Bab 16
“Maaf Fina..aku rasa aku bukanlah
orang yang sesuai untuk menjawab pertanyaan kau ni. Apa kata kalau kau jumpa
dengan mummy kau, Puan Sri cerewet tu dan tanyakan kepadanya. Dia adalah orang
yang paling sesuai untuk menjawab soalan itu.”
Dah pulakkk!Itulah jawapan yang aku terima daripada Syaf untuk soalan cepu mas yang sedang bermain di dalam
fikiranku.
Misteri nusantara betul! Kenapa
berat sangat mulut kawanku itu untuk menceritakan segala-galanya? Daripada
jawapannya tadi, sah-sah lah dia ada kunci untuk soalan aku. Puas sudah aku
memujuk rayu gadis itu. Telah aku gunakan segala skil dan kemahiran untuk
membuka mulut Syaf, namun tidak juga berjaya.
Lagi satu, kata Syaf, mummy adalah
seorang yang cerewet. Kenal sangatkah Syaf dengan dia? Aku mengerutkan dahi.
Setakat yang aku tengok, ibu mertuaku itu baik sangat orangnya. Sporting habis.
Aku menanggalkan cermin mata yang berada di wajah. Jari-jari kini mengusap
bahagian mata yang sedikit keletihan. Aduhai, nak kena jumpa mummy la pulak.
Memang masalah ni!
“Adik, kita dah sampai ni.”
Kelam-kabut aku mengenakan kembali
cermin mata pada wajah apabila terdengar suara pakcik teksi yang berada di
hadapanku. Terus sahaja aku mara ke hadapan sedikit dan mendongak ke atas.
Dapat kulihat bangunan kondominium yang tinggi dan tersergam indah melalui
cermin bahagian hadapan teksi Proton Wira ini. Banyaknya duit playboy tu! Biar
betul aku kahwin dengan dia?
“Ini Sky Beach Residences ke?”
Seperti orang bodoh aku menyoal
pakcik ini sekali lagi. Padahal sudah terang-terangan tertulis perkataan ‘Sky
Beach Residences’ kat tembok batu yang memagari kawasan kondominum itu.
“Ye dik..” Angguk pakcik teksi yang
mungkin berusia lewat 50-an. Pakcik yang berkopiah putih ini terus sahaja
menoleh ke belakang.
“Adik tinggal kat sini ke?” Soalnya
dengan penuh prihatin.
Matanya dikecilkan sedikit. Aik, macam tak
percaya aje aku tinggal kat sini. Dengan jeans lusuh dan baju t-shirt besar
yang melekat di badanku, bukanlah salah pakcik ini untuk mempunyai perasaan
itu. Memang betul, jangankan kata pakcik ni, aku sendiri pun susah nak percaya
ni.
“Er..ye pakcik..mengikut alamat ni,
memang saya tinggal kat sini kut..” Lambat-lambat aku berkata begitu.
Ah, aku pun tak pasti. Rasa
menyesal pula kerana tak ikut Adrian
balik tadi. Aduhai, sudahlah aku tidak ada nombor dia. Kalau salah tempat,
bagaimana ni? Aku sekarang berada di kawasan Batu Feringghi yang letaknya jauh
dari rumah mama dan rumah mummy di Bayan Baru dan Bukit Jambul. Nak ke sini
pulak jalannya sedikit berlengkang lengkok. Macam ular sawa pun ada!
Memang aku sedia maklum, kebanyakan
kondominum mewah dan hotel-hotel lima
bintang terletak di kawasan ini kerana faktor lokasinya yang berdekatan dengan
laut. Hotel Hard Rock Café pun berada di kawasan ini.
“Adik betul-betul pasti?” Pakcik
teksi ini menyoal lagi. Aku hanya mampu membaca kembali alamat yang ditulis
oleh Adrian
tadi. Belum sempat aku mengangukkan kepala, pakcik teksi ini mencelah lagi.
“Bukan apa, Sky Beach Residences ni
tempat orang kaya. Harga seunit pun mencecah jutaan ringgit.” Kata pakcik ini
lagi.
“Ye ke pakcik?” Soalku sambil
mengeluarkan dompet dari dalam beg tangan. Aku nekad untuk turun sekarang.
