**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday 13 March 2017

SWEETHEART 100 HARI! - BAB 17

BAB 17



Pelukan  di tubuh Dina aku leraikan akhirnya. Kemudian, aku meninggalkannya sekejap di dalam bilik. Langkah kaki kuatur ke ruang tamu dengan berhati-hati. Siap pandang kanan kiri lagi.
Siapa cakap aku tak rindu? Siapa cakap aku tak sayang? Seperti juga Iskandar, Dina adalah segala-galanya untukku. Gaya aku melangkah  ke ruang tamu dah macam penyamun dah ni! Isk, betul ke Iskandar takde ni? Jangan-jangan tengah bersembunyi dalam bilik. Ehh..tak mungkinlah dia berada dalam rumah ni semasa Fatin ke mari pulak. Kalau budak Fatin ni menipu aku, siaplah dia! Aku cekik leher dia sampai putus.

"Fatin..psstt!" 

Aku bersuara separuh berbisik. Pantas gadis yang sedang mengangkat beg sandang belakangnya dari atas sofa itu menoleh ke mari.

"Dah kenapa  psstt psst macam tu? Dah macam ular sawa aku tengok." Bidas Fatin.

Mampu untuk membuatkan aku ketawa. Fatin dengan Zati ni, sama aje tahap pak lawaknya tu. Tapi, otak tu bijaknya bukan main!

"Betul ke Iskandar tak akan balik?" Soalku dengan serius.

"Betul.." Pantas Fatin menganggukkan kepalanya laju-laju. Aku merenung ke arah gadis yang lengkap dengan jaket berwarna mustard di badan itu.

"Kau tak berkomplot dengan lelaki tu, macam Zati kan?" Soalanku membuatkan Fatin terkedu. Pantas dia mengangkat tangan kanannya ke sisi bahu.

"Sumpah tak!" Jawabnya dengan tegas. Aku menarik nafas dalam-dalam saat ini. Belum sempat aku bersuara lagi, dia terlebih dahulu menyoal.

"Eh, Zati komplot apa dengan Dato' Issac?" Soalnya dengan sedikit blur. Kepala di sebalik tudung digarunya kasar.

"Dia kasi kunci rumah kat lelaki tu tau tak! Benci betul aku!" Luahku dengan geram.

Jagalah kau Zati. Oh, takutlah tu, semalam balik bukan main lewat lagi. Sampai aku tertidur. Pagi-pagi tadi pula, kemain awal dia menghilang. Takut kena tazkirah dengan aku lah tu!

"Lepas tu?" Soal Fatin sambil tersenyum-senyum simpul. Sesuatu sangat. Aku mula membuka jaket dari badan.

"Lepas tu apa?" Soalku sambil menjegilkan sedikit anak mata ke arahnya. Fatin menampar lembut tanganku sambil senyum-senyum lebar. 

"Kau dah berbaiklah dengan Dato' Issac ye?" Soalannya mampu membuatkan wajahku menjadi masam.

"Jangan harap!" Bidasku dengan geram. 

Kemudian aku terus menyangkutkan jaket di tangan pada coat stand di sudut kiri ruang tamu ini. Fatin menghampiriku. Bahuku ditepuk lembut.

"Okaylah Lisa..aku pergi lab dulu. Sorrylah susahkan kau. Tapi aku betul-betul busy harini. Tak sempat nak carikan pengganti untuk jagakan Dina." Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus melangkah ke arah pintu utama. Aku juga turut sama mengikut langkahnya.

"It's okay! Janji kau datang balik sebelum pukul 5 petang!" Kata-kataku membuatkan gadis ini menganggukkan kepalanya.

"Okay! See you! Assalamualaikum." 

Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, suara budak comel kedengaran di ruangan ini.

"Kak Fatin dah nak balik?"
Kami bersama-sama menghalakan pandangan ke arah Dina yang sedang melangkah ke mari. Pantas dia menghulurkan tangan untuk 
bersalaman dengan Fatin.

"Kak Fatin ada kerja sikit. Nanti Kak Fatin datang balik." Jawab Fatin sambil menyambut huluran tangan si kecil Dina. Rambut Dina dielus lembut sebelum dia melambaikan tangan ke arah budak perempuan yang memakai sweater merah ini.

"Okay! Bye.."

Dina membalas lambaian tangan Fatin.

