DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Monday, 11 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU [BAB 20 & BAB 21]

BAB 20

TENGKU ALAWIYAH / MAMA ADAM PUTRA

“Putra..dah fikir habis ke? Macam mana kalau penipuan ni melarat?”

Aku hanya mampu memasang telinga sahaja mendengar soalan mama Adam itu.  Suasana di medan selera ini tidaklah sesak tetapi ramai orang. Maklumlah, waktu makan tengahari.Puan Seri Tengku Alawiyah memang seorang yang sangat anggun tetapi tak mengada macam kebanyakan mak-mak datin. Tengoklah, selamba aje minum di medan selera. 

Kedengaran keluhan berat keluar dari mulut Adam. Merah sedikit kulitnya yang disambar mentari tadi.

“Bagi Adam ini bukan penipuan.” Ucap lelaki ini kemudiannya.

“Habis tu?” 

Nada suara Tengku Alawiyah sudah naik satu oktaf. Anak gadisnya, Aryana Putri yang sibuk dengan fail di tangan terus mengangkat wajah merenung ke arah mamanya saat ini.

“Putra takde niat pun nak menipu cuma Putra tak sanggup kalau apa-apa jadi pada nenek.”
 Luah Adam. 

Wajahnya nampak sedikit serabut saat ini. Ah, ini semua salah Karlisha. Kalau dia tak batalkan pernikahan di saat akhir, semua kekusutan ini tak akan jadi.

Aku terus melarikan anak mata ke arah deretan gerai yang terdapat di sini. Macam-macam ada. Kering pulak tekak ni. Mana agaknya air yang kami pesan tadi? Singgah ke Pluto dulu ke apa sebelum sampai sini?

“Mama dah lupa kenapa nenek jatuh sakit sampai kena buat pembedahan jantung?” 

Soal Adam setelah Tengku Alawiyah mendiamkan diri.

“Sebab dengar berita arwah papa meninggal, ma. Sudahlah masa tu nenek dengan Kak Yumi dah berada di Jepun. Nasib baiklah Kak Yumi tu memang jururawat profesional.” 

Dia sendiri yang jawab soalan yang ditanya tadi. Lama anak mata Tengku Alawiyah berada di mata anak lelakinya ini. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. 

“Betul..betapa kalutnya kita masa tu..” Sampuk  Kak Aryana Putri pula.

ARYANA PUTRI/ 29 TAHUN/ PEMILIK AGENSI MODEL MUSLIMAH/ KAKAK ADAM PUTRA

“That was a few months ago. Masih baru.” Celah gadis itu lagi. 

Fail yang berada di tangan ditutup terus. Tengku Alawiyah mengangkat wajah saat ini.

“Mama tahu..” Luahnya bersama keluhan berat.

“Mama..Putri pun risau.”

Ujar Kak Putri sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. 

Tengku Alawiyah terus mendengus kasar. Aku tahu wanita yang bertudung merah ini sudah serabut.

“Mama tak tahu nak fikirlah! Nenek kamu tu pun satu. Mama dah halang dari pergi ke Jepun tu dulu, tapi nakkkk juga pergi! Nasib baiklah kita hantar si Yumi pergi dengannya sekali.” Bebel ibu kepada Adam ini.

 Tegang sekali wajahnya yang ayu itu membuatkan aku melarikan anak mata ke arah lain pula apabila mata kami bertentangan tadi.

“So, introduce yourself.” 

Mendengar sahaja arahan itu, aku terus membetulkan topi di kepala dan aku memandang kembali ke arah Tengku Alawiyah.



“I’m Kay, 26 years old, photographer..saya ada syarikat dan studio sendiri. KLIK! namanya.” 

Lancar sahaja ayat yang keluar dari mulutku. Wanita yang duduk berhadapan denganku itu terus merenung ke arahku dengan penuh minat.

“So, you’re a business woman?”

 Soalnya bersama mata yang bersinar. Hilang sedikit resah di hatiku kerana terpaksa berhadapan dengan VIP sepertinya.

“Ikan bilis je Puan Sri..” Ujarku sambil tersenyum meleret.

