**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday 23 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 11]


Bab 11

Dari jauh dapat kulihat umi, Pak Su dan Mak Su sedang melambai ke arah kami. Pakcik di sebelah Pak Su pun sedang memandang ke mari. Cuma Danial sahaja yang sedang membelakangi kami sambil berbual di telefon bimbitnya. Sempat lagi aku mencebikkan bibir. Ikut hati, mahu sahaja aku pulang ke rumah saat ini. Malas hendak bersemuka dengannya namun kerana umi, aku gagahkan juga. 

"Kak Long..ingat! Buat bodoh aje. Jangan tegur. Ini bukan pejabat. Kak Long tak perlu nak beriya layan dia sangat!" Sekali lagi aku mengingatkan Kak Long. 

"Ye..Kak Long tau la.." Nampaknya Kak Long sudah bosan kerana aku asyik mengingatkannya perkara yang sama.

Langkah kami lajukan sedikit saat ini kerana tidak sedap hati pula membiarkan mereka menanti di situ. Di dalam hati tertanya-tanya juga apa hubungannya dengan keluarga aku? Di dalam bahasa apa pula dia berbual dengan umi? Tak mungkin umi, Mak Su dan Pak Su tahu berbahasa korea. Bahasa Inggeris? Mereka juga tak pandai sangat pun berbahasa inggeris. Shawl di kepala kubetulkan sedikit sebelum menerpa ke arah umi. Aku terus sahaja memeluk ibuku ini. Kak Long juga melakukan perkara yang sama. Ketiga-tiga kami berpelukan dengan sangat erat. Lupa seketika tentang lelaki samseng lagi poyo yang berada di sini. 

"Umiii...rindunya Bella dengan umi.." Luahku dengan bersungguh-sungguh. 

"Lina pun rindu sangat dengan umi." Kak Long juga meluahkan perkara yang sama. Di dalam hatiku tidak putus-putus aku berterima kasih kepada Allah kerana mempermudahkan urusan umi, Pak Su dan Mak Su untuk mengerjakan umrah. Aku yakin hati Kak Long juga membisikkan perkara yang sama. 

"Umi pun rindu dengan korang.." Senyum lebar aku mendengar kata-kata umi. 

"Amboi..dengan Mak Su tak rindu ke?"

Alamak! Lupa pula pada Mak Su. Janganlah ibu saudara kesayanganku ini terasa hati. Terus sahaja aku melonggarkan pelukan pada tubuh umi dan lekas-lekas aku menoleh ke arah Mak Su bersama senyuman manis di bibir. 

"Mestilah rinduuuu.." Tubuh Mak Su kurangkul kemas saat ini. Mak Su juga melakukan perkara yang sama. 

"Mak Su, Darwina dah tahu ke Mak Su dan Pak Su sampai hari ni?" Soalku setelah pelukan dileraikan. Anak-anak Mak Su, yakni sepupu aku, kedua-duanya sedang menuntut di luar negara dan kedua-duanya dibiayai oleh JPA. 

"Dah..Mak Su ada call Wina kat UK masa tengah tunggu beg tadi." Kepala kuanggukkan berulang-ulang kali sebaik sahaja mendengar jawapan Mak Su. Apabila Kak Long ingin memeluk Mak Su, aku mengalihkan pandangan kepada Pak Su pula.

"Pak Su.." Tegurku sambil mengukirkan senyuman di bibir. 

Sempat lagi mataku menjeling ke arah Danial yang kini kulihat sedang tergamam memerhati ke arah aku dan Kak Long. Sengaja aku menjungkitkan sebelah kening kepadanya. Apa pandang-pandang? Jika tadi giliran aku dan Kak Long terkejut chipanzi, kini giliran lelaki ini pula yang tersentak melihat kelibat kami di sini. 

Pecah tawa di dalam perut melihat wajahnya saat ini. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kalau aku maklumkan tentang perangai poyo dan samseng kau tu kat Pak Su, agak-agak kau boleh lagi tak maintain cool macam selalu? Mata kualihkan semula kepada Pak Su.

"Pak Su sihat?" Soalku sambil tersenyum mesra. Pakcik yang berdiri di sebelah Pak Su kulihat hanya tersenyum sahaja memerhati ke arah aku dan Kak Long. Rupa tak macam orang melayu. Matanya sedikit sepet dan berkulit putih. 

"Alhamdulillah..cuma batuk sikit aje..kamu dengan Salina sihat?"   Dengan pantas aku mengangukkan kepala. 

"Alhamdulillah kami sihat Pak Su.."Belum sempat aku bersuara, Kak Long dah pun menjawab soalan Pak Su tersebut. Tangan Pak Su disalamnya saat ini. Dengan pantas kulihat Pak Su menoleh ke arah pakcik yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Inilah anak sulung dan anak bongsu arwahnya Sallehuddin.."  Ujarnya. 

"Bella..Salina..pakcik ni kawan lama Pak Su  dan arwah ayah kamu.." Aku dan Kak Long sama-sama mengangukkan kepala mendengar penjelasan Pak Su. Kawan lama? Rasanya tidak pernah aku bertemu dengan pakcik ini dahulu. 

"Apa khabar, pakcik?" Kak Long bersuara. Aku hanya mengukirkan senyuman sahaja. 

"Alhamdulillah, khabar baik.." Jawabnya di dalam bahasa melayu yang sangat fasih tetapi sedikit pelat.

"Bella..Salina..arwah ayah memang rapat dengan Pakcik Dani ni dulu.." Kedengaran suara umi pula berkumandang. Sekali lagi aku menganggukkan kepala. Tapi, di dalam hati aku lebih ingin tahu apa hubungan Danial dengan mereka. 

"Pakcik pernah berhutang nyawa dengan Pak Su dan arwah ayah Bella dan Salina." Lirih bunyinya. Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak menarik minatku. 

"Ishh kamu ni Dani..ke situ pulak." Tegur Mak Su. 

"Perut saya dah berbunyi ni Dani. Apa kata kalau kita singgah restoran sekejap lagi. Boleh bersembang lagi nanti. Kamu tu sibuk aje selalu. Jarang dapat bersembang-sembang begini lagi selepas ni." Cadang Pak Su sambil menggosok perutnya.

"Boleh boleh..sebelum tu.." Kata-kata Pakcik Dani tergantung di situ sahaja. Dia kemudiannya menoleh ke arah Danial.

"Danial.." Panggilnya. 

"Yes papa.." 

Papa? Terdiam aku untuk seketika. Walaupun aku ada juga meneka yang dia adalah anak pakcik ini, namun aku tetap tergamam. Sejak bila pula keluarga aku pandai berkawan dengan orang-orang kaya ni? Ada rasa tidak selesa menular di dalam hati saat ini.

"Ini Danial..anak pakcik."


"Ooo.." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut aku dan Kak Long. Senyuman sumbing sahaja mampu kuhadiahkan. 

"They are Maya's sisters. Arwah Maya. Bella and Salina." 

Dadaku berdegup kencang semenjak  terdengar nama Maya tadi. Bulat mataku memandang ke arah Pakcik Dani. Memang semua orang memanggil arwah Kak Ngah dengan panggilan itu. Singkatan kepada nama penuhnya, Sumayya. Sekiranya bapak si Danial dan arwah ayah adalah kawan baik, apa pula hubungan arwah Kak Ngah dengan anak kawan baik ayah yang 'baik' sangat ni?

"Hi.." Ujarnya sepatah. Dapat kulihat matanya hanya tertancap pada wajah Kak Long sahaja. Takut la tu nak pandang wajah aku. 

"Hi..nice to meet you " Kedengaran suara Kak Long berbahasa basi. Nice to meet you konon! Bluekks! Hendak termuntah aku. Aku pula hanya buat bodoh sahaja dan terus berpaling kepada umi dan Mak Su. Malas nak pandang wajahnya yang kerek tu. Tanganku terus sahaja memegang troli yang penuh dengan bagasi di sebelah kananku. 

"Jom kita beransur sekarang. dah tua-tua ni pantang lambat sikit makanan masuk ke dalam perut. Mulalah nak gastrik." Kata-kata Pak Su disambut oleh gelak ketawa semua orang kecuali aku dan mamat samseng itu.

"Danial, tolong Bella tolak troli tu." 

"Okay, papa." 

