**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday 28 February 2020

Perfectly Halal! [Bab 21 & Bab 22]



[Bab 21 & BAB 22]


Sunyi dan sepi. Suram dan muram. Begitulah suasana di ruang tamu vila ini. Dah macam dalam bilik mayat. Sejak insiden hitam itu berlaku malam semalam, aku langsung tidak boleh lelapkan mata. Nasib baiklah semasa sampai ke vila tidak ada yang perasan aku memakai baju Tuan Aidid.  Pada Kak Fira aku katakan sahaja yang keluarga aku datang ke tanah tinggi Cameron Highlands ini semalam dan mereka menjemput aku di vila. Aku meminta maaf kepadanya kerana terlupa untuk beritahu yang aku mengikut keluargaku pulang ke hotel yang mereka inap. Rasa bersalah sangat-sangat kerana terpaksa menipu gadis itu.
 Hari ini, Abang Daus, Abang Lan dan Kak Fira telah Dato' Aziz arahkan untuk membawa Datin Mahani ke ladang teh buat kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Tanjung Malim.  Ini adalah kerana Dato' Aziz mahu berbincang dengan keluarga aku yang sudah pun berada di sini. Semuanya gara-gara Qashah tak guna tu!
Luka teruk hati aku saat ini. Sampai hati seorang yang pernah beri aku cinta dan harapan buat aku begini. Sampai hati Qashah buat aku begini. Air mata meluncur laju mengalir di pipi untuk kesekian kalinya. 
Aku dan Tuan Aidid hanya menundukkan wajah aje walaupun aku tahu 4 pasang mata sedang merenung ke mari dengan perasaan yang bercampur-baur. Yang pastinya Dato' Aziz, ayah, mak dan Mak Ngah mahukan penjelasan dari aku dan Tuan Aidid.  Cuma aku belum ada keberanian untuk menceritakan semuanya. Jujur aku katakan, aku rasa tidak terdaya. Air jernih aku seka dengan jemari kanan buat kesekian kalinya.
"Tia! Apa yang dah terjadi ni?" Soal mak memecah kesunyian ruangan ini.
Suaranya tu jelas-jelas sedang mengawal amarah. Nasib baik di rumah orang. Rumah VVIP pulak tu. Kalau tak, agaknya mak dah menjerkah aku dengan semahu-mahunya. Bukan sekecil hama pertuduhan terhadap aku dan Tuan Aidid tetapi terlalu besar! Bersekedudukan di tempat gelap! Hati ibu mana yang tidak retak? Bukan sedikit riak kecewa yang terpampang di wajahnya membuatkan aku semakin gundah. Perlahan aku mengangkat wajah saat ini. Namun bibirku masih terkunci rapat.
"Mak tak percaya Tia akan buat keluarga kita macam ni! Kenapa Tia? Kenapa?" Soal mak lagi. 
Mak Ngah yang duduk di antara aku dan mak  terus memeluk wanita yang berbaju kurung biru itu untuk menyabarkannya. Dengan bibir yang terketar-ketar menahan tangis aku bersuara.
"Mak..kami tak buat apa-apa pun. Cuma, kami berada dalam situasi yang salah. Mak percayakan Tia kan?" Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Mengharapkan mak masih percayakan aku. 
Perit hati melihat mak mengalirkan air mata kerana aku. Aku tahu mata Tuan Aidid turut berada di wajahku namun aku tidak cukup kuat untuk melihat reaksinya.
"Mana ayah dan mak nak letak muka kalau semua orang tahu?" Soal ayah dengan sangat lirih. 
Aku terus meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan. Sudahlah ayah dikenali dan dihormati di Tanjung Malim itu kerana profesionnya sebagai seorang pengetua sekolah menengah. Aku hanya mampu menundukkan wajah dan menangis semahu-mahunya. 
Kedengaran Dato' Aziz berdehem. Bertambah kecut perut aku.
"Cikgu Johari..jangan risau tentang hal itu. Saya sudah maklumkan pada pegawai-pegawai yang terlibat supaya jangan hebohkan langsung tentang hal ini. In syaa Allah, keadaan akan menjadi terkawal. Saya juga akan pastikan media tidak menghidu kisah ini." Celah Dato' Aziz.
Ayah melepaskan keluhan yang sangat berat. Serius wajahnya beradu pandang dengan Dato' Aziz.
"Tapi Dato'..selama mana kita dapat tutup mulut orang? Mulut orang bukanlah seperti mulut tempayan. Takut esok lusa terbuka juga aibnya.." Balas ayah dengan wajah yang kusut. 
Aku lihat tajam anak mata Dato' Aziz  berada di wajah Tuan Aidid yang berada di sofa yang berhadapan denganku.
"Aidid? Do you have anything to say? Jangan membisu aje. I'm losing my patience with you! Cakap!" 
Ton suaranya yang membentak kuat di hujung ayat membuatkan bahuku tersentak cemas. Merah padam wajahnya saat ini. Siapa sangka lelaki yang selalu tenang dan sering tersenyum ini boleh menjadi sangat menggerunkan apabila marah. Nyatalah sebaik mana pun seseorang itu, tetap ada had kesabarannya. 
Kedengaran suara Tuan Aidid melepaskan keluhan yang sangat berat.
"Aidid akan bertanggungjawab." Putusnya dengan sangat tegas.
Buntang mataku merenung ke arahnya. Dan nyata, lelaki itu juga sedang merenung ke mari dengan sangat serius. Debaran yang bukan sedikit kini berdetak cemas di dalam dada. Lelaki yang memakai sweater hitam ini benar-benar sudah hilang akal!!
"Bukan itu yang papa nak dengar!" Bentak Dato' Aziz. Pemegang kerusi dihentaknya kuat membuatkan aku tersentak sekali lagi.
"Aidid minta maaf. I'm sorry but I really have nothing to say. I'll marry Tia. Period." Ulangnya sekali lagi dengan lantang. 
Kepala aku gelengkan ke arahnya.
"Tuan Aidid..." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku.
Gaya Tuan Aidid bercakap itu seakan mengiyakan yang kami bersedudukan pula. Otak yang kian celaru membuatkan aku benar-benar keliru. Terus aku menoleh ke arah Dato' Aziz dan ayah silih berganti.
"Ayah, Dato' Aziz, sebenarnya Tuan Aidid tak bersalah..." Luahku lemah. 
Semua yang ada di ruangan ini terpana. Air mata berjuraian mengalir di pipi saat ini. Tak sanggup rasanya membiarkan Tuan Aidid memikul bebanan yang bukan ringan ini. Sedangkan dia yang menyelamatkan aku semalam. Malah, aku juga tak sanggup semua orang meduduh kami bersekedudukan sedang kan perkara itu tidak terjadi sama sekali. Tidak pernah terjadi.
"Habis tu? Kamu yang bersalah?" Soal ayah dengan nada marah. 
Aku menarik nafas dalam-dalam. Kemudian aku bersuara lagi.
"Ini semua hanyalah salah sangka. Kami tak buat apa-apa ayah...tapi mungkin saja tidak adaseorang pun yang akan percayakan kami seratus peratus." Luahku lagi dengan tangisan yang tidak berpenghujung.
"Apa maksud kamu?" Soal ayah dengan riak keliru di wajah. Kaca mata di wajahnya dibetulkan sedikit. Belum sempat aku bersuara, ada suara lain yang mencelah.
"Aidid! Betul ke apa yang Tia cakap tu? Apa yang sebenarnya terjadi??" Soal Dato' Aziz. 
Aku lihat Tuan Aidid berlaga pandang dengan papanya untuk seketika.
"Betul. Apa yang Tia cakap tu betul tapi boleh ke papa percaya?" Soalnya sedikit sinis. 
Aku lihat Dato' Aziz meraupkan wajah yang masih merah gara-gara diamuk amarah.
"Tak buat apa-apa sampai dia pakai baju kamu semasa ditangkap  semalam??" Soal lelaki itu bersama senyuman sinis.
Astaghfirullahalazim. 
Aku hanya mampu beristighfar di dalam hati. Tidak sanggup melihat reaksi mak dan ayah setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Dato' Aziz itu. 
"There you go.." Luah Tuan Aidid bersama senyuman sinis sambil menjungkitkan kedua-dua belah bahu.
"Papa..macam yang Tia cakap tadi..memang siapa pun tak akan percayakan kami di waktu-waktu macam ni." Ucapnya.
Kemudian, dia merenung wajah papanya dalam-dalam.
"Tapi cubalah papa fikir..kalau Aidid mahu, bukan di dalam kereta, papa. Banyak lagi tempat yang lebih selesa."Tergamam jadinya aku saat ini namun Dato' Aziz terus membentak ke arahnya.
"Aidid!!"
Dengan tenang Tuan Aidid bersuara lagi.
"Tu..anak papa si Qashah tu..pernah ke dia kena tangkap khalwat? No..never! Padahal satu Malaysia tahu hobinya ke sana sini usung perempuan." Bicaranya lancang. 
Aku lihat Dato' Aziz terdiam seketika. Perlahan aku cuba mencelah.
"Betul Dato' Aziz..Tuan Aidid tak buat apa-apa pun pada saya. Dia selamatkan saya dari dirogol!"
Lancar ayat yang aku tahan-tahan dari tadi keluar dari bibir. Kesemua mata bulat merenung kearahku. Tuan Aidid juga seperti tersentak.
"Astaghfirullahalazim.." Dapat aku dengar mak beristighfar. Mak Ngah menggenggam lembut tanganku saat ini.
"Betul ke ni Aidid?" Soal Dato' Aziz. Tuan Aidid menarik nafas dalam-dalam.
"Well, we were just in a wrong place at a wrong time, papa." Ucapnya lemah. Aku terus bersuara.
"Betul..kami berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.." Tuturku bersama rasa sebakyang menjadi-jadi.
"Siapa yang nak rogol kamu, Tia? Cakap?!" Gesa ayah. 
Tak berkelip matanya merenung ke arahku. Penuh dendam dan amarah.
"Ay.."
Belum sempat aku bersuara, Tuan Aidid terus memintas.
"No. Tia tak nampak pun muka orang tu."
Buntang mataku merenung ke arahnya. Kenapa dia masih mahu melindungi Qashah???
"She didn't see it." Ulangnya lagi kali ini matanya berada di wajah Dato' Aziz.
 Mak Ngah terus bangun untuk memberi ruang pada mak untuk berada di sisiku. Aku menangis sehingga terhinjut-hinjut bahuku  mengenangkan apa yang terlah cuba Qashah lakukan semalam. Kalau tidak kerana Tuan Aidid ada di situ, tak tahulah apa yang akan terjadi pada aku.
"Ya Allah, Tia..." 
Dapat aku dengar mak mengeluh dalam sebak yang tak berpenghujung. Terus aku ditariknya dalam pelukan. Mata Dato' Aziz juga turut merenung ke mari dengan penuh simpati.
"Pakcik Johari, saya ikhlas mahu jadikan anak pakcik sebagai isteri saya demi untuk menebus maruah Tia .Lagipun saya yang ditangkap berkhalwat bersamanya jadi saya yang harus bertanggung jawab agar tidak ada masalah berbangkit di kemudian hari." Penuh yakin suara itu menampar gegendang telingaku.
Bulat mataku merenung ke arahnya. Kenapa dengan lelaki ini? Semakin kusut jadinya otak aku. Aku lihat ayah terdiam saat ini. Anak mata Tuan Aidid kini berada pada papanya.
"Cuma, tolong papa, tolong rahsiakan perkara ini dari semua orang. Aidid tak mahu berita tergempar macam ni membuatkan mama bertambah rungsing. Aidid tak mahu mama bertambah sakit. Mana nak fikir tentang perjanjian yang sudah mama dan papa buat dengan keluarga Maya lagi. Well, untuk sementara, tolong rahsiakan pernikahan kami nanti."
Makin buntang mataku merenung ke arah lelaki itu. Aku terlalu ingin bersuara. Terlalu ingin membantah tetapi aku tidak berdaya di saat ini. Aku langsung tidak berdaya. Hanya kedua-dua belah tangan sahaja yang menekup wajah yang basah dengan tangisan yang sepertinya tidak mampu untuk berhenti.
"Saya minta maaf Pakcik Johari, tetapi saya terpaksa merahsiakan untuk seketika." Ujar Tuan Aidid pada ayah.
Dato' Aziz terus bangun. Sambil berpeluk tubuh dia mundar-mandir di ruang tamu ini.
"Rahsia? Sampai bila?" Soalnya kepada Tuan Aidid dengan sangat serius.
"Sekurang-kurangnya sampai mama sembuh sedikit." Balasnya. 
Kemudian, dengan penuh yakin dia menoleh ke arah mak dan ayah silih berganti.
"Saya betul-betul harap Pakcik Johari dan isteri faham keadaan mama saya." Pintanya dengan penuh harap.
Mak dan ayah tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Ternyata mereka juga tergamam dengan segala yang berlaku dengan tiba-tiba ini. Sakit hati aku mengenangkan perbuatan Qashah. 
"Cikgu Johari, saya rasa sehingga ke tarikh akad nikah, tidak perlulah Tia datang ke rumah lagi untuk bekerja. Aidid pula, you just just stay here sampailah tarikh nikah. " Putus Dato' Aziz. 
Ayah hanya menganggukkan kepalanya sahaja walaupun dapat aku lihat dia seperti tidak dapat berfikir apa-apa buat masa ini. Pasti remuk hati seorang ayah apabila mendapat berita yang anak perempuannya ditangkap khalwat. Air mata yang bergenang meleleh lagi di pipi. 
"Well, fine.  Aidid akan tinggal di sini untuk sementara waktu. Lagipun kerja di kilang teh tu belum siap lagi." Tuan Aidid bersuara saat ini.
"Hm..fine then. Papa cuma mahu kamu menjarakkan diri dari anak Cikgu Johari ni sehinggalah kamu betul-betul sah menjadi suaminya. Papa tak mahu kejadian begini berulang lagi. Walaupun kamu berdua akan bernikah itu bukan tiket untuk kamu bebas berjumpa." Tegas Dato' Aziz dengan wajah yang serius. 
Yang pastinya dia kelihatan seperti susah mahu percaya yang kami betul-betul tidak melakukan apa-apa. 
"Papa..do you believe me bila Aidid cakap Aidid tidak buat apa-apa dengan Tia?" Soal Tuan Aidid tidak puas hati. 
"Sudah. Put a full stop to that question, will you, Aidid? Now, papa cuma mahu kita betulkan keadaan. Titik."
Nyata aku dan Tuan Aidid sama-sama melepaskan keluhan berat. Serentak. Semuanya gara-gara kata-kata Dato' Aziz itu. Tapi, siapa sahaja di tempatnya seperti sukar untuk terus percaya apa yang aku ceritakan tadi.
Aku lihat wajah Tuan Aidid semakin merah saat ini. Rahangnya seperti diketap kuat. Aku tahu Tuan Aidid sedang terasa hati dengan kata-kata papanya yang sedikit keras tadi.  Wajah aku tundukkan merenung ke arah jemariku di atas riba. Ya Allah, tak terkata betapa kusutnya  aku rasakan  saat ini.  Geram juga aku dengan Tuan Aidid kerana dia tidak menceritakan perkara sebenarnya. 
Apa sebenarnya rancangan lelaki itu? Semudah itu dia ingin bertanggungjawab ke atas aku? Atau dia ada agenda lain yang tersimpan rapi di dalam fikirannya?
Sumpah, aku keliru. Sangat-sangat keliru.
***


