**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday 21 February 2020

Perfectly Halal! [Bab 14, Bab 15 & Bab 16]













BAB 14                    

BAB 14
Sedap betul scones di sini! Dohnya diadun dengan baik dan dibakar dengan sangat sempurna. Lembut pulak tu. Tidak terlalu manis, membuatkannya sesuai untuk dimakan dengan jem strawberry dan fresh cream. Tidak juga terlalu tawar untuk dimakan begitu sahaja. Roti jenis ini adalah makanan kegemaran orang Inggeris dan kerap dimakan bersama minuman panas ketika minum petang. Ha, dah macam duta scones kan cara aku bercakap? 
Roti yang sedap ini aku palitkan dengan jem yang penuh dengan buah strawberry sebenar dan aku masukkan ke dalam mulut saat ini. Ermmm..enaknya! Kak Fira dan Abang Lan pun senyap sunyi aje menikmati scones di depan mata.










enaknya! Kak Fira dan Abang Lan pun senyap sunyi aje menikmati scones di depan mata

Ramai betul orang yang mahu menikmati minuman petang di  tearoom ni. Nasib baiklah Abang Lan pantas mendapatkan tempat untuk kami. Anak mata berada pada beberapa orang pelayan yang sibuk menghantar pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Tak menang tangan betul mereka. Maklumlah, waktu minum petang. 
Cawan berisi teh strawberry aku capai dan aku rapatkan ke bibir. Air teh yang masih sedikit panas aku hirup dengan perlahan-lahan. Ya Allah nikmatnya apabila sejuk-sejuk begini dapat minum air teh strawberry. Feeling tu lain sekali. 
Baru sahaja hendak feeling-feeling lagi, Abang Lan dah menembak aku dengan satu soalan cepu mas.
"Tia dah basuh baju Tuan Aidid?" 
Kaku aku jadinya. Cawan teh aku letak semula ke atas meja. Baru nak bersuara, Kak Fira yang terlebih dulu menjawab bagi pihak aku. 
"Dah. Awal-awal lagi dia dah basuh. Risau sangat dia ni." Ujar Kak Fira bersama jelingan manja ke mari. 
Abang Lan yang memakai sweater lengan panjang warna merah itu sempat menghirup teh sebelum bersuara dengan riak terkejut.
"Hah? Dah basuh dah?? Tangkasnya.." Anak matanya masih melekat di wajahku. 
Tudung aku betulkan sedikit dan kemudian, aku terus bersuara dengan sangat bimbang.
"Abang Lan..Tia takutlah. Mana tahu kalau Tuan Aidid tak berpuas hati dengan keadaan baju tu nanti.." Keluhku dengan sangat risau. Ahhh boleh potong mood ni!
Kak Fira sekadar mengusap lembut bahuku beberapa kali sahaja untuk tenangkan aku. 
Kenapa dengan Abang Lan ni ya? Lain macam pula dia tenung aku. 
"Abang Lan lagi takut perkara lain je sedang terjadi ni." Ujarnya sambil ketawa kecil. Kemudian, dia mengusap dagunya sambil merenung ke mari.
"Perkara apa pulak Abang Lan?" Soalku kehairanan. Dia masih lagi mendiamkan diri. Haa..ni aku tak suka ni! Tertanya-tanya aku jadinya.
"Entahnya. Abang Lan ni janganlah buat muka misteri macam tu. Suspense lah!" Marah Kak Fira sambil memukul lengan Abang Lan dengan surat khabar di atas meja. Terus ketawa besar lelaki yang bermata sedikit sepet itu.  Wajahnya didekatkan ke mari membuatkan kami bertambah suspense.
"Tia..Tuan Aidid tak pernah layan perempuan macam tu tahu? Perempuan yang baru dikenali pulak tu." Ujarnya dengan sangat perlahan. 
Terkebil-kebil aku merenung ke arahnya. Apa maksud Abang Lan ni? Kemudian, dia bersuara lagi.
"Ingat senang-senang ke dia nak kasi baju mahal dia tu pada orang lain? Suruh basuh pulak tu." 
Belum sempat aku mencelah, dia menyambung kata-katanya.
"Hey..Maya Nisreen pun tak pernah dapatlah privilege tu. Abang Lan tahu sebab Abang Lan adalah pekerja yang paling rapat dengan dia." Meja ditepuknya perlahan saat ini. 
Aku tepuk dahi. Apa yang lelaki ni mengarut ni?!
"Pulak dah! Privilege apanya? Kena basuh baju kut?? Bukannya dia belikan saya baju!" Bidasku dengan geram. Kak Fira dah ketawa kecil. Aku terus meluah rasa.
"Dia buat macam tu sebab dari awal lagi dia tak sukakan saya. Abang Lan, dia ingatkan saya ni ada motif lain bekerja di situ. Dia fikir saya berada di situ sebab Ayden Aqashah." Bersungguh-sungguh aku memberitahu perkara sebenarnya pada Abang Lan. Mata aku julingkan ke atas. Tuan Aidid tu memang sangatlah menyebalkan! 
Kak Fira pula terus menyampuk. 
"Tuan Ayden, kembar Tuan Aidid tu bekas pakwe Tia.." Terang Kak Fira pada Abang Lan. Lelaki itu mendiamkan diri untuk seketika. 
"Oh..Tia ni girlfriend dia yang keberapa?" Selamba sahaja Abang Lan berkata begitu. 
Kemudian, aku lihat dia menekup mulutnya dengan sebelah tangan. Sepertinya terlepas cakap sahaja. Abang Lan pun nampaknya tahu yang lelaki itu adalah seorang kasanova!
"Ish Abang Lan ni.." Kak Fira menampar lengan Abang Lan dengan surat khabar sekali lagi. Mulut dimuncungkan ke arahku. 
"Maaf..maaf. Abang Lan terlepas cakap." Ucap lelaki itu dengan bersungguh-sungguh.
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil tersenyum hambar. 
"Takpe. Memang pun Qashah tu kasanova terunggul. Sebab tu saya putus dengan dia.." 
Cawan teh di atas meja aku capai dan aku bawakan ke bibir. Air teh yang masih bersisa aku habiskan.
"Tuan Aidid." Sebut Abang Lan. 
Tergamam jadinya aku apabila mata Abang Lan sudah mula melirik ke sebelah kiri kami.  Terus aku menoleh dengan hati yang gelisah. 
"Maya Nisreen pun ada sekali." Kak Fira pula berbisik kepadaku. Aku hanya memerhati sahaja ke arah mereka. 










                    

