DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Monday, 21 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 10]



"Bella!"

Tersentak aku jadinya saat ini. Nasib baik tak terbaling kobis yang berada di tangan. Itulah Bella, mengelamun lagi! Mata kujegilkan ke arah Kak Long yang sedih tersengih. Cepat-cepat aku meletakkan kembali kobis yang berada di tangan ke dalam besen. 

"Isk..Kak Long ni..terkejut tau tak!"  Bentakku kepada Kak Long. Anak mata berlari ke wajah gadis yang sedang melangkah ke mari itu. Semakin terkekeh-kekeh dia ketawa, semakin monyok wajahku jadinya. Seronoklah tu dapat buat aku terkejut. 

"Dah sampai ke mana? Bulan? Bintang?" Tersenyum tawar aku seketika. Memang aku tidak dapat menumpukan fikiran. Otak melayang memikirkan insiden semalam.  Kenapa gambar Kak Ngah berada di dalam simpanan Danial Lee?

Anak mata kini berlari ke arah kedua-dua belah tanganku. Ya Allah, lama mana agaknya aku rendam tangan dalam besen berisi kobis dan air garam ni? Sampai kecut habis kesemua jemari. Benarlah kata Kak Long. Aku sedang mengelamun jauh.

"Kenapa monyok je ni? Dah dapat telefon bimbit pun masih sedih?" Soalan Kak Long kubiarkan berlalu sahaja. 

Aku memegang kobis-kobis yang telah direndam selama beberapa jam dengan air garam ini. Hmm..cukup elastik dan susah patah. Maksudnya, air garam sudah meresap dengan sempurna ke dalam sayur ini dan aku sudah boleh basuh kesemuanya sebelum dilumur dengan pes kimchi sekejap lagi. Besen berisi kobis yang telah dipotong-potong  kuangkat dengan berhati-hati dan kubawa ke singki untuk dibasuh.

"Kak Long..arwah Kak Ngah ada boyfriend ke dulu?" Dengan berhati-hati aku bertanyakan soalan itu kepada Kak Long. Walaupun aku sedang membelakangi Kak Long saat ini, aku amat pasti matanya memang sedang melekat padaku.

"Kenapa tiba-tiba tanya tentang Kak Ngah ni?" Soal Kak Long. 

"Saja je.." Jawabku ringkas. Kedua-dua belah tangan sedang gigih membasuh kobis-kobis di dalam besen dengan sempurna. Dahi kukerutkan apabila terdengar keluahan berat terbit dari bibir Kak Long.

"Kak Ngah memang anak yang baik..menurut kata, tak macam Kak Long. Kak Long ada boyfriend dulu, umi tak berkenan pulak tu. Tapi, Kak Long degil nak juga bertunang. Akhirnya putus!" 

Tangan yang sedang lincah membasuh kobis kini terhenti seketika. Aku terus menoleh ke belakang.

"Isk Kak Long ni..ke situ pulak." Ayat tersebut meluncur dari bibir bersama pelbagai persoalan di dalam otak. 

"Bella kat Korea...mana Bella tahu." Seraya berkata begitu, tangannya kulihat mencapai sedikit lobak merah yang telah kucincang dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Apa maksud Kak Long ni?" Mata kukecilkan sedikit.

 Setelah melihat Kak Long mendiamkan diri, aku terus sahaja mencapai besen kobis yang telah pun siap dibasuh. Kemudian dengan berhati-hati aku membawanya ke meja yang terletak di sebelah kiriku.

"Kak Long..Bella tahu Bella banyak terlepas cerita-cerita 'hot' gara-gara berada di luar negara. Ala..ceritalaaaa" Aku merengek-rengek saat ini. Kak Long pula hanya ketawa sahaja melihat gelagatku. 

"Bella..kenapa kobis ni Bella  rendam dengan garam sampai berjam-jam lamanya tadi?" Haaa nak ubah topiklah tu! Aku kenal sangat dengan Kak Long. Semakin dipaksa, memang semakin susah untuk dia buka mulut. Nantilah aku guna strategi lain untuk korek cerita. 

"Kata Soo Jin Ajumma, kobis direndam selama beberapa jam di dalam garam supaya garam ni dapat meresap masuk ke dalam kobis-kobis ni...untuk beri rasa masin kepada kimchi bila dah siap nanti. " Jawabku dengan panjang lebar.

