DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Wednesday, 6 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU [BAB 12 A, 12 B, 12 C & BAB 13]

BAB 12 A



Bulat matanya menikam ke mari.

Bukankah dia sepatutnya bernikah hari ini? Apa dia buat di sini?? Aku tahu dia sepatutnya sedang bernikah hari ini kerana Sam dan Mel bertugas di sana untuk malam ini. Mereka akan merakamkan detik-detik bahagia Adam Putra dan Karlisha Zandra di kediaman mewah keluarga perempuan bimbo itu yang letaknya di Batu Feringhi.

Habis, kenapa dia masih berada di atas jalan raya apabila saat ini sepatutnya dia berada di sisi isteri tercintanya, si minah salleh celup tu?

Seperti biasa, sepasang mata itu memang tak ngam dengan jantung aku. Debaran memenuhi ruang dada membuatkan aku melarikan mata ke arah lain. Bikin malu betul..dah kali kedua aku menangis depan lelaki ini. Tak macho betullah! Tersentak aku jadinya apabila lelaki yang berwajah serius ini menekan brek kecemasan dan memberhentikan kenderaan secara mengejut di pinggir jalan. 

Pfffttt!

Nasib baik aku pakai tali pinggang keledar! Jelingan tajam kuhadiahkan buat lelaki yang sedang memandang ke mari itu.

“Kenapa? Dah ubah fikiran pulak? Tadi nak tolong sangat.” Bidasku perlahan.

“Split personalities betul.”

Luahnya pelik. Anak matanya menikam tajam ke mari. Aku mulalah panas jiwa saat ini.

“Haritu bertudung. Kemudian, tudung melayang..pakai dress ke masquerade party and now? Kau attend majlis bertema Irama Malaysia pulak ke?” Soalnya sinis. 

Tidak ada secalit senyuman di wajah tampan itu.

“Jangan cakap banyak, boleh tak? Awak nak tolong hantarkan saya ke rumah kawan saya ke tak ni?” 

Soalku sambil menjulingkan mata ke atas. Suka suki pula nak sindir aku.

“Boleh! Aku boleh tolong kau. Not a big deal but you have to help me too..sebagai balasannya” Bulat mataku saat ini.

Dia ni memang macam-macamlah!

“I don’t understand..” Gelengku yang masih blur. 

Pertolongan apa yang dimahukannya dariku?

“Nothing comes free in life, you know!” 

Sebelah matanya dikenyit membuatkan jantungku mula rasa nak terhenti. Dengan wajah yang ketat dia mencapai kaca mata hitam yang tersangkut kemas pada kocek baju kemejanya 
dan dikenakan di wajah.

Pedal minyak ditekan kuat dan kereta bergerak dengan laju membelah jalan raya. Aku pula masih lagi mati kutu mentafsir ayat yang baru diluahkannya tadi.

What? I have to help him out?

Hah sudah! Apa pula pertolongan yang dia inginkan dari aku???!! Hadoi..kedua-dua belah tangan memicit kepala saat ini. Tiba-tiba sahaja terasa kepalaku seperti ingin pecah. Masalah aku pun belum selesai dah nak kena hadap masalah dia ni pulak!

Satu episod yang sangat dramatik telah berakhir dalam hidupku tapi, apabila berjumpa dengan dia ni, aku pasti episod-episod yang akan datang mesti lebih haru dan serabut. Adam, lu jangan macam-macam. Jangan sampai wa hentak lu nanti!

Bab 12 B


“Lu memang dah mereng, bro! Wa tak nak!”

Terjerit kecil aku jadinya gara-gara terlalu terkejut. Aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan untuk seketika. Memang aku akui, aku terhutang budi dengannya. 

Bayangkan, dalam banyak-banyak kenderaan yang lalu-lalang, hanya dia sahaja yang sanggup berhentikan keretanya untuk aku tumpang. Hanya dia. Namun, itu bukanlah tiket untuk dia mengarahkan aku mengikut segala telujuknya sesuka hati! Orang gila sahaja tau yang sangup layan permintaan lelaki ini.

Persoalannya, kenapa aku?

Aku meleraikan tapak tangan dari wajah. Anak mata menjeling sekilas ke arah Adam yang sedang bersandar pada kerusi pemandu. 

Sejujurnya, dia kelihatan lain apabila berbaju melayu begini. Ada getaran memenuhi hati. Kenapa getaran yang 10 tahun tidak pernah hadir ini selalu terjadi saat dia di sisi? Haru betullah!

Tersentak aku jadinya apabila dia mengerling ke mari. Nampaknya dia sedang memerhatiku dengan sangat teliti. Rasa tidak selesa kembali menjengah saat ini. Walaupun wajahnya seperti menanggung bertan-tan masalah namun dia kelihatan sangat bersahaja. Anak matanya kulihat  berlari ke serata wajahku untuk seketika. Aku terus bersuara untuk menutup segala kegugupan yang ada.

