DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Wednesday, 15 March 2017

SWEETHEART 100 HARI! - Bab 17 A & B dan Bab 18

Bab 17 A


Tergopoh-gapah aku menarik pintu kaca dan memasuki ruangan lobi. Nafas berat kuhela saat ini. Iskandar pula sudah pun berada di dalam keretanya. Entahlah dia dah memecut pergi dari sini ke belum! Malas aku nak toleh ke belakang lagi. Nak balik tu balik aje lah! Beriya sungguh suruh aku cium tangan bagai. Memang tak lah! Nasib baik aku sempat melarikan diri sebelum lelaki itu mencengkam lenganku seperti selalu. Demi Allah aku rasa sangat marah dengan diri sendiri. Kenapa aku sering hanyut apabila berada bersama dia? Benci betul!

Apa yang aku tahu, waktu dulu tak dapat dikembalikan lagi untuk saat ini. Memberikan lelaki itu peluang sekali lagi akan membuatkan aku terus berharap dengan perkahwinan ini. Aku tak mahu hati ini bertambah hancur sekiranya apa-apa terjadi. Trauma? Entahlah.
Mana mungkin aku mengharapkan lelaki itu sekiranya terang-terangan mak mertua aku, si Datin Seri Ainon itu mahu menjodohkan Iskandar dengan Rania?
 Erghh kalau pun bukan dengan Rania, berduyunlah anak-anak orang kaya yang setaraf dengan mereka akan dikenenkan dengan Issac Iskandar. I am just out of their league, seriously. Pahit terasa air liur yang aku telan.  

Selepas sahaja Iskandar menyepi tanpa berita dahulu, aku dihalau keluar dari rumah agam itu tanpa simpati. Bagai sampah, baju-baju dan harta-benda aku dihumban dan dilonggokkan di hadapan pintu pagar besi banglo mewah itu. Masih terngiang-ngiang kata-kata Mak Datin sorang tu yang melapah hancur hati aku dahulu.

"Kau kutip semua sampah kau ni dan berambus dari sini! Kau dan keluarga kau memang tak cermin diri kan? Sudahlah miskin, hina pulak tu! Sama aje macam anjing kurap kat tepi jalan tu. Ada hati nak masuk dalam keluarga ni. Hey perempuan, kau dan ibu kau dengar sini baik-baik ya.  Aku tak pernah sukakan korang! Aku dari keturunan baik-baik. Semestinya aku mengidamkan seorang menantu dari keturunan baik-baik jugak. Yang sama taraf! Perempuan macam kau ni, jadi tukang cuci rumah ni pun tak layaklah! Sudahlah tak berharta, hina pulak tu! Sekarang Iskandar pun dah tak perlukan kau lagi. Anak aku pun dah takde selera dengan kau. Jadi, apa kau tunggu lagi? Berambus aje lah! Aku benci tengok muka kau!"

Pedihnya kata-kata itu dapat kurasa sehingga ke saat ini. Tersandar sendirian jadinya aku pada dinding lobi bersama genangan air jernih yang membebankan bibir mata. Berlinangan jua akhirnya.
Macamlah aku berdosa  besar dilahirkan dalam keluarga yang kurang berharta. Sakit hati mengingatkan cercaan keluarga Iskandar kepada aku dan ibu dulu. Untung sangatkah mereka yang dilahirkan dalam dulang emas tu? Ah, boleh jalanlah! Pantas jemari menyeka air mata yang berlinangan di pipi.

 Aku tak mahu buang masa mudaku lagi. Kaki terus melangkah ke arah pintu apartment yang disewa Zati. Sebal terasa hati saat ini apabil terpandang ke arah jambangan mawar merah yang digubah indah di tangan. Owh..sekarang rindu dan  merayu sampai melutut bagai. Dulu, selama dua tahun aku merindu, di mana dia?

Aku terus mencampakkan bunga di tangan ke dalam tong sampah di lobi ini. Puas hati aku. Kemudian, aku mencari kelibat Zati. Kasut kutanggalkan dan kuletakkan di atas rak. Laju kaki melangkah ke ruang tamu.

Nampak aje wajah Zati, hati aku bertambah membara. Mana tidaknya, dari semalam aku tunggu dia balik untuk tanyakan tentang kunci rumah yang diberikannya kepada Iskandar tu. Selamba betul lelaki itu ceroboh masuk ke bilikku. Siapa lagi yang berikan kalau bukan Zati?

"Zati!"

Panggilku apabila memasuki ruang lobi ini.  Gadis yang sedang kusyuk menghadap komputer riba di atas sofa itu bagaikan nampak hantu saat ini. Terus dia bangun dari duduknya.

"Adoiii..sakitnya perut ni. Memulas-mulas!" Berkerut seribu wajahnya saat ini. Tangan pula menekan perut.

Ha!  Nak larilah tu. Kecut perut nampak..tahu pun takut!
"Tak payah nak berlakon. Come on Zati, aku bukan baru kenal kau hari ni." Ucapku dengan geram sambil menarik tangannya untuk duduk kembali.

"Ala..aku minta maaf Lisa..tak berniat pun nak buat kau marah." Rengek Zati sambil membetulkan duduknya supaya berhadapan denganku.
 
"Kenapa kau kasi kunci rumah ni kat Iskandar?"  Soalku dengan sangat tidak puas hati. Mata kukecilkan sedikit ke arah gadis yang sedang menutup lid komputer ribanya. Dia kemudiannya merenung ke arahku dengan pandangan bersalah.

"Lisa..relaxla.." Pujuknya. Aku terus menggelengkan kepala.

"Answer my question Zati!" Ucapku dengan tegas. Bergema suaraku di seluruh kawasan ruang tamu yang sempit ini. Zati ketawa kecil.

"Malissa.." Ucapnya sambil 
tersenyum-senyum. Eeee bertambah geram jadinya aku dengan perempuan ni.

"Apa?" Sergahku dengan geram. Tudung di kepala kucabut kasar saat ini.

