Bab 9
Beginikah rumitnya kalau bekerja untuk orang yang terlalu
cerewet? Bayangkanlah, semua tugasan telah pun disiapkan sejak pukul 1
tengahari tadi tetapi, disebabkan Puan Sri tidak berpuas hati dengan beberapa
perkara, kami masih lagi berada di sini sehingga sekarang!
Aku menjeling ke arah Puan Sri yang
sedang meneliti gubahan bunga di dalam pasu bersaiz besar itu. Serius sahaja
mimik mukanya. Sekejap pasu tersebut dialihkan ke kiri. Sekejap lagi dialihkan ke sebelah kanan pula. Naik bingung
aku jadinya! Harapnya gubahan bunga untuk pasu terakhir ini menepati
piawaiannya.
Syaf pula kulihat sedikit gelabah
saat ini. Mana tidaknya, kawanku ini terpaksa menggubah semula beberapa
jambangan bunga tadi gara-gara Puan Sri tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.
Ini pun, nasib baiklah wanita beranting-anting panjang ini berpuas hati dengan
gubahan bunga untuk meja tetamu kat luar tu. Kalau tidak, mahu pengsan kami hendak
menggubah semuanya semula. Banyak tu!
Wajah kuraupkan sedikit. Ya Allah,
dah pukul 3 petang! Tanggung jawab terhadap Yang Maha Esa masih tidak sempat kutunaikan. Janganlah sampai aku
terlepas waktu Zohor kerana ingin puaskan hati seorang manusia yang bergelar
Puan Sri. Manusia yang super cerewet
di abad ini!
Sekejap lagi, pasti banglo mewah ini
akan dipenuhi dengan para tetamu. Malahan ketika kami naik ke atas selepas menyiapkan gubahan bunga
di ruang tamu bawah sejam yang lepas, sudah ramai juga sanak saudara Puan Sri
yang telah pun hadir. Perut pula dah berkeroncong hebat. Maklumlah, kami berdua
hanya sempat menjamah sedikit bihun goreng yang disediakan oleh pembantu
rumahnya aje tadi. Tak sempat nak makan betul-betul kerana risaukan tentang
tugasan yang masih belum siap.
Aku dan Syaf masih lagi berdiri
tegak di sini. Macam tiang lampu pun ada jugak. Berdebar-debarnya rasa untuk
menunggu ayat yang keluar dari mulut Puan Sri yang berkulit kuning langsat itu.
Hati masih berteka-teki sama ada dia berpuas hati atau tidak. Aku mengangkat
wajah sedikit. Mata mula berlari memerhati ke sekeliling ruang tamu yang
terletak di tingkat atas rumah ini.
Nampaknya, hiasan dalaman yang
begitu mewah tidak dapat lagi menyejukkan hatiku. Kalau beberapa jam yang lepas
mulutku terlopong sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ruang tamu ini tetapi
kini tidak lagi. Kalau tadinya aku rasa terpesona dan kagum dengan
perabot-perabot yang tampak mewah dan sangat unik di sini, tetapi sekarang rasa
itu telah pun pergi. Aku betul-betul tidak sabar ingin balik.
“Syaf..”
“Ya, Puan Sri..” Kelam-kabut Syaf
menyahut. Aku dan Syaf terus sahaja memberi perhatian ke arah wanita yang
berada di hadapan kami ini.
“Saya berpuas hati dengan hasil
kerja kamu. Tapi, saya mahu kamu campurkan sedikit lagi baby breath ke dalam
jambangan bunga ni. Nampak sedikit kosong.” Tangannya ditundingkan ke bahagian
kanan jambangan bunga di dalam pasu putih itu. Syaf terus sahaja menganggukkan
kepalanya beberapa kali.
“Baik Puan Sri. Saya akan lakukan
yang terbaik.” Dengan bersungguh-sungguh Syaf berkata begitu. Puan Sri kulihat
menganggukkan kepalanya sedikit.
“Other than that..I am fully
satisfied!” Ujar wanita itu lagi.
“Terima kasih Puan Sri.” Jawab Syaf
sambil tersenyum. Mungkin lega agaknya kerana tidak lama lagi kami sudah boleh mengucapkan selamat tinggal
kepada si cerewet ini.
Isk, cakap dah puas hati, tapi nak
suruh tambah itu, tambah ini lagi! Bebelku di dalam hati.
