**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Tuesday 26 April 2016

COVER, SINOPSIS & TEASER SPECIAL KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU [TERBITAN KAKI NOVEL] MAY 2016

BOLEH DIDAPATI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KL, MAEPS, SERDANG DI BOOTH KAKI NOVEL :) BOLEH JUGA DIDAPATI DI KEDAI2 BUKU SELURUH MALAYSIA MAY NANTI :)


Alhamdulillah...finallyyyy..setelah beberapa tahun Suri peram manuskrip ni, akhirnya berjaya juga diterbitkan di bawah syarikat penerbitan KAKI NOVEL SDN BHD. Suri dah buat yang sehabis baik untuk KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU dan Suri harap nilai-nilai yang baik dalam novel ini sedikit sebanyak dapat dikongsikan dengan pembaca di luar sana. Novel ini tentang penghijrahan yang Suri cuba gambarkan dengan gaya yang paling santai. Sememangnya naskah ini sedikit berbeza dari naskah-naskah Suri sebelum ini :)

Suri akan ada di booth KAKI NOVEL (DEWAN A3, MAEPS, SERDANG) pada 1, 2, 7 dan 8 MAY :  pukul 11 30 hingga 1 30 pm :) Jumpa di sana :)

TEASER  SPECIAL [1]: 

***
Pintu bilik kukunci dan aku mulalah membuka shawl di kepala. Cemas betul bila perkara macam ni terjadi pada baju arwah ibu. In syaa Allah boleh keluar kesan kari ini selepas dicuci. Aku cuba menyedapkan hati.
Rambut yang bertocang satu, kubuka ikatannya. Ah, lega rasanya apabila terlepas bebas begini. Maklumlah sudah beberapa jam rambut ini terikat dan tertutup sahaja. Mestilah rasa lega bila mengurai begini. Aku pantas membuka almari dan sebelah tangan menarik keluar baju kurung bunga-bunga kecil yang dibawa umi dari Malaysia khas buatku. Sebelah tangan lagi menyebakkan rambut lurus yang melepasi bahu ini ke belakang.
Baju kurung moden di badan kubuka. Dengan hanya bersinglet dan berkain sarung aku menuju ke arah meja solek sambil membelek kawasan yang terkena kari.
“Boleh hilang kesan ni..in syaa Allah..” Aku berkata pada diri sendiri.
Beberapa titik kesan minyak mampu membuat aku serisau ini kerana ianya melibatkan baju arwah ibu. Pemerhatian aku terhenti apabila aku terdengar bunyi keriukan pintu bilik mandi. Berkerut seribu wajahku.
Siapa tu? Detak jantung tidak lagi mahu berdegup dengan normal. Hampir terlepas baju di tangan apabila susuk tubuh tegap yang hanya memakai tracksuit hitam sedang memerhatiku. Tuala yang berada di tangannya kini dilepaskannya ke atas lantai. Jelas lelaki yang masih basah rambutnya itu juga nampak tergamam. Terus aku menggigit bibirku.
“Sa..sa..sa..” Teruk betul kau ni Kay.
Nak sebut saya pun tak lepas!
Gugup punya fasal, terlepas baju di tangan ke atas lantai. Nasib baik badan masih berbalut dengan singlet dan kain sarung! Lelaki itu kulihat sedang terpaku merenung ke mari.


