**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday 5 December 2014

Kimchi Untuk Awak! [Previously known as Kimchi Untuk Dia ] [Teaser 2]

Teaser 2

Demam? Biar betul omma ni. Aku tengok elok aje keadaannya semalam ketika majlis hwangab Pakcik Dani. Hwangab adalah majlis ulang tahun kelahiran yang disambut oleh orang Korea menjelang usia mereka yang ke-60 tahun.  Erghh..apabila teringatkan majlis semalam, terasa seperti darah sudah melonjak naik sehingga ke otak. Tangan kukepalkan dengan kejap apabila terbayang wajah manusia itu.

“Dia tak sukakan you. Dia sukakan Maya. You hanyalah objek untuk dia melepaskan rindu pada Maya. Hatinya masih pada kakak you. Jika tidak percaya, you boleh buka wallet dia. The last time I peeked inside, memang gambar Maya yang ada di dalamnya."

Masih terngiang-ngiang kata-katanya itu di telingaku. Terasa hendak meletup otak saat ini. Aku bukan cemburukan arwah Kak Ngah. Tidak. Aku cuma mahu Danial mencintaiku kerana aku adalah Bella, bukan kerana Bella mengingatkan dia pada Maya. Bersama keluhan aku memulas tombol pintu.

Suramnya bilik! Terginjat-ginjat aku melangkah masuk bersama wajah yang berkerut. Gaya dah macam pencuri pun ada jugak. Duffle coat berwarna hitam di badan cepat-cepat kutanggalkan dan aku sangkutkan pada kerusi. Terdiam aku seketika apabila mata mendarat pada sekujur tubuh tidak berbaju yang dibaluti  comforter sehingga ke paras  dada di atas katil. Betul agaknya kata omma yang Danial demam panas. Dengan penuh hati-hati aku menutup daun pintu. Tidak mahu membangunkannya dari tidur.

Di dalam cahaya lampu kuning yang malap ini, aku melangkah cermat menuju ke arah katil. Tangan kugawangkan seketika di hadapan matanya yang tertutup rapat. Apabila terdengar dengkuran halus keluar dari mulutnya, yakinlah aku bahawa dia telah pun nyenyak diulit mimpi. Punggung kemudiannya kulabuhkan di birai katil.

Kacak. Inilah wajah yang aku rindu-rindukan sepanjang malam semalam. Inilah wajah yang dapat lenyapkan setiap rawan di hati. Ada rasa rindu membara di dalam dada. Wajah kuraupkan dengan kasar saat ini.

Bella, sampai bila kau nak menyeksa jiwa lelaki ini dan jiwa kau sendiri? Tahu tak berdosa hukumnya seorang isteri buat begitu pada suaminya? Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. Kepala kutundukkan dan wajah kurapatkan ke wajah kacak Danial. Sangat rapat sehingga aku dapat merasa deru  nafasnya menampar lembut wajahku. Anak mata kini berlari pada wajah tenang milik si dia. Kenapa seperti ada magnet yang menarikku saat ini?

Dengan perlahan-lahan aku meletakkan tangan di dahinya. Aik kenapa tak macam demam pun?  Tanpa sedar, jemariku mendarat di pipinya pula. Jari telunjuk kularikan pada hidungnya yang mancung dan kemudian berhenti di bibirnya. Ada rasa gerun pulak beraja di hati dengan perlakuan beberapa saatku sebentar tadi.

Gila kau Bella! Kau benar-benar dah hilang akal! Nasib baik lelaki ini sedang nyenyak tidur.  Kelam-kabut aku ingin bangun dari katil empuk ini namun seperti hendak terhenti degupan jantung apabila lenganku disambar oleh seseorang.

Bella..Bella..Ya Allah, agak-agak dia sedar tak apa yang aku buat padanya tadi? Dengan pantas aku menoleh ke kanan. Di dalam cahaya yang malap ini, dapat kulihat sepasang mata sedang merenung ke mari.

“Sayang..please stay for a while. I really need you..”. Rayunya. Tanganku diusapnya lembut. Sememangnya di sebalik wajah serius itu, dia cukup bijak merayu. Tangannya masih menggenggam kemas lenganku.

“I need to go.” Tegas suaraku berkumandang namun di dalam hati sudah semakin kacau bilau keadaannya.

“I know you miss me..” Gumamnya dengan sangat perlahan. Semakin lebar senyuman di bibirnya saat ini. Matanya redup memandang ke mari. Dia yang tadinya terlentang kini mengiringkan badannya ke kiri, menghadap aku.
“What?” Aku mengecilkan anak mata.  

“I said..you miss me.” Semakin galak bibir itu tersenyum, menyerlahkan lagi ketampanan wajahnya. Kelu terus lidahku saat ini.

“Awak jangan nak perasan!” Gumamku perlahan. Ada keluhan di hujung ayat.

 “Bella..kenapa ni? Hmm?” Anak matanya kini berlari ke serata wajahku. Mesti dia ingat aku ini ada split personality. Sekejap okay, sekejap tidak!

“Nothing. Saya keluar dulu. Saya cuma nak pastikan keadaan awak aje. Omma cakap awak demam. ” Hanya itu yang mampu keluar dari bibir. Anak mata sengaja kutajamkan menghala ke arah dinding. Takut kalau pandang ke arahnya, cair pula hati ini.
Inilah wajah paling beku yang aku boleh persembahkan di hadapannya.

“Hey..hey..look here..”
Aku menoleh. Anak mata dikenyitkan sedikit apabila mata kami bertemu. Kemudian, dia bersuara lagi.

“I wasn’t sleeping. Not every closed eye sleeps, you know.” Dia tarik senyuman saat ini membuatkan jantungku hampir gugur. Kelam-kabut aku jadinya.

