**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday, 15 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 12]


Bab 12

Erghhhh! Geramnya!

Kalau tak kerana umi, memang malas aku nak turun bawah. Bantal yang berada di dalam pelukan kubaling dengan geram ke atas lantai. Kata Kak Long, memang umi ajak Pakcik Dani dan lelaki itu datang sekali untuk makan tengahari di sini. Isk, muka tak malu betul! Bukan dia tak tahu yang aku ni memang berbulu gila dengan dia. Berani ye dia datang ke mari? Padangan kulemparkan ke arah siling putih  di atas sana. Agaknya, kalau arwah ayah masih hidup, mesti arwah pun sangat rapat dengan Pakcik Dani, macam Pak Su jugak. Siap pergi kerjakan umrah bersama-sama lagi. 



"Bella!"

Jerit Kak Long dengan geram dan serentak dengan itu juga bantal hiasan berbentuk hati yang berada di tangannya dibaling ke arahku.

Pap!

Tepat terkena pada wajah!

"Iskk! Apa ni Kak Long? Sakit tau tak?" Aku menyeringai geram. Isk Kak Long ni, main baling-baling bantal pula! Comforter yang menyelimuti tubuh kutarik hingga ke paras dada.

"Tolonglah turun Bella. Dah berbirat lengan Kak Long ni asyik dicubit umi. Umi ingatkan Kak Long tak panggilkan Bella, agaknya."  Lengannya ditunjukkan kepadaku bersama wajah yang sugul. 

Memang aku tahu umi gemar betul mencubit jika dia tidak puas hati dengan kami. Jari macam ketam! Tawa kecil terlepas dari mulutku. 

"Ololo kesiannya. Tapi Bella malas la nak turun Kak Long." Ujarku yang masih lagi berbaring. Kedua-dua belah tapak kaki yang berada di hujung katil pula kugoyangkan ke kiri dan ke kanan. Kak Long kelihatan memicit bahagian dahinya saat ini. 

"Suruh aje lah dorang makan dulu. Meja yang Kak Long beli tu muat-muat untuk 6 orang aje!" Dengan selamba aku berkata begitu.

 Majalah yang terdampar di sebelah kiri katil kucapai dan mataku mula menjalar ke segenap isi di dalamnya. Trend hijab terkini. Pfftt! Meletus tawa saat ini. Terkini dan hijabistalah sangat! Lilit-lilit macam pocong! Namun, tidak juga dapat menutup aurat dengan sempurna. Jenis penggayaan tudung begini yang mereka promosikan? Ada rasa marah,sedih dan kecewa menjalar di jiwa saat ini. 

Baru sahaja ingin menyelak ke halaman seterusnya, majalah di tanganku ditarik oleh Kak Long. Adess..kacau betullah! Masa cuti ni lah aku nak guling-guling atas katil sambil baca majalah. Kalau kat Seoul tu, mana ada masa. 

"Kak Long..kasilah balik majalah tu!" Rengekku sambil menghulurkan sebelah tangan. 

"Jangan harap!" Bentaknya seraya menarik lengan kananku  dengan kuat. Dengan malas aku bangun dari pembaringan dan duduk bersandar di  kepala katil. 

"Alah..memanglah meja Kak Long beli tu untuk 6 orang. Tak cukup satu tempat je kut. Umi dah tambahkan kerusi untuk kau dik. Jangan buat hal. Jom turun."  Mendengar sahaja kata-kata Kak Long, aku terus menggaru kepala dengan kedua-dua belah tangan. 

"Ya Allah..Bella tak selesalah.." Getusku geram. Berkerut seribu wajahku saat ini. Kak Long meraupkan wajahnya beberapa kali.

"Habis tu, ingat Kak Long selesa sangat ke?? Kak Long ni lagilah, Bella..Kak Long kerja kat company dorang tau. Kau ingat Kak Long tak kekok ke? Sudahlah tu, Pakcik Dani, umi, Mak Su dan Pak Su belum tahu tau Kak Long kerja dengan dia. Kak Long ni lagi kekok, Bella.." Bersungguh-sungguh Kak Long membebel saat ini. Ada keluhan berat yang keluar dari mulutnya membuatkan aku terdiam untuk seketika.

Benar, kalau aku berada dalam situasi Kak Long, mungkin aku lebih tertekan dari sekarang agaknya. Big boss datang rumah kut. Tapi, dia dengan Kak Long, macam okay aje. Tak macam dia dengan aku. Samseng dan poyo semacam! Aku terus sahaja bangun berdiri. Tangan kanan kuhulurkan pada Kak Long.

"Jom." Ujarku dengan tiba-tiba. Tudung bawal yang tersangkut pada kerusi kucapai dan kusarungkan ke atas kepala.

"Bella temankan Kak Long. Kak Long janganlah down sangat sampai macam ni." Pujukku. Memang Kak Long nampak tak selesa, sama sepertiku. 

"Kak Long bukan apa..umi tu..nak sangat kita turun. Kalau umi tak kisah, Kak Long pun malas nak beriya menghadap dorang tu." Luah Kak Long. Kepala terus kuanggukkan tanda faham. 

Kami melangkah beriringan menuju ke arah tangga. Isk, seperti ada besi yang merantai kaki aku dan Kak Long pula saat ini. Masing-masing menuruni anak tangga dengan sangat payah. Apabila tiba di pertengahan tangga, aku yang berada di hadapan Kak Long, terus sahaja berlari ke atas. Biar Kak Long ajelah yang turun dulu. 

"Bella..turunlah dulu!" Bisik Kak Long dalam nada tidak puas hati yang sangat tinggi sambil menjegilkan matanya. Aku hanya mampu menggelengkan kepala laju-laju. Tanda tidak mahu. 

Kak Long yang kulihat ingin meluahkan rasa tidak puas hatinya kelam-kabut meletakkan jari telunjuk di bibir saat ini. Tersentak aku seketika. Dah kenapa pulak dengan dia ni?

"Jodoh tu memang rahsia Allah. Dah ditetapkan semenjak kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu lagi. Sebagai Hamba, tak salah untuk kita berusaha, Ngah."

Kedengaran suara Pak Su berkumandang dengan sangat jelas di bawah sana. Kami berdua sama-sama mengerutkan dahi saat ini. Pak Su ni nak suruh umi kahwin lagi ke apa ni? Siap suruh usaha bagai! Kami terus memasang telinga. 

"Betul, kita bukan nak paksa, Kak Ngah. Kami cuma nak tanyakan dulu." Suara Mak Su pula bergema. Bulat mata Kak Long menjegil ke arahku saat ini. Aku pula terus menjungkitkan kedua-dua belah bahu. Bella, kau okay ke kalau umi kahwin lagi? Seperti ada suara yang bertanyakan soalan itu kepadaku saat ini. 

"Kami hanya sampaikan hasrat Dani tu aje. Namun keputusan masih di tangan Kak Ngah." Pak Su bersuara lagi. Berderau sedikit darah di dalam dada. Kali ini, tangan Kak Long terus sahaja menggenggam lenganku.
Terkejut. 
Siapa yang tidak terkejut kalau umi nak kahwin dengan Pakcik Dani! Tidak terjangkau dek akal. Eh..tapi okay jugak tu! Kaya kut Pakcik Dani tu. Tak payah aku susah-susah simpan duit nak balik Malaysia. Petik jari je, tiket ada depan mata. Ada sengihan pula yang muncul tiba-tiba di bibir. Materialistik jugak ye, kau ni Bella. Sejujurnya, aku okay aje kalau umi kahwin lain walaupun ada rasa janggal menjalar di dalam jiwa saat ini. 

Dengan perlahan-lahan aku menuruni anak tangga. Kepala kujengkukkan sedikit ke arah ruang tamu. Hanya umi, Mak Su dan Pak Su sahaja yang berada di situ. Ke mana pulak perginya Pakcik Dani dan Danial?

"Jujur cakap, Kak Ngah memang buntu dan tak tahu apa nak cakap sekarang ni."  Ada keluhan yang keluar dari bibir umi. Dari sini, dapat kulihat tangan Mak Su menggenggam lembut jemari umi. 

