Mata kuliarkan ke sekitar kawasan dalam Winter Warmers Coffee and Tea House ini. Warm and cozy! Bisik hatiku. Tubuh kuregangkan sedikit dan aku mula menyandarkan badan pada sofa empuk yang bercorak vintage floral. Aman damainya kurasakan hari ini! Semenjak aku cuti semester, baru hari ini aku berpeluang keluar bersama kawan-kawan. Senyuman nipis beraja di bibir namun senyuman yang baru muncul terus mati tatkala mata berada tepat pada cincin nikah yang tersarung di jari manis. Memang vintage amat cincin ini. Sempat pula Pakcik Dani carikan cincin untuk aku. Serta-merta terbayang di fikiran saat Danial menyarungkan cincin ini ke jari manisku. Sebut tentang lelaki itu, betullah kata dia, nothing changed! Tidak ada apa yang berubah.
Sejak lelaki itu pergi ke Jakarta semalam, aku langsung tidak dengar apa-apa berita lagi tentang dia. Berapa hari dia akan berada di sana pun aku tidak boleh nak teka. Pendek kata, tidak banyak yang aku tahu tentang dia. Bayangkanlah, nombor telefon dan emelnya pun aku tidak tahu. Ada juga sesekali hatiku tertanya-tanya bagaimana keadaan lelaki itu di sana namun aku cepat-cepat sedar diri. Tidak perlu rasanya untuk mengambil tahu apa-apa tentang dia. Untuk apa aku penat-penat fikir tentang lelaki itu sedangkan dia lebih tenang apabila jauh dariku? Mesti perit rasa hatinya apabila terpaksa berhadapan dengan aku yang mengingatkannya kepada arwah Kak Ngah, gadis yang tak mungkin dapat dimilikinya sampai bila-bila itu.
Bella, atas dasar kemanusiaan, kau harus cuba mengerti perasannya. Lagipun, aku boleh hidup dengan gembira tanpa lelaki itu di sisiku kerana sebelum ini pun dia tidak pernah ada untukku. Cuma, siapalah aku untuk menafikan getaran rasa setiap kali aku berhadapan dengannya. Wajah kuraupkan dengan lembut. Alah..itu kacang je! Aku boleh berlagak selamba! Ini Bella lah, Bella! Kepala kuanggukkan beberapa kali sambil tersenyum yakin.
"Bella!"
Lamunanku terhenti terus apabila ada tangan menampar bahu saat ini.
"Huh?" Tersentak aku jadinya. Anak mata Miza yang sedang menjegil ke mari kutentang dengan wajah yang terkejut.
"Ya Allah..berangan rupanya! Panjang lebar tau kitorang bercerita tentang filem yang kita tonton tadi tu.." Ada nada tidak puas hati di dalam nada suara Miza. Terus sahaja dia menggelengkan kepalanya sambil mengetap bibir.
"Teringatkan siapa agaknya ye?"
Pantas aku menoleh ke arah Aini yang sedang duduk sambil menyilangkan kakinya. Gadis yang berseluar palazzo dari rona biru gelap itu memang nampak sangat selesa duduk di atas sofa empuk di hadapanku. Ipad di tangannya terus diletakkan ke atas meja sambil menarik sengih.

"Mesti teringatkan Encik Faris!"
Hm, eloklah tu! Sendiri tanya, sendiri jawab! Miza pula ketawa besar apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Aini, Budak dua ekor ni memang tak sah kalau tak usik aku. Jelingan tajam kuberikan kepada Aini.

"Don't be ridiculous! That's not funny okay!"
Mata kujulingkan dan dengan pantas gelas berisi teh buah kucapai dan kuhirup sedikit. Serta-merta aroma buah beri, ceri dan bunga mawar memenuhi rongga hidung saat ini. Sangat menenangkan.
Mata kujulingkan dan dengan pantas gelas berisi teh buah kucapai dan kuhirup sedikit. Serta-merta aroma buah beri, ceri dan bunga mawar memenuhi rongga hidung saat ini. Sangat menenangkan.
"Wah..cincin baru ke ni?" Bersinar mata Miza memandang ke arah jemariku yang kemas memeluk gelas. Serta-merta aku letakkan terus gelas di atas meja. Gugup memang gugup tetapi aku tetap selamba.
"Oh yes..cincin baru.." Ayat itu kuucapkan sambil meliarkan pandangan ke arah sekitar.
Bahagian dalam kafe yang dihias cantik dengan tema berkonsepkan ala Inggeris ini nampaknya tidak mampu menutup kecelaruan di hati.
Bahagian dalam kafe yang dihias cantik dengan tema berkonsepkan ala Inggeris ini nampaknya tidak mampu menutup kecelaruan di hati.
"Wow..lawanya. Macam wedding ring!" Kata-kata Aini benar-benar buat aku terkedu.
"Ma..ma mana ada.." Bulat mataku menentang matanya yang masih melekat di jemariku.
"Habis tu cincin siapa ni? Kau balik kampung kan baru-baru ni? Entah-entah kau balik kahwin tak?"
Terasa seperti hendak luruh jantungku mendengar usikan Miza. Aku tahu dia sekadar ingin menyakat namun aku tidak mampu lagi untuk bertahan. Terus sahaja aku memasamkan wajah dan berpura-pura marah.
Terasa seperti hendak luruh jantungku mendengar usikan Miza. Aku tahu dia sekadar ingin menyakat namun aku tidak mampu lagi untuk bertahan. Terus sahaja aku memasamkan wajah dan berpura-pura marah.
"Apa yang korang merepek ni!" Nada suara sudah pun meninggi. Otak pula terus bekerja mencari alasan yang entah logik entah tidak.
"Ni cincin arwah nenek akulah!" Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari bibir. Kemudian aku terus membuang pandangan ke arah luar cafe ini.
Dengan sekelip mata jemariku kini berada di dalam genggaman Miza. Teliti benar dia memerhati cincin di jari manisku.
"Lawa betul cincin ni." Gumam Miza. Ada secalit senyuman muncul di bibir. Sebab lawalah aku pakai! Miza masih memerhati cincin di jariku manakala Aini pula sudah mula memegang cincin tersebut.
"It looks a lot like Kate Middleton's wedding ring but more vintage! Kalau cincin Kate Middleton mempunyai batu biru, yang ini pula rasanya mesti diamond, kan?" Soalan Miza membuatkan aku blur!
"Aku manalah tahu fasal cincin. Ini emas tiruan ke emas tulen pun aku tak tahu. Berlian ke ni? Apa-apa pun, aku nak tegaskan sekali lagi. This is not my wedding ring!" Bersama kerutan di wajah aku bersuara. Entah kenapa aku rasa seperti tidak bersedia untuk memaklumkan kepada mereka tentang statusku. Miza dan Aini terus sahaja menggelengkan kepala mereka dengan serentak melihat telatahku.