Aku semakin tidak senang duduk.
Mata menilik ke arah jam di tangan sekali lagi. Otak pula sudah mula mencongak.
Pukul berapa agaknya kami betul-betul boleh balik ni? Jarum jam di pergelangan
tanganku sudah pun menginjak ke pukul 3 : 10 minit petang. Kalau nak tunggu Syaf
habiskan kerjanya, takut pula aku terlepas waktu Zohor nanti. Jika aku bertanya
Syaf pun, pasti dia tidak dapat memberi jaminan pukul berapa kami dapat beredar
dari sini. Maklumlah, Puan Sri tu memang sukar nak diramal mood nya.. Syaf pula, memanglah tak perlu risau sebab dia kan uzur.
“Syaf..aku nak solat kejap..”
Akhirnya aku bersuara dengan perlahan. Tudung
berwarna putih di kepala kubetulkan sedikit. Syaf yang sedang mengerat
tangkai hujung bunga mawar merah itu mendongak ke arah ku.
“Kau nak solat kat sini ke?”
Sebelah kening Syaf terangkat sedikit. ‘Blur’ sedikit kulihat wajahnya. Aku
terus bertinggung di sebelahnya.
“Kat sinilah!” Bisikku. Syaf
menganggukkan kepala.
Mataku sempat lagi berlari ke arah Puan Sri
yang sedang bercakap sesuatu dengan pembantu rumahnya berdekatan dengan tangga.
Dari gaya
wanita itu, dia seperti hendak turun ke ruang bawah sahaja.
“Aku dah tak boleh tunggu lagi Syaf..aku takut
kalau terlepas waktu Zohor..” Sambungku lagi. Aku nekad untuk tunaikan solat Zohor sekarang juga. Tak mahu tanggung-tangguh lagi.
“Takpe..kau minta kebenaran dari
Puan Sri. Kau nak tumpang solat aje kat sini, bukan nak buat apa pun, kan.” Ujar Syaf dengan
tenang. Tangannya kulihat sedang lincah membetulkan bunga-bunga mawar di
hadapan kami ini.
“Hm..” Kepala kuanggukkan dan terus
berdiri.
Dengan penuh hati-hati aku mengatur
langkah menuju ke arah Puan Sri. Dia masih lagi bercakap dengan pembantu
rumahnya. Aku pula terkulat-kulat memerhati ke arah mereka. Puan Sri yang
perasan kehadiranku di sini terus menoleh. Anak matanya merenung tajam ke
arahku. Cuak pula aku jadinya.
“Yes, anything?” Soalnya dengan
tegas. Dengan kelam-kabut aku terus bersuara.
“Puan Sri. Err..saya nak minta
kebenaran untuk tumpang solat Zohor kat sini, boleh tak?” Belum sempat dia
menjawab, aku bersuara lagi. Bukan apa, untuk meyakinkan dia yang aku
betul-betul di dalam kecemasan ni.
“Sebenarnya, saya boleh solat kat
rumah nanti, cuma saya takut sangat kalau tak sempat. Maklumlah, jarak rumah
saya dari sini memakan masa kira-kira 25 minit. Katakanlah, pukul 4 petang kami
siapkan kerja, maksudnya pukul 4 : 25 lah saya akan sampai ke…” Belum sempat
ayat tersebut sempurna, terus sahaja Puan Sri mengangkat tangan kanannya.
“Cukup!”
“Kamu nak tumpang solat kan? Tak perlulah buat
karangan sampai macam tu sekali.” Sinis sikit ayat tersebut menampar deria
pendengaranku. Aku hanya mampu tersengih sahaja. Wanita di hadapanku memusingkan
badannya sedikit. Anak matanya difokuskan kepadaku dengan penuh minat. Ada rasa gusar yang
bertapak di hati. Pembantu rumah yang siap dengan uniform di badan itu pula
hanya mampu melihat sahaja telatah Puan Sri.
“What is your name?” Akhirnya dia bersuara.
“Afina.” Kelam-kabut aku menjawab.
Mungkin sebelum benarkan aku solat di dalam rumah mewah ini, dia nak interview
aku dulu kut. Hatiku membuat andaian.
“Sunarti, bawakan dia ke bilik solat.” Terus
sahaja dia berkata begitu kepada
pembantu rumahnya. Nampaknya andaianku salah. Ingatkan nak interview tadi. Lucu
pulak kurasakan dengan diri sendiri.
