KLIK!
Pengantin
Musim Salju
Bab 1
Tak tahulah untuk kali keberapa aku menjulingkan
mata ke atas masuk kali ni. Kalau aku jadi Sam, memang dah lama aku hempuk
minah tu dengan fail! Baru puas hati aku.
“So, have you made your decision miss?”
Dari nada suara Sam itu, tahulah aku kesabarannya sudah berada di tahap maksima.
“Ermmm..not yet...”
Aku terus memfokuskan pandangan ke arah perempuan seksi di hadapan sana.
Aik, tak buat keputusan lagi? Dah dua jam kut! Aku dah sempat makan, keluar ke pejabat pos, jumpa client dan solat tapi dia ni belum buat keputusan lagi? Memang weng!
Dari tadi, aku hanya memasang telinga aje mendengar perbualan dorang sambil memasukkan kamera ke dalam beg sandang belakang. Topi di kepala kutarik ke depan gara-gara tidak mahu mereka perasan aku mencuri dengar perbualan mereka. Mata kini melekat pada perempuan yang sedang duduk di hadapan Sam itu.
Rambutnya dipintal-pintal saat ini. Nada suara ketika bercakap, bukan gedik kuasa dua lagi, tetapi gedik kuasa juta-juta! Naik geli geleman aku tengok gayanya itu. Bilalah agaknya dia nak berambus dari sini? Dia ni memang nak bikin aku panas agaknya! Mata kujulingkan ke atas. Dasar bimbo!
Pertanyaan demi pertanyaan telah Sam jawab dengan senyuman walaupun ada soalan yang bertaraf budak tadika ditanya kepada pekerjaku itu. Fail yang berisi penerangan tentang pakej-pakej yang ditawarkan pula sudah diselak wanita yang bersubang besar itu berjuta-juta kali. Agaknya nak tunggu lunyai dulu fail tersebut baru dia hendak buat keputusan kot. Pelanggan macam ni lah yang akan menyebabkan darah aku naik. Nasib baiklah Sam tu sangat penyabar orangnya. Kalau aku, tak tahulah!
Sam dah tunjukkan beberapa pakej fotografi yang Klik! tawarkan untuk majlis perkahwinan tetapi entah kenapa dia hendak juga menyelak pakej-pakej lain. Lihatlah tu, matanya sekarang sibuk meneliti fail berisi pakej majlis hari jadi pulak. Dia ni nak berkahwin ke nak sambut hari jadi bapak dia?! Aduh, boleh jadi gila aku.
Puas memaki hamun perempuan itu di dalam hati, mataku melirik ke arah si lelaki yang sedang duduk bersila panggung di atas sofa, di hujung sana. Amboi, amboi! Gaya duduk macam tuan besar! Pasangannya tu pun satu hal jugak. Aku tengok semenjak lelaki itu melabuhkan punggung di situ 2 jam yang lepas, matanya hanya pada telefon bimbit. Entah-entah tengah sedap main games. Aku agak je la. Jangankan dia nak ambil tahu, jeling pun tidak pakej-pakej tu. Semua yang perempuan tu tanya, dijawab dengan ayat yang sama.
“Okay..”
Hanya perkataan tu aje agaknya yang dia tahu. Okay, okay, okay! Hee geram betul aku jadinya. Selalunya pasangan yang datang ke sini akan berbincang sesama sendiri tetapi mereka ni lain benar aku tengok.
Ya Allah, betul ke mereka ni nak berkahwin?Telefon bimbit yang menjerit menyebabkan aku mengalihkan pandangan daripada wajah dua orang manusia pelik ini. Tangan kanan pantas menyeluk ke dalam poket seluar jeans lusuhku dan mengeluarkan telefon bimbit. Nombor Melissa rupanya yang tertera di atas skrin. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik persalinan yang ada di dalam studio ini untuk menjawab panggilan.
“Hello Mel. Kau kat mana?”
“Aku baru habis outdoor photography session dengan Norita Dato’ Rahimi. Ya Rabbi, perempuan itu cerewet bukan main tetapi mengenangkan bayaran yang kita perolehi masyuk, aku pekakkan je telinga ni. Akhirnya, berjaya juga aku ambil gambar keluarga diorang seperti yang dimahukan.”
Ujar Mel dengan panjang lebar. Seronoklah tu, kerjanya dah habis.
“Oh..kau selamatlah babe. Sam yang belum lagi nak selamat. Dah 2 jam perempuan tu membelek pakej-pakej fotografi tu tapi tak jugak buat keputusan. Kau boleh tak datang sini untuk assist Sam?”
“Opps..sorry, babe..tapi aku dah janji dengan Edry nak dinner malam ni. Kau tahu sajalah, kami kan baru je nak berbaik balik.”
Ujar Mel pula. Hm, aku tahu diorang tu memang selalu bergaduh. Lepas tu, baik balik. Tengoklah tak sampai seminggu baik, mesti gaduh balik! Aci kerat jarilah!
“Hmm..tak pe la kalau gitu. Lagipun waktu kerja pun dah habis dah ni. Kau balik terus je la.” Akhirnya aku terpaksa berkata begitu.
“Okay. Aku pun nak inform yang aku dah selesaikan tugasku dengan jayanya ni. Hoyeahh!”
Girang suara Mel menjerit di hujung talian. Terus sahaja aku menjauhkan telefon bimbit dari telinga. Bibir kuketap sedikit.
“Hoi! Kau ni nak buat aku pekak ke apa?”
Dengan nada geram aku menjerit balik kepada Mel. Tapi cepat-cepat aku tutup mulut dengan tangan kanan. Hampir terlupa pula yang ada pelanggan kat luar tu.
“Janganlah marah..aku tak sabar nak jumpa Edry malam ni. Kau hado? Ehh..kau kan tak minat lelaki! Lupa pulak aku.”
Giat Mel sambil ketawa sinis di hujung talian. Aku menjulingkan mata ke atas. Mel, memang suka kenakan aku!
“Tak payah nak hado sangatlah. Amboi..suka betul kan. Jangan pulak tak sampai seminggu, dah bergaduh balik.”
Balasku. Sebelum minah ni melalut, baik aku tamatkan perbualan.
“Okay la Mel. Cau.” Ujarku.
“Hish, kau ni, cuba bagi salam ke..tak ayu betullah.”
Tempelak Mel di hujung talian. Ayu? Apa tu? Geli geleman aku dengan perkataan yang langsung tak ada dalam kamus hidupku.“Memang aku tak ayu dan tak ada masa aku nak jadi perempuan lemah lembut dan ayu macam kau. Cau.”
Ujarku kemudiannya. Talian terus kumatikan. Mel, makin dilayan, makin menjadilah dia!
Aku hanya ketawa kecil apabila mengenangkan pekerjaku itu. Kami memang rapat. Walaupun dia bekerja dengan aku, aku tak pernah pula nak anggap diri aku ni boss ke apa, sebab kami berkawan dah lama pun. Semenjak di kampus dan kemudian sama-sama jadi kuli kat Exora Photography dulu.
“Ini je ke pakej yang Klik! tawarkan?”
Soal wanita di hadapan Sam itu sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik persalinan. Automatik darahku melonjak naik sehingga ke kepala! Aku menjeling ke arah Sam. Mesti lelaki itu rasa nak hantuk kepala ke dinding saat ini.
“A’ah. Ni je. Rasanya ini masuk kali keenam saya jawab soalan yang sama.”
Jawapan Sam memberitahuku yang paras kesabarannya sudah pun luntur di dada. Gadis itu pula menjeling tajam ke arah Sam. Nampak seperti hendak terkeluar bola matanya. Macam nak ajak Sam gaduh tu! Tidak lagi dia memintal-mintal rambut yang berwarna coklat kekuningan itu saat ini. Isk, pelik-pelik betul warna pewarna rambut zaman ni.
“Cik..” Kendur nada suara Sam saat ini.
“Kami hanya tawarkan dua je pakej fotografi untuk majlis pernikahan Cik nak yang mana?”
“Dua je ek?” Soalnya.
Aku pula yang sudah rasa seperti hendak mencekik perempuan itu hanya mampu menyumpah di dalam hati. Kalau ikut hati aku yang panas membara, dah lama aku halau minah ni. Nasib baiklah aku ni tidak sekejam itu! Lagipun, Klik! perlukan job untuk survive. Kalau tak, bungkuslah syarikat aku ni.
“Sayang..I rasa I tak sukalah dengan pakej-pakej ni..can we go somewhere else?”
Soalan si bimbo kepada bakal suaminya benar-benar membuatkan aku naik darah. Hampir terlepas kamera di tanganku.
“Nope! Kita dah survey banyak tempat. Majlis tu tak lama lagi je. You ingat senang ke nak cari photographer last minute macam ni?” Serius wajah lelaki itu menjawab.
Eh bagaimana agaknya lelaki itu dapat bertahan dengan gadis bimbo macam ni?
“Look..I seriously takde masa nak ikut you lepas ni. You know how hectic my schedules are, right? Lagipun ni for backup je kan? Kita dah ada photopgraher lain untuk cover the whole ceremony. Just choose any package yang ada kat sini..”Kata-kata Adam mampu membuatkan aku terlopong. Waa..siap hire dua tiga photopgrapher lagi. Banyaknya duit! Siapa agaknya dorang ni?
“Hmmmm!” Akhirnya perempuan itu bersuara.
“Kalau gitu, I ambil yang ni je.” Putusnya.Aku masih lagi melihat dari jauh telatah mereka itu.
“So, have you made your decision miss?”
Dari nada suara Sam itu, tahulah aku kesabarannya sudah berada di tahap maksima.
“Ermmm..not yet...”
Aku terus memfokuskan pandangan ke arah perempuan seksi di hadapan sana.
Aik, tak buat keputusan lagi? Dah dua jam kut! Aku dah sempat makan, keluar ke pejabat pos, jumpa client dan solat tapi dia ni belum buat keputusan lagi? Memang weng!
