersungguh-sungguh aku bersuara begitu dengan rasa bersalah yang teramat. 
Alamak, apa aku nak buat ni? Agak-agak dia marah aku tak? Aduhh. Sebelah tangannya sudah pun bercekak pinggang. 
"Pandai pula beristighfar." Perlinya 
"Tuan Aidid..mana ada saya curi dengar." Luahku. Masih hendak menafikan. Iyalah, aku terrrdengar. Bukan niat aku nak curi dengar. 

"Lepas tu apa? Curi tulang?" Soalnya dengan sinis. 
Terus aku memfokuskan pandangan ke arah jam di pergelangan tangan kanan. 
  
"Waktu kerja saya bermula lagi 15 minit. Jadi, curi tulang pun bukanlah kan?" Aku menjawab juga bersama sengihan di bibir. 
Ketat sangat muka dia tu. Mana tahu sejuk sikit hati bila nampak sengihan aku ni. Nafas aku tarik dalam-dalam.  Dia pula hanya merenung wajahku dengan tajam.

"Macam ni..sebenarnya, saya nak masuk ke dalam tadi tetapi saya terdengar suara kembar Tuan Aidid tu sedang berbual dengan Dato' Aziz." Beritahuku dengan jujur. Sebelah tangan meraup dahi. 

"So, what are you waiting for? Masuklah." Arahnya. 
Aku terus menggelengkan kepala. Gila apa aku nak masuk ikut sini? Tak mahulah aku bertemu muka dengan Qashah. 

"Takpe. Saya masuk ikut pintu belakang je. Saya pergi dulu, Tuan Aidid." Terus aku meminta diri. 
Kedua-dua tangannya membetulkan coat di tubuh dan kemudian dia anak matanya kembali memanah wajahku. 
"You better get your act together, girl! Itu pun kalau kau masih nak bekerja di sini." Sebaik sahaja dia berkata begitu, terus lelaki itu menonong menuju ke arah taman. 
"Baik, Tuan Aidid. Saya minta maaf."
 Tetap juga aku menjawab sebelum kakiku laju berlari anak menuju ke bahagian belakang rumah. Sementara Qashah masih berbincang dengan Dato' Aziz, baik aku menyelinap masuk ke dalam rumah. Takut pula terserempak nanti.
Lega jadinya aku apabila melihat keadaan pintu belakang sememangnya terpelahang luas. Aku memang tahu Mak Ngah selalu biarkan pintu terbuka begitu untuk membebaskan asap, haba dan segala bauan ketika memasak dan mengemas dapur. Masih lagi dalam keadaan terintai-intai aku melangkah masuk ke dalam bahagian dapur basah. Manalah tahu kalau tiba-tiba si kasanova tu muncul di ruangan ni pulak!
"Tia?"
Terkejut jadinya Mak Ngah melihat kelibatku di sini. Bawang di tangan diletakkan semula ke dalam piring. Cepat-cepat dia melangkah ke mari. 

"Dah kenapa masuk ikut pintu belakang ni?" Soalnya kehairanan. Aku terus tersenyum sumbing sambil menggelengkan kepala. 

"Takde apa-apa. Saja nak jumpa Mak Ngah. Rindu." Terus aku memeluk tubuh wanita ini. Berkerut wajahnya. Kepala digelengkannya sedikit.
"Eleh. Macamlah Mak Ngah tak kenal kamu. Tia kan kuat makan. Laparlah tu! Tu..atas meja ada pretzel bun. Ambillah kalau nak." Ujarnya sambil menudingkan jari ke arah dapur basah.
 Aku hanya mampu tersenyum lucu. Memang semua yang rapat dengan aku tahu yang aku ni kuat makan. Masa awal-awal dulu, ketika tertekan kerana dapat tahu yang Qashah curang pun, pengubatnya adalah makanan! 
Aduhhh nasib baik takde bakal suami atau bakal mertua kat sini. Kalau tak terus cancel agaknya nak buat isteri atau menantu!

"Terima kasih Mak Ngahhhh!" Sengaja aku kuatkan suara dan memeluknya dengan sangat erat. Kemudian aku kucup pipinya dengan tiba-tiba.
"Mwahh!!" Ucapku dengan kuat. Sengaja nak mengusik dia. Apa lagi, terkejutlah dia. Mak Ngah kan ada penyakit latah!
"Eh mwah mwah, meow meoww!!! Dua tiga kucing berlari! Manakan sama kucing belang! Eh!" Latahnya sambil menepuk dahi.
Terus ketawa besar aku jadinya. Setelah sedar kembali, wanita berbaju biru ini terus merenung ke arahku dengan geram. 
"Kamu ni Tia..!" Gumamnya sambil menggelengkan kepala. Kecil-besar kecil-besar aje dia tengok aku!
"Okaylah, Tia naik dulu. Bye." Pamitku bersama sisa ketawa yang masih berada di bibir. 
Langkah kaki aku aturkan laju untuk masuk ke ruangan dapur kering. Kemudian, aku bergerak ke arah meja pulau. Tersenyum lebar aku merenung ke arah pretzel bun yang tersusun di dalam sebuah pinggan kaca yang agak besar. 
"Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari." Gumamku dengan sangat riang. 
Namun, terus tersentak aku jadinya apabila sebaik sahaja mencapai pretzel, aku tersedar yang ada seseorang sedang asyik merenung ke mari di sebelah peti sejuk. Di tangannya ada kotak peel fresh oren. Sebelah tangan lagi pula menjinjing briefcase kulit berwarna hitam. 
Aduhhh! Masalah dah datang ni. Bila pula dia masuk ke sini?? Aku hanya menganggukkan kepala sahaja ke arahnya.
"Tuan Aidid." Tegurku yang  terus mencicit lari menuju ke arah tangga di ruang tamu. 
Nyata, Qashah masih berada di kawasan ini cuma dia sedang bediri di muka pintu dan sedang membelakangi aku. Pandangan dihalakan ke arah luar sahaja. Terginjat-ginjat aku menaiki tangga dan kemudian terus pecut bagai jet pejuang ke tingkat atas rumah. Malas nak naik lif. Takut lelaki tu perasan kelibat aku pulak.
Penatnya!!
Fuhhh!! selamat dia tak perasan aku. Nampaknya, aku perlu pasang lebih strategi selepas ini untuk mengelak dari lelaki itu. Harapnya cepat-cepatlah dia menerima saranan papanya untuk masuk pejabat. Aman sikit aku nak bekerja di rumah ni. 
***

Seperti juga Datin Mahani, aku turut merenung kosong sahaja ke arah taman di bawah sana. Bayu yang bertiup menyamankan suasana namun belum mampu membuatkan hati aku tenang. Entahlah..sejak Qashah muncul di dalam rumah ini, hati aku bertambah tak tenteram. Bertambah tak selesa apabila dia memperkenalkan aku sebagai teman wanitanya pada Datin Mahani dan Tuan Aidid. 
Aduhh! Perasaan resah dan gelisah seakan sudah selesa menakluki hati aku. Untuk hari ini, aku masih terselamat dari bertembung muka dengan si Qashah. Itu pun terpaksa masuk ikut pintu belakang.
 Tapi, bagaimana pula kalau esok-esok Qashah berada di dapur? Jari aku petik dengan kuat. Ah, mudah je. Kalau dah dia ada di dapur, aku masuk je lah melalui pintu utama! Apa ade hal? Kedua-dua belah bahu aku jungkitkan ke atas. 
Keluhan berat aku lepaskan. Haih haih! Betulkah keputusan aku untuk terus bekerja di sini? Tidakkah lama-kelamaan nanti aku juga yang akan penat? Lebih teruk lagi kalau hati aku akan lembut setelah dipujuk rayu oleh si kasanova itu. Uhh minta simpang malaikat 44! Qashah..kenapalah takdir menemukan kita untuk sekali lagi? Nafas dalam-dalam aku tarik dan aku lepaskan dengan dada yang sebu. 
Apabila terdengar suara Datin Mahani batuk, baru aku tersedar dari lamunan. Pandangan aku halakan ke arah wanita di sebelahku ini. Dengan pantas gelas kaca berisi air kosong di atas meja aku capai dan aku hulurkan kepadanya. Namun dia yang masih terbatuk hanya merenung sahaja ke arahku dengan sayu.
"Datin, minum sikit ya? Datin batuk tu.." Pujukku dengan lembut. 
Dengan teragak-agak tangannya mencapai gelas dari tanganku. Lega apabila aku lihat dia sudah mula menyedut air dari dalam gelas tersebut. Aku terus melurut lembut bahagian belakangnya sedikit. Alhamdulillah, berhenti pun batuknya.
Dah 3 hari aku bekerja di sini. Semakin hari semakin kasihan pula aku melihat Datin Mahani. Tapi, berbanding dengan hari pertama aku berjumpanya, Datin Mahani sebenarnya sudah nampak sedikit selesa dengan aku.
Kerusi acapulco berwarna putih yang berada di ruangan kiri balkoni ini aku alihkan supaya berada betul-betul di sebelah kerusi roda Datin Mahani. Kemudian aku melabuhkan punggung ke atas kerusi ini. Cawan yang sudah kosong di tangan datin  aku capai dan aku genggam kemas. 
"Datin..saya rasa dalam beberapa bulan lagi mesti datin dah boleh berjalan, berbual dan akan sembuh sepenuhnya. In syaa Allah." Luahku bersama senyuman manis.
Dia hanya merenung kosong sahaja ke arah taman dan kolam renang di bawah sana. Pandai betul Abang Lan, tukang kebun di sini menghias taman. Nampak cantik dari atas ni apabila pokok-pokok hiasan dipotong secara membulat. Anak mata aku kembali berada di wajah Datin Mahani semula. Entah kenapa aku rasa aku perlu juga menerangkan hal sebenarnya kepada dia walaupun dia nampak tidak sensitif dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Kalau Tuan Aidid boleh salah sangka dengan aku, tak mustahil Datin Mahani juga boleh berprasangka begitu.

