Bab 8
Dah macam banduan dengan warden! Jangankan
hendak berbual, nak pandang matanya pun kami tak berani. Segala gerak geri kami
sedang diperhatikan oleh si dia yang bergincu merah. Naik rimas aku jadinya! Sesekali
ada juga aku mencuri pandang ke arah wanita itu apabila dia menoleh ke arah
lain.
Dari gayanya berpakaian memang
nampak sangat elegan dan moden.
Gaun labuh dari fabrik chiffon yang
dihias indah dengan manik membaluti tubuh wanita ini. Aku tak tahu nak
kategorikan dia ni wanita bertudung atau tidak kerana hanya sebahagian
kepalanya sahaja ditutup dengan shawl. Bahagian hadapan rambut dibiarkan
terbuka. pula. Aku cuba
memberi sepenuh perhatian pada kerja membuka kotak di hadapanku ini.
Baru sahaja nak fokus, tiba-tiba
pula aku teringatkan tentang si playboy tu! Hisy! Apa agaknya dia buat di sini?
Makin tak sedap hatiku jadinya. Sesekali ada juga aku mencuri pandang ke
sekeliling kawasan taman. Fuhh..nasib baik bayang si playboy tidak kelihatan di
sini.
Aku menjeling pandang ke arah Syaf
yang sedang bergerak ke bahagian hujung meja panjang ini. Di situ letaknya
pasu-pasu kaca yang sudah pun diisi dengan air.
Serius sahaja wajah gadis itu. Tidak
seperti selalu, ada sahaja bahan yang hendak digosipkan sampai tak terlayan aku
jadinya. Jarang aku lihat mulut Syaf yang berseluar ali baba itu terkunci
rapat. Isk, dah banyak kali Syaf betulkan aku. Bukan seluar ali baba lah namanya
tetapi ‘harem pants’.
Tanganku lincah mengeluarkan
bunga-bunga yang dibalut kemas dengan plastik jernih dari dalam kotak. Bunga
mawar, calla lily, gerbera daisy, baby breath, dan beberapa jenis bunga yang
aku tidak pasti namanya itu kini
memenuhi ruang meja di bahagian hujung taman ini. Nasib baiklah buat kerja awal
pagi. Kalau tidak, mau rentung kulit kami dibakar mentari.
Syaf kemudiannya membuat isyarat
supaya aku membawakan sebuah kotak berisi bunga mawar berwarna pastel
kepadanya. Semua bunga mawar di dalam kotak ini telah pun dipotong pendek batangnya.
Baru sahaja aku hendak bergerak, satu suara nyaring singgah di telinga.
“Nanti!”
Gara-gara terkejut, kotak di tanganku
terus terlepas ke atas meja. Nasib baiklah semua bunga-bunga ni tidak jatuh ke
tanah. Aduhai, kecoh betullah makcik seorang ni! Bentakku di dalam hati.
Terus sahaja wanita berwajah serius
itu menghampiriku. Sekuntum bunga mawar yang berwarna putih susu diangkatnya
tinggi sehingga ke paras mata. Setelah puas meneliti bunga tersebut, dia
menoleh kepadaku.
“Semua bunga ni dah melalui proses
preparation atau belum?” Tenang sahaja dia bertanya kepadaku soalan itu. Tapi,
nada suaranya tetap tegas. Preparation? Ah, sudah! Manalah aku tahu! Semakin
cuak aku jadinya apabila bulat mata wanita itu merenung ke arahku. Terus sahaja
aku menoleh ke arah Syaf yang sudah pun berada di sisi.
“Err..dah! Semua bunga-bunga
keratan yang saya bawa ni telah pun melalui proses penyediaan bunga ataupun preparation process.” Dengan
bersungguh-sungguh Syaf menjawab bagi pihak aku. Tapi kenapa mata Puan Sri masih
lagi melekat di wajahku?
“You shut up! I am asking her, not
you!” Tegas nada suaranya membidas Syaf. Dah macam nada suara guru besar pencen
pulak.
“Jangan risau, semua bunga-bunga
ini telah pun melalui proses penyediaan bunga.” Dengan cuak aku mengulang balik
ayat yang diucapkan oleh Syaf sebentar tadi.
“Good..” Angguknya beberapa kali
sambil tersenyum. Kemudian, dia bersuara lagi.
“Ada gunakan makanan bunga atau flower food
semasa proses penyediaan?” Soalnya. Kemudian, dia mencapai bunga mawar berwarna
pink pastel pula.