Tergamam aku seketika. Danial Lee faham bahasa melayu.  Alamak Bella, masak kau! Aku hanya mampu menggigit bibir saat ini. Kecut perutku apabila mengenangkan yang aku pernah mengutuknya dahulu. Sukar betul hendak mencerna maklumat yang baru diterima oleh otakku itu. Lelaki itu pula terus sahaja  melangkah ke arahku membuatkan aku semakin tidak selesa. Pegangan pada troli besi ini kulepaskan.

"Tak payah berlakon baiklah." Selamba sahaja aku membisikkan ayat itu kepadanya. Serentak dengan itu juga matanya tajam menjeling ke arahku.

"Why should I? To impress a girl like you? Jangan mimpi laa."

Terkebil-kebil aku jadinya. Pertama, kerana dia dapat berbahasa melayu dengan fasih dan tanpa pelat langsung.  Yang kedua, kerana ayat yang diucapkannya tadi. Apa? A girl like you? Kenapa dengan perempuan seperti aku? Eiii besar kecik, besar kecik aje aku nampak mamat ni.

"Bella..kenapa tercegat lagi tu nak.."

Di dalam suasana yang sedikit bingit ini aku tersentak. Aik..semua orang sudah pun melangkah ke hadapan rupanya. Aku hanya mampu tersenyum tawar sahaja.

"Aaa..ye umi..jom jom." Berlari anak aku jadinya menuju ke arah umi yang hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatahku. Ini semua mamat tu punya fasal. Geramnya aku!

Sambil berjalan, mataku meliar ke kawasan sekitar yang semakin dipenuhi dengan ramai manusia. Tiba-tiba mataku tertancap pada kelibat seorang wanita di sudut kananku. Macam aku pernah nampak wanita ini. Gaya rambutnya yang pendek separas bahu bersama gaya shawl nipis yang dililit di  leher, dia mengingatkan aku pada seseorang. Dari arah pandangannya itu, dia kelihatan sedang merenung ke arah Pak Su, Danial dan Pakcik Dani yang sedang berjalan di hadapan sana. Mataku kini melekat pada ketiga-tiga lelaki itu dan apabila aku mengalihkan pandangan ke arahnya sekali lagi, dia sudah pun tiada di  situ.

Mungkinkah aku salah orang?

***

Wahh..bahagianya hidup! Bersama senyuman aku melangkah ke arah dapur gas. Mataku kini  melekat pada makanan kegemaran aku dan Kak Long di dalam kuali. Kuah masak lemak ketam yang sedang menggelegak benar-benar menggamit seleraku. Sedapnya bau! Sampai ke bahagian atas rumah bau masak lemak ketam ini menular tadi. 

"Tolong tutup api dapur gas tu Bella." 

"Okay umi." Cepat-cepat aku mengangguk saat ini. 

Jam di dinding kujeling sekilas. Aik, cepatnya umi habis masak hari ini. Baru pukul 12 30 tengahari.

"Awalnya umi masak hari ni. Banyak pulak tu." Ujarku sambil  melangkah malas menuju ke arah meja di mana umi sedang berada. 

"Mak Su dan Pak Su pun nak datang makan sekali nanti." Jawab umi. 

Owh..Pak Su dan Mak Su nak datang rupa-rupanya. 

Setelah 4 hari umi pulang, baru hari ini aku berkesempatan untuk mengorek rahsia tentang hubungan arwah ayah dan Pakcik Dani. Rancanganku adalah untuk cuba-cuba bertanya tentang hubungan di antara arwah Kak Ngah dengan Danial Lee pulak kemudiannya.

"Umi.." Panggilku sambil memerhati umi memotong agar-agar buah dengan sangat cermat.

"Iyee..kenapa Bella?"

"Boleh umi cerita tentang hubungan Pakcik Dani dengan arwah ayah? Tiba-tiba Bella rindu pulak dengan arwah ayah.." Rengekku. Ini dinamakan strategi! Tapi, memang aku rindukan arwah ayah pun.

"Masa tahun 1982 dulu, Pakcik Lee Beom Seok atau nama Islamnya, Dani datang ke Malaysia di bawah Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd untuk bekerja sebagai buruh binaan di Malaysia. Masa tu dia belum peluk agama Islam lagi." Umi  terus sahaja menjawab tanpa berdolak-dalih. Nampaknya umi tidak keberatan untuk bercerita. Lee Beom Seok? Wah..itu nama Perdana Menteri Korea yang pertama.

"Pakcik Dani yang kaya raya sekarang tu adalah buruh binaan dulu? Betul ke ni, umi?" 
Soalku sedikit terkejut. 

Kedengaran sedikit janggal fakta itu di telingaku namun tertarik juga hendak mengetahui bagaimana dia boleh memeluk agama islam.

"Betul Bella.Tugasnya adalah untuk membuat kerja-kerja pembinaan yang melibatkan Jambatan Pulau Pinang. Memang ramai orang Korea yang datang ke Malaysia pada waktu itu untuk menyiapkan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ini dengan Seberang Perai." 

Lekas-lekas aku menganggukkan kepala. 

"Semasa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan, Pakcik Dani terjatuh ke dalam laut dari atas jambatan yang masa itu masih lagi dalam pembinaan." Ujar umi. Tangannya berhenti memotong agar-agar untuk seketika. Tergamam aku saat ini. 

"Hah..biar betul umi? Selepas itu apa yang terjadi?" Soalku dengan terburu-buru.

"Arwah ayah dan Pak Su yang kebetulan sedang memancing ternampak Pak Cik Dani di dalam laut. Mereka yang menyelamatkan Pakcik Dani masa tu." Umi kulihat menyambung kembali kerjanya. Kepala kuanggukkan beberapa kali.

"Oh..ye ke..patutlah Pakcik Dani cakap yang dia terhutang nyawa  dengan arwah ayah dan Pak Su.."

Umi menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum menyambung kembali ayatnya.

"Selepas kejadian itu, hubungan Pakcik Dani dan keluarga kita memang rapat. Bella dan Kak Long memang tak pernah berjumpa dengannya." Cerita umi lagi. 

"Semakin lama dia mengenali arwah ayah dan Pak Su, dia mula berminat dengan agama Islam. Alhamdulillah, akhirnya, Pakcik Dani memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita melayu. Namanya Azizah." Sambung umi. Menarik. 

"Hidayah Allah itu luas kan, umi?"
 Nampaknya aku masih lagi teruja. Bagi aku, bukan mudah untuk seseorang itu meninggalkan agama yang nenek moyang mereka amalkan sejak beratus-ratus tahun untuk memeluk agama baru.

"Benar..kan Allah pernah berfirman di dalam surah al-An'am, ayat 25..sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” Dengan bersungguh-sungguh umi berkata begitu. Di dalam sesi usrah di Korea juga kami pernah menyentuh tentang topik hidayah ini. Bertuahlah mereka yang dipilih Allah itu.

"Sesungguhnya hidayah itu milik Allah." Terluncur keluar ayat tersebut dari mulut bersama sebuah senyuman. 

"Benar, nak.." Jawab umi sambil tersenyum manis.

"Erm..umi. Danial tu anak Pakcik Dani dan Makcik Azizah ye?" Teragak-agak aku menyoal soalan itu.  Umi terus sahaja menganggukkan kepalanya.

"Makcik Azizah ikut Pakcik Dani pulang ke Korea ke, selepas berkahwin?" Soalku dengan berhati-hati.

"Ye, Bella..selepas mereka berkahwin, Pakcik Dani membawa Makcik Azizah pulang ke Korea dan kami terputus hubungan." Jawab umi. Lama juga dia mendiamkan diri. Seakan-akan sedang melayan perasaan. Aku hanya membiarkan sahaja. Akhirnya umi menarik nafas panjang-panjang. 

"Takdir Allah itu indah. 3 tahun yang lepas kami bertemu semula dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Tapi, sayangnya arwah Makcik Azizah dan arwah ayah kamu telah pun tiada." Ada nada terkilan dapat kukesan di dalam nada suaranya itu.

"Pertemuan yang tak disangka-sangka? Maksud umi?" Soalku  dengan penuh minat.

"Umi.." 

Kami sama-sama menoleh ke arah suara itu. Aku mengetapkan bibir. Kacau daun betullah Kak Long ni! 

"Ye..kenapa Salina?" Soal umi dengan lembut.

"Ada orang datang." Jawabnya. Pelik pula nada suaranya itu.

