Bab 9
Nak pergi tak?
Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran sepanjang malam. Bantal yang menutupi wajah kubaling ke tepi. Kusut! Terus sahaja aku yang sedang berbaring, bangun dengan serta-merta. Ikutkan hati, memang tak mahu pergi. Tapi kalau tak pergi, maksudnya hilang begitu sahajalah telefon bimbit tu. Nak harapkan lelaki samseng tu pulangkan? Oh jangan mimpi! Lagipun manalah dia tahu itu telefon bimbit aku! Wajah kuraupkan dengan kasar. Terbayang Samsung Note 3 di fikiran saat ini. Baru aje kut aku tukar telefon bimbit tu. Belum pun sampai 3 bulan. Kepala terus kugelengkan dan serentak dengan itu juga aku bangun berdiri. Wajah kini betul-betul menghadap cermin yang tersangkut kemas pada dinding.
"Tak boleh, tak boleh! Aku tetap kena pergi dan ambil balik hak aku!" Bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Tangan kanan mengepal penumbuk dan kuacukan di hadapan cermin.
"Lawan tetap lawan!" Nada suara sudah naik satu oktaf dari tadi.
"It's okay to try and fail, but never fail to try, Bella!" Kata-kata semangat kuucapkan pada diri sendiri. Kepala kuanggukkan sedikit seraya berkata begitu. Serentak dengan itu jugak pintu bilikku ini dibuka dari luar. Dengan pantas aku menoleh ke belakang.
"Oit! Dah macam ahli politik bagi ceramah ni." Kak Long yang sedang tersengih kini memandang ke arahku sambil menggelengkan kepalanya.
Alamak mesti Kak Long ingat emosi aku kurang stabil saat ini. Belum sempat aku berkata apa-apa, telefon bimbitnya dihulurkan kepadaku.
"Ni umi nak cakap."
Umi? Terus sahaja aku merampas telefon bimbit dari tangan Kak Long. Rindunya aku pada umi yang kini sedang berada di tanah suci.
"Umiiii!" Terjerit suara keriangan dari bibir. Lupa terus tentang kisah yang mengusutkan minda. Dahi kutepuk dengan lembut. Ah rindunya sampai lupa nak bagi salam. Kedengaran tawa kecil umi bergema di hujung talian.
"Assalamualaikum umi!"
Aku terus menghempaskan diri ke atas katil. Kak Long hanya memerhati sambil tersenyum.
"Waalaikumussalam Bella." Tenang sahaja suara itu. Bagaikan air sejuk menyirami bumi yang panas. Mata kupejamkan untuk seketika.
"Umi sihat tak? Umi kat mana ni? Tengah buat apa?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulutku. Wajah umi yang sangat penyayang terbayang di ruang fikiran.
"Alhamdulillah umi sihat. Pak Su dan Mak Su kamu pun sihat. Dorang kirim salam kat kamu. In syaa Allah, lusa kami akan sampai Malaysia." Panjang lebar umi bercerita. Aku tahu umi sangat gembira di sana. Tenang rasa hatiku.
"Waalaikumussalam..kirim salam balik kat dorang ye. Alhamdulillah kalau semua sihat. Umi..mesti seronok kan kat sana?"
"Seronok sangat, Bella. Inilah antara tempat yang paling seronok dan tenang di atas bumi Allah ni." Ujar umi. Dari suaranya aku tahu dia sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk mengerjakan umrah. Aku jeling ke arah Kak Long yang sedang sibuk membaca majalah. Kemudian aku berbisik kepada umi.
"Umi, ada tak beli jubah hitam yang Bella pesan tu?" Sengaja aku perlahankan sedikit suaraku. Telefon bimbit pula kulekapkan rapat-rapat ke telinga. Kalau boleh aku tak mahu Kak Long dengar.
"Oi! Umi ke sana untuk buat umrah la..bukan untuk shopping!" Seperti dah aku agak, ada je yang akan keluar dari mulutnya.
