**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday, 31 December 2012

Playboy Itu Suami Aku?! 9 & Playboy Itu Suami Aku?! 10


Bab 9


Beginikah rumitnya  kalau bekerja untuk orang yang terlalu cerewet? Bayangkanlah, semua tugasan telah pun disiapkan sejak pukul 1 tengahari tadi tetapi, disebabkan Puan Sri tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, kami masih lagi berada di sini sehingga sekarang!

Aku menjeling ke arah Puan Sri yang sedang meneliti gubahan bunga di dalam pasu bersaiz besar itu. Serius sahaja mimik mukanya. Sekejap pasu tersebut dialihkan ke kiri. Sekejap lagi  dialihkan ke sebelah kanan pula. Naik bingung aku jadinya! Harapnya gubahan bunga untuk pasu terakhir ini menepati piawaiannya. 


Syaf pula kulihat sedikit gelabah saat ini. Mana tidaknya, kawanku ini terpaksa menggubah semula beberapa jambangan bunga tadi gara-gara Puan Sri tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya. Ini pun, nasib baiklah wanita beranting-anting panjang ini berpuas hati dengan gubahan bunga untuk meja tetamu kat luar tu. Kalau tidak, mahu pengsan kami hendak menggubah semuanya semula. Banyak tu!


Wajah kuraupkan sedikit. Ya Allah, dah pukul 3 petang! Tanggung jawab terhadap Yang Maha Esa masih  tidak sempat kutunaikan. Janganlah sampai aku terlepas waktu Zohor kerana ingin puaskan hati seorang manusia yang bergelar Puan Sri. Manusia yang super cerewet di abad ini!


Sekejap lagi, pasti banglo mewah ini akan dipenuhi dengan para tetamu. Malahan ketika kami  naik ke atas selepas menyiapkan gubahan bunga di ruang tamu bawah sejam yang lepas, sudah ramai juga sanak saudara Puan Sri yang telah pun hadir. Perut pula dah berkeroncong hebat. Maklumlah, kami berdua hanya sempat menjamah sedikit bihun goreng yang disediakan oleh pembantu rumahnya aje tadi. Tak sempat nak makan betul-betul kerana risaukan tentang tugasan yang masih belum siap. 


Aku dan Syaf masih lagi berdiri tegak di sini. Macam tiang lampu pun ada jugak. Berdebar-debarnya rasa untuk menunggu ayat yang keluar dari mulut Puan Sri yang berkulit kuning langsat itu. Hati masih berteka-teki sama ada dia berpuas hati atau tidak. Aku mengangkat wajah sedikit. Mata mula berlari memerhati ke sekeliling ruang tamu yang terletak di tingkat atas rumah ini. 


Nampaknya, hiasan dalaman yang begitu mewah tidak dapat lagi menyejukkan hatiku. Kalau beberapa jam yang lepas mulutku terlopong sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ruang tamu ini tetapi kini tidak lagi. Kalau tadinya aku rasa terpesona dan kagum dengan perabot-perabot yang tampak mewah dan sangat unik di sini, tetapi sekarang rasa itu telah pun pergi. Aku betul-betul tidak sabar ingin balik. 


“Syaf..”

“Ya, Puan Sri..” Kelam-kabut Syaf menyahut. Aku dan Syaf terus sahaja memberi perhatian ke arah wanita yang berada di hadapan kami ini.

“Saya berpuas hati dengan hasil kerja kamu. Tapi, saya mahu kamu campurkan sedikit lagi baby breath ke dalam jambangan bunga ni. Nampak sedikit kosong.” Tangannya ditundingkan ke bahagian kanan jambangan bunga di dalam pasu putih itu. Syaf terus sahaja menganggukkan kepalanya beberapa kali. 


“Baik Puan Sri. Saya akan lakukan yang terbaik.” Dengan bersungguh-sungguh Syaf berkata begitu. Puan Sri kulihat menganggukkan kepalanya sedikit.

“Other than that..I am fully satisfied!” Ujar wanita itu lagi.

“Terima kasih Puan Sri.” Jawab Syaf sambil tersenyum. Mungkin lega agaknya kerana tidak lama lagi kami  sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada si cerewet ini.


Isk, cakap dah puas hati, tapi nak suruh tambah itu, tambah ini lagi! Bebelku di dalam hati.

Aku semakin tidak senang duduk. Mata menilik ke arah jam di tangan sekali lagi. Otak pula sudah mula mencongak. Pukul berapa agaknya kami betul-betul boleh balik ni? Jarum jam di pergelangan tanganku sudah pun menginjak ke pukul 3 : 10 minit petang. Kalau nak tunggu Syaf habiskan kerjanya, takut pula aku terlepas waktu Zohor nanti. Jika aku bertanya Syaf pun, pasti dia tidak dapat memberi jaminan pukul berapa kami dapat beredar dari sini. Maklumlah, Puan Sri tu memang sukar nak diramal mood nya.. Syaf pula, memanglah tak perlu risau sebab dia kan uzur. 


“Syaf..aku nak solat kejap..” Akhirnya aku bersuara dengan perlahan. Tudung  berwarna putih di kepala kubetulkan sedikit. Syaf yang sedang mengerat tangkai hujung bunga mawar merah itu mendongak ke arah ku.


