“Oppa
Gangnam Style
Gangnam Style
Najeneun ttasaroun inganjeogin yeoja
Keopi hanjanui yeoyureul aneun pumgyeok inneun yeoja
Bami omyeon simjangi tteugeowojineun yeoja
Geureon banjeon inneun yeoja”
Gangnam Style
Najeneun ttasaroun inganjeogin yeoja
Keopi hanjanui yeoyureul aneun pumgyeok inneun yeoja
Bami omyeon simjangi tteugeowojineun yeoja
Geureon banjeon inneun yeoja”
Ya Ampunnn! Ini rumah ke disco?!!
Dengan hati yang sudah mula
membengkak, aku menggenggam cadar saat ini. Hati kupujuk untuk terus bersabar
dengan karenah lelaki itu. Aku yang
sedang mengiring ke kanan, terus mencapai bantal peluk dan menutup telinga
kiriku. Tidak cukup dengan itu, comforter pula kutarik sampai ke kepala. Dah sama
seperti mayat keadaanku sekarang. Namun akhirnya tembok kesabaran yang dibina
runtuh jua.
Walaupun di dalam keadaan
berbungkus macam ni, lagu tersebut masih juga mampu untuk menembus masuk ke
corong telinga dengan sangat jelas dan kuat. Terus sahaja aku menyusup keluar
dari comforter. Bantal yang tadinya menutup telinga kini kubaling ke tepi.
Geram!
Niat di hati, ingin melelapkan mata
seketika selepas solat Maghrib tadi sementara menunggu waktu Isyak tetapi
nampaknya hasrat itu terpaksa kukuburkan. Bunyi lagu ‘Oppa Gangnam Style’ masih
menampar gegendang telingaku dengan kuat saat ini. Bulat mataku merenung ke arah siling sambil merangka tindakan yang
harus aku ambil.
Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai
cermin mata yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil ‘king size’ ini
dan kukenakan ke wajah. Terus sahaja anak mata meneliti jarum jam dinding. Dah masuk Isyak. Bisikku di dalam hati.
Nak solat pun tak tenang macam ni. Tengok
sajalah perangai hantu kat luar tu! Ada
saja tingkahnya yang membuatkan aku sakit otak. Aku tahu lagu Bahasa Korea
itu memang meletup habis kat seluruh dunia semenjak aku sedar dari koma bulan
lepas, tetapi sekarang otak dan hatiku yang rasa bagai nak meletup teruk ni.
Dengan darjah kemarahan yang sudah
pun melonjak tinggi, aku terus melompat turun dari katil dengan ganas. Geram
betul! Ini belum sampat 24 jam aku kat sini. Kalau 24 hari nanti, boleh kena
darah tinggi agaknya sebab darahku asyik menggelegak sahaja.
Dengan perasaan yang sebal aku
terus melangkah dengan kasar ke arah pintu. Baru sahaja tangan kanan ingin
memulas tombol pintu, kedengaran suara beberapa orang lelaki sedang menyanyikan
rangkap lagu tersebut.
“Oppa Gangnam Style
Gangnam Style
Op, op, op, op”
Gangnam Style
Op, op, op, op”
Telinga kurapatkan ke dinding bersama dahi yang berkerut. Terdengar suara beberapa orang sedang ketawa kuat saat ini. Biar betul! Nampaknya bukan playboy itu seorang sahaja yang berada di luar. Aduhai. Siapa pula yang dibawanya pulang ke sini?! Badan kusandarkan ke dinding. Tak suka betullah! Kaki kanan kuhentak kuat menghempas lantai.
Bertambah geram hatiku saat ini. Lagu
tersebut masih lagi berkumandang dengan kuat. Semakin bingit telinga aku
jadinya. Tak boleh jadi ni. Tangan kualihkan dari tombol pintu. Dengan malas
aku melangkah ke arah kerusi dan mencapai tudung yang tersangkut kemas di situ.
Setelah menyarungnya ke kepala, aku terus nekad untuk melangkah keluar dari
bilik.
“Eh, sexy lady
Op, op, op, op
Oppa Gangnam Style”
Tersentak aku jadinya melihat telatah tiga orang lelaki di ruang tamu yang luas ini. Muka boleh tahan, tetapi perangai OUT! Dari tepi dinding ini, mataku melirik ke arah meja yang bersepah dengan kotak pizza, botol Pepsi, botol sos, pinggan kertas dan cawan. Terdapat beberapa keping pizza yang masih bersisa di dalam kotak tersebut. Plastik-plastik kosong pula bertaburan di atas lantai. Kepala kugelengkan beberapa kali.
