DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Thursday, 9 March 2017

SWEETHEART 100 HARI! BAB 15 & BAB 16


BAB 15


"What's wrong with you, Affendi Jufri ? You're not yourself today." Ada nada prihatin di dalam nada suara lelaki yang masih bergelar suamiku itu. 

"Saya terlibat dalam rancangan memfitnah isteri Dato'."
Allahuakhbar..apa yang aku dengar ni? Bagai hendak tercabut nyawa dari badan. Berderau darah sampai ke kepala.

"Whattttt?!!"
Tempikan Iskandar bergema dengan sangat kuat di ruangan ini menyebabkan aku juga turut sama terkedu. Akhirnya, hari yang aku tunggu-tunggu tiba jua. Di dalam sendu yang mencengkam jiwa, aku terjelepok di atas lantai.

"How could you? I trusted you..aku even bayar kau untuk siasat Malissa selepas dapat surat yang dia tinggalkan untuk aku." Tengking Iskandar.

Ya Allah! Lisa tak pernah tinggalkan apa-apa surat pun pada abang. Aku menangis semahu-mahunya saat ini. Pantas aku menoleh ke arah bilik Dina yang tertutup rapat. Gelojak rasa amarah bergabung dengan rasa terkejut mampu membuatkan aku tidak tahu hendak berfikir apa saat ini. Terketar-ketar tangan menyeka air mata yang sudah pun bebas menuruni pipi

"Ra..Rania dapat tahu Dato' arahkan saya untuk siasat Malissa. Ja..jadi dia tawarkan upah berlipat kali ganda untuk menipu hasil siasatan. "

"Hayfa Rania??" Soal Iskandar dengan sangat terkejut yang bukan kepalang. Bukan Iskandar sahaja yang tersentak. Aku juga turut sama terlopong.


"Bukan isteri Dato' yang type surat tu.." Lemah dan terketar-ketar Fendi berkata begitu.
Maksudnya selepas dapat surat yang kononnya aku karang, Iskandar menyuruh Fendi stalk aku tetapi, Rania pula bayar Fendi untuk menipu hasil siasatan supaya nampak aku curang?! Kurang ajar! Kepala kugelengkan bersama rasa amarah yang menggelodak dalam jiwa. Panasnya mampu membuatkan nafasku tersekat-sekat. Pantas aku menjengukkan kepala ke arah ruang tamu. Kedua-dua lelaki itu masih duduk di situ.

"Jawab soalan aku! Rania yang kau maksudkan itu ialah Hayfa Rania? Anak Tan Sri Salleh?" Bentakan Iskandar bergema lagi. Kali ini lebih kuat bunyinya. Aku lihat Affendi terpisat-pisat keadaannya saat ini. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala.


"Tak guna!!!" Bentak Iskandar yang kemudiannya menolak segala benda  yang ada di atas meja itu ke bawah. Nyata dia sudah sangat berang. Aku tak pernah melihat sisinya yang ini. Iskandar yang romantik, Iskandar yang penyayang, Iskandar yang kini beku..tetapi sisi yang menggerunkan ini..aku belum pernah lihat.

Topi lelaki itu yang berada di atas meja juga sama terpelanting, sekali dengan komputer riba dan ipad! Pantas lelaki yang bernama Affendi itu berdiri. Iskandar masih lagi duduk dan merenung ke arah lelaki itu dengan pandangan helangannya. Ibarat singa yang hendak menerkam mangsa. Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah yang semakin menguasai diri.

"Dorang bayar saya untuk spy dan ambil gambar isteri Dato'  dengan mana-mana lelaki dalam posisi yang mencurigakan." Takut-takut Fendi bersuara.Bergetar suaranya saat ini.

 Iskandar mendegus kasar. Aku pula cuba untuk bangun berdiri. Kedua-dua belah tangan memegang dinding dengan degupan jantung yang semakin melaju. Ya Allah..Rania tu tak pernah kenal aku pun..kenapa dia fitnah aku?

"Hari ketiga mengintip isteri Dato', dia keluar bersama ibunya ke gudang kain..ada seorang lelaki bersama mereka. Isteri Dato' tak ada apa-apa dengan lelaki tu tapi saya yang ambil gambar mereka dari angle yang mencurigakan."
Sebelah tangan aku menutup bibir. Pahit terasa air liur yang aku telan. Seperti ada pasir pun ya jugak.

"How could you??!!!!"Bentakan Iskandar kali ini rasanya mampu membuatkan jirannya turut mendengar suara lelaki ini. Tersentak bahuku jadinya gara-gara terlalu terkejut. Aku tahu Fendi dah kena belasah! Mana tidaknya, tak sudah-sudah dia mengerang!

"Bangun! Aku cakap bangun!!" Tempik Iskandar lagi. Allahuakhbar. Berderau darahku untuk sekian kalinya.  Aku terus melangkah ke ruang tamu saat ini. Menggeletar tubuhku saat ini..
Benar tekaanku, Iskandar baru sahaja menghadiahkan buku limanya tepat pada bibir lelaki itu. Berdarah sudah kawasan bibirnya.

"Sa..saya rasa bersalah sangat..sebab itulah saya berikan alamat Dato' di sini kepada isteri Dato'..saya harap sangat Dato' dan isteri berbaik semula." Fendi masih lagi bersuara dengan wajah yang berkerut teruk. Iskandar masih juga tidak puas hati. Nampak dia semakin berang.


"Kau ingat aku senang-senang akan maafkan kau? You're dreaming, bro!" Seperti orang hilang akal dia membentak. Fendi mengundurkan badannya beberapa langkah ke belakang.

"Kau ingat, kau mengaku macam ni aku akan lepaskan kau macam tu je?!!"

 Kali ini bentakannya lebih teruk dari tadi. Ya Allah, apa aku nak buat ni? Merah padam wajah Iskandar. Aku tahu lelaki itu handal dalam seni mempertahankan diri. Demi Allah aku tak pernah tahu yang lelaki ini memang boleh menjadi seorang yang menggerunkan kalau berang  begini.

"Dato'..ampunkan saya! Tolonglah 

Dato'.." Fendi merayu dengan bersungguh-sungguh.  
"Saya mengaku, saya gelap mata dengan duit yang Rania tawarkan. Saya terlalu menurut hasutan Puan Rubinah." Takut-takut dia bersuara.


