Demi Tuhan aku rasa kosong. Serik rasanya untuk bercinta lagi. Traumatised! Hati yang terluka semalam nampaknya masih belum ada tanda mahu sembuh. Dalam keadaan bersila aku merenung muram ke arah Mr. Teddy yang sudah 2 tahun menjadi peneman aku. Dengan hati yang berat Mr. Teddy berwarna coklat di tangan aku letakkan ke dalam kotak kosong di hadapanku. Teddy bear comel itulah yang aku bawak tidur, bawak study, kadang-kadang makan kat dapur pun Mr. Teddy teman sekali. Pendek kata ke mana-mana ruang dalam rumah punlah dia sentiasa ada bersamaku.
"Goodbye Mr. Teddy.." Ucapku lemah.
Sedihnya terpaksa berpisah tetapi untuk apa aku simpan lagi jika teddy bearmengingatkan aku pada Qashah. Lagipun, tak inginlah aku nak simpan segala pemberian lelaki tak guna tu. Inilah hadiah pertama daripadanya untuk aku. Katanya, Mr. Teddy adalah pengganti dirinya untuk masa-masa dia tidak dapat bersama aku. Dulu, aku rasa sweet like Godiva sangat kenyataannya tu. Sekarang rasa nak muntah hijau!
Bluekkk!
Aku menjengukkan kepala ke dalam kotak. 2 tahun bersama Qashah, penuh sekotak besar barang-barang yang dihadiahkannya kepada aku. Dari pakaian, patung-patung stuffed animals yang lembut dan comel-comel sampailah ke barang perhiasan diri. Semuanya akan aku pulangkan pada tuannya nanti. Isk, makin aku pandang benda-benda ni makin emo aku jadinya. Mood belajar jangan cakaplah, tu dah lemas kat Sungai Perak dah tu. Nasiblah kali ini aku dah mula ulangkaji awal-awal lagi. Kalau last minute baru nak belajar, dengan baru patah hati begini, memang confirmed lah aku tak grad tahun ni. Tak dapat bayangkan reaksi ayah kalau itu terjadi.
Profesyennya sebagai seorang guru besar tidak menghalang ayah berperwatakan sporting. Fakta itu diakui oleh seluruh pelajarnya. Tapi, kalau bab pelajaran, dia memang tegas dan tak akan sesekali berkrompomi. Kalaulah ayah tahu aku bermain cinta sampai putus begini..masak aku! Putus cinta masa musim exam pulak tu. Memang mengundang nahaslah jawabnya. Nafas aku tarik dalam-dalam untuk menenangkan diri. Sampai hati Qashah buat aku macam ni.
Nafas berat aku hela dan pita pelekat aku capai dari atas katil. Kini, kotak aku tutup rapat dan jemari lincah melekatkan pita pada kotak. Kemudian, aku terus menolak kotak tersebut ke sudut kiri bilik. Tangan kanan dan kiri aku gosokkan sesama sendiri. I'm so done with you, Qashah!
Malas-malas aku mengatur langkah menuju ke meja belajar. Telefon bimbit di atas meja aku capai. Jari telunjuk berlari di atas skrin dan nombor Nellina yang awal-awal lagi aku daftarkan semenjak tukar simcard baru pagi tadi aku tekan sebelum melekapkan telefon bimbit ke telinga.
Mesti gadis itu separuh mati risaukan aku. Sesungguhnya episod putus cinta dengan Qashah ni
betul-betul buat aku lelah. Lemas. Mahu sahaja aku meraung di bahu Nellina saat ini. Gadis tu agak memahamilah juga orangnya. Maklumlah sudah 3 tahun kami serumah.
"Assalamualaikum.."
Aku terus menjawab sebaik sahaja mendengar suara Nellina di hujung talian.
"Waalaikumussalam Nelli.." Ucapku dengan suara yang sedikit serak gara-gara terlalu banyak meratapi nasib.
"Err..siapa ni?"
Dengan teragak-agak Nellina bersuara. Maklumlah aku kan guna nombor baru. Kaki melangkah ke arah katil. Tubuh aku hempaskan ke atas tilam yang empuk ini bersama keluhan panjang.
"Akulah, Tia.."
Pandangan aku halakang kosong ke arah siling.
"Tiaaaa! Ya Allah, ke mana kau menghilang??? Naik lebam jari aku call kau tau. Semuanya masuk voice mail! Kau okay ke? Kau kat mana ni? Kau.." Haaa tu dia..bertalu-talu soalan yang dia tembak. Cepat-cepat aku memintas.
"Nelli..Nelli! Listen here.." Suara aku tegaskan. Sunyi sepi hujung talian.
Nafas aku tarik panjang-panjang dan aku mula bangun dan menyandarkan bahagian belakang tubuh pada kepala katil. Aku faham Nellina sangat risaukan aku.
"Nelli, aku okay. Don't worry about me. Macam yang aku tulis dalam notalah..aku dah kat kampung ni. Sorry tak sempat beritahu kau face to face. Aku dah tak dapat fikir apa-apa semalam.." Luahku bersama dada yang sebak.
"Tia..kau tahu tak, semalam boyfriend kau tu berkampung kat depan rumah sewa kita ni. Aku dah cakap kau takde. Still juga dia melangut kat depan pagar tu." Adu Nellina. Aku hanya ketawa sumbing dengan mata yang berkaca.
"Nelli, aku okay. Don't worry about me. Macam yang aku tulis dalam notalah..aku dah kat kampung ni. Sorry tak sempat beritahu kau face to face. Aku dah tak dapat fikir apa-apa semalam.." Luahku bersama dada yang sebak.
"Tia..kau tahu tak, semalam boyfriend kau tu berkampung kat depan rumah sewa kita ni. Aku dah cakap kau takde. Still juga dia melangut kat depan pagar tu." Adu Nellina. Aku hanya ketawa sumbing dengan mata yang berkaca.
"Boyfriend? Siapa? Aku dah takde boyfriend la. Kalau bekas teman lelaki tak guna, haa itu aku ada!Bekas ye, bekas!" Bicaraku dengan geram. Tiba-tiba sahaja gadis itu bersuara dengan nada pelik.
"Tiaaaaaa..." Rengeknya. Seperti ingin menangis pula.
Aku terus mengerutkan dahi. Dah kenapa dia pula yang nak menangis? Sedih sangat ke aku putus dengan Qashah?
"Kenapa dengan suara kau ni??" Soalku pelik. Dapat aku dengar Tia sudah mula memangis di hujung talian. Tersentak aku untuk seketika.
"Aku minta maaf. Aku rasa bersalah sangat dengan kau.." Dalam sebak dia bersuara. Bungkam terus aku jadinya.
