Bab 5
Kalau boleh disukat
peluhku, dah cukup sebaldi agaknya. Aku meraupkan wajah beberapa kali. Tidak
sangka pula papa akan naik angin dengan teruk sekali pagi ahad begini.
Merah padam mukanya menahan marah. Telefon bimbit di tangan telah beberapa kali
dicampak kasar ke atas sofa kerana tidak dapat menghubungi Fisya. Kalau mereng
telefon bimbit papa selepas ini, tahulah aku apa puncanya.
Muka mama pula semakin tidak
bermaya. Risau aku melihat keadaan ibuku ini. Maklumlah mama ada penyakit darah
tinggi. Pernah beberapa kali mama masuk hospital. Terus sahaja aku mengusap
tangannya. Sememangnya ini bukan kali pertama mama jadi begini disebabkan Fisya.
Tapi, ini adalah kali pertama aku tengok papa naik hantu. :o
Jantungku bergedup kencang. ‘Habislah
kau Fina! Mesti Fisya akan terus membenci kau!’ Ada suara yang berkata begitu kepadaku saat
ini. Aduhai, aku pun tak tahu bagaimana mulutku yang celupar ini boleh beritahu papa yang Fisya ikut King semalam. Dah tu, papa yang tanya..takkan nak menipu pulak.
Yang nyata, aku memang risau
apabila Fisya tidak balik semenjak semalam. Tidak boleh tidur aku jadinya. Kecut
perut apabila memikirkan kemungkinan Fisya menghabiskan malam bersama dengan
King. Risau jika Fisya menconteng arang ke muka kedua orang tuaku.
Tersentak aku jadinya apabila papa membaling
telefon bimbit ke atas sofa sekali lagi. Tapi kali ini, telefon bimbit mama
pula yang jadi mangsa.
“Fisya ni dah betul-betul
melampau!” Kuat herdikan papa menampar
gegendang telingaku. Rasanya kalau aku sedang berada di ruang atas pun aku
tetap boleh dengar suara papa ketika ini.
“Marini, entah-entah selama ni dia
tak pulang ke rumah sebab bermalam dengan jantan!” Terlopong seketika aku ketika
ini. Papa juga takut sekiranya sesuatu berlaku di antara King dan Fisya
semalam. Mama hanya mampu memandang kosong ke arah pintu yang terbuka luas. Aku
lihat papa mundar-mandir ke kiri dan ke kanan.
“Sejak bila dia berani tak pulang
ke rumah ni??!” Matanya memandang tajam ke arah mama. Mama pula yang sedang
memicit dahi hanya diam membisu. Aku tahu mama banyak merahsiakan perangai
buruk Fisya dari papa. Mungkin kerana mama tidak mahu papa naik angin sebegini
rupa.
“Marini..saya sedang bercakap
dengan awak. Awak dengar ke tidak?” Kali ini kendur sedikit nada suaranya. Mama
menyeka air mata yang sudah pun membasahi pipinya. Aku terus menundukkan wajah.
Tangan mama kugenggam erat.
“Se..sejak ke..kebelakangan ni aje
dia jadi macam tu. Sebelum ni dia tak pernah bermalam kat luar..” Terus sahaja
aku memandang wajah mama. Mama nampaknya, masih juga ingin menyembunyikan
keburukan Fisya.
“Oh..jadi sejak kebelakangan ni
pernahlah dia tak balik? Kenapa awak tak beritahu saya?” Soal papa sambil
bercekak pinggang. Jelas kelihatan riak tidak puas hati di wajah tuanya.
“Dia pernah beritahu saya dulu.
Kalau dia tak balik tu, maksudnya dia bermalam di rumah si Baby atau Nina.”
Lemah sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari mulut mama. Mama nampak begitu
serba-salah saat ini.
“Awak ni memang terlalu manjakan
dia!” Bentak papa. Di dalam hati aku berdoa agar cepatlah Fisya sampai. Aku
tidak mahu papa dan mama bergaduh.
Mama sendiri pernah mengaku
denganku yang dia terlalu memanjakan Fisya. Sebab itulah adikku itu naik lemak.
Kalau aku yang buat perangai begini masa tinggal di kampung dengan arwah nenek
dulu, pasti sudah berbirat badanku dipukul dengan rotan.