"Relaks la Bella..kitorang sakat kau aje tadi. Tak perlulah nak serius sangat." Ada nada pelik dalam nada suara Aini. Tahulah aku yang aku sudah ter 'over-reaction' tadi.
"Entahnya..sampai merah-merah muka tu..takkan lah kau nak kahwin pulak! Muda lagi kut!" Miza bersuara. Tangannya terus menarik bahuku ke dalam pelukannya.
"Lagipun, Encik Faris belum masuk meminang kau lagi kan?" Sakat Aini.
Ada ketawa kecil keluar dari bibir saat ini. Kepala kugelengkan sambil menghembuskan nafas lega. Lega kerana cincin di tangan tidak lagi menjadi perhatian. Diorang ni memang suka sangat menyebut nama Encik Faris. Sejak di Seoul lagi, tidak habis-habis cuba memadankan aku dengan lelaki itu. Ah, bukan aku tidak tahu Encik Faris selalu meluahkan rasa pada budak dua orang ini kerana dia tahu mereka memang rapat denganku.Mereka inilah puan penasihat dia. Entahlah berapa persen komisen yang dibayarnya.

"Hish! Rimaslah..korang ni asyik sebut nama Encik Farissss aje dari tadi. Why not korang kahwin aje dengan dia." Bulat mataku menjegil ke arah Miza dan Aini silih berganti. Geram pula aku mendengar bunyi hilai tawa yang meledak dari bibir mereka. Miza terus sahaja menoleh ke arah Aini.
"Ops..terpaksalah kita bermadu." Tangan diletakkan seketika di bibir ketika berkata begitu. Kemudian dia membetulkan tudung di kepalanya.
"Aku okay je.." Ujar Aini pula dengan selamba. Tangannya kulihat sudah mula mencapai salah sebuah majalah yang tersusun kemas di atas meja.
"Sewel." Bidasku dengan geram. Gelas yang masih berisi teh buah-buahan kucapai dan aku mula membawanya dengan cermat ke bibir.
"Tapi kan Bella..Encik Faris tu memang sukakan kau tau. Dia tak main-main. He is so damn serious with you." Sambil berkata begitu, sibuk betul tangan Miza menyudu buah ceri dan beri yang berada di dasar gelas yang dipegangnya. Terus sahaja dia memasukkan buah-buahan tersebut ke dalam mulut.
"Betul Bella. Okay apa Encik Faris tu. Kacak..stabil..baik pun ye jugak." Aini yang sedang memfokuskan pandangan kepada majalah di tangan pula menyokong kata-kata bff nya tu. Apa lagi, sebelah tangan kuangkat tinggi saat ini.
"Stop! Sejak bila korang jadi puan penasihat Encik Faris ni?" Soalku dengan tegas. Ah, rimas betul. Tadi, topik cincin nikah di jariku, sekarang pula cerita fasal Encik Faris. Aku harus tukar topik ni.
"By the way, korang tak kerja part-time ke?" Soalku dengan serta-merta. Tanganku mulalah mencapai beg sandang belakang yang terdampar di sebelahku. Niat di hati ingin mengeluarkan kimchi yang kubawa khas untuk mereka.
"Aku tolong kakak aku kat butik." Jawab Miza yang masih sibuk dengan buah-buahan di dalam gelas tehnya.
"Kau pulak, Aini?" Soalanku nampaknya dibiar sepi sahaja. Tangan yang baru hendak menarik keluar 3 bekas kimchi kini terhenti untuk berbuat demikian.
Fokus betul perhatian gadis itu pada majalah di tangan. Aku mulalah memandang ke arahnya dengan pelik. Miza juga mengerutkan wajah melihat gelagat gadis itu. Seperti sedang berada di dalam dunia yang lain sahaja lagaknya.

"Perfect!" Gumamnya sambil menyungging senyuman aneh. Apa agaknya kandungan majalah yang sangat-sangat mempesonakan gadis cantik itu?
"Aini! Apa yang perfect?!" Miza terus sahaja menampar paha Aini.
Bagai tersedar dari khayalan Aini meraupkan wajahnya. Ada tawa kecil keluar dari bibir munggil itu. Dengan pantas dia menunjukkan gambar di dalam majalah kepada aku dan Miza.
Bagai tersedar dari khayalan Aini meraupkan wajahnya. Ada tawa kecil keluar dari bibir munggil itu. Dengan pantas dia menunjukkan gambar di dalam majalah kepada aku dan Miza.
"He's so perfect!" Ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Aku hanya menjeling sekilas sahaja. Kemudian, tumpuanku pada gelas teh di tangan.
"Handsome!" Kata Miza. Sebelah matanya dikenyitkan dan dia telah kembali sibuk dengan gelas di tangannya.
"Handsome!" Kata Miza. Sebelah matanya dikenyitkan dan dia telah kembali sibuk dengan gelas di tangannya.
"Siapa tu?" Soalku sambil mengerutkan wajah.
"Erm..kejap.." Ujar Aini.
Aku mula mencapai gelas di atas meja dan sisa air teh di dalam gelas kuteguk sampai habis.
"Erm..kejap.." Ujar Aini.
Aku mula mencapai gelas di atas meja dan sisa air teh di dalam gelas kuteguk sampai habis.
"Nama dia, Danial Lee Jae Hwan!"
Nasib baik tidak tersembur air di dalam mulut mendengar nama itu. Terbatuk-batuk aku jadinya gara-gara tersedak. Pedih sedikit ruangan hidung dan dada. Dengan pantas Miza yang berada di sebelah mengurut ruang belakang badanku. Memang itu nama penuh Danial Lee. Aku baru tahu semalam. Tanganku mengurut dada yang masih pedih.

"Danial? Who is he?" Soal Miza. Aku masih tidak boleh bersuara, Masih lagi terbatuk-batuk!
"Entah..aku tengok muka dia aje...tak baca pun artikel ni tapi terpampang jelas kat sini yang dia adalah salah seorang pemenang ASEAN Business Awards 2013." Petah mulut Aini berkata-kata. Keras terus lidahku saat ini.
"Tengoklah Bella. Handsome kan? Handsome dari Encik Faris yang dah memang sedia kacak itu."
Majalah yang berada di tangannya diletakkan di atas ribaku. Terpampang jelas wajah kacak dan penuh karisma milik lelaki yang sudah pun bergelar suamiku. Ada debaran beraja di dalam dada melihat wajah ini. Matanya tu seakan sedang merenung ke mari pula. Terus sahaja aku menutup majalah dan melemparkannya ke atas meja.

Danial Lee Jae Hwan |
"Malaysian ke?" Soal Miza. Aini pula terus menjungkitkan bahunya.