Benar, pasangan kekasih itu sedang beriringan melangkah masuk ke dalam tearoom ini. Wow..boleh tahan sweet jugak dorang ni. Macam berjanji! Tuan Aidid kelihatan segak dengan kemeja biru di badan. Ada sweater berwarna putih diikat kemas pada lehernya. Maya Nisreen pula nampak elegan dengan dress berwarna biru  pastel separas buku lali di tubuhnya. Kemudian, sweater berwarna putih turut diikat pada bahagian pinggangnya. Mungkin untuk digunakan ketika dia berasa sejuk nanti. Kemas tangannya memaut lengan sasa Tuan Aidid. Boleh dikatakan semua mata yang berada di dalam tearoom ini tertumpu pada mereka. Semua pelayan yang berada di sini juga seakan mengenali mereka. Semuanya tidak melepaskan peluang untuk menegur pasangan itu. Siap bawakan mereka ke meja yang sememangnya dikosongkan dari awal lagi. Masalahnya, meja tu berada betul-betul di hadapan meja kami. Ah sudah!
Aku, Kak Fira dan Abang Lan terdiam memerhati mereka. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, aku lihat Maya terus memesan makanan. Pengurus tearoom ini sendiri okay yang ambil order! Tidak perlu tengok menu pun. Petah dia memesan itu dan ini. Tergamam aku jadinya apabila mata aku dan Tuan Aidid bertembung. Terus aku melarikan anak mata pada Kak Fira. Baru sahaja hendak bersuara, lelaki itu sudah berdiri di hadapan meja kami, betul-betul di sisi aku. Mulalah jantung aku berubah rentak! Sempat aku mengerling ke arah Maya. Nampaknya gadis itu  masih sibuk berbual dengan pengurus di sini.
"Abang Lan." Tegur lelaki ini. Aku tak berani nak pandang wajahnya.
"Tuan Aidid." Abang Lan terus menarik kerusi.
"Duduklah Tuan Aidid."  Jemput Tuan Aidid. Terus lelaki ini menggelengkan kepalanya. 
"No, it's okay." Dia menolak. Kemudian dia bersuara lagi pada Abang Lan.
"Ni..Dato' ada di rumah tak?" Soalnya. Abang Lan menggelengkan kepala.
"Dato' dan Datin Mahani ke ladang teh hari ni. Abang Daus bawakan. Tuan Aidid pun tahu kan yang tempat itu mempunyai sentimental value yang tinggi pada mereka."  Beritahu Abang Lan. Perlahan Tuan Aidid menganggukkan kepalanya. 
"Betul." Sokongnya sepatah. Terkedu aku jadinya apabila dengan tiba-tiba nama aku disebut. 
"Hm..Tia." 
Terus aku bangun berdiri. Apa lagi ni???
"Yes Tuan Aidid." Kelam-kabut aku bersuara. Gelisahnya...janganlah tenung aku tajam-tajam macam tu! Aku mengomel dalam hati.
"When can you return my shirt?" Soal lelaki berhidung mancung ini dengan serius. Sebelah keningnya terjungkit ke atas. Baru aku perasan bahagian hidungnya  sedikit kemerahan gara-gara digigit angin dingin.
"Esok. Saya dah basuh dan sidai pun baju tu. Sebab tu lah saya keluar jalan-jalan. Semua tugasan saya dah uruskan." Panjang lebar aku menjawab. T
ak mahulah pula dia cakap aku curi tulang!
"Good. Panjang pula jawapan." Komennya dengan wajah yang beku. Poyo betul! Hobi dia ni memang menyindir aku ke?
Eiii! Aku siram juga dengan air teh Kak Fira yang masih bersisa tu! Teh aku dah selamat masuk perut. 
"Abang Lan, jumpa nanti." Ucapnya kemudiannya dan dia menepuk dua saat bahu Abang Lan. 
Abang Lan juga turut sama bangun tika ini.
"Okay Tuan Aidid." Balasnya dengan penuh sopan.
Aku terus duduk dan tayang muka tak puas hati pada Kak Fira. Abang Lan pula dah mula ketawa kecil ke arahku.
"Habislah Tia. Tuan Aidid tertunggu-tunggu baju dia tu." Usik Abang Lan, menambahkan gabra di hati. Alamak..janganlah jadi apa-apa pada baju itu! Sempat lagi aku berdoa. 
Anak mata mengerling ke arah Tuan Aidid dengan pandangan tak puas hati. Ada aje benda nak membahan aku. Eeee menjengkelkan betullah!  Dengan tidak semena-mena dia yang tadinya sedang merenung ke arah menu terus mengerling ke mari. Terus darah menyerbu ke wajah. Mampu membuatkan aku gugup. Sepasang mata itu terlalu berhantu! Tak boleh jadi ni!
"Erm..Kak Fira. Nak petik strawberry tak? Jom!" Ajak aku pada Kak Fira. Kak Fira kelam-kabut menghabiskan sisa air teh di dalam cawannya.  Terus dia menganggukkan kepalanya.
"Nak! Abang Lan nak ikut tak?" Soalnya pada lelaki yang sudah sibuk dengan surat khabar di tangannya itu. Santai betul nampak gayanya membaca.
"Tak mahulah Abang Lan. Abang Lan tunggu kat sini je." Jawabnya bersama gelengan. Kak Fira tayang muka pelik.
"Aik, tak nak bawa balik strawberry  untuk family?" Soal Kak Fira.
Abang Lan mengerutkan wajahnya.
"Ala..karang Abang Lan beli aje lah yang dah siap pack tu. Tak kena dengan jiwa Abang Lan  lah petik-petik strawberry ni. Tak rock la." 
Pulak dah! Lawak betullah Abang Lan ni! Mat rock rupanya dia. Aduhai!
"Hmm apa-apa je lah ye. Tunggu sini tau." Pesan Kak Fira. Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala sahaja.
Aku dan Kak Fira sama-sama bangun dari kerusi. Sedaya upaya aku cuba untuk tidak memandang ke arah Tuan Aidid. Canggungnya! Terus aku mengekori langkah Kak Fira. Nafas lega aku hembus sebaik sahaja melangkah keluar dari tearoom itu.  Esok juga aku akan pulangkan bajunya tu. Tangan kanan mengusap pipi yang dihembus angin dingin. Oh..patutlah tak nampak langsung batang hidungnya kat dalam vila. Rupanya Tuan Aidid sibuk berdating dengan Maya Nisreen. Agaknya, dia lebih selesa  tinggal di hotel aje untuk memudahkan dia keluar dating dengan teman wanitanya itu. Lebih privasi!
Hmm..bagus juga. Bebas sikit aku kat dalam vila tu. Suka hatilah kau lah nak tidur mana  wahai Tuan Aidid! Asalkan kau bahagia!
***
BAB 15
"MN Strawberry Farm ni memang terbaikkklahh! Cenggini ha!" Ibu jari aku angkat tinggi ke arah Kak Fira. Ketawa kecil jadinya dia. 
Bukan setakat kebunnya sangat luas dan besar, di sini juga mempunyai tearoom dan kedai menjual cenderahati. Patutlah ramai orang yang datang ke kebun strawberry ini. Pelancong boleh memetik sendiri strawberry yang hendak dibeli. Penjaga kebun tertutup ini siap berikan kami peluang untuk merasa dulu buah-buah strawberry di sini. Memang terbukti besar-besar dan manis-manis belaka! Aku dan Kak Fira pun apa lagi, seronoklah capai bakul dan tidak mahu melepaskan peluang untuk petik sendiri strawberry yang segar-segar kat sini. Bila lagi kan? 
Pandangan aku liarkan pada lorong-lorong pokok-pokok strawberry di hadapan sana. Banyak betul lorongnya. Setiap lorong mempunyai 4 tingkat barisan pokok-pokok strawberry yang lebih tinggi dari ketinggian aku.










 Setiap lorong mempunyai 4 tingkat barisan pokok-pokok strawberry yang lebih tinggi dari ketinggian aku

"Kan akak cakap..Abang Lan tahu selok-belok di sini. Kebun ini antara yang paling popular di Cameron Highlands tau. Tia tengok kat instagram page dorang. Berpuluh ribu followers dorang ada! Tengoklah betapa ramainya orang yang datang ni?" Puji Kak Fira.
Aku terus menganggukkan kepala tanda setuju. Sweater di tubuh aku betulkan sedikit. Cuacanya nyaman sekali di sini tetapi sejukkk! 
"Betul. Nasib baik ada Abang Lan. Maklumlah, banyak sangat kebun di Cameron ni. Kita pun tak tahu mana yang best." Aku menyokong kenyataan Kak Fira.
Anak mata meliar ke arah pasu-pasu yang turut digantung pada bahagian bumbung. Buah-buah strawberry yang merah bergantungan benar-benar membuatkan hati aku tak sabar nak jalankan aktiviti memetik!
Bersama bakul di tangan aku berjalan beriringan dengan gadis yang memakai sweater hitam yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hijau teal ini ke lorong sebelah kanan kami. Kemain vass lagi Kak Fira yang dah semenangnya cantik ini bergaya. Siap pakai boots hitam paras buku lali okay! Bila lagi nak feeling kat overseas kannn! 
Abang Lan pulak, bab-bab memetik buah ni tak masuk dengan jiwanya yang rock tu, katanya. Jadinya, dia memilih untuk terus berada di tea room aje menunggu kami.  Anak mata memerhati sebuah keluarga di bahagian depan sana yang sedang memetik strawberry. Boleh tahan ramai juga orang kat dalam ni walaupun hari ini hari jumaat. Seronok rasa hati apabila di depan dan belakangku kini penuh dengan pokok strawberry!










 Seronok rasa hati apabila di depan dan belakangku kini penuh dengan pokok strawberry!                    

"Tiaa!! Kat lorong ni banyak yang besar-besar. Meh sini!" Kak Fira menjerit kecil .
Eh mana orangnya? Tercari-cari aku jadinya. Dari celah-celah pokok-pokok strawberry kelihatan wajah teruja Kak Fira sedang memetik strawberry di lorong sebelah.
Aik, tak perasan pula Kak Fira dah menghilang! Terus aku melangkah laju ke situ. Di dalam bakulnya dah ada segenggam strawberry pun! Pantas! Anak mata merenung ke arah buah-buah yang segar yang berwarna merah dan tergantung cantik pada pokoknya. Aku terus mencapai gunting di dalam bakul dan mula memetik strawberry dari pokoknya. 
Dalam pada asyik meneliti strawberry yang besar dan merah untuk dipetik, terasa seperti ada orang menyiku aku. Terus aku toleh ke kiri. Kak Fira dah muncungkan mulut ke lorong sebelah. Wajahnya misteri habis. Dengan blur aku dongakkan kepala ke lorong kananku. Cuba mengamati apa yang berada di lorong sebelah dari celah-celah pokok strawberry ini.
Tuan Aidid dan Maya Nisreen! Aik! Dah habis ke minum teh?
Terkaku aku seketika. Rambutnya yang panjang itu digayakan dengan gaya half up dan half down. Maya yang nampak sangat lemah-lembut itu  membelek strawberry di depan matanya dan kemudian membetulkan kedudukan pasu-pasu pokok. Sambil berkata-kata sesuatu pada Tuan Aidid, dia menudingkan jari ke arah pokok-pokok strawberry di hadapannya tu. Tidak, mereka tidak memetik strawberry pun. 
Tuan Aidid pula nampak sibuk benar dengan telefon bimbit di tangannya. Dia ni ada aura yang buat hati aku tak senang duduklah! Aduh, mulalah perasan bercampur-baur itu datang balik. Alamakkk! Teringat pula bajunya yang berada di ampaian itu. Bilalah nak kering? Aku dah tak sabar nak pulangkan balik. Risaunya hati. Terus aku menarik hood pada sweater supaya menutup bahagian kepala. Harap-harap dia tak perasanlah kelibat aku di celah pokok-pokok yang disusun di atas para yang tinggi ini.
"Itulah bakal isteri Tuan Aidid..Maya Nisreen." Bisik Kak Fira di telinga kiriku. 
Gadis ini tidak tahu yang aku pernah bertemu dengan Maya sebelum ini. 
"Owh.." Itu sahaja yang keluar dari bibirku. 
Aku terus mencangkung gara-gara tak mahu bertemu wajah dengan lelaki itu. Kemudian, aku terus menyambung kerja-kerja memetik strawberry yang berada di tingkat yang paling bawah ini dengan menggunakan gunting. Kak Fira turut sama mencangkung di sebelahku.