"Eleh..marah konon. Kau ni nak cover line ye? Elok je jalan pegang-pegang tangan tadi. Siap dapat bunga lagi! Mana bunga kau tu?"

Tergamam aku seketika. Ya ampun..Zati nampak aku dan Iskandar tadi? Aduhhh..!!! Aku terus menyoal Zati untuk menutup kata-katanya tadi.

"Zati, I'm serious..kenapa kau kasi kunci rumah kat lelaki tu?" Soalku. Zati mula menghela nafas berat. Wajah diraupnya kasar dan gadis yang memakai t-shirt lengan panjang berwarna kuning ini akhirnya bersuara.

"Lisa..I'm sorry..aku memang tak nak kasi tapi, dia paksa aku."Berkerut seribu wajahnya saat ini. Aku hanya membatukan diri. Issac Iskandar..kalau aku pun susah nak tepis kemahuannya, apatah lagi Zati yang lembut hati? Dahi aku picit kasar-kasar. Geram!

"Sebenarnya, aku ada minta tolong untuk dapatkan data dari syarikat dia.." Pantas aku merenung tajam ke arah Zati. Patutlah!

"Owh, kes terhutang budi lah ni?" Soalku dengan sangat geram. Aku tahu pasti Iskandar gunakan isu itu untuk memaksa Zati.

"Malissa..kau marah ke?"  Soalnya teragak-agak.

Aku hanya merenung ke arahnya dengan pandangan tajam. Riak bersalah terpampang jelas di wajahnya. 

"Betul, aku kasi sebab aku takut dengan Dato' issac tapi, aku jugak fikir tentang kau..your marriage.." Terang Zati dengan bersungguh-sungguh. Aku mengerutkan dahi sedikit.

"I wanna help you, Lisa.." Perlahan dia mengusap bahuku. Nak tolong aku? Aku pantas menggelengkan kepala.

"Tolong apa? Aku tak faham." Ucapku bersama helaan nafas berat di hujung. Zati menarik nafas dalam-dalam. Sempat lagi dia mencapai cawan air kopi di atas meja dan menghirup pantas.

"Aku fikir, mana tahu dengan berikan Dato' Issac kunci tu, dia dapat pujuk kau..korang dapat selamatkan perkahwinan korang. Aku cuma nak kau bahagia kembali, Lisa.."  Ucapnya dengan penuh semangat. 

Cawan kopi diletakkan kembali di atas meja. Anak matanya merenung ke arahku dengan pandangan simpati.Sumpah aku kehilangan kata-kata. Aku tahu! 

Aku tahu dari awalnya yang Zati 
memang takde niat buruk. Dia nak tengok aku gembira kembali tetapi, aku mesti buat Zati faham tentang kemahuanku.

"Zati..kau tahu kan yang aku dah bersedia untuk move on? Aku takut terluka lagi, Zati." Ujarku kepada gadis ini. Pantas dia mencatas kata-kataku.

"Lisa..kau, aku, Dato Issac, Fatin, even mak ayah kita..semua pernah buat silap.Not only Dato' Issac but all of us deserve a second chance."  Ucapnya dengan sangat tenang.
Masih lagi cuba untuk memujuk aku.

"Dia tak pernah percayakan aku, Zati.."

"Dan itu kesilapannya..lihatlah keadaan dia Lisa. Kau nampak kan dia sangat-sangat menyesal sekarang? Aku pasti dia tak akan mengulanginya lagi." Dengan yakin gadis berlesung pipit ini menyuarakan pendapatnya.

 Aku hanya mampu merenung kosong ke arah timbunan buku-buku Zati di atas meja. Sesungguhnya aku buntu!
Erghh! Zati dan Fatin sama sahaja! Masing-masing masih berharap yang aku memberikan lelaki itu peluang kedua.

Rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding je. Budak dua ekor ni..mentang-mentang si Iskandar tolong bekalkan dorang pelbagai maklumat dan data untuk thesis dorang, boleh pulak bersungguh-sungguh jadi jurucakap lelaki itu ya!

"Confident betul kan kau? confidentttt betul kan??!" Soal aku dengan sangat geram sambil menjegilkan mata ke arah Zati. 

Gadis ini kulihat menelan liur. Takut-takut dia merenung ke arahku.

Aiii!Kecik besar kecik besar aje aku nampak si Zati ni. Dia ni team siapa sebenarnya? Team aku ke team Iskandar??! Dengan teragak-agak Zati bersuara akhirnya

"Atau..kau nak ikut cadangan Mak Ngah supaya terima  Abang Hilman?"
Pantas aku mengangkat tangan kanan ke arahnya dengan wajah yang bengang.

"Cukup! Kau jangan cakap apa-apa Zati. Darah aku dah naik sampai kepala ni!"

Amaran keras aku berikan kepada Zati dengan ton suara yang meninggi. Pantas gadis ini bangun dan mencapai cawan kopi serta piring yang mempunyai sedikit sisa-sisa kerepek. Kemudian, terus dia  menikus ke dapur.
Sumpah, dengar sahaja nama Abang Hilman darah aku menggelak teruk dah ni. Itu seekor lagi! Di  sini Zati dan Fatin memujuk aku untuk menerima Issac Iskandar. Di sana pula, ibu asyikkkk tak habis-habis dengan calon menantu barunya, si Abang Hilman. Aku memang tak boleh terima Abang Hilman! Aku tak cintakan dia langsung! Apabila bersama dia, aku takde rasa apa-apa!

Lainlah kalau dengan Iskandar. Baru dia tenung je, dah rasa nak pengsan! Seperti ada suara yang membisikkan ayat itu di telinga. Terbayang jelas renungan yang penuh mempesonakan milik lelaki itu di fikiran. Lisa! Please..stop it!!

