**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Saturday 30 June 2012

Isu Ciplak : Haruskah Suri tutup atau private blog? :/

Assalamualaikum semua :)

Pertama sekali Suri ingin mengucapkan terima kasih kepada  pembaca yang mesej Suri pagi ini di Facebook :) Terharu sangat kerana ada yang sudi berkongsi tentang isu yang sangat panas dan menggerunkan tu..telah pun terjadi kepada seorang penulis. Memang dah agak kecoh di Facebook. Isu apa ye agak-agaknya? 

Isu CIPLAK KARYA PENULIS LAIN DAN JADIKAN KARYA SENDIRI. Aduhai... :/

Walaupun kejadian ini tak berlaku kepada Suri, tapi Suri faham sangat dengan perasaan penulis asalnya. Bayangkanlah, kita penat penat kerah idea, rangka jalan cerita dan susun ayat, ada pihak yang senang2 aje buat kerja tak bermaruah macam tu. Mungkin orang tu ingat dia boleh berjaya dengan buat begitu agaknya :/ Dia silap besar! :)

Sesiapa sahaja yang publish karya di blog memang berisiko untuk menjadi mangsa seterusnya. Baru sahaja ingin post semula PISA (Playboy itu Suami aku) di blog dah dengar berita macam ni..:/ Apa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari karya diciplak? Haruskah Suri private blog ni? Atau haruskah Suri hentikan e-novel Suri iaitu PISA dan KLIK! di blog? Jika Suri buat macam tu, pembaca hanya akan dapat baca bila novel-novel tersebut ke versi cetak nanti. :( 

Jika ada pandangan atau cadangan bagaimana untuk mengelakkan dari karya diciplak orang lain, bolehlah berkongsi dengan Suri ya :):)

*Sesungguhnya ciplak-menciplak e-novel orang lain tu adalah perbuatan yang sangat keji.*


Much Love,
Suri Ryana 

Sunday 24 June 2012

Anda sukakan Novel M.A.I.D.? Jom undi! :)



Assalamualaikum semua..:)

 Syukur Alhamdulillah, karya Suri yang bertajuk M.A.I.D. telah pun tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2012! ♥ Terima kasih kepada semua yang sudi mendapatkan karya Suri yang ni ya..:) Kepada yang meminati kisah Mr. F dan Noorul, anda bolehlah undi/vote M.A.I.D. :):):)

 **Undian bermula dari 1 JUN 2012 sehinggalah 1 JULAI 2012. Orang yang sama boleh mengundi setiap hari :) Anda boleh mengundi secara online di www.popular.com.my/.

 Sokongan anda Suri dahulukan dengan ucapan terima kasih..:) Thank u soooooo much ya :)

 Much Love, Suri Ryana