"Sebenarnya datin, saya ni seorang bakal guru. Menunggu masa untuk posting. Ayah saya, seorang guru besar dan ibu saya seorang suri rumah. Saya ada sorang abang dan seorang adik." Aku mula bercerita tentang diri aku walaupun aku tak pasti sama ada Datin Mahani memberi perhatian atau pun tidak terhadap apa yang aku katakan ni. Nafas aku tarik dalam-dalam. Kedua-dua belah tapak tangan aku gosokkan sesama sendiri. Dalam takut-takut aku bersuara juga.
"Sebenarnya datin, saya nak minta maaf dengan datin. Minta maaf sekiranya datin tak selesa selepas mendapat tahu yang saya mengenali Ayden Aqashah." Luahku dengan perlahan-lahan.
"I mean, Tuan Ayden Aqashah." Aku membetulkan panggilanku pada Qashah. 
Nak muntah pula terpaksa panggil dia tuan bagai! Semaklah! Bluekk!

"Saya pernah berkawan rapat dengan dia dulu. Tapi, sekarang saya memang dah takde apa-apa dengan dia. Dia pun dah jumpa orang lain yang lebih sekufu.." Luahku lagi.
Sekufu sangat, sama-sama sosial dan kebaratan! Keluhan berat aku lepaskan. Anak mata melekat pada wajah pucat wanita cantik di sebelahku ini.
"Datin percayalah, saya benar-benar ikhlas bekerja di sini. Saya takde motif apa-apa. Sebenarnya, saya dah habis belajar dah. Sekarang tengah tunggu tawaran untuk mengajar." 
Punyalah panjang lebar aku bercerita, masih juga tidak ada reaksi darinya. Apa agaknya yang berada dalam fikirannya tu? Asyik benar merenung ke arah taman. Baik aku tamatkan aje lah cerita aku dan anaknya tu.
"Erm..sebenarnya, saya yakin datin akan sembuh. In syaa Allah, beberapa bulan lagi mesti datin akan boleh berjalan semula. Tapi, waktu tu mungkin saya dah takde kat sini..lagipun Tuan Aidid macam tak suka aje saya kerja kat sini.." 
Aku dah ubah topik tapi dalam pada tu, lancang pula mulut meluah perasaan.
Tak kuduga apabila aku berkata begitu, dia terus menoleh ke arahku. Wajah yang selalunya tidak beriak itu kelihatan lain sekali. Tak berkelip matanya merenung ke mari dengan wajah yang resah. Tergamam pula aku jadinya. Senyuman cuba aku ukirkan. Terus aku goyangkan sebelah tangan ke arahnya.
"Err..Tapi..tapi, bukanlah saya nak berhenti kerja sekarang. Lagipun, nanti mesti akan ada orang lain yang lebih baik gantikan tempat saya ni." Yakinku dengan bersungguh-sungguh. 
Datin Mahani masih lagi terkebil-kebil memandang ke mari. Aduh..kenapa ya? Serba-salah pula aku jadinya. Takkan dia sedih aku nak berhenti kerja nanti kut? Isk, tak mungkinlah. Aku pun bukannya rapat dengan dia. Baru sangat mula kerja di sini. Cepat-cepat aku melurut lengannya dengan lembut.
"Tapi, saya pun tak tahu bila akan berhenti lagi. Kadang-kadang lewat sikit dapat tempat untuk mengajar." Ucapku dengan bersungguh-sungguh. 
Datin Mahani sudah mula mengalihkan pandangan ke arah kolam di bawah. Mungkin dia sudah tenang semula. Tadi tu, dia risau agaknya dia kalau takde siapa nak membantu Kak Fira untuk menjaga dia nanti? Jutaan rasa simpati menyerbu masuk ke dalam hati aku saat ini. Kasihannya dia. Perlahan tangan aku melurut lembut rambutnya.
"Datin jangan risau. Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Saya pasti datin akan sembuh nanti..trust me." Baru aje acah-acah nak jadi kaunselor, kedengaran satu suara yang buat aku serabut menerjah gegendang telinga. 

"Mama.."
Terus aku bangun berdiri. Jantung mulalah berdetak kencang. Kedua-dua tangan aku lekapkan ke wajah dengan cemas. Mana mungkin aku tidak kenal pemilik suara itu?

"Alamak! Mr. Dictator dah sampai! Kat mana nak sembunyi ni??" Gumamku dengan kalut. 
Kedua-dua tapak tangan aku lekapkan ke kedua-dua belah pipi. Apabila perasan anak mata Datin Mahani berada di wajahku, aku terus terdiam. Alamak!!

"Err..maksud saya Tuan Aidid! Saya tersilap cakap tadi." Cepat-cepat aku membetulkan apa yang aku katakan tadi. Sebelah tangan menampar lembut bibir.Takut pula Datin Mahani terasa aku memanggil anaknya dictator. 
"Mamaaa!"
Semakin dekat pula kedengaran suara itu. Aku menggigit bibir. 
"Mana Kak Fira ni??" Gumamku sendirian.
"Mamaa...where are you?" 
Kedua-dua tangan memicit dahi. Memang sedaya upaya aku akan mengelak untuk bertentang mata dengan lelaki itu dan adiknya yang tak guna tu! Datin Mahani pula tak lepas merenung aku yang sedang kalut.

"Aduhh..masalah betullah! Awkward nya!" Keluhku perlahan.
Mahu tak mahu, aku membuka mulut juga pada wanita ini.
"Datin, sekejap ya. Saya nak beritahu Tuan Aidid yang datin berada di sini."
Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus berlari masuk ke dalam. Nafas aku tarik dalam-dalam apabila ternampak kelibat seorang lelaki di dalam suit hitam sedang merenung dengan serius ke arahku. Dia sudah pun berada di dalam bilik rupanya. Kak Fira lupa kunci pintulah tu. Nasib baik tudung masih di kepalaku.
 Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan dia merenung wajahku dalam-dalam. Seberapa banyak keyakinan yang aku bina pun, pasti akan runtuh apabila berada depan dia ni!
"Tuan Aidid, Datin Mahani ada di balkoni." Ucapku bersama bibir yang tersenyum.
 Cuba untuk maintain cool dan professional. Dia aku lihat tidak berkata apa-apa. Hanya menonong melangkah ke arah balkoni.
"Mama..how are you today?" 
Prihatin dan lembut sekali dia bersuara saat ini. Bila dia bersuara begitu, lembut pula hati aku dengan si poyo ni. Berbanding Qashah, Tuan Aidid nampaknya lebih sayangkan Datin Mahani. Tangan ibunya diraih lembut dan dikucup untuk seketika.
Rasanyalah, memang Tuan Aidid ni lebih mengambil berat dan caring tentang ibunya berbanding  Qashah. Walaupun tidak mendapat respons, tidak lelah dia bertanya tentang keadaan ibunya setiap hari.

"Tia."
Nak terlompat aku mendengar lelaki itu menyebut namaku. Nasib tak terlompat keluar jantung. Terus sahaja aku berlari keluar ke balkoni semula. 
"Yes, Tuan Aidid!" Jawabku dengan bersungguh-sungguh. 
Dia aku lihat merenung wajahku. Kemudian, pandangannya difokuskan pada jam di tangan.Alamak..seriusnya muka! Mulalah aku tak sedap hati.
"Pukul berapa Datin Mahani makan ubat hari ini?" Soalnya. Anak mata kami bertembung untuk seketika.
Alamak, kenapa tak tanya soalan lain?? Contoh pukul berapa Datin Mahani mandi ke, pukul berapa makan ke. Aduhhh..pukul berapa ya Kak Fira beri datin ubat?
 Sejujurnya, bab-bab ubat ni Kak Fira yang uruskan. Kata Kak Fira, aku hanya membantu kerja-kerjanya sahaja.
"Err..saya tak pasti. Kak Fira yang uruskan tadi. Hal-hal ubat memang Kak Fira yang uruskan." Jawabku dengan jujur.
"Dan kau tak perlu ambil tahu langsunglah tentang perkara tu?" Soalnya bersama kening yang terjungkit.  Belum sempat aku jawab, dia terus menempelak lagi.

"Hm? Macam tu?" Bibir merah pucat itu bersuara lagi. 
"Err..maafkan saya, Tuan Aidid." Perlahan sahaja aku menjawab.
Dia dah mula tayang wajah tak puas hati. Berkerut dahinya merenung ke arahku. Aku pula hanya mampu membaca segala jenis zikir dalam hati. Moga-moga tenang sikit jiwa lelaki ini. Taklah asyik nak cari salah aku aje!
"Berapa lama dah kamu bekerja di sini?" Soalnya dengan sangat tidak puas hati.