Memang betullah sangkaanku tadi.
Rumah ini sudah bertukar menjadi disco. Seronok betul mereka ber‘party’!
Seorang lelaki yang tidak aku kenali sedang seronok membuat tarian ‘Gangnam
Style’ manakala seorang lagi lelaki sedang menyanyi dengan kuat mengikut rentak
lagu bersama botol sos cili di tangan. Konon-kononnya botol sos tu microphone
lah kut.
Si playboy itu pula kulihat sedang ketawa besar
di atas sofa. Kepingan pizza yang berada di tangannya disuapkan ke dalam
mulut. Mereka masih tidak perasan
kehadiranku di sudut ini.
“Assalamualaikum!” Jeritku. Masih
jugak tidak ada yang menoleh. Nampaknya mereka tak dengar suara aku tadi.
“Excuse me..”
Kuat juga aku bersuara namun tiada
reaksi kuterima dari mereka. Wajah kuraupkan dengan tangan kanan. Aduhai..Isyak
pun dah masuk ni. Solat pun tak boleh kusyuk kalau macam ni. Macam mana nak kusyuk kalau
asyik-asyik baris ayat ‘oppa gangnam style’ sahaja yang menerobos masuk ke
dalam telinga?
Aku ini tidaklah berani mana
orangnya. Segan dengan mereka pun ada jugak tetapi aku cuba juga memberanikan
diri untuk melangkah ke arah mereka. Terus sahaja aku mara ke arah set home
theatre dan punat off kutekan dengan perasan yang bercampur-baur. Puas hatiku!
Kalau tadi keadaan rumah ini
seperti disco tetapi kini dah bertukar jadi rumah mayat pula. Sunyi terus
ruangan ini.
“Hey! Suka hati kau je. On balik!”
Wajah tidak puas hati si playboy kujeling sekilas. Baru sahaja hendak menjawab
soalannya tadi, rakannya yang masih lagi
memegang botol sos itu pula bersuara.
“Bro..apesal tak bagitau yang wife
kau dah balik sini?” Soalnya yang kini melabuhkan punggung ke atas sofa.
“Wife? Tolong sikit. Buat apa nak
bagitau korang? Bukan penting pun!” Dengan selamba suamiku yang mithali itu
menjawab. Geram betul!
“Dah memang dia wife kau kan? Kau tu dah kahwin. Lainlah
kitorang ni, masih single.” Seorang lagi rakannya pula menempelak. Lelaki itu
pula kulihat melabuhkan punggung di sebelah Adrian.
Riuh kondominium ini dengan suara
gelak ketawa rakan-rakannya. Sama sahaja perangai mereka bertiga ini.
Menyakitkan hati! Malas hendak berlama-lama di sini, aku terus bersuara.
“Maaf..aku bukan nak halang korang
dari bersuka ria, tapi, agak-agak la. Tak perlu kut nak naikkan volume sampai
tahap paling tinggi.” Tegas nada suaraku menuturkan ayat itu. Cermin mata yang
melorot ke hidung kubetulkan dengan tangan kanan. Adrian kulihat tak berpuas hati dengan
jawapanku. Dia bingkas bangun dan menekan kembali butang ‘ON’. Kemudian matanya menikam anak
mataku dengan tajam. Dia ni memang sengaja nak cari fasal.
Kedengaran suara
rakan-rakan si Adrian
menyanyikan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ mengikut tempo saat ini.
Op, op, op, op
Oppa Gangnam Style
Gangnam Style
Oppa Gangnam Style
Gangnam Style
Ya Allah, sakitnya hati. Terus
sahaja aku menekan butang Off sekali lagi! Anak mata lelaki yang berbaju hitam itu pula
mencerlung tajam ke arahku.. Aku tahulah ini rumah dia, tetapi takkan lah aku
nak solat dekat surau kondominium kut?
“Hey, kau jangan nak pandai-pandai
kat sini ye! Ni rumah aku, suka hati akulah nak dengar lagu kuat-kuat ke,
perlahan ke. Kalau kau tak suka, dipersilakan keluar.” Pedas ayat yang keluar dari bibir lelaki
kacak itu. Kurang asam betul.
Semakin hilang sabar aku jadinya
dengan lelaki ini sebaik sahaja tangannya menekan punat ‘On’ sekali lagi.
Memang aku mengaku yang dia
mempunyai wajah yang tampan tetapi perangai sebijik macam hantu! Tidak mahu
mengalah, aku terus menekan punat ‘off’ dan aku terus mendepakan tangan dengan
luas. Cuba untuk menghalang Adrian dari mendekati
ruangan ini. Aku mendongak ke arahnya sebaik
sahaja dia cuba
merapatiku.