Flower food? Sumpah, aku dah nak
tergelak saat ini. Tetapi tetap kutahan tawa ini dari terhambur keluar. Bunga
pun makan jugak ke? Dah macam manusia pulak bunga zaman sekarang. Tangan
menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh..apa yang aku nak jawab ni. Aku terus
toleh ke arah Syaf yang sedang menyebut sesuatu. Aduhai, aku tak dapat baca apa
yang sedang digumamnya tu. Ah, baik berterus terang sahaja! Nekadku di dalam
hati.
“Err…maaf. Ehem, sebenarnya saya..” Baru
sahaja bersuara, dia terus memotong kata-kataku.
“Kamu tak tahu kan?” Soalannya membuatkan aku terdiam
seketika. Dua kuntum bunga yang berada di tangannya diletakkan kembali ke dalam
kotak.
“Maaf Puan Sri, kawan saya masih
baru dalam bidang ini. Dia belum arif lagi tentang penyediaan bunga dan
sebagainya.” Kelam-kabut Syaf bersuara.
Bulat mata Puan Sri memandang ke arah Syaf. Sebelah tangannya bercekak
pinggang.
“Apa? Bagaimana kamu boleh bawa
seseorang yang tak ada basic langsung tentang bunga datang ke sini?” Wajah
tidak puas hati Puan Sri tidak berani lagi kutatap. Aku menoleh ke arah Syaf. Sedikit
pucat kulihat wajah Syaf ketika ini.
“You better do your job properly!
Kalau tidak, saya tak akan bayar satu sen pun!” Nyaring sekali suara Puan Sri
bergema di kawasan ini sehingga ada seorang dua lelaki yang sedang memasang
kanopi menjeling ke arah kami.
Aku terus menundukkan wajah apabila
anak mata Puan Sri menikam wajahku. Kelu terus lidah aku dan Syaf saat ini
“Jangan-jangan awak gunakan panadol
aje untuk prep semua bunga ni!” Bidas
Puan Sri.
“Saya tak nafikan ada sesetengah
florist yang menggunakan panadol tetapi bukan di Cinta Florist. Saya sedia
maklum aspirin, menerusi unsur asid salicylic
yang terdapat di dalamnya tu hanya mampu mengelak air di dalam pasu daripada
menjadi keruh sahaja tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada bunga.” Dengan
panjang lebar Syaf menjawab. Aku lihat dia bersungguh-sungguh cuba untuk
meyakinkan Puan Sri.
“Flower food jenama apa yang awak
gunakan?” Puan Sri masih lagi ingin menduga Syaf.
“Floralife. Kadang-kadang saya
gunakan chrysal.” Sambil tersenyum, Syaf menjawab soalannya. Wajah Puan Sri
ketika ini kulihat sedikit berubah. Tidak lagi bengis seperti tadi.
“Sumpah Puan Sri, saya rendamkan semua
bunga ini di dalam air yang dicampur dengan flower food selama berjam-jam
supaya semua bunga-bunga ni dapat bertahan dengan lebih lama dan tidak layu.”
Syaf masih lagi cuba
meyakinkan Puan Sri.
“Malah, pasu-pasu kaca tu pun saya
basuh dengan sabun dan air panas untuk hilangkan bakteria yang boleh menyebabkan
bunga menjadi layu.” Ujar Syaf lagi. Aku lihat Puan Sri menganggukkan kepala
beberapa kali. Shawl berwarna beige
yang ditiup angin, dibetulkannya sedikit.
“Okay, I trust you! Sekarang, saya hanya nak tunggu dan lihat sama ada bunga-bunga ni dapat bertahan atau
tidak.” Dengan tegas Puan Sri berkata begitu. Syaf pula terus mengangukkan
kepala. Tidak tahulah banyak mana kawanku ini sedang menyumpah di dalam hati.
Syaf tu..aku kenal sangat!
“Mummy!” Aku terus mengangkat wajah apabila terdengar
suara itu. Astaghfirullahalazim! Nasib baik dia tak nampak aku.
Aku terus memusingkan badan menghadap
bunga-bunga yang berselerakan di atas meja. Syaf juga berbuat begitu. Hanya
bahagian belakang tubuh kami sahaja yang menghadap Puan Sri dan lelaki itu saat ini. Mummy?
Puan Sri yang cerewet ni mak si playboy tu rupanya! Mati aku! Rasanya Syaf pun
tak tahu King adalah anak kepada Puan
Sri. Berdegup kencang jantungku saat ini. Rasa seperti hendak lari keluar dari
rumah sekarang jugak.