“Baik Puan Sri..” Dengan
bersungguh-sungguh gadis muda itu
menjawab. Dengan hati yang gembira aku terus bersuara.
“Terima kasih Puan Sri..terima
kasih sangat-sangat kerana..” Belum sempat aku menghabiskan ayat, Puan Sri
terus memotong.
“Kamu nak buat karangan lagikah?”
Soalnya membuatkan aku tersenyum sumbing. Dengan pantas aku menggelengkan
kepala.
“Err..tak. Thank you!” Ujarku yang
terus sahaja mengikut langkah Sunarti turun ke ruang bawah.
***
“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah
dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kau ampunilah dosa adikku, sanak saudaraku,
guru-guru yang pernah mengajarku, para sahabatku dan keseluruhan umat Islam di
atas muka bumi ini. Murahkanlah rezeki kami, panjangkanlah umur kami,
bersihkanlah hati kami dan tetapkanlah iman kami supaya kami tidak terpedaya
dengan hasutan syaitan. Ya Allah Ya
Tuhanku. Jauhilah kami dari segala kemungkaran dan berikanlah kami kekuatan
untuk sentiasa berbakti di jalan Mu.”
“Ya Allah Ya
Tuhanku, ampunilah juga dosa arwah nenek-nenekku dan arwah datuk-datukku. Ampunilah
segala dosa dan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu. Lapangkanlah kubur
mereka dengan rahmat-Mu Ya
Allah..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Amin..Ya Rabbal
Alamin..”
Setiap kali
selepas mendoakan arwah nenek dan atuk, pasti ada air mata yang bergenangan di
tubir mata. Sayu betul rasa hatiku. Rasa ralat kerana mereka pergi di saat aku
belum sempat untuk berbakti kepada mereka.
Aku meraupkan wajah dengan
kedua-dua belah tangan saat ini. Air mata yang mengalir kuseka dengan perlahan.
Harapanku hanya satu. Semoga mereka tenang di sana.
Aku terus membuka kain telekung
yang membaluti tubuh. Lega sungguh rasanya hati sebaik sahaja aku memberi salam
terakhir untuk solat Zohor tadi. Perasaan ketika ini tidak dapat diluahkan
dengan kata-kata. Seperti aku dapat menyempurnakan satu tugasan yang maha besar
dengan jayanya. Bibir menguntum senyuman ketika ini. Tangan pula mencapai
cermin mata dan kukenakan pada wajah.
Tidak kujangka bilik solat di dalam
banglo mewah ini sangat luas ruangnya. 4 atau mungkin 5 kali ganda lebih luas
dari surau di pusat membeli-belah yang pernah aku kunjungi. Kebersihan ruang
ini juga berada di tahap yang sangat cemerlang. Bau harum mengisi ruang udara
di sini.
Dalam hati, timbul rasa hormat dan
kagum dengan Puan Sri. Segarang-garang dia, sekaya-kaya dia dan secerewet-cerewet
dia, masih juga mementingkan agama. Cuma, mungkin dia masih belum bersedia
untuk menutup aurat.
Di dalam hati sempat lagi aku
berdoa supaya hatinya lembut untuk menunaikan suruhan Allah yang satu itu secepat
mungkin.
Baru sahaja ingin bergerak menuju
ke arah rak berkaca yang menempatkan pelbagai jenis buku agama dan Al-Quran, aku
terdengar bunyi keriukan pintu. Terus sahaja aku menoleh ke belakang. Puan Sri
rupanya. Wanita itu seperti mahu melangkah keluar dari bilik ini. Sumpah aku
tidak sedar langsung tentang kewujudannya sebentar tadi. Anak tudung yang
menutup kepala kubetulkan sedikit. Ah, entah-entah dia berang kerana aku
mengambil masa yang lama untuk bersolat, tak? Aku mula membuat andaian.
“Err..Puan Sri..” Panggilku. Aku
terus berdiri. Wanita itu tidak menoleh ke arahku langsung. Tangannya masih
lagi memegang tombol pintu.
“Maafkan saya kalau lama sangat
berada di dalam bilik solat ini..” Kelam-kabut aku melipat sejadah. Baru sahaja
hendak meletakkan sejadah di tempat yang sepatutnya, Puan Sri menoleh ke
arahku.