“Kau nak solat kat sini ke?” Sebelah kening Syaf terangkat sedikit. ‘Blur’ sedikit kulihat wajahnya. Aku terus bertinggung di sebelahnya.

“Kat sinilah!” Bisikku. Syaf menganggukkan kepala.

 Mataku sempat lagi berlari ke arah Puan Sri yang sedang bercakap sesuatu dengan pembantu rumahnya berdekatan dengan tangga. Dari gaya wanita itu, dia seperti hendak turun ke ruang bawah sahaja.

 “Aku dah tak boleh tunggu lagi Syaf..aku takut kalau terlepas waktu Zohor..” Sambungku lagi. Aku nekad untuk tunaikan solat Zohor sekarang juga. Tak mahu tanggung-tangguh lagi.

“Takpe..kau minta kebenaran dari Puan Sri. Kau nak tumpang solat aje kat sini, bukan nak buat apa pun, kan.” Ujar Syaf dengan tenang. Tangannya kulihat sedang lincah membetulkan bunga-bunga mawar di hadapan kami ini.

“Hm..” Kepala kuanggukkan dan terus berdiri. 


Dengan penuh hati-hati aku mengatur langkah menuju ke arah Puan Sri. Dia masih lagi bercakap dengan pembantu rumahnya. Aku pula terkulat-kulat memerhati ke arah mereka. Puan Sri yang perasan kehadiranku di sini terus menoleh. Anak matanya merenung tajam ke arahku. Cuak pula aku jadinya.


“Yes, anything?” Soalnya dengan tegas. Dengan kelam-kabut aku terus bersuara.

“Puan Sri. Err..saya nak minta kebenaran untuk tumpang solat Zohor kat sini, boleh tak?” Belum sempat dia menjawab, aku bersuara lagi. Bukan apa, untuk meyakinkan dia yang aku betul-betul di dalam kecemasan ni.  


“Sebenarnya, saya boleh solat kat rumah nanti, cuma saya takut sangat kalau tak sempat. Maklumlah, jarak rumah saya dari sini memakan masa kira-kira 25 minit. Katakanlah, pukul 4 petang kami siapkan kerja, maksudnya pukul 4 : 25 lah saya akan sampai ke…” Belum sempat ayat tersebut sempurna, terus sahaja Puan Sri mengangkat tangan kanannya.


“Cukup!”

“Kamu nak tumpang solat kan? Tak perlulah buat karangan sampai macam tu sekali.” Sinis sikit ayat tersebut menampar deria pendengaranku. Aku hanya mampu tersengih sahaja. Wanita di hadapanku memusingkan badannya sedikit. Anak matanya difokuskan kepadaku dengan penuh minat. Ada rasa gusar yang bertapak di hati. Pembantu rumah yang siap dengan uniform di badan itu pula hanya mampu melihat sahaja telatah Puan Sri.

“What is your name?”  Akhirnya dia bersuara. 


“Afina.” Kelam-kabut aku menjawab. Mungkin sebelum benarkan aku solat di dalam rumah mewah ini, dia nak interview aku dulu kut. Hatiku membuat andaian. 


 “Sunarti, bawakan dia ke bilik solat.” Terus sahaja dia  berkata begitu kepada pembantu rumahnya. Nampaknya andaianku salah. Ingatkan nak interview tadi. Lucu pulak kurasakan dengan diri sendiri.


“Baik Puan Sri..” Dengan bersungguh-sungguh gadis muda  itu menjawab. Dengan hati yang gembira aku terus bersuara.

“Terima kasih Puan Sri..terima kasih sangat-sangat kerana..” Belum sempat aku menghabiskan ayat, Puan Sri terus memotong.

“Kamu nak buat karangan lagikah?” Soalnya membuatkan aku tersenyum sumbing. Dengan pantas aku menggelengkan kepala.

“Err..tak. Thank you!” Ujarku yang terus sahaja mengikut langkah Sunarti turun ke ruang bawah. 


***        

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kau ampunilah dosa adikku, sanak saudaraku, guru-guru yang pernah mengajarku, para sahabatku dan keseluruhan umat Islam di atas muka bumi ini. Murahkanlah rezeki kami, panjangkanlah umur kami, bersihkanlah hati kami dan tetapkanlah iman kami supaya kami tidak terpedaya dengan  hasutan syaitan. Ya Allah Ya Tuhanku. Jauhilah kami dari segala kemungkaran dan berikanlah kami kekuatan untuk sentiasa berbakti di jalan Mu.”

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah juga dosa arwah nenek-nenekku dan arwah datuk-datukku. Ampunilah segala dosa dan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu. Lapangkanlah kubur mereka  dengan rahmat-Mu Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

“Amin..Ya Rabbal Alamin..”


Setiap kali selepas mendoakan arwah nenek dan atuk, pasti ada air mata yang bergenangan di tubir mata. Sayu betul rasa hatiku. Rasa ralat kerana mereka pergi di saat aku belum sempat untuk berbakti kepada mereka. 


Aku meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan saat ini. Air mata yang mengalir kuseka dengan perlahan. Harapanku hanya satu. Semoga mereka tenang di sana.