"Erm..entah! Macam Korean aje. Aku tak baca pun artikel tu. Aku cuma tengok wajahnya aje." Ipad yang berada di atas meja dicapainya saat ini. Aini memang tak boleh hidup tanpa ipad! Semua orang tahu fakta itu.
Aku pula hanya mampu mendiamkan diri. Masih kelu terasa lidah.

"Kau okay ke?" Soalan Miza kujawab dengan anggukan.
"Okay.." Senyuman sumbing kuhadiahkan kepada Miza.
"Bella..kau tersedak kan tadi? Haaa aku rasa memang Encik Faris tengah sebut nama kau tu..confirm punyalah!" Aini masih lagi nak sakat akulah tu. Mata pada ipad tapi mulut tu petah betul berbicara. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini.
"When are you girls going back to Seoul?" Soalku. Miza buat muka pelik.
"Lambat lagilah. Kita ada sebulan lebih lagi untuk bergembira sebelum pulang ke sana." Jawabnya sambil menyandarkan badan pada sofa empuk ini. Kemudian dia terus bersuara lagi.
"Kenapa? Dah rindu Seoul?"
Aku meletakkan kedua-dua belah siku di atas riba. Kemudian tangan kutopang pada dagu.
"Erm..aku mungkin balik awal sikit rasanya..well, I don't know." Jawabku sambil menggelengkan kepala.
Pandangan kuhalakan pada 3 biji gelas yang telah pun kosong di atas meja. Pelik aku jadinya apabila kata-kataku dibiar sepi aje. Tidak ada respons langsung dari Miza dan Aini. Aku mulalah mengangkat wajah dan mata berlari ke arah dua orang gadis berlesung pipit ini. Miza kulihat menjegilkan mata ke arah Aini. Aini pula menjungkitkan kedua-dua belah bahunya. Gaya seperti risaukan sesuatu aje. Kemudian mereka sama-sama memandang ke arah pintu masuk kafe ini.

Ya Allah! Biar betul! Lekas-lekas aku menenyehkan bahagian mata dan kemudian aku memfokuskan pandangan kembali pada susuk tubuh manusia di hadapan sana. Seorang lelaki yang amat aku kenali. Dia kelihatan sedang masuk ke dalam premis ini. Siap lambai ke mari lagi. Dari gayanya memang dia tahu yang kami berada di sini. Erghh siapa pula yang beritahu dia? Terus sahaja aku menoleh ke arah Miza dan Aini dengan pandangan yang sangat tajam. Bagai ayam berak kapur. Begitulah perubahan di wajah mereka. Tahulah aku duduk perkara sebenar saat ini.
"Sorry Bella.Encik Faris tu..asyik ganggu kitorang aje..hari-hari dia sms kitorang tau. Selagi kita tak tolong dia selagi itulah dia asyik kacau kitorang." Bisik Miza dengan bersungguh-sungguh di telinga kiriku.
Kemudian Aini pula berbisik.
Kemudian Aini pula berbisik.
"Betul tu Bella. Aku ni lagi teruk. Takde sms-sms tau. Dia asyik call aku je sampai rimas aku dibuatnya." Aduan Aini membuatkan aku menundukkan wajah sedikit saat ini. Tangan kanan pantas mengurut bahagian dahi.
Ah, sudah! Ingatkan dapatlah aku hidup dengan aman hari ini namun ada aje yang nak mengacau. Kemerduan suara Adele yang sedang berkumandang di dalam ruang dalam kafe ini sudah tidak mampu lagi menenangkan hatiku. Mata kini melekat pada susuk tubuh seorang lelaki yang agak sasa yang sudah pun berdiri bertul-betul di hadapan kami.
"Hai Bella!"
Sebaik sahaja berkata begitu dia terus mengambil tempat di sebelah Aini, betul-betul di hadapan aku dan Miza.
Sebaik sahaja berkata begitu dia terus mengambil tempat di sebelah Aini, betul-betul di hadapan aku dan Miza.
"Hmm hai!" Ujarku sambil tersenyum sesaat. Kemudian pandangan kulemparkan pada meja sebelah.
Semak betullah! Entah bilanya dia nak putus asa.
"Eh dah lama you all sampai?"
"Tak lah lama sangat..baru setengah jam." Soalan Encik Faris dijawab oleh Miza.
Aku hanya mendengar sahaja. Mata tidak pandang langsung ke arah mereka.
Aku hanya mendengar sahaja. Mata tidak pandang langsung ke arah mereka.
"Sempat la kitorang bergosip tadi sebelum Encik Faris datang." Usik Aini pula.
"Gosip tentang saya ye?" Soalan Encik Faris kali ini benar-benar membuatkan aku ingin muntah hijau. Perasan!
"Betullah tu. Gosip tentang Encik Faris yang nak sangat berjumpa dengan Bella. Tak gitu Aini?" Kata-kata Miza benar-benar buat aku tidak selesa namun aku tetap juga berlagak selamba. Ah, rasa nak baliklah!
"Isk..ke situ pula Aini ni. Malulah saya awak pecah rahsia depan Bella." Bergema tawa kecil Encik Faris yang disambut oleh Miza dan Aini. Bukan main bergelak ketawa lagi ye korang! Aku ni dah panas hati dah ni.
"Malu konon..kau tahu tak Bella..Encik Faris ni asyik suruh kitorang ajak kau keluar aje." Terpaksa juga aku menoleh ke arah Miza. Pantas Encik Faris menjawab.
"Ye la..nak ajak sendiri tak boleh. Saya mana ada nombor telefon Bella. Berpuluh-puluh emel saya kirimkan, satu pun tak dibalasnya." T-shirt lengan panjang hitam disinsingnya sedikit sebelum memberikan senyuman kepadaku. Ada nada jauh hati dapat kukesan dalam suaranya itu.
"Sorry..saya busy." Itu ajelah alasan yang ada.
"Busy dengan business kimchi tu ke?" Soalannya kujawab dengan anggukan.
"Aaaa betullah tu..betul!" Senang! Iyakan aje. Habis cerita. Di dalam kepala memikirkan alasan untuk pulang saat ini.
"Kimchi?" Dengan serentak Aini dan Miza bersuara. Buat mata mereka memandang ke sini.
"Eh..tak tahu ke Bella buat business kimchi?" Soal Encik Faris dengan wajah yang pelik. Menu yang berada di atas meja dicapainya.
"Tak payah nak terkejut sangatlah. Aku buat kecil-kecilan aje. Kawan-kawan Kak Long aku aje pun yang order." Jawabku acuh tak acuh. Geram betul aku dengan budak dua ekor ni.
"Okay sangatlah tu Bella. Sejak bila pula kau pandai buat kimchi ek?" Aini buat muka pelik.