"Siapa Rubinah??" Iskandar membentak lagi. Otakku turut sama bekerja keras. Macam pernah kudengar nama itu..


"Puan Rubinah adalah ibu saudara Rania..Puan Rubinah juga adalah Mak Lang kepada Datin Malissa.."
Pantas aku berpaut pada dinding saat ini. Longlai rasa tubuh. Seperti tulang temulangku hancur. Tidak ada daya untuk menyokong tubuh. Ya Allah..Mak Lang buat aku begini? Apa yang dia tak puas hati sangat denganku? Aku menangis dengan semahu-mahunya.

"Affendi Jufri, I appreciate your honesty..but I just couldn't help myself. Mana mungkin pembelot macam kau ni aku nak lepaskan begitu sahaja!" Dengan suara yang sangat menggerunkan dia bertempik.

"Tolonglah Dato'..jangan pukul saya.."

Tanpa menghiraukan rayuan lelaki itu, sebijik lagi penumbuk Iskandar hadiahkan tepat ke pipi kiri Fendi.

"Kurang ajar!"

Sebijik lagi tumbukan padu singgah di wajah lelaki itu. Teruk juga dia membelasah lelaki itu. Allahukahbar! Pantas aku berlari ke arah mereka. Lengan Iskandar aku genggam erat.

"Iskandarr...jangan..jangan.."  


Bersama juraian air mata yang lebat mengalir aku menggelengkan kepala.  Sebijik penumbuk dihayun tanpa menghiraukan aku. Terjatuh terus lelaki itu dalam erangan yang berpanjangan. Iskandar masih merenung ke arahnya dengan wajah yang masih tidak puas hati. Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah yang masih membara. Riak kebencian jelas terpampang di wajahnya.


"Iskandar..please..ingat anak awak. Ingat Dina..please..stop it.." Aku merayu lagi. Tanpa sedar aku mengusap lengan lelaki ini. Pantas dia merenung ke arahku. Kepala kugelengkan perlahan-lahan ke arahnya.

"Tolonglah..mengucap....mengucap."
Aku tak mahu kerana memukul Fendi, Iskandar akan meletakkan dirinya dalam keadaan yang berbahaya di sisi undang-undang nanti. Fendi pula terus mencicit lari apabila sedar yang wajah Iskandar sudah mula mengendur.

"Sebab pembelot tu, rumah tangga kita hancur! Sebab pembelot tu.." Bergetar suara Iskandar saat ini.
Tidak dapat dia habiskan ayatnya. Berkaca teruk matanya. Ada air mata bergenangan di bibir mata miliknya. Semakin lama semakin memberat dan ianya sudah pun menitis saat ini. Aku juga sama sahaja keadaannya dengan Iskandar. Di dalam sebak yang semakin menjadi-jadi, aku bersuara dengan lemah.


"Tak..rumahtangga kita hancur sebab awak tak pernah beri diri awak peluang untuk percayakan saya."

Kata-kataku mampu membuatkan Iskandar tersandar lemah pada dinding. Pantas aku berlari ke arah bilik Dina. Risau kalau rasa simpati yang sudah mula memenuhi ruangan jiwa akan membuatkan aku menurut kata hati tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.
Masuk sahaja dalam bilik, anak mata terus mencari kelibat Dina. Ha! Di situ rupanya.

Ya Allah, kasihannya! Dina sedang duduk di sudut kanan bilik sambil menekup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Apabila nampak kelibatku, terus dia berlari ke mari dengan juraian air mata yang lebat membasahi pipi.


"Mamaaa..."
Aku juga turut memeluknya.


"Mama..Dina takut.." Itu sahaja yang keluar dari bibirnya.
Pantas bersama esak tangis yang berpanjangan aku menarik lengannya keluar dari bilik. Iskandar masih lagi bersandar lemah pada dinding dengan wajah yang penuh dengan penyesalan.

Tidak mampu lagi otakku untuk 

berfikir saat ini. Takkan lah nak tinggalkan Dina pula ketika keadaan Iskandar begini? Pantas aku mencapai boots miliknya.


"Pakai kasut, sayang..pakai kasut.." Kelam-kabut aku berkata begitu. baru sahaja ingin melangkah, terasa tanganku diraih oleh seseorang. Pandangan sayu dihadiahkan untukku. Perlahan-lahan, ada air mata yang keluar dari bibir mata itu membuatkan aku juga turut sama sebak.


"Malissa..where are you going?" 
Soal lelaki ini. Aku tidak dapat lagi berkata-kata. Hanya tangan sahaja yang menyeka air mata di wajah.

" Saya tidak pernah curang. Sekarang awak tahu kan kebenarannya? " Soalku dengan suara yang bergetar teruk. Iskandar pantas bersuara.


"Abang mengaku abang silap.." Ucapnya lemah. Tangannya dari lenganku dialihkan dan dia kini meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangannya itu. Riak penyesalan terpampang jelas di wajahnya.


"Ya Allah...what have I done.." Rintihnya pada diri sendiri dengan sangat pilu.

Aku hanya mampu merenung sahaja ke arahnya dengan air mata yang masih berjuraian. Anak mata kami berpandangan lagi.


"Lisa..ampunkan abang.." Ucapnya dengan bersungguh-sungguh.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Mudahnya menzahirkan kata maaf. Hati saya dah rabak macam ni baru awak nak minta maaf Iskandar?


"Nanti datang ambil Dina kat rumah Zati." Itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku dan aku terus melangkah keluar dari apartment ini bersama sejuta kepiluan.
***

Allahuakhbar, apabila sebuah kebenaran terbongkar, hati aku bertambah luluh. Air mata seperti tidak ada tanda mahu berhenti mengalir. Di atas katil ini aku memeluk bantal berbentuk hati dengan sangat erat.

It's okay, Malissa...sekurang-kurangnya kau tahu kenapa kau dibuang Iskandar selama ni. Sekurang-kurangnya kau tahu siapa yang menjadi dalang dalam kes fitnah memfitnah ni.
Air mata kuseka dengan jari.