Terkejut aku jadinya! Merah sangat
wajah wanita itu ketika ini. Tambah-tambah di bahagian hidung. Masih ada air
mata yang bersisa di tubir mata. Terlepas sejadah yang berada di tangan. Aku
terus menghampirinya.
“Puan Sri? Kenapa ni Puan Sri?”
Soalku dengan penuh prihatin. Puan Sri sakitkah?
“Saya cuma terfikir, adakah saya
sama bertuahnya dengan ibu dan bapa kamu? Ada
anak yang sudi doakan saya selepas solat. Saya cuma terfikir, apabila saya tak
ada nanti, ada atau tidak anak-anak saya yang sudi doakan saya di dalam solat
mereka.” Ada
sendu di dalam ayat itu membuatkan aku yang mendengar ini kelu seribu bahasa.
Otak terus tidak dapat berfungsi.
Puan Sri pula melangkah keluar, membiarkan aku termanggu sendirian
di sini.
Betullah kata orang, harta,
kemewahan dan pangkat tidak dapat membeli kebahagiaan dan ketenangan hati. Apabila
teringatkan Syaf yang berada berseorangan di ruang atas, aku terus sahaja
mencapai sejadah dan meletakkannya kembali di atas rak yang disediakan khas.
Kemudian, aku menyarungkan tudung di kepala. Dengan langkah longlai, aku
menapak ke arah pintu. Sudah bersedia untuk meninggalkan bilik solat yang
letaknya berhadapan dengan bilik tetamu ini.
*********************************************************************
Bab 10
Aku masih lagi
terkejut dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Nampaknya Puan Sri yang kaya
raya itu juga mempunyai masalah, sama seperti manusia lain. Cuma
jenis masalah aje yang berbeza. Memanglah dia hanya gunakan Bahasa Melayu sahaja
tetapi mengapa terasa sangat sukar untuk mentafsir apa maksud yang tersirat di
sebalik keluhannya tadi? Hendak buat kesimpulan sendiri, memang aku tidak
berani.
Nafas berat
kuhelakan sebaik sahaja pintu bilik kutarik rapat. Tersentak aku jadinya
apabila melihat kelibat lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik tetamu. Terus
sahaja kakiku mengatur langkah tetapi dengan pantas dia memegang lengan bajuku.
Nasib baik berlapik, kalau tidak, ada yang makan penampar sekali lagi ni! Kurang asam betullah! Aku terus mendongak ke
arahnya.
“Heyy! Lepaslah!”
Terus sahaja aku merentap lenganku dengan kasar.
Mendidih aje
darahku saat ini. Kelam kabut aku memandang ke hadapan. Risau kalau ada mata
yang memandang. Nasib baiklah tidak ada sesiapa di ruang yang agak sunyi dan tersorok
ini. Semuanya sibuk berkumpul di ruang tamu dan dapur agaknya.
“Nice to meet
you again!” Bersama senyuman sinis di bibir dia berkata begitu.
Malas hendak
melayan lelaki sewel ini, aku terus mengatur langkah tetapi dihalang olehnya
yang kini berada di hadapanku.
“Boleh tak
jangan halang laluan saya? Kita kat depan bilik solat ni. Hormatlah sikit. Isk!”
Tempikku. Jarang aku bercakap sekasar ini.
“Why? Takut nak
bertentang mata dengan aku?” Dia
bersuara. Kali ini dia membahasakan dirinya ‘aku’ pula. Ada ketawa nakal di hujung ayatnya. Memang
takde kerja dia ni.
Aku merenung
tajam ke arah lelaki yang berkemeja biru itu. Anak mata dengan tidak sengaja
mengamati lelaki di hadapanku ini. Lengan bajunya dilipat dengan kemas sehingga
ke paras siku dan bahagian atas baju tidak dibutangkannya. Oops! Aku terus
melarikan anak mata ke arah lain.
“Saya ada tugas yang
perlu diselesaikan. Bunga-bunga tu belum habis digubah lagi. Jadi, boleh tolong
ke tepi sedikit?” Ujarku yang cuba
untuk melangkah tetapi laluanku terhalang. Lelaki ini mendepakan tangannya di
hadapanku. Ish, ingat main galah panjang ke apa ni?
