Bab 3
“Barakallahu Fik, sahabatku! Semoga
Allah merahmatimu” Terus sahaja Kak Fazrina menarik aku ke dalam pelukannya.
Aku juga turut membalas pelukan wanita itu dengan erat. Walaupun Kak Faz bukan
kakak kandungku tetapi dia selalu ada di masa aku susah, kecewa dan sedih. Kami
membesar bersama-sama di Kuala Nerang, Kedah dulu. Rumah keluarga Kak Faz letaknya di sebelah rumah arwah nenek.
“Terima kasih kerana selalu ada
untuk Afina, Kak Faz..” Ada
sendu di dalam nada suaraku. Bergenangan mutiara-mutiara jernih di tubir mata.
Ketika arwah nenek meninggal dulu, keluarga Kak Faz lah yang membantu
menguruskan segala-galanya sementara menanti ketibaan papa dan mama. Kalaulah
mereka tak ada, tidak tahulah aku bagaimana untuk menghadapi saat-saat pilu itu
dulu.
“Afina adikku..janganlah buat Kak
Faz sayu pulak. Nanti banjir kedai bunga Kak Ani ni. Kak Faz kalau teriak,
susah nak berhenti.” Aku tahu Kak Faz cuba menceriakan suasana. Kaca mata
kutanggalkan dan aku mula mengesat air mata di saat pelukan dileraikan. Syaf
yang tadinya kulihat sibuk memotong kek kini memelukku pula.
“Afina..aku tahu
kadang-kadang aku banyak menyusahkan kau. Tapi..”Bisik Syaf, kawanku yang
sedikit nakal ini. Aku terus meleraikan pelukan. Mata kubulatkan ke arahnya.
“Tapi apa?”
Soalku. Syaf menguntumkan senyuman nakal.
“ Tapi aku tahu kau tak kisah, kan?!” Serentak berkata
begitu dia terus ketawa dengan kuat. Aku juga turut sama ketawa melihat
telatahnya. Sebelah tangan menutup mulut apabila melihat muka tak puas hati
Ustazah Faz. Alamak!
“Ish, kamu ni Syaf..kan Kak Faz dah pesan
banyak kali. Ketawa tu jangan mengilai-mengilai macam langsuir! Tak elok tau.
Lagipun kamu tu perempuan.” Kak Faz menegur Syaf. Perempuan itu pula terus
memeluk bahu Kak Faz seketika.
“Maaf..out of control tadi..”
Ujarnya sambil meletakkan ayam KFC ke dalam piring kertas. Kemudian piring itu
dihulurkan kepada Kak Faz. Aku pula mencapai botol air oren dan menuangkannya
ke dalam cawan kertas. Sempat lagi aku menjelirkan lidah sedikit kepada Syaf.
Sengaja aku ingin mengusiknya.
“Kak Faz, tengok tu, Si Afina siap
jelir-jelir lidah lagi..suka betul dia bila Kak Faz marah saya.” Syaf mengadu.
Wajahnya pura-pura dimasamkan. Gembira betul aku apabila meluangkan bersama dua
orang rakan karibku ini. Kan
seronok kalau hubungan aku dan Fisya serapat ini?
“Ish..korang ni..macam anak murid
Kak Faz aje. Grow up girls..dah 21 tahun kan?!”
Kak Faz menggelengkan kepalanya.
“Baru 21 tahun Kak Faz..kitorang
muda lagi lah!” Syaf sengajalah tu nak menyakat Kak Faz. Haa..sekejap lagi, mesti
Kak Faz akan kasi tazkirah kat kitorang.
“Syaf..Syaf..Syaf..” Beriya-iya dan
bersungguh-sungguh Kak Faz menyebut nama Syaf. Piring berisi ayam dan kek di
tangan diletakkan di atas riba.
“Dah banyak kali Kak Faz cakap...”
Belum sempat ayatnya sempurna diluahkan, kedengaran suara garau seorang lelaki
memberi salam.
“Assalamualaikum semua..” Semua
mata tertumpu pada Abang Din saat ini. Abang Din yang sentiasa ceria.
“Bukak-bukak aje pintu, Abang Din
dah bau KFC. Ada
lagi ke ayam untuk Abang Din?” Soalnya dengan nada bergurau. Setelah meletakkan
buku log di atas meja, lelaki ber-tshirt hitam itu kemudiannya melangkah ke
arah kami.
“Ada Abang Din..duduklah..” Jawab Syaf. Aku
terus memotong kek untuk Abang Din.
“Pergghhh..memang dasyat betullah
customer yang namanya King tu..” Ujar Abang Din sebaik sahaja melabuhkan
punggung. Kepala digelengkan sedikit.