Padanlah Mak Lang canang sana sini 

yang aku dan Issac Iskandar sudah bercerai. Rupanya memang itu pun harapannya. Sanggup Mak Lang buat aku begini? Mak Lang memang berasal dari keluarga berada dan sering memandang rendah pada seluruh keluarga Pak Lang termasuk keluargaku dan juga keluarga Zati. Tapi, entah kenapa ya dia benci sangat-sangat dengan ibu dan aku sekeluarga? Padahal kami tak pernah langsung mengganggap Mak Lang sebagai musuh pun. Apa yang kami buat semua tak kena di matanya. Ada sajalah cakap-cakap belakang untuk memburukkan kami dan merendahkan kami.
Aku sendiri tak pernah tahu yang Rania adalah anak  kepada adik Mak Lang. Memang kami tidak pernah bertemu langsung sebelum ni.  Kalau pun ada, aku tak perasan langsung. Air mata yang mengalir kuseka dengan jari.  Aku hanya mampu terdiam seribu bahasa saat ini. Entah, jiwa dan otak sama-sama kosong. Kelu lidah. Hanya mampu termenung panjang sahaja mengenang insiden yang terjadi di rumah Issac Iskandar tadi.
Suara Dina yang sedang kuat bergelak ketawa bersama Zati dan Fatin di ruang tamu tidak mampu membuatkan aku tersenyum. Tidak lagi dia berada dalam ketakutan seperti tadi.

Terbayang  riak penyesalan di wajah Iskandar apabila sebuah kebenaran akhirnya tersingkap. Malissa, kau sepatutnya gembira saat ini.

Kau sepatutnya menjadi wanita paling bahagia di muka bumi saat ini kerana akhirnya kemenangan berada di pihak kau. Betapa selama ini kau bersungguh-sungguh menegakkan diri tetapi Iskandar dan keluarganya langsung tidak percaya. Nah, kebenaran sudah muncul. Tidakkah kau bersyukur? Seperti ada suara yang berkata begitu. Semakin lebat pula deruan air jernih mengalir di pipi.
Ya, aku bersyukur tetapi kenapa tidak ada langsung rasa gembira atau bahagia menjengah hati? 

Hakikatnya, aku tidak rasa kemanisan dua perasaan itu. Hanya sebuah kemenangan sahaja yang melumuri hati lantas membuatkan aku terlalu sakit hati dan berdendam dengan lelaki itu.


Tombol pintu yang dipulas dari luar tanpa ketukan terlebih dahulu membuatkan aku tergesa-gesa mengesat air mata dengan bantal di dalam pelukanku. Tubuh kecil yang sedang berlari ke mari memaksa aku untuk tersenyum sedikit. Lincah Dina sedang memanjat katil dan dengan sekelip mata sahaja dia sudah berada di sisiku.

"Mama.." Panggilnya dengan wajah yang sayu.
 Anak matanya berlari ke serata wajahku saat ini. Lembut tangannya mengelus rambutku membuatkan hati aku tersentuh. Air mata tanpa dapat ditahan bergenangan semula di ruang mata. 


"Ye sayang.." Ucapku.


"Mama nangis lagi?" Soal Dina. Pantas aku menggelengkan kepala. Badan kusandarkan pada kepala katil.
"Tak lah..mata mama masuk habuk." Dalihku.

Automatik tangan mengesat kawasan mata saat ini. Aku lihat Dina seperti ingin bertanya sesuatu. Rambutnya yang terjuntai ke hadapan wajah disebakkan ke belakang.


"Kenapa papa gaduh dengan orang tu?" Akhirnya dia bersuara.
Nasib baik Dina tak nampak papanya bertumbuk dengan Fendi tadi. Aku terus menarik Dina ke dalam 
pelukanku.


"Taklah..dorang berbincang.." Perlahan aku menjawab soalannya. Pantas Dina mengerutkan wajahnya sambil menggelengkan kepala.


"Tak..papa marah orang tu.." Tegas nada suaranya membetulkan aku ketika ini. Amboi, garang! Ketawa kecil jadinya aku.


"Ye..sebab orang tu ada buat salah sikit.." Ujarku. Dina tidak menggangguk atau menggeleng. Aku pantas mengelus rambutnya.
"Dina jangan takut ya.." Pujukku dengan sangat lembut. Dina masih lagi merenung ke mari.

"Mama sentiasa ada dengan Dina."
Apabila aku berkata begitu, pantas Dina menghulurkan jari kelingkingnya ke arahku.


"Mama promise akan ada dengan Dina sampai bila-bila?" Soalannya mampu membuatkan aku tergamam. Pandangan sayu kuhalakan kepadanya.
Lisa..kalau pun kau dan Iskandar berpisah nanti, itu bukannya penyebab untuk kau berpisah dengan Dina..


"Mama..promise me, pleaseeee.." Rengek Dina yang sudah mula kurang sabar dengan aku. Pantas aku mencangkukkan jari kelingkingku kepada jari kecilnya.

"Dina, doa mama sentiasa ada 

bersama Dina." Luahku dengan bersungguh-sungguh.
 Riak tidak puas hati terpampang jelas di wajah budak perempuan yang sangat comel ini. Baru sahaja dia ingin berkata sesuatu, pintu yang renggang ditolak luas dari luar.
Kedua-dua mata aku dan Dina berada pada Zati.


"Dina..papa Dina datang.." Nyata ayat yang keluar dari mulut Zati itu mampu membuatkan Dina menjerit keriangan. Lain pula halnya dengan aku. Tersentak teruk aku ketika ini.  Mahu tak mahu aku turun juga dari katil.

"Jom Dina.." Ajakku.
Sekelip mata sahaja budak perempuan melompat turun. Pantas aku memegang erat lengannya dan kami sama-sama menghampiri Zati.

"Zati..kau tolong hantarkan Dina pada papa dia ya.." Aku bersuara pada Zati. Ha, gadis ni mulalah buat muka tak puas hati. Kalaulah Zati tahu apa yang terjadi tadi..
Dina pantas mendongakkan wajahnya ke arahku.


"Mama tak nak hantar Dina ke?" Soalnya separuh merengek. Aku pantas menggaru kepala yang tak gatal. Pantas Zati yang memakai sweater GAP berwarna hitam itu menganggukkan kepalanya.

"Betul tu..kau aje lah yang hantarkan Dina pada papanya. Aku nak buat revision ni. Byee.."  Siap lambai lagi sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu. Cepatnya larikan diri! Kurang asam betul.