“Call her mama.” Pantas Adam bersuara saat ini. 

Mati terus senyuman di wajahku. Pantas aku merenung ke arah Adam yang memang sedang merenung ke mari. Kaca mata hitam yang berada di tangannya dipusing-pusingkan sedikit. 
Selamba betul!

“Nanti tak tersasul depan nenek.” Ucapnya lagi. 

Aku hanya mampu mengetapkan bibir aje. Banyak betul pantang larang dan syarat-syarat kau! 

“26 years old and ada syarikat sendiri. That’s impressive.”

Apabila mendengar suara mama Adam, automatic bibirku tersenyum. 

Aku terus melarikan pandangan ke arah wanita itu. Dia kelihatan seperti kagum dengan aku yang biasa-biasa sahaja ni. Aku rasa senang dengan Puan Sri ni. Aku rasa dia seorang yang suka melihat dan mencari sisi positif dalam diri seseorang. Tengoklah walaupun aku ni nampak kasar, tapi itu tidak menghalangnya dari melayan aku dengan baik. Bodohnya Karlisha. Mana nak dapat mak mertua macam ni oi!

 “So, this is the photographer you’ve been telling me about?” 

Apabila Kak Aryana Putri bersuara, aku terus melarikan anak mata ke arah Adam.

“Yup!” Ucap Adam dengan anggukan pantas. 

Aku hanya mampu tersenyum sahaja ke arah gadis cantik itu. Dia juga merenung ke arahku saat ini.

“I’ve seen your work..” Ucap gadis yang beberapa tahun lebih tua dariku itu.

“Oh ye?” Soalku sambil tersenyum. Pantas dia menganggukkan kepalanya.

“Yes..and I like it!” 

Lega betul apabila dia berkata begitu.Belum sempat aku memberikan sebarang respons, Kak Aryana Putri terus bersuara.

“Hopefully we can work together nanti.” Ucapnya sambil tersenyum lebar.

“In syaa Allah.” Jawabku.

 Tengku Alawiyah aku lihat terus merenung ke arahku dengan sangat mendalam membuatkan aku terkaku seketika.

“Adam..she’s really a nice lady. Ada syarikat sendiri..but, kamu tahulah nenek tu..”

 Ada keluhan di akhir ayatnya. Aku pula terus menundukkan wajah. Alamak..takut pulak aku dengan nenek Adam.

“Cerewet!Garang pun ye jugak. Putri pun selalu aje kene tegur. Ada aje yang tak kena tetapi nenek tu baik hati.”

Kata-kata Kak Putri membuatkan air liur yang aku telan terasa kelat. Tengku Alawiyah memandang ke arahku dengan pandangan yang sangat aneh. Aku mulalah resah.

“Kaseh..I respect your choice of styles..tapi, I don’t think you’re a suitable candidate sebab nenek tu..” 

Belum sempat Tengku Alawiyah meluahkan pendapat jujurnya, pantas Adam memotong.

“Mama..you chose Karlisha and look, what she has done to us?” Soal Adam. Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

“This time, Adam yang akan pilih.” Tegas kata-kata Adam saat ini.

“Kaseh is going to be my wife soon!” Putusnya lagi membuatkan jantungku mulalah berdegup dengan sangat kencang. Pantas aku bersuara sambil merenung tajam.

“Er..pembetulan. Isteri olok-olok je.”

Aku siap jegilkan mata sedikit ke arah Adam yang juga sedang merenung ke arahku.

Aduh..elok juga Adam jawab begitu. Kalau tak, terlepaslah peluang aku untuk bekerjasama dengan Aryana Putri. Bayaran pulak bukan sikit-sikit. Satu lagi, dapatlah aku larikan diri dari Irham! Ah, tak boleh jadi ni.

“Tengku Alawiyah..”

 Panggilku dengan lembut. Pantas wanita itu memandang ke arahku dengan wajah yang kusut.

“Panggil mama je. Nanti kat sana nanti tersasul pulak.” Tegur wanita itu.

 Aku mulalah rasa janggal sikit. Erhh ni semua idea si Adamlah ni! Pantas aku bersuara.