“Astaghfirullahalazim. Boleh tak
prihatin sikit? Aku nak solat Isyak pun tak boleh macam ni!” Bidasku dengan
perlahan tetapi tegas.
“Aku tak pernah halang kau solat
pun. Nak solat, solat je lah diam-diam kat dalam bilik tu!” Bentak lelaki ini.
Memang kurang kesedaran siviklah dia ni!
“Macam mana aku nak solat kalau
rumah ni dah macam disco? Bingit tau tak!” Balasku.
Penat betullah bertekak
dengan dia ni. Tangan kanan memicit dahi yang sudah mula berdenyut. Adrian kulihat diam
seketika memerhati keadaanku. Rahangnya bergerak sedikit, seperti ingin berkata
sesuatu. Belum sempat lelaki itu bersuara, kawannya menyampuk.
“Wow! Miss ustazah nerd ni dah
bertukar ganas lah. Tak macam dulu, nak dengar suara pun susah.” Sos dituangkan
ke atas pizza selepas berkata begitu. Miss ustazah nerd? Berdasarkan perbandingan
yang dibuat lelaki itu, aku tahu kami memang saling mengenali dahulu. Bagaimana
aku dapat bertahan dengan mereka ni? Perangai macam monyet! Tanpa mempedulikan
kawannya yang sewel itu, aku terus mendongak ke arah lelaki itu semula.
“Aku nak solat. Beri aku 15 minit aje. Lepas
tu lantak koranglah nak bukak lagu ni kuat macam mana pun. Sampai pecah cermin
sliding door tu pun aku tak kisah!” Ujarku dengan kasar. Di dalam kepala aku
sudah mula merangka di mana harus aku menenangkan fikiran selepas solat. Di
tepi kolam renang atau di taman?
“Betullah kau cakap. She is so different!”
Seorang lagi kawan Adrian
bersuara. Bagaimana agaknya aku yang dahulu? Hatiku benar-benar ingin tahu.
“Told you!” Balas Adrian sambil memetik jari ke arah kedua-dua
kawannya yang sedang duduk.
“Adrian! Dengar tak apa aku cakap tadi?!”
Soalku dengan kasar. Aku dah malas hendak berlama-lama di sini. Tidak selesa
rasanya dikelilingi oleh mereka ini. Adrian
ketawa kecil melihat keadaanku yang sudah pun hilang sabar dengannya. Memang
dia seronok tengok aku begini, agaknya!
“Okay, Fine! You have 15 minutes
and your time starts now!”
Aku mengerutkan dahi mendengar suara lelaki itu.
Matanya melihat ke arah jam. Nada suaranya tadi tu seperti nada suara juri
ketika hendak memulakan pertandingan pula. Ingat ini sukaneka sekolah ke? Cari duit
syiling dalam tepung!
“1, 2, 3, 4, 5, 6..” Rakannya pula
mengira. Memang merenglah diorang ni! Kedengaran suara mereka bergelak ketawa
saat ini. Sempat aku menoleh ke belakang. Main-main betullah!
“Sewel!” Gumamku dengan sangat
perlahan dan terus menyambung langkah menuju ke bilik.
Sebaik sahaja tombol pintu kupulas,
aku terus melangkah masuk ke dalam dengan perasaan yang aku sendiri tidak faham
dari mana kewujudannya. Entah kenapa, jauh di sudut hati saat ini, aku rasa sangat sedih dan kecewa dengan Adrian. Telah aku cuba untuk
tidak mengambil tahu tentangnya tetapi fakta yang dia masih suami aku
membuatkan otakku masih mahu untuk berfikir tentang lelaki itu. Sampai bila
agaknya dia hendak hidup begitu? Hidup tanpa mendekatkan diri pada agama. Hidup
tanpa mengenal yang mana dosa dan yang mana pahala. Hidup hanya untuk
bersuka-ria tanpa batasan. Cermin mata kubuka. Tangan kanan mengusap dengan perlahan-lahan kelopak mata yang
sedikit letih. Salahkah aku jika tidak cuba untuk menariknya ke landasan
yang benar?
***
Otak dan hati tidak sepakat malam ini. Otak memberi arahan untuk keluar sahaja dari sini sebelum ruang mewah ini bertukar menjadi disco kembali. Tapi, hati pula ingin ke dapur untuk memenuhi kehendak perut yang semakin berkeroncong. Aduhai, nak langkah kemana ni? Kalau aku keluar dari sini, di mana pula aku hendak beli makanan? Aku bukannya ada kenderaan pun.
