“Kiri, kanan, kiri, kanan!” Suara besar seorang lelaki kedengaran di belakangku mematikan senyuman di bibir. Aku tidak menoleh kerana pastinya lelaki itu bukan bercakap denganku.
“Kiri, kanan, kiri, kanan,” Eh, kenapa pula lelaki itu seperti mengekoriku?
Apabila kaki kiriku melangkah, disebutnya “kiri” kemudian apabila kaki kananku yang melangkah disebutnya “kanan”. Sudahlah dibuatnya nada seperti askar memberikan arahan. Orang gila agaknya! Aku terus mempercepatkan langkah menuju ke blok.
“Kiri, kanan, kiri, kanan, berhennnnti!” Aku mematikan langkah.
Nampaknya, memang dia ni sedang mengekoriku. Apabila aku mempercepatkan langkah, lelaki itu mempercepatkan sebutan seperti mengikut rentak kakiku. Aku menoleh untuk melihat ke arah pemilik suara itu. Cubalah cari fasal denganku, akan aku buka langkah silat yang kupelajari ketika di kampung dulu.
“Noorul.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum ke arahku. Haikal? Hish! Aku ingatkan siapa lah tadi. Kenapa pula dia berada di sini? Dah pindah rumah ke?
“Haikalllllllllllll!” Aku terjerit kecil. Lelaki itu melebarkan senyumannya.
“Awak ni suka sakat saya lah! Suara awak tu macam askar pencen tau! Nasib baik saya tak buka langkah silat tadi. Kalau tak, tidur ICU lah awak malam ni.” Ujarku geram. Aduh, aku ingatkan orang gila manalah tadi. Tak pun, peragut atau perogol bersiri! Eeee, ngeri!
“Saya suka sakat awak sebab awak kelihatan comel bila kalut macam ni.” Kata Haikal yang merenung ke dalam anak mataku sambil tersenyum.
“Comel? Hish! Mengarutlah awak ni!” Ujarku yang melarikan pandangan ke sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain.
“Noorul, saya tahu abang Harris asyik mencari kesalahan awak je. Tapi, saya juga nak awak tahu yang saya akan sentiasa beri awak semangat untuk terus bekerja di situ. Jangan putus asa okay?” Tiba-tiba Haikal berkata begitu dengan bersungguh-sungguh.
“Thanks Haikal! Ni mesti Iman ada cerita kat awak tentang kisah saya dan abang awak kan??” Tanyaku. Pastinya si Iman, wartawan tak bergaji itu yang melaporkan tentang kejadian aku dimarahi Mr. F sebelum-sebelum ini kepada Haikal.
“Saya okay je Haikal. Kalau abang awak ingat saya akan letak jawatan, memang dia silap. Saya akan terus bekerja seperti biasa untuk mendapatkan rezeki yang halal.” Ujarku. Tudung yang ditiup angin kubetulkan. Haikal memasukkan sebelah tangan di dalam poket seluar dan mengangguk.
“That’s good!” Ujarnya.
“Err..awak datang sini sebab nak cakap tentang hal ni je ke?” Tanyaku ingin tahu. Kenapa tidak telefon sahaja. Kan mudah?
“Yes..by the way, saya nak ajak awak dinner malam ni.” Aku terdiam sebentar mendengar kata-katanya itu. Nak ajak aku makan malam? Aku seorang atau bersama Iman?
“Nantilah saya tanya dengan Iman samada dia sibuk atau tidak.” Ujarku sambil tersenyum.
“Iman tak ikut kita. Dia ada hal dengan Mak Su, katanya.” Kata-kata Haikal mematikan senyuman di bibir. Maknanya, aku akan keluar berdua sahaja dengan lelaki ini? Ah, malasnya! Memang aku tidak biasa keluar berdua-duaan dengan lelaki. Aku lebih rela makan mee segera di rumah sendirian.
“Oh..saya pun sebenarnya ad..” Aku cuba untuk memberikan Haikal alasan tetapi kata-kataku dipotong olehnya.
“Iman cakap awak tak busy pun malam ni.” Kata Haikal sambil tersenyum nakal. Eeee, geramnya aku dengan Iman ni! Pandai-pandai je.
“Tapi saya..”
“Dalam pukul 8 malam saya sampai.” Ujar Haikal pantas.
“Saya balik dulu. Take care dear.” Ujarnya lagi apabila tidak ada respons dariku.
“Noorul! Bukan dear. Assalamualaikum.” Jawabku yang tidak selesa dengan panggilan itu.
“Waalaikumussalam dear.” Ujar Haikal sambil tersenyum nakal. Memang lelaki ini hobinya menyakat aku. Aku pula menjegilkan mata tanda marah ke arahnya, membuatkan lelaki itu ketawa. Dia kemudiannya berpaling dan menuju ke arah kereta. Kenapalah aku yang dipilih untuk makan malam dengannya? Ajak sajalah abangnya yang cerewet tu. Hish!
“Jangan lupa, pukul 8 malam tau! Saya tunggu kat sini.” Dia menoleh ke arahku dan berkata begitu. Aku hanya mengangguk dan melambai.
Kenapa lelaki itu selalu benar menelefonku dan mengajakku keluar akhir-akhir ini? Kenapa tidak ajak Iman sahaja? Kan Haikal lebih rapat dengan Iman berbanding diriku. Bukan aku tidak tahu mereka selalu bersembang di telefon. Mungkin Iman sibuk malam ini, sebab itulah dia mengajak aku keluar bersamanya.
Lelaki itu baik orangnya. Pastinya dia tidak mempunyai apa-apa agenda yang tidak elok, Noorul. Aku meyakinkan diriku. Apa salahnya aku menerima pelawaannya untuk makan malam bersama. Lagipun, kan kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jam di lengan menunjukkan pukul 6:30 petang. Sempatlah aku berehat dahulu sebelum keluar malam ini. Aku tersenyum senang dan menyambung langkah menuju ke blok rumah pangsa yang terletak beberapa tapak sahaja dari tempat aku berada.
***
Mataku melilau melihat-lihat persekitaran perumahan mewah yang letaknya di atas bukit ini. Tidak pernah kutahu pula ada restoran di sini. Jangan-jangan Haikal hendak bawa aku ke rumahnya untuk makan malam. Hish, merepeklah! Aku memarahi diri sendiri. Ya tak ya juga, kenapa pula dia hendak bawa aku ke rumah keluarganya sedangkan kami hanya kawan biasa sahaja. Barisan kereta yang diparkir di sini begitu banyak sekali. Seronoknya jadi orang kaya, berbuah-buah kereta mewah mampu dimiliki sampai tak muat untuk diletakkan dalam kawasan rumah.
Aku membetulkan baju kemeja lengan panjang bermanik ringkas di badanku dan kemudian tanganku beralih pula ke skirt labuh berwarna merah hati. Baju berwarna putih berbunga merah hati dan skirt dari “Somerset Bay” ini adalah hadiah dari Iman sempena hari jadiku yang ke-24, 3 bulan lepas. Kalau nak harapkan aku, memang jeans dan blouse juga yang aku beli. Manalah pandai hendak memilih skirt begini, sudahlah tu, harganya pula terlalu mahal bagiku. Haikal yang berdiri di sebelahku pula asyik tersenyum dari tadi. Hish, kadangkala tidak selesa aku jadinya dengan renungan Haikal terhadapku berserta senyuman yang kurasakan sedikit menggoda itu.
“Noorul, awak cantik sangat malam ni.” Kata Haikal. Matanya masih tertancap kemas pada wajahku membuatkanku menjadi sedikit tidak keruan.
“Biasa je. Janganlah puji-puji nanti saya kembang, terkoyak pula skirt dan baju ni.” Selorohku, cuba untuk menutup rasa tidak selesa yang bersarang di hati.
“Jom..” Ujarnya yang menghulurkan lengan untuk dipaut olehku. Gila agaknya lelaki ini. Mana mungkin aku boleh memaut tangannya sesuka hati begitu!
“Jom.” Kataku yang terus berjalan meninggalkannya. Haikal pula mengejar langkahku dari belakang.
“Sampai hati awak tinggalkan saya.” Ujar Haikal dengan nada sedikit sedih.
“Ala, tinggalkan awak beberapa langkah je, takkan nak merajuk kot.” Ujarku sambil tersenyum.
“Tapi, tempat yang kita nak pergi ni kat sebelah sana. Bukan sebelah sini.” Katanya yang menunjuk ke arah bertentangan. Aduh, silap arah rupanya aku ni.
Aku kemudiannya mengikuti jejak Haikal dan berjalan melintasi beberapa buah rumah yang tersergam indah di kiri dan kananku. Biar betul ada restoran di sini? Hatiku bertanya lagi. Mata pula asyik tercari-cari bayang restoran tersebut. Janganlah kena naik bukit turun bukit pula sekejap lagi, sudahlah aku memakai kasut tumit tinggi semata-mata untuk dipadankan dengan skirt ni. Hish, kalau aku mengenakan jeans dan kasut sukan pun tidak mengapa tadi. Menyesal pula rasanya.
“Haikal, betul ke ada restoran kat sini?” Tanyaku sedikit ragu-ragu.
“Saya tak cakap pun kita nak ke restoran.” Katanya selamba.
“Hah? Dah tu, awak cakap nak makan malam!” Aku menghentikan langkah. Panas pula hatiku ini dengan jawapan dari lelaki itu. Memang aku tidak suka ditipu dan dipermainkan.
“Bukan kat restoran sahaja kita boleh makan, kat tempat lain pun boleh juga..” Haikal tersenyum sambil mengenyitkan matanya.
“Saya tak nak ke rumah awak!” Dengan tegas aku berkata begitu. Lelaki itu pula ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.
“Memang saya nak bawa awak ke rumah pun tetapi bukan hari ini. Nampak tak rumah yang ramai orang tu? Kita nak ke situ lah.” Ujarnya sambil menunjukkan jari ke arah rumah banglo besar yang berada di seberang jalan. Kami hanya perlu melintasi sebuah rumah sahaja lagi untuk ke situ. Nasib baik dekat.
Memang cantik rumah yang diterangi dengan cahaya lampu yang terang benderang itu. Mesti seronok kalau aku dapat tinggal sehari kat rumah tu. Tapi, dalam buku cerita yang kubaca semasa kecil dahulu, rumah besar yang macam ni lah selalunya ada hantu. Hish, tahyul betullah kau ni Noorul. Itu cerita je la. Aku memarahi diri sendiri. Melalut pula aku ni. Pandanganku beralih pula ke sekelompok manusia yang berada di hadapan rumah. Jumlah mereka yang ramai meyakinkanku yang sememangnya ada majlis sedang berlangsung di dalamnya. Mungkin ada kenduri kahwin kot. Tapi, kenapa pula aku harus ke situ?
“Kita makan malam kat situ?” Tanyaku lagi untuk kepastian.
“Yes, Noorul. Sebenarnya, majlis makan malam ni sempena menyambut kepulangan kawan saya, Zara dari US. Dia baru habis belajar. Mama saya pula kawan baik dengan mama Zara.” Terangnya bersungguh-sungguh.
“Kenapa tak cakap awal-awal? Saya tak nak pergi.” Jawabku dengan muka yang masam sambil memeluk tubuh.
Mana tidaknya, Haikal sepatutnya memaklumkan kepadaku dengan jelas yang kami akan menghadiri majlis kawannya. Aku memang tidak biasa dengan majlis-majlis seperti ini. Pasti aku akan kekok nanti. Tambahan pula majlis begini selalunya dihadiri oleh orang berada. Ah, tak kuasanya aku!! Wajah Haikal kukerling sekilas. Ha, mulalah nak buat muka 20 sen tu, maklumlah nak menagih simpati. Aduh, bukan aku tidak mahu menemaninya tetapi aku memang tidak biasa dan tidak selesa dengan majlis-majlis seperti ini.
“Please Noorul, please..” Ujar Haikal masih lagi memujukku.
“Tak nak!” Aku masih lagi tetap dengan keputusanku. Semoga ini menjadi pengajaran buat Haikal supaya lain kali, dia akan berterus-terang awal-awal denganku.
“Tidak mengapalah, Noorul. Kalau awak tak nak pergi, kita makan kat tempat lain okay?” Ujar lelaki itu setelah dilihatnya sukar untuk memujukku.
Lelaki itu tersenyum tawar dan mengajakku kembali ke kenderaan. Ah, bagaimana ni? Tidak sedap hati pula apabila mendengar nada suaranya itu. Bukan apa, dia kan pernah menolongku dahulu dan selalu mendengar luahan hatiku sebelum ini. Hm..bagaimana ya? Setelah berfikir-fikir seketika, rasanya tidak ada salahnya kalau aku menemaninya kali ini. Tambahan pula kami sudah sampai pun dekat sini. Makan sahaja cepat-cepat, kemudian bolehlah aku ajak lelaki ini pulang. Itu targetku sekarang!
“Tak apalah Haikal. Kita dah sampai pun, kan? Tapi, lain kali awak mesti beritahu saya dengan jelas. Nasib baik saya tak pakai selekeh-selekeh tadi. Kalau tak, malu je. Bukannya apa, saya memang tak biasa menghadiri party-party anak orang kaya ni. Kalau setakat kenduri kahwin tu pernahlah.” Ujarku kepadanya. Nasib baik aku tidak berselipar jepun sahaja ke sini tadi.
“Serious?? Thank you so much Noorul!” Ujar Haikal dengan gembira dan sedikit terkejut. Mukanya yang tadinya sedikit muram kini kulihat sudah bercahaya seperti lampu kelip-kelap yang dipasang di bumbung rumah ketika hari raya.
“Awak pakai apa pun tetap nampak cantik di mata saya, Noorul.” Sambung Haikal lagi yang sedang tersenyum penuh makna. Haikal, lelaki ini memang peramah dan suka memuji semua orang. Aku tersenyum dan kemudian bersuara.
“Ada-ada je awak ni. Kenapa tak ajak abang awak je datang?” Tanyaku.
“Dia datang dengan orang lain.” Selamba Haikal menjawab dan mula melangkah..
“Hah?!” Aku terjerit kecil kerana sedikit terkejut. Mr. F, majikanku yang cerewet, panas baran, sombong dan suka memarahiku itu akan datang? Tiba-tiba aku teringatkan perbualan Mr. F di telefon. Maizara, Zara!!! Aduh, mesti orang yang sama ni. Hish, serta-merta pula terasa seperti ingin tukar fikiran. Bala apa pula yang akan terjadi malam ini?? Kepalaku tiba-tiba berasa pening. Perut yang tadinya sedikit lapar sudah pun kenyang. Iman, aku nak balik!
“Alamak, Noorul..saya tertinggal hadiah kat dalam kereta la. Awak tunggu kejap tau. Saya nak pergi ambil.” Haikal pula tiba-tiba berkata begitu.
“Hm...” Kataku yang sudah tidak ada “mood” sambil mengangguk. Aku melihat sahaja kelibat Haikal yang sedang berlari kecil menuju ke keretanya. Tak mengapa Noorul, pasti tidak ada apa-apa yang akan terjadi. Lagipun, majlis begini selalunya dihadiri oleh ramai orang. Mesti tak akan terjumpa dengan si cerewet tu punya. Aku memujuk diri sendiri. Biasalah, ayat untuk menyedapkan hati.
Padanlah susah benar hendak mencari tempat kosong untuk letakkan kereta tadi, rupa-rupanya semua orang nak datang ke sini.
Mataku kemudiannya mendarat pada beberapa orang yang lalu di hadapanku berserta hadiah di tangan. Sekali lagi aku berdoa supaya tidak bertembung dengan si cerewet tu. Aduh, kalaulah aku tahu dari awal, beri aku sejuta ringgit pun belum tentu aku akan setuju untuk ke sini! Hatiku sudah mula dilanda keresahan, takut terjumpa pula dengan majikanku nanti. Apa pula katanya apabila melihat aku bersama Haikal? Takut diingatnya aku hendak membodek Haikal pula untuk mengekalkan jawatanku.
Auchh! Sakitnya otak!! Mana pula si Haikal ni? Tanganku yang hendak menggaru kepala kuturunkan semula ke bawah. Takut pula merosakkan tudung yang sudah kulilit ala-ala arab ni. Dekat setengah jam lah juga aku melilitnya. Nasib baik tak terbelit leher. Nafas lega kuhembuskan apabila bayang Haikal kelihatan sedang berjalan ke arahku. Lelaki yang sudah pun berada di seberang jalan itu melambai sambil menunjukkan hadiah yang bersaiz sederhana besar di tangannya, sambil membalas lambaiannya itu aku melangkah untuk melintas jalan.
“PONNNN!!”
Itu yang kudengar dan belum sempat pun aku menoleh ke arah bunyi itu, terasa tanganku direntap kuat ke belakang dan aku menangkap badan penyelamatku untuk mengelakkan dari terjatuh. Bunyi brek kenderaan yang kuat memberitahuku yang aku hampir dilanggar sebentar tadi. Astaghfirullahalazim, bagaimana aku boleh tak perasan ada kenderaan yang menuju ke arahku? Jantungku berdegup laju kerana kejadian yang hampir menerbangkan nyawa itu. Aku betul-betul terkejut. Tubuhku juga terasa longlai sehingga kurasakan tidak mampu lagi untuk berdiri. Aku juga tidak mampu berfikir apa-apa saat ini. Yang ada hanyalah perasaan takut menyelubungi diri. Tidak pernah aku hampir-hampir kemalangan begini seumur hidupku. Setelah menenangkan diri dan mampu berfikir secara waras, mata yang masih terpejam kubuka dengan perlahan. Gelap.