“Err..don’t worry about my style. In syaa Allah, nenek okay.” Ucapku sambil tersenyum. Adam pula terus memotong saat ini.

“Trust me mama..nenek will like her.” Ucap lelaki itu. 

Kecut perut pula apabila membayangkan tentang nenek si Adam ni.

“Mama tak tahulah Putra. Mama tak tahu nak setuju atau tak dengan rancangan kamu ni.” 

Keluh Tengku Alawiyah akhirnya. Pandangan kemudiannya kuhalakan pada seorang lelaki yang sedang membawa dulang berisi minuman ke mari. Ha..sampai pun air! Akhirnya!

“Kay!”

Anak mata terus kularikan ke arah Aryana Putri.

“Yes..” Jawabku. Pantas dia menghulurkan fail di tangannya.

“Maybe you can go through this file..”  Ucapnya.

 Aku terus mengambil fail tersebut dan kubuka dengan cermat saat ini. 

“Semua information tentang projek winter shooting  ada dalam tu.” Jawabnya lagi. 

Segala fokuskan pada fail di tangan. Kemudian, aku memandang ke arahnya kembali.

“Okay Kak Putri.” Ucapku sambil mengangkat ibu jari tangan kanan ke arahnya.

Anak mata kini berada pada minuman di atas meja. Semua orang nampaknya dah mengambil minuman masing-masing. Perlahan-lahan aku mencapai gelas di hadapanku dengan perasaan yang pelik. Bila pula aku order air kopi O?

“Alaa silap air la pulak! ” Gumamku dengan geram.

 Kemudian, aku terus melambaikan tangan ke arah  pekerja yang menghantar minuman ini tadi.

“Bro!”

Panggilku sedikit kuat. Pantas lelaki itu berlari ke mari. Gelas kopi kuangkat dan kuberikan kepadanya.

“Silaplah. Teh tarik bukan kopi panas.” Ucapku kepada lelaki ini. Terus dia meminta maaf kepadaku.

“Oh ye ke..sorry..sorry..” Ujarnya. 

Aku hanya menganggukkan kepala. Kemudian, aku terus bersuara dengan senyuman lebar di bibir.

“Kasi tarik cantik-cantik, okay?” Siap buat gaya tarik teh lagi dengan tangan.

“Mesti..” Kata lelaki itu sambil ketawa.

“Cayalah bro!” Ucapku lagi sambil angkat ibu kari tangan kananku.

 Kenapa semua orang diam sahaja. Pantas aku mengangkat wajah. Terlopong jadinya mulut Tengku Alawiyah memandang ke mari. Terus dia memicit dahi saat ini.

“So..sorry.”

 Ucapku sambil tersenyum tawar. Alamak..over sangat ke gaya aku tadi? 

Adam dan Kak Putri tak dapat lagi menahan tawa mereka. Aku hanya mampu mengetap bibir ke arah Adam yang sedang menggelengkan kepalanya memerhati gelagatku ini.

Aduh! Boleh ke aku ubah gayaku di hadapan nenek nanti?



***


Bab 21




Aku hanya mampu merenung ke arah luar tingkap kapal terbang sahaja saat ini. Anak mata berada pada gumpalan awan yang kelihatan seperti gula-gula kapas dari atas  ini. 



Fikiranku mula  melayang pada umi, abah, atuk, Nek Leha dan Layla di lapangan terbang tadi. Semuanya menangis beriya-iya kecuali atuk dan abah.

Aku, walaupun tidaklah menangis tadi tapi rasa sebak sedikit pula saat ini. Topi yang berada di kepala kini kubuka dan aku letakkan di atas riba. Kemudian, aku terus menutup window shade di sebelah kiriku.  Rambut yang aku ikat satu kubetulkan sedikit saat ini sambil mendengar maklumat yang sedang diberikan oleh juruterbang tentang penerbangan kami ini.

