Bab 11
Setelah 5 bulan berlalu pergi...
“Penyatuan dua hati…” Sesungguhnya aku tidak saggup untuk membaca ayat yang seterusnya. Bersama rasa tidak puas hati yang menggunung, aku membuka album di tangan. Mata kubesarkan sambil membelek wajah lelaki di dalam gambar ini. Akhirnya, aku mencampakkan album di atas katil sambil menggelengkan kepala beberapa kali.
Kata mama, album yang kucampakkan ke tepi tadi itu adalah album perkahwinan aku. Sumpah, aku betul-betul terkejut beruk ketika mama berkata begitu dahulu. Memang aku tidak dapat menerima kenyataan yang aku ini telah pun bergelar isteri orang. Isteri kepada lelaki itu pulak! Walaupun aku tidak ingat apa-apa tentang dia, tetapi aku benar-benar tidak sukakannya. Dari pandangan tajam dan senyuman sinis yang diberikan oleh lelaki yang berwajah kerek itu semenjak hari pertama aku berjumpanya di hospital bulan lepas, aku yakin kami memang tidak serasi. Setiap kali kami berjumpa, aku dapat rasakan yang dia terpaksa datang melawat aku. Dari riak wajahnya, aku tahu dia juga tidak sukakan aku. Ya ampun..bagaimana pula aku boleh terkahwin dengan lelaki seperti itu?!!
“Sayang...” Aku terus menghalakan pandangan ke arah pintu. Wajah mama yang sedang tersenyum manis itu kupandang seketika. Kemudian, sekuntum senyuman cuba kuukirkan di bibir.
“Mama..masuklah..” Jemputku yang bangun dari pembaringan. Kepala kusandarkan di kepala katil. Pandanganku masih pada mama yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik.
“Sayang..mereka dah sampai..” Kata mama sebaik sahaja melabuhkan punggung di birai katil. Terus sahaja wajahku bertukar keruh saat ini.
“Kalau Fina tak turun, tak boleh ke?” Soalku dengan bersungguh-sungguh. Mama terus sahaja menggenggam tanganku. Senyuman masih lagi menghiasi bibirnya.
“Eh..mana boleh macam tu sayang..tak baik tau buat suami dan mak mertua macam tu” Jawab mama. Tangan yang tadinya menggenggam tanganku kini memeluk bahuku dengan kemas. Mendengar perkataan suami dan mak mertua yang diucapkan mama sebentar tadi mampu untuk membuatkan lidahku terus kelu sekarang. Akhirnya, bersama sebuah keluhan, aku bersuara.
“Masalahnya mama Fina tak selesalah nak berhadapan dengan mereka...Fina tak kenal pun siapa mereka tu..tak pernah kenal ma..” Luahku yang semakin gelisah.
Terbayang wajah seorang wanita berusia lewat 40-an di fikiranku saat ini. Aku tak kisah sangat kalau terpaksa bersembang-sembang dengan wanita bergaya itu. Yang menjadi masalahnya, lelaki yang kelihatan kerek tu..arghhh setiap kali berhadapan dengan dia, mesti ada sahaja tingkahnya yang tidak memuaskan hatiku.
“Fina..mama faham Fina tak ingat apa-apa pun tentang mereka. Doktor pun dah beritahu mama yang Fina memerlukan masa untuk sembuh. Mama faham tentang semua tu..tapi, Fina juga harus mencuba, sayang..” Aku tahu mama sebak melihat keadaanku. Mata kupejamkan seketika dan kemudian aku menoleh ke arah mama. Memang betul, ada air mata yang mengisi ruang matanya saat ini. Kemudian, mama terus sahaja mengusap-usap bahuku.
Aku terus membetulkan posisi dan terus memandang jauh ke dalam mata mama. Aku perlukan jawapan yang jujur dari mama saat ini.
“Ma..betul ke Fina dah kahwin dengan mamat tu?” Untuk kesekian kalinya aku bertanyakan soalan itu. Mama terus sahaja menganggukkan kepalanya.
“Mama sayangkan Fina sama macam mama sayangkan Fisya. Mama nak tengok Fina bahagia semula. Fina tak percayakan mama?” Dengan bersungguh-sungguh mama berkata begitu. Dan seperti selalu, aku hanya mampu mendengar sahaja. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
“Tapi, kenapa Fina tak ingat apa-apa tentang dia?” Bentakku. Telah cuba aku kawal rasa tidak puas hati selama ini kerana tidak mahu sesiapa pun kecewa tetapi aku sudah tidak dapat bertahan lagi hari ini.
