Bab 1
“Kurang asam betul! Dah lah simbah
aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje” Bebelku
sambil membetulkan t-shirt lengan panjang berwarna hitam di badan. Sakit di
hati masih membara lagi. Tak fasal-fasal aku kena balik rumah dan tukar baju
lain!
“Tengoklah, kalau aku jumpa pemilik
kereta tu nanti, siaplah dia!” Omelku di dalam hati. Nasib baik nombor plat
kereta BMW X6 itu senang untuk dihafal. Bawak kereta mahal-mahal tapi otak
letak kat lutut!
‘Sabar Afina..husnuzon..husnuzon! Entah-entah
pemandu tadi tak perasan kot dia terlanggar lopak?’ Hatiku berkata begitu.
Bukan aku tak mahu husnuzon atau bersangka baik, tetapi mustahil pemandu tadi
tak perasan lopak sebesar itu. Hah! Entah-entah bas pun dah terlepas agaknya
masa aku pulang tadi! Aduhai..Aku menggigit bibir dan menghalakan pandangan ke
sebelah kanan jalan.
Sebuah motor kapcai kemudiannya berhenti betul-betul
di hadapanku. Lelaki yang masih berada di atas motosikal tu kemudiannya
bersuara.
“Kau ni kembar si Fisya ke? Apesal aku tengok
takde rupa pun?!” Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari mulutnya.
Tanpa ada sedikit pun rasa bersalah. Lelaki celupar itu kemudiannya turun dari
motosikal dan duduk di sebelah kiriku.
Astaghfirullahalazim..aku mengurut
dada. Cuba
untuk bersabar. Kenapalah dalam masa tidak sampai satu jam aku terpaksa
berjumpa dengan dua orang yang takde adab?! Dia ni tak tahu bagi salam ke?
Lepas tu siap kutuk aku lagi..wahai hati..teruslah tabah!
“Cuma tahi lalat dan bentuk muka aje
yang sama! Lain-lain rasanya takde..” Topi keledar yang berada di atas kepala
ditanggalkannya.
Lelaki tadi kulihat terus meneliti
wajahku. Cuba
mencari persamaan di antara aku dan Fisya, kembar seirasku. Aku hanya buat bodoh.
Pandangan terus kuhalakan ke sebelah kanan. Karang disebabkan mamat mulut
celupar ni, aku pulak yang terlepas bas. Buang air liur aje layan orang macam
ni. Memanglah Fisya tu cantik, tapi perlu ke nak cakap macam tu?
“Hoi mak nenek! Kau pekak ke?” Lelaki
tadi menguatkan suaranya. Geram kerana aku tak memberikan sebarang reaksi,
mungkin!
Aku menjeling tajam ke arahnya. Dia
pula tersengih sedikit. Kurang asam betul lelaki ni! Mentang-mentanglah aku
pakai kaca mata tebal berbingkai hitam, dipanggilnya aku mak nenek!
“Okaylah..aku percaya kau kembar Fisya..”
Lelaki ber-tshirt putih ini bersuara lagi. Macam tak ikhlas aje bunyinya. Hey,
peduli apa dia percaya atau tidak? Ada
aku kisah? Aku bingkas bangun dari bangku besi lalu menapak menjauhi lelaki
sewel itu. Lengan baju t-shirt kusingkap sedikit dan terus menilik jam di
pergelangan tangan. Bulat mataku memerhati jarum jam. Alamak..dah pukul 9 10 minit
pagi! Sempat atau tak ni?!
“Hei..aku sedang bercakap dengan
kau lah!”
Aku menjeling sedikit ke arahnya.
Rimasnya aku! Lelaki tadi kulihat sudahpun berdiri dan mula menapak ke mari.
Dari pengamatan ikhlas aku, dia ni bukan
taste Fisya. Setakat pakai motor kapcai, baju pulak bukan dari jenama
antarabangsa, jangan mimpilah nak berdampingan dengan Fisya! Nak saja aku
beritahu mamat ni supaya jangan buang masa mengejar Fisya tetapi aku malas.
Nanti tak fasal-fasal aku dikatakan cemburu dengan Fisya. Aku serik! Dah banyak
kali sangat terjadi.
“Err..sebenarnya aku nak mintak
tolong sikit..boleh kau kasi aku handphone number si Fisya?”