Aku tahu aku banyak lukakan hati umi dan abah dengan gayaku ini. Kalaulah mereka tahu apa yang terjadi dulu, pasti mereka akan lebih faham. Maafkan Kay, umi..abah! Rintih hatiku saat ini. Mata kupejamkan serapat-rapatnya dan cuba untuk lelapkan mata. Selepas kira-kira 5 minit, aku dapat merasakan yang ada orang sedang menyelimutkan tubuhku sehingga ke dada. Bau wangian yang dapat kuhidu dengan jelas saat ini membuatkan aku terus gugup. Tahulah aku siapa yang menyelimutkan aku sebentar tadi. Debaran halus menyelinap di dalam dada ketika ini. Tak berani terus hendak membukakan mata. 

Kenapa dia sangat baik denganku? Kenapa aku yang dipilih untuk ke Jepun bersama dengannya? Lelaki seperti dia boleh sahaja upah mana-mana perempuan untuk ikuti idea gilanya ini. Malah, berbekalkan status, wajah yang kacak dan badan yang tegap itu, tanpa bayaran pun aku rasa ada yang sanggup!
Perlahan-lahan aku memusingkan badan menghadap dinding kapal terbang di sebelah kiriku.

“Are you awake?” Soal lelaki itu.

Pantas aku pura-pura menenyeh mata saat ini. Konon-konon baru terjaga dari tidur.

“Dah nak sampai ke?” Soalku dengan nada yang pura-pura mengantuk.

Aku sendiri rasa nak ketawa saat ini. Soalannnn! Pergh! Tak boleh blah.

Wajah lelaki yang duduk di sebelahku ini kukerling sekilas bersama debaran halus yang masih bersisa.

“Many hours to go..belum sejam pun kita kat atas ni” Ujarnya. 

Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja. 

Kami sama-sama mendiamkan diri saat ini. Fokus aku hanya pada pramugari yang sedang menghidangkan air dan makanan.


Yang aku dengar dari cerita Mel, kalau naik business class, macam-macam makanan dorang kasi. Eloklah tu, perut pun dah berkeriukan  teruk ni.

Gelas berisi air kucapai dan aku mulalah menghirup sedikit jus oren ini. Sebaik sahaja aku meletakkan gelas di atas meja, aku terus mencapai secucuk sate yang berada di dalam pinggan dan aku jamah dengan penuh selera.  

Yes, sate! Ada 5 cucuk kesemuanya. Mengikut menu, lepas ini aku akan dihidangkan dengan salad dan nasi berserta ayam bakar.

“What happened to you that night?”

Soalnya bersama wajah yang berkerut. Apabila sedar dia sedang merenung ke arahku, aku meletakkan lidi sate ke dalam pinggan. 

“That night? Which night?” Soalku sedikit blur. 

Adam Putra terus meneguk sedikit jus sebelum bersuara.

“Semasa aku jumpa kau dengan pakaian pengantin kat tepi jalan.” Jawabnya.


“That night!” Ucapnya lagi. 

Anak matanya tepat berada di wajahku membuatkan aku rasa sedikit tidak selesa. Tambah-tambah apabila jarak di antara kami sangat dekat begini. Aku jadi sedikit gugup. Kenapa dengan dia aku jadi begini? Hanya dia. Nafas kutarik dalam-dalam.

“Saya lari dari majlis pertunangan.” Ucapku bersama keluhan berat. 

Tersentak seketika lelaki ini. Alaaa janganlah dia samakan aku dengan Karlisha pulak.

Aku tahu umi sangat kecewa, marah dan sedih dengan aku malam tu. Tapi, aku juga tahu umi bersyukur aku tak jadi bertunang dengan Irham selepas dia tahu si Irham tu ada awek lain.


“Apa beza kau dengan Karlisha?” 

Sinis sekali soalan itu menghiriskan hatiku. Tajam renungannya saat ini. Tersentak aku jadinya. Pantas aku bersuara.

“Keluarga saya mahu saya bertunang dengan Irham. Saya dapat tahu beberapa jam sebelum majlis tersebut.” Keluhku. 

Apabila mendengar nama Irham berubah terus riak wajahnya. Gelas di tangan diletakkan di atas meja.  Sembang, sembang juga. Sate depan mata jangan dibiarkan saja. Terus aku mencapai secucuk lagi sate dan kujamah . Kemudian, aku terus menoleh ke arah lelaki ini.