“Fina tak ingat langsung mama..Fina tak ingat!” Ujarku dengan lantang. Bantal yang berada di atas riba kubaling ke bawah. Aku benar-benar geram dan kecewa dengan diriku sendiri. Tidak ada satu pun yang aku ingat tentang lelaki itu dan keluarganya. Aku juga geram dengan mama. Sudah banyak kali kubilang yang aku tidak mahu berjumpa mereka, tetapi mama tetap memaksa! Wajah mama kupandang seketika. Ternyata, dia sedikit terkejut dengan perubahanku. Sedih benar wajahnya saat ini. Terus sahaja dia menarik aku ke dalam pelukannya. Bahuku diusap lembut.
“Sabar sayang..ini semua ujian Allah untuk Fina..dan juga untuk keluarga kita..” Bisik wanita yang memakai blaus merah ini kepadaku.
“Mama faham Fina perlukan masa untuk ingat semula tapi, Fina perlu ingat, Fina juga perlu berusaha..mama bukan nak paksa Fina tapi, mama nak tengok Fina sembuh semula..” Bisik mama lagi.
“Fina dah tak tahu nak fikir macam mana ma..Fina ingat kawan-kawan rapat Fina..keluarga kita..saudara-mara kita cuma Fina memang tak ingat tentang dia.” Bersama sebuah keluhan berat aku menjawab kata-kata mama.
“Beri diri Fina lebih masa untuk sembuh..ye sayang?” Mama sebak sekali lagi saat ini. Aku terus meleraikan pelukan. Tangan mama kugenggam dengan lembut.
“Mama, Fina tak nak risaukan mama..maafkan Fina..Fina sendiri kecewa dengan diri Fina sebab tak mampu nak ingat apa-apa tentang mereka.” Luahku. Memang ada rasa bersalah yang bermaharaja lela di dalam diri saat ini. Aku tidak bermaksud pun untuk berkasar dengan mama cuma aku benar-benar tertekan.
“Mama faham sayang..mama faham. Mama janji, mama akan bantu Fina..jangan risau ye, sayang?” Ada segaris senyuman menghiasi bibirku saat ini. Itulah mama. Kata-katanya bisa melembutkan hati aku. Akhirnya, aku terus mengangukkan kepala. Mama pula kulihat sudah pun bangun dari katil. Aku hanya memandang sahaja ke arah wanita yang semakin lebar menguntumkan senyuman itu.
“So now, untuk membantu Fina ingat semula, mama rasa, Fina patut bangun dari katil..” Tangannya mendapatkan kedua-dua belah tanganku. Kemudian, dia terus menarik aku untuk bangun dari katil.
“Ala mama..kejap lagi la..” Ujarku dengan malas.
“Takde kejap-kejap..jom ikut mama..” Balas mama. Gembira betul wajahnya apabila dilihatnya aku bangun dari katil bersaiz ‘king’ ini. Tanganku masih lagi berada di dalam genggamannya. Aku hanya mengikut sahaja langkahnya menuju ke arah almari yang terletak di sebelah kanan bilik. Pintu almari berwarna coklat gelap dibuka dan kemudian, mama terus sahaja menoleh ke arahku.
“Pilih baju yang paaaaaling cantik..” Bersungguh-sungguh mama berkata begitu. Aku hanya mampu ketawa kecil saat ini. Mata pula terus berlari memerhati baju-baju yang tergantung kemas di dalam almari ini. Pertama kali pulang dari hospital dulu, memang terkejut beruk aku jadinya apabila melihat keadaan di dalam almari ini. Mana tidaknya, almari ini penuh dengan skirt labuh, blouse serta gaun labuh. Ingatkan pakaian Fisya. Mama sampai terpaksa bersumpah yang ini semua adalah pakaian aku. Kepala yang tidak gatal kugaru dengan perlahan.
“Isk..ada ke ambil baju tu?!” Bantah mama.
“Yang ni?” Soalku. Sebelah kening terangkat ke atas.
“Yes..yang ni..okay?” Mama terus sahaja mengangukkan kepalanya. Aku hanya mampu memerhati sahaja apabila mama meletakkan baju tersebut di atas katil. Kemudian, wanita itu melangkah kembali ke sini. Jeans dan t-shirt yang berada di tanganku diambilnya.
“Fina pakai baju yang mama letakkan kat atas katil tu ya?” Aku tahu mama mahu memastikan yang aku memakai baju yag dipilihnya tadi. Aku terus sahaja mengangukkan kepala dengan lemah.