“Dengar sini..saya bukan jenis perempuan macam yang awak nampak sejak pertama kali kita jumpa di rumah awak. Saya juga tak anggun seperti semasa awak jumpa semasa masquerade party tu dan saya bukan jenis ayu, selalu berbaju kebaya begini. Saya ni tak sama macam perempuan lain. Saya..”

Kata-kataku disambut oleh gelengan darinya membuatkan bibir aku terus terkunci.

“No. That wasn’t the first time we met. Aku tahu perempuan yang pakai cap dalam studio dulu tu adalah kau.” Selamba sahaja dia bersuara sambil berpeluk tubuh.

Terbeliak biji mataku saat ini. Mana mungkin!

“But how?” Soalku dengan pelik. 

Lantas dia mengeluarkan dompet kulit berwarna hitam miliknya dan sekeping kad ditarik dari dalam saku dompet tersebut.

“This is your business card, right? Aku nampak kau dan kawan kau edar kad ni masa masquerade party tu.” Ucapnya sambil menayangkan kad perniagaanku. 

Kemudian, matanya dikecilkan sedikit sambil membaca tulisan pada kad.

“Kaseh Latifah..” Sebutannya jelas sekali membuatkan aku terus memotong.

“Kay! Just call me Kay.”

Sumpah tak selesa! Aku menarik nafas dalam-dalam.

“Fine. Awak pun dah tahu saya macam mana. Cari orang yang lebih sesuai untuk tolong awak.” 

Putusku sambil mengangkat kedua-dua belah bahu.

“So, you’re not going to help me?” Soalnya dengan sangat serius.

Sebelah keningnya terjungkit ke atas. Aku terus menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

“Bukan tak nak tolong. Masalahnya jenis pertolongan tu tak sesuai dengan saya. Kalau awak nak minta saya pukul orang pun okay lagi, tapi jadi pengantin memang tak sesuai, bro..”

Jemari memintal-mintal bahagian hujung baju kebaya milik arwah ibu saat ini. Kedengaran jelas sebuah keluhan terbit dari mulut lelaki yang sangat segak berbaju melayu putih yang dipadankan dengan sampin berwarna silver di sebelahku ini.

“Tak sesuai ha?”

Baru sahaja aku nak menganggukkan kepala, Adam memusingkan badannya ke bahagian belakang kenderaan. Dari gayanya, dia seperti sedang mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang.

“Kalau ini upahnya? Agak-agak sesuai tak?” Soalnya dengan wajah yang serius. 

Anak matanya dikenyitkan sedikit membuatkan aku tersentak.

Tersentak kerana dia kenyit mata tu satu hal. Tapi, aku terkedu kali ini kerana kotak berisi kamera antik Henry Clay idaman aku sedang berada di dalam genggaman lelaki ini. 

Gulp! 

Serius aku hanya mampu menelan liur saat ini apabila dia mengeluarkan kamera tersebut dari kotaknya.

“Choose now. Tolong aku..dan upahnya adalah kamera antik ini or just leave.” Kedua-dua belah bahu dijungkit ke atas. 

Kemudian, lincah tangannya membuka kunci pada kenderaan.

Aku meraupkan wajah untuk seketika. Anak mata memandang ke arah Adam dengan pandangan tak percaya. Mel, jembalang ni yang sambar kamera antik idaman aku malam tu rupanya.

“Keluar.”

 Arahnya dengan wajah yang tegang tanpa memandang ke arahku. 

Alamak..macam mana ni? Hati dah mula goyang saat ini. Kay, kau tolong dia untuk sekali sahaja dan kamera itu jadi milik kau selama-lamanya. Percuma pulak tu. Aku dah mula tergoda saat ini. Hadoi..masalah ni.

“I said, get out NOW!” Bentaknya. Kecut perut aku saat ini.

Dia kulihat meraupkan wajah beberapa kali. Merah padam jadinya kulit wajahnya yang cerah itu. Lambat-lambat aku menanggalkan tali pinggang keledar sambil menghalakan pandangan ke arah luar kenderaan. Kat mana ni? Macam kawasan berbukit sahaja. Sudahlah tidak nampak bas atau teksi, kenderaan-kenderaan lain pun jarang sekali lalu di kawasan ini. 

Mati aku! 

Dengan baju pengantin ni aku nak merayau? Lupakan sahaja Kay!

“Tapi, kenapa saya? Mana Karlisha?” 
Soalku dengan penuh berhati-hati.

“Just leave!” 

Tanpa memandang ke arahku dia menempik.

