**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Thursday, 14 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU BAB 24 , BAB 25 & BAB 26

BAB 24


This is Sapporo, Hokkaido!

Bandar yang kerap bersalji semasa musim dingin. Aku mendepakan tangan selebar-lebarnya sambil merenung ke arah langit. Kata Kak Yumi, tak lama lagi seluruh Hokkaido akan dilanda salji. Memang setiap tahun semasa musim dingin Hokkaido akan bersalji tebal. 

Angin musim salju yang bertiup membuatkan rambutku menari bebas saat ini. Hanya topi adidas sahaja yang menghiasi ruang atas kepalaku. Sejuk terasa badan gara-gara angin yang menyusup masuk melalui kot yang terbuka. Lantas, aku mengetatkan ikatan di bahagian pinggang kot berwarna hitam ini yang membalut tubuhku hingga ke buku lali. 

Mata terhala pada burung-burung yang bertenggek di atas ranting pohon sakura. Aman dan nyamannya kawasan yang letaknya berdekatan dengan kaki pergunungan Moiwa ini. Dari sini dapat kulihat samar-samar gunung Moiwa yang megah berdiri gara-gara kabus tebal yang menyelubungi kawasan tersebut. 

Mata kini berlari pada rumah yang tersergam di hadapanku. 




Kalau tengok dari luar, memang aku tak sangka interior rumah peninggalan keluarga arwah datuk Adam ini sangat mewah dan cantik! Gabungan moden dan traditional memang menyerlahkan rekaan dalaman rumah yang letaknya di kawasan yang sangat tenang ini. 

Aku yang dipayungi  pohon sakura yang sedikit botak memerhati ke arah rumah agam yang tersergam indah di hadapanku. Dari luar kelihatan seperti rumah Nobita dalam cerita Doraemon pun ada jugak rumah ni. 

Sebuah rumah besar yang mempunyai dua tingkat. Cumanya rumah ini mempunyai taman di sekeliling rumah. Di bahagian tengah dan keliling kolam ini, terdapat jambatan mini. Batu-batuan juga disusun cantik di kawasan taman. 

Aku pernah terbaca di dalam sebuah buku mengenai rekaan landskap di Jepun. Sesebuah taman yang bagus umumnya memiliki tiga unsur utama, iaitu tanaman, yang melambangkan keabadian, air, yang melambangkan kesucian dan kehidupan dan  batu yang melambangkan alam. Semua ciri-ciri itu ada pada taman kecil ini. 


Kepala kudongakkan ke atas sambil memfokuskan pandangan pada ranting-ranting pohon sakura, Bayangkanlah, semasa musim bunga..kelopak-kelopak bunga sakura akan berguguran ke dalam kolam yang membiru. Cantiknya pemandangan! 
Bibir kucebikkan sedikit. Isk, kenapalah si Adam ni ajak datang sini semasa musim dingin? 

Mata kini berlari pada kolam yang sudah pun separa beku. Sebeku hati lelaki itu melayanku. Geram pula apabila teringatkan insiden pagi tadi. Sudahlah dia sembunyikan semua jeans aku, terpaksa pula aku belajar sediakan sarapan dan buat kerja dapur gara-gara dia. Beberapa helai sweater aku juga turut sama hilang. Kuat aku menggenggam kayu pada jambatan mini ini sambil menjegilkan mata ke arah kolam di bawah. Stress!

Mana agaknya dia ni? Tak balik lagi ke? Tak sabar rasanya ingin meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Pintu pagar yang terbuka luas di hadapan sana membuatkan aku terkedu. Kelihatan kereta BMW memasuki halaman rumah saat ini dan kemudian pintu pagar itu tertutup kembali dengan sendirinya. 

Hai, baru sebut dia dah pulang? Ajaib ni! Aku masih lagi pegun di atas jambatan. Anak mata merenung tajam ke arah lelaki yang sedang keluar dari kenderaan bersama briefcase di tangannya. Dia merenung ke arahku untuk beberapa saat dan kemudian kulihat melangkah ke arah pintu utama. Boleh pula dia buat bodoh lihat aku kat sini! 

“Hey! We need to talk!” Jeritku dengan geram. 