Majalah yang berada di tangannya terus ditutup. Dapat kudengar suara umi ketawa kecil di hujung talian. Aku pula sempat menjelirkan lidah kepada Kak Long.
"Mestilah ada..untuk Kak Long pun umi ada belikan." Tersenyum lebar aku mendengar kata-kata umi.
"Terima kasih umi!!" Ujarku dengan hati yang berbunga-bunga.
"Sama-sama. Umi ada call Bella petang tadi tapi tak dapat-dapat." Senyuman di bibir mati terus mendengar ayat yang keluar dari corong telefon. Memanglah tak dapat! Telefon tu dah beku dalam peti sejuk agaknya. Aku memicit halus kawasan kepala dengan sebelah tangan. Perkara yang mengusutkan minda itu kembali menjengah saat ini.
"Err..bateri habis..lepas tu Bella charge dan terlupa nak on sampailah sekarang." Kak Long kulihat menggelengkan kepalanya sahaja saat ini. Ah, apa lagi jawapan yang boleh kuberikan kepada umi?
"Oh..tak mengapalah kalau begitu. Bella. In syaa Allah, esok sebelum naik kapal terbang umi telefon lagi."
Bagai umi ada di hadapan mata, aku terus mengangukkan kepala saat ini.
"Okay umi. Assalamualaikum." Ujarku kemudiannya.
"Waalaikumussalam." Jawab umi.
Ah tak sabarnya untuk berjumpa dengan ibuku itu. Rasa rindu mula menjalar di dalam jiwa. Aku terus bangun dan melangkah ke arah Kak Long yang sedang duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan meja solek.
"Kak Long, umi kirim salam." Telefon bimbit kuhulurkan kepadanya seraya berkata begitu.
"Waalaikumussalam." Jawab Kak Long. Dia kulihat mengambil nafas dalam-dalam sebelum bersuara.
"So, I heard you have made your decision." Serius betul nada suaranya kali ini.
Alamak, Kak Long dengar ke aku cakap tadi? Bagaimanalah Kak Long boleh dengar pulak! Isk, serabutnya! Aku tak mahu libatkan Kak Long dalam perkara ni.
"Decision apa?" Soalku pura-pura tidak tahu.
"Kak Long terdengar Bella cakap sorang-sorang tadi. Esok Bella nak ke situ lagi?" Nada suaranya semakin serius. Wajah yang ditempek dengan bedak sejuk itu kini berkerut seribu.
"Terpaksa Kak Long." Gumamku dengan perlahan. Langkah kuatur menuju ke sebelah kanan bilik. Aku terus sahaja membuka almari pakaian. Kak Long pula hanya memerhati gelagatku.
"Pergi dengan Kak Long aje. Kita pergi selepas Kak Long balik kerja petang esok."
Dengan pantas aku menoleh ke arah Kak Long yang bertocang satu.
"Eh takpe..takpe..takpe! Kak Long janganlah risau. Bella tak nak libatkan Kak Long." Kelam-kabut aku berkata begitu. Baju-baju yang telah siap dilipat aku capai dari atas katil.
"Lagipun Bella nak pergi esok pagi sebab esok petang Bella dah mula nak buat kimchi tu." Ujarku sambil memasukkan baju ke dalam almari pakaian. Sengaja aku menyebut perkataan kimchi untuk mengalih perhatian Kak Long namun tidak berjaya.
"Esok pagi? Tapi, esok pagi Kak Long kerja tau. Ada meeting at 9 am." Aku terus menoleh ke arahnya. Belum sempat melontarkan suara, Kak Long membuka mulut lagi.
"Lagipun Bella pasti ke Danial Lee tu ada di situ? Kalau Bella pergi dan takde siapa kat situ, macam mana Bella nak ambil telefon Bella?" Ada riak risau di wajah Kak Long ketika ini. Terus sahaja aku menutup pintu almari. Langkah kuaturkan ke arahnya.
"Takpe..Bella try pergi esok pagi. Kalau dia takde, Bella pergi petang." Ujarku dengan bersungguh-sungguh sambil tersengih. Sengihan yang kuharapkan dapatlah menghambat rasa risau dalam diri Kak Long.