 Kak Fira turut sama mencangkung di sebelahku                    

"Pilihan keluarga..Datin Mahani suka sangat dengan dia." Cerita Kak Fira lagi dalam keadaan berbisik.
Aik, sepertinya pernah aku dengar cerita versi ini sebelum ni. Tapi di mana ya? Aku mengerutkan wajah. Owh, dari Ica! Aku menoleh ke arah Kak Fira.
"Owh, ye ke?" Soalku.
 Lincah tangan Kak Fira menggunting bahagian hujung strawberry ke dalam bakul. Sesekali dia mengerling ke arah pasangan kekasih itu dari celah-celah pokok.
"Iya...dulu Maya tu rapat sangat dengan Datin Mahani. Tapi, sejak datin terlantar, jarang-jarang betul dia ziarah datin di rumah." Luah Kak Fira dengan nada sedih. 
Aku terus terdiam. Entahlah bila berbicara tentang Datin Mahani, hati aku pasti rapuh. Mungkin kerana Datin Mahani lebih kurang sebaya dengan mak di rumah. Jadi aku sedikit sensitif apabila berbicara tentangnya. Demi Tuhan aku sangat-sangat kasihan melihat keadaannya tu. Ya Allah, kau sembuhkanlah Datin Mahani Ya Allah..amin Ya Rabb..
"Dia busy agaknya Kak Fira.." Celahku dengan sangat-sangat perlahan. 
"Maybe!" Nada suara Kak Fira seperti tidak bersetuju aje denganku. 
"Psstt jomlah kita ke lorong lain." Ajak aku sambil memuncungkan ke arah lorong sebelah. Tak selesalah! Mana tahu tiba-tiba dia muncul di sini pula?
"Ehhhh! Kenapa pula? Kita bukan buat salah pun. Lagipun kat sebelah sana tu ramai oranglah Tia..kat sini banyak buah-buahan yang besar-besar dan segar-segar." Bisik Kak Fira. Mahu tak mahu aku hanya menganggukkan kepala sahaja. 
"Okay.."
Ah, lagipun pokok-pokok ini disusun secara bertingkat dan tinggi. Kalau aku mencangkung begini, gerentilah dia tak perasan aku.
"So, apa pendapat you dengan cadangan I, honey?" 
Tersentak terus aku jadinya apabila mendengar suara manja Maya. Pandangan aku dan Kak Fira bertautan. Gadis itu mengenyitkan mata ke arahku dan jari telunjuk dilekapkan pada bibir menyuruh aku diam. Nampak sangat dia nak intai perbualan mereka. Nakal tau Kak Fira ni.
Kedengaran Tuan Aidid melepaskan keluhan berat. Aik, dengan awek cun pun kau nak mengeluh? Dah kenapa??
"As I told you before, Maya..I tak akan proceed dengan engagement or nikah selagi my mom belum pulih." Tegasnya dengan nada suara yang dikawal rapi. 
Isk, risaunya dengar suara itu. Kalaulah dia tahu kami mencuri dengar, masak kami!
"Sampai bila? Mama you pasti akan happy kalau kita cepatkan pernikahan kita. Aqashah..takkan you lupa? Mommy I dan mama you sama-sama mahukan kita bersatu. You tak mahu gembirakan mama you?"
 Nyata, Maya tidak gembira dengan jawapan Tuan Aidid itu. Aku nak bangun tapi Kak Fira menyambar lenganku. Siap buat isyarat mata supaya jangan pergi mana-mana. Sebelah tangan menepuk dahi. Dari celah-celah pokok-pokok strawberry dapat aku lihat lelaki itu memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar.
"Come on, Maya..yang nak kahwin tu I dan you. Bukan mama I atau mama you!" Tegasnya dengan sedikit geram. Aku lihat maya mendepakan kedua-dua tangannya. Ops, gaya macam nak peluk lelaki yang bertubuh sasa itu aje. Aku pula yang gerun.
"Well, I cintakan you, Qashah. Mama you sukakan I dan dia memang tak sabar nak tengok kitabersatu. Dah bertahun dia suruh you bertunang dengan I..you je asyik mengelak! Mana tahu selepas dapat berita yang kita akan berkahwin dia terus sembuh?" Cadangan Maya nampaknya ditolak terus oleh Tuan Aidid. 
"Maya..stop being pushy, will you? Dah banyak kali I cakap yang I tak boleh terima you. Tapi, you tetap nak paksa I." Protes Tuan Aidid dengan sangat serius. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.
"Maya, you're still young and stunning. Ramai lelaki lain yang cintakan you. Why me?" Soal Tuan Aidid dengan nada suara yang sudah mengendur. 
"Tolonglah faham Aidid. Please..I cintakan you. I cintakan you dari di campus lagi. Please..don't do this to me. Okay...I sanggup tunggu sampai mama you sembuh. I janji." Rayu Maya dengan suara yang sangat perlahan. Kedengaran Tuan Aidid melepaskan keluhan berat.
"Maya..you akan lelah.." Luahnya lemah. Kemudian dia bersuara lagi.
"One day you'll get tired of loving someone who doesn't love you back." Bicara lelaki itu dengan bersungguh-sungguh. 
Tersentak aku jadinya. Terus aku pandang muka Kak Fira. Nyata gadis itu juga turut sama terdiam.
"No I won't. Sebab I pasti satu hari nanti you akan cintakan I." Bantah Maya dengan penuh yakin. Kemudian, dia terus memaut lengan Tuan Aidid. Lelaki itu pula cuba melepaskan tangannya dari dipeluk Maya Nisreen.
"Maya.." Protesnya dengan nada yang lelah. Tapi, pantas gadis itu bersuara dengan sangat perlahan. 
"Kalau tak sukakan I sekalipun, tolonglah jangan jatuhkan air muka I depan uncle I, Please..?" Gesanya sedikit sinis.
"Now, senyum sikit. Uncle Iqram is here." Pinta gadis itu. 
Uncle Iqram tu agaknya ayah saudara si Maya. Selang beberapa saat aku dengar derapan tapak kaki lain di lorong sebelah.
"Uncle Iq...!" Tegur Maya dengan lenggok yang sangat manja.
 Ada suara matang menjawab teguran itu.
"Maya..
Aku terus bangun berdiri. Kak Fira pula masih tak mahu berganjak. Dia menarik lenganku dan menyebabkan  sebilangan buah starwberry di dalam bakul aku tertumpah ke tanah. 
"Oh mak kau!" 
Terkejut punya fasal suara aku dah terkuat! Terus aku menekup mulutku. Alamak! Janganlah dia dengar! Kak Fira pula kalut mengutip buah-buah starwberry yang jatuh dan memasukkan ke dalam bakul aku semula.
Baru sahaja mendongakkan kepala ke lorong sebelah, nyata pandangan lelaki tinggi lampai itu bertembung denganku.Subhanallah, Indahnya sepasang mata coklat yang disinari cahaya mentari dari luar bumbung plastik ini merenung ke mari. Aku dan dia sama-sama terkaku untuk seketika namun aku cepat-cepat tersedar yang aku dah terlajak balas renungannya itu. Terasa panas wajahku saat ini.
"Hi, Tuan Aidid." Tegurku dengan sangat perlahan bersama senyuman segaris dalam kekalutan jiwa yang menjadi-jadi.
Tak mahulah si Maya Nisreen dengar pulak. Nasib baiklah gadis itu sedang seronok berbual dengan bapa saudaranya sampai tak perasan apa yang sedang berlaku.
Kenapa Tuan Aidid masih merenung wajahku? Kelam-kabut menunjukkan gunting ke arahnya. Tanda aku datang ke sini untuk memetik strawberry! Kemudian, tanpa melihat reaksinya, dengan selamba aku memusingkan tubuh membelakangi lelaki itu bersama jantung yang berdebaran. Gementarnya hati.
In syaa Allah, dia tak perasan aku intai dia. Confirmed dia tak perasan! Mesti dia ingat aku baru sampai. Kak Fira pula sudah berada di sebelahku. Kenapalah aku bangun tadi? Kan dia dah nampak aku kat sini?? 
Patutnya aku jalan itik aje pergi ke lorong sebelah sana tu! Erghh menyesalnya!!
"Relax Tia..dia tak tahu kita curi dengar. Don't worry too much." Pujuk Kak Fira dengan nada berbisik di telingaku.
"Harapnya macam tulah. Lagipun, cara dia tenung saya tak tajam mana pun. Normal je." Balasku pula. Dengan selamba aku sambung kerja memetik strawberry di sebelah sini pula.
"Aidid? How are you? Macam mana masalah visa pekerja asing di ladang teh tu?" 
Kali ni bukan nak curi dengar, tapi suara Uncle Iqram itu memang kuat. 
"Oh..dalam proses Uncle Iq. Insyaa-Allah tak lama lagi solve la tu." Jawab Tuan Aidid. 
"Don't worry. Biar Uncle aje uruskan." Ujar Uncle Iqram. 
"No, it's okay uncle. Uncle dah banyak tolong Warisan group. Now, it's my turn to solve this." Tolak lelaki itu dengan sopan. Tapi, terus terdengar suara manja Maya menyampuk.
"You ni Aqashah..biarlah Uncle Iq nak tolong you. Kenapa nak susah-susah, honey?" Pujuknya. Seakan memaksa pun ada!  
"Ahh don't worry about it, Aidid. With just one call, semua settle. I can assure you that." Ujar Uncle Iqram seperti memaksa Tuan Aidid menerima bantuannya.
"But Uncle Iq.." Lelaki itu tetap mahu membantah tetapi dengan pantas bapa saudara Maya bersuara.
"Let's have a drink!" Cadangnya. 
Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Pandangan kuliarkan ke arah celahan pokok-pokok strawberry. Nyata mereka sudah pun beredar. Nafas aku tarik panjang-panjang. Lega! Cuma Maya Nisreen sahaja yang belum pergi dari sini. Gadis cantik itu kelihatan sedang bercekak pinggang ke arah salah seorang pekerja perempuan.
"Hey, you nak kerja kat sini ke tak nak? Kalau nak kerja, kerja elok-elok ye? Tu..kenapa tak susun betul-betul bakul tu? Dasar pemalas!" Bentaknya.
Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus berambus pergi.
 Tergamam aku dan Kak Fira jadinya. Pekerja itu pula sepantas kilat menyusun bakul-bakul di kaunter. Pandangan aku liarkan ke sekeliling. 
"Kak Fira..dia ke pemilik MN Strawberry Farm ni?" Soalku. Mana tidaknya, gaya mengamuk tu macam dia bos besar kat sini aje!
"Tulah. Kak Fira pun masih tergamam ni. MN..Maya Nisreen..macam betul je, Tia." Dengan wajah yang sedikit berkerut Kak Fira bersuara. 
"Sombongnya.." Luahku dengan rasa terkejut yang masih belum surut. 
Kepala aku gelengkan sedikit.
"Memang patutlah Tuan Aidid tak balas cintanya. Betul kan cakap Kak Fira? Tuan Aidid dipaksa berkahwin dengan Maya Nisreen?!"  Hambur Kak Fira kepadaku. 
Sejujurnya aku malas nak ambil tahu tentang Maya Nisreen dan Tuan Aidid. Bagi aku, mereka sama-sama ikan jerung. Sama cantik sama padan pulak tu. Jadi, takde masalah pun kalau nak bersama. Aku yang ikan bilis ni malas nak ambil port.
"Ala..Maya tu cantik. Lama-lama cairlah Tuan Aidid tu." Balas aku kemudiannya pada Kak Fira. 
Kemudian, aku terus memeluk lengan gadis ini sambil membelek strawberry yang memenuhi bakul. Cukuplah banyak ni. Kenapa rasa malassss pula nak beli-belah di MN Strawberry ni selepas mendapat tahu Maya adalah pemiliknya? Ikut hati aku tinggal je bakul ni kat sini.
Ha..kau jangan buat hal Tia! Kau dah petik sampai sebakul, lepas tu buat hal tak nak beli pulak! Tak baik tau! Aku menempelak diri sendiri.
"Jom kita pack strawberry ni Kak Fira. Hari dah nak malam ni. Semakin dinginlah..sejuk!" Ajakku. Kak Fira pula hanya ketawa kecil sambil menganggukkan kepalanya.
"Kak fira tahu Tia dah malas nak berlama-lama kat sini kan? Menyampah kan? Jom lah. Kak Fira pun bukannya tahan sejuk sangat."
Aku hanya ketawa besar sahaja mendengar kata-kata Kak Fira itu. Aku dan Kak Fira, walaupun baru berkawan tetapi memang sejiwa dan sekepala. Langkah kaki kami halakan ke arah kaunter penimbang. Harga yang perlu dibayar nanti bergantung pada jumlah berat buah strawberry yang dikutip. Sememangnya aku memetik lebih sedikit buah untuk dibawa balik pada keluarga aku di Tanjung Malim tu. Ini pun entah-entah tak cukup. Nantilah tambah lagi. Beli yang dah dibungkus siap aje di kedai lain. Senang!
***
BAB 16