"La..kenapa pulak beritahu umi? Pergilah tengok siapa." Umi hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Salina dah tengok.." 

Aku turut sama mengerutkan dahi mendengar kata-kata Kak Long.

"Dah tu? Kenapa tak buka pintu tu?" Suara umi yang lembut kini telah pun naik satu oktaf. 

Serentak dengan itu juga umi kulihat bangun dari kerusi. Tak sampai hati pula nak biarkan umi yang bukakan pintu saat ini. 

"Eh..takpe umi. Biar Bella aje yang bukak. Mesti Pak Su dan Mak Su dah sampai tu.." Ujarku sambil tersenyum. Kak Long hanya memandang sahaja sambil menggelengkan kepalanya. 

Aku berlari kecil menuju ke arah pintu. Tangan pula membetulkan rambut lurusku yang panjangnya melepasi bahu.

"Mak Su!" 

Jeritku sebaik sahaja membukakan pintu. Tergamam aku untuk seketika. Lelaki di hadapanku ini pula sempat lagi bersuara.

"Mak Su? Are you crazy?!"

Astaghfirullahalazim! Kelam-kabut aku menutup pintu dan memecut ke dapur. Patutlah Kak Long macam ayam berak kapur rupanya tadi. Bibir kuketap dengan geram. Apesal dia tak beritahu mamat tu datang?!  Kan dia dah nampak rambut aku! Aurat tuuu! Aaaa tertekannya aku!

"Umi..ada orang datang. Tolong bukakan pintu ye.. Bella tak pakai tudung ni. Umi pun jangan lupa sarungkan tudung sebab yang datang tu bukan mahram." Dengan pantas aku berkata begitu.

"Ya Allah kenapa dengan kamu berdua ni? Pakai tudung dan tolonglah bukakan pintu tu.." Umi dah mula naik angin nampaknya.

"Salina sakit perut ni umi.." Selamba sahaja Kak Long mengerutkan wajahnya dan melangkah ke arah tandas. Aku tahu dia membuat helah. Kepala kugelengkan sedikit apabila umi memandang ke arahku.

"Bella pun sakit perut..dari tadi tahan ni umi..maafkan Bella ye.."Wajah umi yang memandang ke arah aku dengan pelik tidak kuhiraukan lagi. Aku  mula  berlari arah tangga untuk naik ke bahagian atas rumah. 

"Macam-macamlah korang ni..ishhh!" Sempat aku terdengar umi mendengus geram.

Heiii apa pulak si jembalang tu buat kat sini?! Mengganggu hidup aku betullah!

***












Monday 21 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 10]



"Bella!"

Tersentak aku jadinya saat ini. Nasib baik tak terbaling kobis yang berada di tangan. Itulah Bella, mengelamun lagi! Mata kujegilkan ke arah Kak Long yang sedih tersengih. Cepat-cepat aku meletakkan kembali kobis yang berada di tangan ke dalam besen. 

"Isk..Kak Long ni..terkejut tau tak!"  Bentakku kepada Kak Long. Anak mata berlari ke wajah gadis yang sedang melangkah ke mari itu. Semakin terkekeh-kekeh dia ketawa, semakin monyok wajahku jadinya. Seronoklah tu dapat buat aku terkejut. 

"Dah sampai ke mana? Bulan? Bintang?" Tersenyum tawar aku seketika. Memang aku tidak dapat menumpukan fikiran. Otak melayang memikirkan insiden semalam.  Kenapa gambar Kak Ngah berada di dalam simpanan Danial Lee?

Anak mata kini berlari ke arah kedua-dua belah tanganku. Ya Allah, lama mana agaknya aku rendam tangan dalam besen berisi kobis dan air garam ni? Sampai kecut habis kesemua jemari. Benarlah kata Kak Long. Aku sedang mengelamun jauh.

"Kenapa monyok je ni? Dah dapat telefon bimbit pun masih sedih?" Soalan Kak Long kubiarkan berlalu sahaja. 

Aku memegang kobis-kobis yang telah direndam selama beberapa jam dengan air garam ini. Hmm..cukup elastik dan susah patah. Maksudnya, air garam sudah meresap dengan sempurna ke dalam sayur ini dan aku sudah boleh basuh kesemuanya sebelum dilumur dengan pes kimchi sekejap lagi. Besen berisi kobis yang telah dipotong-potong  kuangkat dengan berhati-hati dan kubawa ke singki untuk dibasuh.

"Kak Long..arwah Kak Ngah ada boyfriend ke dulu?" Dengan berhati-hati aku bertanyakan soalan itu kepada Kak Long. Walaupun aku sedang membelakangi Kak Long saat ini, aku amat pasti matanya memang sedang melekat padaku.

"Kenapa tiba-tiba tanya tentang Kak Ngah ni?" Soal Kak Long. 

"Saja je.." Jawabku ringkas. Kedua-dua belah tangan sedang gigih membasuh kobis-kobis di dalam besen dengan sempurna. Dahi kukerutkan apabila terdengar keluahan berat terbit dari bibir Kak Long.

"Kak Ngah memang anak yang baik..menurut kata, tak macam Kak Long. Kak Long ada boyfriend dulu, umi tak berkenan pulak tu. Tapi, Kak Long degil nak juga bertunang. Akhirnya putus!" 

Tangan yang sedang lincah membasuh kobis kini terhenti seketika. Aku terus menoleh ke belakang.

"Isk Kak Long ni..ke situ pulak." Ayat tersebut meluncur dari bibir bersama pelbagai persoalan di dalam otak. 

"Bella kat Korea...mana Bella tahu." Seraya berkata begitu, tangannya kulihat mencapai sedikit lobak merah yang telah kucincang dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Apa maksud Kak Long ni?" Mata kukecilkan sedikit.

 Setelah melihat Kak Long mendiamkan diri, aku terus sahaja mencapai besen kobis yang telah pun siap dibasuh. Kemudian dengan berhati-hati aku membawanya ke meja yang terletak di sebelah kiriku.

"Kak Long..Bella tahu Bella banyak terlepas cerita-cerita 'hot' gara-gara berada di luar negara. Ala..ceritalaaaa" Aku merengek-rengek saat ini. Kak Long pula hanya ketawa sahaja melihat gelagatku. 

"Bella..kenapa kobis ni Bella  rendam dengan garam sampai berjam-jam lamanya tadi?" Haaa nak ubah topiklah tu! Aku kenal sangat dengan Kak Long. Semakin dipaksa, memang semakin susah untuk dia buka mulut. Nantilah aku guna strategi lain untuk korek cerita. 

"Kata Soo Jin Ajumma, kobis direndam selama beberapa jam di dalam garam supaya garam ni dapat meresap masuk ke dalam kobis-kobis ni...untuk beri rasa masin kepada kimchi bila dah siap nanti. " Jawabku dengan panjang lebar.

"Ooo.." Mulutnya kini sudah pun membentuk huruf O. Aku pula, tanpa menunggu lebih lama terus melangkah ke arah dapur gas. Kak Long juga mengekoriku ke sini. Senduk kucapai dan aku mula mengacau cecair yang sudah pun bertukar pekat.

"Yang ni pulak apa?" Soal Kak Long. 

"Tepung pulut Kak Long." Jawabku.

"Tepung pulut yang dimasak dengan air dan dicampurkan sedikit dengan gula perang ni akan kita campurkan bersama pes cili dan sebagainya untuk buat pes kimchi nanti. Campuran ini banyak membantu semasa proses menjeruk." Terangku kepada Kak Long. 

Aku terus menutup api dan kuali kecil berisi campuran tepung pulut dan gula perang itu kuangkat dengan berhati-hati dan kutuangkan ke dalam bekas yang tersedia di sebelah kiriku.

"Wahh..pandainya Bella.." Aku lihat Kak Long sudah mula bertepuk tangan. Over betul!

"Kak Long! Jangan teruja sangat. Bella ikut resipi Soo Jin Ajumma je..harap-harap Bella tak salah tulisla.." Ada keluhan di hujung ayat. 

Sememangnya aku tidak ada mood untuk buat kimchi bagai ni. Tambah-tambah selepas insiden semalam. 

Siapa Kak Ngah dalam hidup Danial Lee? Ah, serabutnya! Bekas yang berisi campuran tadi kuangkat dan kubawa ke meja. 