"Ooo.." Mulutnya kini sudah pun membentuk huruf O. Aku pula, tanpa menunggu lebih lama terus melangkah ke arah dapur gas. Kak Long juga mengekoriku ke sini. Senduk kucapai dan aku mula mengacau cecair yang sudah pun bertukar pekat.

"Yang ni pulak apa?" Soal Kak Long. 

"Tepung pulut Kak Long." Jawabku.

"Tepung pulut yang dimasak dengan air dan dicampurkan sedikit dengan gula perang ni akan kita campurkan bersama pes cili dan sebagainya untuk buat pes kimchi nanti. Campuran ini banyak membantu semasa proses menjeruk." Terangku kepada Kak Long. 

Aku terus menutup api dan kuali kecil berisi campuran tepung pulut dan gula perang itu kuangkat dengan berhati-hati dan kutuangkan ke dalam bekas yang tersedia di sebelah kiriku.

"Wahh..pandainya Bella.." Aku lihat Kak Long sudah mula bertepuk tangan. Over betul!

"Kak Long! Jangan teruja sangat. Bella ikut resipi Soo Jin Ajumma je..harap-harap Bella tak salah tulisla.." Ada keluhan di hujung ayat. 

Sememangnya aku tidak ada mood untuk buat kimchi bagai ni. Tambah-tambah selepas insiden semalam. 

Siapa Kak Ngah dalam hidup Danial Lee? Ah, serabutnya! Bekas yang berisi campuran tadi kuangkat dan kubawa ke meja. 

"Mesti Danial Lee kasi 10 bintang untuk kimchi ni nanti." 

Aku hanya mencebik sahaja mendengar kata-kata Kak Long itu. Tak kebulur aku nak dapat bintang dari dia tu. 

"Ikutkan hati Bella..memang malas nak buatkan kimchi ni untuk dia tu. Poyo!" Bentakku dengan geram. 

Kak Long buat muka pelik tetapi dia tak pula berani bersuara. Mungkin dia takut aku mogok dan gantung kuali agaknya? Jika itu terjadi, memang masaklah dia! Haha..tahu pun takut! Lucu pula melihat wajah Kak Long saat ini.

Bekas berisi campuran tepung pulut dan gula perang kutuangkan ke dalam bekas yang berisi bawang, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Kemudian aku menggaulkan campuran ini dengan sebati. Di dalam hati masih menyumpah lelaki itu. Alamak, sedap ke kimchi ni kalau buat dengan perasaan yang tidak ikhlas? Siap maki hamun lagi? Ah lantaklah! Malas nak fikir!

Setelah campuran digaul dengan sebati, aku memasukkan pula beberapa sudu sos ikan, udang kering yang telah dikisar kasar, ikan bilis, sedikit campuran jus epal dan pear serta serbuk cili. Setelah menggaul sebati campuran ini, aku memasukkan juga beberapa jenis sayuran yang telah pun siap dihiris halus. Dengan bersungguh-sungguh aku menggaul sekali lagi saat ini. Ahh, siap juga pes kimchi buatan Bella akhirnya! Tanpa berlengah lagi, aku mencapai besen kobis yang berada di depan mata. Tibalah masanya untuk melepakan pes kimchi ini pada kobis. 



"Nanti..nanti! Kak Long pun nak rasa jugak!" Kak Long akhirnya bersuara. 

Kusyuk betul aku lihat dia memerhati aku membuat pes kimchi tadi. Sudu kecil dicapai dan dia mula menyudu sedikit pes kimchi. Pes  tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Bella, ini kali pertama  Kak Long rasa pes kimchi. Tapi, memang sedap dan unik rasanya. Kak Long tak tipu." Beriya-iya Kak Long berkata begitu. Dari gayanya yang over excited ini, aku tahu dia ikhlas. 

"Mesti Danial Lee suka punyalah!" Jari dipetik beberapa kali ketika berkata begitu. Ah, ni yang tak sedap ni! Perlu juga sebut nama bos dia tu. Buat lari mood aje! Cepat-cepat aku memberi amaran.

"Kak Long! Kak Long jangan pandai-pandai dedahkan kat dia pula Bella yang buat kimchi ni.  Manalah tahu kalau dia pura-pura sakit perut ke, buat-buat pengsan ke, koma ke apa selepas makan. Lepas tu, nak disamannya pulak Bella ni nanti. Si samseng tu memang ada kemungkinan untuk buat kerja-kerja macam ni." 

