DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Tuesday, 25 December 2012

Playboy Itu Suami Aku?! 3 & Playboy Itu Suami Aku?! 4



Bab 3
“Barakallahu Fik, sahabatku! Semoga Allah merahmatimu” Terus sahaja Kak Fazrina menarik aku ke dalam pelukannya. Aku juga turut membalas pelukan wanita itu dengan erat. Walaupun Kak Faz bukan kakak kandungku tetapi dia selalu ada di masa aku susah, kecewa dan sedih. Kami membesar bersama-sama di Kuala Nerang, Kedah dulu. Rumah  keluarga Kak Faz  letaknya di sebelah rumah arwah nenek.

“Terima kasih kerana selalu ada untuk Afina, Kak Faz..” Ada sendu di dalam nada suaraku. Bergenangan mutiara-mutiara jernih di tubir mata. Ketika arwah nenek meninggal dulu, keluarga Kak Faz lah yang membantu menguruskan segala-galanya sementara menanti ketibaan papa dan mama. Kalaulah mereka tak ada, tidak tahulah aku bagaimana untuk menghadapi saat-saat pilu itu dulu.

“Afina adikku..janganlah buat Kak Faz sayu pulak. Nanti banjir kedai bunga Kak Ani ni. Kak Faz kalau teriak, susah nak berhenti.” Aku tahu Kak Faz cuba menceriakan suasana. Kaca mata kutanggalkan dan aku mula mengesat air mata di saat pelukan dileraikan. Syaf yang tadinya kulihat sibuk memotong kek kini memelukku pula.

“Afina..aku tahu kadang-kadang aku banyak menyusahkan kau. Tapi..”Bisik Syaf, kawanku yang sedikit nakal ini. Aku terus meleraikan pelukan. Mata kubulatkan ke arahnya.
“Tapi apa?” Soalku. Syaf menguntumkan senyuman nakal.          
“ Tapi aku tahu kau tak kisah, kan?!” Serentak berkata begitu dia terus ketawa dengan kuat. Aku juga turut sama ketawa melihat telatahnya. Sebelah tangan menutup mulut apabila melihat muka tak puas hati Ustazah Faz. Alamak!
“Ish, kamu ni Syaf..kan Kak Faz dah pesan banyak kali. Ketawa tu jangan mengilai-mengilai macam langsuir! Tak elok tau. Lagipun kamu tu perempuan.” Kak Faz menegur Syaf. Perempuan itu pula terus memeluk bahu Kak Faz seketika.
“Maaf..out of control tadi..” Ujarnya sambil meletakkan ayam KFC ke dalam piring kertas. Kemudian piring itu dihulurkan kepada Kak Faz. Aku pula mencapai botol air oren dan menuangkannya ke dalam cawan kertas. Sempat lagi aku menjelirkan lidah sedikit kepada Syaf. Sengaja aku ingin mengusiknya. 

“Kak Faz, tengok tu, Si Afina siap jelir-jelir lidah lagi..suka betul dia bila Kak Faz marah saya.” Syaf mengadu. Wajahnya pura-pura dimasamkan. Gembira betul aku apabila meluangkan bersama dua orang rakan karibku ini. Kan seronok kalau hubungan aku dan Fisya serapat ini?
“Ish..korang ni..macam anak murid Kak Faz aje. Grow up girls..dah 21 tahun kan?!” Kak Faz menggelengkan kepalanya.
“Baru 21 tahun Kak Faz..kitorang muda lagi lah!” Syaf sengajalah tu nak menyakat Kak Faz. Haa..sekejap lagi, mesti Kak Faz akan kasi tazkirah kat kitorang.
“Syaf..Syaf..Syaf..” Beriya-iya dan bersungguh-sungguh Kak Faz menyebut nama Syaf. Piring berisi ayam dan kek di tangan diletakkan di atas riba.
“Dah banyak kali Kak Faz cakap...” Belum sempat ayatnya sempurna diluahkan, kedengaran suara garau seorang lelaki memberi salam.

“Assalamualaikum semua..” Semua mata tertumpu pada Abang Din saat ini. Abang Din yang sentiasa ceria.
“Bukak-bukak aje pintu, Abang Din dah bau KFC. Ada lagi ke ayam untuk Abang Din?” Soalnya dengan nada bergurau. Setelah meletakkan buku log di atas meja, lelaki ber-tshirt hitam itu kemudiannya melangkah ke arah kami.
“Ada Abang Din..duduklah..” Jawab Syaf. Aku terus memotong kek untuk Abang Din.
“Pergghhh..memang dasyat betullah customer yang namanya King tu..” Ujar Abang Din sebaik sahaja melabuhkan punggung. Kepala digelengkan sedikit.
“Kenapa pulak Abang Din..?” Soal Syaf dengan nada ingin tahu.
“Tadi kan Abang Din hantar bunga dekat 4 orang girlfriend dan seorang ex-girlfriend dia” Dengan bersungguh-sungguh Abang Din memberitahu. Aku dan Syaf hanya mengulum senyuman sahaja sebab kami memang dah sedia maklum tentang hal itu. Cuma Kak Faz yang kelihatan sedikit terkejut.