"Mesti Danial Lee kasi 10 bintang untuk kimchi ni nanti." 

Aku hanya mencebik sahaja mendengar kata-kata Kak Long itu. Tak kebulur aku nak dapat bintang dari dia tu. 

"Ikutkan hati Bella..memang malas nak buatkan kimchi ni untuk dia tu. Poyo!" Bentakku dengan geram. 

Kak Long buat muka pelik tetapi dia tak pula berani bersuara. Mungkin dia takut aku mogok dan gantung kuali agaknya? Jika itu terjadi, memang masaklah dia! Haha..tahu pun takut! Lucu pula melihat wajah Kak Long saat ini.

Bekas berisi campuran tepung pulut dan gula perang kutuangkan ke dalam bekas yang berisi bawang, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Kemudian aku menggaulkan campuran ini dengan sebati. Di dalam hati masih menyumpah lelaki itu. Alamak, sedap ke kimchi ni kalau buat dengan perasaan yang tidak ikhlas? Siap maki hamun lagi? Ah lantaklah! Malas nak fikir!

Setelah campuran digaul dengan sebati, aku memasukkan pula beberapa sudu sos ikan, udang kering yang telah dikisar kasar, ikan bilis, sedikit campuran jus epal dan pear serta serbuk cili. Setelah menggaul sebati campuran ini, aku memasukkan juga beberapa jenis sayuran yang telah pun siap dihiris halus. Dengan bersungguh-sungguh aku menggaul sekali lagi saat ini. Ahh, siap juga pes kimchi buatan Bella akhirnya! Tanpa berlengah lagi, aku mencapai besen kobis yang berada di depan mata. Tibalah masanya untuk melepakan pes kimchi ini pada kobis. 



"Nanti..nanti! Kak Long pun nak rasa jugak!" Kak Long akhirnya bersuara. 

Kusyuk betul aku lihat dia memerhati aku membuat pes kimchi tadi. Sudu kecil dicapai dan dia mula menyudu sedikit pes kimchi. Pes  tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Bella, ini kali pertama  Kak Long rasa pes kimchi. Tapi, memang sedap dan unik rasanya. Kak Long tak tipu." Beriya-iya Kak Long berkata begitu. Dari gayanya yang over excited ini, aku tahu dia ikhlas. 

"Mesti Danial Lee suka punyalah!" Jari dipetik beberapa kali ketika berkata begitu. Ah, ni yang tak sedap ni! Perlu juga sebut nama bos dia tu. Buat lari mood aje! Cepat-cepat aku memberi amaran.

"Kak Long! Kak Long jangan pandai-pandai dedahkan kat dia pula Bella yang buat kimchi ni.  Manalah tahu kalau dia pura-pura sakit perut ke, buat-buat pengsan ke, koma ke apa selepas makan. Lepas tu, nak disamannya pulak Bella ni nanti. Si samseng tu memang ada kemungkinan untuk buat kerja-kerja macam ni." 

Memang aku tidak mahu lelaki itu tahu! Kalau boleh, aku tak mahu tengok lagi wajahnya. Senang cerita, aku tak mahu ada kaitan dengannya lagi tetapi, aku tetap ingin tahu apa hubungan dia dengan Kak Ngah.

"Manalah tahu..sengaja dia nak kenakan Bella ke.."

Kak Long mulalah menggelengkan kepalanya. Bahuku ditampar geram.

"Amboi dramanya! Kau ingat kau tengah tulis novel ke dik? Kenapa pula Danial Lee nak buat Bella macam tu?"  Soalnya tidak puas hati. 

Sepotong kobis kucapai dari dalam besen dan aku mulalah melepakan pes kimchi ke seluruh permukaan kobis. Kemudian, kobis itu kumasukkan ke dalam balang seramik bersaiz besar yang berada di sebelah kananku. Sepotong lagi kobis kucapai dan aku melakukan perkara yang sama saat ini. 



"Bella..kenapa Bella marah sangat dengan Danial Lee tu?" Soal Kak Long dengan penuh hikmah. Lembut sahaja bunyinya. Begitulah caranya kalau hendak mengorek rahsia. Namun aku belum ada mood langsung untuk bercerita tentang lelaki itu kepada sesiapa pun. Nafas kuambil dalam-dalam saat ini. 

"Kak Long..erm..agak-agak arwah Kak Ngah kenal tak dengan Danial Lee?" Soalan Kak Long yang tadi kujawab dengan soalan juga.

Berkerut seribu wajah minah di hadapanku ini. Lucu pulak aku melihatnya. Bab-bab buat muka pelik, memang Kak Long juara! Kalau arwah Kak Ngah ada, mesti dia akan ketawa gila-gila. Rindunya aku dengan arwah Kak Ngah.

"Hah? Tak masuk akallah soalan kau ni dik. Bella penat sangat ni..semakin melalut Kak Long tengok." Ujar Kak Long sambil menggelengkan kepalanya.


 Dia kulihat terus menuju ke arah singki. Setelah membasuh tangan, dia juga turut sama menolongku melepa pes kimchi dengan sebati pada kobis-kobis ini. Setelah semuanya dimasukkan ke dalam balang seramik sekejap lagi, aku akan menekannya dengan sudu ke dasar balang. Biar mampat. Sesudah itu, balang berisi kimchi ini akan aku masukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa hari. Apabila Kak Long hendak bawa ke pejabat nanti, aku akan potong kimchi-kimchi ini sedikit dan taburkannya dengan biji bijan.



Lega terasa hati saat ini. Perkara yang paling memenatkan otak sudah hampir siap kulakukan. Tinggal untuk lihat dan rasa hasilnya sahaja nanti. Kata orang Korea, kalau mahu mencari isteri, carilah yang pandai buat kimchi. Sekiranya seseorang itu pandai membuat kimchi, maknanya dia memang seorang yang pandai masak dan boleh memasak apa sahaja masakan yang ada di dalam dunia ni dengan lazat. Betul ke tak pendapat itu, tidak pula kutahu. 

***

Hari ini memang hari yang sangat menggembirakan! Mood aku berada di tahap yang paling baik. Nafas kutarik panjang-panjang dan bersama senyuman lebar di bibir aku memandang ke arah langit yang membiru. Kemudian, anak mataku berlari pada beberapa ekor burung yang sedang berkicau riang di atas dahan pokok di hadapanku ini. Riangnya burung-burung ini seriang hatiku. Sesungguhnya hari ini memang sangat istimewa kerana aku akan dapat bertemu dengan umi kesayanganku sekejap lagi. Siapa kata perlu bercinta dengan seorang lelaki untuk merasa sakitnya merindu? Senyuman semakin kulebarkan. Rasanya semenjak kakiku ini menjejak bumi Malaysia beberapa hari lepas, baru hari ini terasa damainya jiwa tinggal di bumi bertuah ini.

Aku menoleh ke arah Kak Long yang sedang menutup pintu kereta. Hampir penuh juga ruang parkir di kawasan terbuka ini. Anak mataku berlari ke kawasan sekitar. Nasib baik ada tempat untuk Kak Long meletakkan keretanya di sini. Mataku kemudiannya meluncur ke arah bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang berada di seberang jalan sana. Nampaknya agak sesak juga. Mungkin banyak kapal terbang yang tiba dari destinasi tempatan dan luar negara pada waktu ini.

"Amboi! Nampak macam dah tak sabar-sabar nak masuk dalam bangunan tu."

Aku menoleh ke sebelah kanan. Kak Long sudah pun berdiri betul-betul di sebelahku. Bahuku dirangkul seketika.

"Mestilah! Umi kesayangan Bella sampai hari ini." Ujarku sambil tersengih ke arahnya.

"Manja!" Gumam Kak Long. Nak sakat akulah tu. Terus sahaja tangannya yang merangkul bahu tadi kini menolakku sedikit. Aku pula  menjelirkan lidah ke arahnya. 

"Of course manja! Bella kan anak bongsu." Dengan bangga aku berkata begitu. Gaun labuh yang berada di badan kubetulkan sedikit.

"Ye la tu.." Kak Long terus sahaja melangkah ke hadapan dan aku mula mengejar langkahnya. Kami kemudiannya menyeberang jalan yang sedikit lengang bersama-sama. 

"Bella..terima kasih tau sebab sudi tolong buatkan kimchi tu.." Masuk kali ini tidak pula kukira sudah berapa kali Kak Long berterima kasih kepadaku. Aku tersenyum sumbing.