Kedua-dua belah tangan meraup wajah dengan kasar. Ikatan pada rambut kuleraikan dan aku picit-picit kasar kawasan kepala. Ah, lantaklah kalau dah rupa langsuir sekalipun! Yang pasti aku memang tertekan betul saat ini. Bolehkah aku menghadap muka lelaki itu selama 100 hari nanti?!

***


Rindu punya fasal dengan Dina, aku gagahkan diri juga datang ke sini walaupun kalau boleh aku tidak mahu bertentangan mata dengan Iskandar. Dari atas bangku besi ini, tangan kanan kulambaikan ke arah anak kecil yang hendak menuruni papan gelongsor itu. Bersorak riang dia dan kawannya yang juga tinggal di apartment ini. Seronok betul puteri comel sorang tu hari ni. Mana tidaknya, semua kemahuannya aku turutkan. 

Siap bawa ke taman permainan di bawah apartment ni lagi untuk dia bermain. Aku juga ada buatkan Dina pai epal! Senyuman di bibir semakin lebar apabila Iva Irdina berlari ke mari.
"Mama jom main swing!" Ujar Dina yang memakai thermal legging berwarna pink. Legging itu bisa memanaskan kakinya yang sejuk ditampar angin musim luruh.  Pantas aku menganggukkan kepala.

"Okay! Jom!" Ucapku sambil menyambut huluran tangannya.

Langkah kaki kami aturkan menuju ke arah deretan buaian yang terdapat di bahagian kanan taman permainan.

Apabila Dina gembira begini, aku juga turut sama bahagia. Terlalu bahagia. Buaian yang dinaiki Dina aku tolak dengan sangat berhati-hati. Apa lagi, bersoraklah sukalah dia. Setelah beberapa minit menemani Dina bermain buaian, aku akhirnya melirik ke arah jam di tangan. Dah pukul 4 petang! Baik aku bawa Dina naik sekarang. Sempatlah aku hidangkan minuman petang sebelum lelaki itu balik nanti.

"Dina..jom kita makan apple pie kat atas."

Ajakku setelah menghentikan buaian besi ini dari bergerak. Bercahaya mata Dina merenung ke mari. Pantas dia menganggukkan kepala.
Aku kemudiannya berpimpin tangan dengan Dina untuk naik ke atas. Sampai sahaja di hadapan lif, aku mengemaskan ikatan pada rambut Dina.Wajah kuangkat dan tergamam aku jadinya apabila pintu lif terbuka. Affendi Jufri? Dia juga tersentak melihat aku di sini.Serta-merta dadaku berombak laju.

 Ya Allah, redakanlah kemarahan yang sudah mula mengocak hati ini. Tangan kiri kugenggam kuat. Dia ni lah antara penyebab perkahwinan aku dan Iskandar ranap teruk. Muka kacak, tapi perangai kelaut! Betul ke dah insaf ni? Ish..Malissa..tak baik kau persoalkan tentang perkara tu. Mana tahu dia betul-betul insaf. Tapi, aku masih berang dengan dia ni! Serius!

"Datin Malissa.." Ucapnya akhirnya. Aku buat bodoh aje. Tangan Dina aku tarik untuk masuk ke dalam lif tapi pantas lelaki ini menahanku.

"Nanti dulu..tolonglah. I have something to say." Bersungguh-sungguh dia merayu. Aku tidak jadi untuk melangkah.

Wajahnya kuhiris dengan renungan tajam. Nampaknya, kawasan pipinya masih membiru gara-gara dipukul Iskandar minggu lepas. Aku membatukan diri saat ini. Hanya ingin mendengar sahaja apa yang Fendi ingin katakan kepada aku.

"Sa..saya minta maaf. Saya betul-betul berdosa dengan Datin dan Dato'. Dengan Iva Irdina juga, saya berdosa." Tergagap-gagap dia bersuara. Aku hanya mampu menghelakan nafas berat. Tangan Dina kucapai dan aku mula bersuara.

"Jom Dina.."
Sekali lagi langkahku terhenti gara-gara ditahan lelaki ini.

"Datin.."
Bulat mataku menjegil ke arahnya.

"Stop calling me Datin!" Ucapku dengan tegas. Ya Allah..rasa sangat tak sesuai gelaran tu untuk aku. Aku lebih selesa dengan Maira Malissa. Lagipun, bila dengar aje perkataan Datin tu, wajah Mak Datin diva sorang tu yang terbayang di ruangan fikiran. Eee..tak naklah aku!

"Dato' tak bersalah. Tolonglah maafkan Dato'..Dato' benar-benar cintakan Datin." 

Rayu lelaki yang memakai jaket hitam di badan ini.


Ohh..Fendi juga nak jadi jurucakap kepada lelaki itu rupanya. Aku tersenyum sinis.

"Sepanjang dua tahun, saya yang ditugaskan untuk memasukkan duit dalam akaun Datin setiap bulan. Saya juga yang bertanggung jawab mengkhabarkan segala aktiviti Datin kepada Dato'. Walaupun masa tu Dato' tak tahu Datin Malissa difitnah, Dato' tetap ambil tahu tentang Datin..he really loves you. Trust me " Dengan bersungguh-sungguh Fendi berkata begitu. Terlopong luas mulut aku jadinya. Blank terus otak.

"What?! Selama dua tahun awak spy saya??!" Terjerit kecil aku jadinya. 

Issac Iskandar, siap awak! Fendi kulihat terpempan 
sedikit dengan reaksi aku.

"Tolonglah maafkan Dato' Issac..dah lama dia terseksa. Saya tak akan dapat maafkan diri saya selagi Dato' dan Datin tak berbaik semula. Sampai mati saya akan rasa bersalah sekiranya Dato' dan Datin bercerai." Rayunya dengan bersungguh-sungguh.  Aku terus mengangkat tangan kanan tanda menyuruhnya untuk berhenti.

 Ya Allah rimasnya dengan orang sekelilingku saat ini. Semuanya kasihankan Iskandar. Tiada sapa agaknya yang cuba untuk faham apa yang aku rasa. Sebak mula menelusuri ruang dada. Dengan pantas aku menarik tangan Dina dan melangkah masuk ke dalam lif. Punat pada dinding kutekan berkali-kali supaya pintu lif tertutup dengan cepat.