“Kenapa pulak Abang Din..?” Soal
Syaf dengan nada ingin tahu.
“Tadi kan Abang Din hantar bunga dekat 4 orang
girlfriend dan seorang ex-girlfriend dia” Dengan bersungguh-sungguh Abang Din
memberitahu. Aku dan Syaf hanya mengulum senyuman sahaja sebab kami memang dah
sedia maklum tentang hal itu. Cuma Kak Faz yang kelihatan sedikit terkejut.
“King tu memang selalu datang ke
sini. Dia baik dengan Kak Ani. Tapi saya tak kenal dia sangat. Yang saya tahu
dia tu memang ada 2K. Kacak dan kaya.” Ujar Syaf. Aku hanya mendengar sahaja
sambil meneguk air oren.
“Macam mana Abang Din tahu mereka
tu girlfriend dan ex-girlfriend pelanggan tu?” Soal Kak Faz. Geli hati betul
melihat wajah Abang Din ketika ini.
“Er..”
“Terkantoi di situ!” Syaf mulalah
mengusik. Aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat reaksi Abang Din.
“Alah..macam la Syaf tak pernah
baca kad pelanggan..” Bidas Abang Din. Kak Faz kulihat dah mula menggelengkan
kepala.
“Saya bukan sengaja nak baca..saya
TERbaca..maklumla nak tulis kat dalam kad..mestilah kena baca dulu..” Jawab
Syaf dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, disuapnya kek ke dalam mulut.
“Betullah tu..Abang Din pun ter
jugak, terbaca! Sebab nak pastikan nama tu betul ke tak!” Tempelak Abang Din
pulak. Tangan kanannya kulihat mencicah ayam dengan sos sebelum dimasukkan ke
dalam mulut.
“Syaf, Abang Din, kita kena amanah
tau..tak elok baca isi kandungan kad tu dengan sengaja..selepas tu, kita buka
pula aib orang tu. Kan
tak bagus macam tu?”Lembut sahaja suara Kak Faz menasihatkan mereka. Aku pun
terasa sama walaupun namaku tidak disebut. Aku juga tidak sabar ingin membaca
apa yang ditulis oleh Encik King tu tadi pagi.
“Ni cik puan oi..Abang Din bukan sengaja
nak buka aib orang atau buat fitnah. Tapi, Abang Din cuma nak Syaf, Faz dan
Afina berhati-hati dengan lelaki macam tu.” Dengan tegas Abang Din berkata
begitu. Semua mata tertumpu kepadanya.
“Jangan mudah terpedaya dengan kaum
lelaki. Ada
rupa, poket pun tebal, mulalah nak terpikat! Padahal buaya besar.” Entah kenapa
aku terkesan dengan kata-kata Abang Din yang ini. Betul, sekali pandang, aku
memang tak perasan yang King itu seorang playboy. Dia nampak sangat gentleman,
macho, caring serta prihatin. Senyumannya pula sangat ikhlas diberikan. Sekali
pandang, berkali ganda baiknya King dari mamat motor kapcai yang aku jumpa pagi
tadi.
‘Habis tu, baik sangatlah dia sampai
disimbahnya kau dengan air lopak pagi tadi?’
Seperti ada suara yang mengejekku
saat ini. Kadangkala aku ni terlalu cepat membuat kesimpulan. Terlalu cepat
menerima. Memang betul kata Abang Din, aku harus berhati-hati. Jangan mudah
terpedaya.
“Abang Din ni walaupun kerja jaga
aje di malam hari, siang buat part-time hantar bunga..tidaklah kaya tetapi
Abang Din jenis setia pada yang satu.” Dengan bangganya Abang Din yang berkulit
sawo matang bersuara lagi. Aku lihat Syaf sudah mula menjulingkan mata ke atas.
“Sempat lagi promosi diri, ye Abang
Din?” Sindir Syaf.
“Benda yang benar mesti disampaikan..betul
tak Faz?” Kali ni Abang Din menoleh ke arah Kak Faz. Kak Faz hanya mampu
tersenyum sahaja. Mungkin dia juga tidak tahu nak sokong atau bangkang
kata-kata Abang Din yang terlebih ramah ni.
“Tapi kan, Abang Din tengok teman wanita si King
tu semuanya cantik-cantik belaka. Fuh..seksi betul. Yang ditinggalkan tu pulak siap meratap pilu lagi..” Sebaik sahaja
Abang Din berkata begitu, aku terus mula merangka ayat di dalam kepala. Terasa
ingin sangat aku bertanya tentang penerima bunga yang bernama Fisya.
“Menangis la sebab lubuk emas dah
terkambus.Abang Din, mustahillah diorang tu semua tak tahu yang King ni seorang
playboy! Tapi, duit adalah segala-galanya bagi diorang kan? Terima aje la” Balas Syaf.