“Okay ma..” Jawabku.
“Fina bersiap dahulu, kemudian, terus turun ya? Mama tahu Fina berat hati tetapi, Fina perlu berusaha untuk sembuh. Ye, sayang? Mama rasa mesti Fina tak susah nak ingat mereka semula kalau Fina selalu bersembang dengan mereka. Tambah-tambah mereka tu adalah antara manusia yang paaaaling Fina sayang dalam dunia ni..” Aku hanya mampu mengangukkan kepala sahaja. Ada benarnya kata-kata mama itu. Aku harus mencuba dan berusaha untuk sembuh. Hatiku masih lagi sangsi tentang fakta yang aku dan lelaki itu bergelar suami isteri. Bukan aku tidak percayakan mama tetapi aku mahu menyiasat sendiri sejauh mana benarnya kata-kata mama tadi. Kata mama, kami saling mencintai. Baiklah, akan aku siasat berapa dalamnya paras cinta lelaki itu terhadapku nanti.
“Mama turunlah dulu yea..kejap lagi Fina turun..” Aku berkata begitu kepada mama sebaik sahaja pelukan dileraikan. Mama nampaknya berpuas hati mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibirku sebentar tadi.
“Okay sayang!” Ujarnya dengan gembira. Siapa yang tidak mahu membuatkan ibu bapanya senang hati, kan? Tiba-tiba sahaja wajah lelaki itu berada di dalam fikiranku. Sinis benar pandangan yang diberikannya membuatkan aku tiba-tiba sahaja berasa tidak puas hati.
Setelah 5 bulan berlalu pergi...
Senyuman di bibir tidak dapat
kulenyapkan kala jemariku menyelak helaian demi helaian album gambar di
tanganku. Melihat gambar-gambar aku bersama arwah nenek dan arwah atuk
benar-benar mengembalikan memori semasa kecil dan remaja yang pernah aku kongsi
bersama mereka. Mata kini berlari ke arah gambar aku semasa kecil di kampung.
Di dalam gambar itu, ada seorang lagi budak perempuan yang kelihatan sebijik
macam aku. Ha..ni mesti Fisya, adik kembarku! Aku tersenyum lagi. Kami nampak
rapat masa kecil dahulu. Alangkah bagusnya kalau papa dan mama tidak berpindah
keluar dari kampung dulu? Pasti aku dan Fisya akan tetap akrab sampai
sekarang.
Tiba-tiba sahaja aku menutup
dengan kasar album yang berada dalam ribaanku ini. Kata mama, Fisya menetap
di luar negara sekarang. Hendak kutanya dengan lebih lanjut tentang
Fisya, tapi niatku seringkali terbantut. Aku meraupkan wajah dengan kedua-dua
belah tangan. Rasa macam baru semalam aje Fisya menengkingku. Susah
hendak percaya yang dia tidak berada di dalam rumah ni sekarang. Ya Allah,
Fina!! Bagaimana kau boleh jadi sebiul ni??!
.Keluhan berat
akhirnya terbabas jua dari bibir apabila aku menoleh ke sebelah kanan. Ada
kerisauan yang bertapak di dalam hati tatkala terpandangkan longgokan
album-album gambar di dalam kotak yang terdampar kemas di atas lantai. Dengan
perlahan-lahan, aku bangun dari pembaringan. Kaki kujuntaikan ke bawah dan
dengan pantas aku membongkokkan badan untuk mengambil sebuah album gambar yang
agak tebal dari dalam kotak besar berwarna itu. Tangan masih
teragak-agak ingin membuka album ini. Akhirnya bersama sebuah keluhan berat,
aku meraupkan wajah berulang kali. Gambar seorang lelaki mengucup dahiku pada
kulit album membuatkan aku menjadi semakin rungsing.
“Penyatuan dua hati…” Sesungguhnya aku tidak saggup untuk membaca ayat yang seterusnya. Bersama rasa tidak puas hati yang menggunung, aku membuka album di tangan. Mata kubesarkan sambil membelek wajah lelaki di dalam gambar ini. Akhirnya, aku mencampakkan album di atas katil sambil menggelengkan kepala beberapa kali.
Ya Allah, kenapa satu habuk pun aku tak ingat tentang lelaki itu? Puas
sudah aku membelek album tersebut sampaikan sudah dapat kuhafal posisi gambar
yang terdapat di dalamnya namun aku masih juga tidak kenal siapa dia! Bukan
sahaja dia, malah beberapa orang di dalam gambar itu pun aku tidak dapat cam.