Lelaki yang juga memakai kot cashmere wool yang labuhnya sehingga ke paras buku lali itu menoleh ke arahku. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket. Dia ingat kacak sangatkah berdiri dengan penuh gaya macam tu? Walaupun  terpaksa juga aku akui yang dia memang seorang yang kacak dan bergaya, tapi tak perlulah bergaya begitu!

 Aku menjulingkan mata ke atas manakala lelaki itu kulihat melangkah ke mari bersama wajah yang tenang dan selamba. 





“Apa hal yang penting sangat tu sampai tak sempat tunggu aku masuk ke dalam?”  Soalnya yang masih memakai kaca mata hitam di wajah. 

“Mana jeans dan sweater saya?” Soalku dengan geram. Lelaki ini kemudiannya mendengus 
kasar. 

“Dah 2 hari saya cari namun tak jugak jumpa-jumpa!” Bidasku dengan geram.

“Manalah aku tahu.” Bentaknya sambil menanggalkan kaca mata hitam dari wajah. 

“Kalau bukan awak yang ambil dan sorokkan, siapa lagi? Takkan nenek pulak?” Soalku. 

Semakin menggelegak darah dalam tubuh mendengar kata-kata lelaki itu. Lagi-lagi apabila dia berlagak tenang begini, rasa nak aje aku tolak dia masuk ke dalam kolam tu saat ini.

“How was I to know, Cik Kaseh. Entah-entah kau yang lupa nak bawa jeans dan sweater tu ke sini.” Ujarnya acuh tak acuh. 

Dapat kulihat anak matanya berlari ke arah rambutku yang sedang berterbangan di tiup angin petang. Pantas aku membetulkan topi di atas rambut yang tidak diikat ini.

“Tahu tak, almari yang kosong kat dalam bilik tu pun dah penuh dengan baju-baju yang terlebih feminin macam ni.” 

Marahku sambil menunding jari ke arah baju gaun yang menyaluti tubuhku di sebalik kot hitam yang tebal ini. 

“Boleh muntahlah!” Luahku geram.

 Aku menyandarkan tubuh sedikit pada jambatan mini ini. Pandangan kuhalakan pada tembok tinggi yang mengelilingi rumah.Kalau bukan Adam yang buat, siapa agaknya yang pandai-pandai naikkan darah aku ni? Ah, entah-entah mamat ni menipu!

“Well, Cik Kaseh, I have nothing to do with the disappearance of your pants and sweaters.” 

Kedua-dua belah bahunya dijungkit ke atas saat ini. Eee cara dia bercakap tu memang buat aku geram! 

“Betul, sebelum datang ke sini sebelum ini, aku ada suruh Kak Yumi masukkan baju-baju milik Kak Aryana Putri dalam almari tu tapi aku tak pernah suruh sesiapa pun sorokkan baju-baju kau!”

 Bulat mataku menjegil ke arahnya. Jadi, baju-baju yang aku pakai ini adalah baju Kak Putri?

“Kenapa awak suruh Kak Yumi masukkan baju-baju kakak awak dalam almari tu?” Soalku cuba memerangkap lelaki ini.

“Well..baju-baju tu semuanya saiz kau. Kak Putri dah tak boleh pakai. Too small for her. Dari terperap aje dalam bagasi, baik letak kat dalam bilik kau. Kalau kau berminat, boleh jugak kau pakai.” 

Tenang sahaja dia bercerita seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Jangan nak buat lawaklah! Awak memang mempunyai motif lain!”

 Tuduhku sambil bercekak pinggang. Dia merenung dalam-dalam ke mari.

“You tell me..motif apa?” Soalnya kepada aku pula. Aku terus memicit dahi.

“Awak memang sengaja nak suruh saya pakai baju-baju yang feminin macam ni! Jadi, awak suruh Kak Yumi masukkan baju Kak Putri ke dalam almari tu. Kemudian, awak suruh Kak Yumi keluarkan semua baju-baju saya dari bilik tu!” 

Segala kemungkinan yang terbuku di hati kuluahkan dengan rasa marah yang meluap-luap. Adam hanya merenung sahaja sambil menggelengkan kepalanya sedikit.

“Aku tak pernah suruh Kak Yumi sentuh baju-baju kau.” Ucapnya. Habis tu? Kak Yumi yang pandai-pandai keluarkan? Nak kena ni!