Kemudian, secebis ayam dimasukkan
ke dalam mulut. Aku lihat Kak Faz juga tidak sabar-sabar ingin berhujah saat
ini. Wah, dah jadi isu panas pulak kisah King kat kedai bunga ni. Nasib baik
tak ada customer tengahari ni.
“Ini yang merisaukan Kak Faz.
Perempuan hari ni sanggup gadai maruah kerana duit. Kamu dan Fina kena sentiasa
ambil iktibar. Ingat..jangan jadi macam tu..” Ada nada risau yang amat sangat di dalam ayat
Kak Faz. Aku dan Syaf bagaikan burung belatuk, terus menganggukkan kepala.
“In syaa Allah tak, Kak Faz..”
Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, aku terus meletakkan piring kertas
di atas meja kaca dihadapanku. Anak mata kuhalakan ke arah Abang Din.
“Err..Abang Din..” Panggilku. Semua
mata sekarang tertumpu ke arahku.
“Kenapa?” Soal Abang Din.
“Abang Din jumpa tak dengan
perempuan yang namanya Fisya tu? Macam mana orangnya ye?” Aku terus bertanya
tentang soalan yang berlegar di dalam fikiran.
“Fisya? Ha, girlfriend dia yang itu
aje yang Abang Din tak jumpa..Kawan dia yang ambilkan bunga tu tadi.” Entah
kenapa aku sedikit hampa dengan jawapan yang kudengar dari Abang Din.
“Oh..”
“Kenapa?” Soal Abang Din.
“Kau suspect Fisya tu adik kembar
kau ke?” Syaf memang dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran aku nampaknya.
Perlahan aku mengangukkan kepala.
“Sama-samalah kita doa Fisya tu bukan
adik Fina..Ins Syaa Allah..” Kak Faz mencelah. Aku hanya mampu tersenyum kelat.
Syaf dan Kak Faz memang arif sangat tentang hubungan aku dengan Fisya. Deringan
telefon bimbit yang berbunyi membuatkan aku
bingkas bangun dari kerusi empuk berwarna merah ini. Aku terus
mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas meja kaunter.
“Assalamualaikum mama..” Aku terus
ke bahagian sisi kedai. Di situ terdapat pasu-pasu besar yang berisi bunga
segar.
“Waalaikumussalam..Fina kat mana tu
sayang?” Lembut sahaja suara mama di hujung talian.
“Fina kat Cinta Florist ni. Syaf
dengan Kak Faz pun ada sekali.” Balasku dengan lembut.
“Fina tak lupa kan tentang majlis malam ni?”
“Hmm..Fina tak lupa ma..kejap lagi
Fina balik.” Ikutkan hati, malas ingin turut serta nanti. Maklumlah, Fisya
bukan suka sangat tengok muka aku. Tapi, aku tak mahu papa dan mama risau.
Pandangan kuhalakan ke arah bunga-bunga lily pula. Sedikit sebanyak dapat
menenangkan hati yang bercelaru.
“Mama dengan papa risau sangat
sayang..” Kata-kata mama membuatkan aku terdiam seketika.
“Kenapa pulak ma?” Soalku dengan
penuh prihatin.
“Tak..mama tak sedap hati sebab tak
sambut hari lahir Fina sekali dengan Fisya malam ni..tak macam tahun-tahun yang
lepas..” Aku tergelak kecil. Sedikit pun aku tak kecil hati malah aku sangat
seronok tidak perlu sambut bersama dengan Fisya. Hati pun tak sakit. Terbayang
peristiwa semasa majlis sambutan hari lahir kami tahun lepas. Fisya dengan
sengaja telah menuang air oren ke atas baju aku di hadapan rakan-rakannya.
“Eh..takpe ma..lagipun Fina memang
tak nak mama. Papa dan mama belanja Fina makan malam semalam pun dah cukup.
Perasaannya sama macam Fina sambut hari lahir dengan arwah nenek dulu.” Ujarku.
Memang aku ikhlas berkata begitu. Bagiku tak perlulah nak berhabis ribuan
ringgit hanya untuk majlis hari lahir.
“Ahamdulillah Fina..mama rasa
bangga ada anak macam Fina..bilalah Fisya tu nak berubah ye..” Aku juga
tersentak seketika mendengar rintihan mama di hujung talian.
“In syaa Allah ma..sama-sama kita
doakan..” Ucapku dengan lembut.
“Tengoklah, semalam pun dia tak
balik rumah tau..” Luah mama. Aku tahu mama sangat risaukan Fisya.
“Ye ke mama? Dia tidur kat mana..?”
Soalku dengan rasa ingin tahu yang menggunung.