“Nope..tak
boleh” Gelengnya dengan pantas. Geram betul. Mahu sahaja aku melesing mamat ni
dengan beg telekung di tangan tetapi aku masih waras. Nafas kutarik
dalam-dalam. Sabar Fina..sabar! Darjah kemarahan yang telah pun mencapai
takat maksimum cuba kurendahkan suhunya.
“Apa yang awak
mahu dari saya sebenarnya?” Dengan lemah
aku menyoal. Dia pula dengan perlahan bergerak setapak ke hadapan dan terus
melangkah menghampiriku.
“Well, aku nak
kau tampar aku sekali lagi macam kau tampar aku kat depan rumah kau tempohari.”
Ujarnya dengan bersahaja. Sah dia ni ada penyakit mental! Aku terpaksa
mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang manakala dia masih menapak ke mari.
“Hah? Awak dah
gila ke?” Soalku yang tidak dapat bersabar lagi dengan perangainya. Biarlah
kalau orang lain dengar pun. Aku sudah tidak kisah. Lelaki itu masih lagi melangkah. Aku yang
sedikit risau kini sudah pun tersandar pada pintu bilik solat. Dah tak ada
ruang lagi untuk aku berundur. Cemas aku jadinya. Takkanlah nak masuk ke dalam
bilik solat pulak? Hah, itu memang tindakan yang kurang bijak! Akhirnya aku
terus mengangkat kedua-dua belah tanganku.
“Okay..saya
minta maaf. Saya memang tertampar awak malam tu sebab saya terkejut.”
Kelam-kabut ayat tersebut meluncur keluar dari mulutku. Tangan kanan dengan
pantas membetulkan cermin mata yang
sudah pun melorot ke hidung.
Lelaki di
hadapanku ini memang betul-betul gila! Kini jarak kami tersangatlah dekat
sehinggakan aku boleh mendengar deruan nafasnya. Bau wangian yang dipakainya pun dapat kuhidu
dengan jelas. Sempat lagi kulihat bibirnya mengukir senyuman kemenangan.
Tangan kanan
dilekapkan pada dinding pintu bilik manakala wajahnya pula ditundukkan sedikit
membuatkan aku terus memejamkan mata. Baru sahaja ingin berlari menjauhi lelaki
ini, tangan kirinya pula dilekapkan pada dinding pintu membuatkan aku terkunci
di dalam ruang yang diciptakan lelaki ini.
Memang gila! Apa
akan terjadi kalau ada orang yang ternampak keadaan kami begini? Bagaimanakah
kalau Puan Sri yang ternampak? Risaunya hatiku. Jantung pula terus berdegup
laju seperti hendak terpisah dari badan dah ni.
“Kau tahu aku
jadi tajuk utama cerita malam tu? King ditampar perempuan nerd!” Bisiknya di
telingaku. Perempuan nerd? Aku yang semakin geram dengannya terus bersuara.
“Padanlah dengan
muka awak! Siapa suruh awak pandai-pandai sentuh cermin mata saya? Jangan awak
ingat dengan semua perempuan awak boleh main-main” Ayat yang kuucapkan sama
sinisnya dengan nada suara lelaki itu sebentar tadi. Riak tidak puas hati
terpampang jelas di wajahnya.
“What? You must
be crazy!” Bisiknya kasar di telingaku.
“Aku? Nak
main-main dengan perempuan macam kau?” Soalnya dengan sinis sambil ketawa
kecil. Mata dijulingkan ke atas. Ya Allah, kenapalah ada makhluk saiko macam ni
kat atas muka bumiMu ini?
“Kau dah cermin
diri ke belum? Perempuan macam kau, dalam mimpi pun aku jijik nak
berdampingan.” Tajam kata-katanya menghiris deria pendengaranku. Sesungguhnya
tahap kesabaranku sudah senipis kulit bawang. Sesungguhnya, tanganku ini rasa
gatal aje nak menampar wajahnya sekali lagi! Biar berbirat dan meninggalkan
kesan sampai bila-bila. Baru puas hatiku.
“Hello! Jangan
nak perasan bagus! Saya pun tak pernah bermimpi nak bergandingan dengan awak.
Lelaki buaya! Sorry, but you are just not my type!” Dengan kasar aku membalas
kembali.
Wajah playboy
di hadapanku ini terus berubah kemerahan.
