**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday, 28 September 2011

Isteri Separuh Masa 14

Bab 14
Nasib baik aku dan Abang Nazrin tidak berminat untuk berlakon drama atau filem. Kalau tidak, jenuh jugalah perlu ke kelas lakonan kerana kami sememangnya tidak berbakat. Tambah-tambah si bapak singa tu. Kaku dan beku betul lakonannya di hadapan mama, papa dan nenek sehinggakan mereka sudah mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumah tangga kami. Akhirnya, semenjak sesi bersarapan tiga hari yang lepas, aku dan Abang Nazrin terpaksa menyusun jadual supaya kami tidak selalu bertembung di rumah. Masa kuhabiskan di asrama sahaja sehingga pukul 10 : 40 malam. Tidak susah mencari alasan kerana aku kan seorang pelajar. Kepada mereka, kukhabarkan yang aku terpaksa berbincang dengan rakan-rakan sekuliah tentang ‘assignment’ yang perlu dihantar nanti.
Di asrama pula, rakan-rakan semakin pelik melihat kelakuanku. Mereka dah mula menggelar aku dengan panggilan ‘chipsmore’. Sekejap ada, sekejap tak ada. Mana tidaknya, aku siap mandi dan tidur lagi di bilik asrama tadi sementara menunggu pukul 10 : 40 malam.
Jam di tangan kujeling sekilas. Jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 11:00 malam. Selalunya, mereka sudah berada di dalam bilik masing-masing ketika ini. Tapi, kenapa lampu ruang tamuku cerah bercahaya pula hari ini? Bersama kerutan di dahi aku melangkah masuk ke dalam kawasan rumah. Benar, mereka semua sedang berehat di ruang tamu. Setelah memberikan salam kakiku melangkah masuk ke dalam rumah. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku duduk di sebelah Abang Nazrin.
“Nazrin, kamu dan Medina pernah buat bacaan yassin dan kenduri semasa masuk ke rumah ni dulu?” Mama yang sedang meletakkan pinggan buah-buahan di atas meja menyoal Abang Nazrin. Kemudian matanya mengerling ke arah lelaki yang berada di sebelahku ini.
“Belum lagi mama..” Abang Nazrin terus menggelengkan kepalanya. Aku hanya tersenyum dan memasang telinga sahaja. Tudung di kepala kubuka dan aku meletakkannya di sebelahku.
“Ha..kalau belum, bolehlah kita buat lusa..sementara kami semua masih berada di sini. Kita buat kenduri kecil-kecilan aje. Panggil kawan-kawan kamu dan jiran-jiran yang tinggal berdekatan. Kamu setuju ke tak?” Mama yang cantik dengan kaftan biru di badan kulihat tersenyum manis menanti jawapan Abang Nazrin. Sepotong buah epal dimasukkan sedikit ke dalam mulut.
Tergamam seketika aku lihat Abang Nazrin yang berada di sebelahku sebaik sahaja mendengar soalan yang mama. Aku terus melarikan pandangan ke hadapan. Papa yang duduk di atas sofa bersebelahan dengan mama hanya tersenyum sambil membaca surat khabar. Aku tahu, walaupun dia sedang membaca tetapi dia masih juga mengikuti perbualan yang sedang berlangsung di sini. Mata kualihkan semula ke arah Abang Nazrin yang berada di sebelahku. Gelisah sungguh kulihat wajahnya kini.
“Nazrin..kamu dengar ke tidak soalan mama kamu tadi tu?” Suara nenek benar-benar mengembalikan Abang Nazrin ke alam nyata. Kelam-kabut dia menjawab.
“Dengar nek....”Gumam Abang Nazrin dengan perlahan. Aku terus mengerling ke arahnya. Apa, susah sangatkah nak buat kenduri? Pelik betullah!
“Susah sangat ke soalan mama tu, sampai nak terkeluar otak, mama tengok kamu fikir?” Soalan mama benar-benar membuatkan aku ketawa. Akhirnya aku terus menutup mulut dengan sebelah tangan. Sumpah, aku benar-benar dah tak boleh nak tahan. Ditambah pula dengan wajah gelisah si bapak singa di sebelahku ini, memang sakit perut menahan ketawa. Abang Nazrin sempat menjeling tajam ke arahku ketika ini. Kemudian, bahuku dirangkulnya kemas membuatkan aku kaku.
“Erm..Nazrin takut pulak Wani ni busy dengan tugasan..” Ujar Abang Nazrin yang terus menoleh ke arahku.
“Sayang, apa pendapat sayang? Mama nak kita buat kenduri..abang akan jemput KAWAN-KAWAN abang, saya pulak mestilah kena jemput KAWAN-KAWAN sayang. Okay tak?” Soal Abang Nazrin dengan lembut. Perkataan kawan-kawan tu ditekankannya sedikit. Aku terus melarikan pandangan ke arah papa dan mama yang duduk berhadapan dengan kami.
“Perlu ke Wani jemput kawan-kawan? Kita nak buat kenduri yang kecil-kecil aje kan?” Soalku sambil tersenyum. Di dalam hati, terasa semakin gelisah saat ini. Tak bocor ke rahsia yang aku simpan ni nanti?
“Wani..” Panggil papa sambil tersenyum.
“Ye papa..” Sebuah senyuman kuhadiahkan untuk menutup rasa gusar yang semakin melarat di hati.
“Apa salahnya kalau jemput kenalan-kenalan rapat kita..meriah sikit kenduri tu nanti.” Ujar papa. Aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Terus kelu lidahku saat ini. Semua mata yang memandang ke arahku membuatkan aku bertambah gusar.
“Oh..macam tu..InsyaAllah, nanti Wani jemput diorang yea. Diorang tu bab makan-makan ni, memang suka sangat!” Ujarku sambil tersenyum. Mama kemudian menoleh ke arah nenek..
“Baguslah macam tu..mak rasa Aidil dapat datang tak nanti? Dia kat Alor Setar kan? Dekat aje..” Mendengar sahaja kata-kata mama, nenek terus mencapai telefon bimbitnya.
“Sekejap ye, mak call dia dulu.” Ujar nenek.
Kemudian, aku lihat nenek terus menelefon Uncle Aidil untuk memaklumkan tentang kenduri yang bakal berlangsung lusa. Mama pula sibuk bersembang dengan papa. Aku memicit-micit sedikit kepala yang semakin berdenyut. Aduhai, peningnya! Patutkah aku jemput keempat-empat orang kawanku tu? Abang Nazrin yang menyikuku dengan tiba-tiba membuatkan aku terus menoleh ke arahnya. Dia mendekatkan sedikit bibirnya ke telingaku sambil tersenyum.
“Tadi suka sangatkan..ketawalah macam kau ketawa tadi!!” Sempat lagi dia cari fasal denganku. Isk..geramnya aku! Mama, papa, nenek dan Mak Timah masih lagi riuh berbual tentang kedatangan Uncle Aidil nanti. Jadi, aku terus menoleh ke arah Abang Nazrin dengan wajah yang manis. Risau pula kalau sesiapa perasan kami sedang bertegang urat sekarang. Bibir kurapatkan ke telinganya.
“Suka hatilah! Yang awak sibuk sangat kenapa?!”Bisikku dengan kasar. Mata kujegilkan sedikit ke arahnya.
“Apa agaknya yang diorang bisik-bisik tu ye? Seronok betullah mama tengok kamu..” Kami berdua terus memandang ke arah mama.
“Itulah..mesti ada yang melucukan tu..asyik berbisik-bisik dan disulami dengan senyuman aje.” Sampuk papa pula. Aku terpaksa memaniskan wajah walaupun di dalam hati sangat geram dengan lelaki di sebelahku ini.
“Kongsilah dengan kami Nazrin.” Kata-kata nenek membuatkan aku tersentak. Alamak, apa pulaklah yang si bapak singa ni akan merepek sekejap lagi.
“Hah? Tak..Wani ni tanya dengan Nazrin tadi..kita nak masak ke atau catering aje?” Kan aku dah cakap. Nama aku mesti ada sekali punya dalam cerita rekaannya tu.
“Kalau nak masak boleh kitorang beli bahan-bahannya nanti.” Aku terus menoleh ke arah Abang Nazrin. ‘Boleh kitorang beli bahan-bahannya?’ Betul ke tak, dia ni? Sejak bila pula dia seronok hendak pergi membeli-belah dengan aku?
“Bagus jugak tu..mak, apa kata kita masak sendiri aje..” Cadang mama kepada nenek dan Mak Timah. Kedua-dua wanita itu kulihat mengangukkan sedikit kepala mereka, menandakan mereka setuju benar dengan rancangan mama.
“Mak setuju aje, Aliyah..asalkan kenduri tu berlangsung. Boleh mak kenal dengan kawan-kawan Wani dan Nazrin.” Kata-kata nenek yang ini benar-benar membuatkan aku dan Abang Nazrin saling berpandangan seketika. Alamak, habislah!
“Tapi nek, Wani tak janji tau..sebab kawan-kawan Wani kebanyakannya memang suka balik kampung di hujung minggu.” Ujarku dengan wajah yang manis. Tak mahu nenek mengesyaki ada sesuatu yang tak kena pula nanti.