Dari tadi, aku hanya memasang telinga aje mendengar perbualan dorang sambil memasukkan kamera ke dalam beg sandang belakang. Topi di kepala kutarik ke depan gara-gara tidak mahu mereka perasan aku mencuri dengar perbualan mereka. Mata kini melekat pada perempuan yang sedang duduk di hadapan Sam itu.
Rambutnya dipintal-pintal saat ini. Nada suara ketika bercakap, bukan gedik kuasa dua lagi, tetapi gedik kuasa juta-juta! Naik geli geleman aku tengok gayanya itu. Bilalah agaknya dia nak berambus dari sini? Dia ni memang nak bikin aku panas agaknya! Mata kujulingkan ke atas. Dasar bimbo!
Pertanyaan demi pertanyaan telah Sam jawab dengan senyuman walaupun ada soalan yang bertaraf budak tadika ditanya kepada pekerjaku itu. Fail yang berisi penerangan tentang pakej-pakej yang ditawarkan pula sudah diselak wanita yang bersubang besar itu berjuta-juta kali. Agaknya nak tunggu lunyai dulu fail tersebut baru dia hendak buat keputusan kot. Pelanggan macam ni lah yang akan menyebabkan darah aku naik. Nasib baiklah Sam tu sangat penyabar orangnya. Kalau aku, tak tahulah!
Sam dah tunjukkan beberapa pakej fotografi yang Klik! tawarkan untuk majlis perkahwinan tetapi entah kenapa dia hendak juga menyelak pakej-pakej lain. Lihatlah tu, matanya sekarang sibuk meneliti fail berisi pakej majlis hari jadi pulak. Dia ni nak berkahwin ke nak sambut hari jadi bapak dia?! Aduh, boleh jadi gila aku.
Puas memaki hamun perempuan itu di dalam hati, mataku melirik ke arah si lelaki yang sedang duduk bersila panggung di atas sofa, di hujung sana. Amboi, amboi! Gaya duduk macam tuan besar! Pasangannya tu pun satu hal jugak. Aku tengok semenjak lelaki itu melabuhkan punggung di situ 2 jam yang lepas, matanya hanya pada telefon bimbit. Entah-entah tengah sedap main games. Aku agak je la. Jangankan dia nak ambil tahu, jeling pun tidak pakej-pakej tu. Semua yang perempuan tu tanya, dijawab dengan ayat yang sama.
“Okay..”
Hanya perkataan tu aje agaknya yang dia tahu. Okay, okay, okay! Hee geram betul aku jadinya. Selalunya pasangan yang datang ke sini akan berbincang sesama sendiri tetapi mereka ni lain benar aku tengok.
Ya Allah, betul ke mereka ni nak berkahwin?Telefon bimbit yang menjerit menyebabkan aku mengalihkan pandangan daripada wajah dua orang manusia pelik ini. Tangan kanan pantas menyeluk ke dalam poket seluar jeans lusuhku dan mengeluarkan telefon bimbit. Nombor Melissa rupanya yang tertera di atas skrin. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik persalinan yang ada di dalam studio ini untuk menjawab panggilan.
“Hello Mel. Kau kat mana?”
“Aku baru habis outdoor photography session dengan Norita Dato’ Rahimi. Ya Rabbi, perempuan itu cerewet bukan main tetapi mengenangkan bayaran yang kita perolehi masyuk, aku pekakkan je telinga ni. Akhirnya, berjaya juga aku ambil gambar keluarga diorang seperti yang dimahukan.”
Ujar Mel dengan panjang lebar. Seronoklah tu, kerjanya dah habis.
“Oh..kau selamatlah babe. Sam yang belum lagi nak selamat. Dah 2 jam perempuan tu membelek pakej-pakej fotografi tu tapi tak jugak buat keputusan. Kau boleh tak datang sini untuk assist Sam?”
“Opps..sorry, babe..tapi aku dah janji dengan Edry nak dinner malam ni. Kau tahu sajalah, kami kan baru je nak berbaik balik.”
Ujar Mel pula. Hm, aku tahu diorang tu memang selalu bergaduh. Lepas tu, baik balik. Tengoklah tak sampai seminggu baik, mesti gaduh balik! Aci kerat jarilah!
“Hmm..tak pe la kalau gitu. Lagipun waktu kerja pun dah habis dah ni. Kau balik terus je la.” Akhirnya aku terpaksa berkata begitu.
“Okay. Aku pun nak inform yang aku dah selesaikan tugasku dengan jayanya ni. Hoyeahh!”
Girang suara Mel menjerit di hujung talian. Terus sahaja aku menjauhkan telefon bimbit dari telinga. Bibir kuketap sedikit.
“Hoi! Kau ni nak buat aku pekak ke apa?”
Dengan nada geram aku menjerit balik kepada Mel. Tapi cepat-cepat aku tutup mulut dengan tangan kanan. Hampir terlupa pula yang ada pelanggan kat luar tu.
“Janganlah marah..aku tak sabar nak jumpa Edry malam ni. Kau hado? Ehh..kau kan tak minat lelaki! Lupa pulak aku.”
Giat Mel sambil ketawa sinis di hujung talian. Aku menjulingkan mata ke atas. Mel, memang suka kenakan aku!
“Tak payah nak hado sangatlah. Amboi..suka betul kan. Jangan pulak tak sampai seminggu, dah bergaduh balik.”
Balasku. Sebelum minah ni melalut, baik aku tamatkan perbualan.
“Okay la Mel. Cau.” Ujarku.
“Hish, kau ni, cuba bagi salam ke..tak ayu betullah.”
Tempelak Mel di hujung talian. Ayu? Apa tu? Geli geleman aku dengan perkataan yang langsung tak ada dalam kamus hidupku.“Memang aku tak ayu dan tak ada masa aku nak jadi perempuan lemah lembut dan ayu macam kau. Cau.”
Ujarku kemudiannya. Talian terus kumatikan. Mel, makin dilayan, makin menjadilah dia!
Aku hanya ketawa kecil apabila mengenangkan pekerjaku itu. Kami memang rapat. Walaupun dia bekerja dengan aku, aku tak pernah pula nak anggap diri aku ni boss ke apa, sebab kami berkawan dah lama pun. Semenjak di kampus dan kemudian sama-sama jadi kuli kat Exora Photography dulu.
“Ini je ke pakej yang Klik! tawarkan?”
Soal wanita di hadapan Sam itu sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik persalinan. Automatik darahku melonjak naik sehingga ke kepala! Aku menjeling ke arah Sam. Mesti lelaki itu rasa nak hantuk kepala ke dinding saat ini.
“A’ah. Ni je. Rasanya ini masuk kali keenam saya jawab soalan yang sama.”
Jawapan Sam memberitahuku yang paras kesabarannya sudah pun luntur di dada. Gadis itu pula menjeling tajam ke arah Sam. Nampak seperti hendak terkeluar bola matanya. Macam nak ajak Sam gaduh tu! Tidak lagi dia memintal-mintal rambut yang berwarna coklat kekuningan itu saat ini. Isk, pelik-pelik betul warna pewarna rambut zaman ni.
“Cik..” Kendur nada suara Sam saat ini.
“Kami hanya tawarkan dua je pakej fotografi untuk majlis pernikahan Cik nak yang mana?”
“Dua je ek?” Soalnya.
Aku pula yang sudah rasa seperti hendak mencekik perempuan itu hanya mampu menyumpah di dalam hati. Kalau ikut hati aku yang panas membara, dah lama aku halau minah ni. Nasib baiklah aku ni tidak sekejam itu! Lagipun, Klik! perlukan job untuk survive. Kalau tak, bungkuslah syarikat aku ni.
“Sayang..I rasa I tak sukalah dengan pakej-pakej ni..can we go somewhere else?”
Soalan si bimbo kepada bakal suaminya benar-benar membuatkan aku naik darah. Hampir terlepas kamera di tanganku.
“Nope! Kita dah survey banyak tempat. Majlis tu tak lama lagi je. You ingat senang ke nak cari photographer last minute macam ni?” Serius wajah lelaki itu menjawab.
Eh bagaimana agaknya lelaki itu dapat bertahan dengan gadis bimbo macam ni?
“Look..I seriously takde masa nak ikut you lepas ni. You know how hectic my schedules are, right? Lagipun ni for backup je kan? Kita dah ada photopgraher lain untuk cover the whole ceremony. Just choose any package yang ada kat sini..”Kata-kata Adam mampu membuatkan aku terlopong. Waa..siap hire dua tiga photopgrapher lagi. Banyaknya duit! Siapa agaknya dorang ni?
“Hmmmm!” Akhirnya perempuan itu bersuara.
“Kalau gitu, I ambil yang ni je.” Putusnya.Aku masih lagi melihat dari jauh telatah mereka itu.
“Sayangggg, okay tak pakej ni?” Tanya perempuan
bergaun pendek berwarna hitam itu kepada tunangnya.
“Hmm..okay!” Itu
sahaja jawab lelaki yang segak berkemeja biru yang hanya mengerling sekilas ke
arah pakej yang ditunjukkan gadis itu. Sam kulihat sedang mengeluarkan
organiser dan kemudian mencatatkan sesuatu di dalamnya.
“Ada discount tak?” Tanya
perempuan ini sambil tersengih. Takde! Jeritku dalam hati. Sudahlah kau
menghabiskan masa sampai 2 jam, nak mintak discount pulak.
“Maaf cik. Harga ni
tetap, tapi saya boleh berikan extra 2 keping lagi gambar bersaiz 5R. Jadi
semuanya awak akan dapat 4 kepinglah gambar bersaiz 5R.” Ujar Sam. Aku masih
lagi memasang telinga.
“Hm..okaylah,
depositnya 20% daripada harga pakej ni kan?” Ujarnya dan Sam kulihat hanya
mengangguk. Kemudian dia meminta teman lelakinya membayar wang pendahuluan
kepadaku. Beberapa keping wang kertas dihulurkan kepadaku oleh lelaki itu tanpa
banyak soal.
“Jangan lupa catat
pula tarikh majlis I tu.” Ujarnya dengan sedikit sinis. Eh memandai-mandai je
perempuan ni. Sam tahulah kerja dia.