"Aku bukan kawan yang baik Tia.." Sambungnya lagi.
Cepat-cepat aku bersuara.
"Nelli..kenapa ni?" Soalku dengan lembut bersama sejuta persoalan dalam kepala. Cepat-cepat aku bersuara lagi.
"Nelli..cuba kau cerita satu persatu. Aku tak fahamlah." Sambungku lagi.
"Nelli..kenapa ni?" Soalku dengan lembut bersama sejuta persoalan dalam kepala. Cepat-cepat aku bersuara lagi.
"Nelli..cuba kau cerita satu persatu. Aku tak fahamlah." Sambungku lagi.
Aku dengar gadis itu melepaskan keluhan berat di hujung talian. Setelah mendiamkan diri untuk beberapa saat, dia terus bersuara.
"Tia..sebenarnya aku dah tahu Qashah curang dengan kau sebelum ni. Cuma aku rahsiakan dari
"Tia..sebenarnya aku dah tahu Qashah curang dengan kau sebelum ni. Cuma aku rahsiakan dari
kau." Luahnya takut-takut.
Benar, kenyataannya mampu buatkan aku terkedu.
"Apa?!!" Automatik nada suara sudah naik satu oktaf dari tadi. Bantal dalam pelukan aku baling ke tepi.
Berdebar jadinya jantung. Aku cuba untuk menenangkan diri. Kenapa Nellina sanggup untuk merahsiakan perkara itu dari aku? Suka sangat ke tengok aku syok sendiri macam orang bodoh?
"Nanti..nanti. Kau dengar dulu apa yang aku nak beritahu ni.." Terburu-buru dia berkata begitu untuk mempertahankan diri. Namun, rasa kecewa tetap juga terhambur dari bibir.
"Sampai hati kau, Nelli.." Lirih suara aku. Sedikit sebanyak terasa hatilah jugak dengan kawan serumah aku tu. Tak henti-henti hati aku beristighfar saat ini.
"Nanti dulu Tia..dengar dulu apa aku nak cakap ni." Pintanya lagi.
"Hello..Tia..kau dengar tak ni?" Soal gadis itu di hujung talian. Aku terus bangun dan melangkah ke arah tingkap di bahagian hadapan bilik.
"Hm..cakaplah." Bersama mood yang semakin kelaut aku berkata begitu. Pandangan aku hala kosong ke arah bunga ros di taman mini mak.
"Sebenarnya bulan lepas aku ke rumah kawan sekelas aku, Amna. Kau kenal kan Amna? Budak Arab Saudi tu?" Nelli mula bercerita.
"Nanti dulu Tia..dengar dulu apa aku nak cakap ni." Pintanya lagi.
"Hello..Tia..kau dengar tak ni?" Soal gadis itu di hujung talian. Aku terus bangun dan melangkah ke arah tingkap di bahagian hadapan bilik.
"Hm..cakaplah." Bersama mood yang semakin kelaut aku berkata begitu. Pandangan aku hala kosong ke arah bunga ros di taman mini mak.
"Sebenarnya bulan lepas aku ke rumah kawan sekelas aku, Amna. Kau kenal kan Amna? Budak Arab Saudi tu?" Nelli mula bercerita.
"Hmm." Acuh tak acuh aje aku bersuara. Terbayang wajah gadis arab berbulu mata lentik yang rapat dengan Nellina itu.
"Amna tu tinggal di The Regency, sama tempat dengan Qashah. Masa di lobi aku ternampak Emy dan Qashah bergurau senda. At first aku tak fikir apa-apa. Tapi, bila aku nampak dengan mata aku sendiri diorang berpelukan, aku terus jadi James Bond. Aku dan Amna spy diorang, Tia. Aku nampak diorang masuk ke dalam kediaman Qashah. Memang aku dah rasa tak sedap hati waktu tu!" Panjang lebar si Nellina bercerita.
Entah kenapa, hati aku terlalu kebas dan beku untuk merasa sakit hati. Mungkin kerana aku sudah dapat menerima kenyataan yang Qashah memang bukan untuk aku agaknya.
"Habis tu, dorang tak nampak ke kau skodeng?"
Pandangan masih aku halakan ke luar tingkap bilik.
"Emy perasan aku skodeng dorang, apa lagi mengamuklah dia! Terus dia warning aku. Kau tahu kan Prof Zaid tu papa dia. Sudahlah aku memang lemah subjek tu. Katanya dia akan burukkan aku pada papa dia dan buat aku menyesal seumur hidup." Beritahu gadis itu di hujung talian.
Diam-diam simpati juga aku dengan Nelli. Gadis itu memang penakut dan lembut hati. Memang semasa Qashah memperkenalkan teman sekelasnya si Emy tu pada aku dulu, aku dah mula rasa kurang berkenan dengan dia tu. Tapi aku cuba untuk tidak menghakimi. Well, don't judge the books by its cover, kata Qashah tak guna tu.
"Nelli..kau takut sangat ke dengan dia tu?" Soalku tak puas hati.
"Tia..kau tak kenal Emy. Jahat gile perempuan tu. Problematic. Kau aje yang tak tahu. Emy pernah fitnah sorang budak ni sampai budak tu kena pulau dengan semua pensyarah tau. Memang tertekan budak tu sampai berhenti belajar. Prof Zaid pula jenis yang sayang anak tak bertempat. Sebab tu lah Emy tu jadi macam tu.." Keluh Nellina.
"Nelli..kau takut sangat ke dengan dia tu?" Soalku tak puas hati.
"Tia..kau tak kenal Emy. Jahat gile perempuan tu. Problematic. Kau aje yang tak tahu. Emy pernah fitnah sorang budak ni sampai budak tu kena pulau dengan semua pensyarah tau. Memang tertekan budak tu sampai berhenti belajar. Prof Zaid pula jenis yang sayang anak tak bertempat. Sebab tu lah Emy tu jadi macam tu.." Keluh Nellina.
Sebenarnya bukan aku tak pernah dengar tentang perangai problematic si Emy tu cuma Qashah yang selalu menangkan gadis itu. Katanya orang yang suka fitnah Emy lah..ramai yang dengki dengan Emy la..padahal perangai gadis tu sendiri macam jembalang tanah! Memang sesuailah kena simbah dengan spaghetti semalam! Tak, aku tak rasa menyesal pun buat dia macam tu.
"Kau tahu tak, setiap hari hati aku meronta-ronta untuk beritahu kau. Tapi aku takut. Aku selalu berdoa supaya Allah tunjukkan segalanya dan buka mata kau." Jelas Nellina lagi.