"Bye!"

Sebaik sahaja tubuh Fatin semakin menjauh, aku terus mengunci pintu rapat-rapat. Dina pula terus memeluk tubuhku. Pantas aku membongkokkan badan.

"Dina rindu mama tak?" Soalanku membuatkan anak kecil ini semakin erat memelukku.

"Mestilah rindu!" Jawab Dina.

Ketawa kecil jadinya aku apabila melihat gelagatnya ini. Kemudian, Dina bersuara lagi dengan sangat riang.

"Mama..nak tengok tak Dina colour animals?" Bulat matanya yang cantik itu merenung ke mari. Pantas aku menganggukkan kepala. 

"Nakk..jom..jom."

Tangan Dina aku pimpin dengan erat dan kami sama-sama melangkah ke arah biliknya.
Akhirnya, setelah beberapa hari melarikan diri dari Iskandar, dapat juga aku bertemu Dina sekali lagi. Rindunya aku untuk menemani Dina di sini.


***
Anak mata kubuka dalam keadaan yang masih mamai! Serta-merta dadaku berdegup kencang. Aku ada kat mana ni? Eh..ini bukan bilik...???

Ya Allah, apa yang dah terjadi? What the hell had happened to me??? Otakku rasa nak meletup saat ini. Tak mampu nak berfikir apa. Dalam keadaan berbaring, aku bangun dan tubuhku tersandar longlai pada kepala katil. Anak mata liar memerhati keadaan sekitar yang hanya diterangi dengan lampu berwarna kuning!

Jantungku terus berdebar dengan sangat teruk saat ini. Aku sudah mula berpeluh di dalam suhu yang rendah. Apa yang Iskandar buat dengan aku?? Sebak sudah mula mengasak ruang dada. Terketar-ketar tangan menyelak comforter yang membaluti tubuh sampai ke paras leher. Aku menghembuskan nafas lega saat ini bersama air mata yang berlinangan di pipi.  Tidak apa yang kurang di tubuhku. Lengkap semuanya! Tapi, bagaimana aku boleh tertidur di sini?? Relax Malissa..relax! Bertenang. Puas aku memaksa otak untuk berfikir.

Selepas menemani Dina mewarna tadi, budak comel tu tertidur di biliknya. Aku pula, terus ke ruang tamu dan duduk di atas karpet untuk menonton televisyen sambil menyandarkan badan pada kaki sofa. 

Mungkin aku tertidur. Habis tu, bagaimana aku berada di sini?
Bulat mataku menjegil ke arah kelibat yang baru masuk ke ruangan ini. Kelam-kabut aku ingin bangun tetapi Iskandar terlebih dahulu 
duduk di birai katil.
Nampak macam dah mandi. Rambutnya juga kelihatan basah sedikit. Bau shower gel dapat kuhidu dengan jelas. Tubuhnya dibongkokkan sedikit sambil menghadap aku. Terkunci terus segala pergerakanku. 

Dalam cahaya yang sedikit suram ini, dapat kulihat anak matanya sedang tenung ke mari dengan renungan sangat mempesonakan jiwa. Namun, tidak dapat meredakan hatiku yang sudah kacau-bilau!



"Dah bangun, sweetheart?" Soalnya dengan perlahan. Nafas aku tarik dalam-dalam.

"Iskandar! Apa awak buat dengan saya?" Bergetar suaraku menyoalnya saat ini.
Aku cuba untuk bertenang. Lelaki ini ketawa kecil sahaja melihat keadaan aku yang sedang tertekan.

"What do you think I've done to you? Hm?" Soalnya nakal. Cuba untuk buat aku bertambah kalut mungkin.

Jantung semakin laju degupannya apabila wajahnya didekatkan lagi ke arahku. Dia ni memang nak tengok aku naik hantu agaknya!

"Dato' Issac Iskandar! Cakap, apa yang awak dah buat dengan sayaa???" Suaraku sudah mencapai oktaf tertinggi saat ini. Dengan berang aku menyoalnya. Berubah terus wajah itu saat ini. Jari telunjuk dilekapkan pada bibirku membuatkan aku terkaku.

"Shhh! Nak Dina dengar ke kita bertekak?" Soalnya dengans serius. Dia tak tahu ke darah aku tengah menggelegak??