Geram betul aku jadinya. Nada suaraku ketika menyoalnya punyalah lembut tapi yang aku dapat hanyalah jerkahan yang sangat berbisa. Memang dasar lelaki poyo!

“Fine! I choose this camera!” Laju ayat itu meluncur dari bibir.

Otak dan hati masih berdebat sama ada keputusan yang aku buat ini betul atau salah.Nyata aku sudah tergoda habis dengan kamera di tangan Adam itu.

“Are you sure?” Soalnya sambil mengecilkan matanya sedikit.

Tidak pula aku mengangguk atau menggeleng. Cuma jari telunjuk sahaja menunding ke arahnya saat ini.

“Tapi ingat. Saya tolong awak untuk sekali sahaja. Whatever masalah yang timbul dari plan gila awak ni, tak akan ada kena mengena dengan saya.” Ucapku yang kemudiannya merampas kamera antik tersebut dari tangan Adam.

Belum pun sesaat kamera ini berada di dalam genggamanku, dia merampasnya semula. Riak tak puas hati kutayang pada lelaki ini.

“What now?” Soalku dengan perasaan sebal yang menggunung.

Dia hanya merenung wajahku sahaja tanpa memberikan apa-apa respons membuatkan aku semakin panas hati. Apa agaknya permainannya.

“Kamera ni akan jadi milik kau selepas kau tolong aku.”

Tanpa sedar aku mencengkam lengannya yang dilapisi baju pengantin dari fabrik satin. Riak wajah lelaki ini terus berubah. Seakan-akan tergamam pun ada jugak. Anak mata kami bertentangan untuk seketika dan rasa tidak selesa itu kembali berkompang di dada. Tajam pandangannya menikam pandanganku. 




Pantas aku mengalihkan tanganku dari lengannya dan anak mata hanya tunduk memandang ke arah tapak tangan di atas riba.

“Bagaimana saya nak tahu yang awak tak akan tipu saya?” Soalku dengan sebal.

Adam pula merenungku seketika dan kemudian kamera yang berada di tangannya diserahkan kepadaku. Bagai tak percaya pula dia bertindak begitu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku terus mencapai kamera antik yang dihulurkannya bersama hati yang berbunga indah. Lupa seketika masalah yang menyelubungi ruang kepala.

“You..”

Jari telunjuknya menunding tepat ke arahku saat ini.

“Gonna help me tomorrow..kalau kau tipu aku, sampai ke lubang cacing aku akan cari kau.”

Ayat yang berbentuk amaran itu diucapnya dengan selamba membuatkan aku kehilangan kata-kata. Kamera yang berada di tangan kuletakkan dengan berhati-hati di atas riba. Anak matanya yang tadi tajam menikamku kini difokuskan pada jalan raya.

Poyo! Annoying betul! Macamlah aku nak lari dengan kamera tu! Ikutkan hati mahu sahaja aku menjerit sekuat hati. Biar pekak terus telinga lelaki poyo ini namun aku tidak mampu untuk berbuat demikian.

Kay, just help him out tomorrow. Kemudian, anggaplah kau tak pernah kenal pun dengan dia. Namanya pun jangan kau sebut lagi. Never ever!



Bab 12 C


“Astaghfirullahalazim Kay, aku rasa kau tak patut lari macam ni je. Sekurang-kurangnya call umi dan abah kau dan beritahu dorang yang kau kat rumah aku. Sekurang-kurangnya dorang tahu kau selamat.”

Bebelan Nana membuatkan aku meletakkan kembali cawan berisi kopi panas ke atas meja. Ni yang aku malas cerita ni. Pandangan kosong kuhalakan pada meja makan bermaterialkan batu marble ini.

Nyata Nana tidak bersetuju dengan tindakan aku melarikan diri dari majlis pertunangan tadi.

“Kau ingat dorang tak risau ke kau buat macam ni?” 

Soalan Nana membuatkan aku tersentak. Anak mata berlari ke wajah gadis yang memakai pijama satin lengan panjang berwarna pink ini.

“Aku tak bawa telefon bimbit pun Nana. Dah namanya pun larikan diri. Kau ingat sempat ke nak plan apa nak bawak. Memang tak dapatlah nak telefon dorang.” Bidasku yang tak mahu kalah dengan bebelan Nana.

Diam-diam, aku terkesan juga dengan kata-kata kawan baikku ini. Sudahlah umi memang ada penyakit darah tinggi. Wajah kuraupkan dengan kasar. Risau pulak hati aku.

“Nana..pinjam telefon bimbit kau kejap.”

Gadis ini terus menghulurkan telefon yang berada di tangannya kepadaku.

“Nah.Sekurang-kurangnya mereka tahu kau selamat.” Ujar Nana yang kulihat sedang mencapai cawan kopi di atas meja. 