"Datin..tolonglah maafkan Dato'.." 

Suara lelaki itu bergema lagi sebelum pintu lif tertutup rapat. Mata yang berkaca sedikit kuseka dengan hujung jari.
Kalau dua tahun dia rindukan aku, kalau dua tahun dia mengambil tahu tentang aku, kenapa tidak sehari dalam dua tahun itu dia datang untuk berjumpa dan bertanyakan sendiri tentang perkara itu kepada aku?Aku dijatuhkan hukuman tanpa diberikan peluang untuk membela diri! Adilkah?

***



Huh..nasib baik Iskandar belum lagi pulang. Dah 4.15 pm. Sempat ni!Pantas aku meletakkan beberapa keping pai epal ke dalam piring kaca. Khas buat puteri kecilku itu. Cadangnya bila Iskandar muncul sahaja di ruangan ini, aku dah pun bersedia untuk pulang. Tak perlu lama-lama bertentangan mata. Langkah kaki kuatur kemas menuju ke ruang tamu. Piring berisi  pai epal kuletakkan di atas meja makan.

"Dina..jom makan." Laungku dengan mesra.

Anak kecil itu yang sedang menonton televisyen di atas sofa terus menghampiriku. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, dia hanya merenung dengan sedih ke arahku. Lah..dah kenapa pulak ni?
"Mama.." Panggilnya perlahan. Aku terus mengelus rambutnya.

"Hmm?" Soalku sambil tersenyum manis.
"Bercerai tu apa?"
Bagai dipanah tepat pada jantung, begitulah keadaan aku saat ini. Tergamam teruk!

"Err.."
Demi Allah aku kehilangan kata-kata. Dina masih lagi menanti jawapan dariku.Pantas aku memeluk Dina dengan sangat erat. Bahunya kuusap lembut saat ini.

"Dina! Esok Dina nak makan apa? Ermm..mama masakkan chicken rice,  nak?" Soalku dengan lembut. Sedaya upaya aku cuba untuk ubah topik. Lambat-lambat Dina mengangguk dengan lemah. Tiba-tiba aku dapat idea untuk gembirakan dia semula.

"Mama ada hadiah tau untuk Dina.." Ucapku dengan nada yang sangat gembira. Sedikit-sebanyak mampu membuatkan Dina berubah riak. Tidak lagi wajah itu semurung tadi.

"Hadiah apa?" Soal anak kecil ini.

"Haagen Dazs ice creammmm!!"Aku menjerit keriangan. Bukan aku tak tahu  itu adalah kegemaran Dina. Memang aku ada belikan semasa datang ke sini tadi. Apa lagi, gembira terus wajahnya tu.

"Yeayyy! Thank you mama!" Ucapnya dengan sangat girang. Pantas aku mencapai sekeping pai epal dan kuhulurkan kepadanya.

"Mama dah simpan aiskrim tu  dalam peti sejuk tadi. Sekarang, kita makan apple pie dulu okay?" Ujarku. Pai epal di tangan aku suapkan kepada Dina. Berselera juga dia menjamahnya. Diam-diam ada rasa pilu melata di dalam hati aku. Dina, macam manalah agaknya nanti ya? Mama tak boleh hidup tanpa Dina.

"Untuk papa takde ke apple pie?"

Astaghfirullahalazim! Terkejut beruk jadinya aku. Bila masa dia ni masuk? Kenapa tak sedar langsung? Terus aku mendongakkan kepala sambil mengetap bibir.

"Papa!" Pantas Dina melompat turun dari kerusi. 

Tangan papanya yang segak dengan long coat hitam di badan dicapai erat. Setelah mencium tangan papa, Dina bersuara lagi.

"Papa..jomlah makan sekali." Ajak Dina. Terus Iskandar mencium pipi budak comel ini. Ralit aku melihat gelagat bahagia dua beranak di hadapanku ini apabila tiba-tiba renungan Iskandar berada tepat di wajahku.




"Papa akan makan kalau mama yang suapkan."

 Matanya masih lagi merenung ke mari membuatkan aku menjegil ke arahnya. Nak kena dah dia ni!Sengajalah tu nak ambil kesempatan.

"Mama..suapkan papa juga, pleaseee..." Dengan wajah yang polos Dina merayu.

 Iskandar pula semakin menghampiriku. Aku mulalah tak senang duduk dah ni. Tak boleh jadi. Apple pie di tangan kuletakkan kembali ke dalam piring.

"Dinaaaa...sebenarnya, mama kena balik dah ni. Nanti papa suapkan Dina ye?" Ujarku yang terus bangun dari kerusi.

"Mama..please tidur sini.."
Aduh..dia buat lagi.Permintaan Dina yang ini memang aku tak mampu nak tunaikan. Belum sempat aku bersuara, Dina merayu lagi.
"Mama janganlah balik.."
Aku merenung ke arah Iskandar. Dengan harapan, dia boleh tolong pujuk Dina seperti selalu.

"Malissa..why don't you sleep here tonight?" Soal Iskandar dengan wajah yang serius.

 Terpempan aku jadinya. Dina pula apa lagi, terus memeluk tubuhku seperti tak sanggup lepaskan aku saat ini.

"Please mama..please.." Rayunya sambil mendongakkan kepala. Aku pula terus berbisik kepada Iskandar dengan sangat perlahan.

"Now tell me,what's your plan, Dato' Issac Iskandar??" Soalku dengan sangat geram. Pantas dia mendekatkan bibirnya rapat ke telingaku.

"Don't you miss Dina? Don't you wanna be close to me? I know you miss me so much Malissa. Stop denying your feelings." Bisiknya dengan sangat perlahan.
 Terus aku melarikan kepala.  Bulat mataku merenung  ke arahnya dengan pandangan tak puas hati.

