**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday, 14 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 19


Bab 19

Pandai buat, pandailah tanggung!

Kata-kata itu memang sesuai untukku saat ini. Bunyi deruan ombak yang menampar gegendang telingaku tidak lagi memberikan aku ketenangan dan kedamaian. Angin laut yang sepoi-sepoi bahasa  menampar lembut wajahku juga tidak mampu memberikan rasa nyaman seperti yang sepatutnya. Aku terus meninggalkan balkoni luas ini dan melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu sliding door kutarik dengan cermat dan aku menyandarkan badan pada dinding pintu.

Semalam, semasa menjalankan projek mengenakan lelaki itu tidak pula timbul rasa gerun di hati tetapi  hari ini lain pula ceritanya. Sebelum masuk waktu subuh lagi pintu bilikku bagaikan nak reban diketuk dari luar oleh lelaki itu sampai naik kecut perutku. Kalau sebelum ini aku memerlukan bantuan jam loceng untuk bangun subuh tetapi hari ini tidak lagi. Mata yang mengantuk terus segar bugar apabila terdengar pekikan lelaki itu di hadapan bilikku. Aku menggigit bibir sedikit.

‘Ah, Fina..dia bukan boleh buat apa pun. Lagipun, dia yang cari fasal dulu dengan kau. Sesuka hati mak bapak dia aje layan kau macam kuli. Sekarang, tanggunglah akibatnya.’ 

Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. Kepala kuanggukkan beberapa kali. Betul! Buat apa nak takut sangat dengan lelaki tu? Apalah sangat yang mampu dilakukannya? 

Kalau dia berkasar denganku, aku akan terus menelefon mummy. Aku memetik jari sambil tersenyum lebar sebaik sahaja idea tersebut muncul di dalam kepala. Raja Adrian Benjamin memang seorang yang gagah berani. Selalu sahaja ikut kepala sendiri tetapi dia sangat takut sekiranya mummy enggan melantiknya sebagai CEO. 

Terus sahaja aku mengenakan cermin mata pada wajah. Selepas itu aku melangkah ke arah cermin untuk membetulkan tudung di kepala. Tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan Syaf. Pasti gadis itu akan gembira kerana pagi-pagi lagi aku sudah menjenguknya di Cinta Florist. Beg tangan yang berada di atas katil aku capai dan mula menapak menuju ke arah pintu. Mintak-mintaklah aku tidak terserempak dengan lelaki itu sebentar lagi. 

Telinga kurapatkan pada dinding pintu 6 panel berwarna putih ini. Sunyi sepi sahaja.Pasti kawan-kawannya juga sudah pulang ke rumah masing-masing. Kalau tidak, pasti mereka akan memekak sesuka hati di dalam rumah ini. Adrian pula pasti sedang sibuk dengan urusan pelaburan di bank yang terletak di dalam biliknya. Silap-silap dah berkampung dalam tandas. Terus sahaja aku menjadi geli hati. 

Aduhai, pasti bersih terus usus lelaki itu hari ini. Aku terus menutup mulut dengan sebelah tangan. Berusaha menahan ketawa dari terhambur keluar dengan kuat saat ini. Tangan kanan memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati supaya tidak berbunyi. Kemudian, aku terus menjengukkan kepala ke luar. Line clear! terginjat-ginjat kakiku melangkah keluar dari bilik saat ini. Setelah tidak nampak bayang lelaki itu, aku terus berlari ke arah lif yang terletak di sebelah kiri ruang tamu luas ini.


“Ehem.”

Bagai nak terhenti denyutan jantungku apabila mendengar suara deheman itu. Lemah terasa segala urat saraf di badan. Aku terus menyarungkan kasut ke kaki dan kelam-kabut menekan punat pada lif. Kedengaran suara lelaki itu ketawa sinis saat ini. Gila! Apa yang kelakar sangat? Aku langsung tidak menoleh ke belakang. Punat pada dinding lif kutekan sekali lagi. Dah terdesak sangat ingin masuk ke dalam ruang kecil itu.

“Kalau ada niat nak melarikan diri, batalkan aje. Without this card, you just can’t go anywhere. Lainlah kalau kau turun menggunakan tangga kecemasan.” Tenang sahaja suaranya menuturkan ayat-ayat itu. 

Buk! Itu bukan bunyi hatiku sudah jatuh cinta pada dia tetapi jantungku yang bagaikan terhempas  ke lantai saat ini. Mata kupejamkan serapat-rapatnya. Mati aku! Mana aku nak lari ni! Bertenang Fina..bertenang. Aku cuba menyabarkan diri sendiri.

 Nafas aku ambil sedalam-dalamnya dan aku berpaling ke belakang. Wajah lelaki yang hanya bersinglet yang dipadankan dengan bermuda hitam itu kujeling sekilas. Nampak sedikit pucat wajahnya. Rambut juga tidak terurus seperti selalu tetapi kenapa wajahnya itu masih juga kelihatan menarik? Semakin gugup jadinya apabila bibir milik lelaki itu tersenyum sinis saat ini. 

“Melarikan diri?” Soalku yang pura-pura terkejut dengan tuduhan lelaki tersebut. Belum pun sempat dia berkata apa-apa, aku terus bersuara.

“Mana ada. Aku nak keluar sekejap. Nak jumpa Syaf.” Aku masih lagi cuba untuk mengekalkan nada selamba pada ayat itu walaupun hati dan otak semakin bercelaru saat ini.  

“Oh..aku ingatkan kau nak larikan diri lepas dajalkan kitorang semalam.” Pedas betul ayat tersebut menampar gegendang telingaku. Sama pedasnya dengan wasabi yang kuletak dalam nasi goreng mereka semalam.

“Apa kau cakap ni? Aku tak fahamlah!” Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Cermin mata pada wajah yang hendak melorot kubetulkan sedikit.

“Kau ingat aku bodoh?!” Tiba – tiba sahaja dia memekik.
Aku lihat dia meraupkan wajah beberapa kali. Merah padam mukanya saat ini. Tersentak aku seketika

 Di dalam kepala mula memikirkan laluan selamat yang boleh kuambil untuk ke bilik dari sini. Niat di hati ingin mengunci diri di dalam ruang luas itu tetapi macam mustahil sahaja.  

“Aku tahu kau letak wasabi dalam fried rice tu! Apa lagi yang kau masukkan dalam makanan atau minuman semalam??” Bagai guruh yang berdentum, begitulah  gemanya suara lelaki yang kulihat sudah mula hilang sabar denganku itu. Ada api yang sedang membara di dalam anak matanya yang memanah ke mari.

“Ma..mana ada apa-apa. Aku cuma ikut arahan kau je. Aku ingatkan korang suka makanan pedas. Jadi aku letaklah wasabi sikit sebab cili tak banyak dalam peti sejuk tu.” Tanpa berfikir panjang, aku terus bersuara. Terpaksalah mengaku yang aku letak wasabi di dalam nasi goreng tu. Maklumlah dah kantoi! Dia bukannya bodoh sampai tak tahu nak bezakan antara cili dan wasabi.

“Kau ni memang tak gunalah! Aku tahu ada benda lain yang kau letak. Baik kau beritahu aku sekarang sebelum kau menyesal.” Terus sahaja lelaki itu naik angin. Singlet putih yang berada di badan terus dibuka dan dibaling ke atas sofa. Terkejut beruk aku jadinya. Dah kenapa pula sampai bukak baju segala? Mata cuba tidak memandang ke arah lelaki itu  tetapi terpaksa juga anak mata kufokuskan ke arahnya apabila lelaki itu kulihat mengambil setapak demi setapak ke mari bersama senyuman sinis di bibir. Erk! Apa dia nak buat ni? 

“Stop right there!” Jeritku yang sudah mula risau dengan keadaan ini. Dia menggelengkan kepalanya sedikit dan kemudian ketawa kecil. Kaki masih lagi dihayunkan dengan perlahan-lahan untuk mara ke arahku. 

“Who do you think you are? Kau ingat aku akan ikut arahan kau?”  Sebelah keningnya terangkat tinggi ketika  menghamburkan soalan-soalan itu kepadaku. Setapak lagi langkah diambilnya.

“You must be joking, girl!”

Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, aku  terus berundur dan bersandar pada dinding lif. Lelaki ini bukannya waras sangat! Dari gayanya itu, ada kemungkinan dia akan bertindak di luar kawalan dan kewarasan diri. Dia memang lepas laku orangnya! Jarak di antara kami yang hanya sedepa membuatkan aku terus menjerit dengan kuat ke arahnya.

 “Kalau kau datang sini, aku akan call mummy!” Jeritku dengan kuat.

Takut dengan ancamanku? Sudah tentu tidak. Lelaki itu terus sahaja ketawa kecil sambil melangkah ke mari. Kedua-dua tangannya dilekapkan pada dinding lif saat ini membuatkan aku tidak bebas untuk bergerak lagi. Kemudian, dia menundukkan wajah dan merenung ke mari. Anak matanya menjelajah ke seluruh wajahku saat ini membuatkan aku semakin tidak sedap hati.

“You want to call mummy? So what?! Just call her.” Cabarnya. Aku yang tidak mampu lagi menentang anak matanya yang tajam itu terus melemparkan pandangan ke arah lain. Betul jugak! Apa yang hendak aku beritahu mummy? Dia bukannya nak pukul aku, atau halau aku dari sini. Aduh! Buntu terasa otakku saat ini. Jarak kami yang hanya sejengkal ini membuatkan aku semakin risau dan rimas. Jantung semakin laju berdegup dan aku seperti kesuntukan oksigen pula saat ini. Tidak mampu bernafas dengan tenang.

“Kau nak cakap apa dengan mummy? Nak cakap aku cuba nak..” Terus sahaja aku menutup mulut lelaki itu. Tidak sanggup untuk mendengar patah perkataan seterusnya yang keluar dari mulut dia.

“Stop! Shhh!”

Ternyata bukan dia sahaja yang kelihatan sedikit terkejut dengan tindakanku, aku sendiri juga turut sama terperanjat. Ya ampun Fina! Apa yang dah kau buat ni. Tindakan refleks! Terus sahaja aku mengalihkan tanganku dari mulutnya.

“Sorry, aku tak sengaja. Lepaskan aku. Aku akan beritahu kau.” Sudah seperti separuh merayu keadaanku saat ini. Tapi, lelaki yang keras kepala ini terus sahaja menggelengkan kepalanya. Tanda tidak dapat menunaikan permintaanku.

“Nope. Tell me now! Apa lagi yang kau letak dalam makanan tu sampai aku diarrhoea ” Bentaknya kasar. Kepalanya menoleh ke sisi untuk seketika. Kemudian dia tersenyum sinis.