Aku tahu aku tak patut menyalahkan gadis ini. Dia juga tersepit dan tertekan.
"Sebab tulah aku selalu suruh kau melekat dengan Qashah..suapaya Emy takde peluang nak rapat-rapat dengan dia lagi." Sambung gadis itu lagi. Cepat-cepat aku mencelah.
"Nelli..semuanya dah tak bermakna apa-apa dah. Kau tak perlu rasa bersalah. Kalau dari awal kau
"Sebab tulah aku selalu suruh kau melekat dengan Qashah..suapaya Emy takde peluang nak rapat-rapat dengan dia lagi." Sambung gadis itu lagi. Cepat-cepat aku mencelah.
"Nelli..semuanya dah tak bermakna apa-apa dah. Kau tak perlu rasa bersalah. Kalau dari awal kau
beritahu aku pun, ianya takkan merubah apa-apa, Nelli. Aku tak akan boleh terima lelaki yang duakan aku. Satu lagi, hubungan diorang tu macam dah jauh sangat, Nelli..aku tetap juga akan putus dengan dia!" Bentakku dengan geram. Mulalah dada aku berombak marah sekali lagi. Kesian Nellina terpaksa tadah telinga.
"Sekali dia curang, dah takde peluang untuk dia." Sebutku dengan hati yang sangat sakit.
"Curang tahap bawa balik perempuan tu ke rumah. Aku rasa mesti Emy yang goda Qashah." Celah Nellina. Aku pantas mencantas.
"Tak kisahlah ramai mana yang menyondol, kalau diri sendiri tak layan tak akan jadi jugak." Bahasku dengan darah yang mendidih. Bukan masanya untuk menangkan Qashah saat ini.
"Erm..Tia..apa aku nak cakap dengan Qashah nanti kalau dia datang ke sini lagi?" Soal Nellina dengan nada kusut. Kasihan pula dengan kawan aku ni. Kepala yang tak gatal aku garu.
"Tak kisahlah ramai mana yang menyondol, kalau diri sendiri tak layan tak akan jadi jugak." Bahasku dengan darah yang mendidih. Bukan masanya untuk menangkan Qashah saat ini.
"Erm..Tia..apa aku nak cakap dengan Qashah nanti kalau dia datang ke sini lagi?" Soal Nellina dengan nada kusut. Kasihan pula dengan kawan aku ni. Kepala yang tak gatal aku garu.
"Kau cakap dengan dia, aku suruh dia move on dan bertaubat. Nikah cepat-cepat dengan Emy." Lancang ayat itu keluar dari mulut aku.
"Seriously, Tia?" Soal Nellina yang inginkan kepastian.
"Kau cakap macam tu, Nelli." Tegasku dengan serius.
"Okaylah, Tia..aku terpaksa pergi ni.." Terburu-buru pula si Nellina bersuara membuatkan aku pelik. Terdengar seperti ada suara lelaki yang berkata sesuatu padanya.
"Seriously, Tia?" Soal Nellina yang inginkan kepastian.
"Kau cakap macam tu, Nelli." Tegasku dengan serius.
"Okaylah, Tia..aku terpaksa pergi ni.." Terburu-buru pula si Nellina bersuara membuatkan aku pelik. Terdengar seperti ada suara lelaki yang berkata sesuatu padanya.
"Nelli..kau kat mana ni?"
"Aku..aku..kat kafe!" Jawabnya dengan kelam-kabut.
Oh patutlah. Aku menganggukkan kepala walaupun aku tahu Nellina bukan nampak pun reaksi aku.
"Owh..okay..dengan siapa?" Soalku lagi.
"Owh..okay..dengan siapa?" Soalku lagi.
Bukan apa, aku yang selalu temankan dia ke kafe untuk minum-minum. Kesian pula aku dengan gadis itu.
"Amna! Ha'ah..Amna! Kitorang nak ke library ni." Jawabnya kalut. Ish dia ni..kalut betul. Lambat lagi kut perpustakaan tu tutup.
"Okaylah..bye. Assalamualaikum." Ujarku.
"Amna! Ha'ah..Amna! Kitorang nak ke library ni." Jawabnya kalut. Ish dia ni..kalut betul. Lambat lagi kut perpustakaan tu tutup.
"Okaylah..bye. Assalamualaikum." Ujarku.
"Waalaikumussalam." Jawabnya dan talian dimatikan.
Termangu-mangu aku seketika saat ini. Qashah mula rapat dengan Emy semenjak 6 bulan yang lepas. Masih aku ingat kali pertama dia memperkenalkan aku pada gadis itu. Katanya salah seorang teman study group. Walaupun sejujurnya aku kurang berkenan dengan gadis itu, namun aku cuba menolak segala prasangka tentang dia. Bila agaknya dia mula curang dengan aku? Takkan semenjak 6 bulan yang lepas? Entah-entah study group tu hanya alasan je.
Habis tu, kalau dah betul sukakan Emy, kenapa dia masih cari aku? Takkan habis madu sepah dibuang? Dan aku adalah target dia seterusnya?? Sebelah tangan menutup bibir. Jangan mimpilah! Awak memang melampau Qashah!
***
***
Langit yang mendung seakan-akan memahami keadaan hati aku. Awan sudah menggelap seperti ingin runtuh. Ralit aku merenung ke arah dedaunan yang berterbangan gara-gara ditiup angin kencang. Aku membetulkan tudung bawal di kepala. Keluhan berat aku lepaskan saat ini. Alhamdulillah, tamat juga pengajian aku.
Mana ayah ni? Jam di pergelangan tangan kiri aku jeling. Bukan apa, aku mahu cepat-cepat pulang. Malas nak terserempak dengan dua orang manusia tu. Tapi dalam malas-malas, terintai-intai juga aku kalau-kalau Qashah datang. Aku tak dapat tipu diri. Ikutkan hati, mahu saja aku menjawab semua panggilan dan mesejnya. Tapi, aku masih sedar diri. Berat rasa hati ni untuk berikannya peluang kedua.
Sampai hati awak buat saya macam ni Qashah..rintihku sendirian. Dari atas kerusi batu ini aku hanya merenung kosong ke arah blok Fakulti Sains Pendidikan di hadapanku. Di bawah pokok inilah tempat pertama kali aku bertemu dengan Qashah dulu. Lelaki itu pernah sesat di sini. Tanpa sedar bibir mula tersenyum. Masa tu dia memang tak biasa dengan bangunan ni. Bermula dengan bertanya tentang bilik salah seorang pensyarah, perbualan kami melarat ke perkara lain dan seterusnya bertukar nombor telefon. Harus aku akui, Qashah banyak membantu aku sepanjang 2 tahun berkawan dengannya. Selalu juga aku ajak Nellina bersama bila keluar bersama Qashah. Tapi, tak sangka pula pengakhirannya begini. Dia khianati aku. Sadis sekali! Bergenangan air jernih dalam mata namun aku terus meraupkan wajah.