"Istikharah Kak Ngah. Itu aje jawapannya." Ujar Mak Su. Umi terus berpaling ke arah Mak Su. Namun belum sempat umi bersuara, ada suara lain yang menjengah telinga saat ini.

"Assalamualaikum.." Mendengar sahaja suara itu, kakiku lincah memanjat anak tangga dan berdiri betul-betul di hadapan Kak Long. Suara Pakcik Dani!

"Waalaikumussalam." Kedengaran suara mereka beramai-ramai menjawab salam Pakcik Dani.

"Hah, masuklah Dani! Jumpa tak kedai jam tu?" Suara Pak Su pula kedengaran berkumandang saat ini.

"Jumpa. Jumpa. Dapat juga tukar bateri jam ini. Terima kasih, Zahra, cadangkan saya kedai tu. " Aiks..siap ucapkan terima kasih kat umi lagi ni. 

"Sa..sama-sama." Kenapa pula umi tergagap-gagap sedikit menjawab? Sah cinta sudah berputik ni! Sengihan yang baru bertandang di bibir kini terus mati apabila Kak Long berbisik kasar di telingaku.

"Kak Long tak setuju umi kahwin lagi!" Keras bunyinya.

Gadis itu kulihat terus turun ke bawah tanpa memandang ke arahku. Isk..payah ni. Okay apa kalau umi kahwin lagi. Kenapa pulak Kak Long tak bersetuju? Kak Long ni..semenjak putus tunang, memang dia sudah tidak percayakan perkahwinan agaknya. Siapa kita nak menghalang, kalau umi dah suka, Long! 

Isk, tapi aku okay ke kalau si poyo tu jadi abang tiri aku? Kepala yang tidak gatal kugaru sedikit sambil melangkah turun.

Sampai sahaja ke kawasan ruang tamu ini, mataku bertemu dengan mata Danial namun aku buat-buat tak nampak sahaja. Mata terus kularikan ke arah lain.

"Bella..Lina..kita makan sama-sama ye sekejap lagi.." Riuh suara Mak Su bergema saat ini. Aku dan Kak Long duduk di atas karpet sahaja. Betul-betul di sebelah sofa yang sedang diduduki oleh Mak Su. Umi yang anggun berbaju kurung di badan pula bangun dari sofa dan kulihat mengaturkan langkah ke arah dapur.

"Okay Mak Su.." Jawabku setelah kulihat Kak Long diam sahaja. 

"Bella..kamu belajar di Korea Selatan kan?" Soal Pak Su yang berkopiah putih itu. 

Aku terus sahaja mengangukkan kepala. Mata kualihkan kepada Pakcik Dani yang duduk di sebelah Pak Su apabila dia bersuara.

"Pakcik tidak tahu Bella belajar di Seoul. Jika tidak, boleh kita dating di sana." Selorohnya. Mampu untuk buat aku tersenyum. 

Amboiiii mentang-mentang nak tackle umi, mesra semacam pulak pakcik korea ni dengan aku.  Semua yang berada di sini ketawa kecil kecuali si samseng itu dan Kak Long.

Pakcik Dani. Walaupun bahasanya sedikit pelat, namun dia dapat berbahasa melayu dengan baik. Kadang-kadang tu, dia siap gunakan bahasa baku lagi! 

"Hee..saya belajar di Seoul National University." Ujarku sambil tersenyum. 

"Bella sshi, ttokttokae-yo" Pujiannya mampu membuatkan aku ketawa kecil.

Pakcik Dani mengatakan aku adalah seorang yang bijak. Belum sempat aku bersuara, lelaki yang kelihatan sangat kemas dengan kemeja lengan panjang di badan ini menoleh ke arah anaknya. 

"maja, Danial?" 

Nasib baik aku tidak kunya gula-gula getah. Kalau tidak sudah terlekat pada anak tekak. Mana tidaknya, Pakcik Danial siap tanyakan pada Danial lagi, betul tak aku adalah seorang yang bijak. Lelaki samseng itu pula kulihat mengerling ke arahku sekilas. Kemudian, kepala diangguknya sedikit. Nampak sangat macam terpaksa!



 "Neh, maja-yo"  Dia mengiyakan tetapi wajah masamnya tu, nauzubillah! Macam mintak penampar aje dari aku!

"Apa yang kamu cakap tu, Dani?" Soal Pak Su bersama wajah yang lucu. Dengan pantas Pakcik Dani menggelengkan kepala.

"Tak ada apa-apa. Rahsia kami bertiga.." Ketawa kecil terbit dari bibir aku, Pakcik Dani, Mak Su dan Pak Su saat ini. 

"Kalau semua dah ada, jom lah kita makan." Suara umi yang bergema dari sebelah kanan ruang tamu membuatkan semua yang berada di sini menoleh ke arahnya. 

"Jom Dani. Danial. Kita makan dulu." Ajak Pak Su pula yang sudah mula bangun dari sofa. Aku lihat Pakcik Dani mengangukkan kepalanya dan serentak dengan itu juga dia dan Danial bangun. Aku pula tanpa menunggu dengan lebih lama, terus menyusup ke dapur. Kelihatan Kak Long sedang sibuk menuangkan jus oren ke dalam gelas manakala umi pula sedang mengeluarkan sesuatu dari dalam peti sejuk. 

Pak Su, Mak Su dan Pakcik Dani juga sudah berada di ruangan ini. Aku terus sahaja mengambil tempat betul-betul di sebelah Mak Su.

"Makanlah semua. Jangan malu-malu." Ujar umi. Perut yang berkeriuk bertambah kuat berbunyi apabila terpandangkan ketam masak lemak cili api yang terhidang di hadapan mata. 

Baru sahaja ingin mencapai senduk, suara Pak Su pula berkumandang.

"Eh, mana Danial?" Soalnya sambil meliarkan mata di sekitar kawasan ini. Erghh potong stim betullah! Lantaklah si poyo tu nak makan ke tak nak!Bukan masalah aku. Biar Pak Su dan Pakcik Dani aje yang fikir. Ada aku kisah?! Dengan selamba aku menyenduk seekor ketam ke dalam pinggan.

"Bella..pergi tengokkkan Danial kejap, boleh?"

Terdiam aku seketika saat ini. Pandangan kosong kuhalakan ke arah Mak Su. Boleh tak kalau aku buat-buat pekak ketika ini? Mak Su ni pun satu..kenapa pulak aku yang kena tengokkan dia tu? Dia tu bukan anak aku punnn! Laki aku pun bukan! Hadoiii! Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku bersuara apabila semua mata tertancap pada wajahku saat ini.

"Okay." Ujarku ringkas bersama hati yang panas. Dengan malas aku melangkah keluar dari ruangan dapur yang tidaklah besar mana saiznya ini. 

Bersama wajah yang pelik, aku tercangak-cangak di sini. Ke mana pulak si dia tu menghilang? Takkan kena kidnap kut? Mata kuliarkan ke segenap kawasan ruang tamu ini. Kat luar agaknya. Baru sahaja ingin melangkah ke arah pintu, aku terdengar suara orang berbisik. Dengan pantas aku menyandarkan badan ke arah dinding ruang tamu yang letaknya betul-betul bersebelahan dengan tangga untuk menuju ke ruang atas rumah. Sah, suara itu datangnya dari arah tangga. 



Dengan perlahan-lahan aku mengginjatkan kaki mendekati anak tangga. Pandangan kuhalakan ke celah susur tangga. Memang Danial Lee sedang berada di atas tangga saat ini. Dia kulihat sedang membelakangi aku dan jemarinya mengelus lembut salah satu gambar yang tergantung pada dinding. Semakin pelik aku jadinya. Apa pulak si samseng kerek ni buat kat atas tu?  Memang umi mendekorasi bahagian dinding tangga dengan gambar-gambar kami sekeluarga. Ada 10 keping gambar kesemuanya tergantung kemas pada dinding itu.

"Sumayya..how am I going to deal with this? It has been so hard on me..really hard, you know." 

Tersentak aku jadinya apabila bisikan suara Danial Lee dapat kudengar dengan sangat jelas saat ini. Rintihan lelaki itu mampu untuk meruntun jiwaku. Aku mengecilkan mata dan cuba mengamati gambar yang sedang disentuh oleh jemari lelaki itu. Sah, itu memang gambar Kak Ngah ketika menuntut di luar negara! Dadaku berdegup kencang.