Apabila dia tersenyum begitu, aku mulalah kecut perut. Aku tahu ada sesuatu yang berlegar di fikiran lelaki itu. Entah kenapa kepalaku terasa sakit sedikit saat ini. Aku terus memejamkan mata. Benar! Rasanya seperti kami berdua pernah berada di dalam keadaan ini dulu. Aku terkunci di dalam ruang yang diciptakan lelaki ini. Perasaan resah dan gelisah menyelubungi diri sehingga muncul rintik-rintik jernih membasahi kawasan dahi gara-gara terlalu risau dengan apa yang bakal terjadi. Betul! Aku sudah tidak silap lagi. Aku memang pernah berada di dalam situasi ini! Aku cuba untuk ingat dengan lebih lanjut tetapi seperti biasa, tidak berjaya. Mata kubuka dengan perlahan-lahan.  

“Masih tak nak cakap?” 

Kedengaran suara Adrian menampar gegendang telingaku. Aku yang masih keliru cuba  untuk fokus kembali kepada soalannya tadi. Tidak sanggup lagi untuk berada di dalam keadaan begini, terus sahaja aku bersuara.

 “Okay...okay..aku akan beritahu kau!” Jeritku dengan lemah.


“You better!” Bentaknya.

“Aku letak julap dalam air oren. Itu saja.” Dengan lemah ayat itu meluncur keluar dari bibir. Takut melihat reaksi lelaki itu, aku terus memejamkan mata serapat-rapatnya.

“Itu sahaja?! Kau cakap itu sahaja?!” Bentaknya yang kulihat meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan dan melangkah ke arah kerusi kayu yang terletak beberapa langkah dari tempat kami berada.  Baru sahaja ingin melarikan diri ke bilik, lelaki itu berpaling ke arahku. Jari telunjuk diacu tepat pada wajahku.

“ Kau tau tak, sebabkan kau perut aku ni asyik memulas je dari semalam. Kau tau tak sebab ni aku terpaksa ponteng meeting penting pagi ni?!” Jerkahnya. Entah kenapa, perasaan takut, risau dan gelisah sebentar tadi bertukar lucu pula. Tawa yang hendak meletus kutahan dengan sebaik mungkin. Padan muka kau! Aku dapat bayangkan keadaan lelaki itu berulang alik ke tandas saat ini.

“Tak guna betul!” Bentaknya lagi. Lenyap terus segala rasa lucu di dalam hati. Dengan pantas bantal hiasan bersaiz sederhana besar yang terletak elok di atas kerusi kayu dicapainya. Kemudian, dia membalingkan bantal tersebut dengan sekuat hati ke arahku. Serentak dengan itu juga lif terbuka. Aku yang sempat mengelak dari terkena bantal itu hanya mampu terlopong sahaja apabila bantal yang dibaling Adrian menampar tepat muka mummy yang baru sahaja keluar dari lif.

PAP!

Oh no! Kedua-dua belah tanganku menutup mulut saat ini. Adrian juga kulihat terkejut beruk. Kami berdua hanya kaku berdiri sambil memandang ke arah mummy.

“Astaghfirullahalazim….!” Jerit mummy.

“What is going on with both of you?!” Bentak wanita yang memakai blouse hitam di badan itu. Bau wangian yang dipakai wanita itu memenuhi ruang ini.

“Mummy..” Akhirnya aku bersuara. Tanganku menghulur untuk bersalaman dengan wanita itu tetapi tidak disambutnya langsung. Hatiku mulalah tidak sedap saat ini. Tajam matanya memanah ke arah aku dan Adrian silih berganti.

“Good..good..morning mummy..” Adrian pula bersuara dengan seceria mungkin.

“Adrian! Fina! We really have to talk!” Akhirnya mummy bersuara dengan sangat tegas. Nada suaranya itu mampu untuk menggetarkan hatiku.

“Macam mana mummy boleh naik atas ni?” Dengan penuh tanda tanya Adrian bertanyakan soalan itu kepada mummy. Terus sahaja mummy mengeluarkan kad dari dalam beg nya.

“You dah lupa ke I ada access untuk ke sini? You dah lupa siapa yang belikan kondo ni untuk you?”  Keras betul nada suara mummy. Kad tersebut dilayangkan ke udara. Adrian kulihat hanya mampu menepuk dahinya dengan lembut sambil mengangukkan kepalanya. Lupalah tu!

 “You!” Jari telunjuknya dihalakan tepat pada Adrian. Tersentak jadinya lelaki itu.
“Kenapa tak attend meeting pagi ni? Why?!” Wajah anggun wanita itu bertukar bengis. Kuat suaranya bergema di dalam unit kondominium mewah ini.

 Sumpah, sebelum ini aku tidak pernah terfikir yang mummy boleh menjadi seseorang yang menakutkan seperti ini. Tiba-tiba teringatkan kata-kata Syaf tentang wanita di hadapanku ini. Kata Syaf, mummyadalah seorang yang garang dan cerewet! Adrian pula terus sahaja menekan perutnya. Berkerut-kerut wajah lelaki itu seperti sedang menahan sakit.

“Ouch..excuse me..I really have to go to the toilet. Lepas ni kita bincang mummy.” Kelam-kabut dia berkata begitu dan terus melangkah dengan laju menuju ke arah biliknya. Nak buat pelaburan lagilah tu. Serta-merta wajah mummy bertukar riak.

“Are you sick, Ad? You don’t look good.” Ada nada risau di dalam nada suara itu. Adrian yang sudah pun ada jauh di hadapan terus menoleh. Jari telunjuknya ditunding ke arahku. Dan kemudian dia bersuara dengan lantangnya.

“Ask her! She has the answer for your question!”

Gulp! Susah payah aku menelan air liur apabila anak mata mummy terus menikam wajahku. Mati aku! Apa aku nak cakap dengan mummy sekiranya wanita itu bertanyakan tentang Adrian kepadaku? Bagai banduan yang menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman, aku terus menundukkan wajah memandang ke arah lantai. Terasa perutku juga turut sama memulas saat ini. Ini semua gara-gara gerun berhadapan dengan mummy. Pasrah aje lah Fina!

***
Rasa seperti hendak bernanah telingaku sekarang.Teruk kami diberi ceramah percuma oleh wanita yang sedang duduk sambil menyilangkan kakinya itu.  Mummy sudah tidak mahu dengar apa-apa lagi dari kami. Sempat lagi aku menjeling sekilas ke arah Adrian yang berada di sebelahku. Lelaki yang kulihat semakin stabil sedikit keadaannya ini sudah pun mandi dan segak dengan baju kemeja di badan. Dari gayanya seperti hendak ke pejabat sahaja sebentar lagi. Jarinya kulihat sibuk menekan punat pada remote control saat ini. Dari satu siaran ke siaran yang lain. Semuanya tak menepati seleranya. Akhir sekali dicampak remote control itu ke tepi. Apabila sedar anak matanya memandang ke mari, aku terus mengalihkan pandangan ke arah mummy.

 Air kopi yang dibuat olehku dihirup oleh mummy dengan tenang saat ini. Anak mata mummy yang terus melekat di wajahku membuatkan aku menjadi semakin tidak sedap hati. Serius sahaja wajah wanita itu.

 “Mummy nak Fi mula bekerja esok.”

Ada senyuman manis dihadiahkan kepadaku di hujung ayat itu. Tersentak seketika aku jadinya. Belum sempat aku mengaturkan  ayat untuk jawapan yang bakal kuberikan padanya, dia bersuara lagi.

“Setuju?” Soal mummy. Aku terus menarik nafas dalam-dalam. Memang aku harus juga memberitahu hajat di hati kepada mummy. Aku ingin mencari pekerjaan selaras dengan kelulusan aku. Aku mahu jadi seorang akauntan.

“Tak setuju!” Akhirnya aku bersuara dengan lemah tetapi kenapa lelaki di sebelahku ini juga turut sama bersuara serentak denganku? Aku terus menoleh ke arahnya.

Isk, apa hal dia ni? Mummy tanya aku, bukannya engkaulah, pekak! Aku mengutuk Adrian di dalam hati. Mummy kulihat mengabaikan sahaja lelaki itu. Matanya masih lagi berada di wajahku. Entah kenapa, aku rasa seperti mama pula yang sedang merenungku saat ini.

“Fi..mummy tahu Fi belum sembuh lagi tetapi Fi tidak boleh berkurung aje dalam rumah ni. Fi perlu jalani hidup Fi seperti biasa. Mummy percaya Fi akan akan ingat semula.” Dengan bersungguh-sungguh mummy berkata begitu. Nada suaranya sebijik seperi mama yang sentiasa memberikan aku semangat untuk terus berjuang melawan amnesia.

“Fi..I am just trying to help you..trust me!” Lirih sahaja suara mummy memujukku. Keputusan yang kubuat sudah mula goyang. Ada betulnya kata mummy tu. Kalau asyik terperuk sahaja di dalam rumah ini, entah bila agaknya aku akan pulih. Mungkin ingatanku akan kembali pulih apabila aku bekerja di tempat  itu semula.  Otak yang sedang aktif membuat keputusan tiba-tiba sahaja ‘blank’ apabila terdengar suara lelaki di sebelahku ini.

“Adrian tetap tak setuju!” Bantahnya yang kulihat meraupkan wajah dengan kasar. Apa hal dia ni? Kenapa dia beriya-iya sangat tidak mahu aku bekerja semula? Apa pula agenda yang ada di dalam kepala lelaki ini?

“Mummy..you don’t have to force her. That job doesn’t suit her at all!” Bentak Adrian lagi setelah dilihat mummy tidak memberikan apa-apa reaksi. Wanita itu hanya memandang kosong ke arah anaknya ini. Aik, tahu benar pulak dia yang kerja sebagai PA atau pembantu peribadi itu tidak sesuai denganku. Aku terus menoleh ke arah Adrian dengan penuh tanda tanya. Dia lebih tahu profesion itu sesuai atau tidak dengan aku? Pandai-pandai aje!

“Tengoklah rupa dan penampilan dia. Client pun boleh larilah mummy!” Lelaki itu terus berdiri. Serentak dengan itu juga darahku terus mendidih. Memang lancang sungguh mulut dia ni. Kalau tak sakitkan hati aku, tak boleh agaknya?! Sibuk! Macamlah dia boss aku!

“Ad! Jaga mulut! She is your wife!” Marah mummy. Tajam anak matanya menghiris wajah Adrian. Aku hanya mampu mengetap bibir sahaja saat ini. Bukan takut hendak bertekak dengan Adrian, tetapi, kerana masih ada rasa hormat pada mummy aku terpaksa berdiam diri.

“Okay..mummy..I am sorry.” Adrian kulihat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di sebelahku kembali.

“ Now rupa paras letak tepi. Nak cakap tentang kecekapan dia buat kerja? She can’t even follow simple instructions mummy! Now let’s talk about efficiency..she did not...”

“Shut up Adrian! You better shut up!” Bebelan Adrian terus terhenti apabila mummy menjerkahnya. Beg tangan Chanel yang berada di atas meja dicapainya kasar dan wanita itu terus berdiri. Sah, mummy sudah berang.