“Adrian..bila you sampai?” Aku hanya memasang
telinga sahaja mendengar suara lembut Puan Sri. Adrian? Berkerut dahiku jadinya. Namanya
Adrian? Habis tu, King pula siapa? Nama glamour
dia agaknya!
“Tadi.” Jawab lelaki itu.
“Dah breakfast?” Tanya Puan Sri
lagi.
“Not yet mummy. Ad lapar la..tadi sempat
minum coffee je” Jawab lelaki itu pula. Manja juga dia dengan ibunya.
“Tak makan lagi? Kejap, mummy suruh
Mama Lijah siapkan makanan untuk Ad.” Terus sahaja Puan Sri berkata begitu.
“Thank you!”
Aku pura-pura sibuk memilih
beberapa kuntum bunga ketika Puan Sri melintas di hadapanku. Nampak berseri pula wajahnya
ketika ini. Cepat betul mood wanita cerewet tu berubah. Aku lihat dia terus
mengatur langkah menuju ke arah rumah yang tersergam indah di hadapan taman
ini. Nafas lega kuhelakan.
Agaknya lelaki tu pun dah beredar!
Syaf
yang baru sahaja membuka plastik yang membaluti Calla Lily kini mencapai kotak
yang berisi bunga mawar pelbagai warna pula. Bersama kotak tersebut dia
melangkah ke hujung meja. Yang aku tahu, setelah pasu-pasu kaca yang bersaiz
kecil itu diisi dengan bunga mawar, pasu-pasu itu akan diletakkan di atas
setiap meja tetamu. Bunga Calla Lily yang berwarna putih di hadapanku ini pula
akan digunakan untuk hiasan di dalam rumah nanti.
“Excuse me, miss..” Tiba-tiba
sahaja kedengaran suara lelaki itu. Aku memejamkan mata seketika sambil
mengetap bibir. Buaya tu ada kat sini lagi rupanya! Erghh! Nak pusingkan badan
ke tidak ni?
Kalau tak pusing nanti dia buat kecoh pulak!
Macam mana kalau dia beritahu Puan Sri yang aku pernah menamparnya tempoh hari?
Ah, mesti keadaan akan menjadi kalut! Entah-entah Syaf juga tidak akan dibayar.
Semua kemungkinan terapung-apung di dalam fikiran.
Aku terus mencapai sejambak bunga
Gerbera yang berkelopak besar dan
menutup wajahku sebelum berpaling. Memang 50 kuntum bunga gerbera ini dapat
menutupi wajahku. Tapi, aku tahu kebarangkalian untuk dia tidak mengenaliku
adalah agak rendah, Ah, tak kisahlah. Janji cuba!
“Yes! Ada apa ye?” Tanyaku acuh tak acuh. Dia diam
sahaja.
Anak mataku dapat melihat kakinya
sedang mengambil beberapa langkah untuk menghampiriku. Apabila dia mencabut
sekuntum bunga gerbera dari tanganku, jantung mulalah buat perangai. Aku amat
yakin dia tahu siapa aku. Terus sahaja aku meletakkan jambangan bunga yang
berada di tangan ke atas meja.
“I know it is you! Why are you looking
so pale?” Soalnya sinis.
Lelaki yang memakai kemeja biru ini kemudiannya menyandarkan badan sedikit pada meja. Kemudian, dia kulihat dengan bersahaja membetulkan lipatan lengan baju di siku. Aku tahu dia dapat melihat wajahku dengan jelas saat ini.
Malas hendak bertentangan mata, aku terus bergerak ke
arah bahagian kanan meja. Syaf pula hanya mampu menggelengkan kepala sahaja
melihat telatah anak Puan Sri ini. Tiba-tiba sahaja dia merapatiku sekali lagi. Bau wangian
yang dipakainya menusuk masuk ke dalam rongga hidung saat ini. Kemudian dia berbisik
sesuatu di telinga.
“Kalau tak pernah buat salah,
kenapa perlu takut?”
Aku terus menjauhinya. Wajahnya
kupandang sekilas. Bibir lelaki itu masih lagi tersenyum sinis. Dari riak
wajahnya, aku tahu dia tidak puas hati denganku.
Tangan pula lincah mencapai kotak yang berisi
kelopak-kelopak bunga mawar. Padahal aku tak tahu pun nak bawa kotak ini ke
mana. Kegunaanya untuk apa pun aku tak tahu! Tapi, aku pura-pura juga sibuk.
Bersama kotak tersebut, aku melangkah ke arah Syaf.