“Kalau bukan awak, siapa lagi?” Soalku sambil mendongakkan kepala ke arahnya. 

Dia kulihat melangkah ke mari.


Renungan yang sangat mendebarkan jiwa dihadiahkan kepadaku. Jantung mulalah berdetak dengan kencang. Ikutkan hati mahu  saja aku undur ke belakang namun aku takut pula dituduh pengecut. Lalu aku hanya mampu pegun sahaja di sini menahan segala rasa yang bergelodak dalam jiwa. 

Kedua-dua belah tangan memegang pemegang pada jambatan kayu ini dengan sangat kuat. Jarak kami hanyalah beberapa inci sahaja ketika ini. 

 Kepala ditundukkannya sedikit supaya rapat denganku. Anak mata pula masih merenung ke dasar mataku. Aku yang tak mahu kalah terus mendongakkan kepala dan memandang tajam ke arahnya. 



Hidungnya yang mancung itu sudah pun merah padam gara-gara cuaca sejuk di luar ni.

“Kau ada bukti aku suruh Kak Yumi sorokkan jeans-jeans kau tu?” Soalnya.

Terkedu aku jadinya. Ligat otak berfikir saat ini. Alamak..mana aku ada bukti. Wajah mulalah berkerut seribu.


“Tuduh tanpa bukti itu fitnah, Kaseh!” 



Ucapnya bersama senyuman yang sangat sinis. Bahagian hadapan cap aku ditariknya sedikit membuatkan mataku tertutup saat ini. 

“Hey, apa ni?!” Terus aku betulkan cap di kepala.

 Sejak bila dia ni berani cuit-cuit cap aku? Anak matanya kulihat menerawang bebas memandang rambut lurusku yang sesekali menari di tiup angin. Mulalah aku rasa tak selesa. 

“Takpe. Saya akan cari siapa dalangnya.” Ucapku dengan sangat geram! 

“Sampai ke lubang cacing!” Sebaik sahaja aku berkata begitu, Adam terus ketawa kecil.

“Silakan.” Ucapnya bersama ketawa yang masih bersisa.

Aku merenung tajam ke arahnya tetapi dia juga tidak mahu kalah, masih menundukkan wajah dan merenung ke arahku.

“Hey..hey..what are you guys doing?”

 Sebaik sahaja mendengar suara itu, aku terus berpaling ke belakang! Hud Mikael rupanya. Haaaa..ni satu lagi masalah. Tak tahu agaknya menetap di asrama Universiti Hokkaido tu diam-diam!

 Dengan backpack yang digalas di bahu kiri dan dengan headset yang tersangkut di leher, lelaki berjaket hijau gelap itu berlari menaiki jambatan mini ini. Jangan runtuh sudahlah.

“Kissing is only for halal couple.” Ucapnya yang berdiri betul-betul di sebelah aku. 

Aku pelangkung jugak budak sewel ni. Tapi, tak salah budak ni jugak, gaya kami berdiri tadi boleh buat orang salah sangka!

“What? Kissing?” Soal Adam Putra sambil menggelengkan kepalanya. 

“Apa yang kau mengarut ni Hud?Bila masa pula aku nak kiss dia ni? Tak hingin aku!”

Bidasku dengan geram. Yang nyata jiwa aku sudah kacau teruk saat ini. Adam mengerling ke arahku sambil ketawa kecil. 

“Kau ingat aku nak sangat? Baik aku cium pokok tu dari cium kau.” 

Sekali lagi cap di kepalaku ditariknya ke hadapan. Kali ini sampai menutup hidung. 

“Boleh tak kawal sikit tangan tu?” Soalku dengan geram. Cap di kepala kubetulkan.

“Sayang kelihatan feminin sangat hari ni. Cantiklah! You are only for me..jaga diri untuk abang, Kaseh.” 

Kata-kata Hud mulalah buat aku mengepal penumbuk saat ini. Adam pula hanya menggelengkan kepala sahaja melihat telatah sepupunya ni.

“Abang? Eh hilang ingatan ke apa? Aku ni tua setahun dari kau, tahu tak?!” Bentakku geram. 
Wajah kuraupkan dengan kasar untuk seketika. Sewel  betullah!

“Sayang..janganlah marah.” Ucapnya sambil tersenyum. Aku cekik juga mamat ni!