Otak dan hati tidak sepakat malam ini. Otak memberi arahan untuk keluar sahaja dari sini sebelum ruang mewah ini bertukar menjadi disco kembali. Tapi, hati pula ingin ke dapur untuk memenuhi kehendak perut yang semakin berkeroncong. Aduhai, nak langkah kemana ni? Kalau aku keluar dari sini, di mana pula aku hendak beli makanan? Aku bukannya ada kenderaan pun.
Tanganku lincah melipat kain
telekung. Inilah susahnya tinggal di kawasan
perumahan mewah. Kalau tinggal di flat kos sederhana kan bagus. Banyak aje gerai-gerai kat bawah
bangunan. Tak perlu nak drive segala
demi untuk makan malam.
“Laparnya..” Kedua-dua belah tangan
menekan perut.
Sudahlah aku ni memang ada penyakit gastrik!
Mahu tidak mahu, akhirnya aku terus menyarungkan tudung dan melangkah keluar dari
bilik. Niat di hati ingin ke dapur untuk misi mencari makanan. Harapnya ada lah
sesuatu yang dapat kumakan untuk mengalas perut malam ini.
Tapi, nak ke dapur kering dan dapur
basah tu kena lintas diorang yang berada kat
ruang tamu. Aku tahu tentang itu kerana aku sudah pun membuat lawatan
rasmi di dalam rumah mewah ini petang tadi.
Di dalam kepala, aku masih
berkira-kira lagi sama ada hendak mengikut kata hati atau tidak. Ah, buat bodoh
aje lah dengan mereka! Yang penting perut aku tak sakit.
Akhirnya, dengan perlahan-lahan aku
mencapai tudung dan melangkah keluar dari bilik. Belum pun sampai di kawasan
ruang tamu, sudah kudengar suara mereka yang rancak berbual. Aku menghentikan
langkah seketika.
“Pergghhh! She is very gorgeous!”
Aku mengerutkan dahi. Siapa agaknya
yang cantik sangat tu? Jangan-jangan diorang bawa perempuan pula kat dalam
rumah ni! Playboy-playboy Malaya tu bukan
boleh harap sangat! Terginjat-ginjat kakiku melangkah ke ruang tamu untuk
menyiasat. Aku kemudiannya bersandar di balik dinding.
“Seriously King, dengar khabar bukan
senang nak try dia ni. Kalau setakat kaya tapi muka pecah rumah pun dia tak
layan bro.” Ujar rakan Adrian.
Aku menjengukkan kepala sedikit. Nampaknya ketiga-tiga lelaki itu sedang sibuk
memandang ke arah laptop yang terletak di atas riba Adrian.
“Yang sebelah dia ni pulak siapa,
Zack? She is kind of cute too.” Adrian
pula bersuara. Aku menjulingkan mata ke atas. Oh, lelaki yang tadinya
menyanyikan lagu bersama botol sos di tangan itu namanya Zack.
“This one pulak, is her cousin,
Laila. Model, 20 years old, 170 cm tall,
single.” Jawab Zack. Mata Adrian kulihat melekat tepat pada skrin laptop. Dari
pandangan mata itu, aku tahu ada sesuatu yang sedang dirangkanya di dalam
kepala.
“Siap hafal ketinggian dia tu!” Ujar
seorang lagi kawan Adrian.
“Gila tak hafal.” Jawab Zack dan
mereka bertiga ketawa kecil. Zack kulihat menoleh ke arah Adrian.
“Kau nak try dia ke? Lupakan je
la..dia ni lagi susah nak dapat, bro!” Beriya-iya Zack berkata begitu.
“Susah
sangat ke? I don’t think so..” Jawab Adrian. Sebelah tangannya meraup rambut ke
belakang.
“We will see, kalau kau dapat dia
aku kasi jam rolex ni kat kau!” Zack kulihat melayangkan tangan kanannya ke
atas.
“Alah..setakat jam rolex kau tu,
aku pun ada! Just get me her number and we’ll see how hard she is!” Terus
sahaja Adrian
bersuara. Ada
senyuman nakal terbit di wajah lelaki itu.
Sakit mata dan sakit hati. Itulah
keadaanku sekarang. Sakit mata melihat aktiviti-aktiviti “lagha” mereka ni dan
sakit hati dengan perangai buaya ketiga-tiga orang lelaki itu. Tanpa menoleh ke
arah mereka, aku terus melangkah menuju ke dapur. Aku tahu ada mata-mata sedang
menjeling ke mari, tetapi aku buat bodoh aje. Senyap seketika kawasan ruang
tamu ini.
