Bab 7
Haru betul! Pukul 8 pagi tadi,
Syaf sudah pun tercongok di hadapan pintu pagar rumahku. Tidak ada peluang hendak bermalas-malas di atas katil seperti selalu. Memang dia tidak beritahu aku pukul berapa kami akan bergerak ke rumah
Puan Sri, tetapi aku betul-betul tidak sangka seawal itu kami perlu ke sana. Kelam kabut aku jadinya. Muka pun masih 'blur' lagi ni. Rasanya, baru 5 minit di dalam van, tetapi sudah berkali-kali aku menguap. Majlis akan bermula pukul 5 petang nanti tetapi, Puan Sri mahu semuanya siap sebelum pukul 1 tengahari. Menurut kata Syaf, Puan Sri
tidak mahu Syaf gubah bunga-bunga tersebut di kedai. Dia mahu Syaf buat semua
itu di rumahnya. Ah, ini mesti kes dia nak awasi sendiri kerja-kerja kawanku
itu. Oh cerewetnya! Mata kujulingkan ke atas. Aku memang alergi sedikit dengan
orang yang cerewet macam tu.
Melihat kesungguhan Syaf, aku tahu job kali ini bukan calang-calang bayarannya.
“Syaf, pukul berapa kita boleh
balik nanti?” Soalku sambil memandang ke arah Syaf yang berada di kerusi
pemandu.
“Aik, belum sampai dah ingat nak
balik?” Dia menyoal aku semula sambil memandang ke arahku melalui cermin pandang
belakang van putih ini. Aku hanya mampu tersengih sahaja. Rasa seperti ‘mem’
besar pun ada jugak ni. Maklumlah, pertama kali duduk seorang diri di tempat
duduk belakang.
Selepas kira-kira 20 minit
perjalanan, van terus membelok ke kiri. Kami tiba di kawasan berbukit yang
menempatkan banglo-banglo besar yang
tersergam indah. Tiba-tiba sahaja kawanku itu memberhentikan kenderaan. Alamat
di tangannya ditilik sekali lagi. Kemudian dia menoleh ke belakang dan
tersenyum manis ke arahku.
“Kau okay? Bunga-bunga aku okay?
Takde kotak yang terbalik kan?”
Syaf bertanya kepadaku. Ceria sungguh kulihat rakanku yang lincah ini.
“Semua okay! You know you can trust
me.” Jawabku pula sambil mengangkat ibu jari.
“Of course, of course.” Angguknya beberapa kali. Kemudian gadis itu
menoleh semula ke hadapan. Dia lantas membelokkan van ke kanan dan berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah yang
tersergam indah. Tapi, pandanganku terbatas disebabkan oleh pintu pagar yang dibina
terlalu tinggi.
“Kenapa kau berhenti pulak ni? Nak pastikan aku dan bunga-bunga kau ni okay lagi ke?” Soalku dengan nada
yang sedikit pelik.
“Kita dah sampailah!”
Aku terus memandang ke arahnya.
“Hah? Kau biar betul. Check sekali
lagi alamat tu!” Ujarku. Iyalah, takut juga kalau kami salah rumah.
“Kenapa dengan kau Fina?!” Soal Syaf tidak puas hati pula.
“Tak cukup tidurlah tu. Sebab tu
agaknya kau pening-pening lalat pagi ni.” Ada
sengihan panjang di hujung ayat. Syaf, memang suka kenakan aku. Lidah
kujelirkan sedikit ke arah gadis itu.
***
Seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam keluar dari
pondok pengawal bersama buku log di
tangan. Aku memandang ke arah Syaf yang sedang berada di bahagian hadapan van. Gadis bertudung bawal warna biru itu lekas-lekas
menurunkan cermin kenderaan.
Selepas syaf memberitahu yang kami dari Cinta
Florist, terus sahaja lelaki itu membuka buku lognya. Jari lelaki yang berwajah
serius itu berlari di atas kertas, seperti sedang menyemak sesuatu. Selepas itu, dia menghulurkan
buku log tersebut untuk ditandatangan oleh Syaf.
Entah kenapa, hatiku menjadi
semakin gusar.