"Aku ikut resipi Soo Jin ajumma. Jiran aku kat Seoul tu." Jawapanku mengundang anggukan pantas kedua-dua gadis ini.
"Bella mesti pandai masak kan? Untung siapa jadi suami awak nanti." Kata-kata Encik Faris membuatkan aku tidak selesa.
"Ehemmm..ehemm.." Miza dan Aini mulalah berdehem sakan. Mahu sahaja aku beritahu mereka yang aku sudah pun berkahwin namun kata-kata itu hanya mampu tersekat di kerongkong sahaja.
"Apasal dengan korang ni? Sakit kerongkong ke apa?" Soalku sinis. Kusut betullah. Baru sahaja ingin meminta diri untuk pulang, Aini terus bersuara.
"Bella..kitorang nak pergi Toys R Us kejap. Nak cari hadiah untuk anak buah aku." Kata-kata Aini disambut oleh Miza.
"Aku temankan Aini kejap ye Bella?" Soalan Miza membuatkan aku menganggukkan kepala.
"Jomlah. Aku pun nak balik dah ni." Kelam-kabut aku bangun berdiri sebaik sahaja berkata begitu.
"Eh..takpe..takpe..kau tak payah susah-susah. Kitorang pergi kejap je." Terus sahaja mereka berlari menjauhi aku.
"Jangan lambat! Korang tak sampai sini dalam masa 15 minit, aku balik." Entah mereka dengar atau tidak kata-kataku ini.
Aku hanya mampu memandang sahaja kelibat dua orang gadis yang sudah pun hilang dari pandangan. Ah, ini semua mesti rancangan Encik Faris! Mesti dia yang minta mereka tinggalkan kami di sini. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini. Anak mata Encik Faris kulihat berlari ke serata wajahku tetapi kenapa jantungku tidak berdebar seperti ketika Danial merenung ke arahku? Ke mana debaran itu menghilang? Yang ada hanyalah rasa tidak selesa sahaja saat ini.

"Awak sihat?" Akhirnya Encik Faris bersuara.
"Alhamdulillah sihat.." Anggukku sesaat.
"Kimchi tu untuk saya ke?" Jarinya kulihat menunding ke arah beg yang separuh terbuka. Nampak jelas 3 buah tupperware merah yang berada di dalam beg ini.
"Kimchi ni?" Soalku.
Bijak betul dia meneka kandungan dalam tupperware. Dengan pantas dia mengangukkan kepalanya. Sememangnya aku bawa ke sini 3 bekas kimchi. 1 untuk Aini, 1 untuk Miza dan 1 lagi buat Shamil, tunang Miza. Dengan pantas aku mengeluarkan satu bekas dari dalam beg Cath Kidston ini.

"Erm..nah satu bekas untuk Encik Faris." Huluran bekas kimchi disambut oleh Encik Faris dengan wajah yang sangat bersinar. Bukan main gembira lagi dia. Untuk Shamil, nanti-nantilah aku berikan pada dia.
"Terima kasih." Jawabnya yang aku lihat sedang membuka penutup bekas tersebut. Mata kukecilkan sedikit.
"Eh..Encik Faris..what are you doing?" Soalku sambil memandang ke arah sekitar.
"Nak makan." Jawabnya. Ketawa kecil terbit dari bibir lelaki itu.
"Alaa..janganlah makan sekarang. Kimchi ni, kalau makan dengan nasik ke..bubur ke..barulah sedap." Ujarku. Yang betul, aku takut sekiranya kimchi ini tidak menepati citarasanya. Malu besar aku nanti.
"I can't wait to try! Lambat sangat nak tunggu sampai balik rumah nanti." Sudu yang berada di dalam bekas plastik di atas meja dicapainya dan dia mula menyuapkan kimchi tersebut ke dalam mulut. Matanya terpejam sedikit ketika ini.
"How is it?" Soalku.
"Sedap!" Jawabnya sambil menganggukkan kepala. Aku hanya mampu ketawa kecil.
"Really?"
"Patutlah boleh buat business! Memang sedap." Eleh Encik Faris ni, kalau tak sedap pun, mesti dipujinya kimchi ini.
"Thank you Encik Faris." Ujarku sambil menganggukkan kepala bersama senyuman yang masih bersisa di bibir. Matanya kulihat tidak berkelip memandang ke mari.
"Saya rindukan awak."
Ucapnya dengan perlahan sebaik sahaja mata kami bertentangan.
Ucapnya dengan perlahan sebaik sahaja mata kami bertentangan.
"Encik Faris!" Terjerit kecil aku jadinya. Mati terus senyuman di bibir.
"Salah ke saya rindukan awak?" Soalnya dengan bersungguh-sungguh. Belum sempat aku menjawab, dia bersuara lagi.
"Salah ke kalau saya cintakan awak? Saya mahukan awak Bella. Saya sanggup berjumpa dengan keluarga awak sekarang jugak. Saya betul-betul ikhlas, Salsabila."
Aku sudah tidak dapat mencerna kata-katanya itu. Semakin lama dia bersuara semakin berat terasa kepalaku.
Aku sudah tidak dapat mencerna kata-katanya itu. Semakin lama dia bersuara semakin berat terasa kepalaku.
"Encik Faris..tolonglah faham..saya" Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia terus memotong.
"Masih tidak bersedia?" Kedua-dua belah keningnya terjungkit ke atas. Dari wajahnya itu, aku tahu dia sangat berharap aku menerimanya.
"Saya tidak boleh, Encik Faris..saya tak mampu.." Jawabku akhirnya. Nafas kutarik dalam-dalam. Cuba untuk mengumpul segala kekuatan yang ada. Aku bertekad mahu memberitahu tentang statusku kepadanya sekarang juga. Aku tidak mahu dia berharap lagi.
"Bella. Saya tahu awak masih belajar. Saya janji saya takkan desak awak. Saya cuma nak awak beri saya sedikit harapan je. Kalau awak sudi terima saya, saya sanggup tunggu, Bella." Rayunya.
"Walau 10 tahun saya sanggup tunggu asalkan awak terima saya." Sebaik sahaja dia berkata begitu, aku terus sahaja menggelengkan kepala.
"Bukan macam tu Encik Faris. Saya.." Segala kekuatan yang aku kumpul tadi runtuh terus apabila sekali lagi dia memotong kata-kataku.
"Bella. Tak perlu cakap apa-apa. Saya anggap sahaja yang awak sudah pun tolak saya untuk kesekian kalinya. It's okay.." Dengan wajah yang serius dan kecewa dia berkata begitu. Kemudian dia menyambung ayatnya lagi.
"But I won't give up. I won't!" Tegas ayat tersebut menceroboh masuk ke dalam deria pendengaranku. Tersentak aku jadinya. Aku memandang ke arah Encik Faris dengan pandangan tidak percaya. Kenapa agaknya dia masih tidak lagi berputus asa?