Serta-merta kepalaku terasa sangat sakit. Rungsing betul kurasakan ketika ini.
Aku terus berbaring sambil memicit kepala yang berdenyut-denyut. Mata
pula kuhalakan ke arah siling yang berwarna putih. Serabut.
Itulah keadaan kepala dan hatiku saat ini.
Kata mama, album yang kucampakkan ke tepi tadi itu adalah album perkahwinan aku. Sumpah, aku betul-betul terkejut beruk ketika mama berkata begitu dahulu. Memang aku tidak dapat menerima kenyataan yang aku ini telah pun bergelar isteri orang. Isteri kepada lelaki itu pulak! Walaupun aku tidak ingat apa-apa tentang dia, tetapi aku benar-benar tidak sukakannya. Dari pandangan tajam dan senyuman sinis yang diberikan oleh lelaki yang berwajah kerek itu semenjak hari pertama aku berjumpanya di hospital bulan lepas, aku yakin kami memang tidak serasi. Setiap kali kami berjumpa, aku dapat rasakan yang dia terpaksa datang melawat aku. Dari riak wajahnya, aku tahu dia juga tidak sukakan aku. Ya ampun..bagaimana pula aku boleh terkahwin dengan lelaki seperti itu?!!
“Sayang...” Aku terus menghalakan pandangan ke arah pintu. Wajah mama yang sedang tersenyum manis itu kupandang seketika. Kemudian, sekuntum senyuman cuba kuukirkan di bibir.
“Mama..masuklah..” Jemputku yang bangun dari pembaringan. Kepala kusandarkan di kepala katil. Pandanganku masih pada mama yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik.
“Sayang..mereka dah sampai..” Kata mama sebaik sahaja melabuhkan punggung di birai katil. Terus sahaja wajahku bertukar keruh saat ini.
“Kalau Fina tak turun, tak boleh ke?” Soalku dengan bersungguh-sungguh. Mama terus sahaja menggenggam tanganku. Senyuman masih lagi menghiasi bibirnya.
“Eh..mana boleh macam tu sayang..tak baik tau buat suami dan mak mertua macam tu” Jawab mama. Tangan yang tadinya menggenggam tanganku kini memeluk bahuku dengan kemas. Mendengar perkataan suami dan mak mertua yang diucapkan mama sebentar tadi mampu untuk membuatkan lidahku terus kelu sekarang. Akhirnya, bersama sebuah keluhan, aku bersuara.
“Masalahnya mama Fina tak selesalah nak berhadapan dengan mereka...Fina tak kenal pun siapa mereka tu..tak pernah kenal ma..” Luahku yang semakin gelisah.
Terbayang wajah seorang wanita berusia lewat 40-an di fikiranku saat ini. Aku tak kisah sangat kalau terpaksa bersembang-sembang dengan wanita bergaya itu. Yang menjadi masalahnya, lelaki yang kelihatan kerek tu..arghhh setiap kali berhadapan dengan dia, mesti ada sahaja tingkahnya yang tidak memuaskan hatiku.
“Fina..mama faham Fina tak ingat apa-apa pun tentang mereka. Doktor pun dah beritahu mama yang Fina memerlukan masa untuk sembuh. Mama faham tentang semua tu..tapi, Fina juga harus mencuba, sayang..” Aku tahu mama sebak melihat keadaanku. Mata kupejamkan seketika dan kemudian aku menoleh ke arah mama. Memang betul, ada air mata yang mengisi ruang matanya saat ini. Kemudian, mama terus sahaja mengusap-usap bahuku.
“Fina dah cuba ma..Fina
dah cuba
dan Fina dah pun berputus asa. Biarlah
masa yang menentukan bila Fina akan sembuh..” Aku bersuara dengan sangat perlahan.
Sudah tidak tahu bagaimana untuk berfikir. Bukan aku tidak mahu
bersembang-sembang dengan mereka tetapi, aku memang tidak selesa. Setiap kali
berhadapan dengan orang yang aku tidak kenal, lidahku terus sahaja kelu.
Akhirnya, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Sepatah yang mereka tanya, sepatah
sahaja yang aku jawab.
“Fina pernah cuba bersembang dengan mereka? Sayang..tengok album gambar aje mana cukup..Fina harus cuba bersembang dengan mereka..Fina tak rindukan suami Fina?” Aku tergamam mendengar pertanyaan mama.

Memang mama buat lawak di petang harilah! Rindu? Dengan lelaki itu?