" Siapa rindu awak? Hmm? Awak ni memang dah ting tong. Perasan pulak tu. Tolonglah pujuk Dina.." Aku masih cuba bercakap elok-elok dengan dia.

Dengan harapan dia boleh memujuk puteri tunggalnya tu. Kalau boleh, aku tak nak sampai Dina menangis-nangis macam hari tu. Sumpah aku tak sampai hati nak lihat dia begitu lagi.

" Malissa..just stay with us tonight. Don't you trust me? Abang tak akan paksa Lisa untuk.." Belum habis dia berbisik aku terus mencantas.

"Come on, Dato' Issac Iskandar..kan saya dah cakap awal-awal dulu yang saya tak akan tidur sini. Saya sedar diri saya. How can  I sleep under one roof with someone yang pernah benci saya dulu?" Sinis sekali ayat itu aku tuturkan. Iskandar merenung ke arahku dengan wajah yang sedikit sayu.

"Dina..mama pulang dulu. Esok mama datang ya? Mama bawa hadiah untuk Dina esok." Ucapku dengan sangat lembut. Bergenangan air mata di wajah Dina saat ini. Semakin lama semakin penuh ruangan itu menampung air jernih dan apabila dia mengelipkan matanya, berjujuran air mata turun bagai tidak akan berhenti. Pantas aku menariknya ke dalam pelukanku. Kedua-dua pipi Dina kucium saat ini.

"Dina jangan nangis. Esok mama datang lagi ya." Pujukku dengan bersungguh-sungguh. Iskandar hanya mampu merenung sahaja ke mari. Malas aku mahu menebak apa yang berada di fikirannya.  Dina..maafkan mama, sayang. Bukan mama tak nak tidur sini..tapi mama tak boleh.

***




         Bab 17 B

Mesej yang kuterima pagi tadi sedikit sebanyak mengganggu juga fikiranku. Kata Iskandar di dalam mesej whatsapp itu, aku tidak perlu menjemput Dina hari ini kerana dia perlu berjumpa dengan cikgu Dina. Tapi, kenapa hati aku tak sedap sangat ya?
Mee bandung di dalam pinggan hanya mampu kukuis sahaja saat ini.  Selera makan aku benar-benar hilang. Ya Allah, kerana marahkan Mak Datin sorang tu, kerana masih marah dan merajuk hati dengan Iskandar, Dina jadi mangsa. Tapi mana mungkin aku tidur sana semalam? Sehelai baju pun aku tak bawa. Kejamkah aku terhadap anak kecil itu?

Nafas kutarik dalam-dalam. Sudu di tangan kulepaskan.  Sebunya terasa perut. Sumpah aku takde selera!
Tak sedap betul hati aku saat ini.  Aku mengangkat wajah ke arah Zati. Ada juga sedikit rasa gembira menjengah hati apabila melihat  sepupu aku yang seorang ni makan dengan bersungguh-sungguh mee yang aku masak. Memang Zati dah lama mengidam nak makan mee bandung! Nak yang resipi Mak Ngah katanya! Nasib baik aku sempat belajar dengan ibu resipi ni.

"Malissa..kau dah kenapa?" Soal Zati dengan pelik. Terhenti terus kunyahannya. Aku pula terus mencapai gelas berisi air suam dan kuteguk sedikit.

"Kenapa kau tak makan?" Bulat mata Zati merenung ke arah mee yang tak luak langsung di dalam pingganku.
"Aku takde seleralah Zati.." Luahku dengan hati yang sangat bimbang.

"Lah. Apesal pulak?" Soalan Zati membuatkan aku kehilangan kata-kata. Perlahan aku menggelengkan kepala. Aku sendiri tak ada jawapan untuknya tu.

"Betul kau tak selera?" Soalnya. Pantas aku menganggukkan kepala. Aku terus menolak pinggan mee menjauhiku.

"Kejap."

Ibu jari dipetiknya pantas dan dia terus meluru ke dapur. Aku merenung ke arahnya dengan pelik. Sekelip mata dia kembali ke sini bersama roti, keju dan sekotak campuran buah-buahan yang dibelinya pagi tadi.
"Mungkin lidah kau dah jadi orang Belgium. Nah kau makan ni."   Ujarnya sambil tersenyum lebar. Eh, sindir aku ke apa ni? Makanan-makanan di tangannya dilonggokkan di hadapanku.

"Kau jangan nak sindir-sindir aku ya! Tak nak lah.." Aku menjeling ke arahnya. Makin galak dia ketawa.

"Makanlah sikit..nanti kau sakit perut, akuuu jugak yang susah! Kau ni kan..ada je nak buat aku risau!" Pujuk Zati dengan nada yang risau. Pujuk ke? Lebih kepada membebel kut!  Sedap pulak nampak buah-buahan di dalam kotak plastik jernih itu. Dengan lemah aku menganggukkan kepala.

"Hm..ye lah.. ye lah..Tok wan Zati!" Balasku sambil membuka kotak plastik jernih di hadapanku. Garfu kucapai dan aku mula mencucuk buah sepotong buah epal saat ini.

"Mee ni kau tak nak kan?"

 Soal Zati setelah melihat aku menjamah buah epal merah. Pantas aku menggelengkan kepala. Bersinar matanya merenung ke arah mee yang 
masih penuh di dalam pingganku.

"Thanks! Rezeki aku lah nampaknya." 

Tergelak besar aku memerhati gelagat Zati. Selamba sahaja dia mencapai pinggan mee tersebut dan dituangkan ke dalam pinggannya yang sudah hampir licin. Tak tahulah aku ni jenis mudah terhibur ke apa. Tapi, bila bersama Zati memang tak kering gusi aku. Nak marah pun terbantut selalunya! Zati siap angkat-angkat kening lagi ke arahku sambil menyuapkan sesudu mee ke mulutnya. Amboi gembira betul aku tak dapat habiskan mee tu.  Bertuah punya budak!