“Cik akan bernikah on the 9th of January
kan? Jangan risau, sejak 2 jam yang lepas saya dah catatkan dalam buku ni.” Jawapan
dari Sam benar-benar membuatkan aku geli hati. Pantas aku menekup mulut dengan
sebelah tangan. Perempuan bimbo itu pula kulihat menjeling tajam ke arah Sam.
“Baguslah kalau gitu.
I ni bukannya apa..walaupun I dah tempah pakej kat tempat lain yang lebih bagus
dan I tempah pakej kat sini untuk backup je.. tapi I dah bayar kan..tak mahulah
nanti jurugambarnya tak datang pula gara-gara salah catat tarikh.” Ujar
perempuan itu dengan sinis. Matanya kulihat dikecilkan sedikit ketika melihat
ke arah kad di tangannya.
“Don’t worry cik, kami
di Klik! tak pernah menganiaya pelanggan, walaupun ada pelanggan yang ragamnya
kadangkala memeningkan kepala.”
Kata-kata Sam membuatkan aku tersenyum sedikit. Terus
aku mencapai beg sandang belakang saat ini. Ikutkan hati mahu berada lebih lama
di sini tetapi aku dah janji dengan Elis. Elis, rakan semasa belajar di
universiti dulu buat kenduri kesyukuran. Maklumlah tak lama lagi dia akan
sambung belajar di luar negara. Bahagian hadapan “cap” kutarik ke hadapan supaya
dapat menutupi sedikit bahagian atas wajah dan aku mula menggalas beg sandang
belakang milikku. Langkah kaki laju kuaturkan ke arah Sam yang sedang mencatat sesuatu pada
resit.
“Sam, I’m leaving now..” Bisikku. Lelaki itu
mendongakkan wajah.
“Anything, just call me.” Ujarku dengan perlahan.
“Alright!”
Sam terus menganggukkan kepada dan mengangkat
kedua-dua belah ibu jarinya kepadaku. Aku hanya tersenyum dan berpaling untuk
keluar. Namun senyuman di wajah yang masih bersisa mati terus apabila aku
hampir terlanggar tubuh seseorang. Pantas aku mendongakkan wajah. Bila pula
lelaki milik si bimbo ini berada di belakang aku? Bukan tadi tengah melepak
atas sofa ke?
Sepasang matanya kini sedang memandang ke arahku dengan sangat
dalam membuatkan aku terkaku. Kenapa aku rasa lain macam? Kenapa aku rasa
terlalu familiar dengan sepasang mata ini?
Kau memang mengarut, Kay! Baik kau blah dari sini.
“So..sorry.”
Tergagap-gagap
aku bersuara dan terus berlalu. Wajah si bimbo dan Sam langsung tidak
kupandang.
Nafas kutarik dalam-dalam saat kaki melangkah keluar
dari pejabat. Lepas aje kenduri kesyukuran di rumah kawan aku si Elis, aku
harus ke butik Lola untuk ambil baju. Fuhh padat betul jadual aku hari ini. Terbayang
baju pengantin arwah ibu yang sudah seminggu terperap di butik Kak Lola.
Kalau tak kerana umi
memaksa aku untuk kecikkan baju itu mengikut saiz aku, memang terperap dalam
almari je la baju tersebut.
Umi ni pun satu, kenapa beriya sangat paksa aku kecikkan baju tu ha? Bila
aku tanya jawabnya, mana tahu nanti-nanti nak guna, senang. Tak payah dah nak pening-pening.
Persoalannya bila masa pula aku nak pakai baju pengantin tu? Ah, ni yang tak
sedap hati ni. Stress betullah.
“Hmm..okay!” Itu sahaja jawab lelaki yang segak berkemeja biru yang hanya mengerling sekilas ke arah pakej yang ditunjukkan gadis itu. Sam kulihat sedang mengeluarkan organiser dan kemudian mencatatkan sesuatu di dalamnya.
“Ada discount tak?” Tanya perempuan ini sambil tersengih. Takde! Jeritku dalam hati. Sudahlah kau menghabiskan masa sampai 2 jam, nak mintak discount pulak.
“Maaf cik. Harga ni tetap, tapi saya boleh berikan extra 2 keping lagi gambar bersaiz 5R. Jadi semuanya awak akan dapat 4 kepinglah gambar bersaiz 5R.” Ujar Sam. Aku masih lagi memasang telinga.
“Hm..okaylah, depositnya 20% daripada harga pakej ni kan?” Ujarnya dan Sam kulihat hanya mengangguk. Kemudian dia meminta teman lelakinya membayar wang pendahuluan kepadaku. Beberapa keping wang kertas dihulurkan kepadaku oleh lelaki itu tanpa banyak soal.
“Jangan lupa catat pula tarikh majlis I tu.” Ujarnya dengan sedikit sinis. Eh memandai-mandai je perempuan ni. Sam tahulah kerja dia.
“Baguslah kalau gitu. I ni bukannya apa..walaupun I dah tempah pakej kat tempat lain yang lebih bagus dan I tempah pakej kat sini untuk backup je.. tapi I dah bayar kan..tak mahulah nanti jurugambarnya tak datang pula gara-gara salah catat tarikh.” Ujar perempuan itu dengan sinis. Matanya kulihat dikecilkan sedikit ketika melihat ke arah kad di tangannya.
“Don’t worry cik, kami di Klik! tak pernah menganiaya pelanggan, walaupun ada pelanggan yang ragamnya kadangkala memeningkan kepala.”
Sepasang matanya kini sedang memandang ke arahku dengan sangat dalam membuatkan aku terkaku. Kenapa aku rasa lain macam? Kenapa aku rasa terlalu familiar dengan sepasang mata ini?
Tergagap-gagap aku bersuara dan terus berlalu. Wajah si bimbo dan Sam langsung tidak kupandang.
Kalau tak kerana umi memaksa aku untuk kecikkan baju itu mengikut saiz aku, memang terperap dalam almari je la baju tersebut.
***
Bab 2
Astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..astaghfrullahalazim!!Hanya kalimah itu
sahaja yang tidak putus-putus terbit dari bibir saat ini. Bukan itu sahaja,
malah semua surah yang aku hafal dalam Al-Quran tu rasanya aku dah baca
berulang kali. Tudung yang kupakai semasa majlis kesyukuran di rumah Elis tadi
tidak sempat kubuka dan melayang-layang diterbang angin.Nasib baik pakai topi
keledar..kalau tidak, confirm dah melayang lama dah shawl milik si Kaseh Layla
ni!
Patutlah aku rasa tak
sedap hati je dari pagi tadi. Turutkan kata hati, bagai lipas kudung aku
merempit ke butik Kak Lola tapi tak sangka aku dah terlewat beberapa minit.
Kurang asam punya minah salleh celup! Nanti kau! Apalah nasib aku, asyik
terjumpa perempuan-perempuan bimbo je hari ni.
“Kayyy..ooo Kayyy..bawaklah perlahan sikit. Aku dah macam nak terbang kat belakang ni!”
Suara Nana menjerit di
belakang menerjah masuk ke dalam telinga dalam kebingitan bunyi enjin dan hon.
Aku hanya mampu mengetap bibir je. Dah buat salah ada hati nak bersuara! Rasa
seperti nak hentak aje budak di belakang aku ni tapi mengenangkan dia ni kawan
aku, terpaksalah aku bersabar.
Walaupun aku nampak
kasar tetapi aku bukan minah rempit. Semuanya kerana Nana, terpaksa juga aku
merempit hari ini. Nana yang sedang memboncengku dah sah-sah kecut perut tapi
aku yang memandu skuter ini turut sama rasa nak terkucil. Bagai nak pecah dada
kerana jantung asyik berdebar-debar sahaja dari tadi. Aku sendiri keliru aku
sedang bawa motosikal atau sedang terbang di belakang burung garuda. Begitulah
dasyat perumpamaannya. Semuanya gara-gara perempuan gila itu! Mata kufokuskan
pada kereta BMW putih di hadapan sana.
Cis! Boleh pula dia
tukar lorong dan berikan signal untuk belok ke kiri dengan tiba-tiba dalam
keadaan trafik yang sibuk begini? Apa lagi, terus sahaja aku menekan minyak
untuk mengejarnya. Saat aku mencilok di hadapan bas, dapat kurasakan tangan
Nana memeluk pinggangku dengan sangat kuat. Uish sipi sangat tu..sipiiii lagi
nak dilanggar dek bas di belakang. Berpeluh aku jadinya. Serentak dengan itu,
gema hon yang sangat kuat dan panjang berbunyi khas untuk kami. Ops, bukan
untuk kami, tapi untuk aku, ikhlas daripada pemandu bas yang pastinya tengah
bengkek di belakang sana!
Deru angin menampar
ganas wajah memberitahuku yang aku sedang memecut dengan kelajuan yang maksima.
"Ponnnnnnnn!
Ponnnnnnn!"
Apabila merempit
begini, rasa nyawa betul-betul berada di hujung pedang. Bukan tidak mahu
memandu dengan perlahan namun aku tidak mampu. Apabila terbayangkan baju
pengantin arwah ibu, aku betul-betul tidak berdaya. Lagipun bukan sengaja
merempit begini. Kereta minah salleh celup berambut blonde tu yang memecut laju
sangat. Terpaksalah kami mengejar.
Ada rasa sebak dalam diri menghambat terus rasa takut yang bertandang sebentar tadi.Maaf ibu..Kay tak mampu nak jaga baju tu elok-elok. Erghh tapi bukan salah aku..Nana ni yang cuai! Aku mesti dapatkan baju tu kembali..by hook or by crook!
***
Wahai minah salleh
celup, kau memang cari fasal dengan salah orang. Ini Kay lah..Kay!! Aku memang
tak nampak dengan jelas wajahnya tadi. Hanya nampak susuknya dari belakang
sahaja. Seksi habis. Rambutnya berwarna blonde. Ah, mesti kategori bimbo
seperti perempuan kat studio pagi tadi.