Bagaimana nak rindu kalau orangnya pun aku tak kenal? Bagaimana nak rindu kalau
di dalam hati ada rasa benci setiap kali mamat kerek itu memandangku dengan
sinis? Isk, aku yang hilang ingatan atau mama ni? Betul ke aku dah kahwin
dengan mamat tu? Ah, entah-entah mama sengaja nak kenakan aku agaknya? Ada
secalit senyuman menghiasi bibir saat ini. Maklumlah, seingat aku, mama dan
papa kadangkala memang rajin benar menyakatku. Tapi, untuk kali ini, aku tidak
mahu lagi mama main-main.
Aku terus membetulkan posisi dan terus memandang jauh ke dalam mata mama. Aku perlukan jawapan yang jujur dari mama saat ini.
“Ma..betul ke Fina dah kahwin dengan mamat tu?” Untuk kesekian kalinya aku bertanyakan soalan itu. Mama terus sahaja menganggukkan kepalanya.
Hampa terasa hatiku saat ini. Setiap kali bertanyakan soalan itu, hatiku
pasti berharap yang mama akhirnya akan berkata begini, “Fina, mama main-main
aje..macam mana pulak dia tu boleh jadi suami kamu kalau kamu tak pernah pun
berkahwin dengan dia..” Itulah jawapan yang aku harap-harapkan. Mata terus
kupejamkan bersama rasa kecewa yang melanda hati.
“Fina..pandang mama..” Dapat kurasakan jari-jari mama menyentuh daguku dengan lembut. Aku membukakan mata tetapi pandangan kuhalakan ke bawah sahaja. Kemudian, mama mengangkatkan sedikit wajahku. Apabila mata kami bertemu, dapat kulihat ada kedukaan di dalam mata mama. Aku tahu keadaanku telah membuatkan mama sedih dan risau.
“Fina..pandang mama..” Dapat kurasakan jari-jari mama menyentuh daguku dengan lembut. Aku membukakan mata tetapi pandangan kuhalakan ke bawah sahaja. Kemudian, mama mengangkatkan sedikit wajahku. Apabila mata kami bertemu, dapat kulihat ada kedukaan di dalam mata mama. Aku tahu keadaanku telah membuatkan mama sedih dan risau.
“Mama sayangkan Fina sama macam mama sayangkan Fisya. Mama nak tengok Fina bahagia semula. Fina tak percayakan mama?” Dengan bersungguh-sungguh mama berkata begitu. Dan seperti selalu, aku hanya mampu mendengar sahaja. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
Bersama sebuah keluhan, aku kemudiannya bersuara.
“Fina bukan tak percayakan mama tapi..Fina kurang yakin yang Fina pernah berkahwin dengan dia.” Ujarku dengan jujur.

Biar mama tahu apa yang sedang bersarang di dalam hatiku.
“Betul sayang..dia suami Fina..Fina sendiri yang bersetuju untuk berkahwin dengan dia dulu. Tidak ada sesiapa yang paksa..dia pun cintakan Fina sangat-sangat, sayang. Kamu berdua memang hidup bahagia sebelum kamu kemalangan dulu..” Aku terus menggelengkan kepala. Kemudian, aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Saat ini, otakku memang tidak dapat terima apa yang mama ceritakan tadi. Dia, cintakan aku? Aku sayangkan dia? Memang tidak masuk akal! Semakin sesak otakku saat ini.
“Betul sayang..dia suami Fina..Fina sendiri yang bersetuju untuk berkahwin dengan dia dulu. Tidak ada sesiapa yang paksa..dia pun cintakan Fina sangat-sangat, sayang. Kamu berdua memang hidup bahagia sebelum kamu kemalangan dulu..” Aku terus menggelengkan kepala. Kemudian, aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Saat ini, otakku memang tidak dapat terima apa yang mama ceritakan tadi. Dia, cintakan aku? Aku sayangkan dia? Memang tidak masuk akal! Semakin sesak otakku saat ini.
“Tapi, kenapa Fina tak ingat apa-apa tentang dia?” Bentakku. Telah cuba aku kawal rasa tidak puas hati selama ini kerana tidak mahu sesiapa pun kecewa tetapi aku sudah tidak dapat bertahan lagi hari ini.
“Fina tak ingat langsung mama..Fina tak ingat!” Ujarku dengan lantang. Bantal yang berada di atas riba kubaling ke bawah. Aku benar-benar geram dan kecewa dengan diriku sendiri. Tidak ada satu pun yang aku ingat tentang lelaki itu dan keluarganya. Aku juga geram dengan mama. Sudah banyak kali kubilang yang aku tidak mahu berjumpa mereka, tetapi mama tetap memaksa! Wajah mama kupandang seketika. Ternyata, dia sedikit terkejut dengan perubahanku. Sedih benar wajahnya saat ini. Terus sahaja dia menarik aku ke dalam pelukannya. Bahuku diusap lembut.