"Zatiiiii..tolonglahhh.." Aku dah mula merengek dari dalam bilik ni.


"Please..mama hantarkan Dina.." Pujuk anak kecil  ini pula sambil menarik hujung sweater aku. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Nafas kutarik dalam-dalam.

Ah, Lisa..nanti-nanti terpaksa juga kau berdepan dengannya.

"Okay..jom." Ajakku yang terus beriringan keluar dari bilik bersama Dina.


Bersama pelbagai rasa yang sudah mula menyerbu ruang dada aku memulas tombol pada pintu. Aik mana dia ni? Mungkin dia tunggu dalam kereta. Aku membuat kesimpulan sendiri.
Lengan Dina kugenggam kemas dan kami berjalan beriringan melintasi ruang lobi untuk keluar dari bangunan ini.

Ah, tu pun dia!


 Kelihatan seorang lelaki yang segak dengan kaca mata hitam di wajah sedang bersandar pada kereta Audi miliknya. Kenapa hati ini masih juga berdebar apabila ternampak kelibatnya? Sebaik sahaja menolak daun pintu, aku lihat dia membuka kaca mata hitam sebaik sahaja terpandangkan kami. Sebelah tangan masih berada di dalam poket seluar. 


 Pandangan aku kini bertemu dengan pandangan lelaki itu. Jenis renungan yang ini sudah lama tidak dihadiahkan untukku.  Kalau orang tak tahu, pasti sesiapa pun tak dapat meneka yang dia ni baru je pukul orang beberapa jam yang lepas. Segak,bergaya  dan kemas. Tidak sedar aku terpuji lelaki yang memakai coat tebal berwarna coklat di badan itu.

"Papaaa!" Jerit Dina keriangan.
Dia sudah pun memeluk tubuh papanya membuatkan aku dan Iskandar sama-sama melarikan pandangan ke arah anak kecil itu. 
Iskandar kemudiannya merendahkan tubuh supaya dapat melihat wajah Dina dengan jelas. Kemudian, dia mengelus lembut pipi anak perempuannya itu.

"Dina..masuk dalam kereta dulu. Papa nak bincang sikit dengan mama." Bisikannya mampu didengari oleh aku. Pantas Dina menganggukkan kepalanya.

 Oh..baru sekarang nak berbincang..entah kenapa terasa berdarah semula luka di hati.




 "Okay! Bye mama."
Lambaian Dina kubalas bersama senyuman di bibir.

"Bye sayang!"
Kami sama-sama menghalakan pandangan ke arah Dina yang sedang menuju ke arah kereta milik papanya yang terletak tidak jauh dari tempat kami berdiri. Setelah budak comel itu masuk ke dalam kereta, aku sekali lagi melambai ke arahnya dan terus berpaling untuk melangkah masuk ke dalam bangunan apartment.

"Malissa.."

Suara lelaki itu bergema saat ini. Tidak aku memalingkan wajah. Anak mata berada pada pemegang pintu sahaja.


"Abang minta maaf. Abang.." Kedengaran dia menarik nafas dalam-dalam di hujung ayat. Abang? Apabila dia membahasakan dirinya begitu, ada satu perasan halus menelusuri hati namun cepat-cepat aku tepis.

Ungkapan kemaafan yang aku nantikan selama dua tahun ini dapat kudengari hari ini. Namun kenapa ianya seperti tidak bermakna lagi? Masih terngiang-ngiang herdikan dan tengkingannya selama aku di sini. Kata-kata yang merobek hati itu sesungguhnya tidak mampu kuusir dari fikiran. Betapa dia menuduh aku curang tanpa mahu mempercayakan aku walau sedikit.

Sebak di dada kutahan dan aku menoleh ke arahnya. Renungan lelaki itu membuatkan aku melarikan mata ke arah lain.


"Dah takde apa lagi nak cakap, Dato' Issac Iskandar." Luahku yang hanya merenung kosong ke arah kereta miliknya di hadapan sana. Sedaya upaya aku menahan air mata dari jatuh.


"Awak baliklah." Aku memandang ke arahnya sekilas dan terus melangkah laju ke arah pintu lobi.

"Malissa..please.." Kemas tangannya menggenggam lenganku membuatkan aku tersentak. Aku merentapnya kuat saat ini.


"Dato', please respect me!" Bulat mataku menjegil ke arahnya.
Lupa terus tentang Dina yang sedang berada di dalam kereta. Jari telunjuk kutudingkan ke arahnya bersama hati yang parah.

"Awak dah buang saya dua tahun lepas. Jangan ingat senang-senang awak nak kutip saya balik." Ada getaran dalam nada suaraku yang meninggi dari tadi.
Nyata Iskandar hanya mampu merenung dengan pandangan yang sayu. Memang aku jauh hati sangat dengan dia. Entah bila hati yang luka ini akan sembuh kembali.

"Saya bukan sampah. Sekejap boleh buang, sekejap lagi boleh kutip ya."  Dengan hati yang beku aku menuturkan kata-kata itu. Mampu membuatkan riak wajahnya berubah. Baru sahaja dia ingin bersuara, kedengaran Dina menjerit dari dalam kereta.

"Papa..cepatlah. Dina nak buat homework."
Tingkap kereta diturunkannya penuh membuatkan aku dapat melihat dengan jelas wajah putih kemerahan milik budak manja itu.Berkerut wajahnya yang nampak bosan kerana terpaksa menunggu lama itu tika ini.

Aku menarik nafas dalam-dalam.
Wajah lelaki ini kupandang. Jelas mata chestnut brown miliknya itu telah memberat dengan air jernih. Nafas hiba kuhela bersama sebak yang menghimpit dada. Terpampang jelas riak penyesalan di wajah Iskandar. Benci untuk akui yang aku sudah mula lembut hati.

"Awak baliklah." Tuturku lemah.

"Please give me one more chance. I know I've made a huge mistake. I was so stupid!" Marahnya pada diri sendiri. Aku tahu dia menyesal tetapi aku juga ada maruah.