“Ramai dato’, dato’ seri dan VVIP
yang memiliki kondominum kat sini. Kalau setakat datuk bercucu 8 macam pakcik
ni, jangankan nak duduk sini, nak langkah sebelah kaki kat dalam tu pun tak
mampu.” Ujarnya sambil ketawa besar. Aku juga ikut sama ketawa kecil saat ini.
Setelah membayar tambang, aku terus
keluar dari teksi. Kakiku berhenti
melangkah apabila terpandangkan ke arah kereta-kereta yang masuk keluar dari
bangunan ini. Semuanya hebat-hebat belaka. Dengan langkah longlai aku mara ke
arah pondok pengawal yang berada di bahagian paling kanan tembok. Ni bukan
pondok lagilah ni. Dah macam rumah pengawal! Besar dan selesa. Siap ada
penghawa dingin lagi. Setelah menunjukkan alamat kepada pengawal berbangsa India
yang berada di sini, aku disuruh tunggu sebentar. Dia kulihat mengangkat
gagang telefon berwarna putih di atas
meja dan membuat panggilan. Selepas selesai berbicara di telefon, dia
menoleh ke arahku.
“Cik tunggu sebentar. Encik King
akan datang sendiri jemput cik.”
Beritahu pengawal yang bernama Bala ini. Aku dapat tahu dari tag nama
yang dipin kemas pada uniform putihnya. Setelah menganggukkan kepala, aku terus
keluar dari sini.
Tubuh kusandarkan pada dinding luar rumah pengawal. Aku
meliarkan pandangan ke segenap kawasan kondominium ini. Memang cantik dan
mewah. Ada
secalit senyuman singgah di bibir apabila terdengar sorakan riang beberapa
orang kanak-kanak yang lengkap dengan pakaian mandi di dalam kolam renang. Luas
betul kolam renang yang dibina mengelilingi
bangunan-bangunan kondominium yang megah berdiri.
Setelah beberapa kali ubah gaya berdiri, beberapa
kali ubah posisi aku menghelakan nafas berat. Tangan kanan mula menyelak
sedikit hujung lengan baju dan mataku meneliti jarum jam di tangan.
Ya Allah,
lambatnya lelaki ni! Dengusku di dalam hati. Dah 20 minit aku terpacak macam
mak guard tak berbayar, tapi batang hidung lelaki itu masih jugak tidak
kelihatan. Entah-entah dia memang sengaja nak kenakan aku!
“Arghhhh! Stress nya!” Terpacul
juga ayat itu keluar dari mulutku. Kedua-dua belah tangan menggaru kasar kepala
saat ini sampaikan nak tercabut rasanya tudung di kepala. Memang tertekan
betul!
“What’s wrong with you? Ada kutu ke apa kat dalam
kepala kau?!”
Mak ai wanginya! Aku terus
mendongak ke atas sebaik sahaja terdengar suara itu! Bibir kuketap dengan geram saat ini. Suka-suka
hati aje cakap kepala aku ada kutu! Sabar Fina, sabar itu separuh daripada
iman. Sempat anak mataku berlari dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki
lelaki ini. Baru dua jam tidak berjumpa, dia sudah pun tukar baju lain pulak.
“Hah sampai pun..lambat betullah.
Ni turun guna tangga ke lif?” Gumamku
dengan sangat perlahan.
“Ini pun nasib baik aku datang
sekarang. Kalau aku datang malam nanti, agaknya, luruhlah rambut kau asyik kena
garu macam tadi kan?”
Sempat lagi dia membidas kata-kataku dengan sinis sambil menonong melangkah ke
arah kanan tanpa menungguku. Terkejar-kejar aku mengikut langkah lelaki itu.
Karang sesat dalam ni, tak ke niaya. Bukan sebuah banggunan aje dalam ni,
tetapi ada 3 buah semuanya.
Eleh , macam aku tak kenal jenis
lelaki macam dia ni. Sebelum turun siap tengok wajah dalam cermin, lepas tu
betulkan rambut, sembur minyak wangi setengah botol baru turun kan? Dasar buaya yang
suka mencari mangsa! Penat aku membebel di dalam hati yang sedang membengkak.
Dengan perasaan yang sebal aku membuang pandang ke arah kolam renang yang di
sebelah kiri dan kananku.
“King..”