“Habis tu P.A.- P.A you sebelum Fi dulu efficient sangatlah? SPM pun cukup makan, harap seksi aje lebih. Semuanya memang pandai bergaya tetapi otak kosong!” Tengkingan wanita itu membuatkan aku tersentak. P.A you sebelum Fi? Maksudnya? Aku PA lelaki ini? Lelaki ini boss aku? Kepala yang semakin pening kupicit lembut.

“Ad bukan nak ambil P.A. yang dulu-dulu tu bekerja semula..but I don’t want her to be my P.A. anymore!” Bentak Adrian. Memang sah lah aku bekerja dengan dia. Ya Allah, macam mana aku boleh tak perasan? Lelaki ini pernah beritahu yang aku bekerja di Kiara Emas. Kiara Emas!

 “Aku pun tak inginlah nak kerja dengan kau!” Gumamku dengan perlahan. Lelaki di sebelahku ini terus menoleh ke mari. Riak tidak puas hati terpampang jelas di wajahnya.

“Fi? Apa dia? Mummy tak dengar.”  Aku terus menoleh ke arah mummy.

“Mummy.. Fina tak ada niat nak kurang ajar dengan mummy..tapi, betul kata Adrian, Fina tak pandai buat kerja-kerja P.A tu. Fina nak jadi akauntan mummy, selaras dengan kelayakan Fina.” Ujarku dengan tenang.

“Fi..this time, tolong dengar cakap mummy. Please sayang?” Rayuan mummy semakin menyesakkan dadaku. Belum pun sempat aku bersuara lagi, lelaki di sebelahku ini pula bangun berdiri dan merapati mummy.  Aku hanya mendongak sahaja memerhati mereka yang kini sedang berdiri di hadapanku.

“Mummy please..” Rayu Adrian. Dia terus memeluk mummy dari belakang.

“Okay fine, this time Ad akan cari yang ada kelayakan dan yang tak seksi sangat.” Ujarnya yang kulihat tersenyum nakal. Menyampah aku! Kemudian, pelukan dileraikannya. Tangan kanan pula diangkat seperti gaya orang sedang berikrar.

“I promise!”

“You tak nak Fina jadi P.A. you sebab rupa paras dan penampilannya kan? Ad sakit mata tengok Fi selama ni sebab bagi Ad, dia tak cantik. Kan?!” Soal mummy. Adrian kulihat tidak memberikan apa-apa jawapan. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman. Nak ambil hati mummy la tu.

“Okay Fine, I agree. You akan jumpa dengan PA you yang baru esok.” Terus sahaja mummy berkata begitu. Ad kulihat terus memeluk mummy semula.

“Thanks mummy..” Ucapnya yang sangat berpuas hati dengan keputusan ibunya itu.
Aku juga turut sama menghembuskan nafas lega saat ini. Lega kerana akhirnya mummy bersetuju juga dengan kehendak kami berdua. Aku lebih rela bekerja dengan Syaf di kedai bunga daripada menjadi PA lelaki perasan bagus ini.

“Fi..jom ikut mummy!”

Terpinga-pinga aku jadinya apabila mummy bersuara. Ikut pergi mana? Soalan itu hanya mampu bergema di kerongkong sahaja. Belum sempat aku berbuat apa-apa, mummy terus menekan punat pada lif. Kad dari dalam begnya dikeluarkan dan kemudian dia menoleh ke arahku yang masih kaku di atas sofa ini.

“You are coming with me now.” Beritahunya lagi bersama senyuman manis di bibir. Mahu tidak mahu aku terus mengangkat punggung. Sempat lagi lelaki itu menghadiahkan jelingan tajam kepadaku. Takut sangat aku jadi P.A. dia. Eleh, aku lagi tak inginlah! 

Lelaki yang baru sahaja hendak memakai kot di badan itu tiba-tiba sahaja mengerutkan wajahnya. Kemudian, dia kulihat melangkah dengan laju menuju ke arah biliknya. Sakit perut lagilah tu. Kuat juga penangan julap tu. Tapi, mummy nak bawa aku ke mana ya? Bersama soalan itu aku mengekori langkah mummy untuk masuk ke dalam lif.

***

Bersambung :D

Saturday, 12 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 18


Bab 18

Nasi goreng istimewa sudah siap! Memang istimewa nasi goreng fusion dari Chef Afina ini. Gabungan rasa Malaysia dan Jepun pasti akan membakar mulut sesiapa sahaja yang menikmatinya. Tersengih nakal bersama tanduk di kepala. Begitulah keadaanku saat ini. Anak mata masih lagi melekat pada  tiga pinggan nasi goreng istimewa yang berada di atas meja. Persembahan sangat okay dan meriah. Gabungan warna kuning, hijau dan oren pada sayur-sayuran pasti membuka selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Aku tidak dapat lagi menahan tawa. Bagaimana agaknya reaksi 3 orang lelaki di luar tu setelah merasa juadah istimewaku ini nanti?

Walaupun wasabi digunakan di dalam juadah ini namun bahan yang berwarna hijau itu tidak langsung menjejaskan tekstur dan warna nasi goreng ini. Udang juga dimasak dengan sempurna. Tidak mentah dan tidak juga ‘overcooked’. Hati yang tadinya menggelegak geram kini tersenyum puas! Bagai disimbah dengan ais. Begitulah sejuknya hati aku saat ini. 

Mengikut rancangan asal, aku hendak gunakan cili sahaja untuk memberi kesan berapi pada mulut lancang si playboy dan rakan-rakannya tu. Tapi, aku terpaksa mencari alternatif lain apabila kuantiti cili yang terdapat di dalam peti sejuk tidak mencukupi. 

Nasib baik aku tidak perlu penat-penat memerah otak untuk menjadikan nasi goreng ini istimewa pedas.  Setelah menggeledah peti sejuk, aku terjumpa sekotak sushi yang masih berbaki. Yang peliknya beberapa paket wasabi tidak digunakan langsung. Mungkin dia ni jenis yang tidak tahan pedas kut. Sushi dimakan begitu sahaja, tanpa wasabi.

“Where’s my fried rice? Lambat betul!” 

Hendak terlompat keluar jantung dari badan sebaik sahaja terdengar suara itu. Dada kuurut dengan perlahan. Betullah kata orang, memang hati tak tenang kalau kita buat salah. Sebab itulah aku boleh terkejut sampai macam ini sekali. King of crocodile ni pun satu! Dah la datang tak bagi salam,  boleh pulak dia membentak macam tu. Wajah lelaki yang berdiri betul-betul di sebelahku ini kujeling sekilas.

 “Sedap tak ni?” Soalnya dengan wajah yang masam mencuka. Sudu dicapai dan dikuis-kuis sedikit nasi goreng itu membuatkan hatiku menjadi semakin berdebar-debar. Janganlah dia makan sekarang. Itu sahaja doaku di dalam hati. Terus sahaja aku merampas sudu dari tangannya. 

“Sedap sangat. Don’t worry aku dah rasa.” Ujarku yang terus meletakkan kembali sudu tersebut di dalam pinggan. 

Lelaki itu mencerunkan matanya memerhati wajahku dengan sangat dalam. Macam tahu pulak ada sesuatu yang tak kena dengan nasi goreng tu. Terus sahaja aku menapak  ke arah peti sejuk. Jag air yang berada di dalamnya kukeluarkan.

“By the way, ni air peel fresh oren. Aku ambil dari dalam peti sejuk tu.” Lekas-lekas aku berkata begitu sebelum dia bersuara kembali. Matanya tidak berani kutentang saat ini. Gugup pula rasa hati. Tadi bukan main lagi nak mengenakan dia. 

“Bagus! Fina yang lama dah kembali nampaknya.” 

Sinis sahaja suaranya menampar gegendang telingaku. Aku terus mendongak. Dulu aku selalu memasak untuknya ke?

“Jangan-jangan kau dah sedar tak?” Soalannya membuatkan aku ketawa kecil.

“Mana ada. Aku masih lagi pesakit amnesia. Tapi, alang-alang dah nampak air tu tadi, aku tolong tuangkan aje la dalam jag ni.” Ujarku dengan tenang. Riak wajah  yang sangat polos kupersembahkan kepada lelaki ini sedangkan di dalam hatiku sudah pun tergelak riang. Ini dia jus oren yang dicampur dengan julap! Hahaha!

“Sejak kau bangun dari koma, this is the first time aku tengok kau yang dulu. Kau yang sentiasa mengikut arahan. I like!” Lelaki itu kulihat memasukkan sebelah tangan ke dalam poket seluar. Aku pula masih lagi terdiam memikirkan kata-kata lelaki itu.

 “Aku? Sentiasa mengikut arahan kau?” Soalku yang sudah mula membara kembali. Sabar Fina..sabar..!

“Yes..dulu apa sahaja aku suruh kau buat, kau ikut je. Takde banyak bunyi macam sekarang.” Bidasnya dengan geram. 

“Oh yes? Oh..of course! Of course! Your wish is my command, sir…” Sambil mengangukkan kepala aku berkata begitu. 

Begitu rupanya aku yang dulu. Seorang dayang yang hanya mengikut telunjuk lelaki yang dikenali dengan nama King ini. Terasa seperti dicengkam kuat hatiku saat ini tetapi aku cuba juga memberikan senyuman manis pada Adrian demi untuk menjayakan projek malam ini.

“Good!” Ringkas sahaja ayat yang terpacul dari bibir lelaki itu. Dia kemudiannya melaungkan nama rakan-rakannya. 

 “Zack!”
“Sam!”
Oh..seekor lagi rakannya tu bernama Sam. Dengan pantas dua orang manusia itu muncul. 

“Aku akan letakkan jag air oren ni kat atas meja makan.” Ujarku acuh tak acuh. Tanpa menunggu jawapan dari Adrian, aku terus mengangkat kaki dan melangkah keluar dari ruang dapur kering ini. 

“Yes King!” Ujar Sam 

“Ada apa tuanku?” Soalan Zack membuatkan aku menggelengkan kepala. Sah mereng! Tuanku lah sangat! Tuanku buaya!  Aku pula masih berdiri di sebalik dinding luar. 

“Makanan kita dah siap ke tuanku?” Soalnya lagi. 

“Tu..” Adrian kulihat tersenyum sambil memuncungkan bibir ke arah pinggan-pinggan nasi goreng tersebut.
“King..dah lama aku tak makan masakan bini kau ni.” Sam yang tadinya diam kini bersuara

“Bini?” Tajam mata Adrian menghiris wajah Sam.

“Ops..sorry.” Bersama sengihan Sam berkata begitu. 

 Eleh, aku pun tak inginlah berlakikan kau, Adrian! Perasan bagus!