"All I need is another chance, sweetheart.."
Rayunya dengan bersungguh-sungguh, mampu membuatkan hati aku tergugat. Sweetheart? Itulah panggilan yan aku rindu-rindu selama ni. Namun, dengan pantas aku menggelengkan kepala. Iskandar merenung dalam-dalam wajahku saat ini. Sedaya upaya aku menahan diri dari menangis.

"Awak tak pernah percayakan saya. Dah takde apa lagi nak dibincangkan, Dato' Issac Iskandar."
Sebaik sahaja berkata begitu, tanpa dapat ditahan-tahan lagi, lebat berlinangan air mataku di pipi. Pantas aku menyekanya dengan jari dan berlari masuk ke dalam lobi, meninggalkan lelaki itu di belakang sana dengan hati yang sangat perit.

 Terbayang jelas di fikiran ketika ditinggalkan tanpa berita selama dua tahun lamanya. Aku belajar untuk hidup dengan hati yang separuh mati! Dan aku tak akan benarkan orang yang salah merawatnya  lagi selepas ini.
***

Akhirnya, terbuka juga hatiku untuk bercerita segala-galanya pada Zati dan Fatin yang dah kuanggap seperti adik-beradik kandung semenjak berada di bumi asing ini. Kedua-dua budak yang kuat makan ini tidak langsung menguis lasagna di depan mata. Terasa bersalah pula kerana mematikan selera mereka dengan kisah hidupku yang perit ni. Air kopi di dalam cawan kuhirup sedikit untuk membasahkan tekak yang sudah terasa kurang sedap gara-gara terlalu banyak menangis.

"Yang kau tengah cerita ni tentang Mak Lang kita kan?"  Masih blur lagi wajah Zati.
Entah untuk kali yang keberapa dia bertanyakan soalan itu. Aku hanya mampu menganggukkan kepala dengan geram.
"Ye Zati..ye! Berapa kali aku nak ulang?" Soalanku membuatkan gadis ini menggaru kepalanya.

"Mak Lang Nah kita tu ibu saudara Rania?" Soalnya sambil tayang wajah tidak percaya.
Aku terus memicit dahi.
Apa yang susah sangat fakta tu nak masuk dalam otak? Tergamam aku dan Fatin jadinya apabila Zati menepuk meja dengan tiba-tiba. Melocak habis kopi dalam cawan.
"Logik..logik! Mak Lang tu dari keluarga kaya raya. Abang ke adik dia entah, bergelar Tan Sri tau. Kita ni ikan bilis je..manalah kenal sangat dengan keluarga belah Mak Lang tu.." Suara Zati bergema dengan jelas di ruangan ruang tamu yang kecil ini. Dari tadi, benda tu lah yang aku cakap pada dia..sekarang baru masuk dalam kepala agaknya?
"Kau ni.." Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Fatin pula dari tadi hanya diam tak berkutik dan mendengar sahaja. Kini dia mula menguis lasagna di dalam piring.

"Jahat betul! Dari dulu memang aku perasan yang dia ni tak puas hati dengan Mak Ngah dan kau sekeluarga. Kenapa ya?" Merah wajah Zati saat ini. Kembang kempis hidungnya menahan amarah.
"Entah."
Aku hanya mampu merenung kosong sahaja ke arah cawan kopi. Hiba terasa hati. Aku tak ada jawapan untuk persoalan Zati itu.

"Pak Lang tahu tak dia buat semua ni?" Soalan Zati aku jawab dengan gelengan sahaja.

"Aku tak pasti."
Semua orang tahu kut Pak Lang tu takut bini! Kalau dia tahu pun apalah sangat dia boleh buat? Mak Lang tu garangnya macam singa. Sudahlah tu, kaya raya pulak. Manalah berani Pak Lang nak angkat muka? Pak Lang sendiri pernah ditempik beberapa kali oleh Mak Lang di hadapan aku.
"Aku nak call Pak Lang!"
Zati terus mencapai telefon bimbitnya yang terbaring di atas meja. Lincah tangannya berlari pada skrin. Nafas kutarik dalam-dalam.
"Zati..kau tahu kan Pak Lang kat hospital sekarang ni? Dia diserang denggi minggu lepas.." Luahku. Pantas Zati menepuk dahi.


"Aku lupa."
Apa agaknya reaksi ibu setelah mengetahui kisah ini nanti? Perlahan-lahan aku mengangkat wajah memandang ke arah Fatin.
"Fatin..kau tolong jagakan Dina ya beberapa hari ni? Jangan risau, aku akan upah kau." Pintaku separuh merayu. Fatin tersenyum manis ke arahku. Kepala digelengkannya.
"Relax la Malissa..memang aku free je dua tiga hari ni. Tapi, next week aku dah tak ambil upah apa-apa. Nak tumpukan perhatian pada exam." Kata-katanya aku terima dengan anggukan faham. Takpe lah..kisah minggu depan tu aku fikir nanti.

"Thanks Fatin. Aku tak rasa aku boleh berhadapan dengan Iskandar beberapa hari ni.Hati aku bagai dikelar-kelar setiap kali bertentangan mata dengannya. Fakta yang dia tak pernah percayakan kata-kata aku tu susah untuk aku telan." Luahku dengan sangat perit. Sampai hati dia tak pernah langsung untuk percayakan aku. Zati pantas melurut lembut bahuku.

"Malissa..semua orang buat salah..and everybody deserves a second chance. Dia pun manusia biasa, Lisa..jelas, dia pun terperangkap dalam keadaan ini cuma dia terlalu ikutkan kata hati yang marah tu." Lembut kata-kata Zati menerjah ruang pendengaran tetapi kenapa hati aku terasa semakin keras saat ini. Senyuman sinis terbit dari bibir tanpa aku duga.
"Peluang kedua?" Anak mataku merenung tepat ke dalam mata gadis bertocang satu ini.


"Pergi mati dengan peluang kedua.." Tak dapat ditahan ayat itu meluncur laju dari bibir.
Tergamam kulihat Zati. Fatin juga turut sama terpempan. Kunyahannya terhenti terus.

"Korang tahu tak bagaimana rasa ditinggalkan tanpa berita oleh orang yang kau sayang? Macam orang tolak kau dalam perigi buta. Gelita rasa dunia. Kau tak tahu apa salah kau. Kau tak tahu apa yang kau harus lakukan untuk kembalikan orang tu semula dalam hidup kau. Kau hidup dengan hati yang separuh mati.." Sebak sudah mengasak dada. Hati aku terasa sangat sakit ketika ini.
"Orang sekeliling tak membantu langsung masa tu. Semuanya galak bercerita tentang rumahtangga kau. Pelbagai versi, pelbagai fitnah yang timbul." Luahku dengan hati yang sangat terluka.

