**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday, 8 September 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 23]


Bab 23

"Bella..Encik Danial dah nak ke lapangan terbang tu." 

Wajah Kak Long yang berada di muka pintu kukerling sekilas.  Kemudian mataku kembali tertancap pada majalah di tangan. 

"Biar aje la dia pergi. Kak Long nak Bella buat apa? Bella ni bukannya driver dia pun." Balasku dengan malas. 

Sempat lagi aku mencebikkan bibir. Geram betul dengan lelaki itu. Jika bukan kerana dia, kami tak akan kahwin sekoboi ini. Dengan baju kurung putih yang masih melekat di tubuh aku berbaring saat ini. 

"Hish budak ni! Pergilah hantarkan suami kau tu.." Kak Long yang sudah pun duduk di birai katil bersuara. Pantas aku menggeleng.

"Ah tak naklah Bella. Dia tu Kak Long..kalau tak nampak muka Bella ni, lagi tenang hati dia tau. Samalah macam Bella jugak. Berapi jiwa ni..rasa nak terbakar hati bila pandang muka kerek dia tu." 

Geram! Tambah-tambah apabila teringat jelingannya semasa selesai majlis akad nikah dua jam yang lepas. Eeee rasa nak korek bijik matanya tu. Lega rasanya hati apabila mengetahui yang Danial harus ke Jakarta petang ini juga. 

"Astaghfirullahalazim. Apa punya alasan tu? Baik Bella pergi sebelum umi datang panggilkan Bella." Ada keluhan berat dalam nada suara Kak Long. 

Mataku pula masih lagi tertancap pada wajah si zirafah Lee Kwang-Soo dalam majalah. Ah, stress stress begini, rasa seperti nak tengok running man, variety show korea yang paling aku minati! Tu pun belum tentu aku boleh ketawa bagai nak gila seperti selalu. Majalah yang berada di tangan kini telah pun dirampas oleh Kak Long membuatkan aku cepat-cepat bangun dari pembaringan. Isk..semak betullah!

"Bella..Kak Long tahu Bella bukan kahwin atas dasar suka sama suka. Bukan kahwin dengan pilihan sendiri tetapi dia tetap suami Bella tau." Serius nada suara Kak Long saat ini. Lama dia memandang ke arahku sebelum aku bersuara dengan lemah.

"Ye lah..ye lah!"

Dengan malas aku bangun dari katil. Memang aku sangat marah dengan lelaki itu namun apa yang lebih merimaskan saat ini adalah aku tak tahu bagaimana hendak berhadapan dengannya. Status yang aku galas kini benar-benar buat aku tidak selesa. Satu lagi, mesti dia akan salahkan aku. Kononnya akulah punca kami bernikah. Mesti punyalah! Dengan perlahan kakiku melangkah menuju ke arah beranda di luar rumah saat ini. 

Mataku kini melekat pada susuk tubuh Danial yang sedang bersandar pada keretanya. Abang Kimi, pemandu Danial pula sudah pun menunggu di dalam kereta.

Ada getaran menyelinap ke dalam dada saat ini. Tubuhnya yang sedikit sasa dan tinggi lampai dibaluti oleh t-shirt Ferrari hitam yang berkolar. T-shirt lengan pendek itu mendedahkan kawasan lengan yang sedikit berotot. Mesti pergi gym ni. Rasanya ini kali pertama aku benar-benar memerhati lelaki itu. T-shirt itu kelihatan terletak pada tubuhnya yang sedikit sasa. Anak mataku masih lagi menganalisa Danial. Memang dia seorang yang kacak dan dia ada segala-galanya. Bila berjalan pun penuh dengan gaya. Gerak-gerinya sangat mempesonakan. Mana mungkin dia memilih aku sebagai isteri? Lainlah  arwah Kak Ngah yang memang bijak dan bergaya. Arwah Kak Ngah memang mempunyai perwatakan yang anggun. Dia juga bijak. Di usia 22 tahun dia sudah pun mendapat tawaran untuk buat phd dulu. 



Aku? Di usia 22 tahun masih lagi struggle dengan degree yang tak habis-habis. Penampilan?Adakalanya baju kurung dan kasut converse ke kelas. Kau rasa? Ah, dah itu yang selesa. Akhir-akhir ini aje aku mula memakai dress dan skirt. Itu pun setelah dipaksa Kak Long. Sandal riben riben pun Kak Long yang belikan. Ah,  memang bagai gagak dengan merak kalau nak dibandingkan diriku ini dengan dirinya.  Kaca mata hitam yang berada di wajah lelaki itu ditanggalkannya dan kini matanya itu berada tepat di wajahku. Gugup! Kenapa ada sedikit debaran mengisi ruang dada? Malas hendak menganalisa jenis pandangannya itu. Aku terus  melarikan anak mata ke arah lain. 

"Danial..tak boleh ke tunda meeting di Jakarta tu?"

Suara Pak Su bergema di sini. Umi juga turut sama mengangukkan kepala tanda bersetuju dengan cadangan Pak Su. Aku hanya seperti patung sahaja berdiri di atas ini, memerhati ke arah mereka yang berada di bawah sana. Tudung yang melayang ditiup angin petang kubiarkan sahaja bebas menari-nari saat ini.

"Danial, what about Alan? Ask Alan to replace you." Cadangan Pakcik Dani ditolak mentah-mentah oleh Danial. Melalui gelengan kepalanya itu aku tahu. Putih katanya, maka putihlah..tak boleh dah nak tukar ke warna lain.Memang dia lelaki jenis begitu.

"Nope papa. Maafkan Danial Pak Su. Penting untuk Danial sendiri yang attend meeting tu esok pagi."
Jawab Danial dengan sopan tetapi sedikit tegas. 

"Kesian dengan kamu Danial. Baru aje kahwin dah kena kerja." Luah Mak Su pula. Sempat lagi aku mencebikkan bibir. Eleh..apalah yang nak dikesian sangat. Dia lagi suka kut! Tak payah nak menghadap muka aku ni.

"Nak buat macam mana Mak Su. Meeting tu dah diaturkan awal-awal lagi. Majlis ni yang berlaku tanpa dirancang." Jawab Danial sambil tersenyum tawar. Ada nada kesal yang dapat kukesan dalam nada suaranya. Kemudian aku lihat lelaki tu menoleh ke arah Pakcik Dani.

"Sorry papa. There's nothing I could do about this."  Bahunya dijungkitkan sedikit ketika menuturkan ayat itu. 

"Bella..kenapa tercegat aje kat situ? Danial dah nak pergi ni." Tersentak aku jadinya mendengar suara umi itu. Umi dah perasan kehadiran aku di sini. Dari beranda ini, perlahan-lahan aku menuruni anak tangga untuk turun ke bawah. Selipar jepun kusarungkan di kaki dan aku mula bergerak ke arah umi. Alamak. Tak selesanya. Semua mata pasti berada pada wajahku kini.

"Danial dah nak pergi ni." Ujar umi sekali lagi. Aku pula hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.

"Owh.." Apa yang aku perlu buat? Nak pergi, pergi aje la. Mataku menjeling sekilas ke arah lelaki yang memang sedang merenung ke arahku. Erghh..tak selesa!

"Apa lagi...cium tangan suami tu."

 Kata-kata Mak Su disambut oleh tawa kecil semua yang berada di sini kecuali aku dan Danial. Terasa darah sudah berlari ke wajah. Tergamam aku untuk seketika. Perlu ke aku cium tangannya? Alamak..masalah! Ah, apa masalahnya Bella? Lagi cepat kau cium tangan dia, lagi cepat dia gerak ke lapangan terbang dan lagi cepat hati kau aman.

Nafas kutarik dalam-dalam dan aku terus melangkah ke arah Danial. Wajahnya tidak berani untuk kupandang. Hanya tangan sahaja kuhulurkan tanda mahu bersalaman. Rasa sangat pelik! Dengan sekelip mata tanganku sudah pun berada di dalam genggamannya. Cepat-cepat aku mencium tangannya dalam sesaat dan kemudian aku terus menarik tanganku ini dari genggamannya. Tapi, kenapa tidak berjaya? Jemarinya tu masih menggenggam tapak tanganku. Dengan pantas aku mendongakkan kepala ke arahnya. Bulat mataku menjeling ke arah Danial bersama degupan di dalam dada yang semakin laju. Ada senyuman sinis di  bibirnya.  Dia kemudiannya menoleh ke arah Pak Su dan Pakcik Dani.

"Papa, give us 5 minutes." Tanpa menunggu jawapan dari Pakcik Dani, dia terus menarik lenganku ke arah pokok ciku di hadapan sana. Tergamam aku jadinya tetapi aku hanya ikut sahaja langkah lelaki ini. Dari hari pertama jumpa memang hobinya memegang lenganku.

"Awak ni memang suka tarik tangan saya kan? Awak suka sangat sentuh tangan saya. Sebab tu kita kena kahwin!" Bidasku dengan geram.

 Tanpa berfikir, laju  ayat tersebut keluar dari bibir.  Lengan yang masih berada di dalam genggamannya kutarik dengan kasar. 

"Kau pegang ais ke tadi? Your cold hands tell me that you are nervous."  Ucapnya dengan serius. Anak mata berlari ke serata wajahku membuatkan aku melarikan anak mata ke arah lain.

"Mana ada." Gumamku dengan perlahan. 

Danial kulihat menyandarkan badan pada batang pokok ciku yang sudah pun mencecah usia berpuluh tahun ini. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Lama dia merenung ke arahku membuatkan aku menjadi semakin tidak selesa. Kenapa setiap kali dia meneliti wajahku aku jadi tidak keruan begini? Darah sudah pun menyerbu ke wajah namun aku cuba berlagak selamba. 

"Why didn't you leave? Kenapa sanggup berkahwin dengan aku? You know your heart's gonna get hurt real bad if you're with me.."  Akhirnya bersama sebuah keluhan dia bersuara. 

"Don't say I didn't warn you." Kaca mata hitam yang berada di tangan kirinya dihembus sedikit sebaik sahaja berkata begitu.

"Awak jangan ingat saya nak sangat berkahwin dengan awak. Saya juga takde pilihan. Kalau saya lari semalam, kesannya bukan pada sesiapa tau. Tapi pada umi. Saya tak nak umi sedih. Saya tak nak Pakcik Dani kecewa." Dengan bersungguh-sungguh aku membidas lelaki ini namun nada suara masih kukawal. Aku tidak mahu mereka yang berada di sana dengar apa yang sedang aku katakan ini.

" You forced me to leave but what about you? Why didn't you leave?" Soalku sambil berpeluk tubuh. Danial kulihat meraupkan sedikit wajahnya yang tersisir kemas. 

"Do you think I'm that stupid? I tried to escape but papa caught me while I was sneaking out of Pak Su's house last night. He was really angry."  Jawab Danial. Anak matanya yang berada pada rumput yang menghijau di sebelah kanannya kini melekat semula di wajahku.