"Malissa..I can do anything I want but no, I won't." Tegasnya. Dengan wajah yang serius dia menuturkan kata itu. Kepalanya digelengkan sedikit.

"Tak gentleman laa paksa-paksa macam tu." Luahnya lagi.

"Not fun at all." Ada senyuman nipis di hujung ayatnya membuatkan aku tergamam. Jemarinya mengusap pipiku untuk seketika.

Sumpah aku dah mula tak selesa. Rasa marah yang membuak-buak tadi dah diganti dengan pelbagai rasa yang lain. Jarinya di pipiku terus kutepis. Sedikit sebanyak, memang aku lega sangat dengan kenyataannya itu. Sekurang-kurangnya dia masih hormat aku sebagai seorang wanita.

Terus aku bangun dari katil dan bersandar pada dinding. Iskandar juga turut sama bangun. Jari telunjuk kutudingkan ke arah lelaki yang  memakai sweater hitam di badan.

"Baik awak cakap, macam mana saya boleh tidur atas katil ni??" Soalku yang sedang cuba menyabarkan diri sendiri. Kalau tak sabar, memang dah lama aku cekik dia ni.

"Fatin nak kejutkan Lisa tapi abang yang suruh Fatin pulang. Tak sampai hati lihat Lisa tertidur kat ruang tamu, jadi abang dukung Lisa ke dalam bilik ni. Comfortable sikit katil tu."

"Du..du..dukung???" Tergagap-gagap aku menjerit kecil ke arahnya.
Sah, aku boleh pengsan saat ini. Kenapalah dia ni ada je nak buat aku tertekan! Darah mula menyerbu ke wajah.

"Why?" Soalnya bersahaja. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Kelu terus lidah!

"Awak memang sengaja kan nak ambil kesempatan!" Ujarku dengan sangat geram . Langkah kaki kuatur laju menuju ke pintu bilik. 

Iskandar pula dengan pantas mengejar langkahku dan berdiri betul-betul di hadapanku. Tegang sedikit kulihat wajahnya saat ini. Mungkin tidak puas hati dengan tuduhanku. Kedua-dua belah tangan tanpa aku duga dilekapkan erat di kedua-dua belah pipiku. Anak mata kami bertautan seketika. Benci untuk aku mengaku yang segala perasaan marah tadi sudah menghilang entah ke mana. Yang ada hanya rasa gugup dan canggung sahaja dengan situasi ini.

"Kalau nak ambil kesempatan, I wouldn't leave you on that bed alone, Lisa." Luah Iskandar di antara dengar dan tidak. Dengan wajah yang serius, dia menggelengkan kepalanya.

"If abang nak ambil kesempatan, abang takkan tinggalkan Lisa atas katil tu walaupun untuk sesaat tadi. Not even for one second." Ulangnya lagi mampu membuatkan aku terpaku.

Semakin teruk darah menyerbu ke wajah saat ini. Sumpah aku dah tak tahu nak cakap apa.
Kemudian, dia tersenyum tawar untuk seketika.

"You're still mine tapi abang tak akan paksa selagi Lisa tak ready." 

Sebaik sahaja dia berkata begitu, kedua-dua belah tangannya dileraikan dari wajahku dan dia kulihat terus berlalu keluar dari biliknya ini, meninggalkan aku di dalam debaran yang masih tidak mahu surut.

***
Perbualan telefon dengan umi semalam menyerbu fikiran sehingga mampu membuatkan urat-urat kepalaku berdenyut. Ah, boleh migrain aku macam ni. Aku mula merehatkan kepala di atas bangku ini.

 Wajah kudongakkan ke atas. Pandangan kuhalakan kosong ke arah dedaunan musim luruh yang lebat.
Umi tak habis-habis memaksa aku untuk pulang ke Malaysia dan mulakan hidup baru. Tak habis-habis dia menyuruh aku untuk tuntut fasakh dan menerima Abang Hilman. Katanya tak guna aku menanti Iskandar lagi. Hakikat yang sebenar, Iskandar juga sedang merayu aku untuk kembali ke pangkuannya saat ini.