Aku terus membuka kain telekung yang membaluti tubuh. Lega sungguh rasanya hati sebaik sahaja aku memberi salam terakhir untuk solat Zohor tadi. Perasaan ketika ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Seperti aku dapat menyempurnakan satu tugasan yang maha besar dengan jayanya. Bibir menguntum senyuman ketika ini. Tangan pula mencapai cermin mata dan kukenakan pada wajah. 


Tidak kujangka bilik solat di dalam banglo mewah ini sangat luas ruangnya. 4 atau mungkin 5 kali ganda lebih luas dari surau di pusat membeli-belah yang pernah aku kunjungi. Kebersihan ruang ini juga berada di tahap yang sangat cemerlang. Bau harum mengisi ruang udara di sini.

Dalam hati, timbul rasa hormat dan kagum dengan Puan Sri. Segarang-garang dia, sekaya-kaya dia dan secerewet-cerewet dia, masih juga mementingkan agama. Cuma, mungkin dia masih belum bersedia untuk menutup aurat. 


Di dalam hati sempat lagi aku berdoa supaya hatinya lembut untuk menunaikan suruhan Allah yang satu itu secepat mungkin. 


Baru sahaja ingin bergerak menuju ke arah rak berkaca yang menempatkan pelbagai jenis buku agama dan Al-Quran, aku terdengar bunyi keriukan pintu. Terus sahaja aku menoleh ke belakang. Puan Sri rupanya. Wanita itu seperti mahu melangkah keluar dari bilik ini. Sumpah aku tidak sedar langsung tentang kewujudannya sebentar tadi. Anak tudung yang menutup kepala kubetulkan sedikit. Ah, entah-entah dia berang kerana aku mengambil masa yang lama untuk bersolat, tak? Aku mula membuat andaian.


“Err..Puan Sri..” Panggilku. Aku terus berdiri. Wanita itu tidak menoleh ke arahku langsung. Tangannya masih lagi memegang tombol pintu.

“Maafkan saya kalau lama sangat berada di dalam bilik solat ini..” Kelam-kabut aku melipat sejadah. Baru sahaja hendak meletakkan sejadah di tempat yang sepatutnya, Puan Sri menoleh ke arahku. 


Terkejut aku jadinya! Merah sangat wajah wanita itu ketika ini. Tambah-tambah di bahagian hidung. Masih ada air mata yang bersisa di tubir mata. Terlepas sejadah yang berada di tangan. Aku terus menghampirinya. 


“Puan Sri? Kenapa ni Puan Sri?” Soalku dengan penuh prihatin. Puan Sri sakitkah?

“Saya cuma terfikir, adakah saya sama bertuahnya dengan ibu dan bapa kamu? Ada anak yang sudi doakan saya selepas solat. Saya cuma terfikir, apabila saya tak ada nanti, ada atau tidak anak-anak saya yang sudi doakan saya di dalam solat mereka.” Ada sendu di dalam ayat itu membuatkan aku yang mendengar ini kelu seribu bahasa. Otak terus tidak dapat berfungsi. 

Puan Sri pula  melangkah keluar, membiarkan aku termanggu sendirian di sini.

Betullah kata orang, harta, kemewahan dan pangkat tidak dapat membeli kebahagiaan dan ketenangan hati. Apabila teringatkan Syaf yang berada berseorangan di ruang atas, aku terus sahaja mencapai sejadah dan meletakkannya  kembali di atas rak yang disediakan khas. Kemudian, aku menyarungkan tudung di kepala. Dengan langkah longlai, aku menapak ke arah pintu. Sudah bersedia untuk meninggalkan bilik solat yang letaknya berhadapan dengan bilik tetamu ini.


*********************************************************************
  
Bab 10
Aku masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Nampaknya Puan Sri yang kaya raya itu juga mempunyai masalah, sama seperti manusia lain. Cuma jenis masalah aje yang berbeza. Memanglah dia hanya gunakan Bahasa Melayu sahaja tetapi mengapa terasa sangat sukar untuk mentafsir apa maksud yang tersirat di sebalik keluhannya tadi? Hendak buat kesimpulan sendiri, memang aku tidak berani.


Nafas berat kuhelakan sebaik sahaja pintu bilik kutarik rapat. Tersentak aku jadinya apabila melihat kelibat lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik tetamu. Terus sahaja kakiku mengatur langkah tetapi dengan pantas dia memegang lengan bajuku. Nasib baik berlapik, kalau tidak, ada yang makan penampar sekali lagi ni!  Kurang asam betullah! Aku terus mendongak ke arahnya. 


“Heyy! Lepaslah!” Terus sahaja aku merentap lenganku dengan kasar. 


Mendidih aje darahku saat ini. Kelam kabut aku memandang ke hadapan. Risau kalau ada mata yang memandang. Nasib baiklah tidak ada sesiapa di ruang yang agak sunyi dan tersorok ini. Semuanya sibuk berkumpul di ruang tamu dan dapur agaknya.


“Nice to meet you again!” Bersama senyuman sinis di bibir dia berkata begitu.

Malas hendak melayan lelaki sewel ini, aku terus mengatur langkah tetapi dihalang olehnya yang kini berada di hadapanku. 


“Boleh tak jangan halang laluan saya? Kita kat depan bilik solat ni. Hormatlah sikit. Isk!” Tempikku. Jarang aku bercakap sekasar ini. 