“King tu memang selalu datang ke sini. Dia baik dengan Kak Ani. Tapi saya tak kenal dia sangat. Yang saya tahu dia tu memang ada 2K. Kacak dan kaya.” Ujar Syaf. Aku hanya mendengar sahaja sambil meneguk air oren.
“Macam mana Abang Din tahu mereka tu girlfriend dan ex-girlfriend pelanggan tu?” Soal Kak Faz. Geli hati betul melihat wajah Abang Din ketika ini.
“Er..”
“Terkantoi di situ!” Syaf mulalah mengusik. Aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat reaksi Abang Din.
“Alah..macam la Syaf tak pernah baca kad pelanggan..” Bidas Abang Din. Kak Faz kulihat dah mula menggelengkan kepala.
“Saya bukan sengaja nak baca..saya TERbaca..maklumla nak tulis kat dalam kad..mestilah kena baca dulu..” Jawab Syaf dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, disuapnya kek ke dalam mulut.
“Betullah tu..Abang Din pun ter jugak, terbaca! Sebab nak pastikan nama tu betul ke tak!” Tempelak Abang Din pulak. Tangan kanannya kulihat mencicah ayam dengan sos sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
“Syaf, Abang Din, kita kena amanah tau..tak elok baca isi kandungan kad tu dengan sengaja..selepas tu, kita buka pula aib orang tu. Kan tak bagus macam tu?”Lembut sahaja suara Kak Faz menasihatkan mereka. Aku pun terasa sama walaupun namaku tidak disebut. Aku juga tidak sabar ingin membaca apa yang ditulis oleh Encik King tu tadi pagi. 

“Ni cik puan oi..Abang Din bukan sengaja nak buka aib orang atau buat fitnah. Tapi, Abang Din cuma nak Syaf, Faz dan Afina berhati-hati dengan lelaki macam tu.” Dengan tegas Abang Din berkata begitu. Semua mata tertumpu kepadanya.
“Jangan mudah terpedaya dengan kaum lelaki. Ada rupa, poket pun tebal, mulalah nak terpikat! Padahal buaya besar.” Entah kenapa aku terkesan dengan kata-kata Abang Din yang ini. Betul, sekali pandang, aku memang tak perasan yang King itu seorang playboy. Dia nampak sangat gentleman, macho, caring serta prihatin. Senyumannya pula sangat ikhlas diberikan. Sekali pandang, berkali ganda baiknya King dari mamat motor kapcai yang aku jumpa pagi tadi.
 ‘Habis tu, baik sangatlah dia sampai disimbahnya kau dengan air lopak pagi tadi?’
Seperti ada suara yang mengejekku saat ini. Kadangkala aku ni terlalu cepat membuat kesimpulan. Terlalu cepat menerima. Memang betul kata Abang Din, aku harus berhati-hati. Jangan mudah terpedaya.
“Abang Din ni walaupun kerja jaga aje di malam hari, siang buat part-time hantar bunga..tidaklah kaya tetapi Abang Din jenis setia pada yang satu.” Dengan bangganya Abang Din yang berkulit sawo matang bersuara lagi. Aku lihat Syaf sudah mula menjulingkan mata ke atas.
“Sempat lagi promosi diri, ye Abang Din?” Sindir Syaf. 