"Ada ke macam tu pulak?" Gadis itu buat muka pelik. Aku kemudiannya melabuhkan punggung di birai katil. Pandangan kuhalakan kepadanya.
"Kak Long, kalau Bella tak pergi, macam mana Bella nak tahu dia ada ke tak kat dalam tu?" Soalanku membuatkan Kak Long terdiam.
"Isk..tapi Kak Long risau la..bagaimana kalau dia apa-apakan Bella?" Kak Long yang tadinya duduk kini bangun berdiri. Tahulah aku tahap kerisauannya sudah tidak dapat dibendung lagi.Aku juga turut sama berdiri.
"Tak..don't worry Kak Long! Bella rasa dia tak seberani itu." Mulut sahaja berkata begitu tetapi dalam hati ni, Allah sahaja yang tahu. Gila tak takut? Dia jeling aku pun, hati ni dah gerun semacam!
"Kau jangan Bella..lelaki ni sukar nak dijangka tau. Muka nampak handsome..baik..tapi dalam hati tu, siapa yang tahu? Entah-entah perangai macam hantu."Beriya-iya Kak Long berkata begitu.
Sesungguhnya part perangai macam hantu tu aku setuju! Nafas kutarik dalam-dalam. Aku tahu Kak Long masih sukar hendak percayakan lelaki sejak putus tunang tahun lepas. Ya, dia mungkin senang bergaul dan diajak berkawan, tetapi untuk serius, no way! Pintu hatinya telah dikunci rapat-rapat untuk insan bernama lelaki.
Aku sudah tidak tahu lagi ayat apa yang harus aku perkatakan untuk menghilangkan rasa risau Kak Long. Akhirnya, tanpa berfikir panjang, aku terus bersuara.
"Kak Long jangan risau. Bella pergi dengan kawan Bella." Di dalam hati rasa sangat bersalah kerana menipu tetapi aku terpaksa. Aku tidak mahu Kak Long temankan aku. Aku tidak mahu libatkan Kak Long dalam perkara ini kerana Kak Long bekerja di syarikat milik lelaki itu.
"Betul ni?" Soal Kak Long. Anak matanya tepat memandang ke dalam mataku. Air liur terasa sangat kelat untuk ditelan ketika ini. Akhirnya aku mengangguk lemah.
"Betul. Miza akan temankan Bella esok." Ujarku. Miza? Miza ada kat mana pun aku tak tahu. Kak Long tidak memberikan sebarang reaksi untuk seketika. Selepas beberapa saat baru dia bersuara.
"Hmm..kalau macam tu esok Bella guna je kereta Kak Long." Akhirnya dia bersuara. Aku tahu kerisauan di hatinya telah pun berkurangan sedikit saat ini.
"Thank you! Esok Bella hantar Kak Long pergi office yea." Sambil tersenyum senang aku berkata begitu.
Bukan senang tau Kak Long nak pinjamkan keretanya kepadaku. Terus sahaja aku memeluk bahunya.
"Kak Long. Umi cakap kan, umi ada beli jubah untuk Kak Long jugak tau." Sengaja aku cuba untuk buat Kak Long lupa tentang perkara yang kami bicarakan tadi. Wajah Kak Long kulihat sudah pun berubah riak.
"Umi ada cakap tak warna apa?" Teruja wajah Kak Long ketika ini.
"Tak..tapi gerenti cantik punyalah. You know she has a good taste!" Ujarku sambil mengenyitkan sebelah mata kepadanya. Kak Long kemudiannya riuh bercerita tentang jubah yang dibeli oleh kawannya ketika mengerjakan umrah tempohari. Aku hanya tersenyum sahaja. Suara Kak Long hanya masuk ke telinga kananku dan terus keluar ikut telinga kiri. Aku tidak dapat menumpukan fikiran kerana ada perkara lain yang menyemakkan otak saat ini.