“Tapi kan, dia ni masak memang sedap! Ada umpph!” Zack pula bersuara. Aku hanya mampu tersengih saat ini. Tawa yang sudah pun meledak di dalam hati kutahan. Memang SANGAT sedap masakan aku tu. Umphhh gila!

“Eh  boleh tak nanti kau suruh dia masakkan laksa untuk kitorang. Aku tak boleh lupa laksa utara yang dia buat dulu tu. Perggh! Memang sedap bro!” Hampir jatuh rahangku apabila Sam berkata begitu. Aku? Pernah masakkan laksa untuk mereka? Macam tidak logik aje fakta tu.

“Aku kalau nak cari isteri, aku nak cari yang pandai masak. Bukan setakat boleh masak tapi mesti pandai.” Zack bersuara sambil mengangkat pinggannya.

“Dah tu, kau amik je la si Fina tu.” Selamba sahaja Adrian berkata begitu. Geram betul rasa hati. Dia ingat aku ni anak kucing? Suka-suka hati boleh pass ke sana ke mari? Kurang asam. Hatiku sudah mula menyumpah lelaki itu.

“Betul kau tak kisah?” Soalan Zack membuatkan aku mencebikkan bibir. Gila!

“Hai Zack..bila pulak kau tukar taste ni?” Celah Sam. Bahu rakannya itu dipeluk dengan kuat untuk seketika.

“Biar betul, bro! Habis tu mana kau nak letak awek-awek kau yang berderet tu?” Sam menyoal lagi. Zack kemudiannya ketawa besar.

“Aku cakap je bro. Gila kau! Takkan lah aku nak tinggalkan Diana, Erin, Alya dan yang lain-lain demi ustazah nerd tu.” Bidasnya. Mereka kemudiannya ketawa besar. Nak berdarah rasanya hati. Kurang asam!

“Tahu pun!” Bidas Sam.

Aku terus menyorok semula di balik dinding bersama jag berisi jus oren ‘istimewa’ yang masih berada di tangan kanan. Panas terasa hatiku saat ini. Tidak sabar hendak melihat reaksi ketiga-tiga orang lelaki itu sebentar lagi. Pasti hati aku yang sedang membara ini akan sejuk kembali. Sabar Fina..kejap aje lagi.
Tersentak aku jadinya apabila Adrian dan rakan-rakannya muncul di hadapanku bersama pinggan nasi goreng di sebelah tangan mereka. Darah terus melonjak sehingga ke otak apabila terpandang wajah mereka itu. Poyo!

“Eh, aku pun tak ingin la nak berlakikan manusia macam korang bertiga ni! Sudahlah perasan handsome, perangai buruk pulak tu!” Sempat lagi aku membidas mereka. Baru sahaja ingin melangkah ke dalam bilik, tanganku ditarik oleh Adrian. Bergelojak teruk air oren di dalam jag.

“Tak ingin konon, tapi ada hati intai aku.” Bisiknya dengan tajam di telingaku. Kemudian dia terus melepaskan aku dan merampas jag di tanganku sebelum berlalu ke ruang makan.

“Intai?” Terkebil-kebil seketika aku jadinya. Dia ni memang perasan!

“Terima kasih wahai dayang istana.” Sempat lagi Zack berkata begitu sebelum mengekori langkah Adrian dan Sam.

“Mereng!” Aku menjerit kecil ke arah lelaki itu.

Kalau tadi aku masih ragu-ragu tentang perbuatanku ini, tetapi sekarang tidak lagi. Lihatlah sahaja layanan Adrian terhadap aku. Bertambah geram apabila mendengar pengakuan lelaki itu sebentar tadi. Kononnya aku yang dulu selalu mendengar arahannya. Kenapa aku tidak membantah? Ah, jangan-jangan dia memang asyik membuli aku aje dulu! Kawan-kawannya yang mereng tu pun sama. Menyakitkan mata dan menyakitkan hati! Tidak sabar rasanya hendak melihat  riak wajah mereka sebentar lagi.

Tidak mahu terlepas peluang keemasan untuk lihat reaksi mereka selepas merasa juadah istimewaku itu, aku terus sahaja melangkah ke arah ruang makan dengan kaki yang terginjat-ginjat. Badan kusandarkan pada dinding. Sengihan ahli sihir muncul di bibir saat ini. Kepala kujengukkan ke kanan untuk melihat wajah mereka.

Orang yang pertama menyuap makanan ke dalam mulut adalah suami mithali milikku, Adrian dan diikuti oleh Sam dan Zack. Sumpah aku sudah tidak mampu menahan tawaku. Wajah Adrian terus bertukar riak dengan hanya satu suapan. Sudu di tangan dibalingnya dengan kasar ke atas pinggan kaca. Berdenting kuat bunyinya. Nasib baik tidak pecah pinggan mahal itu.

 Perut yang digeletek hebat melihat Adrian yang sedang menekan batang hidungnya membuatkan aku menjadi semakin geli hati. Kepala lelaki itu mendongak ke atas.  Aku yang sudahpun tidak dapat menahan tawa terus bertinggung dan menekan perut saat ini.

Jeritan Sam dan Zack kedengaran dengan sangat kuat. Kedua-dua orang lelaki itu kulihat terus mencapai air oren yang sudah pun dituang ke dalam gelas dan menghirupnya rakus.  

“Pedas gila!!” Jerit Zack. Jag air dicapainya lagi dan dituangkan ke dalam gelas.

“Apa yang dia letak dalam ni..???!” Soal Sam pula.

“Wasabi agaknya!”Balas Zack dengan wajah yang sudah pun merah teruk.

Adrian pula masih lagi terdiam. Pedas sangat sehingga tidak mampu berbuat apa-apa agaknya. Tidak pula kubilang berapa gelas air oren yang dicampur dengan julap itu masuk ke dalam perutnya. Tisu yang berada di dalam bekas dicapainya dengan kasar dan dikesat pada wajah yang sudah pun berpeluh teruk. Merah padam seperti udang kena bakar kulihat wajah Adrian. Berair mata lelaki itu saat ini. Itulah penangan wasabi! Pedasnya tu menusuk sampai ke hidung. Memang menyengat!

“Finaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!” Akhirnya dia memekik namaku dengan sangat kuat. Seperti hendak runtuh kondominum mewah ini. Tangan kanannya pula  menghempas meja sehingga berdentum.

 Alamak! Tuanku sudah murka. Jadi, izinkan patik mengundur diri sekarang! Lintang pukang aku berlari masuk ke dalam bilik sebaik sahaja terdengar jeritan King Adrian Benjamin.

Tawa yang meletus kuat tidak lagi kukawal paras bunyinya setelah mengunci pintu. Selepas beberapa jam, mereka akan berulang alik ke tandas pula sehinggalah esok hari.  Julap pemberian mama untuk melancarkan perjalanan bahan buangan di dalam ususku sekiranya ada masalah nanti memang amat berguna sekali di dalam projek ini. Banyak juga ubat-ubatan yang dibekalkan mama kepadaku kerana risau aku jatuh sakit di sini.

 Badan kuhempaskan ke atas katil. Mata pula memandang tepat pada siling. Jahat sangatkah aku? Niat utama bukan untuk mendajalkan mereka cuma aku mahu mengajar sahaja supaya selepas ini mereka tidak bersikap kurang ajar dan pandang enteng dengan perempuan yang kurang cantik dan nampak nerd seperti aku. Itu sahaja. Kalau dulu mungkin aku boleh dibuli dengan sesuka hati tetapi aku mahu Adrian sedar zaman itu sudah lama berlalu meninggalkannya. Segaris senyuman puas muncul di bibir. Pasti lena tidurku malam ini.

***

Bersambung :D

Thursday, 10 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 17



“Oppa Gangnam Style
Gangnam Style
Najeneun ttasaroun inganjeogin yeoja
Keopi hanjanui yeoyureul aneun pumgyeok inneun yeoja
Bami omyeon simjangi tteugeowojineun yeoja
Geureon banjeon inneun yeoja”

Ya Ampunnn! Ini rumah ke disco?!!

Dengan hati yang sudah mula membengkak, aku  menggenggam cadar  saat ini. Hati kupujuk untuk terus bersabar dengan karenah lelaki itu.  Aku yang sedang mengiring ke kanan, terus mencapai bantal peluk dan menutup telinga kiriku. Tidak cukup dengan itu, comforter pula kutarik sampai ke kepala. Dah sama seperti mayat keadaanku sekarang. Namun akhirnya tembok kesabaran yang dibina runtuh jua.  

Walaupun di dalam keadaan berbungkus macam ni, lagu tersebut masih juga mampu untuk menembus masuk ke corong telinga dengan sangat jelas dan kuat. Terus sahaja aku menyusup keluar dari comforter. Bantal yang tadinya menutup telinga kini kubaling ke tepi. Geram! 

Niat di hati, ingin melelapkan mata seketika selepas solat Maghrib tadi sementara menunggu waktu Isyak tetapi nampaknya hasrat itu terpaksa kukuburkan. Bunyi lagu ‘Oppa Gangnam Style’ masih menampar gegendang telingaku dengan kuat saat ini. Bulat mataku merenung  ke arah siling sambil merangka tindakan yang harus aku ambil.

 Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai cermin mata yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil ‘king size’ ini dan kukenakan ke wajah. Terus sahaja anak mata meneliti jarum jam dinding.  Dah masuk Isyak. Bisikku di dalam hati.

Nak solat pun tak tenang macam ni. Tengok sajalah perangai hantu kat luar tu! Ada saja tingkahnya yang membuatkan aku sakit otak. Aku tahu lagu Bahasa Korea itu memang meletup habis kat seluruh dunia semenjak aku sedar dari koma bulan lepas, tetapi sekarang otak dan hatiku yang rasa bagai nak meletup teruk ni. 

Dengan darjah kemarahan yang sudah pun melonjak tinggi, aku terus melompat turun dari katil dengan ganas. Geram betul! Ini belum sampat 24 jam aku kat sini. Kalau 24 hari nanti, boleh kena darah tinggi agaknya sebab darahku asyik menggelegak sahaja. 

Dengan perasaan yang sebal aku terus melangkah dengan kasar ke arah pintu. Baru sahaja tangan kanan ingin memulas tombol pintu, kedengaran suara beberapa orang lelaki sedang menyanyikan rangkap lagu tersebut.

“Oppa Gangnam Style
Gangnam Style
Op, op, op, op”

Telinga kurapatkan ke dinding bersama dahi yang berkerut. Terdengar suara beberapa orang sedang ketawa kuat saat ini. Biar betul! Nampaknya bukan playboy itu seorang sahaja yang berada di luar. Aduhai. Siapa pula yang dibawanya pulang ke sini?! Badan kusandarkan ke dinding. Tak suka betullah! Kaki kanan kuhentak kuat menghempas lantai. 