Suara manja seorang perempuan
menampar gegendang telingaku. Dengan pantas aku menoleh. Kelihatan dua orang
perempuan seksi sedang berehat di atas ‘beach bench’ tidak jauh dari tempat
kami sedang berada. Lelaki yang memakai
baju berwarna hitam di hadapanku ini pula terus menghentikan langkahnya. Tinggi
tangan mereka melambai ke mari
membuatkan aku mencebikkan bibir.
“Come and join us!” Jerit salah
seorang daripada mereka. Terus sahaja Adrian
menggelengkan kepalanya.
“Not now. Maybe next time!” Jawab lelaki di sebelahku.
“Okay… just let us know, alright?”
Balas perempuan itu lagi.
“Sure!” Sempat lagi Adrian bersuara sebelum
menyambung semula langkahnya.
Mata kujulingkan ke atas. Bagaimana agaknya
aku boleh bertahan dengan semua ini dahulu? Perempuan-perempuan tu tak tahu ke
yang Adrian dah
berkahwin? Sebagai seorang isteri, apa yang patut aku rasa ketika ini? Kenapa
tidak ada sekelumit pun perasaan cemburu? Yang ada cuma rasa benci, menyampah
dan mual dengan perangai lelaki playboy yang bergelar suamiku ini.
“Dasar buaya darat!” Tanpa disedari
perkataan itu meluncur keluar dari bibir sebaik sahaja sampai di hadapan lobi
kondominium. Adrian
yang baru sahaja ingin menarik pintu kaca lobi terus menoleh ke belakang.
“What were you saying?” Soalnya
dengan wajah yang masam mencuka. Sebelah keningnya terangkat tinggi. Dengan
malas aku menjungkitkan bahu. Pandangan kuhalakan ke arah taman yang menghijau
di sebelah kiriku.
“Aku belum pekak lagi lah!”
Bidasnya yang nampaknya masih tidak berpuas hati denganku. Terus sahaja aku
menolak pintu kaca lobi dengan sekuat yang mungkin dan merempuh masuk ke dalam.
Malas hendak bertekak. Buat habis air liur aku sahaja! Ketawa sinis memecah kesunyian lobi yang agak
lengang ini. Aku terus menoleh ke belakang. Gila agaknya?
“Wait..you are jealous! Right?!” Soalnya
dengan wajah yang menyakitkan hati.
Tanpa menunggu jawapan dariku, dia
kulihat terus sahaja meninggalkan aku di sini. Aku pula terpaksa mengejar
langkah lelaki perasan bagus itu, menjelajahi ruang lobi yang sangat luas ini.
Akhirnya sampai juga kami di hadapan deretan lif yang akan membawa kami ke
atas. Masih tidak berpuas hati dengan lelaki yang sibuk dengan telefon
bimbitnya di tangan itu, aku terus bersuara.
“Sorry la..takde masa nak jealous. Lagipun,
you are just not my type!” Luahku yang
masih geram dengan kesimpulan yang dibuat olehnya.
Terus sahaja Adrian mengangkat wajah. Pandangan tidak puas
hati diberikan kepadaku. Matanya yang sedang mencerun tajam ke arahku tiba-tiba
sahaja berubah fokus. Anak mata Adrian
nampak seperti hendak melekat terus di situ.
Macam dah digam dengan gam UHU. Senyuman yang membuatkan jantungku
bergetar untuk kesekian kalinya muncul di bibir lelaki itu.
Aku terus menoleh ke sebelah kanan. Kelihatan
seorang perempuan berambut ikal mayang sedang melangkah dengan gaya catwalk ke mari. Bukan
Adrian sahaja boleh terpikat, aku yang perempuan ni pun suka betul tengok
wajahnya yang ayu itu. Memang cantik, patutlah tak berganjak langsung anak mata
Adrian
memandang ke arahnya. Blouse peplum berwarna pink pastel kelihatan terletak elok
di badan si wanita. Kalau aku yang pakai blouse tu, agak-agaknya boleh selawa
itu ke? Kalau nak dibandingkan aku dengan perempuan itu, memang bagai langit
dengan bumi. Sempat lagi aku berasa rendah diri saat ini. Tapi, kenapa wajah
jelita itu kelihatan masam mencuka?
“King..you betul-betul busy ke?”