                    

Baju kemeja berwarna putih di tangan aku belek dengan hati yang berlagu riang. Dah kering pun baju Tuan Aidid. Rasanya dah 10 minit aku meneliti setiap inci baju di hadapan mata ini. Bukan apa, sengaja mahu memastikan yang keadaannya bersih dan sempurna. Tubuh kusandarkan pada dinding bilik yang dicat dengan warna krim untuk seketika. Hmm, bagaimana aku nak pulangkan baju ini sekarang kepada lelaki itu sedangkan dia memang tidak menginap di sini?
Kaki melangkah ke arah meja. Beg kertas yang aku dapat semalam semasa belikan t-shirt untuk Ica dan ayah aku capai. Kebetulan dapat dua beg. Baju ayah aku masukkan ke dalam beg kertas yang berisi baju Ica. Langkah kaki aku atur menuju ke arah meja solek sambil memasukkan baju kemeja Tuan Aidid ke dalam beg kertas yang kosong di tangan. 
Urghhh! Sejuk betul pagi ini! Sweater berwarna merah aku capai dan aku sarungkan pada tubuh yang dilapisi blouse biru. Tudung bawal berwarna nude brown aku kenakan ke kepala. Nasib baiklah tergerak hati nak bawa dua helai sweater ke mari. Kalau tak, sejuk kejunglah jawabnya!
Niat di hati mahu berikan baju Tuan Aidid ini pada Abang Lan. Mana tahu Abang Lan akan berjumpa dengan lelaki itu nanti? Jika tidak, terpaksalah aku pulangkan ketika di Tanjung Malim aje nanti. Sejujurnya, aku tak suka nak simpan baju lelaki itu lama-lama. Lagi-lagi setelah dia mengingatkan tentang bajunya ni di MN Strawberry Farm semalam. Setelah membetulkan kedudukan oversized sweater paras lutut yang aku padankan dengan jeans hitam di tubuh, aku terus melangkah keluar dari bilik.
Anak mata mencari-cari kelibat Abang Lan di ruang tamu saat ini. Takde pulak. Sunyinya rumah ni! Hanya suara Kak Fira dan Mak Ngah yang sedang berbual di dapur sahaja dapat aku dengar dengan sayup-sayup dari sini. Apalah agaknya yang dibualkan tu? Bukan main lagi Kak Fira ketawa sakan! Mak Ngah kan suka buat lawak.  Memang tak kering gusi lah. Datin Mahani pula, masa-masa begini memang dia akan berehat di atas katil dalam bilik. Maklumlah awal-awal   tadi kami sudah mandikan dia, sediakan sarapan untuknya dan berikan dia ubat.
Isk, mana Abang Lan ni? Pintu biliknya pun terbuka luas aje. Dari luar ni terintai-intai aku jadinya.
Kosong! 
Jangan-jangan Abang Lan keluar agaknya? Melilau aku mencari lelaki itu. Kaki terus melangkah ke arah hadapan rumah. Melalui dinding kaca ini aku merenung ke luar. Mana tahu Abang Lan berada di luar? Namun, anak mataku menangkap susuk seseorang saat ini.
Tuan Aidid!
Lelaki itu nampak segak walaupun hanya bersweater lengan panjang hitam Adidas yang dipadankan dengan tracksuit hitam juga. Di kakinya tersarung sneakers berwarna kelabu gelap. Terus aku membuka pintu gelongsor dan cepat-cepat aku menyarungkan sandal di kaki. Angin sejuk mula menampar lembut wajah.
“Tuan Ai..” Panggilan aku hanya berhenti di situ sahaja.
Bukan apa, lajunya dia berjalan ke bahagian sisi kanan vila ini. Laju-laju nak pergi mana agakya?! Takkan aku nak memekik pula memanggil namanya? Terus aku mengejar langkah lelaki itu. Dia nampaknya sedang menuju ke arah bahagian belakang vila pula. 
Terpesona aku jadinya apabila tiba di kawasan ini. Terhenti terus langkah kakiku. Aku benar-benar terpukau dengan keindahan alam di kawasan ini. Banyak pokok-pokok yang besar dan tinggi di sini dan kawasannya agak berbukit sedikit. Bunyi burung membuatkan aku tersenyum lebar. Ada sebatang sungai yang sangat kecil dan cetek yang dipenuhi batu mengalir di hadapan sana, membuatkan pemandanganku menjadi sangat sempurna. Subhanallah maha suci Allah. Terlalu sempurna!










                    

Perlahan anak mata menjalar ke arah sebuah rumah kayu yang terbina cantik di atas pokok. Tidak, bukan hanya sebuah rumah pokok berada di atas sana. Tapi dua buah rumah pokok yang dibina di pada pokok-pokok yang berlainan. Sebuah di sebelah kiriku dan sebuah lagi di sebelah kananku. Ada tangga kayu yang tinggi tetapi nampak sangat kukuh terbina dari kayu yang berkualiti tinggi untuk naik ke atas rumah-rumah tersebut. Laju kaki berlari anak ke arah Tuan Aidid yang sedang berada betul-betul di hadapan rumah pokok di sebelah kananku. Sebelum dia naik atas tu, baik aku cepat! Sandal dua inci di kaki  membuatkan aku sukar pula hendak bergerak di kawasan berbatu dan berakar besar ini. Beberapa kali jugalah kakiku nak tersadung akar dan batu!
“Tuan Aidid! Tunggu!” 
Akhirnya aku bersuara dengan sedikit kuat. Aku lihat wajahnya berkerut saat ini. 
Tepat anak matanya merenung ke mari. Nyata dia tidak menjangkakan kehadiranku di sini. 
“Why are you here?” Soalnya dengan sangat serius dan sedikit terkejut. Terus pandangan diliarkan ke arah sekeliling. 
Riaknya itu seperti tidak sukakan kehadiran aku di sini pun ada jugak. Aku terus mendekatinya. Dia pula menyandarkan tubuh pada sebatang pokok saat ini sambil berpeluk tubuh. Wajahnya ditundukkan sedikit dan matanya merenung dalam-dalam wajahku. Mulalah jantung aku buat hal. 
Tia, tadi kau berani sangat. Sekarang kenapa rasa gugup pulak ni?
“Do you know this is not a safe place for a girl like you? Hanya kau dan aku aje yang ada kat sini. Tak takut ke?” Soalnya serius. 