“Why? Takut nak bertentang mata dengan aku?”  Dia bersuara. Kali ini dia membahasakan dirinya ‘aku’ pula. Ada ketawa nakal di hujung ayatnya. Memang takde kerja dia ni. 


Aku merenung tajam ke arah lelaki yang berkemeja biru itu. Anak mata dengan tidak sengaja mengamati lelaki di hadapanku ini. Lengan bajunya dilipat dengan kemas sehingga ke paras siku dan bahagian atas baju tidak dibutangkannya. Oops! Aku terus melarikan anak mata ke arah lain.


“Saya ada tugas yang perlu diselesaikan. Bunga-bunga tu belum habis digubah lagi. Jadi, boleh tolong ke tepi sedikit?” Ujarku yang cuba untuk melangkah tetapi laluanku terhalang. Lelaki ini mendepakan tangannya di hadapanku. Ish, ingat main galah panjang ke apa ni? 

“Nope..tak boleh” Gelengnya dengan pantas. Geram betul. Mahu sahaja aku melesing mamat ni dengan beg telekung di tangan tetapi aku masih waras. Nafas kutarik dalam-dalam. Sabar Fina..sabar! Darjah kemarahan yang telah pun mencapai takat  maksimum cuba kurendahkan suhunya.


“Apa yang awak mahu dari saya sebenarnya?”  Dengan lemah aku menyoal. Dia pula dengan perlahan bergerak setapak ke hadapan dan terus melangkah menghampiriku. 

“Well, aku nak kau tampar aku sekali lagi macam kau tampar aku kat depan rumah kau tempohari.” Ujarnya dengan bersahaja. Sah dia ni ada penyakit mental! Aku terpaksa mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang manakala dia masih menapak ke mari.


“Hah? Awak dah gila ke?” Soalku yang tidak dapat bersabar lagi dengan perangainya. Biarlah kalau orang lain dengar pun. Aku sudah tidak kisah.  Lelaki itu masih lagi melangkah. Aku yang sedikit risau kini sudah pun tersandar pada pintu bilik solat. Dah tak ada ruang lagi untuk aku berundur. Cemas aku jadinya. Takkanlah nak masuk ke dalam bilik solat pulak? Hah, itu memang tindakan yang kurang bijak! Akhirnya aku terus mengangkat kedua-dua belah tanganku.


“Okay..saya minta maaf. Saya memang tertampar awak malam tu sebab saya terkejut.” Kelam-kabut ayat tersebut meluncur keluar dari mulutku. Tangan kanan dengan pantas membetulkan  cermin mata yang sudah pun melorot ke hidung. 


Lelaki di hadapanku ini memang betul-betul gila! Kini jarak kami tersangatlah dekat sehinggakan aku boleh mendengar deruan nafasnya.  Bau wangian yang dipakainya pun dapat kuhidu dengan jelas. Sempat lagi kulihat bibirnya mengukir senyuman kemenangan. 


Tangan kanan dilekapkan pada dinding pintu bilik manakala wajahnya pula ditundukkan sedikit membuatkan aku terus memejamkan mata. Baru sahaja ingin berlari menjauhi lelaki ini, tangan kirinya pula dilekapkan pada dinding pintu membuatkan aku terkunci di dalam ruang yang diciptakan lelaki ini.  

Memang gila! Apa akan terjadi kalau ada orang yang ternampak keadaan kami begini? Bagaimanakah kalau Puan Sri yang ternampak? Risaunya hatiku. Jantung pula terus berdegup laju seperti hendak terpisah dari badan dah ni.

“Kau tahu aku jadi tajuk utama cerita malam tu? King ditampar perempuan nerd!” Bisiknya di telingaku. Perempuan nerd? Aku yang semakin geram dengannya terus bersuara.


“Padanlah dengan muka awak! Siapa suruh awak pandai-pandai sentuh cermin mata saya? Jangan awak ingat dengan semua perempuan awak boleh main-main” Ayat yang kuucapkan sama sinisnya dengan nada suara lelaki itu sebentar tadi. Riak tidak puas hati terpampang jelas di wajahnya.

“What? You must be crazy!” Bisiknya kasar di telingaku.

“Aku? Nak main-main dengan perempuan macam kau?” Soalnya dengan sinis sambil ketawa kecil. Mata dijulingkan ke atas. Ya Allah, kenapalah ada makhluk saiko macam ni kat atas muka bumiMu ini?

“Kau dah cermin diri ke belum? Perempuan macam kau, dalam mimpi pun aku jijik nak berdampingan.” Tajam kata-katanya menghiris deria pendengaranku. Sesungguhnya tahap kesabaranku sudah senipis kulit bawang. Sesungguhnya, tanganku ini rasa gatal aje nak menampar wajahnya sekali lagi! Biar berbirat dan meninggalkan kesan sampai bila-bila. Baru puas hatiku.

“Hello! Jangan nak perasan bagus! Saya pun tak pernah bermimpi nak bergandingan dengan awak. Lelaki buaya! Sorry, but you are just not my type!” Dengan kasar aku membalas kembali.

 Wajah  playboy di hadapanku ini terus berubah kemerahan. 