Ini baru nak masuk, dah macam-macam
prosedur. Kalau berada di dalam nanti, bagaimana agaknya? Wajah pengawal
keselamatan pun ‘ketat’ betul, bagaimana agaknya riak wajah Puan Sri, pemilik
banglo mewah ini?
Rumah atau istana ni? Bukaan mulut
yang membentuk huruf O semakin luas sebaik sahaja pintu pagar automatik itu
terbuka. Rasanya bukan sahaja lalat dan langau, bahkan tebuan pun muat untuk masuk ke dalam mulut saat ini. Aku
menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak peduli pun tentang keadaan tudung yang
senget-benget.
Tipulah
kalau aku katakan yang tidak ada sedikit pun perasaan menyesal bertapak di hati
kerana menerima tawaran Syaf untuk membantunya hari ni. Bolehkah aku yang biasa-biasa sahaja dengan bunga, tak ada
pengetahuan asas tentang bunga dan tak pernah bekerja dengan bunga membantu
Syaf sebentar lagi? Tangan kanan memicit dahi.
Anak mataku berlari ke arah susunan
kotak-kotak berisi bunga yang memenuhi bahagian belakang van ini. Tangan pula
masih memeluk dua baldi aluminium yang berisi bunga mawar berwarna putih di
bahagian kiri dan kananku. Risau kalau terbalik pula baldi-baldi ni nanti.
Sebaik sahaja van meluncur masuk ke dalam
halaman rumah, dapat kulihat dengan jelas betapa luasnya taman yang terbentang
di bahagian kiriku. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang menyusun meja dan kerusi
di situ.
Aku membetulkan kaca mata. Ada
seorang wanita kulihat sedang bercekak pinggang. Tangannya menunding ke kiri
dan ke kanan. Seperti sedang memberikan arahan sahaja kepada kumpulan lelaki yang sedang menyusun
meja dan kerusi itu. Entah-entah yang itu Puan Sri agaknya? Aku meneka. Kemudian Mataku
berlari ke arah beberapa orang yang sedang memasang ‘banner’ berwarna biru
pastel. Aku cuba
membaca tulisan yang berwarna-warni pada banner tersebut.
“Happy Birthday Mizara Hana!”
Memang Syaf ada memberitahuku yang
majlis ini adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran cucu perempuan Puan Sri.
Tapi, daripada apa yang aku lihat, persiapannya seperti majlis perkahwinan
pula! Berjuta kali ganda lebih ‘grand’ daripada sambutan hari lahir Fisya. Siap ada pentas lagi. Di atas pentas terdapat
sekumpulan manusia yang sedang mengeluarkan alat muzik.
Pengamatanku terhadapan kawasan
taman terhenti seketika apabila terpandang ke arah pengawal yang sedang
menggawangkan tangan ke arah kami. Dia membuat isyarat supaya Syaf membelok ke
kanan.
Setelah meletakkan kenderaan di
kawasan khas yang tersedia, Syaf terus
turun dari van. Amboi, gembira sungguh kulihat rakanku itu. Mulutnya siap
bersiulan lagi. Dia kemudiannya terus membuka pintu belakang van untuk aku.
“Syaf..biar betul kau ni?” Soalku
yang tidak berganjak dari tempat duduk.
“Apa yang tak betulnya? Aku masih waras
lagi la!” Dia membuat isyarat supaya aku menghulurkannya baldi yang berisi
bunga di sebelah kiriku.
“Kau pernah ada pengalaman buat
kerja ni sorang-sorang?” Soalku sedikit risau.
“Belum lagi. Tapi aku pernah tolong
Kak Ani dulu. Kau janganlah risau.” Aku menggelengkan kepala. Tanganku lincah
menghulurkan baldi berisi bunga ros putih kepadanya. Berat jugak rupanya baldi ni!
Nampak macam ringan. Encik abang pengawal tu pulak hanya tahu pandang aje kelibat kami dari jauh.
Bukan nak datang tolong! Isk.
“Berani betul kau terima job ni
semasa Kak Ani tak ada.” Bidasku dengan geram. Aku terus melompat keluar dari
van.