“Salah  ke saya lari? Irham tu dah ada awek la.” Mendengar sahaja kata-kataku, Adam terus menggelengkan kepalanya.


“Awak kenal dia kan?” Soalku bersama tanda tanya di wajah. 

Lidi sate kuletakkan di dalam pinggan.


“Tapi kenapa korang tak ngam?” Aku besuara lagi. 

Adam kulihat mengelap mulutnya dengan tisu sebelum bersuara.


“Irham is Karlisha’s ex-boyfriend.” Kata-kata itu membuatkan aku terdiam. 

Pulak dah! Pantas Adam menganggukkan kepala ke arahku.


“Yes..” Ujarnya bersama wajah yang serius.


“Bila dapat tahu yang Karlisha nak dijodohkan dengan aku, Irham tak puas hati..tapi Irham pun tak pernah setia. Perempuan keliling pinggang.” Cerita Adam Putra. 

Aku memang bengkek bila dengar nama si sewel tu. Aiskrim kucapai dan aku mula menjamah aiskrim pulak saat ini.


“Memang sewel mamat tu.” Terkeluar juga ayat tersebut dari bibir. Aku siap julingkan mata ke atas lagi.



Tanpa aku duga wajah yang serius ini merenung dengan redup ke arahku. Ada senyuman di bibirnya yang kemudiannya bertukar menjadi ketawa kecil. Terpaku aku jadinya. Sedikit terpesona.  Mataku memerhati wajahnya yang sudah pun sedikit merah kerana terlalu banyak ketawa, mungkin. Barisan giginya cantik, bibir yang merah pucat menandakan yang dia bukan seorang perokok.  Apa agaknya yang kelakar sangat?

Apabila renungan kami bertautan lama, terus wajahnya kembali serius. 

“Comot..just like a kid.” Ucapnya dan dengan pantas dia mencapai tisu di atas mejaku.

Kini tisu tersebut ditembapkan dengan perlahan-lahan pada bahagian atas bibirku membuatkan aku rasa nak terjun keluar dari kapal terbang. Sabar Kay! Sabar! Berdebar hatiku saat ini.

“A..Adam.” 

Apabila terdengar suaraku, pantas dia meletakkan tisu di atas meja.Aku lihat dia juga seperti baru tersedar apa yang dilakukannya tadi.

Kedua-dua belah tangannya meraup wajah ketika ini. Aku pula hanya mampu menundukkan wajah memandang ke arah kotak aiskrim di tangan. 

Erghh janggalnya aku rasakan situasi sekarang. Kenapa jantung ni tetap mahu berdetak dengan sangat laju?

“So, Karlisha chose you over Irham?” 

Aku tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan itu untuk menutup kegugupan dan rasa tidak selesa yang wujud.

“I think so. Karlisha..she is still young, opportunist  and materialistic..she just wanna have fun and sometimes she doesn’t even know what she needs in her life. Dia jenis yang mahu kesemuanya tapi tak tahu apa yang dia betul-betul perlukan.” Aku hanya mendengar sahaja kata-kata Adam. 

“Aku dan Lish, kami memang tak sesuai. Tapi, mama and ibu Karlisha  yang nak sangat tengok kami hidup bersama. Dorang yang seronok nak berbesan aku pula yang jadi mangsa.” 

Ada nada geram dalam suara itu.

 Tersentak aku mendengar luahan yang keluar dari bibirnya. Tidak sangka cerita kami hampir sama. Sama-sama hendak disatukan dengan pilhan keluarga.

 “Sama ‘case’ dengan saya. Memang ‘gone case’ lah!” Luahku sambil menggelengkan kepala.


“Do you love her?” Soalanku membuatkan lelaki ini menoleh ke arahku. 

Sebelah keningnya terangkat sedikit tika ini membuat wajah itu semakin menarik untuk dipandang. Sebelah sikunya diletakkan di atas penghadang yang memisahkan kerusi aku dengannya di dalam kapal terbang ini membuatkan aku tergamam. Anak mata berlari ke arah tangannya yang tegap dan kemudian ke wajahnya. Apasal la kau tanya dia soalan macam tu, Kay!  