“Benda yang benar mesti disampaikan..betul tak Faz?” Kali ni Abang Din menoleh ke arah Kak Faz. Kak Faz hanya mampu tersenyum sahaja. Mungkin dia juga tidak tahu nak sokong atau bangkang kata-kata Abang Din yang terlebih ramah ni.
“Tapi kan, Abang Din tengok teman wanita si King tu semuanya cantik-cantik belaka. Fuh..seksi betul. Yang ditinggalkan tu  pulak siap meratap pilu lagi..” Sebaik sahaja Abang Din berkata begitu, aku terus mula merangka ayat di dalam kepala. Terasa ingin sangat aku bertanya tentang penerima bunga yang bernama Fisya.
“Menangis la sebab lubuk emas dah terkambus.Abang Din, mustahillah diorang tu semua tak tahu yang King ni seorang playboy! Tapi, duit adalah segala-galanya bagi diorang kan? Terima aje la” Balas Syaf.
Kemudian, secebis ayam dimasukkan ke dalam mulut. Aku lihat Kak Faz juga tidak sabar-sabar ingin berhujah saat ini. Wah, dah jadi isu panas pulak kisah King kat kedai bunga ni. Nasib baik tak ada customer tengahari ni.
“Ini yang merisaukan Kak Faz. Perempuan hari ni sanggup gadai maruah kerana duit. Kamu dan Fina kena sentiasa ambil iktibar. Ingat..jangan jadi macam tu..” Ada nada risau yang amat sangat di dalam ayat Kak Faz. Aku dan Syaf bagaikan burung belatuk, terus menganggukkan kepala. 
“In syaa Allah tak, Kak Faz..” Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, aku terus meletakkan piring kertas di atas meja kaca dihadapanku. Anak mata kuhalakan ke arah Abang Din.

“Err..Abang Din..” Panggilku. Semua mata sekarang tertumpu ke arahku.
“Kenapa?”  Soal Abang Din.
“Abang Din jumpa tak dengan perempuan yang namanya Fisya tu? Macam mana orangnya ye?” Aku terus bertanya tentang soalan yang berlegar di dalam fikiran.
“Fisya? Ha, girlfriend dia yang itu aje yang Abang Din tak jumpa..Kawan dia yang ambilkan bunga tu tadi.” Entah kenapa aku sedikit hampa dengan jawapan yang kudengar dari Abang Din.
“Oh..”
“Kenapa?” Soal Abang Din.
“Kau suspect Fisya tu adik kembar kau ke?” Syaf memang dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran aku nampaknya. Perlahan aku mengangukkan kepala.
“Sama-samalah kita doa Fisya tu bukan adik Fina..Ins Syaa Allah..” Kak Faz mencelah. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Syaf dan Kak Faz memang arif sangat tentang hubungan aku dengan Fisya. Deringan telefon bimbit yang berbunyi membuatkan aku  bingkas bangun dari kerusi empuk berwarna merah ini. Aku terus mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas meja kaunter.

“Assalamualaikum mama..” Aku terus ke bahagian sisi kedai. Di situ terdapat pasu-pasu besar yang berisi bunga segar.
“Waalaikumussalam..Fina kat mana tu sayang?” Lembut sahaja suara mama di hujung talian.
“Fina kat Cinta Florist ni. Syaf dengan Kak Faz pun ada sekali.” Balasku dengan lembut.
“Fina tak lupa kan tentang majlis malam ni?”
“Hmm..Fina tak lupa ma..kejap lagi Fina balik.” Ikutkan hati, malas ingin turut serta nanti. Maklumlah, Fisya bukan suka sangat tengok muka aku. Tapi, aku tak mahu papa dan mama risau. Pandangan kuhalakan ke arah bunga-bunga lily pula. Sedikit sebanyak dapat menenangkan hati yang bercelaru.
“Mama dengan papa risau sangat sayang..” Kata-kata mama membuatkan aku terdiam seketika.
“Kenapa pulak ma?” Soalku dengan penuh prihatin.
“Tak..mama tak sedap hati sebab tak sambut hari lahir Fina sekali dengan Fisya malam ni..tak macam tahun-tahun yang lepas..” Aku tergelak kecil. Sedikit pun aku tak kecil hati malah aku sangat seronok tidak perlu sambut bersama dengan Fisya. Hati pun tak sakit. Terbayang peristiwa semasa majlis sambutan hari lahir kami tahun lepas. Fisya dengan sengaja telah menuang air oren ke atas baju aku di hadapan rakan-rakannya.
“Eh..takpe ma..lagipun Fina memang tak nak mama. Papa dan mama belanja Fina makan malam semalam pun dah cukup. Perasaannya sama macam Fina sambut hari lahir dengan arwah nenek dulu.” Ujarku. Memang aku ikhlas berkata begitu. Bagiku tak perlulah nak berhabis ribuan ringgit hanya untuk majlis hari lahir.