“If being sexy is a crime, you would be guilty as charged!”
Semakin kalut jadinya aku apabila dia berkata begitu dengan renungan yang sangat sangat nakal. Kedua-dua belah tangan kusilangkan ke tubuh. Tak pernah aku bersinglet begini depan sesiapa pun kecuali di hadapan umi, Nek Leha dan Layla.Mel dan Nana pun tak pernah tengok aku begini!
“Sa..saya tak tahu a..awak ada kat dalam ni.”
Tergagap-gagap aku bersuara.
“Ke..ke..kenapa tak kun..kunci pintu?” Soalku, masih tergagap-gagap.
Lelaki itu kulihat masih tidak berkelip memandang ke mari. Pantas aku melangkah ke arah katil. Niat di hati hendak mencapai baju kurung yang terdampar di situ dan sarungkan sahaja ianya ke badan.
Apabila aku hendak mencapai baju kurung tersebut, lelaki ini terlebih dahulu mencapainya dan meletakkan di dalam bakul.
Bulat mataku memandang ke arah lelaki yang sedang tersenyum nakal itu.
Adam kemudian melangkah ke mari. Aku pula hanya mampu bersandar pada dinding bilik dengan debaran di dada yang semakin menggila.
Kini dia berada betul-betul di hadapanku. Anak matanya yang sedikit coklat itu berlari ke arah rambutku yang mengurai saat ini. Kemudian, kedua-dua belah tangannya dilekapkan pada kedua-dua belah pipiku.
Bagai terkena renjatan elektrik aku menjadi kaku. Getaran di dalam tubuh tidak mampu lagi aku tanggung.
“Why are you so nervous, sweetheart?”
Soalnya dengan sangat perlahan. Soalannya memang boleh buat aku pitam.
Anak matanya merenung tepat ke dalam mataku dan kemudian, turun ke hidung. Apabila dia merenung ke arah bibir dan leherku, aku mulalah hilang arah. Terus aku meleraikan tangannya dari wajahku.
“Kak..Kak..Yumi is waiting for me.” Ujarku.
Memang betul, aku dah janji nak tolong Kak Yumi potong buah-buahan kat bawah tu. Adam tidak membalas kata-kataku. Wajahnya ditundukkan supaya dapat melihat wajahku dengan lebih jelas. Tangannya kini menyentuh rambutku yang panjang membuatkan aku benar-benar gugup.
Kemudian, jari telunjuk dilarikan di hidungku dan berhenti di bibir. Sentuhannya membuatkan aku memejamkan mata untuk seketika. Jelas aku juga telah terpukau saat ini.
“You’re so beautiful sayang..” Bisikannya membuatkan aku membuka mata.
Pantas aku bersuara apabila teringatkan Kak Yumi di bawah.
“I..I need to help Kak Yumi, you know..” Ujarku dengan sangat perlahan.
Adam hanya merenung sahaja ke arahku dengan pandangan yang sangat mengasyikkan. Bau shower gel yang dipakainya tadi kini meresap masuk ke dalam rongga hidung memberitahu aku yang jarak di antara kami memang sangat rapat.
“Please stay for a little while..” Rayunya dengan renungan yang sangat mempesonakan jiwa.
Kedua-dua belah tangannya kini melingkar di belakang badanku dan memelukku dengan sangat erat.
“Nanti apa pula kata Kak Yumi..” Luahku di dalam rasa gugup yang kian memuncak.
“Kaseh..I’m afraid I can’t let you go.” Bisiknya di sebelah kanan telingaku. Ada getaran di dalam nada suara itu.
Tidak lagi berkeyakinan seperti selalu. Dapat kurasa deru nafasnya yang menghangatkan telingaku saat ini.
“At least not that soon..”Bisiknya lagi.

Sinopsis :
KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU
No. ISBN:- 978-967-0448-64-0
Jumlah muka surat:- 750
HARGA SEMENANJUNG: RM30, AHLI KN: RM26
HARGA SABAH SARAWAK: RM33, AHLI KN: RM29
Layakkah gadis brutal seperti aku jadi pengantin lelaki itu?
“Bukan tak nak tolong. Masalahnya jenis pertolongan tu tak sesuai
dengan saya. Kalau awak nak minta saya pukul orang pun okay lagi, tapi jadi pengantin memang tak sesuai, bro..”
Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay [Kaseh Lateefa] , gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.
Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka
bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.
“Do you know how much I love you?”
“Err..selebat ribut salji Hokkaido?”
“Lebih lebat dari itu. Tak terkira dahsyatnya.”
Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.
Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?
Kepada yg berminat nak order KLIK! Pengantin Musim Salju dari Suri (with tandatangan), Suri berikan diskaun RM 4 tetapi ada caj pengeposan. Suri ambil order limit untuk 100 - 150 orang aje. Kalau lebih suri akan cuba usahakan jugak..in syaa Allah. Pembaca akan dapat novel selewat2nya minggu kedua May smile emoticon Mesej Suri dan beritahu jumlah novel dan kawasan tempat tinggal (semenanjung atau sabah/sarawak) kalau berminat ya.
Novel ini juga akan dijual di semua kedai buku termasuk MPH dan POPULAR nanti in syaa Allah heart emoticon boleh juga dapatkan secara online dari penerbitan kaki novel. klik sini :https://www.facebook.com/kakinovelofficial/?fref=ts

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, boleh email suri di suri.ryana@gmail.com :) nak dapatkan novel ini dari suri berserta tanda tangan juga, boleh email kepada suri atau mesej suri di facebook :)