Adoi..aku cuba untuk menghalau rasa risau di hati Kak Long tadi namun hatiku yang semakin serabut. Betulkah tindakan aku untuk kembali semula ke situ dan mengambil telefon bimbitku adalah keputusan yang tepat? Manalah tahu kalau lelaki itu pembunuh bersiri ke..perogol ke..! Tak ke niaya aku nanti? Air liur terasa kelat untuk ditelan saat ini.
***
Isk..pelik..pelik! Biar betul dia beri kebenaran kepadaku untuk masuk dengan sewenang-wenangnya? Aku ada memberitahu namaku pada pengawal keselamatan tadi. Agaknya, si poyo tu ingat aku adalah salah seorang rakannya tak? Entah-entah ada di antara rakannya yang bernama Bella! Rasa gelisah yang bermaharaja lela di dalam hati semenjak semalam lagi cuba kuusir saat ini.
Relax Bella, relax! Dengan perlahan-perlahan aku menolak pintu kaca yang berada betul-betul di hadapanku. Serentak dengan itu juga rasa risau naik ke paras paling maksima di dalam diri. Ruang yang berhawa dingin ini nampaknya tidak mampu untuk menenangkan hati aku. Langkah kaki kuatur kemas menuju ke arah lif. Mataku sempat lagi melilau di sekitar kawasan ini.
Maklumlah semasa datang dengan Kak Long tempohari aku hanya menonong sahaja masuk ke dalam lif. Tak sempat hendak memerhati kawasan yang disusun atur dengan begitu cantik sekali. Nampak mewah dan classy. Anak mata jatuh pada sofa dan kemudiannya pada televisyen serta water cooler yang disediakan untuk memberi keselesaan pada penduduk di sini.
Aku melangkah masuk ke dalam lif dengan perasaan yang bercampur-baur. Jari telunjuk terus menekan punat bernombor 12 pada dinding lif. Ya Allah, betulkah apa yang aku buat ni? Aku tidak mahu hanya kerana telefon bimbit, aku atau Kak Long ditimpa masalah. Ah sudah! Rasa seperti hendak turun ke bawah semula pula saat ini. Aku meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan.
Bella, kau dah sampai pun la. Kau bukannya nak buat apa kat dalam tu. Ambil plastik kobis dan telefon bimbit, kemudian berambus keluar. Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini.
Anak mata yang memandang kosong ke arah dinding lif kini kugerakkan pada cermin yang terbentang di sisi kanan. Mata melihat ke arah wajah sendiri dalam cermin yang terlekat kemas pada dinding lif ini. Kepala kuanggukkan sedikit. In syaa Allah,semuanya akan selamat, bisikku di dalam hati. Sempat lagi aku membetulkan shawl di kepala ssebelum melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.
Sebelum hati berubah, sementara masih berani dan selagi ada keyakinan diri, aku mahu cepat-cepat selesaikan kerja ini. Mataku melilau bersama langkah kaki yang melaju. Hanya ada 4 buah unit kondomonium sahaja di sini. Langkahku berhenti betul-betul di hadapan unit bernombor 1201. Seram sejuk jadinya aku. Tidak dapat kubayangkan wajah lelaki itu apabila dilihatnya aku tercongok di sini nanti.
Ya Allah, lembutkanlah hatinya. Aku cuma nak ambil barang aku. Itu sahaja. Sempat lagi aku berdoa di dalam hati. Punat pada dinding terus kutekan. Tidak sampai seminit menunggu, pintu tersebut dibuka dari dalam tetapi orang yang berada di hadapanku sekarang bukanlah Danial Lee!
Berkerut-kerut wajahku saat ini. Kenapa orang lain pulak yang tinggal di sini?
"Bella?"
Terdiam seketika aku jadinya apabila lelaki ini bersuara. Anak mata berlari ke seluruh wajah lelaki yang sedang tersenyum kacak di hadapanku. Baru aku perasan dia ni adalah tuan punya kereta Lamborghini yang aku jumpa di basement hari itu. Dialah penyebabnya aku memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik kobis!