Laju kaki melangkah menuju ke arah rumah pokok saat ini                    

Laju kaki melangkah menuju ke arah rumah pokok saat ini. Namun aku tetap berhati-hati dengan akar pokok yang tebal menjalar. Tidak mahu kejadian lepas berulang lagi. Luka di kaki pun belum sembuh sepenuhnya namun kini hati pula yang parah berdarah. Nyata kawasan belakang vila  yang paling menenangkan ini tidak mampu untuk menghilangkan kekusutan di kepala. Bayu yang bertiup lembut juga tidak mampu menyejukkan hati. 
Perlahan aku mengangkat wajah ke hadapan sana. Dari sini dapat aku lihat dengan jelas susuk tubuh lelaki itu yang sedang duduk di atas tangga pada rumah pokoknya. Kaki dilunjurkan ke bawah manakala Kedua-dua belah tangannya aku lihat meraupkan wajah untuk seketika sebelum wajahnya diangkat ke mari. Dari apa yang aku lihat, nyata lelaki itu juga kelihatan kusut namun dia bijak menyembunyikan emosinya. Di sebalik wajah dingin dan karakter yang tenang itu tersembunyi sejuta keresahan jua. 


Bersama dada yang sedikit berombak aku menuju ke arah lelaki itu                    

Bersama dada yang sedikit berombak aku menuju ke arah lelaki itu. Belum sempat aku menyapa, dia terlebih dahulu bersuara.
"Why are you here? Kau tak takut orang semakin curiga dengan kita?" 
Soal lelaki ini acuh tak acuh sambil menyinsing lengan pada sweater yang dipakainya sehingga ke paras siku.
 Bagaimana dia boleh berlagak setenang ini? Sungguh aku hairan kerana aku tidak mampu menjadi seperti itu. 
Mata lelaki berhidung mancung itu mengerling ke arah vila di hadapan sana sebelum kembali ke wajahku.
"Tuan Aidid! We need to talk!" Bicaraku dengan tegas.
 Kedua-dua belah tanganku bercekak pinggang saat ini. Kerana amarah yang merasuk diri, terlupa terus yang dia adalah majikanku.Anak matanya dihalakan tepat-tepat ke wajahku. 
"Takde apa nak dibincangkan lagi. Aku dah buat keputusan." Balasnya dengan tenang.
Senangnya jawab!  Wajahnya aku pandang dengan pandangan tajam.
"Awak ingat saya ni patung ke? Boleh sesuka hati diperlakukan begini?" Hamburku dengan sangat tidak puas hati. 
Nyata dia terkesan dengan kata-kataku. Terus lelaki yang memakai sweater hitam ini bangun. Kepala ditundukkan sedikit untuk merenung dalam-dalam wajahku. Air liur yang aku telan terasa kesat pula apabila ditenung begitu. Rasa gerun menyapa namun aku masih tidak mengundurkan langkah walau setapak. Namun keyakinan yang tadinya tinggi untuk berdepan dengan lelaki tinggi lampai dan bertubuh tegap  ini mulai runtuh sedikit demi sedikit. 
"Hey listen here, aku cuma nak selamatkan maruah kau. Salah ke apa yang aku buat ni?" Soalnya dengan tegas.
 Aku tersenyum sinis untuk seketika sambil membuang pandang ke arah sungai kecil. Kemudian anak mataku berada di wajahnya semula.
"Nak selamatkan maruah saya? Are you sure?" Soalku dengan sedikit sinis. 
 Kemudian, aku terus bersuara lagi.
"Kalau nak jadi hero sangat, kenapa tak tegakkan keadilan?" Soalku dengan geram. 
Nada suara yang cuba aku kawal sudah naik satu oktaf dari tadi. Aku lihat lelaki ingin mengerutkan wajahnya sedikit.
"What do you mean?" Soalnya.
Aku terus menghamburkan segala persoalan yang aku simpan sejak semalam lagi. Persoalan-persoalan yang semakin lama semakin mengganggu jiwaku.
"Kenapa tak beritahu perkara sebenar? Kenapa masih mahu melindungi Qashah? Kenapa halang saya dari membuat laporan polis terhadap Qashah??" Soalku bertalu-talu dengan sebak yang sudah mula menghimpit dada.
 Qashah benar-benar buat hati aku yang sudah terluka semakin parah keadaannya.
"Kenapa, Tuan Aidid? Kenapa?" Soalku setelah aku lihat dia seperti kehilangan kata-kata.
Tuan Aidid aku lihat menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, pandangannya yang tadinya tajam semakin redup membundar ke mari. Keluhan berat dilepaskannya saat ini.
"Tia..please, I'm begging you. Untuk kali ini aku minta tolong dari kau..don't make any police report. Sebagai gantinya, aku akan bertanggungjawab."Tuturnya dengan lemah tetapi penuh berharap.
 Aku bungkam untuk seketika. 
Apa sebenarnya yang berada dalam fikiran lelaki ini?
"Sebab apa saya tak boleh report? Sebab dia adik Tuan Aidid?? Sebab tu?" Soalku dengan geram.
"Oh..beginilah orang kaya ya..buat salah aje terlepas. Mudahnya hidup!" Sinis aku berkata begitu dengan api kemarahan yang jelas menyala di kedua-dua belah mataku. 
Aku lihat lelaki ini merenung aku dengan sangat tajam. Namun aku cuba juga menentang pandangan matanya walaupun hatiku sedang menahan perasaan yang bercampur-baur.
"Kalau betul apa yang kau cakapkan tu, kau ingat aku sanggup untuk buang masa mengekori kereta Qashah sampai ke hutan belukar tu? Kau fikir banyak masa aku untuk menyelamatkan kau? Kalau aku orang kaya yang lepas tangan, kau fikir aku akan tawarkan diri untuk bertanggungjawab? Kau fikir aku sanggup untuk mempertaruhkan masa depan aku untuk selamatkan maruah kau??" Soalnya dengan nada suara yang semakin meninggi. 
Terdiam aku jadinya. Bersama mata yang berkaca aku merenung kearah lelaki itu. Sebak sudah mengasak dada.
"Answer me, Tia. Answer me!" Paksa lelaki ini.
Aku yang masih lagi tergamam hanya mampu merenung ke arahnya tanpa berkelip.
"Tapi kenapa Tuan Aidid sanggup untuk bertanggungjawab? Kenapa tidak ceritakan aje perkara sebenar? Qashah yang patut dihukum! Bukan kita." Soalku dalam sedu-sedan yang cuba aku tahan.
Aku mahu Qashah dihukum di atas perbuatannya! Tuan Aidid meraupkan wajahnya untuk beberapa saat kemudian anak matanya mencerun ke mari kembali.
"Kau ada bukti? Kau ada bukti untuk sabitkan Qashah dengan kes semalam? Ayden Aqashah itu licik orangnya.. " 
Soalannya nyata membuatkan aku terdiam.  Kakinya melangkah setapak ke arahku membuatkan jarak kami semakin dekat. Wajahnya ditundukkan sedikit untuk menatap wajahku dalam-dalam.
"Kau ingat aku bodoh untuk korbankan diri aku for that useless jerk?" Soalnya kepadaku dengan sedikit sinis.
"I'm not stupid! Aku tak peduli pun kalau dia dipenjara walaupun dia adik aku sebab aku tahu dia bersalah. Tapi, aku tak sanggup fikirkan kesannya pada mama aku. I'm doing all these for the sake of my parents!" Tegasnya dengan penuh emosi.
"Papa aku dah puas tanggung malu dengan Qashah. Tak habis-habis dia buat hal."Luahnya lagi.
Kemudian dia menjungkitkan sebelah keningnya ke mari.
"Kau tahu tak berapa banyak air mata mama aku tumpah kerana Qashah? Dengan keadaan dia yang macam tu..aku tak sanggup buat dia bertambah sakit. I'm not strong enough to see her cry again." Lemah sekali  ayat tersebut meluncur dari bibirnya. 
Air mata yang masih bersisa di wajah aku seka dengan jemariku. Kemudian, aku merenung dalam-dalam wajahnya.
"Habis tu? Sayalah yang perlu tanggung semuanya?" Soalku dengan geram.
Tak fasal-fasal aku terpaksa berkahwin secepat mungkin. Tapi untuk menyalahkan lelaki ini pun tak patut jugak. Kalau dia tidak menyelamatkan aku semalam, entah apa yang terjadi dengan aku. Ahh! Sejujurnya, aku tak tahu bagaimana lagi nak berfikir saat ini. Sakit terasa kepalaku. 
Rahang lelaki ini bergerak sedikit namun tidak ada ayat yang keluar dari mulutnya. Akhirnya, aku lihat lelaki ini menggelengkan kepalanya ke mari sebelum dia bersuara dengan perlahan.
"Nope. Kau tak perlu tanggung semuanya seorang diri. We will face it together.." Lembut nada suaranya menampar telinga.  Terus aku melarikan anak mata ke arah lain gara-gara rasa janggal yang memenuhi ruangan hati. 
Nyata kata-katanya itu membuatkan aku terkesima. Tergamam. Terdiam kaku. Keras terasa lidah saat ini. Semua aksara hilang bagai diterbangkan angin lalu.
"Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Qashah lakukan pada kau." Ucapnya lagi. Lebih kepada berjanji. 
Debaran yang tiba-tiba muncul di saat-saat suram begini membuatkan dadaku terasa sesak. Terus aku mengerling tajam ke arahnya.
"Semudah itu? Saya ni anak ayam ke yang boleh ditolak ke sana ke mari?" Gumamku dengan geram. Tapi, panahan matanya membuatkan aku melarikan anak mata ke arah lain untuk sekali lagi.
"Well, you can say whatever you want.." Ujarnya sedikit acuh tak acuh sebelum lelaki itu menyebakkan rambutnya ke belakang.
Iskkk! Aku dan Tuan Aidid dalam sebuah perhubungan yang halal? Sumpah aku rasa lain macam. 
Nafas aku tarik dalam-dalam untuk menenangkan diri. Kacau teruk fikiran dan jiwa aku. Kenapa aku rasa seperti sangat ganjil? Seperti terlalu janggal. Aku baru sahaja mengenali lelaki ini. Sudahlah perhubungan kami sebelum ini seperti seperti boss dan pekerja yang tak sehaluan. Tak ke kelam-kabut rumah tangga nanti?
 Itu belum bicara tentang darjat dan taraf hidup yang berbeza lagi. Sejujurnya aku takut. Aku bukan berasal dari keluarga yang kaya-raya dan moden. Aku juga tidak fashionable dan popular seperti Maya Nisreen. Aku hanyalah perempuan yang biasa-biasa yang mengimpikan kehidupan yang bahagia. Aku tidak mahu terperangkap dalam perkahwinan yang begini. Dapatkan Tuan Aidid mencintai aku? Sah-sah aku tidak setaraf dengannya. Yes, it's 2020 now! Tapi, pernikahan di antara dua darjat walau di zaman ini banyak cabarannya. 
