**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday, 5 December 2014

Kimchi Untuk Awak! [Previously known as Kimchi Untuk Dia ] [Teaser 2]

Teaser 2

Demam? Biar betul omma ni. Aku tengok elok aje keadaannya semalam ketika majlis hwangab Pakcik Dani. Hwangab adalah majlis ulang tahun kelahiran yang disambut oleh orang Korea menjelang usia mereka yang ke-60 tahun.  Erghh..apabila teringatkan majlis semalam, terasa seperti darah sudah melonjak naik sehingga ke otak. Tangan kukepalkan dengan kejap apabila terbayang wajah manusia itu.

“Dia tak sukakan you. Dia sukakan Maya. You hanyalah objek untuk dia melepaskan rindu pada Maya. Hatinya masih pada kakak you. Jika tidak percaya, you boleh buka wallet dia. The last time I peeked inside, memang gambar Maya yang ada di dalamnya."

Masih terngiang-ngiang kata-katanya itu di telingaku. Terasa hendak meletup otak saat ini. Aku bukan cemburukan arwah Kak Ngah. Tidak. Aku cuma mahu Danial mencintaiku kerana aku adalah Bella, bukan kerana Bella mengingatkan dia pada Maya. Bersama keluhan aku memulas tombol pintu.

Suramnya bilik! Terginjat-ginjat aku melangkah masuk bersama wajah yang berkerut. Gaya dah macam pencuri pun ada jugak. Duffle coat berwarna hitam di badan cepat-cepat kutanggalkan dan aku sangkutkan pada kerusi. Terdiam aku seketika apabila mata mendarat pada sekujur tubuh tidak berbaju yang dibaluti  comforter sehingga ke paras  dada di atas katil. Betul agaknya kata omma yang Danial demam panas. Dengan penuh hati-hati aku menutup daun pintu. Tidak mahu membangunkannya dari tidur.

Di dalam cahaya lampu kuning yang malap ini, aku melangkah cermat menuju ke arah katil. Tangan kugawangkan seketika di hadapan matanya yang tertutup rapat. Apabila terdengar dengkuran halus keluar dari mulutnya, yakinlah aku bahawa dia telah pun nyenyak diulit mimpi. Punggung kemudiannya kulabuhkan di birai katil.

Kacak. Inilah wajah yang aku rindu-rindukan sepanjang malam semalam. Inilah wajah yang dapat lenyapkan setiap rawan di hati. Ada rasa rindu membara di dalam dada. Wajah kuraupkan dengan kasar saat ini.

Bella, sampai bila kau nak menyeksa jiwa lelaki ini dan jiwa kau sendiri? Tahu tak berdosa hukumnya seorang isteri buat begitu pada suaminya? Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. Kepala kutundukkan dan wajah kurapatkan ke wajah kacak Danial. Sangat rapat sehingga aku dapat merasa deru  nafasnya menampar lembut wajahku. Anak mata kini berlari pada wajah tenang milik si dia. Kenapa seperti ada magnet yang menarikku saat ini?

Dengan perlahan-lahan aku meletakkan tangan di dahinya. Aik kenapa tak macam demam pun?  Tanpa sedar, jemariku mendarat di pipinya pula. Jari telunjuk kularikan pada hidungnya yang mancung dan kemudian berhenti di bibirnya. Ada rasa gerun pulak beraja di hati dengan perlakuan beberapa saatku sebentar tadi.

Gila kau Bella! Kau benar-benar dah hilang akal! Nasib baik lelaki ini sedang nyenyak tidur.  Kelam-kabut aku ingin bangun dari katil empuk ini namun seperti hendak terhenti degupan jantung apabila lenganku disambar oleh seseorang.

Bella..Bella..Ya Allah, agak-agak dia sedar tak apa yang aku buat padanya tadi? Dengan pantas aku menoleh ke kanan. Di dalam cahaya yang malap ini, dapat kulihat sepasang mata sedang merenung ke mari.

“Sayang..please stay for a while. I really need you..”. Rayunya. Tanganku diusapnya lembut. Sememangnya di sebalik wajah serius itu, dia cukup bijak merayu. Tangannya masih menggenggam kemas lenganku.

“I need to go.” Tegas suaraku berkumandang namun di dalam hati sudah semakin kacau bilau keadaannya.

“I know you miss me..” Gumamnya dengan sangat perlahan. Semakin lebar senyuman di bibirnya saat ini. Matanya redup memandang ke mari. Dia yang tadinya terlentang kini mengiringkan badannya ke kiri, menghadap aku.
“What?” Aku mengecilkan anak mata.  