"Don't hope too much, Encik Faris Hardy because that too much, can hurt you so much later on." Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus meminta diri ke tandas.
Sesak terasa ruang dada selagi aku berhadapan dengannya. Statusku yang baru berubah semalam juga mungkin membuatkan aku semakin tidak selesa untuk berada di sini. Anak dara pun tidak sesuai bersembang berdua begini, tambahan pula isteri orang. Encik Faris tu memang jika dilayan, akan semakin menjadi-jadi. Apa pun tak boleh. Baik aku blah.

***
Ting Tong! Ting Tong!
Ting Tong! Ting Tong!
Tidak kutahu untuk kali kebarapa loceng rumah berbunyi. Bibir kugigit geram. Melampau! Terus sahaja tanganku mencapai tudung yang tersangkut di atas kerusi dan dengan malas aku mengatur langkah ke arah muka pintu. Cahaya matahari pagi yang menyambar wajah benar-benar menyegarkan aku tetapi apabila terpandang wajah lelaki itu, aku menjadi rimas. Lelaki yang kemas dengan sweatshirt coklat di badan itu sedang tersenyum lebar memandang ke mari. Dada kuurut berulang kali sebelum melangkah keluar ke arah pintu pagar. Nasib baik pintu pagar besi itu berkunci.
Astaghfirullahazim! Memang menguji kesabaran betullah. Apabila Encik Faris berkeras untuk menghantar aku dan rakan-rakan pulang semalam, aku memang tidak dapat meneka perkara ini akan terjadi. Siapa sangka dia seberani dan se'mereng' ini? Memang puas aku menolak pelawaannya semalam namun aku tidak dapat berbuat apa-apa apabila Miza dan Aini memaksa aku untuk ikut sekali. Lagipun semasa pulang semalam memang susah untuk dapatkan teksi kerana waktu tersebut adalah waktu orang ramai pulang dari pejabat. Tambahan pula apabila Encik Faris berjanji untuk hantar aku dahulu sebelum Miza dan Aini. Tanpa berfikir panjang, aku pun menaiki keretanya untuk pulang ke rumah. Wajah Encik Faris yang tercongok di luar pagar kupandang dengan tajam.
"Encik Faris nak apa ni?" Soalku dengan lemah sambil bercekak pinggang.
Tudung bawal yang lintang pukang keadaannya di atas kepala kubetulkan sedikit. Kemudian aku membetulkan pula t-shirt lengan panjang dan seluar palazzo di tubuh. Encik Faris hanya tersenyum sahaja sambil memandang wajahku.
"Saya nak awak." Ada ketawa kecil berlagu di bibirnya. Aku pula mulalah meraupkan wajah dengan kasar. Ya Allah, geramnya!
"Encik Faris hardy..seriously, why are you here?" Soalku sambil memandang tepat ke arah rumah Pak Imam di hadapan sana. Janganlah dia nampak aku dan Encik Faris di sini.
Encik Faris terus merapatkan dirinya pada pintu pagar yang berkunci. Kedua-dua belah tangannya memegang kemas besi pintu pagar hitam ini. Gayanya macam dalam penjara pula.
"Saya nak tengok wajah awak. I miss you so much, Bella.." Pujuk rayunya benar-benar merimaskan. Tahulah aku yang akudah buat satu kesilapan yang besar. Aku tidak seharusnya merahsiakan tentang status diriku.
"Encik Faris tak boleh macam ni." Aku menggeleng dengan jiwa yang sangat gelisah.
Ada riak tidak puas hati dapat kukesan pada wajahnya. Tangan kanan terus meraupkan rambut yang tersisir rapi sebelum bersuara.
"Why is that so? Saya bukan nak buat apa pun. Saya cuma nak ziarah awak je. Nak pastikan awak okay." Belum sempat aku bersuara, dia menembak aku dengan soalan pula.
"Salah ke?"
Aku terdiam seketika. Nafas kutarik dalam-dalam dan anak mataku mula berlari ke wajahnya. Aku tidak mahu lagi merahsiakan tentang status diriku. Takut nanti memakan diri. Aku mahu berterus terang yang aku, perempuan yang dikejarnya ini, yang dipujuk rayu dengan madah cinta dan rindu ini adalah isteri orang.
"Encik Faris Hardy..saya harap sangat encik dapat lupakan saya kerana salah di sisi islam untuk memuja seorang perempuan yang bergelar..."
Namun kata-kataku terus terhenti di situ. Kelu terasa lidah saat ini. Bulat anak mataku berada pada kereta Maserati yang kini telah pun menghentikan pacuannya betul-betul di hadapan pintu pagar ini. Danial! Jerit hatiku. Nampaknya dia sudah pulang dari Jakarta.
"Encik Faris..tolonglah pergi." Kalut aku merayu pada Encik Faris namun lelaki yang kelihatan sangat tenang ini hanya mengerutkan wajahnya.
"Siapa tu?"
Soalannya tidak sempat untuk aku jawab apabila Danial Lee yang kemas dengan suit hitam di badan keluar dari bahagian belakang kenderaan. Tergamam. Serentak dengan itu juga jantungku melajukan degupannya. Masalah besar ni! Baru nampak bayangnya, aku sudah gelisah. Belum lagi dia buka mulut. Lelaki yang kelihatan sangat berkarisma itu kulihat melangkah ke mari dengan penuh gaya. Kaca mata hitam tidak ditanggalkannya namun aku dapat lihat matanya itu sedang merenung ke mari. Kacak. Dalam diam aku memuji.
"Hi Bella! It's 10 am in the morning and you're still here! Unbelievable! Don't you know Juwita has been waiting for you since 9?"
Jerkahannya itu, walaupun tidak kuat mana mampu untuk membuatkan aku tergamam. Alamak..dia ingat la pulak tentang projek kimchi tu! Malasnyaaa! Encik Faris mulalah menoleh ke arah lelaki itu. Dapat kulihat wajah tegang Encik Faris tika ini. Tidak tahu kenapa ada perasaan indah apabila ternampak kelibat Danial di sini sebentar tadi tetapi sejak mendengar tempikannya itu, aku menjadi sangat geram. Nanti kau!
"Dia ni lagi? Bella awak kenal dia?" Soalan Encik Faris langsung tidak kupedulikan.
"Kejap." Ujarku kepada Danial dan terus berpaling.
"Where are you going? I am not done yet!" Jeritan Danial tidak mampu untuk menghentikan langkahku yang sedang menuju ke arah pintu rumah.
"Tunggu situ! I have something for you." Tanpa menoleh dan melihat wajahnya aku menjerit kecil.