"Bella right?" Soalnya lagi. Kelam-kabut aku menganggukkan kepala.
"Tadi guard ada maklumkan awak nak datang sini. Tapi, saya tak sangka awak adalah gadis yang bernama Bella tu" Ujarnya sambil tersenyum.
Dari luar aku cuba meliarkan pandangan masuk ke bahagian dalam unit kondominium ini. Janganlah lelaki itu ada kat dalam.
"Err..awak tinggal sini ke?" Soalku. Kepala digelengnya sedikit.
"Nope. My friend tinggal sini." Anak matanya kulihat berlari ke seluruh wajahku.
"Danial Lee is your friend?" Sahaja aku menyoal untuk kepastian.
"Yeah.." Senyuman lelaki yang bert-shirt putih ini kulihat semakin lebar dari tadi.
"Where is he?" Soalku dalam keadaan berbisik. Takut juga kalau lelaki itu ada di dalam.
"He has gone out." Dia juga menjawab dalam keadaan berbisik. Lucu pula aku jadinya.
"Perfect!" Ujarku dengan perasaan yang sangat lega. Seperti baru terselamat dari dikejar harimau! Lelaki di hadapanku ini mulalah buat muka pelik.
"Perfect?" Soalannya tidak kujawab.
Aku tidak mahu berlama-lama di sini. Aku hanya mahu masuk ke dalam sekarang dan dapatkan harta aku sahaja. Kelam-kabut aku bersuara saat ini.
"Encik, sebenarnya saya.." Namun belum pun sempat aku meneruskan ayat, dia pula memotong.
"Encik? Tak payah encik-encik. Just call me Amar." Tangan dihulurkan untuk bersalam tetapi aku buat-buat tak nampak.
"Okay..Amar. Saya tak boleh lama-lama kat sini. Sebenarnya semalam saya temankan Kak Long saya ke sini untuk menguruskan tempat ni tapi saya ada tertinggal telefon bimbit. Saya cuma nak ambil barang saya je kat dalam tu. Saya janji saya akan cepat-cepat..." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, dia bersuara.
"Wowowo..relax. Take a deep breath. Talk slowly..kenapa kalut sangat ni?" Ada ketawa kecil meniti di bibirnya melihat gelagatku.
Mata terus kuliarkan ke kawasan sekitar. Mana tak kalut. Aku takut si samseng tu balik!
"Sebab saya takde banyak masa. I have to go somewhere after this." Selamba sahaja aku berkata begitu. Lelaki ini yang tadinya menyandarkan sisi kanan badannya pada dinding terus sahaja membuat arahan dengan tangan supaya aku masuk ke dalam.
"Come on in.." Aku tidak menunggu lama sebaik sahaja mendengar ajakannya. Sandal kutanggalkan dari kaki dan aku terus sahaja berlari masuk ke dalam rumah. Langkah kaki kuhalakan ke dapur saat ini. Ah, mesti si Amar ni ingat aku gila agaknya! Siap berlari-lari bagai lagi dalam ni. Lantak dialah Bella! Amar juga turut sama mengejar jejak langkahku.
"Kat mana telefon bimbit awak?" Soalnya. Aku pula terus sahaja membuka pintu peti sejuk.
"Telefon bimbit simpan dalam peti sejuk?" Ada nada terkejut dalam nada suaranya. Pastinya dia semakin pelik dengan perangai aku saat ini.
Mataku berlari ke segenap ruang dalam kawasan ini. Ruangan yang semalamnya kosong, telah pun berisi dengan pelbagai jenis benda.
"Saya termasukkan sekali telefon bimbit dalam plastik TESCO berisi kobis.." Gumamku sambil mencari bayang plastik TESCO.
"Owh..saya nampak awak ada masukkan telefon bimbit awak dalam plastik selepas selfie depan kereta saya semalam." Bersungguh-sungguh Amar berkata begitu namun tidak langsung kuberikan perhatian.