“Kau nampak tak ni apa?” Aku terus mengacukan penumbuk di hadapan wajahnya membuatkan lelaki itu tergamam sedikit. Haa tahu pun takut.

“Kalau tak nak rasa buku lima ni, baik kau senyap.” 

Bentakku garang dan terus melangkah laju menjauhi kedua-dua lelaki yang menyakitkan hati itu.

 Geram betul aku! Bertambah geram apabila terdengar gelak tawa mereka yang masih memandang ke arahku ini. Ha, confirm tengah sedap mengata akulah tu!

 Aku tak pelik dengan telatah Hud kerana bagi aku dia memang seorang yang lepas laku, lepas cakap dan mesra alam tapi apabila Adam yang serius dan selalu berwajah tegang dan beku berubah begitu aku memang betul-betul rasa lain macam. Sejak bila agaknya dia sudah mula rajin ketawa? 



Lepas tu, akhir-akhir ini, kerap pula dia berikan aku renungan yang sangat aneh. Pandai mengusik pula tu. 

 Ish..aku rasa dia ni dah disampuk hantu jepun. Tapi, apabila dia ceria begitu, semakin menarik pula wajahnya untuk dipandang.  Tanpa sedar ada sebaris senyuman beraja di bibirku. 

Kay! Tolonglah jangan begini. Apa dah jadi dengan kau? Disampuk hantu jepun jugak ke? 
Tak sabar rasanya hendak mulakan kerja fotografi beberapa hari lagi. Sekurang-kurangnya tidak lagi aku memikirkan tentang dua ekor jembalang tu gara-gara terlalu sibuk nanti.




***
BAB 25



Wow!

Terlopong seketika mulutku ketika ini. Ruang belakang rumah yang berdinding kaca ni memang cool! Nampak terus kawasan luar rumah. Taman mini yang dihias cantik juga dapat dilihat dari sini. Tapi, terlopongnya aku saat ini sebab tengah skodeng si Adam Putra kickboxing!




Tak sangka pula kami berkongsi minat yang sama. Berpeluh wajah dan tubuh lelaki berkulit cerah yang sedang menendang dengan padu punching bag di hadapannya. Selepas beberapa tumbukan diberikan pada punching bag, dia membuat round house kick saat ini. Padu gila beb tendangannya tu! Nampak seksi! Aku mengerutkan hidung.

Kenapa dengan kau ni Kay? 

Macamlah tak pernah tengok lelaki kickboxing! Erghh geram pula dengan diri sendiri. Tapi betullah, kenapa di mata ni mamat tu sentiasa kelihatan cool?  Tidak sedar berapa lama aku memerhati, tetapi apabila Adam memandang ke mari, terdiam aku jadinya.

“Apa kau nak?” Soalnya kepadaku dengan termengah-mengah.

 Lelaki ini kemudiannya kulihat menanggalkan bandage wrap dan boxing glove dari tangannya. Kesemua benda itu disimpan di dalam almari kayu yang tidak berpintu. Tuala yang tersangkut di leher ditarik dan dia mula mengesat peluh yang mencurah-curah keluar di wajahnya.

“Nothing.” Ujarku sepatah.

Walaupun dia menafikan sekeras-kerasnya kegiatan menyorok sweater dan seluar jeans milikku, aku tetap juga masukkan namanya dalam suspect yang perlu disiasat! 

Aku lihat dia mencapai ipad nya yang terdampar di atas lantai. Kemudian, dia mula menonong masuk ke dalam tanpa mempedulikan aku. Memang itu yang aku mahukan pun! 
Setelah dia hilang dari pandangan, aku terus melangkah dengan laju ke arah almari kayu ini.

 Oh wow! Perfect. Ni rasa nak menari zapin ni! Ada lebih kurang 4 boxing glove di sini yang berlainan saiz. Terus aku membalut tanganku dengan badange wrap dan kemudian, aku mencuba boxing glove yang berwarna merah. Sekali nampak macam muat!  



Senyum lebar aku jadinya saat ini! Memang saiz aku. Sekilas ikan di air dah kutahu jantan betina. Maklumlah dari sekolah menengah lagi aku dah berjinak-jinak dengan muay thai dan kickboxing! Mestilah mahir. 
Memang blouse dan seluar slack jenis longgar di badan bukanlah pakaian yang sesuai untuk kegiatan ini, tapi ada aku kisah?