"Saya tak nak kahwin dengan Tuan Aidid.." Akhirnya tanpa sedar ayat itu meluncur laju. 
Aku lihat riak wajahnya tak berubah pun. Masih tenang-tenang aje. Cuma bibir merah pucatnya tersenyum senget untuk seketika.
"Buat apa beritahu pada aku? Go and tell you parents." Ujarnya dengan tenang.
Sepasang mata itu merenung aku dalam-dalam sebelum bibirnya berbicara lagi.
"Kau ingat setelah apa yang terjadi..setelah melihat keadaan kita semalam..setelah apa yang direkodkan oleh pegawai-pegawai tu, kau rasa mereka akan bersetuju dengan keputusan kau?" Soal Tuan Aidid dengan selamba. 
Bersama jiwa yang semakin kacau-bilau aku bersuara untuk membuatkan lelaki ini faham keadaanku.
"Tapi saya betul-betul tak bersedia untuk berkahwin! This is so unfair, Tuan Aidid..this is just not fair for me..for us! Tuan Aidid ada Cik Maya. Tuan Aidid ada kehidupan Tuan Aidid sendiri. Kehidupan kita jauh berbeza. Look, we are from two different worlds, Tuan Aidid..saya tak rasasaya sesuai untuk bersama Tuan Aidid.." Panjang lebar aku bersuara namun lelaki ini masih  tenang-tenang aje merenung ke mari. 
Dia ni tak kalut ke terpaksa berkahwin dengan gadis seperti aku? Pelik!!
"Kau tak bersedia? Habis, what about me? Do you think I'm ready? Dengan perempuan yang aku tak kenal pulak tu. Aku cuma tak mahu timbulkan lebih banyak masalah." Luahnya dengan sinis  pada aku. Sebelah tangannya meraupkan rambut ke atas. 
 Kedua-dua belah bahunya dijungkitkan ke mari sebelum dia bersuara.
"Fine..aku tak akan paksa kau Tia. I wont force you.." Selamba sahaja dia berkata begitu.
"Jika keluarga kau tak kisah tentang kes tangkap khalwat tu, just abaikan tawaran aku untuk memperisterikan kau." Cabarnya. 
Terdiam aku jadinya saat ini. Kemudian dia bersuara lagi.
"Jika kau tak kisah langsung tentang keadaan mama aku selepas mengetahui perkara sebenarnya, go on and file a report. Jika tidak ada langsung rasa simpati dan prihatin untuk mama aku, just go and lodge a police report."Keluhan berat dilepaskannya. 
Aku hanya mampu terkebil-kebil merenung ke arahnya saat ini. Bukti apa yang aku ada untuk mengaitkan Qashah dalam kes ini? Ya Allah..apa yang harus aku lakukan?
"Now,  the ball is in your court. The decision is yours." Tuturnya dengan serius. Kedua-dua belah tangannya didepakan untuk seketika.
Aku pula yang sudah kehilangan kata-kata hanya mampu membuang pandang ke arah sungai di jauh di hadapan sana sahaja. Mengharapkan ada magis berupa ketenangan hati apabila melihat air jernih itu mengalir namun semakin lama aku di sini semakin sesak terasa dada. Bersama sejuta keresahan dan kegelisahan aku berpaling. Laju kaki melangkah  ke arah vila saat ini. Meninggalkan lelaki itu di belakang sana dengan perasaan yang semakin bercampur-baur.
Terngiang-ngiang kata-katanya  di telingaku.
"Now, the ball is in your court. The decision is yours."
Seumur hidup, tidak pernah aku dilanda kerungsingan yang melampau begini. Apa yang harus aku lakukan? Jika aku menerima lamaran Tuan Aidid, mampukah pernikahan tanpa cinta itu bertahan? 
***
BAB 22
Semuanya terasa bagai mimpi. Mimpi yang tak pernah aku impi. Mimpi yang sangat menyiksa jiwa dalam keresahan yang tidak bernoktah. A dream I never wanted. Namun realiti ini harus juga aku tempuh dengan segala ketabahan. Bercinta bertahun dengan adik tetapi bernikah dengan abangnya yang baru aku kenal hanya beberapa minggu. 
Atas nasihat mak dan ayah, aku menerima  Tuan Aidid. Semuanya seperti terlalu cepat sangat berlaku. Pastinya aku dan dia sama-sama memerlukan masa untuk serasi nanti. Ahh..di dalam hubungan yang bagaimana agaknya kami akan terperangkap nanti? Dia pun seperti terpaksa aje bernikah dengan aku. Sudahlah status kami akan dirahsiakan dari umum untuk sementara waktu. 
Mampukah aku menghadapinya? Tambah-tambah selepas ini aku akan bergelar kakak ipar  kepada Qashah tak guna tu!
Sebut tentang Qashah, rasa berapi dadaku. Semenjak kejadian di Cameron Highlands itu, Qashah tidak lagi menghubungiku. Entahlah apa yang sudah terjadi dengannya. Yang pasti dendam aku masih membara untuk lelaki itu. Aku masih tidak berpuas hati dengan perbuatan keji yang cuba dilakukan kepadaku. 
Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri. Sabar Tia..ini bukan masanya untuk kau berfikir tentang lelaki keji itu. Sekarang, kau hanya perlu berfikir tentang Tuan Aidid. Dia akan menjadi suami kau dalam beberapa minit sahaja dari sekarang. Seperti ada suara yang berbisik begitu kepadaku.
Aneh sekali percaturan takdir. Akhirnya aku dan Tuan Aidid bertemu juga di pejabat agama ini setelah beberapa hari lelaki itu berada di Cameron Highlands. 
Bagi pihak aku pula, kata Mak Ngah, Dato' Aziz sendiri telah memberitahu pada Kak Mun yang aku terpaksa bercuti gara-gara hal personal yang tak dapat dielakkan.  Pastinya mereka tidak dapat meneka apa yang sedang terjadi.
Tersentak jadinya aku dari lamunan apabila terasa selendang di kepala disentuh dan dibetulkan oleh seseorang. Ica lah yang menyolek aku dengan nipis untuk majlis ini. Baju dan selendang ini pula tak tahulah mak ambil dari mana. Yang pasti, fabrik baju kurung moden berwarna putih di tubuhku ini  sama dengan fabrik baju melayu yang dipakai oleh Tuan Aidid.
"Kak Tia cantik sangat hari ini." Bisik Ica yang elok bersimpuh di sebelah kiriku. 
Malangnya pujian itu tidak mampu untuk meredakan gementar jiwaku. Aku hanya mampu tersenyum nipis sebelum kembali merenung ke arah tapak tangan di atas riba. 
"Kak Tia..tak sangka mulut Ica masin. Kak Tia betul-betul bawa balik bakal suami dari Cameron highlands. Tuan Aidid Aqashah pulak tu! Salah seorang lelaki yang paling kacak dan macho dalam Malaysia! Kalau Ica lah kan, mesti tak tidur malam. Asyik pandang wajah dia aje." Bisiknya panjang lebar di telingaku. Siap ketawa miang lagi. 
Eeee! Aku cubit jugak budak ni!
Apa Ica mengarut ni? Sikit lagi nak jatuh rahang aku mendengar kata-katanya tu. Budak ni nak buat aku makin gelabah ke apa? Aku mengerling ke arahnya untuk seketika bersama senyuman geram!
Nantilah kau Ica!!
Aku fikirkan ruangan nikah pejabat agama ini hanya mampu memuatkan sebiji meja dan beberapa biji kerusi sahaja tetapi ternyata aku silap! Bilik nikah ini dihiasi dengan karpet dan jangan terkejut jika aku katakan ada pelamin mini juga di penjuru bilik ini untuk sesi fotografi. Ah, entahlah aku tak terasa pun nak berfoto bagai. Aku hanya mahu majlis ini cepat-cepat berakhir sahaja.
Sesak dada memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini. Disebabkan rasa gementar yang menjadi-jadi tidak langsung aku menjeling ke arah Tuan Aidid. Wajah tok kadi pun aku tak perasan sangat bagaimana rupanya. Manakan tidak, kebanyakan masa aku hanya menundukkan pandangan sahaja.
"Aku terima nikahnya Fatihah Nabila Binti Johari dengan mas kahwin sebanyak 1001 ringgit tunai.."
Dapat aku dengar dengan jelas suara maskulin yang penuh yakin itu melafazkan akad. Tanpa dapat ditahan-tahan berdebar teruk jadinya aku. Nak maintain cool masa-masa begini? Dalam mimpi pun belum tentu aku boleh. Dengan jelas beberapa suara menyebut perkataan 'sah' bergema di ruangan ini. Ya Allah, bagaikan tidak percaya hanya dengan sekali lafaz aku sudah selamat menjadi isteri kepada Tuan Aidid. 
Otak sudah melarang namun hati tetap ingkar. Bersama sedikit keberanian dengan jantung yang berdetak kencang aku mengangkat wajah ke arah lelaki itu. Masalahnya angkat-angkat aje wajah, terus pandangan aku berlaga dengan Tuan Aidid yang sememangnya sedang asyik merenung ke mari. 
Dia juga seakan tersentak apabila pandangan kami bertemu. Kekoknya. Debaran yang bukan sedikit hadir membuatkan jiwa dan raga aku terus gelisah. Cepat-cepat aku tundukkan wajah dan pandangan aku alihkan  pada tapak tangan yang aku angkat sedikit untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh juru nikah. Diam-diam aku mengakui Tuan Aidid yang kacak itu nampak extra tampan hari ini dengan sepasang baju melayu berwarna putih di tubuhnya.
Tuhan sahaja yang tahu bagaimana sayunya hati aku ketika lelaki itu melafazkan akad sebentar tadi. Memang segala yang terjadi tidak ada dalam rancangan aku atau Tuan Aidid. Namun, aku redha dan menerima ketetapan ini dengan pasrah.
"Tia..hulurkan jari. Aidid nak sarungkan cincin tu.." Suara mak benar-benar membuatkan aku tersentak. Terus aku angkat wajah. 
Tak perasan sejak bila lelaki ini  duduk di hadapanku. Apabila Tuan Aidid mendekatkan lagi dirinya ke mari, sesak terus rasa dadaku. Rasa gugup semakin menjadi-jadi pula. Nafas aku tarik dalam-dalam untuk tenangkan diri. 
Mahu tak mahu aku hulurkan juga jemari tangan kanan ke arahnya dengan hati yang bergetar hebat. Dapat aku lihat dalam genggaman lelaki yang segak bersongkok ini terdapat sebentuk cincin yang sangat berkilauan. Namun seperti juga aku, dia juga kelihatan sangat canggung ketika ini.


