Teaser 3 A
-Babak ini diambil secara random :)-
-Babak ini diambil secara random :)-
Hanok Style Guesthouse [Hanok : Korean Traditional House] |
Jujur,
aku hampir-hampir mahu berkongsi bilik dengan Danial gara-gara kasihankan dia
namun mana mungkin aku mengajaknya semula setelah aku gatal-gatal cakap yang
aku tak selesa untuk berkongsi bilik dengannya tadi. Lagipun aku taknaklah nampak
seperti perigi mencari timba walaupun tidak dinafikan, aku sangat-sangat
rindukan lelaki itu.
Rambut yang masih basah aku lap dengan bersungguh-sungguh. Aku memandang wajah di dalam cermin.
Rambut yang masih basah aku lap dengan bersungguh-sungguh. Aku memandang wajah di dalam cermin.
“Agak-agak berdosa tak aku halau suami keluar dari bilik ni? Baru tadi kau janji dengan dia..kononnya dia priority kau selepas Allah dan Rasul..sekarang apa dah jadi?”
Lama
aku merenung ke arah diri sendiri. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini.
Akhirnya, aku hanya mampu menjungkitkan bahu aje dan setelah membalut rambut
dengan tuala, aku terus melangkah keluar dari bilik mandi.
Berkerut
seribu wajahku saat ini. Mata berlari ke arah ipod di atas meja solek di
bahagian kiri bilik. Bila pulak aku pasang lagu Inggeris ni? Yang aku tahu,
tadi sebelum mandi, aku ada pasang list lagu korea. Ah, sah ipod aku dah
mereng! Sedap juga sesekali mendengar lagu romantik seperti ini. Layan je laaa!
Sambil
bernyanyi kecil, aku mengatur langkah menuju ke arah meja solek yang tersedia
di penjuru bilik. Bagus jugak guesthouse ni. Walaupun berkonsepkan hanok dan tidaklah bertaraf hotel
banyak bintang, ada jugalah menyediakan losyen untuk penginap. Terus sahaja aku
menyapu losyen pada kedua-dua belah lengan. Aroma lavender menguasai ruang
bilik saat ini. Kemudian ikatan tuala pada rambut kuleraikan. Anak mata kini
berlari ke arah cermin namun bukan wajah sendiri yang sedang aku pandang saat
ini, tetapi wajah seorang lelaki yang sangat kacak yang sedang terpaku merenungku di
sini. Hampir gugur jantung!
“Danial!”
Terjerit kecil aku jadinya.
Dapat
kurasakan berliter-liter darah menyerbu ke wajah saat ini. Mataku tepat
merenung ke arah lelaki itu di dalam cermin. Sumpah aku tak berani
menoleh ke belakang. Debaran di dada yang menggila semakin menjadi-jadi apabila
aku lihat lelaki itu sedang melangkah ke arahku dengan sangat tenang. Wajah
yang serius itu masih merenungku dengan pandangan yang sangat aneh. Seperti
kena pukau pun ada! Kelam-kabut aku membetulkan bahagian atas bathrobe paras
lutut ini supaya kelihatan sopan.
Ini
kali kedua aku melihat reaksi wajah seperti itu. Kali pertama, ketika dia
ternampak aku di kondo omma. Ketika aku hanya memakai bathrobe di badan juga, seperti
sekarang. Denyutan jantung semakin melaju saat ini.
“Ma..ma..macam
mana a..a..awak bo..boleh ma..ma..masuk ke si..sini?” Soalku dengan
tergagap-gagap.
Anak
mata memandang ke arahnya yang dapat kulihat dengan jelas di dalam cermin meja
solek ini. Tanpa sebarang kata, dia menyelukkan tangan di dalam poket seluar
dan kunci bilik ditunjukkan kepadaku. Ye
lahh..memang kebanyakan hotel berikan dua anak kunci kepada pengunjung kerana
1 bilik hotel selalunya untuk dua orang!
“Bu..bukan
a..awak nak ti..tidur dalam ke..kereta ke?” Bulat mataku menikam wajahnya.
Danial
kulihat dengan wajah yang tenang menghentikan langkah saat ini. Ada senyuman
yang sangat mempesonakan beraja di wajahnya. Semakin cemas aku jadinya apabila
dia betul-betul berada di belakangku. Tidak ada lagi ruang untukku melangkah.