                    

Alamak, terus aku memerhati keadaan sekeliling. Sekiranya apa-apa terjadi pada aku di sini, memang Kak Fira dan Mak Ngah tak akan tahu. Jauh ke belakang sangat tempat ni. Sambil menelan liur aku merenung ke arahnya.
“Takut..” Perlahan kepala mengangguk. Kemudian aku bersuara lagi.
“Tadi tak takut tapi sekarang saya takut.” Balasku dengan sangat jujur. 
Aku lihat dia tersenyum sesaat sambil menggelengkan kepalanya sedikit. Resah aku jadinya. Pandangan dihalakan ke hadapan untuk seketika sebelum anak matanya memanah ke mari untuk kesekian kalinya.
“So, kenapa kau kejar aku?” Soalnya bersama kerutan di wajah. 
“Saya nak pulangkan sapu tangan dan baju kemeja Tuan Aidid.” Ucapku bersama senyuman di bibir. Wajahnya tidak lagi setegang tadi. Beg kertas berisi baju di tangan aku hulurkan kepadanya.
Terus dia mencapai. Kemudian, anak matanya aku lihat mengintai baju tersebut dari celahan beg kertas itu.
“Are they clean?” Soalnya dengan sedikit sinis. 
Eh eh dia ni! Soalan mengundang betul. 
Dia ingat aku tak tahu basuh baju dengan tangan ke? Terus aku menganggukkan kepala dengan bersungguh-sungguh. 
“Yes! Bersih. Saya basuh guna tangan. Handwash..seperti yang Tuan Aidid nak.” Jawabku. 
Sebelah keningnya terjungkit ke atas. Seakan sedang menganalisa kata-kataku.
“Hm.” Itu sahaja yang keluar acuh tak acuh dari mulutnya.
 Eiii meluat pulak aku dengan dia ni. Dasar dictator! Kedua-dua belah tangan aku masukkan ke dalam poket pada sisi sweater. Aku terus mendongakkan kepala ke arah rumah pokok yang betul-betul berada di atas kepalaku.
“Tuan Aidid tinggal kat atas pokok tu ke? Patutlah tak nampak Tuan Aidid pun kat vila sejak semalam..” Kata-kata aku nyata membawa riak aneh di wajah lelaki ini. 
Sebelah keningnya aku lihat terjungkit ke atas.
“Kau cari aku?” Soalnya. 
Kemudian, dia meraupkan rambutnya ke atas. Ada senyuman senget menghiasi bibir merah pucatnya membuatkan wajahnya semakin menarik untuk dipandang. 
Tia! Haram! 
Aku terus melarikan anak mata ke arah lain.
“Qashah won’t be happy about this you know..” Tuturnya tenang. Seakan menduga pun ada juga. Matanya masih di wajahku. Mungkin untuk melihat reaksi aku.
Entah kenapa aku rasa lain macam bila nama Qashah disebut. 
Aku tak mahu Tuan Aidid terus-menerus menaruh syak terhadap aku. Aku mahu dia tahu yang aku bekerja di sini bukan kerana Qashah. 
“Seperti yang saya katakan sebelum ni. Saya dah takde apa-apa dengan Qashah. Kami dah putus hari yang Tuan Aidid nampak saya menangis dalam lif tu.” 
Bersungguh-sungguh jugaklah aku bercerita. Biar masuk maklumat tu dalam otaknya. Tidaklah dia asyik berprasangka buruk sahaja kepadaku. 
“Adik Tuan Aidid tu curang dengan perempuan lain..” Sambungku lagi bersama keluhan. 
Terus aku melarikan anak mata ke arah lain untuk seketika apabila perasan anak mata lelaki itu sudah mula selesa menjelajah wajahku saat ini. 
Gugupnya!
“Satu lagi, saya cari Tuan Aidid sebab nak pulangkan baju tu je.” Jelasku lagi. 
Kemudian aku menggumam dengan perlahan.
“Takut kena pecat pulak nanti kalau lambat pulangkan.” Sinis ayat tersebut aku tuturkan dengan sangat-sangat perlahan.
Aku lihat matanya merenung tepat ke dalam mataku.
“Hm?” Soalnya penuh minat.
Mungkin dia tidak dengar dengan jelas apa yang aku ucapkan atau dia memang sedang bengang di atas kesinisan aku tu.
“Takk..saya takde maksud lain pun. Saya cari Tuan Aidid sebab nak pulangkan baju tu je. Serius!” Tegasku.
Kenapa dia masih merenung aku ye? Canggung pula aku rasa saat ini. Debaran yang semakin menjadi-jadi membuatkan aku terus bersuara dengan kalut.
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” 
Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus berlari anak untuk pergi dari sini. Anak mata berada pada vila di hadapan sana. Berapa juta agaknya harga vila ini? Luas betul kawasannya. Langkah yang tadinya lancar kini terasa seperti tersekat! Aaaaa apa pula yang mebghalang laluan aku ni?? Tersembam aku ke tanah seperti nangka busuk gara-gara sudah tidak dapat imbangkan tubuh.
“Auchhhh!” Tak dapat ditahan terjerit aku jadinya.
Aaaaa..sakittttt! Sakitnya kaki kiriku, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kawasan tapak tangan kanan juga turut terasa pedihnya. Dari posisi tertiarap aku mula bangun dan duduk di atas tanah. Anak mata melekat pada akar yang tebal berlingkar di hadapan mata. Ya Allah aku tersadung akar pokok!
Kedua-dua belah tangan aku tepis-tepis sesama sendiri untuk menghilangkan tanah dan daun-daun kecil. Tapak tangan kanan aku terluka sedikit. Kemudian, anak mata turun ke kaki. Terluka sampai darah mengalir rupanya gara-gara tertusuk sesuatu! Patutlah sakit!
“Sakit?” Suara husky itu menyoal dengan sangat prihatin.
 Bergenang air mata di dalam mataku gara-gara menahan kepedihan. Entah bila lelaki ini sudah mencangkung di hadapanku. Aku terus mengangkat kepala. Tergamam jadinya aku apabila pandangan kami bertautan. Terus terdiam mulut yang tadinya tak habis-habis mengerang. Apabila anak mata coklat cair itu merenung ke mari dengan sangat simpati membuatkan aku gugup pulak. Malu pun ya jugak! Adoiii aku jatuh macam nangka busuk kut!
Aaaa rasa nak nangis je! 
Kenapalah perkara-perkara memalukan selalu terjadi apabila berhadapan dengan dia ni?! Aku cuba untuk bangun tetapi Tuan Adid menghalangku. 
“No. Don’t move. Just stay where you are.” Sebelah tangan diangkat ke arahku.
Aku pula terkebil-kebil memandangnya. 
“Aucchhhh..” Erangku apabila terasa semakin pedih pula kawasan kaki ni. Berdenyut-denyut! 
“These are not the right shoes to wear here..” 
Dia menudingkan jari ke arah kasutku yang dah terpelanting ke sebelah kiriku.Dikutipnya kasut tersebut dan diletakkan dekat denganku.
“Saya nak cepat tadi. Tu yang saya terus pakai sandal ni..” Keluhku dengan wajah yang berkerut menahan pedih. 
“Tunggu. Aku ambil first aid kit.” 
Terlopong aku jadinya. Biar betul dia ni?? Belum sempat aku berkata apa-apa Tuan Aidid terus bangun. Kepala aku dongakkan dan terus aku menggeleng ke arahnya. 
“Tak…takpe, takpe. Kak Fira mesti ada banyak stok plaster. Dia kan nurse?” Kelam-kabut aku berkata begitu. Aku tak mahu menyusahkan dia. Ala..janggalnya! Jari telunjuk ditudingkan ke arahku dengan wajah yang tegas.
“Stay where you are!” Arah lelaki itu yang sudah mula melangkah pergi. Aku pula terus merenung ke arah sekitar kawasan ini. 
“Tuan Aidid..saya takut. Mana tahu ada ular..” Jeritku pada lelaki itu. Langkahnya yang baru 3 atau 4 tapak itu terhenti. Terus dia menoleh ke mari.
“Shh!!” Jari telunjuk dilekapkan pada bibirnya. 
Tegang wajahnya merenung ke mari. Sebelah tangannya bercekak pinggang.
“Masa kau datang sini tadi tak takut pulak? Hm?” Soalnya sinis.
“Eeee..menyesal saya datang! Patutnya balik Tanjung Malim aje saya pulangkan baju tu!” Rungutku dengan sangat perlahan. 
Tak dapat ditahan terlepas terus kata-kata itu dari mulut. Takut-takut aku merenung ke arahnya. Aku lihat redup matanya merenung ke mari. Tak pernah aku lihat dia merenung begini. Debaran mula memenuhi jantung. Terus aku melarikan anak mata ke arah kaki yang terluka.
“Don’t worry too much. Setakat ni belum pernah aku jumpa ular berbisa di kawasan ni. Lagipun ada orang yang maintain tempat ni. Bukan dibiar tak terjaga.” Walaupun tidak sinis namun tegas kata-katanya itu menampar telingaku. Nafas lega aku hembus. Aku memberanikan diri mengerling ke arahnya untuk seketika.
“Fuhh nasib baik.” Ucapku perlahan.
 Dada aku lurutkan dengan sangat tenang. 
Aku lihat dia tersenyum sedikit melihat reaksiku. Kacak..hati aku berkata-kata. Walaupun wajahnya iras Qashah namun apabila dia tersenyum, nampak lebih bermakna sebab dia jarang tersenyum. Lagipun wajahnya nampak berganda-ganda lebih matang dari Qashah. Qashah juga kacak cuma wajahnya sedikit babyface.
