Thursday, 27 December 2012

Playboy Itu Suami Aku?! 7


Bab 7

Haru betul! Pukul 8 pagi tadi, Syaf sudah pun tercongok di hadapan pintu pagar rumahku. Tidak ada peluang hendak bermalas-malas di atas katil seperti selalu. Memang dia tidak beritahu aku pukul berapa kami akan bergerak ke rumah Puan Sri, tetapi aku betul-betul tidak sangka seawal itu kami perlu ke sana. Kelam kabut aku jadinya. Muka pun masih 'blur' lagi ni. Rasanya, baru 5 minit di dalam van, tetapi sudah berkali-kali aku  menguap.  Majlis akan bermula pukul 5 petang nanti tetapi, Puan Sri mahu semuanya siap sebelum pukul 1 tengahari.  Menurut kata Syaf, Puan Sri tidak mahu Syaf gubah bunga-bunga tersebut di kedai. Dia mahu Syaf buat semua itu di rumahnya. Ah, ini mesti kes dia nak awasi sendiri kerja-kerja kawanku itu. Oh cerewetnya! Mata kujulingkan ke atas. Aku memang alergi sedikit dengan orang yang cerewet macam tu. 

Melihat kesungguhan Syaf, aku tahu job kali ini bukan calang-calang bayarannya. 


“Syaf, pukul berapa kita boleh balik nanti?” Soalku sambil memandang ke arah Syaf yang berada di kerusi pemandu.

“Aik, belum sampai dah ingat nak balik?” Dia menyoal aku semula sambil memandang ke arahku melalui cermin pandang belakang van putih ini. Aku hanya mampu tersengih sahaja. Rasa seperti ‘mem’ besar pun ada jugak ni. Maklumlah, pertama kali duduk seorang diri di tempat duduk belakang.

Selepas kira-kira 20 minit perjalanan, van terus membelok ke kiri. Kami tiba di kawasan berbukit yang menempatkan  banglo-banglo besar yang tersergam indah. Tiba-tiba sahaja kawanku itu memberhentikan kenderaan. Alamat di tangannya ditilik sekali lagi. Kemudian dia menoleh ke belakang dan tersenyum manis ke arahku.


“Kau okay? Bunga-bunga aku okay? Takde kotak yang terbalik kan?” Syaf bertanya kepadaku. Ceria sungguh kulihat rakanku yang lincah ini.

“Semua okay! You know you can trust me.”  Jawabku pula sambil mengangkat ibu jari.

“Of course, of course.”  Angguknya beberapa kali. Kemudian gadis itu menoleh semula ke hadapan. Dia lantas membelokkan van ke kanan dan berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah yang tersergam indah. Tapi, pandanganku terbatas disebabkan oleh pintu pagar yang dibina terlalu tinggi.

“Kenapa kau berhenti pulak ni? Nak pastikan aku dan bunga-bunga kau ni okay lagi ke?” Soalku dengan nada yang sedikit pelik.


“Kita dah sampailah!”

Aku terus memandang ke arahnya.

“Hah? Kau biar betul. Check sekali lagi alamat tu!” Ujarku. Iyalah, takut juga kalau kami salah rumah.

“Kenapa dengan kau Fina?!”  Soal Syaf tidak puas hati pula. 

“Tak cukup tidurlah tu. Sebab tu agaknya kau pening-pening lalat pagi ni.” Ada sengihan panjang di hujung ayat. Syaf, memang suka kenakan aku. Lidah kujelirkan sedikit ke arah gadis itu. 


***
Seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam keluar dari pondok pengawal bersama buku  log di tangan. Aku memandang ke arah Syaf yang sedang berada di bahagian hadapan van.  Gadis bertudung bawal warna biru itu lekas-lekas  menurunkan cermin kenderaan.


Selepas syaf memberitahu yang kami dari Cinta Florist, terus sahaja lelaki itu membuka buku lognya. Jari lelaki yang berwajah serius itu berlari di atas kertas, seperti sedang menyemak sesuatu. Selepas itu, dia   menghulurkan buku log tersebut untuk ditandatangan oleh Syaf.

Entah kenapa, hatiku menjadi semakin gusar.