Dapat
kurasa dan dapat kulihat melalui cermin tangan sasanya sudah pun memeluk
pinggangku dari belakang dengan sangat kemas. Semakin tidak keruan aku jadinya.
“It’s
raining so heavily outside..pekerja guesthouse takde umbrella..” Bisiknya di
telinga kananku. Dapat kurasa deru nafasnya menampar lembut cuping telinga. Aku
cuba melarikan kepala sedikit saat ini.
“I
thought I can rest here for awhile..waiting for the rain to stop but…”
Kata-katanya hanya terhenti di situ. Sumpah jantungku sudah rasa hendak terhenti. Aku memberanikan diri melihat wajahnya melalui cermin. Lelaki itu memejamkan matanya saat ini dan terasa sebuah kucupan hangat singgah di cuping telinga kananku. Lama. Ada perasaan aneh di dalam hati.
Kata-katanya hanya terhenti di situ. Sumpah jantungku sudah rasa hendak terhenti. Aku memberanikan diri melihat wajahnya melalui cermin. Lelaki itu memejamkan matanya saat ini dan terasa sebuah kucupan hangat singgah di cuping telinga kananku. Lama. Ada perasaan aneh di dalam hati.
“Sayang..I
didn’t expect to see you like this..”
Ada nada nakal dapat kukesan dalam suaranya membuatkan aku semakin gusar.Terasa darah menyerbu ke wajah saat ini. Danial tersenyum nakal namun entah kenapa aku rasa lelaki ini sangat mempesonakan jiwa apabila tersenyum begitu.
Ada nada nakal dapat kukesan dalam suaranya membuatkan aku semakin gusar.Terasa darah menyerbu ke wajah saat ini. Danial tersenyum nakal namun entah kenapa aku rasa lelaki ini sangat mempesonakan jiwa apabila tersenyum begitu.
“Sorry..but..but..saya
nak keringkan rambut kat dalam bathroom.”
Gara-gara
terlalu kalut dan tidak menyangka aku akan terperangkap di dalam situasi ini,
aku terus meloloskan diri dari pelukan Danial dan melarikan diri ke arah bilik
mandi. Mahu menenangkan diri untuk seketika. Namun entah di mana silapnya,
gara-gara lantai yang licin dan kakiku yang masih basah aku hampir hendak
terjatuh ke belakang saat ini namun Danial dengan pantas menangkap tubuhku dari
terjatuh. Tanganku pula automatic memegang pinggang Danial. Anak mata kami kini
berpandangan.
“Why do you need to dry your hair? I
personally think you look so damn sexy with this wet hair look.” Bisiknya.
Senyuman yang sangat mempesonakan jiwa
dihadiahkan kepadaku. Anak matanya mula berlari ke serata wajah dan kemudiannya
kulihat bergerak ke arah kawasan leher yang terdedah. Terus sahaja aku mencuba
sehabis daya untuk berdiri tegak saat ini. Berjaya! Setelah dilihatnya aku sudah mampu berdiri, lelaki ini melepaskan pegangannya di tubuhku.Tanpa aku duga dia kemudiannya terus melutut membuatkan aku semakin resah. Tangan kanannya dihulurkan kepadaku.
“Princess,
would you dance with me tonight?” Soalan lelaki yang berhidung mancung ini benar-benar membuatkan aku gugup.
“Sa..saya
tak pandai menari..” Ucapku.
Sabar Bella..jangan pengsan!
Sabar Bella..jangan pengsan!
“Please..”
Rayuan lelaki yang mempunyai wajah yang
menggetarkan jiwa ini benar-benar buat aku hilang akal. Tanpa sedar tanganku
menyambut huluran tangannya. Tubuhku ditarik rapat ke tubuh sasanya dan
kedua-dua belah lengannya melingkar di belakang bahagian tubuhku yang dilapisi
bathrobe. Aku cuba mengikut rentak kakinya dengan perlahan. Alunan lagu
romantik inggeris Crazy Over You nyanyian 112 yang bergema dengan perlahan
melalui ipod menambahkan lagi getaran di hati.
Dapat kudengar Danial turut sama menyanyikan bahagian chorus itu dengan sangat perlahan.
“Thanks Danial sebab turunkan bumbung kereta untuk saya..” Nampaknya lidahku masih keras dan malu untuk memanggil lelaki ini dengan panggilan abang. Danial merenung ke arahku dengan pandangan yang memikat jiwa.