“Takkanlah semuanya balik kan? Yang mana yang tak balik tu, ajaklah ke mari.” Aduhai..aku hanya mampu mengangukkan kepala sahaja saat ini.
“Er..baik nek..” Ujarku. Aku mengerling ke arah papa yang masih lagi membaca suratkhabar.
“Jadi, sekejap lagi bolehlah kita bincang tentang menu yang nak dihidangkan..” Ujar mama kepada Mak Timah dan nenek.
“Nanti kita senaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Bolehlah Wani dan Nazrin tolong belikan esok. Tak gitu Nazrin?” Abang Nazrin terus mengangukkan kepalanya. Aku pun terpaksa juga angguk sekali. Di dalam hati rasa seperti hendak cekik lelaki di sebelahku ini. Kami berdua hanya memasang telinga sahaja mendengar menu-menu yang sedang disusun oleh ketiga-tiga orang wanita itu. Apabila aku lihat mereka sedang sibuk berbincang, aku terus merapatkan bibirku ke telinga Abang Nazrin.
“Isk..mulut awak ni kan..memang gatallah! Saya malas la nak pergi beli bahan-bahan tu dengan awak!”Bidasku dengan geram bersama senyuman di bibir. Takut pula kalau mama atau nenek syak nanti!
“Habis tu, kau ingat aku suka sangatlah? In your dream Medina Izwani..in your dream!” Jawab lelaki di sebelahku ini pula. Apabila mata nenek memandang ke arah kami, aku terus bersuara.
“Wani boleh buat puding karamel.” Ujarku. Memang aku ikhlas mahu membantu pun.
“Bagus jugak..sebagai pencuci mulut kan?” Jawab nenek sambil tersenyum. Aku terus menganggukkan kepala.
“Kalau macam tu, kita buat puding karamel, agar-agar laici dan salad buah-buahan untuk pencuci mulut.” Kata-kata Mak Timah benar-benar membuatkan aku lapar pulak. Terbayang agar-agar laici Mak Timah yang sedap tu.
“Wahh..sedapnya..dah lama Wani tak makan agar-agar laici Mak Timah..” Aku tersenyum ke arah Mak Timah.
“Nanti Mak Timah buat lebih sikit untuk Wani, ye sayang?” Ujar wanita berblaus merah itu.
“Okay..thank you Mak Timah!” Ujarku dengan gembira. Kemudian, mereka menyambung perbincangan mereka mengenai makanan-makanan yang akan dihidangkan. Abang Nazrin tiba-tiba menyiku lenganku membuatkan aku tersentak seketika. Belum pun sempat aku memberi jelingan maut kepadanya, lelaki itu terus berbisik dengan sangat perlahan di telingaku.
“Hey..”
“Apa?” Bisikku semula dengan perlahan di telinganya. Walaupun ada debaran sedikit di dada saat ini kerana jarak kedudukan kami yang sangat dekat, aku terus abaikan sahaja.
“Tak perlulah kau buat puding karamel tu” Ha..nak mula lagilah ni. Aku mengerling ke arah mama dan nenek. Mereka masih leka berbincang. Aku terus menjeling tajam ke arah lelaki yang memakai baju knitted sweater berwarna kelabu gelap ini.
“Apesal pulak?” Soalku di dalam nada berbisik. Nasib baiklah ruang tamu ini besar dan jarak kedudukan kami tidaklah dekat sangat dengan mereka. Kalau tidak, tak berani nak berbisik begini. Takut mereka dengar pula.
“Aku takut tetamu yang datang semua kena keracunan makanan!” Ya Allah..tolonglah sabarkan hatiku ini. Ikutkan hati, ingin sahaja aku melesing si bapak singa ni. Disebabkan terlalu geram, aku terus bersuara dengan nada gembira.
“Eeee rajinnya abang..” Ujarku dengan sedikit kuat membuatkan mama, nenek dan Mak Timah memandang ke sini. Abang Nazrin pula kulihat sudah pun menjeling tajam ke arahku.
“Mama, nenek dan Mak Timah..” Panggilku dengan lembut.
“Abang Nazrin bisik kat Wani sebentar tadi yang dia nak tolong kita masak nanti.” Puas hatiku apabila berkata begitu. Betul-betul geli hati melihat wajah Abang Nazrin saat ini. Macam kucing tertelan tulang ikan!
“Biar betul, Nazrin?” Soal nenek sambil membetulkan kaca mata di wajahnya.
“Be..betullah nek..Nazrin nak tolong Wani buat puding karamel.” Jawab Abang Nazrin di dalam keterpaksaan. Hahahaha! Aku tidak lagi dapat menahan ketawaku. Tangan kanan terus menutup mulut.
“Amboi nak masak sama-sama dengan Wani..romantik betullah Nazrin ni..macam papa.” Kata-kata mama membuatkan aku sakit perut menahan ketawa. Takut kalau terlampau kuat aku ketawa nanti, nenek dan mama akan syak apa-apa pula. Air mata yang bergenangan di mata terus kukesat dengan hujung lengan. Apabila mataku mengerling ke arah Mak Timah, wanita itu terus menggelengkan kepalanya. Bukan Wani yang nakal, Mak Timah..mulut Abang Nazrin ni yang takde insurans!
“Abang Nazrin memang sangat romantik, mama.” Sebaik sahaja berkata begitu, aku sudah tidak lagi berani lagi melihat wajah Abang Nazrin. Pasti jelingan yang diberikan kepadaku saat ini setajam pisau kat dapur tu.
***
Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam bilik Abang Nazrin, aku terus berjalan dengan laju menuju ke arah bilikku. Aku tidak menjeling langsung ke arah lelaki yang rasanya sedang melepak di atas sofa. Malas hendak bertegang urat dengannya lagi. Panas betul hatiku ini apabila dikatakannya puding karamel yang akan kumasak nanti mampu untuk buat tetamu keracunan makanan. Isk..melampau betul! Masuk sahaja ke dalam bilikku, aku terus menarik daun pintu tetapi tangan Abang Nazrin pantas menahan pintu daripada tertutup. Aku tersentak seketika dan terus memandang ke arahnya. Dengan selamba dia melangkah masuk ke sini.
“Seronok betul tadi kan?” Ujarnya yang melangkah dengan tenang ke arahku. Ada senyuman sinis di wajahnya saat ini membuatkan aku mulalah gelisah.
“A..apa yang seronoknya?” Soalku sedikit gugup. Kening kanan terjungkit ke atas sedikit ketika ini.
“Apa? Aku nak tolong buat puding karamel?” Soalnya. Kaki masih lagi melangkah ke arahku menyebabkan jarak kami kini sangat dekat. Lantas aku terus menapak selangkah ke belakang.
“Awak yang cari fasal dulu..” Bidasku sambil melarikan pandangan ke arah lain.Abang Nazrin masih terus melangkah mendekatiku. Dan aku juga tetap mengambil selangkah ke belakang. Akhirnya aku tersandar pada dinding.
“The best part is..kau cakap aku ni sangat romantik..” Bisiknya sambil merenung dengan dalam ke arahku.
“Remember Medina Izwani?” Soalnya dengan senyuman yang nakal. Sabar ya, wahai jantung! Janganlah kau melompat keluar. Semakin resah dan gelisah apabila Abang Nazrin menguakkan rambutku yang menutupi sebelah mata ke belakang ketika ini.
“Do you want to see how romantic I can be?” Soalnya dengan sinis.
“Jangan nak mengada.” Ujarku yang terus melarikan diri ke arah jendela. Isk..boleh pulak bapak singa ni main-main macam tu! Aku cuba menenangkan diri. Terasa wajahku sudah pun membahang saat ini.
“Yang awak tu, bila pula saya setuju nak beli bahan-bahan memasak dengan awak esok?” Bidasku. Belum pun dia menjawab soalanku, kedengaran daun pintu diketuk dari luar.
Tok! Tok! Tok!
Kelam-kabut kami bergerak menuju ke arah bilik Abang Nazrin.
“Ini senarai bahan-bahan yang diperlukan nanti. Esok pagi Nazrin dengan Wani tolong belikan ya?” Ujar mama sebaik sahaja pintu dibuka.
“Okay ma..esok kami tolong belikan..” Jawabku. Abang Nazrin hanya tersenyum sahaja saat ini.
“Thanks..good night!” Ucap mama sebelum berlalu.
“Good night!” Ujar kami berdua. Kemudian, bersama senarai barang-barang di tangan aku terus melangkah menuju ke bilikku tanpa mempedulikan lelaki itu. Masih kekok untuk berhadapan dengannya.
“Kita ke Tesco esok, at 11 am. Please be punctual ya.” Kedengaran suaranya memberikan arahan. Tanpa mengendahkan suara itu, aku terus menutup pintu dengan kuat. Biar runtuh rumah ni! Eee..gaya dia bercakap sebiji macam kat dalam kelas..isk! Wajah kuraup dengan tangan berulang kali apabila mengenangkan tentang gelagat lelaki itu sebentar tadi. Nampaknya, bukanlah satu idea yang baik untuk aku terus berada di sini. Aku risau sekiranya rasa cinta yang ada untuknya semakin berat untuk ditanggung. Nafas kutarik dalam-dalam dan aku terus melangkah ke bilik air.