"Ini semua salah kau. Kalau kau berikan surat tu awal-awal kepada aku, semua ni takkan terjadi!" Danial mendengus kasar. Darah di dalam dada mulalah menggelegak saat ini.

"Excuse me Mr. Danial Lee..what were you saying? Salah saya?" Soalku sambil mengecilkan mata. Tanpa memberi peluang untuk dia bersuara aku terus membidas lelaki ini.

"Eh hello..siapa yang tarik saya masuk ke dalam rumah Pak Su? Siapa? Awak kan??" Soalku. Tanpa sedar nada suara sudah pun naik satu oktaf namun aku cepat-cepat membuang pandang ke arah umi yang berada di  sana. Nasib baik mereka tak pandang sini.

"Aku tak akan bertindak begitu kalau kau tak padam nama dalam surat tu! Benda ni tak akan jadi kalau kau serahkan surat tu awal-awal kepada aku!" Wajah lelaki ini sudah pun bertukar merah. Tahulah aku dia juga sedang marah. Terdiam aku untuk seketika. 

"Danial..awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? I'm just 22 for goodness sake. I am not ready for this." Anak mata kujulingkan saat ini.

Kaca mata hitam dikenakan di wajah dan dia merapatkan bibirnya ke telingaku membuatkan aku tergamam. Ada debaran halus melanda jiwa apabila bau wangian yang dipakainya menusuk ke dalam hidung saat ini. 

"Good! Then nothing changed!" 

Aku sepatutnya gembira mendengar kata-kata Danial itu kerana aku juga masih tidak bersedia untuk menjadi seorang isteri namun kenapa ada sedikit gundah singgah di hati? Mendengar sahaja kata-katanya itu aku terus berpaling untuk melangkah tetapi sekali lagi tanganku berada di dalam genggamannya. Dengan pantas aku menoleh. Wajah kacak lelaki ini kupadang dengan pandangan yang pelik. 

"Hey..who says you can go?" Soalnya. Aku buat muka pelik.

"Apa lagi?" Soalku.

"Dengan muka masam tu kau nak ke sana? Nanti diorang ingat akulah puncanya." Tempelak lelaki berwajah beku ini.  Petah bibirnya berkata-kata sambil membetulkan t-shirt di badannya dengan sebelah tangan. Ah, macamlah wajah kau tu manisssss sangat! Aku hanya mampu mengutuk di dalam hati aje saat ini. 

"Memang betul pun awak puncanya.." Gumamku dengan sangat perlahan namun aku tidak berani memandang wajahnya.

Tangan yang tadinya menggenggam lembut lenganku kini meraih tapak tanganku.

"Newlyweds don't act like us. They hold hands like this." Dengan wajah yang beku dan selamba dia bersuara membuatkan jantungku semakin berdebar. . 

Kemas jemarinya bertautan dengan jemariku membuatkan aku jadi celaru namun aku cuba juga buat selamba. Bagai tidak terusik langsung dengan perbuatannya itu. Kaca mata hitam dibetulkannya sedikit dan dia mula melangkah. Aku hanya mengikut sahaja jejaknya yang sedang menuju ke arah Pak Su, Mak Su, Pakcik Dani dan umi yang sedang tersenyum simpul memerhati ke arah kami. Dia ni kalau tak jadi businessman, mesti jadi pelakon! Confirmed!



***

Aku tidak tahu apa perasaanku saat ini. Kosong. Tidak mampu untuk menangis tetapi tidak juga mampu untuk tersenyum. Punggung kulabuhkan di atas bangku kayu ini. Pandangan kuhalakan pada sawah padi yang menghijau di hadapanku. Jenuh  aku cuba memaniskan wajah di hadapan semua orang tadi. Tidak mahu orang membuat tanggapan yang bukan-bukan pula terhadap pernikahan ini..  Majlis dijalankan dengan sangat ringkas. Mak Su ada sewakan baju dari butik pengantin namun aku menolaknya dengan sopan. Taknak la aku pakai baju berlabuci bagai. Takde mood. Hanya baju kurung putih kosong dari fabrik satin yang menjadi pilihanku. Baju raya tahun lepas yang sempat aku pakai hanya sekali. Danial pula memakai baju melayu satin berwarna putih. Tak tahu pula dari mana dia ambil. Mak Su yang sewakan kut. 

 Aku hanya memandang kosong ke arah kain kurung putih di badan yang sedang menari-nari ditiup angin.  Dengan sekali lafaz aku telah pun menjadi isteri orang. Wajah kuraupkan dengan kasar. Susah giler kut nak telan fakta itu.

Angin petang nampaknya tidak mampu untuk menenangkan hatiku yang semakin runsing. Jutaan ucapan tahniah dari orang kampung yang hadir tadi tetap tidak mampu merawat keretakan di hati. Kenapa mesti begini? Ah, Bella..tak payah fikir. Semuanya tetap akan seperti dahulu. Aku tetap juga Bella yang dulu. Tidak ada apa yang akan berubah. Mereka harus faham yang aku perlukan masa. Lelaki itu pun nampaknya tidak dapat menerima aku.  Kalau tak kerana dia menarik lenganku ke rumah Pak Su, keadaan tidak akan jadi begini. Aku tidak akan dinikahkan secepat ini. Aku perlukan masa untuk mencerna aturan takdir yang tertulis untukku. Mata kini berlari ke arah sekawan bangau yang sedang riang mencari ikan di hujung sana. 

'Bella, lambat laun kau tetap juga akan berkahwin dengan Danial. Walau bukan sekarang, mungkin nanti-nanti. seluruh keluarga inginkan kau bersama dengan Danial..Danial itu pilihan umi dan bukankah pilihan seorang ibu itu adalah pilihan yang terbaik, selalunya? Secara tak langsung kau juga telah menunaikan harapan arwah Kak Ngah. Tidakkah aturan takdir ini yang terbaik untukmu?'

Seakan ada suara seakan berkata begitu kepadaku saat ini namun kepala cepat-cepat kugelengkan. Apa pun alasannya, aku masih tidak bersedia. Danial juga masih tidak boleh lupakan arwah Kak Ngah. Mana mungkin gadis yang biasa-biasa seperti aku boleh menggantikan tempat ratu hatinya itu? Kenapa semakin jauh kami cuba berlari menjauhi diri masing-masing tetapi semakin rapat takdir menemukan kami? Ada rasa tidak puas hati bersarang di hati. Serabut dan kusut.

"Bella..Bella buat apa kat belakang ni, dik?" Nyaring suara Kak Long menegurku. Terus sahaja aku mengangkat wajah.

"Kak Long..." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut.

Kak Long melabuhkan punggungnya di sebelahku. Tangannya mengusap lembut bahagian pipi membuatkan aku terus sahaja memeluk kemas tubuh Kak Long. Serta-merta ada sebak di dalam dada. Ada linangan air jernih menuruni pipi saat ini. Aku sudah cuba sedaya upaya untuk keraskan hati dan berlagak selamba supaya tidak ada yang bersimpati dengan aku, terutamanya lelaki itu tetapi di hadapan Kak Long aku tewas juga. 

"Bella..i'm sorry. For what you are going through now..I'm really sorry.." Bisik Kak Long dengan sangat perlahan. Bahagian kepalaku yang dilapisi tudung diusapnya dengan perlahan. 

Aku masih berada dalam pelukan Kak Long. Aku mahu begini untuk beberapa ketika.  Selepas menyeka air jernih di ruang mata dan memastikan tidak ada sisa tangis di wajah, aku terus meleraikan pelukan. Walaupun Kak Long tahu aku menangis, aku tetap tidak mahu Kak Long nampak linangan air mata di pipiku. 

Nafas kutarik dalam-dalam sebelum bersuara.

"Kenapa agaknya arwah Kak Ngah tulis nama Bella dalam surat tu..kenapa bukan nama Kak Long?" Soalku dengan sedikit pelik. Mata memandang tepat wajah kakak sulungku saat ini.

"Bella..Kak Long kan dah bertunang masa tu? Takkanlah arwah Maya nak tulis nama Kak Long pulak?" Dengan bersungguh-sungguh dia menjawab membuatkan aku menepuk dahiku dengan perlahan.

"Ye tak ye jugak.." Gumamku. 

"Kalaulah Kak Long tak bertunang masa tu, confirm arwah Maya tulis nama Kak Long. Bestnya dapat suami hot and spicy! Kalau Mei Lian dan staf-staf lain tahu Danial dah kahwin, memang menangis tak berlagulah diorang." 

"What? Hot? Spicy ada laa..mulut dia tu..mmg spicy sangat! Kalah cili api!" Bidasku. Ada tawa kecil keluar dari bibir Kak Long. Kedua-dua belah tangannya memegang sisi bahuku. 

"Bella..I know this is hard for you..tetapi, Kak Long rasa lega sebab Bella kahwin dengan Danial." 

Mata kukecilkan sedikit. Orang tengah kusut, dia boleh pula rasa lega? 

"What do you mean?" Soalku sambil buat muka tak puas hati.

"Bella..kahwin atas dasar suka sama suka bukan penjamin kebahagiaan. Kalau Bella dapat lelaki tak guna macam bekas tunang Kak Long tu macam mana? Kahwin dengan pilihan ibu bapa itu adakalanya bisa bahagia sampai ke syurga tau."

Jarang-jarang Kak Long bercakap begini. 

"Entah-entah dah bahagia nanti, siap post gambar dalam instagram. Macam orang sekarang ni..siap hashtag kat instagram, #LoveTillJannah." Wajah dicemikkan sedikit.Kemudian, matanya dijulingkan ke atas dan dia meletakkan kedua-dua belah tangan ke bahu.

Ketawa besar aku melihat wajah dan gaya Kak Long. Amboi..dalam nasihat sempat menyindir. 

"Kenapa kau gelak dik?" Soalnya berpura-pura suci. Terus sahaja aku menampar bahunya.

"Cara Kak Long cakap tu..kelakarlah. Love till Jannah apanya kalau dalam hati Danial tu takde langsung ruang untuk Bella. Lagipun Bella masih mudalah Kak Long..Bella tak nak kahwinnnn di usia yang macam niii...tolonglah Kak Long.." Rengekku sambil meletakkan kepala ke bahu Kak Long. 

"Bella..Kak Long memang dah dapat agak dari awal dulu. Bella dengan Danial tu macam ada sesuatuuu je.." Kak Long memang sengaja nak usik aku!

"Sesuatu apa? Takde bendanya Kak Long. Kami takde chemistry." Bulat mataku menjegil ke arahnya. Kepala kugelengkan sedikit sambil menyinsing lengan baju kurung sampai ke bahagian siku. Dengan tiba-tiba Kak Long memeluk bahuku.

"Bella..Bella.." Rengeknya. Dah kenapa pulak ni. Aku mengerutkan wajah sambil menoleh ke kanan.