Saat jemarinya menyentuh jari manisku terasa seperti hendak meletup jantung namun aku cuba juga berlagak selamba

Saat jemarinya menyentuh jari manisku terasa seperti hendak meletup jantung namun aku cuba juga berlagak selamba. Tenungannya tidak berani untuk aku tentang langsung.  Sudahnya aku hanya melepaskan pandangan pada cincin berlian yang sudah pun menghiasi jariku. 
Belum sempat aku menjauhkan diri darinya, tanpa aku sangka tangannya sudah pun menyentuh lembut ubun-ubunku. Terdiam aku jadinya. 
Dengan sedikit tergamam, wajah aku angkat juga ke arahnya dan nyata lelaki berwajah serius itu sedang berdoa dengan perlahan saat ini tapi mampu didengari oleh aku dengan jelas.
"اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوْذَ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ"
"Ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya".
Kenapa jantungku semakin teruk berdetak ketika ini? Sebaik sahaja doa itu dibaca, kedengaran suara mak berbisik di telingaku , menyuruh aku bersalaman dengan Tuan Aidid. 
"Tia..salam tangan suami tu."
Bertambah janggal aku rasakan saat ini. Terus pandangan aku dan Tuan Aidid bersatu lagi untuk sekian kalinya.Terkebil-kebil aku merenung ke arahnya yang sedang tenung aku. Yang nyata, dia juga kelihatan speechless kali ini.
 Ya Allah, yang aku nak bersalam ni tangan Tuan Aidid yang sentiasa serius tu tau! Mr. Dictator! Mananya aku tak rasa canggung? Mahu tak mahu aku hulurkan juga tangan untuk bersalaman dengan lelaki itu.
Memang tangan aku dah sejuk macam bagai baru keluar dari peti sejuk! Begitulah teruknya tahap gugup aku saat ini. Bersama jantung yang berdetak sumbang serta wajah yang sedikit pucat aku mencium tangannya. Sesudah itu, cepat-cepat aku meleraikan jemariku dari jemarinya bersama rasa kekok yang menjadi-jadi. Terasa lembut tangan mak melurut bahagian belakang tubuhku dengan penuh kasih.
"Kak Tia, pandang sini.." Suara Ica pula bergema.
 Di tangannya dia sudah bersedia dengan telefon bimbit untuk merakam gambar aku dan Tuan Aidid! Terkedu jadinya aku. Budak ni buat hal betullah!
"Abang Aidid cium dahi Kak Tia. Ica nak ambil gambar kenangan ni."
Bukan dia tak tahu bagaimana aku boleh terkahwin dengan lelaki ini! Tetap juga dia nak meminta yang bukan-bukan! Dia ingat kami nikah atas dasar cinta agaknya? Yang nyata aku sudah gelabah teruk mendengar permintaan Ica tu.
"Ica..!" 
 Aku membantah dengan sopan. Siap senyum sumbing lagi. 
Siap kau lepas ni dikkk! 
Dia ni dah hilang akal ke? Nikah pun di pejabat agama aje kut. Over la adik aku sorang ni. Ica dah sengih-sengih sambil melarikan telefon bimbitnya dari wajahku . Fahamlah dia yang aku sedang mencercanya dalam hati. 
Namun apabila suara Dato' Aziz bergema, aku dah mula tak senang duduk! 
"It's okay..both of you are perfectly halal for each other now. Bukan salah pun. Aidid, kiss her forehead. This is for my copy. Nanti mama sembuh boleh tunjuk pada mama." Permintaan Dato' Aziz mampu membuatkan aku tersentak. Menggeletar rasa lutut saat ini. Gelabah jadinya aku.
Kamera DSLR di tangannya ditalakan ke arah kami. Aku dan Tuan Aidid berpandangan untuk seketika. Sempat aku menghantar isyarat mata  ke arah lelaki yang sudah bergelar suamiku ini yang aku tak mahu untuk berposing begitu. Harapnya dia fahamlah. 
"But papa, I think.." Aku tahu Tuan Aidid cuba untuk memberi alasan namun Dato' Aziz terus memintas. 
"This is not the time to debate. Janganlah serius sangat, relax sikit.." Tegur Dato' Aziz. 
Mulalah aku rasa nak berpeluh di ruang yang berpenghawa dingin ini. Tuan Aidid terus menatap wajahku dalam-dalam. 
Sabar Tia..sabar. Aku cuba menenangkan diri. 
"Well, Tia.."
Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirnya dan kata-kata itu hanya terhenti di situ. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam saat ini. Kaku tubuhku jadinya apabila tangan kanannya menyentuh daguku. Automatik kepala aku dongakkan ke arahnya dengan rasa gugup  yang menjadi-jadi. 
"Tuan Aidid.." Sempat lagi aku bersuara dengan sangat-sangat perlahan kerana terlalu terkejut.
Pandangan aku dan lelaki itu bersatu untuk kesekian kalinya. Dapat aku lihat lelaki yang selalunya berkeyakinan tinggi itu juga seperti sedikit kekok ketika ini. 
Hah?? Dia betul-betul nak cium dahi aku ke?!!
Semakin bibir itu merapat ke wajah semakin gugup aku jadinya. Terasa berbahang muka aku gara-gara darah yang menyerbu laju ke daerah wajah. Terus anak mata aku pejamkan bersama debaran yang menggila di dada. 
Setelah beberapa saat bibirnya menyentuh dahiku, kucupan dileraikan. Kemudian, sempat lelaki ini berbisik di telingaku.
"Baru cium dahi. Takkan dah nak pengsan?" Soalnya dengan nada lain macam di telingaku.
Nyata soalannya itu mampu membuatkan aku betul-betul nak pitam! Dia ni sengaja nak buat aku bertambah nervous ke apa? 
Terus aku berpaling ke arah mak tanpa memandang ke arah Tuan Aidid langsung. Tangan aku hulurkan untuk bersalaman dengan wanita yang paling aku sayang ini namun tanpa aku sangka wanita ini terus menarik aku ke dalam pelukannya. Tubuhku dipeluk dengan sangat erat bersama tangisan yang tak berpenghujung. Akukah penyebabnya air mata itu turun dengan deras? Diam-diam rasa bersalah semakin menggunung tinggi.
"Tia minta maaf mak.." Luahku dengan sangat sayu. 
"Mak percayakan Tia, nak..mak percaya semua cerita Tia. Tia anggaplah Aidid adalah jodoh yang telah diatur Allah untuk Tia. Jadi isteri yang solehah yang sentiasa taat dan senangkan hati suami."Bisiknya dengan perlahan di telingaku.
Sayu terasa hati. Sebak terus-terusan menghimpit dada. Aku gagal menahan manik-manik jernih dari menuruni pipi. Jemari kanan mula menyeka air jernih yang mengalir. 