Mana tidaknya, plastik TESCO yang ada di dalam ni semalam dah pun lesap! Hilang! Sudah tidak ada di sini. Aku mulalah berpeluh di dalam ruang yang berhawa dingin ini.
Kepala kutolehkan ke arah Amar yang sedang memerhati gerak-geriku.
"Alamak..! Plastik tu dah takde la dalam ni!" Nada suara sudah pun meninggi. Cemas! Mana pulak malaun tu campak plastik berisi kobis dan telefon bimbitku??!!
"Takde? Well..saya takde buang apa-apa pun.." Amar buat muka pelik.
"Bukan awak yang buang tapi si sam.." Perkataan samseng tidak jadi kusebut apabila mengenangkan yang berdiri di hadapanku ini adalah rakan lelaki itu.
"Sam?" Kening Amar terjungkit sedikit ke atas. Aku pula terus melihat ke kawasan sekitar. Nafas kutarik dalam-dalam.
"Kat mana tong sampah?" Soalku. Lelaki yang memakai seluar bermuda paras lutut ini menundingkan jari ke sudut kanan dapur. Kelam-kabut aku menyerbu ke situ.
Bibir kuketap dengan geram apabila plastik TESCO yang diikat terletak kemas di dalam tong sampah di hadapanku. Tanpa menunggu dengan lebih lama, aku terus duduk mencangkung. Tanganku lincah membuka ikatan pada plastik TESCO ini.
Nafas lega kuhela apabila ternampak bayang kobis terdampar di dalam salah satu plastik di dalam tong ini dan aku amat bernasib baik apabila tanganku yang sedang menggeledah terpegangkan sesuatu yang keras. Lekas-lekas aku menariknya keluar.
Jumpa! Kobis yang kelihatan layu akan kutinggalkan sahaja di sini.
"Nasib baik ada." Aku mendongakkan kepala ke arah Amar sambil menggawang-gawangkan telefon bimbitku ke arahnya.
"Good for you!" Dia kulihat hanya menggelengkan kepala sahaja sambil ketawa kecil. Cepat-cepat aku berdiri dan telefon bimbit kumasukkan ke dalam poket palazzo merah hati yang terlekat pada tubuh.
"Baiknya kawan awak tu kan. Siap buang plastik ni dalam tong sampah lagi." Sindirku geram namun wajah cuba kumaniskan juga. Nasib baik aku datang cepat! Memang bongok betullah dia tu! Mulalah aku menyumpah Danial Lee di dalam hati.
"Thank you so much. Saya balik dulu." Sempat lagi aku basuh tangan di sinki.
Tanpa memandang ke arah Amar, aku terus berlari menuju ke ruang tamu. Sekali lagi dia mengejar langkahku.
"Bella!" Panggilnya. Terpaksa juga aku menoleh ke belakang.
"Kenapa?" Soalku kurang senang. Bukan apa, aku tidak mahu terserempak dengan si Danial Lee poyo tu.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?" Amar kulihat bergerak ke arah sofa.
"Why?" Soalku sedikit pelik.
Kenapa pula dia nak tahu tentang adik beradikku? Soalanku tidak dijawabnya. Dia kulihat sangat sibuk dengan kotak-kotak yang berada di atas lantai. Inilah kotak-kotak berisi barangan Danial Lee. Amar kulihat sedang mengutip sesuatu dari dalam kotak yang saiznya paling kecil berbanding kotak-kotak yang lain. Isk dia ni..buang masa aku betullah!
"Sorry I really have to go." Ujarku yang terus menuju ke arah pintu utama. Baru sahaja melangkah keluar setapak dari unit kondominium mewah ini, kedengaran suara Amar bergema.
"You know, you do look like someone.."
Terus aku mendongakkan kepala ke arahnya yang sedang menyandarkan sisi kiri badannya pada dinding. Di tangannya ada sekeping gambar.
"Owh ye?" Soalku dengan malas. Ah, normallah tu. Ramai aje manusia dalam dunia ini yang mempunyai iras dengan manusia lain. Apa yang peliknya. Aku tersenyum lucu untuk seketika.