Aku hanya diam sahaja mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut gadis ini. Dengan pantas, jemariku menaip sistem pesanan ringkas untuk Layla.

“Assalamualaikum Layla. Jangan risau. I’m at Nana’s place. Safe and sound. Beritahu abah dan umi yang kakak okay.”

Itulah mesej yang kuhantarkan pada adikku, Kaseh Layla. Belum pun sampai seminit, telefon milik Nana berdering. Lekas-lekas aku memfokuskan pandangan pada skrin. Layla!

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Take care kak..tentang umi dan abah, akak janganlah risau. Memang dorang marah sangat tapi nanti-nanti redalah sikit kemarahan dorang tu.”

Tenang sedikit rasanya apabila membaca mesej Layla. Diam-diam kecut juga hatiku ini apabila memikirkan tentang umi dan abah. Mesti teruk aku kena bebel nanti.

“Thanks Nana.”

Aku terus menghulurkan telefon bimbit kembali kepada Nana. Sekarang ni, kepala aku serabut dengan permintaan Adam Putra pulak. Hadoi, lepas satu, satu! Betul ke keputusan yang aku buat tadi? Kenapa tiba-tiba rasa nak tarik diri? Adoi..

“So, camne? Dorang dah tahu kau kat sini? Umi dan abah kau okay?” Soalan Nana membuatkan aku kembali ke dunia nyata.

“Okay rasanya..”

Jawabku pendek sambil menghela nafas berat. 
Fikiranku masih melayang pada pertolongan yang diminta oleh Adam. Aku tak boleh..aku memang tak boleh tolong dia. Kepala kugelengkan laju-laju saat ini.

“Kau ni dah kenapa? Tergeleng-geleng macam orang kena sampuk!” Tempelak Nana. 

Aku hanya mampu tersengih sahaja untuk menutup kegusaran di hati.

“Takde apa-apa!” Pantas aku bersuara sambil menggelengkan kepala.

“Err Nana..esok aku akan pulang ke kampung 
tau. Nak lawat atuk dan Nek Leha.Tolong hantarkan ke stesen bas ekspres ye.” Pintaku pada Nana. 

Plan telah pun kususun cantik di dalam kepala. Maaf Adam, carilah orang lain. Saya tak sesuai untuk tolong awak.

“Eh ya tak ya..kau tak bawa kereta kan? Tadi, dari balkoni depan tu aku nampak ada kereta Audi hantar kau ke sini. Siapa tu?” Soalan Nana membuatkan aku terdiam seketika. 

Kalaulah Nana tahu lelaki itu adalah suami tak jadi Karlisha Zandra, mesti kecoh keadaan apartment 3 bilik ini.

“Ahh dia tu client aku. Aku terserempak dengan dia..dia tolong hantarkan ke sini.”Ucapku. 

Menipu? Mana ada?! Betul apa Adam Putra tu client aku!

“Oh..baiknya!”

Geram pula aku mendengar komen Nana mengenai Adam. Wajah kuraup beberapa kali.

“Baik sangat, Nana..baaaaiiik sangat!” 

Bersama rasa geram yang amat sangat aku mengucapkan kata-kata itu. Berkerut wajah Nana saat ini. Cawan kopi di tangannya diletakkan di atas meja.

“Apesal lain macam je bunyinya tu?” Soal Nana sambil mengecilkan kedua-dua belah matanya.

“Ehhh..mana ada..”

Pantas aku menggelengkan kepala.Nana pula masih pandang aku dengan pelik.

“Nana..aku lapar la..”

Mulalah aku ubah topik. Tapi, memang perut dah mula berkeriukan hebat ni.

“Aku pun! Kejap aku panaskan lauk..kita makan sama ye?” 

Tanpa membuang masa, Nana terus bangun dari kerusi. Bukan nak puji, tapi bab masak-memasak, Nana memang nombor satu. Dari zaman sekolah lagi!

“Thanks Nana! Kau memang sahabat aku dunia akhirat!” 

Jeritku ikhlas kepada gadis yang sudah pun melangkah ke arah dapur itu.
***

Bab 13


“Memang silap besar la kau nak gertak aku macam tu, Adam! Lu tak kenal siapa Kay!”

Aku menjerit kecil sambil tersenyum riang. Rancangan untuk lari dari menjadi pegantin olok-olok  Adam terapung-apung di dalam kepala, tinggal nak melaksanakannya aje! Bukannya aku ini seperti kacang lupakan kulit tetapi pertolongan yang dimintanya itu tak masuk akal langsung! Memang tak boleh blah! Ada ke patut nak suruh aku berlakon? Memanglah berlakon dalam telefon sahaja. 

Tapi, manalah tahu, kalau esok-esok aku kena berjumpa pula dengan neneknya tu..ha, tak ke gila?!