Tuesday, 27 September 2011

Sedutan Isteri Separuh Masa 14

Untuk membaca bab 14 (full version), sila klik di sini :

http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-isteri-separuh-masa-14/

Sedikit sedutan Isteri Separuh Masa 14
“Berhentikan saya kat situ. Saya boleh jalan ke dewan kuliah.” Ujarku sebaik sahaja kereta melepasi pondok pengawal. Sempat aku menjeling ke arah lelaki yang memakai kemeja putih berjalur biru itu. Ada masalahkah dengan mataku? Aku mengelipkan mata beberapa kali. Wajahnya kelihatan semakin tampan pula hari ini. Ah, bahaya ni. Pandangan terus kualihkan ke arah masjid Al-Malik Khalid yang berada di sebelah kiri.

“As you wish. Aku pun bukan suka sangat kau duduk dalam kereta ni lama-lama.” Ujar lelaki itu dengan selamba sambil membelok masuk ke dalam kawasan masjid. Eleh, macamlah aku suka sangat duduk dalam kereta ni.

Lagipun, aku tak selesa kalau rakan sekuliah ternampak aku dan Abang Nazrin pergi ke kelas bersama. Mungkin Wanda, Jue, Mai dan Husna akan faham tetapi bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain?

“Saya pun tak suka naik kereta ni. Tak selesa langsung!” Sempat lagi aku berkata begitu sebelum keluar dari kenderaan. Sebaik sahaja ingin menutup pintu, lelaki itu bersuara lagi.

“By the way, you better arrive on time. Aku tak suka student sampai lewat dari aku.” Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, aku terus memandang ke arah jam di pergelangan tangan.

“Alamak! Dah pukul 8 : 50 minit pagi. Matilah aku! Kenapalah aku tak pergi aje dengan dia! Sempat ke ni?!!” Aku mengomel seorang diri sambil merenung kosong ke arah kereta Abang Nazrin yang telah pun meluncur dengan laju meninggalkanku.

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah dengan laju. Ikutkan hati, ingin sahaja aku berlari menuju ke dewan kuliah A. Tapi mengenangkan baju kurung moden yang membaluti tubuh, aku batalkan sahaja hasrat di hati. Nanti takut tergolek pula kat atas jalan raya ni kalau tersalah langkah. Di dalam kekalutan, tiba-tiba sahaja aku terlanggar seseorang dan fail yang berada di tangan terjatuh ke bawah.

“Sorry.” Ujar lelaki yang kulanggar itu sambil mengutip failku. Aduh, masa-masa kecemasan begini pulaklah drama terlanggar orang ni nak terjadi!

“Eh, tak..saya yang patut minta maaf sebab dah terlanggar awak. Maafkan saya ye.” Ujarku dengan pantas. Lelaki yang berkemeja hitam itu kulihat tersenyum dan menggelengkan kepala.

“No worries. Nah fail awak.” Ujarnya sambil menyerahkan fail berwarna merah jambu itu kepadaku.

“Err..saya betul-betul dah lambat nak masuk kelas ni. Saya pergi dulu ye..” Aku berkata begitu sambil mengambil fail dari tangannya. Kemudian, tanpa menunggu jawapan dari lelaki berambut lurus itu, aku terus menyambung langkahku. Harapnya sempatlah aku sampai sebelum pukul 9 pagi.

*InsyaAllah, keseluruhan kisah dalam Isteri Separuh Masa 14 dapat dibaca esok. Nantikan ye.

Much Love,
Suri :)