Tidak, aku belum menceritakan tentang Mak Lang dan Rania yang membuatkan rumahtangga aku dan Iskandar hampir hancur. Bukan aku tak mahu menceritakan hal sebenar tetapi bagaimana untuk aku beritahu segala-galanya kepada ibu kalau tak habis-habis nama Abang Hilman yang keluar dari mulutnya?
Sebut tentang Iskandar, aku terus melekapkan tangan ke dada. Debaran tiba-tiba sahaja menyelimuti jantungku saat ini. Terbayang insiden di biliknya semalam. 

Memang aku marah dengan lelaki itu. Aku sakit hati dan terlalu berdendam tetapi kenapa rasa rindu itu tetap juga ada apabila tidak bersua? Setiap malam aku rawan sendiri.  

Erghhh! Kepala aku picit kasar. Kalaulah aku boleh cuci otak aku yang berserabut dan kusut ini sekarang, pasti aku akan lakukan. Mata yang ralit merenung ke arah dedaunan warna kuning yang memayungiku di atas sana kini kualihkan pada sekumpulan burung merpati yang menghampiriku.

 Ada senyuman beraja di bibir. Memang di Eropah ni pun banyak benar burung merpati. Jinak-jinak semuanya sebab diorang ni nampak apa yang aku sedang pegang. Pandai betul! Ye la..dah memang makanan diorang pun!Pantas aku menaburkan sedikit kacang tanah ke atas rumput. Apa lagi, burung-burung ini menyerbu ke kakiku. Ada senyuman beraja di bibir. Sedikit lagi kacang tanah aku taburkan ke atas rumput. Tenang betul melihat burung-burung ni makan. Sedikit sebanyak dapat juga merehatkan otak yang sesak.

"Miss me, sweetheart?"

Suara itu automatic mampu membuatkan jiwa aku bergetar hebat. Baru sahaja fikir tentang dia, lelaki itu dah sampai sini? Erghh misterinya! Dia boleh baca fikiran aku ke?
Debaran halus sudah mula menyelimuti tubuh. Pantas aku mengangkat wajah ke arah lelaki segak dengan jaket biru gelap di badannya. Masih lagi termangu-mangu dengan soalannya tadi, dia menyoal lagi.

"These pigeons..they're so cute..aren't they?"

 Demi Allah aku kehilangan kata-kata melihat susuk tampan ini di sini. Apa lagi, kacau bilaulah jiwaku jadinya!

Kaca mata hitam di wajah ditanggalkan dan anak mata aku dan lelaki yang  beberapa tapak di hadapanku itu kini bertemu. Berderau darah dalam badan melihat sejambak mawar merah yang berada di dalam pelukannya.

"Maira Malissa..I miss you. I couldn't sleep last night thinking of you." Ucapnya sambil melangkah ke mari.

"Your beautiful eyes..your nose..your lips..abang rindukan Lisa.." Ayat yang keluar dari bibirnya mampu membuatkan jiwa aku bergetar teruk!


Habis berterbangan burung merpati yang tadinya memenuhi kawasan ini apabila Iskandar semakin menghampiri aku. Ingatkan dia akan melabuhkan punggung di sebelahku atas bangku ini tetapi ternyata jangkaanku meleset teruk!

Dengan tidak semena-mena lelaki ini melutut di hadapanku membuatkan aku tergamam. Dia ni tengah buat drama apa pulak ni??

"Awak buat apa ni?" Nada suara sudah meninggi.

Aduh..termangu-mangu aku aku meliarkan pandangan ke sekeliling kawasan ini. Nasib baik takde orang waktu-waktu tengahari begini! Bunga diletakkan di atas ribaku dan kedua-dua tanganku digenggamnya erat membuatkan aku semakin terkedu.Gaya seperti seorang kekasih yang mahu  propose pasangannya pun ada jugak ni!




"Lepaslah!" Wajahku serius menuturkan ayat itu dengan nada marah. 

Mata kujegilkan sebesar-besarnya ke arah lelaki yang kelihatan sangat tenang ini.
Hakikatnya, rasa marah itu sememangnya sudah bercampur dengan rasa gugup. Makin aku cuba untuk lepaskan makin erat dia menggenggam kedua-dua belah tanganku.

"Look, Malissa..I know you hate me and I know you just want to move on..but please, jangan buat Dina macam tu.." Ucapnya dengan serius.