Sesampai sahaja di dapur, tanganku
pantas membuka semua kabinet yang berada di ruangan ini. Pinggan mangkuk dan
perkakasan memasak semuanya lengkap dan tip top! Cuma, bayang mee segera atau
roti tidak pula kujumpa. Lantas aku terus menuju ke arah ruang yang terletak di
bahagian belakang ruangan dapur kering. Luas betul kawasan dapur ini. Kabinet-kabinet
di sini juga kubuka dengan berhati-hati. Aku dapat merasakan yang aku terlalu
biasa dengan ruangan ini.
Seperti aku tahu pula di mana
tersimpannya beras, bawang, dan telur. Terus sahaja aku mengeluarkan semua
bahan-bahan itu. Kemudian, aku menuju ke arah peti sejuk. Di bahagian sejuk
beku, tidak ada apa-apa pun kecuali udang. Mesti dia ni jarang masak! Aku
membuat kesimpulan.
Sayur yang ada pun hanyalah sepaket
sayur campur di mana di dalamnya ada kacang pis, jagung dan lobak merah. Aduhai,
nak masak apa ni? Kepala yang tidak gatal kugaru perlahan.
Baru sahaja ingin menutup pintu
peti sejuk, mataku terpandang ke arah sepaket kecil perencah nasi goreng. Terus
sahaja aku mencapainya bersama segaris senyuman yang muncul di bibir. Nampaknya
nasi goreng udang adalah rezekiku malam ini.
Alhamdulillah!
***
Hey Nasi Goreng, Hey sungguh
Lazat, Sungguh
Sedap, Sungguh Enak
digoreng dengan Perencah Adabi.
Hatiku baru sahaja bernyanyi riang
kerana sudah siap memasak apabila Adrian
muncul di ruangan ini. Potong stim betul! Marahku di dalam hati. Aku hanya
mengabaikan sahaja kewujudan lelaki tinggi lampai yang sedang melangkah ke mari
itu. Lengan baju yang kusingsing sehingga ke paras siku ketika memasak tadi
kini kubetulkan. Kemudian, tanganku
mencapai pinggan.
Baru sahaja ingin menyenduk nasi
goreng, pinggan yang berada di tanganku terus dirampas oleh lelaki ber-tshirt
hitam itu. Aku terus mendongak ke arahnya. Ada sengihan nakal muncul di bibir itu. Anak
matanya berada pada nasik
goreng yang masih berasap di dalam kuali.
“Hurmm..fried rice!” Ujarnya. Baru
sahaja dia hendak mencapai senduk, aku sudah terlebih dahulu mencapainya.
“Sorry, this is mine. Kalau nak,
buat sendiri.” Ujarku dengan selamba. Kemudian, cepat-cepat aku mencapai
pinggan lain. Nasi goreng tersebut kusenduk dan kumasukkan ke dalam pinggan.
“Okay fine! Kau makan je la semua
ni.” Pinggan di tangannya diletakkan ke atas meja. Tadi kan dia dah makan pizza. Lapar lagi ke?
“Aku nak kau masakkan 3 pinggan
nasi goreng untuk aku dan kawan-kawan aku.”
Wajah kacak lelaki itu kupandang
saat ini. Amboi selamba sahaja nampaknya dia ni memberikan arahan. Ingat aku ni
pembantu rumah dia ke?
“Sorry..I am a bit busy. Nak kemas
baju kat dalam bilik tu. Kalau korang nak makan, masaklah sendiri.” Dengan
selamba aku berkata begitu. Seperti selalu, aku memang dapat meneka perubahan
di wajahnya. Ada
riak tidak puas hati bertandang di situ.
Terus sahaja dia merapati aku.
Pinggan di tanganku dirampasnya dan diletakkan di atas meja. Nasib baik tak
tumpah nasi goreng ke lantai. Kurang asam betul dia ni. Tersentak aku jadinya. Kemudian
dengan selamba dia menarik tanganku menuju ke meja tersebut. Aku cuba
melepaskan genggaman tangannya tetapi tidak berjaya.
“Bahan-bahan yang kau guna untuk memasak
ni..siapa yang beli?” Soalnya sambil mengangkat sebelah kening.
Wajah menarik
lelaki itu kujeling sekilas dan kemudian aku menjulingkan mata ke atas. Dengan
sekuat hati aku menarik sekali lagi tanganku dari dalam genggamannya. Perlu ke
nak pegang-pegang bagai? Cakap aje dah cukup. Aku boleh faham! Selepas
dilihatnya aku tidak memberikan sebarang reaksi, dia kemudiannya bersuara.
“Aku kan?!”
“Tahulah semua ni kau yang beli.