Bingo! Memang aku dah dapat
mengagak ayat itu akan keluar dari mulut dia. Siapa tak kenal Fisya? Bukan
sahaja famous kat taman ni, malahan
taman-taman sebelah juga kenal Fisya. Kat kampus dulu, semua lelaki nak rapat
dengannya. Bukan sahaja pelajar dan pensyarah, pakcik jual air kat café tu pun
minat dengan Fisya.
“Mintak la sendiri dengan dia..”
Balasku acuh tak acuh. Di dalam hati berdoa, cepatlah bas tiba.
“Kau ni, dah la rupa pun buruk,
perangai lagi buruk ek..mintak tolong sikit pun tak boleh!” Sinis suaranya
menampar gegendang telingaku. Aku cuba buat tak tahu aje. Relax
Afina..kau pernah berada di dalam situasi yang lebih teruk dari ni. Kau pernah
dikeji lebih dasyat dari ni. Aku cuba menyabarkan hati.
“Ni mesti kes cemburu nih..kau
cemburu dengan Fisya kan?
Sebab tu kau tak kasi aku nombor dia. Kalau aku mintak nombor kau, mesti kau
kasi..betul tak?!” Sambung lelaki itu lagi. Tipulah kalau sedikit pun hati aku
tidak tercalar dengan kata-katanya tu.
“Astaghfirullahalazim..” Luahku.
Aku cuba
mengumpul sisa-sisa kesabaran yang masih ada.
“Pura-pura baik pulak..” Sinis
sekali suaranya. Tidak mampu lagi rasanya untuk terus berada di sini. Melayan
lelaki saiko bermulut celupar bukanlah kepakaran aku. Aku terus menahan teksi
yang sedang menuju ke mari.
“Kalau kau tak nak kasi, sudahlah!
Aku boleh cari sendiri!” Tempik lelaki saiko itu sebaik sahaja aku melangkah
masuk ke dalam perut teksi. Pakcik teksi pula hanya mampu tersengih aje. Malas
sudah hendak kufikirkan apa yang sedang bersarang di dalam kepalanya. Selepas
memberitahu ke mana destinasiku, aku hanya membuang pandangan ke arah luar
tingkap.
***
agak2nya lelaki tu kea suami 'aku' tu? hihi
ReplyDeleteRasa mcm ni lgi best dari yg hari tu ^^
ReplyDeleteNi y buat tertny2 n xsbr2 nk tau strsnya ni..
ReplyDeleteNi y buat tertny2 n xsbr2 nk tau strsnya ni..
ReplyDeleteSis saya dh exited ni,, first je dh jatuh suka
ReplyDeletebab 1 ni memang laen ngn bab yg lame en kak suri... xsangka heroin ni de kmbar... mst kmbar dia ni belagak kot...
ReplyDeleteee...dh excited dh ni...bestnye...bg sy yg ini lagi best dr yg sblum ni...good luck kak suri..make the best novel ever... :)
ReplyDeleteserius lain dengan yang dulu...
ReplyDeletesalam Suri..
ReplyDeleteAda kelainan dalam garapan citer ini dari yg sebelum ini..
Afina dan Fisya di gambarkan sebagai kembar..seiras dan hanya penampilan dan sikap mereka sahaja yg menggambarkan mereka ini berlainan..Siapa kah lelaki bermotor kapcai yg selamba badak menghina gadis ini..adakah mereka anatara koleksi Fisya..dan siapakah kakak dan adik ..
dah mula xcited ni... hehehe:)
ReplyDeleteNik Ainaa : Mungkin! Hhehe :)
ReplyDeleteAnonymous : thank u so much ye :) nantikan bab 3 hari ni :)
Honeyz : Nanti akak post bab 3 :) tq sudi baca
Azza Rozza : thank u so much sebab sukakan PISA..Suri akan post bab 3 nanti :)
Wild Cheryy : memang lain WC..tapi babak2 heroin hilang ingatan tu tetap dikekalkan nanti :)
Siti Syamimi Ramli : Terima kasih Syamimi..In sya Allah, akak akan post bab 3 hari ni :)
IdA : Semua tu akan terjawab nanti, In sya Allah :)
Zakiah Halim : Terima kasih sudi mengikuti PISA ye
Akak suri.... mcm best je... huhu... dah excited nk bce yg seterusnye... good luck kak suri.. =)
ReplyDeleteyes..yes..de new entry..thanks akak, terubat rindu nk bca buah tngan akak..