Soal si wanita dengan nada tidak puas hati sebaik sahaja merapati kami. Terus
sahaja dia meraih lengan Adrian
dengan erat.
“Dalia, you are still here? Kenapa
tak balik lagi ni?” Soal Adrian dengan lembut. Dia kulihat terus sahaja merangkul pinggang wanita
cantik bernama Dalia itu.
Aku meraupkan wajah. Mudahnya dia bawa
perempuan datang ke sini! Maka, bermulalah secara rasminya sesi menyumpah
seranah lelaki itu di dalam hati. Bukan cemburu, tetapi semakin menyampah
dengan perangainya.
“I dah agak ada perempuan lain nak
datang sini.” Mata si perempuan cantik itu kini mencerlung tajam ke arahku. Api
cemburu begitu membara di dalam matanya. Terbalik pulak. Sepatutnya, aku yang
cemburu. Aku kan isteri dia. Adrian kulihat ketawa kecil.
“Siapa ni?” Soal Dalia dengan
kasar. Matanya memandangku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Nampaknya
perempuan ini juga tidak tahu Adrian sudah berkahwin.
“She is my P.A.” Ujar Adrian dengan
selamba.
Tidak ada sedikit pun riak
serba-salah yang terpalit di wajahnya ketika berkata begitu. Sesuka hati
mengaku aku P.A dia. Tidak perlulah aku berteka-teki lagi. Jelaslah dia tidak
pernah menganggap aku sebagai isteri pun. Sejak bila agaknya hubungan kami jadi
begini? Atau memang dari awal dulu dia tidak pernah menganggap aku sebagai teman hidupnya? Jadi, bagaimana aku boleh berkahwin dengan dia? Sekali lagi aku cuba untuk ingat kembali memori aku dan Adrian.
“P.A you tinggal sini?” Soalan
wanita itu mengembalikan aku kembali ke dunia nyata. Lif yang sudah pun terbuka
ditekan oleh Adrian
untuk menghalangnya dari tertutup.
“Yeah..why? are you jealous, baby?”
Sempat lagi Adrian
bertanya soalan itu.
Senyuman nakal terbit di bibirnya.
Kakiku terus melangkah masuk ke dalam lif dengan fikiran yang semakin bercelaru
dan persoalan yang semakin menimbun di dalam kepala. Sekali lagi mata perempuan
cantik itu singgah di wajahku. Selepas memerhatiku dari hujung tudung sehingga
ke hujung kasut, dia menggelengkan kepala dengan laju sambil tersenyum puas.
“You? Dengan dia? Impossible! I
know you have a good taste.”Jawabnya.
Entah kenapa, aku sungguh terkesan
dengan kata-kata wanita itu kali ini. Buruk sangatkah aku untuk bergandingan
dengan lelaki seperti Adrian?
Mataku memandang sekilas ke arah lelaki yang masih lagi melayan perempuan itu
dan membiarkan aku tercegat macam patung kat dalam ni. Hebat sangatkah dia
sehinggakan aku sanggup untuk berkahwin dengannya dahulu?
Akhirnya, Adrian masuk juga ke dalam lif ini. Kad yang
berada di tangannya dimasukkan pada ruang kecil pada dinding lif. Butang bernombor 17 ditekannya sambil bersandar di sudut kanan ruang ini tanpa mempedulikan aku.
Dia kulihat kembali sibuk dengan telefon bimbitnya.
Sebaik sahaja lif terbuka, aku
terus melangkah dengan sedikit terpinga-pinga.
kutanggalkan dari kaki tanpa mempedulikan Adrian. Kakiku cepat-cepat melangkah ke arah dinding kaca yang menghadap laut. Sliding door di sebelah kanan kubuka dan aku melangkah ke luar.
Terbentang luas
lautan yang membiru di hadapanku. Bunyi deruan ombak yang sayup-sayup
kedengaran jauh di bawah membuatkan hatiku semakin tenang. Mata kupejam dengan serapat-rapatnya.
Cuba untuk mengingati dengan
lebih lanjut memoriku dengan Adrian
di sini supaya aku tahu apa yang pernah terjadi di antara kami dulu.
Otak yang kupaksa bekerja keras
akhirnya mengalah juga. Untuk kesekian kalinya aku gagal! Aku menundukkan
wajah. Dengan perasaan hampa aku membukakan mata.