“Tapi kalau ular daun tu mungkin ada. Well, not dangerous at all. Kalau dia melingkar kat kaki nanti, pandai-pandailah kau tepis. Easy!” Bukan main tenang dia bersuara bagai takde apa-apa. 
Tersentak aku jadinya!
“Hah?!! Seriously?!” Tak dapat ditahan aku dah terjerit kecil. 
Apa? Ular daun? Buntang mataku merenung ke arahnya.
Lelaki itu terus menyambung langkahnya tanpa berpaling ke mari. Siap ketawa kecil lagi. Eiii sumpah aku rasa nak pelangkung mamat ni.
 Biar betul ni. Ular daun? Makkk…Tia takutttt!! 
“Tuan Aidid….!!” 
Aku menjerit dengan sedikit kuat. Bibir aku gigit geram. Kalau betul pun ada ular daun, perlu ke nak takut-takutkan aku begitu? Namun dia hanya mengangkat sebelah tangannya sahaja tanda menyuruh aku tunggu di sini. 
Dia ni sengaja kan nak buat aku takut. Aduh, tak tenang aku duduk di sini. Mulalah anak mata meliar memandang ke sana sini. Kemudian, anak mata aku berlari pada susuk tubuh Tuan Aidid yang sudah pun menjauh. Kakinya berlari menaik tangga dan sepantas kilat dia sudah pun  berada di atas rumah pokoknya.
Bermacam jenis zikir aku amalkan. Terkumat-kamit jadinya bibirku saat ini. Tak lepas-lepas aku merenung ke arah susuk tubuh lelaki itu yang sudah pun masuk ke dalam rumahnya yang unik. Nasib baiklah tak sampai 3 minit kat dalam tu dia terus keluar. Tangan kanannya menjinjing kotak kecemasan berwarna putih. Aku lihat dia berlari sedikit menuruni anak tangga. Lega rasa hati. Anak mata aku liarkan ke arah persekitaranku. Nampak macam selamat. Tidak ada bayangan ular atau binatang berbisa yang lain. Aku cuba mengubah posisi kaki. Dari melunjur aku tarik rapat ke tubuh namun berkerut wajahku menahan sakit.
“Auchhh..apa yang sakit sangat ni..” Gumamku dengan perlahan.
Aku hanya mendongakkan kepala apabila perasan Tuan Aidid sudah berdiri di hadapanku. Nyata dia juga sedang merenung ke mari. Debaran halus mula menghiasi dada apabila lelaki ini sudah mula duduk di atas tanah betul-betul di hadapanku. Kotak kecemasan dibuka dan dia mengeluarkan kapas dan sebuah botol yang mengandungi sejenis cecair. Lincah dia membuka botol dan cecair dituangkan ke atas kapas. 
“Clean your wound.” Suruhnya seraya menyerahkan kapas dan cecair itu kepadaku. 
Canggungnya aku rasakan ketika ini. Teragak-agak aku mencapai kapas yang dihulurkan itu. 
“Auchhh!” Tak dapat ditahan terjerit kecil aku jadinya.
 Namun sebab aku malu dengan lelaki ini, tidaklah aku menjerit bagai nak rak. Kemudian, dia menuangkan sejenis ubat yang berwarna kuning pula ke atas cotton gauze. Selamba sahaja dia menempelkan kasa pembalut tersebut pada kakiku. Tindakan refleks, aku terus menarik kaki kiriku namun dia menjeling tajam ke mari.
“Don’t move!” Tegasnya. 
Jantung aku dah mula buat konsert ni! Mahu tak mahu aku melunjurkan semula kaki aku. Nafas aku tarik dalam-dalam. Sesak rasa dada. Tuan Aidid..saya takut saya pengsan aje ni! Kalaulah Kak Fira tahu apa yang sedang terjadi, silap-silap dia pun pengsan! Aku lihat dia meletakkan cotton gauze yang berubat itu pada bahagian luka di atas kaki kiriku dan kemudian, dengan menggunakan plaster putih dia melekatkan kain kasa berubat tersebut ke lukaku. Pedih!
“Auchhh!” Sakit pula aku rasakan saat ini. Tak dapat ditahan aku terjerit kecil. Ubat apa yang dia ni letak??
“Manja.” Komennya perlahan. 
Aku mengerling ke arahnya. Eh eh dia ni! Namun, gugup aku jadinya apabila sepasang mata itu juga sedang merenung ke mari. Terus aku menundukkan pandangan. Berbahang rasa wajah saat ini.
“Look, you’re not supposed to be here you know..dengan kasut macam tu..dan dengan persekitaran sunyi macam ni. Berdua-duaan dengan lelaki yang kau tak pernah kenal pun.” Tuturnya perlahan tetapi tegas. Aku cuba juga merenung ke arahnya dan pandangan kami berlaga untuk kesekian kalinya.
“Tapi..” Aku mahu mencelah namun cepat-cepat dia memintas. 
“You don’t even know me Tia. Don’t you think this is just too dangerous for you..?” Soalnya.
 Aku menarik nafas dalam-dalam. 
“Tapi, Tuan Aidid bukan orang jahat kan…” Luahku sambil cuba menentang pandangan matanya.
 Bibirnya menarik senyuman senget dan dia menarik nafas dalam-dalam.
“Well..do you know what’s your problem? You trust too much!” Dengan serius kata-kata itu dilontarkan kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja mendengar kata-katanya itu. Lincah tangannya mengemas kotak kecemasan dan menutupnya kembali. 
“Sebab itu selama bertahun kau bercinta dengan Qashah, baru bulan lepas kau tahu dia curang dengan Emylia.” Tambahnya lagi bersama senyuman sinis. 
Tersentak aku jadinya apabila nama Qashah dan Emylia terpacul dari bibirnya. Berkerut keningku saat ini.
“Tuan Aidid kenal Emylia?” Soalku dengan sedikit terkejut.
“It’s time for you to go!” Ucapnya yang kemudian terus bangun berdiri. 
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. 
“Okay..”
Isk dia ni! Suka buat aku suspense. Mana dia kenal Emylia? Ah, entah-entah memang Qashah tak guna tu pernah bawa Emylia berjumpa keluarganya. Sakit pula hati aku ni!
“Boleh bangun ke tak ni?” Soal lelaki itu apabila dilihatnya aku masih pegun di sini. 
Ya Rabbi! Boleh pula aku mengelamun! Terus aku cuba untuk bangun.
“Boleh..terima kasih Tuan Aidid.” Luahku bersama kerutan di wajah. 
Nasib baiklah kaki aku tak terseliuh. Cuma tu lah..tempat luka itu masih pedih. Berdenyut-denyut!
“Take this. Mungkin boleh bantu kau berjalan.”
Aku mengangkat wajah. Sebatang ranting yang agak besar dan panjang yang entah bila dikutipnya dihulurkan kepadaku. Perlahan aku mengambilnya. Sebenarnya, aku tak perlukan pun ranting ni sebab kaki aku tak terseliuh pun. Cuma biasalah, luka ni memang pedih apabila aku bergerak. 
“Thanks, Tuan Aidid.” Ucapku. 
Anak mata masih meliar ke sekitar kawasan ini buat kali terakhir. Indah! Anak mataku berada pada rumah pokok di sebelah sana pula.  Teringin rasanya hendak masuk ke dalam rumah itu namun gerun pula apabila memikirkan yang rumah itu adalah milik lelaki yang mempunyai renungan yang memukau ini.
“Err..tu rumah pokok Tuan Aidid jugak ke?” Soalku padanya. Dia juga turut sama mengerling ke arah rumah tersebut untuk sesaat. 
“Nope. It’s Qashah’s.” Ucapnya. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
“Owhh..”
Baru sahaja hendak berpaling dari sini, lelaki itu bersuara.
“Tia.”
Kepala aku dongakkan ke arahnya. Namun tidak ada perkataan pula yang keluar dari mulutnya.
"Ye?" Soalku bersama senyuman segaris.
 Aku lihat rahangnya bergerak sedikit. Matanya mencerun ke mari dengan serius. Wajah aku ditatap dalam-dalam membuatkan aku gelisah. Apa agaknya yang susah sangat nak dilontarkan tu?
“Be careful.” Ucapnya bersahaja.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Lah nak cakap yang tu je ke? Mungkin dia takut aku jatuh dan menyusahkannya lagi agaknya. Perlahan aku menganggukkan kepala.
“In syaa Allah.” Jawabku dan cepat-cepat aku berpaling. 
Bukan apa, makin lama aku rasakan makin janggal pula apabila berdua-duaan begini dengan Tuan Aidid. Kalau dah berdua mesti ada yang ketiga. Takutnya! Lagipun tak manis aku berlama-lama dengannya di sini. Apa pula kata Kak Fira jika dia perasan aku menghilang dari vila nanti? 
Tangan menggenggam kemas ranting kayu yang aku pasakkan ke tanah setiap kali melangkah. Sakitnya tu taklah sampai tak boleh jalan cuma dengan sandal dua inci di kaki mudah sedikitlah pergerakan aku apabila menggunakan ranting ini. Alhamdulillah, semakin menghampiri vila semakin tenang rasa hati aku. Otak sudah melarang, namun hati ingkar dan tetap juga mahu menoleh ke belakang untuk seketika. 
Tergamam aku jadinya apabila lelaki itu masih berada di bawah pokok besar itu. Semakin mata bertautan semakin teruk jantung aku berdebar. Terus aku berpaling dan meneruskan langkah tanpa menoleh ke belakang lagi.
Bahaya!
***