"How can both of you be so similar? Her eyes, her hair, her lips! The way she smiles, the way she talks.." Bisik lelaki itu lagi dengan sangat perlahan namun, mampu membuatkan aku terduduk di atas lantai saat ini. Siapa yang dimaksudkan lelaki itu? Adakah aku? Jantung mulalah bermain rentak yang aneh. 

"She even walks just like you. Demi Allah, so similar! I see you in her. " 

Semakin dia bersuara, semakin sesak dadaku jadinya. Mata kupejamkan untuk seketika. Kenapa aku tak pernah tahu Kak Ngah ada teman lelaki? Kenapa Danial Lee dan Kak Ngah perlu ada hubungan? Hadoi..kenapa dia?

"How am I supposed to move on, now? She has brought back all the memories to my mind. Memori tentang kita, yang susah payah I padam..you see, those memories are now hunting me. Moving on would be so much more difficult with her around."

Jelaslah, aku puncanya. Aku tak tahu bagaimana sengsaranya dia untuk melupakan Kak Ngah dan meneruskan kehidupannya tetapi aku tahu bagaimana sengsaranya merindu pada dia yang telah tiada. Aku pernah mengalaminya. Tiba-tiba rasa rindu pada arwah ayah dan Kak Ngah memenuhi ruang dada dan fikiran saat ini. Ada air mata yang bergenang di tubir mata dengan tidak semena-mena. Hanya hati yang pernah merasakan kehilangan sahaja yang faham erti rindu yang sebenar.  Air mata yang mengalir kuseka dengan hujung jari. 

Emo lah kau ni Bella! Orang lain yang luah rasa, kau pulak yang sedih! Aku mula memarahi diri sendiri. 

"Papa is making things complicated now. I can't..I tak boleh biarkan dia terus-menerus berangan dengan  hasratnya tu. She reminds me of you, sayang. You..someone yang I tak boleh dapatkan walau sekuat mana I mencuba. The fact that we are  living in a different world truly hurts." 

Aku hanya memandang kosong ke arah tubuh lelaki itu. Sebelah tangannya kini dimasukkan ke dalam poket seluar dan sebelah lagi tangannya meraup rambut yang tersisir kemas di kepala. 

Sejujurnya aku sedikit terkesan dengan kata-katanya itu. Memang dia tu poyo orangnya. Kerek pulak tu. Samseng pun iya. Namun, entah kenapa, ada rasa simpati yang beraja di hati, khas buat lelaki itu. Rasa simpati, bukan rasa suka atau cinta, excuse me. Jika umi dan Pakcik Dani berkahwin, maksudnya, kami akan selalu berjumpa. Aku menopang dagu untuk seketika. Sengsarakah dia setiap kali aku muncul di hadapan matanya? Wajah kuraupkan beberapa kali saat ini. 

Kak Ngah dan Danial Lee. Mereka kini di dalam dua alam yang berbeza. Bagaimana kuat pun rasa cinta yang wujud di antara mereka, semua itu sudah tidak ada maknanya lagi. Mereka tidak akan dapat bersama di atas dunia yang fana ini. Benarlah cinta yang sejati hanya layak untuk sang pencipta. In syaa Allah, pasti kita tidak akan kecewa. 

"I miss you, Maya.."

Kata-kata rindu itu mampu menggugat jiwaku saat ini. Ada getar dalam nada suara Danial, membuatkan hati aku juga turut sama bergetar. Kepala kudongakkan ke arah lelaki itu. Dengan perlahan-lahan aku bangun dan bersandar pada dinding. 

"I miss you too, Kak Ngah.." Bisikku dengan sangat perlahan sambil melangkah menjauhi kawasan tangga. Aku tidak mahu dia tahu yang aku sedang mengintainya. Langkah kaki kuatur dengan sangat perlahan menuju ke arah sofa. 

Punggung kulabuhkan di atas sofa empuk ini. Memang  banyak kenangan aku dan Kak Ngah dahulu. Paling tak boleh lupa, pengalaman kena pukul dengan umi sebab curi buah mangga kepunyaan jiran di kampung. Jenuh berlari keliling rumah masa tu. Ada segaris senyuman terbit di bibir.

"What are you doing here?"

Terkejut. Tersentak aku seketika. Dada kuurut berkali-kali. 

"Astaghfirullahalazim! Boleh tak bagi salam lain kali?" Soalku dengan nada yang sedikit meninggi. Kepala kudongakkan ke arahnya.

"What are you doing here??" Soalnya sekali lagi. Kalaulah dia tahu aku mengintainya tadi, memang masaklah aku!

"Eh hello..in case awak terlupa..ni rumah saya! Suka hati sayalah nak buat apa kat sini!" Jawabku dengan selamba. Namun, debaran di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. 

"Dorang tu suruh saya panggilkan awak. Saya ingatkan awak kat luar tadi. Jadi, saya tunggu ajelah kat sini." Terpaksa menipu. Harap-harapnya menjadilah. Aku terus sahaja bangun. Mata lelaki itu yang mencerlung tajam anak mataku membuatkan aku rasa sedikit gerun pula. 

"Pergilah makan. Menyusahkan orang aje!" Bentakku dan terus berpaling darinya. Aku hanya mahu mengunci diri di dalam bilik sahaja saat ini.

"Oh menyusahkan? Habis tu kau fikir, kau tak menyusahkan aku lah? I hate you." Kasar sekali ayat itu meluncur keluar. Memang aku simpati dengan dia ni tadi. Namun, sekarang lain pulak jadinya. Rasa nak tumbuk aje mukanya tu. Terus sahaja aku menoleh ke arahnya.

"Weyy..tak payah nak hate sangatlah. Saya pun benci awaklah. Cakap dengan bapak awak tu, jangan sesekali nak try tackle umi saya ye." Tak dapat ditahan lagi ayat tersebut meluncur dengan laju dari bibir. 

Jika umi tidak jadi kahwin dengan Pakcik Dani, Kak Long akan gembira. Danial Lee juga tidak akan sengsara kerana terpaksa menatap wajahku. Pendek kata, aku tidak mahu lagi muncul di hadapannya selepas ini. Kak Ngah, Bella buat semua ni untuk Kak Ngah juga. Bella tahu Kak Ngah mesti sedih kalau Danial tak dapat lupakan Kak Ngah dan teruskan kehidupannya dengan sempurna. Kak Ngah mesti sangat-sangat cintakan lelaki ini kan? 

"What?!" Lelaki itu mengecilkan matanya sedikit. 

Wajahnya juga kelihatan terkejut dengan apa yang aku ucapkan tadi. Mungkin dia tidak menyangka yang aku tahu tentang hasrat papanya tu. Pakcik Dani dan umi memang tidak patut berkahwin. Itu yang aku rasakan saat ini. 

"Yes, you better stop him! Kalau tak, kalau tak..." Ayatku tergatung di situ. Kalau tak apa Bella? Apalah yang mampu kau buat untuk tolong lelaki ini?

"Saya tumbuk muka awak!" Aku siap acukan buku lima lagi ke arahnya.

 Tangan pun halus, ada hati kau nak tumbuk dia, Bella?! Lucu. Memang lucu tahap cipan. Aku? Nak tumbuk dia? Apa yang kau mengarut ni Bella? Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke arah lain apabila terdengar ketawa sinis terbit dari bibir lelaki itu.

 Dia mengambil beberapa langkah ke arahku dan kini jarak kami sangat rapat. Ada getar memenuhi ruang dada saat ini. Alamak, dia nak tumbuk aku ke? Isk..relax..dia tak berani punyalah! 

Mata kami bertikaman untuk seketika dan tanpa sedar anak mataku turut sama menyelam dalam ke lembah matanya. Lama. Ada kesakitan, kekecewaan dan kesedihan dapat kukesan di dalamnya sehingga tidak mampu lagi untuk aku bertentangan mata dengannya saat ini.

 Dengan pantas aku berdehem dan dia kulihat seperti baru tersedar dari mimpi yang sangat panjang. Kedua-dua belah tangannya meraup bahagian muka dengan sangat kasar sehingga merah padam kulit wajahnya. Ada keluhan berat dapat kudengar terbit dari bibirnya saat ini.  Kusut. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan lelaki ini. Namun belum sempat rasa simpati menebal di dalam hatiku, dia terus merapatkan bibir di telingaku membuatkan aku kaku. 