Kelam-kabut aku berlari masuk ke dalam rumah dan seterusnya menuju ke dalam bilikku. Lincah tanganku mencapai beg dan kemudian aku berlari ke bawah semula. Nasib baik tidak tergelincir ketika menuruni anak tangga tadi. Aku nekad mahu memulangkan wang ini kepadanya semula.
Nafas kutarik dalam-dalam sebelum melangkah keluar dan menuju ke arah pintu pagar. Di situ ada dua lelaki yang kelihatan segak dan berkerjaya hebat tetapi punya masalah jiwa!
"Encik Danial Lee, please take it. Saya tolak tawaran awak tu. Sekian terima kasih. Tolong balik." Sampul kukeluarkan dari dalam beg tangan dan kuhulurkan kepada Danial yang berwajah tegang melalui pintu pagar besi ini. Kemudian anak mataku berlari pula ke arah Encik Faris yang kelihatan tidak puas hati.
"Encik Faris Hardy. Awak pun boleh balik sekarang ye. Thank you!" Ujarku dengan tegas.
Tangan kiri memicit kepala yang semakin berserabut manakala tangan kanan masih lagi menghulurkan sampul kepada Danial yang sedang merenung tajam ke arahku.
"Buka pintu pagar ni." Danial bersuara dengan sangat tenang. Kepala kugelengkan.
"No way. Ambil sampul ni dan balik." Ujarku dengan tegas. Sampul yang berada di tangan kugoyangkan sedikit.
"Bella, I have one question for you. Are you going to open the gate or not?" Ada senyuman sinis di bibirnya. Eleh, ingat aku takut? Dengan pantas aku menggelengkan kepala.
"No way! Never!"
Tegas sekali suaraku bergema saat ini. Encik Faris kulihat menepuk lembut bahu Danial namun lelaki itu langsung tidak mengendahkannya. Dengan tidak semena-mena, Danial terus sahaja memanjat pintu pagar besi ini dan dengan sekelip mata dia sudah pun berada di hadapanku.
Tergamam aku jadinya! Kaca mata hitam yang berada di wajahnya ditanggalkan dan dengan wajah yang sangat serius dia mengenyitkan sebelah mata ke arah aku yang masih lagi tersentak.
"Bella, awak nak saya telefon polis?" Dapat kudengar suara resah Encik Faris berkumandang saat ini.
"No. Encik Faris..I am fine..encik baliklah dulu.." Aku bersuara namun mata masih melekat pada wajah Danial.
"Danial Lee Jae Hwan! What do you want from me??!" Bentakku dengan kasar namun aku cuba juga mengawal nada suara. Siap sebut nama penuhnya sekali.
Seperti biasa, tangannya sudah pun menggenggam lembut lenganku dan seperti biasa juga aku cuba untuk melepaskannya namun tidak berjaya. Encik Faris yang kulihat ingin bersuara terus terdiam apabila Danial menundingkan jari ke arahnya.
"You better stay out of this. Thank you." Keras amaran yang diberikannya kepada Encik Faris.
"Lepaslah." Bentakku sekali lagi namun dia tidak mempedulikan arahanku itu.
Dia terus sahaja menundukkan wajahnya dan anak matanya kulihat berlari ke serata wajahku untuk beberapa ketika. Jauh pandangan matanya menjelajah ruang mata membuatkan jantungku semakin bergetar. Benar, hanya dia sahaja yang mampu mencetuskan debaran di dalam dada. Ada gelisah di dalam jiwa. Terus sahaja aku melemparkan pandangan ke arah lain.
"Sorry I have to do this. I told you to open the gate nicely but you disregarded my request" Siap jungkit bahu lagi ketika berkata begitu. Ya Allah geramnya.
"Bella..I've told you before. Once kau pegang sampul tu, you have to get the work done for me. Remember?" Soalnya. Tanpa sempat aku jawab, dia menyambungkan ayatnya lagi.
"Please be professional. Jangan campurkan urusan peribadi dan business. Will you?" Soalnya dengan sedikit tegas.
Aku pula terus menjulingkan anak mata ke atas.
"You have two options. Ikut aku ke kondo dan selesaikan kerja kau or stay here with me for the rest of the day. Kat dalam tu." Ada senyuman nakal muncul di bibirnya untuk sesaat.
Samseng! Memang aku tahu dia akan mengotakan apa yang dikata. Gerun pula memikirkan pilihan kedua itu lalu aku memasukkan kembali sampul dengan kasar ke dalam beg tangan. Dengan geram aku mengeluarkan kunci dari dalam beg dan kuberikan kepada Danial. Sekelip mata dia sudah pun berjaya membuka mangga pada pintu pagar ini.
"Excuse me encik..tolong lepas tangan dia sebelum saya.." Encik Faris mula menjerkah tetapi Danial terus sahaja memotong kata-katanya.
"Sebelum apa? Didn't she tell you the truth? I'm her husband! Are you going to make a police report? Go on then." Dengan tegas Danial berkata begitu. Tersentak aku lihat Encik Faris saat ini. Bulat matanya menjegil ke arahku. Ada rasa sayu singgah di jiwa khas buat Encik Faris.
"Encik Faris Hardy, I am sorry. I am really sorry." Ucapku dengan sangat perlahan.
"Now get out of my way!" Ujar Danial dengan tegas dan serentak dengan itu dia menarik tanganku untuk sama-sama mengikuti langkahnya.
"Bella!" Suara Encik Faris bergema lagi.
Dapat kulihat ada sendu pada wajah mendung Encik Faris. Danial pula tidak lagi menggenggam lenganku seperti tadi.
"Encik Faris..balik dulu. Nanti saya terangkan. Saya okay. Don't worry about me. Assalamualaikum" Terus sahaja aku masuk ke dalam perut kereta.
Walaupun aku cuba untuk memaksa senyuman khas buat pemandu Danial, Abang Kimi yang berada di ruang pemandu namun aku tetap tidak mampu saat ini. Kusut dan serabut!
"Awak ni memang samseng kan! Diktator!" Bisikku dengan geram kepada lelaki ini.
"Lagi bagus jadi samseng daripada jadi munafik." Bisiknya pula dengan sangat kasar.
Aku mengetap bibir sebelum menjeling ke arah Abang Kimi. Rasanya dia tak dengar perbualan kami. Terus aku mendongakkan kepala sedikit ke arah Danial.
"Munafik??" Soalku dengan sangat geram. Eiii ikut hati mahu sahaja aku tampar mulutnya tu.
"You broke your promise. You didn't show up at 9am today. Tak munafik ke tu?"
Dengan selamba dia bertanyakan soalan itu kepadaku membuatkan darahku semakin menggelegak. Tak guna lawan cakap dengan dia ni. Asyik dia aje yang nak menang. Bersama rasa membara di dalam jiwa, aku terus melemparkan pandangan ke arah luar kenderaan.Grrrr!! Wahai hati, bertabahlah!