Thursday, 22 September 2011

Isteri Separuh Masa 13

Bab 13
Kelopak mata kupejamkan sebaik sahaja terpandangkan kelibat Abang Nazrin di hadapanku dan serentak dengan itu juga, daun pintu kututup rapat. Ada getaran di dadaku ketika ini. Selamba betul lelaki tu ya! Pagi-pagi lagi bapak singa ni dah buat darah aku naik! Sudahlah hatiku yang bengkak semalam pun masih belum surut lagi. Aduh, macam mana aku boleh terlupa yang aku perlu melalui biliknya untuk keluar? Tapi, bukan salah aku. Lelaki itu yang bersalah dalam kes ini. Bibir kuketap dengan geram. Tidak prihatin betul. Lupakah dia yang dia sedang berkongsi ruang denganku? Boleh pula suka-suka hati berseluar pendek begitu. Sabar ajelah! Akhirnya aku mengetuk daun pintu sebelum bersuara.
“Dr. Nazrin..” Tidak ada jawapan. Sepi sahaja.
“Dr. Nazrin!” Aku menguatkan sedikit suaraku. Kemudian, tanganku mengetuk daun pintu dengan kuat. Ada kerutan di dahi. Dia ni tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?
“Dah pekak agaknya!” Aku berkata pada diri sendiri dan serentak dengan itu juga pintu bilik diketuk sebanyak dua kali dengan kuat olehnya.
Tokk! Tok!!
“Hey, jaga mulut kau sikit ye! Siapa yang pekak?” Kasar ayat yang keluar dari mulutnya. Oh, dengar pulak aku cakap dia pekak. Aku menutup bibir dengan jari.
“Apa kau nak? Pagi pagi dah terjerit-jerit macam orang gila! Kau nak semua orang dengar kau panggil aku Dr. Nazrin ke?” Soalnya kasar.
“Saya nak keluar ni!” Jawabku dengan kasar juga.
“Keluar ajelah!” Jawab lelaki itu selamba.
“What?!” Dahiku mulalah berkerut lagi. Selamba betul dia ni. Jari-jemariku pantas menutup mulut. Ooops! Entah-entah Abang Nazrin dah jadi Mat Salleh agaknya semenjak tinggal di luar negara dulu. Selamba sahaja ber’boxer’ di hadapan orang.
“Kalau nak keluar tu, keluar sajalah. Kau ingat ada dayang nak tolong bukakan pintu untuk kau?” Sinis betul soalan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan aku menjadi semakin geram.
“Masalah betullah kalau cakap dengan orang yang tidak prihatin macam awak!” Jeritku kuat. Serentak dengan itu juga, daun pintu dibuka dari luar.
“Apa masalah kau ni sebenarnya?!” Tengking si bapak singa. Aku pula terus memejamkan mata sekali lagi.
“Boleh tak pakai pakaian yang sopan sikit sepanjang saya berada di sini?” Soalku. Mata masih lagi belum kubuka. Tidak sangka ada ketawa kecil yang terlepas dari mulut lelaki itu. Sejak kami bermusuhan, tidak pernah walau sekali tawa itu keluar disebabkan aku. Walaupun sedikit pelik, aku tetap berlagak selamba.
“What’s wrong? Sejak bila pula ada dress code dalam rumah ni?” Soalnya dengan selamba.
“Lagipun ni kan rumah aku, so suka hati akulah nak pakai apa pun. Kalau kau tak nak tengok, kau boleh jalan keluar sambil pejam mata!” Kata lelaki itu lagi. Memang boleh bernanah telinga aku kalau dengar ayat-ayat selanjutnya yang keluar dari mulut lelaki ini. Darah yang menggelegak pula sudah pun mencapai takat didih membuatkan aku ingin segera beredar dari sini. Mata kubuka dan aku memfokuskan pandangan ke wajahnya.
“Benci betulah!!” Tengkingku dan terus berlari keluar meninggalkan lelaki itu. Aduhai kenapalah lambat lagi mereka hendak pulang ke Kuala Lumpur. Agaknya, cukup seminggu nanti, memang hilang suaraku kerana terpaksa bertekak hari-hari dengan bapak singa tu. Blaus merah pada badan kubetulkan sambil menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati.
***
Memang ada skru di dalam kepalaku yang tercabut agaknya. Semalam punyalah menggelegak hatiku kerana marah dan terasa hati dengan si bapak singa itu. Tapi, hari ini, tawa kecil yang keluar dari mulutnya tidak sampai lima saat itu juga yang terngiang-ngiang di telinga. Mataku yang bertemu dengan mata lelaki yang segak berbaju kemeja biru itu membuatkan aku melarikan pandangan ke arah lain.
“Kenapa dengan korang ni? Bergaduh ke? Lain macam aje nenek tengok.” Kata-kata yang keluar dari mulut nenek membuatkan aku dan Abang Nazrin menggelengkan kepala dengan serentak. Alamak, nenek sudah nampak betapa peliknya hubungan di antara kami. Mungkin nenek membuat kesimpulan begitu kerana semenjak tadi, kami langsung tidak bertegur sapa dan berbual.
“Eh...tak ada lah nenek. Hubungan kami baik je. Nenek janganlah risau.” Ujar Abang Nazrin dengan pantas. Ada sedikit kerisauan dapat kukesan pada wajahnya.
“Betul tu. Mana ada kita gaduh kan abang?” Senyuman manis yang dibuat-buat kuhadiahkan khas buat lelaki yang terus sahaja mengangguk itu. Tangannya kulihat mencedok sambal tumis sotong dan meletakkan ke dalam pinggan nasi lemakku membuatkan aku terlopong. Nak berlakon pun, agak-agaklah! Manalah aku makan sotong. Mimpi ke dia ni?! Kan sudah kukata, lelaki ini memang tak prihatin langsung! Benci!
“Tu untuk Wani.” Ujarnya dengan lembut. Aku pula terus membuat isyarat mata supaya dia memindahkan sotong-sotong itu ke dalam pinggannya tetapi lelaki itu tidak faham dengan isyarat yang kuberikan.
“Kenapa ni sayang? Sambal tumis sotong is one of your favourite dishes kan..” Ujarnya lagi setelah melihat reaksiku. Aduh! Bertambah pening rasanya kepala ini. Semua yang mengenaliku memang tahu yang aku tidak makan sotong kecuali mahkluk di sebelahku ini.
“Nazrin..kamu ni pelupa betullah.” Nenek akhirnya bersuara. Kepala digelengkannya berulang kali.
“Entahnya, ada ke dicedoknya sambal tumis sotong ke dalam pinggan Wani. Kan dari kecil lagi Wani tak makan sotong.” Mama pula bersuara. Abang Nazrin yang kelihatan sedikit menggelabah itu kemudiannya terus mencedok sambal tumis sotong dari pingganku dan memasukkan ke dalam pinggan nasi lemaknya.
“Kamu tak tahu ke Wani tak makan sotong?” Soal papa sedikit pelik. Aku pula hanya berlagak selamba dan menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut. Di dalam hati asyik berdoa, janganlah mereka syak apa-apa.
“Mestilah tahu papa. Wani kan isteri Nazrin. Cuma, Nazrin terlupa je tadi.” Lelaki itu memberikan alasan. Kemudian pandangannya dialihkan kepadaku.
“Maafkan abang sayang. Abang lupa yang sayang tak makan sotong.” Perlahan dia berkata begitu sambil tersenyum manis. Aku pula terus mengangguk. Sayang? Gila agaknya?
“T..takpe..” Jawabku. Aduh, kalau hari-hari begini, memang boleh mereng diriku ini!
Aku kemudiannya terus mencapai sudu untuk mencedok ikan bilis goreng tetapi serentak dengan itu juga tangan Abang Nazrin mendarat di atas tanganku. Nampaknya lelaki itu juga ingin mencedok ikan bilis goreng. Kama sama-sama tersentak seketika. Aku terus melepaskan sudu itu untuk memberi peluang kepada lelaki itu tetapi dia juga kulihat sudah tidak berminat dengan ikan bilis goreng tersebut. Jantungku yang berdegup sedikit laju menyebabkan aku terus meneguk air untuk menenangkan diri seketika.
“Ya Allah, kenapa lain benar nenek tengok kamu pagi ni?” Suara nenek bergema lagi. Aku dan Abang Nazrin buat tak tahu aje.
“Entahnya. Kamu berdua ni kenapa?” Soal mama pula. Kemudian, nenek bersuara sekali lagi.
“Entah-entah ada perkara yang kamu sembunyikan dari kami.”
“Mana ada nek!” Kami terus menepis andaian wanita yang memakai baju kurung kedah itu.
“Betul tak ada?” Soalnya lagi. Semua mata yang memandang ke sini membuatkan aku menjadi semakin tidak selesa.
“Betul!” Jawab Abang Nazrin. Aku pula terus menganggukkan kepala. Tidak sabar untuk menghabiskan sesi sarapan beramai-ramai ini. Mataku kemudiannya memandang ke arah Mak Timah yang sedang menikmati makanan di hujung meja. Dia kulihat hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Muram betul wajahnya ketika ini. Dari pandangannya itu aku tahu, apa soalan yang akan ditanya kepadaku nanti. Soalan itu dah selalu sangat kudengar.
“Tak bolehkah kalau Wani dan Nazrin hidup seperti suami isteri yang lain?”
Itulah soalannya. Maaf Mak Timah, bukan Wani tak mahu tetapi Wani benar-benar tak boleh. Hati Abang Nazrin telah dimiliki oleh orang lain dan Wani sudah pun berjanji tidak akan sekali-kali menjadi penghalang kebahagiaan Abang Nazrin dan Kak Zita. Biarlah Wani kotakan janji Wani ya. Inilah jawapan yang akan kuberikan kepada wanita itu nanti.
***

