**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday 27 April 2016

Teaser Special 2 A, 2B DAN Teaser Special 3 - KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU :) [TERBITAN MAY 2016 - PENERBITAN KAKI NOVEL]

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS :)


TEASER SPECIAL 2 A

“Terima kasih kerana sudi melindungi Kaseh, abang.” 

Ucapku dengan sangat perlahan tetapi mampu untuk telinga kami dengar dengan jelas. 

“Terima kasih aje?” Soal Adam Putra tidak puas hati. Nampaknya sisi nakal lelaki ini dah kembali. 

“Kaseh pun kena promise dengan abang.” 

Ujarnya sambil mengangkat tangan kananku sehingga separas dengan bahuku. Ha sudah! Nak janji apa pulak ni?

“Promise apa?” Soalku sambil ketawa kecil.

“Promise yang Kaseh tak akan lari dari rumah lagi..” Luahnya. 

Diam-diam aku rasa sangat bersalah. 

“Okay..Kaseh janji. Kaseh janji tak akan langkah keluar dari rumah tanpa kebenaran abang.” 

Ucapku dengan bersungguh-sungguh membuatkan Adam Putra semakin tersenyum puas.

“Kaseh nak minta maaf juga sebab lari dari rumah malam tu.” Ucapku perlahan.

 Adam merenung ke arahku dengan pandangan yang sangat redup.

“Kaseh..malam tu juga abang dah maafkan. Abang redha Kaseh keluar rumah malam tu..I know it was painful for you.” 

“Thank you so much for being so understanding, abang.” Ucapku dengan bersungguh-sungguh.

“Thank you saja tak cukup Kaseh..” Ujar Adam dengan sedikit nakal. Kepala digelengkannya sedikit.

Bulat mataku memandang ke arahnya. Dia juga merenung aku dengan renungan yang sangat mempesonakan.

“Then..abang nak ape?” Soalku dengan sangat lembut. 


Terus sahaja dia menundingkan jari telunjuk ke bibirnya membuatkan aku  menjegilkan sedikit mataku ke arahnya.

“Mana boleh kat sini. Terkejut budak-budak tu nanti.” Ujarku sambil ketawa kecil.

Dia mulalah memasamkan wajahnya.

“I don’t care..I miss you so much!” 

Ucapnya yang pura-pura hendak mencium aku. 

Aku pula terus bangun berdiri. Aku tahu dia hanya main-main. Takkanlah Adam hendak buat aksi 18 sx di kawasan awam pulak! 

“Kaseh..come back here..” Ujarnya dengan sangat tegas. 

Pantas aku membuat aksi seperti perenang antarabangsa. Kedua belah tangan kuangkat tinggi dan kini aku melompat ke dalam sungai dari atas titi ini. Pasti terlopong luas mulut suamiku itu.

Budak-budak yang sedang mandi pula bersorak dengan sangat seronok apabila aku terjun begini. Kagum pun ada agaknya kerana aku tahu di antara mereka tidak ada yang berani buat begini. Dari dalam sungai ini aku melambai ke arah Adam yang masih di atas titi.

“Abang” Laungku dengan kuat. 

Adam kulihat terus berdiri. Dapat aku lihat dia menggelengkan kepalanya memandang ke arahku saat ini.

“Come and catch me if your dare!” Laungku lagi. 

Tajam renungan yang diberikan kepadaku saat ini membuatkan aku ketawa besar.

“Jangan menyesal nanti! Abang akan tuntut hutang Kaseh kepada abang!” Ujarnya dengan sangat serius.


Aku hanya mampu ketawa panjang sahaja dari sini sambil mengapungkan badan untuk seketika sebelum berenang ke tebing sungai. Nasib awaklah Adam Putra, dapat bini ganas dan brutal macam saya! 


***

TEASER SPECIAL 2 B




"Dari petang tadi abang cakap, terima kasih aje tak cukup.” 

Kepalanya disengetkan sedikit sambil merenung ke arahku dengan pandangan yang sangat mendebarkan jiwa. Kedua-dua belah tangannya kini dilekapkan pada dinding membuatkan aku terkunci di dalam kurungannya. 

Bau wangian yang dipakainya kini menerpa masuk ke dalam hidung membuatkan jantungku berdegup laju.

 Baru hidu wangiannya dah gugup macam ni? Masalah betullah kau ni Kay!!

“What do you want? Hmm?” 

Soalku sambil tersenyum nipis. Cuba menutup kegugupan di dalam diri. 

Adam pantas meletakkan jari di bibirnya bersama renungan yang sangat mempesonakan. 

Aku hanya mampu menekup wajah untuk seketika. Ha, part-part gini yang aku lemah ni. 

Wajahnya kini ditundukkan sedikit supaya dekat dengan wajahku. 

“You have no idea how much I miss you..I miss everything about you. Your lips..your eyes..your nose..your touch..I miss you..I need you..” 

Bisiknya separuh merayu di antara dengar dan tidak membuatkan debaran yang menggila menghiasi ruang dada. Anak matanya berlari ke seluruh wajahku saat ini membuatkan berliter-liter darah menyerbu ke wajah.

“Don’t you miss me, sweetheart?” Soalnya dengan sangat perlahan. 

Wajah semakin didekatkannya kepadaku. Apabila degupan jantung membuatkan aku rasa seperti ingin  lemas, aku cepat-cepat menahan dadanya dengan kedua-dua belah tanganku. 

“Of course, I do..but first..” Kata-kataku hanya tergantung di situ sahaja. 