"In syaa Allah." Jawabku saat ini.
Setelah pelukan dileraikan, aku mencium tangan ayah pula. 

"Ayah..Tia minta maaf ayah.." Ujarku dengan sangat perlahan. Ayah terus menggelengkan kepalanya sebaik sahaja aku memanggungkan wajah. 

"Shh..Tia..tak kisahlah bagaimana kamu bernikah dan seperti apa majlis kamu, yang penting pernikahan kamu sah di sisi agama dan ayah doakan kamu dan Aidid bahagia sampai akhir hayat."Ucapnya. Nyata kata-kata ayah itu mampu membuatkan aku terharu. 
"Terima kasih ayah.." Ujarku.
Dapat aku lihat Tuan Aidid juga sedang mencium tangan ayah saat ini. Tapi aku tak dapat menangkap apa yang mereka bualkan kerana aku sedang sibuk beralih ke arah Dato' Aziz pula. Belum sempat aku berbuat apa-apa, dia yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya ke arahku.
"Welcome to our family Tia." Ucapnya dengan ramah bersama senyuman lebar. 
"Thank you, Dato' Aziz.." Aku terus mencium tangannya. 
"Tak payah ber-Dato'Dato'. Panggil papa aje." Ujarnya. 
Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Mungkin kerana wajahnya yang kelihatan sangat mesra dan mudah tersenyum itu membuatkan aku tidak rasa terlalu kekok dengannya. 
Bukan macam Tuan Aidid.  Tengoklah tu, dengan wajah serius itu, kadangkala dia tenung aku macam nak telan aje! Mampu membuatkan hati aku berkocak teruk. Terus aku melarikan anak mata ke arah lain. 
Jantung..janganlah berdetak laju sangat. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. 
Aaaa! Baru tak sampai sejam bergelar isterinya aku dah kalut begini. Tak dapat nak difikirkan apa yang akan jadi selepas ini. Gerun terus rasa hati memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.


                    

***
Love Notes
Assalamualaikum loveliesss dan salam sabtu! Satu episod yang membuatkan Tia dan Aidid tertekan sudah berlalu..selepas ni Tia dan Tuan Aidid akan memulakan pelayaran rumah tangga mereka. Wish them all the best okay! Haha xD
Apa jadi dengan Qashah? Haa persoalan itu akan terjawab nanti.
Maaf jika ada kesalahan atau kesilapan di mana-mana sebab ini adalah versi belum edit :)
Terima kasih kepada semua yang sudi baca, sudi vote  dan sudi mengikuti cerita ini. In syaa Allah  bab 23 akan muncul  tak lama lagi. 
Semua komen bolehlah diberikan di Facebook group Bila Suri Ryana Menaip :) Thank youuu!


Tuesday 25 February 2020

Perfectly Halal! [Bab 19 & bab 20]







[Bab 19 & Bab 20]







                    

BAB 19
Haihh..dah kenapa pula majikan aku yang dominan dan bossy tu sibuk memanggang ayam? Aduhh..masalah ni! Lelaki itu kelihatan sedang rancak berborak dengan Abang Lan dan Abang Daus. Aku melarikan anak mata ke arah 4 orang pekerja yang memang didatangkan khas dari pihak katering untuk membantu kerja BBQ di sini. Maklumlah, ramai juga tetamu malam ni.
Mahu tak mahu aku melangkah juga ke arah ruang BBQ tersebut. Pashmina yang melilit tubuh aku kemaskan kedudukannya. Kalau Tuan Aidid sedang sibuk memanggang ayam di bahagian hujung sana, aku pula terus ke bahagian yang paling kanan untuk mengambil ayam bakar di dalam tray. Sedaya upaya aku menjarakkan diri darinya. 
Buntang mata merenung ke dalam tray besi di hadapan mata. Alamak..tinggal seketul ayam je?  Tu pun baru je disambar oleh seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 12 tahun. Baru sahaja tanganku hendak mengambil udang galah, suara seseorang menerjah telinga. 
"Tia..nak ayam ke?"
Terus aku menoleh ke arah Abang Lan yang berada di hujung sana. Aduh, masalahnya Tuan Aidid yang berkemeja biru denim itu  pun sedang tenung aku. Mulalah hati aku tak senang duduk. Mahu tak mahu aku menganggukkan kepala kepada Abang Lan.
"Aa..ye, Abang Lan." Ujarku sambil menganggukkan kepala ke arah Abang Lan. Namun aku masih pegun di hujung sini. 
"Tuan Aidid..ayam tu dah masak ke?" Soal Abang Lan pada lelaki yang sedang sibuk memanggang ayam di sebelahnya tu.
"Lagi 2 minit." Balasnya ringkas. Serius betul wajahnya tu. 
"Kenapa duduk jauh-jauh sangat tu? Dekatlah sikit." Bicara Abang Lan.
Mahu tak mahu aku melangkah ke arah Abang Lan. Apabila aku berada aje di hadapannya, terus Abang Lan menyiku Tuan Aidid.






                    