Memang aku tidak mahu lelaki itu tahu! Kalau boleh, aku tak mahu tengok lagi wajahnya. Senang cerita, aku tak mahu ada kaitan dengannya lagi tetapi, aku tetap ingin tahu apa hubungan dia dengan Kak Ngah.

"Manalah tahu..sengaja dia nak kenakan Bella ke.."

Kak Long mulalah menggelengkan kepalanya. Bahuku ditampar geram.

"Amboi dramanya! Kau ingat kau tengah tulis novel ke dik? Kenapa pula Danial Lee nak buat Bella macam tu?"  Soalnya tidak puas hati. 

Sepotong kobis kucapai dari dalam besen dan aku mulalah melepakan pes kimchi ke seluruh permukaan kobis. Kemudian, kobis itu kumasukkan ke dalam balang seramik bersaiz besar yang berada di sebelah kananku. Sepotong lagi kobis kucapai dan aku melakukan perkara yang sama saat ini. 



"Bella..kenapa Bella marah sangat dengan Danial Lee tu?" Soal Kak Long dengan penuh hikmah. Lembut sahaja bunyinya. Begitulah caranya kalau hendak mengorek rahsia. Namun aku belum ada mood langsung untuk bercerita tentang lelaki itu kepada sesiapa pun. Nafas kuambil dalam-dalam saat ini. 

"Kak Long..erm..agak-agak arwah Kak Ngah kenal tak dengan Danial Lee?" Soalan Kak Long yang tadi kujawab dengan soalan juga.

Berkerut seribu wajah minah di hadapanku ini. Lucu pulak aku melihatnya. Bab-bab buat muka pelik, memang Kak Long juara! Kalau arwah Kak Ngah ada, mesti dia akan ketawa gila-gila. Rindunya aku dengan arwah Kak Ngah.

"Hah? Tak masuk akallah soalan kau ni dik. Bella penat sangat ni..semakin melalut Kak Long tengok." Ujar Kak Long sambil menggelengkan kepalanya.


 Dia kulihat terus menuju ke arah singki. Setelah membasuh tangan, dia juga turut sama menolongku melepa pes kimchi dengan sebati pada kobis-kobis ini. Setelah semuanya dimasukkan ke dalam balang seramik sekejap lagi, aku akan menekannya dengan sudu ke dasar balang. Biar mampat. Sesudah itu, balang berisi kimchi ini akan aku masukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa hari. Apabila Kak Long hendak bawa ke pejabat nanti, aku akan potong kimchi-kimchi ini sedikit dan taburkannya dengan biji bijan.



Lega terasa hati saat ini. Perkara yang paling memenatkan otak sudah hampir siap kulakukan. Tinggal untuk lihat dan rasa hasilnya sahaja nanti. Kata orang Korea, kalau mahu mencari isteri, carilah yang pandai buat kimchi. Sekiranya seseorang itu pandai membuat kimchi, maknanya dia memang seorang yang pandai masak dan boleh memasak apa sahaja masakan yang ada di dalam dunia ni dengan lazat. Betul ke tak pendapat itu, tidak pula kutahu. 

***

Hari ini memang hari yang sangat menggembirakan! Mood aku berada di tahap yang paling baik. Nafas kutarik panjang-panjang dan bersama senyuman lebar di bibir aku memandang ke arah langit yang membiru. Kemudian, anak mataku berlari pada beberapa ekor burung yang sedang berkicau riang di atas dahan pokok di hadapanku ini. Riangnya burung-burung ini seriang hatiku. Sesungguhnya hari ini memang sangat istimewa kerana aku akan dapat bertemu dengan umi kesayanganku sekejap lagi. Siapa kata perlu bercinta dengan seorang lelaki untuk merasa sakitnya merindu? Senyuman semakin kulebarkan. Rasanya semenjak kakiku ini menjejak bumi Malaysia beberapa hari lepas, baru hari ini terasa damainya jiwa tinggal di bumi bertuah ini.