“Oh yes? I am
not your type? Seriously?” Bisiknya dengan perlahan di telinga kananku
membuatkan aku menoleh ke kiri. Tangan kanannya
meraup wajah dan kemudian berlari menyebak rambut ke atas. Aku terus
mengambil peluang untuk melepaskan diri dari ruang ini tetapi tidak berjaya.
Dengan pantas dia melekapkan kembali tangannya pada dinding pintu
“Let’s see now..”
Dengan tiba-tiba wajahnya didekatkan ke wajahku sehingga aku rasa seperti tidak ada lagi ruang
untuk aku bernafas. Terus sahaja aku menolak tubuhnya jauh dariku tetapi tidak
berjaya. Tapi, sekurang-kurangnya tindakanku ini menghentikan niat jahat yang
berada di dalam fikirannya.
“Kenapa? Nak
tampar aku? Tamparlah!” Cabarnya. Kali ini suaranya melantun dengan kuat,
memecah kesunyian ruang yang tersorok ini.
“Why? Tak
berani?” Soalnya lagi, lebih sinis dari tadi. Aku pula semakin risau sekiranya
ada orang yang ternampak keadaan kami begini. Lebih malang lagi kalau orang itu adalah Puan Sri!
Sesiapa yang melihat situasi kami ini mesti akan curiga. Bimbang betul kalau
menimbulkan fitnah di kemudian hari.
Apa yang dia
mahukan sebenarnya?! Ah, lelaki ini dah betul-betul hilang akal. Aku terus
sahaja meronta dan cuba untuk lepaskan diri dari ruang yang masih dikunci oleh
kedua-dua belah tangan lelaki ini tetapi tidak berjaya.
“Raja Adrian Benjamin!”
Kuat suara itu
menampar telinga aku dan King. Aku terus menoleh ke arah Puan Sri yang sedang
bercekak pinggang.
Dengan pantas
lelaki ini terus melepaskan kedua-dua tangannya dari dinding pintu. Puan Sri
yang masih mencerlung tajam ke arah anaknya itu kini melangkah ke mari. Lemah kurasakan lututku ketika ini. Tidak
sanggup rasanya hendak menatap wajah berang Puan Sri. Lelaki itu pula kulihat selamba
sahaja meraupkan wajahnya. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
Tenang sahaja lagaknya. Seperti tiada apa-apa yang terjadi.
“Puan Sri..” Aku
cuba
hendak menceritakan perkara yang sebenarnya tetapi Puan Sri telah terlebih
dahulu bersuara. Takutnya kalau Puan Sri tersalah menilai.
“Ad..what are
you doing? Tak cukup lagi ke buat masalah kat luar tu? Sampaikan kat dalam
rumah ni pun nak buat hal?!” Kasar suaranya memarahi lelaki bernama Raja Adrian
Benjamin ini.
“Mummy..Ad..”
Aku lihat lelaki itu cuba
mencari alasan tetapi ayatnya tidak disambung. Matanya terus difokuskan ke
sebelah kanan. Aku juga turut sama menoleh.
Siapa pula
mereka ini? Berkerut-kerut dahiku memandang ke arah dua orang perempuan seksi
yang sedang melangkah ke mari. Seorang berambut blonde, seorang lagi mewarnakan
rambut dengan warna coklat kemerahan. Puan Sri kulihat selamba sahaja lagaknya ketika
ini. Seperti tidak terkejut langsung dengan kehadiran mereka.
“King…” Dengan
manja gadis berambut blonde itu mengambil tempat di sebelah si playboy. Sangat
rapat jarak mereka.
“King…siapa
perempuan ni? You cakap I sorang aje girlfriend you..” Seorang lagi gadis pula
bersuara sambil bercekak pinggang. Terpamir jelas riak tidak puas hati pada
wajahnya yang disolek rapi.
Padan muka!
Sempat aku bersorak riang di dalam hati menyaksikan drama sebabak di hadapanku
ini. Sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya.
“Jessica..” Lemah
suaranya memandang ke arah gadis berambut blonde di sebelahnya. Jessica konon!
Nama kalah minah salleh tetapi rupa melayu tulen. Memang over! Kemudian matanya
beralih kepada seorang lagi gadis di hadapannya.
“Rossy..”
“Boleh tak you
all jangan buat kecoh kat sini?” Pandai betul lelaki ini memujuk rayu. Lembut
sahaja nada suaranya.
“We all bukan
nak buat kecoh. We all just nak you buat pilihan. Sekarang I nak you
pilih. I atau dia?” Jawab Jessica.