"Kenapa duduk jauh sangat tadi? Tuan Aidid tak makan orang la. Betul tak Tuan Aidid?" Soal Abang Lan dalam nada seloroh. 
Eiii Abang Lan ni!  Huru-hara terus jadinya hati aku. Bibir aku ketap geram. Tapi, tiba-tiba Tuan Aidid mengangkat wajah. Dia mula mula tenung aku untuk seketika dan terus bersuara dengan sangat serius.
"Well, depends.." Sebelah matanya dikenyitkan sesaat ke mari dan dia menoleh ke arah Abang Lan yang sedang rancak ketawa. Tergamam teruk aku jadinya! Bertambah huru-hara keadaan jantung aku. Hangat terasa wajah gara-gara darah yang menyerbu laju.
"Jangan Tuan Aidid..takut dah Tia tu." Seloroh Abang Lan. Tuan Aidid masih dengan wajah seriusnya memanggang ayam.
Kenapa hati aku rasa seperti baru aje dipanah ni? Eghh susahnya nak maintain cool. Anak matanya yang tiba-tiba melekat di wajahku sekali lagi membuatkan aku kaku.
"Come here." Ujar Tuan Aidid. 
Sesak nafas mendengar suara husky itu. Erk! Dia panggil aku ke? Terus aku mendekatinya.
"Nak berapa?" Soalnya. 
Kelam-kabut aku menjawab.
"1. 1 je." Dengan otak yang blur aku bersuara.
Aduhhh! Dah kenapa aku mintak seketul je? Bukan ke aku patut ambil 3?! 3 Tia! 3!! Untuk Mak Ngah dan Kak Fira sekali! Ahh, nantilah ambil lain.
"Aik satu je? Cukup ke?" Soal Abang Lan dengan sedikit pelik. Terus aku tersenyum sumbing.
"Cukup, Abang Lan." Jawabku.
Pinggan yang dihulurkan Tuan Aidid  mahu aku capai tapi lelaki itu boleh pula tarik semula pinggan tersebut. 
Aaaa dia ni sengaja nak buat aku gelabah ke ni? Pandangan kami berlaga untuk seketika.
"You're lucky because I made this for you." Ucapnya serius. 
Dengan sangat gugup aku bersuara.
"Thank you, Tuan Aidid." Ujarku. 
Pinggan aku capai dan aku terus cepat-cepat memalingkan tubuh untuk pergi dari sini dengan jantung yang masih berdetak laju.
"Tuan Aidid tenung dia macam nak makan tadi. Takut terus budak tu nak ambil ayam lebih.."
Perlahan suara Abang Lan di belakang sana menampar gegendang telinga. Nafas aku tarik dalam-dalam untuk menenangkan diri. 
Anak mata kuliarkan ke sekitar halaman vila setingkat ini. Meriah betul suasana malam dengan kerlipan lampu di bahagian luar rumah. Rupanya pelbagai jenis gerai diimport ke mari. Ada gerai char koay teow, gerai makanan western, gerai air siap dengan abc lagi, gerai nasi goreng dan sate serta gerai kuih muih dan manisan. Memang nampak yummy sangat semua makanan kat sini. 
Best memang best cuma sedikit tak selesa aje kerana ramai juga kenalan Dato' Aziz yang dijemput ke mari. Dari gaya mereka berpakaian boleh tahu yang mereka ini bukan calang-calang orang.  Sudahnya, aku, Kak Fira dan Mak Ngah hanya duduk di meja yang paling belakang  sahaja. Betul-betul di tepi taman.
"Sorry la Kak Fira. Ayam ada satu je. Nanti kejap lagi saya ambil lagi ya?" Ucapku sebaik sahaja sampai di meja. Terus aku melabuhkan punggung di atas kerusi.
"It's okay..Tia makan dulu." Ujarnya.
Kalaulah Kak Fira tahu Tuan Aidid yang bakar ayam ni..mesti lagi teruk aku kena bahan. Baik aku kunci mulut rapat-rapat. 
Ayam di dalam pinggan aku potong dengan cermat dan aku masukkan ke dalam mulut. Kak Fira pula sedang menjamah sate dengan kusyuk sekali. Amboi, tak panggung kepala terus. Sambil mengunyah, pandangan aku merayap pada Mak Ngah yang sedang berada di gerai manisan. Kemudian, mata aku berlari ke arah Tuan Aidid, Abang Daus, Abang Lan dan beberapa orang pekerja dari syarikat katering yang sedang memanggang ayam, daging dan makanan laut di hadapan sana. Nampak enjoy betul mereka mengipas bahan mentah yang dibakar itu sambil bersembang-sembang. Serta-merta jantungku kembali berdetak laju apabila terkenangkan insiden tadi. Bayangan wajah serius itu mengenyitkan mata kembali bermain di fikiran. 
Bagaimana seorang lelaki yang dingin dan serius mampu membuat hati aku huru-hara begini? Qashah dulu selalu aje mengucapkan ayat-ayat cinta yang manis..ya, aku suka dan terpesona tetapi tidaklah pula jantung aku rasa nak meletup setiap kali berdepan dengannya. Pelik. 
Terus aku melarikan anak mata ke arah lain apabila Tuan Aidid menghalakan pandangan ke sebelah sini. Takut pula dia nampak aku tenung-tenung dia dari kejauhan ini.
Anak mataku saat ini melekat pada Datin Mahani  yang sedang duduk semeja dengan Dato' Aziz. Di meja bulat yang besar itu juga terdapat beberapa orang lagi kenalan mereka. Nampak rancak betul mereka berbual. Hanya Datin Mahani sahaja yang diam membisu. Tapi, layanan Dato' Aziz padanya memang A plus. Lelaki itu kelihatan menyuapkan ayam yang dipotong ke dalam mulut datin saat ini. Aku pula yang tersenyum manis. Nampaknya aura bahagia itu dah menjalar sampai ke sini. 
"Tia nak char koay teow tak? Kak Fira nak pergi pesan." Soalan Kak Fira yang cantik dengan gaun labuh berwarna biru gelap di badan itu menghentikan lamunanku. 
Terus aku anggukkan kepala ke arahnya yang sudah pun berdiri itu. 
"Nak! Thanks Kak Fira. Kejap lagi Tia pergi ambilkan ayam dan udang bakar untuk Kak Fira dan Mak Ngah ya?" Ucapku pula. 
Sistem barter lah! Barulah aman hidup. Tapi tunggu line clear dululah. Bicaraku dalam hati. 
"Okay!" Balasnya.
Hmm..dari sini pun dah boleh bau aroma koay teow goreng tu. Gerenti sedap!  Setelah menghabiskan ayam dalam pinggan, aku mengangkat wajah merenung ke arah ruangan BBQ di hadapan sana.
 Haa! Line clear! 
Tuan Aidid tidak lagi kelihatan di situ. Inilah masanya untuk aku ambilkan ayam dan udang untuk Kak Fira dan Mak Ngah. Terus aku bangun dari kerusi dan membetulkan kedudukan skirt labuh berwarna hitam di tubuh yang aku padankan dengan blouse berwarna putih. Pashmina berwarna coklat tanah aku balut di bahagian atas tubuh untuk menghangatkan badan. Langkah kini aku atur kemas menuju ke ruangan BBQ. 
Abang Lan dari jauh dah lambai-lambai. Malu pula aku jadinya apabila 4 orang pekerja lelaki yang sedang memanggang makanan laut turut sama tersenyum ke mari. Aduhhh..Abang Lan ni!
"Ye, cik adik nak apa lagi?" Soal Abang Lan sebaik sahaja aku mendekatinya.
Anak mata berada pada ayam, daging, udang kara, udang galah, sotong, ikan dan sosej yang sedang di bakar di atas alat panggangan. Wahhh rambang mata dah ni! Tadi, cadangnya nak ambil ayam dengan udang galah aje. Ah, tambah sotong sikitlah. Bisikku dalam hati. 
"Abang Lan..saya nak ayam bakar tiga, udang galah tiga dan sotong tiga. Ni untuk Mak Ngah dan Kak Fira sekali tau." 
Aku beritahu siap-siap yang makanan yang aku pesan itu adalah untuk 3 orang. Tak mahulah dia ingat aku ni kuat melantak pula walaupun fakta itu sememangnya sahih lagi benar. 
"Kalau nak 10 pun takde hal adik manis!" Seloroh Abang Lan yang memakai sweater berwarna hijau itu. Topi putih di kepalanya yang dipakai secara terbalik itu dibetulkan sedikit. 
Aku hanya ketawa kecil sahaja. 
"Tapi, untuk sotong Tia kena tunggu kejap." Beritahu Abang Lan yang memegang alat pengepit dengan kemas dalam genggamannya. 
"Okay..boleh!" Ujarku bersama senyuman.
Alamak, dah kenapa pekerja yang paling hujung tu asyik tenung-tenung aku? Tak selesanya! Terus aku melarikan anak mata ke arah tiga orang tetamu yang berada di sebelahku. Rasanya udang galah yang paling popular malam ini. Ah, baik aku ambil air dulu! 
Terus aku berpaling ke belakang dan boom!!! Aku sudah hampir terlanggar seseorang yang membuatkan tubuhku hampir hilang imbangan namun tergamam aku jadinya apabila kedua-dua belah tangan lelaki di hadapanku ini menggenggam kuat kedua-dua belah lenganku, seakan-akan untuk menstabilkan kedudukan aku. 
Mana mungkin aku tak perasaan siapa orangnya! Kenapa dia muncul semula di sini? 
Urghh!
Bersama debaran di dalam jiwa aku terus mendongakkan kepala. Nyata wajah serius itu sedang merenung ke mari dalam keadaan sedikit tergamam. Tuan Aidid aku lihat terus melepaskan pegangannya di lenganku.
"Be careful." Pesannya dengan serius. 
"I'm sorry Tuan Aidid. I'm sorry.." 
Dalam sejuta kekalutan aku bersuara. 
Dia aku lihat melarikan anak mata ke arah lain untuk seketika sebelum matanya berada kembali di wajahku. Makin tak selesa apabila pandangan mataku bertemu dengan Maya Nisreen yang memakai dress paras lutut yang dipadankan dengan jaket bulu-bulu dan boots hitam. Wow..hari-hari dress to impress agaknya gadis ini. sentiasa up-to-date!
Aku terus mengundur dua langkah ke belakang menjauhinya dan mendekatkan diri pada Abang Lan dengan debaran yang menggila di dalam dada. 
Aduh..bila sotong aku nak siap ni? Baru sahaja hendak menenangkan diri, kedengaran satu suara menampar gegendang telingaku.
"Excuse me..you kerja sini?" 
Aku terus mengangkat wajah. 
Terpempan aku jadinya apabila Maya Nisreen sedang merenung ke arahku dengan tajam. Terus aku menganggukkan kepala ke arahnya.
"Ye.." Ucapku. 
Dah kenapa pula ni? 
"I nak 2 lobsters and 2 chicken thighs please." Pesannya dengan nada yang sombong. 
Siap jeling tajam lagi. Terkaku aku seketika. Namun aku tetap juga menganggukkan kepala. 
"Er..okay."
Mana ye tray untuk lobster? Ha tu dia! Terus aku melangkah ke sebelah kiri. Pinggan aku capai dengan cermat. Baru sahaja hendak mencapai pengepit besi untuk mengambil udang galah buat gadis itu, pinggan di tanganku dirampas oleh seseorang. Tersentak aku jadinya. Terus aku mendongakkan kepala. 
Tuan Aidid? 
Tegang wajahnya saat ini. Wajahku direnung tajam. Salah apa pula yang aku buat?
"Ini bukan kerja kau. Is it so hard to say no? Hm? Dah takde mulut ke nak bersuara?" Soalnya bertalu-talu dengan nada serius tetapi ton suara dikawal rapi. 
Terkedu aku jadinya. Keras rasa lidah melihat pandangan yang dihunuskannya ke wajahku itu. Tapi aku cuba juga membuka mulut.
"Tapi, saya kan pekerja di sini.." Ujarku dengan perlahan. Maya yang tadinya berada di belakang Tuan Aidid itu melangkah ke mari dengan penuh gaya. 
"What's wrong, Aqashah? Salah ke kalau I suruh dia ambilkan I makanan?" Soal Maya dengan wajah yang hairan. 
Dengan tajam dia mengerling ke mari sesaat sebelum merenung dengan manja ke arah Tuan Aidid.
"Yes, salah. Sebab itu bukan tugas dia. She is my mom's care-taker." Beritahu Tuan Aidid dengan tenang. 
Kemudian, pinggan di tangannya diletakkan di atas meja. Aku lihat Maya terus ketawa kecil sambil menutup bibir sedikit. Rambutnya yang panjang mengurai disebakkan ke belakang.
"Wow..naik lemak la staff you kalau you layan macam ni.." Perlinya. 
Perlahan aje suara itu tetapi sangat menusuk dalam sanubari aku. Naik lemak? Sabar, sabar. Nasib baiklah tidak ada yang mendengar perbualan kami. Mungkin kerena mereka nampak seperti kami sedang berbual dengan aman agaknya.
Tuan Aidid terus menudingkan jari ke arah Abang Lan dan pekerja-pekerja lain yang sedang sibuk melayan tetamu. 
"You can ask those guys to help you. They are in charge of this BBQ section." Beritahu Tuan Aidid. Serentak dengan itu juga kedengaran suara Abang Daus di hadapan sana. 
"Tuan Aidid! Nak makan apa ye?" Soalnya bersama senyuman lebar.
 Belum sempat aku mendengar jawapan lelaki ini, nama aku pula dipanggil oleh Abang Lan. 
"Tia.."
Terus aku melangkah dengan laju ke arah Abang Lan. Leganya! Nasib baik lagi si Maya tu tak perasan aku orangnya yang dia terjumpa dulu di bawah kondo Qashah. 
"Nah, makanan Tia dah siap." Ucapnya sambil menghulurkan dua pinggan  makanan yang aku pesan. Terus aku mencapainya dengan cermat. 
"Thank you Abang Lan." Ucapku. Tapi terkedu aku jadinya apabila di bawah pinggan kanan yang Abang Lan hulurkan itu terdapat sehelai kertas yang dilipat kemas. Berkerut dahiku.
"Abang yang hujung sekali tu kasi surat." Ucap Abang Lan.  
"Hah?" 
Terus aku mencerunkan anak mata ke arah pekerja yang dimaksudkan itu. 
Tersenyum malu pula dia. Aduh..dia ni la yang tenung-tenung aku tadi. Masalahnya, deheman seseorang membuatkan aku tersentak. Mana mungkin aku tak kenal suara itu? 
Aku mendongakkan kepala ke arah lelaki di sebelahku ini. Tapi dia tak pandang sini pun. Maya aje yang sedang menjeling tajam ke mari dengan pandangan tak puas hati. Hmm..bila pulak Tuan Aidid berdiri sebelah aku? Terus aku bersuara pada Abang Lan.
"Tia pergi dulu. Thanks Abang Lan untuk makanan ni." Ujarku dengan otak yang serabut. 
Dengan rasa gugup aku terus melangkah ke arah meja semula. Eeee time-time tu lah ada orang nak bagi surat pun! Masalah dengan Qashah pun belum selesai, tak ingin aku nak tambah masalah baru. Ah, mungkin aku akan betul-betul suruh mak atau ayah carikan jodoh untuk aku. Malas nak bercintan-cintun! Buat pening otak je! 
Sesampai sahaja di meja, dapat aku dengar suara Mak Ngah sedang mengeluh.
"Kesiannya dengan datin.." 
Terus aku melarikan pandangan ke arah meja di hadapan sana. Nyata Datin Mahani tidak lagi berada di situ. Tersentak aku jadinya.
"Kenapa dengan datin, Kak Fira?" Soalku dengan penuh minat. Punggung aku labuhkan ke atas kerusi. 
"Tadi, datin mula rimas dan mengalirkan air mata. Tapi taklah sampai tersedu-sedu dan meraung. Jadi, Dato' Aziz minta Kak Fira hantarkan dia ke dalam. Sekarang Dato' Aziz sedang menemaninya di dalam tu." Kata-kata Kak Fira membuatkan aku terperanjat besar.
Baru tadi aku lihat dia dalam keadaan yang sangat tenang. 
"Mungkin tak selesa sebab ramai sangat orang." Tebak Mak Ngah. Kak Fira terus menganggukkan kepalanya. 
"Agaknyalah Mak Ngah. Emosi datin belum pulih sepenuhnya." Ujar gadis ini.
Aku sekadar mendengar sahaja. Entahlah, semenjak pagi tadi emosi Datin Mahani tidak begitu stabil. Aku melepaskan keluhan berat. Harapnya bila pulang ke Tanjung Malim esok keadaannya akan bertambah baik. 
"Wahh makanan kita dah sampai Mak Ngah!" Sorak Kak Fira dengan gembira sekali sambal merenung ke arah pinggan berisi makanan yang dipanggang di atas meja.
"Tia..makanlah char koay teow tu, nanti sejuk pulak." Ujar Kak Fira. 
Aku terus menganggukkan kepala ke arahnya.
"Okay!"
Sebelah tangan menyudu char koay teow ke mulut. Tapi sebelah tangan lagi sudah mula membuka surat di atas riba. Dalam cahaya lampu yang samar-samar di halaman rumah ini aku membaca ayat yang tertera dalam surat.
"Jazman : 017-77789000"
Lah, nak berkenalan ke apa ni?! Memang tak lah aku nak menelefon bagai! Lucu pula aku jadinya saat ini. Terus aku merenyukkan surat dalam genggaman. 
"Psst..Tuan Aidid." Bisik Kak Fira. 
Wajah aku angkat ke hadapan. Benar, Tuan Aidid dan Maya sedang melabuhkan punggung di atas kerusi pada meja di hadapan kami. Nasib baiklah Maya duduk di atas kerusi yang membelakangi aku. Terdiam aku jadinya apabila sepasang mata yang berhantu itu secara tak sengaja berlaga dengan pandanganku. Terus aku berdiri dan melangkah dengan tenang ke gerai air yang berada jauh di hujung halaman vila ini. Dari bawah pokok aku merenung ke arah Tuan Aidid yang sedang menjamah makanan. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini untuk menenangkan diri. 
"What are you looking at?"
Anak mata yang melekat di wajah Tuan Aidid kini aku larikan ke lelaki yang sudah pun berdiri di sebelahku. 