 Tajam renungan yang aku berikan pada punching bag di hadapan sana dan aku berlari ke arahnya.


Aku mula menumbuk punching bag ini semahu-mahunya. Kemudian, tendangan demi tendangan aku lakukan. Peluh mula merintik di dahi. 
Sebuah tendangan  jenis roundhouse kuberikan tepat pada punching bag saat ini.  Puasnya kurasakan. 


Kemudian, aku terus menumbuk  lagi dengan kuat dan aku membuat side kick pulak. Rambut yang terjuntai benar-benar merimaskan namun tidak mampu menghentikan aku dari menumbuk dan menendang punching bag ini. Memercik peluh di seluruh badan. Tidak sedar berapa lama aku berada di sini, yang aku tahu termengah-mengah keadaan aku sekarang. 

“Kaseh!”

Suara itu menyebabkan aku terdiam. Kalut anak mata memandang ke arah nenek. Adam pun ada di sisinya bersama segelas air di tangan. Kenapa renungannya kali ini seperti sedang terpesona dengan aku pula? Eh, kau fokus kat muka neneknya tu, bukan muka cucunya. Ada suara yang berkata begitu saat ini.

 Alamak! Masalah dah datang.

 Baru sahaja rasa lega selepas melepaskan segala tekanan yang ada pada punching bag tadi. 

“Nenek..” Aku bersuara sambil tersenyum sumbing. Sempat lagi aku membuat side kick pada punching bag ketika ini.

“Adam!” Jerit nenek. 

Aku pantas menanggalkan boxing glove dan kemudian membuka bandage wrap yang membalut tapak tangan. Mati aku!

“Isteri kamu ni perempuan ke lelaki? Kasar betul!” Bebel nenek tak puas hati. Alamak, tolak lagi 10 markah!

“Nek..I think there’s nothing wrong with it. She’s good at it and she looks really sexy doing that.” Nak pitam aku dengar Adam memuji aku. 

Eleh, sengajalah tu nak bermanis mulut di depan nenek! Jantung tolong jangan buat hal.


“Hey! Kamu ni dah kenapa Adam?” Marah nenek. 

Renungan Adam yang bertandang di wajahku membuatkan aku melarikan anak mata ke arah lain.  Aku terus menghampiri nenek. 

“Nenek..kickboxing ni bukan latihan untuk tendang orang aje nek tetapi jugak untuk bakar kalori, buang lemak-lemak kat badan dan melepaskan tekanan.”

Ujarku untuk membuatkan nenek faham. Siap senyum manis lagi. Moga reda sikit marah nenek tu.

“Kaseh..nenek bukan tak benarkan kamu exercise. Tapi, banyak lagi aktiviti yang kamu boleh lakukan. Tu, kat bilik kosong tu, ada treadmill. Kamu boleh guna kalau kamu mahu.” Kata-kata nenek kusambut dengan anggukan.


“Baik nek.” Jawabku tidak mahu memanjang cerita.

 Alah, nenek sama sahaja macam Nek Leha dan umi, memang pantang tengok aku ganas-ganas begini. Pandangan kuhalakan pada taman di luar sana.


“Dah, jom minum petang.” Ajak nenek kemudiannya. Aku  terus menganggukkan kepala. 

 “O..okay.”

 Aku dan Adam berjalan bergandingan saat ini, mengekori gerak langkah nenek. Tiba-tiba lelaki ini berbisik di telingaku.

“Kau tertekan sebab sweater dan jeans kau hilang?” 

Nampaknya Adam dapat meneka dari gaya aku menumbuk punching bag  itu tadi, mungkin.

“Yes..dan saya bayangkan wajah awak.”

 Sengaja aku berkata begitu. Ketawa lucu aku jadinya apabila wajah lelaki ini sudah pun bertukar riak. Tegang sahaja saat ini.

“You’re really good at kickboxing but can you eat with chopstick?”  

Soalnya dalam keadaan berbisik di telingaku sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam bilik makan ini. Sinis sekali bunyinya membuatkan darahku membara.

“Takkan tak boleh kut..benda simple je.” Sindirnya lagi. Terus aku menganggukkan kepala.