“Awak okay?”
Patutlah gelap, rupa-rupanya aku masih berada di dalam pelukan orang yang menarik lenganku tadi. Alhamdulillah, syukur kerana aku selamat. Apabila tersedar keadaanku ini, aku terus melepaskan diri dan mengangkatkan muka memandang ke arah manusia yang bersuara itu. Aku juga seperti si lelaki yang menolongku ini, terpaku apabila mata kami bertemu. Debaran di dadaku pula semakin laju, lebih laju dari tadi Pelik, nak dapat sakit jantungkah aku ini? Lelaki itu juga masih lagi terpaku merenungku, adakah kerana keayuanku? Ataupun adakah kerana dia tidak percaya yang aku boleh menjadi selalai ini sehingga hampir kemalangan? Aduh, rasanya sebab yang kedua itu lebih relevan kot. Tapi bukannya aku yang lalai, kereta itu yang meluncur dengan laju dari selekoh di sebelah kanan itu. Ah, kenapalah dalam banyak-banyak lelaki, dia juga yang menjadi “superman”ku malam ini? Mesti aku akan ditengkingnya sebentar lagi. Kenapa agaknya mata Mr. F masih tidak berkelip-kelip memandang wajahku? Ah, mesti dia marah benar denganku saat ini tetapi pandangannya tidak seperti selalu, yang penuh dengan api kemarahan. Lain macam pula majikanku kali ini. Patutkah aku bersuara ye? Sampai bila nak saling berpandangan begini?
“Encik, saya..saya minta maaf. Terima kasih kerana menyelamatkan saya.” Kataku sambil tersenyum sumbing. Mr. F pula melarikan pandangannya dari wajahku dan kemudian membetulkan kemeja lengan panjang berwarna putih berjalur merah di badan. Memang kacak tetapi tidak berani pula untuk pandang lama-lama wajahnya itu. Malu pula apabila mengenangkan apa yang terjadi. Aku juga pura-pura membetulkan tudung dan baju.
“Be careful next time! Nyawa tak boleh beli kat kedai spare part.” Katanya perlahan tetapi tegas. Hah? Kenapa dia tidak menengkingku seperti selalu? Memang pelik. Mr. F kulihat mengalihkan pandangan ke arah Haikal yang sedang bercakap dengan pemandu kereta mewah berwarna merah itu. Beberapa orang yang tidak dikenali juga berada di situ. Mungkin mereka itu penduduk di kawasan ini ataupun tetamu yang berada di hadapan rumah Zara tadi. Ya Allah, baru aku sedar yang mereka ini semua wujud di sini. Tadi, aku hanya nampak Mr. F sahaja. Haikal dan pemandu kereta mewah itu kemudiannya kulihat mengatur langkah menuju ke arah kami.
“Noorul, are you okay?” Tanya Haikal kepadaku.
“Saya okay..” Ujarku sambil mengangguk.
“Along! Carl ingatkan lelaki manalah yang selamatkan Noorul tadi. Nasib baik Along ada..” Ujar Haikal yang sedikit terkejut dengan kebetulan ini.
“Cik, cik okay? Saya minta maaf.” Ujar lelaki yang berdiri di sebelah Haikal.
“Tak..saya tak apa-apa.” Jawabku sambil menggelengkan kepala.
“Macam mana awak boleh bawa laju macam tu tadi? Ni kan kawasan perumahan!!” Tengking Mr. F. Lelaki muda dalam lingkungan umur awal 20-an itu meminta maaf sekali lagi kepadaku.
“By the way, cik..”
“Noorul.”
“This is my card, kalau ada apa-apa kecederaan disebabkan kemalangan tadi, just give me a call okay?” Ujar lelaki itu.
“Terima kasih tetapi memang saya okay. Tak ada apa nak dirisaukan.” Jawabku sambil mengambil kad yang dihulurkan.
“Sorry again Noorul. Saya gerak dulu ya?” Ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangan untuk berjabat denganku. Hai, dari planet mana agaknya lelaki ini datang? Tak tahukah hukum lelaki bersalaman dengan perempuan yang bukan muhrimnya? Tetapi belum sempat aku berkata apa-apa, Mr. F sudah pun menyambut tangan lelaki itu. Memahami juga majikanku ini rupanya. Kemudian lelaki itu bersalaman dengan Haikal pula dan terus berlalu.
“Harris! Kat sini rupanya you. Dah setengah jam I tunggu kat dalam tau. Jom masuk.” Mata kami semua tertumpu pada Elisa sekarang. Gadis yang bergaun labuh putih tanpa lengan itu menarik lembut lengan majikanku.
“Carl, jumpa kat dalam nanti.” Kata Mr. F kepada Haikal dan terus berlalu. Haikal pula hanya mengangguk. Aku hanya melihat sahaja mereka berjalan beriringan. Tetapi, kenapa aku berasa sedikit benci dengan apa yang dipertontonkan di hadapanku ini? Cemburukah aku? Tidak mungkin, tidak mungkin. Mengarutlah.
“Noorul, kalau awak tak okay, kita pulang je lepas bagi hadiah ni.” Ujar Haikal dengan wajah yang penuh dengan simpati.
“Eh, tak apa Haikal. Saya okay..jom.” Jawabku. Sudahlah aku membuat drama swasta di sini tadi. Takkan lah nak merosakkan rancangan Haikal pula. Kami kemudiannya jalan beriringan masuk ke dalam. Masih terbayang di ruang mata apa yang terjadi di antara aku dan Mr. F tadi. Senyuman yang lebar mati apabila mengenangkan aku dengan tidak sengaja telah berada dalam pelukannya tadi. Alamak, malunya hendak berhadapan dengan lelaki itu lepas ni!
***
Walaupun majlis makan malam ini meriah tetapi tetap tidak sama dengan majlis makan-makan di kampung. Di sini, makan pun perlu ikut protokol. Aku merenung pisau, garfu dan sudu yang diletakkan siap di atas meja bersama pinggan. Kawan Haikal yang baru balik dari Amerika ini memang menawan orangnya. Pakaian pula ala-ala Elisa dan Nurina, maklumlah pernah tinggal di Amerika sebelum ini. Memanglah tidak semua orang yang ke negara barat hidup seperti orang barat. Ramai juga yang tidak pernah pun menjejakkan kaki ke sana tetapi gaya hidup kalah mat salleh. Apa yang penting pegangan agama. Kalau imannya kuat, ke mana pergi pun pasti tidak tinggal solat dan menutup aurat.
Walaupun bosan mendengar ucapan yang agak panjang oleh kawan Haikal itu, aku berpura-pura juga memandang ke hadapan, tempat si wanita cantik itu sedang berucap. Apabila orang ramai menepuk tangan, aku juga turut serta menepuk tangan. Apabila mereka ketawa, aku juga tersenyum sama. Aduh, susahnya hidup dalam dunia kepura-puraan seperti ini. Setelah selesai memberikan ucapan, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera. Makanan-makanan diatur indah di sepanjang-panjang kolam renang di bahagian sisi rumah. Orang ramai sudah mula bergerak untuk mengambil makanan dan aku pula beralih ke arah Haikal yang berada di sebelah kananku.
“Are you comfortable, princess?” Ujarnya sebelum sempat aku berkata apa-apa.
“Ada ke princess pulak! Nama saya kan Noorul..” Kataku sambil ketawa kecil dan kemudiannya mengangguk.
“Malam ni awak tuan puteri saya. Biar patik ambilkan makanan untuk tuan puteri ya.” Ujar Haikal yang mula bangun. Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.
Nasib baiklah meja yang kami duduki ini hanya muat untuk dua orang sahaja. Ada juga meja yang memuatkan sehingga 8 orang tetamu. Lagilah kekok aku jadinya kalau terpaksa berkongsi meja dengan mereka. Kelekaanku memerhati tetamu-tetamu yang hadir terhenti seketika apabila kerusi Haikal ditarik. Aku mendongak dan tersenyum tetapi bukannya Haikal yang datang bersama makanan tetapi Mr. F! Lelaki itu kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Since when?” Soal lelaki itu sinis.
“Since when apa, encik?” Tanyaku yang memandang sekilas ke arahnya. Aduh, serta-merta aku teringatkan kejadian tadi. Pandangan serta merta kularikan ke arah meja.
“Sejak bila awak berpasangan dengan Haikal?”
“Oh..sejak pukul 8 malam tadi. Haikal yang minta saya temankan dia datang ke sini.” Ujarku.
“Berpasangan untuk malam ni saja?” Tanya majikanku ini lagi. Hai, sejak bila pula dia suka benar mengambil tahu tentangku? Takut agaknya kalau aku ni jadi adik iparnya. Maklumlah, aku kan cuma seorang pembantu rumah.
“Ye, encik.” Jawabku pendek.
“Bukan apa, saya tak suka pembantu rumah yang terjejas kualiti kerjanya disebabkan aktiviti peribadi.” Tegas kata-kata yang keluar dari mulutnya itu. Aku memandang ke arahnya. Hish, saja nak cari fasal denganku lah ni.
“Maksud encik?” Tanyaku.
“Ye lah, yang suka merayau sehingga lewat malam, lepas tu esok lambat datang kerja.” Aduh, dia ingat aku ni kutu rayau agaknya. Melampau betul insan yang diberi nama Mohd Harris di hadapanku ini. Baru saja aku nak layan jiwang tadi, dia naikkan pula api kemarahanku. Geram betul.
“Saya jarang keluar sehingga ke lewat malam. Ni pun, sebab Haikal yang minta tolong sangat saya temankannya ke sini..” Ujarku kepadanya. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Baru pukul 9 malam. Apakah agaknya definisi lewat malam bagi si cerewet ni?
“Ala Along ni, sekarang kan baru pukul 9 malam. Lagipun lepas makan Carl akan terus hantarkan Noorul balik, promise.” Suara Haikal membuatkan aku dan Mr. F mendongak ke arahnya. Haikal tersenyum bersama dua pinggan yang penuh dengan makanan di tangan. Tidak selesa pula berada dengan adik dan abang ini membuatkanku terus bangun.
“Haikal, awak dah ambilkan makanan kan. Saya ambilkan minuman untuk kita okay? Encik, saya minta diri dulu.” Ujarku.
“Untuk Haikal je? Ambilkan saya jus oren. Remember, you are working with me, not Haikal!” Selamba sahaja ayat yang meluncur keluar dari mulutnya itu. Sejak bila pula aku dibayar untuk bekerja lebih masa sebagai pembantu rumahnya? Hish, hish, hish…kalau tidak mengenangkan kami berada di majlis orang, ingin sahaja aku berkata “tak nak!”. Tapi, beranikah aku? Aku hanya mengangguk mendengar arahannya itu.
“Thanks Noorul.” Jawab Haikal yang duduk di tempatku. Tengok tu, yang si abang, tidak ucap terima kasih pun. Geram betul.
“But Along, kan waktu kerja dah habis?” Haikal seperti tahu apa yang kurasakan saat ini bersuara.
“I don’t care.” Jawabnya dengan selamba sambil membelek telefon bimbit. Ke mana agaknya si Elisa sehinggakan majikanku ini asyik menempek di sini? Geram melihat lagaknya itu, aku terus berlalu.
Langkah kuatur kemas menuju ke kawasan yang menempatkan makanan dan minuman. Memang luas sekali persekitaran rumah ini. Pasti harganya pun mahal, maklumlah letaknya pula di kawasan elit. Setelah mengambil dua gelas jus oren untuk Mr. F dan Haikal, aku kembali ke meja. Nantilah, sekejap lagi aku akan kembali untuk mengambil air untukku. Aku kemudiannya melangkah dan apabila mendekati meja, kelibat si cerewet itu sudah tidak kelihatan di sini. Alhamdulillah, nampaknya majikanku sudah tidak ada lagi di sini. Lesap bersama Elisa agaknya. Tidak perlulah aku mengambil segelas jus oren lagi.. Mataku tertumpu kepada makanan di dalam pinggan Haikal yang masih tidak terusik.
“Haikal, kenapa awak tak makan?” Tanyaku kepadanya yang sedang mencapai sudu.
“Saya tunggu awak.” Jawabnya sambil tersenyum manis.
“Oh, terima kasih ye..jom makan.” Ujarku sedikit terharu.
Kalau si cerewet tu, jangankan nak tunggu, entah-entah tidak dijemputnya pun aku makan sekali. Nasib baiklah aku datang dengan Haikal, bukan dengan Mr. F. Tapi, kenapa hatiku sedikit gusar apabila melihat Elisa berdampingan dengan majikanku itu tadi? Malas betul hendak fikirkan tentang itu. Baik aku isi perut yang dah pun memainkan irama keroncong ini. Setelah selesai menghabiskan spaghetti daging, Haikal mengambil beberapa cucuk sate dan beberapa jenis kek pula untukku. Sedap betul makanan di sini. Tak sia-sia nampaknya aku menerima pelawaan Haikal. Setelah kami menghabiskan semua makanan itu, kami kemudiannya berbual-bual kosong.
“Carl.” Aku dan Haikal mendongak dengan serentak ke arah suara itu. Seorang perempuan dalam lingkungan umur lewat 40-an sedang tersenyum ke arah kami. Aduh, siapa pula wanita ini? Wanita yang kelihatan anggun bersama gaun labuh lengan panjang dari rona kuning air ini memang cantik dan bergaya.
“Mama..” Ujar Haikal yang sudah pun bangun dan merapati wanita yang dipanggilnya mama itu. MAMA? Erkk!
“Along datang tak?” Tanya Puan Sri Kirana kepada anaknya.
“Yeah..he is here. Why mama?”
“With Elisa?” Tanya wanita itu lagi seakan-akan inginkan kepastian. Aku hanya memasang telinga.
“Yes..but why?”
“Good..mana tidaknya, Elisa dah ngadu dengan mama pagi tadi. Katanya abang kamu tu tak mahu temankan dia ke sini.” Ujar Puan Sri Kirana yang tersenyum lega.
“Oh..sebab tu..no worries, ma..along is here..” Kata Haikal lagi.
“By the way, siapa ni?” Pertanyaan Puan Sri Kirana menyebabkan jantungku hampir terhenti. Haih, kalau selalu begini boleh dapat penyakit lemah jantung aku ni. Aku terus bangun dan bersalaman dengan wanita yang sedang memerhatiku dari atas hingga bawah itu.
“Oh, ni Noorul.” Ujar Haikal.
“Apa khabar Puan Sri?” Tanyaku. Nasib baik aku masih ingat gelaran pada pangkal namanya itu.
“I’m fine. Working at Sri Impiana Hotel?” Tanya Puan Sri. Ah, pasti aku akan ditemuduga olehnya sekejap lagi. Apa yang harus aku jawab ni? Saya adalah pembantu rumah encik Harris. Begitu? Baru sahaja ingin membuka mulut, Seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan Puan Sri Kirana muncul.
“Puan Sri Kirana..” Tegur wanita itu. Aku menghembuskan nafas lega dan memandang ke arah Haikal.
“Datin Marina! You look beautiful!” Kata Puan Sri Kirana pula. Mereka kemudiannya kulihat berbual mesra dan perbualan bertambah rancak dengan kehadiran beberapa lagi wanita yang kelihatan hampir sebaya dengan Puan Sri Kirana.
Haikal kemudiannya membuat isyarat mata kepadaku untuk cabut lari dari sini. Aku terus mengekori langkah Haikal menuju ke arah Zara yang sedang berbual bersama beberapa orang tetamu yang hadir. Setelah memberikan hadiah dan meminta diri, kami berjalan beriringan keluar dari rumah rakan Haikal ini.
“Carl!” Kami sama-sama menoleh ke belakang apabila mendengar suara itu. Mataku dan mata si pemanggil bertaut lagi membawa sedikit debaran di dada.
“Along, Carl dah nak gerak ni.”Ujar Haikal.
“You are going to take her home? If not, biar along je hantar. Bukan apa, just nak pastikan dia balik terus. Tak la lambat datang kerja esok.” Ujar Mr. F dengan nada sinis. Aku yang mendengar hanya terlopong. Mr. F hantar aku balik rumah? Debaran yang sedikit kini sudah pun menjadi semakin kuat.
“Eh, it’s okay. Carl janji akan hantar Noorul balik terus. Along ni, berkira betul. Kalau lewat sejam dua, apa salahnya?” Ujar Haikal pula.
“Sebab tu along nak hantarkan. Kalau balik lewat, memanglah sampai lewat ke penthouse. Ingat, saya akan potong gaji awak kalau lewat datang esok!” Majikanku itu memberikan amaran sambil memandang tepat pada wajahku.
“Jangan risau la along. Noorul ni dedikasi orangnya. Kami gerak dulu ye, bye. Jom Noorul.” Haikal pula membidas kata-kata abangnya. Aku hanya mengangguk kepada lelaki cerewet itu dan kemudian bersuara.