                    

"Qashah??" Soalku dengan sangat terkejut. 
Sejak bila pulak badigol ni sampai? Ya Allah dia benar-benar datang ke Cameron Highlands?Aku ingatkan dia main-main aje.  Memang sewellah dia ni! Aku hanya mampu merenung dengan jiwa yang kusut sahaja ke arah lelaki yang memakai jaket kelabu di tubuh ini. Senyuman manis dihadiahkan kepadaku.
"Do you miss me?" Soalnya dengan sangat romantik. 
Aku terus menjegilkan mata ke arahnya. 
"Boleh tak jangan tanya soalan yang mengarut?" Soalku.
Eleh rindu konon. Entah-entah baru lepas berdating dengan Emylia. Well,we never know..right??
Nasib baiklah kedudukan kami agak tersorok sedikit. Tidaklah Mak Ngah atau Kak Fira perasan yang aku sedang bersembang dengan dia ni. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"We need to talk." Ucapnya serius. 
Aku terus memicit dahi dengan kedua-dua belah tangan. 
"Kan saya cakap, dah takde apa lagi yang nak dibincangkan, Qashah.." Keluhku dengan sangat tertekan. Dia ni nak suruh aku cakap bahasa tamil atau mandarin agaknya? Baru faham?!
"No..please, Tia! Kita betul-betul perlu berbincang tentang kita." Sanggahnya.
Kita? Perkataan itu dah tak wujud, Qashah..rintihku dalam hati. Nafas aku tarik dalam-dalam dan aku terus bersuara untuk kesekian kalinya pada lelaki ini. 
"Ayden Aqashah, saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya minta maaf kalau awak kecewa dengan keputusan saya. Tapi, saya tak boleh paksa hati saya, Qashah. Hati saya masih terluka." Ucapku dengan bersungguh-sungguh untuk membuatkan dia faham. 
Aku lihat dia menggelengkan kepalanya saat ini.
"Tapi, Tia.."
Kata-katanya aku cantas terus. 
"Bayangan awak dan Emylia akan sentiasa menghantui saya. Tolonglah faham.." Rayuku dengan semahu-mahunya.
"Apa yang saya perlu buat untuk awak terima saya?" Soalannya membuatkan aku bertambah kusut. 
"Nothing..please, beri saya ruang? Jangan paksa saya macam ni." Pintaku pada lelaki ini. Dia aku lihat mendepakan kedua-dua tangannya dengan wajah yang sedikit tegang.
"Well, looks like awak tak mahu langsung beri saya peluang. Maka, terpaksalah saya beri kata dua." Lain macam betul ayat yang keluar dari bibirnya. 
Terus aku mencerunkan anak mata ke arahnya. 
"What do you mean?" Soalku dengan sedikit hairan. 
"Pilih antara dua, awak nak saya buat pengumuman yang kita akan berkahwin secepat mungkin di hadapan semua orang di sini atau awak ikut saya ke satu tempat yang lebih sesuai untuk kita berbincang." Selamba sahaja dia berkata begitu saat ini. 
"Qashah!" Terjerit kecil aku jadinya. 
Terus aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Nyata pandangan aku bertemu dengan Tuan Aidid. Tidak berkelip dia memandang ke mari. 
"You can say whatever you want..tapi, kalau awak tak mahu saya buat pengumuman seperti itu, masuk dalam kereta in 5 minutes time." Ugut Qashah dengan bersungguh-sungguh. 
Aku tahu lelaki ini tidak main-main. Aku tahu dia mempunyai potensi untuk melakukan perkara itu. Nafas aku tarik dalam-dalam. 
"Kenapa awak buat saya macam ni? Tak pernah ke awak berfikir walaupun sedikit tentang perasaan saya?" Soalku dengan sangat lirih. 
Kenapa dia masih mahu menyakitkan aku? Tidak cukupkah kesakitan yang dia bawa sebelum ini??
"Qashah..cinta itu membebaskan. Bukan menguasai! Faham tak? Mana boleh paksa-paksa saya begini?" Dengan sangat kecewa aku mengucapkan kata-kata itu. 
Aku lihat dia ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. 
"Membebaskan? No..saya tak sebodoh itu untuk lepaskan awak..I love you, Tia!" Tegasnya dengan wajah yang sedikit tegang. Nampaknya dia memang nekad kali ini. 
Kaku aku jadinya. Ya Allah apa aku nak buat ni? Kalau aku tak endahkan permintaannya untuk berbincang, dia akan buat pengumuman kat depan sana tu yang kami akan berkahwin tak lama lagi. Aku tak mahu berkahwin dengannya. Malah aku belum bersedia untuk berkahwin dengan sesiapa pun buat masa ini. 
"I'm giving you 5 minutes to decide. Make your choice and be brave to accept the consequences ya!" Ugutnya sambil merenung ke mari. Kedua-dua belah tangan aku tekapkan ke wajah. Ya Allah, pilihan apa yang aku ada saat ini?
"Make a wise decision, sayang.." Kedengaran lelaki itu berbisik saat ini.
Kemudian, dia terus melangkah dengan tenang ke arah pintu pagar utama. Aku pula hanya mampu pegun di sini memerhati bayangan lelaki itu menghilang dari pandangan bersama otak yang semakin kacau bilau.
***
BAB 20
Sudah 10 minit kereta bergerak dalam kegelapan malam namun Qashah tetap diam seribu bahasa. Hah! Tadi cakap nak bincang sangat. Dah kenapa jadi bisu pula? Aku mengerling ke arah lelaki yang sedang memandu itu. 
"Qashah..awak nak bawa saya ke mana ni?" Soalku dengan geram.
Kedengaran dia ketawa kecil. Wajah aku dikerling sekilas. 
"Somewhere beautiful." Ucapnya sambil memfokuskan pandangan pada jalan raya. 
"Just you and me.." Sambungnya lagi. 
Entah kenapa aku rasa sangat tidak sedap hati. Memulas-mulas isi perut. Entahlah, Qashah yang dulunya selalu buat aku selesa kini sedikit menggerunkan pula. Tiba-tiba dada aku terasa sesak.
Ya Allah kenapalah aku ambil risiko untuk masuk ke dalam kereta ni? Tapi, jika tidak si sewel ni umumkan yang kami akan berkahwin, lagilah masalah! Walaupun begitu, untuk berada dengannya di dalam kereta tanpa tahu ke mana arah tujuannya juga adalah sesuatu yang membahayakan. Cemas terus hati aku.
Sumpah aku dah tak dapat berfikir dengan baik tadi gara-gara terlalu takut dia buat pengumuman yang bukan-bukan tu. 
Aku menarik nafas dalam-dalam. Anak mata kuliarkan ke arah luar kenderaan. Kiri hutan, kanan pun hutan. Sumpah aku dah tak boleh nak husnuzon lagi.
"Qashah, apa yang awak nak bincangkan dengan saya? Cepatlah cakap. Saya nak balik..tolonglah. Saya nak balik vila!" Gesaku dengan sangat tegas.
Aku lihat lelaki itu mengerling ke mari. 
"Sabarlah sayang. We have arrived!" Balasnya.
Kemudian dia terus membelokkan kenderaan ke kiri. Tak sampai dua minit kenderaan dihentikan. Tergamam aku jadinya. Debaran cemas semakin mengasak dada. Terus aku meliarkan anak mata ke bahagian luar kenderaan. 
Tempat apa ni?? Sunyi dan takde orang langsung. Hanya pokok aje di kiri dan kanan.
Sangka aku dia akan bawa aku ke mana-mana kafe atau kedai makan untuk berbincang. Kenapalah aku bodoh sangat ikut dia ke mari. Sebak sudah mula mengasak dada gara-gara rasa takut yang menguasai diri. 
"Let's get out." Ajaknya dengan tenang. 
Aku pula masih pegun di dalam kereta ini. Lelaki itu terus keluar. Berlari anak dia ke sisi kiri kenderaan. Kemudian, dia membukakan pintu untuk aku.
"Let's go." Tangan aku ditariknya untuk keluar. Aku cuba menepis namun tidak berdaya. Sudahnya aku terpaksa juga mengikut. 
"Lepaslah!!" Jeritku dengan geram sambil melepaskan genggamannya pada tanganku. 
Bulat mataku merenung ke arahnya.  Kenapa aku rasa Qashah seperti lain macam sangat malam ni? Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Memang aku betul-betul tak sedap hati.
"Qashah..perlu ke bincang sampai ke sini?" Soalku kepadanya sambil menyandarkan tubuh pada kenderaan. Qashah mendekatiku. Sangat dekat.
"I'm going to ask you one last time. Kau sudi tak jadi isteri aku?" Soalnya. 
Gara-gara rasa takut untuk berkata benar, mengalir air mata di pipiku. Bergetar bibirku saat ini.
"Qashah, saya tak mampu untuk terima lamaran awak." Ucapku dengan sangat perlahan. 
"Saya minta maaf..tapi saya tak mampu." Dalam kesebakan yang menjadi-jadi aku menuturkan kata-kata itu. Air mata yang mengalir aku seka dengan jari. 
Aku lihat lelaki di hadapanku ini sudah mula berang. Terus dia meraupkan wajahnya dengan kasar. 
"Tia..dah banyak kali aku pujuk kau. Malah, aku lamar kau untuk jadi isteri aku yang sah. Tapi, kau tak pernah berikan aku peluang. So, I have no choice."
Terus lengan aku disambarnya kuat. Aku ditariknya ke arah belukar di sebelah kanan kami. Aku pula terus meronta-ronta saat ini. 
"Auchhh sakitlah! Lepas!" Berkerut wajahku saat ini. 
Ya Allah, apa yang dia nak buat dengan aku? Segala macam perkara buruk telah terbayang di minda. Semakin berjuraian air jernih yang mengalir ke pipi. 
"Awak nak buat apa ni Qashah? Mengucap!" Rintihku dengan sangat cemas.
 Sesampai sahaja di dalam semak ini dia terus menolak tubuhku sehingga terjatuh. Sakit terasa bahagian pinggang yang terhempas. Pashmina yang melilit tubuh terus terlerai ke tanah. 
"Kenapa kau tak pernah beri aku peluang??" Soalnya dengan berang. Aku pula terus mengesotkan tubuh ke belakang dengan lutut yang menggeletar teruk. 
Bukan Qashah yang berdiri di hadapanku tetapi syaitan berupa manusia!
"Qashah..awak silap..saya pernah berikan awak peluang tetapi awak hancurkan peluang itu. Awak hancurkan harapan saya.." Rintihku dengan air mata yang berjuraian. 
"Tell me, Qashah..bagaimana saya mahu menerima awak? Hati saya dah awak hancurkan.." Menggeletar bibirku menyoalnya begitu. 
Bersama esak tangis aku cuba untuk berdiri namun lelaki ini terus menindih tubuhku.
"Hanya ini sahaja cara yang aku ada untuk ikat kau, Tia.." Bisiknya di telingaku. Terus aku menjerit dengan kuat apabila kedua-dua tanganku digenggamnya kuat.
"Qashah! Please..ingat Allah. Awak dah gila ke?" Jeritku. Kaki aku meronta-ronta namun tidak ada apa yang dapat aku lakukan. 
 Qashah terus ketawa. Wajah aku dipandangnya seketika. Aku terus berusaha menolak tubuhnya tetapi kudrat aku sebagai seorang gadis membataskan segalanya. 
"Selepas ini kau yang akan merayu untuk cepat-cepat berkahwin dengan aku, Tia.." Dengan riak kemenangan dia bersuara begitu. 
"Am I right?!" Soalnya. Aku terus-terusan meraung dalam belukar ini. 
Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini.
"Tolongggggggg!!!" Aku terus menjerit saat ini dengan sehabis suara.
Tak aku sangka lelaki yang pernah aku cintai ini merentap bajuku tanpa belas kasihan. Terkoyak sedikit bahagian lengan baju saat ini. 
"Tolongggg!!" 
Aku menjerit lagi dan kini Qashah sekali lagi cuba untuk menutup mulutku. Kesempatan itu aku ambil untuk menggigit tangannya sekuat yang boleh. Terjerit kuat jadinya lelaki ini.
"Auchhhh!! Sakitnyaa! Kurang ajar!!"
Tangannya cuba ditarik tapi aku tidak melepaskan. Dapat aku rasa cecair lebat mengalir keluar dari bibirku. Dapat juga dia melepaskan diri dari gigitanku. Cuma terbongkok-bongkok dia mengusap tangannya saat ini. Terus aku bangun dan cepat-cepat berlari keluar dari belukar. Tergamam aku jadinya apabila melihat sebuah kereta Proton Saga dengan lampu yang masih menyala berhenti di hadapan sana.
Terus aku berlari dengan terhuyung-hayang. Tercungap-cungap aku jadinya. Aku tak peduli lagi dengan kasut kiri yang tertanggal dari kaki. Yang aku tahu aku hanya mahu cepat sampai ke kereta. Kaki yang pedih entah terlanggar batu atau kaca tidak aku pedulikan lagi. 
Aku cuba untuk membuka pintu kereta namun tidak berhasil kerana ianya terkunci dari dalam. Terus aku mengetuk-ngetuk cermin kenderaan yang legap saat ini. 
"Tolong saya!" Jeritku sambil menangis dengan semahu-mahunya.