"Sama. Hampir 80% - 85% sama!" Mata Amar kulihat memandang ke arahku dan kemudian ke arah gambar di tangannya silih berganti.
"Sama dengan siapa?" Ujarku acuh tak acuh sambil memakai sandal pada kaki.
"Take a look at this." Tiba-tiba sahaja dia menghulurkan gambar yang dipegangnya itu kepadaku. Aku pula mengerutkan dahi sedikit.
Amar ni, selamba sahaja selongkar barang lelaki poyo tu. Tak takut kena sound ke? Lambat-lambat aku menyambut huluran gambar tersebut dari tangan Amar.
Tersentak aku untuk seketika. Kepala yang sedikit ringan kerana berjaya mendapatkan telefon bimbitku kembali tadi kini bersimpul-simpul kusutnya.
Arwah Kak Ngah!
Terkejut besar aku jadinya. Anak mata yang kufokuskan pada gambar di tangan kini sudah mahu tersembul keluar. Jemariku pula sudah mula terketar-ketar sedikit. Jantungku berdegup cemas. Bagaimana gambar arwah Kak Ngah boleh ada di sini??! Baru sahaja ingin mendongakkan kepala memandang ke arah Amar, gambar yang berada di tanganku dirampas oleh seseorang. Serentak dengan itu juga aku menoleh.
Danial Lee!
"What are you doing here??" Bentaknya dengan kasar. Kali ini nada suaranya tidak dikawal langsung. Bergema kuat, membingitkan keamanan tingkat 12 ini. Jantungku yang dari tadi berdegup dengan cemas kini semakin hebat berdetak. Pelbagai persoalan bermain di fikiran saat ini.
Amar terus keluar dan dia meletakkan sebelah tangannya pada bahu Danial yang sedang menjeling ke arahku dengan pandangan yang sangat tajam. Dari gayanya itu, dia kelihatan seperti mahu menenangkan lelaki yang wajahnya sudah bertukar merah ini. Ya Allah, serabutnya kepalaku. Aku tidak mahu berada di sini dengan lebih lama lagi.
"Man..she just..." Belum sempat Amar menghabiskan ayatnya, aku terus berlari menuju ke arah lif.
Punat pada dinding lif kutekan dan kelam-kabut aku melangkah masuk sebaik sahaja pintu lif terbuka. Kusut fikiranku dengan pelbagai soalan tika ini. Kedua-dua belah tangan memicit halus kawasan dahi.
Bagaimana gambar arwah Kak Ngah boleh menjadi sebahagian daripada harta lelaki itu?!
***
Semakin menarik..... :D
ReplyDeleteThank you so much sudi baca dan komen :) nanti akak post bab 10 :)
Deletebyt
ReplyDeletewah, best nye jd org first...awesome....makin interesting...
Thank u so much sudi baca dan komen ye..nantikan bab 10 :)
Deletekak ngah bekas awek Daniel lee ke?
ReplyDeletein syaa Allah, jawapannya akan ade di bab seterusnya :) tq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
Deletecan't wait for the next chapter kak suri :)
ReplyDeleteIn syaa Allah esok akak post bab 10 ye. Tq sudi baca :)
DeleteHmm.. Mgkn dong wook tak suka bella sbb muka dia iras kak ngah tu kot.. Bila tgk bella, dia teringat kak ngah .. Hehe .. Pandai2 ja.. :D best .. ;)
ReplyDelete-athirah-
Mungkin :D nantikan bab seterusnya ye :) tq sudi baca dan komen
DeleteBeen waiting soooooooooo long for this! hehe
ReplyDeletetq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
DeleteThumbs up for u...keep writing :)
ReplyDeletetq so much..in syaa Allah bab 10 esok malam suri post :)
Deletesuspen suspen....smbg lg suri
ReplyDeleteIn syaa Allah mesti sambung esok :) tq so much sudi baca dan berikan komen :)
DeleteBab 10 pula he...hihihi
ReplyDeletetq so much sudi baca :) esok suri sambung kay?