“Memang cari nahas budak ni! Nasib
baik Fina nampak semalam. Kalau tidak, sampai sekarang kita tak tahu dia keluar
dengan jantan!” Tersentak bahuku kali ini mendengar jerkahan papa. Memang aku
tidak sedap hati.
Kalaulah papa tahu King itu seorang kasanova yang berjaya, tak tahulah aku apa nak jadi. Melihat keadaan papa, aku memang tak berani langsung nak buka mulut.
Kalaulah papa tahu King itu seorang kasanova yang berjaya, tak tahulah aku apa nak jadi. Melihat keadaan papa, aku memang tak berani langsung nak buka mulut.
“Fina!” Mata papa mencerlung tajam
wajahku.
“Ye papa..” Jawabku dengan
perlahan.
“Fina kenal ke lelaki yang bawa
Fisya keluar semalam tu?” Soal papa
dengan tegas. Matanya menangkap anak mataku.
“Err..Fina..Fina pun..” Ya Allah,
apa yang harus aku jawab ni?
“Kamu cakap betul-betul dengan papa
Fina..” Herdik papa. Papa kulihat sudah mula hilang sabar. Aku terus
menggelengkan kepala.
“Tak kenal papa! Sumpah Fina tak
kenal. Cuma yang Fina tahu, namanya King!” Sebelah tangan kuangkat seakan gaya orang berikrar.
“King? Bangsa apa tu? Dengar nama
pun aku dah tahu macam mana orangnya!” Jerkah papa. Aku menggaru kepala yang
tidak gatal. Ya tak ya jugak. Apa agaknya nama sebenar si buaya tu ye? Aku terus menundukkan wajah. Tangan kanan
memintal-mintal hujung lengan baju t-shirt yang tersarung di badan.
“Abang..mungkin anak kita dah balik tu..Alhamdulillah
syukur..” Mama bersuara. Gembira betul kulihat wajahnya. Anak mata pula masih menghala ke arah teksi yang berada di hadapan pintu lpagar yang terbuka luas.
Terus aku melangkah ke arah pintu.
Fisya baru sahaja turun dari teksi. Mama dan papa juga mengekori langkahku ke
sini.
“Hah! Mana dia!” Tengking papa. Aku
semakin takut dengan apa yang bakal terjadi sekarang.
Semenjak berpindah ke sini 5 tahun
yang lalu, inilah kali pertama aku berada di dalam situasi ini. Sangat
mengerikan.
“Abang..janganlah berkeras sangat
dengan Fisya tu..” Mama mendongakkan kepala ke arah papa.Tidak ada lagi keresahan pada
wajahnya. Jelas mama begitu sayangkan Fisya. Papa pulak, terus bercekak
pinggang dan mencerlung tajam ke arah
mama.
“Habis tu? Nak tunggu perut anak
kita tu buncit dulu, baru nak berkeras?! Masa tu semuanya dah tak guna, Marini!
Kali ni, biar saya pulak yang ajar dia!!” Tengking papa. Aku hanya mampu
memandang ke arah Fisya yang sedang menuju ke arah kami. Gaun pendek berwarna
biru tersarung di badannya. Pasti ini baju kawannya. Semalam dia hanya keluar
sehelai sepinggang.
Tanpa pedulikan kami yang berkumpul
di muka pintu, dia terus meredah masuk ke dalam rumah.
“Morning everybody!” Dengan selamba
gadis itu mencapai surat
khabar di atas meja. Aku lihat mama sudah pun melabuhkan punggung di sebelah
Fisya. Papa pula mencerlung tajam wajah adikku itu. Dia masih berada di muka
pintu.
“Kenapa dengan semua orang ni?”
Soal Fisya.
Mungkin pelik kerana kami semua hanya diam dan
memandang ke arahnya. Sedikit berkerut dahinya ketika ini. Anak matanya berlari
ke
arah papa dan mama silih berganti. .
“Kenapa, kau tanya??” Herdik papa.
Nyata Fisya sangat terkejut. Surat
khabar yang berada di tangannya terus dicampakkan ke atas meja.
“Tengok tu! Sekelumit pun tak ada
rasa bersalah!” Lemah lututku melihat
betapa tajamnya pandangan yang diberikan papa kepada Fisya.
