Assalamualaikum & selamat pagi ;D
Suri nak jemput semua pembaca untuk ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada 22 April 2011 sehingga 1 Mei 2011 :)
Event : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Lokasi : Dewan Tun Abdul Razak 3 (Gerai D13 - D16) , PWTC
Sesi Suri : 22 April 2011 - 12:00 pm - 1:30 pm
23 April 2011 - 12:00 pm - 1:30 pm
24 April 2011 - 12:00 pm - 1:30 pm
Untuk mengetahui dengan lebih jelas lokasi kami nanti, sila rujuk gambar di bawah. Klik pada imej untuk besarkan imej dan melihat dengan lebih jelas :)
Di sini Suri letakkan jadual penulis-penulis Kaki Novel (termasuk Suri hihi..Klik pada imej untuk besarkan imej dan melihat dengan lebih jelas :)
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan suasana yea..teringin juga Suri nak jumpa dengan pembaca-pembaca M.A.I.D. :) Sesiapa yang dah beli M.A.I.D. juga dijemput datang dan boleh bawa bersama novel yang telah dibeli untuk dapatkan autograf..tiada masalah hehe..;) Jumpa di sana yea...!
Much Love,
Suri ;)
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**
Wednesday 20 April 2011
Tuesday 12 April 2011
Jom jumpa Suri :)
Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Suri nak maklumkan yang Suri akan bertemu para pembaca di samping mempromosi novel M.A.I.D. Sabtu ni.
Tarikh : 16 April 2011 (Hari Sabtu)
Tempat : Kedai Buku Popular, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Jemputlah datang beramai-ramai yea..:)
By the way, novel M.A.I.D. boleh didapati di MPH, Popular dan kedai buku yang terpilih. Nak beli secara online dari Kaki Novel pun boleh..website : www.kakinovel.com :)
Sekiranya anda ingin dapatkan novel ini, tapi MPH atau Popular tu tak de jual atau kehabisan stok, anda boleh terus beritahu Suri ye..so that Suri boleh find out kat mana yang ada (cawangan paling dekat dengan anda)
Sesiapa yang tinggal di KL, rasanya memang takde problem untuk dapatkan M.A.I.D...di Pulau Pinang, novel M.A.I.D. boleh didapati di Popular KOMTAR, Popular TESCO, dan MPH Gurney Plaza (dah kehabisan stok), Popular Gurney Plaza, Popular Bukit Jambul, POPULAR KOMTAR(yg ni yang Suri tahu, rasanya cawangan2 lain pun ade jugak..) Kat Ipoh, MPH Kinta City ada novel ini..:)
Kepada yang dah dapatkan novel ni, terima kasih Suri ucapkan..semoga terhibur dan InsyaAllah, Suri akan lakukan yang lebih baik di masa akan datang. KLIK! pula, Suri akan sambung nanti sebabnya Suri masih mencari masa untuk menyambung semula novel itu..akan diusahakan secepat mungkin. Maaf sebab membuatkan pembaca tertunggu-tunggu..
Much Love,
Suri :)
Subscribe to:
Posts (Atom)