Bersama rasa geram,
anak mata meliar ke kiri dan kanan jalan tatkala skuter membelok masuk ke
kawasan perumahan mewah ini. Kalau takde juta-juta dalam bank, jangan mimpilah
nak beli rumah di sini. Aku memfokuskan penglihatan pada kereta BMW putih yang
membelok masuk ke kawasan rumah banglo 3 tingkat di sebelah kananku. Oh..di
sini rupanya minah salleh celup tu tinggal..betullah apa yang Nana cakap, dia
memang kaya.
Kata Nana lagi, minah salleh celup yang bernama Karlisha Zandra itu terkenal orangnya di dunia blog dan instagram. Terkenal kerana kecantikan wajah dan kerana gaya hidupnya yang sangat mewah. Gadis berumur 21 tahun itu adalah anak kepada salah seorang ahli perniagaan produk kecantikan yang terkenal di Malaysia.
Walaupun masih muda,
khabarnya dia akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Nana tak
habis-habis memuji kekacakan bakal suami Karlisha. Huh! Lelaki, selalunya lagi
kacak lagi menjadi. Aku memang tak akan pernah percaya dengan insan bernama
lelaki kecuali arwah ayah, arwah atuk, abah dan lelaki misteri itu.
Di mana agaknya dia
berada sekarang? Siapakah dia?Ah, tak guna aku ingat peristiwa lepas. Mata
kembali kufokuskan pada kereta BMW putih di hadapan sana.
Kata Nana lagi, kalau si Karlisha itu post gambar ikan goreng hangit di instagram pun, boleh dapat lebih 5000 likes tau! Ah, buat apa kalau dapat sejuta likes pun kat instagram jika diri itu seorang pencuri? Dasar anak orang kaya low class! Pfft!Aku memarahi gadis itu buat kesekian kalinya di dalam hati.
Kenapa dia curi baju
pengantin arwah ibu? Baju kebaya labuh yang berfabrikkan kain lace itu bukanlah
semahal dan semewah baju pengantin Kate Middleton pun! Oh ya, bukan sengaja aku
mahu menuduh, tetapi berdasarkan apa yang diceritakan Nana, memang gaya dia
seperti penyangak! Nasib baik kami sempat kejar dia.
Mata melekat pada kereta BMW putih yang sedang membelok masuk ke dalam sebuah rumah agam. Laju aku memecut dan memberhentikan kenderaan betul-betul di hadapan rumah agam ini. Terus sahaja aku melompat turun dari skuter. Niat di hati hendak menerpa masuk ke dalam rumah namun entah kenapa aku tergamam seketika. Bukan kerana terpikat dengan kecantikan perempuan itu lah!
Aku ni memang keras luarannya tapi aku takde perasaan minat dengan kaum sejenis pun seperti yang dihebohkan orang kat taman perumahan tu.
Tergamamnya aku kerana
minah salleh celup itu adalah orang yang sama yang menaikkan darah aku dan Sam
di studio tadi! Mesti dia tak cam aku kerana aku kini bertudung. Boleh pula
tersenyum sinis ke arahku sambil menggoyang-goyangkan beg kertas berisi baju
pengantin arwah ibu ke arahku saat ini. Selepas melibaskan rambutnya ala-ala
iklan syampoo, dia terus melangkah laju masuk ke dalam. Dasar bimbo kurang
ajar! Ini dah lebih!
Apa lagi, kelam kabut
aku meluru ke arahnya namun aku terlewat sesaat apabila pintu pagar automatic
ini telah pun terkunci rapat.
“Kay..lagaknya macam
memang benar-benar nak mencuri baju kau je!” Jerit Nana dengan nada tidak
percaya.
Pantas aku berlari ke
arah tembok di sebelah kananku. Bagai orang gila aku menekan punat pada tembok
berulang kali namun setelah beberapa minit menanti, tidak ada apa yang berubah.
Tidak ada sesiapa yang membuka pintu pagar ini kembali dan tidak ada sesiapa
yang menjenguk ke mari. Langsung tiada.
"Hoi, Karlisha
Zandraaa...!"
Kuat suaraku memekik saat ini. Tangan pula menggenggam besi pintu pagar dengan sangat kemas.
"Assalamualaikummm..!"
Laungku lagi buat
sekian kalinya seraya meraup wajah yang sudah pun berpeluh teruk. Manalah tahu
kalau aku bagi salam, dia bukakan pintu pagar ni nanti.
Aku terus menoleh ke
arah Nana yang sibuk dengan telefon di tangannya.
Jantung berdegup laju
bersama rasa yang bercampur baur.
"Kenapa dia tak
angkat? Memang betullah ni nombor dia. Dulu call okay je.." Omel Nana pula
yang kulihat sedang menekan-nekan skrin telefon bimbit.
Aku hanya mampu
meraupkan wajah dengan jiwa yang kusut. Memang Karlisha Zandra mahukan baju
itu. Serta-merta longlai terasa kaki saat ini. Bagai tidak mampu lagi berpijak
di bumi. Inilah rasanya kehilangan sesuatu yang kau sangat sayang. Peritnya
rasa bagai jiwa ditoreh pedang.
Apa kau rasa kalau itu sahaja satu-satunya harta peninggalan arwah ibu yang kau ada? Hanya itu untuk mengubat rindu pada dia yang telah tiada. Kay yang dah lama memaksa diri menjadi kuat juga boleh rebah. Perlahan-lahan aku mengesat air mata yang kini sudah pun laju menuruni pipi.***Pelik jugak apabila manusia sekaya Karlisha Zandra menempah baju pengantin di Lola Boutique ini. Rupa-rupanya dia hanya suruh Kak Lola kecilkan sedikit bahagian pinggangnya. Sama kes la dengan aku! Kata Nana, gara-gara diet yang melampau untuk kelihatan kurus pada majlis perkahwinannya nanti, baju pengantin yang ditempahnya beberapa bulan lepas nun di Kuala Lumpur tu telah pun longgar untuk dipakainya.
Ah, tapi apahal pula yang dia curi baju aku???Itu aku tak dapat hadam sehingga ke saat ini.
"Aku minta maaf Kay..memang salah aku..aku cuai sangat-sangat. Aku patut check nombor pada resit dia. Kau tahu kan Kak Lola yang selalu uruskan semuanya. Aku ni kadang-kadang aje bantu kat sini..terutama sekali bila Kak Lola takde. Memang aku mengaku aku cuai tadi. Masa tu ramai orang kat butik tu..jadi bila dia ambil sendiri baju tu kat situ, aku tak check sungguh-sungguh..aku masukkan terus dalam paper bag. Mati-mati aku percayakan dia."
Entah untuk kali yang
keberapa Nana ulang kembali ceritanya tu. Yang pasti dah lebih 3 kali. Aku
hanya duduk mematungkan diri memandang ke arah lantai. Buntu terus jadinya.
Tidak tahu bagaimana nak berfikir lagi untuk mendapatkan kembali baju itu.
"Kay..."
Panggil Nana seraya memegang lembut tanganku. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah memandang ke arah teman yang sudah kukenali lebih 10 tahun ini.
"Aku betul-betul
minta maaf.."
Riak bersalah terpampang jelas di wajahnya. Aku hanya mampu mematungkan diri sahaja. Sudah tidak mampu untuk bersuara. Nana kemudiannya bingkas bangun.
"Untuk tebus
balik kesalahan aku.." Kata-katanya terhenti seketika di situ.
Terus
sahaja gadis berbaju lengan panjang merah itu bergerak ke arah baju-baju yang
bergantungan kemas di sebelah kanan butik ini. Sehelai baju pengantin berwarna
putih dicapainya dan dibawa ke mari.
"Nah kau ambil
baju Karlisha Zandra ni. Kak Lola cakap, Karlisha tu tempah baju ni dari
designer terkemuka kat Kuala Lumpur tu.."
Baju kurang moden tersebut dihulurkan kepadaku dengan riak wajah yang ceria namun pantas aku menggelengkan kepala.
"Aku tak
nak.."
Tidak langsung aku
menyambut hulurannya itu membuatkan Nana mengeluh panjang.
"Kau tengok ni.." Beriya-iya Nana berkata
begitu seraya melabuhkan punggung di sebelahku.
"Kau cuba
tengok..material baju ni pun mahal tau. Design meletop habis.."
Baju milik Karlisha
Zandra yang dihiaskan dengan manik dan batu-batuan cantik ini diletakkan di
atas ribaku namun belum pun sampai 3 saat aku terus mengangkatnya dan
meletakkan di atas riba Nana.
"Aku tak nak la baju ni..aku tak kisah kalau harganya berjuta ringgit sekali pun! Aku nak baju pengantin arwah ibu aku balik!"
Aku bingkas bangun sebaik sahaja berkata begitu. Nyata terlopong luas mulut nana saat ini. Dia juga turut sama bangun berdiri.
"Baju tu baju
pengantin arwah ibu kau?" Soalnya dengan penuh rasa terkejut. Dengan
pantas aku mengangukkan kepala berkali-kali.
"Aku sayang baju
tu..itu aje satu-satunya peninggalan arwah ibu yang aku ada. Aku hantarkan ke
sini untuk kecilkan sedikit bahagian pinggang. Itu aje. Tak sangka pula sampai
hilang! Kenapa Karlisha tu curi baju aku???!"
Tanpa dapat dikawal, suaraku sudah naik beroktaf-oktaf dari tadi. Sakit sangat hatiku mengenangkan baju yang diambil orang itu."Kenapa semua orang berminat dengan baju tu?"
Terpacul soalan itu dari mulut Nana membuatkan aku tersentak. Terus sahaja aku menjeling tajam ke arahnya.
"What do you mean?
Apa maksud kau??" Soalku
bertalu-talu.
"Takde la..Kak
Lola pun ada tanya aku haritu..banyak kali tau dia tanya yang betul ke baju
pengantin tu milik kau. Kau tahu kan Kak Lola tu memang high taste..tapi aku
tengok bersinar betul mata dia setiap kali dia pegang baju kau tu. Lepas tu,
semalam Datin Haslinda ada datang ke mari. Dia pun berminat sangat dengan baju
arwah ibu kau tu. Mungkin sebab batu-batu kecil yang bertaburan pada bahagian
kebaya tersebut kelihatan seperti berlian tulen kut.”