"Sama-sama. Dah selesai pun." Sempat lagi aku menarik nafas lega saat ini. Bolehlah aku bercuti dengan tenang hati tanpa perlu berfikir tentang kimchi tu lagi. 

Aku meliarkan pandangan sebaik sahaja masuk ke dalam bangunan yang berhawa dingin ini. Ramainya manusia! Ada yang sedang menggalas beg, ada yang sedang menarik beg dan ada yang kelihatan seperti sedang  menunggu ketibaan seseorang. Pendek kata macam-macam gaya ada di sini. Yang duduk atas beg pun ada. Jangan jatuh sudahlah nanti. Aku tersenyum lucu saat ini.

Aku dan Kak Long terus melangkah ke balai ketibaan domestik.  Umi pulang ke Malaysia bersama pesawat Emirates Airlines yang mendarat di Kuala Lumpur International Airport pagi tadi. Dari sana, umi, Pak Su dan Mak Su naik Malaysia Airlines pula untuk kembali ke Pulau Pinang. Niat di hati mahu menunggu betul-betul di hadapan balai ketibaan. Biar umi keluar-keluar aje dari situ, terus nampak wajah aku dan Kak Long. Namun, niatku terbantut untuk seketika. Kakiku kini bagai dipaku pada bumi. Tidak bergerak. Anak mata pula tertancap kemas pada susuk tubuh seorang lelaki yang memakai sweatshirt berwarna kelabu di badan. Dia sedang duduk di atas salah sebuah kerusi yang letaknya betul-betul di hadapan balai ketibaan. 

Mata kukecilkan sedikit. Isk Bella..kau ni dah kenapa? Semua orang yang kau tengok nampak seperti dia? Mata kutenyeh berulang kali. Kemudian aku menghalakan pandang ke situ semula. Jantungku mulalah berubah rentak. Memang dia lah!

"Jom..umi dah nak sampai ni." 

Pandangan serabut kuberikan pada Kak Long yang sudah pun berada beberapa tapak di hadapanku.

"Kak Long..Kak Long nampak tak, apa yang Bella nampak?" Soalku dengan geram.Bukan geram pada Kak Long tetapi geram dengan lelaki itu kerana kat mana aku ada, kat situ jugalah si badigol ni ada!

Aku terus sahaja menundingkan jari pada lelaki itu. Anak mata Kak Long kulihat berlari mengikut arah tundingan jariku. Terlopong besar kulihat mulut Kak Long. Nasib baik tak ada lalat!



"Nampak tak?" Soalku lagi.

"Na..nampak!" Pantas Kak Long menggangukkan kepalanya.

"Kak Longggg..kenapalaaa dengan boss Kak Long ni???! Mana Bella ada, kat situ jugak dia muncul!" Pantas jemariku menggaru kepala yang tak gatal.  Baru aje nak rasa damai tadi dah ada yang kacau daun!

"Ini semua salah Bella. Bella benci sangat dengan dia, kan? Sebab tu la kita terjumpa dia kat sini." Aku terus sahaja menyiku lembut lengan Kak Long. Masamnya wajahku saat ini, kalah asam keping. 

"Apa pulak salah  Bella! Teori apa akak guna ni!" Soalku tidak puas hati. Ada tawa kecil keluar dari bibir Kak Long. Bahuku diraihnya lembut.

"Ala..relax la..kita tunggu aje kat sini. Sekejap lagi apabila nampak bayang umi, Mak Su dan Pak Su keluar dari balai ketibaan tu, baru kita cepat-cepat pergi situ." Kepala kuanggukkan laju-laju mendengar cadangan Kak Long. Setuju!

"Kan? Kita tunggu kat sini aje." Ujarku kemudiannya. 

"Ingat Kak Long! Tak payah nak tegur dia tu. Kak Long buat bodoh je." Sempat lagi aku berpesan kepada Kak Long. Bukan apa, kalau Kak Long tegur pun, belum tentu si kerek tu nak layan. Dia kan perasan bagus sikit orangnya. Sempat lagi aku mencebikkan bibir sambil memandang ke arah lelaki itu yang kulihat sedang sibuk dengan ipad di tangannya. 

"Ye laa..tak tegur!" Puas hati aku apabila Kak Long menjawab begitu. Belum sempat aku memberikan sebarang reaksi, Kak Long bersuara lagi.

"Benci betul Bella dengan dia kan?" Soal Kak Long bersama ketawa kecil. Aku menjulingkan mata  ke atas. Mesti Kak Long pelik kenapa aku meluat dengan lelaki itu. Aku belum ada mood untuk ceritakan apa yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan di atas flight tempohari. Menyakitkan hati ajelah!

"Bukan benci je..rimas, meluat semua ada la. Pakej tau tak..pakej!" Bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Cepat-cepat aku menutup bibir apabila sedar yang suaraku sudah pun naik satu oktaf dari tadi. Kak Long hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. 

"Bella! umi dah sampaiiiii!" 

Anak mata terus kuhalakan ke hadapan sebaik sahaja mendengar kata-kata Kak Long. Senyuman di bibir kini bertandang kembali apabila susuk tubuh umi, Mak Su dan Pak Su dapat kami lihat dari sini. 

Tanpa menungu dengan lebih lama, kami sama-sama mula melangkah ke sana. 

"Ya Allah rindunya dengan umi..wahhh tengoklah tu Pak Su siap berjubah dan pakai kopiah macam orang arab saudi pakai!" Riuh mulutku berbicara. Ada ketawa yang keluar di hujung ayat. 

"Perghh Pak Su nampak macam orang arab dah!" Kata Kak Long pula. Mulut kami yang tadinya berkicauan  bagai burung kini diam terkunci. Langkah kaki kami juga terhenti saat ini.

"Kak Long..nampak tak apa yang Bella nampak?" Aku bersuara dengan lemah.

"Nam..nampak!" Tergagap-gagap Kak Long menjawab. 

Kelat terasa  mulutku saat ini. Kami hanya mampu memandang sahaja ke arah insiden yang sedang berlaku di hadapan sana. Danial Lee kelihatan sedang memeluk seorang lelaki yang berdiri betul-betul di sebelah Pak Su. Kemudian, Pak Su pula menarik Danial ke dalam pelukannya. Apabila dia bersembang mesra sambil bergelak ketawa dengan Mak Su dan umi, aku dan Kak Long berpandangan sesama sendiri. Bagaikan hendak tersembul bijik mata kami. 

Siapa sebenarnya lelaki ini? 

***

*Seperti yang Suri maklumkan dulu, tajuk untuk karya ini masih belum confirm :) Banyak sangat tajuk di pasaran yang ade 'untuk dia' hee jadi mungkin Suri akan tukar nanti. :) thanks all sudi baca dan thanks juga kpd yang memberikan komen :) Yang pasti, memang akan kekalkan perkataan KIMCHI tu :) 



Saturday 19 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 9]

Bab 9



Nak pergi tak? 

Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran sepanjang malam. Bantal yang menutupi wajah kubaling ke tepi. Kusut! Terus sahaja aku yang sedang berbaring, bangun dengan serta-merta. Ikutkan hati, memang tak mahu pergi. Tapi kalau tak pergi, maksudnya hilang begitu sahajalah telefon bimbit tu. Nak harapkan lelaki samseng tu pulangkan? Oh jangan mimpi! Lagipun manalah dia tahu itu telefon bimbit aku! Wajah kuraupkan dengan kasar. Terbayang Samsung Note 3 di fikiran saat ini. Baru aje kut aku tukar telefon bimbit tu. Belum pun sampai 3 bulan. Kepala terus kugelengkan dan serentak dengan itu juga aku bangun berdiri. Wajah kini betul-betul menghadap cermin yang tersangkut kemas pada dinding.

"Tak boleh, tak boleh! Aku tetap kena pergi dan ambil balik hak aku!"  Bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Tangan kanan mengepal penumbuk dan kuacukan di hadapan cermin.

"Lawan tetap lawan!" Nada suara sudah naik satu oktaf dari tadi.

"It's okay to try and fail, but never fail to try, Bella!" Kata-kata semangat kuucapkan pada diri sendiri. Kepala kuanggukkan sedikit seraya berkata begitu. Serentak dengan itu jugak pintu bilikku ini dibuka dari luar. Dengan pantas aku menoleh ke belakang.

