**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Saturday 12 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 18


Bab 18

Nasi goreng istimewa sudah siap! Memang istimewa nasi goreng fusion dari Chef Afina ini. Gabungan rasa Malaysia dan Jepun pasti akan membakar mulut sesiapa sahaja yang menikmatinya. Tersengih nakal bersama tanduk di kepala. Begitulah keadaanku saat ini. Anak mata masih lagi melekat pada  tiga pinggan nasi goreng istimewa yang berada di atas meja. Persembahan sangat okay dan meriah. Gabungan warna kuning, hijau dan oren pada sayur-sayuran pasti membuka selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Aku tidak dapat lagi menahan tawa. Bagaimana agaknya reaksi 3 orang lelaki di luar tu setelah merasa juadah istimewaku ini nanti?

Walaupun wasabi digunakan di dalam juadah ini namun bahan yang berwarna hijau itu tidak langsung menjejaskan tekstur dan warna nasi goreng ini. Udang juga dimasak dengan sempurna. Tidak mentah dan tidak juga ‘overcooked’. Hati yang tadinya menggelegak geram kini tersenyum puas! Bagai disimbah dengan ais. Begitulah sejuknya hati aku saat ini. 

Mengikut rancangan asal, aku hendak gunakan cili sahaja untuk memberi kesan berapi pada mulut lancang si playboy dan rakan-rakannya tu. Tapi, aku terpaksa mencari alternatif lain apabila kuantiti cili yang terdapat di dalam peti sejuk tidak mencukupi. 

Nasib baik aku tidak perlu penat-penat memerah otak untuk menjadikan nasi goreng ini istimewa pedas.  Setelah menggeledah peti sejuk, aku terjumpa sekotak sushi yang masih berbaki. Yang peliknya beberapa paket wasabi tidak digunakan langsung. Mungkin dia ni jenis yang tidak tahan pedas kut. Sushi dimakan begitu sahaja, tanpa wasabi.

“Where’s my fried rice? Lambat betul!” 

Hendak terlompat keluar jantung dari badan sebaik sahaja terdengar suara itu. Dada kuurut dengan perlahan. Betullah kata orang, memang hati tak tenang kalau kita buat salah. Sebab itulah aku boleh terkejut sampai macam ini sekali. King of crocodile ni pun satu! Dah la datang tak bagi salam,  boleh pulak dia membentak macam tu. Wajah lelaki yang berdiri betul-betul di sebelahku ini kujeling sekilas.

 “Sedap tak ni?” Soalnya dengan wajah yang masam mencuka. Sudu dicapai dan dikuis-kuis sedikit nasi goreng itu membuatkan hatiku menjadi semakin berdebar-debar. Janganlah dia makan sekarang. Itu sahaja doaku di dalam hati. Terus sahaja aku merampas sudu dari tangannya. 

“Sedap sangat. Don’t worry aku dah rasa.” Ujarku yang terus meletakkan kembali sudu tersebut di dalam pinggan. 

Lelaki itu mencerunkan matanya memerhati wajahku dengan sangat dalam. Macam tahu pulak ada sesuatu yang tak kena dengan nasi goreng tu. Terus sahaja aku menapak  ke arah peti sejuk. Jag air yang berada di dalamnya kukeluarkan.

“By the way, ni air peel fresh oren. Aku ambil dari dalam peti sejuk tu.” Lekas-lekas aku berkata begitu sebelum dia bersuara kembali. Matanya tidak berani kutentang saat ini. Gugup pula rasa hati. Tadi bukan main lagi nak mengenakan dia. 

“Bagus! Fina yang lama dah kembali nampaknya.” 

Sinis sahaja suaranya menampar gegendang telingaku. Aku terus mendongak. Dulu aku selalu memasak untuknya ke?

“Jangan-jangan kau dah sedar tak?” Soalannya membuatkan aku ketawa kecil.

“Mana ada. Aku masih lagi pesakit amnesia. Tapi, alang-alang dah nampak air tu tadi, aku tolong tuangkan aje la dalam jag ni.” Ujarku dengan tenang. Riak wajah  yang sangat polos kupersembahkan kepada lelaki ini sedangkan di dalam hatiku sudah pun tergelak riang. Ini dia jus oren yang dicampur dengan julap! Hahaha!