Ini baru nak masuk, dah macam-macam prosedur. Kalau berada di dalam nanti, bagaimana agaknya? Wajah pengawal keselamatan pun ‘ketat’ betul, bagaimana agaknya riak wajah Puan Sri, pemilik banglo mewah ini? 


Rumah atau istana ni? Bukaan mulut yang membentuk huruf O semakin luas sebaik sahaja pintu pagar automatik itu terbuka. Rasanya bukan sahaja lalat dan langau, bahkan tebuan pun  muat untuk masuk ke dalam mulut saat ini. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak peduli pun tentang keadaan tudung yang senget-benget.

Tipulah kalau aku katakan yang tidak ada sedikit pun perasaan menyesal bertapak di hati kerana menerima tawaran Syaf untuk membantunya hari ni. Bolehkah aku yang  biasa-biasa sahaja dengan bunga, tak ada pengetahuan asas tentang bunga dan tak pernah bekerja dengan bunga  membantu Syaf sebentar lagi? Tangan kanan memicit dahi. 


Anak mataku berlari ke arah susunan kotak-kotak berisi bunga yang memenuhi bahagian belakang van ini. Tangan pula masih memeluk dua baldi aluminium yang berisi bunga mawar berwarna putih di bahagian kiri dan kananku. Risau kalau terbalik pula baldi-baldi ni nanti.

Sebaik sahaja van meluncur masuk ke dalam halaman rumah, dapat kulihat dengan jelas betapa luasnya taman yang terbentang di bahagian kiriku. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang menyusun meja dan kerusi di situ. 

Aku membetulkan kaca mata. Ada seorang wanita kulihat sedang bercekak pinggang. Tangannya menunding ke kiri dan ke kanan. Seperti sedang memberikan arahan sahaja  kepada kumpulan lelaki yang sedang menyusun meja dan kerusi itu. Entah-entah yang itu Puan Sri agaknya? Aku meneka. Kemudian Mataku berlari ke arah beberapa orang yang sedang memasang ‘banner’ berwarna biru pastel. Aku cuba membaca tulisan yang berwarna-warni pada banner tersebut. 


“Happy Birthday Mizara Hana!”

Memang Syaf ada memberitahuku yang majlis ini adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran cucu perempuan Puan Sri. Tapi, daripada apa yang aku lihat, persiapannya seperti majlis perkahwinan pula! Berjuta kali ganda lebih ‘grand’ daripada sambutan hari lahir Fisya.  Siap ada pentas lagi. Di atas pentas terdapat sekumpulan manusia yang sedang mengeluarkan alat muzik.

Pengamatanku terhadapan kawasan taman terhenti seketika apabila terpandang ke arah pengawal yang sedang menggawangkan tangan ke arah kami. Dia membuat isyarat supaya Syaf membelok ke kanan. 


Setelah meletakkan kenderaan di kawasan  khas yang tersedia, Syaf terus turun dari van. Amboi, gembira sungguh kulihat rakanku itu. Mulutnya siap bersiulan lagi. Dia kemudiannya terus membuka pintu belakang van untuk aku. 


“Syaf..biar betul kau ni?” Soalku yang tidak berganjak dari tempat duduk.

“Apa yang tak betulnya? Aku masih waras lagi la!” Dia membuat isyarat supaya aku menghulurkannya baldi yang berisi bunga di sebelah kiriku. 


“Kau pernah ada pengalaman buat kerja ni sorang-sorang?” Soalku sedikit risau.

“Belum lagi. Tapi aku pernah tolong Kak Ani dulu. Kau janganlah risau.” Aku menggelengkan kepala. Tanganku lincah menghulurkan baldi berisi bunga ros putih kepadanya. Berat jugak rupanya baldi ni! Nampak macam ringan. Encik abang pengawal tu pulak hanya tahu pandang aje kelibat kami dari jauh. Bukan nak datang tolong! Isk.


“Berani betul kau terima job ni semasa Kak Ani tak ada.” Bidasku dengan geram. Aku terus melompat keluar dari van.