"Tia!"
Suara itu benar-benar menghentikan aku dari lamunan. Debaran sudah mula mengganggu jiwa. Wajah kacaknya aku pandang sekali lalu sahaja. Risau kalau aku lembut hati.
Sejak bila pula lelaki ini muncul? Itulah asyik sangat aku mengelamun! Agaknya kalau pencuri sambar telefon bimbit aku atas meja pun aku tak perasan tadi. Astaghfirullahalazim. Tergamam aku apabila dengan selamba sahaja lelaki ini melabuhkan punggung di atas kerusi batu betul-betul di hadapan aku. Pantas aku bangun berdiri.
"Tu. Ambil balik barang-barang awak. " Jari telunjuk aku tudingkan ke arah kotak yang sudah tersedia di atas meja batu. Baru sahaja nak angkat kaki, lelaki itu sudah bersuara.
"Tia! Wait!"
Pintanya yang kelihatan kemas dengan sweater Adidas di tubuh itu.
Terus dia melangkah ke arahku. Aku hanya membuang pandang ke arah keretanya yang terparkir di
bahu jalan. Manalah tahu jika ada kelibat Emy di situ. Mentang-mentang pakai kereta
mahal, selamba betul parking kat bahu jalan. Kena saman dengan pak guard baru tahu!
"Qashah..awak nak apa lagi ni?" Soalku acuh tak acuh. Wajahnya aku pandang bersama otak yang kusut.
"We need to talk." Ujarnya serius.
Tajam matanya menikam mataku. Nafas aku tarik panjang-panjang. Perlahan aku menggelengkan kepala ke arahnya.
"Dah takde apa nak dibincangkan, Qashah. Kan saya dah cakap dalam email tu yang saya cuma nak pulangkan barang-barang yang awak kasi dulu. Bukan nak bersembang." Keluhku. Tudung bawal berwarna putih di kepala aku betulkan.
Dia sudah mula tayang wajah simpati. Kuatlah wahai hati. Aku lihat dia mengerutkan dahi.
"Saya ikhlas hadiahkan awak barang-barang tu, Tia.." Ujarnya.
"Takpe. Saya dah tak mahu." Pantas aku menjawab.
"Takpe. Saya dah tak mahu." Pantas aku menjawab.
"Kenapa awak tak pernah langsung return my calls?" Ada nada tidak puas hati dalam nada suaranya. Baru sahaja ingin menjawab, lelaki itu terus bersuara.
"Saya rindu awak. I miss you.. Tia!" Rintihnya dengan bersungguh-sungguh.
Anak mata kami bertentangan untuk seketika. Mulalah perasaan bercampur aduk dalam diri.
"Awak dah ada Emylia." Tuturkan setenang mungkin.
"Awak dah ada Emylia." Tuturkan setenang mungkin.
Terasa ada darah yang mengalir dari luka semalam. Sakitnya. Kedengaran lelaki ini melepaskan keluhan berat.
"Saya minta maaf. Saya menyesal. Tia, saya tak serius dengan Emy..trust me, saya hanya mahukan awak." Bersungguh-sungguh lelaki ini merayu.
Sebelah tangannya meraupkan rambut yang sedikit terjuntai ke belakang. Aku pula membuang pandang ke arah jalan raya. Tapi, tergamam aku jadinya apabila anak mataku menangkap kelibat seseorang.
Emylia!
Oh no..aku dah ada stalker! Betul kata Nellina, minah ni memang psiko!
"Tu..girlfriend psiko awak tu ada kat balik pokok tu. Tengah intai kita." Ujarku dengan geram. Lelaki ini turut sama tersentak. Terus pandangan dihalakan ke arah hadapan sana. Tanpa memberikan sebarang komen tentang stalker saiko itu, dia terus merayu-rayu.
"Dengar dulu, Tia. Dia yang goda saya. She.."
"Dengar dulu, Tia. Dia yang goda saya. She.."
Aku mengangkat sebelah tangan tanda menyuruhnya berhenti bercakap. Kelopak mata aku pejamkan untuk dua saat. Mendidih darah dalam dada. Sumpah aku dah terlalu penat dengan semua ini.
"She what, Qashah? She what? Apa? Awak kan yang bawa dia masuk dalam rumah awak? Takkan
dia pecah masuk sendiri pulak?" Nada suaraku sudah naik satu oktaf dari tadi.
Air mata sudah mula memenuhi ruang mata. Masih terbayang insiden minggu lepas di fikiran. Nafas aku tarik dalam-dalam untuk menyabarkan diri.
"Tia.."
Tanpa memberikannya ruang untuk mempertahankan diri, aku bersuara lagi.
"Listen here, Qashah..saat awak bawa dia masuk ke dalam rumah awak.."
"Listen here, Qashah..saat awak bawa dia masuk ke dalam rumah awak.."
Aku menghentikan kata-kata. Perlahan aku menggelengkan kepala sambil tersenyum tawar. Ayat tadi aku betulkan.
"No. Saat awak bawa dia masuk dalam hidup awak 6 bulan yang lepas, dari saat itu lagi saya sudah takde makna dalam hidup awak." Air mata yang mengalir deras menuruni pipi aku seka dengan jari. Pantas lelaki ini menggelengkan kepalanya. Aku pula hanya memeluk tubuh.
"No, Tia..no! Don't get me wrong. Saya takde perasaan pada dia." Bersungguh-sungguh dia membuat penjelasan.
"No, Tia..no! Don't get me wrong. Saya takde perasaan pada dia." Bersungguh-sungguh dia membuat penjelasan.
"Takde perasaan..habis tu apa, nafsu??" Soalku dengan bengang. Qashah nampak tergamam.
"Dia goda saya..Tia. I was so stupid..I was.."
Kata-katanya pantas aku potong. Terjerit kecil aku jadinya saat ini. Sebelah tangan sudah pula bercekak pinggang.
"Takde perasaan awak cakap? Awak dah sedap-sedap berdua-duaan dengan dia dalam rumah awak, sekarang awak cakap awak takde perasaan pada dia? I'm speechless, Qashah." Hamburku marah. Kepala aku dongakkan ke arahnya.
"Takde perasaan awak cakap? Awak dah sedap-sedap berdua-duaan dengan dia dalam rumah awak, sekarang awak cakap awak takde perasaan pada dia? I'm speechless, Qashah." Hamburku marah. Kepala aku dongakkan ke arahnya.