Sah-sahlah aku akan disuruhnya berpakaian seperti wanita sejati. Lebih teruk kalau aku disuruh berfesyen seperti Lish, isteri tak jadinya tu. Eeee..tak sanggup nak pakai baju ala-ala tarzan tak cukup kain macam tu! Lepas tu, muka pulak kena tempek tu, tempek ni, macam badut sarkas! 

Ketawa besar terlepas dari mulutku saat ini apabila terbayang muka Ronald, badut yang menjadi maskot rangkaian restoran terkenal McDonalds di fikiran.

Sebut tentang Karlisha, aku ada juga mengintai gadis itu di instagram dengan menggunakan telefon bimbit Nana, malangnya dah beberapa hari dia tidak memuat naik gambar baru. Nampak macam tak aktif.

 Ah, lantaklah itu bukan masalah aku!

Sambil bernyanyi kecil, lensa Canon EF 24-70mm kukeluarkan dengan berhati-hati dari ‘dry box’. Teringat kata sifuku di Exora photography dulu, tak kisahlah berapa ribu sekalipun harga sesebuah kamera DSLR itu, tetapi kualiti imej yang akan terhasil masih bergantung kepada kualiti lensa yang digunakan. Lampu meja kupetik dengan pantas aku mencapai ‘lens blower’ yang terdampar di atas meja. Selalunya, Sam yang rajin buat kerja membersih lens ni tetapi disebabkan lelaki itu sibuk hari ini, aku ajelah yang ambil alih.

Setelah membersihkan dengan menggunakan ‘lens blower’, aku terus mencapai lenspen pula. Tiba-tiba rasa hendak tergelak apabila teringatkan kisah lama. Kisah kali pertama aku membersihkan lens dulu. Teruk aku dimahari oleh Jaws kerana cuba untuk membersihkan lens dengan cara meniup habuk dan debu dengan menggunakan mulut. Jaws tu sifu aku. Nama lelaki itu sebenarnya Josh, tetapi aku dan Niza menggelarkan dia dengan panggilan Jaws sebab garangnya tu, ya ampun, macam ikan jaws! 

Nasib baik sifu aku tu nampak, kalau tak, memang berfungus la lens tersebut. Aku menggerakkan berus yang berada pada lenspen secara membulat di permukaan lens, bermula dari bahagian tengah secara perlahan-lahan. Memang aku sangat berhati-hati ketika mengendalikan lens. Kalau lens ni rosak, alamatnya menangis tak berlagulah aku.

“Awalnya kau bangun? Baru pukul 7 pagi.”

Aku terus menoleh ke arah suara Nana yang tiba-tiba berkumandang di dalam bilik ini. Nana yang berada di muka pintu kini melangkah masuk ke dalam bilik bersama beberapa bungkusan berisi makanan di tangan.

“Lepas subuh tadi, aku dah tak boleh tidur.” 

Jawabku yang kemudiannya memasukkan semula lens yang telah siap dibersihkan ke dalam bekasnya. Aku jeling seketika wajah gadis yang bertudung biru ini. Dia buat muka pelik pulak.

“Biar betul..bukan kau ni kaki tidur ke?” Soalannya membuatkan aku menjulingkan mata ke atas. 

Gadis itu kemudiannya membuka surat khabar di tangannya dan seluruh fokusnya di situ saat ini. Ah, Nana dan Mel, dua orang manusia ini memang terlalu kenal aku. Yang betul, aku memang tak boleh tidur gara-gara fikirkan pertolongan yang diminta si Adam Putra. Tambah pula dengan kes aku lari semalam, ah, mana mungkin aku sedap-sedap tidur atas katil. Memang tak lah!

“Kau pulak, pagi-pagi buta ni ke mana?” Soal aku tanpa mempedulikan soalan Nana tadi.

“Well..aku beli breakfast lah.”

Beberapa bungkusan berisi makanan ditayangkan di hadapan mataku.

“Oh..” Ujarku sambil mengangukkan kepala beberapa kali. 

Gadis ini yang masih lagi memfokuskan perhatiannya pada surat khabar tabloid di tangannya tiba-tiba pula menjerit dengan kuat.

“Ya Allah!!!”

Tersentak aku jadinya. Bulat mata Nana menjegil ke arahku saat ini. Apahal pulak dengan dia ni?

“Kay!!”

Tempiknya lagi setelah dilihat tiada respons dari aku. Terus sahaja aku membentak.

“Apa??” Bersama wajah yang berkerut aku menjeling ke arah Nana.

“Kau tengok ni!”

Surat khabar dilepakan di atas meja makan dan belum sempat aku baca apa-apa, Nana telah pun bersuara dengan sangat kuat.