“Ahamdulillah Fina..mama rasa bangga ada anak macam Fina..bilalah Fisya tu nak berubah ye..” Aku juga tersentak seketika mendengar rintihan mama di hujung talian.
“In syaa Allah ma..sama-sama kita doakan..” Ucapku dengan lembut.
“Tengoklah, semalam pun dia tak balik rumah tau..” Luah mama. Aku tahu mama sangat risaukan Fisya.
“Ye ke mama? Dia tidur kat mana..?” Soalku dengan rasa ingin tahu yang menggunung.
“Kat rumah kawan dia..bila mama tanya di mana rumah kawan, mulalah dia memberontak. Tinggikan suara dengan mama. Salah mama juga sebab terlampau manjakan dia..” Aku hanya mampu menggelengkan kepala mendengar kata-kata mama. Itulah Fisya. Dengan mama pun dia boleh kurang ajar, inikan pulak dengan aku.
“Fina..papa dah balik tu. Fina balik awal ye untuk majlis malam nanti.”  Pesan mama.
“In syaa Allah mama..kejap lagi Fina balik ye..” Jawabku dengan bersungguh-sungguh. Terbayang raut wajah mama yang lembut di fikiran.

“Mama dengan papa sayang Fina..sama macam kami sayangkan Fisya..” Sempat lagi mama berkata begitu. Aku tahu, mama tidak mahu aku berasa tersisih.
“Terima kasih mama..” Ucapku.
“Sama-sama sayang..Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Sebaik sahaja talian dimatikan, aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkinkah Fisya, teman wanita King itu adalah Fisya, kembarku? Harap-haraplah bukan. Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah adikku.
*****************************************************


Bab 4

Aku menilik diri di hadapan cermin. Okay ke ni? Gaun Cinderella kata mama. Tapi, kenapa bila aku pakai nampak macam nenek Si Cinderella aje?! Kaca  mata berbingkai hitam kubetulkan supaya tidak melorot turun ke hidung. Aduhai..aku memicit kepala dengan kasar apabila terpandang ke arah alat-alat solek yang bersepah di atas meja. Nak kena conteng jugak ke muka ni? Karang aku kelihatan seperti suku kaum red Indian pulak! Aku manalah tahu bersolek. Ah, tak perlulah nak solek-solek bagai! 

Aku bukanlah seorang tomboy tetapi aku memang tidak suka pakai gaun labuh, skirt dan yang seangkatan dengannya. Memang dari dulu lagi aku tidak minat dengan pakaian jenis itu. Tapi, demi kerana mama, aku rela menyarungkan gaun labuh berwarna pastel ini di badan. 

Ikutkan hati malas aku hendak turun ke bawah. Tapi, apa pula kata saudara-mara dan jiran tetangga nanti? Takut mereka ingat aku merajuk pula kerana majlis ini hanya untuk Fisya. Aku tidak mahu siapa pun membuat spekulasi yang bukan-bukan. Aku tak suka tengok mama susah hati. Niat untuk melangkah ke  arah pintu terhenti seketika apabila pintu bilikku dibuka dengan kasar dari luar.
 “Hei, bak sini rantai kau!” Fisya dengan wajah yang masam mencuka muncul di muka pintu.
Begitulah cara dia bercakap denganku selalu. Sebelah tangannya bercekak pinggang dan sebelah lagi tangan dihulurkan ke arahku. Aku cuba memberikan senyuman kepada gadis dihadapanku ini. 

“Rantai yang mana?” Tanyaku dengan lembut.
“Rantai yang papa kasi kat kau masa birthday last year.” Ujarnya dengan kasar. Mata pula dijulingkan ke atas. Seutas rantai emas bersama loket berbentuk hati terbayang di fikiran. Ah, tu rantai kesayangan aku! Aku bertempik di dalam hati.
“Boleh tak jangan buang masa aku?!” Herdik Fisya. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Kak Fina rasa Fisya pun ada rantai tu kan?” Soalku dengan lembut. Memang betul papa ada memberikan rantai yang sama kepada Fisya juga.
“Kak Fina? Hey, jangan nak kakak sangatlah! Tu cermin dulu diri kau sebelum nak mengaku kakak aku. Kalau kau tak cakap, siapa pun tak akan perasan yang kita ni adik beradiklah. Kau tu dah la buruk, selekeh pulak tu!” Tajam kata-katanya menghiris hati aku. Aku tahu aku tidak cantik. Tidak pandai bergaya seperti dia. Tapi, bukan itu yang membuatkan hatiku merintih sedih. Fisya pula kulihat terus meluru menuju ke arah meja solek.
“Tak kisahlah kalau Fisya tak nak mengaku Kak Fina sebagai kembar Fisya. Tapi, bagi Kak Fina, Fisya adalah satu-satunya saudara kandung akak.” Balasku.
“Ah, suka hati kau lah!” Bentak Fisya. Tangan gadis itu ketika ini sibuk membuka laci. Di dalam hati aku berdoa agar Fisya tidak jumpa rantai pemberian papa itu. Dalam masa yang sama, aku tahu itu adalah mustahil. 