"Nanti-nanti kan..bolehlah suarakan kat  husband Bella tu..suruh tolong naikkan pangkat Kak Long!"
 Bersama senyuman nakal Kak Long berkata begitu. Ah sudah! Terus sahaja aku menampar lembut dahiku.

"Kak Long..jangan nak berfantasi sangat ye. Kak Long jangan nak buat lawaklah. Bella sedih pun tak habis lagi ni tau sebab terpaksa kahwin dengan dia tu. Bertuahlah dia nak dengar cakap Bella ni. Baik Kak Long minta dengan Pakcik Dani." Bidasku sambil menarik hidung Kak Long sedikit kuat. Merah jadinya. Apa lagi, terjerit kecil la gadis ini.

"Bella! Sakitlahhh!" 

Aku hanya ketawa kecil sahaja. Ringan sedikit rasa kepala saat ini. 

"Pakcik Dani tak tahu lagi Kak Long kerja kat company dorang." Ujar Kak Long.

"Seriously?" 

"Hm..malaslah nak cakap." 

Aku terus mengangukkan kepala. Eloklah juga Kak Long tak cakap. Biar Pakcik Dani tahu sendiri aje nanti. Takut juga orang ingat kita nak ambil kesempatan. Aku membuang pandang ke arah orang-orang di tengah sawah yang sesekali bergoyang sakan ditampar angin. 

Terbayang saat lelaki itu menggenggam jemariku di hadapan umi, Pak Su, Mak Su dan Pakcik Dani tadi. Serta-merta panas terasa wajah. Tak boleh jadi ni. 

"Pssstt..Kak Long!" Aku menyiku lengan Kak Long. Kak Long yang sedang melayan perasaan terus menoleh ke arahku. Lengan Kak Long kupaut mesra sambil tersenyum manis.

"Bella ikut Kak Long balik tau kejap lagi. Esok Kak Long kerja kan? Bella ikut Kak Long balik!"  Dengan manja aku berkata begitu. Pantas Kak Long menggeleng.

"Ehh..mana boleh. Pengantin baru duk aje la kat sini. Nanti Danial balik, dia jemput Bella." Tegas jawapan Kak Long. Terus sahaja aku menggawangkan tangan.

"Tak payah..tak payah nak jemput bagai. Bolehlah Kak Longgg.." Rengekku. Kemudian, aku bersuara lagi.

"Kalau kat kampung ni, alamat penatlah Bella nak kena berlakon sweet sweet bagai dengan dia tu. Baik Bella duduk dengan Kak Long." 

Wajah Kak Long terus berubah. 

"Berlakon???" Nada suara sudah pun naik satu oktaf. Nafas kutarik dalam-dalam.

"Kak Long..Bella akan tinggal dengan Kak Long sampailah Bella balik Seoul nanti." Putusku.

 Aku tak peduli kalau Kak Long tak setuju sekalipun. Aku cuma mahu menyenangkan Danial dan diriku sendiri. 

"Hah? Tapi kau kan dah berkahwin?" Soalan Kak Long membuatkan aku terdiam seketika. Teringat kata-kata Danial tadi.

"Nothing changed Kak Long..nothing changed." Gumamku dengan perlahan. Kak Long memaut bahuku sambil mengusapnya dengan lembut.

"Bella..janganla buat kakak kau ni risau dik.." Rengekan Kak Long kali ini menandakan dia benar-benar susah hati. Alamak..masalahlah Kak Long ni. Otak mulalah berkerja untuk mencari topik lain supaya Kak Long mengalihkan perhatiannya. Cepat-cepat aku membuka mulut.

"Kak Long..cepat-cepat sikit ambil order kimchi tu. Takut Bella terpaksa pulang awal ke Seoul. Esok Kak Long mesti bawa balik order list . Faham?" 

Yes! Mengena! Kak Long..dengar aje tentang kimchi terus bersinar matanya Tidak lagi risau seperti tadi. Ibu jari kanan dipetik laju dan dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.

"Haaa..sebut tentang kimchi..Bella..kita dah ada 60  tempahan tau. Kejap Kak Long check lagi.." Lincah tangannya berlari di skrin telefon bimbit.

"Ha! Ada tempahan baru lagi dari Mr. Yeap, akauntan paling senior kat office tu. 30 bekas dia nak untuk majlis kat rumah dia." Lebar senyuman di bibir Kak Long. Aku juga ikut tersenyum. Seronok melihat telatah Kak Long.

"Okay! Sebelum Bella balik Seoul nanti, Bella akan buat sebanyak mana yang boleh. Kimchi ni tahan lama. Kak Long jual aje." Janjiku kepala Kak Long.

"Bella..Kak Long tak akan ambil untung tau..Kak Long hanya nak tolong Bella aje." Kata-Kata Kak Long membuatkan aku pelik.

"Janganlah camtu.." Ujarku sambil menggelengkan kepala. Kak Long terus sahaja memeluk bahuku sekemas-kemasnya. Aku pula melentokkan kepala di bahunya. 

"No..no..no! Kak Long tak perlu duit tu.." Kata-kata Kak Long tidak sempat kujawab. 

"That is for my beautiful Bella..Kak Long sayangkan Bella." Sambungnya lagi dan dapat kurasa ada kucupan bertandang di kepalaku saat ini. Jika fikiran Kak Long pada tempahan kimchi yang diterimanya, fikiranku pula jauh bertandang di tempat lain. Apa agaknya pengakhiran kisah aku dan dia? Wajah kuraupkan dengan lembut saat ini. 

Oh well Bella, when life gives you a hundred reasons to cry, show life you have a thousand reasons to smile.


***

Saturday, 6 September 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 22]


Bab 22 

Tok! Tok! Tok! 

Ketukan pada pintu hadapan bergema lagi membuatkan jantungku hampir luruh. Peluh yang membanjiri ruang dahi kuseka dengan tangan kanan. Mata kupejamkan serapat-rapatnya saat ini. Tadi, bersusah-payah aku dan Danial cuba untuk membuka pintu belakang tetapi tidak jadi berbuat demikian apabila mendengar suara orang di belakang rumah. Tahulah aku rumah Pak Su ini sudah pun dikepung. Akibat terlalu gementar, aku terus melarikan diri ke dalam bilik air ini. 

"Siapa kat dalam tu? Baik bukak pintu ni sebelum kami pecahkan!" 

Dapat kudengar sayup-sayup suara seseorang menjerit di luar sana. Ya Allah..tu suara Mat, anak saudara ketua kampung. Serta-merta aku menjadi sebak. Ketar lututku saat ini. Peluh di tubuh dan wajah pula semakin memercik. Mata kupejamkan sambil menyandarkan badan rapat pada dinding batu ini. Ya Allah.. janganlah pegawai pencegah maksiat datang sekali. Kalau tidak,  di mana keluarga aku nak letak muka? Terbayang wajah umi ketika ini. Sebak di dada sudah tidak dapat kutahan lagi. Ada linangan air jernih membasahi pipi.

Ya Allah, sesungguhnya aku telah pun melakukan kesalahan yang amat besar malam ni. Aku memohon ampun kepadamu. Aku berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramku di dalam rumah kosong. Aku telah melampaui batas Ya Allah. Tolonglah Ya Allah..aku takut kalau umi dapat malu. Tolonglah tutup aibku. Kalau kena tangkap khalwat, mesti kecoh satu kampung nanti. Biar berbelas tahun berlalu  pun orang kampung masih  tetap akan mengata. Kalau betul jodohku dengan Danial pun, janganlah dengan cara yang memalukan begini. Sekalipun memang aku terpaksa menurut permintaan arwah Kak Ngah, biarlah tanpa mengaibkan keluarga.

Apabila terdengar suara orang bercakap di luar sana, aku terus membuka pintu bilik air dengan perlahan-lahan dan mula memasang telinga.

"Ya Allah Danial! Mati-mati Pak Su ingatkan ada pencuri masuk ke dalam rumah ni tadi." 

Itu memang suara Pak Su!

"Mana ada pencuri Pak Su." Dapat kudengar suara Danial bergema dengan sedikit lemah saat ini.

"Terima kasih Mat, Ali dan Nordin. Korang boleh balik. Bukan penyangak yang panjat masuk rumah Pak Man..tapi Danial yang balik."

Lekas-lekas aku menyeka air jernih yang berjuraian di wajah sebaik sahaja mendengar kata-kata Pak Su itu. Lega sedikit rasa hati saat ini apabila Pak Su mengusir mereka pergi.

"Tapi, saya nampak ada dua orang tadi Pak Man. Itu yang saya beritahu dengan Ali dan Nordin dan kemudiannya maklumkan kepada  Pak Man."

 Suara tidak puas hati Mat bergema saat ini membuatkan jantungku bergendang dengan laju kembali. Agak-agaknya, Mat nampak tak wajah aku? Pandangan kulemparkan ke arah kolah air dan baldi-baldi yang tersusun di sebelah kanan bilik air.

"Sumpah saya tak menipu. Lama mereka berdiri depan pintu ni sebelum masuk ke dalam. ." Sambung Mat yang berkulit sawo matang itu.

"Lelaki ke perempuan?" Soal Pak Su dengan tegas.

"Itu saya tak pasti sebab saya pun tertinggal cermin mata di rumah. Tapi, saya memang nampak ada dua orang. Mati-mati saya ingatkan dorang pecah masuk rumah Pak Man ni. Manalah tahu kalau dorang buka pintu guna dawai." 

Aku mengurut dada berulang kali saat ini. Nafas lega kuhembuskan dengan perlahan-lahan. Nasib baik Mat tidak nampak dengan jelas.

"Guna dawai apanye..Pak Man memang berikan kunci kepada Danial. Itu yang Danial  boleh masuk ke dalam. Satu lagi, mata kamu tu rabun. Seorang pun boleh nampak dua orang!" Bidas Pak Su kepada Mat. 

"Ermm..mungkin juga saya salah tengok." Kedengaran suara Mat berkumandang saat ini dengan sedikit lemah.

"Kamu tengoklah kat dalam ni..mana ada orang. Sudah..kamu balik aje. Kamu silap tengok tu Mat..maklumlah gelap. Danial ni satu-satunya anak Pakcik Dani. Tak mungkin dia bawa orang lain pulak masuk ke dalam rumah ni."  Panjang lebar Pak Su berkata-kata. Dari gayanya tu, aku tahu dia sedang menghalau mereka pergi.

"Ehem.." Pak Su kemudiannya berdehem. Kemudian dia bersuara lagi.

"Betul tak Danial?"  Soalan Pak Su yang ini benar-benar membuatkanku kecut perut. Entah kenapa, dari nada suaranya tu aku tahu Pak Su juga sebenarnya tidak berpuas hati saat ini.

"Err..betul tu Pak Su.." Suara Danial menjawab soalan Pak Su juga dah jadi lain macam. Aku terus meraupkan wajah. Lantai tandas dari kemasan mozek berwarna pink muda tidak lagi mampu untuk menyejukkan aku. 