“Sejak kau bangun dari koma, this is the first time aku tengok kau yang dulu. Kau yang sentiasa mengikut arahan. I like!” Lelaki itu kulihat memasukkan sebelah tangan ke dalam poket seluar. Aku pula masih lagi terdiam memikirkan kata-kata lelaki itu.

 “Aku? Sentiasa mengikut arahan kau?” Soalku yang sudah mula membara kembali. Sabar Fina..sabar..!

“Yes..dulu apa sahaja aku suruh kau buat, kau ikut je. Takde banyak bunyi macam sekarang.” Bidasnya dengan geram. 

“Oh yes? Oh..of course! Of course! Your wish is my command, sir…” Sambil mengangukkan kepala aku berkata begitu. 

Begitu rupanya aku yang dulu. Seorang dayang yang hanya mengikut telunjuk lelaki yang dikenali dengan nama King ini. Terasa seperti dicengkam kuat hatiku saat ini tetapi aku cuba juga memberikan senyuman manis pada Adrian demi untuk menjayakan projek malam ini.

“Good!” Ringkas sahaja ayat yang terpacul dari bibir lelaki itu. Dia kemudiannya melaungkan nama rakan-rakannya. 

 “Zack!”
“Sam!”
Oh..seekor lagi rakannya tu bernama Sam. Dengan pantas dua orang manusia itu muncul. 

“Aku akan letakkan jag air oren ni kat atas meja makan.” Ujarku acuh tak acuh. Tanpa menunggu jawapan dari Adrian, aku terus mengangkat kaki dan melangkah keluar dari ruang dapur kering ini. 

“Yes King!” Ujar Sam 

“Ada apa tuanku?” Soalan Zack membuatkan aku menggelengkan kepala. Sah mereng! Tuanku lah sangat! Tuanku buaya!  Aku pula masih berdiri di sebalik dinding luar. 

“Makanan kita dah siap ke tuanku?” Soalnya lagi. 

“Tu..” Adrian kulihat tersenyum sambil memuncungkan bibir ke arah pinggan-pinggan nasi goreng tersebut.
“King..dah lama aku tak makan masakan bini kau ni.” Sam yang tadinya diam kini bersuara

“Bini?” Tajam mata Adrian menghiris wajah Sam.

“Ops..sorry.” Bersama sengihan Sam berkata begitu. 

 Eleh, aku pun tak inginlah berlakikan kau, Adrian! Perasan bagus!

“Tapi kan, dia ni masak memang sedap! Ada umpph!” Zack pula bersuara. Aku hanya mampu tersengih saat ini. Tawa yang sudah pun meledak di dalam hati kutahan. Memang SANGAT sedap masakan aku tu. Umphhh gila!

“Eh  boleh tak nanti kau suruh dia masakkan laksa untuk kitorang. Aku tak boleh lupa laksa utara yang dia buat dulu tu. Perggh! Memang sedap bro!” Hampir jatuh rahangku apabila Sam berkata begitu. Aku? Pernah masakkan laksa untuk mereka? Macam tidak logik aje fakta tu.

“Aku kalau nak cari isteri, aku nak cari yang pandai masak. Bukan setakat boleh masak tapi mesti pandai.” Zack bersuara sambil mengangkat pinggannya.

“Dah tu, kau amik je la si Fina tu.” Selamba sahaja Adrian berkata begitu. Geram betul rasa hati. Dia ingat aku ni anak kucing? Suka-suka hati boleh pass ke sana ke mari? Kurang asam. Hatiku sudah mula menyumpah lelaki itu.

“Betul kau tak kisah?” Soalan Zack membuatkan aku mencebikkan bibir. Gila!

“Hai Zack..bila pulak kau tukar taste ni?” Celah Sam. Bahu rakannya itu dipeluk dengan kuat untuk seketika.

“Biar betul, bro! Habis tu mana kau nak letak awek-awek kau yang berderet tu?” Sam menyoal lagi. Zack kemudiannya ketawa besar.

“Aku cakap je bro. Gila kau! Takkan lah aku nak tinggalkan Diana, Erin, Alya dan yang lain-lain demi ustazah nerd tu.” Bidasnya. Mereka kemudiannya ketawa besar. Nak berdarah rasanya hati. Kurang asam!