Lega rasa hati apabila terdengar
bunyi deringan. Kelam-kabut dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket
seluar. Sebelum menjawab panggilan sempat lagi dia berkata kepadaku.
“I am not done with you yet!” Keras
suaranya berkata begitu.
Aku pula menjulingkan mata ke atas.
Macamlah aku takut sangat dengan dia. Kalau dengan Puan Sri tu, ada la sikit.
Itu pun sebab aku takut Syaf tak dapat bayaran aje. Kalau bukan sebab tu, ada
aku peduli?
“Hello sayang...” Bibirku mencebik
apabila mendengar ayat itu. Dapat kulihat dia sudah pun melangkah ke arah kolam
renang.
“Dasar buaya!” Jeritku geram.
Sempat lagi Syaf mengurut belakangku. Kononnya nak menenangkan hatiku lah.
“Mungkin dia rasa ego dan maruahnya
tercabar sebab kau tampar dia kat rumah hari tu.” Syaf bersuara. Kemudian,
tangannya lincah menyambung kerja. Aku pula hanya mampu meraup wajah dengan tangan.
“Tapi, padanlah dengan muka dia. Sapa
suruh dia pandai-pandai sentuh cermin mata kau. Serve him right!” Ujar Syaf
lagi.
“Jangan dia ingat semua perempuan
macam machine touch ‘n’ go! Sesuka hati dia aje nak pegang-pegang.” Bebelan Syaf tidak
dapat meredakan serabut di kepalaku. Aku terus menolongnya
memasukkan beberapa kuntum bunga mawar ke dalam pasu.
“Syaf, kita kena siapkan kerja ni
cepat-cepat. Tak sabar aku nak berambus
dari sini!” Luahku dengan perasaan geram bercampur risau yang masih bersisa.
***
Kak Suri. sambung lagi. best. :D
ReplyDeleteterrbaikkk :)
ReplyDeletesambung yok ;D ~
ReplyDelete:D good.good.
ReplyDeletex saba nak tgg next
ReplyDeletenk lagiiiiiiii best giler kut,,,, tapi yg musykil kan cmana nnt puan sri tu boleh suka kat afina?
ReplyDeleteperang bakal bermula....
ReplyDeleteKak suri.... please sambung the next n3. Dah rasa teruja nak baca nie...huhuhu
ReplyDeletebest..nak lagi!!2 la agak musykil cmna p.seri suka fina?
ReplyDeletefirts time komen kt sini..hehe.. best.. smbg la next en3 ;D
ReplyDelete-athirah-
omg! hahaha, King's name is Adrian ?! gosh~ hahaha =D
ReplyDeletethanks 4 da entry kak suri..:)
ReplyDeletekeep it up..!
Kak suri...the best la..nk lg smbgn crite ni..
ReplyDeletegreat one, love it. :)
ReplyDeleteContinue please : )
ReplyDeletehmm..dh bdebar2 la pulak...
ReplyDelete“I am not done with you yet!”
ReplyDeletehuh! berlagak la mamat perasan bagus ni..sakit hati..grrrrrr
Uiii tgk Puan Sri cerewet tu mcm garang je...
ReplyDeletemcmne la bile ank dia kawen nnti... perangat cerewet dia berubah ke x...
suri,smbg lg,bst sngt ur story
ReplyDeleteaduhhhhh sakit dada ku ....mcm aku lak yg kena marah ngan Puan Sri....hihihihi
ReplyDeleteadrian king!k sal suka watak dia ni..Suri..sila sambung lg yer..tq lots!!
ReplyDeletebest, nak lagi....
ReplyDeleteFuh!! Terbaik la kak suri... KING@ADRIAN .... I'm waiting for the next chapter... hehehe
ReplyDeletebest sangat nak lagi boleh.
ReplyDeletehernani kuzi said...terbaikkkk!!!xsbr nk tggu dnovelkn..:))
ReplyDeleteBest cerita nie..i like :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah3....akak!!!!!!!!! starting to get nervous to know what happen next..hihihi
ReplyDeleteBest3x!! Akak,nak lagi.. ngee~ =D
ReplyDeleteTeruja nak tahu cerita seterusnya.....terbaikkk.....
ReplyDeletehua..ha..ha..nape largh nme si king tu same ngn nme my hubby...haizz..nasib baik my hubby bkn king of buaya tp king of my heart(dun jeles).^_^.
ReplyDelete~uly ct~
Cerita yg akak bust Sgt menarik.all the best for akak.
ReplyDelete