Faris Hardy |

Thanks suri
ReplyDeleteyou are welcome :) tq sudi baca Byt :)
Deletekak...bila nk upload bab 25
DeleteWow mr danial dah tunjuk taringnya sbg suami...udah2la en faris hardy..
ReplyDeleteBettee u caei org lainnnn......suka sesangat
Ijan
thank u so much Ijan sebab sudi baca dan sudi berikan komen :) terpaksa la faris hardy cari org lain..ataupun adakah Faris hardy akan terus berharap? hehee
DeleteBoleh upload bab 25?
DeleteBestnya!!!excited tunggu next n3
ReplyDeletetq so much sudi baca..nanti akak post bab 25..in syaa Allah..selewat2nya lusa :)
Deletebestnya,tak sabar nak tunggu bab yg seterusnya!!!!!
ReplyDeleteInsyaa Allah nanti akak post bab 25 ye..tq sudi baca Ainul :)
DeleteAduiiii smpi sanggup panjat pagar....
ReplyDeletehaha xD thank u so much sudi baca Eijan :) nanti akak post bab 25 ye
DeleteWahhh......seronoknye bab nih...panjat pagar????!!!! Berani sungguh danial..bersedia lah bella...
ReplyDeletehaha danial panjat pagar..kak..yg abg kimi tu..masa masuk memang bella pandang dia dan tak jadi nak senyum..kemudian bella pandang sekali lagi sebab takut abg kimi dengar apa yg dia ckp kat danial tu haha
Deletedanial nih mmg xleh buat main.. ape yg dye ckp mmg dye buat.. btw kak suri ble post bab 25 pulak?? mlm lusa ye??
ReplyDelete-ija-
watak danial mmg begitu haha..in syaa Allah malam lusa rasanya..mesti ada bab 25..tq tau sudi baca dan komen, Ija
Deleteallaa kak suri, tak ada pun bab 25? -_-
DeleteBella suka dekat Danial... Danial?? :-(
ReplyDeletemiEza
danial tu ego..mungkin juga dia juga sukakan bella dalam diam xD haha mungkin la..hehee tq so much sudi baca dan komen.
DeleteAlaaaa...nk lg....
ReplyDeleteGeram la dkat dnial ni...bikin panas je.....suke ckap la suke...klau cemburu 2 ngaku je la...ishhh...
in syaa Allah, lusa malam akak post bab 25 ye? tq so muchhh
DeleteBest sangat2.
ReplyDeletetq so much baby mio sebab sudi baca dan berikan komen :)
Deletethanks kak suri...akak mmg da best
ReplyDeleteyou are welcome :) tq so much tau sudi baca. Nanti akak post bab 25
Deletemelepass encik faris. haha comel je diorg gaduh. gaduh gaduh manja gituu.
ReplyDeletehahaha..comel ek xD tu la..melepas encik faris..in syaa Allah, nanti akak post bab 25 ye
DeleteSeronoknye rasa....danial ni dah suka kat bella ni....sbab tu mgaku dah jgik husband kan...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSuka sgt cite ni... Hari2 sy check blog akak mana tau dah update awal ke.
ReplyDeletetq so much sebab sukakan cite ni..nanti akak post bab 25 ye? :) tq sebab sudi check blog hee
DeleteHarapnya novel akak ni sy dpt baca spai habis samada kat blog atau dah di terbitkan, ada blog yg sy baca cite x habis dan x update smapi setahun, frust sangat sbb cite yg kita suka...
DeleteTersenyum senyum baca bab ni....best sgt sis.
ReplyDeletehaha tq so much sebab sudi baca bab 24 ni..nanti suri post bab 25 ye :)
DeleteBesttttt Betoiiiiiii. ... nk lg sis...
ReplyDeleteNk lagiii sis. .. bestt Betoiiiiiii. ..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNk lagiii sis. .. bestt Betoiiiiiii
ReplyDeletein syaa Allah nanti suri post bab 25 ye..tq sudi baca dan komen :)
DeleteBest giler... Bila nak dinaskahkan ni? Can't wait.. Can't wait...
ReplyDeletekemungkinan december..kalau tak sempat awal tahun hehe tq so much sudi baca dan komen.:)
DeleteKlau bella x nak danial lee nie.. sy nakk.... haha
ReplyDeletehahaha nanti akak bgtau bella ye :D tq so much sudi baca dan komenn :)
Deleteada pkataan yg trtingal n salah leh spoil mood masa baca. the rest as usual AWESOME.
ReplyDeleteboleh tahu kat bahagian mana yang tertinggal perkataan tu? sorry kalau ade perkataan tertinggal atau salah ejaan..semua yang suri post kat blog bukan final lagi dan belum edit langsung..jadi memang akan ada spelling mistake tertinggal perkataan dan sebagainya..anyways..tq so much sudi baca dan komen ye :) glad you like it :)
DeleteBestttt nya Suri
DeleteBest la kak suri. Thanks update xx
ReplyDeleteyou are welcome..tq so much sudi baca :)
DeleteSuka3 ....terbaek la suri x sabar nak dapatkan novel suri ni...
ReplyDeletetq so much sudi mengikuti cite ni..nanti suri post bab 25 ye :)
DeleteSebelum apa? Didn't she tell u the truth? I'm her husbnd!...nmpk sgt tu en daniel...bella tak bole da kena kacau...hehehe. Thnks suri...saya suka, saya suka, saya suka.....
ReplyDeletejelez la tu...hihihi
DeleteThank you k.suri. best sngt citer..xsbr nk bc next entry.
ReplyDeletemakin besttt...makin x sabaq,.....owhh...huhuhhu...cane ni...ottokae..
ReplyDeleteSangat suka dgn ayat Daniel.. Please don't tear them apart...Boleh jadi mental ini..
ReplyDeleteagk merimaskn en.faris ni..jgn create dia wtk antgnis ye suri... ;)
ReplyDeletehai danial, jeles ke tu?? hati dh t'jtuh skabkt bella ke? hikhikhik :p
Makin menarik.
ReplyDeleteBestnya....klu di terbitkn confrm sya beli....xsabor nk bca next entry..
ReplyDeleteUikssss...... Danial..... Jeles eh?
ReplyDeleteAkhirnya en faris dh tau status bella..:) terbaiklah danial..msti danial jeolous tgk faris jmpa bella 2...dlm hati ada tmn ye danial..:)
ReplyDelete-june-
Finally..novel best bakal tiba...garapan yang indah kak suri...love it...
ReplyDeleteBest....
ReplyDeleteAlaaa rasa mcm baru kejap je baca... saya nak scene bella dgn danial lagi..hihi
ReplyDeleteAnyway,karya kak suri tak pernah mengecewakan saya :)
ReplyDeleteKak suriiii.. Nak lagi... Besssttt!!!!!