ReplyDeleteada perubahan ya? suri buat balik ya
ReplyDeleteAsal buat baru?Yang lama tak best ek?I think okay je yang lama tuh.
ReplyDeleteWardah Zainal : thank u so much dear :)
ReplyDeleteMisslexus : no problem dear :) selamat membaca ye :)
Aisyah & Anonymous : Betul, suri buat balik sebab introduction dulu, di mana bab pertama lagi heroin dah hilang ingatan kan..introduction tu sama seperti novel yg dah sedia ada. Tajuknya ILHAM HATI. Asalnya, suri pun tak tahu..tapi terima kasih pada readers yang menegur suri..
Bila dah dapat tahu, suri sendiri beli dan baca novel tersebut. Jalan cerita langsung tak sama cuma introduction sama..jadi, suri terpaksalah buat semula bab2 awal :) tapi, heroin tetap akan hilang ingatan dan babak2 yg dulu tu akan ada nanti :)
Okay.Anyway,tetap best macam dulu
Deletebaru abis marathon, mmg karya suri tak pernah menghampakan, saya dah lama stop beli novel, tapi kalau PISA kluar konfem saya akan beli!!!! ;)
ReplyDeletemenyampah dengan perangai lelaki moto kapcai tu...
ReplyDeletetakda adab...
bestnye...x sbar nk bca smbungan,congrate kak suri
ReplyDeletekisah kembar??? spe y akn hlang ingatan? & spe suami plyboy tu....
ReplyDeletelaen dari versi dulu...cam interesting lak yg nie...pape pon good job k suri
ReplyDeleteBest..
ReplyDeletebest!!
ReplyDeletekak suri, novel ni dah kuar ker belum?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBaru nak baca.. sebab drama pisa start next week! ^^
ReplyDeletex sabar nak tunggu drama ni keluar minggu hadapan
ReplyDeletetahniah buat akak suri..moga olwes berkarya n terus berkarya
follower ke 2171
salam akak...sy suke sgt baca all novel akak,tp drama adaptasi novel akak yg kt tv 3 tu sy mmg tak puas hati langsung,sy mtk maaf sgt2..novel akak mmg best,sy dh khatam byk kali but bila di dramakan mmg hancos la akak...bab hero dlm drama tu sy mmg xsuke, totally xada ciri playboy.drama 2 elok je tuka tajuk bia jade #JAMBU ITU SUAMI AKU...
ReplyDeletesori akak...#LOVE U SO STRONG!!!
baru baca.. BEST lagi daripada dalam drama. Saya rasa drama tu kurang berjaya lah~ mungkin sebab salah pemilihan pelakon. Mereka macam tak fit dengan watak tu. Patutnya scene kat stesen bas tu kelakar tapi, macam menyampah je dengan Afina yang dalam drama tu. Macam bodoh2 je saya tengok. Kalau Nur Fathia ke, emma maembong ke, nelydia senrose ke yang jadi watak utama mesti lagi best kan.... Cuma drama SSID dan Love U mr arrogant je antra novel yang berjaya didramakan. Apa2pun novel ni memang best...
ReplyDeleteAdela inspirasi skt2 drpd novel ni novel yg sya buat. Bace tau
ReplyDeletesalam suri, novel PISA mmg best. saya ikuti PISA dr blog smpai dh milki novel tersebut. tp sy terkilan sbb drama PISA kt tv3 tu x menjadi. pelakon yg pegang watak fina n adrian x sama mcm watak dlm novel. adrian sepatutnya seorang yang macho, baru kena nk jd playboy. n fina mesti seorang yg nmpk lembut n manis. apa pun novel2 suri mmg best..semua sy dh baca. harap klik! ni pun cpt kuar x sabar nk pegang baca..
ReplyDeletezue
Bestnya crita ni..hahaha...buat yang lagi best punya....^_^
ReplyDeletememang best giler...skrg pun dh kluar tv...tak sbr nak tahu semua episod..
ReplyDeleteKak Suri,nak tahu gambar lelaki kat atas tu sape ek?Hensem lah.
ReplyDeleteHarap kak Suri sudi bls soalan kite.TQ,
Assalamualaikum.
Hahax sweet
ReplyDeleteSweet la saya suka baca novel online
ReplyDelete