Aku pula yang masih lagi takde mood hanya menjamah buah sahaja. Perlahan-lahan aku mengunyah sambil memikirkan tentang janjiku untuk bersama lelaki itu selama 100 hari. Aduh..kenapalah aku tak bertahan semalam? Malu dengan orang-orang kat taman tu  punya fasal akhirnya aku bersetuju dengan permintaan Iskandar. Dia tu memang licik orangnya. Geram betul!

Ting tong! Ting tong!

Aku dan Zati berpandangan untuk seketika. Siapa aje yang nak datang ke mari waktu-waktu begini? Zati menggaru kepala yang tak gatal.

"Fatin jaga Dina kat rumah Dato' Issac kan?" Soalnya dengan pelik. Pantas aku menganggukkan kepala. Hah, jangan-jangan..

"Zati..kau buka pintu. Kalau Iskandar, kau cakap dengan dia aku takde." Ujarku kelam-kabut. 

Tergamam jadinya Zati. Belum sempat dia berkata apa-apa aku terus melangkah laju ke arah bilik. Siap kunci lagi! Bukan aku sengaja ingin melarikan diri dari Iskandar tetapi aku benar-benar perlukan masa.

Tok! Tok!

"Malissa..buka pintu ni!" Jeritan Zati dapat  kudengar dengan jelas di luar sana. Cemas betul! Iskandar ugut dia jangan-jangan!

"Lisa..Dina hilang! Please buka pintu ni!"

"What??!" Jeritku lemah.

Seperti tidak ada suara yang mampu keluar saat ini. Longlai terasa lutut. Berderau darah di dalam badan saat ini. Sebak yang mengasak dada semakin menjadi-jadi. Aku terus menyandarkan diri untuk seketika pada dinding untuk mengelakkan diri dari terjatuh. Ya Allah! Apa yang aku baru dengar ni? Sedaya upaya otak sedang memproses semula maklumat yang baru aku terima itu. Kelam-kabut aku memulas tombol pintu bersama tangan yang terketar-ketar. Basah wajah dengan linangan air mata yang lebat mengalir.

***




            Bab 18
Sebak di dalam dada seperti tidak mahu berkurangan. Air mataku mencurah-curah bagai tidak ada tanda boleh berhenti. Semakin aku seka, semakin banyak ianya mengalir membasahi pipi. Aku hanya menghalakan pandangan pada luar tingkap kereta sahaja. Iskandar yang berada di kerusi pemandu juga tidak bersuara langsung semenjak tadi.  

Ya Allah, di mana Dina? Kenapa Dina menghilangkan diri? Atau ada orang yang menculik Dina? Segenap pelusuk sekolah kami mencari anak kecil itu tadi tetapi tidak juga jumpa. Kami juga ke taman permainan yang terletak berdekatan dengan sekolah Dina, pun tak nampak kelibatnya di situ. Dina kat mana sayang? Mama tak boleh hidup tanpa Dina.

Rasa bersalah mengasak-asak diri saat ini. Tersedu-sedu aku menangis. Tidak lagi aku menahan suara seperti tadi. Iskandar pantas memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Bagaimana kalau aku sudah tidak dapat berjumpa dengan Dina selepas ini? Aku sepatutnya tunaikan permintaannya semalam! Kejamnya aku! Aku sepatutnya menemani Dina di apartment Iskandar. Kedua-dua belah tangan menekup wajah dan aku menangis semahu-mahunya. Terhinggut-hinggut bahuku menahan sedu-sedani

"Malissa..please don't cry. In syaa Allah, kita akan jumpa Dina nanti." Lembut suara itu memujuk aku ketika ini.

 Di dalam sedu-sedan yang tak dapat ditahan lagi aku menoleh ke arah Iskandar. Aku lihat Iskandar ingin menyentuh kepalaku tetapi akhirnya dia menurunkan kembali tangannya. Aku dah tak dapat fikir apa-apa lagi. Terbayang-bayang wajah Dina di dalam fikiranku.

"Saya tak turutkan permintaan Dina semalam. Saya takut kalau saya tak akan jumpa Dina lagi lepas ni."  Ucapku di dalam sedu-sedan yang berpanjangan.

 Teragak-agak Iskandar menyentuh tanganku. Bersama lurutan lembut dia merenung dalam-dalam ke arahku. Matanya juga berkaca teruk.Tangannya dialihkan kemudiannya.

"Shh..kita akan jumpa Dina..Insyaa Allah. Trust me." Dia cuba meyakinkan aku.

"Saya kejam. Saya pentingkan diri!" Aku masih lagi menyalahkan diriku. Semakin banyak air mata mencurah-curah keluar.

Ya Allah Dina..mana Dina pergi sayang? Dina dah tak sayang mama ke? Terpejam-pejam aku menangis saat ini. 

Terasa kepalaku diusap lembut oleh Iskandar. Perlahan-lahan aku membukakan mata. Iskandar aku lihat tergamam seketika. Pantas tangannya dilarikan dari kepalaku.

"Malissa..bukan sebab Lisa, Dina hilang. I won't blame you sweetheart. It's not your fault."

 Pujuknya dengan sangat perlahan. Hiba meruntun jiwa saat ini. Patutlah dari pagi tadi aku tak sedap hati. Dina selalu sangat menjadi mangsa keadaan.

"Saya memang tak layak untuk jadi mama Dina, kan?" Iskandar tergamam mendengar kata- kataku itu. Terus tanpa diduga, lelaki ini menarik bahuku ke dalam pelukannya. 

Tergamam aku jadinya saat ini bersama linangan air mata yang membasahi pipi. Entah kenapa aku tidak ada daya untuk menolak perlakuannya itu. Mungkin kerana sedikit sebanyak kesedihan di hati terasa kurang apabila berada di dalam pelukannya ini. Benci untuk aku mengakuinya namun itu yang aku rasakan saat ini.