Aku pinjam dulu, nanti aku gantikan balik!” Jawabku dengan bersungguh-sungguh.
Isk, berkira betullah dia ni! Duit banyak tetapi kedekut macam Haji Bakhil!
Laju aku lihat dia menggelengkan
kepalanya.
“Tak perlu ganti apa-apa tapi aku
nak kau masak.” Nampaknya lelaki ini masih lagi berkeras untuk aku masakkan
untuknya. Bukannya aku tak mahu masak tetapi lihat sajalah caranya tu!
Menyakitkan hati betul!
“Kenapa tak suruh aje girlfriends
kau yang berderet tu masak? Siapa nama perempuan seksi tu? Dalia? Ha, suruhlah
Dalia masak!” Entah bagaimana ayat tersebut
boleh terkeluar dari bibir. Mungkin kerana rasa sakit hati yang sudah tak dapat
dibendung lagi membuatkan aku berkata begitu.
“Dalia?” Sebelah keningnya
terangkat. Ketawa sinis keluar dari mulutnya saat ini.
“Perempuan cantik macam Dalia tu
kau nak suruh masak? You must be out of your mind! Perempuan macam kau je yang
sesuai buat kerja-kerja ni.” Sinis sekali ayat itu menampar gegendang
telingaku. Dia ni memang dah lebih! Sebelum sempat aku bersuara, dia terus
memberikan arahan seterusnya.
“Aku tak peduli kau nak masakkan atau
tak tapi yang aku tahu 3 pinggan nasi goreng siap dalam masa 15 minit!”
Bentaknya.
Amboi, sudahlah beri arahan sesuka
hati. Lepas tu, siap berkurang ajar pula dengan aku. Nada suara bukan main
tinggi lagi. Dia ni betul-betul buat aku macam pembantu rumahnya. Sebelum
lelaki itu melangkah sempat lagi dia berpesan.
“One more thing, make sure nasi
goreng tu sedap! Understand?” Jari telunjuk dilayangkan ke hadapan. Kemudian,
dia terus beredar.
Ya Allah! Geramnya aku!
“One more thing, make sure nasi
goreng tu sedap! Understand?”
Masih terngiang-ngiang ayat lelaki
itu tadi di telinga. Aku terus sahaja bergerak ke arah peti sejuk. Bekas berisi
udang yang masih lagi berbaki kukeluarkan dengan kasar bersama perencah nasi
goreng dan beberapa bahan lain.
“Oh..nak yang sedap-sedap ye! Siap
kau. Aku akan buat nasi goreng yang paaaaaaling sedap untuk kau!”
Aku bercakap seorang diri dengan
nada yang geram. Tidak sabar hendak memasak nasi goreng ‘istimewa’ untuk
playboy-playboy Malaya tu. Pasti juadah ini
tidak akan mereka lupakan sampai mati!
***
Bersambung :D
Yes ! First reader ^^
ReplyDeleteGud Luck . Sambung lagi kak. Sambung !! Hahahaha xD
Hahahahahah lawak-2...apa la yg afina nk buat tu?? Arrrrrr xsabar kut! Best giler
ReplyDeletebestnye. tak sabar nk sambungannya kak suri..
ReplyDeletekeep up the good work. sayang kak suri. :)
perghh.. kak suri g taruk gambar nasik goreng pulakk.. lapooo pulak tengok gambar tu.. haha.. suka dengan watak fina yang baru. btw, mne kembar dia satu lagi? huhu..
ReplyDeleteuuh! sambung lagi. cepat sambung! semakin best !!
ReplyDeletei really hate king..grrrrrr...tak sabar tgu fina tinggalkan king,biar king menderita..
ReplyDeletek.suri...sngt tip top..waiting 4 next entry ^_^
ReplyDeletehihihih oppa gangnam style.....
ReplyDeleteeh si farina bubuh julap ke ape ke dalam nasik tu...
gambar nasik goreng udang tu sungguh menyelerakan...huhuhu
taksabarrr.......huhuhu
Fina kuar je dr umah tu.. Tgl si sombonng tu sorang2 haaaa.. Pastu dia kna mrh ngn mummy.. Br la dia tahuan sket.. Kan dia cma penntingknn jwtn tu ja
ReplyDeleteM
thanks kak suri..best.next n3 please
ReplyDeletewaaaa!!!!!!! sambung lagi huhuhuhu tak sabarnya hehehe.. sedangkan baru je update huhuhu tq suri best sgt3 best
ReplyDeletehahahaa... sangatlah best!!!
ReplyDeletetahniah kak Suri. Seperti biasa tidak menghampakan. Suka sangat dengan Adrian dan Fina :)
Rasa nak ketuk kepala Adrian ngn senduk tu..! Pelepok!!