“Anything for you, princess.”
Aku terus mendongakkan kepala ke atas bersama rasa yang berbunga-bunga di dalam hati. Dipanggil princess oleh seorang putera kacak sepertinya di tempat yang cantik begini benar-benar membuatkan aku berasa seperti di awang-awangan.
klik untuk dengar lagu ni :) Crazy over you - 112
I Fell In A love With You
T'was Like A Dream Come True
And My Love For You Will Never End Oh No
It Was Such A Special Night
You Lay Right By My Side
And I Told You Things I'd Never
Tell Any Soul
Dapat
kurasakan Danial melabuhkan dagunya di sisi kanan bahuku dan kemudiannya
bibirnya melekap di situ juga. Demi Allah, rasa seperti kaki tidak lagi memijak
bumi.
Dapat kudengar Danial turut sama menyanyikan bahagian chorus itu dengan sangat perlahan.
I'm
Crazy Over You
I Don't Know What To Do
I'm Crazy Over You
Aku
pula hanya memejamkan mata dan mengikut sahaja arah kaki yang menari dengan
perlahan.
“Bella,
I’m crazy over you..” Bisiknya di telingaku.
**Sambungan babak ini di dalam versi cetak nanti**
***
Teaser 3 B
-Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 A-
Anak mata kuberanikan memandang ke arah suami yang sedang berada di kerusi memandu, di sebelah kiriku. Dia kelihatan sedang memfokuskan pandangan ke arah jalan raya yang terbentang luas di hadapan kami. Memandu pun ada gaya. Aku tersenyum sedikit. Bagai ada magnet anak mataku masih melekat pada dia yang kacak dengan kaca mata hitam di wajah. Lelaki berkulit cerah ini sememangnya mempunyai rupa paras yang menarik. Tiba-tiba sahaja dia menoleh ke mari. Apa lagi, kelam-kabutlah aku memandang ke hadapan.
Anak mata kuberanikan memandang ke arah suami yang sedang berada di kerusi memandu, di sebelah kiriku. Dia kelihatan sedang memfokuskan pandangan ke arah jalan raya yang terbentang luas di hadapan kami. Memandu pun ada gaya. Aku tersenyum sedikit. Bagai ada magnet anak mataku masih melekat pada dia yang kacak dengan kaca mata hitam di wajah. Lelaki berkulit cerah ini sememangnya mempunyai rupa paras yang menarik. Tiba-tiba sahaja dia menoleh ke mari. Apa lagi, kelam-kabutlah aku memandang ke hadapan.
“You
know what Bella?” Dengan wajah yang serius aku menoleh ke kiri.
“Hmm?”
Soalku cuba berlagak selamba.
Kaca mata hitam yang berada di wajah Danial
ditanggalkan saat ini.
“I
love it when I catch you looking at me..then you blush and look away.”
Ada
ketawa kecil di hujung ayatnya membuatkan hati aku bergetar. Alamak..dia
perasan la pulak!
“Mana
ada..”
Gumamku dengan perlahan dan terus memandang ke arah hadapan semula.
Berbahang rasanya wajah untuk kesekian kalinya apabila tangan kanan Danial
mengusap tangan kiriku untuk beberapa saat sebelum tangan itu menjalar semula
ke stereng kereta.
“I
know you miss me..sabar kay..lagi setengah jam kita akan sampai. I promise I’ll
give full attention to you afterwards.” Ucapnya dengan sangat romantik.
Semakin
gugup aku jadinya. Saja nak usik aku lah tu.
“Mana
adaaa…Bella tengok pokok-pokok berdaun merah tadi. Bukan tengok abang..”
Aku
menggumam lagi. Dapat kudengar Danial ketawa nakal. Aku tahu dia sedia maklum
aku sengaja memberikannya alasan. Tergamam aku seketika apabila kereta membelok
ke satu lorong di sebelah kiri saat ini. Sumpah aku telah terpesona.
Terjerit
kecil aku jadinya saat ini. Mataku merenung ke arah deretan pohon-pohon maple
yang dedaunnya berwarna oren kemerahan di kiri dan kanan kami saat ini.
Daun-daun yang berguguran di atas jalan raya menambahkan lagi keindahan tempat
ini. Tidak ada kenderaan lain langsung di hadapan kereta kami. Dapatlah aku
melihat dengan sejelas-jelasnya pemandangan yang cantik ini.