"3 hari Tuan Aidid." Aku menjawab dengan perlahan. 
"Dan kamu tak tahu pukul berapa Datin Mahani makan ubat?" Soalnya sambil menggelengkan kepala sedikit. Cepat-cepat aku membuka mulut.
"Saya minta maaf tapi Kak Fira.." Jari aku tudingkan ke arah pintu namun dia terus mengangkat sebelah tangan ke arahku tanda menyuruh aku berhenti bercakap.
"Stop mentioning Fira's name." Ujarnya dengan tegas.Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.
"I've already warned you..nyawa mama aku bukan mainan. If you're not serious to work here, tell me! Aku boleh cari orang lain.!" 
Tidak menengking namun kata-kata itu terus menusuk sampai ke dalam hati. Cepat-cepat tangan kanan aku angkat separas bahu.

"Saya serius..sumpah saya serius. Cuma saya terlepas pandang. Saya minta maaf." Luahku dengan bersungguh-sungguh. 
Manalah aku tahu. Aku hanya mengikut apa yang Kak Fira arahkan. Apa yang dia suruh, maka itu ajelah yang aku buat. Takkan nak memandai? Lagipun bidang menjaga orang sakit ini bukan bidang aku! Aku lihat lelaki ini melonggarkan sedikit tali lehernya. Alamak, gaya macam stress aje?

"Fira!"
Terus aku menoleh ke belakang. Kelihatan gadis itu sedang melangkah ke mari. Haaa datang pun dia! Ishhh mana agaknya dia menghilang tadi?

"Ye Tuan Aidid." Sahutnya dengan muka susah hati. Tuan Aidid menudingkan jari ke arahku.
"I know she's only assisting you. Tapi, kalau pukul berapa Datin Mahani makan ubat pun dia tak tahu. Itu melampau sangat tu." Kemarahannya dihamburkan pada Kak Fira pula. 
Terdiam jadinya Kak Fira. Aku pula hanya terkulat-kulat sahaja memandang ke arah Tuan Aidid dan Kak Fira silih berganti. Bagai burung belatuk gadis itu menganggukkan kepalanya.
"Maafkan saya Tuan Aidid. Saya yang tak peka tentang perkara ni. Tia hanya ikut arahan saya sahaja." Kak Fira bersuara dengan lirih. 
Selesai mendengar jawapan dari Kak Fira, dia terus menonong keluar dari bilik ini. Sedikit sebanyak gelisah jugalah hati aku ini. Mana tidaknya, mood lelaki itu merudum teruk disebabkan aku! Sememangnya Tuan Aidid sangat sensitif dan rigid jika perkara itu berkenaan  dengan Datin Mahani. 
Salah Kak Fira yang tidak memberitahu aku tentang hal ubat-ubatan Datin Mahani atau salah aku yang tak ambil tahu? Macam dua-dua salah aje! Aduh..pening!
***
"Jadi, betullah Ayden Aqashah tu pakwe Tia??" Soal Kak Fira dengan riak yang sangat terkejut. Nasib tak tersembur biskut karamel dalam mulutnya tu.
"Shhhhh!" 
Terus aku melekapkan hari telunjuk ke bibir gadis ini. Kusutnya otak! Kuatnya suara Kak Fira! Dari sofa ini, aku menghalakan anak mata pada Datin Mahani yang sudah pun berehat di atas katil. Yang kami tengah bercakap ni tentang anak dia. Walaupun matanya terpejam, tapi manalah tahu dia tidak tidur? Hey, datin tu cuma tak boleh bercakap aje tau. Tapi, dia masih boleh mendengar dengan baik.

"Bukan pakwe la! Ex boyfriend." Aku membetulkan dengan geram. Cawan kopi di atas meja aku capai dan aku bawa ke mulut. 

"Ex-boyfriend!!" Tegasku sekali lagi sebelum menghirup kopi yang masih suam. Biar Kak Fira mendaftarkan dengan baik perkataan itu dalam otaknya. 
Yang seronoknya bekerja di sini, setiap petang kami mempunyai masa berehat selama setengah jam. Lagipun, jadual tidaklah ketat mana kerana Kak Fira relax orangnya. Tapi, bila time buat kerja, tip top!   Balang kaca berisi biskut dihulurkan kepadaku. Matanya tak lepas merenung ke mari dengan pandangan simpati.
"Tia okay tak ni?" Soalnya kepadaku. Aku mencapai biskut dari balang kaca dengan perasan yang bercampur-baur. Nafas aku tarik dalam-dalam. 

"Okay je. Saya nak buktikan pada Qashah yang saya boleh hidup tanpa dia dan boleh menjalani hidup seperti biasa." Luahku dengan penuh semangat.
 Kemudian, aku memasukkan biskut di tangan ke dalam mulut. Aku lihat Kak Fira mengubah posisi duduknya supaya lebih menghadap aku.

"Tapi, betul ke Tia dah tak nak kasi dia peluang kedua?" Soalan Kak Fira aku jawab dengan anggukan tanpa perlu penat-penat berfikir. Keputusan yang aku buat adalah muktamad!
"Betullah. Kak Fira..susah tau kalau melibatkan orang ketiga. Pada dasarnya, memang saya yang paling berhak bergandingan dengan Qashah sebab Qashah tu boyfriend saya dulu  tetapi jika difikir dari sudut lain, Emylia lebih berhak sebenarnya." Luahku dari hati yang tulus ikhlas. 
Biarlah aku undur diri untuk kebaikan mereka. Lagipun, untuk apa aku bertahan kalau hati aku sudah tawar? Umpama makan madu setimba pun masih tak terasa manis.

"Maruah Emylia sebagai seorang perempuan dah tercalar, Kak Fira..dan Qashah seharusnya bertanggung jawab!." Keluhku dengan hati yang tiba-tiba terasa pedih. 
Astaghfirullahalazim..sabar Tia. Semua yang telah terjadi ada hikmahnya. Aku cuba memujuk hati. 
"Kalau Emylia tu tak kisah? Katakanlah dia pun ada boyfriend lain, Tia masih tak boleh terima 
Tuan Ayden Aqashah ke?"
Aku hanya mampu tersenyum tawar sahaja mendengar soalan itu. Keluhan berat aku lepaskan.
"Kalau pun Emy  tak kisah, saya tetap tak boleh terima Qashah kembali. Bagaimana saya nak beri dia peluang sekiranya setiap kali saya pandang muka dia, bayangan dia dan perempuan tu dalam kondo tempoh hari terbayang di fikiran saya?? Saya dah tawar hati Kak Fira." Luahku dengan penuh perasaan. 
Nak berkongsi rasa dengan Nellina pun, dia takde kat sini. Kak Fira sahajalah tempat aku meluahkan perasaan. 

"Emylia tetap akan ada di antara kami, Kak Fira. Saya sudah tak boleh terima dia lagi" Sambungku lagi. 
 Kak Fira terus menggenggam sebelah tanganku. 
"Tia nampak dah betul-betul nekad ni..Tia perlu terus kuat tau. Kalau Kak Firalah yang berada di tempat Tia, tak tahulah macam mana keadannya.." Luahnya bersama riak simpati yang semakin menjadi-jadi.

"Hati saya ni masih sakit. Cuma, saya takut juga kalau nanti-nanti saya terrr beri peluang kat dia." Kegusaran di hati aku tuturkan di bibir. Memang aku risau sekiranya perkara itu terjadi. Kak Fira dah mula tersengih panjang.

"Hmm part terrrr tu memang payah tu Tia..tambah-tambah kalau melibatkan lelaki kacak macam Qashah tu." Ujarnya sambil ketawa kecil.
"Kacak pun tapi kasanova nak buat apa?" Getusku dengan geram. 
Tok! Tok! Tok!
Ketukan di pintu membuatkan kami sama-sama tergamam. Dengan pantas aku melekapkan jari telunjuk ke bibir tanda menyuruh Kak Fira diam.

"Tia..buka pintu ni.." Rayu lelaki itu di luar sana. 
Aduhhh! Memang kami kunci aje pintu bilik ni. Bukan apa, tak manis sebab ada lelaki dalam rumah ni. 
  
"Tia..." Panggilnya di luar pintu. Kusut betullah! Aku terus mendekatkan mulutku ke arah telinga Kak Fira.

"Kak Fira!! Tolong saya. Tolong beritahu Qashah saya takde." Bisikku dengan sangat perlahan. 
Kak Fira dah garu kepala. Tudung terus dicapainya dan disarungkan dengan kelam-kabut. 

"Kalau dia tahu akak menipu macam mana?" Soal Kak Fira dengan nada kusut. Terus aku menjawab.

"Please Kak Fira..saya tak nak jumpa dia. Tolonglah." Rayuku yang dah mula berdiri. 

"Okay..Tia sembunyi dalam toilet." Arah Kak Fira. Pantas aku menganggukkan kepala.
"Alright!" 
Sebaik sahaja berkata begitu, kelam-kabut aku melangkah ke arah toilet di sebelah kiri bilik. Setelah mengunci dari dalam, telinga aku lekapkan betul-betul pada dinding pintu.
"Tuan Ayden.." 
Kedengaran suara Kak Fira menegur lelaki itu.
"Where's Tia?" Soal Qashah.

"Dia takde..saya tak pasti dia ke mana." Luah Kak Fira dengan nada normal. Fuhh nasib baiklah dia tak tergagap ke apa.
"Oh.." Luah lelaki itu pula.

"Saya nak keluar sekejap. Maybe I'll be back around 6pm. Pesan dengan Tia suruh tunggu sehingga saya pulang. Saya ada benda penting nak cakap dengan dia."
Mata kujulingkan ke atas. Takde maknanya aku nak tunggu kau! Banyak cantik muka kau?!