“Aku dah beritahu dengan Puan Sri yang Kak Ani masih lagi bercuti. Dia okay aje.” Selamba sahaja Syaf berkata begitu. Ye ke Puan Sri yang cerewet tu tidak kisah? Ragu-ragu hatiku hendak percayakan kata-kata Syaf! T-shirt di badannya dibetulkan sedikit sebelum mengeluarkan sebuah lagi baldi aluminium yang berisi bunga segar dari dalam van.


 “Habis tu, Puan Sri tahu tak yang kau takde pengalaman buat kerja ni sorang-sorang?”  Sebelah keningku terangkat. Aku membetulkan kaca mata yang melorot ke hidung.

“Tak tahu.” Ujarnya dengan tenang. Dia kemudiannya terus masuk ke dalam van. Tangannya berlari memeriksa bunga di dalam kotak-kotak yang tersusun tu. Aku menarik nafas panjang. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia telah terlebih dulu bersuara.

 “Dah dia tak tanya, takkan aku nak cakap kan? Janji masyuk!” Ada sengihan di bibirnya. 
Sempat lagi dia memetik jari di hadapan wajahku sebelum membawa kedua-dua baldi berisi bunga itu menuju ke arah rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah di hadapan kami. 


Aku pula hanya mampu mengetap bibir ketika ini dan memandang ke arah Syaf yang sudah pun berada jauh di hadapan.  Laju betul minah tu jalan! Bukannya nak tunggu aku. 


Aku terus  mengeluarkan dua buah kotak berisi bunga dari dalam van dengan penuh hati-hati. Menurut Syaf, semua bunga-bungaan yang terdapat di dalam kotak ini terdiri daripada pelbagai jenis, warna dan saiz. Syaf sudah pun memotong bunga-bunga tersebut mengikut ukuran tertentu. Katanya, sekejap lagi dia hanya perlu menggubah dan menghias sahaja. Jadi, tidak perlulah kami berlama-lama di sini.  


Baru sahaja ingin mengatur langkah, sebuah kereta tiba-tiba sahaja meluncur laju di hadapanku. Nasib baik aku tidak dilanggarnya. Gaya pandu kereta, macam nak bunuh orang aje! Marahku di dalam hati. Kalau kotak yang berisi bunga ni tergolek takpe, tapi kalau aku tergolek sekali macam mana? Hisy! Aku terus mencerlung tajam ke arah kereta mewah yang kulihat sudah pun dimatikan enjinnya itu. Kenapa agaknya kebelakangan ini, selalu aku jumpa dengan pemandu yang tidak berhemah? 


Sebelum mengatur langkah, aku menoleh sekali lagi ke arah kereta mewah tersebut. Rasa geram masih lagi beraja di hati. Pemandunya yang tidak berhemah itu rupa-rupanya sudah pun keluar dari kenderaan. Aku terus  mengatur langkah tetapi tiba-tiba sahaja langkahku terhenti. Ada sesuatu yang tak kena ni. Dahiku berkerut sedikit. Kenapa macam pernah kulihat sahaja lelaki itu? Di mana ya? Kepala kupusingkan  ke belakang sekali lagi. 

Ya Allah! Memang dia! King of Crocodile! Balik-balik muka dia! Bagaimana pula dia boleh berada di sini? Patutlah aku tak perasan tadi, kereta lain pula yang dipandu lelaki itu untuk kali ni. Begitu besar muka bumi Allah ini, tetapi selalu sahaja kami berada di tempat yang sama.


‘ Ada jodoh kut?’ Entah kenapa ada suara yang berkata begitu saat ini.

‘Jodoh kepala hotak kau Fina!’ Aku memarahi diri sendiri.


Gerun hati apabila memikirkan kejadian aku menampar wajahnya dua hari yang lepas. Dengan pantas aku terus menutup wajah dengan kotak-kotak bunga di tangan. Cepat-cepat aku berlari menuju ke arah Syaf. Bunga yang ditatang dengan penuh hati-hati tadi tidak lagi kupedulikan keadaannya. Nak terbalik ke, nak tergolek ke, lantaklah! Yang penting fungsi kotak ini sekarang hanyalah untuk menutup wajahku dari dikenali lelaki tersebut.


