**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday 28 December 2012

Playboy Itu Suami Aku?! 8


Bab 8
Dah macam banduan dengan warden! Jangankan hendak berbual, nak pandang matanya pun kami tak berani. Segala gerak geri kami sedang diperhatikan oleh si dia yang bergincu merah. Naik rimas aku jadinya! Sesekali ada juga aku mencuri pandang ke arah wanita itu apabila dia menoleh ke arah lain.
Dari gayanya berpakaian memang nampak sangat elegan dan moden. 

Gaun labuh dari fabrik chiffon yang dihias indah dengan manik membaluti tubuh wanita ini. Aku tak tahu nak kategorikan dia ni wanita bertudung atau tidak kerana hanya sebahagian kepalanya sahaja ditutup dengan shawl. Bahagian hadapan rambut dibiarkan terbuka. pula. Aku cuba memberi sepenuh perhatian pada kerja membuka kotak di hadapanku ini. 

Baru sahaja nak fokus, tiba-tiba pula aku teringatkan tentang si playboy tu! Hisy! Apa agaknya dia buat di sini? Makin tak sedap hatiku jadinya. Sesekali ada juga aku mencuri pandang ke sekeliling kawasan taman. Fuhh..nasib baik bayang si playboy tidak kelihatan di sini. 

Aku menjeling pandang ke arah Syaf yang sedang bergerak ke bahagian hujung meja panjang ini. Di situ letaknya pasu-pasu kaca yang sudah pun diisi dengan air.

Serius sahaja wajah gadis itu. Tidak seperti selalu, ada sahaja bahan yang hendak digosipkan sampai tak terlayan aku jadinya. Jarang aku lihat mulut Syaf yang berseluar ali baba itu terkunci rapat. Isk, dah banyak kali Syaf betulkan aku. Bukan seluar ali baba lah namanya tetapi ‘harem pants’. 

Tanganku lincah mengeluarkan bunga-bunga yang dibalut kemas dengan plastik jernih dari dalam kotak. Bunga mawar, calla lily, gerbera daisy, baby breath, dan beberapa jenis bunga yang aku tidak pasti namanya itu  kini memenuhi ruang meja di bahagian hujung taman ini. Nasib baiklah buat kerja awal pagi. Kalau tidak, mau rentung kulit kami dibakar mentari. 
Syaf kemudiannya membuat isyarat supaya aku membawakan sebuah kotak berisi bunga mawar berwarna pastel kepadanya. Semua bunga mawar di dalam kotak ini telah pun dipotong pendek batangnya. Baru sahaja aku hendak bergerak, satu suara nyaring singgah di telinga.

“Nanti!”

Gara-gara terkejut, kotak di tanganku terus terlepas ke atas meja. Nasib baiklah semua bunga-bunga ni tidak jatuh ke tanah. Aduhai, kecoh betullah makcik seorang ni! Bentakku di dalam hati.
Terus sahaja wanita berwajah serius itu menghampiriku. Sekuntum bunga mawar yang berwarna putih susu diangkatnya tinggi sehingga ke paras mata. Setelah puas meneliti bunga tersebut, dia menoleh kepadaku.

“Semua bunga ni dah melalui proses preparation atau belum?” Tenang sahaja dia bertanya kepadaku soalan itu. Tapi, nada suaranya tetap tegas. Preparation? Ah, sudah! Manalah aku tahu! Semakin cuak aku jadinya apabila bulat mata wanita itu merenung ke arahku. Terus sahaja aku menoleh ke arah Syaf yang sudah pun berada di sisi.

“Err..dah! Semua bunga-bunga keratan yang saya bawa ni telah pun melalui proses penyediaan bunga ataupun preparation process.” Dengan bersungguh-sungguh Syaf menjawab bagi pihak aku. Tapi kenapa mata Puan Sri masih lagi melekat di wajahku?

“You shut up! I am asking her, not you!” Tegas nada suaranya membidas Syaf. Dah macam nada suara guru besar pencen pulak. 

“Jangan risau, semua bunga-bunga ini telah pun melalui proses penyediaan bunga.” Dengan cuak aku mengulang balik ayat yang diucapkan oleh Syaf sebentar tadi. 
“Good..” Angguknya beberapa kali sambil tersenyum. Kemudian, dia bersuara lagi.
“Ada gunakan makanan bunga atau flower food semasa proses penyediaan?” Soalnya. Kemudian, dia mencapai bunga mawar berwarna pink pastel pula. 