“Assalamualaikum encik.”
Kami melangkah beriringan menuju ke arah kereta. Suka betul lelaki itu mencari salahku. Baik aku kunci jam loceng elok-elok malam ni. Kalau lambat ke penthouse esok, matilah aku! Sudahlah hobinya akhir-akhir ini sudah bertambah satu lagi. Selain suka menengking dan mencari silapku, Mr. F juga gemar benar memotong gajiku. Arghh, Mesti sedikit jumlah gaji yang kuterima hujung bulan ini.
Haikal pula untuk kali pertamanya sepanjang perkenalan kami telah membukakan pintu kereta untukku. Aku hanya mengucapkan terima kasih dan masuk ke dalam kenderaan. Kenapa agaknya si Haikal ini baik sangat denganku? Rimas pula apabila dia melayanku begini. Adakah Iman juga dilayannya begini? Ah, mungkin semua perempuan yang keluar dengannya diberikan layanan seperti ini. Patutlah ramai peminat Haikal ni, pandai mengambil hati rupanya. Tapi, si cerewet itu juga mempunyai ramai peminat. Tiba-tiba senyuman menghiasi bibirku apabila terkenangkan Mr. F yang menjadi penyelamatku malam ini. Renungannya yang sedikit mempesonakan itu kembali muncul di ingatan.
Aduh, parah, parah! Jangan lambat ke penthouse esok kerana asyik sangat bermimpi tentang Mr. F sudahlah, Noorul! Terasa seperti ada suara yang menyindirku saat ini tetapi senyuman masih juga tidak mampu kulenyapkan dari bibir. Wahai Mr. F, ilmu apa yang kau guna sehingga aku sering tersenyum sendiri sejak mengenalimu?
***
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**
Saturday 30 October 2010
Wednesday 20 October 2010
M.A.I.D 13
“Noorul..very the busy nya kau sampai tak datang lawat mak su kat hospital hari tu.” Ujar Mak su sambil menarikku ke dalam pelukannya.
“Memang sibuk sangat hari tu mak su, makan hati betul dapat bos cerewet gitu.” Jawabku setelah pelukan dileraikan. Sengaja aku berpura-pura tidak suka bekerja dengan Mr. F kerana tidak mahu Iman menghidu perasaan sukaku pada lelaki itu.
Aku hanya tersenyum kepada mak su yang masih menggenggam tanganku. Sebelah tangannya lagi menggenggam tangan Iman yang dari tadi asyik tersengeh seperti kerang busuk. Dah berjangkit penyakit Haikal agaknya. Sememangnya kami rapat dengan mak su cuma semenjak mak su membuka butiknya sendiri ni, memang dia tidak ada masa untuk berjumpa dengan kami seperti dulu. Aku pula bukannya tidak mempunyai masa langsung untuk melawatnya semasa dia di hospital bulan lepas tetapi otakku yang hampir gila dengan masalah-masalah yang bertimbun di antara aku dan Mr. F ketika itu menghalangku dari berbuat begitu.
“Mak su faham..Iman ada story morry dengan mak su tentang bos kau tu. Dengar cerita kacak orangnya. Kalau single mingle lagi, boleh mak su masuk line.” Kata mak su. Keningnya dijungkit-jungkit beberapa kali dan disertai dengan senyuman miang. Wanita berumur 30-an itu kelihatan anggun di dalam gaun labuh tangan panjang berwarna hitam. Tudungnya pula dililit ala-ala arab. Mak su, mak su, dah nama pun ibu saudara si Iman, jadi tak peliklah aku kalau perangai pun ala-ala Iman.
“Rasanya single.” Aku menjawab soalan mak su berserta sengihan di bibir. Hai, sudahlah ada Elisa dan Nurina, tak kan lah mak su pun nak bersaing sama kot?
“Mak su ni..tak habis-habis. Tauke kedai nasi kandar yang kaya raya tu sikit punya tangkap cintan dengan mak su, tak nak layan. Bos si Noorul yang cerewet tu juga yang mak su minat nak kenal.” Iman pula mencelah.
Aku dan Iman ketawa serentak apabila mak su kelihatan mencebikkan bibirnya. Comel mak su ni. Walaupun memegang gelaran “andalusia” tetapi masih berseri-seri.
“Tauke kedai yang dah tua bangka tu? Tak hingin la aku..tambah-tambah nak jadi isteri nombor 2. Tak sanggup.” Aku menekup mulut. Takut pula dua tiga orang pelanggan yang ada terkejut dengan suara gelak ketawa kami.
“Ala mak su, bini pertama dia kat India..bukan kat sini pun. Okay la tu..” Iman masih lagi menyakat mak su.
“Amboi, amboi..mak su dah 35 tahun. Dah malas nak fikir tentang jodoh. Apa yang penting butik kesayangan mak su ni. Korang jangan jadi macam mak su..memilih sangat, sampai sekarang masih sendiri. Kalau ada yang baik dan boleh membimbing korang, terima aje lah..jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana yang sempurna hanya Allah.” mak su memberi nasihat kepada kami.
Aku dan Iman hanya mendengar sambil mengangguk beberapa kali, sebijik macam burung belatuk. Aku pun tak tahu untuk apa anggukan yang beriya ini. Mungkin untuk meyakinkan mak su yang kami sedang mendengar nasihatnya dengan penuh kekusyukan.
“Berapa umurnya majikan Noorul tu?” Tanya mak su lagi.
“28 tahun..”
“Alahai, muda sangat! Cancel. Dengan Noorul sesuai la..” Ujar mak su yang memulakan kerja menjahit manik di lengan baju kurung. Belum sempat aku bersuara Iman yang kelihatan tidak bersetuju dengan kata-kata mak su itu membuka mulut.
“Tak sesuai langsung, mak su. Kalau dengan Haikal, adik kepada majikannya itu, memang sesuai sangat! Matching habislah macam pinang dibelah dua.”
“Iye? Ha, eloklah tu Noorul. Kalau ada yang berkenan, tak salah kalau berikan peluang. Mana tahu dia memang jodoh kamu.” Ujar mak su sambil menguntumkan senyuman.
“Mak su jugalah yang masih sendiri selepas patah hati 10 tahun lepas.” Sambungnya lagi dengan nada sedikit sedih.
“Dulu aku sendiri..kini masih sendiri..jalani hidup ini..susah senang hidupku tak ber...” Nyanyian mak su dipotong oleh Iman.
“Mak su ni nyanyi-nyanyi pulak. Sebenarnya Iman saja datang temankan Noorul lawat mak su. Katanya tak sedap hati sebab tak sempat lawat kat hospital hari tu..” Ujar Iman.
Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Memang meriah kalau bersembang dengan mak su. Macam-macam reaksinya, sekejap berdrama, sekejap lagi menyanyi pula. Berbakat sungguh saudara mara Iman ni, sama seperti Iman.
“Tak pe..lagipun demam denggi je..Alhamdulillah dah sihat pun. Terima kasih sebab ingat jugak kat mak su ni.” Kata mak su sambil memandang ke arahku. Aku hanya mengangguk.
“Rajinnya mak su, hari sabtu pun bukak butik jugak.” Ujarku. mak su yang baru selesai menjahit manik-manik di tangan baju kurung berwarna kuning bingkas bangun dan menggantungkan baju tersebut.
“Terpaksalah kena rajin Noorul..butik ni pun baru nak bernafas.” Jawabnya sambil membelek baju kebaya berwarna merah pula.
“Miss Ziana, ni airnya.” Mataku dan Iman beralih ke wajah seorang gadis bersama dulang di tangan.
“Letak kat situ.” Kata mak su sambil menunding ke arah meja.
“Jemput minum” Kata gadis manis itu lagi. Pastinya pekerja Mak Su.
“Terima kasih..” Aku dan Iman menjawab serentak sambil mencapai jus oren di atas meja. mak su pula meminta diri untuk melayan salah seorang pelanggan. Yang baru sampai.
Aku memerhati keadaan butik yang dicat dengan warna merah jambu ini. Walaupun tidaklah seluas mana tetapi cara susunatur perabot dan perkakas lain membuatkan ruangan ini nampak selesa dan luas. Banyak juga baju-baju yang memang direka dan dijahit sendiri oleh mak su serta rakan kongsinya digantung di sini. Aku bangun dan menuju ke arah baju-baju yang tersangkut kemas bersama gelas berisi jus oren di tangan. Iman juga menurut langkahku.
Mataku tertancap pada sehelai gaun labuh berwarna merah yang bersarung plastik. Cantik betul tetapi kalau aku beli, ke manalah agaknya hendak digayakan baju secantik ini? Takkan nak pakai ke penthouse Mr. F kot? Mahunya aku dikatakan sengaja hendak memikat majikanku pula.
“Noorul!” Iman menyiku lembut bahuku.
“Ye. Kenapa?”
“Apa yang kau menungkan tu?” Soal Iman.
“Mana ada. Aku tengok baju ni lah. Cantik betul.”
“Eleh aku tahu fikiran kau kat tempat lain tadi. Entah-entah kat penthouse Mr. F.”
“Hish! Kau ni suka sangat buat spekulasi. Boleh cetus kontroversi tau kenyataan yang kau buat tu kalau Nurina atau Elisa dengar.” Ujarku sambil menjeling ke arahnya.
“Habis tu, apa yang fikirkan tadi?”
“Iman, aku laparlah..jom lunch.” Aku cuba untuk mengubah topik. Tidak sanggup untuk mereka jawapan kepada soalan Iman itu.
“Tu la, aku pun nak ajak kau makan sebenarnya tadi. Tapi, lupa pulak nak cakap sebab asyik sangat tengok koleksi baju-baju yang ada kat sini.”
“Okay lah mak nenek. Jom kita beransur sekarang.”
“Ye la cu. Tolong pimpin nenek ni..dah tak larat nak jalan la cu..”
“Oit Iman. Berdiri lah betul-betul karang dua-dua jatuh tergolek kat sini.” Aku menolak badan Iman yang berpura-pura lemah dan bersandar kepadaku. Ada yang jatuh seperti nangka busuk nanti ni. Tak kusangka berat juga si Iman ni, nampak kecik molek sahaja tubuhnya itu. Langkahku untuk menuju ke pintu terhenti apabila ternampak kelibat Asyraf bersama seorang perempuan berbaju biru gelap yang dipadankan dengan seluar jeans paras lutut. Aku menarik tangan Iman kembali ke bahagian belakang kedai.
“Iman, nanti..nanti! Shhh..” Kataku dalam nada berbisik.
Mata Iman yang berbulu mata palsu itu dikelip-kelipkan berkali-kali. Iman masih lagi menghalakan pandangannya wajahku sambil tangannya dilayang-layang di hadapan mukaku yang masih lagi merenung ke arah wanita yang sedang membelek sepasang kebaya pendek rekaan mak su.
“Noorul, kau dah kenapa? Kena sampuk ke?” Tanya Iman dengan nada geram. Aku mencekup mulutnya. Hish, kuat betul suara kawanku ini.
Sebaik sahaja lelaki dan wanita itu melangkah keluar dari butik, aku terus berlari keluar. “Noorul! Kenapa dengan kau ni?”
“Aku nampak Asyraf bersama seorang wanita.” Ujarku.
“Mungkin teman wanitanya kot, Noorul.” Aku mengangguk mendengar kata-kata Iman itu. Mungkin juga. Oh, benarlah katanya yang dia sudah mempunyai seseorang di dalam hidupnya.
***
Mata yang tidak gatal kutenyeh lagi. Betullah Mr. F! Kenapa pula dia tercegat di situ? Hari ini hari isnin, bukan hari sabtu atau ahad. Tanganku menutup novel yang baru kubeli semalam. Sememangnya aku sampai sedikit awal hari ini. Mr. F yang membuka pintu masih belum pun berbaju pejabat sebentar tadi. Selepas menyiapkan sarapan dan sementara menunggu majikanku itu keluar bekerja, aku berehat sebentar di taman sambil membaca novel. Nampaknya, keindahan taman dan air terjun yang terbentang indah di ruang mata tidak lagi menenangkan hatiku sekarang. Aku sebolehnya tidak mahu selalu berhadapan dengan majikanku itu lagi kerana bimbang perasaan suka yang wujud terhadapnya semakin hari semakin bertambah dan sekiranya itu berlaku, pasti sukar untuk dibendung nanti.
Walaupun begitu, adakalanya hati ini terasa juga untuk mendengar suara Mr. F. Aduh, penyakit rindu ini kenapalah belum hilang lagi? Leceh betullah! Wajah kacak lelaki yang berbaju Hard Rock Cafe London berwarna putih kutenung lagi. Matanya kelihatan sedikit sepet seperti baru bangun tidur. Comel seperti kucing tetapi garang macam harimau! Dia kelihatan membimbit komputer riba Apple berwarna putih dan sedang melihat jam di pergelangan tangannya. Aduhai, kenapa agaknya dia tidak ke pejabat hari ini? Lupakah dia yang tempatnya bekerja itu bukannya pejabat bapanya yang dia boleh keluar masuk sesuka hati?
Dengan malas aku berjalan menuju ke arah bangunan yang berwarna putih di sebelah kananku. Kalau tidak kerana jarum jam yang menunjukkan pukul 7:55 pagi, tidak ingin aku berganjak dari sini. Mr. F yang perasan kelibatku hanya menjeling tajam dan kemudian kulihat lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
“Selamat pagi, encik.” Ujarku.
Dia tidak berkata apa-apa dan hanya menyerahkan sekeping nota kepadaku. Tanpa sempat aku bertanya tentang nota ini, lelaki itu terus berlalu. Aku membelek nota di tangan dan tersenyum meleret. Surat cinta? Mr. F memberikanku surat cinta? Oh, bangun Noorul, jangan berangan! Tapi kan, lelaki itu seperti tahu pula yang aku memang suka mengumpul nota darinya. Senyumanku semakin melebar. Aku membaca nota yang berada di tangan dan terus berjalan menuju ke lif untuk naik ke atas. Pastinya Mr. F turun untuk berehat di tepi kolam renang. Aku pula terus menuju ke bilik rehatku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam mahligai si cerewet itu.
Bila difikir-fikirkan balik, perasaan gembira bertukar menjadi geram pula dengan majikanku itu. Kenapa dia tidak beritahu sahaja kepadaku yang dia ingin aku memasak semua makanan ini? Kenapa harus menulis nota? Hish! Mesti dia tidak suka bercakap denganku, kan?! Sombong! Aku terus merenyuk nota yang berada di tangan dan membuang pandangan ke arah kolam dari atas katil bilik rehatku. Tidak mengapa, prinsip hidupku sekarang, ada ubi ada batas, ada hari aku balas! Mataku kembali merenung nota di tangan. Alamak, nasib baik tidak koyak, kalau tidak mampus aku. Sudahlah aku tidak hafal nama-nama makanan yang ditulisnya itu.
“Nasi putih, tomyam campur, ikan siapap masak 3 rasa, udang masak masam manis, kerabu mangga, air tembikai untuk makan tengahari.”
Itulah nota yang kuterima hari ini. Dia ingat aku buka restoran agaknya? Siap “order” air sekali. Aku meloncat turun dari katil bersama buku nota yang memuatkan semua jenis resepi di dalamnya dan berlari menuruni anak tangga untuk ke bawah. Pintu peti sejuk kutarik dan mataku liar meneliti bahan-bahan untuk memasak. Ayam, ada, udang ada tetapi nampaknya ikan siakap tidak ada. Air tembikai konon, bayang tembikai pun tidak pernah kulihat di dalam rumah ini sepanjang aku bekerja. Apa mimpi Mr. F semalam sehingga tidak pergi kerja? Kemudian, siap suruh aku masak pelbagai jenis makanan lagi. Pelik betul! Aku pantas mencapai pen dan menulis sesuatu di atas nota.
“Sorry, bukan tak nak masak ikan siakap masak 3 rasa tetapi bahan-bahan tidak ada. Tom yam pun tak dapat dimasak sebab kiub tom yam tidak ada. Begitu juga dengan air tembikai, tak boleh disediakan sebab tembikai tidak ada. Harap maklum -Noorul-”
Begitulah bunyinya nota yang aku tulis. Jangan ingat dia seorang sahaja yang tidak suka berbual denganku, aku juga tidak kuasa hendak bercakap dengannya. Aku terus melangkah keluar dari penthouse dan turun ke bawah. Langkah kuteruskan ke kolam renang berhampiran dengan taman. Harap-harap Mr. F masih berada di sini.
“What are you doing here?” Tiba-tiba suara Mr. F terdengar dari arah belakang tempatku berdiri. Aku terus menoleh dan memberikannya sekeping nota.
Dia mengangkat kening sebelum mengambil nota tersebut dan aku hanya membuang pandang ke arah taman yang indah terbentang di sebelah kananku semasa dia membaca nota itu.
“Kan saya dah cakap dulu..sebelum bahan-bahan untuk memasak habis, awak harus beritahu saya! Sekarang bagaimana?” Jerit kecil lelaki itu kepadaku.
“Saya tak beritahu sebab dalam peti sejuk tu masih ada beberapa ekor ayam, daging serta udang. Sayur-sayuran pula kebanyakannya masih ada lagi. Cuma ikan siakap, kiub tom yam, sotong dan tembikai memang tidak ada.” Aku menerangkan dengan panjang lebar kepada majikanku.