“Tahu pun!” Bidas Sam.

Aku terus menyorok semula di balik dinding bersama jag berisi jus oren ‘istimewa’ yang masih berada di tangan kanan. Panas terasa hatiku saat ini. Tidak sabar hendak melihat reaksi ketiga-tiga orang lelaki itu sebentar lagi. Pasti hati aku yang sedang membara ini akan sejuk kembali. Sabar Fina..kejap aje lagi.
Tersentak aku jadinya apabila Adrian dan rakan-rakannya muncul di hadapanku bersama pinggan nasi goreng di sebelah tangan mereka. Darah terus melonjak sehingga ke otak apabila terpandang wajah mereka itu. Poyo!

“Eh, aku pun tak ingin la nak berlakikan manusia macam korang bertiga ni! Sudahlah perasan handsome, perangai buruk pulak tu!” Sempat lagi aku membidas mereka. Baru sahaja ingin melangkah ke dalam bilik, tanganku ditarik oleh Adrian. Bergelojak teruk air oren di dalam jag.

“Tak ingin konon, tapi ada hati intai aku.” Bisiknya dengan tajam di telingaku. Kemudian dia terus melepaskan aku dan merampas jag di tanganku sebelum berlalu ke ruang makan.

“Intai?” Terkebil-kebil seketika aku jadinya. Dia ni memang perasan!

“Terima kasih wahai dayang istana.” Sempat lagi Zack berkata begitu sebelum mengekori langkah Adrian dan Sam.

“Mereng!” Aku menjerit kecil ke arah lelaki itu.

Kalau tadi aku masih ragu-ragu tentang perbuatanku ini, tetapi sekarang tidak lagi. Lihatlah sahaja layanan Adrian terhadap aku. Bertambah geram apabila mendengar pengakuan lelaki itu sebentar tadi. Kononnya aku yang dulu selalu mendengar arahannya. Kenapa aku tidak membantah? Ah, jangan-jangan dia memang asyik membuli aku aje dulu! Kawan-kawannya yang mereng tu pun sama. Menyakitkan mata dan menyakitkan hati! Tidak sabar rasanya hendak melihat  riak wajah mereka sebentar lagi.

Tidak mahu terlepas peluang keemasan untuk lihat reaksi mereka selepas merasa juadah istimewaku itu, aku terus sahaja melangkah ke arah ruang makan dengan kaki yang terginjat-ginjat. Badan kusandarkan pada dinding. Sengihan ahli sihir muncul di bibir saat ini. Kepala kujengukkan ke kanan untuk melihat wajah mereka.

Orang yang pertama menyuap makanan ke dalam mulut adalah suami mithali milikku, Adrian dan diikuti oleh Sam dan Zack. Sumpah aku sudah tidak mampu menahan tawaku. Wajah Adrian terus bertukar riak dengan hanya satu suapan. Sudu di tangan dibalingnya dengan kasar ke atas pinggan kaca. Berdenting kuat bunyinya. Nasib baik tidak pecah pinggan mahal itu.

 Perut yang digeletek hebat melihat Adrian yang sedang menekan batang hidungnya membuatkan aku menjadi semakin geli hati. Kepala lelaki itu mendongak ke atas.  Aku yang sudahpun tidak dapat menahan tawa terus bertinggung dan menekan perut saat ini.

Jeritan Sam dan Zack kedengaran dengan sangat kuat. Kedua-dua orang lelaki itu kulihat terus mencapai air oren yang sudah pun dituang ke dalam gelas dan menghirupnya rakus.  

“Pedas gila!!” Jerit Zack. Jag air dicapainya lagi dan dituangkan ke dalam gelas.

“Apa yang dia letak dalam ni..???!” Soal Sam pula.

“Wasabi agaknya!”Balas Zack dengan wajah yang sudah pun merah teruk.

Adrian pula masih lagi terdiam. Pedas sangat sehingga tidak mampu berbuat apa-apa agaknya. Tidak pula kubilang berapa gelas air oren yang dicampur dengan julap itu masuk ke dalam perutnya. Tisu yang berada di dalam bekas dicapainya dengan kasar dan dikesat pada wajah yang sudah pun berpeluh teruk. Merah padam seperti udang kena bakar kulihat wajah Adrian. Berair mata lelaki itu saat ini. Itulah penangan wasabi! Pedasnya tu menusuk sampai ke hidung. Memang menyengat!

“Finaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!” Akhirnya dia memekik namaku dengan sangat kuat. Seperti hendak runtuh kondominum mewah ini. Tangan kanannya pula  menghempas meja sehingga berdentum.

 Alamak! Tuanku sudah murka. Jadi, izinkan patik mengundur diri sekarang! Lintang pukang aku berlari masuk ke dalam bilik sebaik sahaja terdengar jeritan King Adrian Benjamin.

Tawa yang meletus kuat tidak lagi kukawal paras bunyinya setelah mengunci pintu. Selepas beberapa jam, mereka akan berulang alik ke tandas pula sehinggalah esok hari.  Julap pemberian mama untuk melancarkan perjalanan bahan buangan di dalam ususku sekiranya ada masalah nanti memang amat berguna sekali di dalam projek ini. Banyak juga ubat-ubatan yang dibekalkan mama kepadaku kerana risau aku jatuh sakit di sini.

 Badan kuhempaskan ke atas katil. Mata pula memandang tepat pada siling. Jahat sangatkah aku? Niat utama bukan untuk mendajalkan mereka cuma aku mahu mengajar sahaja supaya selepas ini mereka tidak bersikap kurang ajar dan pandang enteng dengan perempuan yang kurang cantik dan nampak nerd seperti aku. Itu sahaja. Kalau dulu mungkin aku boleh dibuli dengan sesuka hati tetapi aku mahu Adrian sedar zaman itu sudah lama berlalu meninggalkannya. Segaris senyuman puas muncul di bibir. Pasti lena tidurku malam ini.

***

Bersambung :D

65 comments:

  1. hahaa,pdn muka king n the geng..next n3 please kak suri.. :)

    ReplyDelete
  2. hihihihihihi.........
    nakalll sungguh fina......hihihi
    wasabi....julap lagi...makhaiii

    ReplyDelete
  3. x sabaqqq....nak tau
    aksi fina seterusnya

    ReplyDelete
  4. alaa... pendek pulk, xpuas bca lgi. sambung cept2 >___<

    ReplyDelete
  5. Hahaha..fina kenakan king..x sbar nk tgk apa king nk buat kat fina nanti..

    ReplyDelete
  6. Kahkahkahkah!!!!! Hahahahahah lawak gilaaaa cayalahhhh fina !!!! Hahahaha

    ReplyDelete
  7. w0w..rsa berkobar-kobar nk tau next entry..k.suri update cpt skit.. *winkwink*

    ReplyDelete
  8. hahaha..nasi goreng wasabi!!kesian king..(hernani)

    ReplyDelete
  9. Wow...fina dh beranikan diri utk pertahankan nasib diri..cayalah...mst hati mr king spicy mcm wasabbi tguk fina lps ni..sabar fina bnyk lg kne tempuh dugaan dgn mr king ni..mr king ni pon nmpk bkn calang2 sng nk dipermainkan..hihihi...best2....
    Thankz kak suri...
    Nk seterusnye..hihihi...♡♡♡♡♡

    ReplyDelete
  10. Syafira : hahaha..nantikan apa akan selepas ni :D nanti akak post bab 19..tq sudi baca dan komen :)

    ~("_^)~Oh Ha-Ni : hahaha elok untuk sembelit tu :D nantikan bab 19 tau..tq so much sudi baca dan komen :)

    Nik Ainaa : ala pendek sangat ke? Nanti next entry akak masukkan panjang2 okay? Tq sudi baca dan komen :)

    Areen Ezrein : King akan balas dendam atau x? yang tu tunggu bab seterusnya okay..nanti akak pos bab 19 :) tq sudi baca dan komen

    Nursyafika : hhahaha..tq sudi baca dan komen tau…nanti akak post bab 19 :)

    Diaryz : In syaa Allah, by tomorrow akan ada entry baru in syaa Allah :)wink wink. Tq sudi baca dan komen :)