“Sabar sayang..ini semua ujian Allah untuk Fina..dan juga untuk keluarga kita..” Bisik wanita yang memakai blaus merah ini kepadaku.
“Mama faham Fina perlukan masa untuk ingat semula tapi, Fina perlu ingat, Fina juga perlu berusaha..mama bukan nak paksa Fina tapi, mama nak tengok Fina sembuh semula..” Bisik mama lagi.
“Fina dah tak tahu nak fikir macam mana ma..Fina ingat kawan-kawan rapat Fina..keluarga kita..saudara-mara kita cuma Fina memang tak ingat tentang dia.” Bersama sebuah keluhan berat aku menjawab kata-kata mama.
“Beri diri Fina lebih masa untuk sembuh..ye sayang?” Mama sebak sekali lagi saat ini. Aku terus meleraikan pelukan. Tangan mama kugenggam dengan lembut.
“Mama, Fina tak nak risaukan mama..maafkan Fina..Fina sendiri kecewa dengan diri Fina sebab tak mampu nak ingat apa-apa tentang mereka.” Luahku. Memang ada rasa bersalah yang bermaharaja lela di dalam diri saat ini. Aku tidak bermaksud pun untuk berkasar dengan mama cuma aku benar-benar tertekan.
“Mama faham sayang..mama faham. Mama janji, mama akan bantu Fina..jangan risau ye, sayang?” Ada segaris senyuman menghiasi bibirku saat ini. Itulah mama. Kata-katanya bisa melembutkan hati aku. Akhirnya, aku terus mengangukkan kepala. Mama pula kulihat sudah pun bangun dari katil. Aku hanya memandang sahaja ke arah wanita yang semakin lebar menguntumkan senyuman itu.
“So now, untuk membantu Fina ingat semula, mama rasa, Fina patut bangun dari katil..” Tangannya mendapatkan kedua-dua belah tanganku. Kemudian, dia terus menarik aku untuk bangun dari katil.
“Ala mama..kejap lagi la..” Ujarku dengan malas.
“Takde kejap-kejap..jom ikut mama..” Balas mama. Gembira betul wajahnya apabila dilihatnya aku bangun dari katil bersaiz ‘king’ ini. Tanganku masih lagi berada di dalam genggamannya. Aku hanya mengikut sahaja langkahnya menuju ke arah almari yang terletak di sebelah kanan bilik. Pintu almari berwarna coklat gelap dibuka dan kemudian, mama terus sahaja menoleh ke arahku.
“Pilih baju yang paaaaaling cantik..” Bersungguh-sungguh mama berkata begitu. Aku hanya mampu ketawa kecil saat ini. Mata pula terus berlari memerhati baju-baju yang tergantung kemas di dalam almari ini. Pertama kali pulang dari hospital dulu, memang terkejut beruk aku jadinya apabila melihat keadaan di dalam almari ini. Mana tidaknya, almari ini penuh dengan skirt labuh, blouse serta gaun labuh. Ingatkan pakaian Fisya. Mama sampai terpaksa bersumpah yang ini semua adalah pakaian aku. Kepala yang tidak gatal kugaru dengan perlahan.
“Pilih la cepat” Gesa mama.
“Paling cantik?” Ujarku kepada diri sendiri. Ah, nak jumpa lelaki kerek tu aje pun.Tak payah nak cantik sangatlah! Bukan dapat apa pun! Kemudian, aku terus sahaja mencapai jeans dan t-shirt lengan panjang berwarna biru.
“Paling cantik?” Ujarku kepada diri sendiri. Ah, nak jumpa lelaki kerek tu aje pun.Tak payah nak cantik sangatlah! Bukan dapat apa pun! Kemudian, aku terus sahaja mencapai jeans dan t-shirt lengan panjang berwarna biru.
“Isk..ada ke ambil baju tu?!” Bantah mama.
Terus sahaja wanita itu menyelak helaian baju yang tergantung dengan
pantas. Kemudian, tangannya terus menarik keluar sehelai baju gaun labuh tanpa
lengan yang berwarna putih. Ada bunga-bunga kecil berwarna merah menghiasi gaun
ini.Kemudian, sehelai cardigan merah yang dilipat dengan kemas dicapai oleh
mama. Aku hanya mampu memerhati bersama jeans dan baju t-shirt di
tangan. Aduh..masak aku! Manalah aku tahu pakai macam tu! Aku bukan Fisya.