"Lelaki jenis apa awak ni? Korang sepatutnya nikah aje! Nasib tak kena tangkap khalwat!" Pahit betul untuk aku luahkan kata-kata itu. Laju lelaki ini menggelengkan kepala.
"Saya dah tak ada apa-apa dengan Emylia. Saya sedar silap saya. Kami dah putus." Bicaranya dengan tegas.
"Saya dah tak ada apa-apa dengan Emylia. Saya sedar silap saya. Kami dah putus." Bicaranya dengan tegas.
Tersentak aku jadinya saat ini. Semudah itu? Emylia tak kisah ke? Selepas berdua-duaan dengan lelaki ini, tidakkah maruahnya tercalar apabila dibuang begitu sahaja? Kalau dari apa yang Nellina ceritakan, Emylia bukan jenis yang senang-senang akan mengalah.
"Senangnya jadi lelaki..tak nak, buang. Awak ingat Emy tu pampers?" Akhirnya terluncur juga kata-kata tersebut dari bibirku.
"Senangnya jadi lelaki..tak nak, buang. Awak ingat Emy tu pampers?" Akhirnya terluncur juga kata-kata tersebut dari bibirku.
"Memang dari awal kami sama-sama bersetuju untuk tidak terikat, Tia..no string attached! Saya dah beritahu dia yang saya hanya akan berkahwin dengan awak!"
Mengucap panjang aku mendengar kata-kata lelaki ini. No string attached? Apa yang berlaku dengan dorang ni? Perjanjian bodoh apa yang mereka buat? Ni orang Islam ke orang putih ni??
"Astaghfirullahalazim..bertaubatlah, Qashah. Seriously saya dah tak kisahlah dengan korang.
Korang nak bersama ke, berpisah ke..none of my bloody business. Kita putus." Sambungku lagi dan aku terus memalingkan tubuh. Lagi lama aku bercakap dengan dia ni, lagi tertekan aku jadinya. Silap-silap aku yang gila. Cepat-cepat aku mengatur langkah menjauhi lelaki itu.
"No way! Saya akan dapatkan awak semula, Tia!" Jeritnya di belakang sana.
Ah lantaklah! Cukuplah perbincangan aku dan Qashah berakhir di sini sahaja. Rasanya lagi lama di sini, otak aku akan semakin serabut.
Anak mata aku liarkan ke arah jalan raya. Ayah..mana ayah ni? Kenapa lambat sangat sampai. Nampaknya Allah mendengar rintihan hatiku. Tidak semena-mena kereta Honda CRV berwarna hitam berhenti di hadapan fakulti. Pantas aku berlari anak tanpa mengucapkan selamat tinggal
padanya.
"Tia.."
Lelaki itu mula mengejar langkahku. Aku berpaling untuk seketika.
"Ayah saya dah sampai. Kalau berani kejarlah saya. Boleh saya ceritakan bagaimana awak patahkan hati saya sekali." Ugutku dengan geram.
"Ayah saya dah sampai. Kalau berani kejarlah saya. Boleh saya ceritakan bagaimana awak patahkan hati saya sekali." Ugutku dengan geram.
Wajah sedih Qashah aku pandang buat kali terakhir. Telefon bimbit di tangannya digoyangkan ke arahku.
"I'll call you." Beritahunya dengan lemah.
"I'll call you." Beritahunya dengan lemah.
Perlahan aku menggelengkan kepala.
"Don't waste your time. Saya dah tak pakai nombor tu." Beritahuku dengan senyuman kelat. Senyuman ini adalah senyuman terakhir yang akan aku berikan kepadanya.
"Don't waste your time. Saya dah tak pakai nombor tu." Beritahuku dengan senyuman kelat. Senyuman ini adalah senyuman terakhir yang akan aku berikan kepadanya.
Sebaik sahaja berkata begitu, dengan baju kurung di tubuh aku melangkah laju ke arah kereta ayah. Sengaja aku melambaikan tangan ke arah mak dan ayah di dalam kereta supaya Qashah dan Nellina tahu ini kali terakhir aku akan berhadapan dengan mereka.
"Tia!"
Panggilan Qashah tidak langsung aku layan. Tipulah kalau hati aku tidak menangis. Malah semakin menghampiri kereta ayah semakin sesak rasa dada gara-gara menahan sebak yang semakin menghimpit. Qashah adalah cinta pertama aku. Tidak pernah ada lelaki lain dalam hati ini selain dia. Tapi, setelah apa yang berlaku di antara dia dan Emylia, aku tidak mahu untuk terus berada di antara mereka. Pintu kereta aku buka dengan hati yang semakin teruk terluka.
***
BAB 4
Aku masih lagi dalam misi untuk melupakan Ayden Aqashah. Phew..ingatkan mudah. Rupanya, sangat payah. Kenapa wajahnya tu asyik memburu aku aje siang dan malam? Masa tidur pun ada, masa makan pun ada, masa mandi pun ada, dalam mimpi pun muncul. Allahu..letih rasa otak. Mahu sahaja aku hantukkan kepala pada dinding banglo mewah ini.
Ikutkan hati, aku balas juga email-email dari lelaki itu tetapi aku masih kuat bertahan. 2 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat. Macam-macam yang telah kami kongsikan sepanjang 2 tahun. Sepanjang dua tahun itu aku selalu memastikan hubungan kami tidak melampaui batas. Memang banyak pantang larang. Hatta dia nak pegang tangan aku sekalipun aku selalu mengelak. Maka sebab itulah aku percaya kata-kata Emylia apabila perempuan itu mengatakan yang aku adalah seseorang yang sangat membosankan bagi Qashah.
Takpelah kalau membosankan sekalipun asalkan maruah aku sebagai seorang perempuan muslim tidak tercalar. Senyuman hambar muncul di bibir. Saya cuba jaga diri saya sebaik mungkin sehingga kita halal Qashah tapi awak khianati saya!
Tapak tangan meraup wajah untuk seketika. Macam mana aku nak bekerja kalau mood aku kelaut begini? Aduhai! Nafas aku tarik dalam-dalam. Diharapkan setelah sibuk dengan kerja nanti mudahlah untuk aku lupakan lelaki yang pernah bertakhta di tempat paling istimewa dalam hati aku itu. Tudung di kepala aku betulkan sedikit. Anak mata pula aku liarkan ke serata kawasan ruang tamu banglo tiga tingkat ini. Gabungan warna krim dan emas menghasilkan elemen mewah dan tampak ekslusif.