“Model terkenal, Karlisha Zandra tidak hadir akad nikah, Presiden Sakura Group, Adam Putra tidak dapat dihubungi.”

Serentak dengan itu juga aku memfokuskan pandangan pada tajuk berita di atas dada akhbar itu. Betullah kata Sam semalam. Sam siap mesej aku beritahu yang majlis akad nikah kucar-kacir semalam. Siap ada beberapa orang wartawan datang ke majlis itu. Walaupun benda ni tak ada kena mengena dengan aku, aku dah rasa kecut perut. Memulas-mulas rasanya. Aku tak mahu masuk campur hal ni. Sorry Adam Putra, aku terpaksa mungkir janji.

“Ingatkan apa..” Ucapku dengan bersahaja. 

Cuba untuk control cool.

“Kau tahu ke dorang tak jadi kahwin? Macam tak terkejut je?” Soalan Nana kujawab dengan anggukan. 

Kalaulah Nana tahu yang hantar aku ke rumahnya semalam adalah Adam, mesti terkejut beruk dia ni.

“Ta..tahu. Dorang ambil photography package from KLIK! Semalam Sam dan Mel cover majlis ni. Dorang bagitahu aku.” Balasku dengan lancar.

 Rambut yang terikat kemas kubetulkan sedikit dan aku mencapai cap yang terdampar di atas meja. Cap merah tersebut kukenakan di kepala.

“Oooo..” Nana sekadar mengangukkan kepala. 

Alamak, kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Tambah-tambah bila Adam tahu aku berada di sini, aku jadi semakin gelisah.

“Err..Nana..kau hantar aku ke stesen bas sekarang boleh? Aku rasa macam nak balik kampung sekarang la..” Aku terus bangun berdiri. Beg berisi kamera dan peralatan lain aku zip dengan kemas.

“Biar betul kau ni. Cakap semalam pukul 10 pagi!” Getus Nana. Aku terus menggelengkan kepala.

“Aku nak balik sekarang. Kejap aku ambil wallet.” Kelam-kabut aku berkata begitu. 

Baru sahaja hendak melangkah ke dalam bilik, Nana bersuara dengan nada yang sangat pelik.

“Kenapa ni? Macam ada yang tak kena aje.”

 Dia yang telah berdiri sedang berpeluk tubuh memandang ke arahku.

“Tak..aku rindu atuk dan Nek Leha kat kampung.” Lancar sekali aku menjawab.

 Gadis ini hanya mampu menggelengkan kepala. Gerun apabila melihat wajah Adam di atas dada akhbar. Terus sahaja aku menutup akhbar tersebut. Semakin peliklah Nana jadinya.

“Kut ye pun, mandi laa dulu.”

Mandi? Ah..semua tu hanya akan melambatkan aku.

“Eh..takpe. Tak sempat dah ni. Aku pinjam jeans dan t-shirt ni tau. Nanti aku pulangkan.”

Dengan kalut aku melangkah keluar dari ruangan dapur ini dan berlari ke bilik tanpa menunggu jawapan balas dari Nana. 

Yang pasti, mesti gadis itu pelik gile dengan perangai aku pagi ini. Bukan lagi macam cacing kepanasan tapi dah macam cacing terbakar rentung dah ni. Semuanya gara-gara lelaki itu.

***

Bab 13

Nak cari ketenangan konon. Yang dapat sekarang adalah tekanan yang maha hebat! Takut punya fasal, aku siap bersembunyi di belakang atuk. Mana tak nya, abah tu.. asyik menjegil ke mari je. Bagai nak terkeluar bola matanya tu. Umi pula awal-awal lagi dah buat drama air mata sampai aku rasa sangat bersalah. Hadoi la..parah ni.

Semuanya salah si Layla! Ada ke patut dia beritahu dengan umi dan abah yang aku berada di kampung. Selepas sejam aku sampai, umi,abah dan Layla pulak sampai. Cap yang berada di kepala kubuka dan kulemparkan ke atas riba. Tangan pula memicit kawasan kepala yang semakin runsing.

“Semua perkara boleh dibawa berbincang. Kalau kamu berdua tengok dia macam nak telan, memang perkara ni tak akan selesailah.” 

Akhirnya atuk bersuara. Nek Leha yang duduk di sebelah Aku pula mengelus lembut kepalaku. Rasa tenang sesaat.

“Betul..cuba berbincang elok-elok..” Tokok Nek Leha. Atuk yang bersinglet putih dan berkain pelikat coklat mengangukkan kepala berulang kali.

“Ayah..mak..budak ni dah malukan muka kami! Elok-elok kita carikan jodoh untuk dia, boleh pulak dia tolak. Elok-elok orang buat majlis pertunangan untuk dia, boleh pula dia lari dari rumah.” Bersama linangan air mata umi bersuara. 