Nana, Nana!
Agak-agaklah kalau nak keluarkan pendapat. Bertambah geram pulak aku dengan dia
ni.
“Batu berlian? Kau
jangan mengarutlah..” Bidasku geram.
"Tapi kan..baju
tu memang cantik walaupun simple. Lace dia tu...nampak vintage and
classy.." Luah Nana dengan jujur membuatkan aku bertambah tertekan saat
ini.
"Aku tak
peduli..aku nak balik baju tu selewat-lewatnya esok."
Dengan tegas aku mengucapkan ayat itu. Nana kulihat menggaru kepalanya di sebalik tudung.
“Kalau kau susah sangat nak tolong aku dapatkan baju tu, tak payah la buat muka macam tu.”
Bidasku dengan meluat. Meluat melihat Nana yang kelihatan buntu. Dah buat salah, boleh pulak buat muka macam tu.
"Aku akan
dapatkan sendiri dengan apa cara sekali pun!"
Sebaik sahaja berkata
begitu, aku terus berpaling menuju ke arah pintu. Lagi lama aku di sini,
bertambah kusut aku jadinya. Baik aku pulang dan fikirkan cara untuk dapatkan
balik baju tu.
"Kaseh Latifah! Jangan buat perkara yang bukan-bukan!”
Suara Nana yang sedang menjerit dari belakang kuabaikan sahaja.Bibir kuketapkan dengan geram sambil melangkah keluar dari butik.Berani dia sebut nama penuh aku?! Dah berbuih mulut aku cakap dengannya panggil aku Kay! Kaseh dah lama mati.
***Rasa macam nak patah
dah jari-jari ni gara-gara asyik menelefon si Karlisha Zandra namun satu pun
panggilan aku tidak dijawabnya. Nama dia ni memang boleh bikin tergeliat lidah
aku! Bertambah membara hati ini.
Bayangkan, dari petang
tadi aku mencuba sehinggalah ke saat ini. Bantal berbentuk hati kubaling ke
tepi. Dari posisi meniarap aku terus bangun berdiri. Tak boleh jadi ni!
Bahagian dada kuurut dengan perlahan-lahan untuk menenangkan diri.
"Takpe Kay..kita
cuba sekali lagi." Aku memberitahu diriku dengan perlahan-lahan.
Serentak dengan itu
juga laju jariku mendail nombor Karlisha untuk kesekian kalinya. Masih tidak
ada jawapan! Rasa seperti hendak menjerit saat ini.
Dear Karlisha Zandra, you left me with no choice! I have to go with plan B.
Laju jemariku menekan
aplikasi Instagram pada skrin telefon bimbit. Facebook pun aku tak aktif,
tiba-tiba pula terpaksa daftarkan diri untuk akaun instagram. Tak fasal-fasal!
Semuanya kerana insan bernama Karlisha Zandra! Api kemarahan dah menjulang
tinggi dari hati sampai ke otak. Sikit lagi nak rentung!
Saat ini mata
kufokuskan pada skrin telefon bimbit. Amboi..selang dua jam upload gambar!
Kalah artis-artis glamour kat Malaysia ni. Sehari sampai berpuluh gambar
perempuan ni upload. Paling latest, 10 minit yang lepas!
Huh..dasar perempuan inginkan perhatian. Tanpa meneliti gambar-gambar lain, anak mataku tertancap pada sekeping gambar ketika ini. Bagai nak terhenti nafasku apabila mata kufokuskan pada gambar baju pengantin yang dimuat naik oleh minah salleh celup itu. Sebelah tangan menutup mulut yang sudah pun terbuka sedikit. Bertambah tercengang aku jadinya apabila membaca caption gambar itu.
"Finally this is
mine..antique and rare!”
Menyirap darah aku
saat ini. Finally this is mine?? Kepala hotak kau memang berjambul! Eiii..tak
boleh jadi..memang tak boleh jadi. Lincah jemariku menaip di ruangan komen.
“Helo cik kak, ni baju
saya. Rasanya cik kak dah tersalah ambil semalam.”
“Boleh saya dapatkan kembali baju ini?”
“Saya ada call cik banyak kali. Tolong kembalikan baju ini di Lola Boutique semula atau tindakan akan diambil!”
Ambik kau! Sampai 3
komen aku tinggalkan di situ. Ikutkan hati hendak saja aku tukar perkataan
tersalah ambil pada komen pertama tu dengan tercuri namun aku masih waras dan
tidak mahu mencari fasal.
Aku cuba untuk
bertenang saat ini. Setelah 10 minit, aku menjenguk semula ke ruangan komen
itu. Mana tahu kalau dia ada berikan jawapan untuk persoalan aku. Namun,
semakin mendidih darah dalam badan apabila semua komen aku dah pun hilang!!
Kurang asam punya minah salleh celup. Dia delete ketiga-tiga komen aku!
Main kasar nampak!
Memang dia ni nak
menguji tahap kesabaran seorang Kay! Telefon bimbit kucampak kasar ke atas
bantal. Badan kuhempaskan ke atas katil. Aku menumbuk bantal dengan perasaan yang geram saat ini.
Nasib tak terkeluar kekabu. Tangan mula meraup wajah berulang kali. Terus
sahaja aku mendongakkan kepala ke atas dan memandang kosong ke arah siling putih.
Kalau tidak ada jalan
lain, terpaksalah aku teruskan dengan plan C. Kau memang nak aku main kasar kan
perempuan?
******************************************************Bab 3
Isk serabut betullah
aku dengan minah ni. Dah banyak kali aku cakap, tak perlu pening-pening, biar
aku yang settle semua ni tapi dia degil! Alih-alih, lepas aku beritahu plan aku
kepadanya, sepantas kilat pula dia ke mari. Wajah sugul gadis yang manis
bertudung bawal ini kujeling serius saat ini sambil bersandar pada pintu pagar
besi.
“Kau serius ke nak
ikut aku? Misi ni berisiko tinggi la Nana.”
Soalku sambil membetulkan cap biru di atas kepala. Pantas Nana mengangguk.
“Aku rasa bersalah sangat. Sebab di atas kecuaian aku, kau hilang baju arwah ibu kau.”Luahnya.
Nafas kutarik dalam-dalam sambil memerhati gadis ini dari atas sampai bawah. Ish, kalau kena ceroboh masuk rumah tu, boleh ke si Nana ni panjat pintu pagar atau lari laju-laju dengan pakaian yang membalut tubuhnya tu?
“Okay..kalau kau nak juga tolong aku, kau tolong pandu aku ke sana je. Masa aku
masuk nanti, kau tak payah susah-susah nak ikut sama. Dengan kasut tumit tinggi
kau tu..dengan skirt labuh tu..isk, payah la Nana.”
Akhirnya aku bersuara. Bukan apa, Nana ni degil orangnya. Selagi aku tak bersetuju, selagi itulah dia akan tercongok di sini.
“Biar aku je settle
semua ni. Kau tunggu dalam kereta.”
Sambungku lagi. Lambat-lambat, di dalam keterpaksaan Nana menganggukkan kepalanya.
“Okay..boleh. Asalkan
aku ada dengan kau. At least kalau apa-apa jadi, aku boleh tolong kau.”
Aku hanya mampu menggelengkan kepala je melihat reaksi gadis ini. Nana..dari zaman sekolah memang selalu jadi sahabat yang baik.
“Ye lah..ye lah.”
Anggukku sesaat.
Tak semena-mena Nana menarikku dalam pelukannya. Aku tahu Nana rasa bersalah yang teramat sangat. Dia dan Mel, sama je! Dah banyak kali aku pesan Jangan peluk-peluk aku, tapi dorang memang tak peduli. Rimasnya!
“Eh..kenapa pulak dengan kau ni Nana? Buang tebiat ke?”
Soalku yang cepat-cepat meleraikan pelukan Nana. Di bawah sinaran lampu jalan, dapat kulihat wajah Nana yang mendung.
“Aku minta maaf sekali lagi Kay. Memang salah aku. Aku rasa bersalah sangat.” Luahnya lagi.
Belum sempat aku memberikan respons, ada suara sumbang yang sangat nyaring menerobos ke dalam gegendang telinga. Aku dan Nana sama-sama menoleh saat ini.
“Amboi...ibu dan
abahnya ada kat surau..dia elok pula berdrama swasta depan rumah.” Becok mulut
Makcik Melah yang berkebaya pendek membahasakan aku.
“Apa yang Makcik Melah
meraban ni?” Soalku sambil bercekak pinggang. Terus sahaja dia menoleh ke arah
Makcik Nab.
“Kau tengok tu
Nab..bukan main lagi berpeluk-peluk..bercomolot kat depan ni.” Jari telunjuknya
ditundingkan ke arah aku dan Nana.
Bukan main tambah perisa! Bila pula aku dan Nana berciuman? Gila agaknya? Ikutkan hati mahu sahaja aku karate orang tua ni tapi aku masih waras. Berapi rasa dada saat ini.
“Eh..ni dah lebih
Makcik Melah!” Bentakku kasar.
“Astaghfirullahalazim..janganlah
taman kita ni ditimpa bala nanti.”
Luah Makcik Nab pula. Macam good-good je dia ni. Padahal anak lelakinya baru aje kena tangkap basah minggu lepas!
“Hey Makcik Melah!
Jangan nak buat cerita boleh tak? Bila pula saya comolot bagai?? Tak takut ke
terbakar lidah tu sebab asyik buat fitnah je?”
Dengan rasa marah yang menggunung aku membahasakan Makcik yang mulutnya takde insurans ini.
“Entahnya Makcik Melah ni..serbu tembok tak pakai helmetlah! Mana ada kami buat apa-apa? Lagipun saya ni perempuan. Apa salahnya saya peluk kawan saya?”