Tangan ditundingkan ke arah Rossy sambil menjulingkan matanya ke atas.
Aku lihat King
sedikit serabut. Terus sahaja dia menoleh ke arah Puan Sri yang kulihat merenung
tajam wajahnya.
“Mummy..macam
mana diorang boleh masuk dalam rumah ni?” Soalnya. Aku tahu dia tidak berpuas
hati.
“Mummy yang ajak diorang ke sini. Mummy tak
nak diorang buat kecoh kat luar!” Bentak Puan Sri dengan kasar. Masam mencuka wajahnya.
Terus sahaja anak matanya berlari ke arah
Jessica dan Rossy silih berganti. Aku pula yang rasa tidak diperlukan di sini
ingin terus melangkah pergi tetapi dengan pantas Puan Sri menahan langkahku.
Eh, Kenapa ni? Alamak, jangan-jangan Puan Sri
tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya tadi? Ya Allah, hindarkanlah aku
dari fitnah. Aku mula berdoa. Kencang jantung berdegup. Semakin gusar hatiku
saat ini.
Mata Pun Sri
kembali mencerlung tajam ke arah dua wanita seksi itu. King pula kulihat tenang
sahaja bersandar pada dinding, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tangan Puan Sri
kini menunding ke arah Jessica. Kemudian ke arah Rossy pula. Kedua-dua orang
gadis itu kelihatan tergamam.
“Now, both of
you better listen here carefully.” Dengan tegas suaranya berkumandang. Mereka
berdua kulihat terus memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi.
“My son is no
longer available. He is getting married soon!” Laju sahaja ayat itu meluncur
keluar dari bibir Puan Sri. Bukan sahaja Jessica dan Rossy terlopong, tetapi
aku juga turut ternganga luas ketika ini. Biar betul? Siapa agaknya perempuan malang yang bakal
berkahwin dengan lelaki gila itu? Sempat lagi aku mengutuk di dalam hati. Yang
lelaki ini pula kelihatan tenang sahaja. Oh, maksudnya, betullah dia dah nak
berkahwin.
“So, don’t waste
your time and just move on with your life.” Sekali lagi Puan Sri bersuara
dengan tegas. Dari riak wajahnya aku tahu dia menyampah dengan kedua-dua gadis
itu.
“Auntie..” Suara
Jessica terus sahaja bergema. Ada
air mata yang bergenangan di tubir matanya.
“Auntie..you can’t
do this.” Rossy pula terus mencapai lengan Puan Sri tetapi wanita ini menepis
dengan laju.
Aku menjadi
semakin risau apabila memikirkan nasibku sebentar lagi. Janganlah kerana aku,
Syaf tidak dibayar.
“Auntie rasa
kamu berdua belum pekak lagi kan?
So now, please leave!” Puan Sri
nampaknya sudah mula hilang sabar.
“Sunartiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!”
Terus sahaja dia memekik.
Selang beberapa
saat, terkocoh-kocoh kulihat Sunarti berlari ke mari. Wajahnya ditundukkan
sedikit tetapi anak mata memandang dengan cuak ke arah majikannya.
“Iya Puan Sri…”
Jawabnya takut-takut di dalam loghat Indonesia.
“Tunjukkan jalan
keluar untuk mereka berdua ni.” Arahan diberikan dengan tegas sekali.
“Baik Puan Sri…”
Angguk Sunarti yang sedia menurut perintah. Dia kemudiannya tersenyum manis ke
arah Jessica dan Rossy.
“Silakan miss..”
Ujarnya dengan lembut sambil mendepakan sebelah tangan ke arah kirinya. Sebelum
Jessica beredar, sempat lagi dia menghentakkan kaki tanda protes. Rossy pula
menjeling tajam ke arah Puan Sri tanda tidak puas hati dengan wanita itu.
Aku melihat
mereka berdua beredar dengan hati yang semakin sarat dengan kerisauan.
“Mummy..thanks..I
owe you one! Nasib baik mummy cover tadi..Ad pun dah menyampah dengan diorang.
Elok juga diorang ingat Ad dah nak kahwin. Tak perlu lagi nak layan diorang
lepas ni.” Dengan selamba anak Puan Sri ini memeluk ibunya dari belakang dan
mengucapkan kata-kata itu. Aku hanya mampu mengetap bibir. Puan Sri kulihat melepas
pelukan anaknya. Kemudian, dengan wajah yang serius, dia bersuara.