Monday, 19 September 2011

Sebahagian Kisah Isteri Separuh Masa 13

Untuk membaca Isteri Separuh Masa 13 (full version), sila klik di sini :

http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-isteri-separuh-masa-13/

Sedikit sedutan Isteri Separuh Masa 13 :)

Kepala yang tidak gatal kugaru perlahan. Sudah hampir 15 minit aku menghadap buku rujukan ‘Principles of Transistor Circuits’ yang ditulis oleh Stan Amos & Mike James tetapi satu apa yang aku baca pun tak masuk ke dalam otak. Entah-entah otakku mengalami 'short circuit'! Memang aku akui, fikiranku tidak berada di sini. Aku menutup buku dengan kasar dan meraupkan wajah berulang kali. Kemudian, aku mengamati keindahan taman seketika sebelum pandanganku mendarat ke arah tiga orang budak lelaki yang sedang bermain basikal. Seronoknya mereka. Tak seperti aku yang sedang kusut memikirkan pelbagai jenis masalah.

Ingatkan apabila berada di taman yang indah lagi permai ini, dapatlah aku mengulang kaji dengan tenang sambil menghirup udara yang nyaman, rupa-rupanya aku silap. Suara Abang Nazrin juga yang terngiang-ngiang di telinga.

“I’m sorry”

Susah hendak percaya, ayat itu sudah menghantuiku selama dua hari. Walaupun perlahan, aku dapat dengar dengan jelas sekali. Walaupun dia menafikannya, aku tahu telingaku belum pekak lagi. Kenapa agaknya dia meminta maaf dariku?

Dua tiga hari ini, kulihat si bapak singa itu asyik termenung sahaja. Raut wajahnya yang bermasalah itu memberitahuku yang dia sedang memikirkan sesuatu yang berat. Satu lagi fakta tentang Abang Nazrin, dia memang rajin benar berjogging di waktu malam sekiranya dilanda masalah. Memang itu tabiatnya dari dulu lagi.

“Ah, lantak dialah, Wani! Kenapa pula kau hendak sibuk-sibuk fikirkan tentang si bapak singa tu? Sedangkan dia tidak pernah langsung pedulikan kau!” Ada suara yang berkata begitu kepada saat ini. Sememangnya aku sudah cuba untuk tidak mengambil pusing tentang hal itu tetapi gagal. Aduh, masalah betul! Tidak sabar rasanya untuk pindah balik ke asrama. Esok mama, papa dan nenek akan kembali ke Kuala Lumpur. Jadi, dapatlah aku menjalani rutin harian seperti biasa. Aku dengan hal aku dan lelaki itu dengan halnya, seperti dulu. Abang Nazrin juga boleh hidup dengan aman di dalam rumah itu tanpa kehadiran aku, orang yang paling dia menyampah di atas muka bumi ini.

Dengan lemah aku mencapai buku dan terus bangun dari bangku. Selepas menarik nafas dalam-dalam, aku mula mengatur langkah untuk pulang. Aku mahu berada di rumah sebelum mama, papa, nenek dan Mak Timah pulang dari membeli jeruk buah. Dari dulu lagi, kalau kami sekeluarga datang ke Pulau Pinang, tidak sah jika tidak memborong pelbagai jenis jeruk buah untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Mata kukecilkan. Dari jauh dapat kulihat sebuah kereta Honda CRV di hadapan pintu pagar yang terbuka luas. Pasti ada tetamu yang datang. Aku terus membetulkan tudung yang sedikit serabut dan kedudukan blaus berwarna merah jambu di badan. Langkah kaki pula kupercepatkan sedikit.

Sesampai sahaja di hadapan pintu rumah, aku sempat menjeling ke arah sepasang kasut yang terdampar di atas lantai. Niat untuk masuk ke dalam rumah bagaimanapun terbantut seketika setelah terdengar namaku disebut. Telinga kulekapkan rapat ke pintu yang sedikit renggang. Siapa agaknya yang berada di dalam? Bersama kerutan di dahi aku terus menanti perbualan selanjutnya di antara Abang Nazrin dan tetamunya itu.

*Nantikan keseluruhan cerita yea..akan muncul tidak lama lagi :)*

Much love,
Suri :)

Thursday, 15 September 2011

Isteri Separuh Masa 12

Bab 12
Basah sarung bantal berwarna merah bata ini dengan juraian air mataku. Masih tengiang-ngiang bait-bait ayat yang keluar dari mulut Abang Nazrin tadi. Seperti belati, tajamnya kata-kata itu menusuk hatiku. Wajah kubenamkan ke dalam bantal. Ikutkan darahku yang sedang mendidih ni, ingin sahaja aku meminta cerai daripadanya sekarang juga. Memang tidak ada jalan lagi untuk kami berbaik. Sudah empat tahun berlalu,hubungan kami tetap jua begitu. Masih di takuk lama. Tiada sebarang perubahan.
Dia tetap seperti dahulu. Mencari salahku mungkin sudah menjadi satu kemestian di dalam hidupnya. Jadi, untuk apa lagi aku menunggu sekiranya pengakhiran cerita kami sudah dapat kujangka? Baik aku tamatkan sahaja segalanya dengan segera. Tapi, entah mengapa setiap kali berhadapan dengan Abang Nazrin, bibirku seakan-akan terkunci untuk membuat permintaan itu. Lemahkah aku kerana tidak mampu untuk meminta cerai darinya?
Kelopak mata kugosok dengan lembut dan aku terus bangun dari pembaringan. Kepala kusandarkan pada kepala katil. Wajah pula kuraup berulang-ulang kali. Aku betul-betul sudah penat. Penat memikirkan semua yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi. Di saat ini, perbualan di antara aku dan Abang Nazrin satu ketika dahulu kembali bertandang di ruang fikiran. Panggilan telefon yang kuterima beberapa bulan yang lalu itu sememangnya membuatkan hatiku berbunga-bunga pada mulanya.
“Assalamualaikum abang..” Ujarku dengan gembira sebaik sahaja menjawab panggilannya.
“Waalaikumussalam. Tolong jangan panggil aku abang boleh? Gelilah!” Jawab lelaki itu di hujung talian.
Senyuman yang pada awalnya lebar sudah pun bertukar kelat apabila mendengar kata-katanya itu. Pada waktu tu, barulah aku tahu yang sememangnya ada sebab lain yang memaksa lelaki itu menelefonku. Yang pasti, motif dia menelefonku bukan untuk menjernihkan keadaan.
“Apa mimpi telefon Wani ni?” Suaraku masih juga lembut bertanya soalan itu kepadanya.