"Baik, Tuan Ayden." Akur Kak Fira. Kemudian, kedengaran pintu ditutup rapat. Pantas aku berlari keluar dari bilik air. 
Kak Fira kelihatan sedang tersandar pada dinding pintu. Ada riak kusut di wajahnya. Entahlah, rasa bersalah pula aku apabila terpaksa membabitkan Kak Fira dalam cerita aku dan Qashah. Tudung dicabut dan dicampaknya lemah ke atas sofa.
"Fuhhh..janganlah dia tahu Kak Fira menipu. Bukan apa, takut kena pecat je." Luah gadis itu dengan sangat-sangat perlahan. Aku terus mendekati gadis itu. 

"Eh dia ada ke hak nak pecat Kak Fira?" Soalku dengan sedikit pelik. Terus Kak Fira menjungkitkan kedua-dua belah bahunya. Kemudian dia melabuhkan punggung ke atas sofa.

"Entah..but still, dia kan anak Dato' Aziz dan Datin Mahani." Ujarnya. Aku hanya mampu melabuhkan punggung dengan lemah ke atas sofa.

"Hmmm..betul jugak tu." Gumamku. 
"Kak Fira, kejap lagi pukul 5 30 sharp saya nak balik tau. Tak naklah saya bertembung dengan dia."

"Ikut suka Tia lah. Tapi, tolong cakap dengan Qashah yang Kak Fira dah sampaikan pesanan dia pada Tia ya? Nanti tak fasal-fasal dia butt hurt dengan Kak Fira pula." Panjang lebar Kak Fira berpesan pada aku. Aku tahu dia risau. 
Qashah, saya pun boleh jadi kejam jugak! Bisikku pada diri sendiri.
"No problem. Ahh tak payah takutlah dengan kasanova tu! Beranilah dia nak pecat Kak Fira, saya akan ugut dia untuk beritahu kepada Dato' Aziz tentang kes dia dan Emylia nanti. Mesti dia takut punya!" 
Kedua-dua belah kening aku jungkitkan ke atas. Bersinar mata Kak Fira merenung ke mari.
"Betul ni?" Soalnya. Pantas aku anggukkan kepala. 
"Dah. Tak payah fikir tentang dia. Baik kita sambung kerja." Aku bersuara sambil menilik jam di tangan. Masa rehat kami akan tamat lagi 5 minit.
 Kak Fira terus bangun dari sofa. Hilang terus kekusutan di wajahnya. Lega sikit hati aku ni. 
"Jom Kak Fira kasi briefing tentang ubat-ubat Datin Mahani! Nanti Tuan Aidid tanya, senang Tia nak jawab." Ujarnya yang menghulurkan tangan ke arahku yang masih bersidai di atas sofa. terus aku menyambut huluran tangannya dan bangun dari sofa empuk ni.
"Okay!" Ujarku bersama senyuman.
Jagalah kau Qashah! Berani-beranilah kau cari fasal dengan aku atau Kak Fira. Tahulah aku apa nak buat!
BAB 10







Out of the blue dia muncul!                    

Out of the blue dia muncul!
"Qashahhh!!!!" Gumamku dengan sangat geram dari atas skuter ini. Boleh pula dia buat muka manja?
Apalah malang sangat nasib aku? Pagi-pagi lagi aku dah terpaksa berhadapan dengan lelaki ni. Tak sempat fikir nak masuk ikut pintu mana, tiba-tiba aje terserempak depan pintu pagar! 
Adoi la.!
Nak lari macam mana lagi? Takkan nak balik rumah pulak? Kalau itu terjadi, mesti Tuan Aidid akan berang dan pecat aku terus! Dia akan cop yang aku ni tak serius untuk bekerja di sini. Ah kusut! Memang dah takde jalan dah ni! Mahu tak mahu tetap juga aku kena harung. Bibir aku gigit geram. Tengok tu, selamba sahaja dia mendepakan tangan. Lagak macam polis trafik nak check lesen je! pandangan aku liarkan ke seketika kawasan ini. Nasib baik tiada sesiapa pun kat sini. Nasib baik Pak Mat yang selalunya berada dalam pondok jaga tidak ada di situ. Eee ikut hati aku rempuh juga dia ni! Visor pada helmet aku tolak ke atas dengan berang. 
"Qashah..saya dah lewat ni. Move!" Jeritku dengan geram. Pantas dia menggelengkan kepalanya. 

"No Tia. Not until you agree to spend 10 minutes of your time for me." Tegasnya dengan sangat serius. Aku menarik nafas dalam-dalam.
"Qashah!" Jeritku tidak puas hati. Ikut hati aku rempuh jugak dia ni!

"Okay fine! 5 minit, sayang. Only 5 minutes." Rayunya dengan mata yang sangat bundar. Nak minta simpati la tu. 
Sebelah tangan diangkat dan jemarinya dibuka tutup ke arahku, tanda meminta 5 minit masa aku.

"Fine! Tepilah!" Mahu tak mahu aku berkata begitu. Qashah tidak akan berganjak selagi tak dapat apa yang dia mahu. 
Dia kelihatan tersenyum kemenangan. Kemudian,  terus dia begerak ke tepi. 
"Kita jumpa dekat taman." Ujarnya sambil menudingkan jari ke arah taman di sebelah kiri. 
Dengan pakaian sukan di tubuh dia berjogging ke arah taman. Iyalah, kawasan banglo ini sangat luas. Tak payah ke taman awam pun untuk berjogging. 
Aku pula terus memecut masuk ke dalam kawasan banglo ini dan kemudian memparkirkan skuter di tepi taman. Kelihatan lelaki itu sudah mula melambai ke arahku dari sana.Ingatkan datang awal dapatlah bantu Kak Fira buat apa yang patut tapi lain pula jadinya!
Aku terus melangkah dengan kusut ke arah taman. Burung-burung yang berkicauan sedikit pun tidak mampu menenangkan pagi aku. Ikan-ikan yang berenang di dalam kolam juga tak mampu membawa senyuman di bibirku seperti selalu. Nasib baiklah baru pukul 8 00 pagi. Tuan Aidid dan Dato' Aziz mungkin sedang sibuk bersiap untuk ke pejabat. Kak Mun pula agaknya sedang bersarapan di dapur. Kak Mun dan Kak Fira menetap di rumah khas yang letaknya betul-betul di bahagian belakang banglo ini. 
"Tia..sampai bila awak nak merajuk dengan saya?" Soal Qashah sebaik sahaja aku mendekati lelaki itu yang sedang berdiri di hadapan bangku besi. Nafas aku tarik dalam-dalam sambil merenung wajahnya.
 Susah sangat ke dia nak terima keputusan aku?

"Merajuk? Bila masa pula saya merajuk? Saya dan awak dah takde apa-apa Qashah! Kita dah putus." Ucapku dengan tenang. 
Ternyata lelaki ini tidak suka dengan apa yang keluar dari mulut aku. Kepala digelengnya dengan pantas bersama kerutan di wajah.

"No way! Saya tetap mahukan awak. Tolonglah Tia..jangan buat saya macam ni. Saya dah takde apa-apa dengan Emylia. Trust me..please sayang!" Rayunya dengan bersungguh-sungguh sambil mendekati aku. Terus aku mengambil langkah setapak ke belakang.

"Bukan 100% kerana Emylia, Qashah. Ini masalah hati. Hati saya tak boleh terima awak. Fikiran saya ni masih tak boleh nak delete lagi apa yang saya nampak kat kondo awak tu. Hati saya dah tawar Qashah. Tolonglah faham.." Luahku dengan bersungguh-sungguh.
 Apalah sangat dia nak kejar aku ni? Hanya gadis biasa yang membosankan, kata Emylia. Just a plain Jane. 
"Saya sanggup buat apa saja Tia. I can't live without you..please! Tolonglah sayang..saya akan ubah cara saya seperti yang awak mahu. Saya tak dapat lupakan awak. I can't forget you Tia." Rayunya dengan suara yang sayu.Anak mata coklatnya itu merenung dalam-dalam wajahku. 
 Sejujurnya hati aku terusik juga dengan pujukannya ini namun entah kenapa, berat hati aku untuk berikannya peluang kedua. Mungkin kerana ada Emylia di antara kami. Atau mungkin juga aku dah tawar hati. Kedua-dua belah tangan memicit dahi. 

"Boleh tak jangan paksa saya macam ni, Qashah..tolonglah hormati keputusan saya.."Aku pula merayu dengan jiwa yang kusut. 
Dia tidak berkata apa-apa tetapi terus dia menapak ke arah pondok di sebelah kiri kami. Tergamam aku jadinya apabila lelaki itu mencapai jambangan bunga dan kotak baldu berwarna turquoise ke mari. Qashah sudah pun melutut di hadapanku saat ini. Tipuuuulah kalau hati aku tak terusik. Allahuakhbar..besarnya dugaan. Inilah impian aku selama dua tahun bercinta dengannya. Tak kusangka setelah apa yang terjadi, hari yang aku impi-impikan satu ketika dulu muncul jua.






 Tak kusangka setelah apa yang terjadi, hari yang aku impi-impikan satu ketika dulu muncul jua                    

"Qashah..awak buat apa ni? Bangunlah!" Dengan kalut aku menuturkan ayat itu. Pandangan terus aku halakan ke arah sekeliling. Terpusing-pusing tubuhku untuk memastikan tidak ada sesiapa yang nampak scene ni.
"Will you marry me, Tia? Saya janji akan berubah. Saya janji akan setia. Saya janji akan terus berada di sisi awak buat selamanya, sayang." Rayunya dengan penuh harapan. 
Senyuman paling kacak dihadiahkan untuk aku saat ini. Tergamam aku jadinya.
"Qashah.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku. 
Jambangan bunga mawar merah yang sangat cantik dihulurkan kepadaku berserta cincin yang kelihatan berkilauan di dalam kotaknya. Kaku terus tubuhku bersama jantung yang berdetak laju. 