Bertambah geram hatiku saat ini. Lagu tersebut masih lagi berkumandang dengan kuat. Semakin bingit telinga aku jadinya. Tak boleh jadi ni. Tangan kualihkan dari tombol pintu. Dengan malas aku melangkah ke arah kerusi dan mencapai tudung yang tersangkut kemas di situ. Setelah menyarungnya ke kepala, aku terus nekad untuk melangkah keluar dari bilik.

“Eh, sexy lady
Op, op, op, op
Oppa Gangnam Style”

Tersentak aku jadinya melihat telatah tiga orang lelaki di ruang tamu yang luas ini. Muka boleh tahan, tetapi perangai OUT! Dari tepi dinding ini, mataku melirik ke arah meja yang bersepah dengan kotak pizza, botol Pepsi, botol sos, pinggan kertas dan cawan. Terdapat beberapa keping pizza yang masih bersisa di dalam kotak tersebut. Plastik-plastik kosong pula bertaburan di atas lantai. Kepala kugelengkan beberapa kali.
Memang betullah sangkaanku tadi. Rumah ini sudah bertukar menjadi disco. Seronok betul mereka ber‘party’! Seorang lelaki yang tidak aku kenali sedang seronok membuat tarian ‘Gangnam Style’ manakala seorang lagi lelaki sedang menyanyi dengan kuat mengikut rentak lagu bersama botol sos cili di tangan. Konon-kononnya botol sos tu microphone lah kut.

 Si playboy itu pula kulihat sedang ketawa besar di atas sofa. Kepingan pizza yang berada di tangannya disuapkan ke dalam mulut.  Mereka masih tidak perasan kehadiranku di sudut ini.

“Assalamualaikum!” Jeritku. Masih jugak tidak ada yang menoleh. Nampaknya mereka tak dengar suara aku tadi.
“Excuse me..” 

Kuat juga aku bersuara namun tiada reaksi kuterima dari mereka. Wajah kuraupkan dengan tangan kanan. Aduhai..Isyak pun dah masuk ni. Solat pun tak boleh kusyuk  kalau macam ni. Macam mana nak kusyuk kalau asyik-asyik baris ayat ‘oppa gangnam style’ sahaja yang menerobos masuk ke dalam telinga?
Aku ini tidaklah berani mana orangnya. Segan dengan mereka pun ada jugak tetapi aku cuba juga memberanikan diri untuk melangkah ke arah mereka. Terus sahaja aku mara ke arah set home theatre dan punat off kutekan dengan perasan yang bercampur-baur. Puas hatiku! 

Kalau tadi keadaan rumah ini seperti disco tetapi kini dah bertukar jadi rumah mayat pula. Sunyi terus ruangan ini.
“Hey! Suka hati kau je. On balik!” Wajah tidak puas hati si playboy kujeling sekilas. Baru sahaja hendak menjawab soalannya tadi, rakannya  yang masih lagi memegang botol sos itu pula bersuara. 


“Bro..apesal tak bagitau yang wife kau dah balik sini?” Soalnya yang kini melabuhkan punggung ke atas sofa.
“Wife? Tolong sikit. Buat apa nak bagitau korang? Bukan penting pun!” Dengan selamba suamiku yang mithali itu menjawab. Geram betul! 

“Dah memang dia wife kau kan? Kau tu dah kahwin. Lainlah kitorang ni, masih single.” Seorang lagi rakannya pula menempelak. Lelaki itu pula kulihat melabuhkan punggung di sebelah Adrian. 

Riuh kondominium ini dengan suara gelak ketawa rakan-rakannya. Sama sahaja perangai mereka bertiga ini. Menyakitkan hati! Malas hendak berlama-lama di sini, aku terus bersuara. 

“Maaf..aku bukan nak halang korang dari bersuka ria, tapi, agak-agak la. Tak perlu kut nak naikkan volume sampai tahap paling tinggi.” Tegas nada suaraku menuturkan ayat itu. Cermin mata yang melorot ke hidung kubetulkan dengan tangan kanan. Adrian kulihat tak berpuas hati dengan jawapanku. Dia bingkas bangun dan menekan kembali butang ‘ON’. Kemudian matanya menikam anak mataku dengan tajam. Dia ni memang sengaja nak cari fasal. 

Kedengaran suara rakan-rakan si Adrian menyanyikan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ mengikut tempo saat ini.
Op, op, op, op
Oppa Gangnam Style
Gangnam Style

Ya Allah, sakitnya hati. Terus sahaja aku menekan butang Off sekali lagi! Anak mata lelaki yang berbaju hitam itu pula mencerlung tajam ke arahku.. Aku tahulah ini rumah dia, tetapi takkan lah aku nak solat dekat surau kondominium kut? 

“Hey, kau jangan nak pandai-pandai kat sini ye! Ni rumah aku, suka hati akulah nak dengar lagu kuat-kuat ke, perlahan ke. Kalau kau tak suka, dipersilakan keluar.”  Pedas ayat yang keluar dari bibir lelaki kacak itu. Kurang asam betul. 

Semakin hilang sabar aku jadinya dengan lelaki ini sebaik sahaja tangannya menekan punat ‘On’ sekali lagi.
Memang aku mengaku yang dia mempunyai wajah yang tampan tetapi perangai sebijik macam hantu! Tidak mahu mengalah, aku terus menekan punat ‘off’ dan aku terus mendepakan tangan dengan luas. Cuba untuk menghalang Adrian dari mendekati ruangan ini.  Aku mendongak ke arahnya sebaik sahaja dia cuba merapatiku.

“Astaghfirullahalazim. Boleh tak prihatin sikit? Aku nak solat Isyak pun tak boleh macam ni!” Bidasku dengan perlahan tetapi tegas. 

“Aku tak pernah halang kau solat pun. Nak solat, solat je lah diam-diam kat dalam bilik tu!” Bentak lelaki ini. Memang kurang kesedaran siviklah dia ni!

“Macam mana aku nak solat kalau rumah ni dah macam disco? Bingit tau tak!” Balasku. 

Penat betullah bertekak dengan dia ni. Tangan kanan memicit dahi yang sudah mula berdenyut. Adrian kulihat diam seketika memerhati keadaanku. Rahangnya bergerak sedikit, seperti ingin berkata sesuatu. Belum sempat lelaki itu bersuara, kawannya menyampuk.

“Wow! Miss ustazah nerd ni dah bertukar ganas lah. Tak macam dulu, nak dengar suara pun susah.” Sos dituangkan ke atas pizza selepas berkata begitu.  Miss ustazah nerd? Berdasarkan perbandingan yang dibuat lelaki itu, aku tahu kami memang saling mengenali dahulu. Bagaimana aku dapat bertahan dengan mereka ni? Perangai macam monyet! Tanpa mempedulikan kawannya yang sewel itu, aku terus mendongak ke arah lelaki itu  semula.

 “Aku nak solat. Beri aku 15 minit aje. Lepas tu lantak koranglah nak bukak lagu ni kuat macam mana pun. Sampai pecah cermin sliding door tu pun aku tak kisah!” Ujarku dengan kasar. Di dalam kepala aku sudah mula merangka di mana harus aku menenangkan fikiran selepas solat. Di tepi kolam renang atau di taman?
“Betullah kau cakap. She is so different!” Seorang lagi kawan Adrian bersuara. Bagaimana agaknya aku yang dahulu? Hatiku benar-benar ingin tahu.

 “Told you!” Balas Adrian sambil memetik jari ke arah kedua-dua kawannya yang sedang duduk. 

“Adrian! Dengar tak apa aku cakap tadi?!” Soalku dengan kasar. Aku dah malas hendak berlama-lama di sini. Tidak selesa rasanya dikelilingi oleh mereka ini. Adrian ketawa kecil melihat keadaanku yang sudah pun hilang sabar dengannya. Memang dia seronok tengok aku begini, agaknya!

“Okay, Fine! You have 15 minutes and your time starts now!” 
Aku mengerutkan dahi mendengar suara lelaki itu. Matanya melihat ke arah jam. Nada suaranya tadi tu seperti nada suara juri ketika hendak memulakan pertandingan pula. Ingat ini sukaneka sekolah ke? Cari duit syiling dalam tepung!

“1, 2, 3, 4, 5, 6..” Rakannya pula mengira. Memang merenglah diorang ni! Kedengaran suara mereka bergelak ketawa saat ini. Sempat aku menoleh ke belakang. Main-main betullah! 

“Sewel!” Gumamku dengan sangat perlahan dan terus menyambung langkah menuju ke bilik. 

Sebaik sahaja tombol pintu kupulas, aku terus melangkah masuk ke dalam dengan perasaan yang aku sendiri tidak faham dari mana kewujudannya. Entah kenapa, jauh di sudut hati saat ini, aku  rasa sangat sedih dan kecewa dengan Adrian. Telah aku cuba untuk tidak mengambil tahu tentangnya tetapi fakta yang dia masih suami aku membuatkan otakku masih mahu untuk berfikir tentang lelaki itu. Sampai bila agaknya dia hendak hidup begitu? Hidup tanpa mendekatkan diri pada agama. Hidup tanpa mengenal yang mana dosa dan yang mana pahala. Hidup hanya untuk bersuka-ria tanpa batasan. Cermin mata kubuka. Tangan kanan mengusap  dengan perlahan-lahan kelopak mata yang sedikit letih. Salahkah aku jika tidak cuba untuk menariknya ke landasan yang benar?


***
Otak dan hati tidak sepakat malam ini. Otak memberi arahan untuk keluar sahaja dari sini  sebelum ruang mewah ini  bertukar menjadi disco kembali. Tapi, hati pula ingin ke dapur untuk memenuhi kehendak perut yang semakin berkeroncong. Aduhai, nak langkah kemana ni? Kalau aku keluar dari sini, di mana pula aku hendak beli makanan? Aku bukannya ada kenderaan pun. 

Tanganku lincah melipat kain telekung. Inilah susahnya tinggal di kawasan  perumahan mewah. Kalau tinggal di flat kos sederhana kan bagus. Banyak aje gerai-gerai kat bawah bangunan. Tak perlu nak drive segala demi untuk makan malam. 

“Laparnya..” Kedua-dua belah tangan menekan perut.

 Sudahlah aku ni memang ada penyakit gastrik! Mahu tidak mahu, akhirnya aku terus menyarungkan tudung dan melangkah keluar dari bilik. Niat di hati ingin ke dapur untuk misi mencari makanan. Harapnya ada lah sesuatu yang dapat kumakan untuk mengalas perut malam ini. 

Tapi, nak ke dapur kering dan dapur basah tu kena lintas diorang yang berada kat  ruang tamu. Aku tahu tentang itu kerana aku sudah pun membuat lawatan rasmi di dalam rumah mewah ini petang tadi.
Di dalam kepala, aku masih berkira-kira lagi sama ada hendak mengikut kata hati atau tidak. Ah, buat bodoh aje lah dengan mereka! Yang penting perut aku tak sakit. 