“Papa! Kenapa dengan papa ni?”
Fisya terus berdiri sambil buat muka ‘blur’. Aku tak tahu dia betul-betul ‘blur’
atau hanya berpura-pura sahaja. Papa kulihat terus melangkah ke mari.
“Sejak bila kau pandai tak balik
rumah? Kau tidur mana semalam? Dengan jantan tu ke?” Herdik papa. Jarinya
ditunding ke arah luar rumah. Mama hanya mampu mendiamkan diri sahaja.
“Jantan mana papa? Fisya tak faham
la..Fisya keluar dengan Baby dan Nina aje semalam. Fisya tidur rumah diorang.”
Bersungguh-sungguh dia berkata begitu. Aku boleh percaya yang dia tidak tidur
bersama King. Tapi, aku tahu dia menipu apabila dia berkata yang dia keluar
hanya bersama Nina dan Baby. Dah sah-sah aku nampak dia masuk ke dalam kereta King
semalam.
“Kau jangan nak menipu! Ingat kami
tak tahu ada jantan jemput kau kat rumah ni semalam?!” Tempikan papa bergema
lagi. Mama terus bangun dari sofa.
“Abang..sudahlah tu..kalau jiran
tetangga dengar macam mana?” Bahagian belakang badan papa diurut lembut. Aku
lihat wajah papa yang tadinya tegang kini mula mengendur. Fisya pula terus
meluru ke arahku.
“Ni mesti kau yang bawak mulut kan?” Dia menunding jari
tepat ke wajahku. Aku terus bangun. Belum sempat aku bersuara, Fisya terus
mengherdikku lagi.
“ Tolonglah perempuan! Aku mintak
tolong sangat dengan kau..jangan nak jaga tepi kain aku! Bodoh!” Seraya berkata begitu kepala aku ditunjalnya
beberapa kali. Aku hanya berdiri kaku sahaja saat ini. Tanpa aku duga, papa
terus menarik lengan Fisya. Kemudian tangan kanannya diangkat tinggi dan
dihayunkan tepat pada wajah adik kembarku ini.
“Kurang ajar punya budak!” Tempik
papa. Berdegup kencang jantungku saat ini. Ya Allah, tolonglah pulihkan kembali
keadaan.
“Abanggg!” Jerit mama pula. Air mataku sudah
mula bergenangan. Ya Allah, kenapalah arwah nenek pergi cepat sangat. Kalau
tidak, aku lebih rela terus tinggal dengan nenek di kampung.
Fisya kulihat masih tidak percaya papa sanggup
menghadiahkan penampar sulung kepadanya. Tangan kanannya mengusap-usap pipi.
“Macam tu kau cakap dengan kakak kau? Kau ni
memang dah melampau!” Herdik papa lagi. Nampaknya papa masih tidak puas hati
terhadap Fisya.
“Cepat minta maaf dengan Fina!”
Arah papa. Fisya pula terus membentak.
“Jangan haraplah!” Terus sahaja dia
berlari naik ke atas.
“Kurang ajar!” Sekali lagi papa
membentak. Aku hanya mampu memandang ke arah permaidani sahaja. Mama pula terus berlari naik ke atas, mengejar
langkah Fisya.
Aku lihat papa meraupkan wajah
sebelum mencapai kunci kereta yang terdampar di atas meja. Beberapa saat
selepas itu, dia terus keluar tanpa berkata apa-apa kepadaku. Dengan
perlahan-lahan aku menyeka air mata yang mengalir sambil bergerak ke arah
tangga. Walaupun pedih kata-kata yang dilontarkan kepadaku sebentar tadi,
aku sudah tidak peduli. Aku hanya mahu
berbaik dengan Fisha semula.
************************************************************************
Bab 6
Dah macam jaga pencen pun ada jugak
aku ni. Hampir sejam aku mundar-mandir di hadapan pintu bilik Fisya. Semenjak
ditampar papa tadi, dia terus sahaja mengunci diri sehinggalah ke saat ini. Aku
bersandar pada dinding. Mata pula
kuhalakan ke arah pintu kayu yang tertutup rapat.
Aku dan Fisya memang tidak pernah sebulu.