"Remember what you wrote in my birthday card?" Soalnya setelah melihat aku masih pegun tidak berkutik. 

"Forever is a long time but I don't mind spending it by your side." Tuturnya dengan sepenuh hati.
Aku juga turut sama menuturkan ayat itu di dalam hati aku. Mana mungkin aku lupa bait-bait ayat yang aku coretkan di dalam kad tersebut. Tanpa sedar ada air mata memenuhi ruangan mata. Tipulah jika aku cakap hati aku langsung tak bergoyang dengan rayuannya ini. Sepanjang dua tahun aku bercinta dengannya, inilah hari yang aku impi-impikan. Dalam kisah cinta aku dan Qashah, hari di mana dia melamar aku untuk menjadi yang halal untuknya adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu.
"Qashah..saya.." Nyata aku sudah kehilangan kata-kata.
Kenapa harus ada Emylia di antara kita? Apabila nama itu muncul dalam fikiran, serta merta insiden di apartment Qashah bulan lepas terpapar satu persatu di ruangan mata. Ada sebak menggigit jiwa.
 Bagaimana aku hendak berikannya peluang kedua setelah apa yang terjadi? 
"Saya dah bersedia, Tia. I'm ready! Saya rasa dah tiba masanya untuk kita halalkan hubungan kita." Bibir merah pucat itu bersuara lagi dengan penuh keyakinan. Nafas aku tarik dalam-dalam. 
"No, Qashah..jangan macam ni.." Luahku dengan penuh kesukaran. Tak pernah aku rasa sukar untuk bersuara seperti saat ini. 
"Saya janji akan jadi suami yang paling baik untuk awak." Janjinya dengan bersungguh-sungguh.
Anak mata kami bertembung dan di dalam matanya aku nampak betapa tinggi harapannya saat ini.
"Qashah..listen here. Adakalanya, kita perlu akur pada kententuan takdir. Di antara saya dan awak,kita tak berjodoh. Maaf saya tak boleh terima awak..maafkan saya, Qashah." Ucapku dengan perlahan. 
Ada air mata yang mengalir membasahi pipi namun cepat-cepat aku menyekanya. Nyata dia hampa mendengar balasan dari aku itu. Terus dia bangun berdiri. Tidak lagi melutut seperti tadi. Tajam anak matanya merenung ke mari. 

"Saya akan pastikan kita berjodoh! Awak tetap milik saya sampai bila-bila. Titik!" Ucapnya lantang dalam nada memaksa. 
Aku terus mendongakkan kepala ke arahnya. 
"Qashah..saya betul-betul tak boleh terima awak. I'm so sorry. Awak kembalilah pada Emylia.. she needs you more than me." Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. 
"Lagi-lagi Emylia!" Bentaknya yang sudah hilang sabar denganku. 
Terus diletaknya jambangan bunga dan cincin ke atas bangku besi di belakang kami. Terpempan jadinya aku. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam. Kami berpandangan untuk seketika.

"Saya dan dia dah putus, Tia! Dah takde apa lagi yang tinggal..trust me..! All I ever want is you..Fatihah Nabila. Only you!" 
Bersungguh-sungguh dia merayu saat ini. Nada suaranya kembali tenang dan mengendur. Setelah berdua-duaan buat maksiat begitu, dah takde apa yang tinggal di antara dia dan Emylia? Melampau!
"Semudah itu, Qashah? Semudah itu awak putus dengan Emylia? Just like that?" Soalku bersama anak mata yang aku kecilkan kepadanya.
 Nyata kata-kataku membuatkan lelaki ini berang kembali. Jari telunjuk ditudingkan ke arahku. 
"Now, awak ambil sebanyak mana masa yang awak nak tapi at the end of the day, you've to come back to me. Remember that! You're mine and forever you will be mine!!" Tegasnya dengan nada yang sedikit tinggi tetapi tidaklah sampai menengking.
Tergamam aku jadinya. Kemudian, lelaki itu terus berlari ke arah pintu pagar dan menjauhi aku. Aku pula hanya mampu merenung ke arahnya yang sudah pun keluar dari kawasan banglo ini. 
Terkaku jadinya aku saat ini. Kemudian, terkebil-kebil aku merenung ke arah jambangan bunga dan kotak cincin di atas bangku. 
Aduhhh! Apa aku nak buat dengan benda-benda ni? Takkan aku nak tinggalkan aje kat sini? 
"Masalah betullah si sewel ni! Masa aku dengan kau dulu, kau curang! Sekarang bila hati aku tak boleh terima kau, terhegeh-hegeh pulak. Seriously Qashah..why can't you leave me alone?" 
Bebelku dengan jiwa yang tertekan sambil mencapai jambangan bunga dan kotak cincin dari atas bangku. Nantilah aku pulangkan semula pada dia. 
Dengan langkah yang longlai kakiku menapak ke arah skuter di tepi taman. Baru sahaja hendak memanjat atas skuter, anak mata tertancap pada sebuah kereta mewah berwarna hitam sedang menuju ke mari. Dato' Aziz atau Tuan Aidid ya? Takkan Dato' Aziz yang lebih kurang sebaya dengan ayah itu pandu kereta Ferrari? Macam tak kena je. Aku sudah mula berpeluh tak fasal-fasal. 
Terus kedua-dua belah tangan yang penuh dengan jambangan bunga dan kotak cincin aku sembunyikan ke belakang tubuh. Aduhh cepatlah pergi! Nyata keresahanku mencapai tahap maksima apabila tiba-tiba kereta Ferrari hitam ini berhenti di sebelah aku!! Tingkap pemandu diturunkan saat ini. Kaca mata hitam di wajahnya dilorotkan ke paras hidung saat ini. Tergamam aku jadinya apabila mata aku dan lelaki ini bertembung. Kelu terus lidah aku.
"Tuan Aidid.." Tegurku seraya menganggukkan kepala. 
"Pagi-pagi dah berdrama. Ikhlas bekerja kat sini konon.." Sindirnya pedas. 
Aduhh mesti dia dah nampak jambangan bunga dan cincin kat tangan aku ni tadi. Atau entah-entah dari balkoni kat biliknya tu dia nampak drama aku dan Qashah kat taman tadi! Terus aku bersuara.

"No, Tuan Aidid..you've got the wrong idea.." Belum sempat aku menghabiskan ayat, kereta tersebut sudah meluncur laju bagai pelesit!
 Eeee..geramnya aku! Ni sorang lagi! Memang menguji betul!
Tak habis-habis nak bagi aku stress! Memang dari awal dia dah berprasangka buruk dengan aku. Aku faham kerisauannya tentang ibunya tu. Makanya, dia tak mahu ada pekerja yang tak serius bekerja di sini. Tapi tak perlulah nak buat kesimpulan yang bukan-bukan tentang aku. Takde sekelumit pun rasa nak main-main kat sini. Aku betul-betul nak cari rezeki yang halal!
Ahh ini semua Qashah punya fasal! 
Mesti Tuan Aidid betul-betul ingat yang aku ada motif lain untuk bekerja di sini. Ikutkan hati ingin aje aku campak bunga dan kotak cincin di tangan ni dalam tong sampah besar kat seberang sana tu! Baru puas hati aku! Erghh! Stress nya!
***
Jambangan bunga dan cincin aku berikan pada Kak Mun supaya pulangkan semula pada Qashah. Aku hanya beritahu wanita itu yang aku nampak Qashah tertinggal dua benda ni atas kerusi besi pagi tadi. Nasib baiklah Kak Mun tak banyak tanya. 
Sudah puas aku cuba usir momen-momen Qashah melamar aku di taman pagi tadi. Sudah cuba aku halau setiap bait-bait ayat yang keluar dari mulutnya itu dari fikiranku namun semakin aku cuba, semakin melekat pula momen-momen dan bait-bait ayat itu dalam otak aku. Walaupun jemari lincah memasukkan baju dan tudung ke dalam bagasi bersaiz cabin, fikiran aku tetap melayang ke kediaman Dato' Aziz. 
Qashah..kenapa awak mesti menyukarkan keadaan? Tak cukup ke lagi buat jiwa saya merana?
Tapi, betulkah keputusan yang aku buat tadi? Seratus peratus aku menolak lamarannya tanpa memberikan peluang untuk berfikir langsung tentang perkara itu. Bukankah tidak ada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini? Mana tahu kalau memang tidak ada apa-apa sebenarnya yang berlaku di antara Qashah dan Emylia di kediamannya itu? Mana tahu kalau memang lelaki itu sudah insaf dan nekad untuk berubah? Tidakkah dia berhak mendapatkan peluang kedua? 
Ah kusutnya!!
Kepala yang tak gatal aku garu dengan kasar. Kemudian, aku mencapai shawl dan aku masukkan ke dalam luggage. Tersentak apabila terpandang ke arah sehelai sapu tangan yang terdampar di atas  helaian shawl di atas karpet.
Alamak! Bagaimanalah aku boleh lupa tentang sapu tangan milik Tuan Aidid ni? Serta-merta insiden di dalam lif terbayang di ruangan fikiranku. Erghh malunya! Kenapalah dia harus nampak aku dalam keadaan begitu?  Cepat-cepat aku mencapai  sapu tangan tersebut dan aku masukkan  ke dalam luggage. Nantilah kalau ada masa yang sesuai, bolehlah aku pulangkannya semula pada Tuan Aidid. 
"Wahh..seronoknya Kak Tia nak ke Cameron Highlands esok"
Terus aku mendongak ke arah muka pintu yang sudah terbuka sebaik sahaja mendengar suara itu. Sejak bila Ica buka pintu pun aku tak sedar gara-gara mengelamun jauh sampai ke Pluto! Entahlah dengan apa yang terjadi hari ini, merudum teruk mood aku nak ke Cameron Highlands esok.
Bersinar mata Ica merenung ke arah aku yang sedang mengemaskan baju ke dalam luggage. Kaki gadis yang berpijama biru itu laju melangkah ke mari.
"Hmm seronok ke? Akak pergi bekerjalah. Bukan melancong." Tuturku dengan malas. 
Bukan apa, adik beradik kembar tu dah buat mood aku nak ke Cameron Highlands kelaut. Sorang tak faham bahasa! Sorang lagi pula asyik nak cari salah aku aje! Satu persamaan dorang tu, mood kedua-duanya sukar untuk dijangka. 
Tertekannya!
"Ala Kak Tia..samalah tu. Akak ke sana bekerja sambil melancong. 2 in 1!" Ica Bersuara dengan riang. Terus dia mengambil tempat di sebelah aku di atas karpet ini. 
"Tak tahu pula kalau bekerja di situ bleh melancong free. Rasa rugi pun ada juga sebab tak bekerja di situ dulu." Luahnya sedikit kecewa. 
Eh eh dia ni! Memang otak dua minit betul! Aku pelangkung juga karang!
"Dah tu, Ica menyesal ke sebab tak jadi kerja di situ? Haaa..padan muka! Siapa suruh percaya sangat cakap si Dini tu?" Sengaja aku menempelaknya. 
Bukan apa, supaya di masa akan datang Ica lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Bukan sekadar mendengar cakap orang dan nak ikut kawan aje. Bukan aku tak tahu si Dini pun bekerja di spa yang sama dengannya. 
Tangan aku semakin lincah memasukkan beberapa helai baju ke dalam luggage. Maklumlah dah pukul 11 malam. Nampaknya esok terpaksalah aku meminta pertolongan ayah untuk menghantar aku ke kediaman Dato' Aziz dengan kereta. Takkanlah nak heret luggage naik skuter kut!
Ica dah mula labuhkan kepala atas sebelah paha aku. Dia ingat aku ni bantal ke apa? Tapi diam-diam aku suka juga dengan keadaan ni. Ada senyuman merajai bibir. Iyalah, hanya Ica aje adik beradik perempuan yang aku ada. Mestilah aku sayangkan dia sangat-sangat. Abang Faiz pula masih berada di Eropah. Ahh rindu pula dengan satu-satunya abang yang aku ada tu. 
"Akak, Tuan Aidid tu rupanya ada kembar! Dini baru beritahu Ica tadi kat spa." Kata-kata gadis ini membuatkan aku tersentak. Berdebar jantung saat ini. Kalaulah Ica tahu kembar Tuan Aidid tu baru aje lamar aku tadi..