"Sampai ada satu saat tu..kau rasa kau nak pergi mati je.." Bergetar suaraku menyebut ayat itu. Mata yang berat gara-gara menampung air kupejamkan rapat. Berlinangan lebatlah air jernih membasahi wajah.Zati masih kembali melurut lembuh bahuku.
"Shh..Lisa..istighfar.." Pujuknya dengan sangat perlahan. Jarinya menyeka air mata di wajahku.
"Dia tak pernah percayakan aku. Dia dah cincang lumat hati aku." Aku terus bangun dari kerusi. Sudah tidak mahu bercakap tentang hal ini.Tak terdaya rasanya lagi.

"Lisa.."
Panggilan Zati menyebabkan aku mengangkat wajah ke arahnya.


"Yang tinggal kat dalam ni sekarang hanyalah kesakitan, Zati."
Setelah berkata begitu, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik dengan hati yang compang-camping gara-gara terkenangkan kisah silam. Benci! Aku benci apabila kisah-kisah lalu mula menerjah fikiran. Aku boleh cuba untuk lupakan apa yang menyakiti aku tetapi aku tak akan lupa pengajaran yang aku dapat dari situ. Tak akan sesekali lupa..

***
***


Bab 16

Add caption

"Malissa. We need to talk.."
"I'm on my way to your cousin's place."

Terdiam aku seketika membaca mesej whatsapp yang baru aku terima. Nombor siapa ni? Berkerut seribu wajah. Siapa lagi, Lisa? Siapa lagi???

Erghh kenapalah Fatin kasi nombor aku kepadanya dulu?

 Di dalam posisi meniarap, aku menelentangkan badan. Anak mata memandang tepat pada siling. Kan aku cakap dah takde apa yang nak dibincangkan?!

Aduh..sabar..sabar..bawa bertenang Lisa..bertenang! Telefon bimbit kubaling ke tepi. Dah tiga hari aku mengunci diri di dalam rumah. Hari-hari lelaki itu datang untuk berjumpaku namun sekali pun aku tak memenuhi kemahuannya. Walaupun aku tak dapat menipu diri..ada rasa rindu mengisi ruangan hati untuk lelaki itu.Aku juga berperang teruk dengan diri sendiri untuk mengelak darinya begini. Terbayang renungannya yang sangat mempesonakan jiwa di ruangan mata.

Enough about him Malissa!

Aku cuba memejamkan mata dan menghayati bunyi piano yang sedang menghiburkan telinga. Alunan piano dari pemain piano kegemaranku, Yiruma benar-benar menenangkan hati saat ini. Kiss the rain tajuknya. Aku kembali meniarap dan menghadap skrin komputer riba.
Kusyuk aku memeriksa akaun syarikat yang dikirim melalui email oleh umi. 

Sejak butik muslimah umi ada dua cawangan, aku memang tak menang tangan. Dua tahun tanpa dia, aku belajar apa itu erti berdiri di atas kaki sendiri. Ah, sebelum dia hadir pun aku sudah cukup berdikari. Pelbagai pekerjaan part-time aku lakukan semasa tunggu results SPM dulu..begitu juga semasa cuti semester. Memang tak goyang kaki. Maklumlah, kami pernah susah.
Nampak aje kelibat Zati aku terus menanggalkan earphone dari telinga. Kenapa masam sangat wajahnya tu? Erghhh bingitnya! Aku menekup telinga dengan kedua-dua belah tangan.

Budak nakal mana pula yang main loceng pintu tu??

Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong!

"Malissa..sepanjang 3 hari ni, dah banyak kali Dato' Issac datang cari kau. Aku rasa dia dah hilang sabar tu." Zati bersuara separuh merengek saat ini. Terkejut aku jadinya.


"Kau pasti ke dia yang tekan loceng tu?" Soalku dalam kebingitan loceng pintu yang berbunyi. Pantas Zati menganggukkan kepalanya dengan wajah yang tertekan.
Bibir kuketap geram. Apa lagi yang dia ni nak? Kan Fatin dah beritahu yang aku bercuti beberapa hari?! Bantal di dalam pelukan terus kubaling ke sisi. Lid pada komputer riba kututup cermat.

Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong!

Wajah Zati yang macam ayam berak kapur aku pandang dengan hati yang serba-salah. Bukan aku tak tahu Zati ada ujian tak lama lagi. Siang malam budak tu mengulang kaji dua -tiga hari ni.
"Malissa..tolonglah keluar." Rengekan Zati di muka pintu semakin menjadi-jadi. Macam nak minta gula-gula pun adajugak ni. Siap picit kepala lagi. Aku terus melompat turun dari katil.

Ting tong! Ting tong! Ting tong!

Boleh ting tong aku macam ni! Aku terus menarik lengan Zati supaya mengekori langkahku keluar dari bilik.


"Kau buka pintu tu..kau cakap dengan dia, aku takde. Aku dah pergi Paris." Selamba sahaja aku berkata begitu.


"Bercuti." Sambungku lagi sambil menjungkitkan bahu. Zati mula mengecilkan anak matanya. 

"Kau ingat dia nak percayakan aku?" Soalnya dengan nada yang sedikit kasar. 


"Bingit laaa!Tolong la aku Lisa..aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding dah ni dengar bunyi bell tu." Zati masih lagi mengomel. Sikit lagi aku rasa dia dah boleh hantukkan kepalanya ke dinding.

Kerana kasihankan Zati, lambat-lambat aku mencapai tudung dan kemudian melangkah keluar dari bilik. Kasut kusarungkan ke kaki dan aku mula melangkah keluar dari sini.

Tergamam jadinya apabila pandanganku mendarat pada susuk tubuh yang sedang bersandar pada dinding itu.


Walaupun tengah serabut, penampilannya di tahap tip top. Coat labuh berwarna hitam terletak elok di badannya. Lengkap dengan muffler burberry melilit leher. Gaya berdiri pun dah macam model! Aduh..masalah ni!