“Kat rumah kawan dia..bila mama
tanya di mana rumah kawan, mulalah dia memberontak. Tinggikan suara dengan mama. Salah mama juga sebab
terlampau manjakan dia..” Aku hanya mampu menggelengkan kepala mendengar
kata-kata mama. Itulah Fisya. Dengan mama pun dia boleh kurang ajar, inikan
pulak dengan aku.
“Fina..papa dah balik tu. Fina
balik awal ye untuk majlis malam nanti.”
Pesan mama.
“In syaa Allah mama..kejap lagi
Fina balik ye..” Jawabku dengan bersungguh-sungguh. Terbayang raut wajah mama
yang lembut di fikiran.
“Mama dengan papa sayang Fina..sama
macam kami sayangkan Fisya..” Sempat lagi mama berkata begitu. Aku tahu, mama
tidak mahu aku berasa tersisih.
“Terima kasih mama..” Ucapku.
“Sama-sama
sayang..Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Sebaik sahaja talian dimatikan, aku
menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkinkah Fisya, teman wanita King itu
adalah Fisya, kembarku? Harap-haraplah bukan. Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah
adikku.
*****************************************************
Bab 4
Aku menilik diri
di hadapan cermin. Okay ke ni? Gaun Cinderella kata mama. Tapi, kenapa bila aku
pakai nampak macam nenek Si Cinderella aje?! Kaca mata berbingkai hitam kubetulkan supaya tidak
melorot turun ke hidung. Aduhai..aku memicit kepala dengan kasar apabila
terpandang ke arah alat-alat solek yang bersepah di atas meja. Nak kena conteng
jugak ke muka ni? Karang aku kelihatan seperti suku kaum red Indian pulak! Aku
manalah tahu bersolek. Ah, tak perlulah nak solek-solek bagai!
Aku bukanlah
seorang tomboy tetapi aku memang tidak suka pakai gaun labuh, skirt dan yang
seangkatan dengannya. Memang dari dulu lagi aku tidak minat dengan pakaian
jenis itu. Tapi, demi kerana mama, aku rela menyarungkan gaun labuh berwarna
pastel ini di badan.
Ikutkan hati
malas aku hendak turun ke bawah. Tapi, apa pula kata saudara-mara dan jiran
tetangga nanti? Takut mereka ingat aku merajuk pula kerana majlis ini hanya
untuk Fisya. Aku tidak mahu siapa pun membuat spekulasi yang bukan-bukan. Aku tak suka
tengok mama susah hati. Niat untuk melangkah ke
arah pintu terhenti seketika apabila pintu bilikku dibuka dengan kasar
dari luar.
“Hei, bak sini rantai kau!” Fisya dengan wajah
yang masam mencuka muncul di muka pintu.
Begitulah cara
dia bercakap denganku selalu. Sebelah tangannya bercekak pinggang dan sebelah
lagi tangan dihulurkan ke arahku. Aku cuba memberikan senyuman kepada
gadis dihadapanku ini.
“Rantai yang
mana?” Tanyaku dengan lembut.
“Rantai yang
papa kasi kat kau masa birthday last year.” Ujarnya dengan kasar. Mata pula
dijulingkan ke atas. Seutas rantai emas bersama loket berbentuk hati terbayang
di fikiran. Ah, tu rantai kesayangan aku! Aku bertempik di dalam hati.
“Boleh tak jangan
buang masa aku?!” Herdik Fisya. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Kak Fina rasa
Fisya pun ada rantai tu kan?”
Soalku dengan lembut. Memang betul papa ada memberikan rantai yang sama kepada
Fisya juga.
“Kak Fina? Hey,
jangan nak kakak sangatlah! Tu cermin dulu diri kau sebelum nak mengaku kakak
aku. Kalau kau tak cakap, siapa pun tak akan perasan yang kita ni adik
beradiklah. Kau tu dah la buruk, selekeh pulak tu!” Tajam kata-katanya
menghiris hati aku. Aku tahu aku tidak cantik. Tidak pandai bergaya seperti
dia. Tapi, bukan itu yang membuatkan hatiku merintih sedih. Fisya pula kulihat
terus meluru menuju ke arah meja solek.
“Tak kisahlah
kalau Fisya tak nak mengaku Kak Fina sebagai kembar Fisya. Tapi, bagi Kak Fina,
Fisya adalah satu-satunya saudara kandung akak.” Balasku.
“Ah, suka hati
kau lah!” Bentak Fisya. Tangan gadis itu ketika ini sibuk membuka laci. Di
dalam hati aku berdoa agar Fisya tidak jumpa rantai pemberian papa itu. Dalam
masa yang sama, aku tahu itu adalah mustahil.
Beberapa saat
setelah tangannya menyelongkar ke dalam laci yang paling bawah, dia menguntum
senyuman.