ReplyDeleteeee..geramnya kat king ni... suka2 dia je nak arah orang cam2.. afina xpayah msak utk dia.. tunjuk keras kepala skit...
ReplyDeletegeramnya dkt adrian.. rs mcm nk sepak2 je... hahahahha
ReplyDeletehahaha...afina dulu kan lemah lembut..mana berani nk naikkan suara dgn adrian kan2..hehe..afina sekarang memang la lain dari yg dulu..dia da berana melawan ckp adrian..hehe..
ReplyDeletebest kak suri..walaupun just msk nasik goreng da rasa ke'SWEET'an nya..hehehe..
*thanks meow yg comel ni*..hehe..:DD
yes... so great akak.. suri...
ReplyDeletebest sgt3...xsabar tnggu n3 baru bab 18 n 19
ReplyDeletebest3....waa nsi goreng.lapar la plak hu3
ReplyDeletemmg best sgt...
ReplyDeleteblog suri dh kalerful..ceria! tp kenapa harus ada bab 18, 19 tu.. kan bagus kalau leh sampai ending...heehee..*mode x sabar*
ReplyDeleteJuadah apa yang tak akan dilupakan tu...hmm..
ReplyDeletetak sabar nak tunggu...hewhew...KAK SURI!!!!lagi...lagi...
Juadah apa yang tak akan dilupakan tu...hmm..
ReplyDeletetak sabar nak tunggu...hewhew...KAK SURI!!!!lagi...lagi...
sapa yang jadi Fina tu ek?
ReplyDelete-Kak Suri's fans-
Bestnya cepatlah sambung ya tq.
ReplyDeleteTerbaikkkk...abe lakce
ReplyDeleteapalah nak jadi dengan fina ni..kan..kehidupan yg tidak dipinta ..menjadi seorg isteri kepada jejaka yg bernama king..membuat dirinya sebagai org gaji dan menginjak injak maruahnya..sudah pasti kalau fina melarikan diri ..dia tidak ada tempat mahupun wang untuk menampung kehidupannya apatah lagi dengan keadaan dirinya yg hilang ingatan..berapa lamakah dia akan dapat bertahan dengan sikap suaminya itu..
ReplyDeletewah akak!!!seriously, she is different now. xde fina yang lemah lembut gemalai lagi... yeah tak berapa nak kene buli sangat. btw adakah nasi goreng tu akan menjadi sangat pedassss???? heheheh
ReplyDeletebest sgt citer nie..ari nie sy wat marathon baca pisa dr entri 1 sampai entri 17..hehehe..sy selalu follow update status PISA kat fb kak suri..saje je xnk baca citer nie dr awal2 dipublishkn..sengaja nk kumpul entri nie bg bnyk2 dlu baru nk start baca..lau follow dr awal sure ati xtenang nyer..hehehe..msti xsabar2 nk tahu sambungannyer minggu2 berikutnya...biar dh bnyk entri kat blog baru best baca..hehehe..
ReplyDeleteWah..best yew..apew fina nak buat ekk??dia letak julap kew dalam nasi goreng 2..?? Wah excited yew nak tahu..hehe
ReplyDeleteKak Suri Ryana cepat2 sambung taw x sabar nak tnggu bab seterusnya.. :D
rasa kan nasi goreng 'istimewa'dari fina wahai mr.king ! hahaha tak sabar nak tunggu bab seterusnya..
ReplyDeleteBest...go afrina go...
ReplyDeleteKejekan king n the gang cukup2.....
Bila la King nak berubah....
ReplyDeletekak suri,tak sabar nk tgu next entri...hehehe...
ReplyDeletenasik goreng special ape lah yang fina masak untuk diorang...
bahahaha... ;) best kak,best~
Letak je sekilo cili api dalam nasi goreng tu biar betul2 or letak je julap dalam tu biar diorang takleh lupa dengan nasi goreng tu.....hahaha #^_^
ReplyDeletehahaha...kelakarnye part oppa gangnam style. op op...suke watak fina. ganas dan garang tu. padan muka king. igt rupe hensem fina leh cair ke....apelah rase nasi grg fina ye..
ReplyDeletepdn muke king & the geng..muehehhe...
ReplyDeleteWakakaka... xley tahan tgk gmbr Psy tu... nseb baek King xmenari skali kalo x hilang maco...
ReplyDeletexsabar nk tunggu bab 18... ape la rase nasi goreng tu...
hahahahahahaa..... suka tgk diorg gaduh... kesian asyik kena buli jaa,... best2...