 “Awak cakap apa ni..saya..saya tak faham!” Ujarku tersekat-sekat. Aduh Bella..masalah ni! Dapat kudengar ada keluhan halus keluar dari bibir Danial. Tanpa aku duga, genggamannya di lenganku dilepaskan. Aku mengambil kesempatan ini untuk bangun dan menjauhinya.

“Tak faham? Okay..I’ll make you understand.”  Ujarnya sedikit serius. 

Aku pula tanpa menunggu lebih lama, terus melangkah ke arah kerusi. Duffle coat yang tersangkut kucapai dengan tangan kanan dan aku melangkah ke arah pintu. Baru sahaja ingin memulas tombol pintu, ada tangan memelukku lembut dari belakang membuat nafasku semakin sesak. 

“Lepaslah..” Bentakku namun nada suara masih juga kukawal. Takut kalau-kalau Pakcik Dani yang berada di bilik sebelah dengar.

Bersusah-payah aku cuba melepaskan rangkulannya di pinggangku namun tidak berjaya. Ya ampun..ini tangan orang ke tangan robocop? Jantung semakin laju berdegup. Jiwa yang kacau kini bertambah celaru.

“Abang sedar masa Bella sentuh wajah abang tadi. Bella..for once, please do yourself a favour. Stop denying. You know what? You are not a good pretender. The more you try to hide your feelings, the more they show.” Bisiknya di telingaku.

“What is bothering you, sayang? Let me know..” Bisiknya, benar-benar ingin tahu.
Sekelip mata, wajahnya ditundukkan dan kini wajah ini berada betul-betul di sisi kanan wajahku. Bau wangian yang selalu dipakainya menusuk masuk ke ruang hidung membuatkan aku semakin keliru di antara kehendak hati dan persoalan yang membelit diri.

 “Lepaslah! Saya tak suka. Saya rimas.” Dengan sehabis daya aku cuba meloloskan diri tetapi  akhirnya aku juga yang tergamam apabila pipi kananku dikucup lembut lelaki ini. Mata kupejamkan untuk seketika. Ada rasa pelik bergelora di dalam dada. Yang pasti, kerinduan aku terhadapnya sedikit sebanyak terubat jua. Aku membuka mata sebaik sahaja Danial melepaskan lingkaran tangannya di pinggangku. Kini lelaki ini berdiri betul-betul berhadapan denganku pula. Aku mendongakkan wajah apabila mendengar keluhan kecil yang keluar dari bibirnya.  Ada riak tidak puas hati di wajahnya yang sudah pun  sedikit merah.  Aku tahu dia marah dengan sikap aku pagi ini.

“Oh rimas..” Sedikit sinis suara Danial ketika ini.

“But  I wonder why did you close your eyes when I kissed you?”  

Kelu aku seketika mendengar soalannya.  Anak mata kularikan ke arah lain. Memang Danial! Memang awak bisa mengkhayalkan saya..tapi, saya tidak mahu hanya bertepuk sebelah tangan. Saya tidak mahu menjadi objek untuk awak melepaskan rindu pada arwah Maya. Aku hanya diam membisu sahaja saat ini.  Kedua-dua belah bahuku dipegang kemas oleh Danial. Wajahnya ditundukkan sedikit dan matanya mencari anak mataku.

“Where were you last night? I couldn’t sleep the whole night..searching for you..I was waiting for you the whole night! Subuh tadi baru abang balik ke bilik. You don’t have any idea how worry I was, Bella..” 

Dengan bersungguh-sungguh Danial bersuara membuatkan aku sedikit tergamam. Ada rasa bersalah membaluti diri saat ini. Kenapa mudah sangat aku termakan kata-kata manusia gila itu? Entah kenapa, aku rasa terlalu bodoh saat ini.

“Where’s your wallet?”  Liar mataku memerhati ke arah meja.

“What? I mean why? Kenapa dengan wallet tu?”Soalan Danial tidak kujawab.  

Dengan pantas aku meluru untuk mendapatkan wallet kulit yang terdampar di atas meja. Danial pula mengejar jejak langkahku. Ah, Danial mesti ingat aku saiko! Tersentak aku seketika apabila melihat gambar yang terselit di dalam beg duit Versace ini. Bulat mataku memandang ke arah Danial.

“Bella..” Ucapnya lemah sambil bersandar sedikit pada meja. Ada riak bersalah di wajahnya.

“Sorry..abang curi gambar Bella from your wallet dulu..”

Mendengar sahaja kata-katanya, aku terus memeluk tubuh sasa lelaki yang memakai tracksuit hitam ini. Di dalam rasa kalut yang beraja di hati, aku memberanikan diri juga menyandarkan kepala pada dadanya yang bidang. Dapat kudengar jantungnya berdegup dengan sangat laju, seirama dengan nada yang berlagu di dalam dadaku. Tangannya kini mengusap lembut bahagian kepalaku yang dibaluti tudung.

“Bella, I’m the luckiest man today because a beautiful princess is hugging me..” Bisik Danial dengan sangat lembut. Sebuah kucupan dihadiahkannya di bahagian kepalaku.  Berbahang rasa wajah saat ini. Kelu terasa lidah. Tidak tahu apa yang harus aku katakan.

“I’ll cancel all my meetings for today. There’s somewhere I would like to go with you.”
Bisiknya. Semakin berbunga-bunga rasa hati mendengar kata-katanya itu.

“Okay a..a..abang.” Aku memejamkan mata serapat-rapatnya sebaik sahaja mengucapkan kata-kata itu. Dapat kudengar Danial ketawa nakal saat ini. Grrr!

“I like the way you call me abang. It sounds so sexy to me.” Bisikannya kali ini benar-benar membuatkan aku ingin pengsan. Sabar Bella..sabar!

***