“Jom, pergi pasar!” Katanya dengan kasar dan terus menuju ke arah lif.
Pasar? Aku dan Mr. F ke pasar? Biar betul. Itulah tempat yang paling aku tidak berapa gemar untuk menjejakkan kakiku. Sememangnya aku selalu menemani Iman dan mak pergi ke pasar tetapi aku hanya menunggu di tempat meletakkan kenderaan sahaja, tak pun bertenggek di medan selera kerana tidak tahan dengan bau hanyir yang sememangnya meloyakan tekakku. Nampaknya aku memang tidak mempunyai alasan lagi dan terpaksalah aku mengikut arahannya. Aku mengekori majikanku masuk ke dalam lif dan naik ke atas.
“Give me 30 minutes.” Kata Mr. F dan terus menuju ke biliknya. 30 minit? Betullah tekaanku yang dia masih belum mandi. Tengok muka pun dah tahu! Aku pula kelam kabut mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Iman. Mana pula Iman ni? Jarang dia tidak menjawab panggilanku. Inilah kali pertama aku akan memasak ikan siakap masak 3 rasa. Harap-harapnya menjadilah. Peluh dingin mula membasahi dahiku sedikit. Risau pula kalau ikan siakap 3 rasa permintaan Mr. F menjadi ikan siakap tiada rasa. Aku ingin mendapatkan tips dari Iman. Punggung kulabuhkan di atas sofa dan masih cuba mendapatkan Iman di talian tetapi masih tidak berjaya.
***
Derapan tapak kaki memijak anak tangga menghentikan lamunanku. Aku terus menuju ke ruang tamu dan terlopong memerhati Mr. F yang sedang mengeluarkan kaca mata hitamnya. Hendak ke pasar atau hendak pergi dating ni? Lelaki di hadapanku ini segak berseluar slack hitam bersama baju kemeja lengan panjang berjalur halus.
Tanpa sebarang kata, dia terus membuka pintu dan melangkah keluar meninggalkan aku di dalam rumah. Aku pula terpaksa berlari untuk mengejarnya. Hish!! Teruk betul, dia betul-betul buat macam aku tak wujud pula. Aku yang tercungap-cungap sedikit apabila sampai di hadapan lif terkejut melihat Mr. F berada di dalam menungguku. Baju kurung cotton berwarna kuning air di badan kubetulkan.
“Cepatlah masuk, terhegeh-hegeh!” Bidasnya. Tidak boleh agaknya kalau bercakap tanpa menyakitkan hati aku.
“Awak dah tahu bahan-bahan yang hendak dibeli?” Dia bertanya sambil memandangku sekilas. Aku hanya mengangguk.
“Awak ni dah takde suara ke?” Tanya Mr. F lagi. Dia ni tak nampak ke aku mengangguk tadi?
“Ye encik, dah tahu.” Ujarku. Jangan risau segalanya berada di dalam buku notaku yang terletak di dalam beg.
Sesampai sahaja di bawah, Mr. F menyuruhku menunggunya di pintu utama, berhampiran dengan pondok pengawal. Dia pula terus melangkah ke tempat letak kenderaan. Pantas jari-jemariku mendail nombor telefon Iman yang tidak dapat kuhubungi sejak tadi.
“Assalamualaikum” Kataku dengan girang apabila Iman mengangkat telefon.
“Waalaikumussalam. Sorry aku sibuk sikit. Kautelefon aku ke tadi? ” Tanya Iman.
“Ye, aku teefon kau tadi. Sebenarnya aku nak tips untuk masak ikan masak 3 rasa. Kan kau selalu masak kat rumah.” Kataku kepada Iman.
“Oh..kau ada resepi Chef Aidil kan? Ikut je macam dalam resepi tu. Nanti aku mesej kau tips-tips lain.” Ujar Iman.
“Okay, okay Iman. Terima kasih. Mr F dah sampai..kami nak gerak dah ni..” Kataku kepada Iman apabila ternampak kereta BMW berwarna hitam sedang menuju ke arahku.
“Hah? Mr. F? Kau nak pergi mana dengan Mr. F?!” Tanya Iman dalam keadaan separuh menjerit. Pastinya dia terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulutku sebentar tadi.
“Nanti aku cerita. Okay Iman. Assalamualaikum.” Aku terus mematikan talian apabila kereta Mr. F betul-betul berhenti di hadapanku.
Pintu kereta kubuka dan Mr. F pula hanya memandang ke hadapan. Aku sempat lagi tersenyum dan melambai-lambai ke arah Mr. Lee apabila kereta yang kunaiki ini lalu di hadapannya.
“Cik Noorul, orang tak dapat melihat kita dari luar sebab cermin kereta saya gelap. Jadi awak tak perlulah melambai bagai nak rak, Mr. Lee tak kan nampak punya.” Katanya disulami dengan ketawa menyindir. Eee..apa masalah dia ni sebenarnya? Aku hanya diam dan memandang ke luar. Baik aku layan perasaan sendiri dari melayan kata-katanya tadi.
Mr. F mengerling ke arahku apabila telefon bimbitku berbunyi menandakan aku menerima mesej dari Iman. Dengan pantas aku membaca mesej tersebut yang tertulis bahan-bahan tambahan yang diperlukan dan cara memasak. Aku tersenyum senang dan terus menyimpan telefon bimbit ke dalam beg.
“Carl ke yang mesej? Bukan saya tak tahu Haikal temankan awak membeli barang dapur tempohari.” Dengan selamba Mr. F berkata begitu.
“Eh, tak encik. Mana ada. Iman yang mesej saya.” Beriya-iya aku cuba meyakinkannya aku bercakap benar. Entah kenapa aku cukup tidak selesa apabila nama Haikal timbul dalam perbualan kami. Hish, Haikal ni pun tak boleh duduk diam. Boleh pula dia beritahu abangnya yang dia ada menemaniku membeli-belah barang dapur tempohari.
Keadaan jalan yang agak lengang menyebabkan perjalanan kami ke bangunan Sri Mutiara hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Kereta diparkirkan di tempat meletak kenderaan bermeter. Aku lihat Mr. F sudah pun menanggalkan kaca mata hitamnya dan keluar dari kereta. Dia menyeluk-nyeluk poket seluar untuk mencari duit syiling barangkali.
“Encik, kita kena masukkan duit ke dalam mesin ni kalau tidak..” Kata-kataku seperti biasa telah dipotong olehnya sebelum sempat aku habiskan.
“Guna duit awak dulu. Saya tak ada duit syiling.” Katanya sambil menunjukkan dompet yang dipenuhi dengan wang kertas. Kemudian tanpa menunggu jawapan dariku dia terus beredar.
Aku terkocoh-kocoh membuka dompetku yang biasanya dipenuhi dengan duit syiling, tetapi hari ini aku hanya ada duit kertas sahaja. Selepas menukar duit dengan seorang pakcik yang berada berdekatan denganku dan memasukkannya kedalam mesin, aku terus melangkah masuk ke dalam bangunan Sri Mutiara. Bangunan yang menempatkan gerai makan, pasar basah dan pasar kering itu sememangnya agak besar. Aku tercari-cari kelibat Mr. F dan mataku terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang enak menikmati nasi lemak dan teh tarik di medan selera yang terdapat di sebelah kananku.
“Aku susah-susah cari duit syiling, kau sedap-sedap makan kat sini ye.” Aku mengomel perlahan dan terus melangkah masuk ke dalam kawasan medan selera tersebut. Punggung kulabuhkan di atas kerusi yang terletak berhadapan dengan Mr. F.
“Kak, bagi saya satu nasik lemak ayam dan teh ais ye.” Kataku kepada pelayan yang menghampiri kami sambil tersenyum. Aku lihat tiada reaksi dari lelaki di hadapanku ini.
Sambil menunggu makanan yang dipesan tiba, aku memerhati keadaan sekeliling. Sewaktu aku dan Iman datang ke sini dahulu, aku biarkan Iman sahaja yang pergi ke pasar basah manakala aku pula melepak di sini.
“Cik, ni nasik lemak ayam dengan teh ais.” Kata kakak yang berbaju kurung itu kepadaku. Aku pula tanpa berlengah, terus menyuapkan nasik lemak ke dalam mulut. Aku tahu, sekiranya aku mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanan, pasti lelaki di hadapanku ini akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.
“Akak, berapa semua ni?” Mr. F bertanya kepada pelayan itu dan membayar harga makanan pagi kami. Tak boleh ke tunggu sekejap?
“Tak pe, encik. Nah duit ni..” Aku dengan pantas mengeluarkan duit dari dompetku tetapi lelaki itu telah pun berlalu. Dengan pantas aku menghabiskan makananku dan berlari ke arah Mr. F yang sudah pun berada jauh di hadapan.
***
“So, apa yang perlu kita beli?” Tanya Mr. F.
“Kiub tomyam, ikan siakap dan sotong. Kemudian tembikai dan beberapa bahan lain.” Jawabku.
Kami kemudiannya terus ke pasar kering yang berada di bahagian kiri. Mr. F kelihatan seperti sudah biasa dengan pasar ini. Dengan pantas aku mencapai beberapa kiub tomyam yang tersusun kemas di dalam salah sebuah kedai yang terdapat di situ manakala Mr. F pula sedang menungguku di kaunter pembayaran.
Setelah itu, aku membiarkan Mr. F berjalan di hadapanku untuk menuju ke pasar basah dahulu manakala aku dengan pantas membaca resepi di dalam buku nota sambil menghafal bahan-bahan yang diperlukan. Dengan tidak semena-mena buku nota dari tanganku dirampas oleh Mr. F yang kulihat sedang membaca kandungan resepi tersebut. Sibuk betullah dia ni.
“Oh, masih tak ingat bahan-bahan untuk memasak. Pertama kali nak masak ikan siakap 3 rasa lah ni? Pastikan sedap!” Kata Mr. F dengan tegas dan terus berlalu. Alamak, harapnya menjadilah ikan siakap masak 3 rasaku hari ini.
Kami kemudiannya mendapatkan sayur-sayuran yang diperlukan dan menuju ke kedai yang menjual pelbagai jenis hasil laut. Aku terus memilih sotong yang telah siap disiang dengan sebelah tangan manakala tangan yang sebelah lagi menjinjing plastik berisi sayuran. Penjual berbangsa cina yang asyik memerhati gelagatku dari tadi kemudiannya bersuara.
“Encik, pegang itu plastik. Kasihan you punya wife, susah mau pilih itu sotong.” Ayat yang keluar dari mulut wanita itu membuatkan aku tersentak.
Tangan kanan Mr. F pula dengan selamba menarik plastik putih yang berada di tanganku menyebabkan tangan kami bersentuhan sedikit. Jantungku pula tiba-tiba berdegup kencang. Sejak bekerja dengan Mr. F, selalu sahaja jantungku menjadi begini. Adakah ini tanda-tanda awal untuk sakit jantung? Aduh! Haru-birunya duniaku! Aku menyambung kembali pemilihan sotong dan udang besar bersama debaran di dada yang masih bersisa.
Setelah selesai memilih sotong dan ikan siakap, aku dan Mr. F bergerak ke kaunter pembayaran yang terletak beberapa langkah dari tempat kami berdiri. Mak datuk! RM 130? Mahalnya!
“Nyonya, kasi kurang sikitlah.” Aku terus menawar.
“Lagipun..” Belum sempat aku meneruskan ayatku untuk menawar, Mr. F telah pun menghulurkan duit kepada tuan kedai yang tersenyum lebar di hadapanku. Nak kata dia tidak pernah ke pasar, dia nampak lebih arif tentang pasar ini dariku tetapi tidak tahukah dia yang kita harus tawar-menawar ketika membeli di pasar macam ini.
“Thank you bos” Kata wanita itu.
Lelaki itu terus berlalu dan seperti biasa aku mengekorinya dari belakang sambil memerhati keadaan sekeliling. Tiba-tiba Mr. F memberhentikan pergerakannya menyebabkan aku terpijak kasutnya.
“Maaf, encik. Saya tak perasan tadi.” Kataku sambil memandang ke arah kasutnya yang sedikit basah dengan air campuran ikan, udang dan lain-lain lagi. Terasa ingin ketawa pula saat ini tetapi aku tahan.
“Nasib baik awak tak terlanggar badan saya. Jika tidak, saya akan buat kesimpulan awak ni memang suka sentuh saya.” Katanya dan terus berlalu menuju ke tempat meletak kenderaan. Ish, ish, ish! Tidak pernah sepanjang hidupku berjumpa dengan lelaki perasan macam dia ni.
“Ada apa-apa lagi yang diperlukan untuk memasak hari ini?” Soal Mr. F kemudiannya. Aku pula kelam-kabut membuka buku nota dan memeriksa sekali lagi bahan-bahan untuk memasak.
“Semua dah lengkap, encik.” Ujarku. Deringan telefon bimbit membuatkan Mr. F merenung tajam ke arahku. Aku pula terus menyeluk ke dalam poket baju kurung untuk mengeluarkan telefon bimbit.
“Haikal la tu.” Ujar Mr. F dengan nada sinis. Aduh, nampaknya memang Mr. F sudah tersalah anggap hubunganku dengan adiknya itu. Aku terus melihat nombor yang tertera di atas skrin. Bukan Haikal yang menelefon tetapi mak. Panggilan kujawab tanpa menghiraukan kata-katanya itu. Tidak selesa pula bercakap di hadapan majikanku yang kulihat sedang memasang telinga mendengar perbualan di antara aku dan mak. Matanya juga sedang melekat pada wajahku. Aku terus memberitahu mak yang aku akan menelefonnya semula malam nanti. Lagipun, mak hanya mahu bertanya khabar sahaja.
“Mak saya lah, encik. Bukan Haikal.” Ujarku tegas. Mr. F pula dengan selamba meninggalkanku dan terus masuk ke dalam kereta. Hish, saja nak mengintip perbualanku di telefonlah tu, kalau tidak, kenapa baru sekarang hendak masuk ke dalam kenderaan? Aku mencebikkan bibir sambil membuka pintu kereta.

Tuesday 12 October 2010
M.A.I.D 12
Tergopoh-gapah aku naik ke atas apabila mengetahui yang Mr. F sedang mencariku. Lupakah dia yang waktu kerjaku adalah dari pukul 8 pagi hingga 6 petang? Sekarang ni baru pukul 7:45 pagi. Hish! Mengikut cerita Mr. Lee, sudah dua kali Mr. F bertanya kepadanya melalui interkom samada aku sudah sampai atau belum. Apabila teringatkan insiden semalam, serta-merta hatiku terasa bengkak. Sudahlah aku terpaksa bekerja lebih masa secara percuma, dituduhnya pula aku membeli makanan dari luar. Memang dah lebih mamat perasan bagus tu!
Tapi, bila aku teringatkan balik kelakuanku yang melemparkan resit barang-barang di atas meja, kecut pula hatiku ini. Alamak! Ini mesti sebab dia tidak puas hati dengan sikapku semalam. Habislah, pasti aku akan ditengkingnya sebentar lagi. Bersedialah wahai telinga, kata hatiku. Semakin gelisah aku jadinya apabila kaki melangkah keluar dari lif tetapi langkahku terhenti sebaik sahaja terlihat lelaki itu.
Aik? Kenapa Mr. F berada di luar penthouse? Nampaknya majikanku tidak sabar benar untuk berjumpa dengan pembantu rumahnya ini. Lelaki yang berkemeja putih berjalur biru tua itu sedang tersenyum mesra kepadaku sambil membuat isyarat dengan jari telunjuk supaya mengikutnya masuk ke dalam. Biar betul! Aku mencubit pipi kanan. Auch,, sakit! Maksudnya aku tak bermimpi. Inilah pertama kali dia senyum kepadaku. Tak pernah kujangka perkara ini akan terjadi. Akan aku tulis di dalam diari nanti untuk kenang-kenangan.
Mungkin juga Mr. F ni dah salah makan ubat agaknya. Aku masih lagi tidak percaya dengan apa yang kulihat tadi. Betulkah dia tersenyum kepadaku? Atau adakah aku yang silap tengok? Rasanya mataku belum rabun lagi. Melihat senyumannya itu, suhu di dalam hatiku tiba-tiba menyusut dengan mendadak. Inilah masalah sebenarku, cepat sangat sejuk apabila terpandangkan senyuman lelaki itu. Kalau dengan Asyraf, tidak pula begitu. Sekejap ye, “Superwoman” ni akan cuba membantu awak! Aku tersengih seorang diri.
“Selamat pagi encik! Ada apa yang boleh saya bantu?” Kataku apabila melangkah masuk ke dalam penthouse.
“Morning sayang, sayang yang belikan semua ni kan?” Tanya Mr. F dengan nada lembut sambil menundingkan jarinya ke arah sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdapat di atas meja.
Sayanggggg?!! Sah Mr. F memang dah salah makan ubat! Melihat wajahnya yang masih tersenyum memandang ke arahku membuatkan debaran di dada semakin bertambah. Aduh, mahu pengsan aku pagi-pagi begini. Jangan-jangan apa yang dikatakan pakcik semalam itu benar belaka. Perasaan benci Mr. F kepadaku sudah bertukar menjadi sayang.