“Oh yes? I am not your type? Seriously?” Bisiknya dengan perlahan di telinga kananku membuatkan aku menoleh ke kiri. Tangan kanannya  meraup wajah dan kemudian berlari menyebak rambut ke atas. Aku terus mengambil peluang untuk melepaskan diri dari ruang ini tetapi tidak berjaya. Dengan pantas dia melekapkan kembali tangannya pada dinding pintu

“Let’s see now..” Dengan tiba-tiba wajahnya didekatkan ke wajahku  sehingga aku rasa seperti tidak ada lagi ruang untuk aku bernafas. Terus sahaja aku menolak tubuhnya jauh dariku tetapi tidak berjaya. Tapi, sekurang-kurangnya tindakanku ini menghentikan niat jahat yang berada di dalam fikirannya.

“Kenapa? Nak tampar aku? Tamparlah!” Cabarnya. Kali ini suaranya melantun dengan kuat, memecah kesunyian ruang yang tersorok ini. 


“Why? Tak berani?” Soalnya lagi, lebih sinis dari tadi. Aku pula semakin risau sekiranya ada orang yang ternampak keadaan kami begini. Lebih malang lagi kalau orang itu adalah Puan Sri! Sesiapa yang melihat situasi kami ini mesti akan curiga. Bimbang betul kalau menimbulkan fitnah di kemudian hari.  

Apa yang dia mahukan sebenarnya?! Ah, lelaki ini dah betul-betul hilang akal. Aku terus sahaja meronta dan cuba untuk lepaskan diri dari ruang yang masih dikunci oleh kedua-dua belah tangan lelaki ini tetapi tidak berjaya. 


 “Raja Adrian Benjamin!”


Kuat suara itu menampar telinga aku dan King. Aku terus menoleh ke arah Puan Sri yang sedang bercekak pinggang.

Dengan pantas lelaki ini terus melepaskan kedua-dua tangannya dari dinding pintu. Puan Sri yang masih mencerlung tajam ke arah anaknya itu kini melangkah ke mari.  Lemah kurasakan lututku ketika ini. Tidak sanggup rasanya hendak menatap wajah berang Puan Sri. Lelaki itu pula kulihat selamba sahaja meraupkan wajahnya. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Tenang sahaja lagaknya. Seperti tiada apa-apa yang terjadi.


“Puan Sri..” Aku cuba hendak menceritakan perkara yang sebenarnya tetapi Puan Sri telah terlebih dahulu bersuara. Takutnya kalau Puan Sri tersalah menilai.


“Ad..what are you doing? Tak cukup lagi ke buat masalah kat luar tu? Sampaikan kat dalam rumah ni pun nak buat hal?!” Kasar suaranya memarahi lelaki bernama Raja Adrian Benjamin ini.

“Mummy..Ad..” Aku lihat lelaki itu cuba mencari alasan tetapi ayatnya tidak disambung. Matanya terus difokuskan ke sebelah kanan. Aku juga turut sama  menoleh. 


Siapa pula mereka ini? Berkerut-kerut dahiku memandang ke arah dua orang perempuan seksi yang sedang melangkah ke mari. Seorang berambut blonde, seorang lagi mewarnakan rambut dengan warna coklat kemerahan. Puan Sri kulihat selamba sahaja lagaknya ketika ini. Seperti tidak terkejut langsung dengan kehadiran mereka.

“King…” Dengan manja gadis berambut blonde itu mengambil tempat di sebelah si playboy. Sangat rapat jarak mereka.  

“King…siapa perempuan ni? You cakap I sorang aje girlfriend you..” Seorang lagi gadis pula bersuara sambil bercekak pinggang. Terpamir jelas riak tidak puas hati pada wajahnya yang disolek rapi.

Padan muka! Sempat aku bersorak riang di dalam hati menyaksikan drama sebabak di hadapanku ini. Sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya. 


“Jessica..” Lemah suaranya memandang ke arah gadis berambut blonde di sebelahnya. Jessica konon! Nama kalah minah salleh tetapi rupa melayu tulen. Memang over! Kemudian matanya beralih kepada seorang lagi gadis di hadapannya.

“Rossy..”

“Boleh tak you all jangan buat kecoh kat sini?” Pandai betul lelaki ini memujuk rayu. Lembut sahaja nada suaranya. 


“We all bukan nak buat kecoh. We all just nak you buat pilihan. Sekarang I nak you pilih.  I atau dia?” Jawab Jessica. Tangan ditundingkan ke arah Rossy sambil menjulingkan matanya ke atas.

Aku lihat King sedikit serabut. Terus sahaja dia menoleh ke arah Puan Sri yang kulihat merenung tajam wajahnya.


“Mummy..macam mana diorang boleh masuk dalam rumah ni?” Soalnya. Aku tahu dia tidak berpuas hati.

 “Mummy yang ajak diorang ke sini. Mummy tak nak diorang buat kecoh kat luar!” Bentak Puan Sri dengan kasar. Masam mencuka wajahnya.


 Terus sahaja anak matanya berlari ke arah Jessica dan Rossy silih berganti. Aku pula yang rasa tidak diperlukan di sini ingin terus melangkah pergi tetapi dengan pantas Puan Sri menahan langkahku.