"Budak Dini tu kan yang reka cerita karut tentang Datin Mahani dulu?" Soalku. 
Si Dini ni nak jadi reporter agaknya? Rajin betul sebar berita. Ica terus bangun dan duduk berhadapan denganku. Amboi, lain macam semangatnya nak bergosip tentang Qashah.
"Tapi, kali ni tak mengarut kak. Tengok ni..lebih kurang aje muka dia dengan abangnya tu." Ujar Ica. 
Terus dia melarikan jari telunjuk ke atas skrin. Kemudian, dia membelek dengan teliti gambar yang terpampang di skrin telefon bimbitnya. 

"Kalau sekali imbas gambarnya kat Instagram ni memang nampak sama." Gumamnya dengan wajah yang serius. Berkerut dahiku. Terus aku merampas telefon bimbit di tangan Ica. 

"Instagram?" Soalku pelik. 
Kelam-kabut aku merenung ke arah skrin. Tak pernah aku tahu pun Qashah memiliki akaun Instagram! Fokusku hanya pada skrin telefon bimbit Ica saat ini. Aik! Ni akaun Instagram Qashah ke atau akaun sad love quotes?  Sejak bila lelaki itu bertukar menjadi sangat puitis? 

"Semuanya sad love quotes je ni.." Gumamku dengan perlahan. 
Mungkinkah benar Qashah betul-betul insaf? Mungkin dia ikhlas nak jadikan aku sebagai isterinya? Ica terus mencapai semula telefon bimbitnya dari genggamanku. 

"Ayden Aqashah ni sosial orangnya. Tapi kan, sejak akhir-akhir ni dia banyak buat luahan kat IG dia. Macam putus cinta je." Sampuk Ica pula. Resah terus aku jadinya. Aku terus pandang wajah gadis ini. 

"Putus cinta dengan siapa?" Sengaja aku menyoal. 
Kau ni Tia, dah garu cendana pula, dah tahu bertanya pula! Jangan Dini the reporter tu tahu aku adalah bekas teman wanita Qashah sudahlah. Aduh..! 
Ica menggelengkan kepalanya sedikit. 
"Entahlah. Yang tu Ica kurang pasti..Dini tak cakap pulak." Balas gadis ini.
Perlahan-lahan aku menghembuskan nafas lega. Kalau boleh aku tak mahu sesiapa pun dalam famili aku ni tahu tentang aku dan Qashah. Aku tak mahu ayah dan mak risau aku bekerja di banglo Dato' Aziz tu. 

"Abangnya si Adid Aqashah tu pulak serius memanjang. Akaun instagram pun takde. Cuma Maya Nisreen je yang kadang-kadang update gambar Tuan Aidid." Ujar Ica. 
Bulat mataku merenung ke arah gadis itu. 
"Oh.." 
Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibir. Entah kenapa gatal pula mulut aku nak bertanya tentang Mr. Dictator tu. 
"Err..memang confirm lah ye Maya tu girlfriend Tuan Aidid?" Soalku acuh tak acuh pada Ica sambil sambung mengemas. 3 hari 2 malam aje aku di Cameron tu nanti. Ni aku packing dah macam nak pergi seminggu!

"Kalau ikutkan dari instagram Maya tu, memang betullah Tuan Aidid tu girlfriend dia.." Beritahu Ica. Aku hanya menganggukkan kepala aje. 

"Oh..macam tu.." Luahku.
Baguslah. Sama-sama sekufu. Mesti dengan Maya dia tak garang-garang macam dengan aku.
"Tapi kan..yang Ica dan Dini musykil, gambar dorang macam tak mesra sangat pun. Maya tu je nampak melebih-lebih. Satu lagi, dating apanya kalau Tuan Aidid tu hanya pakai suit hitam je dalam kebanyakan gambar?" Pernyataan yang keluar dari mulut gadis ini membuatkan aku terdiam seketika. 
Terimbau semula insiden yang terjadi di bahagian bawah apartment Qashah dulu. Memang pelik juga kerana mereka tidak berjalan beriringan pun seperti pasangan kekasih yang lain masa tu. Ditinggalnya si Maya tu di belakang dan dia pula menonong laju ke arah kenderaan. Tapi, mungkin juga mereka sedang gaduh-gaduh manja masa tu. 
"Ala..lepas kerja terus dating lah tu. Apa yang peliknya?" Balasku sambil menjungkitkan bahu. 
Ica sudah mula mengesotkan tubuh ke arahku. 

"Nak tahu tak satu top secret?" Soal gadis bertocang satu ini dengan wajah yang misteri. Bulat mata aku merenung ke arahnya. 
"Top secret??" Soalku pelik. 
"Tapi janji dulu jangan beritahu sesiapa." Suruh gadis ini. Aku menjulingkan mata ke atas. 
Kaki yang sudah mula kebas gara-gara lama bersila aku lunjurkan ke kiri. 
"Ye laaah! Akak janji!" Getusku. Terus Ica membuka cerita.

"Kata Dini, dengar-dengarnya famili Tuan Aidid dan famili Maya Nisreen yang mahu dorang bersama. Maksudnya, hubungan mereka diaturkan oleh keluarga macam zaman-zaman dulu tu. Tuan Aidid terpaksa terima Maya atas desakan keluarga..untuk business semata. Nak memperkukuhkan lagi hubungan perniagaan..macam dalam drama-drama cerita orang kaya tu.." Panjang lebar Ica bercerita tentang Tuan Aidid dan Maya Nisreen.
 Aku pula hanya mendengar sahaja.Zip pada bagasi aku tarik dengan cermat.
"Well, Ica..benda macam ni memang wujud. Mereka mencari yang sekufu..untuk kesenangan anak cucu dorang juga. Biarlah! Takde yang salah pun..takde dosanya pun." Aku meluahkan pendapat aku. 
Eh, kalau tak sekufu lagilah susah nak bersama. Itu pendapat jujur aku. Ica menggelengkan kepala ke arahku.

"Tapi, kesianlah kalau dipaksa-paksa macam tu. Biarlah cinta hadir tanpa dipaksa....gituuu!" Bahasnya yang kemudian ketawa kecil di hujung ayat. 
Tangan yang tadinya berada pada zip di bagasi kini menyebakkan rambut yang sudah menutup sebelah pipi ke belakang telinga. Anak mata aku cerunkan ke arah adik aku ni. 