"Oit! Dah macam ahli politik bagi ceramah ni." Kak Long yang sedang tersengih kini memandang ke arahku sambil menggelengkan kepalanya. 

Alamak mesti Kak Long ingat emosi aku kurang stabil saat ini. Belum sempat aku berkata apa-apa, telefon bimbitnya dihulurkan kepadaku.

"Ni umi nak cakap." 

Umi? Terus sahaja aku merampas telefon bimbit dari tangan Kak Long. Rindunya aku pada umi yang kini sedang berada di tanah suci.

"Umiiii!" Terjerit suara keriangan dari bibir. Lupa terus tentang kisah yang mengusutkan minda. Dahi kutepuk dengan lembut. Ah rindunya sampai lupa nak bagi salam. Kedengaran tawa kecil umi bergema di hujung talian. 

"Assalamualaikum umi!" 

Aku terus menghempaskan diri ke atas katil. Kak Long hanya memerhati sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam Bella." Tenang sahaja suara itu. Bagaikan air sejuk menyirami bumi yang panas. Mata kupejamkan untuk seketika.

"Umi sihat tak? Umi kat mana ni? Tengah buat apa?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulutku. Wajah umi yang sangat penyayang terbayang di ruang fikiran.

"Alhamdulillah umi sihat. Pak Su dan Mak Su kamu pun sihat. Dorang kirim salam kat kamu. In syaa Allah, lusa kami akan sampai Malaysia." Panjang lebar umi bercerita. Aku tahu umi sangat  gembira di sana. Tenang rasa hatiku.

"Waalaikumussalam..kirim salam balik kat dorang ye. Alhamdulillah kalau semua sihat. Umi..mesti seronok kan kat sana?"

"Seronok sangat, Bella. Inilah antara tempat yang paling seronok dan tenang di atas bumi Allah ni." Ujar umi. Dari suaranya aku tahu dia sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk mengerjakan umrah. Aku jeling ke arah Kak Long yang sedang sibuk membaca majalah.  Kemudian aku berbisik kepada umi. 

"Umi, ada tak beli jubah hitam yang Bella pesan tu?" Sengaja aku perlahankan sedikit suaraku. Telefon bimbit pula kulekapkan rapat-rapat ke telinga. Kalau boleh aku tak mahu Kak Long dengar. 

"Oi! Umi ke sana untuk buat umrah la..bukan untuk shopping!" Seperti dah aku agak, ada je yang akan keluar dari mulutnya.

 Majalah yang berada di tangannya terus ditutup. Dapat kudengar suara umi ketawa kecil di hujung talian. Aku pula sempat menjelirkan lidah kepada Kak Long.

"Mestilah ada..untuk Kak Long pun umi ada belikan." Tersenyum lebar aku mendengar kata-kata umi. 

"Terima kasih umi!!"  Ujarku dengan hati yang berbunga-bunga. 

"Sama-sama. Umi ada call Bella petang tadi tapi tak dapat-dapat." Senyuman di bibir mati terus mendengar ayat yang keluar dari corong telefon. Memanglah tak dapat! Telefon tu dah beku dalam peti sejuk agaknya. Aku memicit halus kawasan kepala dengan sebelah tangan.  Perkara yang mengusutkan minda itu kembali menjengah saat ini. 

"Err..bateri habis..lepas tu Bella charge dan terlupa nak on sampailah sekarang."  Kak Long kulihat menggelengkan kepalanya sahaja saat ini. Ah, apa lagi jawapan yang boleh kuberikan kepada umi? 

"Oh..tak mengapalah kalau begitu. Bella. In syaa Allah, esok sebelum naik kapal terbang umi telefon lagi." 

Bagai umi ada di hadapan mata, aku terus mengangukkan kepala saat ini. 

"Okay umi. Assalamualaikum." Ujarku kemudiannya.

"Waalaikumussalam." Jawab umi. 

Ah tak sabarnya untuk berjumpa dengan ibuku itu. Rasa rindu mula menjalar di dalam jiwa. Aku terus bangun dan melangkah ke arah Kak Long yang sedang duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan meja solek.

"Kak Long, umi kirim salam." Telefon bimbit kuhulurkan kepadanya seraya berkata begitu.

"Waalaikumussalam." Jawab Kak Long. Dia kulihat mengambil nafas dalam-dalam sebelum bersuara. 

"So, I heard you have made your decision." Serius betul nada suaranya kali ini. 

Alamak, Kak Long dengar ke aku cakap tadi? Bagaimanalah Kak Long boleh dengar pulak! Isk, serabutnya! Aku tak mahu libatkan Kak Long dalam perkara ni.

"Decision apa?" Soalku pura-pura tidak tahu. 

"Kak Long terdengar Bella cakap sorang-sorang tadi. Esok Bella nak ke situ lagi?"  Nada suaranya semakin serius. Wajah yang ditempek dengan bedak sejuk itu kini berkerut seribu. 

"Terpaksa Kak Long." Gumamku dengan perlahan. Langkah kuatur menuju ke sebelah kanan bilik. Aku terus sahaja membuka almari pakaian. Kak Long pula hanya memerhati gelagatku.

"Pergi dengan Kak Long aje. Kita pergi selepas Kak Long balik kerja petang esok."

Dengan pantas aku menoleh ke arah Kak Long yang bertocang satu.

"Eh takpe..takpe..takpe! Kak Long janganlah risau. Bella tak nak libatkan Kak Long." Kelam-kabut aku berkata begitu. Baju-baju yang telah siap dilipat aku capai dari atas katil.

"Lagipun Bella nak pergi esok pagi sebab esok petang Bella dah mula nak buat kimchi tu." Ujarku sambil memasukkan baju ke dalam almari pakaian. Sengaja aku menyebut perkataan kimchi untuk mengalih perhatian Kak Long namun tidak berjaya.

"Esok pagi? Tapi, esok pagi Kak Long kerja tau. Ada meeting at 9 am." Aku terus menoleh ke arahnya. Belum sempat melontarkan suara, Kak Long membuka mulut lagi.

"Lagipun Bella pasti ke Danial Lee tu ada di situ? Kalau Bella pergi dan takde siapa kat situ, macam mana Bella nak ambil telefon Bella?" Ada riak risau di wajah Kak Long ketika ini. Terus sahaja aku menutup pintu almari. Langkah kuaturkan ke arahnya.

"Takpe..Bella try pergi esok pagi. Kalau dia takde, Bella pergi petang." Ujarku dengan bersungguh-sungguh sambil tersengih. Sengihan yang kuharapkan dapatlah menghambat rasa risau dalam diri Kak Long.

"Ada ke macam tu pulak?" Gadis itu buat muka pelik. Aku kemudiannya melabuhkan punggung di birai katil. Pandangan kuhalakan kepadanya.

"Kak Long, kalau Bella tak pergi, macam mana Bella nak tahu dia ada ke tak kat dalam tu?"  Soalanku membuatkan Kak Long terdiam.

"Isk..tapi Kak Long risau la..bagaimana kalau dia apa-apakan Bella?" Kak Long yang tadinya duduk kini bangun berdiri. Tahulah aku tahap kerisauannya sudah tidak dapat dibendung lagi.Aku juga turut sama berdiri.

"Tak..don't worry Kak Long! Bella rasa dia tak seberani itu." Mulut sahaja berkata begitu tetapi dalam  hati ni, Allah sahaja yang tahu. Gila tak takut? Dia jeling aku pun, hati ni dah gerun semacam! 

"Kau jangan Bella..lelaki ni sukar nak dijangka tau. Muka nampak handsome..baik..tapi  dalam hati tu, siapa yang tahu? Entah-entah perangai macam hantu."Beriya-iya Kak Long berkata begitu. 

Sesungguhnya part perangai macam hantu tu aku setuju! Nafas kutarik dalam-dalam. Aku tahu Kak Long masih sukar hendak percayakan lelaki sejak putus tunang tahun lepas. Ya, dia mungkin senang bergaul dan diajak berkawan, tetapi untuk serius, no way! Pintu hatinya telah dikunci rapat-rapat untuk insan bernama lelaki.

Aku sudah tidak tahu lagi ayat apa yang harus aku perkatakan untuk menghilangkan rasa risau Kak Long. Akhirnya, tanpa berfikir panjang, aku terus bersuara.