 Eh, Kenapa ni? Alamak, jangan-jangan Puan Sri tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya tadi? Ya Allah, hindarkanlah aku dari fitnah. Aku mula berdoa. Kencang jantung berdegup. Semakin gusar hatiku saat ini.

Mata Pun Sri kembali mencerlung tajam ke arah dua wanita seksi itu. King pula kulihat tenang sahaja bersandar pada dinding, seperti tiada apa-apa yang berlaku.


Tangan Puan Sri kini menunding ke arah Jessica. Kemudian ke arah Rossy pula. Kedua-dua orang gadis itu kelihatan tergamam.


“Now, both of you better listen here carefully.” Dengan tegas suaranya berkumandang. Mereka berdua kulihat terus memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi. 


“My son is no longer available. He is getting married soon!” Laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari bibir Puan Sri. Bukan sahaja Jessica dan Rossy terlopong, tetapi aku juga turut ternganga luas ketika ini. Biar betul? Siapa agaknya perempuan malang yang bakal berkahwin dengan lelaki gila itu? Sempat lagi aku mengutuk di dalam hati. Yang lelaki ini pula kelihatan tenang sahaja. Oh, maksudnya, betullah dia dah nak berkahwin.


“So, don’t waste your time and just move on with your life.” Sekali lagi Puan Sri bersuara dengan tegas. Dari riak wajahnya aku tahu dia menyampah dengan kedua-dua gadis itu.


“Auntie..” Suara Jessica terus sahaja bergema. Ada air mata yang bergenangan di tubir matanya.

“Auntie..you can’t do this.” Rossy pula terus mencapai lengan Puan Sri tetapi wanita ini menepis dengan laju.

Aku menjadi semakin risau apabila memikirkan nasibku sebentar lagi. Janganlah kerana aku, Syaf tidak dibayar. 


“Auntie rasa kamu berdua belum pekak lagi kan? So now, please leave!”  Puan Sri nampaknya sudah mula hilang sabar.

“Sunartiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!” Terus sahaja dia memekik.


Selang beberapa saat, terkocoh-kocoh kulihat Sunarti berlari ke mari. Wajahnya ditundukkan sedikit tetapi anak mata memandang dengan cuak ke arah majikannya.

“Iya Puan Sri…” Jawabnya takut-takut di dalam loghat Indonesia.

“Tunjukkan jalan keluar untuk mereka berdua ni.” Arahan diberikan dengan tegas sekali.

“Baik Puan Sri…” Angguk Sunarti yang sedia menurut perintah. Dia kemudiannya tersenyum manis ke arah Jessica dan Rossy.

“Silakan miss..” Ujarnya dengan lembut sambil mendepakan sebelah tangan ke arah kirinya. Sebelum Jessica beredar, sempat lagi dia menghentakkan kaki tanda protes. Rossy pula menjeling tajam ke arah Puan Sri tanda tidak puas hati dengan wanita itu.


Aku melihat mereka berdua beredar dengan hati yang semakin sarat dengan kerisauan.


“Mummy..thanks..I owe you one! Nasib baik mummy cover tadi..Ad pun dah menyampah dengan diorang. Elok juga diorang ingat Ad dah nak kahwin. Tak perlu lagi nak layan diorang lepas ni.” Dengan selamba anak Puan Sri ini memeluk ibunya dari belakang dan mengucapkan kata-kata itu. Aku hanya mampu mengetap bibir. Puan Sri kulihat melepas pelukan anaknya. Kemudian, dengan wajah yang serius, dia bersuara.


“Tak Adrian..this time mummy bukan berlakon untuk selamatkan Adrian dari perempuan-perempuan tu.” Ujarnya tenang. 


“Mummy betul-betul dah ada calon untuk Adrian. You are getting married soon!”. King pula memandang ke arah ibunya dengan pandangan tidak percaya. Kemudian terus sahaja dia ketawa besar. Aku yang tidak tahu apa-apa ini hanya  kelu seribu bahasa.


“Raja Adrian!”  Puan Sri dengan tegas menyebut nama anaknya itu.

“Mummy tak main-main. Ad akan kahwin tak lama lagi!”

Mati terus tawa yang terhambur keluar dari bibir lelaki itu tadi. Dari riak wajah Puan Sri, nampaknya dia memang tidak main-main. 


“What?! Dengan siapa?” Terkejut besar kulihat wajah lelaki ini. Seronok pula rasa hatiku. Padan muka! Anak orang kaya mana agaknya yang menjadi pilihan Puan Sri ye? Pasti perempuan itu bukan calang-calang orangnya kerana dapat menawan hati wanita cerewet ini. Aku mula berteka-teki sendiri di dalam hati.

Kelat terasa air liur yang ditelan apabila Puan Sri menoleh ke arahku.


“Afina!” Dengan tenang dia menjawab soalan anaknya itu membuatkan aku ingin rebah. Lemah terasa segala sendi yang berada di dalam badan. Terkulai rasanya tulang-temulang yang menyokong tubuh.


“Puan Sri!!” Terjerit kecil aku jadinya. Bulat mataku memandang ke arah Puan Sri.

“Mummy, you must be kidding me! I am getting married to this girl?  You are being ridiculous!” King pula membentak. Kedua-dua tangannya meraup wajah dengan kasar. Baru sahaja dia ingin membentak lagi, Puan Sri terus membidasnya.