 Wajah kacak lelaki ini aku hiris dengan renungan tajam. Apalah sangat yang aku buat dengan Dina? Semalam aku ke sana jumpa Dina kan? Cuma hari ni aje aku teragak-agak untuk pergi sebab kejadian dalam bilik Iskandar semalam.
Erghh selamba aje dia dukung aku kut!Mana aku tak hangin satu badan!

"Tak payah buang masa pujuk saya untuk jaga Dina. Saya tahu bila saya akan ke sana. Awak sepatutnya pujuk Rania!"

Dengan geram aku berkata begitu. Iskandar yang masih melutut mengerutkan wajahnya dengan pelik.

"Why must I?" Soalnya sedikit tidak puas hati. Anak mata dikecilkan sedikit saat ini.

"Why must you?" Dengan nada menyindir aku sebuat ayat itu. Mata kujulingkan ke atas. Buat-buat tak faham pulak!

"Lisa, abang dah batalkan contract syarikat family Rania semenjak tahu dia yang fitnah Lisa. Lagipun  abang dari awal memang takde apa-apa dengan Rania. Takkan ada perempuan yang boleh gantikan  tempat Lisa. Titik!" Tegas dia berkata begitu. Aku menarik nafas dalam--dalam saat ini.
Sekali lagi aku cuba untuk lepaskan tangan aku dari genggamannya tapi tidak berjaya.

"Dah tu, sampai bila kita nak 
duduk dalam keadaan macam ni? Lepaskan tangan saya!" Dengan tegas aku bersuara. 

Tertekan aku apabila sebuah keluarga sedang melangkah ke mari. Aduhhh! Dorang pandang-pandanglah pulak. Iskandar ni buat hal betullah! Tebal terasa wajah.

"Fine, you can just hate me Lisa..but please, stay with me for 100 days. Selepas itu, baru Lisa buat keputusan untuk bersama abang dan Dina atau tidak." Rayuannya membuatkan aku terkedu.

"100 days?" Terjerit kecil aku jadi. Selamba sahaja Iskandar menganggukkan kepalanya.

"100 hari tu takkan merubah apa-apa!" Bidasku dengan geram.

"Awak jangan nak mengarut! Lepaskan tangan saya, I wanna go home!" Baru sahaja ingin mencuba untuk bangun lelaki ini bersuara dengan tegas.

"No. Not until you agree to be with me for another 100 days, sweetheart!" Ucapnya dengan bersungguh-sungguh. Anak mata meliar ke arah beberapa orang perempuan dalam lingkungan 60-an yang bersiar-siar di sini. Aduh..nenek-nenek ni dah tengok kitorang sambil senyum-senyum.

"Awak! Orang dah tengok tu..please la jangan buat macam ni. Saya nak balik." Aku dah tahap merayu dah ni. Iskandar masih juga tenang.

"Is he proposing you, lucky lady?" Soal salah seorang nenek yang memakai jaket tebal berwarna coklat.

"Er.." Terkedu aku jadinya.

 Iyalah! Dengan posisi iskandar melutut begitu, dengan sejambak besar bunga mawar merah atas ribaku dan tanganku yang berada dalam genggaman lelaki ini, siapa pun akan fikir dia sedang melamar aku!Semakin tidak keruan aku jadinya! 

"Just say yes!" Sampuk seorang lagi nenek yang memakai scarf biru 
tua di leher.

"Yes, I am proposing her to be with me for the rest of her life!" Ujar Iskandar kepada mereka berdua! Apa lagi, semakin tergamamlah aku. Ya ampun..nak kena dah dia ni!

"Iskandar..lepaskan tangan saya.." Ujarku dengan senyuman yang sangat geram! Lelaki ini pantas menggelengkan kepalanya.

"Not until you agree, sweetheart!" Ucapnya yang tersenyum lucu melihat keadaanku.

"Mana aci macam ni??!" Aku dah separuh merayu dah ni. Aduhhh..malu betullah! Aku cuba untuk bangun tetapi tak boleh.

"I do." Ujar seorang nenek sambil bertepuk tangan.

"I do, I do, I do, I do!" Kedua-dua mereka berkata begitu sambil bertepuk tangan.

 Sebuah keluarga yang melintasi kami juga turut berhenti sambil teruja memandang ke arah aku dan Iskandar. Diorang ni ingat kami ni pasangan yang sedang asyik bercinta ke apa?!

 Erghhh! Ni semua 
Iskandar punya fasal! Merah-merah dah wajahku menahan malu!
Erghhhh!