“You
love it?” Danial tersenyum kacak ke mari.
“Of
course.”
Dengan pantas aku mengangukkan kepala bersama senyuman yang paling manis di bibir. Sekelip mata bumbung kereta ini turun dengan perlahan-lahan menambahkan rasa teruja di dalam hati. Kami kini berbumbungkan dedaunan merah yang lebat. Terus sahaja aku memandang ke arah Danial.
Dengan pantas aku mengangukkan kepala bersama senyuman yang paling manis di bibir. Sekelip mata bumbung kereta ini turun dengan perlahan-lahan menambahkan rasa teruja di dalam hati. Kami kini berbumbungkan dedaunan merah yang lebat. Terus sahaja aku memandang ke arah Danial.
“Thanks Danial sebab turunkan bumbung kereta untuk saya..” Nampaknya lidahku masih keras dan malu untuk memanggil lelaki ini dengan panggilan abang. Danial merenung ke arahku dengan pandangan yang memikat jiwa.
“Anything for you, princess.”
Aku terus mendongakkan kepala ke atas bersama rasa yang berbunga-bunga di dalam hati. Dipanggil princess oleh seorang putera kacak sepertinya di tempat yang cantik begini benar-benar membuatkan aku berasa seperti di awang-awangan.
Who
said life isn’t a fairytale?
***
Teaser 3 C
Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 B
Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 B
Termenung
aku sendirian jadinya saat ini. Mataku memandang kosong ke arah omma yang
sedang membuat pembayaran di kaunter.
Aku mahu membayar kos perubatanku tetapi omma tetap berkeras untuk
menyelesaikannya bagi pihakku. Pandangan kuhalakan ke arah manusia yang berada
di kawasan ini. Di ruangan menunggu ini aku akhirnya termenung panjang.
Termenung memikirkan kebahagian dan kegembiraan yang telah diragut dariku dalam
sekelip mata sahaja. Pilunya hati hanya Allah yang tahu. Air mata sudah mula
memenuhi ruang mata. Pantas aku menyekanya.
“Sakit
lagi bahagian perut tu?”
Aku
mendongakkan kepala ke arah suara itu. Omma nampaknya sudah selesai membuat bayaran.
Di tangannya terdapat resit dan plastik berisi ubat-ubatan.
“Not
anymore, omma.” Jawabku perlahan.
“Alhamdulillah..”
Wanita ini kemudiannya menghulurkan tangan ke
arahku. Aku terus menyambutnya dan bangun berdiri.
“Walaupun Danial tidak ada di sisi Bella saat ini,
omma harap sangat Bella terus kuat. Omma akan jaga Bella. I will take good care
of you.” Ujar omma dan kami berjalan beriringan menuju ke arah lif.
“Thanks omma. Bella cuma nak tahu di mana Danial
berada. Bella yakin mereka bawa Danial ke hospital. Tapi, Bella tak tahu
hospital mana. I hope he’s fine..”
Sudah cuba kutahan namun air mata tetap juga
gugur. Semakin lama semakin laju sehingga menghasilkan esakan yang tidak
berpenghujung. Sesak terasa dada yang semakin sebak dan hiba.
Beginikah rasa sakitnya sebuah kebahagiaan yang
direntap?
Adakah ini noktah sebuah hikayat cinta musim luruh yang sangat mengasyikkan?
Nantikan Kimchi Untuk Awak! terbitan Kaki Novel di pasaran nanti :) In syaa Allah boleh dapatkannya bermula dari 24 April 2015 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur [24 April - 3 Mei] :) Novel ini juga akan dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia bermula May 2015 nanti :)
enjoy this. tq suri. terubat rindu akhirnya....
ReplyDeletetq so much sudi baca :) alhamdulillah terubat rindu :) In syaa Allah tak lama aje lagi akan berada di pasaran :)
Deletei want this novel so badly
DeleteTerima kasih kak suri utk teaser yg ketiga.. sgt2 menarik n semakin teruja utk memiliki novel kimchi untuk awak akhir bulan ini :D
ReplyDeletetq so much sudi baca dan tq jugak berminat utk dapatkan versi cetak nanti :)
DeleteTq so much for this awesome long awaited n3... Love it n i luv u suri.. Cant wait to get hold of the novel..yeayyyyy !!