Mungkin kerana kami sudah lama terpisah. Sewaktu papa dan mama pindah ke Kuala Lumpur dulu, aku
dan Fisya berusia 5 tahun. Kata arwah nenek, arwah atuk yang beriya-iya mahu
aku tinggal di kampung. Mama dan papa, walaupun berat hati, akhirnya akur
dengan permintaan arwah atuk. Mereka tidak mahu arwah atuk dan arwah nenek
sunyi.
Aku? Aku tak kisah pun. Arwah atuk
dan arwah nenek memang sayangkan aku. Aku sentiasa dimanjakan tetapi, kalau aku
buat salah memang siaplah! Hendak tergelak pula apabila teringatkan kejadian
semasa darjah 4 dulu. Bersama rotan di tangan, arwah atuk mengejar aku keliling
rumah kerana ponteng kelas agama. Nasib baik tidak terlondeh kain pelikat yang
tersarung di tubuh kurusnya tu. Habis berbirat tapak tanganku dirotan arwah
atuk. Tapi, sebelah malamnya, arwah atuk jugalah yang sapukan minyak angin.
Senyum panjang aku ketika ini. Semasa arwah atuk pergi meninggalkan kami, aku
berusia 12 tahun.
Fisya pula membesar di bandar besar. Memang dia jijik hendak
berkawan dengan aku yang sentiasa selekeh ketika kecil dulu. Kami memang tidak
rapat. Tambahan pula, papa dan mama jarang pulang ke kampung. Rasanya setahun
sekali aje kot. Tu pun masa hari raya aidilfitri. Namun begitu, mereka tidak pernah melupakan
tanggung jawab terhadap aku. Kata arwah nenek, papa tidak pernah lupa
memberikan wang untuk perbelanjaan aku.
Kerap juga mereka menelefon ke kampung.
Tapi, ketika kami berumur 15 tahun, papa dapat bertugas di utara semula. Semenjak itulah, papa dan mama menetap di Pulau Pinang ni. Selalu juga mereka pulang ke kampung tetapi jarang sangat Fisya ikut sekali.
Aku menghela nafas berat. Tak tahu di mana silapnya, hubungan
aku dan Fisya semakin lama semakin renggang. Mungkin kerana kami memang tidak
pernah rapat semenjak kecil.
Keadaan menjadi kronik apabila
arwah nenek meninggal dunia dan aku terpaksa berpindah ke sini. Masa tu aku
berada di dalam tingkatan empat. Fisya yang perasaan dirinya anak tunggal
merasa tidak selesa dengan kehadiranku. Di sekolah aku selalu cemerlang di
dalam pelajaran dan sukan. Fisya pula pelajar bermasalah. Nampak tak ada gap yang besar di situ? Semenjak aku
datang ke sini, selalulah papa dan mama membuat perbandingan. Bukan apa, mereka
juga mahu Fisya berjaya di dalam pelajaran.
Lamunanku terhenti apabila terdengar bunyi deringan telefon bimbit.
Pantas aku berlari masuk ke dalam bilikku. Ah..Syaf yang menelefon. Aku ingatkan siapa tadi.
“Mayday mayday!”
Cemas nada suara Syaf ketika ini. Aku
melangkah ke arah tingkap.
“Hah? Mayday? Kau ingat kapal
terbang nak terhempas ke apa ni? Dahlah tak bagi salam!” Bidasku. Langsir
bermotif flora kuselak dengan luas. Aku membuka tingkap dengan menggunakan
sebelah tangan.
“Assalamualaikum! Fina! Kau kena
tolong aku hari ni.” Laju betul dia bercakap. Aku yang dengar ni dah rasa
tercungap-cungap. Dari nada suaranya, aku tahu dia betul-betul cemas.
“Waalaikumussalam. Tolong apa?”
Soalku sambil membuang pandang ke arah kanak-kanak yang sedang seronok bermain
basikal di hadapan rumah. Tenang rasanya hati untuk seketika.
“Kau tahu kan tentang
tempahan bunga oleh Puan Sri Zahida yang cerewet tu?”
Kelam-kabut Syaf menyoalku.
“Hm..tahu. Kenapa?” Mataku masih
pada kanak-kanak di luar pagar rumah.