“I said..you miss me.” Semakin galak bibir itu tersenyum, menyerlahkan lagi ketampanan wajahnya. Kelu terus lidahku saat ini.

“Awak jangan nak perasan!” Gumamku perlahan. Ada keluhan di hujung ayat.

 “Bella..kenapa ni? Hmm?” Anak matanya kini berlari ke serata wajahku. Mesti dia ingat aku ini ada split personality. Sekejap okay, sekejap tidak!

“Nothing. Saya keluar dulu. Saya cuma nak pastikan keadaan awak aje. Omma cakap awak demam. ” Hanya itu yang mampu keluar dari bibir. Anak mata sengaja kutajamkan menghala ke arah dinding. Takut kalau pandang ke arahnya, cair pula hati ini.
Inilah wajah paling beku yang aku boleh persembahkan di hadapannya.

“Hey..hey..look here..”
Aku menoleh. Anak mata dikenyitkan sedikit apabila mata kami bertemu. Kemudian, dia bersuara lagi.

“I wasn’t sleeping. Not every closed eye sleeps, you know.” Dia tarik senyuman saat ini membuatkan jantungku hampir gugur. Kelam-kabut aku jadinya.

 “Awak cakap apa ni..saya..saya tak faham!” Ujarku tersekat-sekat. Aduh Bella..masalah ni! Dapat kudengar ada keluhan halus keluar dari bibir Danial. Tanpa aku duga, genggamannya di lenganku dilepaskan. Aku mengambil kesempatan ini untuk bangun dan menjauhinya.

“Tak faham? Okay..I’ll make you understand.”  Ujarnya sedikit serius. 

Aku pula tanpa menunggu lebih lama, terus melangkah ke arah kerusi. Duffle coat yang tersangkut kucapai dengan tangan kanan dan aku melangkah ke arah pintu. Baru sahaja ingin memulas tombol pintu, ada tangan memelukku lembut dari belakang membuat nafasku semakin sesak. 

“Lepaslah..” Bentakku namun nada suara masih juga kukawal. Takut kalau-kalau Pakcik Dani yang berada di bilik sebelah dengar.

Bersusah-payah aku cuba melepaskan rangkulannya di pinggangku namun tidak berjaya. Ya ampun..ini tangan orang ke tangan robocop? Jantung semakin laju berdegup. Jiwa yang kacau kini bertambah celaru.

“Abang sedar masa Bella sentuh wajah abang tadi. Bella..for once, please do yourself a favour. Stop denying. You know what? You are not a good pretender. The more you try to hide your feelings, the more they show.” Bisiknya di telingaku.

“What is bothering you, sayang? Let me know..” Bisiknya, benar-benar ingin tahu.
Sekelip mata, wajahnya ditundukkan dan kini wajah ini berada betul-betul di sisi kanan wajahku. Bau wangian yang selalu dipakainya menusuk masuk ke ruang hidung membuatkan aku semakin keliru di antara kehendak hati dan persoalan yang membelit diri.

 “Lepaslah! Saya tak suka. Saya rimas.” Dengan sehabis daya aku cuba meloloskan diri tetapi  akhirnya aku juga yang tergamam apabila pipi kananku dikucup lembut lelaki ini. Mata kupejamkan untuk seketika. Ada rasa pelik bergelora di dalam dada. Yang pasti, kerinduan aku terhadapnya sedikit sebanyak terubat jua. Aku membuka mata sebaik sahaja Danial melepaskan lingkaran tangannya di pinggangku. Kini lelaki ini berdiri betul-betul berhadapan denganku pula. Aku mendongakkan wajah apabila mendengar keluhan kecil yang keluar dari bibirnya.  Ada riak tidak puas hati di wajahnya yang sudah pun  sedikit merah.  Aku tahu dia marah dengan sikap aku pagi ini.

“Oh rimas..” Sedikit sinis suara Danial ketika ini.

“But  I wonder why did you close your eyes when I kissed you?”  

Kelu aku seketika mendengar soalannya.  Anak mata kularikan ke arah lain. Memang Danial! Memang awak bisa mengkhayalkan saya..tapi, saya tidak mahu hanya bertepuk sebelah tangan. Saya tidak mahu menjadi objek untuk awak melepaskan rindu pada arwah Maya. Aku hanya diam membisu sahaja saat ini.  Kedua-dua belah bahuku dipegang kemas oleh Danial. Wajahnya ditundukkan sedikit dan matanya mencari anak mataku.