ReplyDeleteGlad you love ittt :) :) In syaa Allah xlama aje lg boleh peluk Danial & Bella :)
DeleteWalaupun sikit tp terubat rindu... Xsabaq nak peluk versi cetak... Huhuhh
ReplyDeletetq sooo much..Alhamdulillah terubat rindu :) tak lama aje lagi boleh peluk versi cetak..in syaa Allah :)
DeleteBesttt..tak sabar nak beli versi cetak ..
ReplyDeletetq sooooo much sudi bacaaa :)
DeleteAt last terubat rindu.... Thanks Suri....
ReplyDeleteAt lasttt hehe..thank u sooo much sudi baca ye :)
DeleteSabar la hati....tunggu full version.....sat je lg...
ReplyDeletein syaa Allah x lama aje lagi ade full version :) tq sudi baca
DeleteTake sabar ni peluk versi cetak..
ReplyDeletetq so much sudi baca :) In syaa Allah tak lama aje lagi boleh peluk versi cetak :)
DeleteSuri..Akak suka sgt2!!!! Sweet overdose!!!
ReplyDeletetq soooo much kak fidaaaah :) :) :)
DeleteSubhanallah cantiknya...TQVM Suri
ReplyDeletetq sooo much sudi baca yee :)
DeleteWow... mmg mengujakan...terima kasih Suri Ryana.
ReplyDeletesama-sama..terima kasih sudi baca ye :)
DeleteKak Suri sayang ^^,
ReplyDeleteI'm waiting for your novel..nak baca full!!!!!! macih for the teasers ya..love u always!
Thank u so much dearie..love u too! :) novelnya is on the way hehee ♡ :)
Deletebest..xsbr nk order novelr kimchi untuk awak..
ReplyDeleteTq so much akashah sebab sudi baca.in syaa Allah kaki novel akan buka order dan akak pun akan ambil order nanti :)
DeleteTq.tq....tq...so muuucchhh..makin xsabar tunggu versi cetak nie..hehhe..
ReplyDeleteIn syaa Allah versi cetak xlama lagi heee :) tq sudi baca
DeleteAkak!!! Tq so much.. I love it.. Tk sabar nk tggu bln may ni..
ReplyDeleteTq so much sudi baca..:) next month dah bulan may..kejap je lagi :) :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGlad you love it :) tq sudi baca tauu :)
DeleteTq so much Kak Suri Ryana.. I love it.. Tk sabar nk tggu bln may ni
ReplyDeleteYou are welcome :) tq sudi baca..glad you love it..♡
DeleteTq kak suri :)
ReplyDelete-Athirah
You are welcome athirah :) tq sudi baceee ♡
DeleteGilaa... aku gilaaaaaa.... !! Hahaha
ReplyDeletehaha xD jgn gila dulu :p tunggu novel keluar okayy haha :)
DeleteWahhhh..will get this book at pbakl nnt..rindu sgt2 kat bella n danial
ReplyDeleteIn syaa Allah..masa pbakl dah ade novel ni :) tq so much ye sebab sudi baca dan komen :)
DeleteKenapa dgn daniel? Eksiden ke? Xsabar nk peluk KUA!
ReplyDeleteBukan accident..in syaa Allah segalanya akan terjawab dlm versi cetak nanti hihi..tq so much tauuu sudi baca WC :)
Deleteseksaaaaa... gilaaa.... seksaaaaa... gilaaaaaa... hihihi....
ReplyDelete-lyndaOja-
Thanks kak suri.
ReplyDeleteX sabar nya nak peluk novel ni..
you are welcome dhira..:) tq sudi baca yee :) in syaa Allah xlama lagi dah boleh peluk :)
DeleteOmaigad x sabar tggu novel ni kluar... dr tahun lpas tggu hehe.. tq kak
ReplyDeletetq so much sudi bacaa :) hujung bulan ni dah mula berada di pasaran in syaa Allah :)
Deletetq.... suke sgt... suke suke suke hi3
ReplyDeletetakut jg baca babak last ni pe la da jd gknye..
you are welcome :) in syaa Allah..semuanya akan terjawab dalam versi cetak nanti :) tq tauu hehee
DeleteTqvm for those teasers.....i love it so much.....x tau nak gambarkan perasaan bila dpt bc teaser2 ni...perut rasa...ntah....dada berdebar betul...fuh...x sabar ni.....lps ni ada novel baru lg ker
ReplyDeleteThanks sudi baca :) glad you love it..in syaa Allah, tak lama lagi akan keluar di pasaran :) lepas ni, kisah photographer tomboy..tajuknya, KLIK! :)
DeleteKLIK pun best jugak. Mmg tertunggu2 next n3nya...lps ni ada kot....