Demi Allah, aku bukan tak kasihankan umi tetapi aku juga perlu fikir tentang perasaan sendiri. Semua mata kini tertumpu pada aku. Nafas kutarik dalam-dalam sebelum bersuara dengan selembut mungkin.

“Atuk..Nek Leha..awal-awal lagi Kay dah cakap yang Kay memang tak mahu bertunang dengan Irham. Bayangkanlah..Kay pun baru dapat tahu semalam yang Kay akan ditunangkan. Siapa je yang tak terkejut?” Anak mata tak berani kupandang mana-mana. 

Hanya kufokuskan pada tikar mengkuang yang menjadi alas duduk kami di ruang tamu ini.

“Aisyah..Kamil..dari awal lagi mak dah cakap. Jangan buat begitu. Jangan paksa kalau dia tak mahu. Kerja tunang kahwin ni tak boleh dipaksa-paksa.”

Kata-kata Nek Leha membuatkan aku tersentak. Maksudnya Nek Leha dah tahu tentang rancangan umi dan abah untuk tunangkan aku semalam?

“Betul tu. Mestilah Kaseh ni terkejut. Tambah-tambah dia dah lama tak jumpa budak Irham tu. Tup tup, kamu nak tunangkan dia dengan budak tu.” Atuk pula menambah. 

Fuhh..lega betul rasanya hati saat ini. Kedengaran suara abah mendengus kasar membuatkan aku kecut perut.

“Tapi, takkan lah sampai lari dari rumah! 
Kami tak pernah didik dia untuk buat begitu!” Bidas abah. 

Aku hanya mendiamkan diri sahaja.

“Masalahnya mak, ayah..budak Kaseh ni bukannya tak sukakan Irham tu aje..dia ni takde perasaan dengan lelaki! Tengok ajelah gaya berpakaiannya tu. Belum lagi gaya berjalan, gaya buat kerja, gaya bercakap..kasar!” Kata-kata umi benar-benar membuatkan aku sakit kepala. 

Balik-balik gaya aku berpakaian yang dijadikan isu.

“Sebenarnya mak..ayah, kami takut kalau Kaseh ni ada hati dengan..err..dengan..”

 Abah pula bersuara membuatkan aku menepuk dahi saat ini.

“Dengan apa?” Soal atuk sambil membetulkan kaca matanya.

“Kaum sejenis!” 

Jawapan umi membuatkan atuk dan Nek Leha beristighfar serentak saat ini.

“Astaghfirullahalazim..”

Aku pula hanya mampu meraupkan wajah beberapa kali. Ini semua kerana Makcik Melah! Makcik Melah memang suka sebarkan fitnah kat taman perumahan tu. Ya Allah..kenapalah ada orang bermulut longkang macam tu?

“Apa yang kamu merepek ni Kamil? Aisyah?” 

Jerkah nenek tidak puas hati. Membuak-buah kemarahan di dalam dadaku untuk makcik mulut longkang tu. Umi dan abah pun satu..percayakan sangat kata-kata jiran.

“Mak tengok ajelah gaya dia ni..takkan mak dan ayah tak runsing?” 

Soalan nenek di jawab dengan soalan juga oleh  umi.

“Jiran-jiran kat taman perumahan tu dah lama heboh yang Kaseh ni sukakan kaum sejenis! Tak ada hati dengan lelaki!” Luah umi.

 Dalam diam aku kasihankan umi dan abah juga.

“Mana kami nak letak muka ni?” Suara abah pula bergema.

“Mana ada nenek! Atuk! Demi Allah Kay tak ada hati dengan kaum sejenis. Dorang tu memang suka buat fitnah! Ikutkan hati Kay yang panas ni, dah lama Kay tumbuk mulut...” 

Belum pun sempat aku menghabiskan ayat dalam rasa marah yang membuak-buak, abah sudah pun memotong.

“Tengok tu..ayah tengoklah. Senang-senang nak tumbuk-tumbuk orang..maklumlah jaguh tae kwan do! Masa lapang dihabiskan dengan kickboxing, muay thai! Kalah orang jantan!” Bidas abah.

 Opps..salah cakap la pulak. Takkan belajar tae kwan do pun salah? Kalaulah abah dan umi tahu apa yang pernah terjadi kepadaku dulu. Atuk dan Nek Leha memandang ke arahku dengan pandangan simpati. Hanya mereka yang tahu segala-galanya.

“Orang perempuan ambil kelas menjahit..kelas memasak, tapi budak ni ambil kelas tae kwan do!Macam manalah kami tak risau mak? Ayah?” Umi pula sambung membidasku.

 Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Sebak terasa dada saat ini. Entah kenapa aku rasa sangat sedih dengan semua yang sedang berlaku.