"You're the best mommy Dina could ever have, Lisa. Abang janji dengan Lisa, kita akan jumpa Dina semula." Bisik lelaki ini dengan sangat perlahan. 

Semakin lebat air mata yang keluar dari kelopak mataku. Lurutan jemarinya di bahuku mampu menenangkan aku saat ini. Namun, tergamam aku jadinya apabila terasa dahiku seperti dikucupnya lembut. Debaran terus mengisi ruangan dada. 

Memang kalau dulu, beginilah cara dia memujukku ketika aku sedih dan gundah gulana.

Bunyi mesej whatsapp yang baru masuk ke telefon bimbitku membuatkan Iskandar melepaskan pelukannya di bahuku. Berbahang terasa wajah saat ini.  Nyata lelaki ini juga seperti baru tersedar apa yang dilakukannya kepadaku tadi.  Berliter-liter darah menyerbu wajah. 


 Canggungnya keadaan ini kurasakan. Aku menjeling ke arah lelaki di sebelahku ini sekilas. Nyata dia juga nampak janggal. Aku lihat dia melarikan anak mata ke hadapan dan menyebakkan rambut ke belakang. Nafas berat dihelakan Iskandar sambil merenung ke arahku dalam-dalam.


"You must be mad at me right now. I'm sorry Lisa..demi Allah abang tak ambil kesempatan. Just like old times, when you were sad abang selalu..." Ucapnya dengan perlahan tetapi sangat bersungguh namun kata-katanya terhenti di situ sahaja apabila aku melarikan anak mata ke arah lain.

 Kelu seribu bahasa jadinya. Aku masih lagi menahan segala rasa yang sudah mula menghuni segenap inci ruangan hati.

Bersama keberanian yang kukumpulkan di dalam dada aku memberanikan diri untuk menentang anak matanya. Bukan aku sahaja, lelaki ini juga nampak sangat awkward. Dia kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. Anak matanya berlari di serata wajahku membuatkan aku melarikan anak mataku ke arah lain.

"I'm sorry..I accidentally kissed you..I am truly.."

Tidak sanggup lagi untuk dengar kata-katanya itu. Bertambah berderau darah di dalam badan mendengar perkataan yang disebutnya itu membuatkan aku mencantas kata-katanya. Memang salah dia! Tapi aku juga ada salahnya.

"Kita nak cari Dina di mana ya?" 
 Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain dan menyeka wajah dengan kedua-dua belah tangan.

 Aku hanya menundukkan wajah sahaja di dalam debaran yang semakin menggila.

 Ya Allah why Lisa? Why??! Lisa, kau sedar tak apa yang baru berlaku sebentar tadi? Kenapa kau benarkan diri kau berada di dalam pelukan eratnya in the first place?

Di dalam debaran yang berpalu di dalam dada, tanganku kelam-kabut menyelongkar telefon bimbit di dalam beg tangan. Lincah tangan berlari di atas skrin saat ini. Mesej dari Faliq Peeters rupanya!
"Assalamualaikum Malissa, Iva Irdina is at my house. Please come here. This is my address :"
Tanpa sempat membaca habis alamat yang tertera di situ, aku terus meletakkan telefon bimbitku ke atas riba Iskandar.

"Syukur Ya Allah! Syukur Alhamdulillah!" Suara penuh kesyukuran milik Iskandar bergema di dalam kereta mewah ini.

 Aku juga turut sama memejamkan mata. Tangisan kuseka dengan jemari namun semakin banyak pula air mata yang mahu tumpah. Kedua-dua belah tangan kemudian menekup wajah saat ini. Basah lencun muka bersama tangisan kesyukuran yang lebat mengalir.

Terima kasih Ya Allah..terima kasih untuk peluang ini. Aku janji aku tak akan menjadikan Dina mangsa keadaan lagi. Mama akan sentiasa menemani Dina, sayang. Mama tak akan sia-siakan Dina. Sesekali, tak akan!
***

"Dina nak makan buah?" Soalku apabila Dina muncul di ruangan ini. 

Pisau dan papan pemotong kucapai saat ini. Pantas anak kecil ini memelukku dengan sangat erat. Air mata mulalah membanjiri ruangan mata. Ya Allah, betapa aku bersyukur Dina selamat. Soalan aku masih tidak dijawab Dina. Pisau di tangan kuletakkan di atas papan pemotong.



"Mama..please, tidur sini. Please, mama..mama tidur sini ye?" Rengek  Dina.

Memang aku sudah bersedia dengan permintaannya yang ini. Aku membongkokkan sedikit tubuh supaya dapat menghadapnya dengan jelas. Bersama senyuman aku menjawab soalannya.

"Yes..mama tidur dengan Dina malam ni." Ucapku bersama senyuman manis. Berubah terus riak wajahnya. Gembira betul dia bersorak.

"Yeayyy!"Tubuhku dipeluknya dengan sangat erat sekali lagi.

Aku kembali mencapai pisau. Mangkuk berisi buah-buahan segar aku capai bersama sejuta persoalan di dalam kepala.

Apa yang sebenarnya terjadi kepada Dina? Aku dan Iskandar mengambil keputusan untuk tidak menanyakan sebarang soalan berkaitan kehilangannya kepada Dina untuk sementara waktu. Tunggulah sehingga keadaannya ceria semula. Kata Faliq Peeters, kakaknya Hilda, terjumpa Dina di taman permainan yang letaknya di sebelah sekolah semasa mengambil adiknya, Stella  pulang tadi. Dina kelihatan sedang menangis teruk ketika mereka terjumpanya. Ya Allah, kenapa dengan Dina? Kenapa dia sedih sampai begitu? Siapa yang buat anak aku sedih begitu? Adakah Dina dibuli di sekolah? Pelbagai soalan menerjah fikiran saat ini.

"Dina sayang..nak kiwi  atau pear?"  Soalku dengan lembut.

"You. I want you. Just you." Bisikan suara yang sangat romantik bergema di telinga kananku membuatkan nafasku hampir terhenti. 