“Aku perlukan bantuan kau!” Gadis
itu menjerit kecil. Aku pula terdiam sebentar. Sengal betul dia ni.
“Hah? Aku mana tahu pasal bunga!
Nak gubah bunga? Lagiii la aku tak pandai!” Ujarku dengan bersungguh-sungguh.
“Aku bukan nak suruh kau gubah
bunga. Itu kerja aku. Aku cuma nak kau tolong aku masa kat rumah Puan Sri tu
esok. Banyak sangat bunga yang kena bawak ni. Lepas tu, nak susun kat atas meja
lagi, nak letak dekat....” Aku terus memotong kata-katanya.
"Aku tak pandailah Syaf.." Sebelah tangan menopang dagu.
Bukannya aku tak mahu tolong tetapi aku rasa berat hati sikitlah. Bab-bab susun-menyusun,
hias-menghias bunga ni, memang aku surrender
awal-awal. Dapat kudengar dengan jelas keluhan Syaf di hujung talian.
“Abang Din mana?” Soalku. Kedua-dua
keningku terangkat ke atas sedikit. Aku mula melangkah ke arah katil.
“Tu la masalahnya. Abang Din
kemalangan!” Hah? Kemalangan?! Terus tak jadi hendak baring apabila mendengar berita yang baru
disampaikan oleh gadis itu. Terkejut aku jadinya.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.Teruk
tak?” Soalku dengan dahi yang berkerut. Rasa sangat simpati terhadap Abang Din
yang rajin bekerja itu.
“Dia patah tangan je la..bukannya
dah meninggal dunia.” Bidas Syaf. Aku pula terus menggelengkan kepala. Lupa
lagilah tu!
“Astaghfirullahalazim..kau ni Syaf.
Kalimah tersebut diucapkan apabila kita dengar khabar buruk. Sebutlah ayat
tu bila dengar khabar orang ditimpa musibah. Tak semestinya bila dengar orang
meninggal dunia aje la..! Kak Faz pernah tegur kau fasal hal ni dulu. Lupalah
tu!” Dengan geram aku membidas. Bukan apa, Syaf memang tidak ambil berat
tentang hal-hal begini. Bila Kak Faz berkongsi ilmu, dikatanya Kak Faz suka
kasi ceramah free. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itulah Syaf.
“Erk..aku lupa..” Sempat lagi Syaf
ketawa kecil di hujung ayat. Syaf..Syaf!
“Fiiiiinaaaa..” Panggilnya dengan nada
manja yang dibuat-buat.
“Apa?”
“Boleh tak kau tolong aku? Kak Ani
dah setuju nak bayar kau sama macam dia bayar Abang Din.”
Aku masih berkira-kira untuk cakap
ya atau tak. Tapi, kalau aku tolong dapat juga duit poket. Ada sengihan di bibir ketika ini.
“Hm..bolehlah..” Aku memberikan
jawapan. Kedengaran tawa nakal Syaf di hujung talian.
“Hai, terus boleh?” Soalnya.
“Mestilah Syaf..tak baik tolak
rezeki..” Jawabku pula. Rambut yang terjuntai ke muka kusebak ke belakang.
“Tapi untuk kali ni aje tau. Kau
kena cari pengganti Abang Din secepat mungkin.” Aku mengingatkan Syaf. Lagipun
tak lama lagi aku akan memulakan aktiviti mencari kerja. Maklumlah sudah dua
minggu tamat belajar.
“Okay, janji! Eh, ada customer ni. Nantilah
aku call kau balik!” Kelam kabut Syaf berkata begitu. Aku pula terus
mengangukkan kepala.
“Assalamualaikum..”
Ucapku.
“Waalaikumussalam.”
Haih! Syaf ni! Ada-ada ajel!
Hari tu disuruhnya aku ambil order dari mamat playboy tu. Esok pulak hantar,
susun dan hias bunga kat rumah Puan Sri yang cerewet. Sejauh mana cerewetnya
dia, tidak pula kutahu. Maklumlah, aku hanya mendengar cerita dari Syaf aje.
Badan kuregangkan. Ringan sikit terasa kepalaku setelah berbicara dengan Syaf
tadi. Dengan malas aku bangun dan mencapai tuala untuk ke bilik mandi.