Aku menoleh ke arah Kak Long yang sedang menutup pintu kereta. Hampir penuh juga ruang parkir di kawasan terbuka ini. Anak mataku berlari ke kawasan sekitar. Nasib baik ada tempat untuk Kak Long meletakkan keretanya di sini. Mataku kemudiannya meluncur ke arah bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang berada di seberang jalan sana. Nampaknya agak sesak juga. Mungkin banyak kapal terbang yang tiba dari destinasi tempatan dan luar negara pada waktu ini.

"Amboi! Nampak macam dah tak sabar-sabar nak masuk dalam bangunan tu."

Aku menoleh ke sebelah kanan. Kak Long sudah pun berdiri betul-betul di sebelahku. Bahuku dirangkul seketika.

"Mestilah! Umi kesayangan Bella sampai hari ini." Ujarku sambil tersengih ke arahnya.

"Manja!" Gumam Kak Long. Nak sakat akulah tu. Terus sahaja tangannya yang merangkul bahu tadi kini menolakku sedikit. Aku pula  menjelirkan lidah ke arahnya. 

"Of course manja! Bella kan anak bongsu." Dengan bangga aku berkata begitu. Gaun labuh yang berada di badan kubetulkan sedikit.

"Ye la tu.." Kak Long terus sahaja melangkah ke hadapan dan aku mula mengejar langkahnya. Kami kemudiannya menyeberang jalan yang sedikit lengang bersama-sama. 

"Bella..terima kasih tau sebab sudi tolong buatkan kimchi tu.." Masuk kali ini tidak pula kukira sudah berapa kali Kak Long berterima kasih kepadaku. Aku tersenyum sumbing.

"Sama-sama. Dah selesai pun." Sempat lagi aku menarik nafas lega saat ini. Bolehlah aku bercuti dengan tenang hati tanpa perlu berfikir tentang kimchi tu lagi. 

Aku meliarkan pandangan sebaik sahaja masuk ke dalam bangunan yang berhawa dingin ini. Ramainya manusia! Ada yang sedang menggalas beg, ada yang sedang menarik beg dan ada yang kelihatan seperti sedang  menunggu ketibaan seseorang. Pendek kata macam-macam gaya ada di sini. Yang duduk atas beg pun ada. Jangan jatuh sudahlah nanti. Aku tersenyum lucu saat ini.

Aku dan Kak Long terus melangkah ke balai ketibaan domestik.  Umi pulang ke Malaysia bersama pesawat Emirates Airlines yang mendarat di Kuala Lumpur International Airport pagi tadi. Dari sana, umi, Pak Su dan Mak Su naik Malaysia Airlines pula untuk kembali ke Pulau Pinang. Niat di hati mahu menunggu betul-betul di hadapan balai ketibaan. Biar umi keluar-keluar aje dari situ, terus nampak wajah aku dan Kak Long. Namun, niatku terbantut untuk seketika. Kakiku kini bagai dipaku pada bumi. Tidak bergerak. Anak mata pula tertancap kemas pada susuk tubuh seorang lelaki yang memakai sweatshirt berwarna kelabu di badan. Dia sedang duduk di atas salah sebuah kerusi yang letaknya betul-betul di hadapan balai ketibaan. 

Mata kukecilkan sedikit. Isk Bella..kau ni dah kenapa? Semua orang yang kau tengok nampak seperti dia? Mata kutenyeh berulang kali. Kemudian aku menghalakan pandang ke situ semula. Jantungku mulalah berubah rentak. Memang dia lah!

"Jom..umi dah nak sampai ni." 

Pandangan serabut kuberikan pada Kak Long yang sudah pun berada beberapa tapak di hadapanku.

"Kak Long..Kak Long nampak tak, apa yang Bella nampak?" Soalku dengan geram.Bukan geram pada Kak Long tetapi geram dengan lelaki itu kerana kat mana aku ada, kat situ jugalah si badigol ni ada!

Aku terus sahaja menundingkan jari pada lelaki itu. Anak mata Kak Long kulihat berlari mengikut arah tundingan jariku. Terlopong besar kulihat mulut Kak Long. Nasib baik tak ada lalat!



"Nampak tak?" Soalku lagi.

"Na..nampak!" Pantas Kak Long menggangukkan kepalanya.

"Kak Longggg..kenapalaaa dengan boss Kak Long ni???! Mana Bella ada, kat situ jugak dia muncul!" Pantas jemariku menggaru kepala yang tak gatal.  Baru aje nak rasa damai tadi dah ada yang kacau daun!