"Maafkan saya Pak Man. Saya dah silap tengok nampaknya." Sekali lagi Mat bersuara. 

"Tak apalah Mat..tak perlu minta maaf pun. Betullah apa yang kamu buat tu. Kalau kita nampak sesuatu yang mencurigakan, perlu cepat-cepat beritahu dengan tuan rumah. Beginilah hidup bermasyarakat." Ujar Pak Su pula.  Kemudian dia menyambung ayatnya.

"Tambah-tambah di kampung pulak tu. Memang siapa yang buat salah tak akan terlepas. Betul tak Danial?"  

Memulas terasa perut saat ini. Erghh kenapa Pak Su lain macam aje tu? Terasa ingin sangat aku melihat riak wajah Pak Su saat ini tetapi apakan daya. Aku hanya mampu mendengar sahaja bait bicara mereka.

"Betul Pak Su.."  Jawab Danial. Aku terus memasang telinga.

"Kalau begitu, kami pulang dululah Pak Man.." Aku kenal suara itu. Suara serak basah itu milik pemuda bernama Ali. 

"Balik dulu Pak Man.." Ujar Din dan Mat serentak.

"Ye lah Mat..Din..Ali..terima kasih sekali lagi!" Aku dapat menghidu nada lega dalam nada suara Pak Su. 

Wajah kuraupkan dengan kedua-dua belah tangan sambil menghembuskan nafas lega. Nasib baik Mat, Ali dan Din tidak tahu aku berada di dalam rumah ini. Jika tidak, memang riuhlah satu kampung esok. Ya Allah, terima kasih  kerana menutup aibku dari mereka. Tidak ada kata-kata untuk menggambarkan rasa syukur. Bella, selepas ini, kau mesti jauhkan diri dari Danial. Jelaslah lelaki dan perempuan tidak elok bergaul.  Aku mengingatkan diriku.  Aku tahu, walaupun kami tidak melakukan apa-apa, tetapi sekiranya ditangkap tadi, memang kahwin koboilah kami. 

"Danial!"

Hati yang lega kini hampir mati mendengar jerkahan itu. Suara Pakcik Dani! Tidak pula kutahu Pakcik Dani ada sekali.

"Yes papa.." Kedengaran Danial bersuara. Pasti dia sedang bersusah-payah berpura-pura selamba saat ini.

"Are you alone inside here?" Soal Pakcik Dani dengan sangat serius.

"Hmm? Answer me! Are you alone??" Nada suara sudah naik satu oktaf.

"Sabar Dani..istighfar banyak-banyak. Nanti orang dengar. Biar saya tutup dulu pintu ni." Pak Su nampaknya cuba menyabarkan Pakcik Dani. 

Dapat kudengar bunyi pintu berkeriukan saat ini. Keadaan menjadi sunyi untuk seketika. Mereka pastinya sedang berada di ruang tamu sekarang.

"Beginilah Danial..Pak Su nak tanya Danial elok-elok..Danial jawab dengan jujur." Akhirnya Pak Su bersuara. Aku mulalah memasang telinga luas-luas.

"Kasut kat luar tu kasut Bella kan? Mak Su kamu takde kasut riben riben macam tu. Pak Su perasan Bella ada pakai kasut yang sama di dusun tadi." 

Buk! Terasa seperti jantungku telah pun jatuh ke atas lantai. Aku menarik nafas dalam-dalam ketika ini. Sabar Bella..sabar! Sekurang-kurangnya hanya Pak Su dan Pakcik Dani sahaja yang berada di sini. Aku cuba menenangkan hati. Lagipun, apa yang susah sangat..terangkan aje perkara sebenar kepada Pak Su. Pak Su mesti percayakan aku. Keyakinan yang aku bina sedikit-demi sedikit di dalam hati berjaya membuatkan aku lega.

"I saw it too Danial..those sandals out there belong to Bella right?" Tegas soalan yang ditanya oleh Pakcik Dani. Nampaknya Danial sekarang diasak oleh soalan yang sama.

"Answer him..are you with Bella?"Sumpah ini kali pertama aku mendengar Pakcik Dani menjerkah. Tersentak aku jadinya.

"Pak Su..papa..I'm sorry. Danial minta maaf..tapi, kami tak buat perkara yang tak elok dalam rumah ni, Pak Su." Dengan bersungguh-sungguh Danial memohon maaf.

"What are you doing inside here with Bella???" Sekali lagi Pakcik Dani yang selama ini sangat tenang itu menjerkah. 

Sumpah, rasa resah dan gelisah tidak mampu lagi kutanggung. Aku mengambil nafas dalam-dalam sebelum menguakkan pintu bilik air dengan luas. Aku mahu berterus-terang sebelum mereka membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Ketar lututku saat ini namun aku terus juga melangkah ke arah ruang tamu.

"Astaghfirullahalazim..bukan soal buat perkara tak elok atau tidak, Danial.." Lemah suara Pak Su berkumandang saat ini. 

Di ruang tamu ini, dapat kulihat mereka bertiga dengan jelas tika ini. Kesemuanya sedang berdiri. Mataku bertemu dengan mata Danial untuk sesaat sebelum aku melarikan anak mata ke arah Pak Su yang sedang membelakangiku.

"Pak Su..Pakcik Dani..jangan salah sangka..kami tak buat apa-apa pun.." Dengan bersungguh-sungguh aku mengucapkan ayat itu. 

Terus sahaja Pak Su dan Pakcik Dani  berpaling ke arahku. Bulat mata Pak Su melekat pada wajahku seketika dan kemudian berlari ke arah Danial sebelum mengeluh dengan sangat berat. Berkali-kali kulihat dia meraupkan wajah. Danial pula kulihat hanya menundukkan kepala sahaja ke lantai. 

"Bella..Pak Su kenal kamu. Danial..kamu pun Pak Su kenal. Kamu berdua budak yang baik. Tapi, dosa tak kenal semua tu..bila ada syaitan antara dua anak muslim yang bukan mahram, tidak kira alim macam mana sekalipun, baik bagaimana sekalipun, rebah juga akhirnya." 

"Firman Allah dalam Surah Al-Israa, ayat 32,..dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.Bella, Danial..tahukah kamu dengan berdua-duaan di dalam rumah ini kamu berdua telah pun menghampiri zina??" 

Soalan Pak Su membuatkan jantungku berdegup dengan semakin laju. Kenapa aku terlalu bodoh? Padahal aku sering melibatkan diri dalam usrah  sebelum ini. Bukan kami tidak pernah bincangkan tentang tajuk zina. Bukan aku tidak tahu tetapi kenapa aku benarkan diri aku untuk menghampiri zina? Ya Allah..saat ini aku benar-benar marah dengan diri sendiri. Kenapa aku terlalu bodoh? Sebak di dada tidak lagi kutahan. Berderu-deru air mata memancut keluar membasahi wajah. 

Nampaknya masalah ini bukan semudah yang aku sangka. Bunyi pintu yang dibuka dari luar benar-benar membuatkan aku tergamam. Kesemua mata kini berada pada daun pintu yang diperbuat daripada kayu itu.

Ya Allah! Tubuh rasa seperti hendak rebah apabila umi dan Mak Su muncul dari balik pintu.  Terus sahaja aku meluru ke arah umi.

"Umi..Bella tak buat apa-apa perkara yang tidak baik pun umi.." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Umi yang kelihatan terpinga-pinga.  Aku lihat sedikit serabut wajahnya. Mak Su terus memeluk aku saat ini.

"Sabar nak..sabar." Pujuk Mak Su sambil menggosok lembut bahagian belakang wajahku.

"Apa yang sebenarnya dah terjadi Man?" Soal umi dengan sangat serius. Memang umi memanggil Pak Su yang bernama Muhamad Salman itu dengan panggilan Man. Belum sempat Pak Su menjawab, Mak Su pula bersuara.

"Tadi ada orang beritahu kami yang Mat ternampak pencuri masuk ke dalam rumah ini. Itu yang saya dan Kak Ngah ke mari." Kalut kulihat Mak Su berbicara.

"Memang Mat beritahu ada pencuri  masuk rumah tetapi dia salah tengok. Bukan pencuri tetapi Danial yang berada di sini. Danial dan Bella." Dengan tenang Pak Su menjawab soalan umi dan Mak Su. Umi kulihat terus sahaja mengurut dadanya berulang kali. 

"Astaghfirullahalazim.." Hanya itu sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya.  Mak Su pula dengan pantas menggenggam tangan umi.

"Tapi saya percaya mereka tak ada buat perkara tak senonoh, Ngah..jangan risau, Mat pun tak nampak Bella tadi. Dorang tak tahu Bella ada dalam ni. Cepat-cepat saya usir mereka pergi tadi." Pak Su bersuara dengan bersungguh-sungguh saat ini. Umi pula dengan perlahan-lahan menoleh ke arahku.

"Bella..kamu buat apa kat dalam rumah ni dengan Danial?"

 Tidaklah marah tetapi nada suara umi itu seakan-akan terlalu kecewa dengan aku. Air jernih yang membasahi wajah kuseka dengan jemari saat ini. Aku ingin menceritakan segala-galanya namun lidahku seakan-akan keras.

"Umi..sumpah..Bella tak buat apa-apa pun dengan Danial." Akhirnya, hanya ayat itu yang dapat keluar dari bibir. Air jernih sudah pun berlinangan di pipi.

"Danial, this is not Seoul..and even if you are in Seoul..you are still a muslim. A good muslim doesn't stay in a secluded place with non-mehram woman." Suara Pakcik Dani pula bergema dengan sangat tegas. 

"Papa! We were just reading this! Bella found this letter in Maya's room."  Kelam-kabut Danial bersuara. Aku tahu dia sedang cuba meyakinkan Pak Su dan Pakcik Dani.

Surat yang berada di tangan terus diserahkan kepada Pakcik Dani namun lelaki itu tidak menyambutnya. Wajah Pakcik Dani yang merah benar-benar membuatkan aku gerun. Tahulah aku yang dia sedang marah. 

"I'm sorry papa..I'm really sorry." Tanpa aku duga Danial terus merendahkan tubuhnya dan  melutut betul-betul di hadapan Pakcik Dani.

"Papa..I'm sorry..jungmal jeosonghabnida.." Ujarnya berulang kali. 

Memang di dalam budaya korea, seseorang yang melakukan kesalahan akan melutut menandakan dia sesal dengan perbuatannya dan sedang merayu untuk dimaafkan. Pakcik Dani berdehem beberapa kali namun dia tidak memberi respons langsung kepada rayuan Danial. 

Akhirnya Pak Su memegang kedua-dua belah bahu Danial dan memaksa lelaki itu berdiri.

"Sudahlah tu Danial. Bangun nak..bangun.." Ujar Pak Su yang kelihatan sangat kusut tika ini. Dengan perlahan-lahan kulihat Danial bangun berdiri.