"Berani kau nak tumbuk aku? Tak kelakarlah! Perempuan gila!" Bisiknya kasar dan serentak dengan itu juga aku melihat dia berpaling pergi. 

"Perempuan gila?! Dia panggil aku perempuan gila? Kurang asam betul!" Bentakku kasar seraya melangkah ke arah tangga. Dia yang gila! Eiii geramnya aku.

Memang aku sedang menyumpah lelaki itu saat ini namun hati tidak dapat menipu tentang perasaan simpati yang beraja dalam diri. Hebat sangatkah kisah cintanya dan Kak Ngah sehinggakan dia sengsara begitu?

***






Wednesday, 23 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 11]


Bab 11

Dari jauh dapat kulihat umi, Pak Su dan Mak Su sedang melambai ke arah kami. Pakcik di sebelah Pak Su pun sedang memandang ke mari. Cuma Danial sahaja yang sedang membelakangi kami sambil berbual di telefon bimbitnya. Sempat lagi aku mencebikkan bibir. Ikut hati, mahu sahaja aku pulang ke rumah saat ini. Malas hendak bersemuka dengannya namun kerana umi, aku gagahkan juga. 

"Kak Long..ingat! Buat bodoh aje. Jangan tegur. Ini bukan pejabat. Kak Long tak perlu nak beriya layan dia sangat!" Sekali lagi aku mengingatkan Kak Long. 

"Ye..Kak Long tau la.." Nampaknya Kak Long sudah bosan kerana aku asyik mengingatkannya perkara yang sama.

Langkah kami lajukan sedikit saat ini kerana tidak sedap hati pula membiarkan mereka menanti di situ. Di dalam hati tertanya-tanya juga apa hubungannya dengan keluarga aku? Di dalam bahasa apa pula dia berbual dengan umi? Tak mungkin umi, Mak Su dan Pak Su tahu berbahasa korea. Bahasa Inggeris? Mereka juga tak pandai sangat pun berbahasa inggeris. Shawl di kepala kubetulkan sedikit sebelum menerpa ke arah umi. Aku terus sahaja memeluk ibuku ini. Kak Long juga melakukan perkara yang sama. Ketiga-tiga kami berpelukan dengan sangat erat. Lupa seketika tentang lelaki samseng lagi poyo yang berada di sini. 

"Umiii...rindunya Bella dengan umi.." Luahku dengan bersungguh-sungguh. 

"Lina pun rindu sangat dengan umi." Kak Long juga meluahkan perkara yang sama. Di dalam hatiku tidak putus-putus aku berterima kasih kepada Allah kerana mempermudahkan urusan umi, Pak Su dan Mak Su untuk mengerjakan umrah. Aku yakin hati Kak Long juga membisikkan perkara yang sama. 

"Umi pun rindu dengan korang.." Senyum lebar aku mendengar kata-kata umi. 

"Amboi..dengan Mak Su tak rindu ke?"

Alamak! Lupa pula pada Mak Su. Janganlah ibu saudara kesayanganku ini terasa hati. Terus sahaja aku melonggarkan pelukan pada tubuh umi dan lekas-lekas aku menoleh ke arah Mak Su bersama senyuman manis di bibir. 

"Mestilah rinduuuu.." Tubuh Mak Su kurangkul kemas saat ini. Mak Su juga melakukan perkara yang sama. 

"Mak Su, Darwina dah tahu ke Mak Su dan Pak Su sampai hari ni?" Soalku setelah pelukan dileraikan. Anak-anak Mak Su, yakni sepupu aku, kedua-duanya sedang menuntut di luar negara dan kedua-duanya dibiayai oleh JPA. 

"Dah..Mak Su ada call Wina kat UK masa tengah tunggu beg tadi." Kepala kuanggukkan berulang-ulang kali sebaik sahaja mendengar jawapan Mak Su. Apabila Kak Long ingin memeluk Mak Su, aku mengalihkan pandangan kepada Pak Su pula.

"Pak Su.." Tegurku sambil mengukirkan senyuman di bibir. 

Sempat lagi mataku menjeling ke arah Danial yang kini kulihat sedang tergamam memerhati ke arah aku dan Kak Long. Sengaja aku menjungkitkan sebelah kening kepadanya. Apa pandang-pandang? Jika tadi giliran aku dan Kak Long terkejut chipanzi, kini giliran lelaki ini pula yang tersentak melihat kelibat kami di sini. 

Pecah tawa di dalam perut melihat wajahnya saat ini. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kalau aku maklumkan tentang perangai poyo dan samseng kau tu kat Pak Su, agak-agak kau boleh lagi tak maintain cool macam selalu? Mata kualihkan semula kepada Pak Su.

"Pak Su sihat?" Soalku sambil tersenyum mesra. Pakcik yang berdiri di sebelah Pak Su kulihat hanya tersenyum sahaja memerhati ke arah aku dan Kak Long. Rupa tak macam orang melayu. Matanya sedikit sepet dan berkulit putih. 

"Alhamdulillah..cuma batuk sikit aje..kamu dengan Salina sihat?"   Dengan pantas aku mengangukkan kepala. 

"Alhamdulillah kami sihat Pak Su.."Belum sempat aku bersuara, Kak Long dah pun menjawab soalan Pak Su tersebut. Tangan Pak Su disalamnya saat ini. Dengan pantas kulihat Pak Su menoleh ke arah pakcik yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Inilah anak sulung dan anak bongsu arwahnya Sallehuddin.."  Ujarnya. 

"Bella..Salina..pakcik ni kawan lama Pak Su  dan arwah ayah kamu.." Aku dan Kak Long sama-sama mengangukkan kepala mendengar penjelasan Pak Su. Kawan lama? Rasanya tidak pernah aku bertemu dengan pakcik ini dahulu. 

"Apa khabar, pakcik?" Kak Long bersuara. Aku hanya mengukirkan senyuman sahaja. 

"Alhamdulillah, khabar baik.." Jawabnya di dalam bahasa melayu yang sangat fasih tetapi sedikit pelat.

"Bella..Salina..arwah ayah memang rapat dengan Pakcik Dani ni dulu.." Kedengaran suara umi pula berkumandang. Sekali lagi aku menganggukkan kepala. Tapi, di dalam hati aku lebih ingin tahu apa hubungan Danial dengan mereka. 

"Pakcik pernah berhutang nyawa dengan Pak Su dan arwah ayah Bella dan Salina." Lirih bunyinya. Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak menarik minatku. 

"Ishh kamu ni Dani..ke situ pulak." Tegur Mak Su. 

"Perut saya dah berbunyi ni Dani. Apa kata kalau kita singgah restoran sekejap lagi. Boleh bersembang lagi nanti. Kamu tu sibuk aje selalu. Jarang dapat bersembang-sembang begini lagi selepas ni." Cadang Pak Su sambil menggosok perutnya.

"Boleh boleh..sebelum tu.." Kata-kata Pakcik Dani tergantung di situ sahaja. Dia kemudiannya menoleh ke arah Danial.

"Danial.." Panggilnya. 

"Yes papa.." 

Papa? Terdiam aku untuk seketika. Walaupun aku ada juga meneka yang dia adalah anak pakcik ini, namun aku tetap tergamam. Sejak bila pula keluarga aku pandai berkawan dengan orang-orang kaya ni? Ada rasa tidak selesa menular di dalam hati saat ini.

"Ini Danial..anak pakcik."


"Ooo.." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut aku dan Kak Long. Senyuman sumbing sahaja mampu kuhadiahkan. 

"They are Maya's sisters. Arwah Maya. Bella and Salina." 

Dadaku berdegup kencang semenjak  terdengar nama Maya tadi. Bulat mataku memandang ke arah Pakcik Dani. Memang semua orang memanggil arwah Kak Ngah dengan panggilan itu. Singkatan kepada nama penuhnya, Sumayya. Sekiranya bapak si Danial dan arwah ayah adalah kawan baik, apa pula hubungan arwah Kak Ngah dengan anak kawan baik ayah yang 'baik' sangat ni?