Nana yang tadinya diam turut sama membahasakan orang tua ini. Makcik Melah pula kelam-kabut menyingingkan lengan baju kebayanya sampai ke siku. Gaya macam nak pukul aku je.
“Dah lama kami
perhatikan budak Kay ni. Dia ni memang sukakan kaum sejenis! Tengok gaya
berpakaian pun kami dah tahu.”
Bersama tangan yang menerawang bebas mulutnya berkata-kata.
“Betul tak Yam..?”
Soalnya kepada Makcik Yam pula.
Makcik Yam kulihat tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Nafas ditariknya dalam-dalam sebelum bersuara.
“Melah..tak baik kita
buruk sangka. Aku tak nampak pun dorang berciuman ke apa tadi. Cuma berpelukan.
Macam anak dara kau dan anak dara aku yang umurnya 21 tahun tulah. Kalau
gembira, sampai berpeluk-peluk! Berjalan kat pasar malam pun berpegangan
tangan. Perempuan kan memang macam tu. Lainlah kalau lelaki dengan lelaki.”
Bersungguh-sungguh Makcik Yam meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Alhamdulillah ada juga yang bagus. Tak lah semuanya bermulut longkang macam Makcik Melah dan Makcik Nab!
“Yam..kau dah buta ke?
Budak Kay ni bukan perempuan macam kita ni. Dia ni nak jadi jantan. Kau tengok
ajelah gayanya tu.”
Ada nada tidak puas hati dalam nada suara Makcik Melah. Kemudian, dia menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil menjeling tajam ke arahku.
“Aku tak peduli. Aku
nak juga report pada umi dan abah kau nanti.” Gertakannya kubalas dengan ketawa
kuat.
“Silakan.” Ujarku. Jam
di tangan kukerling sekilas. Alamak, dah pukul berapa ni? Baik aku blah
sekarang!
“Eh whateverlah Makcik
Melah. Selama ni pun Makcik Melah dah banyak fitnah saya kan? Like I care!”
Bidasku dengan geram dan tanpa menghiraukannya, aku terus menoleh ke arah Nana.
“Jom la Nana. Tak
payah layan langau bermata besar ni.” Ajakku yang kemudiannya melangkah masuk
ke dalam rumah.
Nampaknya, sekali lagi aku terpaksa pinjam tudung Layla untuk malam ini.
“Eee..serius scary
jiran-jiran kau tu.” Luah Nana sambil menggelengkan kepala berulang kali.
“Tahu takpe.”
Luahku pula dengan rasa geram yang teramat sangat. Ikutkan hati, mahu sahaja aku sumbat mulut Makcik Melah dan Makcik Nab itu dengan cili api yang berlambak dalam peti sejuk tu.***
Aku menjeling sekilas
ke arah Nana yang sedang menanti di dalam kereta. Di dalam kegelapan malam aku
mundar-mandir di hadapan rumah banglo 2 tingkat ini. Siap dengan tudung di
kepala. Ye lah, kalau aku tak pakai tudung, mesti dia tak cam pulak sebab siang
tadi aku bertudung. Lagipun dia bukan perasankan aku semasa di studio pagi
tadi. Dengan penampilanku yang ala-ala lelaki tu..confirm dia tak cam!
Aku tak mahu merumitkan keadaan. Tangan kiri dan tangan kanan memegang besi pada pintu pagar manakala wajah pula kulekapkan pada pintu pagar yang dicat dengan warna coklat gelap ini. Lagakku dah seperti penjenayah dalam penjara pulak.
Kay, betul ke kau nak
teruskan dengan plan C? Plan yang berisiko tinggi?
Seperti ada suara yang
menyoal aku tika ini. Nafas kutarik dalam-dalam. Apa lagi cara yang aku ada?
Jangan cakap aku tak tekan loceng. Dah berpuluh kali kut aku tekan namun tak
ada langsung respons dari si minah salleh celup tu. Nak kata dia tidak ada di
rumah, habis kereta Mustang tu elok sahaja terdampar di dalam sana. Selain itu
ada beberapa lagi kereta mewah di dalam kawasan rumah.
Huh! Aku nekad. Aku harus laksanakan juga plan
C ini.Kepala terus berpusing
ke kiri, ke kanan dan ke bahagian belakang. Line clear! Lagipun kawasan ni
memang sunyi. Tanpa membuang masa, berbekalkan lampu jalan yang suram menyinar,
aku terus memanjat pintu pagar dengan hati yang berdebar-debar. Ah, kerja
panjat-memanjat ni memang my forte!
Kacang je. Baru sahaja kaki hendak mencecah lantai, ada suara lelaki yang bertempik kuat
membuatkan aku gelabah.
“Hoi!!”
Terus sahaja aku
hilang imbangan dan terjelepuk di atas lantai kawasan rumah ini. Inilah lelaki
yang datang bersama si bimbo itu ke studio aku pagi tadi.
ADAM PUTRA |
Saat mata aku dan dia
bersatu, saat itu jantungku sudah tidak mampu lagi untuk berdegup seperti
selalu. Rasa sakit akibat terjatuh tidak kuhiraukan lagi. Terus sahaja aku
bangun berdiri. Gerun apabila sepasang mata itu sedang mencerlung tajam ke mari
kubaling ke tepi. Apa? Ingat dia sahaja ada mata? Lu silaplah bhai! Bulat
mataku menjegil ke arahnya kembali.
Terus sahaja dia
menerpa ke arahku seperti helang yang sedang
menerkam mangsanya. Terkejut punya fasal dengan gerak geri agresifnya
itu, aku pula kelam-kabut menapak ke belakang sehingga tidak ada ruang lagi
untuk aku berbuat demikian. Akhirnya aku hanya mampu tergamam dan
bersandar rapat pada pintu pagar. Memang
aku boleh bantai dia ni kalau aku nak, tetapi aku tidak mahu mengusutkan
situasi.
Kedua-dua belah tangan
kuangkat tinggi. Bau wangian yang sangat maskulin menerpa masuk ke ruangan
hidung.
“En..en..encik..sa..saya..”
Tergagap-gagap aku
bersuara apabila si dia sudah berada kurang 2 tapak dariku. Wajah berangnya
diraup kasar dan anak matanya kembali mencerlung tajam ke arahku. Kenapa
seperti ada sesuatu dengan anak matanya itu?
“What a joke!”
Sindirnya dengan sangat sinis. Kepala digelengkan sedikit.
“Gadis bertudung litup
juga sudah pandai jadi perompak zaman sekarang ya.” Pedas dari sambal belacan tuduhannya tu untuk
aku telan. Aku segera menggawangkan kedua-dua belah tangan di hadapan wajahnya.
“No..no! Saya bukan
nak..”
Kata-kataku terhenti
di situ sahaja apabila tangannya menarik kasar lengan kiriku membuatkan aku
tergamam. Sebelah tangannya mengeluarkan kunci kereta saat ini dan aku
diheretnya ke arah salah sebuah kenderaan mewah tanpa banyak soal. Tudung di
kepala dah takde rupa tudung bawal tapi dah macam roti canai! Senget benget
habis. Rasa gelisah dan marah bercampur-baur saat ini. Bukan aku tak mahu lawan
tetapi aku tidak mahu keadaan menjadi sukar. Pedih terasa kawasan lengan
gara-gara dicengkam kuat oleh lelaki berkemeja biru ini. Bibir kuketapkan
dengan serapat-rapatnya.
“Encik.. nak bawa saya
ke mana??”
Kelam-kabut aku bersuara sebaik sahaja dia membukakan pintu kereta
untukku. Tercengang aku jadinya apabila dia seakan memaksa aku untuk masuk ke
dalam kereta. Aku datang nak ambil baju arwah ibu, bukan nak naik kereta mewah
ni! Ha sudah! Ke mana pula hendak dibawanya aku?
“Biar saya jelaskan
semuanya..let me go!” Jeritku. Aku
memandang tepat ke arah wajah ketat lelaki ini.
“Masuk! Jelaskan kat
balai je nanti.” Bidasnya dengan garang.
Huk aloh! Bakal isteri kau yang curi baju aku tetapi aku, mangsa sebenar dalam kes ini pula yang hendak dibawa ke balai. Cantik betul muka kau!
“Encik..saya datang ke
sini bukan nak merompak. Saya nak ambil baju saya dari Karlisha Zandra je.”
Ujarku dengan bersungguh-sungguh.
Masih cuba untuk cakap baik-baik. Perlahan-lahan aku mengumpul kekuatan saat ini. Relax Kay..bukan salah kau pun. Jangan takut.
“Alasan. Orang macam
ni memang banyak kat luar sana tu. I won’t let you go this time. Takut nanti
entah rumah siapa-siapa pula kena rompak. Prepare yourself to sleep in the jail
tonight! ”
Dasar lelaki poyo! Amboi..amboi dia ni..mentang-mentang badan sado, mentang-mentang ini rumah dia, ingat aku takut? Tadi, memang betul aku sedikit resah tapi sekarang tidak lagi. Sakit pulak hati aku dengan si poyo ni. So annoying!
“Saya bukan
perompaklah! Cik Karlisha Zandra tu sebenarnya
penyamun tarbus! Awak tahu tak yang dia dah curi baju saya dari Lola boutique
siang tadi?! I’ve called her for more than 30 times but she didn’t answer. Saya
ada tinggalkan komen di ruangan instagram miliknya namun komen-komen saya
didelete nya.” Luahku dengan berang.
Tersentak sedikit
kulihat lelaki berkulit cerah ini. Mungkin tidak sangka yang aku berani melawan
kata-katanya dengan tegas. Tidak lagi dia mencengkam lenganku. Dengan pantas
aku mengusap kawasan lengan yang berbirat teruk. Lebam!
“Bila saya datang ke
sini, saya tekan loceng berjuta kali tapi takde siapa bukakan pintu.” Jelasku
lagi bersama wajah yang berkerut menahan sakit.
“So tell me what should I do?” Soalku sambil menjegilkan mata ke arahnya. Terus sahaja aku masuk ke dalam kereta.