Beberapa saat setelah tangannya menyelongkar ke dalam laci yang paling bawah, dia menguntum senyuman.
“Yezza! Dah dapat!” Girang sungguh kulihat wajahnya ketika ini.
Dia kulihat terus memakai rantai tersebut di hadapan cermin tanpa sedikit pun rasa bersalah. Wajahnya ditilik seketika. Jari jemarinya membetulkan rambut yang diwarnakan perang dan dipotong mengikuti trend terkini. Kemudian, jejari runcingnya berlari membetulkan gaun chiffon yang berwarna pastel di badan.
Aku hanya mampu memerhati telatahnya. Jika mahu aku boleh meragut rantai tersebut dari dia. Jika mahu aku juga boleh menghamburkan kata-kata yang mampu menyakitkan hatinya. Jika mahu aku boleh saja tolak gadis ini keluar dari bilikku. Badannya bukanlah besar mana. Ketinggian dan berat kami lebih kurang sahaja. Tapi, aku tidak sanggup mengeruhkan lagi hubungan di antara aku dengan Fisya. 

Hanya keluhan berat sahaja yang terpacul keluar dari bibir. Fisya pula terus berlalu ke arah pintu dengan gaya ‘catwalk’ yang  mengada-ngada.
 Perlu ke jalan macam tu?!  Macam itik senak perut aje aku tengok. Sengaja nak sakitkan hati akulah tu. Kepala kugelengkan. Sebelum melangkah keluar, dia berpaling ke belakang seketika. Senyuman sinis diberikan kepadaku.
“Tak payah kot nak cakap terima kasih kat kau. Sebab semua barang-barang kau dalam bilik ni mama dan papa yang belikan. Kau tu pulak, menumpang aje kat sini. So, secara automatik semuanya adalah barang-barang aku!” Dengan nada yang sangat sinis dia berkata begitu. Belum sempat aku membalas kata-katanya dia terus bersuara lagi.
“Ah malaslah nak layan kau! Baik aku turun sekarang and have funnnn!” Dengan nada gembira dia menjerit kegirangan. Memecah kesunyian ruang atas rumah teres Semi- D ini. Kemudian dia terus berlalu.
Dengan payah bibirku menguntum senyuman hambar sambil cuba menenangkan diri.
“It’s okay, Afina. Kau kan kakak. Kakak memanglah kena beralah. Lagipun nama kau kan Afina, seorang yang pemaaf.” Dengan perlahan kata-kata itu kuluahkan dari bibir dengan mata yang berkaca.

***
Lelaki dan perempuan sama sahaja gediknya. Naik meluat aku dan Syaf lihat telatah mereka. Fisya kulihat seperti sengaja nak tayang rakan-rakannya yang kaya-raya dan kononnya ‘high class’ itu di hadapan kami.  Kadang-kadang mata-mata mereka memandang ke sini sambil berbisik-bisik. Kemudian, mereka ketawa berdekah-dekah. Aku tak tahu apa yang mereka umpatkan! Husnuzon..husnuzon Fina! Aku mengingatkan diriku.
Syaf kulihat berlagak bodoh aje. Gelas air di tangannya yang sudah pun kosong diletakkan di atas meja. Kemudian, dia bingkas bangun dan menuju ke arah meja yang menempatkan pemanis mulut. Rakanku yang kurus ini memang kuat makan. 

Mahu sahaja aku mengajak Syaf masuk ke dalam rumah, Tapi, ramailah pulak rakan-rakan mama dan papa. Aku bukan apa, rimas betul dengan seorang dua makcik yang gemar membuat pembandingan di antara aku dan Fisya. . Sesungguhnya ruang atas adalah ruang paling selesa untukku saat ini. Meronta-ronta hatiku untuk naik ke atas.

“Hoi! Kau pekak ke buta? Pergi tengok siapa yang hon kat luar tu!” Dengan kasar Fisya mengherdik ke arahku. Semua mata rakan-rakannya tertumpu di sini. Terasa tebal wajahku saat ini.Lupa pulak, aku kan umpama orang gaji di mata dia. Dia pulak ‘mem’ besar! Dengan hati yang pedih aku melangkah longlai menuju ke arah pintu pagar.

 Isk, nak berjalan pun susah dengan gaun labuh nenek Cinderella ni! Kalau pakai kasut tumit tinggi rasanya padanlah dengan gaun begini. Tapi, aku pakai sandal aje. Memanglah mencecah lantai sedikit. Bukan macam orang gaji aje, tapi rasanya dah macam penyapu sampah pun ada juga. Uwarghhhh! Haru betul. Terus sahaja kedua-dua tanganku mengangkat sedikit gaun di badan untuk memudahkan pergerakan. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari pintu pagar tinggi ini, aku terus kaku. 