“Yezza! Dah
dapat!” Girang sungguh kulihat wajahnya ketika ini.
Dia kulihat
terus memakai rantai tersebut di hadapan cermin tanpa sedikit pun rasa
bersalah. Wajahnya ditilik seketika. Jari jemarinya membetulkan rambut yang
diwarnakan perang dan dipotong mengikuti trend terkini. Kemudian, jejari
runcingnya berlari membetulkan gaun chiffon yang berwarna pastel di badan.
Aku hanya mampu
memerhati telatahnya. Jika mahu aku boleh meragut rantai tersebut dari dia.
Jika mahu aku juga boleh menghamburkan kata-kata yang mampu menyakitkan
hatinya. Jika mahu aku boleh saja tolak gadis ini keluar dari bilikku. Badannya
bukanlah besar mana. Ketinggian dan berat kami lebih kurang sahaja. Tapi, aku
tidak sanggup mengeruhkan lagi hubungan di antara aku dengan Fisya.
Hanya keluhan
berat sahaja yang terpacul keluar dari bibir. Fisya pula terus berlalu ke arah
pintu dengan gaya
‘catwalk’ yang mengada-ngada.
Perlu ke jalan macam tu?! Macam itik senak perut aje aku tengok.
Sengaja nak sakitkan hati akulah tu. Kepala kugelengkan. Sebelum melangkah
keluar, dia berpaling ke belakang seketika. Senyuman sinis diberikan kepadaku.
“Tak payah kot
nak cakap terima kasih kat kau. Sebab semua barang-barang kau dalam bilik ni
mama dan papa yang belikan. Kau tu pulak, menumpang aje kat sini. So, secara
automatik semuanya adalah barang-barang aku!” Dengan nada yang sangat sinis dia
berkata begitu. Belum sempat aku membalas kata-katanya dia terus bersuara lagi.
“Ah malaslah nak
layan kau! Baik aku turun sekarang and have funnnn!” Dengan nada gembira dia
menjerit kegirangan. Memecah kesunyian ruang atas rumah teres Semi- D ini.
Kemudian dia terus berlalu.
Dengan payah
bibirku menguntum senyuman hambar sambil cuba menenangkan diri.
“It’s okay,
Afina. Kau kan
kakak. Kakak memanglah kena beralah. Lagipun nama kau kan Afina, seorang yang pemaaf.” Dengan
perlahan kata-kata itu kuluahkan dari bibir dengan mata yang berkaca.
***
Lelaki dan perempuan sama sahaja
gediknya. Naik meluat aku dan Syaf lihat telatah mereka. Fisya kulihat seperti
sengaja nak tayang rakan-rakannya yang kaya-raya dan kononnya ‘high class’ itu
di hadapan kami. Kadang-kadang mata-mata
mereka memandang ke sini sambil berbisik-bisik. Kemudian, mereka ketawa berdekah-dekah.
Aku tak tahu apa yang mereka umpatkan! Husnuzon..husnuzon Fina! Aku
mengingatkan diriku.
Syaf kulihat berlagak bodoh aje.
Gelas air di tangannya yang sudah pun kosong diletakkan di atas meja. Kemudian,
dia bingkas bangun dan menuju ke arah meja yang menempatkan pemanis mulut.
Rakanku yang kurus ini memang kuat makan.
Mahu sahaja aku mengajak Syaf masuk
ke dalam rumah, Tapi, ramailah pulak rakan-rakan mama dan papa. Aku bukan apa,
rimas betul dengan seorang dua makcik yang gemar membuat pembandingan di antara
aku dan Fisya. . Sesungguhnya ruang atas adalah ruang paling selesa untukku
saat ini. Meronta-ronta hatiku untuk naik ke atas.
“Hoi! Kau pekak ke buta? Pergi
tengok siapa yang hon kat luar tu!” Dengan kasar Fisya mengherdik ke arahku.
Semua mata rakan-rakannya tertumpu di sini. Terasa tebal wajahku saat ini.Lupa
pulak, aku kan
umpama orang gaji di mata dia. Dia pulak ‘mem’ besar! Dengan hati yang pedih
aku melangkah longlai menuju ke arah pintu pagar.
Isk, nak berjalan pun susah dengan gaun labuh nenek
Cinderella ni! Kalau pakai kasut tumit tinggi rasanya padanlah dengan gaun
begini. Tapi, aku pakai sandal aje. Memanglah mencecah lantai sedikit. Bukan
macam orang gaji aje, tapi rasanya dah macam penyapu sampah pun ada juga. Uwarghhhh!
Haru betul. Terus sahaja kedua-dua tanganku mengangkat sedikit gaun di badan
untuk memudahkan pergerakan. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari pintu
pagar tinggi ini, aku terus kaku.