ReplyDeleteKLIK! adalah projek seterusnya in syaa Allah..lepas kimchi, turn KLIK! pulak..hee tq sudi baca tau :)
DeleteSmlm dh baca treaser ne...mlm ne baca lg...esok pun msti baca jgk...best3...x sabar nk peluk edisi cetak...tq k.suri sbb bg treaser ne...mcm mana nk dpt kan novel yg ada tandatangan akk??
ReplyDelete:) -june-
tq sudi baca banyak kali hehehe xD in syaa Allahhh xlama lagi je dah boleh peluk versi novel, June..:) akak akan buka order di group kat facebook (Bila Suri Ryana Menaip) Yang beli dgn akak mmg akan ade tandatangan..erm..kalau beli di pbakl masa sesi akak bertugas pun akak dpt novel yg ade tanda tangan :)
DeleteOk..nnti june order dlm group ye..:)
DeleteX sabar nk peluk novel 2...
K.suri klau order online ngn kaki novel ada tandatangan akk tak?
DeleteK.suri klau order online ngn kaki novel ada tandatangan akk tak?
Deleteakak x sabarrrrr nk tunggu novel ni.....
ReplyDeleteNai Julai, tq soooo much sudi baca tauu..tak lama lagi dah boleh peluk in syaa Allahhh :)
Deletetak sabar nak tggu novel .... teaser best sgt ... novel msti lg best ^^
ReplyDeleteIn syaa Allahhh :) tak lama lagi je dah boleh peluk novel ni hehe :) tq so much tau sudi baca teaser :) Thanks The Prfhah
DeleteX sabar nk tggu bln 5..uhuhuhu...nice story dear..
ReplyDeleteIn syaa Allah, Adriana, bulan 5 dah ade kat pasaran :) kalau nak awal, boleh order secara online dengan kaki novel. Order akan dibuka 2 weeks lagi hehe :) tq sudi baca teaser ni :)
DeleteTahniah kak suri...x sabar nk beli KUA...
ReplyDeleteSalam suri,
ReplyDeleteterjejak ke blog ni sebab cari online novel ISM...dah habis baca ISM terjebak pula dgn KUA sampai habis bab saya baca.. n pukul 3am br tido..hehehe. sebelum ni semua novel awak saya dah baca...
Kak suri !!! Bila nk publish..seriously best sgt,x sabar nk peluk dlm versi cetak :-) btw,saya nk exam next week doakan ye and dgn harapan pas exam terus dapat peluk novel akak..all the best kak :-)
ReplyDeleteKak suri !!! Bestnya..seriously x sabar nk peluk dlm versi cetak :-) btw saya nk exam next week doakan saya ye and dgn harapan lepas exam dh boleh peluk novel akak..all the best kak :-)
ReplyDeleteAkak,bila akak akan ada di pbakl?xsbar nk dpatkan KUA n nk tandatangan akak.. 😁
ReplyDeleteAkak,bila akak akan ada di pbakl?xsbar nk dpatkan KUA n nk tandatangan akak.. 😁
ReplyDeletetanpa kusedari, rupanya semua novel kak suri ada dalam genggaman saya..
ReplyDeletehahhahah...love it..
kak suri ada x kt PBAKL nnt?sesi mana?
bila eh bleh dpatkan novel ni?seawal 24hb kah?
nampak x keterujaan disitu.hahhahha
best of luck kak suri ;)
Alhamdulillah i've bought the novel but i haven't receive it yet. They say i will get them on the 1st week of may. Can't wait to read. Xoxo
ReplyDeleteIsteri separuh masa sudah pun diadaptasi ke drama harap nanti kimci untuk dia dan awak diadaptasi ke filem pulak ya insyaallah...good luck Suri-from Ana
ReplyDeleteSis i really fall in love with this story....btw kt pbkl fair nt sis akn dtg x...
ReplyDeleteSuri...dah boleh oder ker
ReplyDeleteWaaahhhh!!!!! Tak sabarnye saya....😉😁😵
ReplyDeleteSaya dh order tadi ...tak sabar nk peluk novel ni....insyallah kaki novel akan pos pd awal bulan mei...