Ah, sudah! Biar betul ni! Walaupun hanya diterangi lampu jalan dan lampu dari spotlight kereta lelaki itu, aku dapat lihat dengan jelas siapa yang berada di hadapan rumahku sekarang.  Terlepas terus gaun dari tangan. Tak kisah lagi kalau gaun tersebut meleret menyapu  jalan yang bertar ini. Nampaknya apa yang aku takut-takutkan betul-betul terjadi. Aku hanya mampu memandang sahaja ke arah kelibat seorang lelaki kacak yang sedang bersandar pada dinding keretanya. T-shirt berkolar hitam dipadankan dengan seluar jeans biru. Sangat simple pakaiannya berbanding pagi tadi. Tapi, masih tetap nampak menarik. Lelaki ini kelihatan sedang sibuk dengan telefon bimbit di tangan. Nampak gayanya seperti sedang ber-sms aje. Hah..sah tengah sms dengan teman wanitanya yang berderet tu! Sampai kan tak sedar aku tengah tercegat kat sini seperti tiang lampu. 

Sesekali wajah lelaki itu tersenyum. Memang dia mempunyai ‘killer smile’ yang mampu mencairkan hati ramai orang. Kacak.
Astaghfirullahalzim.Afina, wake up! Aku meraupkan wajah. Ah, baik aku panggilkan Fisya ke mari. Baru sahaja ingin melangkah masuk, lelaki itu menoleh ke arahku. Alamak!  Matanya dicerunkan sambil berjalan ke mari. Dia kelihatan terkejut sedikit. Ha…mesti dia masih ingat aku!
“You?” Dia tersenyum kacak untuk kesekian kalinya. Aku terus membuang pandang ke arah jalan raya. Malas mahu bertentangan mata dengannya. Takut terleka lagi dengan “killer smile” yang diberikan lelaki ini.
“Awak nak apa datang rumah saya malam-malam begini?” Acuh tak acuh aku bertanyakan soalan itu. Memang aku tidak suka dia berkawan dengan Fisya! Sebabnya aku kenal benar dengan jenis lelaki macam dia. King of Crocodile ini akan menghancurkan hati Fisya. Tegang sahaja wajahku ketika ini.
“Why do you sound so serious?” Sebelah keningnya terangkat sedikit. Senyuman masih lagi bersisa di bibir.
“Saya tak salah rumah kan? Fisya tu adik atau kakak awak?” Soalnya dengan bersahaja. Aku terdiam seketika. Jarang orang nak kaitkan aku dengan Fisya. Maklumlah, bagi mereka, aku dan Fisya bagai langit dengan bumi.

“Dia kembar saya.” Jawabku dengan malas.
“Oh..no wonder ada persamaan!” Aku terpempan lagi. Rasanya, jarang-jarang orang nampak persamaan di antara kami berdua. Selalunya orang akan buat muka pelik bila tahu bahawa aku ni kembar Fisya. Lelaki ini semakin menghampiri. Masih mencari persamaan di antara aku dan Fisya, mungkin!
“Memang sama kalau you tak pakai tudung..”  Nampak ikhlas apabila dia berkata begitu. Kemudian, dia bersuara lagi.
“And without this glasses, memang..” Serentak dengan itu dia terus mendekatkan dirinya kepadaku membuatkan aku ingin mengundur setapak ke belakang. Tetapi belum sempat aku berbuat demikian, tangannya terus sahaja mencabut kaca mata tebal dari wajah. Aku pula yang terkejut terus menampar wajahnya dengan tidak sengaja. Tindakan refleks! Ingatkan dia nak buat apa tadi.
Sempat lagi aku meragut kaca mataku yang berada di tangannya dan cepat-cepat kukenakan ke wajah. Dapat kulihat dengan jelas pipinya yang sedikit berbirat. Alamak mati aku! Lelaki itu nyata terkejut dengan tindak balasku.
 Baru sahaja ingin meminta maaf, kedengaran suara seorang perempuan menjerkah dengan kuat di belakangku. 

“Hoi Fina!” Aku terus menoleh. Alamak, memang cari nahas nampaknya aku ni. Bukan sahaja Fisya yang ada di hadapan pintu pagar tetapi sebahagian rakan-rakannya juga turut sama berada di situ.  Nasib baik mama dan papa tidak sedar tentang kejadian ini. Fisya terus meluru ke arahku.