 Mulalah ada debaran yang melata di hati. Please Lisa..jangan macam ni! Apa jaminan kau yang dia tak akan tinggalkan kau lagi? Lantas aku melepaskan nafas marah.

"You have 5 minutes to say whatever you want." Ucapku dengan angkuh. Masih terbayang layanannya kepadaku selama aku di sini. Tersentak sedikit keadaannya apabila aku berkata begitu. Ha..tahu pun kau! Biar dia pula yang rasa betapa sakitnya hatiku.
Tanpa sebarang kata, dia mencengkam lenganku. Giliran aku pula tergamam.

"Let's get into the car." Ujarnya dengan renungan yang mempesonakan jiwa. Tak boleh jadi, tak boleh jadi ni!
"Saya boleh jalan sendirilah!" Pantas aku melepaskan pegangan tangannya di lenganku dan aku terus melangkah keluar dari lobi ini.

Deruan angin yang menyapa membuatkan wajahku berkerut sedikit. Maklumlah, hanya memakai sweater nipis je ni. Mana tahan! Ergh sejuk! 

Iskandar membukakan pintu untukku dan aku terus masuk ke dalam kereta.



"Malissa.."

Panggilnya setelah dia juga masuk ke dalam kereta mewah ini. Tidak aku memandang ke arahnya.

"Please..beri abang peluang kedua. Demi Allah abang rasa bersalah sangat dengan Lisa..abang tak sepatutnya buat Lisa macam ni. I shouldn't have left you 2 years ago.." Ada getaran dalam nada suara itu.

 Mampu untuk membuatkan aku menoleh ke arahnya. Riak bersalah terpampang jelas di wajahnya. Jiwaku mulalah dipagut rasa simpati. Dia kemudiannya menyandarkan kepala pada kerusi pemandu.

"Ya Allah..abang dah zalim dengan Lisa.." Rintihnya sedih. Aku menarik nafas dalam-dalam saat ini.

"Awak sepatutnya tanya dulu tentang gambar-gambar tu kepada saya. Bukan hanya membuat kesimpulan sendiri dan tinggalkan saya macam tu je." Dengan lemah aku berkata begitu. Aku menghela nafas berat.

Sebak yang menghiasi ruangan dada cepat-cepat kuusir pergi. Benar, aku sangat kecil hati! Benar, aku berjauh hati! Dan benar aku dah tawar hati saat ini.


Iskandar merenung ke mari dalam-dalam. Tangannya mencapai tangan kiriku. Usapan lembutnya mampu membuatkan aku gugup.

"Demi Allah..dalam perasaan marah dan benci dulu,  perasaan cinta dan sayang untuk Lisa tak pernah berkurang. I tried to hate you but I couldn't.." Bibir yang sedikit merah itu bersuara dengan sayu. 

"I just couldn't hate you.."


Masih lagi dia mengusap tanganku. Kini dibawa ke ribanya pula. Tubuhnya didekatkan ke arahku. Semakin lama jiwaku semakin lembut.

"Siang malam abang berperang dengan perasaan sendiri sepanjang bersama Lisa di sini." 

 Aku tahu situasi yang diceritakannya tu. Mana mungkin aku tak tahu kerana hingga ke saat ini aku masih berperang dengan keadaan itu.


Anak matanya kini berlari dari mataku ke hidung dan apabila renungannya menyapa bibirku,jantung ni dah mula buat hal! Terasa seperti ada elektrik yang mengalir dalam diri. Pantas aku menarik tanganku dari genggamannya.

"All these while..all these while, it wasn't easy, sweetheart..there were just too many times I wanted to hug you..too many times I wanted to.." Aku pantas memotong kata-katanya yang mampu membuatkan aku terus hanyut ini. Semakin gugup aku jadinya.

"I need to go." Itu sahaja mampu aku katakan tanpa memandang ke arahnya.

Tak boleh jadi ni. Lelaki ini terlalu berbahaya untukku.. Sekelip mata sahaja dia mampu membuatkan aku hilang arah. Pantas aku menarik nafas dalam-dalam. Pintu kereta terus aku buka.

"Malissa.."

 Tidak lagi aku berpaling ke belakang. Kaki berlari masuk ke dalam lobi bersama pelbagai perasaan yang bercampur-baur.


***


"I'm on my way to your place."
"Jumpa kat lobi."

Mesej whatsapp dari lelaki itu yang kuterima sejam yang lepas benar-benar membuatkan jiwa aku kacau. Nak jumpa untuk apa lagi? Aduh..! Baik aku fokus kepada kerja depan mata ni!

Aku yang baru sahaja ingin menyemak akaun syarikat kini tergamam jadinya apabila tombol pintu dipulas dari luar.

Aik, takkan Zati dah balik? 

Tersentak aku jadinya apabila bukan Zati yang muncul! 


Susuk sasa lelaki yang memakai long coat berwarna hitam kini berdiri di hadapan mata. 


Berderau darah dalam badan apabila anak mataku kini bertentangan dengan anak mata manusia yang berada di muka pintu itu.




Semua pertanyaan menyerbu fikiran saat ini. Zati dah keluar pagi tadi. Bagaimana dia masuk ke sini? Nasib baik aku pakai sopan-sopan! Ya Allah geramnya.


Bagai nampak hantu aku menjerit!

"A..Awak?!"Tergagap-gagap aku jadinya. 

"Kan abang dah cakap, keluar kejap jumpa abang. I waited for you more than half an hour kat lobi tu! But no..Lisa tetap tak nak keluar. So I have no choice." 

Terpempan aku seketika dengan kata-katanya tu.

"I miss you, Malissa..don't you miss me at all?" Bergetar hatiku mendengar rayuannya tu.

Kenapa renungan sebegitu yang dia berikan kepada aku? Renungan yang mampu membuatkan jantung aku terkeluar dari badan. 

Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain.. Bulat mataku merenung ke arah lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu. Terus aku melompat turun dari katil.


"Jangan masuk!" Aku memberikan warning dengan tegas.

 Tangan kanan kuhalakan ke arahnya tanda menyuruhnya berhenti melangkah.


 "Do you hate me that much Lisa?" Soalnya dengan nada suara yang sangat sayu. Seperti terlalu terseksa dengan situasi ini.