Iskandar! Bulat mataku menjegil ke arah lelaki yang berada sangat dekat denganku. Sejangkal aje kut jarak antara kami.Pantas aku cuba untuk menjauhkan diri darinya tapi dia lebih dahulu mengunci pergerakanku dengan meletakkan kedua-dua belah tangannya pada meja pulau ini. 

"Ya Allah! Terkejut tau tak! Mana Dina?" Soalku kepada lelaki yang kelihatan segak dengan sweater biru gelap di badan.

Berdegup pantas jantung apabila anak matanya berlari ke serata wajahku. Memang hobinya agaknya tenung-tenung aku begini!
  
"Dina kat dalam bilik. Sekarang hanya ada papa Dina je. Only me..and you." Ucapnya di antara dengar dan tidak. 

Elok sahaja dia mengemaskan kedudukan tangannya di kedua-dua belah sisi tubuhku, sehingga membuatkan aku tersandar pada meja batu ini. Aku cuba hendak melangkah keluar dari ruangan dapur ini tapi segala pergerakanku telah terkunci. Pantas aku menudingkan jari ke arahnya.

"Tepi, saya nak tengokkan Dina." Ujarku dengan tegas kepada lelaki ini. Dengan tidak semena-semena tanganku yang menuding ke arahnya digenggam erat. Tergamam aku jadinya.

"Can't you spare me a few minutes of your precious time?" Ada nada tidak puas hati di dalam nada suara itu. 

Aku cuba menarik tangan kananku yang berada di dalam genggamannya tapi tidak berdaya. Debaran yang mengasak sangat-sangat menyesakkan dada saat ini.  

"Apa pegang-pegang ni?? Let go of my hands now!"

Iskandar hanya ketawa kecil.



"Sejuknya tangan. Are you that nervous, Malissa? Just like the first time I touched your hands dulu. Do you still remember that moment?" Soalnya dengan sangat romantik. Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain. Dia ni sengaja nak usik aku ke apa ni? 

Eee geramnya!

Nasib baik tak terkeluar jantung dari badan. Pantas aku bersuara dengan sangat geram.

"Apa yang awak merepek ni?!" Dapat juga aku melepaskan tanganku. Dia kembali mengunci aku di dalam ruang yang diciptakannya.

"Malissa.." Luahnya lemah. 




Aku tak tahu apa yang ingin dikatakannya tapi, aku terlebih dahulu membuka mulut di dalam rasa gugup yang semakin menguasai diri.

"Kalau dalam piramid sosial tu orang ada title macam awak memang tempatnya kat atas kan? Orang macam saya ni selalunya di bawahlah. Boleh dibuang, dicampak-campak sesuka hati. Kalau nak, kutip balik. Semudah itu ke?" Soalku dengan sangat geram. Namun aku masih lagi mengawal nada suaraku.

 Tak mahu sampai Dina dengar. Iskandar melepaskan keluhan berat. Anak matanya berlari ke segenap wajahku bersama riak wajah yang sayu.Wajahnya ditundukkan sedikit saat ini.

"Malissa..abang tak pernah anggap Lisa macam tu. In fact dah banyak kali abang minta maaf..I'm really sorry. For all those times your heart bleeded because of me,  for all those moments you needed me but I wasn't there for  you, for every words that had hurt you so bad,  I'm truly sorry, sayang." Luahnya dengan bersungguh-sungguh. Dia cuba untuk mengusap pipiku namun dengan kasar aku menepis.

"Listen here, Dato' Issac..dulu, years ago..sebelum kita kahwin, saya adalah babysitter Dina. Biarlah sekarang pun macam tu. Nothing changed and nothing will change. Full stop." Ucapku dengan sangat tegas.

 Iskandar merenung ke arahku dengan pandangan tidak puas hati. Wajahnya yang tegang ini memberitahuku yang dia terkesan dengan kata-kataku tadi. Bersama sedikit senyuman, anak mata helangnya merenung dalam-dalam ke arahku.



"Well, if nothing changed, why were you blushing so hard and became really nervous when I kissed your forehead just now?" Soalnya tegas, mampu membuatkan lidahku keras seperti batu. Hanya debaran yang semakin memuncak. Berbahang terasa wajahku.


"I need to go. Tepi." Aku berkata dengan tegas. Bersama wajah yang serius dia menggelengkan kepala. 

"No! Answer me first. Kenapa Lisa biarkan abang peluk Lisa tadi? Why did you let me hug you in the first place if you hate me that much?"

Anak mata terus kularikan ke arah lain saat ini. Demi Allah aku dah tak tahu nak sembunyi wajah ni kat mana. Iskandar ni memang sengaja nak uji kesabaran aku!Anak mata kami bertautan untuk seketika membuatkan detakan jantung bertambah ritmanya. Sumpah aku sudah kehilangan kata-kata.

"Mama.."

Mendengar sahaja suara itu, Iskandar terus mengalihkan tangannya dari meja pulau. Tidak lagi dia mengunci aku seperti tadi.

"Di..Dina..nak makan kiwi or pear, sayang?" Tergagap-gagap aku menyoal Dina.

"Kiwi, mama!" Ujar Dina. Iskandar masih lagi merenung ke arahku manakala aku pula sehabis daya cuba berlagak selamba. 

Erghh..membiarkan aku hanyut di dalam pelukannya tadi adalah kesalahan aku yang paling besar untuk tahun ni. PALING BESAR. 
Malissa,  you broke your own heart loving him. Don't ever repeat the same mistake again. 
***
BERSAMBUNG XD
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI BACA, LIKE, SHARE DAN BERIKAN KOMEN DI FACEBOOK :) SEMUA KOMEN2 SEPERTI BIASA BOLEH DIBERIKAN DI FACEBOOK GROUP : BILA SURI RYANA MENAIP :) LET ME KNOW YOUR THOUGHTS LADIES :) THANK YOU SO MUCH..SEE YOU THERE!