“Eleh setakat nak bangga sebab tahu guna penyepit, tak payahlah!” Bidasku geram. 

Lelaki sebelahku tenang sahaja riak wajahnya 
saat ini. 

Takpe Kay..sabar! Nampak senang je cara nak sepit tu. Pantas aku melabuhkan punggung di atas zabuton. Kedudukan saat ini betul-betul di hadapan nenek. Pelbagai sushi roll terhidang di atas meja ini.Adam pula terus berikan aku chopstick. Tak sempat-sempat betul!

Senyuman kuberikan kepada nenek yang sedang merenung ke arah aku dan Adam.

“Jemput makan Kaseh.” Ujar nenek yang baik hati tetapi garang ini. 

Aku terus menganggukkan kepala. Adam kulihat sedang mencapai cawan berisi teh hijau.
Dengan bersusah-payah aku mulalah menyepit seketul sushi dan kuletakkan ke dalam pinggan. Siap senyum bangga lagi ke arah Adam.

Apabila aku ingin menyepit masuk ke dalam mulut, entah di mana silapnya, sushi tersebut melompat betul-betul ke dalam pinggan nenek! Bukan aku sahaja yang terlopong tetapi nenek juga turut sama tergamam saat ini.

“Alamak..”

 Ucapku sambil menggigit bibir. Adam dah mula ketawa.


SUSHI TERBANG :D


“Sushi terbang!” 

Adam bersuara sambil ketawa besar. Siap kerling ke mari lagi. Isk aku cucuk jugak mata dia ni.


“Sorry nek! Sorry..” Aku meminta maaf. 

Nenek dengan selamba meletakkan sushi tersebut semula ke dalam pingganku.


“Kalau tak tahu guna penyepit, pakai tangan pun boleh, Kaseh!” 

Tegur nenek yang kemudiannya berdehem beberapa kali. Erghh malunya! 

Adam pula tak dapat menahan diri dari ketawa. Geram betul aku jadinya. Tapi demi nenek, aku maniskan juga wajah walaupun hati rasa nak cekik lelaki di sebelahku ini. 

“Putra..” Panggil nenek. 

“Ye nek..” Adam kulihat terus memfokuskan pandangannya kepada nenek.


“Tadi nenek ade tonton ramalan cuaca.Katanya mulai esok bandar Sapporo akan dilanda salji tebal. Jadi, bawa kereta tu berhati-hati.”

 Nasihat nenek membuatkan lelaki ini menganggukkan kepalanya sedikit

“Baik nek.” Jawab Adam kemudiannya.

Wahh teruja betul aku mendengar yang tempat ini akan dilanda salji. Bolehlah aku buat snowman nanti. Senyuman di bibir muncul seketika. Apabila mata bertentangan dengan Adam saat ini, mati terus senyuman di wajah. Isk, kacau mood betullah mamat ni!

***

BAB 26

Hari ini hari sabtu! Aku pula yang seronok. Mana tidaknya, Adam dah beritahu yang setiap hari cuti, aku tak perlu bangun awal untuk sediakan sarapan. 

Maklumlah lelaki itu tidak bekerja hari ini. Sambil bernyanyi-nyanyi kecil, aku menuangkan air ke dalam cawan. 

Masuk hari ini, sudah 5 hari aku berada di bumi jepun. Sempatlah jugak aku keluar berjalan-jalan sendirian ke kawasan sekitar. Banyak juga gambar-gambar pemandangan yang aku rakam. Memang cantik sangat pemandangan di Sapporo ni.  Rasa macam nak keluar lagi. Tengoklah petang nanti. 

Telur setengah masak yang berada di dalam bekasnya kini kucapai. Kemudian aku mengopekkan bahagian atas telur dengan pisau roti. Setelah itu, aku memasukkan sedikit lada ke dalamnya. Bekas rotan yang berisi roti bawang putih yang sudah pun dibakar oleh Kak Yumi tadi kucapai dan aku mula memotongnya sedikit dan kuletakkan ke dalam piring. Erm..apa lagi ya? 

Aku memetik jari saat ini. Oh yes, kata Kak Yumi, Adam juga sukakan roti yang dilepa dengan peanut butter. Terus aku mencapai sekeping roti dan aku lepa dengan peanut butter dan aku letakkan di atas piring. 