“Aku dah beritahu dengan Puan Sri
yang Kak Ani masih lagi bercuti. Dia okay aje.” Selamba sahaja Syaf berkata
begitu. Ye ke Puan Sri yang cerewet tu tidak kisah? Ragu-ragu hatiku hendak percayakan kata-kata Syaf! T-shirt di
badannya dibetulkan sedikit sebelum mengeluarkan sebuah lagi baldi aluminium
yang berisi bunga segar dari dalam van.
“Habis tu, Puan Sri tahu tak yang kau takde
pengalaman buat kerja ni sorang-sorang?” Sebelah keningku terangkat. Aku membetulkan
kaca mata yang melorot ke hidung.
“Tak tahu.” Ujarnya dengan tenang.
Dia kemudiannya terus masuk ke dalam van. Tangannya berlari memeriksa bunga di
dalam kotak-kotak yang tersusun tu. Aku menarik nafas panjang. Belum sempat aku
berkata apa-apa, dia telah terlebih dulu bersuara.
“Dah dia tak tanya, takkan aku nak cakap kan? Janji masyuk!” Ada sengihan di bibirnya.
Sempat lagi dia memetik jari di hadapan wajahku sebelum membawa kedua-dua baldi
berisi bunga itu menuju ke arah rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah
di hadapan kami.
Aku pula hanya mampu mengetap bibir
ketika ini dan memandang ke arah Syaf yang sudah pun berada jauh di hadapan. Laju betul minah tu jalan! Bukannya nak tunggu aku.
Aku terus mengeluarkan dua buah kotak berisi bunga dari
dalam van dengan penuh hati-hati. Menurut Syaf, semua bunga-bungaan yang
terdapat di dalam kotak ini terdiri daripada pelbagai jenis, warna dan saiz. Syaf
sudah pun memotong bunga-bunga tersebut mengikut ukuran tertentu. Katanya, sekejap
lagi dia hanya perlu menggubah dan menghias sahaja. Jadi, tidak perlulah
kami berlama-lama di sini.
Baru sahaja ingin mengatur langkah,
sebuah kereta tiba-tiba sahaja meluncur laju di hadapanku. Nasib baik aku tidak dilanggarnya. Gaya pandu kereta, macam nak bunuh orang
aje! Marahku di dalam hati. Kalau kotak yang berisi bunga ni tergolek takpe,
tapi kalau aku tergolek sekali macam mana? Hisy! Aku terus mencerlung tajam ke
arah kereta mewah yang kulihat sudah pun dimatikan enjinnya itu. Kenapa agaknya
kebelakangan ini, selalu aku jumpa dengan pemandu yang tidak berhemah?
Sebelum mengatur langkah, aku
menoleh sekali lagi ke arah kereta mewah tersebut. Rasa geram masih lagi beraja
di hati. Pemandunya yang tidak berhemah itu rupa-rupanya sudah pun keluar dari kenderaan.
Aku terus mengatur langkah tetapi tiba-tiba sahaja langkahku terhenti. Ada sesuatu yang tak kena ni. Dahiku berkerut sedikit. Kenapa macam pernah kulihat sahaja lelaki
itu? Di mana ya? Kepala kupusingkan ke
belakang sekali lagi.
Ya Allah! Memang dia! King of
Crocodile! Balik-balik muka dia! Bagaimana pula dia boleh berada di sini? Patutlah aku tak perasan tadi, kereta lain pula yang dipandu lelaki itu untuk kali ni. Begitu
besar muka bumi Allah ini, tetapi selalu sahaja kami berada di tempat yang
sama.
‘ Ada jodoh kut?’ Entah kenapa ada suara yang
berkata begitu saat ini.
‘Jodoh kepala hotak kau Fina!’ Aku
memarahi diri sendiri.
Gerun hati apabila memikirkan kejadian aku
menampar wajahnya dua hari yang lepas. Dengan pantas aku terus menutup wajah
dengan kotak-kotak bunga di tangan. Cepat-cepat aku berlari menuju ke arah
Syaf. Bunga yang ditatang dengan penuh hati-hati tadi tidak lagi kupedulikan
keadaannya. Nak terbalik ke, nak tergolek ke, lantaklah! Yang penting fungsi kotak ini sekarang hanyalah untuk menutup wajahku dari dikenali lelaki tersebut.