“Baik! Awak nak sangat
ke balai polis kan? Jom..tapi kalau kebenaran tersingkap nanti..bila satu
Malaysia dah tahu, awak dan family awak, jangan lupa serkup baldi di kepala
bila keluar rumah ye. Kaya tapi mencuri hak orang!” Bidasku dengan geram.
“What a shame!!!”
Sindirku dengan hati yang jengkel.
Dari dalam kereta aku
mendongakkan kepala ke arahnya yang masih melihat ke arahku dengan pandangan
yang sangat serius. Walaupun wajahnya masih ketat, namun tidak lagi mata
helangnya itu mencerlung tajam bagai keris ke mari.
“Jom lah! Jangan lupa
bawa sekali Si Karlisha Zandra tu bersama.” Ajakku dengan sinis.
Tadi beriya sangat nak
bawak aku ke balai polis. Bila aku dah masuk ke dalam kereta ni, boleh pula dia
jadi patung cendana. Dalam diam, anak mata memerhati ke segenap ruangan dalam
kereta Porsche ini. Inilah pertama kali aku dapat merasa duduk di dalam kereta
super duper mewah begini.
“Mak Dayang……!”
Laungannya membuatkan aku tersentak. Terus sahaja aku mendongak ke arahnya. Merah wajahnya memberitahu aku yang jiwanya turut sama kacau ketika ini. Kelihatan seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an berlari ke mari dengan sepaket makanan ikan di tangan.
“Tuan Putra..kenapa
ni? Ada masalah ke?” Soalnya dengan penuh prihatin.
Nyata dia terkejut melihat
aku di dalam kereta lelaki yang dipanggilnya tuan putera ini. Betul ke ini
rumah Karlisha Zandra atau aku tersesat masuk ke dunia lain? Istana zaman
silam! Maklumlah ada dayang, ada tuan putera.Tuan putera konon..ahli sihir
sesuailah dengan dia! Tangan masih lagi mengusap-usap kawasan lengan yang masih
lagi pedih.
“Loceng tu dah
betulkan belum?” Soalan lelaki ini
kepada Mak Dayang membuatkan aku tersentak.
“Masih belum berfungsi
tuan. Kata datin, esok baru orang tu akan datang betulkan.” Jawapan dari Mak
Dayang menjawab segala persoalanku saat ini. Loceng rosak ke? Patutlah tekan
berjuta kali pun takde orang datang menjenguk!
“Panggil Lish.”
Arahnya sambil mendongakkan kepala ke atas. Tangan kanan kulihat memicit-micit
ruangan tengkuk dengan mata yang terpejam rapat.
“Baik Tuan Adam
Putra.” Ujar Mak Dayang yang bertubuh montel itu dan terus berlari ke arah
pintu. Mataku kembali melekat pada mata lelaki ini.
Dari gayanya dia kelihatan sangat penat. Tanpa aku duga di dalam kekalutan dan rasa sedih yang melanda jiwa, anak mataku kini berlari memerhati wajah lelaki tinggi lampai itu dengan lebih teliti. Benar, dia memiliki rupa paras yang sangat tampan. Sepasang mata yang menarik dan hidung yang sedikit mancung. Macam jejaka kacukan pun ada cuma aku tak pasti kacukan apa. Apabila mata kami bertemu, terhenti terus lamunanku. Anak mata terus berlari ke arah lain.
Astaghfirullahalazim..Kay!
Wake up! Sempat lagi kau buat analisis
pada masa-masa kecemasan macam ni? Ingat Kay, dia lelaki. Lelaki bukan semua,
tapi majoritinya sama! Rasa meluat mula melingkari hati. Lengan yang tersangat
pedih kuusap dengan perlahan.
“Anything baby? I
dengan mommy tengah tengok dorang tu gubah hantaran kita. You know la..dorang
tu bukannya boleh diharap sangat.”
Satu suara yang sangat manja bergema di ruangan ini membuatkan aku melangkah keluar dari kereta. Baby? Lelaki yang kasar dan annoying ini dipanggil baby? Tak sesuai! Boleh muntah!
Dengan penuh terkejut
anak mata gadis ini mencerlung tajam ke
arahku. Benar, dia memang cantik. Malah lebih cantik dari dalam gambar. Jari
telunjuknya ditunding tepat ke arahku.
“Who are you??”
Soalnya dengan sangat nyaring. Nampaknya sama seperti Adam Putra, Karlisha
Zandra juga tidak perasan aku adalah orang yang berada di studio tadi.
“Cik Karlisha. Saya
pemilik baju pengantin yang cik Karlisha ambil dari Lola boutique semalam.”
Jawabku dengan bersungguh-sungguh. T-shirt oversized berlengan panjang yang
ditampar angin kubetulkan sedikit.
“And you told me that
baju pengantin is a present from your designer friends.” Bersama sejuta riak
tidak puas hati di wajah, lelaki yang bernama Adam Putra ini bersuara dengan
geram pada Karlisha. Membara hatiku saat ini. Boleh pula dia menipu yang baju
arwah ibu adalah hadiah dari kawan-kawannya?
“Baby..I..err..I..”
Berubah terus mimik
wajah Karlisha yang tadinya garang semacam. Kini dia kelihatan seperti baru
lepas tertelan gula-gula getah.
“Seriously, you owe me
an explanation, Lish.” Kata-katanya pantas disangkal oleh lelaki itu.
Lish? Nama sedap-sedap
dipanggil Lish? Ah sesuai! Lish, leech. Lintah curi darah, tapi Lish ni curi
baju!
“Eh perempuan, you ada
bukti ke I curi baju you?” Selamba sahaja dia menolak bahuku. Rasa geram
semakin bertapuk di hati.
“Ya Allah..tolonglah
jangan berdrama malam-malam macam ni..saya tahu memang cik yang ambil baju
tu..tolonglah pulangkan. Arwah ibu yang berikan kepada saya. Dia pakai masa
majlis pernikahannya berpuluh tahun dulu..”
Dengan penuh rasa geram aku bersuara. Tanpa sempat perempuan itu menjawab, Adam terus bersuara.
“Mak Dayang, tolong
ambilkan baju yang ada atas sofa tu. Jangan sampai mama tahu kekecohan kat luar
ni.”
Hanya Allah yang tahu betapa berbunga-bunga hatiku apabila mendengar arahan yang diberikan oleh lelaki ini kepada Mak Dayang yang kulihat sedang menabur makanan ikan ke dalam kolam di hadapan sana.
“Baik Tuan Putra.”
Balas Mak Dayang yang kemudiannya terus menghilangkan diri semula ke dalam
rumah.
“Putra..you percaya ke
cakap perempuan ni??” Rengek Karlisha dengan penuh rasa tidak puas hati. Meliuk
lintuk tubuhnya didekatkan pada Adam Putra.
Gaya dia ni, sebijik seperti ulat
bulu hijau! Apabila tangannya menjalar pada lengan sasa Adam lelaki itu menepis
dengan pantas. Tersentak jadinya perempuan itu. Padan muka kau!
Mata Karlisha yang
berwarna hazel itu mencerlung tajam ke arahku semula. Anak matanya pula kulihat
berlari dengan sinis memerhati aku dari
kasut sehinggalah ke tudungku.
“Pandai you buat lawak
kan? Banyak duit mak bapak you beli baju tu dulu.”
Sinis sekali suara gadis yang mengenakan gaun labuh tanpa lengan di badan ini menampar gegendang telingaku.
Ha, ini yang aku
kurang gemar. Aku paling kurang gemar apabila arwah ayah dan arwah ibu
dikaitkan dan disindir-sindir begitu namun aku cuba untuk bersabar. Asalkan aku
dapat baju tu semula, sudahlah.Tak perlu buang tenaga bergaduh bagai kat sini.
“Sayang..do you think
that baju is hers? Fabrik yang digunakan adalah vintage leavers lace
bertatahkan antique and rare diamonds yang mencecah puluhan ribu ringgit! You
must be kidding me!”
Dengan nada tidak puas
hati yang dibuat-buat dan penuh meleret dia mengadu pada bakal suaminya itu.
Aku pula terkejut besar saat ini, tangan kanan menutup bahagian mulut yang
terlopong luas.
Ya Allah, betullah tekaan Nana petang tadi. Batu-batu yang bergermelapan di atas kain lace itu adalah berlian tulen. Sudahlah tulen, kategori antik dan jarang ditemui pulak tu. Hanya 10 bijik batu berlian sahaja yang ada pada bahagian baju kebaya tetapi tidak kusangka pula batu-batu itu adalah berlian betul.Padanlah sampai ke hujung nyawa arwah ibu, dia sentiasa menyuruh aku menjaga baju itu baik-baik. Kaseh Layla juga ada baju yang hampir sama. Mesti menari zapin tahap maksimum lah minah tu kalau dapat tahu perkara ni.
“Apa pun alasannya,
you takde hak nak ambil barang orang, Lish.”Entah kenapa rasa
geram pada mamat annoying ini kurang sedikit apabila mendengar dia berkata
begitu. Terus sahaja Karlisha mendengus kasar, tanda tidak puas hati. Anak
matanya kembali menghiris wajahku.
“Let’s make things
easy. For your information, I memang mahukan diamonds pada baju tu. Semua orang
tahu I memang suka mengumpul diamonds dan antique gold. I tak tahu you curi
baju tu dari mana tapi I sanggup bayar you..”
Rambutnya yang panjang disebaknya ke belakang dengan penuh gaya ketika berkata begitu.
Pedih di lengan tidak
dapat menandingi pedihnya hati aku mendengar kata-kata Karlisha. Terus sahaja
aku memotong dengan berang.
“Betullah kata
orang..money can’t buy class. Lish konon..what a low class leech you are.
Lintah suka mencuri darah. Awak pula curi baju orang. Perfect! ” Sindirku
dengan sangat sinis.
“What?”
Sekali lagi
bahagian kanan bahuku ditolaknya seperti nak ajak gaduh pun ada jugak. Kali ini
aku tidak diam. Tangan kananku turut menolak bahu kirinya pula.