Apabila dengan perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya kepadaku, memang kalut kurasakan tetapi aku tetap maintain selamba. Anak matanya yang berhantu itu menjelajah ke seluruh wajahku dan kemudian, mata kami bertautan seketika. Aku mahu larikan anak mata ke arah lain tetapi bagai ada magnet, aku tidak mampu untuk buat macam tu. Debaran yang sedikit kencang benar-benar merimaskan. Perlahan-lahan Adam Putra menggelengkan kepalanya.

“No. Sebab setiap kali aku pandang matanya, rasa itu tak pernah ada.” 

Ucapnya dengan sangat jelas di telingaku.

 Aku terus meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan. Bagaimana dengan aku? Setiap kali aku pandang mata lelaki ini, macam-macam rasa ada! Apa maknanya tu?! Rasa resah dan gelisah terpalit di hati.

“Ooo..” 

Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku.

Adam Putra masih tidak berganjak walau seinci. Aku pantas mencapai gelas air untuk melegakan kegugupan.


“Kau tahu rasa macam mana yang aku maksudkan tu?” 

Detak jantung semakin tidak menentu apabila dia bertanyakan aku soalan ini. Tersedak aku sedikit. Terus aku mencapai tisu dengan keadaan yang terbatuk-batuk. Kenapa ada senyuman yang sangat mempesonakan di bibir lelaki itu?  

“Ma..manalah saya tahu!” Pantas aku menjawab saat ini.  

Adam terus mengubah posisi duduknya. Aku lihat dia menggelengkan kepala dan menggumam sesuatu dengan sangat perlahan. Namun aku masih dapat mendengar dengan jelas.

“You’re lying, Kaseh.”

Demi Allah rasa nak tercabut jantung saat ini. Aku hanya mampu memejamkan mata rapat-rapat sebelum buat-buat tak dengar apa yang dikatakan itu.


“I beg your pardon?” Soalku sambil berpura-pura selamba.


“Nothing.” Ucapnya bersama senyuman yang masih bersisa di bibir. 

Setelah memberikan dulang berisi pinggan kosong kepada pramugari yang bertugas, Adam terus mengeluar laptop dari dalam briefcase hitamnya. Aku pula masih lagi terkebil-kebil memandang ke arah lelaki itu. 

Dari sisi, lelaki yang menyinsingkan lengan bajunya sampai ke siku itu nampak seperti sangat sibuk ketika ini.  Walaupun arwah datuknya berdarah jepun, wajahnya tidaklah 100 peratus persis orang jepun. Raut wajahnya sangat menarik kerana ibunya, Tengku Alawiyah berdarah keturunan arab. 

Anak mata kularikan dari rambutnya yang tersisir rapi ke bahagian hidungnya yang mancung dan turun ke bibir yang sedikit merah. Terkedu aku jadinya apabila tiba-tiba dia merenung ke mari. Pantas aku mencapai backpack hitamku saat ini. Pura-pura sibuk jugak, kononnya! Debaran yang menyesakkan dada itu hadir lagi.

“You know what, Kaseh..” 

Dia memulakan ayat. Aku pula terus mengeluarkan fail pemberikan Kak Aryana Putri beberapa hari lepas.

“What?”

Soalku dengan wajah yang sangat serius. Tapi dalam hati ni, betapa gugupnya aku, Allah sahaja yang tahu.

“Kau boleh tutup mata untuk perkara yang kau tak nak lihat tapi kau tak boleh tutup hati untuk sesuatu yang kau tak mahu rasa.” 

Kata-katanya membuatkan aku rasa ingin tukar tempat duduk saat ini. Aku hanya mampu buat muka blur. 

“I don’t understand.”  Ucapku tanpa memandang ke arahnya.  

Kemudian aku terus memfokuskan pandangan pada fail di tangan. Wahai jantung, tolonglah bertahan. Wahai mata, tolonglah jangan melata.