Tipulah kalau aku tak terkesan dengan kata-katanya itu tetapi apabila teringat fakta yang dia meninggalkan aku selama dua tahun tanpa berita, jiwaku mula panas.

"Yes! Yes and yes! I hate you so much!" Bidasku dengan sangat geram.

 Lelaki itu tidak bersuara. Hanya anak matanya sahaja sedang merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan. 


Pantas aku membetulkan sweater supaya tidak ada bahagian yang terdedah. 


Canggung rasanya berada di dalam bilik ini dengan dia. Lantas aku mula melangkah untuk menuju ke arah pintu. Sekelip mata tangannya menggenggam lenganku membuatkan aku menoleh ke arahnya.


"Lepaslah!" 

Sedaya upaya aku cuba untuk melepaskan lenganku dari genggaman tangannya namun tidak berdaya.


Issac Iskandar menundukkan wajahnya supaya dapat melihat wajahku dengan lebih sempurna. Anak mata kami berpandangan untuk seketika. Debaran yang dari tadi wujud kini semakin laju berkompang.

"Betul Lisa bencikan abang?" 

Soalnya di antara dengar dan tidak. Sedaya upaya aku menahan pelbagai rasa yang mula memenuhi ruangan hati. Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain.


"Yes! I hate you!" Bidasku dengan geram.

Kedengaran suara maskulin itu ketawa kecil. Bulat mataku menjegil ke arahnya saat ini.Boleh pulak dia gelak-gelak masa aku tengah marah macam ni? Kepala digelengkan sedikit.




"You're lying..your eyes told me that you too, miss me so much."

Bisiknya dengan sangat perlahan namun masih dapat didengari olehku dengan jelas.


"Lisa rindukan abang.." Ucapnya dengan sangat yakin  bersama renungan yang mempesonakan jiwa.
  
"Apa yang awak merepek ni?" Soalku marah.

 Apabila anak matanya berlari ke serata wajahku, aku mula melepaskan pegangannya di lenganku dan  terus melangkah laju keluar dari bilik. Dia juga menuruti langkahku


"Tolong keluar. Now!" 

Bentakku dengan kasar.


Dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja.


"Not until you forgive me.." Ucapnya dengan tegas. Pantas aku mengundur ke belakang apabila dia menghampiriku.


"Please lah..awak dah lupa kata-kata hinaan awak kepada saya selama ni ke? Dah tak ingat apa yang awak cakap dulu?" Soalku dengan rasa sakit hati yang teramat sangat. 

"Sekarang awak nak jilat ludah awak kembalilah ni??"


 Nada suara sinisku sudah naik satu oktaf.


 Iskandar menghela nafas berat.

Tergamam aku jadinya apabila kedua-dua tangannya memegang kedua-dua belah bahuku dengan kemas. Aku mendongakkan kepala ke arahnya dengan pandangan tidak puas hati. Cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak mampu.

"Can't you forgive me, Malissa? Can't you give one more chance?" Soalnya dengan bersungguh-sungguh.

"Who do you think you are? Suka-suka nak peluang lagi? Maaflah Dato' hati saya memang tak dapat terima awak lagi." Bidasku dengan sangat geram. 

Iskandar melangutkan kepalanya ke atas  seketika. Masih lagi tidak mahu melepaskan bahuku.  


Kemudian, dia menundukkan wajah merenung ke arahku. Sedaya upaya aku menyembunyikan rasa gugup yang semakin menguasai diri. 

"Stop calling me Dato'!"  Tegasnya. Aku hanya mampu tersenyum sinis sahaja.

"Even so, ianya takkan mampu merapatkan jurang status sosial kita..saya tak mampu nak buat keluarga awak terima saya. Pendek kata, saya juga tak mampu nak terima awak dan keluarga awak lagi." Kata-kataku nyata membuatkan wajah lelaki ini sedikit merah dan tegang.

"Forget about them! Will you? I'm your husband. Lisa hanya perlu fikir tentang abang. Only me." Tegasnya dengan serius.Pantas aku menggelengkan kepala.

"No. Kalau awak boleh buang saya dulu..saya pasti awak mesti mampu untuk buang saya sekali lagi."

Aku cuba untuk melepaskan diri darinya sekali lagi tetapi tidak berjaya.


Aku lihat Iskandar menggelengkan kepalanya merenung ke arahku.  Bibirnya didekatkan di telinga kananku.

"What an icy heart you have..be careful, you might catch a cold soon, sweetheart.." Bisiknya.

 Apabila terasa deruan nafasnya menyapa telinga aku terus melarikan kepala.

"What to do? Hati saya memang dah keras macam ais. Selepas saya hancurkan hati saya dengan mencintai awak..saya takkan biarkan ianya cair lagi. Sorry but I won't ever fall back in your arms."  Bersama nada marah  yang membuak-buak aku menuturkan kata-kata itu. 

Iskandar mengelus lembut rambutku untuk beberapa saat. Kaku aku seketika.


Jemarinya kemudian berlari pada pipiku membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

"We'll see sweetheart. We'll see!"Bisiknya dan terus meninggalkan aku dalam keadaan gugup  di sini. 

Kaku aku merenung ke arahnya yang sedang keluar dari apartment kecil ini. Debaran di dada tidak mahu surut saat ini. Sempat lagi dia mengenyitkan sebelah mata sebelum berlalu pergi.

Badan terus kusandarkan pada dinding. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. 

Kenapa masih terasa sentuhan lembutnya yang hanya beberapa saat itu di kepala  tadi? Masih terasa sentuhan hangatnya di pipiku. 


Sumpah aku rindu!


What Malissa? Rindu??! 

Jangan cari fasal. Sanggupkah kau untuk terluka lagi? Pantas aku menampar-nampar pipi untuk menyedarkan diri. Tidak Malissa..tidak! Jangan layan perasaan tu. Kalau dia pernah tinggalkan kau dulu, dia juga mampu untuk ulangi kesilapan itu sekali lagi.
Don't ever trust him again! 
***
Bersambung xD
THANK YOU SO MUCH SUDI BACA DAN BERIKAN KOMEN YA :) SEMUA KOMEN2 SEPERTI BIASA BOLEH DIBERIKAN DI FACEBOOK GROUP : BILA SURI RYANA MENAIP :)