"Ehhh Ica! Kau dengan Dini ni 2x5, 10 kan? Macam duduk serumah aje dengan dorang. Entah-entah Tuan Aidid dan Maya tu betul-betul suka sama suka! Korang pulak yang melebih-lebih." Tempelakku sambil menggelengkan kepala. 
Cepat-cepat Ica menggoyangkan jari telunjuknya di hadapanku. 
"No..no..no! Akak tahu tak, ada juga geng-geng mak datin yang datang ke spa tempat kitorang kerja tu. Diorang pun rajin bercerita tentang keluarga Dato' Aziz. Nanti Ica dan Dini nak risik lagi tentang Tuan Aidid dan Maya Nisreen. Akak tengoklah, Ica akan buktikan yang tekaan Ica tu betul. Tuan Aidid terpaksa terima Maya atas desakan keluarga!" Bahasnya lagi. 
Bulat mata aku menjegil ke arahnya. Seriously, dia ni pergi bekerja ke pergi bergosip?? Kalaulah mak tahu, habislah budak ni. Terus aku piat telinga kanannya tu.

"Mak kasi kau kebenaran bekerja di situ untuk cari rezeki halal tau. Bukan untuk bergosip dan jadi perisik..kau dan Dini 2x5 je kannn!" Geram pula aku dengan dia ni.
Bukan apa, aku tak mahulah Ica dapat susah nanti gara-gara bergosip sakan di spa. Orang yang mereka gosip tu bukan calang-calang tau! Kalau kena saman macam mana?? Siapa nak jawab?? Periuk nasi aku pun akan turut sama terjejas. 

"Auchhhh! Lepaslahhh!" Rengek gadis ini yang menolak tanganku dari telinganya. 
"Eleh! Padahal dia pun seronok dengar gosip-gosip tu. Tak gitu kakakku yang cantik manis??" Sindirnya sambil menjelirkan lidah ke arahku.
 Cuping telinganya digosok lembut saat ini. Aku pula terus bangun. Bagasi aku tolak supaya merapati dinding di penjuru bilik. Harapnya perjalanan aku ke Cameron Highlands esok dipermudahkan Allah. Ameen. 
"Dah. Malas nak layan kau. Akak dah habis kemas. Nak tidur! Nanti sebelum tidur jangan lupa tutup lampu!" Pesanku kemudiannya pada Ica. Tubuh aku regangkan sedikit. 
Gadis itu aku lihat sudah bergerak ke katilnya. Majalah dicapai dan dia mula menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk itu. 
"Akak! Nanti jangan lupa bawak balik ole-ole untuk kitorang kat sini tau!" Pesannya. Memang niat aku untuk belikan ole-ole tetapi sengaja aku mahu mengusik gadis itu.
"Tengoklah mood akak macam mana nanti.." Ujarku dalam nada meleret sambil membaringkan tubuh ke atas katil. Sengaja nak mengusik dia.

"Entah-entah akak bawa balik suami iaitu abang ipar Ica sebagai ole-ole! Ha..ole-ole yang tu mesti mak dengan ayah suka." Giatnya. Siap ketawa-ketawa lagi di hujung ayat. 
Eiii! Ada aja dia ni nak buat aku geram. Aku mengetap bibir. Terus tubuh aku pusingkan ke arah gadis itu yang sedang melepak di atas katilnya yang terletak bersebelahan dengan katil aku.

"Banyaklah kau punya abang ipar! Mengarut kan kau ni Ica..!!" Buku lima aku acukan ke arahnya. 
Terkekek-kekek dia ketawa melihat reaksiku. Ica ni memang tak pernah serik. Walaupun telinganya tu kerap kena piat masih juga suka nak usik aku. Seronok agaknya tengok aku marahkan dia.
"Apa salahnya Kak Tia. Akak pun dah habis belajar. Dah lama Ica tunggu nak main dengan anak buah." Giat gadis itu lagi bersama ketawa kecil.
"Banyaklah kau punya anak buah. Lammbat lagi!" Getusku.
Terus aku menarik selimut sampai ke kepala. Budak Ica ni, makin melayan makin menjadi. Silap-silap tak tidur aku melayan telatah dia tu sampai ke pagi. Tapi, tak aku nafikan, hidup aku tak akan ceria tanpa Ica. Mata aku pejamkan rapat dan tubuh aku telentangkan menghadap siling. Terngiang-ngiang semula lamaran Qashah kepadaku pagi tadi. 
Patutkah aku berikannya peluang kedua?
***
BAB 11
Pelik tapi benar! Macam tak percaya aje yang aku dah perlu outstation di hari kelima bekerja. Sampai 3 hari dua malam pulak tu! Ica siap jealous lagi aku dapat pergi ke Cameron Highlands. Lucu pulak bila fikirkan. Budak tu ingat aku pergi melancong agaknya?! Mak pula macam risau semacam aje pagi tadi. 
Banyak betul nasihat yang mak dan ayah titipkan untuk aku. Jaga diri, jaga solat, jaga tingkah laku, kerja rajin-rajin, jangan keluar malam seorang diri..macam-macamlah lagilah! Kalau nak dihimpunkan semua nasihat dan pesanan itu, rasanya lori durian pun tak muat. Biasalah, mak mana yang tak risau untuk lepaskan anak gadisnya pergi. Nasib baiklah Mak Ngah ikut sekali. Taklah rasa berat sangat hati mak nak benarkan aku ke Cameron Highlands tu. 
Dari sisi kiri MPV Toyota Vellfire berwarna hitam ini aku mengintai ke arah susuk tegap seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan umur 50-an. Dia kelihatan kemas dengan seluar slack berwarna hitam yang dipadankan bersama baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda di badan. Ada sebatang pen yang kelihatan berkilau terselit di kocek pada kemejanya. 
Tidak keterlaluan kalau aku katakan yang umurnya hampir sebaya dengan ayah. Setelah 5 hari bekerja barulah aku dapat menatap wajah Dato' Aziz, pemilik banglo mewah ini. Kacak. Kulitnya cerah dan sedikit kemerahan dan wajahnya dihiasi dengan jambang yang sangat kemas. Nampak berkarisma. Masih juga sangat kacak untuk umurnya yang sudah sedikit lanjut itu.
Dato' Aziz kelihatan sedang membantu Datin Mahani masuk ke dalam kenderaan bersama dengan Kak Fira dan Abang Daus, pemandunya yang berumur lebih kurang 40-an itu. Penuh kelembutan dan kasih dia melayan isterinya yang sakit itu.
Aku mengerutkan dahi apabila tersedar sesuatu. 
Eh, kejap! Kalau mereka masuk dulu, macam mana aku dan Mak Ngah nak masuk nanti? Kami sepatutnya duduk di barisan belakang kan? Mak Ngah pulak terus menghilang. Tak nampak bayang. Mana agaknya wanita itu pergi? Aku dah mula kalut.
"Tia! Kat sini rupanya kamu!" Sergah Kak Mun.
Tergamam aku jadinya. Terus aku berpaling ke belakang. Ya Allah, si Gollum ni!! Tak boleh agaknya tegur aku baik-baik. Bulat mata Kak Mun menjegil ke mari. 
"Kenapa Kak Mun?" 
Soalku seraya membetulkan blouse lengan panjang di tubuh. Hah! Baik aku tanyakan dengan Kak Mun. Baru sahaja nak membuka mulut, aku dah kena serang. 
"Kenapa kamu tanya aku? Aku yang kena tanya kamu kenapa kamu masih tak masuk dalam kenderaan?" Soal Kak Mun. 
Bulat mata aku menjegil ke arah ruang dalam Vellfire. Kak Fira kelihatan sudah membuka pintu kenderaan dan selamba sahaja duduk di bahagian hadapan kenderaan dengan Abang Daus. Barisan kedua ada dato' dan datin!
Aku dan Mak Ngah patutnya masuk dulu sebab tempat aku di belakang diorang lah kan? Alamak! Mak Ngah pula ke mana menghilang? Sudahlah mereka sudah bersusah payah untuk membantu Datin Mahani masuk ke dalam kenderaan tu. Takkan nak suruh keluar pula? Aduh kusut!!

"Kak Mun! Itu yang saya nak tanyakan dengan Kak Mun. Takde siapa pun yang arahkan saya dan Mak Ngah masuk ke dalam tu. Saya pun terlupa yang saya perlu masuk dulu sebab saya sepatutnya duduk bahagian belakang kan dengan Mak Ngah?" Kata-kataku membuatkan Kak Mun menjegilkan matanya dengan lebih besar ke mari. 
"Tia! Kamu jangan cakap banyak. Dah kalau tak boleh naik kereta ni, naiklah kereta satu lagi! Apa susah sangat?!" Dia bersuara dengan geram ke arahku. Kepalanya digaru kasar. 
"Mak Ngah pun dah masuk kereta sana tuuu!" Tengkingnya lagi.
Jari telunjuk ditudingkan ke arah kereta Mercedes berwarna hitam di sebelah kanan MPV ini. Aku terus mengecilkan anak mata. What? Terkebil-kebil aku merenung ke arah Mercedes hitam itu.

"Pulak dah! Lepas tu? Berapa kereta yang pergi ni?" Soalku dengan blur.
Sumpah aku tak perasan Mak Ngah naik kereta sana. Aku ingatkan semua orang akan pergi dengan Vellfire ni!

