**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday 20 April 2012

Jadual Suri : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012! :)

Assalamualaikum semua :):) Suri dah dapat jadual untuk sesi Suri bertemu dengan para pembaca semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti :) Boleh dapatkan novel M.A.I.D. dan Isteri Separuh Masa di sana :) Ada small gift dari Suri untuk beberapa puluh orang pembaca yang mendapatkan M.A.I.D. atau ISM dari Suri nanti untuk setiap hari sesi Suri belangsung :) InsyaAllah, Suri akan berada di gerai/booth Penerbitan Kaki Novel selama tiga hari. Tarikh, masa dan lokasi booth seperti di bawah ye.. :

Jumaat: 27 April 2012 (12.30 pm - 2.00 pm)
Sabtu : 28 April 2012 (11.00 am - 12.30 pm)
Ahad : 29 April 2012 (11.00 am - 12.30 pm)

Lokasi : Ruang Legar, PWTC - Gerai/booth L089,L090,L091 (Sila klik pada gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas lokasi gerai ini)
♥ Jumpa di sana nanti ya!! :):) ♥




Much Love,
Suri :)

Thursday 19 April 2012

Novel Isteri Separuh Masa l Suri Ryana - Carta Paling Laris Popular :)

Assalamualaikum semua :):)

Suri ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk rakan-rakan pembaca yang sudi mendapatkan karya kedua Suri ini..Alhamdulillah, ISM telah pun berada selama 3 minggu berturut2 di dalam Carta Paling Laris Popular dan berada di tangga PERTAMA di dalam carta minggu lepas dan minggu sebelumnya (2 minggu berturut-turut) :) Alhamdulillah, syukur!! Tanpa pembaca yang terus memberikan sokongan, tak mungkin ISM berada di situ.

Segala komen dan kritikan membina dari para pembaca amatlah bermakna untuk Suri. Terima kasih untuk segala-segalanya. Yang memberikan komen positif, yang memberikan kritikan membina..:) Semua itu akan Suri jadikan semangat untuk terus melangkah di dalam dunia penulisan yang penuh dengan cabaran ini. :):):)

Jumpa di PWTC semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti ya..Suri akan maklumkan tarikh dan masanya nanti :):)

Much Love,
Suri :)