"Ini semua salah Bella. Bella benci sangat dengan dia, kan? Sebab tu la kita terjumpa dia kat sini." Aku terus sahaja menyiku lembut lengan Kak Long. Masamnya wajahku saat ini, kalah asam keping. 

"Apa pulak salah  Bella! Teori apa akak guna ni!" Soalku tidak puas hati. Ada tawa kecil keluar dari bibir Kak Long. Bahuku diraihnya lembut.

"Ala..relax la..kita tunggu aje kat sini. Sekejap lagi apabila nampak bayang umi, Mak Su dan Pak Su keluar dari balai ketibaan tu, baru kita cepat-cepat pergi situ." Kepala kuanggukkan laju-laju mendengar cadangan Kak Long. Setuju!

"Kan? Kita tunggu kat sini aje." Ujarku kemudiannya. 

"Ingat Kak Long! Tak payah nak tegur dia tu. Kak Long buat bodoh je." Sempat lagi aku berpesan kepada Kak Long. Bukan apa, kalau Kak Long tegur pun, belum tentu si kerek tu nak layan. Dia kan perasan bagus sikit orangnya. Sempat lagi aku mencebikkan bibir sambil memandang ke arah lelaki itu yang kulihat sedang sibuk dengan ipad di tangannya. 

"Ye laa..tak tegur!" Puas hati aku apabila Kak Long menjawab begitu. Belum sempat aku memberikan sebarang reaksi, Kak Long bersuara lagi.

"Benci betul Bella dengan dia kan?" Soal Kak Long bersama ketawa kecil. Aku menjulingkan mata  ke atas. Mesti Kak Long pelik kenapa aku meluat dengan lelaki itu. Aku belum ada mood untuk ceritakan apa yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan di atas flight tempohari. Menyakitkan hati ajelah!

"Bukan benci je..rimas, meluat semua ada la. Pakej tau tak..pakej!" Bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Cepat-cepat aku menutup bibir apabila sedar yang suaraku sudah pun naik satu oktaf dari tadi. Kak Long hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. 

"Bella! umi dah sampaiiiii!" 

Anak mata terus kuhalakan ke hadapan sebaik sahaja mendengar kata-kata Kak Long. Senyuman di bibir kini bertandang kembali apabila susuk tubuh umi, Mak Su dan Pak Su dapat kami lihat dari sini. 

Tanpa menungu dengan lebih lama, kami sama-sama mula melangkah ke sana. 

"Ya Allah rindunya dengan umi..wahhh tengoklah tu Pak Su siap berjubah dan pakai kopiah macam orang arab saudi pakai!" Riuh mulutku berbicara. Ada ketawa yang keluar di hujung ayat. 

"Perghh Pak Su nampak macam orang arab dah!" Kata Kak Long pula. Mulut kami yang tadinya berkicauan  bagai burung kini diam terkunci. Langkah kaki kami juga terhenti saat ini.

"Kak Long..nampak tak apa yang Bella nampak?" Aku bersuara dengan lemah.

"Nam..nampak!" Tergagap-gagap Kak Long menjawab. 

Kelat terasa  mulutku saat ini. Kami hanya mampu memandang sahaja ke arah insiden yang sedang berlaku di hadapan sana. Danial Lee kelihatan sedang memeluk seorang lelaki yang berdiri betul-betul di sebelah Pak Su. Kemudian, Pak Su pula menarik Danial ke dalam pelukannya. Apabila dia bersembang mesra sambil bergelak ketawa dengan Mak Su dan umi, aku dan Kak Long berpandangan sesama sendiri. Bagaikan hendak tersembul bijik mata kami. 

Siapa sebenarnya lelaki ini? 

***

*Seperti yang Suri maklumkan dulu, tajuk untuk karya ini masih belum confirm :) Banyak sangat tajuk di pasaran yang ade 'untuk dia' hee jadi mungkin Suri akan tukar nanti. :) thanks all sudi baca dan thanks juga kpd yang memberikan komen :) Yang pasti, memang akan kekalkan perkataan KIMCHI tu :) 



81 comments:

  1. Hahaha....Daniel Lee mmg kenal keluarga Bella ke...wah makin x sabar nak tau ni

    ReplyDelete
  2. Bab 11 please :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah, bab 11 on the way hee :) tq sudi baca

      Delete
  3. Misteri....misteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua misteri akan terjawab jua nanti, in syaa Allah..tq so much sudi baca ye :)