Hari ini adalah hari pertama aku bekerja di rumah banglo milik Dato' Aziz. Bagai patung cendana sahaja aku berdiri di ruang tamu. Keliru aku jadinya. Rumah ke hotel ni? Nak duduk pun rasa tak betah. Semenjak Mak Ngah menghantar aku masuk ke dalam sini, aku hanya berdiri tegak sahaja di sisi sofa kulit bewarna krim yang nampak sangat berkualiti dan mahal. Kata Mak Ngah ini bukan ruang tamu utama. Ruang tamu utama adalah kat sebelah kanan sana tu. Terjenguk-jenguk jugalah aku dari sini kerana pemerhatianku terbatas dengan dinding. Kalau ruang tamu yang ini pun dah cantik, bagaimana agaknya rupa ruang tamu utama itu ya? Kata ibu saudaraku itu lagi, seorang wanita yang menjadi penyelia kediaman ini akan uruskan aku sekejap lagi. Gementar pulak aku. Dalam rumah pun ada penyelia bagai. Ingatkan kat pejabat aje!
Anak mata perlahan menjalar ke arah chandelier besar yang cantik tergantung dan kemudian ke seluruh kawasan ruang tamu yang dihias dengan begitu mewah. Akhirnya, pandangan mendarat pada tangga besar di hadapan sana. Susur pemegangnya berwarna emas dengan birai besi berukiran cantik. Di atas pelantar pertama tangga, terdapat dua cabang tangga lagi untuk ke bahagian kiri dan ke bahagian kanan rumah di tingkat atas. Terginjat-ginjat aku cuba memerhati ruangan atas tetapi pemandanganku terbatas. Tetamu yang masuk ke dalam rumah ini akan bertemu dengan sebuah pasu giant yang dihiasi dengan bunga kristal. Dah macam lobi hotel. Bisikku di dalam hati. Hiasan begini selalu aku lihat dalam gambar-gambar rumah jutawan Malaysia di instagram mereka. Cuma satu aje, sunyi betul rumah ni. Melilau mataku ke sana ke mari. Rumah besar tapi tak nampak walau seorang pun penghuni di sini.
"Kamu, Fatihah Nabila?"
Suara yang tiba-tiba muncul mampu membuatkan bahuku terhinjut ke atas gara-gara sedikit
terkejut. Lekas-lekas aku menoleh. Itulah asyik sangat memerhati. Kelihatan seorang wanita berkaca mata tebal dalam lingkungan umur akhir 40-an sedang melangkah masuk ke dalam ruangan ini. Tubuhnya kelihatan tegap dengan ketinggian lebih kurang 160 cm.
"Ye saya..saya Tia." Jawabku dengan ramah bersama senyuman paling manis.
Dia kulihat tidak berkata apa-apa. Hanya berdiri kaku sambil merenung ke arahku. Serba salah pula aku jadinya. Ketatnya muka makcik ni. Pagi tadi gaduh dengan suami agaknya. Aku lihat dia berdehem sebelum melangkah mendekatiku.
"Kamu datang sini untuk jawatan care-taker. Betul?"
Fuhh! Gaya soal tu bagai guru besar. Ayah yang memang seorang guru besar tu pun tak garang macam ni. Kaca mata tebal dilorotkan ke hidung sambil merenung ke arahku.
"Betul.." Jawabku sepatah. Bagai burung belatuk aku menganggukkan kepala.
Mulalah aku gerun apabila sepasang mata itu sedang terang-terangan menjelajah serata wajahku. Tak berkelip anak mata milik wanita berbaju lengan panjang di hadapanku ini menilik aku. Seriusnya tu mampu membuatkan aku canggung..tak boleh bawak bincang!
Hello makcik, tak pernah tengok orang ke? Aku mula mengutuk di dalam hati. Apa yang berada di dalam fikirannya? Dia kulihat seperti sedang memikirkan sesuatu. Siap gosokkan dagu lagi.
Ya ampun, tengok tu...sampai terteleng-teleng kepalanya merenung aku. Dari wajah, turun ke tubuh..kemudian, turun ke kaki. Tak puas lagi, ditolaknya sedikit kasar kaca mata tebal yang hampir melorot turun ke hidungnya itu. Setelah membetulkan kaca mata berbingkai hitam itu di wajah, dia muka bergerak mengelilingi aku. Hailahhh! Rasanya, aku minta kerja sebegai penjaga orang sakit. Bukan peragawati atau pelakon. Beriya-iya dia tilik rupa paras dan tubuh aku ni, dah kenapa? Seriau pula rasa hati.
"Kau tahu kenapa aku usha kau sampai macam tu sekali?" Soal wanita yang bertahi lalat di hidung ini kepadaku.
"Tak tahu." Perlahan aku menggeleng. Jemarinya mengusap dagu.
"Tak tahu." Perlahan aku menggeleng. Jemarinya mengusap dagu.
"Sebab aku macam pernah tengok muka kau ni." Ujarnya sambil merenung wajahku.
Aku sudah mula ketawa sumbang. Bila masa pula aku datang ke sini? Buat lawak betullah.
"Err..saya kan anak saudara tukang masak di sini. Jadi, saya ada iras dia lah." Jawapan yang paling
logik aku berikan kepadanya. Dah hari-hari dia tengok muka Mak Ngah, mestilah otaknya dah register wajah itu.
"Hm..mungkinlah. Kau ni ada iras Mak Ngah. Sekarang, aku nak pastikan kau tahu tentang kerja yang kau akan buat nanti. Kerja yang akan kau lakukan nanti tu kau tak pernah buat pun kan sebelum ni?" Soalnya dengan sedikit tegas.
Gerun terus rasa hati. Keyakinan yang aku bina sejak semalam nampaknya sikit lagi nak runtuh. Tapi, kerja di sini bayarannya mahal. Lagipun bila lagi aku nak cabar diri? Bosanlah asyik kerja sementara di supermarket sahaja.
"Betul puan, tapi saya boleh belajar." Jawabku dengan ikhlas.
"Panggil aku Kak Mun." Beritahunya. Aku terus menganggukkan kepala.
"Kak Mun, berilah peluang untuk saya mencuba." Pintaku dengan penuh harapan. RM 2000 punya fasal.
"Kau boleh ke hadap karenah orang tua? Kau tahu sebelum ini, orang yang berpengalaman pun ramai yang berhenti kerana tak tahan dengan perangai Datin Mahani tu." Kata-katanya membuatkan aku terdiam beberapa saat. Aku lihat dia menampar lembut bibirnya. Seperti baru aje terlepas kata. Alamakkk!
Gementar pula aku jadinya melihat renungan misteri Kak Mun. Desas-desus yang aku dengar tentang Datin Mahani juga bermain di fikiran saat ini.