Flower food? Sumpah, aku dah nak tergelak saat ini. Tetapi tetap kutahan tawa ini dari terhambur keluar. Bunga pun makan jugak ke? Dah macam manusia pulak bunga zaman sekarang. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh..apa yang aku nak jawab ni. Aku terus toleh ke arah Syaf yang sedang menyebut sesuatu. Aduhai, aku tak dapat baca apa yang sedang digumamnya tu. Ah, baik berterus terang sahaja! Nekadku di dalam hati.

 “Err…maaf. Ehem, sebenarnya saya..” Baru sahaja bersuara, dia terus memotong kata-kataku.
“Kamu tak tahu kan?” Soalannya membuatkan aku terdiam seketika. Dua kuntum bunga yang berada di tangannya diletakkan kembali ke dalam kotak.
“Maaf Puan Sri, kawan saya masih baru dalam bidang ini. Dia belum arif lagi tentang penyediaan bunga dan sebagainya.”  Kelam-kabut Syaf bersuara. Bulat mata Puan Sri memandang ke arah Syaf. Sebelah tangannya bercekak pinggang.
“Apa? Bagaimana kamu boleh bawa seseorang yang tak ada basic langsung tentang bunga datang ke sini?” Wajah tidak puas hati Puan Sri tidak berani lagi kutatap. Aku menoleh ke arah Syaf. Sedikit pucat kulihat wajah Syaf ketika ini.
“You better do your job properly! Kalau tidak, saya tak akan bayar satu sen pun!” Nyaring sekali suara Puan Sri bergema di kawasan ini sehingga ada seorang dua lelaki yang sedang memasang kanopi menjeling ke  arah kami.

Aku terus menundukkan wajah apabila anak mata Puan Sri menikam wajahku. Kelu terus lidah aku dan Syaf saat ini 

“Jangan-jangan awak gunakan panadol aje untuk prep semua bunga ni!” Bidas Puan Sri.

“Saya tak nafikan ada sesetengah florist yang menggunakan panadol tetapi bukan di Cinta Florist. Saya sedia maklum  aspirin, menerusi unsur asid salicylic yang terdapat di dalamnya tu hanya mampu mengelak air di dalam pasu daripada menjadi keruh sahaja tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada bunga.” Dengan panjang lebar Syaf menjawab. Aku lihat dia bersungguh-sungguh cuba untuk meyakinkan Puan Sri.

“Flower food jenama apa yang awak gunakan?” Puan Sri masih lagi ingin menduga Syaf.
“Floralife. Kadang-kadang saya gunakan chrysal.” Sambil tersenyum, Syaf menjawab soalannya. Wajah Puan Sri ketika ini kulihat sedikit berubah. Tidak lagi bengis seperti tadi.
“Sumpah Puan Sri, saya rendamkan semua bunga ini di dalam air yang dicampur dengan flower food selama berjam-jam supaya semua bunga-bunga ni dapat bertahan dengan lebih lama dan tidak layu.” Syaf masih lagi cuba meyakinkan Puan Sri.
“Malah, pasu-pasu kaca tu pun saya basuh dengan sabun dan air panas untuk hilangkan bakteria yang boleh menyebabkan bunga menjadi layu.” Ujar Syaf lagi. Aku lihat Puan Sri menganggukkan kepala beberapa kali. Shawl berwarna beige yang ditiup angin, dibetulkannya sedikit. 

“Okay, I trust you!  Sekarang,  saya hanya nak tunggu dan lihat  sama ada bunga-bunga ni dapat bertahan atau tidak.” Dengan tegas Puan Sri berkata begitu. Syaf pula terus mengangukkan kepala. Tidak tahulah banyak mana kawanku ini sedang menyumpah di dalam hati. Syaf tu..aku kenal sangat!
“Mummy!”  Aku terus mengangkat wajah apabila terdengar suara itu. Astaghfirullahalazim! Nasib baik dia tak nampak aku.
 Aku terus memusingkan badan menghadap bunga-bunga yang berselerakan di atas meja. Syaf juga berbuat begitu. Hanya bahagian belakang tubuh kami sahaja yang menghadap Puan Sri dan lelaki itu saat ini. Mummy? Puan Sri yang cerewet ni mak si playboy tu rupanya! Mati aku! Rasanya Syaf pun tak tahu King  adalah anak kepada Puan Sri. Berdegup kencang jantungku saat ini. Rasa seperti hendak lari keluar dari rumah sekarang jugak. 