***
bencilah dgn Fisya ni. berlagak lebih =,=
ReplyDeleteBEST CEPATLAH SAMBUNG YA.
ReplyDeleteKesihannya si Fina tu macam cerita bawang putih dan bawang merah plak. Sanggup si Fisya layan kakaknya macam tu.
ReplyDeletetak suka dengan fisya. kurang ajar sangat dgn kakak sendiri. -.-
ReplyDeletehuh... sabar je la dgn fisya tu.... sian ayah dye... ape2 pun.. all the best kak suri.... tunggu smbungan lagi ni ... =)
ReplyDeleteni flashack kan Suri..yg hilang ingatan tu fina kan..nk kena revise balik ni
ReplyDeletesambung lg yer Suri..tq!
hurm...best sgt =)...kasihan kat Fina...xsuka la dgn watak fisya ni...harap2 je la dye akn berubah nnti...aminnn...cepat2 smbung ek kak...sy dh excited sgt dh ni...xsbr nk baca citer yg strusnya... ;)
ReplyDeletesabar je la fina..tah2 mr king tu la husbandnye nti..hihihi..best2...dah teruja dah ni...kak suri bile nk masukkan smbungannye..excted dah ni.
ReplyDeletebest saaangat!!!!!! seronok baca :)
ReplyDeletentah ntah puan seri yang cerewet tu mama si King...hehehe..agak je..nyway,best la kak suri. do the best ya!
ReplyDeletesian kat fina...geramnye ngan fisya.....cepat rrrrr sambung...huhuhuhu
ReplyDeletewatak fisya mmg menjengkelkan tapi fina janganlah lemah sangat..i love strong girl....
ReplyDelete~saza~
sian fina...fisya ni pn 1 hal..
ReplyDeleteni la bahana nye klau manja kan anak sgt
King tu ke suami Fina?Anyway,best.Cepat2 lah sambung
ReplyDeletejahat betol lah si Fisya..menyampah pun ade! nasib baek lah ayah dia backup Fina..klau ikut mak dia..x taulah ape jd kat Fina
ReplyDeletebest. geram gila dengan fisya. kurang ajar sangat dengan fina. apa apa pon best. sambung lg ya kak suri. :D
ReplyDeletebest..fisya patut mati though.she's so mean.hehe.sori salam
ReplyDeletepergh..patutlah Fisya berperilaku begitu kerana dirinya selalu diperbuat perbandingan dengan dirinya..sudah tentu dia akan menyimpan dendam dan benci yg tidak bertepi sekian tahun..Kasih sayang yg tepu buat dirinya kini beralih pada kakaknya..yg dia anggap telah merampas semua kasih sayang dan perhatian buat dirinya selama ini..
ReplyDeletePerbuatan Fina ..akak rasa..dengan sikapnya yg polos tu..kadang kadang akak rasa mmg macam batu api..pula..dalam kebaikannya tanpa dia sendiri sedari ..dia seakan akan telah menggambarkan betapa jahat adiknya bila dia bergaul dengan kawan kawan yg liar apatah lagi bila menceritakan yg adiknya keluar dengan lelaki yg berwatak kasanova..apatah lagi bila adiknya tidak balik kerumah semalaman ..dengan sikap adiknya yg berkurang ajar itu..sudah tentu ayah dan ibunya akan membenci fisya..dan memuji muji fina..kerana sikap mereka amat berbeza..
Waaah, bestnye cite kak suri ni, hundred thumbs up lah! (Y) !!!
ReplyDeletepadan muka fisya kena tampar...
ReplyDeletetu la, kurang ajar lg dgn kakak dia...
entah2 Puan Sri cerewet tu mak king kot...
x suka la dengan fisya! grrr!
ReplyDeletebest lah cerita akak ni. saya tak pernah jumpa lagi twin tak suka each other :)
ReplyDeletesuke sesangat ngan'PISA'jln cter yg menarik...jz add this blog...so kne marathon nk bace n3 nie...;))..:))
ReplyDelete~uly ct~
malam nie baca sampai part nie je..
ReplyDeletebest citer nie , cuma yg x bestnya ngan si fisya tu .. belagak sgd
ReplyDeletebest!!!!
ReplyDelete