"Umi...betul..kami hanya baca surat arwah Kak Ngah.."  Dengan perlahan aku bersuara.

"Baguslah kamu dah baca Bella..umi dah lama nak beritahu kamu tentang surat itu cuma umi tak tahu bila masa yang sesuai.." Jawapan umi membuatkan aku tergamam. Maksudnya umi sudah tahu tentang surat tersebut?

"Umi percaya kata-kata Bella. Umi percaya kamu dan Danial tidak melakukan apa-apa tetapi umi takut, Bella. Umi takut. Kejadian ini membuatkan umi berfikir tentang banyak perkara. Tentang kamu di sana.  Ini baru di Malaysia. Bagaimana agaknya kamu di Seoul tu? Di sana tidak ada orang yang kisah sekiranya kamu berdua-duaan dengan bukan mahram. Bukan umi tak percayakan kamu cuma umi risau..Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan."  Panjang lebar umi meluahkan rasa hati. Aku hanya tunduk memandang ke arah jemari aku yang digenggam oleh jemari Mak Su.

"Umi takut satu hari nanti kamu terpedaya juga dengan hasutan syaitan.  Walaupun kamu tidak melakukan apa-apa, tetap juga salah di dalam islam. Kamu sudah menghampiri zina dan perbuatan kamu tu boleh mengundang fitnah. Umi tidak tahu sama ada umi buat keputusan yang betul dengan melepaskan kamu sambung belajar di Seoul seorang diri. " Sambung umi lagi. Apa lagi yang mampu untuk aku katakan?

"Maafkan Bella umi..." Bergetar suaraku ketika ini.

“Sedangkan Saidatina Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi.
Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga’ dengan mengelakkan dari ‘berdua’. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah”. 

"Kampung kita ni bukan macam Seoul tu Bella. Di sini, sekelip mata aje apa yang kamu buat akan tersebar.  Bagaimana kalau bukan Mat aje yang nampak tadi? Bagaimana kalau ada mata-mata lain yang memandang? "

Soalan umi membuatkan aku tergamam. Janganlah ada mata lain yang nampak aku dan Danial masuk ke dalam rumah ini tadi. Aku tak mahu umi kena tempiasnya. Air jernih yang masih bersisa kuseka dengan jemari.

"Selepas kejadian di dusun tadi, dan diikuti pula kejadian pada malam ini, umi semakin risau Bella. Umi akan risau selagi Bella tidak berkahwin. Umi akan bertambah risau apabila Bella pulang ke Seoul nanti."

Keadaan menjadi sepi untuk seketika. Sebak di dada membuatkan aku tidak mampu untuk bersuara saat ini.

"Zahra..." Akhirnya Pakcik Dani membuka mulut.

"Saya minta maaf Zahra. Danial bersalah dalam hal ini. Beginilah..kita memang punya niat untuk menyatukan mereka. Bagaimana sekiranya kita satukan mereka secepat mungkin?"

Aku tidak tahu sama ada aku telah salah dengar atau tidak. Peluh sejuk semakin membasahi tubuhku.Kepala juga semakin serabut dan terasa sangat berat. Aku menoleh ke arah umi saat ini. Dia tidak menjawab soalan Pakcik Dani namun hanya keluhan berat sahaja lahir dari mulutnya.

"Maksud kamu Dani?" Soal Pak Su akhirnya.

"Apa kata kita nikahkan dulu mereka esok?" Soalan Pakcik Dani benar-benar seperti batu berat yang baru sahaja menghempap kepalaku. Begitulah yang aku rasakan saat ini.

"Papa..!" Suara Danial bergema di ruang tamu bersaiz sederhana besar ini.

"Maksud kamu akad nikah aje esok? Majlis kendurinya nanti?" Soal Pak Su pula. Aku sudah tidak boleh lagi untuk mencerna apa yang sedang aku dengar. Terus sahaja aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan.

"Ya..itu maksud saya, Salman.." Jawapan Pakcik Dani membuatkan aku meleraikan jemari dari wajah dengan serta-merta. Kelam-kabut aku menoleh ke arah umi. Kedua-dua belah tanganku memegang kedua-dua sisi bahu umi.

"Umi..Bella tak mahu kahwin umi..Bella belum bersedia." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Aku lihat ada air jernih bergenangan di tubir mata wanita bertudung hitam  ini.

"Bella ada pilihan lain? Tidak mengapa, beritahu sahaja kepada umi.." Soalan umi kujawab dengan gelengan. Memang betul aku tidak ada teman istimewa.

"Bella..kalau begitu terimalah Danial. Kalau Bella sayangkan diri Bella, sayangkan iman Bella dan sekiranya Bella sayangkan umi..terimalah cadangan Pakcik Dani itu."

Badan benar-benar terasa longlai apabila mendengar kata-kata umi itu. Kedua-dua belah tanganku yang tadinya memegang kemas bahu umi kini jatuh dengan sendirinya ke sisi badanku. Rebah tubuhku ke atas lantai saat ini. Kepala terasa semakin berat dan pandanganku terus gelap. Kosong.


***

Wednesday, 3 September 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 21]


Bab 21

(*Sambungan dari bab 20)

*Setelah punggung kulabuhkan di atas buaian, tangan kanan mulalah menjalar ke dalam poket seluar. Sampul berisi surat arwah Kak Ngah buat Danial kukeluarkan dengan perlahan-lahan. Debaran yang tadinya sudah pun surut kini beraja di dalam dada kembali. Ya Allah..apa aku nak buat ni? 

"Berdosakah aku kalau tak berikan surat ni kepada Danial? Nak beri ke tak nak?" Terlepas soalan itu dari bibir dan serentak dengan itu juga surat yang sedang kugawang ke kiri dan ke kanan kini dirampas oleh seseorang dari belakang. 

Terkejut aku jadinya. Takkan ada langsuir kut?! Terus sahaja aku berpaling ke belakang dengan debaran di dalam dada yang semakin menggila.

*"Heyy!" Terjerit kecil aku jadinya. 

Dalam kesamaran cahaya lampu putih dari beranda rumah di hadapan sana, dapat kulihat dengan jelas wajah kacak lelaki di hadapanku ini. Serta-merta air liur yang kutelan terasa sangat pahit. Bukan langsuir yang datang tetapi jembalang ini! Macam mana aku boleh tak perasaan yang dia berada di belakangku? Wahai jantung janganlah kau berhenti berdenyut. Sikit lagi dah nak pengsan ni!! Takut punya fasal, terkumat-kamit bibirku saat ini membaca segala jenis doa yang aku tahu. Berpeluh aku jadinya. 

"Surat apa ni? Hmm? This letter is  for me, right?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku membuatkan lidahku terus keras dan kelu. Dengan pantas aku menggelengkan kepala. 

Kalut aku jadinya. Serta-merta aku bangun dari buaian dan meluru ke arah lelaki itu. Tangan pula cuba merampas kembali surat yang berada di dalam genggamannya. Terus sahaja dia melarikan tangannya ke atas menyebabkan aku terjengket-jengket cuba mendapatkan surat tersebut kembali namun tidak berjaya. 

"Danial..tu bukan surat awak..kembalikan kepada saya!" Walaupun jantung sudah mahu melompat keluar, aku tetap juga cuba berlagak selamba. 

Lelaki itu mengecilkan matanya sedikit.Tajamnya sepasang mata itu menikam wajahku, seperti pisau yang baru diasah. Dari riak wajahnya, tahulah aku dia tengah bengang. 

"Do you think I'm stupid? Do you think I'm deaf? Aku dengar dengan jelas apa yang kau cakap tadi!" Bidasnya dengan geram namun nada suara cuba juga dikawal olehnya. 

Dapat kulihat kerutan pada wajah cerah lelaki ini. Seluruh fokusnya pada surat di tangan. Habislah kau, Bella! Habis!! Sudahlah kau padam nama kau di dalam surat itu dengan liquid paper, kau tak sempat pula hendak tulis nama orang lain! Kusutnya jiwa, hanya Allah yang tahu. 

"Da..Da..Danial, pass me back that letter. Please..." Rayuku dengan bersungguh-sungguh. 

"Shut up!" Jerkahnya sambil menjeling sesaat ke arahku. Kemudian, matanya difokuskan kembali pada surat di tangan.

Serentak dengan itu juga aku menoleh ke arah sekitar. Nasib baik tidak ada orang. Semuanya berada di bahagian dalam rumah. Dia ni dah gila agaknya! Bagaimana kalau sesiapa nampak kami di sini? Peluh dingin mula membasahi tubuh. Nampaknya angin malam sudah tidak mampu untuk menyejukkan tubuh. 

Walaupun cahaya samar-samar menerangi kawasan ini namun aku tetap juga dapat melihat wajahnya yang sudah pun bertukar riak. Riak itu sangat sukar ditafsir olehku tetapi dia memang nampak serabut saat ini. Takut dengan reaksi lelaki ini, aku terus berpaling. Niat di hati ingin melangkah masuk ke dalam dan lari dari situasi ini. Namun, baru sahaja setapak melangkah, terasa lenganku yang dilapisi t-shirt lengan panjang digenggam oleh seseorang. Bagai terkena renjatan elektrik, tersentak aku jadinya. Aku benar-benar perlukan lebih oksigen saat ini.

"Where do you think you are going?" Soalnya dengan sinis. Tidak lagi menengking seperti tadi. Tangannya masih kemas menggenggam lenganku.

"Release my hand!" Dengan tegas aku berkata begitu. Serta-merta dia melepaskan genggamannya pada lenganku. 

"Jangan cuba nak lari.." Amaran keras diberikannya kepadaku bersama wajah yang sangat serius. Dasar samseng!

Aku pula hanya mampu berdiri seperti patung saat ini. Seluruh tubuh terasa longlai. Ya Allah..risaunya! Jantung yang kuat bergendang menambah lagi kekacauan di jiwa. Erghhh..lebih parah kalau diingatnya aku yang sengaja mereka-reka surat itu. 

"Kau ada buat salah kan?" Soalnya dengan sangat sinis. 

Wajahnya tidak berani kupandang. Bagai banduan yang hendak dijatuhkan hukuman, aku hanya tunduk memandang tanah sahaja. Belum sempat aku menjawab, dia bersuara lagi. 

"Memang ini tulisan Maya tapi aku ada satu soalan untuk kau. Nama siapa yang kau pandai-pandai padam di dalam surat ni??" Soalnya dengan lebih tegas. Nada suaranya sudah naik satu oktaf. Terus sahaja aku mendongak ke arah lelaki yang tinggi lampai ini.

"Mana ada saya padam.." Gumamku dengan sangat perlahan. Walaupun bibir menipu namun mataku tidak mampu untuk bekerjasama saat ini. Terus sahaja aku melarikan anak mata ke arah lain.

"Don't lie!" Bentakannya membuatkan aku terkedu. 