ReplyDeleteSemua koleksi novel Suri sy dah ada x sabar nk dptkan yg latest ni.Setelah sekian lama menanti.Tahniah you're the best Suri
ReplyDeleteSaya dah bli kimchi untuk awak.....blum bc tp dah berdebor-debor ni...nnt update lain ye
ReplyDeletebest novel ni... ni tengah nak khatamkan novel ni.. ada part yang buat umie manangis membacanya...
ReplyDeleteSuri......dah bc kimchi untuk awak....sgt...sgt...sgt...best....nak ulang bc lg
ReplyDeleteDah habis bacaaaaa......bestnyaaaaa....tahniah suri....tahniah
ReplyDeleteBest sesangat citer niii. Lps ni nak tggu KLIK pulak...mn n3 baru KLIK ni
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,, kx suri kenalkan i usnul from Aceh, i realy enjoy n happy read it, i nak tanye ni, kalau nak order buku KIMCHI UNTUK AWAK macam mane i nak buat ye kx? pasalnye i kat luar malaysia, please kx i betul2 nak kan buku ni
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,, kx suri kenalkan i husnul dari Aceh, i really enjoy n happy bace this story, i nak tanye, macam mane i boleh dapatkan bukunye? because i kat luar malaysia, so macam mana i nak beli? i really want to read this book, please kx suri...
ReplyDeleteBest sangat novel kimchi untuk awak....:)tak sabar nak tunggu sambungan KLIK!..
ReplyDeleteplease sambung..:)
saya dh khatam buku ni dua kli , best sngt2 hope nnti novel ni bleh diadaptasikn jdi drama or filem,insya allah,,tahniah kak suri!
ReplyDeleteAssalammualaikum kak suri, saya dah beli buku ni.. best gila!!! Thank you sooo much for authoring this book!!!
ReplyDeleteHai suri ryana.. bestnya semua novel2 u.. X sabar nk tunggu ur new novel..
ReplyDeleteDah beli novel ni. Siyes! Best! >< tak rugi beli. comel waktu bella blush. Haha..
ReplyDeleteDah baca novel ni. Best sangat sangat! siyes. Tak rugi beli. >< bella comel bila blush. Haha.. omo! Comel pasangan ni. Haha
ReplyDeleteAssalamualaikum kak suri...saya baru je beli tadi dekat POPULAR Book Store... thanks kak suri saya baru baca sikit je,memang asyik nak sambung je heheheh xD
ReplyDeletemana nak beli buku ni? saya tak jumpa pun kat kedai buku :'(
ReplyDeleteAssalamua'alaikum. tkde buat novel baru ker?
ReplyDeletesangat menarik sekali nih....
ReplyDeleteSuri Ryana tkde terdetik nk buat citer baru ker? Huhu (^_^)
ReplyDeleteini novel bagus, sangat seru
ReplyDeleteSuri.....nak Klik
ReplyDeleteSuri...nak Klik
ReplyDeletenovel Kimchi untuk awak..
ReplyDeleteI luv iiiiiitt
I luuuuv iiiiittt...
ReplyDeleteKimchi untuk awak..
Kalau di indonesia ade tak novel ni? Saye nak sangat bace sampai habes, tapi tak bise sebab saye di indonesia😭 kat mane saye bise dapat novel ni?
ReplyDeleteKalau di indonesia ade tak novel ni? Saye nak sangat bace sampai habes, tapi tak bise sebab saye di indonesia�� kat mane saye bise dapat novel ni?
ReplyDeleteDekat indon tak ade ke novel ni? Saye nak sangat bace sampai habes, tapi saye di indonesia. Dimane nak dapat kan novel ni?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteNice to meet you,
Saya dari Riau, indonesia, saya sangat suka dengan karya-karya akak dibuat film, saya nak novel ni. Bagaimana saya boleh dapatkan novel kimchi untuk awak ni kak?
Please reply my comment... ^^
Assalamualaikum kak,
ReplyDeleteNice to meet you,
Saya dari riau, indonesia. Saya sangat suka karya-karya akak dibuat film. Saya nak novel kimchi untuk awak ni, bagaimana saya boleh dapatkan novel akak ni?
Please reply my comment...^^
Agak-agak ada jual lagi tak buku tu kt kedai sekarang ni? Saya cari tak ada.. :(
ReplyDelete