Akhirnya, dengan perlahan-lahan aku mencapai tudung dan melangkah keluar dari bilik. Belum pun sampai di kawasan ruang tamu, sudah kudengar suara mereka yang rancak berbual. Aku menghentikan langkah seketika.

 “Pergghhh! She is very gorgeous!” 

Aku mengerutkan dahi. Siapa agaknya yang cantik sangat tu? Jangan-jangan diorang bawa perempuan pula kat dalam rumah ni! Playboy-playboy Malaya tu bukan boleh harap sangat! Terginjat-ginjat kakiku melangkah ke ruang tamu untuk menyiasat. Aku kemudiannya bersandar di balik dinding. 

“Seriously King, dengar khabar bukan senang nak try dia ni. Kalau setakat kaya tapi muka pecah rumah pun dia tak layan bro.” Ujar rakan Adrian. Aku menjengukkan kepala sedikit. Nampaknya ketiga-tiga lelaki itu sedang sibuk memandang ke arah laptop yang terletak di atas riba Adrian.

“Yang sebelah dia ni pulak siapa, Zack? She is kind of cute too.” Adrian pula bersuara. Aku menjulingkan mata ke atas. Oh, lelaki yang tadinya menyanyikan lagu bersama botol sos di tangan itu namanya Zack. 

“This one pulak, is her cousin, Laila.  Model, 20 years old, 170 cm tall, single.” Jawab Zack. Mata Adrian kulihat melekat tepat pada skrin laptop. Dari pandangan mata itu, aku tahu ada sesuatu yang sedang dirangkanya di dalam kepala. 

“Siap hafal ketinggian dia tu!” Ujar seorang lagi kawan Adrian. 

“Gila tak hafal.” Jawab Zack dan mereka bertiga ketawa kecil. Zack kulihat menoleh ke arah Adrian.

“Kau nak try dia ke? Lupakan je la..dia ni lagi susah nak dapat, bro!” Beriya-iya Zack berkata begitu. 

“Susah sangat ke? I don’t think so..” Jawab Adrian. Sebelah tangannya meraup rambut ke belakang. 

“We will see, kalau kau dapat dia aku kasi jam rolex ni kat kau!” Zack kulihat melayangkan tangan kanannya ke atas. 

“Alah..setakat jam rolex kau tu, aku pun ada! Just get me her number and we’ll see how hard she is!” Terus sahaja Adrian bersuara. Ada senyuman nakal terbit di wajah lelaki itu. 

Sakit mata dan sakit hati. Itulah keadaanku sekarang. Sakit mata melihat aktiviti-aktiviti “lagha” mereka ni dan sakit hati dengan perangai buaya ketiga-tiga orang lelaki itu. Tanpa menoleh ke arah mereka, aku terus melangkah menuju ke dapur. Aku tahu ada mata-mata sedang menjeling ke mari, tetapi aku buat bodoh aje. Senyap seketika kawasan ruang tamu ini. 

Sesampai sahaja di dapur, tanganku pantas membuka semua kabinet yang berada di ruangan ini. Pinggan mangkuk dan perkakasan memasak semuanya lengkap dan tip top! Cuma, bayang mee segera atau roti tidak pula kujumpa. Lantas aku terus menuju ke arah ruang yang terletak di bahagian belakang ruangan dapur kering.  Luas betul kawasan dapur ini. Kabinet-kabinet di sini juga kubuka dengan berhati-hati. Aku dapat merasakan yang aku terlalu biasa dengan ruangan ini. 

Seperti aku tahu pula di mana tersimpannya beras, bawang, dan telur. Terus sahaja aku mengeluarkan semua bahan-bahan itu. Kemudian, aku menuju ke arah peti sejuk. Di bahagian sejuk beku, tidak ada apa-apa pun kecuali udang. Mesti dia ni jarang masak! Aku membuat kesimpulan. 

Sayur yang ada pun hanyalah sepaket sayur campur di mana di dalamnya ada kacang pis, jagung dan lobak merah. Aduhai, nak masak apa ni? Kepala yang tidak gatal kugaru perlahan.
Baru sahaja ingin menutup pintu peti sejuk, mataku terpandang ke arah sepaket kecil perencah nasi goreng. Terus sahaja aku mencapainya bersama segaris senyuman yang muncul di bibir. Nampaknya nasi goreng udang adalah rezekiku malam ini. 

Alhamdulillah!
***
Hey Nasi Goreng, Hey sungguh Lazat, Sungguh Sedap, Sungguh Enak digoreng dengan Perencah Adabi.

Hatiku baru sahaja bernyanyi riang kerana sudah siap memasak apabila Adrian muncul di ruangan ini. Potong stim betul! Marahku di dalam hati. Aku hanya mengabaikan sahaja kewujudan lelaki tinggi lampai yang sedang melangkah ke mari itu. Lengan baju yang kusingsing sehingga ke paras siku ketika memasak tadi kini kubetulkan.  Kemudian, tanganku mencapai pinggan. 

Baru sahaja ingin menyenduk nasi goreng, pinggan yang berada di tanganku terus dirampas oleh lelaki ber-tshirt hitam itu. Aku terus mendongak ke arahnya. Ada sengihan nakal muncul di bibir itu. Anak matanya berada pada nasik goreng yang masih berasap di dalam kuali.

“Hurmm..fried rice!” Ujarnya. Baru sahaja dia hendak mencapai senduk, aku sudah terlebih dahulu mencapainya. 

“Sorry, this is mine. Kalau nak, buat sendiri.” Ujarku dengan selamba. Kemudian, cepat-cepat aku mencapai pinggan lain. Nasi goreng tersebut kusenduk dan kumasukkan ke dalam pinggan. 

“Okay fine! Kau makan je la semua ni.” Pinggan di tangannya diletakkan ke atas meja. Tadi kan dia dah makan pizza. Lapar lagi ke? 

“Aku nak kau masakkan 3 pinggan nasi goreng untuk aku dan kawan-kawan aku.” 

Wajah kacak lelaki itu kupandang saat ini. Amboi selamba sahaja nampaknya dia ni memberikan arahan. Ingat aku ni pembantu rumah dia ke?

“Sorry..I am a bit busy. Nak kemas baju kat dalam bilik tu. Kalau korang nak makan, masaklah sendiri.” Dengan selamba aku berkata begitu. Seperti selalu, aku memang dapat meneka perubahan di wajahnya. Ada riak tidak puas hati bertandang di situ. 

Terus sahaja dia merapati aku. Pinggan di tanganku dirampasnya dan diletakkan di atas meja. Nasib baik tak tumpah nasi goreng ke lantai. Kurang asam betul dia ni. Tersentak aku jadinya. Kemudian dengan selamba dia menarik tanganku menuju ke meja tersebut. Aku cuba melepaskan genggaman tangannya tetapi tidak berjaya. 

“Bahan-bahan yang kau guna untuk memasak ni..siapa yang beli?” Soalnya sambil mengangkat sebelah kening.
 Wajah menarik lelaki itu kujeling sekilas dan kemudian aku menjulingkan mata ke atas. Dengan sekuat hati aku menarik sekali lagi tanganku dari dalam genggamannya. Perlu ke nak pegang-pegang bagai? Cakap aje dah cukup. Aku boleh faham! Selepas dilihatnya aku tidak memberikan sebarang reaksi, dia kemudiannya bersuara.
“Aku kan?!” 

“Tahulah semua ni kau yang beli. Aku pinjam dulu, nanti aku gantikan balik!” Jawabku dengan bersungguh-sungguh. Isk, berkira betullah dia ni! Duit banyak tetapi kedekut macam Haji Bakhil!
Laju aku lihat dia menggelengkan kepalanya. 

“Tak perlu ganti apa-apa tapi aku nak kau masak.” Nampaknya lelaki ini masih lagi berkeras untuk aku masakkan untuknya. Bukannya aku tak mahu masak tetapi lihat sajalah caranya tu! Menyakitkan hati betul!

“Kenapa tak suruh aje girlfriends kau yang berderet tu masak? Siapa nama perempuan seksi tu? Dalia? Ha, suruhlah Dalia masak!”  Entah bagaimana ayat tersebut boleh terkeluar dari bibir. Mungkin kerana rasa sakit hati yang sudah tak dapat dibendung lagi membuatkan aku berkata begitu.

“Dalia?” Sebelah keningnya terangkat. Ketawa sinis keluar dari mulutnya saat ini.

“Perempuan cantik macam Dalia tu kau nak suruh masak? You must be out of your mind! Perempuan macam kau je yang sesuai buat kerja-kerja ni.” Sinis sekali ayat itu menampar gegendang telingaku. Dia ni memang dah lebih! Sebelum sempat aku bersuara, dia terus memberikan arahan seterusnya.

“Aku tak peduli kau nak masakkan atau tak tapi yang aku tahu 3 pinggan nasi goreng siap dalam masa 15 minit!” Bentaknya.

Amboi, sudahlah beri arahan sesuka hati. Lepas tu, siap berkurang ajar pula dengan aku. Nada suara bukan main tinggi lagi. Dia ni betul-betul buat aku macam pembantu rumahnya. Sebelum lelaki itu melangkah sempat lagi dia berpesan.

“One more thing, make sure nasi goreng tu sedap! Understand?” Jari telunjuk dilayangkan ke hadapan. Kemudian, dia terus beredar.

Ya Allah! Geramnya aku! 

“One more thing, make sure nasi goreng tu sedap! Understand?” 
Masih terngiang-ngiang ayat lelaki itu tadi di telinga. Aku terus sahaja bergerak ke arah peti sejuk. Bekas berisi udang yang masih lagi berbaki kukeluarkan dengan kasar bersama perencah nasi goreng dan beberapa bahan lain.

“Oh..nak yang sedap-sedap ye! Siap kau. Aku akan buat nasi goreng yang paaaaaaling sedap untuk kau!”
Aku bercakap seorang diri dengan nada yang geram. Tidak sabar hendak memasak nasi goreng ‘istimewa’ untuk playboy-playboy Malaya tu. Pasti juadah ini tidak akan mereka lupakan sampai mati!
***

Bersambung :D

Tuesday, 8 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 16


Bab 16
“Maaf Fina..aku rasa aku bukanlah orang yang sesuai untuk menjawab pertanyaan kau ni. Apa kata kalau kau jumpa dengan mummy kau, Puan Sri cerewet tu dan tanyakan kepadanya. Dia adalah orang yang paling sesuai untuk menjawab soalan itu.”
Dah pulakkk!Itulah jawapan yang aku terima daripada Syaf untuk soalan cepu mas yang sedang bermain di dalam fikiranku. 