“Tak
Adrian..this time mummy bukan berlakon untuk selamatkan Adrian dari perempuan-perempuan tu.” Ujarnya
tenang.
“Mummy betul-betul
dah ada calon untuk Adrian. You are getting married soon!”. King pula memandang
ke arah ibunya dengan pandangan tidak percaya. Kemudian terus sahaja dia ketawa
besar. Aku yang tidak tahu apa-apa ini hanya kelu seribu bahasa.
“Raja Adrian!” Puan Sri dengan tegas menyebut nama anaknya
itu.
“Mummy tak main-main.
Ad akan kahwin tak lama lagi!”
Mati terus tawa
yang terhambur keluar dari bibir lelaki itu tadi. Dari riak wajah Puan Sri,
nampaknya dia memang tidak main-main.
“What?! Dengan siapa?”
Terkejut besar kulihat wajah lelaki ini. Seronok pula rasa hatiku. Padan muka! Anak
orang kaya mana agaknya yang menjadi pilihan Puan Sri ye? Pasti perempuan itu
bukan calang-calang orangnya kerana dapat menawan hati wanita cerewet ini. Aku
mula berteka-teki sendiri di dalam hati.
Kelat terasa air
liur yang ditelan apabila Puan Sri menoleh ke arahku.
“Afina!” Dengan
tenang dia menjawab soalan anaknya itu membuatkan aku ingin rebah. Lemah terasa
segala sendi yang berada di dalam badan. Terkulai rasanya tulang-temulang yang
menyokong tubuh.
“Puan Sri!!”
Terjerit kecil aku jadinya. Bulat mataku memandang ke arah Puan Sri.
“Mummy, you must
be kidding me! I am getting married to this girl? You are being ridiculous!” King pula
membentak. Kedua-dua tangannya meraup wajah dengan kasar. Baru sahaja dia ingin
membentak lagi, Puan Sri terus membidasnya.
“You can say
whatever you want but my decision is final!” Bentak Puan Sri. Aku pula terus
sahaja menggelengkan kepala. Masih lagi terkejut dan tidak percaya dengan apa
yang sedang berlaku. Cermin mata berbingkai hitam yang hendak melorot kutolak ke atas sedikit.
Wajah lelaki itu tidak lagi kupandang. Saat ini aku hanya memfokuskan pandangan
ke arah Puan Sri. Matanya memandang jauh ke dalam anak mataku.
“Puan Sri..maafkan
saya, tetapi, saya betul-betul harus pergi sekarang..”
Setelah berkata
begitu, aku terus meluru ke arah tangga dan melangkah naik ke ruang atas, di
mana Syaf sedang berada.
Syaf kulihat sedang
berehat di atas sofa. Kawanku itu terus tersenyum lebar sebaik sahaja nampak
kelibatku. Dari riak wajahnya, aku tahu
dia sangat gembira. Tangan kanannya menggawang sekeping kertas ke atas. Oh, dia
sudah menerima cek bayaran rupanya. Gadis itu terus berdiri. Aku pula tidak
dapat memberikan sebarang reaksi ketika ini.
Beg berisi
telekung kugalas di bahu kiri. Kemudian, kelam-kabut aku mengangkat kotak-kotak
kosong yang telah tersusun di atas lantai dengan tangan kanan. Tangan kiri pula
menarik lengan Syaf yang kulihat sedang terpinga-pinga memerhati telatahku. Dia
hanya menurut sahaja langkahku.
“Fina..kenapa
dengan kau ni?” Soalnya setelah kami sampai di tangga. Tanpa memandang ke
arahnya, aku bersuara.
“Syaf, kita kena
beredar dari sini sekarang juga!” Terketar-ketar suaraku berkata begitu saat
ini.
Tanpa banyak
bicara gadis yang masih termanggu-manggu ini mengikut jejak langkahku menuruni
anak tangga. Kakiku terus berlari keluar dari rumah sebaik sahaja tiba di ruang
bawah. Aku tahu Syaf sedang mengejar langkahku yang kini berada jauh di
hadapan. Otakku telah pun lumpuh saat ini. Tidak dapat lagi untuk aku berfikir
dengan waras. Aku cuma mahu cepat keluar dari sini. Itu sahaja!
***