“Hmm..pandai pun kamu sediakan sarapan.”

Tersentak aku jadinya. Senyuman mesra kuhadiahkan khas buat nenek. 

“Selamat pagi nenek. Jom sarapan.”

Ajakku bersama senyuman mesra. 

Isk, susah betullah nak bergerak, buat kerja dan duduk dengan baju yang sangat feminin ini. Rimas! Blaus tangan panjang di badan yang aku padankan dengan skirt labuh kubetulkan sedikit kedudukannya. Memang canggung apabila terpaksa pakai begini. Sakit pulak hati aku! Siapalah yang sorokkan baju-baju aku ni hoi!


“Kamu ni senang diajar, Kaseh..” 

Ujar nenek lagi seraya melabuhkan punggung di atas zabuton. Kembangnya hati pagi-pagi dipuji nenek.

“Biasa aje nek. Bab-bab dapur ni Kaseh memang tak pandai.”

Lega rasanya bila dah berterus terang. Takde lah dia nak harap apa-apa dari aku.

“Macam ni lah cucu nenek..” Lenganku buat pertama kalinya disentuh mesra. 

Kenapa ada perasaan terharu di dalam hati aku? Padahal aku bukan cucu menantunya yang betul pun!

“Kak Yumi yang ajar, nek.” Ucapku sambil tersenyum.


“Ye lah..Yumi tu pun suka ajar kamu. Katanya tak kering gusi bersembang dengan kamu.” 

Aku hanya ketawa kecil mendengar cerita nenek. Kak Yumi memang baik orangnya.

“Nenek nak roti?” Soalku sambil mencapai bekas rotan berisi roti. 

Pantas wanita ini menggeleng.

“Yumi dah sediakan sarapan untuk nenek tadi. Sekejap lagi perlu makan ubat.” Ucap wanita yang berwajah serius ini.

 Aku terus menganggukkan kepala. Apabila nampak kelibat Adam Putra di ruangan ini, nenek terus bangun dengan perlahan-lahan.


“Makanlah sekali dengan Putra. Nenek nak ke bilik. Yumi dah sediakan ubat untuk nenek.” Pesannya. Aku terus menganggukkan kepala.


“Baiklah nenek.” Ujarku. 

Apabila sedar yang Adam sedang merenungku saat ini, aku terus mendongakkan kepala ke arahnya. 

Apahal pula mamat ni? 

Debaran halus mula wujud. Bau wangian menerpa masuk ke dalam rongga hidung saat ini tanpa sedar membuatkan aku merenung ke arahnya. Rambut yang terjuntai sedikit kusebakkan ke belakang telinga.  Adam kini memandangku dengan renungan sangat mempesonakan jiwa. Bagai nak terkeluar jantungku saat ini. 

“Apahal pandang-pandang?” 
 Soalku sedikit garang, cuba untuk menutup kegugupan di hati.

 Roti yang berada di tangan kulepa dengan jem campuran buah beri. Lelaki ini pula yang sedikit tersentak merenung ke arahku dengan sinis.


“Are you trying to impress me?Hmm?” Soalnya di telingaku sebaik sahaja melabuhkan punggung.

 Pagi-pagi lagi dah nak cari fasal!


“What do you mean?” Soalku dengan sangat geram.
“You know..pakai dress macam ni..then, dah pandai sediakan sarapan..” Kata-katanya membuatkan aku semakin geram. 

Nak perli akulah tu! Roti di tangan kugigit dengan kasar saat ini. Cara cakap tu macam tak tahu pulak baju-bajuku hilang. Aku pelangkung kang!


“Awak jangan nak perasan ye! Tak pernah terdetik langsung kat hati saya ni nak impress awak. Buang masa! ” Ucapku sambil menjulingkan mata ke atas. Lelaki di sebelahku ini sudah mula mencapai telur setengah masak dan roti.

“Saya buat sarapan ni pun sebab nenek yang suruh.” 

“Dah nama pun sedang berlakon sebagai isteri awak..takkanlah saya nak bantai tidur kat dalam bilik tu masa suami nak sarapan!” Becok aku berkata-kata. 

Liar juga anak mata memandang sekeliling. Takut juga kalau ada yang pasang telinga. Aku terus merenung ke arahya. Jari kutundingkan di hadapan badannya.