Fina! Bersedialah! Kalau
bunga-bunga ni lingkup, pandai-pandailah kau jawab dengan Syaf dan Puan Sri
nanti! Aku mengingatkan diriku.
***
sambung lagi :)
ReplyDelete😄 cont plizz
ReplyDelete😄 cont plizz
ReplyDeletehabis la fina... jumpe je dgn king.. hehehe... sambung2...
ReplyDeleteNAK LAGI..... TAK SABAR NAK TAHU CERITA SETERUSNYA.
ReplyDeletenak next n3
ReplyDeletetak puas...nk lagi nk lagi
ReplyDeletebest!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletexsbr nk tunggu novel versi cetak
nak sambungan
ReplyDelete'nazfa namia'
Hebat lah hebaaatt (Y)!!! :D
ReplyDeleteBest(Y) Sambunglah lagi...
ReplyDeleteI like this novel....best sngt....
ReplyDeleteNik Ainaa, Anonymous, Wardah Zainal, Anonymous2, Syafira, Siti Zainon Sukan, Anonymous 3, Nazfa Namia, Anonymous 4: Assalamualaikum semua..terima kasih kerana sudi mengikuti PISA. InsyaAllah, sambungannya pasti akan ada tak lama lagi. Nantikan ye :)
ReplyDeleteAnonymous 5 : thank u so much sebab sukakan PISA..sangat2 menghargainya :)
ReplyDeletedh jmpe king plak....abis2
ReplyDeletebest!!!...nk lg kak...hehe...
ReplyDeletebest!!!nk lg kak...hehe..
ReplyDeleteBetapa kecilnya dunia fina dan mamat sengal tu kan.. ada sahaja Mr K tu..adakah mamat sengal tu akan membuli fina bila mengetahui yg fina ada disitu dan mengenakan gadis polos itu..dia kan telah ditampar oleh gadis itu..
ReplyDeletemmg ada jodoh la tuuu...best! nk lagi ya...
ReplyDeletehurmm...bestnye...cepat la smbung kak...dh xtahan menunggu dh ni...hihih...mmg best la...apalah agak2nya yg akn t'jd strusnya...huhu...:)
ReplyDeletebila kak suri wt style yg baru ni, tertya2 apa yg jd kmudiannyer..kak suri cepat2 update g tau! :)
ReplyDeleteSuri, cepat2 la keluarkan novel...tak sabar dah ni..best sgt2....
ReplyDeletebest lah citer ni...akak,sambung kak bleh ^^.ganbatte !
ReplyDeletenak smbunganya ~ ^^
ReplyDeletesambung lagi ekk kak suri :)
ReplyDeletebest2 <3
:) baru bce PISA today :) dah jatuh chentaa nihh.. hihixx..gud jOb kak suri :)
ReplyDeletebest2 =)
bru bce PISA today :) dah jatuh chentaa nihh :)
ReplyDeletehek3.. terrbaikk ar kak suri !
best3 ^__^
mmg da jodoh...:)
ReplyDeletemesti pasni ada perang besar akan meletus....ahaks~
NAK LG.
ReplyDeletelama xbace novel suri..selamat berkarya semula..besss..
ReplyDeletebest la novel ni kak suri. cepat la smbg dah x sabar nk tahu kisah selanjutnya......
ReplyDeletex sabarnya nak tau citer sterusnya...
ReplyDeleteakak sila update cepat :)
ReplyDeleteyeay tekaan WC betol!!! memang btol Mr.King ade kena mgena ngn Puan Sro Cerewet
ReplyDeleteI follow..!!
ReplyDeletealaa...tak suke tak suke tak suke.....huhuhuhuhu
ReplyDeletetak sabar tak sabar...nak tunggu
cute largh fina nie...:))
ReplyDelete~uly ct~
Start baca lagi.. ;D
ReplyDeletebest .. but sye ade satu rancangan .. ape kate blog nie letak muzik sket .. bru syiokk !! cadangan muzik => KENNY G - the moment / titanic ..
ReplyDeletebest .. tpi bosan sket lha .. ape kate blog nie letak muzik .. bru syiokkk !! cadangan => KENNY G - the moment/titanic ..
ReplyDelete