“Where were you last night? I couldn’t sleep the whole night..searching for you..I was waiting for you the whole night! Subuh tadi baru abang balik ke bilik. You don’t have any idea how worry I was, Bella..” 

Dengan bersungguh-sungguh Danial bersuara membuatkan aku sedikit tergamam. Ada rasa bersalah membaluti diri saat ini. Kenapa mudah sangat aku termakan kata-kata manusia gila itu? Entah kenapa, aku rasa terlalu bodoh saat ini.

“Where’s your wallet?”  Liar mataku memerhati ke arah meja.

“What? I mean why? Kenapa dengan wallet tu?”Soalan Danial tidak kujawab.  

Dengan pantas aku meluru untuk mendapatkan wallet kulit yang terdampar di atas meja. Danial pula mengejar jejak langkahku. Ah, Danial mesti ingat aku saiko! Tersentak aku seketika apabila melihat gambar yang terselit di dalam beg duit Versace ini. Bulat mataku memandang ke arah Danial.

“Bella..” Ucapnya lemah sambil bersandar sedikit pada meja. Ada riak bersalah di wajahnya.

“Sorry..abang curi gambar Bella from your wallet dulu..”

Mendengar sahaja kata-katanya, aku terus memeluk tubuh sasa lelaki yang memakai tracksuit hitam ini. Di dalam rasa kalut yang beraja di hati, aku memberanikan diri juga menyandarkan kepala pada dadanya yang bidang. Dapat kudengar jantungnya berdegup dengan sangat laju, seirama dengan nada yang berlagu di dalam dadaku. Tangannya kini mengusap lembut bahagian kepalaku yang dibaluti tudung.

“Bella, I’m the luckiest man today because a beautiful princess is hugging me..” Bisik Danial dengan sangat lembut. Sebuah kucupan dihadiahkannya di bahagian kepalaku.  Berbahang rasa wajah saat ini. Kelu terasa lidah. Tidak tahu apa yang harus aku katakan.

“I’ll cancel all my meetings for today. There’s somewhere I would like to go with you.”
Bisiknya. Semakin berbunga-bunga rasa hati mendengar kata-katanya itu.

“Okay a..a..abang.” Aku memejamkan mata serapat-rapatnya sebaik sahaja mengucapkan kata-kata itu. Dapat kudengar Danial ketawa nakal saat ini. Grrr!

“I like the way you call me abang. It sounds so sexy to me.” Bisikannya kali ini benar-benar membuatkan aku ingin pengsan. Sabar Bella..sabar!

***

85 comments:

  1. Wahhh cair....rindu yg teramat kat Bella n Danial. Thanks sis. Miss u 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sebab sudi baca dan berikan komen <3 miss you so much..hopefully terubat rindu pada danial dan bella dengan teaser ini ye hheee:)

      Delete
    2. Ya sis terubat rindu ngan bella n danial so much. Thanks

      Delete
  2. Walaupun sikit, terubat jugalah rindu ini. Thanks Suri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much sebab sudi baca ye..:) happy kalau dapat mengubat rindu pd danial dan bella :)

      Delete
  3. Terubat jgak rindu..yeayyy..hihi

    ReplyDelete
  4. Oh kak Suri, I miss them so much. Lamanya nak tggu diorang dlm versi cetak. Huhu. Danial ni kenapa nakal sangat ni? Hee ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much sudi rindukan dorang :) in syaa Allah next year akan terbit..haha nanti akak suruh dia jgn nakal sgt ye haha

      Delete
  5. Aduhhhhh terubat rindu pd mereka....Hope Ada berita baik utk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah terubat rindu...in syaa Allah, tahun depan akan ke versi cetak :)

      Delete
  6. Best! yeayyy....^^, terubat rindu...mesti nak gi picnic tu kan? *okay, mula berangan* hehe...sis ada tak kat Pesta Buku minggu depan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha wahhh picnic ekk..hehee kita tgk sama ada tekaannya mengena atau tidak..jeng3 hehehehe xD pesta buku kak suri takde mireimay..esok kak suri akan ke australia..kemudian ke new zealand..lg 2 weeks baru balik seoul

      Delete
    2. teringat IG sis dulu...hikhik...^^, sobs! sedih sebab sis takde...takpe..takpe..in shaa Allah, suatu masa nanti kita akan jumpa juga bila KUD dah keluar ke kan? ^^, *positive semula* wowwww...dari Aussie ke NZ..have a safe flight sis! take care tau...nanti saya tgk gambar2 sis lagi dalam IG..ubat rindu..hahaha