“Aku bukan nak ajak kau sembang tetapi aku nak beritahu sesuatu dengan kau.” Tegas nada suaranya.
“Apa dia ye?” Soalku sedikit pelik. Maklumlah, kalau ada apa-apa perkara dia selalu menghantar email sahaja kepadaku.
“Zita ada contact aku baru-baru ni.” Jawapan dari Abang Nazrin ketika itu benar-benar membuatkanku tersentak tetapi aku cuba juga berlagak selamba.
“So?” Soalku acuh tak acuh.
“Untuk pengetahuan kau, cinta aku terhadapnya tak terjejas langsung dengan fitnah yang kau sebar dulu.” Ujar lelaki itu dengan kasar.
“Wani tak buat fitnah..apa yang Wani ceritakan tu semuanya benar belaka. Tolonglah percaya.” Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Agaknya sampai bila-bila pun dia tidak akan percayakanku.
“Aku dah muaklah dengar ayat yang sama selama bertahun-tahun. Aku dan Zita sudah pun menjalinkan hubungan seperti dahulu.” Ayat akhir yang kudengari itu sememangnya memberi tamparan hebat kepadaku.
“Abang curang!” Tanpa aku sedari kata-kata itu terlontar keluar dari mulutku. Ada getaran pada nada suaraku.
“Layakkah kau untuk tuduh aku macam tu? Aku tak pernah curang. Never! Dari dulu sampai sekarang cinta aku tetap untuk Zita. Tak pernah berubah.” Tengkingnya dengan angkuh.
Hancur luluh hatiku apabila mendengar pengakuannya. Pengakuan seorang suami terhadap isterinya yang dia masih mencintai bekas kekasihnya. Walaupun aku tahu Abang Nazrin masih menyimpan perasaan terhadap Kak Zita tetapi aku tidak sangka dia sanggup mengucapkan ayat itu terhadapku. Sebak di dada cuba kutahan.
“Tapi abang kan dah jadi suami Wani?” Soalku. Cuba untuk mengingatkannya yang dia masih suamiku. Harapanku supaya dia melupakan Kak Zita dan cuba memberikan peluang kepada isterinya ini.
“Suami kau cakap? Hey, kau dengar sini baik-baik! Sedarlah diri tu sikit. Ada hati nak panggil aku suami konon. Kalau tak kerana nenek, tak mungkin aku nak berkahwin dengan anak pungut macam kau. Entah dari mana asal keturunan kau pun aku tak tahu.” Pedih kata-katanya menikam hatiku. Air mata yang semakin laju mengalir tidak kutahan-tahan lagi. Tidak sangka aku sehina dan sekeji itu di mata Abang Nazrin.
“Abang Nazrin! Kalau bencikan Wani sekalipun tak perlu nak hina keturunan Wani.” Bersama esakan aku berkata begitu. Kemudian, aku menyambung kembali ayat yang seterusnya.
“Wani tahu Wani memang tak layak untuk seorang lelaki seperti abang. Wani juga tahu Wani ni cuma anak angkat sahaja tetapi abang lupakah yang kita semua sama sahaja di sisi Allah? Yang membezakan kita nanti hanyalah iman dan taqwa. Abang dah lupa tentang semua tu?” Soalku bertalu-talu.
“Hey, tak perlulah nak berceramah pulak kat aku. Kau dah lupa kata-kata aku pada malam pertama kita bernikah dulu? Sooner or later, aku tetap akan ceraikan kau.” Jawabnya kasar. Siapalah aku ini untuk dia ambil peduli tentang perasaanku.
“Sampai hati abang buat Wani macam ni..” Rintihku bersama air mata yang mengalir.
“Aku nak kau berjanji dengan aku yang kau tidak akan menjadi batu penghalang dalam hubungan aku dengan Zita. Janji dengan aku sekarang!!” Gesa Abang Nazrin.
Takut benar kehilangan Kak Zita. Aku yang sudah tidak mampu menjawab kata-katanya ketika itu hanya mampu menangis sahaja. Pada waktu itu baru aku tahu betapa bodohnya aku kerana mengharapkan seorang lelaki seperti Abang Nazrin untuk mencintaiku. Air mata yang tadinya laju mengalir telah pun semakin berkurangan.
“Aku tahu ini tidak adil untuk kau tetapi aku tidak sanggup untuk kehilangan Zita kerana kau.” Kata lelaki itu lagi.
“Bila tiba masanya nanti, aku akan ceraikan kau!” Ayat itu diucapkannya sekali lagi menyedarkan aku yang di mata Abang Nazrin, aku tidak ubah seperti kain buruk. Tidak berharga sama sekali dan akan dicampakkan ke dalam tong sampah pada bila-bila masa sahaja.
“Baiklah..kalau itu yang abang mahukan. Anggap sahaja yang Wani ni bukan lagi isteri abang. Anggap sahaja Wani sudah tak ada di dalam hidup abang. Buatlah apa yang abang suka, asalkan abang bahagia. Wani janji Wani tak akan jadi penghalang.”
Petah mulutku mengucapkan ayat-ayat itu. Perasaan aku terhadapnya akan kubuang jauh dan aku tidak akan mengharapkan apa-apa lagi darinya.

“Good. You better keep your words!” Ujarnya yang puas hati dengan janjiku ketika itu. Kalau aku bermatian-matian menghalang mereka dari bersama pun, tidak ada jaminannya lelaki itu akan mencintaiku. Sesungguhnya aku pasrah dengan takdir hidupku.
Semasa aku menceritakan tentang perbuatan sumbang Kak Zita dahulu, Abang Nazrin dan Kak Zita sudah hampir-hampir hendak bertunang waktu tu. Tapi, kerana sayangnya aku terhadap Abang Nazrin dan tidak mahu dia tertipu, aku cepat-cepat beritahu perkara itu kepadanya dan seluruh ahli keluargaku. Memang aku tidak pernah menyangka yang perkara itu akan menjadi punca rosaknya hubungan kekeluargaan di antara kami.
Air mata yang masih bersisa kukesat dengan lengan baju. Berbaloikan air mata ini menitis untuk seorang lelaki sekejam itu? Yang pastinya, aku tidak akan menangis dan merayu lagi apabila dia ingin menceraikanku nanti kerana aku juga berpendapat yang itu adalah jalan yang terbaik untuk aku dan dia. Biarlah aku mulakan hidup baru dan jalani takdirku dengan penuh kepasrahan selepas segalanya berakhir nanti.
***

Friday, 9 September 2011

Isteri Separuh Masa 11

Bab 11
Tajam seperti pisau yang baru diasah. Begitulah renungan yang Abang Nazrin berikan dari tadi kepadaku. Tidak berkelip matanya memandang ke sini. Aku yang sedang duduk di antara mama dan nenek pula hanya mampu berlagak selamba walaupun hatiku tertanya-tanya juga kenapa dia memandangku begitu. Kedudukan gaun labuh yang melekat di badan kubetulkan sedikit. Entah baju siapalah yang aku pakai ni. Muat pulak tu! Cuma, labuh sedikit sahaja.. Aku mencuri pandang ke arah lelaki yang berbaju t-shirt hitam itu sekali lagi. Memang benar tekaanku, matanya tidak habis-habis diarahkan ke sini. Rasanya dia telah mencipta rekod bagi acara merenungku tanpa berkelip untuk masa yang paling lama.
Mataku yang bertaut dengan mata lelaki itu kemudiannya kualihkan apabila dia kelihatan seperti marah benar denganku. Mama, papa, dan nenek pula asyik sangat bercerita itu dan ini. Pasti mereka tidak nampak perubahan pada wajah si bapak singa itu. Aduh, kenapalah aku lembab sangat! Entah-entah kerana baju yang melekat di badanku ini yang membuatkan dia memberikan reaksi yang sebegitu.Tapi, apa lagi pilihan yang aku ada? Lagipun, salahnya juga kerana menyuruhku menyelesaikan sendiri masalah yang aku hadapi tadi.
“Wani..” Tersentak seketika apabila tangan mama menampar lembut bahuku. Aku terus menghalakan pandangan ke arahnya. Wanita yang cantik di dalam blaus merah yang mewah dengan hiasan labuci itu hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“Ye..ye mama!” Jawabku sambil memaksa diri untuk tersenyum.
“Alahai..dah sampai ke bulan ke? Mengelamun pulak anak mama ni. Tu, soalan nenek Wani belum jawab lagi.” Mama memuncungkan mulut ke arah nenek. Alamak, mesti aku tak perasaan ada soalan yang ditujukan kepadaku tadi. Ah, ini semua bapak singa itulah yang punya fasal! Tengok aku macam nak baham!
“Soalan apa nek?” Soalku sambil tersenyum ke arah nenek. Nenek menghirup sedikit air teh sebelum bersuara.
“Ehem..nenek nak tanya, kamu dah rancang ke bila nak ada anak?” Memang aku tidak menyangka nenek akan bertanyakan seoalan itu. Otakku tidak dapat berfungsi untuk mereka jawapan saat ini kerana terlalu terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut nenek.