"Hi.." Ujarnya sepatah. Dapat kulihat matanya hanya tertancap pada wajah Kak Long sahaja. Takut la tu nak pandang wajah aku. 

"Hi..nice to meet you " Kedengaran suara Kak Long berbahasa basi. Nice to meet you konon! Bluekks! Hendak termuntah aku. Aku pula hanya buat bodoh sahaja dan terus berpaling kepada umi dan Mak Su. Malas nak pandang wajahnya yang kerek tu. Tanganku terus sahaja memegang troli yang penuh dengan bagasi di sebelah kananku. 

"Jom kita beransur sekarang. dah tua-tua ni pantang lambat sikit makanan masuk ke dalam perut. Mulalah nak gastrik." Kata-kata Pak Su disambut oleh gelak ketawa semua orang kecuali aku dan mamat samseng itu.

"Danial, tolong Bella tolak troli tu." 

"Okay, papa." 

Tergamam aku seketika. Danial Lee faham bahasa melayu.  Alamak Bella, masak kau! Aku hanya mampu menggigit bibir saat ini. Kecut perutku apabila mengenangkan yang aku pernah mengutuknya dahulu. Sukar betul hendak mencerna maklumat yang baru diterima oleh otakku itu. Lelaki itu pula terus sahaja  melangkah ke arahku membuatkan aku semakin tidak selesa. Pegangan pada troli besi ini kulepaskan.

"Tak payah berlakon baiklah." Selamba sahaja aku membisikkan ayat itu kepadanya. Serentak dengan itu juga matanya tajam menjeling ke arahku.

"Why should I? To impress a girl like you? Jangan mimpi laa."

Terkebil-kebil aku jadinya. Pertama, kerana dia dapat berbahasa melayu dengan fasih dan tanpa pelat langsung.  Yang kedua, kerana ayat yang diucapkannya tadi. Apa? A girl like you? Kenapa dengan perempuan seperti aku? Eiii besar kecik, besar kecik aje aku nampak mamat ni.

"Bella..kenapa tercegat lagi tu nak.."

Di dalam suasana yang sedikit bingit ini aku tersentak. Aik..semua orang sudah pun melangkah ke hadapan rupanya. Aku hanya mampu tersenyum tawar sahaja.

"Aaa..ye umi..jom jom." Berlari anak aku jadinya menuju ke arah umi yang hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatahku. Ini semua mamat tu punya fasal. Geramnya aku!

Sambil berjalan, mataku meliar ke kawasan sekitar yang semakin dipenuhi dengan ramai manusia. Tiba-tiba mataku tertancap pada kelibat seorang wanita di sudut kananku. Macam aku pernah nampak wanita ini. Gaya rambutnya yang pendek separas bahu bersama gaya shawl nipis yang dililit di  leher, dia mengingatkan aku pada seseorang. Dari arah pandangannya itu, dia kelihatan sedang merenung ke arah Pak Su, Danial dan Pakcik Dani yang sedang berjalan di hadapan sana. Mataku kini melekat pada ketiga-tiga lelaki itu dan apabila aku mengalihkan pandangan ke arahnya sekali lagi, dia sudah pun tiada di  situ.

Mungkinkah aku salah orang?

***

Wahh..bahagianya hidup! Bersama senyuman aku melangkah ke arah dapur gas. Mataku kini  melekat pada makanan kegemaran aku dan Kak Long di dalam kuali. Kuah masak lemak ketam yang sedang menggelegak benar-benar menggamit seleraku. Sedapnya bau! Sampai ke bahagian atas rumah bau masak lemak ketam ini menular tadi. 

"Tolong tutup api dapur gas tu Bella." 

"Okay umi." Cepat-cepat aku mengangguk saat ini. 

Jam di dinding kujeling sekilas. Aik, cepatnya umi habis masak hari ini. Baru pukul 12 30 tengahari.

"Awalnya umi masak hari ni. Banyak pulak tu." Ujarku sambil  melangkah malas menuju ke arah meja di mana umi sedang berada. 

"Mak Su dan Pak Su pun nak datang makan sekali nanti." Jawab umi. 

Owh..Pak Su dan Mak Su nak datang rupa-rupanya. 

Setelah 4 hari umi pulang, baru hari ini aku berkesempatan untuk mengorek rahsia tentang hubungan arwah ayah dan Pakcik Dani. Rancanganku adalah untuk cuba-cuba bertanya tentang hubungan di antara arwah Kak Ngah dengan Danial Lee pulak kemudiannya.

"Umi.." Panggilku sambil memerhati umi memotong agar-agar buah dengan sangat cermat.

"Iyee..kenapa Bella?"

"Boleh umi cerita tentang hubungan Pakcik Dani dengan arwah ayah? Tiba-tiba Bella rindu pulak dengan arwah ayah.." Rengekku. Ini dinamakan strategi! Tapi, memang aku rindukan arwah ayah pun.

"Masa tahun 1982 dulu, Pakcik Lee Beom Seok atau nama Islamnya, Dani datang ke Malaysia di bawah Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd untuk bekerja sebagai buruh binaan di Malaysia. Masa tu dia belum peluk agama Islam lagi." Umi  terus sahaja menjawab tanpa berdolak-dalih. Nampaknya umi tidak keberatan untuk bercerita. Lee Beom Seok? Wah..itu nama Perdana Menteri Korea yang pertama.

"Pakcik Dani yang kaya raya sekarang tu adalah buruh binaan dulu? Betul ke ni, umi?" 
Soalku sedikit terkejut. 

Kedengaran sedikit janggal fakta itu di telingaku namun tertarik juga hendak mengetahui bagaimana dia boleh memeluk agama islam.

"Betul Bella.Tugasnya adalah untuk membuat kerja-kerja pembinaan yang melibatkan Jambatan Pulau Pinang. Memang ramai orang Korea yang datang ke Malaysia pada waktu itu untuk menyiapkan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ini dengan Seberang Perai." 

Lekas-lekas aku menganggukkan kepala. 

"Semasa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan, Pakcik Dani terjatuh ke dalam laut dari atas jambatan yang masa itu masih lagi dalam pembinaan." Ujar umi. Tangannya berhenti memotong agar-agar untuk seketika. Tergamam aku saat ini. 

"Hah..biar betul umi? Selepas itu apa yang terjadi?" Soalku dengan terburu-buru.

"Arwah ayah dan Pak Su yang kebetulan sedang memancing ternampak Pak Cik Dani di dalam laut. Mereka yang menyelamatkan Pakcik Dani masa tu." Umi kulihat menyambung kembali kerjanya. Kepala kuanggukkan beberapa kali.

"Oh..ye ke..patutlah Pakcik Dani cakap yang dia terhutang nyawa  dengan arwah ayah dan Pak Su.."

Umi menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum menyambung kembali ayatnya.

"Selepas kejadian itu, hubungan Pakcik Dani dan keluarga kita memang rapat. Bella dan Kak Long memang tak pernah berjumpa dengannya." Cerita umi lagi. 

"Semakin lama dia mengenali arwah ayah dan Pak Su, dia mula berminat dengan agama Islam. Alhamdulillah, akhirnya, Pakcik Dani memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita melayu. Namanya Azizah." Sambung umi. Menarik. 

"Hidayah Allah itu luas kan, umi?"
 Nampaknya aku masih lagi teruja. Bagi aku, bukan mudah untuk seseorang itu meninggalkan agama yang nenek moyang mereka amalkan sejak beratus-ratus tahun untuk memeluk agama baru.

"Benar..kan Allah pernah berfirman di dalam surah al-An'am, ayat 25..sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” Dengan bersungguh-sungguh umi berkata begitu. Di dalam sesi usrah di Korea juga kami pernah menyentuh tentang topik hidayah ini. Bertuahlah mereka yang dipilih Allah itu.

"Sesungguhnya hidayah itu milik Allah." Terluncur keluar ayat tersebut dari mulut bersama sebuah senyuman. 

"Benar, nak.." Jawab umi sambil tersenyum manis.

"Erm..umi. Danial tu anak Pakcik Dani dan Makcik Azizah ye?" Teragak-agak aku menyoal soalan itu.  Umi terus sahaja menganggukkan kepalanya.