“Kaseh..pandang nenek..” 

Lembut suara nenek menampar gegendang telinga. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah bersama mata yang sudah pun berkaca.

“Nenek sayangkan kamu. Hari ini, nenek nak kamu jujur dengan nenek..betulkah kamu ni sukakan kaum sejenis?” Soalan nenek kujawab dengan gelengan.

“Mana ada nenek. Kay masih waras lagi..Kay berani bersumpah. Demi Allah Kay tak ada perasaan dengan perempuan. Demi Allah nek.”

 Bersungguh-sungguh aku melafazkan ayat itu. Sebelah tangan menyebak rambut yang terjuntai di wajah ke belakang.

“Kalau macam tu, cuba kenal-kenal dengan Irham tu..”

 Umi ni..tak habis-habis dengan si Irham tu. Apa agaknya dia jampi umi sampai umi tak habis-habis sebut nama dia?

“Aisyah..!”

 Kedengaran suara nenek menjerkah umi.

“Kaseh..nenek bukan nak paksa..tapi, kenapa kamu tak sukakan Irham tu? Kamu ada pilihan lain ye?” Soalan nenek tak tahu nak kujawab bagaimana. 

Belum sempat aku menjawab soalan nenek, umi sudah bersuara.

“Betul tu..takpe nak..bagitau umi..kamu dah ada pilihan? Siapa? Tinggal di mana??” 

Buat pertama kalinya semenjak aku buat hal semalam suara umi lembut menampar telinga.

“Kalau belum ada, tak salah kamu terima Irham tu. Abah tengok budak tu baik orangnya..”

 Suara abah juga sudah kembali lembut.

Irham,Irham,Irham! Balik-balik Irham! Setiap kali dengar nama dia,setiap kali juga dada aku mendidih.

“Kami beritahu kepada keluarga Irham yang kamu ada hal penting semalam. Jadi, mereka tinggalkan cincin aje dulu. Sekarang mereka tunggu jawapan dari kamu aje..”Ujar umi dengan lembut. 

Tak boleh jadi ni. Ingatkan aku lari semalam, semuanya dah berakhir. Tak sangka pula mereka tinggalkan cincin. Adoi..stress betullah!

“Kay tetap tak akan terima Irham!” Perlahan aku bersuara namun sangat tegas.

“Kenapa? Kamu dah ada pilihan lain ke Kaseh? Takpe..kalau dah ada pilihan, beritahu sahaja kami..” Soalan umi membuatkan aku buntu. 

Kalau aku jawab tak ada pilihan, mereka akan terus-menerus mendesak aku untuk menerima Irham. Akhirnya, aku hanya mampu menganguk kecil.

“Betul ni?” 

Bersinar-sinar wajah umi saat ini.

“Be..betul.” Jawabku tergagap-gagap.

“Siapa?” 

Soal abah penuh rasa ingin tahu.

“Err..nantilah Kay beritahu siapa orangnya.” 

Jawabku acuh tak acuh.

Mati aku kalau dorang tahu aku berbohong. 

Apabila mataku bertembung dengan pandangan Nek Leha, wanita itu kulihat menggelengkan kepalanya sedikit. Alamak..rasanya Nek Leha tahu aku berbohong. Aku hanya mampu tersengih sahaja. Bukan niat mahu menipu tetapi umi dan abah terlalu mendesak.

 Apa lagi pilihan yang aku ada?

“Kak Kaseh..” 

Suara Layla memanggil namaku kedengaran jelas di ruang tamu.

Fuh..selamat aku! Inilah saat yang aku tunggu-tunggu.

“Sekejap ye. Layla panggil Kay tu..”

Terus sahaja aku meminta diri.

Kelam-kabut aku menapak ke arah pintu. Langkah kaki kemudiannya kuaturkan keluar ke beranda rumah. 


Eh ada kereta mewah di halaman rumah. Mana ada kawan-kawan sekampung denganku pakai kereta Mercedes ni.

Anak mata berlari ke arah Layla pula. Dari sini, dapat kulihat Layla sedang berbual dengan seorang lelaki betul-betul di bawah pokok rambutan di halaman rumah. Anak mata kukecilkan sedikit. Serentak dengan itu juga, jantungku berdegup dengan sangat kencang. 

Mati aku!

 Baru sahaja ingin berlari masuk semula ke dalam rumah, Layla memanggil namaku dari bawah sana. Lelaki itu pula kulihat membuka kaca mata hitam di wajahnya dan memandang tajam ke mari membuatkan aku rasa seperti ingin pengsan saat ini. Apa aku nak buat ni? Adoi!


bersambung :)

Segala komen boleh berikan di facebook ye :) tq so much sudi baca..