Fina! Bersedialah! Kalau bunga-bunga ni lingkup, pandai-pandailah kau jawab dengan Syaf dan Puan Sri nanti! Aku mengingatkan diriku.

***

40 comments:

  1. �� cont plizz

    ReplyDelete
  2. �� cont plizz

    ReplyDelete
  3. habis la fina... jumpe je dgn king.. hehehe... sambung2...

    ReplyDelete
  4. NAK LAGI..... TAK SABAR NAK TAHU CERITA SETERUSNYA.

    ReplyDelete
  5. best!!!!!!!!!!!!!!!
    xsbr nk tunggu novel versi cetak

    ReplyDelete
  6. nak sambungan

    'nazfa namia'

    ReplyDelete
  7. Hebat lah hebaaatt (Y)!!! :D

    ReplyDelete
  8. Best(Y) Sambunglah lagi...

    ReplyDelete
  9. I like this novel....best sngt....

    ReplyDelete
  10. Nik Ainaa, Anonymous, Wardah Zainal, Anonymous2, Syafira, Siti Zainon Sukan, Anonymous 3, Nazfa Namia, Anonymous 4: Assalamualaikum semua..terima kasih kerana sudi mengikuti PISA. InsyaAllah, sambungannya pasti akan ada tak lama lagi. Nantikan ye :)

    ReplyDelete
  11. Anonymous 5 : thank u so much sebab sukakan PISA..sangat2 menghargainya :)

    ReplyDelete
  12. best!!!...nk lg kak...hehe...

    ReplyDelete
  13. best!!!nk lg kak...hehe..

    ReplyDelete
  14. Betapa kecilnya dunia fina dan mamat sengal tu kan.. ada sahaja Mr K tu..adakah mamat sengal tu akan membuli fina bila mengetahui yg fina ada disitu dan mengenakan gadis polos itu..dia kan telah ditampar oleh gadis itu..

    ReplyDelete
  15. mmg ada jodoh la tuuu...best! nk lagi ya...

    ReplyDelete
  16. hurmm...bestnye...cepat la smbung kak...dh xtahan menunggu dh ni...hihih...mmg best la...apalah agak2nya yg akn t'jd strusnya...huhu...:)

    ReplyDelete
  17. bila kak suri wt style yg baru ni, tertya2 apa yg jd kmudiannyer..kak suri cepat2 update g tau! :)

    ReplyDelete
  18. Suri, cepat2 la keluarkan novel...tak sabar dah ni..best sgt2....

    ReplyDelete
  19. best lah citer ni...akak,sambung kak bleh ^^.ganbatte !

    ReplyDelete
  20. sambung lagi ekk kak suri :)
    best2 <3

    ReplyDelete
  21. :) baru bce PISA today :) dah jatuh chentaa nihh.. hihixx..gud jOb kak suri :)
    best2 =)

    ReplyDelete
  22. bru bce PISA today :) dah jatuh chentaa nihh :)
    hek3.. terrbaikk ar kak suri !
    best3 ^__^

    ReplyDelete
  23. mmg da jodoh...:)
    mesti pasni ada perang besar akan meletus....ahaks~

    ReplyDelete
  24. lama xbace novel suri..selamat berkarya semula..besss..

    ReplyDelete
  25. best la novel ni kak suri. cepat la smbg dah x sabar nk tahu kisah selanjutnya......

    ReplyDelete
  26. x sabarnya nak tau citer sterusnya...

    ReplyDelete
  27. yeay tekaan WC betol!!! memang btol Mr.King ade kena mgena ngn Puan Sro Cerewet

    ReplyDelete
  28. alaa...tak suke tak suke tak suke.....huhuhuhuhu

    tak sabar tak sabar...nak tunggu

    ReplyDelete
  29. cute largh fina nie...:))


    ~uly ct~

    ReplyDelete
  30. best .. but sye ade satu rancangan .. ape kate blog nie letak muzik sket .. bru syiokk !! cadangan muzik => KENNY G - the moment / titanic ..

    ReplyDelete
  31. best .. tpi bosan sket lha .. ape kate blog nie letak muzik .. bru syiokkk !! cadangan => KENNY G - the moment/titanic ..

    ReplyDelete