"Iskandar, awak ada 100 hari dan jawapan saya akan tetap sama selepas 100 hari tu." Aku bercakap di dalam bahasa melayu dengan sangat geram! Bersinar mata lelaki ini merenung ke mari. Kemudian, dia bangun berdiri dan menoleh ke arah mereka yang masih berkumpul di sini.

"It's a yes!" Ujarnya dengan gembira kepada mereka.

Apa lagi, tersenyum simpullah mereka tu mengucapkan tahniah di dalam bahasa perancis dan inggeris! Aku pula tanpa menunggu dengan lebih lama, terus bangun bersama bunga di tangan. Eeeee malunya! Tak pernahlah seumur hidup aku terjebak dalam drama macam ni. Ikutkan hati mahu sahaja aku tinggalkan bunga di tangan ini. Tapi, mawar merah memang kelemahanku.

Melampau betul Iskandar ni! Sememangnya dia jenis lelaki yang akan dapatkan apa yang dimahukannya. Aku kenal sangat lelaki itu. Langkah kaki semakin melaju meninggalkan lelaki itu di belakang sana. Tanpa aku duga, tapak tanganku diraih oleh tapak tangan Iskandar. Kejap jemarinya bertautan dengan jemariku membuatkan aku menoleh ke arahnya dengan pandangan tidak puas hati. Terhenti terus langkah kaki.

"Apa ni?" Soalku dengan sangat tidak puas hati. Padahal, di dalam dada sudah ada pelbagai rasa halus apabila bertentangan mata dengan lelaki ini.

"You agree to be my sweetheart for 100 days, remember?" Soalnya perlahan. Senyum ditarik sedikit..

"Awak paksa saya untuk tengok muka awak selama 100 hari tadi! And now awak cakap saya setuju jadi sweetheart awak for 100 days?"Soalku dengan geram. Lelaki ini terus merenung wajahku dalam-dalam. Belum sempat dia bersuara aku menyoal lagi.

"Bila masa saya cakap nak jadi sweetheart awak?"  Soalku dengan geram! Boleh pula ya dia putar belit ayat.

"Lepaskan tangan saya sekarang!" Arahku dengan tegas. Iskandar hanya mengulum senyuman.

"Cubalah lepas. Abang dukung Lisa macam semalam." Kata-katanya mampu membuatkan aku mengunci bibir. 

Aku tahu  lelaki ini mampu untuk mengotakan apa yang dikatanya. Jika itu terjadi, memang tak keluar rumah teruslah aku jadinya gara-gara terlalu malu dengan penduduk di kawasan ni!

"Nak?" Soalnya lagi setelah dilihatnya aku mendiamkan diri.

 Tidak lagi aku cuba melepaskan tautan jemarinya di jemariku saat ini.

"Iskandar???!" Namanya kusebut dengan nada tidak puas hati!

Memang tahap bengang aku dah sampai ke tahap tertinggi! Iskandar sekadar tersenyum nipis. Kaca mata hitam yang disangkutkan pada jaket hitam di badan dicapai dengan sebelah tangan dan dipakaikan ke wajah dan dia kemudiannya menoleh ke arahku.

"I like the way you say my name..sounds so sexy!" Usik lelaki ini. Masih mahu buat aku tidak puas hati!Pantas aku melarikan anak mata ke hadapan.


"Memang awak dah hilang akal!"
 Gumamku dengan sangat geram.

Pandangan kuhalakan ke arah hadapan sahaja. Dengan sangat terpaksa aku melangkah beriringan dengan lelaki ini menuju ke arah apartment Zati di hadapan sana. Berpegangan tangan dengan erat begini dengan Iskandar, bersama sejambak bunga pula di dalam pelukanku, sesiapa sahaja akan ingat kami adalah pasangan yang sedang hangat bercinta! Hakikatnya aku sedang menahan pelbagai rasa yang sudah pun bercampur-baur di dalam diri saat ini! Issac Iskandar - lelaki ini memang merbahaya!



***  
Bersambung xD
Assalamualaikum semuaaa! Terima kasih masih sudi mengikuti cerita ini. Nanti Suri share bab 18 ya! Seperti biasa, semua komen boleh diberikan di group Bila Suri Ryana Menaip! See you there, ladies! mwah!