      Delete
  4. Awwwww.. suka2.. nak lagi kak suri

    ReplyDelete
  5. uishh... banyak betul.kejutan dalam novel ni. hahhaha... tak sabar nak tunggu bab 11. kak suri, jgan lambat sngat upload!!! πŸ˜„πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah tak lewat upload..hehe paling lewat pun selang sehari xD tq so much sudi baca ye :)

      Delete
  6. siapa sebenarnya mamat tu...adakah uminya mmg sudah berkenalan dengan mamat tu.... hmmm...teruja nak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen kak ida <3 :) in syaa Allah, persoalan akn terjawab nanti..

      Delete
  7. Ohhhhh weee......getting interesting!!! Siap la si Bella....hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa tq so much sudi baca..nanti mesti akan post bab 11 :)

      Delete
  8. Haha.. Lagi bella tak suka,, lagi kerap jumpak .. Best :)

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xD tq sudi baca thirah..nanti akak post bab 11 ye :)

      Delete
  9. tak sabarrrr tunggu novel ni. mesti best -jia

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah..terbit nanti mesti akan inform kat sini :) tq so much sudi mengikuti bab 10..nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  10. Best Suri... tak sabar nak beli buku nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah..terbit nanti mesti suri akan inform kat sini :) tq so much sudi baca dan komen ye :)

      Delete
  11. Hihihi... suri... bab 11 please!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. okayy malam ni or malam esok suri post kay? :) tq sudi baca dan komen..

      Delete
  12. best gile ...cpt lah publish...daebak gila!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much..in syaa Allah..terbit nanti mesti akan inform kat sini :) tq so much sudi mengikuti bab 10..nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  13. Hurmmmm. ....mmm....xpuas. ...nk lg ..lg..dan lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi mengikuti bab 10..nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  14. Wahhhhh....siapa itew....????coba tekaaaa????

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah dah mcm lirik lagu daa xD tq so much sudi mengikuti bab 10..nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  15. Menangis tgk kimchi tu..mcm sedap je..kat msia ade jual kat mne ek..hihi

    -cik anon-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much cik anon sebab sudi mengikuti bab 10 ni :) ooo kimchi ye..cuba try cari di tesco atau di korean mart (ada a few di kl..)

      Delete
  16. wah...semakin menarik..kak suri,bab11 panjang la sikit ek..hehehe...:))))) <3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allahuntuk bab 11 suri letak panjang sikit kay? :) tq so much sudi mengikuti bab 10..:)

      Delete
  17. Replies
    1. hheee thank u so much sudi baca :) bab 11 akan ada nanti

      Delete
  18. Alaaaa.....suspen sunggh la kak suri,bab 11 pls...

    ReplyDelete
    Replies
    1. . tq so much sudi mengikuti bab 10..in syaa Allah.nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  19. I likeeee bebanyak..
    Tq k.suriπŸ˜πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much syira, sebab like bebanyak hehee nanti akak post bab 11 ;)

      Delete
  20. akak tq sgt.. memang arap sgt akak masukan sekali resepi kimchi.. nsb baik ada.. thx kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nanti akak kasi full recipe kat sini kayy..cuba tau nanti ;) hee tq so much sudi mengikuti bab 10..nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  21. Suka3.. best. X sabar nak baca bab 11

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :).nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  22. Wah! Makin menarik cite ni....sukanya sukanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi mengikuti bab 10..nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  23. erk...t'cekik akak..daniel lee kenai ngn umi bella laaaa.. cm ne lak depa kenai? ke...daniel lee ni calon umi tuk arwah kak ngah ny? sbb tu depa mesra ja..

    habis la bella... mksud ny ni, daniel lee paham bhsa melyu laaa.. otto ka do...otto ka do

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Kak Noor sebab sudi mengikuti KUD :) haha semua soalan tu akan terjawab nanti :) hehee in syaa Allah tq so much sudi mengikuti bab 10..nanti akak post bab 11 :) Mungkin juga Danial faham bahasa melayu xD

      Delete
  24. hmmm....banyak betul spekulasi yang bermain di minda saya...hehehehe
    agak2 sapa kak ngah dengan daniel lee ni...
    alamak daniel lee tahu cakap melayulah...
    jeng,....jeng...jeng...