Mr. F nampaknya telah dengan jayanya menjadi lelaki pertama dalam hidupku yang memanggilku sayang. Ini juga akan kucatatkan di dalam diari nanti. Panas terasa di muka saat ini. Pastinya mukaku sudah sedikit kemerahan. Degupan jantung pula semakin laju. Rasanya inilah pertama kali suaranya kudengar selembut ini ketika bercakap denganku. Romantiknya. Hatiku pula berbunga-bunga apabila pandangan matanya yang lembut itu menyapa wajahku.
“Er..ni semua untuk encik. Sayur dan buah baik untuk kesihatan kerana mengandungi pelbagai jenis vitamin.” Ujarku malu-malu. Hish! Kenapalah dia panggil aku sayang? Mahu tak tidur aku malam ni kerana gila bayang. Noorul! Apa yang kau mengarut ni???! Fokus! Fokus!
“Masalahnya, abang tak makan sayur dan buah ni. Nah. Sayang boleh ambil semua sekali.” Katanya yang memasukkan sayur bayam, sawi, dan beberapa jenis sayuran hijau lain serta beberapa jenis buah yang kubeli semalam ke dalam beg plastik.
Sayang lagi?? A..a..a..bang??? Sabar, Noorul, jangan pengsan pulak kat sini. Aku sudah menjadi terlalu segan untuk memandang ke arahnya. Pandangan kuhalakan ke arah sayur-sayuran di tangan Mr. F. Kenapa si Haikal tidak beritahu yang abangnya tidak makan sayur-sayuran ni? Mungkin dia tidak tahu kot.
“Eh, tak apa lah encik. Susah-susah saja nak bagi saya semua ni. Encik je lah yang makan..” Kataku dengan tenang, cuba untuk menyembunyikan debaran di dada sambil memandang ke arah 3 bungkusan beg plastik yang berisi sayur dan buah di hadapanku. Tapi, kalau dia paksa juga aku mengambilnya, tidak salah kalau aku bawa balik semua ni kan?
“Eh..mana ada susah, sayang..ambil ni..” Katanya dengan senyuman sambil merapatkan diri ke arahku. Jantungku hampir gugur apabila lengannya tersentuh lenganku.
“Kalau macam tu, terima kasih ye.” Kataku yang menjauhi lelaki itu sedikit sambil mengambil huluran plastik yang berisi buah dan sayur di tangannya.
“Abang dah bayarkan harga semua barang-barang ni kat sayang semalam kan?” Tanya majikanku itu lagi sambil tersenyum. Tampan! Mungkin penyakit senyum Haikal sudah berjangkit kepada Mr. F.
“Ye encik..” Jawabku lembut. Kalau hari-hari dia sebaik ini, pasti aman hidupku. Mesti buat kerja pun sambil tersenyum. Teruk kan aku ni?
“Bagus. Semua sayur dan buah dalam beg plastik tu berharga RM 50.00. Abang akan tolak dari gaji awak nanti, ye sayang!.” Katanya lagi. Aku pula seperti baru bangun dari tidur cuba untuk memahami apa yang dikatakannya itu. Aduh, dah kuagak perangai jembalang berkepala manusia di hadapanku ini tidak akan berubah punya.
“Erk..encik..saya tak jadi ambillah sayur dan buah ni..” Kataku yang meletakkan kembali sayur dan buah ke atas meja. RM 50.00, mahalnya! Geram kerana dipermainkan oleh si jembalang ini membuatkanku menolak dengan kasar plastik berisi sayur itu ke arahnya.
“Habis tu! Saya juga tak makan semua sayur-sayur dan buah yang awak belikan ni. Saya tak peduli, awak ambil ke tak, saya akan tetap tolak dari gaji awak.” Tengkingnya. Ha, ini baru Mr. F yang sebenar. Bagaimanalah aku boleh tertipu dengan gayanya tadi. Hantu betul!
“Tapi, encik..” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku lelaki itu sudah pun berlalu menuju ke arah pintu. Daun pintu yang berdentuman meyakinkanku yang dia sudah keluar ke pejabat.
“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Tensionnyaaaaaaaaaaaaaaa!” Jeritku sekuat hati. Tak fasal-fasal, melayang RM 50 ringgit aku. Nampaknya, ini bukanlah permulaaan yang baik untukku hari ini.
Buku nota yang memuatkan semua resepi dan tips-tips masakan kukeluarkan dari beg. Ada beberapa perkara penting yang harus dicatatkan olehku supaya kejadian hari ini yang menerbangkan RM50.00 gajiku tidak berulang lagi. Kurang asam betul majikanku ini tetapi, kenapa suaranya yang memanggilku sayang tadi juga yang asyik terngiang-ngiang di telinga? Aduh, parah ni. Noorul, bangun! Bangun! Masa untuk berangan dah tamat! Tetttt!
***
Entah mengapa perasaan tidak puas hatiku tentang kejadian pagi tadi masih belum reda lagi. Puas sudah aku cuba melupakan tetapi aku masih geram dengan kejadian itu. Mentang-mentanglah dia majikanku, senang-senang sahaja dia ingin memotong gajiku. Memang salah aku kerana tidak bertanya tentang apa jenis sayur atau buah yang tidak dimakannya tetapi dia pun salah juga kerana tidak memberitahuku. Aku terus mencapai gagang telefon dan mendail nombor Mr. F.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ada apa?” Tanya Mr. F acuh tak acuh.
“Encik, saya..sebenarnya saya..” Hish, kenapalah lidahku ini tiba-tiba kelu pula. Debaran di dada bertambah laju apabila mendengar suara lelaki itu.
“Saya apa??!” Tengkingannya membuatkan aku terus bersuara.
“Saya tidak puas hati dengan encik.” Alamak, bagaimana pula perkataan itu boleh meluncur keluar dari mulut? Aku terus menekup mulutku dengan menggunakan sebelah tangan.
“WHAT?!” Bentak Mr. F.
“Tak..tak..sebenarnya say” Tidak sempat aku memikirkan jawapan lain, lelaki itu terus bersuara.
“Awak tak puas hati sebab saya akan potong gaji awak nanti? Dah memang salah awak, kenapa pula tak puas hati?” Kata-katanya itu memang menambah lagi perasaan tidak puas hati di dalam diriku.
“Ye..tapi bukan salah saya seorang..” Perlahan aku menuturkan ayat itu.
“Awak nak cakap saya pun salah? Masalahnya yang beli sayur-sayur tu awak, bukan saya.” Ujarnya lagi. Bijak, bijak! Jawapan yang sungguh cerdik.
“Tapi, encik tak beritahu saya tentang sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan lain yang encik tak makan.” Bidasku dengan sopan. Tidak berani pula hendak meninggikan suara. Takut-takut nanti akan membawa kemudaratan pada karierku.
“Awak tak pernah tanya pun.” Selamba Mr. F berkata begitu. Sejak bila agaknya majikanku ini suka benar bertekak denganku lama-lama begini di dalam telefon?
“Ye..betul. Masalahnya, saya tak tahu ada sayur dan buah yang encik tak makan. Kalau saya tahu, mestilah saya tanya.” Ujarku.
“Masalahnya, saya tak tahu awak akan beli sayur dan buah.” Ujarnya lagi. Nampaknya, memang sah lelaki ini mahu bertekak denganku.
“Okay, kalau begitu boleh saya tahu sayur-sayuran dan buah-buahan lain yang encik tak makan? Sekejap saya nak ambil pen dan kertas.” Ujarku sambil cuba mencapai kertas yang berada di atas meja.
“Well, yang tu you have to find out yourself!” Ujarnya lagi.
“Hah?” Aku memang terkejut dengan kata-katanya itu. Dia ni memang sengaja hendak menaikkan api kemarahan dalam diriku.
“Cari sendiri.” Katanya lagi dengan tegas.
“Hm..tidak mengapalah encik. Lain kali, encik ikut sekali semasa nak beli barang dapur. Tak lah gaji saya dipotong lagi kalau tersalah beli apa-apa.” Dengan beraninya aku menuturkan kata-kata itu disebabkan perasaan geram yang tidak dapat dibendung lagi.
“Hm..tengoklah nanti.” Ujarnya dan talian dimatikan.
Aku termanggu-manggu di atas sofa bersama telefon di tangan. Aduh, peningnya kepala. Biar betul aku harus membeli barang bersama dengannya nanti?? Aku memicit-micit kepala yang tiba-tiba sakit. Masalah lama pun belum selesai, kenapalah kau timbulkan masalah baru pula, Noorul?! Kenapalah mulutku lancang sangat mengutarakan cadangan seperti itu tadi? Aku memarahi diri sendiri. Tapi, kalau aku pergi sendiri, nanti takut pula terbeli sayur-sayuran atau bahan lain yang tidak disukainya. Dengan malas aku melangkah ke dapur dan menarik pintu peti sejuk untuk mengeluarkan bahan-bahan masakan. Tidak mengapa, apabila tiba masanya nanti baru aku akan fikirkan bagaimana caranya untuk mengelak daripada pergi membeli- belah bersama si cerewet itu.
***
Kring! Kring! Kring! Kring!
“Assalamualaikum.” Ujarku.
“Waalaikumussalam.” Suara seorang wanita kedengaran di hujung talian. Siapa pula yang menelefon ni?
“Ye, nak cakap dengan siapa?”
“Dengan awak. Nurina here. Boleh saya jumpa awak sebentar kat depan pondok pengawal?” Hah, Nurina! Kenapa pula dia ingin berjumpa denganku?
“Err..kenapa ye cik Nurina?” Tanyaku penuh minat.
“Tak payah bercik-cik. Just call me Nurina. Saya ada “something” untuk diberikan kepada majikan awak.” Ujarnya lagi. Something? Barang apa agaknya?
“Kenapa awak tak beri kepadanya sendiri ye?” Aku bertanya. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu terlibat dengan Nurina lagi.
“Sebab dia tak nak berjumpa dengan saya. Saya tunggu awak di sini. Bye.” Ujar wanita itu dan terus mematikan talian.
Dengan berat hati aku turun ke pondok pengawal untuk berjumpa Nurina. Pasti Mr. Lee tidak membenarkan perempuan itu masuk ke kawasan Golden Palace. Apa pula agaknya barang yang hendak diberikan kepada majikanku itu? Dari jauh dapat kulihat susuk tubuh seorang wanita yang sedang tersenyum ke arahku. Baju kemeja lengan pendek bercorak flora yang dipadankan dengan skirt labuh paras buku lali berserta skaf di leher menyerlahkan lagi kejelitaannya. Memang bergaya. Tetapi, kalau perempuan ini bertudung, mesti lagi cantik dan ayu.
“Cik Nurina kan?” Aku berkata seraya merapatkan diri ke arahnya.
“Yes, I’m Nurina” Katanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku. Eh, biar betul dia ni. Hari tu, nampak macam sombong je. Mungkin masa tu dia tengah marah kot.
“Nama saya Noorul.” Aku menyambut tangannya dengan mesra.
“Jom masuk ke dalam kereta. Senang sikit nak berbual.” Cadangnya. Aku hanya mengangguk dan dengan teragak-agak mengekori wanita itu menuju ke kereta Honda Jazz berwarna merah miliknya.
“Masuk..” Ajak Nurina setelah membukakan pintu untukku dan aku hanya menurut. Inilah kereta idaman aku. Bertuah sungguh Nurina kerana dapat memiliki kereta ini.
Aku merenung ke arah wajah jelita Nurina yang muram. Lebih kurang 5 minit dia mendiamkan diri. Aku pula menjadi semakin janggal, tidak tahu apa yang perlu kulakukan. Jari-jemarinya yang runcing kulihat menyeka air matanya yang mengalir semakin laju. Alamak, kenapa pula dia menangis? Apa yang harus buat ni?
“Err..Nurina, awak ada masalah ye?” Pertanyaanku hanya disambut dengan gelengan sahaja.
“Nurina, kalau awak betul-betul mahukan sesuatu, awak mesti berusaha untuk dapatkannya, okay?” Ujarku. Entah mengapa aku berkata begitu kepada Nurina. Mungkin kerana kasihankannya yang bersusah payah untuk mendapatkan Mr. F kembali. Entahlah, aku pun tidak pasti.
“Terima kasih, Noorul. Memang saya kembali ke Malaysia ni pun untuk meraih kemaafan dari Harris dan kemudiannya mencantumkan kembali perhubungan kami.”
Kata-kata Nurina itu bagaimanapun mengundang rasa gusar di hatiku. Kenapa aku perlu gusar sekiranya mereka berdua bersama? Cemburukah aku? Tak mungkin!
“Oh..begitu..” Tiba-tiba aku kehilangan kata-kata. Itulah Noorul, tadi pandai sangat kau bagi nasihat. Hish! Aku memarahi diri sendiri.
“Cuma, saya pasti sangat Harris tak akan terima saya kembali. Saya betul-betul menyesal di atas apa yang saya lakukan dulu Noorul. I was so stupid!” Keluh Nurina. Aku dapat rasakan ada kesedihan dalam nada suaranya.
“Tak ada manusia kat bumi ni yang sempurna. Semua orang pernah melakukan kesilapan. Betul tak?” Aku dah jadi seperti Iman pula yang sering memberikanku kata-kata semangat.
“Memang betul..tapi kalau awak, boleh tak awak terima kembali bekas kekasih awak yang tinggalkan awak sebab perempuan lain? Saya pernah tinggalkan lelaki sebaik Harris untuk lelaki lain dulu. Teruk kan saya?” Pertanyaan dari Nurina membuatkan aku tergamam.
“Hm..sejujurnya, memang susah saya nak terima balik..tetapi, sekiranya dia betul-betul ikhlas, mungkin saya akan mempertimbangkannya.” Soalannya itu kujawab dengan jujur. Benar, memang susah untuk aku terima tetapi tidak salah kalau berikan peluang kedua sekiranya lelaki itu benar-benar menyesal, kan? Entahlah.
“Saya faham kenapa Harris tidak boleh menerima saya semula..but I can’t live without him..I miss him so much, Noorul” Rintihan Nurina hanya mampu kudengar sahaja. Tak kan aku hendak nasihatkan Mr. F untuk terima Nurina? Oh tidak, itu memang kerja gila!
“Sebenarnya Noorul, saya ada perkara nak tanyakan dengan awak.” Kata Nurina lagi. Dah kuagak, mesti ada perkara dia hendak tahu dariku.
“Perkara apa tu Nurina?” Tanyaku ingin tahu.
“Well, awak kenal Elisa tak?” Aku terkejut apabila mendengar nama itu. Nurina mengenali perempuan sombong tu?
“Elisa? Kawan Encik Harris kan?” Aku meminta kepastian.
“Kawan ke teman wanita?” Nurina pula cuba meminta kepastian dariku. Aduh, manalah aku tahu apa hubungan mereka tu.
“Terus terang saya katakan, saya tak tahu mereka serapat mana tetapi mungkin belum sampai ke tahap mempunyai hubungan istimewa rasanya. Elisa ada datang melawat Encik Harris tempohari kerana kecederaan yang dialami majikan saya tu pada jari kelingking.” Dengan jujur aku menjawab soalannya itu.
“Harris cedera?” Nurina memandang ke arahku sekilas. Kemudian pandangannya dialihkan kepada tisu di tangan. Air mata yang masih bersisa dikesatnya.
“A’ah..err..masa nak tutup pintu, saya tak perasankan jarinya dan terus tutup daun pintu dengan kuat. Apa lagi, jari Encik Harris tersepit di celah daun pintu. Tu yang cedera sikit tu..saya rasa bersalah sangat, Nurina.” Jawapanku telah membuatkan Nurina yang tadinya menangis mengukirkan senyuman dan seterusnya ketawa sambil menggelengkan kepala. Sebelah tangannya menutup mulut.
“Kenapa awak ketawa?” Tanyaku yang sedikit pelik dengan kelakuan perempuan ini. Rasanya aku tak buat lawak pun.
“Awak ni lucu la” Kata Nurina yang menampar lembut paha kananku.
“Saya boleh bayangkan muka Harris masa tu. Mesti dia bengang gile dengan awak kan?” Nurina ketawa lagi selepas menuturkan kata-kata itu membuatkan aku juga geli hati apabila terkenangkan peristiwa itu.
“Uish..jangan cakaplah Nurina, saya hampir dipecat tau.” Jawabku sambil ketawa kecil.
Lucu sangatkah apa yang aku katakan tadi? Aku hanya tersenyum memandang ke arahnya.
“I miss him so much!” Keluh Nurina apabila tawanya lenyap dari bibir. Wajah itu kembali muram.
“By the way, tolong berikan barang ni kepada Harris ye.” Pinta Nurina. Aku menyambut beg kertas yang berada di tangannya. Apa agaknya isi di dalam beg kertas ini?
“Okay, nanti saya akan sampaikan kepada majikan saya.” Ujarku.
“Terima kasih.”
“Sama-sama. Saya naik dulu ye?” Aku meminta diri.
“Baiklah.” Ujarnya.