      Delete
  7. Dah cair le tu! Hilang rindu kan bella.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa xD mungkin juga bella dah cairrrr haha tq so much sudi baca...:)

      Delete
  8. Aummm...bila nak publish nih..dah december...thn dpn lambat lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen, byt :) in syaa Allah next year..sebelum bulan 5 xD iiiiihiiihi

      Delete
  9. Terubat rindu pada Bella dan Danial :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sebab sudi baca teaser ni :) alhamdulillah terubat rindu pada danial dan bella :)

      Delete
  10. Tq kak Suri.. Akhirya akak post jgk new teaser.. I love it ;-)

    ReplyDelete
  11. Dah nak nqgis tunggu... thanks sis terubat jua, manis x overdose just perfect... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa jgn la nangis hahaa alhamdulillah manisnya just nice..takut jugak kalau overdose hehe xD tq sudi baca dan berikan komen ye

      Delete
  12. sape y y ckp kt bella psl dmpet danial tu? doc tu ke?(akak dh lpa nm dia..hahahahh :p )

    sib baik pic dia sndr dlm dmpet tu.. terus di peluk danial?? kihkihkih... rs b'slah le tu.. ;)

    sweet je diaorg..bella malu2 ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sooo much sudi baca tauuu :) hehe siapa yg cakap tu akan diketahui dlm versi cetak nanti..doktor amar? mungkin jugakk..haha xD tq sudi teka tau..

      Delete
  13. Pheeewiit...hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee haiii tq sudi baca dan ckp pheewittt kat saye haha

      Delete
  14. Pengsan jap..lama dah xtimbul..rindu kat danial..hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jgn pengsan duluuu..tunggu versi cetak..pastu boleh pengsan hahaa xD tq sudi baca dan komen yeee

      Delete
  15. Waaahh..finally!!..tq suri..
    Bila novel ni Akan diterbitkan..?? X sabar..

    ReplyDelete
  16. Adoi....bestnya. bila nak keluar ni

    ReplyDelete
  17. Finally.... Uwaaaa Awat Danial semakin suwit??? Bleh kena kencing manis cam ni... Hu3x

    ReplyDelete
  18. Rindu ini sudah terubat jua.......bln 1.....bln......2/2015 x lame dah...meraselah nanti baca novel KUD nie...yek kak suri cayang.....lagi cepat lg bagus...

    ReplyDelete
  19. Thanks..terubat rindu pd diorg..especially pd sis suri

    ReplyDelete
  20. Makin sakit jantung ni lepas bace... Adoiyyyy... Apa2 pon TERBAIKkkkkkk....

    ~HannaAkinoAzima~

    ReplyDelete
  21. at least bella tak main tarik tarik tali lagi..kan...oh..sis...how i miss si Bella ni

    ReplyDelete
  22. dont know why but sy rasa novel nih mesti akan jd novel kak suri yg paling sweettt gituuu!! nak terjerit-jerit sy baca..hahahaha! sesak nafas pun iye jugak.. thx kak suri 4 the sweet teaser in the middle of night.. ^__^ tido mimpi danial laa mlm nih..hikhikhik! >,<

    ReplyDelete
  23. Aiishh...apesal sweet sngt ni??? Bibirku x berhenti tersenyum bila baca teaser ni..hahaha daniel ni, melting jap😱 keep it up sis...always support u...btw agak2 bila akn publish dlk bentuk naskah???

    ReplyDelete
  24. Akhirnya... ada jgk teaser sis bagi... tq sis... bella dh cair tu... hihi... I want some more!!! Bila nk ke versi cetak sis?

    ReplyDelete
  25. Akhirnya berbaloi sesi menunggu.lov very much.x sabo tunggu versi cetak.ehm makin romantik couple ni

    ReplyDelete
  26. Best2...bila nk kuar citer ni kak?

    ReplyDelete
  27. Terbaik k.suri..suka2...mmg best ler teaser 2 dh ada..:)
    Bln dpn dh msk thn br..harap2 blh peluk kud secepat mungkin....:) x sbr nk bc novel ne...feeling very excited..
    -june-

    ReplyDelete
  28. Sexy gilerrrr... Muahh muahh muahh

    ReplyDelete
  29. so sweet kak suriiii... oh myyy ni yang makin tak sabar nak dapatkan KUD

    ReplyDelete
  30. seronoknya dpt baca teaser ke 2.. bila agaknya novel ni akan
    keluar ke versi cetak? Lama lagi ke Suri? dah terbayang dah novel
    ni dalam tangan.