Perlahan-lahan aku menapak masuk ke
dalam semula. Adrian
tidak pula kutahu hilang ke mana. Seperti sudah terlalu biasa dengan ruangan
ini, kakiku dengan tenang melangkah ke ruangan sebelah kiri.
Mata memerhati ke arah kawasan sekelilingku. Memang rasa terlalu biasa dengan rumah ini.
Akhirnya, kakiku sampai di hadapan sebuah bilik. Terus sahaja tanganku memulas tombol pada pintu. Tersentak
seketika apabila mata terpandangkan beg baju berwarna hitam yang terdampar di
tepi katil. Pasti Adrian yang meletakkannya di situ. Aku membuat kesimpulan
sendiri.
Hatiku diserbu sejuta rasa tidak
sedap hati saat ini. Ruang bilik yang kelihatan sangat luas dengan rekaan
dalaman dan perabot yang kelihatan begitu mewah sekali tidak lagi menenangkan
hatiku. Adakah aku terpaksa berkongsi bilik dengan Adrian? Entah kenapa, aku dapat rasakan yang
aku terlalu biasa dengan ruangan ini.
Kelam-kabut aku bergerak ke sudut
kiri bilik yang membawa aku kepada sebuah bilik kecil. Tanganku pantas menarik
sliding door lutsinar di hadapanku ini. “Walk-in wardrobe!”. Banyak betul
pakaianku di dalam ruang ini. Begitu juga dengan harta karunku yang lain.
Semuanya tersusun kemas di sini. Kedua-dua belah tangan sibuk menyelak helaian
baju yang bergantungan. Lega rasa hati apabila tidak ada walau sehelai pun
kemeja Adrian
di sini.
“Ehem..”
Kelam-kabut aku melangkah keluar
apabila terdengar deheman lelaki itu. Selamba sahaja badannya direbahkan ke
atas katil. Kedua-dua tangan didepakan dengan luas. Isk, dia ni nak buat kuak
lentang ke apa kat sini?
“Apa kau buat kat sini?” Bulat
mataku memerhati lelaki yang sedang meregangkan badannya itu. Kemudian,
wajahnya diraupkan beberapa saat. Untuk pertama kalinya dia nampak seletih
ini.
“Ini rumah aku. Bilik ini pun bilik
aku jugak.” Dengan tenang dia berkata begitu. Ada sahaja jawapan menjengkelkan hati akan
keluar dari mulut dia ni! Getus hatiku dengan geram.
“ So, aku perlukan kebenaran kau ke
untuk masuk dalam ni?” Terus sahaja soalan itu diajukan kepadaku sebaik sahaja
dia bangun dari pembaringan. Kening kanannya terangkat sedikit sambil menanti
jawapan dariku. Aku pula sibuk menyusun ayat di dalam kepala. Jika terpaksa,
aku sanggup berlembut dengannya demi untuk memujuk lelaki ini. Selepas menarik
nafas dalam-dalam, aku bersuara.
“Adrian..aku tak tahu apa yang pernah berlaku
kepada kita but please..aku tak nak kongsi bilik dengan kau.” Dah seperti
merayu pun ada jugak ni. Mataku memandang wajah kacak lelaki itu dengan penuh
berharap.
Berdosakah aku meminta begitu? Tapi, bagaimana
dengan keadaan aku? Aku tidak kenal siapa dia. Aku tidak dapat ingat apa-apa
tentang dia. Mungkin aku boleh terima lelaki ini sekiranya dia bukan seorang
playboy. Aku pasti akan cuba
menerimanya jika layanan yang diberikan kepadaku adalah layanan yang seorang
suami patut berikan kepada isterinya. Anak mata lelaki itu merenung jauh ke
dalam anak mataku.
“Afina..” Serius kulihat wajahnya
ketika ini.
Lelaki yang masih duduk di atas katil itu
kulihat begitu berhati-hati untuk berkata-kata kali ini. Cermin mata di wajah
kubetulkan. Cuba
untuk beri sepenuh perhatian kepada apa yang bakal diluahkan lelaki itu. Suspen betul!
“Aku tak pernah beri kau apa-apa
dan aku tak pernah ambil apa-apa pun dari kau. Aku tak sekejam itu untuk
perempuan senaif engkau.”