                    

Ranting aku letakkan di bawah pokok di sisi vila dan kemudian, dengan kaki yang terhencot-hencot aku menuju ke arah pintu utama. Terpempan aku jadinya apabila kelibat Kak Fira berada betul-betul di muka pintu. Ah sudah! Makanya sesi soal jawab pasti akan bermula. Aku hanya mampu tersenyum hambar sahaja ke arahnya. Anak matanya kini berada di kakiku. Tergamam jadinya dia. Terus Kak Fira yang memakai seragam jururawat itu menerpa ke arahku dengan riak terkejut di wajah.
“Tia! Apa dah jadi ni? Kenapa dengan kaki tu?” Bertalu-talu dia menyoal dengan cemas. Kemudian, dia menudingkan jari ke arah lounge chair  yang berada betul-betul di hadapan kolam renang. 
“Duduk dulu di atas bangku tu.” Ajaknya sambil memaut lembut lenganku untuk membantu aku berjalan.
“Takpe, Kak Fira..saya masih boleh berjalan..” Ucapku yang hanya menuruti langkahnya itu. Punggung kami labuhkan di atas kerusi  dan Kak Fira terus menatap wajahku dengan penuh simpati. 
“Kak Fira, saya terjatuh tadi. Kaki saya tersadung akar pokok yang besar kat belakang vila. Itu yang kaki saya luka sikit tu..” Ceritaku dengan lirih.
 Sumpah, pedih betul aku rasa bahagian yang luka itu ketika ini. Apa lagi, terkejut bukan kepalanglah jadinya dia!
“Ya Allah, teruk tak lukanya? Biar Kak Fira tengok.”
Pantas Kak Fira bangun dan kemudian dia mencangkung di hadapan kaki yang aku lunjurkan ke bawah.
“Dah letak ubat?” Soalnya sambil mendongakkan kepala ke mari. Teragak-agak aku menganggukkan kepala. 
“Er..dah..” Habislah, mahu tak mahu aku harus juga ceritakan apa yang sebenarnya terjadi padanya nanti. Dari A sampai Z.
Tangannya aku lihat mula membuka sedikit pelekat kain kasa yang berubat itu untuk meneliti luka di kaki aku. Berkerut-kerut wajahnya ketika ini.
“In syaa Allah, luka ni tak teruk, Tia. Nanti Kak Fira kasi Tia ubat. Cuma pastikan kawasan luka sentiasa bersih dan kering ya?” Pesanannya aku sambut dengan anggukan.
“Baik, Kak Fira..” 
Pelekat itu dilekatkan kemas-kemas semula di kakiku dan aku mulalah terjerit sedikit. Pedih!
Kak Fira bangun dan mengambil tempat di sebelahku. Wajah aku direnungnya bersama senyuman yang sukar nak dimengertikan. 
“Tia ke mana sebenarnya ni?” Soalnya. Aku terus menarik nafas dalam-dalam. Janganlah Kak Fira salah sangka dengan aku.
“Kak Fira tahu tak kat belakang tu ada rumah pokok Tuan Aidid?” Soalannya aku jawab dengan soalan juga. 
Tiada riak terkejut atau teruja langsung di wajahnya. Kak Fira dah pula tersenyum-senyum. Perlahan dia menganggukkan kepalanya.
“Tahu..”
Buntang mataku merenung ke arah gadis ini. 
“Oh, jadi Kak Fira tahulah Tuan Aidid tinggal kat atas pokok tu sejak semalam lagi?” Soalku dengan nada tak percaya. 
Nampaknya aku seoranglah yang jakun! Aduhai..! 
“Mestilah tahu. Memang dah bertahun begitu. Setiap kali datang Cameron, pasti dia akan menginap di situ.” Beritahu Kak Fira. 
“Owh..” Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. 
Terbayang-bayang keunikan rumah kayu yang dibina di atas pokok itu. Terasa teringin sangat untuk aku melihat interiornya. Mesti menarik! 
“Rumah ex-boyfriend Tia pun kat situ jugak. Kan ada dua rumah pokok kat belakang tu..” Usik Kak Fira. 
Terkedu aku seketika. Betullah kata Tuan Aidid. Rumah yang satu lagi tu adalah milik Qashah. 
“Eh kejap! Macam mana Tia tahu tentang rumah pokok tu?” Soal Kak Fira. 
Aduh..macam mana nak mula cerita ni? Bulat matanya merenung ke mari.
“Tia! Don’ tell me..” Kata-katanya terus terhenti di situ dan kemudian dia menekup mulutnya dengan kedua-dua tangan.
 Apa agaknya yang berada dalam fikiran Kak Fira. Jauh benar nampaknya dia berimaginasi!
“Kak Fira..Tia tak masuk punlah dalam rumah tu!” Cepat-cepat aku bersuara. Aku lihat dia menghembuskan nafas lega. Tudung di kepala aku betulkan sedikit. Kemudian, aku memulakan cerita.
“Sebenarnya Tia nak pulangkan baju Tuan Aidid. Jadi, Tia cari Abang Lan tadi. Cadangnya nak suruh Abang Lan aje berikan pada Tuan Aidid.” Ujarku.
Kak Fira terus menyampuk.
“Abang Lan dan Abang Daus pagi-pagi lagi temankan Dato’ Aziz ke ladang teh.” 
Aku menganggukkan kepala dengan perlahan.
“Oh patutlah saya tak nampak kelibat Abang Lan tadi. Tapi, apabila saya jemguk ke luar, saya ternampak Tuan Aidid lalu kat tepi kediaman ni. Saya pun kejar langkahnya sehingga ke bahagian belakang vila. Terkejut dan teruja sangat apabila nampak ada rumah kayu comel dan unik kat atas pokok.” Cerita aku dengan panjang lebar. Kak Fira kelihatannya seperti tergamam pula mendengar cerita aku.
“Dah tu..dah pulangkanlah bajunya tu?” Cepat-cepat dia menyoal.
 Aku menganggukkan kepala pada gadis yang mempunyai alis yang cantik ini.
“Sudah. Cuma masa nak balik ke vila tadi saya tersadung akar pokok besar kat situ.” Keluhku. Kak Fira dah mula gelengkan kepala.
“Bahagian atas kaki kiri saya terluka..” Sambungku lagi dengan senyuman kelat di bibir. 
Kedua-dua tangan aku tekapkan di wajah untuk beberapa saat. 
Aduhhh aku masih tak boleh cerna apa yang terjadi tadi. Memalukan betullah! Kenapalah aku jatuh gedebuk di depan lelaki ituuu? Kenapalah selalunya benda-benda memalukan akan terjadi bila di hadapan dia? Ah, mesti dia fikir aku ni suka buat masalah!
“Tuan Aidid tolong ubatkan lukalah ni?” Soal Kak Fira sambil menyiku lenganku. 
Kedua-dua keningnya dijungkitkan beberapa kali ke atas. Belum sempat aku menjawab, dia bersuara lagi.
“Luka kat hati Tia tu Tuan Aidid tolong ubatkan sekali tak?” Soalnya lagi.
Terjerit kecil aku jadinya gara-gara soalan cepu emasnya tu. 
“Kak Firaaa!” Lengannya aku tampar perlahan. Terkekek-kekek Kak Fira ketawa.
“Akak gurau aje laa!”
Kak Fira ni nak buat lawak pun agak-agaklah! Mahu aku kene hempuk dengan si Maya Nisreen kalau perkara itu terjadi! Nak lari dah berbalah dengan Emylia, tak memasal berseteru dengan Maya pulak!
“Saya dah cakap tak perlu ambilkan ubat tapi dia berkeras juga nak keluarkan first aid kit.” Luahku. 
Kalaulah dia tahu Tuan Aidid yang sombong dan beku itu tolong letakkan ubat kat kaki aku..agaknya jatuh  terus dia dari kerusi dan tergolek dalam kolam renang tu.
Bergetar pula jantung aku apabila teringat insiden tadi. Terbayang-bayang figura lelaki itu yang menyapu ubat di kakiku.  Perlahan tangan menyentuh dada bersama wajah yang berkerut. Tenungannya yang penuh simpati dan prihati tadi kembali terbayang di dalam fikiran. Walaupun kulitnya tidak langsung menyentuh kulitku, dapat aku rasa kelembutan jarinya menyapu ubat pada luka di kaki dan kemudian membalutnya dengan sangat teliti. Sesungguhnya lelaki itu mempunyai hati yang sangat prihatin dan mudah bersimpati cuma itulah..luarannya  melambangkan seorang lelaki yang serius, beku dan penuh ego!
“Eloklah letak ubat awal-awal. Bahaya tau biar luka terdedah tanpa bersihkan langsung. Takut terkena jangkitan kuman.” Kata-kata Kak Fira membuatkan aku tersentak dari lamunanku.
 Aku sekadar menganggukkan kepala.
“Sudahlah tu. Tia rehat dulu ya? Kalau dah kurang sikit sakit tu, Tia datang ke bilik Datin Mahani. Akak akan berada di sana.” Beritahu Kak Fira yang aku lihat sudah mula bangun berdiri. 
“Alright. kejap lagi saya datang.” 