    ReplyDelete
  31. Err...... Bab mana nie...... cam dah nk berbaik semula jerr..... Suri.... Bella dah ajar Danial cukup cukup x?. Saya tunggu...... publish tahun depan ehh..... KLIK plak camner?

    ReplyDelete
  32. Huhuhu huhuhu
    Lambatnya nak keluar versi cetak

    ReplyDelete
  33. cheq makin tak sabaq.....bila nak keluar ni...

    ReplyDelete
  34. Sama mcm teaser 1...yg ni pun akak dah bc berbelas2 kali...ttpi debarannya ttp sama...teruja sgt...x sabar nak bli bila keluar nnt....evan my daughter pun dah x sabor jugak

    ReplyDelete
  35. Dah berpuluh kali kot akak bukak n3 ni...sama dgn n3 teaser 1...tiap kali baca debarannya ttp sama wpun dah berpuluh kali bc....sgt2 teruja...x sabor nak bli bila dah keluar nnt. Syabas suri

    ReplyDelete
  36. serius!!nak pengsan baca teaser 2 ni..suri..teruja sangat2 dapat baca ni..x sabar nak tunggu novel ni keluar..erm..TQ suriiiii!!

    ReplyDelete
  37. hehe terubat rindu kat Bella ngan Danial sekejap... Tak sabar nak taunggu buku dipublish.... Good luck...

    ReplyDelete
  38. Best sangat...Tak sabar nak dptkan buku nyer plak...-atyazmi

    ReplyDelete
  39. Terbaeekkk suri...x sabar nak tunggu yg full version...anyway congratulation....reading make my life cheerful....nasib tergerak hati nak buka blog ni hari ini...

    ReplyDelete
  40. Wah!!how sweer..i like cara danial pujuk bella.. herm terawang awang bace..hehehe

    ReplyDelete
  41. Tahniah suriiii.....rasa hidup penuh warna warni...rama2 terbang merata bila dpt baca KUD even just teaser only....akan sabar menunggu untuk full version....

    ReplyDelete
  42. kak best sgt...x sabar nk tunggu novel ni keluar

    ReplyDelete
  43. Sukerrrrr......bila la suri boleh lahirkn sijil lahir ni...mmmmmm

    affida ismail

    ReplyDelete
  44. Novel ni dah cetak ke belum??

    ReplyDelete
  45. Cik writer....x dek n3 or teaser baru ker...rindu ni...pleazzzzz

    ReplyDelete
  46. X sabar nye nak tunggu citer ni dibukukan.... ^_^ ;)

    ReplyDelete
  47. Wahhhh.... Setelah sekian lama baru Ada teaser...
    Tak sabar nak peluk dia org nie...

    ReplyDelete
  48. like ohh my ..... hahaha so sweet gila gila . nak novel diaaaa .

    ReplyDelete
  49. assalam suri. bila nk kuar nvel ni?

    ReplyDelete
  50. assalam suri. bila nk kuar nvel ni?

    ReplyDelete
  51. sis cepatlah siap buku.... dah taksabar nak baca.....

    ReplyDelete
  52. Bila nak keluar novel ni...Dah X sabar nak bc

    ReplyDelete
  53. Lamanya tunggu novel ni....tak sabar dah .ni

    ReplyDelete
  54. Please keluar cepat2 yeayyyy danial dh suka bella ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO! ●▽●

    ReplyDelete
  55. Thank u soooooo much semua :) In syaa Allah novel ini akan keluar sempena pesta buku antarabangsa kuala lumpur nanti. Terbitan Kaki Novel..untuk keluaran May. Maksudnya, bulan april nanti dah boleh dapatkan dari kaki novel dan di pesta buku. Novel ini akan dijual di semua kedai buku seluruh Malaysia termasuk MPH dan POPULAR awal May nanti..in syaa Allah :)

    ReplyDelete
  56. Ye ke tak sabar nya..
    X de teaser bru ke ...?

    ReplyDelete
  57. Besttt..hti bleh cairr

    ReplyDelete
  58. Besttt..thnk..

    ReplyDelete
  59. Besttt...x sbr nk tnggu yng akn dtng..

    ReplyDelete
  60. Mcm gila pula hari2 tanya kedai buku dah ada KUA ke tak? Hahahha....ok sabarlah hati. Suri, saya suka baca penulisan u bila baca boleh dpt rasa butterflies in my stomach. I 100% will buy your KUA.

    ReplyDelete