***
Sampai jugak kami akhirnya. Aku memerhati kawasan persekitaran ruang untuk mengambil bagasi ini. Badan kuregangkan dengan semahu-mahunya. Jaket di badan aku zip habis. Walaupun hanya duduk di atas kapal terbang sahaja, aku tetap berasa letih sedikit. Adam sedang sibuk mengangkat bagasinya ke atas troli. 

Aku merenung ke arah baggage carousel yang sedang bergerak. Ha! Itu pun bagasi aku. Terus aku menerpa ke arah bagasi Samsonite yang sudah pun berada di hadapan mata. Baru sahaja hendak mengangkatnya, ada tangan yang terlebih dahulu menyentuh bagasi tersebut.

“Adam..I can get it myself..” Keluhku saat ini.

 Riak tidak puas hati kuberikan pada lelaki yang segak dengan jaket Northface berwarna biru gelap di badan ini. Aku memang tak suka kejadian seperti ini berlaku. Aku mampu untuk mengangkatnya kut!


“What kind of man am I kalau mampu tengok je perempuan angkat heavy luggage macam ni?” 

Soalan Adam mampu membuatkan aku terdiam. Kemudian, dia menyambung ayatnya lagi.

“30 kg, Kaseh..bukan 3 kg.”  Ujarnya. Aku pantas memotong.


“Tapi...” Belum pun sempat aku bersuara, Adam terus mengajak aku untuk keluar dari ruangan ini.


“Let’s go.”

 Ujarnya yang terus menolak troli berisi 2 biji bagasi yang besar-besar.

Terkebil-kebil aku jadinya saat ini. Dia tolong aku sebab dia fikir aku lemah ke? 

Tak Kaseh..dia tolong engkau sebab dia sedar, dia adalah seorang lelaki. Seperti ada suara yang sedang berkata begitu ketika ini.

Pantas aku mengheret bagasi beroda ini dan terus mengejar langkah Adam. Apabila aku betul-betul berjalan bergandingan dengannya, Adam terus bersuara.

“Di sini, nenek tinggal dengan Kak Yumi, jururawat peribadinya. Kak Yumi juga secara tak langsung membuat kerja-kerja dalam rumah tu.”  Pantas aku menganggukkan kepala.


“Ooo..”

 Itu sahaja yang keluar dari bibirku.


“Mesti banyak kan gaji Kak Yumi.” Ucapku kemudiannya.


“Setimpal dengan kerja yang dilakukan.” Jawab Adam.

 Apabila sampai di hadapan pegawai kastam yang berbangsa jepun ini, kami terus berikan borang deklarasi kastam kepada pegawai tersebut. Setelah itu, aku hanya mengekori jejak langkah Adam yang sedang menuju ke arah pintu di hadapan sana.


“So, tell me more about nenek.” Ujarku sambil menarik bagasi. 

Anak mata Adam melilau saat ini ke arah deretan orang ramai yang sedang menunggu kaum keluarga atau rakan taulan mereka keluar dari ruangan tadi. Dia kelihatan seperti tercari-cari kelibat seseorang. 

“Apa tadi?” Soalnya sambil merenung ke arahku.

“Tell me more about nenek.” Ujarku. Adam terus menarik nafas dalam-dalam ketika ini. 

“Well, nenek is a nice woman but she is very vocal.” Ujarnya.


“Outspoken?” Soalku. Pantas Adam menganggukkan kepala. Hmm masak aku!


“Dia jenis tak simpan di hati. Tak suka atau suka, semua akan diluahkannya.” Jelas Adam lagi.


“Macam Nek Leha.”

 Terkeluar juga ayat itu dari mulutku. Kemudian, Adam bersuara lagi.


“Tegas. Dia adalah bekas guru besar..” 

Kata-kata Adam itu membuatkan aku sedikit kecut perut pulak. Mana tidaknya, masa sekolah dulu, aku mana ngam dengan guru besar sekolah aku! Nak ngam macam mana kalau waktu makan tengahari aku sibuk panjat pokok dengan budak-budak nakal!


“I see..” Hanya itu sahaja mampu keluar dari mulut. 

Adam kulihat merenung ke arahku dari topi di kepala sampailah kasut Adidas di kaki.