Wajahku yang sudah pun berkerut seribu tidak langsung mama hiraukan.
“Nah pakai baju ni.” Ujar mama dengan senyuman. Aku masih lagi kaku. Isk, karang, mamat tu mesti cakap aku beriya sangat pakai cantik-cantik sebab nak jumpa dia.Hatiku berkata-kata lagi.
“Nah pakai baju ni.” Ujar mama dengan senyuman. Aku masih lagi kaku. Isk, karang, mamat tu mesti cakap aku beriya sangat pakai cantik-cantik sebab nak jumpa dia.Hatiku berkata-kata lagi.
“Yang ni?” Soalku. Sebelah kening terangkat ke atas.
“Yes..yang ni..okay?” Mama terus sahaja mengangukkan kepalanya. Aku hanya mampu memerhati sahaja apabila mama meletakkan baju tersebut di atas katil. Kemudian, wanita itu melangkah kembali ke sini. Jeans dan t-shirt yang berada di tanganku diambilnya.
“Fina pakai baju yang mama letakkan kat atas katil tu ya?” Aku tahu mama mahu memastikan yang aku memakai baju yag dipilihnya tadi. Aku terus sahaja mengangukkan kepala dengan lemah.
“Okay ma..” Jawabku.
“Good..macam ni la anak mama..” Sebuah kucupan diberikan tepat di pipiku. Ada
senyuman menghiasi bibirku saat ini. Kemudian, pinggangku dipeluknya erat. Aku
bersyukur kerana walaupun aku tidak ingat kesemuanya lagi tetapi aku masih
ingat pada mama, abah, adik-beradikku dan beberapa orang kenalan rapat. Fina,
entah-entah lelaki itu dan keluarganya memang baik dan rapat dengan kau dahulu.
Untuk pertama kalinya, hatiku berkata begini. Cuba untuk positif.
“Fina bersiap dahulu, kemudian, terus turun ya? Mama tahu Fina berat hati tetapi, Fina perlu berusaha untuk sembuh. Ye, sayang? Mama rasa mesti Fina tak susah nak ingat mereka semula kalau Fina selalu bersembang dengan mereka. Tambah-tambah mereka tu adalah antara manusia yang paaaaling Fina sayang dalam dunia ni..” Aku hanya mampu mengangukkan kepala sahaja. Ada benarnya kata-kata mama itu. Aku harus mencuba dan berusaha untuk sembuh. Hatiku masih lagi sangsi tentang fakta yang aku dan lelaki itu bergelar suami isteri. Bukan aku tidak percayakan mama tetapi aku mahu menyiasat sendiri sejauh mana benarnya kata-kata mama tadi. Kata mama, kami saling mencintai. Baiklah, akan aku siasat berapa dalamnya paras cinta lelaki itu terhadapku nanti.
“Mama turunlah dulu yea..kejap lagi Fina turun..” Aku berkata begitu kepada mama sebaik sahaja pelukan dileraikan. Mama nampaknya berpuas hati mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibirku sebentar tadi.
“Okay sayang!” Ujarnya dengan gembira. Siapa yang tidak mahu membuatkan ibu bapanya senang hati, kan? Tiba-tiba sahaja wajah lelaki itu berada di dalam fikiranku. Sinis benar pandangan yang diberikannya membuatkan aku tiba-tiba sahaja berasa tidak puas hati.
Ah, aku benar-benar melalut tadi. Bukan berapa dalam paras cintanya yang
harus aku ukur sekejap lagi tetapi, mungkin aku patut menyiasat apa yang telah
aku lakukan kepadanya dahulu sehinggakan dia asyik memandangku begitu. Setiap
kali melihat matanya itu, setiap kali itulah aku rasa seperti ingin korek anak
matanya. Biar lelaki itu buta. Begitu sekalilah rasa geram aku kepadanya Dengan
malas aku melangkah ke arah katil. Gaun labuh yang terdampar kucapai dengan
berat hati. Aduhai, biar betul lelaki macam itu bergelar suami aku?!
***
yeay..dh ada..no 12 plak suri..pls..hehe..gelojoh tol..
ReplyDeleteSalam dan Selamat Tahun Baru. Dah mula ya part hilang ingatan si Fina ni. Suspennya macamanalah kehidupan si Fina dan King selepas ni. Tak sabar nak tunggu.