"Ya Allah..Fira tak beritahu kamu ke?" Soal Kak Mun dengan geram. 
Pantas aku gelengkan kepala. Kak Fira lupa agaknya. Maklumlah dari tadi sibuk benar dia menyediakan kelengkapan Datin Mahani.
Tapi rasanya itu  adalah skop tugas Kak Mun!
"Kamu masuk dalam kereta sana cepat!" Arah Kak Mun.
Kemudian wanita berbaju kemeja putih ini membebel lagi.
"Terhegeh-hegeh! Semua orang dah masuk dalam kereta! Tunggu kamu aje! Mana luggage kamu?"Soalnya dengan berang.
Eiii aku hempuk jugak dia ni! Tak kena darah tinggi ke selalu marah-marah begini?
"Tadi saya nampak Abang Daus dah masukkan luggage saya dalam Vellfire." Jawabku acuh tak acuh.Dia menjeling tajam ke arah aku.

"Hmm, sudah! Cepat pergi!" Arahnya dengan tegas sambil menudingkan jari ke arah kanan. Cara angkat tangan tu macam komunis nak libas kepala orang je! 
So annoying!
" Ye! Saya nak pergilah ni! Takkan nak sambung bertekak dengan Kak Mun pula. Buang masa je." Sempat aku menjawab sebelum angkat kaki. Geram betul aku dengan si Gollum ni. 
 Sepantas kilat terus berlari anak ke arah Mercedes hitam itu. Lantaklah kalau dia nak bengang dengan aku sekalipun. Mulut tu kalau bercakap tak fikir hati orang lain langsung! Tanpa berfikir panjang, dengan kalut aku membuka pintu belakang kenderaan mewah ini. Kelam-kabut aku masuk ke dalam kereta sambil hati ini tidak habis-habis membebel gara-gara geramkan Kak Mun!
Namun terkesima aku jadinya apabila sudah ada orang lain yang berada di kerusi belakang ini! 
Tuan Aidid Aqashah!






 Dia yang sedang membaca surat khabar hanya merenung sahaja ke mari dengan wajah yang serius                    

Dia yang sedang membaca surat khabar hanya merenung sahaja ke mari dengan wajah yang serius. Hah! Kenapa dia berada di sini? Bukankah dia tak ikut sekali?? Terjungkit sebelah keningnya ke arahku saat ini membuatkan aku bertambah gabra! Jantung aku mulalah buat hal! 
" Eh Tia..Tia naik kereta ni ke?"
Soalan Abang Lan, tukang kebun yang kini berada di kerusi pemandu nyata membuatkan aku lebih tergamam. Mak Ngah yang duduk di hadapan bersebelahan dengan Abang Lan juga turut sama menoleh ke mari dengan wajah yang sedikit tercengang. 
Alamak! Apa aku nak buat ni?
"Err..Kak Mun yang suruh saya naik sini.." Luahku dengan perlahan.
Terus aku membuka pintu dan keluar semula dari kenderaan. Takkanlah aku nak duduk di belakang ni dengan Tuan Aidid pula? Janggalnya!! Memang tak kenalah! Sangat-sangat tak kena! Dia tu bos, aku ni pekerja cabuk je. Abang Lan dah garu kepala. Dari luar kenderaan ini, aku memegang pintu kereta sambil menghalakan pandangan ke arah Abang Lan. 

"Jadi, sekarang macam mana ya?" Soal aku pada Abang Lan. 
Tanpa sempat Abang Lan menjawab, Mak Ngah terlebih dulu bersuara. 
"Tia..kereta ni macam dah penuh. Fira duduk di bahagian hadapan kan, dengan pemandu? Barisan kedua dato' dan datin. Barisan belakang masih kosong rasanya. Tia patut duduk di situ." 
Cadangan Mak Ngah benar-benar menambah kekusutan di hati. Kalaulah aku ni boleh masuk ikut tingkap! Dah lama aku buat. Aaa rasa nak nangis aje ni!

"Erm..Mak Ngah, macam mana saya nak masuk kalau Datin Mahani dan Dato' Aziz berada di barisan kedua tu? Mereka perlu keluar sebelum saya masuk dan duduk di belakang mereka." Jawabku dengan sopan. Mak Ngah menggaru dagunya. 

"Hm..betul jugak tu." Sampuknya sambil mengerutkan wajah. 
"Kenapa tak masuk awal-awal tadi?" Celah Abang Lan pulak. 
Nak berasap rasanya kepala aku. Betul, aku juga ada salahnya kerana tak alert! Sepatutnya aku terus tanya dengan Kak Fira tentang kedudukan aku dalam kenderaan. 
"Memang salah saya sebab tak perasan perkara ni awal-awal. Lagipun tadi takde siapa yang arahkan saya naik Vellfire tu, Abang Lan. Takut pula nak pandai-pandai masuk sendiri. Saya baru tersedar tentang perkara ni setelah dato' dan datin masuk ke dalam kenderaan." Lemah sahaja aku bersuara saat ini.
Iyalah, takde siapa arah aku masuk. Takkan aku pandai-pandai nak masuk dalam Vellfire tu?
"Mun lah ni! Patutnya dia briefing betul-betul siapa nak duduk di mana! Mak Ngah pun tahu last minute yang Mak Ngah perlu naik kereta ni." Bebel Mak Ngah dengan geram. 
Aku tahu Mak Ngah memang dah lama bengang dengan Kak Mun Gollum! Siapa aje yang tak?! Alaaaa..takpe ke kalau aku tak pergi. Rasa macam menyusahkan semua orang pulak! Bengkek betul hati aku dengan Kak Mun!

"Tuan Aidid..apa pendapat Tuan Aidid? Tuan Aidid okay ke kalau Tia duduk di belakang dengan tuan?" Soalan Abang Lan nyata membuatkan aku tergamam! 
Berkocak teruk darah dalam tubuhku. Aku mula menyentuh dada yang sudah mula diganggu dengan debaran halus. Dear heart, please be good. Macam mana ni?!
Tuan Aidid langsung tak pandang ke mari. Fokusnya hanya pada surat khabar di tangan tapi aku dengar dia berdehem sedikit sebelum bersuara. 

"Cepatlah gerak. Takut lambat sampai nanti. Banyak benda yang perlu saya uruskan kat sana tu." Tegas dan tegang aje wajahnya ketika berkata begitu. 
Aaaa mesti dia tak suka dengan situasi ini sebab dia tak jawab pun dia benarkan aku duduk atau tidak. Macam mana ni? Dari jawapannya tu aku dah tahu dia tak rela aku duduk di sini dengannya.

"Maafkan saya, Tuan Aidid. Sepatutnya saya susun betul-betul kedudukan semua orang dalam kedua-dua kenderaan." Ucap Abang Lan. 
Aku pula masih terkebil-kebil merenung ke arah Abang Lan. Nak masuk ke tak ni? Takkan aku kena duduk belakang dengan Mr. Dictator ni pulak?? Janggalnya!!
"Masuklah Tia. Kita perlu gerak sekarang." Ujar Abang Lan.
Blouse di tubuh aku betulkan sedikit. Terus aku melangkah masuk ke dalam perut kenderaan semula. Gugup pula bila mata lelaki itu berada di wajahku saat ini. Kenapa ye dia pandang-pandang? Terus aku betulkan skirt labuh pada tubuh supaya kelihatan sopan sentiasa.  Mahu tak mahu bibirku tersenyum sedikit kepadanya sebelum melarikan pandangan ke arah lain. 
Aku hanya duduk di ruang paling hujung kenderaan ini. Melekat terus tubuhku pada pintu kenderaan gara-gara nak duduk sejauh mungkin darinya. Iyalah, mesti dia tak selesa kerana terpaksa berkongsi ruang dengan aku. Bau wangiannya kini memenuhi ruangan hidung membuatkan jantung aku semakin berdebar pula.
Kau dah kenapa, Tia? Cuba relax sikit! Aku mula menenangkan diri. 
Sumpah, tak berani langsung aku nak mengerling ke arah lelaki itu. Pandangan aku halakan ke arah luar kenderaan sahaja. Aduh..tak selesanya apabila terpaksa duduk berdua dengannya di kerusi belakang ini. Kenapalah takde sesiapa yang briefing aku tentang tempat duduk dalam kenderaan sebelum ni? Haaa kan dah terpaksa berkongsi ruang dengan Tuan Aidid?! Canggungnya!
Si Gollum ni kan! Asyik sangat cari salah pekerja lain sampai tak nampak salah sendiri! Tugas dia lah yang berikan kami briefing tentang perkara ni tetapi dia dah terlepas pandang! Habis semuanya kelam-kabut dan kacau-bilau gara-gara dia tidak menjalankan tugas dengan betul! Geramnya aku dengan Kak Mun Gollum tu!






Si Gollum ni kan! Asyik sangat cari salah pekerja lain sampai tak nampak salah sendiri! Tugas dia lah yang berikan kami briefing tentang perkara ni tetapi dia dah terlepas pandang! Habis semuanya kelam-kabut dan kacau-bilau gara-gara dia tidak men...                    

Auu chak! :p haha!
***
Love notes
Soooooo siapa yang mintak banyak-banyak bab dan panjanggg hari tu? Tadaaa permintaan telah ditunaikan :D 
Makanya, next chapter akan berkisar di Cameron Highlands! Mr. Dictator pun ikut sekali. Tak tenteram Tia nak bekerja haha!
Tentang lamaran Qashah..itu juga akan terjawab di bab-bab seterusnya. 
Terima kasih kepada semua yang sudi vote, sudi komen dan sudi mengikuti cerita ni. In syaa Allah nanti akan sambung bab 12 pulak ya.
Jumpa lagi di Love Notes seterusnya :D 
Till then, take care everyone..

Semua komen boleh diberikan di grup Facebook : Bila Suri Ryana Menaip ya :D Thank youuu!