"Shhhh!" Jari telunjuk kuletakkan di bibirku. Dengan pantas aku memerhati kawasan sekeliling. Hati yang kalut bertambah kusut. Risau sekiranya ada mata yang memandang. 

"Sa..saya yang padam!" Tanpa dipaksa aku terus bersuara dengan sangat perlahan.

Bukan apa, aku tidak sanggup lagi untuk berdepan dengannya di dalam situasi ini. Berdua-duaan di sini juga sudah mampu untuk buat aku kecut perut.

Wajah Danial kujeling sekilas. Dapat kulihat ada senyuman sinis di bibirnya.

"Oh yes? Nama siapa yang kau padam? Kenapa kau padam nama tu?" Soalnya dengan sangat serius. Alamak..!

"Sa..saya tak i.. ingat.." Kepala kugelengkan laju-laju. Tudung bawal berwarna putih yang melayang ditampar angin malam cepat-cepat kubetulkan.

"Oh..tiba-tiba pula amnesia. Entah-entah kau sengaja padam nama tu sebab nak tulis nama kau." Pedih kata-kata itu menghiris gegendang telinga. 

"Ma..mana ada! Ingat saya ni kemaruk sangat ke nak kahwin dengan awak?? Tak hinginlah!" 

Bulat mataku menjegil ke arahnya di dalam debaran yang melanda jiwa. Nada suaraku juga sudah naik satu oktaf saat ini. Kerana terlalu geram aku sudah tidak dapat lagi mengawal lontaran suara. 

Wajah Danial semakin berubah riak menandakan yang darahnya juga semakin menggelegak. Terus sahaja dia mengangukkan kepala beberapa kali.

"Okay fine..aku nak tengok nama siapa yang kau padam tu." Serentak berkata begitu, terus sahaja lenganku ditariknya. Serta-merta aku cuba melepaskan genggaman tangannya namun tidak berjaya. Aku hanya mampu untuk mengikut sahaja langkah kaki lelaki ini. 

"Lepaskan tangan saya! Where are we going?" Soalku yang menjerit dalam keadaan berbisik. 

Astaghfirullahalazim! Lelaki ini adalah satu-satunya lelaki yang berani menggenggam lenganku sesuka hati. Dari hari pertama jumpa lagi. Walaupun berlapikkan lengan t-shirt, jiwaku tetap menggelegak saat ini. Ya Allah janganlah ada sesiapa yang nampak keadaan kami ini. Rupa-rupanya dia membawa aku ke rumah Pak Su. Sebelah tangannya masih menggenggam tanganku dan tangan kirinya kulihat sedang bersusah payah mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Kunci rumah! Nampaknya Pak Su ada berikan kepada jembalang ini kunci rumahnya. Memang sepanjang berada di kampung ini, Danial dan Pakcik Dani menginap di rumah Pak Su. Serta-merta kakiku terasa longlai. Dapat kurasa darahku dah naik sampai ke kepala. 

"Danial..apa yang awak buat ni? Ingat Allah Danial..jangan apa-apakan saya..let me go..I am not your wife yang awak boleh buat sesuka hati. Sebelum saya menjerit, tolong lepaskan saya!!" Aku membentak memecahkan kesunyian malam yang hanya mendendangkan bunyi cengkerik sedari tadi. 

Serta-merta Danial melepaskan genggamannya dari lenganku. Riak terkejut mendominasi wajahnya kini. Terjungkit sebelah keningnya saat ini.

"Apa kau merepek ni? Shut up and please stop driveling! Would you please stop talking trash, Bella?" Soalnya dengan nada tidak puas hati. Ada ketawa sinis keluar dari bibirnya di saat dia memasukkan kunci ke dalam tombol pintu.

"Siapa nak apa-apakan kau? Aku pun tak inginlah!" Sebaik sahaja dia berkata begitu, dengan pantas dia menolak daun pintu kayu sehingga terbuka sedikit luas. Tidak dapat dinafikan yang aku memang lega apabila mendengar kata-katanya itu. Phew..

"Baguslah kalau tak ingin! Tapi tangan tu..tangan awak tu..dari hari pertama jumpa lagi, dah pandai sesuka hati genggam lengan saya. Walaupun berlapik, tetap tak boleh! Saya tak suka! I'm not your wife!" Sengaja aku menjegilkan mata ke arahnya.

Sememangnya niat di hati ingin buat dia rasa bersalah. Di dalam kepala memikirkan cara untuk aku melarikan diri saat ini. Sejujurnya aku sudah tidak mampu lagi untuk berada di dalam situasi yang mendebarkan jiwa ini. Aku hanya mahu berkurung di dalam bilik. 

Ada keluhan terbit dari bibir lelaki itu. Lama dia memandang ke arahku. Kemudian dia terus mengangkat kedua-dua belah tangannya. 

"Okay fine! I'm sorry. Tapi, tak payah nak tukar topik. Just go in!" Ujarnya dengan sangat serius. Alamak..taktik tak menjadi nampaknya. Kenapa agaknya dia bawakan aku ke sini?  

"Why..why should I  get inside the house with you?" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu.

"Why should you?! You hide the name with liquid paper. Now aku nak hilangkan kesan liquid paper tu. Aku nak tengok sendiri nama siapa yang kau pandai-pandai padam!" Nada suaranya ditinggikan. Alamak..habislah! Apa agaknya reaksi dia nanti? 

"You can do that alone!" Bentakku.

"But I want you to be with me." Sinis sekali ucapannya membuatkan aku bertambah geram. Siap kenyit mata lagi. Masalah besar..bila dia kenyit macam tu, mulalah aku jadi semakin kalut. Terus sahaja aku melarikan anak mata ke arah lain. 

Aku tahu selagi aku tidak turuti arahannya itu, lagi lama aku akan berada di dalam situasi yang memenatkan ini. Dengan rasa berat hati, aku mengambil nafas dalam-dalam dan terus  masuk ke dalam rumah Pak Su yang terang-benderang ini. Sememangnya aku tahu Mak Su dan Pak Su akan menyalakan lampu dan tidak akan membiarkan rumah gelap gelita kalau mereka keluar. 

Aku hanya mengikut sahaja langkah kaki Danial menuju ke dapur. Anak matanya kulihat meliar di kawasan ini seperti sedang tercari-cari sesuatu. Akhirnya dia mencapai pisau kecil yang berhujung runcing. Rasanya aku tahu apa yang ingin dilakukan. Lelaki yang tetap kelihatan segak walaupun hanya bert-shirt lengan pendek hitam di badan itu melangkah ke arah meja makan. Dia melabukan punggung di atas kerusi dan surat arwah Kak Ngah didamparkan di atas meja.Dengan sekelip mata sahaja dia sudah pun selesai mengikis kesan liquid paper di bahagian yang kupadam sebelumnya. 

"Bella???" Terpacul perkataan itu dari bibir Danial. 

Ternyata dia sangat terkejut saat ini. Anak matanya bulat memandang ke arahku. Serentak dengan itu juga, ada debaran memenuhi dada. Semakin kuat bunyinya apabila melihat reaksi Danial saat ini. Dari riak wajahnya itu, ternyata dia sangat terkejut. Aku meraupkan wajah berulang kali sambil cuba menenangkan diri. Badan kusandarkan pada dinding yang dicat dengan warna hijau pastel.

"Tahulah awak kenapa saya padam nama tu." Dengan sangat perlahan aku menuturkan ayat itu. Aku memeluk tubuh dengan sangat kemas. 

"Saya tak mahu sesiapa terbaca nama saya di dalam surat tu. Saya tak mahu orang tahu.." Rintihku sambil memandang ke arah Danial. Lama pandangan kami bersatu saat ini. Matanya tidak lagi memandang ke arahku dengan sinis dan tajam seperti selalu. 

"Bella.." Lembut dia menyebut namaku. Ada keluhan berat meniti di bibirnya saat ini. Wajah kacak itu kupandang dengan hati yang bergetaran sedikit.

"Do you have a boyfriend?" Soalannya membuatkan aku tergamam. Terus sahaja aku menggelengkan kepala.

"Nope.." Jawabku ringkas. Memang aku tidak bersedia untuk memberikan komitmen terhadap mana-mana lelaki setakat ini.

"Faris? The man who was on the same flight with us...and bertembung lagi kat dalam lif."  Dengan lembut dia bertanyakan aku soalan itu membuatkan rasa aneh menyelinap di dalam diri. Inilah pertama kali aku melihat sisi ini dalam diri Danial.

"What about him?" Soalku dengan sedikit pelik.

"Do you like him?" Soalannya membuatkan aku terkedu lagi. Pantas kepala menggeleng buat kesekian kalinya.

"He is just a friend.." Gumamku dengan sangat perlahan. Aku hanya menundukkan wajah sahaja saat ini. 

"Bella.."

Kenapa setiap kali suaranya memanggilku begitu, ada getaran yang sedikit pelik melanda diri? Dengan perlahan-lahan aku mengangkat wajah ke arahnya yang  kini sudah pun berdiri betul-betul di hadapanku. Mata kami bertemu lagi. Aku lihat bersusah payah dia ingin menyebut sesuatu saat ini. Sumpah aku tidak faham kenapa. 

"Bella..marry him. Marry Faris. Aku akan tanggung semua perbelanjaan perkahwinan kau. I promise.."  Dengan bersusah payah dia mengucapkan kata-kata itu. Sekali lagi aku terkejut. 

"Are you out of your mind? I don't love him!" Kepala kugeleng berulang kali. 

Faris Hardy memang baik orangnya namun aku tidak cintakan dia. Kalau iya pun aku mencintai mana-mana lelaki, aku tetap tidak bersedia untuk berkahwin. No way!

"Sekurang-kurangnya dia cintakan kau! He loves you so much..I can tell. Lelaki, kalau betul-betul cinta, dia akan buat apa saja untuk bahagiakan kau. You gotta trust me on this, Bella.." Dengan bersungguh-sungguh Danial berkata begitu membuatkan aku semakin runsing. 

"Aku takut aku  tidak mampu, Bella. I just can't." Dengan lemah ayat itu meluncur keluar dari bibirnya. Keluhan berat dilepaskannya saat ini sambil memandang jauh ke dalam anak mataku. Bibirnya yang sedikit merah itu bersuara lagi.

"I'm sorry but your heart is going to get hurt real bad if you're with me..aku takut hati kau akan hancur jika bersama dengan aku." Rintihnya yang meraupkan wajah berulang kali. Terus sahaja aku mengangkat tangan kanan ke arahnya. Nampak seperti dia sangat tersiksa dengan permintaan arwah Kak Ngah. 

"Stop it, Danial Lee!Would you please stop it?" Dengan tegas aku berkata begitu. Nafas kutarik dalam-dalam.

"You better listen to me. I am still young. I'm only 22 and I don't wanna get married to anyone at this age! Dengan Faris pun saya tak mahu. Dengan awak pun saya tak nak." Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. 