Aku pula terus membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta. Kasihan juga aku dengan Nurina yang pulang ke Malaysia semata-mata kerana ingin bertemu dengan majikanku yang cerewet itu. Apa boleh buat, bukan selalu kita akan diberikan peluang kedua dalam hidup ini. Sebab itulah kita perlu menghargai segala-galanya yang kita miliki. Bagaimanalah dia boleh meninggalkan lelaki sekacak Mr. F untuk lelaki lain dulu? Rasanya Mr. F pasti mencintai wanita itu sepenuh hati, jika tidak masakanlah kecurangan Nurina meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya. Sehinggakan dia jadi anti-perempuan. Tapi, Elisa pun seorang perempuan juga kan? Kenapa agaknya dia boleh rapat dengan si Elisa?
***
Ting Tong! Ting Tong!
Terkocoh-kocoh aku memakai tudung dan berlari ke arah pintu apabila mendengar bunyi itu. Jam di dinding yang menunjukkan pukul 5 50 petang membuatkanku tertanya-tanya kenapa awal benar lelaki itu pulang hari ini. Nasib baiklah semua kerja sudah dibereskan olehku. Jantung pula berdegup semakin laju apabila terkenangkan bibirnya yang memanggilku dengan panggilan “sayang” pagi tadi, walaupun dia hanya mempermainkanku. Pipi kiri dan kanan kutampar-tampar sendiri untuk menyedarkan diriku. Nafas kusedut sedalam-dalamnya sebelum membuka pintu. Apa lagi agaknya sketsa yang akan terjadi di antara aku dan Mr. F nanti?
“Assalamualaikum encik” Kataku mesra sebaik sahaja membuka pintu.
“Waalaikumussalam.” Ujar lelaki itu dan terus melangkah masuk ke dalam penthouse.
Aku terus menghayunkan langkah menuju ke dapur. Sebenarnya semua kerja telah kubereskan dan hanya menunggu masa untuk pulang ke rumah sahaja. Aku mundar-mandir bergerak ke kiri dan ke kanan. Akhir-akhir ini, awal pula si cerewet ini pulang ke rumah. Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Mr. F di ruang tamu? Bunyi telefon bimbit Mr. F menghentikan kekalutan yang melanda diri saat ini. Kepala kujengukkan sedikit dari dinding dapur untuk memerhati majikanku itu.
“Hello mama” Jawabnya sambil menggaru kepala. Mama?
“Yes, I’m at home now. Ada apa mama call ni?” Tanya Mr. F yang sudah mula membaringkan diri di atas sofa. Hish! Tak senonoh betul. Bukan dia tidak tahu yang aku berada di dalam penthouse ni. Suka hati kau je!
“Malam ni? Tak boleh la ma..” Katanya lagi. Aku masih memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.
“Ma, please understand me. Harris belum bersedia lagi untuk semua ni.” Aku lihat Mr. F sudah bangun dan sebelah tangannya bercekak pinggang.
“Bagi Harris masa sikit mama..” Tangannya memicit-micit dahi pula. Macam-macam aksi majikanku itu ketika bercakap telefon. Bagaimana agaknya aksinya ketika bercakap denganku di telefon ya? Aku tersenyum lebar sambil menyembunyikan diri di sebalik dinding. Takut juga kalau dia tahu aku sedang mengintai.
“I know, tapi Harris tak ada perasan dengan Elisa tu. We are just friends..” Telingaku hampir melekat di dinding apabila mendengar ayat ini. Elisa? Mata kuhalakan ke lantai. Oh..maksudnya, Mr. F tidak ada perasaan dengan si perempuan sombong tu. Bagus, bagus!
“Siapa? Lyana? Miza? Aini? Mama, mama..masalahnya Harris tak bersedia lagi.” Jawab majikanku itu.
Aku melekapkan kedua-dua tangan di dinding dan masih memasang telinga untuk mendengar dengan lebih lanjut. Aku tidak berani menjengahkan kepala takut pula si cerewet itu tahu aku sedang mendengar perbualannya.
“About majlis Maizara tu, nantilah Harris fikirkan. Okay ma, Harris sakit perut ni. Nanti Harris call balik. Bye mama. Assalamualaikum” Sakit perut? Aku tidak dapat menahan tawaku lagi. Lawak sungguh alasan yang diberikannya untuk mengelak daripada berbual. Aku menekup mulut dengan kedua-dua tangan. Takut pula si cerewet tu terdengar suaraku ketawa.
“Dah habis sesi mengintai?” Terkejut beruk aku apabila memandang ke arah lelaki yang terpacak di hadapanku. Tawa di bibir terus lenyap. Bila masa pula dia berada di sini?
“Errr.. Bila pula saya mengintai, encik? Hish! Mak saya cakap, tak baik mengintai orang tau, nanti ketumbit tumbuh kat mata.” Kataku gugup. Matilah aku kali ini.
“Habis tu apa awak buat kat sini?” Tanya Mr. F yang masih tidak berpuas hati.
“Saya tengok dinding ni. Dari jauh nampak macam ada keretakan. Tapi, tak ada lah pulak..saya silap tengok kot.” Kataku sambil mengetuk-ngetuk perlahan dinding yang berwarna putih itu.
“Alasan tak logik langsung...sekali lagi awak mengintai, saya akan potong gaji awak.” Tengkingnya. Aku yang gerun mendengar amarannya itu hanya memandang ke arah lantai. Tiba-tiba aku teringatkan beg kertas yang Nurina minta aku berikan kepada Mr. F yang berada di atas meja dapur.
“Encik, tadi Nurina ada datang sini. Dia suruh saya berikan ni pada encik.” Kataku dan terus memberikan beg kertas tersebut kepada Nurina.
Aku hanya melihat sahaja Mr. F membuka kotak yang terdapat di dalam beg kertas tersebut dengan kasar. Tidak sabar pula aku untuk mengetahui isinya. Di dalam kotak berwarna putih itu terdapat kotak kecil yang berwarna biru seperti kotak cincin. Aku hanya memerhati sahaja. Takkan si Nurina melamar Mr. F kot?
Mr. F kulihat membuka kotak cincin yang bertulis “Tiffany & Co” tersebut dan sebentuk cincin yang pada firasatku mungkin dibuat dari platinum atau perak kelihatan di dalam kotak itu. Orang dapat cincin suka, dia ni seperti marah pula. Berkerut-kerut wajahnya melihat cincin itu seketika, kemudian dia menutup kembali kotak tersebut. Sekeping kad yang berada di dalam beg kertas itu pula dikeluarkan. Tulisan di dalam kad yang saiznya seperti kad jemputan kahwin itu dibaca oleh Mr. F. Kemudian dia merenung ke arahku.
“Cukuplah sekadar jadi maid, tak payah sibuk-sibuk nak buat kerja sukarela sebagai posmen tak bergaji pulak!” Ujarnya dengan sinis kepadaku.
Kad di tangan direnyuk dan dicampak ke arahku dan kotak cincin pula dilemparkan ke lantai. Ooops, nasib baik aku sempat mengelak kalau tidak pasti kad tersebut akan terkena tepat pada dahiku yang licin ini.
“Er..encik, saya dah siapkan semua kerja. Boleh saya pulang sekarang?” Tanyaku sedikit gugup.
“Suka hati awak lah dan tolong buang sampah yang baru saya campak ke bawah tu.” Jawabnya dengan kasar dan terus berlalu naik ke atas.
Nampaknya cincin dan kad pemberian Nurina nilainya seperti sampah sahaja di mata majikanku. Aku terus mengutip kad dan kotak tersebut. Nasib baik tak koyak, dapatlah aku membaca isi kandungannya nanti. Kad dan cincin tersebut kumasukkan ke dalam beg dan aku terus menapak keluar dari penthouse. Sesampai sahaja di taman, aku terus mengeluarkan kad tersebut dan segala fokusku kini hanyalah pada kad di tanganku.
Dear Harris,
How are you? I really hope you are doing good. I tahu you masih marahkan I. Sekali lagi I nak beritahu you, memang betul I ada hubungan dengan Matthew tetapi hubungan kami tak kekal lama. Matthew bukanlah seorang lelaki yang baik. I menyesal kerana tinggalkan you dulu. I mengaku keretakan hubungan kita memang berpunca dari diri I tetapi tidak adakah ruang untuk I membetulkan kembali keadaan supaya kita dapat bersama seperti dulu? I really love you, Harris. Tolonglah berikan I satu lagi peluang dan I akan pastikan you sentiasa bahagia di samping I.. macam dulu. I tak akan desak you lagi untuk berikan jawapan samada you sanggup terima I semula atau tidak. I tahu you perlukan sedikit waktu untuk buat keputusan. By the way, I’m going back to London tomorrow. Bersama kad ini, I sertakan sekali cincin pemberian I kepada you dulu. Sekiranya you masih lagi sayangkan I, sarungkanlah cincin itu kembali di jari you. For your information, cincin pemberian you dulu masih tersemat di jari I. I akan kembali ke Malaysia lagi nanti untuk menuntut jawapan dari you. Take care Sayang.
Hugs and kisses,
Nurina
***
Setelah memastikan skuter kesayanganku berada di dalam keadaan baik dan telah pun dikunci, aku mula menghayunkan langkah menuju ke blok rumah pangsaku. Apa yang harus aku lakukan dengan cincin pemberian Nurina itu? Pastinya mahal kan cincin tersebut? Tengok jenamalah! Pilihan A, memulangkannya semula kepada Nurina apabila wanita itu pulang ke Malaysia nanti, pilihan B, mengikut sahaja arahan Mr. F supaya membuang cincin tersebut atau pilihan C, memujuk Mr. F supaya menerima cincin pemberian bekas kekasihnya itu. Oh tidak, tidak! Pilihan C nampaknya tidak mampu kulakukan. Jadi, pilihan yang tinggal di antara A dan B sahaja.
Penyakit senyumku datang semula apabila teringatkan suara Mr.F yang lembut memanggil diriku sayang tadi. Walaupun geram dan sedikit tertekan dengan apa yang dibuatnya, kenapa suaranya yang lembut itu juga yang kuingat-ingatkan sekarang? Jangan-jangan Mr. F ni ada gunakan ilmu pengasih tak?

Monday 4 October 2010
M.A.I.D 11
Aku membatukan diri di hadapan pintu lif. Niat di hati ingin menunggu Mr. F beredar ke pejabat dulu sebelum naik ke atas. Mr. Lee ada memberitahu yang majikanku itu masih berada di dalam penthouse. Semangat untuk memulakan hari isnin serta-merta hilang. Hampir 20 minit aku menunggu lelaki itu keluar dari kawasan Golden Palace ini namun hampa. Hatiku masih lagi tertanya-tanya kenapa Mr. F masih berada di atas. Kenapa agaknya majikanku itu lambat benar ke pejabat hari ini? Takkan masih cuti sakit lagi kot? Jam di tangan yang menunjukkan pukul 7:55 minit pagi kulihat sekilas. Dengan malas, aku menggagahkan diri menekan punat lif.
Setelah sampai di hadapan pintu penthouse, aku masih lagi teragak-agak untuk masuk ke dalam. Tidak mungkin Mr. F cuti sakit kerana dari minggu lepas lagi dia sudah mula bekerja. Aduh, nasib, nasib! Mahu tidak mahu, aku terpaksa menekan loceng pintu. Tudung di kepala kubetulkan dan aku sempat lagi melihat wajah melalui cermin pada bedak compact Maybelline.
“Assalamualaikum encik.” Kataku mesra apabila Mr. F membuka pintu. Aku tidak dengar pun suaranya menjawab salam. Mungkin jawab dalam hati kot. Walaupun dia tidak pernah berlembut denganku, aku tetap cuba untuk bermesra dengannya. Kenapa agaknya pagi-pagi lagi wajah si cerewet ni sudah masam seperti cuka? Aduhai, apa pula yang tak kena ni?
“Mana sebelah lagi stokin ni?” Tanya Mr. F dengan kasar sambil melayangkan stokin berwarna biru tua itu di udara. Seperti yang sudah kuagak, memang ada perkara yang tidak kena. Padanlah si cerewet ini belum ke pejabat lagi.
“Ada kat dalam almari rasanya.” Jawabku. Memang ruang atas di dalam almari separas pinggangku itu menempatkan semua stokin Mr. F.
“Hey, saya belum buta lagi. Kalau ada tentu dah jumpa.” Tengking si cerewet itu. Aku menjadi semakin kalut. Apalah nasibku, pagi-pagi lagi dah kelam-kabut begini.
“Er..sekejap ye saya cuba cari” Kataku sedikit gugup.
“Cepat sikit. Sebab awak saya lambat masuk pejabat nanti.” Arahan dari Mr. F menambah lagi kekalutan yang ada membuatkan aku berpeluh di dalam penthouse yang berhawa dingin ini. Kenapa pula aku pula penyebabnya? Entah-entah dia yang terlewat bangun, salahkan aku pulak! Hatiku membebel geram.
Aku berlari naik ke atas dan meluru masuk ke dalam bilik Mr. F. Almari berwarna putih yang menempatkan stokin di bahagian atasnya kubuka. Tanganku pantas menyelak-nyelak helaian stokin yang tersusun kemas. Aduh..mana pula perginya stokin tu? Jangan risau, kan banyak lagi stokin lain ni. Aku pantas mencapai sepasang stokin berwarna hitam untuk diberikan kepadanya kerana takut pula majikanku itu lewat ke tempat kerja nanti.
“Encik, nah guna yang ini dulu. Nanti saya akan cari sampai jumpa.” Ujarku sambil menghulurkan stokin yang berwarna hitam itu kepadanya.
“No way! Saya nak guna stokin ni jugak. Cari sekarang!” Jeritnya.
Perangai Mr. F ini benar-benar seperti budak tadika. Wajahnya pula kalah kanak-kanak ribena yang akan menarik muncung apabila tak dapat gula-gula yang diingini mereka. Hish! Sekali aku debik, baru dia tahu! Kadangkala dia seperti hendak menguji kesabaran yang ada dalam diriku pula. Sabar Noorul, sabar itu kan separuh daripada iman. Aku cuba mententeramkan diriku.
“Janganlah macam ni. Nanti lambat pula sampai pejabat.” Kataku dengan lembut, masih cuba untuk memujuknya. Nada suaraku ketika ini sebiji seperti aku memujuk Noorin yang merajuk kerana tidak mendapat permainan yang diingininya di pasaraya.
“AWAK NI, KENAPA??!!!” Tengkingannya membuatkan kakiku terus berlari memanjat anak tangga. Di masa-masa kritikal begini pun masih keras kepala lagi. Kalau kau lambat ke pejabat, memang salah sendirilah. Aku sudah cuba membantu tetapi kau masih degil. Hatiku terus membebel.
Almari yang sama kubuka sekali lagi. Memang aku letak kat sini semua stokin yang telah dilipat. Mustahil ada orang yang alihkan. Aku menarik keluar kesemua stokin yang berlipat itu dan kulihat satu persatu dengan teliti. Ha! Jumpa. Dia yang tak cari dengan betul-betul, nak salahkan aku pula. Memang perangai macam budak-budak!
Aku berlari turun ke bawah semula dan terus melangkah ke arah Mr. F dengan sedikit tercungap-cungap, seperti baru habis melakukan senamrobik pula. Wajah lelaki yang sudah merah mungkin kerana terlalu bengang kupandang sekilas. Betul-betul macam Incredible Hulk cuma warna sahaja berbeza, bukan hijau, tapi merah.
“Encik! Dah jumpa!” Kataku dengan nada gembira, masih cuba untuk merapatkan jurang yang terpisah. Cewah, ayatku macam dalam drama pula.
“Kat mana awak letak stokin ni?” Stokin di tanganku pantas direntapnya. Dia menghempaskan diri ke atas sofa empuk yang terletak di sebelah kananku dan menyarungkan stokin ke kaki.
“Kat dalam almarilah encik..encik yang tak perasan.” Kataku dengan perlahan kerana tidak mahu mengundang kemarahannya.
Aku merenung raut wajahnya yang masih lagi kelat. Tiada respons. Memang menarik raut wajahnya walaupun ketika marah begini. Hish, Noorul! Sudah-sudahlah memuji kekacakannya tu. Muka sahaja kacak tetapi tak ada perasaan langsung. Selesai memakai stokin dan membetulkan tali leher, lelaki itu bingkas bangun. Dia kemudiannya meluru keluar dan menghempaskan pintu dengan kasar.
Tengok tu, jangankan nak ucap terima kasih, dihempasnya pintu pula. Hish! Dasar sombong! Kalaulah tidak kerana susah untuk mencari pekerjaan, sudah lama aku berhenti dari menjadi pembantu rumah si cerewet itu. Bukannya aku tidak tahu yang Mr. F asyik mencari kesalahanku sahaja semenjak identitiku terbongkar tempohari. Semuanya yang kulakukan serba tak kena di matanya itu. Ya Allah, tebalkanlah dinding kesabaran di dalam dada hambamu ini. Amin!
***
Tanganku menutup pintu bilik Mr. F. Aku kemudiannya menuruni anak tangga dan menuju ke dapur sesudah selesai membersihkan ruang atas. Tidak sabar rasanya untuk mempraktikkan apa yang diajar oleh Chef Aidil semalam. Pintu peti sejuk kubuka untuk mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Aku meraup wajah berulang kali. Alamak! Hanya sayur kacang panjang sahaja yang ada. Sos, kicap, susu dan bahan-bahan untuk memasak yang lain juga semakin berkurangan. Bagaimana ni?