Misteri nusantara betul! Kenapa berat sangat mulut kawanku itu untuk menceritakan segala-galanya? Daripada jawapannya tadi, sah-sah lah dia ada kunci untuk soalan aku. Puas sudah aku memujuk rayu gadis itu. Telah aku gunakan segala skil dan kemahiran untuk membuka mulut Syaf, namun tidak juga berjaya.
Lagi satu, kata Syaf, mummy adalah seorang yang cerewet. Kenal sangatkah Syaf dengan dia? Aku mengerutkan dahi. Setakat yang aku tengok, ibu mertuaku itu baik sangat orangnya. Sporting habis. Aku menanggalkan cermin mata yang berada di wajah. Jari-jari kini mengusap bahagian mata yang sedikit keletihan. Aduhai, nak kena jumpa mummy la pulak. Memang masalah ni! 

“Adik, kita dah sampai ni.”

Kelam-kabut aku mengenakan kembali cermin mata pada wajah apabila terdengar suara pakcik teksi yang berada di hadapanku. Terus sahaja aku mara ke hadapan sedikit dan mendongak ke atas. Dapat kulihat bangunan kondominium yang tinggi dan tersergam indah melalui cermin bahagian hadapan teksi Proton Wira ini. Banyaknya duit playboy tu! Biar betul aku kahwin dengan dia?

“Ini Sky Beach Residences ke?” 

Seperti orang bodoh aku menyoal pakcik ini sekali lagi. Padahal sudah terang-terangan tertulis perkataan ‘Sky Beach Residences’ kat tembok batu yang memagari kawasan kondominum itu.

“Ye dik..” Angguk pakcik teksi yang mungkin berusia lewat 50-an. Pakcik yang berkopiah putih ini terus sahaja menoleh ke belakang. 

“Adik tinggal kat sini ke?” Soalnya dengan penuh prihatin.

 Matanya dikecilkan sedikit. Aik, macam tak percaya aje aku tinggal kat sini. Dengan jeans lusuh dan baju t-shirt besar yang melekat di badanku, bukanlah salah pakcik ini untuk mempunyai perasaan itu. Memang betul, jangankan kata pakcik ni, aku sendiri pun susah nak percaya ni.  

“Er..ye pakcik..mengikut alamat ni, memang saya tinggal kat sini kut..” Lambat-lambat aku berkata begitu.
Ah, aku pun tak pasti. Rasa menyesal pula kerana tak ikut Adrian balik tadi. Aduhai, sudahlah aku tidak ada nombor dia. Kalau salah tempat, bagaimana ni? Aku sekarang berada di kawasan Batu Feringghi yang letaknya jauh dari rumah mama dan rumah mummy di Bayan Baru dan Bukit Jambul. Nak ke sini pulak jalannya sedikit berlengkang lengkok. Macam ular sawa pun ada! 

Memang aku sedia maklum, kebanyakan kondominum mewah dan hotel-hotel lima bintang terletak di kawasan ini kerana faktor lokasinya yang berdekatan dengan laut. Hotel Hard Rock Café pun berada di kawasan ini. 

“Adik betul-betul pasti?” Pakcik teksi ini menyoal lagi. Aku hanya mampu membaca kembali alamat yang ditulis oleh Adrian tadi. Belum sempat aku mengangukkan kepala, pakcik teksi ini mencelah lagi.

“Bukan apa, Sky Beach Residences ni tempat orang kaya. Harga seunit pun mencecah jutaan ringgit.” Kata pakcik ini lagi. 

“Ye ke pakcik?” Soalku sambil mengeluarkan dompet dari dalam beg tangan. Aku nekad untuk turun sekarang. 

“Ramai dato’, dato’ seri dan VVIP yang memiliki kondominum kat sini. Kalau setakat datuk bercucu 8 macam pakcik ni, jangankan nak duduk sini, nak langkah sebelah kaki kat dalam tu pun tak mampu.” Ujarnya sambil ketawa besar. Aku juga ikut sama ketawa kecil saat ini. 

Setelah membayar tambang, aku terus keluar dari teksi.  Kakiku berhenti melangkah apabila terpandangkan ke arah kereta-kereta yang masuk keluar dari bangunan ini. Semuanya hebat-hebat belaka. Dengan langkah longlai aku mara ke arah pondok pengawal yang berada di bahagian paling kanan tembok. Ni bukan pondok lagilah ni. Dah macam rumah pengawal! Besar dan selesa. Siap ada penghawa dingin lagi. Setelah menunjukkan alamat kepada pengawal berbangsa India yang berada di sini, aku disuruh tunggu sebentar. Dia kulihat mengangkat gagang telefon  berwarna putih di atas meja dan membuat panggilan. Selepas selesai berbicara di telefon, dia menoleh ke arahku. 

“Cik tunggu sebentar. Encik King akan datang sendiri jemput cik.”  Beritahu pengawal yang bernama Bala ini. Aku dapat tahu dari tag nama yang dipin kemas pada uniform putihnya. Setelah menganggukkan kepala, aku terus keluar dari sini. 

Tubuh kusandarkan pada dinding luar rumah pengawal.  Aku meliarkan pandangan ke segenap kawasan kondominium ini. Memang cantik dan mewah. Ada secalit senyuman singgah di bibir apabila terdengar sorakan riang beberapa orang kanak-kanak yang lengkap dengan pakaian mandi di dalam kolam renang. Luas betul kolam renang yang dibina mengelilingi  bangunan-bangunan kondominium yang megah berdiri.
Setelah beberapa kali ubah gaya berdiri, beberapa kali ubah posisi aku menghelakan nafas berat. Tangan kanan mula menyelak sedikit hujung lengan baju dan mataku meneliti jarum jam di tangan.
Ya Allah, lambatnya lelaki ni! Dengusku di dalam hati. Dah 20 minit aku terpacak macam mak guard tak berbayar, tapi batang hidung lelaki itu masih jugak tidak kelihatan. Entah-entah dia memang sengaja nak kenakan aku!

“Arghhhh! Stress nya!” Terpacul juga ayat itu keluar dari mulutku. Kedua-dua belah tangan menggaru kasar kepala saat ini sampaikan nak tercabut rasanya tudung di kepala. Memang tertekan betul!

“What’s wrong with you? Ada kutu ke apa kat dalam kepala kau?!”

Mak ai wanginya! Aku terus mendongak ke atas sebaik sahaja terdengar suara itu!  Bibir kuketap dengan geram saat ini. Suka-suka hati aje cakap kepala aku ada kutu! Sabar Fina, sabar itu separuh daripada iman. Sempat anak mataku berlari dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki lelaki ini. Baru dua jam tidak berjumpa, dia sudah pun tukar baju lain pulak.  

“Hah sampai pun..lambat betullah. Ni  turun guna tangga ke lif?” Gumamku dengan sangat perlahan. 

“Ini pun nasib baik aku datang sekarang. Kalau aku datang malam nanti, agaknya, luruhlah rambut kau asyik kena garu macam tadi kan?” Sempat lagi dia membidas kata-kataku dengan sinis sambil menonong melangkah ke arah kanan tanpa menungguku. Terkejar-kejar aku mengikut langkah lelaki itu. Karang sesat dalam ni, tak ke niaya. Bukan sebuah banggunan aje dalam ni, tetapi  ada 3 buah semuanya. 

Eleh , macam aku tak kenal jenis lelaki macam dia ni. Sebelum turun siap tengok wajah dalam cermin, lepas tu betulkan rambut, sembur minyak wangi setengah botol baru turun kan? Dasar buaya yang suka mencari mangsa! Penat aku membebel di dalam hati yang sedang membengkak. Dengan perasaan yang sebal aku membuang pandang ke arah kolam renang yang di sebelah kiri dan kananku.

“King..”

Suara manja seorang perempuan menampar gegendang telingaku. Dengan pantas aku menoleh. Kelihatan dua orang perempuan seksi sedang berehat di atas ‘beach bench’ tidak jauh dari tempat kami sedang berada.  Lelaki yang memakai baju berwarna hitam di hadapanku ini pula terus menghentikan langkahnya. Tinggi tangan mereka  melambai ke mari membuatkan aku mencebikkan bibir. 

“Come and join us!” Jerit salah seorang daripada mereka. Terus sahaja Adrian menggelengkan kepalanya.
“Not now. Maybe next time!”  Jawab lelaki di sebelahku. 

“Okay… just let us know, alright?” Balas perempuan itu lagi. 

“Sure!” Sempat lagi Adrian bersuara sebelum menyambung semula langkahnya.

 Mata kujulingkan ke atas. Bagaimana agaknya aku boleh bertahan dengan semua ini dahulu? Perempuan-perempuan tu tak tahu ke yang Adrian dah berkahwin? Sebagai seorang isteri, apa yang patut aku rasa ketika ini? Kenapa tidak ada sekelumit pun perasaan cemburu? Yang ada cuma rasa benci, menyampah dan mual dengan perangai lelaki playboy yang bergelar suamiku ini. 

“Dasar buaya darat!” Tanpa disedari perkataan itu meluncur keluar dari bibir sebaik sahaja sampai di hadapan lobi kondominium. Adrian yang baru sahaja ingin menarik pintu kaca lobi terus menoleh ke belakang.

“What were you saying?” Soalnya dengan wajah yang masam mencuka. Sebelah keningnya terangkat tinggi. Dengan malas aku menjungkitkan bahu. Pandangan kuhalakan ke arah taman yang menghijau di sebelah kiriku.  

“Aku belum pekak lagi lah!” Bidasnya yang nampaknya masih tidak berpuas hati denganku. Terus sahaja aku menolak pintu kaca lobi dengan sekuat yang mungkin dan merempuh masuk ke dalam. Malas hendak bertekak. Buat habis air liur aku sahaja! Ketawa sinis memecah kesunyian lobi yang agak lengang ini. Aku terus menoleh ke belakang. Gila agaknya?

 “Wait..you are jealous! Right?!” Soalnya dengan wajah yang menyakitkan hati. 

Tanpa menunggu jawapan dariku, dia kulihat terus sahaja meninggalkan aku di sini. Aku pula terpaksa mengejar langkah lelaki perasan bagus itu, menjelajahi ruang lobi yang sangat luas ini. Akhirnya sampai juga kami di hadapan deretan lif yang akan membawa kami ke atas. Masih tidak berpuas hati dengan lelaki yang sibuk dengan telefon bimbitnya di tangan itu, aku terus bersuara.

“Sorry la..takde masa nak jealous. Lagipun, you are just not my type!”  Luahku yang masih geram dengan kesimpulan yang dibuat olehnya. 

Terus sahaja Adrian mengangkat wajah. Pandangan tidak puas hati diberikan kepadaku. Matanya yang sedang mencerun tajam ke arahku tiba-tiba sahaja berubah fokus. Anak mata Adrian nampak seperti hendak melekat terus di situ.  Macam dah digam dengan gam UHU. Senyuman yang membuatkan jantungku bergetar untuk kesekian kalinya muncul di bibir lelaki itu. 