Sebaik sahaja berkata begitu, dia
terus sahaja bangun dan melangkah ke arah pintu. Belum pun sempat aku
mencernakan ayat yang dituturkannya sebentar tadi, dia menoleh ke arahku semula
dan bersuara.
“So, please hang in there..at least
sampai akhir tahun ni.” Pintanya dengan bersungguh-sungguh dan terus
menghilangkan diri dari muka pintu.
Aku mengerutkan dahi. Semakin bingung otakku
jadinya. Sebu kurasakan fikiranku sehingga tidak mampu untuk memahami apa yang
dimaksudkan lelaki itu. Dia tidak pernah berikan aku apa-apa? Habis tu, mama
cakap dia pernah berikan aku kereta. Tu apa pulak? Dia tidak pernah ambil
apa-apa dariku? Bohong! Seluruh hidupku telah musnah gara-gara perkahwinan ini.
Dia telah mengambil seluruh hidupku! Apa lagi yang belum diambilnya? Bibir
kucebikkan sedikit.
Bagaimanapun, lega rasa hati
apabila dia sanggup untuk menuruti permintaanku. Sekurang-kurangnya aku masih
boleh menghembuskan nafas lega saat ini. Mata menoleh ke sebelah kanan, ke arah
ruang luas di luar bilik. Bukan sahaja meja kaca kecil dan kerusi besi yang ada
di situ, malah, “beach bench” juga turut tersedia. Bersama secalit senyuman di
bibir, aku melangkah ke situ. Aku tahu ruang yang menghadap laut itu adalah
ruang yang dapat memberikan ketenangan kepadaku saat ini. Tambah-tambah selepas
penat menganalisa ayat lelaki itu tadi.
***
Bersambung :D
**Semua gambar ini untuk suka2 aje :) Kalau nak bayangkan orang/persekitaran lain pun boleh :)
comelnya finaaaaaaaa.. huhu.. king pon hensemmmm... hihi.. suka!
ReplyDeleteAmboi ada gmbr lak..good idea!
ReplyDeleteFina.... cepat tukar penampilan biar terbeliak mata King skit..... Suri next pls ..... miss ur entry..... waiting for so long luv :)
ReplyDeleteFiera75
sangat besttt!!!
ReplyDeletethank you so much Kak Suri. :)
akak!!!..love you very much... heheh..akak, masak mencuka? macam mana tu? huhuh
ReplyDeleteahhhhh...x sabar nya nak tunggu next chap...best giler lah suri...agak2 buku bleh kuar tak masa pameran buku kat pwtc ni...
ReplyDeleteEL
Kusyi : terima kasih sudi baca dan komen hehe..lebih kurang mcm tu lah lebih kurang gambarannya utk watak fina hehe :D tq sudi komen ye
ReplyDeleteHanidar Badarudin : tq soooo much akak sudi baca dan komennn :)hehe saja letak gamba pulak hehe :)
Fiera75 : in syaa Allah, nanti suri post bab 17 ye..:) tq soooo much sudi baca dan komen :)
Afifah Yusof : tq so much Afifah sebab sudi baca dan komennn :)
Azwa Azee : masam mencuka..akak dah betulkan :D masak mencuka tu mcm masak pastu letak cuka hahaha :D tq tau sudi baca dan komen :):)
El : suri pun harap sangat sempat keluar pesta buku nanti..in syaa Allah..:) nanti suri post bab 17 ok :)
bestnya rumah dorang... pernah pg kat kawasan batu frenggi ni.. memg umah kat sana besar2 n mewah..
ReplyDeleteEi..x berubah ke king ni lpas kawen.playboy sungguh la..rmai kut peminat dia..sian fina..asyik gaduh2 je dgn king...
ReplyDeleteBest...best... Tapi kan, kenapa Syaf tak nak ceritakan apa2 kat Fina? At least ceritalah pasal kedai bunga, pasal majlis kat rumah mummy tu ker...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSuka3.....x sbr nk tau apa yg jadik lepas ni...thanks for the n3 kak suri...:DD
ReplyDeleteWah!!!!!!! Tak sbrnye nak baca n3 seterusnya :) tq suri
ReplyDeleteBEST LA NAK LAGI.
ReplyDeletewah cerita dh makin best ni kak suri!
ReplyDeletecpt2 update g ye..:)
Bestnye...dh lama menanti entry bru..tq anyway..