Dah berkali-kali Mr. F mengingatkanku supaya memberitahunya tentang kekurangan barang dapur. Aduh, nampaknya terpaksalah aku menelefon Mr. F untuk memaklumkan tentang hal ini. Aku bingkas menuju ke arah telefon. Tanganku mendail nombor Mr. F yang memang sudah kuhafal.
“Ehem, ehem..” Suara kubetulkan supaya kedengaran lebih lembut. Moga-moga dapat melembutkan sedikit hati si harimau tu, tidaklah aku dimarahinya saja.
“Assalamualaikum..” Kataku sebaik sahaja Mr. F menjawab panggilan.
“Waalaikumussalam. Why?” Why, Why, Why! Tak ada perkataan lain agaknya. Hish!
“Err..encik,barang dapur dah nak habis..” Aku menjawab pertanyaannya itu.
“So?” Soalnya sinis.
“Itu saja yang saya nak cakap sebenarnya. Macam mana ye?” Jawabku.
“Macam mana apa? Pergilah beli!” Tengkingnya dan terus mematikan talian. Adus, berdesing sungguh telingaku dengan ayat yang baru kudengar itu. Memang sudah kuagak pastinya ayat yang keluar dari mulut si cerewet itu akan menyakitkan hatiku.
Aku bangun mendapatkan pen dan sekeping kertas. Peti sejuk kubuka dan aku menyenaraikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang perlu dibeli. Kemudian, aku memeriksa pula stok minyak masak, sos, kicap dan bahan-bahan lain. Yang mana semakin berkurangan, aku senaraikan.
Banyaknya! Bolehkah aku bawa balik dengan skuter semua barang-barang ni? Rasanya tak boleh kot. Nasib baik Gurney Plaza terletak hanya beberapa blok sahaja dari Golden Palace ni. Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Sekiranya barang terlalu banyak, boleh aku menaiki teksi sahaja pulang ke sini nanti.
Setelah memakai tudung dan mengambil beg, aku keluar dari penthouse dan terus menuju ke bawah. Senyuman yang paling manis kulemparkan kepada Mr. Lee yang melambai ke arahku. Kalaulah ayah masih hidup, pasti dia sebaik Mr. Lee. Setelah melepasi pondok pengawal, aku membelok ke kiri dan berjalan di atas kaki lima.
Aku tersenyum apabila berjalan di hadapan Hotel Sri Impiana yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bangunan Gurney Plaza. Di sinilah lelaki yang selalu tersenyum itu bekerja. Kan bagus kalau Mr. F sebaik Haikal. Mataku mendarat ke arah bangunan berwarna putih yang tersergam indah di bahagian kiriku. Wah, kaya betul keluarga Mr. F. Bilalah agaknya aku boleh memiliki hotel sendiri? Bolehlah aku jadi ala-ala Paris Hilton nanti. Ketawa kecil terlepas dari mulutku.
Pon! Pon! Pon! Pon! Pon!
Siapa pula yang sedang membunyikan hon ni? Hish! Pencemaran bunyi betul. Aku melemparkan pandangan ke arah sebuah kereta Nissan Murano berwarna hitam yang tersadai di bahagian kananku. Cermin tingkap dibuka dan kelihatan wajah kacak seorang lelaki sedang tersengih ke arahku. Haikal? Ya ampun! Kenapa pula mamat senyum ni ada kat sini? Baru sahaja aku teringatkan dia, lelaki ini sudah pun muncul di hadapanku. Tapi, sejak bila pula pejabatnya berpindah ke dalam kereta?!
Lelaki itu kemudiannya kulihat keluar dari kenderaan dan bersandar pada kereta miliknya. Aku memerhati lelaki yang segak berkaca mata hitam di hadapanku ini. Siap dengan kot di badan. Wah, memang bergaya!
“Haikal! Awak buat apa kat sini?” Tanyaku dengan gembira.
“Saya kan bekerja kat sini.” Katanya yang membuka kaca mata hitam.
“Oh ye? Sejak bila pula pejabat awak berpindah ke dalam kereta ni?” Selorohku.
“Pejabat saya kat dalam bangunan tu. Saya sebenarnya baru nak breakfast. Masih berfikir-fikir nak makan kat mana. Tu yang masih berada di dalam kereta ni.” Jawapan dari lelaki ini membuatkanku melihat jam di tangan. Logiklah, baru pukul 10 30 pagi.
“Oh..ye ke..”
“Awak pula buat apa kat sini? Ha...ponteng kerja ye!!” Tanya Haikal sambil ketawa.
“Eh, mana ada. Abang awak tu yang suruh saya beli barang dapur. Saya nak ke Giant ni.” Ujarku.
“Oh..awak jalan kaki ke sini?” Tanya Haikal sedikit terkejut.
“A’ah..dekat je kan..15 minit je jalan” Jawabku sambil tersenyum.
“Jauhnya..kenapa tak telefon saya? Boleh saya ambil awak.” Jauh? Iyalah, bagi anak orang kaya yang sudah biasa ke sana sini dengan menaiki kereta, memanglah jalan kaki selama 15 minit dikatakan jauh.
“Eh, merepeklah awak ni, Haikal! Tak nak lah saya susahkan awak. Awak ni bukannya driver saya pun.” Kataku sambil ketawa kecil
“Demi awak, saya sanggup jadi driver tau!” Ujar Haikal yang masih lagi tersenyum. Mengarut betul adik Mr. F ni.
“Ada-ada je awak ni. Suka sangat sakat saya.”
“Saya serius ni.” Kata Haikal sedikit serius. Pelik, yang berjawatan besar nak kerja sebagai pemandu. Pembantu rumah macam aku pula kalau boleh hendak jadi kaya seperti Paris Hilton. Manusia, manusia!
“Ye lah tu. Okay lah Haikal, saya terpaksa mula membeli-belah sekarang. Nanti lambat sampai ke penthouse, bising pula abang awak tu.” Kataku meminta diri untuk beredar. Malas pula melayan Haikal yang kurasakan sedikit pelik gelagatnya hari ini.
“Okay, jom!”
“Hah?” Kenapa pula dia berkata begitu? Aduh, masalah ni.
“Jom lah..saya temankan awak membeli-belah, lepas tu awak pula temankan saya sarapan. Boleh?” Ah, sudah! Macam sistem barter pula, dia temankan aku membeli-belah dan aku mesti menemaninya bersarapan. Macamlah kami berkongsi mulut sampai nak kena temankan dia bersarapan.
“Tak boleh! Tak boleh Haikal. Tak payah susah-susah, lain kali kita makan pagi sama-sama okay? Lagipun awak mesti sibuk kan?” Ujarku. Aku memang tidak selesa dengan kata-katanya tadi.
“Tak sibuk pun..jom, jom.” Ajak Haikal dengan bersungguh-sungguh. Kereta dikuncinya dan dimasukkan kunci ke dalam poket seluar.
“Eh, tak apa Haikal..saya tak nak mengganggu awak. Lagipun kalau abang awak tahu, mesti dia marah nanti.” Alasan demi alasan kuberikan. Dah tak ada kerja agaknya lelaki ini sampai hendak menemaniku membeli-belah.
“Saya akan bertanggungjawab jika dia marah awak. Okay?” Jawab lelaki yang sudah pun berjalan menuju ke arah bangunan Gurney Plaza.
“Kereta tu takkan letak kat situ je. Nanti kena saman.” Ujarku sambil melihat kereta yang diletakkan di bahu jalan.
“Eh, tak apa, kejap je. Polis trafik belum bangun lagi waktu begini.” Seloroh Haikal. Yakin benar lelaki ini yang keretanya tidak akan disaman.
“Eh, polis trafik kat Malaysia ni rajin tau. Ikut suka hati awaklah. Kalau kena saman pun, kereta awak, bukan kereta saya, kan?” Bidasku sambil menggelengkan kepala.
“Betul tu. So, shall we?” Dengan malas aku berjalan ke arah Haikal. Nampaknya aku sudah tidak mempunyai pilihan lagi. Nak temankan aku sangat ye..nanti boleh aku suruh dia menjinjing sebahagian barang-barang yang sudah dibeli. Sebaris senyuman nakal yang terbit di bibir kulemparkan ke arah lelaki yang masih lagi tersenyum itu.
***
Mungkin membeli-belah bersama Haikal tidak sama seronoknya ketika menjalankan aktiviti itu bersama Iman, tetapi sudah cukup untuk membuatku tidak berasa keseorangan. Cuma, panahan mata dari perempuan-perempuan yang kelihatan sedikit cemburu, mungkin kerana aku mampu berdamping dengan lelaki yang kacak seperti Haikal membuatkanku berasa sedikit tidak selesa. Mungkin benar kata lelaki ini yang dia mempunyai ramai peminat. Perbualan kami banyak berkisar tentang soal semasa sahaja. Ingin juga aku bertanya dengan lebih lanjut tentang Mr. F tetapi tak berani pula.
Setelah selesai membeli-belah, kami singgah di medan selera. Atas gesaanku, Haikal akhirnya mengalah dan hanya membungkus makanan untuk dimakan di pejabat. Bukan aku tidak sudi menemaninya tetapi aku takut sekiranya Mr. F menelefon ke penthouse nanti. Takut dia beranggapan yang aku ini suka curi tulang pula.
Kami kemudiannya berjalan beriringan keluar dari bangunan Gurney Plaza. Bagus juga Haikal menemaniku kerana lelaki itu menolongku menjinjing barang-barang yang banyak ini. Sesampai sahaja di hadapan kereta Haikal, mataku tertancap pada sehelai kertas berwarna putih yang melekat di atas cermin kereta. Pantas aku berlari bersama barang-barang di tangan untuk mendapatkan kertas tersebut.
“Haikal! Awak dapat surat cinta!” Aku terjerit sambil ketawa besar.
“Hah? Surat cinta? Biar betul, Noorul. Walaupun saya ni ramai peminat, tak pernah pula saya dapat surat cinta yang diletakkan kat cermin kereta macam ni.” Kata Haikal dengan nada serius. Hish! Perasan betul.
“Tak percaya?” Tanyaku kepada Haikal yang sedang membuka bonet kereta.
“Nah tengok ni.” Aku memberikan “surat cinta” tersebut kepadanya.
“Ha, kan betul tu..awak dapat surat cinta dari polis trafik. Jangan lupa bayar saman nanti tau!” Ketawa tidak lagi dapat kutahan. Muka Haikal kelihatan berkerut-kerut membaca notis di tangannya.
“Masin betullah mulut awak ni, Noorul. Tengok saya dah kena saman.” Haikal meletakkan semua barang-barang ke dalam bonet dan bersandar pada kereta.
“Kalau awak ikut undang-undang, tak kisahlah mulut saya masin ke, manis ke, mesti takkan kena saman. Jangan lupa pula bayar saman tu ye.” Bidasku sambil mengenyitkan mata kepadanya.
“Ye lah! “ Jawab Haikal.
“Haikal, bak sini semua barang-barang tu. Awak boleh mula bekerja sekarang. Saya balik naik teksi je.” Aku cuba untuk mengeluarkan barang-barang yang baru debeli dari dalam bonet tetapi tidak dibenarkan oleh lelaki ini.
“Alahai, dekat je kan. Jom saya hantar awak. Nanti kalau awak kena culik dengan pemandu teksi, siapa yang susah? Saya jugak..” Barang-barang di tanganku pula diambilnya dan dimasukkan ke dalam bahagian belakang kenderaan.
“Mengarutlah awak ni Haikal. Saya tak nak susahkan awak. Saya boleh balik sendiri..betul ni.” Beriya-iya aku cuba meyakinkan Haikal.
“Awak masuk je dalam kereta. Untuk awak, matahari yang panas tu pun saya sanggup ambilkan kalau awak nak.” Katanya lagi sambil tersenyum manis. Sanggup ambilkan matahari untukku konon. Manisnya mulut..citt podahhh! Kenapalah lelaki ini baik sangat denganku? Akhirnya, aku masuk juga ke dalam kereta.
“Terima kasih ye Haikal kerana sudi tumpangkan saya.” Kataku ikhlas.
“No problem.” Jawab lelaki itu sambil membukakan pintu kereta untukku.
***
Aku mengerling jam di dinding yang menunjukkan tepat pukul 5:55 petang. Kesemua tugasan telah kuselesaikan dengan sempurna hari ini. Tudung pun sudah kupakai dan beg juga sudah kuambil tadi. Sementara menunggu waktu untuk pulang, aku bersimpuh di atas lantai sambil membersihkan bunga-bunga kristal kesayangan Mr. F. Memang Mr. F menyuruhku menjaga bunga-bunga kristal yang cantik ini sebaik mungkin. Aku terpaksa membersihkannya kerana sudah diselaputi habuk yang agak tebal.
Ting Tong! Ting Tong!
Siapa pula yang datang ni? Mr. F? Alamak! Kelam kabut aku memasukkan kembali bunga-bunga kristal yang sudah pun dibersihkan olehku ke dalam pasu. Setelah memastikan segalanya dalam keadaan baik, aku terus membuka pintu.
“Assalamualaikum” Kataku sambil tersenyum. Hish! Tak jawab pun salam aku. Mr. F hanya diam dan masuk ke dalam penthouse dengan muka yang masam seperti selalu. Kalau dengan Elisa boleh pula dia tersenyum simpul.
“Kalau tak jawab berdosa tau.” Aku menekup mulut dengan kedua-dua tanganku apabila berkata begitu. Ya Allah, kenapalah lancang sangat, Noorul oi! Ha, kan aku dah kena tikam dengan jelingan tajamnya tu. Mana tahu, kot dia jawab dalam hati kan?
Kenapa pula si cerewet ni balik awal hari ini. Gaya Mr. F yang segak bertali leher itu seperti gaya seorang mandur sedang mencari kesalahan pekerjanya. Dia mengisyaratkan supaya aku mengikutnya. Satu demi satu bilik diperiksa termasuk dengan bilik air sekali.
Ada sahaja yang tidak kena. Walaupun aku tahu apa yang dikatakannya itu kurang tepat tetapi aku tetap tidak melawan. Kami kemudiannya melangkah ke ruang tamu.
“Dinding ni pun kotor! Awak tak bersihkan ke?” Tengkingnya sambil menundingkan jari ke arah dinding kaca di ruang tamu.
“Dah bersihkan tadi..saya akan bersihkan semula esok.”Jawabku dengan sopan walaupun geram dengan gelagatnya itu.
“Esok? Bersihkannya sekarang!” Sekarang? Dah pukul 6 petang ni. Nampaknya memang balik lewatlah aku hari ini.
“Tapi encik, tak elok berdua-duaan begini. Nanti kena tangkap khalwat. Siapa yang susah, encik jugak.” Ujarku dengan perlahan, cuba memberikan alasan. Lagipun, aku tidak selesa berdua-duaan dengan si cerewet ni.
Mr. F kemudian bergerak ke arahku membuatkan aku mengundurkan diri ke belakang setapak demi setapak sehingga aku tersandar pada dinding kaca. Kenapa pula dengan majikanku ini? Dia pula bergerak semakin rapat ke arahku. Wajahnya yang sedang tersenyum itu kupandang. Jantungku pula semakin kencang degupannya. Dah gila agaknya lelaki ini? Kemudian dia menundukkan wajah dan berbisik kepadaku.
“Kenapa? Awak takut ke?” Soalnya dengan lembut. Aku yang sememangnya sudah kehilangan kata-kata hanya mengangguk sahaja. Mahunya tak takut, mak pasti akan menyembelihku sekiranya perkara itu berlaku.
“Banyak betul alasan! Sudah, bersihkannya sekarang!” Suaranya tiba-tiba meninggi. Aku pula terus melangkah ke stor untuk mengambil semua keperluan untuk membersihkan dinding kaca yang berwarna biru itu. Nampaknya, aku tiada pilihan lagi. Terpaksalah aku membersihkan dinding kaca yang sememangnya sudah berkilau itu.
Mr. F kulihat kemudiannya menghilangkan diri ke dapur manakala aku mula menyental dinding dengan penuh dedikasi. Berdebar-debar pula untuk mengetahui apa komen Mr. F tentang hasil masakanku. Pasti banyak komennya nanti. Setelah selesai membersihkan dinding kaca, aku bergerak menuju ke dapur. Memang betul tekaanku yang majikanku itu sedang menjamu selera.
Lengan baju kemeja disintingnya sedikit ke atas. Bibirnya yang sememangnya berwarna sedikit kemerah-merahan itu kelihatan seperti dioles gincu pula. Pasti disebabkan oleh tomyam yang sedikit pedas. Alamak, pedas sangat ke? Habislah aku. Mesti aku ditengkingnya nanti. Baik aku angkat kaki dulu sebelum aku dihujani dengan kata-kata pedas darinya.
“Encik, ada apa-apa lagi?” Tanyaku. Selepas tiada jawapan darinya aku bersuara lagi.
“Dah dekat pukul 7 malam ni, saya balik dulu ye.” Masih tidak ada jawapan darinya. Dah bisu agaknya majikan aku ni. Tak pun, sakik tekak sebab selalu sangat menengking orang. Aku yang terkebil-kebil masih berasa serba salah untuk melangkah keluar dari mahligai si cerewet ini.