Dengan sangat trauma aku memandang ke belakang dengan jantung yang berdegup cemas. Termengah-mengah jadinya aku saat ini. Nampaknya bayang Qashah sudah menghilang. Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Bersama tubuh yang menggeletar teruk aku merenung ke arah lelaki yang berada di hadapanku saat ini. Semakin sebak rasa di dada dan semakin banyak air jernih yang mengalir di pipi apabila melihat wajah lelaki ini. 
Tuan Aidid?? 
Ya Allah Tuan Aidid rupanya yang memandu kereta Proton Saga ini??
Dalam kesamaran cahaya lampu jalan, aku lihat bulat sepasang mata milik lelaki ini merenung ke mari. Nyata dia sangat-sangat terkejut melihat keadaanku. 
"Tia? What's going on?? Kenapa dengan kau ni?" Soal Tuan Aidid dengan sangat terkejut.
 Anak matanya melekat di bahuku dan aku baru prasan yang baju aku telah pun koyak di bahagian itu. Terus aku menekup kawasan yang terdedah itu dengan tangan kanan. Dia pantas membuka sweater di tubuhnya dan diberikan padaku. 
Bersama tangan yang menggeletar teruk aku menyarungkan sweater di tubuh.
"Get in." Ujarnya yang terus membuka pintu belakang kenderaan. Dia juga turut sama masuk ke bahagian ini. 
"Lock..Lock the door please.." Di dalam kepayahan aku bersuara.
 Air mata seakan tidak mahu berhenti. 
Tuan Aidid hanya mengikut permintaanku. Setelah itu dia mencapai kotak tisu dan diberikan kepadaku. 
"Qashah..! Qashah..." Sumpah aku tak dapat melengkapkan ayat itu.
 Dalam tangisan yang semakin menjadi-jadi aku mencapai beberapa helai tisu dengan sebelah tangan. Kemudian aku mengesat kawasan wajah. 
Terpinga-pinga jadinya dia.
"Qashah cuba nak buat benda tak baik kepada saya." Luahku bersama air mata yang terus-terusan mengalir.
"What??" Soalnya bagai tidak percaya.Turun naik dada lelaki ini gara-gara berang dengan Qashah.
Terus dia memfokuskan pandangan ke arah kereta lelaki itu di hadapan sana. Bayangnya masih tidak kelihatan di sini. 
"Where's he?" Bentaknya dengan penuh amarah.
"Saya tak tahu. Dia dah pergi.." Di dalam sedu-sedan aku bersuara.
 Semakin kuat aku menangis dengan tubuh yang terhinjut teruk. Demi Tuhan aku takut. Terlalu takut. Masih aku terasa tangan kasar yang menjalar di lenganku sebentar tadi. 
"Just wait here." Pesannya dengan nafas yang turun naik.
 Mungkin dia hendak mencari Qashah! Baru sahaja dia ingin membuka pintu kenderaan, cermin kereta ini diketuk dari luar. 
Knock! Knock!
Tergamam jadinya aku. Kerana cuaca yang gelap di luar sana, sukar untuk melihat gerangan wajah yang mengetuk itu. Tuan Aidid aku lihat menarik nafas dalam-dalam saat ini. Dia merenung ke arah aku seketika sebelum cermin kenderaan di bahagian belakang kereta ini diturunkan separuh. Menggeletar tubuhku saat ini. Nyata aku sudah mula rungsing. Kenapa lelaki-lelaki berserban dan berkopiah ini berada di sini?
"Tuan dan Puan ni suami isteri yang sah?" 
Hampir luruh jantung aku saat ini. Ya Allah dugaan apakah ini? Aku lihat Tuan Aidid menoleh ke mari dan sepasang matanya berada di wajahku dengan riak yang sangat terkejut. Tergamam kami berdua untuk seketika namun tidak ada sepatah pun perkataan yang dapat keluar dari bibir kami. Kuat jantung aku berpalu. Debaran kali ini sungguh menyiksa jiwa. Air mata tidak semena-mena mencurah keluar. Aku lihat halkum dan bahagian rahang Tuan Aidid bergerak sedikit. Kemudian, dia menoleh ke arah mereka di luar sana. 
"Well..ada apa-apa masalah ke?" Soalnya yang masih tenang walaupun aku tahu dalam hatinya pasti berkocak hebat kerana kami sama-sama tahu apakah situasinya sekarang.
"Kami dari Jabatan Pencegah Maksiat.." 
Demi Tuhan kata-kata itu membuatkan aku mahu pengsan. Hanya itu sahaja yang dapat telinga aku dengari sebelum kepala aku terasa berpinar. Tersandar lemah aku jadinya. Sesak terasa dada saat ini dengan tangisan yang semakin lama semakin menjadi-jadi. 
Ya Allah,  kenapa kau berikan kami ujian yang sebegini, Ya Allah? Ya Allah..aku tidak kuat. Sesungguhnya aku tidak kuat! Raungku di dalam hati.
***
Love notes
Okay tarik nafas dalam-dalam..inhale..exhale..and inhale again..and exhale! Bertenang semua.. haha xD Tahuu semua orang stress dengan Qashah!  Dengan apa yang dia dah buat, agak-agak Tia masih boleh terima dia ke?
Fatihah Nabila dan Aidid Aqashah..bagaimana dorang nak hadapi ujian ini? 
Setelah ditangkap berdua-duaan, adakah Tuan Aidid akan mengambil tanggung jawab ke atas tuduhan berdua-duaan itu atau laporan polis akan dibuat ke atas Qashah dengan menerangkan perkara sebenar? 
Jika itu terjadi, apakah impaknya pada reputasi Dato' Aziz? Bagaimana pula penerimaan Datin Mahani?
Hmmm..apakah yang akan terjadi selepas ini? Well..well, In syaa Allah persoalannya akan terjawab dalam bab 21!
Terima kasih kepada semua yang sudi baca, sudi like, dan sudi berikan komen ya! Maaf juga jika terdapat apa-apa kesilapan. Versi ini adalah versi sebelum edit. 
Seperti biasa, semua komen boleh diberikan di grup Facebook Bila Suri Ryana Menaip .
Till then, take care everyone!