    Hernani Kuzi : Nasi goreng wasabi + Air oren berjulap memang satu kombinasi
    Yang menarik hahaa tq sudi baca dan komen

    Baby Mio : :D kannn! Nantikan bab 19 okay :)

    Teeya : tq dear..nanti akak post bab 19

    Honeyzs : tq so much for your comments..apakah akan terjadi lepas ni? Nantikan bab 19..in syaa Allah, nanti akak akan post :)


    ReplyDelete
  11. Nana Dmnhuri : hahaha! Nantikan bab 19 ye :)

    ReplyDelete
  12. perghhhh...dahsyat ye fina ni...mmg terbaek la...ahahhaaa

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum . . . Sis, sape hero dgn heroin tue.
    *Zura Isa*

    ReplyDelete
  14. hahaha! padan muka geng king tu!! XD

    ReplyDelete
  15. Anonymous : hehe TQ sudi baca dan komen..nanti akak post bab 19 okay? :)

    Zura Isa : Hero tu model..nama dia Akihiro Sato..campuran jepun + brazil..yang perempuan tu Lynda Roslan..model untuk brand tudung Radiusite dan pelakon :)

    Kusyi : kannn! :D nanti akak post bab 19..tq sudi baca dan komen ye :)

    ReplyDelete
  16. Terbaik la fina....padan muka 3 ekor buaya tu kan

    ReplyDelete
  17. lambat ag ke fina jd lbh cantik drpd skrg n tgglkan king?:)

    ReplyDelete
  18. :) best n3 nie... xsbr nk tgk king jth ati kat fina....

    ReplyDelete
  19. hahaha..klakar..amik ko..wasabi + julap..terbaik!!!

    kak suri..xpuassssss!!..hehe

    ReplyDelete
  20. pergh..apa yg akan king buat pada fina ya..setelah mereka diperdajalkan.. adakah ini akan membuat king merasakan yg d other side of fina yg tidak pernah dia ketahui..seorg gadis yg suka memberontak ..celupar mulutnya dan suka mengenakan org.. adakah dia merasakan bahawa fina yg telah bertukar corak perwatakan ini telah menawan hatinya... dan apakah yg akan dilakukan oleh fina..dengan kelakuan hubbynya yg playboy bersama sama rakan rakannya..

    ReplyDelete
  21. KikikI... Wasabi? Padan muka adrian and the playboy geng dia tu... Agak2, adrian balas dendam x kak suri? Tak sabar nak tunggu next entry... Anyway, fighting kak suri!!!!

    ReplyDelete
  22. Hahaha..lawak sungguh..padan muka si king ngan kongs..kwn 2 org tu...bagusssss sangat tindakan fina..i likeeeeeee...tq suri..drpd k ju

    ReplyDelete
  23. hahaha..memang terbaik la entri kali ni kak suri..happy sgt bila baca..=D ni wat hati ceq xsabaq nk tggu new entri ni...weeeee~~

    go afina! prove it that you are very strong lady..dont let king underestimate you afina..fighting afina! #hehehe..sory la kak suri, syafyy ter'over' excited pulakkan..(>.<)

    love you kak suri ryana..=)

    ReplyDelete
  24. Wasabi ni jenis pedas yg naik ke hidung.. mcm dragon, asap kluar ikut hidung. Tak spt pedas cili yg buat lidah kita pedas. Boleh bygkan Adrian kembang kempis hidung menahan pedas wasabi! Mmg bisa .,!!

    ReplyDelete
  25. Wakakakaka.... Fina sangatttttttttt bijak!!! naseb baek de wasabi kt dlm peti ais...

    ReplyDelete
  26. Hahahaha memang menyengat!!!sangat2!!!!!!! Hahahaha ~eida arie~

    ReplyDelete
  27. suka suka ^^ sambunglah lagi panjang2 tau

    ReplyDelete
  28. Padan muka king & the geng.... Fina jgn mengalah... Lawan habis2an manusia mcm tu....

    ReplyDelete
  29. haha..padan muka king tu dgn kawan 2 dia tu..cik writer,nk lagi..

    ReplyDelete
  30. Best..dah follow dr awal post...x sbr nk tau mcm mn fina blh xcident..bagaimana hub fina dgn king slpas kawen n apa tndakn king slpas ini.. :)


    ReplyDelete
  31. waahaha..fina mmg terbaik lah!! chaiyok2 Fina! haha

    ReplyDelete
  32. best kak suri...nk lg....hehe...