“Kau gila ye??!” Tengkingnya. Aku hanya mampu menundukkan wajah sahaja. Tidak mampu menentang anak matanya yang kulihat sudah pun mahu tersembul keluar. Kemudian dia terus memeluk lelaki playboy itu.
“Sayang, are you okay?” Suara manja Fisya menampar gegendang telinga sekali lagi. Tangannya mengusap-usap pipi lelaki yang kulihat sesekali menjeling ke arahku. Aku tak tahu apa maksud pandangan matanya itu.

“No problem sayang..I am okay.” Balas  King dengan bersungguh-sungguh
“Tengok apa yang kau buat ni!” Fisya menyinga. Syaf yang tadi hanya berada di pintu pagar kini menapak ke mari dengan muka yang penuh tanda tanya. Terpinga-pinga gadis itu.
“Kau ni memang menyusahkan hidup aku lah!” Fisya menolak aku dengan kuat. Melelong aku jadinya. Nasib baik Syaf sempat memegang lenganku. Kalau tidak, mesti tersungkur aku kat sini.
“Mak ai bro, kau kena tampar ke?” Kedengaran suara seorang lelaki bertanyakan ayat itu kepada King. King masih lagi tersenyum. 

“Bro, kau buat apa dengan dia tadi? Takkan dah tukar taste ke ustazah-ustazah kot!” Sinis sekali bunyinya. Ustazah adalah satu pekerjaan yang mulia.  Memang kurang ajar sungguh ayat itu! Aku hanya mampu mengetapkan bibir dan menjeling tajam ke arah pemilik suara tersebut.
“Nothing, bro. Hey, jom kita lepak tempat biasa!” Sebaik sahaja King berkata begitu, dia terus membukakan pintu untuk Fisya. Rakan-rakan mereka yang lain pula bersorak riang.

“Jom..I pun dah rasa panas sangat. Tambah-tambah ada perempuan tak betul ni. Lagilah rasa berbahang!” Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Fisya terus sahaja masuk ke dalam perut kereta mewah itu. Ingin sahaja aku menahannya dari pergi. Ingin sahaja aku memberitahu dia siapa King yang sebenarnya. Tetapi semua itu berlaku terlalu pantas. Suaraku hanya mampu tersekat di kerongkong sahaja. Lelaki itu pula, setelah menutup pintu kereta untuk Fisya, sempat lagi dia memberikan senyuman kepadaku. Aku tidak tahu apa makna senyuman itu. Yang nyata, ianya lain dari selalu. Berseliratnya rasa otakku saat ini! Tidak tahu masalah yang mana dulu harus aku fikir. Masalah dengan Fisya atau masalahku dengan King of Crocodile tu!
***


 
 

36 comments:

  1. King of Crocodile. ihik! sambuang lagi ^,^

    ReplyDelete
  2. ayooo... fisya nie xmakan saman.. king sudah jatuh hati looo..hahaha

    ReplyDelete
  3. X sngke fisya tersenarai jgk.... hebat betul King of crocodile.... hehehe... tunggu sambungan yg seterusnya... x sabar...

    ReplyDelete
  4. Memang betullah Fisya yg dpt bunga tu adik Fina... kesian Fina terpaksa beralah dengan Fisya... Dari kecik lagi ke fisya sombong macam tu kak suri?
    geram je dgn fisya ni. rantai fina pon dia nak...

    ReplyDelete
  5. terbaekkkk....!!!

    ReplyDelete
  6. Kesiannya Fina... Good Job Kak Suri.. Nak Entry Lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. best la cita ni can't wait to read the whole novel =)
    cpat2 publish taw =)

    ReplyDelete
  8. pasti beseler nanti chaiyok chaiyok..:)

    ReplyDelete
  9. haaaa
    aiyooo..
    ni mesti
    king of Crocodiel sudah jatuh hati dekat afina..
    huhuhu
    best,best,best..
    can't wait..
    good job kak suri..;D

    ReplyDelete
  10. haish... afina sangat lembut hati..

    ReplyDelete
  11. apa perasaan King kena tampar...
    waaaa menarik watak Afina...

    ~saza~

    ReplyDelete
  12. very different from d earlier version...but i like!