“Adrian..bila you sampai?” Aku hanya memasang telinga sahaja mendengar suara lembut Puan Sri. Adrian? Berkerut dahiku jadinya. Namanya Adrian? Habis tu, King  pula siapa? Nama glamour dia agaknya!
“Tadi.” Jawab lelaki itu.
“Dah breakfast?” Tanya Puan Sri lagi.
“Not yet mummy. Ad lapar la..tadi sempat minum coffee je” Jawab lelaki itu pula. Manja juga dia dengan ibunya. 
“Tak makan lagi? Kejap, mummy suruh Mama Lijah siapkan makanan untuk Ad.” Terus sahaja Puan Sri berkata begitu.
“Thank you!” 

Aku pura-pura sibuk memilih beberapa kuntum bunga ketika Puan Sri melintas  di hadapanku. Nampak berseri pula wajahnya ketika ini. Cepat betul mood wanita cerewet tu berubah. Aku lihat dia terus mengatur langkah menuju ke arah rumah yang tersergam indah di hadapan taman ini. Nafas lega kuhelakan.
Agaknya lelaki tu pun dah beredar! 

Syaf yang baru sahaja membuka plastik yang membaluti Calla Lily kini mencapai kotak yang berisi bunga mawar pelbagai warna pula. Bersama kotak tersebut dia melangkah ke hujung meja. Yang aku tahu, setelah pasu-pasu kaca yang bersaiz kecil itu diisi dengan bunga mawar, pasu-pasu itu akan diletakkan di atas setiap meja tetamu. Bunga Calla Lily yang berwarna putih di hadapanku ini pula akan digunakan untuk hiasan di dalam rumah nanti.

“Excuse me, miss..” Tiba-tiba sahaja kedengaran suara lelaki itu. Aku memejamkan mata seketika sambil mengetap bibir. Buaya tu ada kat sini lagi rupanya! Erghh! Nak pusingkan badan ke tidak ni?
 Kalau tak pusing nanti dia buat kecoh pulak! Macam mana kalau dia beritahu Puan Sri yang aku pernah menamparnya tempoh hari? Ah, mesti keadaan akan menjadi kalut! Entah-entah Syaf juga tidak akan dibayar. Semua kemungkinan terapung-apung di dalam fikiran. 

Aku terus mencapai sejambak bunga Gerbera  yang berkelopak besar dan menutup wajahku sebelum berpaling. Memang 50 kuntum bunga gerbera ini dapat menutupi wajahku. Tapi, aku tahu kebarangkalian untuk dia tidak mengenaliku adalah agak rendah, Ah, tak kisahlah. Janji cuba!

“Yes! Ada apa ye?” Tanyaku acuh tak acuh. Dia diam sahaja.
Anak mataku dapat melihat kakinya sedang mengambil beberapa langkah untuk menghampiriku. Apabila dia mencabut sekuntum bunga gerbera dari tanganku, jantung mulalah buat perangai. Aku amat yakin dia tahu siapa aku. Terus sahaja aku meletakkan jambangan bunga yang berada di tangan ke atas meja.

“I know it is you! Why are you looking so pale?” Soalnya sinis. 
Lelaki yang memakai kemeja biru ini kemudiannya  menyandarkan badan sedikit pada meja. Kemudian, dia kulihat dengan bersahaja membetulkan lipatan lengan baju di siku.  Aku tahu dia dapat melihat wajahku dengan jelas saat ini.
 Malas hendak bertentangan mata, aku terus bergerak ke arah bahagian kanan meja. Syaf pula hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat telatah anak Puan Sri ini. Tiba-tiba sahaja dia merapatiku sekali lagi. Bau wangian yang dipakainya menusuk masuk ke dalam rongga hidung saat ini. Kemudian dia berbisik sesuatu di telinga.
“Kalau tak pernah buat salah, kenapa perlu takut?” 
Aku terus menjauhinya. Wajahnya kupandang sekilas. Bibir lelaki itu masih lagi tersenyum sinis. Dari riak wajahnya, aku tahu dia tidak puas hati denganku.

“Encik King, I am very busy right now. Sorry.” Ujarku dengan sedikit tegas.
 Tangan pula lincah mencapai kotak yang berisi kelopak-kelopak bunga mawar. Padahal aku tak tahu pun nak bawa kotak ini ke mana. Kegunaanya untuk apa pun aku tak tahu! Tapi, aku pura-pura juga sibuk. Bersama kotak tersebut, aku melangkah ke arah Syaf.