"Makcik Azizah ikut Pakcik Dani pulang ke Korea ke, selepas berkahwin?" Soalku dengan berhati-hati.

"Ye, Bella..selepas mereka berkahwin, Pakcik Dani membawa Makcik Azizah pulang ke Korea dan kami terputus hubungan." Jawab umi. Lama juga dia mendiamkan diri. Seakan-akan sedang melayan perasaan. Aku hanya membiarkan sahaja. Akhirnya umi menarik nafas panjang-panjang. 

"Takdir Allah itu indah. 3 tahun yang lepas kami bertemu semula dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Tapi, sayangnya arwah Makcik Azizah dan arwah ayah kamu telah pun tiada." Ada nada terkilan dapat kukesan di dalam nada suaranya itu.

"Pertemuan yang tak disangka-sangka? Maksud umi?" Soalku  dengan penuh minat.

"Umi.." 

Kami sama-sama menoleh ke arah suara itu. Aku mengetapkan bibir. Kacau daun betullah Kak Long ni! 

"Ye..kenapa Salina?" Soal umi dengan lembut.

"Ada orang datang." Jawabnya. Pelik pula nada suaranya itu.

"La..kenapa pulak beritahu umi? Pergilah tengok siapa." Umi hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Salina dah tengok.." 

Aku turut sama mengerutkan dahi mendengar kata-kata Kak Long.

"Dah tu? Kenapa tak buka pintu tu?" Suara umi yang lembut kini telah pun naik satu oktaf. 

Serentak dengan itu juga umi kulihat bangun dari kerusi. Tak sampai hati pula nak biarkan umi yang bukakan pintu saat ini. 

"Eh..takpe umi. Biar Bella aje yang bukak. Mesti Pak Su dan Mak Su dah sampai tu.." Ujarku sambil tersenyum. Kak Long hanya memandang sahaja sambil menggelengkan kepalanya. 

Aku berlari kecil menuju ke arah pintu. Tangan pula membetulkan rambut lurusku yang panjangnya melepasi bahu.

"Mak Su!" 

Jeritku sebaik sahaja membukakan pintu. Tergamam aku untuk seketika. Lelaki di hadapanku ini pula sempat lagi bersuara.

"Mak Su? Are you crazy?!"

Astaghfirullahalazim! Kelam-kabut aku menutup pintu dan memecut ke dapur. Patutlah Kak Long macam ayam berak kapur rupanya tadi. Bibir kuketap dengan geram. Apesal dia tak beritahu mamat tu datang?!  Kan dia dah nampak rambut aku! Aurat tuuu! Aaaa tertekannya aku!

"Umi..ada orang datang. Tolong bukakan pintu ye.. Bella tak pakai tudung ni. Umi pun jangan lupa sarungkan tudung sebab yang datang tu bukan mahram." Dengan pantas aku berkata begitu.

"Ya Allah kenapa dengan kamu berdua ni? Pakai tudung dan tolonglah bukakan pintu tu.." Umi dah mula naik angin nampaknya.

"Salina sakit perut ni umi.." Selamba sahaja Kak Long mengerutkan wajahnya dan melangkah ke arah tandas. Aku tahu dia membuat helah. Kepala kugelengkan sedikit apabila umi memandang ke arahku.

"Bella pun sakit perut..dari tadi tahan ni umi..maafkan Bella ye.."Wajah umi yang memandang ke arah aku dengan pelik tidak kuhiraukan lagi. Aku  mula  berlari arah tangga untuk naik ke bahagian atas rumah. 

"Macam-macamlah korang ni..ishhh!" Sempat aku terdengar umi mendengus geram.

Heiii apa pulak si jembalang tu buat kat sini?! Mengganggu hidup aku betullah!

***












Monday, 21 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 10]



"Bella!"

Tersentak aku jadinya saat ini. Nasib baik tak terbaling kobis yang berada di tangan. Itulah Bella, mengelamun lagi! Mata kujegilkan ke arah Kak Long yang sedih tersengih. Cepat-cepat aku meletakkan kembali kobis yang berada di tangan ke dalam besen. 

"Isk..Kak Long ni..terkejut tau tak!"  Bentakku kepada Kak Long. Anak mata berlari ke wajah gadis yang sedang melangkah ke mari itu. Semakin terkekeh-kekeh dia ketawa, semakin monyok wajahku jadinya. Seronoklah tu dapat buat aku terkejut. 

"Dah sampai ke mana? Bulan? Bintang?" Tersenyum tawar aku seketika. Memang aku tidak dapat menumpukan fikiran. Otak melayang memikirkan insiden semalam.  Kenapa gambar Kak Ngah berada di dalam simpanan Danial Lee?

Anak mata kini berlari ke arah kedua-dua belah tanganku. Ya Allah, lama mana agaknya aku rendam tangan dalam besen berisi kobis dan air garam ni? Sampai kecut habis kesemua jemari. Benarlah kata Kak Long. Aku sedang mengelamun jauh.

"Kenapa monyok je ni? Dah dapat telefon bimbit pun masih sedih?" Soalan Kak Long kubiarkan berlalu sahaja. 

Aku memegang kobis-kobis yang telah direndam selama beberapa jam dengan air garam ini. Hmm..cukup elastik dan susah patah. Maksudnya, air garam sudah meresap dengan sempurna ke dalam sayur ini dan aku sudah boleh basuh kesemuanya sebelum dilumur dengan pes kimchi sekejap lagi. Besen berisi kobis yang telah dipotong-potong  kuangkat dengan berhati-hati dan kubawa ke singki untuk dibasuh.

"Kak Long..arwah Kak Ngah ada boyfriend ke dulu?" Dengan berhati-hati aku bertanyakan soalan itu kepada Kak Long. Walaupun aku sedang membelakangi Kak Long saat ini, aku amat pasti matanya memang sedang melekat padaku.

"Kenapa tiba-tiba tanya tentang Kak Ngah ni?" Soal Kak Long. 

"Saja je.." Jawabku ringkas. Kedua-dua belah tangan sedang gigih membasuh kobis-kobis di dalam besen dengan sempurna. Dahi kukerutkan apabila terdengar keluahan berat terbit dari bibir Kak Long.

"Kak Ngah memang anak yang baik..menurut kata, tak macam Kak Long. Kak Long ada boyfriend dulu, umi tak berkenan pulak tu. Tapi, Kak Long degil nak juga bertunang. Akhirnya putus!" 

Tangan yang sedang lincah membasuh kobis kini terhenti seketika. Aku terus menoleh ke belakang.

"Isk Kak Long ni..ke situ pulak." Ayat tersebut meluncur dari bibir bersama pelbagai persoalan di dalam otak. 

"Bella kat Korea...mana Bella tahu." Seraya berkata begitu, tangannya kulihat mencapai sedikit lobak merah yang telah kucincang dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Apa maksud Kak Long ni?" Mata kukecilkan sedikit.

 Setelah melihat Kak Long mendiamkan diri, aku terus sahaja mencapai besen kobis yang telah pun siap dibasuh. Kemudian dengan berhati-hati aku membawanya ke meja yang terletak di sebelah kiriku.

"Kak Long..Bella tahu Bella banyak terlepas cerita-cerita 'hot' gara-gara berada di luar negara. Ala..ceritalaaaa" Aku merengek-rengek saat ini. Kak Long pula hanya ketawa sahaja melihat gelagatku. 

"Bella..kenapa kobis ni Bella  rendam dengan garam sampai berjam-jam lamanya tadi?" Haaa nak ubah topiklah tu! Aku kenal sangat dengan Kak Long. Semakin dipaksa, memang semakin susah untuk dia buka mulut. Nantilah aku guna strategi lain untuk korek cerita. 

"Kata Soo Jin Ajumma, kobis direndam selama beberapa jam di dalam garam supaya garam ni dapat meresap masuk ke dalam kobis-kobis ni...untuk beri rasa masin kepada kimchi bila dah siap nanti. " Jawabku dengan panjang lebar.

"Ooo.." Mulutnya kini sudah pun membentuk huruf O. Aku pula, tanpa menunggu lebih lama terus melangkah ke arah dapur gas. Kak Long juga mengekoriku ke sini. Senduk kucapai dan aku mula mengacau cecair yang sudah pun bertukar pekat.