    ReplyDelete
  33. kak suri nk bab 19...please....

    ReplyDelete
  34. Thumbs up Fina..Ajar King sikit..heheheh... Biar dia rasa...;)

    ReplyDelete
  35. almk..xsabar nk tau pe jadi..cepat2 smbung ek kak suri...

    ReplyDelete
  36. Dari awal asyik senyum je. Smart girl :')

    ReplyDelete
  37. kak suri bile novel ni nak keluar kat pasaran?dh tak sabar nk bace keseluruhan cerita la...hihihihi

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Sekarang bila bc pisa akan terbyg wajah lynda yg atas tu..noti je.. aduh cepat2 la novelnya kuar.. rasa nk jump to ending terus ni..

    ReplyDelete
  40. hahahhahha.. yesssss go go fina.... padan muka adrian... berlagak gila....tq sury

    ReplyDelete
  41. hahaha... best sangat-sangat. terima kasih kak Suri. mmmuaah, mmuah.. :)

    ReplyDelete
  42. suke2...smbg pls...
    akak klik mne

    ReplyDelete
  43. Alaa.. Entri kali nie pndek sgt..x puas baca.. Next entri plz..kasi pjg2 ckit tau..hehehe..anyway,mmg lawak giler.. Padan muka si king tu..hehehe..

    ReplyDelete
  44. jhatnya ada hubby mcm ni, x jga lgsung maruah seorg isteri san seorg wanita...x baik betul. pdan muka, time ni la nk blas balik apa yg kita dpt selama ni...u go girl

    >>k<<

    ReplyDelete
  45. Hahaha! Lawak lah ! Kak suri bab 19 please ~~~
    :3

    ReplyDelete
  46. padan muka... great kak suri..

    ReplyDelete
  47. fina mmg teeeerrrrbbbbaaaaiiikkk!!!!!
    (LINA)

    ReplyDelete
  48. best tol la fina ni...
    -Lina-

    ReplyDelete
  49. Yes!!!
    Macam tuh la Fina. Baru la King tak brani buli Fina lagi ;-)

    ReplyDelete
  50. amekaw ! wasabi makan nye hahaha agk2 byk tak julap yg fina letak hiihihi

    ReplyDelete
  51. perghhh wasabiii...dpt bygkan camne...muehehehee..

    ReplyDelete
  52. hahahahah hahhahaha hahahahah can't stop laughing! padan muka King and the geng.

    best la. cepat²lah print buku ini. rasanya mmg tak sabar lagi

    ReplyDelete
  53. kah kah....padan muke king of crocodile....siap dgn geng2 sekali padan muke..wah fina dah pandai melawan sekarang. bagus...alamak takut le plak. esok si king tu nak wat ape kat fina eerrkkk.

    ReplyDelete
  54. best la crta nie.. :)
    next entry please..hehe

    ReplyDelete
  55. padan muka si King tu...tapi apa akan terjadi dgn Fina aduhhhhhh..tak sabar next entri

    ReplyDelete
  56. kesian doh King Adrian tu kene buli but i like..please continue fast i want read next chapter

    ReplyDelete
  57. Muahahahaaaa ... Adoi,tergelak sampai terbatuk batuk dah.. Bijak betul fina niy.. B-)

    ReplyDelete
  58. hahaha...lawak plak bila baca fina dapat kenakan king of crocodile ni...

    ReplyDelete
  59. hahaha kelakar giler n3 nih
    padan muka king kan
    k sal pulak terbaca bab19 dulu br bab18
    hahahha..pedas yor!!
    tq suri

    ReplyDelete
  60. Assalamu'alaikum Kak Suri~ =D

    Kehkehkeh rasakan!!! haha tudia~~sekalinya Fina membuli, pakej lengkap! dalam makanan & minuman. ;)

    ReplyDelete
  61. ha..ha..ha...noti tol largh fina nie..:-D

    ~uly ct~

    ReplyDelete
  62. wahahah..suka bab ni!! fina sgt2 noty n cute. pdn mula king! haha.

    ReplyDelete