 Aku terus menoleh ke sebelah kanan. Kelihatan seorang perempuan berambut ikal mayang sedang melangkah dengan gaya catwalk ke mari. Bukan Adrian sahaja boleh terpikat, aku yang perempuan ni pun suka betul tengok wajahnya yang ayu itu. Memang cantik, patutlah tak berganjak langsung anak mata Adrian memandang ke arahnya. Blouse peplum berwarna pink pastel kelihatan terletak elok di badan si wanita. Kalau aku yang pakai blouse tu, agak-agaknya boleh selawa itu ke? Kalau nak dibandingkan aku dengan perempuan itu, memang bagai langit dengan bumi. Sempat lagi aku berasa rendah diri saat ini. Tapi, kenapa wajah jelita itu kelihatan masam mencuka?

“King..you betul-betul busy ke?” Soal si wanita dengan nada tidak puas hati sebaik sahaja merapati kami. Terus sahaja dia meraih lengan Adrian dengan erat. 

“Dalia, you are still here? Kenapa tak balik lagi ni?” Soal Adrian dengan lembut. Dia  kulihat terus sahaja merangkul pinggang wanita cantik bernama Dalia itu.

 Aku meraupkan wajah. Mudahnya dia bawa perempuan datang ke sini! Maka, bermulalah secara rasminya sesi menyumpah seranah lelaki itu di dalam hati. Bukan cemburu, tetapi semakin menyampah dengan perangainya.

“I dah agak ada perempuan lain nak datang sini.” Mata si perempuan cantik itu kini mencerlung tajam ke arahku. Api cemburu begitu membara di dalam matanya. Terbalik pulak. Sepatutnya, aku yang cemburu. Aku kan isteri dia. Adrian kulihat ketawa kecil. 

“Siapa ni?” Soal Dalia dengan kasar. Matanya memandangku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Nampaknya  perempuan ini juga tidak tahu Adrian sudah berkahwin. 

“She is my P.A.” Ujar Adrian dengan selamba. 

Tidak ada sedikit pun riak serba-salah yang terpalit di wajahnya ketika berkata begitu. Sesuka hati mengaku aku P.A dia. Tidak perlulah aku berteka-teki lagi. Jelaslah dia tidak pernah menganggap aku sebagai isteri pun. Sejak bila agaknya hubungan kami jadi begini? Atau memang dari awal dulu dia tidak pernah menganggap aku sebagai teman hidupnya? Jadi, bagaimana aku boleh berkahwin dengan dia? Sekali lagi aku cuba untuk ingat kembali memori aku dan Adrian. 

“P.A you tinggal sini?” Soalan wanita itu mengembalikan aku kembali ke dunia nyata. Lif yang sudah pun terbuka ditekan oleh Adrian untuk menghalangnya dari tertutup. 

“Yeah..why? are you jealous, baby?” Sempat lagi Adrian bertanya soalan itu. 

Senyuman nakal terbit di bibirnya. Kakiku terus melangkah masuk ke dalam lif dengan fikiran yang semakin bercelaru dan persoalan yang semakin menimbun di dalam kepala. Sekali lagi mata perempuan cantik itu singgah di wajahku. Selepas memerhatiku dari hujung tudung sehingga ke hujung kasut, dia menggelengkan kepala dengan laju sambil tersenyum puas.

“You? Dengan dia? Impossible! I know you have a good taste.”Jawabnya. 

Entah kenapa, aku sungguh terkesan dengan kata-kata wanita itu kali ini. Buruk sangatkah aku untuk bergandingan dengan lelaki seperti Adrian? Mataku memandang sekilas ke arah lelaki yang masih lagi melayan perempuan itu dan membiarkan aku tercegat macam patung kat dalam ni. Hebat sangatkah dia sehinggakan aku sanggup untuk berkahwin dengannya dahulu? 

Akhirnya, Adrian masuk juga ke dalam lif ini. Kad yang berada di tangannya dimasukkan pada ruang kecil pada dinding lif. Butang bernombor 17 ditekannya sambil bersandar di sudut kanan ruang ini tanpa mempedulikan aku. Dia kulihat kembali sibuk dengan telefon bimbitnya.
Sebaik sahaja lif terbuka, aku terus melangkah dengan sedikit terpinga-pinga. 

Aku pernah ke sini! Jerit hatiku. Tempat ini bukanlah tempat baru untuk aku. Terus sahaja kasut
 kutanggalkan dari kaki tanpa mempedulikan Adrian. Kakiku cepat-cepat melangkah ke arah dinding kaca yang menghadap laut. Sliding door di sebelah kanan kubuka dan aku melangkah ke luar.



 Terbentang luas lautan yang membiru di hadapanku. Bunyi deruan ombak yang sayup-sayup kedengaran jauh di bawah membuatkan hatiku semakin tenang. Mata kupejam dengan serapat-rapatnya. Cuba untuk mengingati dengan lebih lanjut memoriku dengan Adrian di sini supaya aku tahu apa yang pernah terjadi di antara kami dulu. 

Otak yang kupaksa bekerja keras akhirnya mengalah juga. Untuk kesekian kalinya aku gagal! Aku menundukkan wajah. Dengan perasaan hampa aku membukakan mata.
Perlahan-lahan aku menapak masuk ke dalam semula. Adrian tidak pula kutahu hilang ke mana. Seperti sudah terlalu biasa dengan ruangan ini, kakiku dengan tenang melangkah ke ruangan sebelah kiri.


 Mata memerhati ke arah kawasan sekelilingku. Memang rasa terlalu biasa dengan rumah ini. 
Akhirnya, kakiku sampai di hadapan sebuah bilik. Terus sahaja tanganku memulas tombol pada pintu. Tersentak seketika apabila mata terpandangkan beg baju berwarna hitam yang terdampar di tepi katil. Pasti Adrian yang meletakkannya di situ. Aku membuat kesimpulan sendiri.

Hatiku diserbu sejuta rasa tidak sedap hati saat ini. Ruang bilik yang kelihatan sangat luas dengan rekaan dalaman dan perabot yang kelihatan begitu mewah sekali tidak lagi menenangkan hatiku. Adakah aku terpaksa berkongsi bilik dengan Adrian? Entah kenapa, aku dapat rasakan yang aku terlalu biasa dengan ruangan ini. 

Kelam-kabut aku bergerak ke sudut kiri bilik yang membawa aku kepada sebuah bilik kecil. Tanganku pantas menarik sliding door lutsinar di hadapanku ini. “Walk-in wardrobe!”. Banyak betul pakaianku di dalam ruang ini. Begitu juga dengan harta karunku yang lain. Semuanya tersusun kemas di sini. Kedua-dua belah tangan sibuk menyelak helaian baju yang bergantungan. Lega rasa hati apabila tidak ada walau sehelai pun kemeja Adrian di sini.

“Ehem..”

Kelam-kabut aku melangkah keluar apabila terdengar deheman lelaki itu. Selamba sahaja badannya direbahkan ke atas katil. Kedua-dua tangan didepakan dengan luas. Isk, dia ni nak buat kuak lentang ke apa kat sini? 

“Apa kau buat kat sini?” Bulat mataku memerhati lelaki yang sedang meregangkan badannya itu. Kemudian, wajahnya diraupkan beberapa saat. Untuk pertama kalinya dia nampak seletih ini.  

“Ini rumah aku. Bilik ini pun bilik aku jugak.” Dengan tenang dia berkata begitu. Ada sahaja jawapan menjengkelkan hati akan keluar dari mulut dia ni! Getus hatiku dengan geram. 

“ So, aku perlukan kebenaran kau ke untuk masuk dalam ni?” Terus sahaja soalan itu diajukan kepadaku sebaik sahaja dia bangun dari pembaringan. Kening kanannya terangkat sedikit sambil menanti jawapan dariku. Aku pula sibuk menyusun ayat di dalam kepala. Jika terpaksa, aku sanggup berlembut dengannya demi untuk memujuk lelaki ini. Selepas menarik nafas dalam-dalam, aku bersuara. 

“Adrian..aku tak tahu apa yang pernah berlaku kepada kita but please..aku tak nak kongsi bilik dengan kau.” Dah seperti merayu pun ada jugak ni. Mataku memandang wajah kacak lelaki itu dengan penuh berharap.

 Berdosakah aku meminta begitu? Tapi, bagaimana dengan keadaan aku? Aku tidak kenal siapa dia. Aku tidak dapat ingat apa-apa tentang dia. Mungkin aku boleh terima lelaki ini sekiranya dia bukan seorang playboy. Aku pasti akan cuba menerimanya jika layanan yang diberikan kepadaku adalah layanan yang seorang suami patut berikan kepada isterinya. Anak mata lelaki itu merenung jauh ke dalam anak mataku.
“Afina..” Serius kulihat wajahnya ketika ini.

 Lelaki yang masih duduk di atas katil itu kulihat begitu berhati-hati untuk berkata-kata kali ini. Cermin mata di wajah kubetulkan. Cuba untuk beri sepenuh perhatian kepada apa yang bakal diluahkan lelaki itu.  Suspen betul!
“Aku tak pernah beri kau apa-apa dan aku tak pernah ambil apa-apa pun dari kau. Aku tak sekejam itu untuk perempuan senaif engkau.” 
Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus sahaja bangun dan melangkah ke arah pintu. Belum pun sempat aku mencernakan ayat yang dituturkannya sebentar tadi, dia menoleh ke arahku semula dan bersuara.

“So, please hang in there..at least sampai akhir tahun ni.” Pintanya dengan bersungguh-sungguh dan terus menghilangkan diri dari muka pintu.
 Aku mengerutkan dahi. Semakin bingung otakku jadinya. Sebu kurasakan fikiranku sehingga tidak mampu untuk memahami apa yang dimaksudkan lelaki itu. Dia tidak pernah berikan aku apa-apa? Habis tu, mama cakap dia pernah berikan aku kereta. Tu apa pulak? Dia tidak pernah ambil apa-apa dariku? Bohong! Seluruh hidupku telah musnah gara-gara perkahwinan ini. Dia telah mengambil seluruh hidupku! Apa lagi yang belum diambilnya? Bibir kucebikkan sedikit. 

Bagaimanapun, lega rasa hati apabila dia sanggup untuk menuruti permintaanku. Sekurang-kurangnya aku masih boleh menghembuskan nafas lega saat ini. Mata menoleh ke sebelah kanan, ke arah ruang luas di luar bilik. Bukan sahaja meja kaca kecil dan kerusi besi yang ada di situ, malah, “beach bench” juga turut tersedia. Bersama secalit senyuman di bibir, aku melangkah ke situ. Aku tahu ruang yang menghadap laut itu adalah ruang yang dapat memberikan ketenangan kepadaku saat ini. Tambah-tambah selepas penat menganalisa ayat lelaki itu tadi. 

***

Bersambung :D
**Semua gambar ini untuk suka2 aje :) Kalau nak bayangkan orang/persekitaran lain pun boleh :)