"Awak tu yang kena cari pengganti arwah Kak Ngah! Awak yang harus berkahwin. Kenapa seret saya dalam cerita korang?!" Nada suaraku sudah pun naik dua oktaf dari tadi. Tak sedar yang aku sudah pun membentak dengan kuat saat ini. Wajah kuraup dengan kasar. Ada air mata bergenangan di tubir mata sedikit saat ini. 

Jangan ingat dia sahaja yang serabut dengan permintaan arwah Kak Ngah. Aku mahu dia tahu aku juga turut sama kusut. Paling aku tak boleh terima apabila Danial sedang memaksa aku untuk berkahwin dengan Faris. Dah hilang akal apa dia ni?! 

"Kalau kau tak kahwin dengan orang lain, at the end of the day..kau  terpaksa kahwin dengan aku."  Aku lihat dia menyebakkan rambutnya ke atas saat ini. Bersama kerutan di wajah aku bersuara.

"Danial..listen here..takde siapa yang akan paksa kita kahwinlah. Selagi tidak ada orang baca surat arwah Kak Ngah tu, selagi itu tidak ada siapa yang akan tahu..tidak ada siapa yang akan paksa kita." Niatku kononnya ingin menenangkan perasaan Danial. 

Beriya-iya aku berkata begitu namun yang aku dapat hanyalah ketawa besar seperti orang hilang akal. Namun tawa itu hanya untuk seketika. Wajahnya sangat serius saat ini.

"Silly girl! What makes you feel so confident when you don't even know the truth? Hmm? You don't even know what they are planning!" Marahnya.Nada suaranya sedikit kasar bergema di ruangan dapur yang sunyi ini.

"What do you mean?" Dengan pantas aku menyoal.

Sumpah aku betul-betul blur ketika ini. I don't even know what they are planning? Who? What plan?!! Aku lihat Danial menggelengkan kepalanya sedikit. Wajahnya ditundukkan sedikit supaya dia dapat memandang ke arahku dengan lebih jelas.

"Kalau kau tak nak kahwin dengan Faris, just go back to Seoul. Cari alasan balik Seoul sebelum  next sunday because we are getting engaged next sunday!" 

Sumpah aku rasa seperti jantungku telah pun terhenti sekejap tadi. Dengan pantas aku menarik nafas dalam-dalam.

"We..we..we are getting engaged next sunday? A...apa yang awak me..mengarut ni?" Tergagap-gagap aku bertanyakan Danial soalan itu. Dia pula dengan bersungguh-sungguh bersuara saat ini.

"Look..I'm trying to help you, Bella..just leave before you get hurt.. just go before it's too late. Aku akan uruskan flight ticket dan urusan-urusan yang lain. You just have to pack and leave. That's All." 

Pujukannya membuatkan aku semakin tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Siapa yang pandai-pandai mahu aku bertunang dengan Danial? Kenapa umi tidak maklumkan apa-apa pun kepadaku? Biar betul lelaki ni?! Bulat mataku bertentangan mata dengan Danial. Pelbagai soalan yang ingin aku ajukan saat ini. Pelbagai perkara yang aku ingin lelaki ini jelaskan kepadaku namun tidak tahu kenapa bibirku tidak mampu untuk berkata-kata. Kelu seribu bahasa jadinya.

Tok! Tok! Tok!

Ada ketukan pada pintu. Aku dan Danial, kami sama-sama tergamam ketika ini.

***

*driveling - mengarut/bercakap sesuatu yang merepek
* deaf - pekak
*engage- bertunang

Monday, 1 September 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 20]


Bab 20

Surat yang berada di tangan kuangkat tinggi saat ini. Sambil membelek surat yang dilipat empat ini, aku mengeluh nafas berat. Serta-merta aku bangun berdiri. Bella..Bella! Tadi bukan main tergedik-gedik lagi nak baca surat ini tetapi sekarang apa dah jadi? Soalku pada diri sendiri. Kaki mula melangkah ke kanan dan ke kiri. Ini mesti surat cinta Danial poyo tu kepada arwah Kak Ngah! Mesti punyalah..aku berani kerat jari. Senyuman nakal muncul di bibir. Danial? Menulis surat cinta. Bagai orang gila aku ketawa besar saat ini. Bagaimana agaknya kalau lelaki garang tu tiba-tiba jadi jadi sweet? Ergghh tak dapat kubayangkan. Danial, nasib baik aku ni baik hati tau! Kalau aku ni jahat, dah lama aku baca surat ni dan ketawakan kau kuat-kuat. Ada hati nak jadi sweet kasi surat bagai padahal perangai macam samseng! Terus sahaja surat di tangan kumasukkan ke dalam sampulnya. 

Bella, kalau surat cinta, kenapa di sampul surat ini tidak ada tertulis nama arwah Kak Ngah? Entah kenapa aku berasa sedikit pelik saat ini. Alamat pun takde..setem jangan cakaplah!

 Iyalah, kalau kasi by hand pun takkanlah tak ada nama dicoretkan di atas sampul ini? Bagaimana kalau ini bukan surat cinta? Bagaimana kalau ini adalah surat lain? Bagaimana kalau ada maklumat apa-apa di dalam surat ini. Contohnya tentang hutang arwah Kak Ngah ke..atau tentang perkara-perkara lain yang lebih serius? Ahhh...peningnya! Nak baca ke tak nak baca ni? Aku mulalah berubah fikiran.

Nafas kutarik dalam-dalam saat ini..

"Maafkan Bella Kak Ngah..Bella terpaksa buka surat ni." 

Sebaik sahaja aku berbisik dengan perlahan ayat tersebut, tangan lincah mengeluarkan kembali surat yang berada di dalam sampul. Sempat lagi mataku terarah pada pintu bilik yang berkunci rapat. Entah kenapa ada debaran melanda hati saat ini. Sumpah aku rasa sangat gelisah. Memanglah gelisah kalau curi-curi baca surat orang!

Nafas kutarik dalam-dalam dan kini seluruh fokusku pada lembaran surat bersaiz A4 di tangan.

Assalamualaikum Danial,

Baru membaca ayat di barisan pertama, aku terus mengerutkan dahi. Danial? Maknanya apa ini? Mati-mati aku ingatkan surat ini adalah surat cinta Danial untuk arwah Kak Ngah tetapi rupa-rupanya, surat ini adalah untuk Danial? Rambut yang terjurai ke hadapan wajah kusebakkan ke tepi.

Aku membaca kembali surat yang berada di tangan. Semakin laju jantung berdegup saat ini.

Assalamalaikum Danial,

Honestly I never wrote any letter before. Not an unofficial one like this. I pun tak tahu sama ada surat ini akhirnya akan sampai ke tangan you atau tidak. Well, how do I start yea? Danial, I just wanna let you know that I love you so much. All my life I've never prayed for someone like you. I hanya minta Allah berikan I seseorang yang baik tetapi Allah hantarkan kepada I seseorang yang terlalu baik. Thank you so much for everything you have done for me & for all the those time you stood by me..

Dari Bern ke Interlaken dan kemudian ke Zurich..I tak akan pernah lupa detik-detik manis dan kelakar you mengejar I. Dari tiada apa-apa perasaan, you buat I jadi terlalu cinta kepada you. Dari tidak ada ikatan, tinggal sebulan sahaja lagi sebelum kita mengikat tali pertunangan. Thanks for never giving up on me. In fact I'm very thankful to myself for giving you the chance to know me. 

Danial, my only one..
I tak tahu kenapa I tulis surat ni untuk you. I just don't know why. I don't know what I've been thinking lately. I selalu fikir bagaimana kalau apa yang kita rancang tidak kesampaian? Bagaimana kalau kisah cinta yang kita sulamkan selama ini terhenti di tengah jalan? Bagaimana kalau I pergi dulu? Meranakah you? Tersiksakah you? Deritakah you? Tolong Danial sayang..tolong jangan ikutkan perasaan. Tolong jangan tangisi suratan takdir kerana I pasti apa yang Allah lakarkan adalah yang terbaik buat setiap hambaNya. 

Danial sayang,

Ketahuilah yang cinta I pada you adalah tulus. Tidak ada yang lain hanya you. Seandainya I meninggalkan you, pastinya kerana I harus pergi ke dunia yang lain. Danial, hubungan kita terlalu istimewa kerana kita menemukan semula papa you dengan keluarga I. Hubungan yang terputus dan terpisah di antara dua negara kini bertaut rapat kembali disebabkan kita. I harap sangat rancangan kita untuk bersatu akan dipermudahkanNya..bukan semata-mata kerana kehendak kita, Danial..tetapi juga kerana keluarga kita. I mahu kegembiraan dan harapan  mereka untuk bersaudara terlaksana.

Danial..sekiranya..jika sekiranya I tidak mampu untuk bersama dengan you, ketahuilah I juga tidak mampu untuk melawan takdir Allah. Sekiranya I tiada, I harap you tetap akan capai bahagia. Walau bukan dengan I, mungkin dengan yang lain..mungkin juga dengan Salsabila..Bella.

I tidak memaksa tetapi sekiranya I tiada, mungkin you boleh ambil masa mengenali dia. She's really awesome, you see. Both of us are very different but she is really a great person. I cadangkan Bella kerana I tidak mahu kehilangan you. Danial, sekurang-kurangnya jika I tiada, biarlah I temukan dua insan yang I sayang. Sekurang-kurangnya, I tidak perlu risau lagi tentang you atau Bella. Sekurang-kurangnya harapan keluarga kita terlaksana. 

Danial, sekiranya ditakdirkan you tidak bersetuju dengan cadangan I, janganlah you memaksa diri. Don't force yourself tetapi..carilah pengganti agar you bahagia kembali. Walaupun I tidak mahu memaksa you, I juga tidak mampu bohong Danial..I amat berharap sekiranya bukan dengan I, you akan gantikan tempat I dengan Bella. Hanya dia yang paling layak. Percayalah pada I danial..

Danial sayang..I sangat berharap surat ini sampai kepada you sekiranya I benar-benar pergi menghadap Ilahi. Jika I tiada, I benar-benar berharap kalam terakhir I ini sampai kepada you, Danial..

Don't be afraid to love again..open your heart and follow where it leads you..:)

You know I will always love you..I will always do.
Maya
June 2012

Separuh mati jantungku berdegup saat ini. Surat yang berada di tangan kulemparkan ke tepi. Ya Allah..apa yang perlu aku buat ni? Terketar-ketar tangan meraup wajah. Terus sahaja aku bangun dari birai katil. Tangan kanan mengurut bahagian dada berulang kali. Rasa seperti hendak terhenti jantungku. Memulas-mulas perut saat ini. Ya Allah..kenapa begini? Aku menarik nafas dalam-dalam saat ini sambil kaki pula melangkah ke kiri dan ke kanan. Kak Ngah..kenapa Bella? Kenapa? Ada rintihan di dalam hati bergema. Serta-merta aku jadi tidak tentu arah. Buntu jadinya fikiran dan aku benar-benar tidak dapat berfikir dengan waras saat ini. 