ReplyDelete....fara
Omg!!!! Hensem gila king!!!! Muehehe xsabar nk tgu next chapter !! :)
ReplyDeletehihihi bayangkan...bayangkan....bila membaca novel sy kengkadang saya memegang watak tu...kalau sedey nangis...huhuhu....kengkadang gelak sengsorang...senyum sengsorang........tapi dalam bilik ler...dalam tren bahaya kang orang ingat gile pulak...
ReplyDeletemakacih...naaaa...tak sabaqqq niihhh utk next episod...
Eh2.mcm kenal je pompuan tu..lynda roslan..hehhehe
ReplyDeleteakak... lme baru ade smbungan ye... huh... comel la fina... mcm sesuai je dgn king....
ReplyDeletefina cpt tkr penampilan...nak jgk tgk king
ReplyDeletesweet + tergoda..msty best.btw tq kak suri 4 this n3
E3 yg makin mengucar kacirkan minda fina..apakah yg terjadi in between hubungan mereka sebelum dia kehilangan memorinya.. bagaimanakah kemalangan dan punca menyebabkan lapse of memory berlaku keatas dirinya..adakah kerana perbuatan mamat poyo tu menyebabkan kemalangan itu berlaku dan adakah disebabkan oleh king..dan kini King merasa bersalah keatas perbuatannya..Terujanya nak tahu..adakah perpisahan akan berlaku dalam masa setahun itu..dan melihat dari photo ini..fina adalah seorg gadis yg sungguh comel dan cantik..dia ada auranya yg tersendiri..
ReplyDeleteish... noti betul si king ni la... dpn wife pn smpt lg nk bermesra2 dgn prmpn lain...fina kena buat sth ni...
ReplyDeletehaha. i love king. he's so cool laa kak suri. :)
ReplyDeleteand i love fina too. ^^
thanks for the n3 kak suri.
Tqvm suri...puas hati dpt baca sambungan pisa...k ju
ReplyDeletehokeyh! setuju sangt dgn gambr2 tu wlaupun sja2 kak suri letk. hihi sesuai kut dgn watak king n afina :)
ReplyDeletex terdaya nak membayangkan org lain..dah melekap baik muka King n Fina yg ni Suri..dah ckup berbunga2 membayangkan diaorg..sukaaa bangattt..
ReplyDeleteFina dah ingat sikit lah!!! xsabar nk tunggu dia ingat sepenuhnya...
ReplyDeleteKing tu bawak perempuan balik umah ke kak suri?
best...tak sabar nak tunggu sambungannyer
ReplyDeletesuri.. superb la..makin lama makin saspen..aduuhh kena tunggu n3 baru lak.. ni la namanya penantian satu penyeksaan..
ReplyDeleteSuri..nk kondo mcm king jugakkkk
ReplyDeletetp bahaya la tepi laut nih
King lelaki metroseksual
x sbar tgk kisah seharian dorang
rahsia lagi psl Fina ni
bila agaknya leh tau
tq Suri!!
best ler...1 hari ntah berapa kali jengah blog nih..hahaha
ReplyDeletesuka sgt cite ni tak sabar nk tunggun sambungnnya.
ReplyDeletenak lagi haaa
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletedah cehat kerr....taking care...hihihi o.m.english :)
terbaik la kak suri .......... taksabar nak tunggu sambungan
ReplyDeletenazfa namia
Kalau Fina tukar imej baru la King sibuk terkejarkan Fina lak :-)
ReplyDeleteRindu kat PISA....lama nyer tak update...
susah gak nk layan keplayboyan si king tu..bole sakit jiwa fina nnti..hehhe..
ReplyDeletekarya2 suri sememangnye terbaeekk.....aduyaiiii stress kalu hari2 ngadap si king nih. fina cutenye...
ReplyDeletebnyknye 'gundek'king...pening pale..;))
ReplyDelete~uly ct~
mmg la fina ngn king tu cantik sbb dua2nya sbnarnya model..
ReplyDeleteAkihiro Macieira Sato as king
Lynda Roslan as fina
king mcm nak brubah sdah.....,king tue kan rsanya mnat dha dngan fina...sbb fina dha brubh skrang, fina tue dha mkin cantik n cute......
ReplyDeletefina mmang cute....
ReplyDelete