“Tak boleh nek! At least not before Wani habis belajar.” Abang Nazrin terus menjawab soalan nenek bagi pihakku dengan pantas. Nafas lega kuhela dengan perlahan-lahan. Nasib baik lelaki itu pandai mencari alasan.
“Betul nek..Wani dan Abang Nazrin dah bincang tentang hal ni dulu..” Aku pula terus menyokong jawapan yang diberikan lelaki itu tadi. Nenek kulihat menganggukkan kepalanya sedikit. Ada riak kecewa dapat kukesan pada wajah wanita itu.
“Kalau boleh, nenek nak timang cicit secepat mungkin. Tapi, apabila memikirkan situasi Wani, nenek setuju dengan keputusan yang kamu berdua buat.” Dah pulak! Dulu beriya-iya mereka mahu kami berkahwin. Sekarang, dah timbul soal anak pulak. Sesungguhnya, aku tidak pernah terfikir langsung tentang perkataan itu. Anak? Anak aku dan Abang Nazrin? Lupakan sajalah!
“ Kamu tumpukan dulu perhatian pada pelajaran. Tak lama lagi aje kan nak habis belajar?” Soalan nenek kusambut dengan anggukan.
“Ye nek..dah tahun akhir dah ni..” Jawabku perlahan.
“Bagus, tak lama nenek perlu tunggu untuk menimang cicit.” Ujar wanita itu dengan gembira. Terasa seperti ada batu besar yang menghempap kepalaku saat ini.
“Papa dan mama pun dah tak sabar nak main dengan cucu ni.” Kata papa pula. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Begitu juga dengan Abang Nazrin.
Sudah tidak tahu lagi untuk memberikan reaksi yang bagaimana saat ini. Beban yang ditanggung semakin berat kurasakan. Sepatutnya, dah lama kami berterus-terang dengan mereka semua yang kami akan bercerai tidak lama lagi. Biar semuanya jelas. Tapi, bagaimana pula dengan keadaan kesihatan nenek nanti? Itulah satu-satunya perkara yang menghalang kami untuk berbuat demikian. Abang Nazrin pastinya sudah menyediakan sebab-musabab kenapa dia ingin menceraikanku ketika berhujah di hadapan semua orang nanti. Aku pula, sudah berjanji lama dulu, yang aku akan bersetuju sahaja dengan tindakannya itu. Aku benar-benar tidak mahu semua orang berharap apa-apa lagi dari kami.
“Papa, berapa hari papa, mama dan nenek bercadang nak tinggal di sini?” Tiba-tiba sahaja Abang Nazrin bertanya soalan itu kepada papa. Aku tahu Abang Nazrin juga sepertiku, sudah semakin tidak selesa dengan situasi sekarang. Dia kelihatan cuba untuk mengubah topik perbualan.
“Mungkin seminggu lagi.” Aku terus memandang ke arah papa.
“Seminggu?!” Terjerit kecil aku dan Abang Nazrin. Lama lagilah aku harus tinggal di sini nampaknya. Aduhai! Nasib, nasib!
“Kenapa korang terkejut ni? Tak suka ke kami tinggal lama-lama kat sini?” Papa nampaknya kurang senang melihat reaksi kami. Kaca mata di wajahnya ditanggalkan sambil merenung ke arah Abang Nazrin. Dengan pantas Abang Nazrin menangkis kata-kata papa. Aku pula hanya mampu berdoa supaya mereka tidak mengesyaki apa-apa.
“Eh..bukan tak suka, kalau nak tinggal terus pun boleh, pa..Nazrin cuma tanya aje tadi sebab..” Si bapa singa itu kelihatan seperti sedang mencari idea untuk menyambung ayatnya. Ceh, tadi nampak seperti ‘confident’ sangat.
“Sebab kalau nenek, papa dan mama nak tinggal lama kat sini, kami ingat nak beli barang dapur lebih sikit esok. Maklumlah, Wani tak selalu masak. Jadi, dapur tu kosong aje..” Aku pula terus menjawab dan lelaki itu kelihatan mengangguk tanda setuju dengan alasan yang diberikan olehku.
“Ha..betullah tu papa..” Ujar Abang Nazrin. Wajahnya kelihatan lega benar ketika ini.
“Oh..ingatkan kamu tak suka kami tinggal lama-lama kat sini tadi.” Luah papa. Ada ketawa kecil di hujung ayat.
“Abang ni, ada ke cakap macam tu pulak. Mestilah diorang suka kita tinggal lama-lama kat sini. Wani dan Nazrin ni mesti rindu sangat dengan kita.” Mama yang sememangnya suka memanjakan kami dari kecil lagi berkata begitu sambil menjeling manja ke arah papa. Aku pula terus merangkul bahu mama.
“Betul mama..Wani rindu sangat dengan mama.” Ujarku dengan mesra.
“Dengan mama aje? Dengan nenek tak rindu ke?” Soal nenek pula sambil pura-pura memasamkan wajah. Semua yang berada di ruang tamu ketawa kecil mendengar soalan wanita itu.
“Mestilah rindu. Wani rindukan semua orang.” Jawabku sambil tersenyum senang. Mak Timah yang baru sampai bersama sepiring besar keledek goreng turut tersenyum sama.
“Jemput makan semua.” Ujar wanita itu.

“Wow..banyaknya keledek goreng!” Aku terjerit kecil. Memang keledek goreng adalah makanan kegemaranku sejak kecil lagi. Nampaknya Mak Timah tak pernah lupa tentang itu.
“Sengaja Mak Timah bawakan keledek dari kampung semata-mata untuk Wani. Mak Timah tahu Wani memang suka sangat dengan keledek goreng ni.” Katanya. Aku pula tanpa menunggu lebih lama, terus mencapai sekeping keledek goreng dan memasukkan ke dalam mulut. Sedapnya!
“Terima kasih Mak Timah.” Ujarku. Semua orang tersenyum senang melihat telatahku kecuali Abang Nazrin. Jelingannya masih lagi tajam seperti tadi. ‘Ah, lantaklah. Ini bukan kali pertama dia memandangku begitu. Abaikan aje bapak singa tu,’ kata hatiku.
***
Terjengket-jengket kakiku mendaki anak tangga. Dah macam penyamun pula lagaknya aku ni. Lama jugalah hendak tunggu semua orang masuk tidur sebelum aku boleh mengambil beg baju dari dalam kereta. Bukan apa, aku tidak sanggup untuk berhadapan dengan pelbagai soalan dari mereka. Dengan bantuan Mak Timah, dapat juga aku membawa masuk beg berwarna hitam ini dengan selamat. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk perlahan permukaan daun pintu. Apabila tidak ada reaksi kuterima dari lelaki itu, aku terus sahaja melekapkan telinga kanan tepat pada permukaan pintu. Ish, dia dah tidur ke? Baru sahaja tangan kanan ingin memulas tombol, daun pintu sudah pun terbuka. Tanpa membuang masa, aku terus melangkah masuk ke dalam. Risau juga kalau ada sesiapa terlihat keadaanku yang teragak-agak untuk masuk ke dalam bilik sendiri tadi.
Dari dulu sampai sekarang. Aku memang tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk kuperkatakan apabila berhadapan dengan lelaki ini. Haruskah aku tegur dia? Kalau ye, nak cakap apa? “Hai Abang Nazrin.” Tak kan nak cakap macam tu? Aduhai! Sudahnya, dengan sepantas kilat aku menapak menuju ke arah bilikku. Kehadiran lelaki itu kubuat tak tahu sahaja. Tapi, sebaik sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik, lelaki itu bersuara.
“Medina Izwani!” Aku terus berpaling ke arahnya. Beg baju kuletakkan di atas lantai.