ReplyDeletemisteri bab nie .. hehehehe
ReplyDeletejyeahhh , thanks akak . novel akak semuanya best . layann ~ :D
ReplyDeleteYeyeah..excited2....kak suri...nak smbungan lg...
ReplyDeleteAnonymous : In syaa Allah, bab 12 akan suri post nanti :)tq sudi baca dan komen yea :)
ReplyDeleteSeri Ayu : Waalaikumussalam dan selamat tahun baru :) hehehe..nantikan bab seterusnya..nanti suri akan post bab 12 :)tq sudi baca dan komen yea :)
Einaz Lynna : tq sudi baca dan komen yea :)Nanti suri post bab 12..in syaa Allah, semua misteri akan terlerai nanti :)
Tiera : You are welcome dear..:)nanti akak post bab 12 ye..tq sudi baca dan komen! :)
ooh, dah yg inilah yg tertanya2 tu. huhu menanti bab seterusnya~
ReplyDeleteNik Ainaa & Honeyz : Nanti akak post bab 12 yea :) tq sudi baca dan komen :)
ReplyDeleteYEAH2
ReplyDeleteBEST2.... HAPPY READING...
Oooo....baruuu faham. Rasanya dulu Suri Ryana dah pernah post, tapi start dari bangun di hospital jer rasanya. Olah semula cerita nie ker? Tapi x sabar nantikan bab seterusnya.
ReplyDeletebest la..mmg tgu bab dmi bab..x sabar nak bce next chapter...
ReplyDeleteKak suri post lah bab 12 cepat2 yer..saya ni jenis tak sabar. Haha
ReplyDeletetertunggu next n3 hehe..apa buku baru nak publish..x sabo nie...
ReplyDeletewah..gaya kak suri slalu update mcm novel nk kluar xlama g je...hehe..
ReplyDeletexsabar nk baca n kumpul koleksi ke-3 karya kak suri..:)
Zaidalifah Hussin, Baby Mio, Norma Yusof, Anonymous : Terima kasih sudi mengikuti PISA :) In syaa Allah, nanti suri akan post bab 12 ye..kemungkinan besar esok :) thanks jugak sebab sudi komen :)
ReplyDeleteAziela : Betul, Suri olah semula :) tp jalan cerita tak jauh berbeza..terima kasih sudi mengikuti PISA dan berikan komen ye :)
Jo : Sekarang suri dlm proses menyiapkan manuskrip utk PISA ni..in syaa Allah kalau dah siap, bolehlah hantar kpd penerbit nanti :) thanks sudi baca dan berikan komen :)
Mysara Ab Rahman : hehehe..manuskripnya belum siap sepenuhnya lagi..in syaa Allah, dah siap nanti akak akan hantar kpd penerbit :) thanks sudi baca n komen ye :)
semakin menarik. Cepat-cepat post n3 baru ye.
ReplyDeletefina da hilg ingatan mmang x ingat la king 2..skit hati smpai x ingat kot fina pd suami sndiri..huhuhuhuh
ReplyDeleteassalamualaikum :)
ReplyDeleteselamat tahun baru :) semuga sukses selalu dan terus terus terus lagi dan lagi..menghasilkan karya2 yg menghiburkan hati hihi smuga dipermudahkan urusan n diberikan keberkatan dunia akhirat. frm malaysia with luv..
Selamat tahun baru.
ReplyDeleteCamner yer Fina boleh terkawin dgn King. Fisha pulak ilang mcm tuh jer. Patut la tak kenal watak Fisha tuh sbb dulu tak der pon.
Ciknie : TQ sudi baca dan komen..bab 12 dah ada kat sini :)
ReplyDelete~("_^)~Oh Ha-Ni : Waalaikumussalam :) amin..amin..amin..selamat thn baru juga untuk Ha-Ni :) semoga Ha-Ni juga diberkati Allah dunia dan akhirat..Amin :)
Mieza : dalam bab 11 ni, Fisya menetap di luar negara sekarang. Kenapa dia ke luar negara? In syaa Allah, jawapannya ada dlm bab2 seterusnya :) tq sudi baca n komen ye :) bab 12 dah ada kat sini :)
waaa da smpai part yg pernah kak suri post dulu... ni yg xsabar ni...
ReplyDeleteMcm mn blh jd camni ni..ish2...
ReplyDeleteuh..uh..camne afina leh accident..
ReplyDeleteakak.. mcmne le jd mcni?
ReplyDeletefina excident...
naper tetibe si fina tu ilang ingatan???suspense tol bace cter nie...;))
ReplyDelete~uly ct~
sweetnya gila novel ni :)
ReplyDelete