"Kak Long jangan risau. Bella pergi dengan kawan Bella." Di dalam hati rasa sangat bersalah kerana menipu tetapi aku terpaksa. Aku tidak mahu Kak Long temankan aku. Aku tidak mahu libatkan Kak Long dalam perkara ini kerana Kak Long bekerja di syarikat milik lelaki itu.

"Betul ni?" Soal Kak Long. Anak matanya tepat memandang ke dalam mataku. Air liur terasa sangat kelat  untuk ditelan ketika ini. Akhirnya aku mengangguk lemah.

"Betul. Miza akan temankan Bella esok."  Ujarku. Miza? Miza ada kat mana pun aku tak tahu. Kak Long tidak memberikan sebarang reaksi untuk seketika. Selepas beberapa saat baru dia bersuara.

"Hmm..kalau macam tu esok Bella guna je kereta Kak Long." Akhirnya dia bersuara. Aku tahu kerisauan di hatinya telah pun berkurangan sedikit saat ini.

"Thank you! Esok Bella hantar Kak Long pergi office yea." Sambil tersenyum senang aku berkata begitu. 

 Bukan senang tau Kak Long nak pinjamkan keretanya kepadaku. Terus sahaja aku memeluk bahunya.

"Kak Long. Umi cakap kan, umi ada beli  jubah untuk Kak Long jugak tau." Sengaja aku cuba untuk  buat Kak Long lupa tentang perkara yang kami bicarakan tadi. Wajah Kak Long kulihat sudah pun berubah riak.

"Umi ada cakap tak warna apa?" Teruja wajah Kak Long ketika ini. 

"Tak..tapi gerenti cantik punyalah. You know she has a good taste!" Ujarku sambil mengenyitkan sebelah mata kepadanya. Kak Long kemudiannya riuh bercerita tentang jubah yang dibeli oleh kawannya ketika mengerjakan umrah tempohari. Aku hanya tersenyum sahaja. Suara Kak Long hanya masuk ke telinga kananku dan terus keluar ikut telinga kiri. Aku tidak dapat menumpukan fikiran kerana ada perkara lain yang menyemakkan otak saat ini.

Adoi..aku cuba untuk menghalau rasa risau di hati Kak Long tadi namun hatiku yang semakin serabut. Betulkah tindakan aku untuk kembali semula ke situ dan mengambil telefon bimbitku  adalah keputusan yang tepat? Manalah tahu kalau lelaki itu pembunuh bersiri ke..perogol ke..! Tak ke niaya aku nanti? Air liur terasa kelat untuk ditelan saat ini.

***

Isk..pelik..pelik! Biar betul dia beri kebenaran kepadaku untuk masuk dengan sewenang-wenangnya? Aku ada memberitahu namaku pada pengawal keselamatan tadi. Agaknya, si poyo tu ingat aku adalah salah seorang rakannya tak? Entah-entah ada di antara rakannya yang bernama Bella! Rasa gelisah yang bermaharaja lela di dalam hati semenjak semalam lagi cuba kuusir saat ini. 

Relax Bella, relax!  Dengan perlahan-perlahan aku  menolak pintu kaca yang berada betul-betul di hadapanku. Serentak dengan itu juga rasa risau naik ke paras paling maksima di dalam diri. Ruang yang berhawa dingin ini nampaknya tidak mampu untuk menenangkan hati aku. Langkah kaki kuatur kemas menuju ke arah lif. Mataku sempat lagi melilau di sekitar kawasan ini.

 Maklumlah semasa datang dengan Kak Long tempohari aku hanya menonong sahaja masuk ke dalam lif. Tak sempat hendak memerhati kawasan yang disusun atur dengan begitu cantik sekali. Nampak mewah dan classy. Anak mata jatuh pada sofa dan kemudiannya pada televisyen serta water cooler yang disediakan untuk memberi keselesaan pada penduduk di sini.

Aku melangkah masuk ke dalam lif dengan perasaan yang bercampur-baur. Jari telunjuk terus menekan punat bernombor 12 pada dinding lif. Ya Allah, betulkah apa yang aku buat ni? Aku tidak mahu hanya kerana telefon bimbit, aku atau Kak Long ditimpa masalah. Ah sudah! Rasa seperti hendak turun ke bawah semula pula saat ini. Aku meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan.

 Bella, kau dah sampai pun la. Kau bukannya nak buat apa kat dalam tu. Ambil plastik kobis dan telefon bimbit, kemudian berambus keluar. Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. 

 Anak mata yang memandang kosong ke arah dinding lif kini kugerakkan pada cermin yang terbentang di sisi kanan. Mata melihat ke arah wajah sendiri  dalam cermin yang terlekat kemas pada dinding lif ini. Kepala kuanggukkan sedikit. In syaa Allah,semuanya akan selamat, bisikku di dalam hati. Sempat lagi aku membetulkan shawl di kepala ssebelum melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Sebelum hati berubah, sementara masih berani dan selagi ada keyakinan diri, aku mahu cepat-cepat selesaikan kerja ini. Mataku melilau bersama langkah kaki yang melaju. Hanya ada 4 buah unit kondomonium sahaja di sini. Langkahku berhenti betul-betul di hadapan unit bernombor 1201. Seram sejuk jadinya aku. Tidak dapat kubayangkan wajah lelaki itu apabila dilihatnya aku tercongok di sini nanti.
Ya Allah, lembutkanlah hatinya. Aku cuma nak ambil barang aku. Itu sahaja. Sempat lagi aku berdoa di dalam hati. Punat pada dinding terus kutekan. Tidak sampai seminit menunggu, pintu tersebut dibuka dari dalam tetapi orang yang berada di hadapanku sekarang bukanlah Danial Lee!

Berkerut-kerut wajahku saat ini. Kenapa orang lain pulak yang tinggal di sini?

"Bella?" 

Terdiam seketika aku jadinya apabila lelaki ini bersuara. Anak mata berlari ke seluruh wajah lelaki yang sedang tersenyum kacak di hadapanku.  Baru aku perasan dia ni adalah tuan punya kereta Lamborghini yang aku jumpa di basement hari itu. Dialah penyebabnya aku memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik kobis!

"Bella right?" Soalnya lagi. Kelam-kabut aku menganggukkan kepala.

"Tadi guard ada maklumkan awak nak datang sini. Tapi, saya tak sangka awak adalah gadis yang bernama Bella tu" Ujarnya sambil tersenyum. 

Dari luar aku cuba meliarkan pandangan masuk ke bahagian dalam unit kondominium ini. Janganlah lelaki itu ada kat dalam.

"Err..awak tinggal sini ke?" Soalku. Kepala digelengnya sedikit.

"Nope. My friend tinggal sini." Anak matanya kulihat berlari ke seluruh wajahku. 

"Danial Lee is your friend?" Sahaja aku menyoal untuk kepastian.

"Yeah.." Senyuman lelaki yang bert-shirt putih ini kulihat semakin lebar dari tadi. 

"Where is he?" Soalku dalam keadaan berbisik. Takut juga kalau lelaki itu ada di dalam. 

"He has gone out." Dia juga menjawab dalam keadaan berbisik. Lucu pula aku jadinya. 

"Perfect!" Ujarku dengan perasaan yang sangat lega. Seperti baru terselamat dari dikejar harimau! Lelaki di hadapanku ini mulalah buat muka pelik.

"Perfect?" Soalannya tidak kujawab. 

Aku tidak mahu berlama-lama di sini. Aku hanya mahu masuk ke dalam sekarang dan dapatkan harta aku sahaja. Kelam-kabut aku bersuara saat ini.

"Encik, sebenarnya saya.." Namun belum pun sempat aku meneruskan ayat, dia pula memotong.

"Encik? Tak payah encik-encik. Just call me Amar." Tangan dihulurkan untuk bersalam tetapi aku buat-buat tak nampak. 

"Okay..Amar. Saya tak boleh lama-lama kat sini. Sebenarnya semalam saya temankan Kak Long saya ke sini untuk menguruskan tempat ni tapi saya ada tertinggal telefon bimbit. Saya cuma nak ambil barang saya je kat dalam tu. Saya janji saya akan cepat-cepat..." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, dia bersuara. 

"Wowowo..relax. Take a deep breath. Talk slowly..kenapa kalut sangat ni?" Ada ketawa kecil meniti di bibirnya melihat gelagatku. 