Ah, sudah! Biar betul ni! Walaupun hanya
diterangi lampu jalan dan lampu dari spotlight kereta lelaki itu, aku dapat
lihat dengan jelas siapa yang berada di hadapan rumahku sekarang. Terlepas terus gaun dari tangan. Tak kisah
lagi kalau gaun tersebut meleret menyapu
jalan yang bertar ini. Nampaknya apa yang aku takut-takutkan betul-betul
terjadi. Aku hanya mampu memandang sahaja ke arah kelibat seorang lelaki kacak
yang sedang bersandar pada dinding keretanya. T-shirt berkolar hitam dipadankan
dengan seluar jeans biru. Sangat simple pakaiannya berbanding pagi tadi. Tapi,
masih tetap nampak menarik. Lelaki ini kelihatan sedang sibuk dengan telefon
bimbit di tangan. Nampak gayanya seperti sedang ber-sms aje. Hah..sah tengah
sms dengan teman wanitanya yang berderet tu! Sampai kan tak sedar aku tengah tercegat kat sini seperti
tiang lampu.
Sesekali wajah lelaki itu
tersenyum. Memang dia mempunyai ‘killer smile’ yang mampu mencairkan hati ramai
orang. Kacak.
Astaghfirullahalzim.Afina, wake up!
Aku meraupkan wajah. Ah, baik aku panggilkan Fisya ke mari. Baru sahaja ingin melangkah
masuk, lelaki itu menoleh ke arahku. Alamak!
Matanya dicerunkan sambil berjalan ke mari. Dia kelihatan terkejut
sedikit. Ha…mesti dia masih ingat aku!
“You?” Dia tersenyum kacak untuk
kesekian kalinya. Aku terus membuang pandang ke arah jalan raya. Malas mahu
bertentangan mata dengannya. Takut terleka lagi dengan “killer smile” yang
diberikan lelaki ini.
“Awak nak apa datang rumah saya
malam-malam begini?” Acuh tak acuh aku bertanyakan soalan itu. Memang aku tidak
suka dia berkawan dengan Fisya! Sebabnya aku kenal benar dengan jenis lelaki
macam dia. King of Crocodile ini akan menghancurkan hati Fisya. Tegang sahaja
wajahku ketika ini.
“Why do you sound so serious?”
Sebelah keningnya terangkat sedikit. Senyuman masih lagi bersisa di bibir.
“Saya tak salah rumah kan? Fisya tu adik atau
kakak awak?” Soalnya dengan bersahaja. Aku terdiam seketika. Jarang orang nak
kaitkan aku dengan Fisya. Maklumlah, bagi mereka, aku dan Fisya bagai langit
dengan bumi.
“Dia kembar saya.” Jawabku dengan
malas.
“Oh..no wonder ada persamaan!” Aku
terpempan lagi. Rasanya, jarang-jarang orang nampak persamaan di antara kami
berdua. Selalunya orang akan buat muka pelik bila tahu bahawa aku ni kembar
Fisya. Lelaki ini semakin menghampiri. Masih mencari persamaan di antara aku
dan Fisya, mungkin!
“Memang sama kalau you tak pakai
tudung..” Nampak ikhlas apabila dia
berkata begitu. Kemudian, dia bersuara lagi.
“And without this glasses,
memang..” Serentak dengan itu dia terus mendekatkan dirinya kepadaku membuatkan
aku ingin mengundur setapak ke belakang. Tetapi belum sempat aku berbuat
demikian, tangannya terus sahaja mencabut kaca mata tebal dari wajah. Aku pula
yang terkejut terus menampar wajahnya dengan tidak sengaja. Tindakan refleks! Ingatkan
dia nak buat apa tadi.
Sempat lagi aku meragut kaca mataku yang berada di tangannya dan cepat-cepat kukenakan ke wajah. Dapat kulihat dengan jelas pipinya yang sedikit berbirat. Alamak mati aku! Lelaki itu nyata terkejut dengan tindak balasku.
Sempat lagi aku meragut kaca mataku yang berada di tangannya dan cepat-cepat kukenakan ke wajah. Dapat kulihat dengan jelas pipinya yang sedikit berbirat. Alamak mati aku! Lelaki itu nyata terkejut dengan tindak balasku.
Baru sahaja ingin meminta maaf, kedengaran
suara seorang perempuan menjerkah dengan kuat di belakangku.
“Hoi Fina!” Aku terus menoleh.
Alamak, memang cari nahas nampaknya aku ni. Bukan sahaja Fisya yang ada di
hadapan pintu pagar tetapi sebahagian rakan-rakannya juga turut sama berada di
situ. Nasib baik mama dan papa tidak
sedar tentang kejadian ini. Fisya terus meluru ke arahku.