"Err..kenapa ye? Datin Mahani tu sakit apa?" Soalku tertanya-tanya. Kak Mun terus menggelengkan kepala.
"Datin Mahani tu lumpuh semenjak kemalangan. Itu aje." Sumpah aku tak konfiden betul dengar jawapan makcik ni. Sepertinya dia sedang menyembunyikan sesuatu.
"Ooo..." Itu aje yang mampu keluar dari mulut aku.
Alamak..gementar pula rasa hati.
"Datin Mahani mempunyai jururawat peribadi sendiri. Buat permulaan, kau cuma perlu membantu apabila diperlukan sahaja." Beritahunya. Aku terus menganggukkan kepala.
"Baik." Jawabku. Nafas aku tarik dalam-dalam. Cuba untuk positifkan diri.
"Gaji kau adalah sebanyak RM 2000 sebulan. Waktu kerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Sabtu dan ahad cuti. Cuma, kadang-kadang kau perlu bermalam di sini apabila diperlukan. Makanan disediakan." Panjang lebar Kak Mun bersuara.
"Baik." Jawabku. Nafas aku tarik dalam-dalam. Cuba untuk positifkan diri.
"Gaji kau adalah sebanyak RM 2000 sebulan. Waktu kerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Sabtu dan ahad cuti. Cuma, kadang-kadang kau perlu bermalam di sini apabila diperlukan. Makanan disediakan." Panjang lebar Kak Mun bersuara.
Aku terpaksa bermalam di sini apabila diperlukan? Ni satu lagi yang buat aku berat hati. Tapi, katanya kadang-kadang aje..bila diperlukan. Bukan selalu.
"Setuju?" Soal Kak Mun. Perlahan aku menganggukkan kepala.
"Setuju.." Ayat tersebut meluncur juga akhirnya dari bibir.
Tiba-tiba pula aku rasa nervous tapi aku cuba untuk berlagak selamba. Kak Mun kemudian menganggukkan kepalanya.
"Jangan 'hot hot chicken shit' aje. Buktikan." Dia bersuara sambil mengerling ke arahku. Eh..eh dia ni! Over betul. Apa? Hot hot chicken shit? Angat-angat tahi ayam? Sumpah aku tengah tahan gelak.
"Err..saya nak buktikanlah ni. Tak sabar rasanya! Mana Datin Mahani?" Balasku pula sambil menggosokkan kedua-dua belah tangan sesama sendiri.
Sempat pula dia tayang wajah tak puas hati ke mari. Terus aku tersenyum manis. Moga-moga sejuk hati dia.
"Ikut aku." Arahnya yang sempat lagi menjeling tajam. Kemudian dia berjalan menonong ke arah lif.
Oh..nampaknya bilik Datin Mahani berada di tingkat dua. Apabila lif terbuka, aku terus mengekori langkah Datin Mahani untuk ke atas. Di dalam lif aku hanya diam sahaja. Kak Mun dari pemerhatian aku yang tak sampai 15 minit ini, adalah seorang yang pendiam dan misteri. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kedengaran suara seseorang melaung nama Kak Mun.
"Kak Munnn..Kak Munnn.." Dia bersuara lagi.
Terus Kak Mun berlari menuju ke ruang sebelah kanan. Huih laju juga dia berlari dengan umur yang begitu. Lasak orangnya ni. Terus aku juga ikut sama berlari tanpa sempat mengamati hiasan mewah di ruang tingkat dua ini.
Alamak, sampai-sampai aje dah ada kes kecemasan. Apa yang dah terjadi? Gelisah pula aku jadinya. Dup dap dup dap jantung aku. Agaknya, Datin Mahani tu bagaimana orangnya ya? Langkah kaki kini memasuki sebuah bilik yang terbuka sedikit pintunya. Susuk seseorang di atas kerusi roda yang sedang membelakangiku menjamah pandangan. Tapi, mataku cepat-cepat aku alihkan pada wajah cemas seorang gadis yang berdiri di sisi kerusi roda tersebut.
"Kenapa Fira? Kenapa?" Soal Kak Mun dengan termengah-mengah ke arah seorang gadis yang lengkap dengan uniform jururawat berwarna putih di tubuh. Cantik orangnya.
"Tolong ambilkan kain dan perkakas untuk bersihkan muntah tu. Saya tak berani nak tinggalkan datin seorang diri. " Beritahu gadis yang bernama Fira ini.
Dengan renungan yang tajam Kak Mun menoleh ke arahku.
"Tia." Kak Mun bersuara dengan tegas. Terus aku menoleh ke arah wanita itu.
"Ye Kak Mun.." Jawabku dengan penuh semangat.
"Pergi bilik sebelah, ambil mop, baldi dan peralatan yang dirasakan sesuai untuk mencuci dari
dalam stor tu." Arahannya membuatkan aku tersentak. Namun tetap aku menjawab.
"Baik, Kak Mun."
Tanpa membuang masa, kaki terus berlari anak ke arah pintu. Tapi setelah pintu aku tutup rapat, terpinga-pinga pula aku jadinya saat ini. Sebelah tangan menepuk dahi. Bilik sebelah yang Kak Mun maksudkan tu, bilik sebelah kiri atau sebelah kanan??? Bukan satu bilik aje yang ada kat sini. Hadoi la!
Liar anak mata merenung ke arah sekeliling. Dari atas ini dapat aku lihat ruang tamu di bahagian bawah.
Ah sudah! What now, Tia?
Tak berani pula aku nak masuk semula ke dalam bilik Datin Mahani dan tanyakan dengan Kak Mun yang tak mesra alam itu. Anak mata kuhalakan ke arah sebuah bilik yang sedikit renggang di sebelah kiriku. Mungkin itu biliknya yang dimaksudkan oleh Kak Mun tadi. Dengan teragak-agak aku melangkah ke arah bilik tersebut.
Tangan menyentuh daun pintu dan kaki terus menapak masuk. Terpinga-pinga aku jadinya di sini.
Pandangan jatuh pada ruangan bilik tidur yang sungguh luas dan dihias indah. Bau wangian yang sedikit familiar menerjah masuk kedalam rongga hidung membuatkan aku tidak senang duduk. Serta-merta dadaku berdetak tidak tentu arah.
Tidak, ini bukan bilik stor. Berkerut jadinya wajah saat ini. Alamak, sah-sah aku dah salah masuk bilik! Baru sahaja mahu melangkah keluar, anak mata aku menangkap figura seorang lelaki yang muncul dari ruang kiri bilik yang sangat luas ini. Berderau darah aku tatkala melihat susuk tinggi lampai dan tegap itu. Dia yang hanya memakai seluar pendek itu nampaknya masih tidak perasankan kehadiran aku dan sedang sibuk menyarungkan kemeja berwarna putih lengan panjang ke tubuhnya. Air liur yang aku telan terasa kesat. Anak mata yang tanpa sengaja berada di dada kekarnya terus aku larikan ke arah lain untuk seketika.