Mata terus kuliarkan ke kawasan sekitar. Mana tak kalut. Aku takut si samseng tu balik!

"Sebab saya takde banyak masa. I have to go somewhere after this."  Selamba sahaja aku berkata begitu. Lelaki ini yang tadinya menyandarkan sisi kanan badannya pada dinding terus sahaja membuat arahan dengan tangan supaya aku masuk ke dalam. 

"Come on in.." Aku tidak menunggu lama sebaik sahaja mendengar ajakannya. Sandal kutanggalkan dari kaki dan aku terus sahaja berlari masuk ke dalam rumah. Langkah kaki kuhalakan ke dapur saat ini. Ah, mesti si Amar ni ingat aku gila agaknya! Siap berlari-lari bagai lagi dalam ni. Lantak dialah Bella! Amar juga turut sama mengejar jejak langkahku. 

"Kat mana telefon bimbit awak?" Soalnya.  Aku pula terus sahaja membuka pintu peti sejuk.

"Telefon bimbit simpan dalam peti sejuk?" Ada nada terkejut dalam nada suaranya. Pastinya dia semakin pelik dengan perangai aku saat ini.

Mataku berlari ke segenap ruang dalam kawasan ini. Ruangan yang semalamnya kosong, telah pun berisi dengan pelbagai jenis benda. 

"Saya termasukkan sekali telefon bimbit  dalam plastik TESCO berisi kobis.." Gumamku sambil mencari bayang plastik TESCO.

"Owh..saya nampak awak ada masukkan telefon bimbit awak dalam plastik selepas selfie depan kereta saya semalam." Bersungguh-sungguh Amar berkata begitu namun tidak langsung kuberikan perhatian. 
Mana tidaknya, plastik TESCO yang ada di dalam ni semalam dah pun lesap! Hilang! Sudah tidak ada di sini. Aku mulalah berpeluh di dalam ruang yang berhawa dingin ini.
 Kepala kutolehkan  ke arah Amar yang sedang memerhati gerak-geriku.

"Alamak..! Plastik tu dah takde la dalam ni!" Nada suara sudah pun meninggi. Cemas! Mana pulak malaun tu campak plastik berisi kobis dan telefon bimbitku??!!

"Takde? Well..saya takde buang apa-apa pun.." Amar buat muka pelik. 

"Bukan awak yang buang tapi si sam.." Perkataan samseng tidak jadi kusebut apabila mengenangkan yang berdiri di hadapanku ini adalah rakan lelaki itu.

"Sam?" Kening Amar terjungkit sedikit ke atas. Aku pula terus melihat ke kawasan sekitar. Nafas kutarik dalam-dalam.

"Kat mana tong sampah?" Soalku. Lelaki yang memakai seluar bermuda paras lutut ini menundingkan jari ke sudut kanan dapur. Kelam-kabut aku menyerbu ke situ.

Bibir kuketap dengan geram apabila plastik TESCO yang diikat terletak kemas di dalam tong sampah di hadapanku. Tanpa menunggu dengan lebih lama, aku terus duduk mencangkung. Tanganku lincah membuka ikatan pada plastik TESCO ini. 

Nafas lega kuhela apabila ternampak bayang kobis terdampar di dalam salah satu plastik di dalam tong ini dan aku amat bernasib baik apabila tanganku yang sedang menggeledah terpegangkan sesuatu yang keras. Lekas-lekas aku menariknya keluar.
 Jumpa! Kobis yang kelihatan layu akan kutinggalkan sahaja di sini.

"Nasib baik ada." Aku mendongakkan kepala ke arah Amar sambil menggawang-gawangkan telefon bimbitku ke arahnya.

"Good for you!" Dia kulihat hanya menggelengkan kepala sahaja sambil ketawa kecil. Cepat-cepat aku berdiri dan telefon bimbit kumasukkan ke dalam poket palazzo merah hati yang terlekat pada tubuh. 

"Baiknya kawan awak tu kan. Siap buang plastik ni dalam tong sampah lagi." Sindirku geram namun wajah cuba kumaniskan juga. Nasib baik aku datang cepat! Memang bongok betullah dia tu! Mulalah aku menyumpah Danial Lee di dalam hati.

"Thank you so much. Saya balik dulu." Sempat lagi aku basuh tangan di sinki. 

Tanpa memandang ke arah Amar, aku terus berlari menuju ke ruang tamu. Sekali lagi dia mengejar langkahku. 

"Bella!" Panggilnya. Terpaksa juga aku menoleh ke belakang. 

"Kenapa?" Soalku kurang senang. Bukan apa, aku tidak mahu terserempak dengan si Danial Lee poyo tu.

"Awak ada berapa orang adik-beradik?" Amar kulihat bergerak ke arah sofa. 

"Why?" Soalku sedikit pelik. 

Kenapa pula dia nak tahu tentang adik beradikku? Soalanku tidak dijawabnya. Dia kulihat sangat sibuk dengan kotak-kotak yang berada di atas lantai. Inilah kotak-kotak berisi barangan Danial Lee. Amar kulihat sedang mengutip sesuatu dari dalam kotak yang saiznya paling kecil berbanding kotak-kotak yang lain. Isk dia ni..buang masa aku betullah! 

"Sorry I really have to go." Ujarku yang terus menuju ke arah pintu utama. Baru sahaja melangkah keluar setapak dari unit kondominium mewah ini, kedengaran suara Amar bergema. 

"You know, you do look like someone.."  

Terus aku mendongakkan kepala ke arahnya yang sedang menyandarkan sisi kiri badannya pada dinding. Di tangannya ada sekeping gambar. 

"Owh ye?" Soalku dengan malas. Ah, normallah tu. Ramai aje manusia dalam dunia ini yang mempunyai iras dengan manusia lain. Apa yang peliknya. Aku tersenyum lucu untuk seketika. 

"Sama. Hampir 80% - 85% sama!" Mata Amar kulihat memandang ke arahku dan kemudian ke arah gambar di tangannya silih berganti.

"Sama dengan siapa?" Ujarku acuh tak acuh sambil memakai sandal pada kaki.

"Take a look at this." Tiba-tiba sahaja dia menghulurkan gambar yang dipegangnya itu kepadaku. Aku pula mengerutkan dahi sedikit. 

Amar ni, selamba sahaja selongkar barang lelaki poyo tu. Tak takut kena sound ke? Lambat-lambat aku menyambut huluran gambar tersebut dari tangan Amar.

Tersentak aku untuk seketika. Kepala yang sedikit ringan kerana berjaya mendapatkan telefon bimbitku kembali tadi kini bersimpul-simpul kusutnya. 

Arwah Kak Ngah!

Terkejut besar aku jadinya. Anak mata yang kufokuskan pada gambar di tangan kini sudah mahu tersembul keluar. Jemariku pula sudah mula terketar-ketar sedikit. Jantungku berdegup cemas.  Bagaimana gambar arwah Kak Ngah boleh ada di sini??! Baru sahaja ingin mendongakkan kepala memandang ke arah Amar, gambar yang berada di tanganku dirampas oleh seseorang. Serentak dengan itu juga aku menoleh. 

Danial Lee!

"What are you doing here??" Bentaknya dengan kasar. Kali ini nada suaranya tidak dikawal langsung. Bergema kuat, membingitkan keamanan tingkat 12 ini. Jantungku yang dari tadi berdegup dengan cemas kini semakin hebat berdetak. Pelbagai persoalan bermain di fikiran saat ini. 

Amar terus keluar dan dia meletakkan sebelah tangannya pada bahu Danial yang sedang menjeling ke arahku dengan pandangan yang sangat tajam. Dari gayanya itu, dia kelihatan seperti mahu menenangkan lelaki yang wajahnya sudah bertukar merah ini. Ya Allah, serabutnya kepalaku. Aku tidak mahu berada di sini dengan lebih lama lagi. 

"Man..she just..."  Belum sempat Amar menghabiskan ayatnya, aku terus berlari menuju ke arah lif.

 Punat pada dinding lif kutekan dan kelam-kabut aku  melangkah masuk sebaik sahaja pintu lif terbuka. Kusut fikiranku dengan pelbagai soalan tika ini. Kedua-dua belah tangan memicit halus kawasan dahi.

Bagaimana gambar arwah Kak Ngah boleh menjadi sebahagian daripada harta lelaki itu?!


***