Tangannya dihulurkan ke arahku. Aku terus menyambutnya dan bangun dari kerusi malas  ini. Rasa nak tidur atas ni je sambil hirup udara segar. Tapi, aku harus ingat yang tujuan utama aku berada di sini adalah untuk bekerja. 
Kami kemudiannya berjalan beririgan masuk ke dalam vila. 
“By the way, telefon bimbit Tia asyik berbunyi aje dalam bilik tu. Mungkin ada orang whatsapp Tia.” Beritahu Kak Fira. 
“Oh ye ke..mungkin Ica, adik saya agaknya. Alah..mesti tak habis-habis nak pesan ole-ole tu.” Ujarku sambil ketawa kecil.
Tak ramai pun yang tahu nombor baru aku. Jadi tak susah nak meneka siapa yang whatsapp aku.
Kak Fira sekadar menganggukkan kepalanya sahaja sambil ketawa kecil. Langkah kaki aku aturkan dengan cermat menuju ke arah bilik. Masuk aje dalam bilik, aku terus melangkah ke arah katil. Telefon bimbit yang terdampar di atas bantal aku capai dan jemariku mula berlari pada skrin. Sebelah tangan mencabut tudung di kepala dan aku mula duduk di birai katil. 
“Kan aku dah kata. Ica yang whatsapp..” Gumamku sambil tersenyum. Mesejnya aku baca saat ini.
“Salam Kak Tia. Seronok tak kat sana? Jangan lupa bawa balik strawberry kat kitorang di sini. Love youuuu!”
Tersenyum simpul aku saat ini. Ah, rindu pulak aku dengan Ica! Teringat  usikannya  menyuruh aku  bawa balik abang ipar untuknya sebagai ole-ole! Tangan aku lincah menaip saat ini.
“Alhamdulillah, seronok jugaklah. Nanti kita datang dengan mak dan ayak sekali ke cameron Highlands ni. Strawberry? Ye laaah! Nanti akak bawa balik. Kirim salam mak dan ayah, ya.”
Itu yang aku balas kepada Ica. Mesti dia seronok kalau dia dapat tahu aku belikan t-shirt untuk dia dan ayah juga. Untuk mak pula, aku belikan mug dan jem strawberry. 
Baru sahaja hendak meletakkan telefon bimbit di atas katil semula, nyaring pula alat komunikasi ini berbunyi tanda aku menerima panggilan masuk. Tapi, berkerut seribu wajah aku saat ini kerana tidak ada nombor yang tertera di atas skrin. 
Private number! 
Kehairanan aku jadinya. Siapa pula yang call ni? Mahu tak mahu aku jawab juga.
“Assalamualaikum..” Ucapku dengan sejuta pertanyaan di minda.
“Waalaikumussalam, sayang..” 
Qashah! Terkedu terus aku jadinya. Mana dia dapat nombor aku? Sebelah tangan dah mengurut dahi.
“Mana awak dapat nombor saya?” Soalku dengan geram. Dia sudah ketawa kecil di hujung talian. 
“My dear sweetheart, awak lupa yang awak bekerja di rumah saya?" Soalnya. 
Eeee..mengambil kesempatan betul! Kak Mun pun satu. Tak boleh agaknya simpankan elok-elok maklumat pekerja? 
"Kenapa awak call ni?” Soalku acuh tak acuh. Ah, malas betullah nak berbual dengan dia ni! 
Ikut hati mahu sahaja aku matikan talian.Aku terus mencapai bantal dan memeluknya dengan sebelah tangan.
“Tia..kenapa awak tak cakap dengan saya awak pun turut sama ke Cameron?” Soalnya dengan sangat tidak puas hati. 
Eh eh dia ni! Panas pula hati aku ni. 
“Perlu ke saya beritahu awak? Awak tu bukan suami saya pun.” Jawabku dengan nada kurang senang. Terus dia memintas.
“Memang saya bukan suami awak..but I’m your future husband. Bakal suami. Ingat tu.” Ton suaranya naik satu oktaf dari tadi. 
Aku hanya mampu mengetap bibir sahaja. Geram betul aku dengan mamat tak faham bahasa ni!
“Tolonglah Qashah. Awak memang tak faham bahasa kan?” Soalku dengan penat. 
“Tia..awak sepatutnya beritahu saya awak ke sana, sayang. Awak buat macam saya ni tak penting langsunglah dalam hidup awak. Awak tahu kan betapa saya cintakan awak, Tia? Kenapa susah sangat awak nak faham?” Panjang lebar dia membebel di hujung talian.
 Sepertinya dia sangat-sangat terasa hati dengan aku. Oh, dia fikir hati dia sahaja? Habis, hati aku yang hancur dipermainkannya ni dia tak fikir pula? Bila suka kutip, bila tak suka dicampaknya aku. Dia ingat aku barang mainan ke?
“Qashah..awak dah lupa ke apa yang terjadi antara kita bulan lepas? Stop being like this boleh tak? Grow up lah!” Bentakku dengan sedikit kasar. 
Nyata aku sangat tertekan saat ini dengan sikap Qashah.
“You ask me to grow up?? Whatever Tia..whatever! Yang saya tahu awak tetap milik saya.” Dia juga turut sama membentak.
 Ya Allah, kenapalah lelaki ni dah macam gila talak pula dengan aku? Aku menarik nafas dalam-dalam saat ini. Sedaya upaya aku tidak mahu bermusuh dengannya. Maka, aku akan cuba bercakap sehabis baik dengan lelaki ini. Dia harus faham yang aku masih tetap dengan keputusan aku. Hati aku sudah tertutup untuk dia.
“Qashah, dah banyak kali saya cakap kan..? kita dah putus. Awak tolonglah jangan buat macam ni. Awak dah dapat balik kan bunga dan cincin tu? Saya mohon sejuta pengertian dari awak. Saya tak boleh terima awak. Saya terpaksa menolak lamaran awak. Saya betul-betul tak boleh terima awak, Qashah..jangan paksa saya, please?” Rayuku dengan bersungguh-sungguh dan sehabis lembut untuk membuatkan dia faham. 
Nyata lelaki itu terdiam di hujung talian. Tidak lagi dia memintas seperti tadi. Nafas aku tarik dalam-dalam.
“Anggap ajelah yang kita tak berjodoh. Saya akan sentiasa doakan yang terbaik buat awak, Ayden Aqashah. Assalamualaikum.” Ucapku yang sudah mahu menamatkan perbualan. 
Betullah, dia ni buat aku takde mood. Bergenang air mata di tubir mataku mengenangkan kecurangannya bulan lepas.
“Tia..don’t do this to me. Let’s discuss about this later, sayang. Saya ke sana sekarang jugak. See you, sayang.” Pujuknya dengan suara yang serabut. 
“Qashah!” 
Terjerit kecil aku jadinya gara-gara sudah hilang sabar dengan lelaki itu namun talian terus dimatikan.
Dengan jiwa yang serabut aku campakkan telefon bimbit ke tepi. Setelah itu aku menghempaskan diri ke atas katil. Kaki masih lagi terlunjur ke bawah. Anak mata merenung ke arah siling sahaja saat ini. 
Aku tahu perkara ini tidak akan habis di sini sahaja. Dia akan terus-menerus memujuk dan memaksa aku untuk menerimanya. Apa aku nak buat ni? 
Ya Allah! Apa yang susah sangat dia ni nak terima hakikat? Apa yang dia nak sebenarnya?
 Semasa dia bersama dengan aku, dia memilih untuk curang. Aku fikir dia bosan dengan gadis seperti aku maka aku cuba belajar untuk menelan pahitnya ketentuan takdir dan memilih untuk mengundurkan diri. Namun apabila aku memilih untuk bebas, dia pula tidak mampu untuk melepaskan. Hakikatnya aku benar-benar sudah tawar hati. Telefon bimbit terus aku matikan dengan jiwa yang serabut.
Seriously, this guy is making my life miserable and complicated!
Kusutnya!
***
Love notes
Haaa! Panjang kan kali ni? Haha! Hopefully semua yang baca enjoylah dengan cerita ni. Hopefully cerita ni sudah menceriakan hari sabtu anda :D
Memang ikut kamus dewan ejaan villa (english) adalah vila okay :D Maaf kalau ada apa-apa kesalahan sebab ni adalah raw version (belum edit)
Well, Tuan Aidid tu taklah beku mana kan? Kan? Di sebalik sikap ego dan dominannya tu prihatinlah juga apabila Tia jatuh macam nangka busuk haha!
So, siapa ada pengalaman berdepan dengan lelaki macam Qashah? Bila depan mata tak hargai langsung. Bila dah takde gila talak pula. Mesti stress kan? 
Siapa nak baca bab 17?? Angkat tangan tinggi-tinggi! Kalau ramai, akan dipost secepat mungkin In syaa Allah :D
Till then, berjumpa lagi di lain lembaran.
Terima kasih kepada semua yang sudi baca dan vote cerita ni. Jangan lupa tinggalkan komen di FB Group: Bila Suri Ryana menaip ya! hahaha Tata!