"Yang ni pulak apa?" Soal Kak Long. 

"Tepung pulut Kak Long." Jawabku.

"Tepung pulut yang dimasak dengan air dan dicampurkan sedikit dengan gula perang ni akan kita campurkan bersama pes cili dan sebagainya untuk buat pes kimchi nanti. Campuran ini banyak membantu semasa proses menjeruk." Terangku kepada Kak Long. 

Aku terus menutup api dan kuali kecil berisi campuran tepung pulut dan gula perang itu kuangkat dengan berhati-hati dan kutuangkan ke dalam bekas yang tersedia di sebelah kiriku.

"Wahh..pandainya Bella.." Aku lihat Kak Long sudah mula bertepuk tangan. Over betul!

"Kak Long! Jangan teruja sangat. Bella ikut resipi Soo Jin Ajumma je..harap-harap Bella tak salah tulisla.." Ada keluhan di hujung ayat. 

Sememangnya aku tidak ada mood untuk buat kimchi bagai ni. Tambah-tambah selepas insiden semalam. 

Siapa Kak Ngah dalam hidup Danial Lee? Ah, serabutnya! Bekas yang berisi campuran tadi kuangkat dan kubawa ke meja. 

"Mesti Danial Lee kasi 10 bintang untuk kimchi ni nanti." 

Aku hanya mencebik sahaja mendengar kata-kata Kak Long itu. Tak kebulur aku nak dapat bintang dari dia tu. 

"Ikutkan hati Bella..memang malas nak buatkan kimchi ni untuk dia tu. Poyo!" Bentakku dengan geram. 

Kak Long buat muka pelik tetapi dia tak pula berani bersuara. Mungkin dia takut aku mogok dan gantung kuali agaknya? Jika itu terjadi, memang masaklah dia! Haha..tahu pun takut! Lucu pula melihat wajah Kak Long saat ini.

Bekas berisi campuran tepung pulut dan gula perang kutuangkan ke dalam bekas yang berisi bawang, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Kemudian aku menggaulkan campuran ini dengan sebati. Di dalam hati masih menyumpah lelaki itu. Alamak, sedap ke kimchi ni kalau buat dengan perasaan yang tidak ikhlas? Siap maki hamun lagi? Ah lantaklah! Malas nak fikir!

Setelah campuran digaul dengan sebati, aku memasukkan pula beberapa sudu sos ikan, udang kering yang telah dikisar kasar, ikan bilis, sedikit campuran jus epal dan pear serta serbuk cili. Setelah menggaul sebati campuran ini, aku memasukkan juga beberapa jenis sayuran yang telah pun siap dihiris halus. Dengan bersungguh-sungguh aku menggaul sekali lagi saat ini. Ahh, siap juga pes kimchi buatan Bella akhirnya! Tanpa berlengah lagi, aku mencapai besen kobis yang berada di depan mata. Tibalah masanya untuk melepakan pes kimchi ini pada kobis. 



"Nanti..nanti! Kak Long pun nak rasa jugak!" Kak Long akhirnya bersuara. 

Kusyuk betul aku lihat dia memerhati aku membuat pes kimchi tadi. Sudu kecil dicapai dan dia mula menyudu sedikit pes kimchi. Pes  tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Bella, ini kali pertama  Kak Long rasa pes kimchi. Tapi, memang sedap dan unik rasanya. Kak Long tak tipu." Beriya-iya Kak Long berkata begitu. Dari gayanya yang over excited ini, aku tahu dia ikhlas. 

"Mesti Danial Lee suka punyalah!" Jari dipetik beberapa kali ketika berkata begitu. Ah, ni yang tak sedap ni! Perlu juga sebut nama bos dia tu. Buat lari mood aje! Cepat-cepat aku memberi amaran.

"Kak Long! Kak Long jangan pandai-pandai dedahkan kat dia pula Bella yang buat kimchi ni.  Manalah tahu kalau dia pura-pura sakit perut ke, buat-buat pengsan ke, koma ke apa selepas makan. Lepas tu, nak disamannya pulak Bella ni nanti. Si samseng tu memang ada kemungkinan untuk buat kerja-kerja macam ni." 

Memang aku tidak mahu lelaki itu tahu! Kalau boleh, aku tak mahu tengok lagi wajahnya. Senang cerita, aku tak mahu ada kaitan dengannya lagi tetapi, aku tetap ingin tahu apa hubungan dia dengan Kak Ngah.

"Manalah tahu..sengaja dia nak kenakan Bella ke.."

Kak Long mulalah menggelengkan kepalanya. Bahuku ditampar geram.

"Amboi dramanya! Kau ingat kau tengah tulis novel ke dik? Kenapa pula Danial Lee nak buat Bella macam tu?"  Soalnya tidak puas hati. 

Sepotong kobis kucapai dari dalam besen dan aku mulalah melepakan pes kimchi ke seluruh permukaan kobis. Kemudian, kobis itu kumasukkan ke dalam balang seramik bersaiz besar yang berada di sebelah kananku. Sepotong lagi kobis kucapai dan aku melakukan perkara yang sama saat ini. 



"Bella..kenapa Bella marah sangat dengan Danial Lee tu?" Soal Kak Long dengan penuh hikmah. Lembut sahaja bunyinya. Begitulah caranya kalau hendak mengorek rahsia. Namun aku belum ada mood langsung untuk bercerita tentang lelaki itu kepada sesiapa pun. Nafas kuambil dalam-dalam saat ini. 

"Kak Long..erm..agak-agak arwah Kak Ngah kenal tak dengan Danial Lee?" Soalan Kak Long yang tadi kujawab dengan soalan juga.

Berkerut seribu wajah minah di hadapanku ini. Lucu pulak aku melihatnya. Bab-bab buat muka pelik, memang Kak Long juara! Kalau arwah Kak Ngah ada, mesti dia akan ketawa gila-gila. Rindunya aku dengan arwah Kak Ngah.

"Hah? Tak masuk akallah soalan kau ni dik. Bella penat sangat ni..semakin melalut Kak Long tengok." Ujar Kak Long sambil menggelengkan kepalanya.


 Dia kulihat terus menuju ke arah singki. Setelah membasuh tangan, dia juga turut sama menolongku melepa pes kimchi dengan sebati pada kobis-kobis ini. Setelah semuanya dimasukkan ke dalam balang seramik sekejap lagi, aku akan menekannya dengan sudu ke dasar balang. Biar mampat. Sesudah itu, balang berisi kimchi ini akan aku masukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa hari. Apabila Kak Long hendak bawa ke pejabat nanti, aku akan potong kimchi-kimchi ini sedikit dan taburkannya dengan biji bijan.



Lega terasa hati saat ini. Perkara yang paling memenatkan otak sudah hampir siap kulakukan. Tinggal untuk lihat dan rasa hasilnya sahaja nanti. Kata orang Korea, kalau mahu mencari isteri, carilah yang pandai buat kimchi. Sekiranya seseorang itu pandai membuat kimchi, maknanya dia memang seorang yang pandai masak dan boleh memasak apa sahaja masakan yang ada di dalam dunia ni dengan lazat. Betul ke tak pendapat itu, tidak pula kutahu. 

***

Hari ini memang hari yang sangat menggembirakan! Mood aku berada di tahap yang paling baik. Nafas kutarik panjang-panjang dan bersama senyuman lebar di bibir aku memandang ke arah langit yang membiru. Kemudian, anak mataku berlari pada beberapa ekor burung yang sedang berkicau riang di atas dahan pokok di hadapanku ini. Riangnya burung-burung ini seriang hatiku. Sesungguhnya hari ini memang sangat istimewa kerana aku akan dapat bertemu dengan umi kesayanganku sekejap lagi. Siapa kata perlu bercinta dengan seorang lelaki untuk merasa sakitnya merindu? Senyuman semakin kulebarkan. Rasanya semenjak kakiku ini menjejak bumi Malaysia beberapa hari lepas, baru hari ini terasa damainya jiwa tinggal di bumi bertuah ini.