ReplyDeletemasak sedap2 fina...hehehehe (naik tanduk)
nak2 lagi
ReplyDeletetak sabar nak baca bab seterusnya kak suri..
ReplyDeleteweee... klakar jugak.. hempok ngan senduk kang baru tau adrian tu...
ReplyDeletebest2..tq kak for the entry
ReplyDeletecayalah kak suri ryana..=D
ReplyDeletefor afina: fighting! fighting! jgn bg muka sgt dgn si playboy tuu..haha
love all your writings kak suri..keep it up sis!!
Macam manalah Fina tu kena buli dgn King dulu agaknya ekk? Tak sabar nak tunggu King tu merayu melutut gilakan Fina lepas nie. Err..ada kan..?
ReplyDeleteUstaza Hidaya, Nik Ainaa, Diaryz, Syafira, Coretanku, Wardah Zainal, Lulu Lu, Baby Mio, Abe Lakce, Juejuriah, Asma, Syaffy : Terima kasih semua kerana sudi mengikuti PISA..terima kasih gak sebab sudi komen :) really appreciate it!! Nanti suri post bab 18 okayyy :)
ReplyDeleteAfifah Yusof : Tq so much Afifah laling sebab sudi baca dan komen haha..nanti akak post bab 18 :D
Lovex : tq so much sebab sudi baca n komen..akak pun saaayangg Love jugak!! :)
Nursyafika, ~("_^)~Oh Ha-Ni, Cahaya Dayana, Azwa Azee, Siti Sulaiha, nurfajrina, Niyaz Arumi, Nuratiza, ctrain7474, AmyZainudin : jeng jeng jeng..ehhehe nantikan bab 18 utk mengetahui apakah juadah istimewa itu ;D nanti suri post.bab 18..tq semua sudi baca n komen :)
Kusyi : hihi kann..masa akak tgk pic nasik goreng ni smlm terus rase nk mkn nasik goreng haha looks yummy! :D nanti akak post bab 18 ok..tq sudi baca n komen :)
Kak Suri’s Fan : tq so much sebab sudi baca n komen :) nama dia lynda roslan :D model/pelakon.
Amila J Abdullah, M, Kak Hanidar Badaruddin, Rahsia Hati, Anonymous, Si Yellow comel, Kak Ida, Mieza, Zakiah Halim : tq sooo much semua untuk komen yang diberikan..nampaknya ramai yang geram dengan perangai King..haha :0 tq so much semua sebab sudi mengikuti PISA..nanti suri post bab 18 ye :)
ReplyDeleteHartini Halim : hehe..kalau nak terbit, tak boleh post sampai habissss hehehhe :D tq tau sudi baca dan komen :) nanti suri post bab 18 okay
Ayienor : tq so much sebab sudi marathon PISA hehe..nanti suri post bab 18 ye..:) tq sudi baca dan komen..
Aziela : mungkin ada :D haha kalau bgtau nanti tak saspen hihihi…tq tau sudi baca dan komen..nanti suri post
Silent readers, terima kasih sangat2 sebab sudi mengikuti PISA sehingga ke bab 17..Suri amat menghargainya..tq soooo much!! <3 Nanti Suri post bab 18 ye ;)Much Love!!
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu Fina kenakan Adrian.. Padan muka si adrian tu... :)
ReplyDeleteAliCe D LunAtIc : hihi nantikan bab 18 ;) nanti suri post..;)
ReplyDeleteThanks kak suri... :)
Deletebestttt sgt... yg kak suri edit ni senang sket faham dr yg dulu n makin xsabar nk bc next entry..hehehe..
ReplyDeletethanks kak suri..
*nabihah*
geramnya kat Adrian, harap Fina masak pedas2 biar dorang makan sampai sakit perot..
ReplyDeletesuri, bab18 nya lmbt lagi ke? blh tk post 2 n3 skali gus?
ReplyDelete-QISTINA NAYLI-
sedapnye nasi goreng udang....
ReplyDeleteLetak julap semua mkn dgn sedapnya tp sesak rebut toilet
ReplyDeletebest2..nak lagi!! heeehh
ReplyDeletebestnya......x sbar nak baca kisah selanjutnya.....suka.....hehe
ReplyDeletewah..tanduk nk kenakan si andrian dh klua...
ReplyDeletesiapla ko andrian...
Gangnam style? HahahHahahahahahahahahahahahaa......i can't stop laughing...! XD
ReplyDeleteking n the gang ni mkn ke melantak...da pizza nk nsi goreng lg..;))
ReplyDelete~uly ct~
Garangnya akak FINA ni.takutlah.
ReplyDelete