    ReplyDelete
  13. Salam Suri

    Kenapa Afina merasa janggal didalam rumah itu dan kenapa ya..dia dibesarkan oleh neneknya dikampung sedangkan adiknya dibesarkan sendiri oleh kedua ibubapanya..mengapa mesti ada perbezaan dalam membesarkan anak anak kembar mereka.
    Kenapa Afina membiarkan dirinya dibuli oleh adiknya..dan membiarkan dirinya disakiti dengan sewenangnya oleh Risya..rasanya terlalu beralah dengan segala perilaku adiknya akan membuatkan Risya akan naik toncangnya..at least dalam hidupnya kini..cubalah fight for her rights..kenapa mahu mendera dan membiarkan hatinya disakiti kerana dia juga adalah anak kepada ibubapanya..dan darah yg mengalir dalam dirinya juga mengalir dalam diri adiknya Risya..perubahan perlu berlaku dalam diri sendiri kerana dirinya yg akan mencorak bagaimana kehidupannya nanti..akan dia hendak membiarkan dirinya dicempuh sepanjang hayat dan dibuat perbandingan kerana penampilannya dan juga sikap yg menyerah diri pada takdir.
    Teruja akak nak tahu..apa mamat sengal itu akan lakukan pada Afina..kerana telah memalukan dirinya dihadapan kawan kawannya..dan apa kah sebenarnya kelulusan Afina yg menyebabkan dia terpaksa berkerja dikedai bunga..adakah dia masih belajar lagi dan adakah Risya juga merupakan saeorg penuntut kolej sepertinya.Kenapakah kebencian Risya pada akaknya melampau dan menuduh akaknya budak kg sedangkan mereka adalah kembar seiras..

    ReplyDelete
  14. Da lama tunggu psl cite ni...: )

    Best2

    ReplyDelete
  15. arghhhhh..best3..nak lagi!!..:D

    ReplyDelete
  16. best sngt... keep it up kak suri.. (^.^)

    ReplyDelete
  17. sian fina,...'less teach' btul fisya ni

    ReplyDelete
  18. hernani kuzi said...best sgt!!!

    ReplyDelete
  19. king bksan dndam x nnt???

    ReplyDelete
  20. alahai fisya nie..
    gedik gler
    sian kt fina..
    huhuhu

    ReplyDelete
  21. being nice is good. but being too nice is not good, afina. you stand up for what is right, that is better.

    ReplyDelete
  22. hurmmm... fisya ni la akala saman (x makn saman) betulla !

    ReplyDelete
  23. Fisya gedik gilerr..kesian dekat fina :(

    ReplyDelete
  24. orang dah ikut arahan die tu cukup lah .. tak payah tengking-ii ..

    ReplyDelete
  25. emm.. saya peminat novel kak suri, kita minat sgt dgn novel maid akk.. tp kak.. sy nak bg cadangan sikit, maaf la kalau saya ni bnyk bising pulak.. tpi ap kata akk tulis novel.. akk bpranan sbgai "Tukang Cerita@penyampai" .. so dgn ini pembaca dpt memhami situasi kedua pihak/overall situation.. coz klo akk bprnan sbga salah satu watak dlm cerita like 'aku..' pembaca hanya dpt menyelami watak 'aku..' sahaja.. its juz will be one side story.. maybe some people mungkin tertanyax2 dgn another side.. like me.. hehe.. kkdg rasa ingin sgt nak tahu apa y blaku kpd watakx2 yang lain.. maaf... but sy memang peminat novel kak suri.. keep it up..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum kak suri.. novel ni best.. tapi movie die tak best sgt.. pelakonx2 dia suma kita xkenal.. btw sya lebih suka baca novel instead tgok movie dia... ~~

    ReplyDelete
  27. Salam suri...banyak soalan dr pemint ni tak berjawab..tapi sy tetap nak tanya jugak
    1) Adakah suri terlibat dlm belakang tabir masa drama PISA yangsdg dityangkan di TV3 adakah link FB yang Suri create sendiri utk drama ni supaya kami dapat follow
    2) Adakah pihak produksi bertanyakan pendapat suri mengenai pemilihan pelakon? sebab saya rasa pemilihan hero agak kurang tepat-dah 2 hari saya melihat mutu lakonannya mcm x sampai...je.(x salahkan pelakon ni sbb dia baru)
    3) Jika diberi peluang siapakah pelakon Malaysia yang Suri nak jadikan hero dan heroin bagi drama ini? hanya suka suka nak tau...
    4) Apapun saya lebih meminati novel isteri separuh masa dan maid dari PISA...menunggu lg karya dari Suri....
    5) Berbalik pada drama PISA saya tetap nak menonton drama ini hingga akhir dan sy hrp saya tak terkecewa bila menonton lagi siri demi siri drama ni....karya yg indah sepatutnya drama jadi lebih indah lagi...
    All the best!!

    ReplyDelete
  28. novel yang sngt best and gempak

    ReplyDelete
  29. salam......saye rase novel akak lg better dari movie..nyampah tol tgk watak hero yg kontras dri watak dlm novel..

    ReplyDelete
  30. hhahaah..best sangat

    ReplyDelete
  31. i found this novel written more better than the drama they r showing now kat tv3 tu. waa i loike!!

    ReplyDelete