Aku menoleh ke arah Kak Long yang sedang menutup pintu kereta. Hampir penuh juga ruang parkir di kawasan terbuka ini. Anak mataku berlari ke kawasan sekitar. Nasib baik ada tempat untuk Kak Long meletakkan keretanya di sini. Mataku kemudiannya meluncur ke arah bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang berada di seberang jalan sana. Nampaknya agak sesak juga. Mungkin banyak kapal terbang yang tiba dari destinasi tempatan dan luar negara pada waktu ini.

"Amboi! Nampak macam dah tak sabar-sabar nak masuk dalam bangunan tu."

Aku menoleh ke sebelah kanan. Kak Long sudah pun berdiri betul-betul di sebelahku. Bahuku dirangkul seketika.

"Mestilah! Umi kesayangan Bella sampai hari ini." Ujarku sambil tersengih ke arahnya.

"Manja!" Gumam Kak Long. Nak sakat akulah tu. Terus sahaja tangannya yang merangkul bahu tadi kini menolakku sedikit. Aku pula  menjelirkan lidah ke arahnya. 

"Of course manja! Bella kan anak bongsu." Dengan bangga aku berkata begitu. Gaun labuh yang berada di badan kubetulkan sedikit.

"Ye la tu.." Kak Long terus sahaja melangkah ke hadapan dan aku mula mengejar langkahnya. Kami kemudiannya menyeberang jalan yang sedikit lengang bersama-sama. 

"Bella..terima kasih tau sebab sudi tolong buatkan kimchi tu.." Masuk kali ini tidak pula kukira sudah berapa kali Kak Long berterima kasih kepadaku. Aku tersenyum sumbing.

"Sama-sama. Dah selesai pun." Sempat lagi aku menarik nafas lega saat ini. Bolehlah aku bercuti dengan tenang hati tanpa perlu berfikir tentang kimchi tu lagi. 

Aku meliarkan pandangan sebaik sahaja masuk ke dalam bangunan yang berhawa dingin ini. Ramainya manusia! Ada yang sedang menggalas beg, ada yang sedang menarik beg dan ada yang kelihatan seperti sedang  menunggu ketibaan seseorang. Pendek kata macam-macam gaya ada di sini. Yang duduk atas beg pun ada. Jangan jatuh sudahlah nanti. Aku tersenyum lucu saat ini.

Aku dan Kak Long terus melangkah ke balai ketibaan domestik.  Umi pulang ke Malaysia bersama pesawat Emirates Airlines yang mendarat di Kuala Lumpur International Airport pagi tadi. Dari sana, umi, Pak Su dan Mak Su naik Malaysia Airlines pula untuk kembali ke Pulau Pinang. Niat di hati mahu menunggu betul-betul di hadapan balai ketibaan. Biar umi keluar-keluar aje dari situ, terus nampak wajah aku dan Kak Long. Namun, niatku terbantut untuk seketika. Kakiku kini bagai dipaku pada bumi. Tidak bergerak. Anak mata pula tertancap kemas pada susuk tubuh seorang lelaki yang memakai sweatshirt berwarna kelabu di badan. Dia sedang duduk di atas salah sebuah kerusi yang letaknya betul-betul di hadapan balai ketibaan. 

Mata kukecilkan sedikit. Isk Bella..kau ni dah kenapa? Semua orang yang kau tengok nampak seperti dia? Mata kutenyeh berulang kali. Kemudian aku menghalakan pandang ke situ semula. Jantungku mulalah berubah rentak. Memang dia lah!

"Jom..umi dah nak sampai ni." 

Pandangan serabut kuberikan pada Kak Long yang sudah pun berada beberapa tapak di hadapanku.

"Kak Long..Kak Long nampak tak, apa yang Bella nampak?" Soalku dengan geram.Bukan geram pada Kak Long tetapi geram dengan lelaki itu kerana kat mana aku ada, kat situ jugalah si badigol ni ada!

Aku terus sahaja menundingkan jari pada lelaki itu. Anak mata Kak Long kulihat berlari mengikut arah tundingan jariku. Terlopong besar kulihat mulut Kak Long. Nasib baik tak ada lalat!



"Nampak tak?" Soalku lagi.

"Na..nampak!" Pantas Kak Long menggangukkan kepalanya.

"Kak Longggg..kenapalaaa dengan boss Kak Long ni???! Mana Bella ada, kat situ jugak dia muncul!" Pantas jemariku menggaru kepala yang tak gatal.  Baru aje nak rasa damai tadi dah ada yang kacau daun!

"Ini semua salah Bella. Bella benci sangat dengan dia, kan? Sebab tu la kita terjumpa dia kat sini." Aku terus sahaja menyiku lembut lengan Kak Long. Masamnya wajahku saat ini, kalah asam keping. 

"Apa pulak salah  Bella! Teori apa akak guna ni!" Soalku tidak puas hati. Ada tawa kecil keluar dari bibir Kak Long. Bahuku diraihnya lembut.

"Ala..relax la..kita tunggu aje kat sini. Sekejap lagi apabila nampak bayang umi, Mak Su dan Pak Su keluar dari balai ketibaan tu, baru kita cepat-cepat pergi situ." Kepala kuanggukkan laju-laju mendengar cadangan Kak Long. Setuju!

"Kan? Kita tunggu kat sini aje." Ujarku kemudiannya. 

"Ingat Kak Long! Tak payah nak tegur dia tu. Kak Long buat bodoh je." Sempat lagi aku berpesan kepada Kak Long. Bukan apa, kalau Kak Long tegur pun, belum tentu si kerek tu nak layan. Dia kan perasan bagus sikit orangnya. Sempat lagi aku mencebikkan bibir sambil memandang ke arah lelaki itu yang kulihat sedang sibuk dengan ipad di tangannya. 

"Ye laa..tak tegur!" Puas hati aku apabila Kak Long menjawab begitu. Belum sempat aku memberikan sebarang reaksi, Kak Long bersuara lagi.

"Benci betul Bella dengan dia kan?" Soal Kak Long bersama ketawa kecil. Aku menjulingkan mata  ke atas. Mesti Kak Long pelik kenapa aku meluat dengan lelaki itu. Aku belum ada mood untuk ceritakan apa yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan di atas flight tempohari. Menyakitkan hati ajelah!

"Bukan benci je..rimas, meluat semua ada la. Pakej tau tak..pakej!" Bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Cepat-cepat aku menutup bibir apabila sedar yang suaraku sudah pun naik satu oktaf dari tadi. Kak Long hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. 

"Bella! umi dah sampaiiiii!" 

Anak mata terus kuhalakan ke hadapan sebaik sahaja mendengar kata-kata Kak Long. Senyuman di bibir kini bertandang kembali apabila susuk tubuh umi, Mak Su dan Pak Su dapat kami lihat dari sini. 

Tanpa menungu dengan lebih lama, kami sama-sama mula melangkah ke sana. 

"Ya Allah rindunya dengan umi..wahhh tengoklah tu Pak Su siap berjubah dan pakai kopiah macam orang arab saudi pakai!" Riuh mulutku berbicara. Ada ketawa yang keluar di hujung ayat. 

"Perghh Pak Su nampak macam orang arab dah!" Kata Kak Long pula. Mulut kami yang tadinya berkicauan  bagai burung kini diam terkunci. Langkah kaki kami juga terhenti saat ini.

"Kak Long..nampak tak apa yang Bella nampak?" Aku bersuara dengan lemah.

"Nam..nampak!" Tergagap-gagap Kak Long menjawab. 

Kelat terasa  mulutku saat ini. Kami hanya mampu memandang sahaja ke arah insiden yang sedang berlaku di hadapan sana. Danial Lee kelihatan sedang memeluk seorang lelaki yang berdiri betul-betul di sebelah Pak Su. Kemudian, Pak Su pula menarik Danial ke dalam pelukannya. Apabila dia bersembang mesra sambil bergelak ketawa dengan Mak Su dan umi, aku dan Kak Long berpandangan sesama sendiri. Bagaikan hendak tersembul bijik mata kami. 

Siapa sebenarnya lelaki ini? 

***

*Seperti yang Suri maklumkan dulu, tajuk untuk karya ini masih belum confirm :) Banyak sangat tajuk di pasaran yang ade 'untuk dia' hee jadi mungkin Suri akan tukar nanti. :) thanks all sudi baca dan thanks juga kpd yang memberikan komen :) Yang pasti, memang akan kekalkan perkataan KIMCHI tu :)