“Satu lagi, tak payahlah nak buat-buat tak tahu fasal baju saya yang hilang tu. Kalau saya dapat tahu awak yang ambil..memang saya blah dari sini!” Ugutku geram.

“Dan photography job tu aku kasi kat orang lain.” 

Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus masukkan roti ke dalam mulut bersama pandangan sinis. Amboi mudahnya!

“Sikit-sikit nak ugut! Kejam betul!” Gumamku dengan sangat geram.


“Seriously aku tak tahu mana baju kau tu menghilang. I even asked nenek.” Kata-kata Adam Putra membuatkan aku tersentak. 

“Apa kata nenek?” Soalku dengan bersungguh-sungguh.


“Nenek pun tak tahu.” Jawapan Adam membuatkan aku tertekan! 

Terus sahaja aku merenung wajahnya. Aku ada tanyakan dengan Kak Yumi, tetapi dia pun tak mengaku!

“Sudahla..saya tahu awak yang ambil! Penipu..penyamun!” Gumamku dengan geram. 

Adam terus merenung ke arahku dengan pandangan tak puas hati.

“Cakap macam tu sekali lagi, I won’t be paying you anything!” Ugutnya. 

Terus aku melarikan anak mata ke arah lain. Dah janji nak bayar boleh pula ugut-ugut nak tarik balik.


“Buruk siku betul!” Gumamku dengan sangat perlahan ketika ini. 

Ada riak puas hati terpampang jelas pada wajah Adam Putra membuatkan aku rasa ingin pelangkung aje lelaki ini. 

Sabar Kaseh..duit punya fasal, baik kau kawal perasaan kau. Cawan berisi air teh hijau kucapai dan aku mula meneguk sedikit air di dalamnya.

“Good morning sayang..”

 Hampir tersedak mendengar suara itu. Terus sahaja aku mendongakkan kepala.

“Shut up!” Bidasku dengan geram. Ni sorang lagi!

“Eh..Hud! Kau ada nampak semua jeans dan sweater aku tak?” Soalku kepada Hud. 

Lelaki ini pantas menggelengkan kepalanya.

“What’s wrong sayangku?” Soalnya sambil mencuit pipiku. 

Tersentak aku jadinya. Adam juga kelihatan tergamam. Bibir kuketap geram. Darah menggelegak teruk saat ini. Baru sahaja ingin memarahi lelaki itu, tanpa aku duga, Adam Putra  terlebih dahulu membidasnya.

“Hud!” Tengking Adam.


“She is not your wife, bro! Please respect her.” Ujar lelaki itu dengan tegas.

 Merah padam kulihat wajahnya. Aku pula yang kecut perut.

 “Ala relax la Abang Putra. Cuit pipi je kut.” Selamba sahaja Hud bersuara. 
Seperti tidak langsung melakukan kesalahan.


“Cuit pipi pun tetap berdosa!” Bidas Adam lagi. 

Aku terus mengepalkan penumbuk saat ini ke arah Hud.

“Hud. Ini kali terakhir aku berikan amaran. Kalau kau cuit, atau sentuh aku lagi, aku akan tumbuk muka kau!” Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus bangun. Kacau mood betullah dia ni. 

“Apahal semua orang baran semacam pagi ni?” 

Soal Hud lagi seperti tidak terkesan langsung dengan situasi ini. Terus sahaja dia ketawa sambil menjamah roti yang berada di dalam piringnya.

Ya Allah, sakitnya hati!

BERSAMBUNG! :D



Assalamualaikum semua grin emoticon, terima kasih sudi baca bab 24, 25 & 26 KLIK! Pengantin Musim Salju. heart emoticon 3 bab sekali sebab 1 bab pendek2 je kali ni hehe heart emoticon
Suri akan hentikan cerita ni pada bila-bila masa sahaja dari sekarang tetapiii..setiap hari suri akan up teaser yang diambil secara random dari dalam novel sampai minggu terakhir April .

Seperti biasa, sebarang komen boleh diberikan di grup facebook : Bila Suri Ryana Menaip :)

psst/ suri dah dpt cover untuk novel ni dr penerbit. :D hopefully you all suka seperti mana suri suka..hehee :D
heart emoticon