“Aku rasa, kau patut ubah penampilan nanti.” Kata-katanya membuatkan aku geram pulak.


“Topi tu..” Baru sahaja dia bersuara, aku terus memotongnya.


“No way! I wasn’t born to please your eyes!” 

Tegas ayat yang keluar dari mulutku saat ini. 



Kemudian, aku terus melarikan wajah ke arah lain. Pandai-pandai pula nak ubah-ubah penampilan bagai! Aku menjulingkan mata ke atas bersama rasa sebal di dalam hati. Anak mata memandang ke arah persekitaran kawasan lapangan terbang yang agak sesak ketika ini.

“Hud is here.” Ucap Adam Putra. 

Pantas aku menghalakan pandangan ke arah lelaki yang sedang melambai ke mari. Rupanya not bad! Warna kulit sebijik macam Adam, cerah seperti kebanyakan orang jepun. Cuma, Adam Putra lebih kacak dari dia. Jaket hitam yang dipakainya dibetulkan sedikit ketika ini.



“Ni pulak siapa?” Soalku kepada Adam. Dia mengerling sekilas ke arahku sebelum bersuara.

“Hud Mikael, 25 years old and still studying at Hokkaido University.” Jawab Ada dengan pantas. Kemudian, dia bersuara lagi.

“He’s my cousin and he knows about us.” 

Terus aku membalas kata-katanya.

“What do you mean?” Soalku. 

Tidak sempat Adam menjawab, lelaki yang bernama Hud ini sudah pun berada betul-betul di hadapan kami. Siap senyum manis ke arahku lagi.

“Hey man! Lama tak jumpa.” 


Ucap Hud yang terus menarik Adam Putra ke dalam pelukannya. Aku hanya memerhati sahaja.


“How are you Hud?” Soal Adam setelah pelukan dileraikan.


“I’m good Abang Putra.” Jawabnya kepada Adam tetapi mata berada di wajahku.


“Owh..so this is the lady?”

Soalnya sambil mengerling ke arah Adam. Senyuman meleret diberikan saat ini. Adam terus menganggukkan kepalanya.

“Yes, she’s my wife, Kaseh Lateefa.” Ucap Adam. Pantas Hud memuji.


“She’s beautiful.”

“Hi!”

 Aku hanya mengangkat tangan ke arahnya bersama senyuman tawar di bibir. Meluat pula apabila matanya itu bagai nak terkeluar memandang ke arahku saat ini. Tak selesa aku jadinya.


“How are you sayang?” Soalannya membuatkan aku tersentak.

 Gila ke dia ni? Kemudian, dia terus mencapai bagasi dari tanganku. Pantas aku menariknya kembali.


“Apa ni?” Soalku.

“La..berat kan? Biar abang tolong.”

 Ucapnya dengan nada lain macam. Pantas aku menggelengkan kepalaku. Abang, konon! Muda setahun dari aku kut!


“Tak payahlah ADIK. KAKAK boleh bawa sendiri.” Perkataan adik dan kakak tu aku kuatkan sedikit.


“Aku tua setahun dari kau kut.” 

Aku berkata dengan wajah yang serius. Terus Hud memandang ke arah Adam dengan riak wajah yang tak puas hati.


“Apa ni bro? Whatelse you told her?” Soalnya kepada Adam Putra bersama kerutan di muka.


“Aku cakap dengan dia, kau tu gatal macam ulat bulu.” 

Ujar lelaki itu yang terus menolak trolinya menuju ke arah pintu keluar. Jawapan Adam membuatkan aku tersenyum lucu ketika ini.

“Uih lebih la tu..” Jawab Hud pula yang sudah mula melangkah. 

Sempat lagi dia memandang ke arahku sambil tersenyum meleret. Sebelah mata dikenyitkan saat ini membuatkan aku menunjukkan buku lima ke arahnya.


“Tumbuk kang!”

***
terima kasih sebab sudi baca dan berikan komen :D Kepada silent readers juga thank you so much sebab sudi mengikuti kisah ini. Seperti biasa, segala komen boleh dibuat di facebook group : Bila Suri Ryana Menaip. 

lebiuu!