“Yes, anything?” Soalku sambil memandang ke arahnya. Dari raut wajahnya itu, aku tahu ada yang tak kena. Ah, jangan-jangan dia tak puas hati kerana aku memakai gaun labuh ini tanpa kebenarannya!
“Mana kau ambil baju tu?” Soalnya kasar. Matanya dicerunkan sedikit apabila memandang ke arah baju di badanku. Kemudian, bola matanya itu kembali memanah tepat ke dalam anak mataku.
“Kat dalam almari..” Jawabku perlahan. Ah, habislah! Gunung berapi pasti akan meletus sebentar lagi.
“Berani kau selongkar almari aku?!” Jerkah lelaki itu. Aku yang tidak menyangka dia akan menengkingku sebegitu hanya kerana baju ini terus memohon maaf.
“Saya minta maaf tetapi saya tak ada pilihan. Lagipun, awak yang suruh saya selesaikan sendiri masalah saya tadi kan...” Ujarku dengan tenang. Mungkin salah aku kerana membuka almarinya dan memakai baju ni tanpa kebenaran tetapi aku memang tidak ada pilihan lain lagi tadi.
“Itu tak bermakna kau boleh suka-suka hati selongkar almari aku!” Tengkingan dari lelaki itu benar-benar membuatkan darahku mendidih.
“Okay, okay! Memang salah saya sebab buka almari awak dan pakai baju ni tanpa kebenaran. I’m sorry.” Aku meraup wajah berulang-ulang kali. Sebelum menyambung ayat seterusnya.
“Tapi, beritahu saya, apa lagi pilihan yang saya ada tadi?” Soalku. Aku Cuma mahu dia tahu yang aku bukan suka-suka nak selongkar almarinya.
“Hey, kau dengar sini!!” Tengkingannya lebih kuat dari tadi. Aku yang sedikit terkejut memandang tepat ke dalam matanya.
“Aku tak peduli pilihan apa yang kau ada. Tapi, aku nak ingatkan kau, jangan sesekali sentuh harta-benda aku dalam bilik ni lain kali!” Keras amaran yang diberikannya kepadaku. Aku yang hendak menjawab kata-katanya terdiam apabila dia menjerkahku buat kesekian kalinya.
“Faham???!” Aku hanya mampu menganggukkan kepala saat ini dan terus berpaling darinya. Entah kenapa, tiba-tiba dadaku terasa sebak. Hanya kerana aku mengambil baju ini tanpa kebebanrannya dia menengking aku macam tu? Hanya kerana baju ni? Jarang aku terasa hati dengan Abang Nazrin kerana memang aku sudah biasa sangat dengan tengkingan dan jerkahannya. Tapi, aku sendiri tidak tahu kenapa ada air mata yang bergenangan saat ini. Tanpa menunggu lebih lama, aku melangkah masuk ke dalam bilik. Air mata yang sudah pun berlinangan terus kusapu dengan jari kerana aku tidak mahu lelaki itu tahu ada air mataku yang tumpah kerananya. Baru sahaja ingin menutup pintu bilik, lelaki itu bersuara lagi.
“Kau tahu tak baju tu untuk siapa?” Soalnya dengan kasar. Nampaknya dia masih tidak berpuas hati denganku. Pandangan kuhalakan ke arah lantai sahaja.
“Kau tahu tak?!!” Soalnya lagi kepadaku setelah soalannya tidak kujawab.
“Tak tahu..” Ujarku dengan perlahan. Kepala kugelengkan sedikit.
“Baju tu untuk hadiah hari jadi Zita!”
Mata yang tadinya memandang lantai kini terus berlari ke arah lelaki itu. Patutlah dia marah sangat denganku. Rupa-rupanya baju ini akan menjadi milik teman wanita kesayangannya. Sumpah, kalau aku tahu baju ni kepunyaan perempuan tu, aku sanggup memakai baju Mak Timah sahaja tadi. Tak ingin aku hendak memakainya. Kerana perempuan itulah, hubungan aku dengan Abang Nazrin semakin hari kurasakan semakin buruk.
“Kau jangan ingat kau pakai baju Zita, kau boleh setanding dengan dia. You can never replace her here.” Ujar Abang Nazrin sambil menundingkan jari ke arah dadanya. Air mata yang bergenangan sekali lagi kutahan dari jatuh. Pandangan mata kularikan ke arah lain. Aku tahu sampai bila-bila pun aku tak akan dapat gantikan tempat Kak Zita dalam hati Abang Nazrin.
“Dengan nama Allah, saya tak tahu pun baju ni milik Kak Zita. Kalau saya tahu, pasti saya tak akan pakai walaupun saya tak ada pilihan lain.” Aku akhirnya bersuara dengan lemah. Lelaki itu masih lagi memandang tajam ke arahku.
“Dr. Nazrin jangan risau. Saya masih ingat janji saya dulu..walau dalam mimpi sekalipun, saya tak akan ada niat untuk ganti tempat Kak Zita dalam hidup awak..” Sambungku lagi. Mana mungkin aku lupa tentang janji yang telah kubuat beberapa tahun yang lalu. Lelaki itu yang kelihatan sedikit puas hati dengan jawapan yang diberikanku terus tersenyum sinis.

“Baguslah kalau macam tu. Tak perlu aku nak ingatkan kau lagi. So, please keep your promise yeah..!” Terlalu sinis kata-katanya itu menghiris hatiku. Aku pula dengan pantas menganggukkan kepala.
“Don’t worry, I will. Baju ni saya akan pulangkan secepat mungkin selepas basuh nanti.” Jawabku dan terus menutup pintu. Air mata yang berlinang di pipi kukesat dengan tudung yang terdampar di atas katil. Aku tahu selagi aku bergelar isteri kepada Abang Nazrin, Kak Zita akan sentiasa wujud di antara kami. Berdosakah aku kalau berdoa supaya jodoh di antara aku dan Abang Nazrin segera sampai ke penghujungnya kerana aku sudah tidak sanggup lagi untuk melalui semua ini?

Thursday, 8 September 2011

Assalamualaikum semua!

Assalamualaikum semua,

Suri dah hantar ISM 11 ke penulisan2u.my sebelum ini. Tapi, disebabkan penulisan2u berehat semalam, kemungkinan besar ISM 11 akan keluar esok dan bukan hari ini. Maaf kepada semua yang menunggu kemunculan ISM 11. InsyaAllah, Suri akan war-warkan sekiranya ISM dah ada kat penulisan2u nanti. Thank you so much.

Much Love,
Suri