    ReplyDelete
  25. hmmm....banyak betul spekulasi yang bermain di minda saya...hehehehe
    agak2 sapa kak ngah dengan daniel lee ni...
    alamak daniel lee tahu cakap melayulah...
    jeng,....jeng...jeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee in syaa Allah semua spekulasi akan terjawab nanti :) tq so much sudi mengikuti bab 10..nanti akak post bab 11 :)

      Delete
  26. Assalamualaikum kak Suri.

    best sangat-sangat cerita ni. saya pun minat bidang penulisan cumanya tidaklah kreatif mana. pernah mencuba tapi hanya separuh jalan je. Kak Suri sambungla lagi novel ni ya. tak sabar nak tunggu nanti novel fizikal keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam :) terima kasih kerana sudi membaca KUD :) in yaa Allah, mesti akan sambung bab 11 nanti..kalau berminat dengan bidang penulisan, boleh cuba tulis cerpen atau novel pendek dahulu..in syaa Allah,lama kelamaan mesti boleh hasilkan novel dengan jayanya :) chaiyok2

      Delete
    2. yeay! in syaa Allah. ada juga menulis sikit-sikit tapi selalunya separuh jalan je. hehe. terima kasih atas nasihat akak. Selamat Hari Raya ya kak. jaga diri di perantauan.

      Delete
  27. Bella pandai buat kimchi...boleh jadi calon isteri gak ya. Mungkin Daniel Lee dan kak ngah Bella pernah hadir date matchmaker tak macam cerita Korea tu...tapi xde jodoh... secara kebetulan wajah Bella seiras dengan arwah kak ngah itu yang buat si Daniel Lee baran...lagi pula mulut Bella laser...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mulut Bella memang agak laser..di bab yang nanti2 lagi terserlah laser nya tu hee tq sudi baca dan komen..nanti suri post bab 11 ye :)

      Delete
  28. x sabar nk memiliki buku...bila akan keluar ye? best..best..chiyok suri!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much :) keluar thn ni atau thn depan :) tapi akan ade sebuah novel yg akan keluar december nanti..tq sudi baca ye

      Delete
  29. aaaaa kenape tgantung....ni yg buat tak sabar nak baca bab 11 ni....bab 11 mlm ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee sambungannya ada di bab 11..mungkin esok malam suri post sebab malam ni dr campus terus pegi majlis buka puasa dan tarawikh..tq so much ye sudi baca

      Delete
    2. tq so much MyLinna..malam ni akan post bab 11 :)

      Delete
  30. Ya Allah..saje wat bg kiteorg bedebarrrrrrr..nafas xlepas tau bca perenggan lasttt tuu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much :) malam ni suri letak bab 11 hehee xD

      Delete
  31. Ni yang lemah lutut ni main character korea. Gugur jiwa

    ReplyDelete
  32. Replies
    1. haha..persoalan akan terjawab nanti..tq sudi baca ye :)

      Delete
  33. Bestla.... Haha berbaloi bace. Penulis fav n Katya dia mmang tip top

    ReplyDelete
  34. Bestla.... Haha berbaloi bace. Penulis fav n Katya dia mmang tip top

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Aurora..:) in syaa Allah malam ni akan post bab 10..

      Delete
  35. besttt....'kerana KIMCHI'........

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm best jugak tajuk ni..tq so much tau :) really appreciate it

      Delete
  36. best!!! dah msuk list utk di beli.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much hehe nanti dah terbit mesti akan inform :)

      Delete
  37. Haisshh allergy sungguh bella dgn Daniel ni.., pergi mana2 mesti ada..ker jodoh? Kurlassss kan x sangka umi, maksu/paksu kenal si Daniel ni..,thanks suri best sgt citer ni..
    -kak La-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much Kak La :) in syaa Allah, malam ni suri post bab 11 :)

      Delete
  38. Suspen >< laa...x sbr nk baca bab 11..kak suri psl tajuk tuu sy setuju dgn akak...UNTUK DIA tuu mcm dah biasa dengar..akak patut cari tajuk yg lbh menarik ♥

    ReplyDelete
  39. Lps ni mst bella tau sape daniel tu ngn kak ngah dia. Tgk gaya mcm kenal je daniel ni ngn pak su bella

    ReplyDelete
  40. Apa kaitan Daniel Lee dgn Pak Su ???

    ReplyDelete