“Kau gila ye??!” Tengkingnya. Aku
hanya mampu menundukkan wajah sahaja. Tidak mampu menentang anak matanya yang
kulihat sudah pun mahu tersembul keluar. Kemudian dia terus memeluk lelaki
playboy itu.
“Sayang, are you okay?” Suara manja
Fisya menampar gegendang telinga sekali lagi. Tangannya mengusap-usap pipi
lelaki yang kulihat sesekali menjeling ke arahku. Aku tak tahu apa maksud
pandangan matanya itu.
“No problem sayang..I am okay.”
Balas King dengan bersungguh-sungguh
“Tengok apa yang kau buat ni!”
Fisya menyinga. Syaf yang tadi hanya berada di pintu pagar kini menapak ke mari
dengan muka yang penuh tanda tanya. Terpinga-pinga gadis itu.
“Kau ni memang menyusahkan hidup
aku lah!” Fisya menolak aku dengan kuat. Melelong aku jadinya. Nasib baik Syaf
sempat memegang lenganku. Kalau tidak, mesti tersungkur aku kat sini.
“Mak ai bro, kau kena tampar ke?”
Kedengaran suara seorang lelaki bertanyakan ayat itu kepada King. King masih
lagi tersenyum.
“Bro, kau buat apa dengan dia tadi?
Takkan dah tukar taste ke ustazah-ustazah kot!” Sinis sekali bunyinya. Ustazah
adalah satu pekerjaan yang mulia. Memang kurang ajar
sungguh ayat itu! Aku hanya mampu mengetapkan bibir dan menjeling tajam ke arah
pemilik suara tersebut.
“Nothing, bro. Hey, jom kita lepak
tempat biasa!” Sebaik sahaja King berkata begitu, dia terus membukakan pintu
untuk Fisya. Rakan-rakan mereka yang lain pula bersorak riang.
“Jom..I pun dah rasa panas sangat. Tambah-tambah
ada perempuan tak betul ni. Lagilah rasa berbahang!” Seperti orang mengantuk
disorongkan bantal, Fisya terus sahaja masuk ke dalam perut kereta mewah itu.
Ingin sahaja aku menahannya dari pergi. Ingin sahaja aku memberitahu dia siapa
King yang sebenarnya. Tetapi semua itu berlaku terlalu pantas. Suaraku hanya mampu
tersekat di kerongkong sahaja. Lelaki itu pula, setelah menutup pintu kereta
untuk Fisya, sempat lagi dia memberikan senyuman kepadaku. Aku tidak tahu apa makna
senyuman itu. Yang nyata, ianya lain dari selalu. Berseliratnya rasa otakku saat
ini! Tidak tahu masalah yang mana dulu harus aku fikir. Masalah dengan Fisya
atau masalahku dengan King of Crocodile tu!
***
King of Crocodile. ihik! sambuang lagi ^,^
ReplyDeleteayooo... fisya nie xmakan saman.. king sudah jatuh hati looo..hahaha
ReplyDeleteX sngke fisya tersenarai jgk.... hebat betul King of crocodile.... hehehe... tunggu sambungan yg seterusnya... x sabar...
ReplyDeleteMemang betullah Fisya yg dpt bunga tu adik Fina... kesian Fina terpaksa beralah dengan Fisya... Dari kecik lagi ke fisya sombong macam tu kak suri?
ReplyDeletegeram je dgn fisya ni. rantai fina pon dia nak...
terbaekkkk....!!!
ReplyDeleteKesiannya Fina... Good Job Kak Suri.. Nak Entry Lagi.. :)
ReplyDeletebest la cita ni can't wait to read the whole novel =)
ReplyDeletecpat2 publish taw =)
pasti beseler nanti chaiyok chaiyok..:)
ReplyDeletehaaaa
ReplyDeleteaiyooo..
ni mesti
king of Crocodiel sudah jatuh hati dekat afina..
huhuhu
best,best,best..
can't wait..
good job kak suri..;D
haish... afina sangat lembut hati..
ReplyDeleteapa perasaan King kena tampar...
ReplyDeletewaaaa menarik watak Afina...
~saza~
very different from d earlier version...but i like!
ReplyDeleteSalam Suri
ReplyDeleteKenapa Afina merasa janggal didalam rumah itu dan kenapa ya..dia dibesarkan oleh neneknya dikampung sedangkan adiknya dibesarkan sendiri oleh kedua ibubapanya..mengapa mesti ada perbezaan dalam membesarkan anak anak kembar mereka.