Apa aku nak buat ni? Hatiku menyoal dengan sangat gelabah. Gementar lutut aku jadinya. Peluh sejuk sudah mula membasahi dahi bersama wajah yang membahang panas. Tak tahu nak rasa takut, malu atau gugup!
Mati aku!
Bagaimana caranya aku ingin pergi tanpa dia perasan kelibatku di sini? Bersama rasa gugup dan gelisah aku mengundur setapak ke belakang. Baru sahaja hendak pecut pergi dari sini,lelaki yang bertubuh tegap itu mengangkat wajah dan pandangan kami bersabung. Jemarinya yang ingin membutangkan baju terhenti terus. Aku pula semakin tergamam. Qashah??
Apa Qashah buat kat sini??! Bukan rumah keluarganya di Shah Alam ke?
Kedua-dua belah tanganku menutup kedua-dua belah mata saat ini dan dengan sejuta rasa gugup dan lutut yang semakin lembik aku menekup mulut. Masalahnya ni Qashah yang mana satu? Ah sudahhh! Mata aku bulatkan sedikit. Ternoda sudah mata aku yang suci ni! Erghh! Jari ditudingkan ke mari.
"You? What are you doing here??" Nyata dia juga tak dapat menyembunyikan rasa terkejut.
Jantung ini bagaikan hendak terhenti mendengar suara garau penuh maskulin itu!
Ini bukan Ayden Qashah tak guna tu! Ini Qashah satu lagi. Kata-kata maaf yang aku rangka dalam otak sudah lenyap entah ke mana. Sesak terus nafas aku bersama lutut yang menggeletar teruk. Mulut juga seperti sudah terkunci.
Aduh..sudahlah pertemuan di antara kami minggu lepas sangat sadis! Silap-silap dia saman aku!
"Maaf! Saya cari bilik stor tapi tak jumpa. Saya keluar dulu!" Tergagap-gagap aku bersuara dengan
laju sambil berlari keluar dari bilik ini.
"Heyyy! I'm not done with you yet!"
Jeritannya di belakang sana aku abaikan sahaja. Gila! Takkanlah dia nak berdepan denganku dengan keadaan begitu? Tak malu ke? Otak masih tidak dapat mencerna apa yang baru sahaja terjadi tadi. Ikutkan aku, mahu sahaja aku keluar terus dari rumah ni. Kenapa pula dia yang berada dalam bilik itu?? Apa dia buat di sini?? Apa kena mengena lelaki ini dengan Datin Mahani? Ya Allah, dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ini, kenapa dia???! Kenapa situasi pertemuan kami selalunya dalam keadaan memalukan?!
Bertalu-talu pula soalan yang muncul. Debaran makin kencang dalam dada. Kalau selalu sangat begini, silap-silap aku boleh ada masalah jantung!
Keluar-keluar aje dari bilik lelaki tadi, mata aku bertembung pula dengan mata Kak Mun yang baru keluar dari bilik Datin Mahani. Ini satu lagi! Ahhh tertekannya!
"Tia!!" Tengking Kak Mun.
Aduh..!
"Ye Kak Mun." Termengah-mengah aku mendekati Kak Mun dengan rasa gementar yang masih tidak mahu surut. Sempat aku pusing belakang sesaat. Janganlah lelaki itu keluar dari bilik saat ini.
"Kenapa lambat sangat?" Soalnya geram.
Tak terkeluar patah-patah perkataan dari bibir.
"Saya..saya.." Sumpah mulut aku dah tak dapat nak bercakap pun. Kelu!
"Bilik stor tu kat sana!" Betaknya. Jari ditudingkan ke ruang sebelah kanan. Aku sudah garu
kepala di sebalik tudung. Kalau dia cakap awal-awal lokasi bilik stor tu kan senang?
"Owh..Kak Mun tak cakap bilik stor di sebelah kanan tadi.." Aku bersuara dengan perlahan.
Dia menjegilkan mata dengan besar ke arahku. Dah macam mata Gollum dalam The Lord of the Rings dah aku tengok! Ngeri!
"Menjawab! Menjawab!" Tengkingnya. Aik salah ke apa aku cakap? Ye lah, aku pun salah juga sebab tak tanya.
"Sudah! pergi ambil perkakas tu!" Bidasnya geram.
Terus aku berlari anak namun langkahku terhenti apabila terdengar suara maskulin di belakang sana.
"Stop..! Where do you think you're going after what you've done huh??"
"Stop..! Where do you think you're going after what you've done huh??"
Aduh..apa lagi ni? Mata kupejamkan rapat saat ini namun tidak aku berpaling ke belakang. Lemah terasa lutut lagi-lagi bila susuk sempurna milik lelaki itu di bilik tadi kembali terbayang di mata. Serentak dengan itu darah menyerbu ke wajah. Sumpah ini kali pertama mata aku melihat pandangan yang sebegitu di hadapan mata. Rosak kesucian pandangan aku! Nafas aku tarik dalam-dalam. Erghh! Please Tia...tolonglah delete gambaran tu dari fikiran kau..! Delete!! Aku merayu-rayu pada diri sendiri saat ini.
"Err..Tuan Aidid Aqashah..maafkan Kak Mun. Tapi, itu adalah care-taker Datin Mahani yang baru di rumah ini. Pengganti Nisa."
Kedengaran suara Kak Mun menjawab dengan takut-takut di belakang sana.
Kedengaran suara Kak Mun menjawab dengan takut-takut di belakang sana.
Terus aku mencicit laju ke arah bilik stor yang berada di hadapan sana dengan jantung yang berdebar teruk. Ya Allah, macam mana pula dalam banyak-banyak manusia, dia boleh berada di sini? Tak mampu nak dicerna dek akal betul!
***
Love Notes
Assalamualaikum all! Thank you in advance kepada semuaaa yang sudi baca, yang sudi like and berikan komen! Sorry kalau ada apa2 jenis kesalahan sekalipun sebab ini adalah raw version.
Siapa berdebar macam Tia juga bila salah masuk bilik tadi??? hahaha!
Soooo, bermulalah pengembaraan Tia di banglo Dato' Aziz. HAHA! Bagaimana Tia nak berhadapan dengan Qashah yang hot tu setelah apa yang terjadi? Dapat ke Tia handle Datin Mahani? Semua tu akan terjawab nanti.
Stay tuned girlssss!
In syaa Allah nanti akan share Bab 5 pulak :D