“You can say whatever you want but my decision is final!” Bentak Puan Sri. Aku pula terus sahaja menggelengkan kepala. Masih lagi terkejut dan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Cermin mata berbingkai hitam  yang hendak melorot kutolak ke atas sedikit. Wajah lelaki itu tidak lagi kupandang. Saat ini aku hanya memfokuskan pandangan ke arah Puan Sri. Matanya memandang jauh ke dalam anak mataku.

“Puan Sri..maafkan saya, tetapi, saya betul-betul harus pergi sekarang..”

Setelah berkata begitu, aku terus meluru ke arah tangga dan melangkah naik ke ruang atas, di mana Syaf sedang berada. 


Syaf kulihat sedang berehat di atas sofa. Kawanku itu terus tersenyum lebar sebaik sahaja nampak kelibatku.  Dari riak wajahnya, aku tahu dia sangat gembira. Tangan kanannya menggawang sekeping kertas ke atas. Oh, dia sudah menerima cek bayaran rupanya. Gadis itu terus berdiri. Aku pula tidak dapat memberikan sebarang reaksi ketika ini.  


Beg berisi telekung kugalas di bahu kiri. Kemudian, kelam-kabut aku mengangkat kotak-kotak kosong yang telah tersusun di atas lantai dengan tangan kanan. Tangan kiri pula menarik lengan Syaf yang kulihat sedang terpinga-pinga memerhati telatahku. Dia hanya menurut sahaja langkahku.

“Fina..kenapa dengan kau ni?” Soalnya setelah kami sampai di tangga. Tanpa memandang ke arahnya, aku bersuara.


“Syaf, kita kena beredar dari sini sekarang juga!” Terketar-ketar suaraku berkata begitu saat ini.

Tanpa banyak bicara gadis yang masih termanggu-manggu ini mengikut jejak langkahku menuruni anak tangga. Kakiku terus berlari keluar dari rumah sebaik sahaja tiba di ruang bawah. Aku tahu Syaf sedang mengejar langkahku yang kini berada jauh di hadapan. Otakku telah pun lumpuh saat ini. Tidak dapat lagi untuk aku berfikir dengan waras. Aku cuma mahu cepat keluar dari sini. Itu sahaja!

***


54 comments:

  1. ermmmmm....masakkkkkkk!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Semakin menarik suri ryana,, needs more entry dear ;-)

    ReplyDelete
  3. best gile, tak sabar tunggu sambungan lepas ni.... :)

    ReplyDelete
  4. sukanya!!!!!!!!!.. I really love to wait ur third novel sis...;) Hopefully very soon...hehehe

    ReplyDelete
  5. wah..makin menarik..nmpknyer skrg kak suri slalu update! xsabar nk tau yg berikutnyer..:))

    ReplyDelete
  6. wah..mak mertua dah approve 2.. syoknya..

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaa, puan sri yang cerewet sudah approveeee!!! kak suri update lagik!

    ReplyDelete
  8. oh yeah! terbaiklah puan sri!!

    ReplyDelete
  9. Tien2lie : memang masak! hehehe..nantikan sambungannya ye..:)tq soooo much sebab sudi berikan komen :)
    Adawiyah Fauzi, Anonymous, Alynn Hanani, Sumi, Mysara Ab Rahman, : Terima kasih semua kerana sudi mengikuti PISA..in syaa Allah, nanti suri post bab 11 ye :)tq soooo much sebab sudi berikan komen :)
    Azwazee : In syaa Allah, kalau semuanya berjalan lancar, pasti akan ke versi cetak nanti :) tq soooo much sebab sudi berikan komen :) :)
    Rahsia Hatiku, Joenyz & Nik Ainaa : tapi kalau puan sri aje yg approve, anaknya tak nak, susah jugak kan? hihi nantikan sambungannya ye :)tq soooo much sebab sudi berikan komen :)
    Kepada silent readers, thank u soooo much jugak sebab sudi mengikuti PISA..nanti Suri post bab 11 ye..thanks all! Happy 2013..semoga tahun 2013 akan lebih baik dr 2012 utk kita semua..Amin..:)

    ReplyDelete
  10. ~("_^)~Oh Ha-Ni : JENG JENG JENG! hehe..nantikan bab seterusnya ye..tq so much sudi mengikuti PISA dan thanks sgt sebab sudi berikan komen :)

    ReplyDelete
  11. hahahahahaha...masak la king...
    tq kak suri..best.. >_<
    selamat tahun baru.. :)

    ReplyDelete
  12. Padan muka gan king..itulah jgn suka hati hina org...bgus puan sri...nak lg

    ReplyDelete
  13. eee...bestnye...xsbrnye nk baca kisah seterusnye....mesti best giler punya la...hihihi...

    ReplyDelete
  14. Padan muka gan king..itulah jgn suka hati hina org...bgus puan sri...nak lg

    ReplyDelete
  15. so excited utk tunggu yg seterusnye.... heheheh... akak.... congrat.... chaiyok!!!!

    ReplyDelete
  16. kak suri, best sgt!! cepat sambung PISA 11 .. kalau bole nk beli novel PISA sekarang juga..^^

    ReplyDelete
  17. Semakin tertanya2 apa akan jadi seterusnya..
    Bila lah nak keluar novel plak?