Lega rasa hati apabila terdengar bunyi deringan. Kelam-kabut dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Sebelum menjawab panggilan sempat lagi dia berkata kepadaku.

“I am not done with you yet!” Keras suaranya berkata begitu.
Aku pula menjulingkan mata ke atas. Macamlah aku takut sangat dengan dia. Kalau dengan Puan Sri tu, ada la sikit. Itu pun sebab aku takut Syaf tak dapat bayaran aje. Kalau bukan sebab tu, ada aku peduli?

“Hello sayang...” Bibirku mencebik apabila mendengar ayat itu. Dapat kulihat dia sudah pun melangkah ke arah kolam renang.
“Dasar buaya!” Jeritku geram. Sempat lagi Syaf mengurut belakangku. Kononnya nak menenangkan hatiku lah. 

“Mungkin dia rasa ego dan maruahnya tercabar sebab kau tampar dia kat rumah hari tu.” Syaf bersuara. Kemudian, tangannya lincah menyambung kerja. Aku pula hanya mampu meraup wajah dengan tangan.
“Tapi, padanlah dengan muka dia. Sapa suruh dia pandai-pandai sentuh cermin mata kau. Serve him right!” Ujar Syaf lagi.
“Jangan dia ingat semua perempuan macam machine touch ‘n’ go! Sesuka hati dia aje nak pegang-pegang.” Bebelan Syaf tidak dapat meredakan serabut di kepalaku. Aku terus menolongnya memasukkan beberapa kuntum bunga mawar ke dalam pasu.
“Syaf, kita kena siapkan kerja ni cepat-cepat.  Tak sabar aku nak berambus dari sini!” Luahku dengan perasaan geram bercampur risau yang masih bersisa.
***

32 comments:

  1. Kak Suri. sambung lagi. best. :D

    ReplyDelete
  2. nk lagiiiiiiii best giler kut,,,, tapi yg musykil kan cmana nnt puan sri tu boleh suka kat afina?

    ReplyDelete
  3. Kak suri.... please sambung the next n3. Dah rasa teruja nak baca nie...huhuhu

    ReplyDelete
  4. best..nak lagi!!2 la agak musykil cmna p.seri suka fina?

    ReplyDelete
  5. firts time komen kt sini..hehe.. best.. smbg la next en3 ;D

    -athirah-

    ReplyDelete
  6. omg! hahaha, King's name is Adrian ?! gosh~ hahaha =D

    ReplyDelete
  7. thanks 4 da entry kak suri..:)
    keep it up..!

    ReplyDelete
  8. Kak suri...the best la..nk lg smbgn crite ni..

    ReplyDelete
  9. great one, love it. :)

    ReplyDelete
  10. Continue please : )

    ReplyDelete
  11. hmm..dh bdebar2 la pulak...

    ReplyDelete
  12. “I am not done with you yet!”
    huh! berlagak la mamat perasan bagus ni..sakit hati..grrrrrr

    ReplyDelete
  13. Uiii tgk Puan Sri cerewet tu mcm garang je...
    mcmne la bile ank dia kawen nnti... perangat cerewet dia berubah ke x...

    ReplyDelete
  14. suri,smbg lg,bst sngt ur story

    ReplyDelete
  15. aduhhhhh sakit dada ku ....mcm aku lak yg kena marah ngan Puan Sri....hihihihi

    ReplyDelete
  16. adrian king!k sal suka watak dia ni..Suri..sila sambung lg yer..tq lots!!

    ReplyDelete
  17. best, nak lagi....

    ReplyDelete
  18. Fuh!! Terbaik la kak suri... KING@ADRIAN .... I'm waiting for the next chapter... hehehe

    ReplyDelete
  19. hernani kuzi said...terbaikkkk!!!xsbr nk tggu dnovelkn..:))

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. wah3....akak!!!!!!!!! starting to get nervous to know what happen next..hihihi

    ReplyDelete
  22. Best3x!! Akak,nak lagi.. ngee~ =D

    ReplyDelete
  23. Teruja nak tahu cerita seterusnya.....terbaikkk.....

    ReplyDelete
  24. hua..ha..ha..nape largh nme si king tu same ngn nme my hubby...haizz..nasib baik my hubby bkn king of buaya tp king of my heart(dun jeles).^_^.

    ~uly ct~

    ReplyDelete
  25. Cerita yg akak bust Sgt menarik.all the best for akak.

    ReplyDelete