Dengan pantas aku berpaling ke belakang untuk menghadap jendela. Dapat kurasa tangannya menjalar di bahagian pinggangku dan memelukku dengan erat dari belakang.

“Playing hard to get? Hm?” 

Soalnya bersama ketawa kecil yang mampu membuatkan jantungku luruh.

 Aku pantas menggelengkan kepala. 

“Mana ada..” Aku juga turut ketawa kecil untuk menutup debaran yang semakin menyesakkan dada.

“Kaseh nak tutup jendela ni lah..” Ucapku dengan sangat lembut. 

Lincah tanganku mengunci jendela kayu saat ini.

“I love you so much..” Bisiknya di belakang telingaku. 

Dapat kurasakan hembusan nafasnya yang sedikit panas di kawasan cuping telingaku saat ini. Kemudian bibirnya mendarat rapat di situ membuatkan aku melarikan kepala sedikit. 

Perlahan-lahan aku memusingkan badan supaya dapat berhadapan dengannya.

“I love you too, abang..so so so much!” 

TEASER SPEACIAL 3

Babak gaduh sikit. Berjayakah Kaseh Lateefa menawan semula hati Adam Putra? 

Hanya lima minit sahaja aku berada dalam keadaan berbaring ini. Tekak yang kering memaksa aku bangun untuk mendapatkan air di dalam sana. Rambut yang basah kusebakkan ke belakang dan dengan seluar pendek yang basah di tubuh aku berjalan ke arah kerusi batu.

 Baru sahaja ingin mencapai bathrobe, pergerakan aku menjadi kaku apabila kelihatan susuk tubuh seseorang di hadapan pintu gelangsar. Debaran di dada semakin laju saat ini. 

Ah, aku sebenarnya yang cemas dan gugup kerana berpakaian begini. Basah kuyup pulak tu! 

Renungan yang aku rindui setelah sekian lama dapat juga aku lihat hari ini. Tajam tetapi sangat mempesonakan jiwa. Renungan yang sering diberikan bersama senyuman nakal ketika hendak menyakat aku.

Sejak bila lelaki itu berada di situ? 

“A..abang?” Tergagap-gagap aku menyoal. 

Dia kulihat tergamam apabila mata kami bertentangan. Hilang terus renungan yang memukau itu. Aku lihat dia terus melangkah masuk ke dalam dengan wajah yang sedikit gugup? Pantas aku mencapai bathrobe dan kupakaikan ke tubuh.

“A..abang?” Panggilku apabila melihat susuk tubuh itu sedang melangkah ke arah almari.



“Balik sebab rindukan Kaseh ke?” 

Soalku dengan sedikit nakal sambil menyebakkan rambut ke belakang. Aku kini berdiri betul betul di sebelah lelaki yang kelihatan sangat berketrampilan dengan kot kelabu gelap di badannya yang dipadankan dengan kemeja biru cair di bahagian dalam. Pintu almari dibukanya dan sebuah fail dicapai. Fokusnya kini pada fail di tangan dengan wajah yang serius. 

Sengaja aku memberanikan diri melarikan jari telunjuk di sisi wajahnya hingga turun ke leher. Aku lihat dia sudah mula tidak tentu arah sedikit. Matanya terpejam seketika. Aku juga rasa nak pengsan saat ini. 

Apa yang aku sedang lakukan kepada lelaki yang sangat serius dan berwajah tegang ni? 

Janganlah dia campakkan fail tu kat muka aku pulak!  

Tiga butang bahagian atas baju kemejanya tidak dikancingkan dan apabila jariku  sampai ke bahagian dada yang sedikit terdedah lelaki ini menarik nafas dalam-dalam dan menepis tanganku. 

“I don’t want to see your face Kaseh. What I know, aku balik petang nanti kau dah takde kat sini.” 

Ucapnya dengan tegas tanpa memandang ke arahku. 

Dia kemudian melangkah keluar dari bilik ini dan apa yang dapat aku dengari hanyalah bunyi dentuman pintu utama di luar sana. Dah keluarlah tu. Pasti dia sedang menuju ke Mentari Restaurant untuk makan tengahari. 

 Eleh, tadi masa aku tak nampak bukan main merenung ke mari. Sekarang tak menyempat nak keluar pulak. 

“Fine..kau tak nak tengok muka aku kan?” Soalku dengan kuat. 

Anak mata kukecilkan sedikit saat ini sambil melangkah ke arah bilik mandi. 

“Aku akan pastikan setiap saat kau tengok muka aku hari ni!” 

Ujarku dengan penuh rasa geram. 

Semua aktiviti sukan air akan aku batalkan nanti gara-gara kata-kata lelaki itu tadi.  

Adam Putra, saya akan pastikan awak tengok muka saya sekejap lagi!



***

IN SYAA ALLAH, KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU AKAN ADA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR DI  BOOTH KAKI NOVEL [DEWAN A3] MAEPS NANTI [1 MAY HINGGA 9 MAY] 

SELEPAS ITU NOVEL INI AKAN MASUK KE KEDAI-KEDAI BUKU SELURUH NEGARA PADA PERTENGAHAN MAY 2016 :)

ATAU, BOLEH DAPATKAN SECARA ONLINE (KOS POS ADALAH PERCUMA) WHATSAPP KAKI NOVEL  AT 017 714 5595 :)

SEGALA KOMEN BOLEH DIBERIKAN DI FACEBOOK GROUP BILA SURI RYANA MENAIP :)



3 comments:

  1. Masih terima order lg kah novel ni?

    ReplyDelete
  2. Saya nk order boleh lg ke skrg?

    ReplyDelete
  3. Saya nk order boleh lg ke skrg?

    ReplyDelete