“Cik Karlisha!! Dengar
sini baik-baik..butik tu memang kecil, tapi cctv dalam tu masih berfungsi
dengan baik dan jelas sekali. Saya ada bukti yang Cik Karlisha ambil baju
saya.” Temberangku.
Laju sahaja ayat itu
meluncur keluar dari mulut gara-gara terlalu geram. Padahal, mana ada cctv dalam
butik kecil Kak Lola! Tiada!
“Jangan paksa saya
teruskan dengan plan D, iaitu melaporkan kepada polis dan viralkan video cctv
kegiatan awak mencuri baju saya dalam facebook, instagram dan youtube. Jangan
sampai awak terpaksa tutup kepala dengan baldi pulak nanti gara-gara malu
dengan seluruh rakyat Malaysia.” Ugutanku nampaknya mampu membuatkan dia
tergamam.
Diam seribu bahasa
jadinya gadis ini namun dapat kulihat bibirnya diketap geram saat ini. Riak
tidak puas hati beraja di wajahnya namun mulutnya terkunci rapat.
Mataku beralih pada
Mak Dayang yang sedang menjinjing beg kertas Lola Boutique. Terus sahaja aku
menerpa ke arah wanita itu. Beg kertas di tangannya kurampas dan anak mataku
kini berlari ke arah Karlisha Zandra dan lelaki itu bergilir-gilir.
“Saya tak nak duit
lah. Saya cuma nak balik baju ni.” Tegasku.
Baru sahaja aku berpaling dan melangkah beberapa tapak ke hadapan, kedengaran suara Karlisha menjerit ke arahku.
“Hey perempuan..”
Dia kulihat cuba untuk
mengejar langkahku namun langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik oleh
lelaki itu tetapi dia berjaya merentapnya dari genggaman Putra.
“Beranilah rapat..saya
call polis.” Ugutku.
Pandangan kemudiannya kuhalakan pada kolam ikan di sebelah kananku sebelum berpaling.
“I always get what I
want and if I dont have it, I will surely get it!” Ujarnya dengan penuh sinis.
Terus sahaja aku
menoleh. Memang saiko perempuan ni. Dia sedang meluru ke arahku. Beg kertas di
tanganku ditariknya ganas. Nampaknya dia sudah naik hantu!
Aku pula sehabis daya menarik semula beg berisi baju tersebut. Ikutkan hati, mahu sahaja aku buka langkah, namun aku masih ingat pesan guruku. Guna ilmu pertahankan diri itu hanya bila betul-betul perlu. Tanpa aku duga, perempuan gila ini menolak tubuhku dengan sangat kuat hingga aku hilang imbangan.
“Aaaaaaa!” Jeritku
kuat.
Itulah Kay, sentiasa
sangka baik sangat! Patut kau debik aje perempuan tu!! Sempat lagi aku memarahi
diri dalam keadaan nak terjatuh begini.
Di saat aku fikir aku
akan jatuh terletang ke dalam kolam ikan di belakangku, ada tangan yang
menyambut tubuhku dari belakang. Tersentak aku jadinya walaupun penyelamat itu
hanya memegang kemas kedua-dua belah lenganku sahaja. Dengan takut-takut wajah
kudongakkan ke atas, mencari wajah sang penyelamat yang sudah pun kutahu siapa
gerangannya. Di saat mata kami bertemu, ada rasa pelik yang sukar hendak
digambarkan saat ini.
Sepasang mata yang
penuh misteri itu benar-benar menggamit memori silam. Pandangan mata yang tajam
tetapi apabila semakin dipandang bisa menenangkan jiwa. Degupan di dada
benar-benar meresahkan. Yang pasti aku memang tidak selesa. Ya Allah Kay..apa
yang kau meraban ni? Tak mungkin mamat poyo ini adalah lelaki yang kau
cari-cari itu. Tak mungkin! Adam Putra ni pulak apa kes? Bagai kena sampuk pun
ada, diam tak bergerak.
“Putra!!”
Jerkahan perempuan itu
membuatkan kami berdua tersentak. Dengan wajah control macho aku terus
meloloskan diri dari pelukannya.
Kay! Kau ke sini bukan
untuk buat cerita hindustan! Tolonglah sedar. Seperti ada suara yang memerliku
saat ini.
“Sampai hati you
sebelahkan perempuan tu.” Teresak-esak si Karlisha bersuara.
Dia ni memang betullah
drama queen! Merah habis wajahnya ketika ini. Confused aku jadinya. Dia atau
aku yang menjadi mangsa dalam kes ni? Beg kertas kupeluk rapat di dada. Di
ketika ini, aku dah tak peduli kalau terpaksa berenang bersama ikan-ikan di
dalam kolam tu. Jatuh dalam kolam pun takpe asalkan beg kertas kemas dalam
pelukanku dan tidak sampai ke tangan Karlisha.Putra terus mengangkat
sebelah tangannya.
“Lish, please..if you don’t care about yourself,
please at least think about your parents.”
Putra kulihat memicit
sedikit kawasan dahinya. Aku tak tahu nak kategorikan ayat tadi. Marah atau
nasihat? Mungkin kedua-duanya sekali.
“This is not the first
time you buat perangai macam ni. You promised me, Lish..you promised me but you
broke it. You keep on breaking it!”
Serius dan tegas Putra bersuara bersama wajah yang tegang. Bumbung kereta BMW ditepuk kasar gara-gara terlalu marah mungkin. Eh..tak sayang kereta ke? Aku hanya mampu menelan liur. Seronok betul jadi orang kaya. Aku ni, vios second hand tu pun kutatang bagai kereta BMW. Karlisha pula bagaikan tidak terkesan langsung dengan reaksi bakal suaminya ini. Dia hanya mencebikkan bibir sebelum bersuara semula.
“But baby..”
Kata-katanya laju
dipotong oleh lelaki yang nampaknya sudah mula hilang sabar ini.
“What you’re doing now
is totally wrong..kalau dia viralkan video tu..” Belum pun sempat Adam Putra
habiskan ayatnya, si Karlisha mengangkat kedua-dua belah tangannya. Anak mata
dijulingkan ke atas.
“Okay..okay! Tapi Adam
Putra, you janji..carikan I 10 bijik diamonds yang rare macam tu.” Bidasnya
geram. Kaki dihentak dengan geram dan matanya dijegilkan ke arah Putra.
“BY HOOK OR BY CROOK!”
Tempiknya sebelum berlari masuk ke arah pintu rumah yang tertutup rapat. Sah
sewel dia ni.
Apabila mata Adam
Putra memandang wajahku, tanpa sebarang kata aku terus berpaling dan melangkah
ke arah pintu pagar di hadapan sana. Rasa pelik apabila berdua sahaja dengan
dia ni. Baik aku blah!
Ada senyuman nakal
beraja di bibir. Kalaulah dia tahu aku hanya mereka cerita tentang cctv tu,
mesti histeria agaknya perempuan itu. Yang lawaknya, si Adam Putra pun
mati-mati percaya dengan kata-kata aku. Sebelah tangan menjinjing baju
pengantin arwah ibu manakala sebelah lagi tangan mengusap lengan yang masih
lagi pedih. Alamak..bagaimana aku nak keluar ni? Berkerut dahi memandang ke
arah pintu pagar yang terkunci rapat. Takkan nak kena panjat lagi kut?
“Ehem..”
Deheman seseorang
membuatkan aku menoleh ke belakang.Lelaki itu kulihat
sedang merapatiku. Geram betul aku ! Dialah penyebabnya lebam di lenganku ini.
Adam kulihat memfokuskan pandangannya ke lenganku. Terus sahaja aku
menghentikan usapan di situ.
“Sorry, saya dah takde
apa nak cakap dengan awak. Bukan semua yang kat luar tu perompak dan bukan
semua yang di dalam rumah ni orang baik-baik.” Bidasku dengan geram. Memang aku
masih lagi sakit hati.
“But still, tindakan
awak panjat pagar tu mampu untuk buat orang salah sangka. Matlamat tak
menghalalkan cara you know?”Walaupun ada benarnya
kata-kata lelaki ini namun aku tetap juga berang. Wajah kuraupkan berulang kali
dan aku menjeling tajam ke arahnya saat ini.
“Okaylah bro! Lain
kali saya akan bawak speaker dan jerit nama awak atau Karlisha kuat-kuat kat depan ni.”Bidasku dengan geram.“Puas hati?” Soalku
dengan sinis. Dia tidak bersuara tetapi matanya makin lama makin dalam menyelam
ke dalam anak mataku. Aku benci renungan seperti itu. Aku benci matanya kerana
rasa yang dah lama mati hari ini hadir kembali. Mana pergi segala kebencian dan
rasa meluat aku kepada insan bergelar lelaki? Terbang ke mana?!
“So, apa tunggu lagi
Tuan putera, tolong suruh dayang awak tu bukakan pintu. Tuan puteri dah nak
berangkat ni.” Ucapku sambil mencebikkan bibir.
Dalam cahaya
samar-samar dapat kulihat riak tidak puas hati lelaki berwajah ketat ini.
Bersama dengusan kasar
dia menekan butang pada tembok dan pintu terbuka luas saat ini. Sebelum
meloloskan diri, sempat aku membebel sendiri.
“Huh, tuan putera
konon..kalau ahli sihir, sesuailah!” Anak mata kami berpandangan seketika.
Nyata dia sudah mengetap bibir dengan geram.
“What a joke.”
Sengaja aku meniru
ayatnya kepadaku awal-awal tadi. Nada suara juga sama sinisnya seperti dia
ucapkan kepadaku. Sebaik sahaja berkata begitu aku terus berlari keluar dan
menuju ke arah kereta. Gerun pula melihat mata helangnya yang sedang mencerlung
tajam ke mari.
Syukur Ya Allah!
Senyum dalam tidurlah aku malam ini.Ibu, Kay dah dapatkan
semula baju ibu.
KAY / KASEH LATEEFA |
***
In syaa Allah sambungannya esok :) Komen kat sini suri off dulu. Komen di facebook okay? :) untuk bab nanti2 suri akan open for comments :)