Tak boleh jadi..memang tak boleh jadi. Terus aku meluru ke arah bagasi yang terdampar di sudut bilik. Zip pada bagasi kutarik dengan kalut dan aku mengeluarkan sebuah beg kecil dari dalamnya. Beg kecil ini berisi pensil dan segala peralatan tulis lain. Dengan tangan yang terketar-ketar aku membuka zip dan liquid paper kukeluarkan dari dalam beg kecil tersebut. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja aku memadam namaku di dalam surat ini. Nama siapa pula hendak kutulis bagi menggantikan namaku ini?

Tok! Tok! Tok!

Bulat mata menjegil ke arah pintu. 

"Bella..dah siap ke belum?"

Ya Allah Kak Long! Kelam kabut aku memasukkan liquid paper ke dalam beg berisi peralatan tulis dan kemudian beg kecil ini kucampakkan ke dalam bagasi.

"Aaaa..tengah pakai baju.." Jeritku kepada Kak Long di luar sana.

"Buka pintu ni..Kak Long nak ambil tudung." Ujar Kak Long pula. Kelam-kabut aku memasukkan surat ke dalam sampulnya semula dan kusumbat dengan pantas ke dalam poket seluar.

"Ye..kejap..kejap!" Jeritku lagi sambil menapak ke arah pintu. Pintu yang terkunci rapat kubuka dengan perasaan kalut yang masih belum lagi reda.

"Kak Long..Pak Su dan Mak Su dah sampai?" Soalku sebaik sahaja pintu kubuka. Aku cuba buat biasa namun entah kenapa tidak senang duduk diriku ini jadinya. Ikutkan hati mahu sahaja aku memeluk Kak Long  dengan erat untuk meredakan rasa yang bercampur baur di dalam hati ini.

"Dahh..Pakcik Dani pun ada tu." Jawapan Kak Long benar-benar membuatkan aku semakin pusing. Dia kulihat menonong masuk ke dalam dan meluru ke arah bagasinya.

Kalaulah semua orang tahu tentang surat arwah Kak Ngah ini..apa yang akan terjadi agaknya? Adakah mereka akan suruh aku kahwin dengan Danial? 

"Da..Danial ade tak?" Tergagap-gagap aku menyoal Kak Long. Gadis yang sedang membuka zip bagasi hitamnya kini menoleh ke mari dengan wajah yang berkerut. 

"Tak nampak pulak. Takde rasanya." Dia menggelengkan kepala. Anak matanya berlari ke seluruh wajahku. 

Tangan yang tadinya lincah membuka zip bagasi kini berhenti melakukan kerja itu. Kak Long bingkas bangun dari atas lantai dan melangkah ke arahku yang sedang berdiri di tepi katil.

"Bella..pandang sini.." Tangannya kini memegang lembut daguku. Mata dikecilkannya sedikit. 

"Kenapa muka Bella pucat lesi ni? Macam nampak hantu!"

 Kata-kata Kak Long membuatkan aku meraupkan wajah berulang kali. Habislah..Kak Long dah perasan. Kak Long..kalaulah Kak Long tahu..mesti Kak Long akan faham kenapa Bella jadi tidak keruan sampai begini.

"Mana ada Kak Long.." Dengan lemah aku menjawab. 

"Betullah..kenapa nampak lain macam aje ni? Kau okay ke dik?" Penuh prihatin soalan itu ditanyakan kepadaku. Aku pula tanpa menunggu dengan lebih lama, terus membuka mulut.

"O..o..okay! Bella okay..Bell Bella ke..keluar dulu ye!" Kelam-kabut aku berkata begitu. Sekali lagi wajah kuraupkan dengan kasar. Tertekan aku jadinya.

Semakin pelik wajah Kak Long memandang ke mari. Aku pula terus sahaja menyusup keluar dari bilik. Astaghfirullahalazim..apa aku nak buat ni? Haruskah aku berikan surat itu kepada Danial? Kacaunya jiwa, kusutnya fikiranku saat ini, Ya Allah..

***

Parah ni..memang parah! Baru aje jengkukkan kepala ke ruang tamu, aku dah nampak bayang Pakcik Dani yang sedang rancak bersembang dengan Pak Su dan beberapa orang jiran tetangga. Jantungku terus rasa seperti mahu melompat keluar apabila terpandang wajah papa lelaki itu. Ini baru nampak bapaknya tau! Kalau anaknya? Baik aku duduk kat dapur. Cepat-cepat aku melangkahkan kaki ke sana. Kelihatan umi dan Mak Su sedang sibuk bersembang dengan beberapa orang jiran yang datang bertandang. Mereka semua sedang duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang yang dibentangkan di sini. Ada cempedak goreng, agar-agar buah dan karipap pusing dihidangkan bersama dengan air teh panas.

Ikutkan hati mahu sahaja aku berkurung di dalam bilik tetapi takut pula umi syak apa-apa. Walaupun hati masih lagi kalut dan gabra, aku cuba juga berlagak selamba. Bersama wajah yang manis aku melangkah ke arah umi, Mak Su dan makcik-makcik jiran yang bertandang. Riuh-rendah jadinya dapur ini. Lekas-lekas aku bersalaman dengan Makcik Minah yang sedang tersenyum ke mari.  

"Amboii..makin lawa kamu ni Bella. Dah ade mata air ke?"  Soalan Makcik Minah kujawab dengan senyuman aje. 

"Belum ada lagi Makcik Minah..lagipun Bella masih belajar lagi." Jawabku yang sempat mengerling ke arah umi. Kemudian, aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Mak Jah yang memakai baju kurung biru.

"Ramai aje yang kahwin masa belajar Bella oiii..anak Mak Timah hujung kampung tu pun dah kahwin tau. Si Zalya..dia belajar  di London..sama umur dengan kamulah." Sampuk Mak Long Rubiah.

Terus sahaja aku menoleh ke arah Mak Long Rubiah yang bertubuh gempal ini. Isk..dorang ni..makin kacau jiwa aku yang sedia kusut. Belum sempat aku menjawab, Mak Jah yang tadinya diam pula menyokong kata-kata Mak Long Rubiah.

"Betul tu Bella. Zalya tu dah mengandung pun. Suaminya kerja akauntan kat sana." Kata-kata Mak Jah kusambut dengan senyuman sahaja. 

"Hee dah jodoh kan..lagipun okay la, suaminya pun ada kerjaya yang bagus. Stabil." 

Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mak Yam, Makcik Tini dan Nek Senah. Inilah masalahnya dengan dorang ni. Kalau tengok anak dara orang besar sikit, mulalah nak suruh kahwin. Lebih malang lagi, kalau dorang tawarkan diri untuk jadi tukang carikan jodoh.

"Mahu dengan tak mahu aje Bella..jodoh ni kalau kita asyik tolakkk aje..memang tak ada la sayang oi.." Ujar Mak Jah.

Dapat kulihat Mak Su tengah sengih ke mari.Entah kenapa apabila mendengar kata-kata Mak Jah itu, aku terbayangkan Encik Faris Hardy. Isk..takkanlah aku suka-suka aje nak terima kalau hati tak suka. Kusutlah! Baik aku blah dari sini. Di dalam kepala mulalah mencari-cari alasan untuk lari. 

"Erm..in syaa Allah..ada jodoh, ada lah nanti, Mak Jah.." 

Itu sahaja yang mampu aku ucapkan pada Mak Jah. Eleh cakap pandai. Anak dara dia tu dua-dua orang masih membujang. Apa kes? Nak bercakap ni, ingatlah sama pada Yang Maha Esa. Jodoh kan di tangan Dia. Kalau ada, ada lah nanti. Kalau belum ada, mesti yakin ada rancangan yang lebih baik yang Allah telah tetapkan untuk kita.Hishhh! Geram betul!

Umi dan Mak Su kulihat diam aje dari tadi. Aku tahu mereka malas hendak melayan. Siapalah yang tak kenal dengan mulut becok Mak Jah, Mak Long Rubiah dan Makcik Minah? 3 sekawan.

"Korang ni..biarlah dulu..takkan la asal ada yang berkenan dia nak terima buta-buta aje. Mestilah Bella nak kenal dan tengok dulu hati budinya. Cari suami ni kena betul-betul. Ye tak, Bella?" 

Aku mengangguk beberapa kali ke arah Ustazah Aisyah saat ini bersama senyuman yang sangat manis. Terima kasih ustazahku. Ustazah inilah yang mengajar al-quran kepada aku, arwah Kak Ngah dan Kak Long dulu.

"Itu saya setuju benar, ustazah. Mana boleh main tangkap muat aje." Mak Su yang tadinya diam kini bersuara. Tidak selesa betul apabila mereka menjadikan aku topik perbualan saat ini. Terus sahaja aku mengesot ke arah umi. 

"Umi..Bella nak ambil barang dalam kereta Kak Long kejap ye..kalau ada apa-apa nak tolong, panggil Bella." Ujarku sambil tersenyum sumbing. Itu aje alasan yang ada untuk aku keluar dari sini. Sesak rasanya dada. 

"Ye lah.." Apabila umi memberikan lampu hijau, aku terus bangun dan meluru keluar ikut pintu belakang rumah tanpa memandang ke arah makcik-makcik yang bermulut meriah itu.

Fuhhhh! Lega rasanya. Hilang sedikit sendat di dada dan fikiran apabila angin malam yang nyaman menampar tubuhku. Dengan perlahan-lahan aku melangkah ke arah hadapan rumah. Mata kini berlari kepada buaian yang letaknya betul-betul di bawah pokok ciku. Ada orang cakap, tak elok tanam pokok ciku dekat dengan rumah kerana hantu langsuir suka benar bergayut pada pohon ciku. Karut betul! Arwah ayah buat bodoh aje atas cakap-cakap orang tu. Ditanamnya juga pokok ciku tu kat depan rumah. Alhamdulillah, sepanjang aku hidup tidak pernahlah pula nampak langsuir bergayut di situ. Sambil menggelengkan kepala, aku terus sahaja menapak ke situ.

Setelah punggung kulabuhkan di atas buaian, tangan kanan mulalah menjalar ke dalam poket seluar. Sampul berisi surat arwah Kak Ngah buat Danial kukeluarkan dengan perlahan-lahan. Debaran yang tadinya sudah pun surut kini beraja di dalam dada kembali. Ya Allah..apa aku nak buat ni? 

"Berdosakah aku kalau tak berikan surat ni kepada Danial? Nak beri ke tak nak?" Terlepas soalan itu dari bibir dan serentak dengan itu juga surat yang sedang kugawang ke kiri dan ke kanan kini dirampas oleh seseorang dari belakang. 

Terkejut aku jadinya. Takkan ada langsuir kut?! Terus sahaja aku berpaling ke belakang dengan debaran di dalam dada yang semakin menggila.

"Heyy!" Terjerit kecil aku jadinya.

***