    ReplyDelete
  18. best..kebabom!!haha pdn muka king

    ReplyDelete
  19. best kut... nak lagiiiii!!!! hahahhaha..

    ReplyDelete
  20. wah dah tak sabar nie......ad bikin panas.....

    ReplyDelete
  21. wa...... pengsan...!! terbaik la.. plez update selalu kak.. jgn lpe hntar cpt kt penerbit.. xsbo nk beli nie.. keh2x..

    ReplyDelete
  22. Waaaa!!! igtkn Puan Sri ni seorang yg memilih... rupe2nye dia baek... xsbar nak tunggu dorang kawen

    ReplyDelete
  23. aienfauzi : kak suri . best sgt . cpt smbung . ain tak sabar . rse nak bli novel ni skrg juga kalau ada . waaa ~\^O^/~

    ReplyDelete
  24. Omg!!!!!!! Citer ni plg best !!!!!! Oh rupanya Puan sri tu dh berkenan sgt ngn afina!! Hahah best3,,

    ReplyDelete
  25. wahhhh kak suriiii,bestnye bestnye...lembut jugak hati puan sri yg fussy ni...xsbr nk tgu nxt entri...:) major love*

    ReplyDelete
  26. waaa...sure stress si fisya tu nanti kan? very exciting la sury.

    ReplyDelete
  27. Omg!!!! Puan Sri tu suka afina rupanya!! Yeayyy dh terjawap why afina kena kawin ngn Adrian,,, naise n3,,, want more!!!! Jebal.....

    ReplyDelete
  28. woaaa!! semakin menarik la kak suri

    ReplyDelete
  29. habisss... laaaa playboyy 2... mkaan hati la afrina

    ReplyDelete
  30. Mimi : Nantikan bab seterusnya ye : ) tq so much sudi tinggalkan komen : )
    Sue Anieki : Tq so much sudi komen ye..happy new year : )
    Hani : Hahaha : ) Nantikan bab seterusnya ye.. Tq so much sudi komen : )
    Siti Syamimi : tq so much sudi mengikuti PISA..in syaa Allah, bab baru akan ada nanti : )
    Wardah Zainal : In syaa Allah, nanti kak suri post bab 11. Kemungkinan besar malam ni or esok pagi :) Tq so much sudi komen ye :)
    Anonymous 1: akak dlm proses menyiapkan manuskripnya :) Kalau diterbitkan akak pasti akan bgtau nanti.. Bab 11 nanti akak post..mungkin mlm ni or esok : ) Tq so much sudi komen ye : )

    ReplyDelete
  31. Nurhakim, Kak Hasfarina, Werda Kimchi, : In syaa Allah, nanti suri post bab 11. Kemungkinan besar malam ni or esok pagi :) Tq so much sudi komen ye :)
    Anonymous 2, Aien Fauzi, Irdina, : akak dlm proses menyiapkan manuskripnya :) Kalau diterbitkan akak pasti akan bgtau nanti.. Bab 11 nanti akak post..mungkin mlm ni or esok : ) Tq so much sudi komen ye : )

    ReplyDelete
  32. Anonymous 3 & Anonymous 4 , Syafira, Einaz Lynna, Sara Pedrosa, Nursyafika, Suasa, Wild Cherry : Hehehe untuk mengetahui kisah selanjutnya, nantikan bab 11 okayyy : )
    In syaa Allah, nanti suri post. Kemungkinan besar malam ni or esok pagi :) Tq so much sudi komen ye :)

    ReplyDelete
  33. hahahaha..2 la jdi playboy kan da kena khwin dgn pmpuan yg dia x suka..benci2 dlu last2 suka la 2

    ReplyDelete
  34. wahh bestnya! agak agak ni kalau buat novel dapat berapa muka surat eh? mintak2 tebal sikit macam maid! :)

    ReplyDelete
  35. Salam kak..best ceta ni..hehe..bila nak post bab 11? Tak sabar nak baca yg seterusnya..huhu

    ReplyDelete
  36. dear suri.. best gile..kasi kuar novel cpt sikit..hehe..sesak nafas baca cikit2..saya ni xpenyabar!! hahaha

    ReplyDelete
  37. Dah lama berhenti baca on9 dah ada cerita baru....hari ini berpeluang baca.....sangat2 menarik teruskan..akak akan kembali ke zaman kegilaan membaca secara online...tak sabar membacanya bab seterusnya......

    ReplyDelete
  38. Makin mnarik...makin tertarik nak bca kisah fina & king huhu tak sabar nak strusnya

    ReplyDelete
  39. same same kasih...hihihi...lepas baca berangan...hihihi...satu ja tak besh...menanti...huhuh penantian menyeksakan...;) gurau je...

    ReplyDelete
  40. X psal afina jd mangsa si king ni...

    ReplyDelete
  41. phewww...camne afina nk tepis nih..

    ReplyDelete
  42. wah...ni yg best nie...gduh2 daah..ahaks...

    ReplyDelete
  43. syoknye!!!
    mmng the best la

    ReplyDelete
  44. ngeee...king trkantoi...;))

    ~uly ct~

    ReplyDelete