“Lain kali, tak perlu nak membazir beli makanan-makanan ni semua. Pemalas betul!”Ayat yang terbit dari bibir Mr. F benar-benar menaikkan suhu kemarahanku.
Pemalas? Nampaknya si cerewet ini tidak percaya aku yang memasak semua ni. Setelah menghabiskan tenaga untuk memasak dengan sebaik mungkin semua makanan ni, aku dikatakan pemalas? Keterlaluan betul!
“Bila masa pulak saya beli? Saya masak sendiri semua ni encik.” Aku cuba mempertahankan diriku.
“I know your level. Tak payah nak menipu.” Dengan selamba Mr. F mengeluarkan kata-kata itu. Tom yam udang dihirupnya sedikit.
“Betul encik..saya yang masak semua ni..saya serius ni..” Beriya-iya aku cuba untuk meyakinkan Mr. F.
“Whatever!”
“Semua ni saya belajar kat kelas masakan.” Aku memberitahu hal yang sebenarnya.
“Stop! Sudah-sudahlah mereka cerita. Kali ni saya lepaskan awak. Lain kali jangan nak mengada-ngada membazir duit beli makanan kat luar. Saya tak akan bayar duit makanan ni” Tengkingnya. Mr. F seakan-akan memberikan amaran kepadaku. Aku tidak kisah sekiranya dia memarahiku disebabkan hal lain tetapi aku memang pantang sekiranya orang menuduh aku melakukan sesuatu yang memang tidak kulakukan.
Aku ingin menegaskan hal yang sebenarnya tetapi suaraku seakan-akan tersekat di kerongkong pula. Perasaan kecewa, marah dan sedih bercampur-baur menyebabkan aku benar-benar rasa tidak sanggup lagi untuk berada di sini. Sesungguhnya, kesabaran di dalam diriku ini ada juga hadnya.
“By the way, mana bil barang-barang tadi?” Tanya Mr. F dengan kasar.
Aku mengeluarkan bil dari dalam beg dan terus melemparkan ke atas meja. Bukan sahaja Mr. F, aku sendiri juga sedikit terkejut dengan tindakanku itu. Majikanku itu terus membasuh tangan. Wajahnya yang semakin merah itu memberitahuku yang dia juga bengang denganku.
“Kenapa? Marah dengan saya? Baguslah! Apa lagi, berhenti sajalah kalau tak tahan!” Katanya dengan sinis. Aku yang sememangnya tidak boleh lagi untuk memandang wajahnya itu hanya melemparkan pandangan ke arah lantai. Dia kemudiannya mengeluarkan duit untuk diberikan padaku.
“Saya balik dulu.” Kataku selepas mengambil duit dari tangannya dan tanpa menunggu jawapan darinya, aku terus menghayunkan langkah untuk keluar dari penthouse.
Buang masa dan duit sahaja aku mengikuti kelas masakan. Demi Mr. F sanggup aku membayar RM 200 untuk mengikuti kelas memasak masakan Thai. Beriya-iya aku memasak untuknya tetapi si cerewet itu tidak tahu untuk menghargainya langsung. Dikatanya aku mereka cerita pula. Kurang asam betul. Mungkin bila dia lihat sendiri dengan matanya baru hendak percayakan kata-kataku kot. Entahlah. Aku menekan punat pada dinding lif untuk turun ke bawah dengan kemarahan yang masih membara di dalam hati.
***
“Arghhhhhhhhhhhhhh!” Aku menjerit sekuat hati setelah menjejakkan kaki di taman yang sunyi ini. Mataku kemudiannya memerhati sekeliling. Takut pula kalau ada orang di sini. Ish, aku benar-benar geram dengan si cerewet tu ketika ini.
Jam yang berada di tangan menunjukkan pukul 6:45 petang. Sudahlah aku terpaksa pulang lewat hari ini, dikatanya pula aku membeli makanan dari luar. Aku mengurut dada untuk menenangkan diri. Entah kenapa, aku tidak berani untuk melawan kata-katanya tadi. Tidak berani, tidak sampai hati atau adakah kerana aku selalu kehilangan kata-kata setiap kali berhadapan dengannya? Entahlah, aku sendiri pun tidak faham dengan diriku ini. Ah, celarunya fikiranku!
“Dah kurang sedikit perasaan marah tu?” Dari mana pula datangnya suara itu? Aku terus menoleh ke belakang. Pakcik yang tidak kutahu namanya ini sedang menguntum senyum ke arahku. Sejak bila pula dia berada di sini?
“Astaghfirullahalazim! Pakcik ni macam kawan saya, si Iman tu la. Selalu buat saya terkejut.” Ujarku sambil pura-pura memasamkan muka.
“Memang jeritan boleh mengurangkan sedikit tekanan yang ada di dalam diri. Betullah cara yang awak buat ni cuma..” Kata pakcik itu.
“Er..cuma apa pakcik?” Tanyaku penuh minat.
“Cuma kalau buat kat tempat awam macam ni, rasanya kurang sesuai kot..nasib baik pakcik yang nampak. Kalau pakcik ni seorang lelaki muda, dari ada niat nak mengorat kamu, terus cancel.” Kata pakcik itu sambil ketawa kecil. Aku juga ikut ketawa sama.
“Malas saya nak fikir tentang lelaki, pakcik. Takut dapat pasangan macam majikan saya tu. Makan hati berulam jantung nanti saya ni gara-gara sikapnya yang cerewet dan panas baran tu.” Kataku sedikit jengkel. Perasaan geram terhadap majikanku itu masih bersisa.
“Apa pula yang terjadi kali ni?”
“Hm..saya terpaksa bersihkan dinding kaca sekali lagi setelah majikan saya tu cakap dinding masih lagi tak bersih. Padahal memang dah berkilat dinding tu saya bersihkan pagi tadi. Sebab tu lah saya balik lambat hari ni. Lepas tu, makanan yang saya masak tu, dikatanya saya beli dari luar. Hish! Geram betul!” Aku menceritakan kes yang baru terjadi tadi. Pakcik di hadapanku ini hanya mendengar dan sesekali mengangguk. Seperti kaunselor profesional pula.
“Kalau dia tak percaya, kenapa awak tak beritahu hal sebenarnya dengan lebih tegas?” Tanya pakcik itu.
“Itulah! Saya pun tak tahu kenapa saya selalu kehilangan kata-kata di hadapannya. Mungkin sebab saya tak berani melawan kot. Takut dipecat.” Jawabku jujur.
“Ataupun awak ada perasaan dengannya?” Aku yang terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu hanya menggelengkan kepala.
“Pakcik ni..ke situ pulak. Perasaan benci ada lah dengan si cerewet tu. Okaylah, pakcik, saya nak balik dulu ni. Nanti tak sempat pula solat Maghrib. Kirim salam dengan tuan besar, majikan pakcik tu ye.” Ujarku bersungguh-sungguh.
“Hati-hati, perasaan benci tu yang bahaya tau.” Aku terdiam dengan ayat yang dituturkan itu. Apa yang bahayanya pula?
“Kenapa pula pakcik?”
“Sebab perasaan benci tu selalu benar bertukar jadi sayang.” Ujar pakcik tersebut sambil tersenyum. Dah pulak?
“Pakcik ni..ada-ada je. Kalau perasaan sayang pula jadi benci? Macam tu?” Soalku yang tidak berpuas hati.
“Kalau sayang jadi cinta.” Aku tergamam mendengar kata-kata pakcik ini. Biar betul. Aku dengan Mr. F bercinta? Oh, tidak mungkin, tidak mungkin! Kau dah mereng ye, Noorul???!
“Ish, tak ada maknanya nak bertukar-tukar, pakcik. Okaylah, saya balik dulu ye. Skuter saya kat sana tu. Jumpa lagi. Assalamualaikum.” Aku meminta diri sebelum kepalaku menjadi lebih pening. Sempat lagi aku tersenyum sumbing kepadanya.
“Bawa moto tu elok-elok. Waalaikumussalam..” Ujarnya.
Aku hanya mengangguk dan melambaikan tangan kepada pakcik itu sebelum berlalu.
Iman, aku perlukan telinga kau untuk mendengar cerita hatiku sekarang! Tidak sabar untuk pulang dan berjumpa dengan kaunselorku itu saat ini.
***
“Kurang ajar betul. Tak boleh agaknya dia cakap elok-elok dengan kau?” Bentak Iman sambil menepuk meja. Kawanku ini memang kadangkala “overacting” sedikit. Aku hanya melemparkan pandangan kosong ke arah cawan teh.
“Yang kau ni pun satu, nak kata bisu, boleh je bercakap. Noorul oi, walaupun dia tu majikan kau, agak-agaklah sikit nak mengalah sampai macam tu sekali.” Sambung Iman lagi. Aku pula dimarahinya kali ini. Kepalanya digeleng-geleng ke kiri dan ke kanan.
“Nak buat macam mana Iman? Mulut aku ni seakan-akan terkunci apabila berada di hadapannya. Mungkin sebab aku takut kehilangan pekerjaan kot.” Jawabku jujur.
“Berdasarkan cerita kau ni, nampaknya memang Mr. F mahu kau sendiri yang letak jawatan. Mungkin kerana Haikal, dia tidak mahu memecat kau.” Ujar Iman. Aku mengangguk laju, seperti burung belatuk.
“Aku pun rasa macam tu Iman.” Ujarku
“Iman, tolonglah carikan aku kerja di kilang. Benteng kesabaran aku ni sikit je lagi dah nak roboh. Macam mana ni Iman?” Sambungku lagi. Benar, sabar itu separuh daripada iman tetapi aku takut di masa akan datang aku tidak boleh lagi tahan dengan karenahnya itu.
“Nanti aku akan tanyakan kat kilang tu. Aku betul-betul simpati dengan kau Noorul.” Kata Iman. Biskut empat segi di tangannya dimasukkan ke dalam mulut.
“Kalau aku tak fikir mak kat kampung, memang dah lama aku berhenti Iman. Buat apa aku nak bekerja dengan orang yang bencikan aku. Betul tak?” Ujarku lagi. Tidak, aku tidak boleh berhenti selagi tidak mendapat kerja lain.
“Jangan! Itu bukanlah tindakan yang bijak. Buat masa ni kau betul-betul kena pekakkan telinga dan bina balik tembok kesabaran kau yang dah hampir roboh tu dengan besi. Lainlah kalau memang dah ada kerja lain, boleh juga kau berhenti.” Ujar Iman.
“Hm..kalau aku bina dengan besi paling kuat pun belum tentu boleh bertahan dengan perangai si cerewet tu. Tak mengapalah. Nanti-nanti, pasti aku akan lali juga dengan tengkingan-tengkingan Mr. F tu. Aku akan cuba bertahan. Tapi, tolong tengokkan kerja untuk aku ye.” Kataku dengan nada berharap.
“Of course, my friend! Aku akan beritahu kalau ada kosong.” Kata Iman yang kemudiannya meneguk sedikit air teh
“Sekali pandang macam sia-sia je aku ambil kelas masakan tu, tetapi bila aku fikir sekali lagi, rasanya tak rugi belajar masak. Tapi aku memang bengang bila dia tuduh aku beli makanan tu dari luar.” Kataku dengan geram. Masih terngiang-ngiang di telingaku ayat yang Mr. F tuturkan tadi.
Dengan tidak semena-mena sahabatku ini ketawa besar membuatkan aku terkejut. Tadi bukan main marah lagi sekarang boleh pula ketawa begitu. Cepat betul emosi kawanku ini berubah. Memang betul-betul macam pelakon profesional, sekejap ketawa, sekejap menangis, sekejap lagi meracau! Orang tengah sedih ni, boleh pula dia separuh gila ketawa berdekah-dekah macam orang kurang siuman. Hish! Apa lah si Iman ni. Aku mengunyah dengan kasar biskut kering empat segi kerana geram melihat gelagatnya itu. Nasib baik tak tergigit lidah.
“Hoi! Apa hal kau gelak-gelak macam ni? Kau ni tak sensitif dengan keadaan aku la.” Ujarku sedikit sedih.
“Noorul..aku baru teringatkan sesuatu. Cuba kau fikir, maksudnya, sedaplah makanan yang kau masak tu. Mungkin setanding dengan kat restoran Thai. Tu yang dia tak percaya kot.” Ujar Iman. Sedap seperti di restoran? Kata-katanya kali ini membuatkanku sedikit gembira. Betul juga kata Iman. Maksudnya masakanku sedaplah kan? Itu yang si cerewet tu tak percaya aku masak semua makanan tu.
“Maknanya, tak sia-sia kita mengikuti kelas memasak kan?” Ujarku.
“Tepat sekali, kawanku!” Kata Iman yang menuangkan sedikit air teh ke dalam cawan.
“Tapi aku tetap sedih sebab si cerewet tu tak percaya apa yang aku cakap.” Luahku. Air teh yang masih suam di dalam cawan kuteguk sedikit.
“Ah, pedulikan dia.” Ujar Iman seraya mencebikkan bibir.
“Lain kali, aku tak nak buang sampah sampai dia balik. Boleh aku tunjukkan kulit udang, dan benda-benda lain dalam tong sampah tu. Baru dia percaya agaknya.” Ujarku geram.
“Hm..boleh jugak. Orang macam majikan kau tu memang sesuai kau buat macam tu.” Iman ketawa kecil mendengar idea gilaku itu.
“Hm..betul juga apa yang kau katakan tu.” Aku menyokong kata-kata Iman.
Deringan telefon bimbit menganggu perbualan aku dan Iman. Nama Asyraf yang tertera di skrin membuatkanku hatiku yang sudah memang sedia panas terasa seperti ingin terbakar saat ini. Apa pula yang dimahunya kali ini?
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
“Ada apa? Nak ajak saya dinner kat hotel mana pula kali ni?” Soalku dengan nada menyindir.
“Semacam je ayat Noorul tu.”
“Tak kisahlah semacam ke dua macam ke, ada apa hal call ni?”Tanyaku lagi. Malas betul aku hendak berbicara dengannya.
“Abang cuma nak tanya dengan Noorul samada Noo..” Aku terus memotong percakapannya sebelum dia menghabiskan ayat. Terasa seperti Mr. F pula diriku saat ini.
“Hey, apa hal pula ber-abang-abang ni? Bila pula aku kahwin dengan adik kau?” Tengkingku. Perasaan marahku terhadap Asyraf sememangnya masih membara.
“Noorul masih marahkan abang ye? Maaflah fasal hari tu. Abang cuma nak tanya samada Noorul ada beritahu apa-apa tak tentang perjumpaan kita hari tu kat mak abang dan mak Noorul?” Soalnya kepadaku. Dah kuagak, panggilannya kali ini semestinya berkaitan dengan hal tempohari.
“Kenapa?” Tanyaku.
“Abang merayu sangat dengan Noorul supaya tolong abang. Tak rugi pun kalau Noorul ikut apa yang abang rancangkan tu. Bukannya susah pun hendak beritahu yang Noorul sudah ada orang lain..” Ujar Asyraf. Astaghfirullahalzim., aku beristigfar di dalam hati sambil mengurut-urut dada. Ingat Allah, Noorul..sabar, sabar! Aku cuba untuk bertenang. Iman yang sedang memerhati juga sedikit cuak dengan kelakuanku. Nampaknya si Asyraf ini masih hendak memujukku supaya menipu mak dan Makcik Leha.
“Hey, dengar sini ye. Aku sibuk. Jangan telefon aku lagi. Assalamualaikum.” Tengkingku dan terus mematikan talian.
Jarang benar aku menengking orang tetapi aku benar-benar tidak dapat mengawal perasaan marahku terhadap lelaki yang masih tidak faham bahasa itu. Sudahlah kepalaku tengah berserabut dengan masalah di antara aku dan Mr. F. Iman pula terus menuangkan lagi air teh ke dalam cawanku.
“Minum dulu Noorul. Sejukkan sikit badan kau tu. Dah berasap-asap aku tengok.” Ujar Iman sambil mengusap bahuku.
Selepas meneguk air teh, aku menceritakan tentang perbualanku dengan Asyraf sebentar tadi. Nampaknya, aku harus pulang ke kampung nanti untuk memberitahu segala-galanya kepada mak dan Makcik Leha. Memang aku ingin berbuat demikian tetapi kerana ingin menyelesaikan kes di antara aku dan Mr. F tempohari, aku menangguhkan dulu niatku itu.
Awas kau Asyraf! Akan aku ceritakan semuanya kepada bondaku dan Makcik Leha di kampung. Jangan harap aku akan bersetuju dengan rancangannya itu. Berat sungguh terasa kepalaku saat ini dengan semua masalah yang semakin bertimbun. Harapanku ketika ini supaya benteng kesabaranku terus teguh berdiri kerana tanpa kesabaran, tidak mungkin aku akan mampu mempertahankan jawatanku sebagai pembantu rumah. Sekiranya aku tidak mampu mempertahankan karierku itu, nampaknya tidak mampulah aku menyara diri sendiri dan memberikan duit kepada mak. Tidak, perkara itu tidak akan kubiarkan berlaku.

Subscribe to:
Posts (Atom)