Kenapa Afina membiarkan dirinya dibuli oleh adiknya..dan membiarkan dirinya disakiti dengan sewenangnya oleh Risya..rasanya terlalu beralah dengan segala perilaku adiknya akan membuatkan Risya akan naik toncangnya..at least dalam hidupnya kini..cubalah fight for her rights..kenapa mahu mendera dan membiarkan hatinya disakiti kerana dia juga adalah anak kepada ibubapanya..dan darah yg mengalir dalam dirinya juga mengalir dalam diri adiknya Risya..perubahan perlu berlaku dalam diri sendiri kerana dirinya yg akan mencorak bagaimana kehidupannya nanti..akan dia hendak membiarkan dirinya dicempuh sepanjang hayat dan dibuat perbandingan kerana penampilannya dan juga sikap yg menyerah diri pada takdir.
Teruja akak nak tahu..apa mamat sengal itu akan lakukan pada Afina..kerana telah memalukan dirinya dihadapan kawan kawannya..dan apa kah sebenarnya kelulusan Afina yg menyebabkan dia terpaksa berkerja dikedai bunga..adakah dia masih belajar lagi dan adakah Risya juga merupakan saeorg penuntut kolej sepertinya.Kenapakah kebencian Risya pada akaknya melampau dan menuduh akaknya budak kg sedangkan mereka adalah kembar seiras..
Da lama tunggu psl cite ni...: )
ReplyDeleteBest2
arghhhhh..best3..nak lagi!!..:D
ReplyDeletebestttt sgt...
ReplyDeletebest sngt... keep it up kak suri.. (^.^)
ReplyDeletebest la kak...congrats... :)
ReplyDeletesian fina,...'less teach' btul fisya ni
ReplyDeletehernani kuzi said...best sgt!!!
ReplyDeleteking bksan dndam x nnt???
ReplyDeletealahai fisya nie..
ReplyDeletegedik gler
sian kt fina..
huhuhu
being nice is good. but being too nice is not good, afina. you stand up for what is right, that is better.
ReplyDeletehurmmm... fisya ni la akala saman (x makn saman) betulla !
ReplyDeleteFisya gedik gilerr..kesian dekat fina :(
ReplyDeleteorang dah ikut arahan die tu cukup lah .. tak payah tengking-ii ..
ReplyDeleteemm.. saya peminat novel kak suri, kita minat sgt dgn novel maid akk.. tp kak.. sy nak bg cadangan sikit, maaf la kalau saya ni bnyk bising pulak.. tpi ap kata akk tulis novel.. akk bpranan sbgai "Tukang Cerita@penyampai" .. so dgn ini pembaca dpt memhami situasi kedua pihak/overall situation.. coz klo akk bprnan sbga salah satu watak dlm cerita like 'aku..' pembaca hanya dpt menyelami watak 'aku..' sahaja.. its juz will be one side story.. maybe some people mungkin tertanyax2 dgn another side.. like me.. hehe.. kkdg rasa ingin sgt nak tahu apa y blaku kpd watakx2 yang lain.. maaf... but sy memang peminat novel kak suri.. keep it up..
ReplyDeleteassalamualaikum kak suri.. novel ni best.. tapi movie die tak best sgt.. pelakonx2 dia suma kita xkenal.. btw sya lebih suka baca novel instead tgok movie dia... ~~
ReplyDeleteSalam suri...banyak soalan dr pemint ni tak berjawab..tapi sy tetap nak tanya jugak
ReplyDelete1) Adakah suri terlibat dlm belakang tabir masa drama PISA yangsdg dityangkan di TV3 adakah link FB yang Suri create sendiri utk drama ni supaya kami dapat follow
2) Adakah pihak produksi bertanyakan pendapat suri mengenai pemilihan pelakon? sebab saya rasa pemilihan hero agak kurang tepat-dah 2 hari saya melihat mutu lakonannya mcm x sampai...je.(x salahkan pelakon ni sbb dia baru)
3) Jika diberi peluang siapakah pelakon Malaysia yang Suri nak jadikan hero dan heroin bagi drama ini? hanya suka suka nak tau...
4) Apapun saya lebih meminati novel isteri separuh masa dan maid dari PISA...menunggu lg karya dari Suri....
5) Berbalik pada drama PISA saya tetap nak menonton drama ini hingga akhir dan sy hrp saya tak terkecewa bila menonton lagi siri demi siri drama ni....karya yg indah sepatutnya drama jadi lebih indah lagi...
All the best!!
best2...keep it up kak....
ReplyDeletenovel yang sngt best and gempak
ReplyDeletesalam......saye rase novel akak lg better dari movie..nyampah tol tgk watak hero yg kontras dri watak dlm novel..
ReplyDeletehhahaah..best sangat
ReplyDeletei found this novel written more better than the drama they r showing now kat tv3 tu. waa i loike!!
ReplyDelete