ReplyDeleteYessssss finally Danial bagitau jugak status diorang. Merimaskan lahhh encik Faris tuu
ReplyDeletetolongla banyak kan scene beella dn danial..hehehe best giler kak suriii.. xsbaq nk beliiii
ReplyDeleteMakin menarik....x sbr nak tau nex chapter....cepat2 release novel nie bule ulang byk kali bace.....he3
ReplyDeletedanial jeles la tu, tgk mr faris asyik dok kejar bini dia....so apa dh jadi dgn `nothing changed'.... ekekeke..
ReplyDeletebestnya kak suriiii....suka sangat sebab beyond my expectation..weee :)
ReplyDeleteThanx Suri.... Best sangat...! x sabar tunggu bab 25....
ReplyDeletebgus jga ada Faris tu.. biar Danial rsa ada pesaing.. Faris tu nnt kasi pd Kak Long je.. he3..
ReplyDeletehhhhh... owe u la Danial.... x suke betul ngan Faris tu :)
ReplyDeleteThanks ... Suka baca cerita ni. Teruskan berkarya..... Keep up the good work
ReplyDeleteeleh danial ... cari alasan pasal kimchi konon ... padahal mmg nak sgt jumpa bella kaannn ... kan kan ... ngaku je laa ... ko rindu kat bella ... ahaakkkss ....
ReplyDeleteHaiiyoooo kak suri.......makin mabeles ni...wahai hati,bersabar la....
ReplyDeletehiiii..seronok2!!tq kak suri..x sabar nak bace pe yang jadi seterusnya..
ReplyDeletethank suri...x sbr utk nxt entry
ReplyDeleteBestnya...... Nk lagi......
ReplyDeleteAs salam akak...bila nak keluar kan novel ni??heee..tak sabar laaaa... :)
ReplyDeleteBest sgt. Nmpk yer daniel jeles tgk bella dgn faris. Siap bgtau lg da khwin. Hehehe. Mesti danial da suka dgn bella tp xnk ngaku. Cepat skit bab 25 kak suri... X sbar da..
ReplyDeleteBestnyaaaa
ReplyDeleteBestnyaaaa
ReplyDeletegosh.. cant stop read this danial lee and bella.. also cant wait for the next episode... lagi best kalau dapat publish kan in real novel..
ReplyDeleteBessstttttnyew sis..danial lee jae hwan..mcm nme lee dong wook dlm drama hotel king jew..bydway fall in love with this ♥♥♥
ReplyDeleteDah byak kali ulang bca entry ni...best sesgt...beyond my expectations la...
ReplyDeletealahai best sngt x sabar beli novelnya.tq sis suri buat crita best
ReplyDeleteDear suri
ReplyDeleteall your karya memang awesome... everyday i check your blog sebab tak sabar nak baca cerita seterusnya.... huhu confirm bila dah di cetak.. i akan beli.. tak sabar nak tunggu next chapter nie..... hehehe
Best giler .... hari2 tunggu n3 bàru....tqvm
ReplyDeletelaahaaiii... bestnyaa sis. tambah2 lagi ada gambar hero & herionnya. mmg jiwa terus... ^^
ReplyDeleteSorry ye, akak mmg malas nak taip taip ni. Tapi cite ni mmg MANTAP! BEST!
ReplyDeletehihi. syiokk woo~
ReplyDeletekak suri, moga cepat-cepatlah keluar baby yg ni. ameen. :)
Super duper best!!!!recomended
ReplyDeleteJanji konon..ntah2 dok jakarta tu dok tingat kat bella.. bawak bella blk kondo..hmm alamatnya danial amik peluang, asik nak tenking bella je la
ReplyDeleteBest
ReplyDeletebesttt.haha.
ReplyDeleteThumb up!!! Like <3 <3 <3
ReplyDeletelagi two weeks baru dapat baca the next chapter T__T kalau dekat kolej internet kuat kan best..haish..xsabar nak tunggu the next chapter :)
ReplyDeleteEiii.. menyampah plak ngn en Faris ni. Xpaham bahasa. Eiii geram plak. Daniel dh tunjuk taring nmpk.. kak suru mmg best la. Sambung lg. Heee
ReplyDeleteAs salam suri
ReplyDeleteGelak sorang2 baca entry ni. X sangka ada crita baru. Hari2 lawat blog dgn hrpn ada crita baru. Akhirnya danial mklmkn status mereka. X suka dgn faris.
Merimaskn...sambung cpt ya suri..best sangat entry ni
Raihana
Eiiiii menyampah plak ngn en Faris ni. Xpaham bahasa betul .rimas je haaa.. Eii geram je. Daniel dh tnjuk taring nmpk. Nasib la Bella ni degil2 pn dengar gak ckp Daniel. Kak Suri mmg best lah. Up lg next entry
ReplyDeleteDanial memang dah suka kat bella tu!! Cari alasan je nak dekat dgn bella.. Hehehe.. Sampai kan bella takut belalang pun dia ingat.. maksudnya dia ingat semua pasal bella ..:D
ReplyDeleteBella oh bella... Daniel oh daniel... Bikin hati penasaran...
ReplyDeleteBest gilerr....cant wait for next entry..
ReplyDeletesukerrrrrnyerrrrr......sbnrnya danial suka bella dah tu....jelezz sebnrnya...hihi....suka la sis
ReplyDeleteaffida ismail
sje nk suggest title hihihi
ReplyDeletebesh sgt2 novel,x sbar nk tggu next chapter
*Kimchi + Mr. Kkangpae
thumbs up...
ReplyDeleteBest ^^
ReplyDeleteWalaupun lambat, nk komen jgk.. Haha
-Athirah
Alhamdulillah akhirnya faris tahu jugak bella da kawen. faris amek je la kawan bella tu abes cte
ReplyDeleteBest sangat....
ReplyDeleteMne episod 25 dan seterusnye
ReplyDeleteWow..makin best plk...kak suri tq so much btw smpai bab bpe ye novel ni hbs?i m feeling excited for get this novel at the book shop...kak suri la favorite penuls novel sy dr first novel akak smpai la skrg ni ...congrats kak n trskn brkarya ke next novel ok
ReplyDeletesis sy cuba cr bab 25, tapi x jumpa? tkde ke?
ReplyDeleteMana episode25?
ReplyDeleteDah habis baca dah , mana bab 25 nyerr ?? kak surii , please !!!! ab 25 laa !! Yoo Rin pon xdakk lagi !!
ReplyDeletememang nk novel ni.. hensemnya danial..nk belajarla buat kimchi..heheheh..
ReplyDeletesis. saya nak bab 25 dan seterusnya. dr td cari tk dpt dpt
ReplyDelete