DeleteMesti Amar rase yg Bella n perempuan yg dlm gamba tu adik beradik kan? That's why dia tanye tu
ReplyDeleteMungkin juga hehee..nantikan bab seterusnya ye..tq so much sudi baca dan komen :)
DeleteBest3....bukan takat nak bab 10 je...nak novellll...
ReplyDeletethank u so much :) kalau terbit nanti suri inform ye hee :)
Deleteya sudah.. arwah kak ngah plak.. ksin Daniel Lee n Bella. ada kisah di sebalik kisah mereka
ReplyDelete>>k<<
mmg ada kisah silam..tq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
Deletedebar rasa...patutla daniel lee dong wook (hehehe..sesuka ati tmbh) jadi kkangpae..mesti sbb kisah silam kan? oh my..oh my..x sabau nk tau sambungannya..fighting siapkn ye ^^
ReplyDeletesedap kan..Danial Lee Dong Wook! Haha xD tq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
DeleteBest sgt2.. excited giler bila baca.
ReplyDeletetq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
DeleteBest sgt2.. excited giler bila baca
ReplyDeleteBab 10 please :) tq untuk novel2 Dan cerita2 yang hadir Dlm hidup kehidupan saya
ReplyDeleteThank you juga sebab sudi membaca karya2 suri :) esok suri post bab 10 ye
DeleteAssalamualaikum semakin menarik cerita suri ni aduhai tk sabar nk tggu bab seterusnya tahniah suri
ReplyDeletewaalaikumussalam :) terima kasih kerana sudi mengikuti kimchi untuk dia :) In syaa Allah esok akan ade bab 10 kat sini..:)
DeleteAHHH!!!BESTNYA..CPT2 LA UPLOAD BAB SETERUSNYA..HEHEHE..xsbrnya...mesti arwah kak ngah tu bekas GF si samseng tu..hehehe..can't wait ..wink2 ;P
ReplyDeletemungkin...segala kemungkinan ada di sini hehehe tq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
Deletesemangkin berdebar apebila baca setiap bab.dan tak sabar nak baca bab seterusnye.
ReplyDeleteterima kasih :) tq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
DeleteWah ada misteri la antara DL dan family Bella tu yg dia asyik meroyan aje bila nmpk muka Bella tu....
ReplyDeleteMemang Danial Lee dan Kak Ngah Bella ada sejarah silam..nantikan bab seterusnya ye..tq sudi baca :)
DeleteOMG!!!!! k.suri good job. best gila dan menarik sngt citer ni. daniel lee & arwah k.ngah??? xsbr nk tnggu next bab.
ReplyDeletehehee xD nantikan sambungannya ye..tq so much sudi baca dan berikan komen :)
Deletebestnya...x sabar nak baca bab 10
ReplyDeleteIn syaa Allah, esok ade bab 10 :)
DeleteBest... thanks Suri...
ReplyDeleteyou are welcome :) tq sudi baca..esok suri post bab 10 ye?
DeleteAduh makin saspen.... Makin menarik...
ReplyDeletetq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
Deletearwah kak ngah bella?? msti arwah tu mkwe daniel lee..tgk style mamat tu pn cm dia x leh lpakn arwah je..
ReplyDeletehehe jawapannya ada di bab2 seterusnya ^_^ tq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
Deletehaha..sangat menarik..cepat2 siapkan next chapt..semangat nih..
ReplyDeletetq so much sudi baca dan berikan komen :) esok suri post bab 10 ye
DeleteTak sabar nak tahu pandangan dan isihati daniel lee towards bella...ape agaknye ek anggapan dia pada bella?
ReplyDeletein syaa Allah, nanti mesti akan lebih jelas isi hatinya dlm bab2 seterusnya :) tq so much sudi baca dan komen ye. Esok suri post bab 10
Deletex mahu bt spekulasi.. apa2 pn suka dgn cerita nih. :))
ReplyDeletehaha xD tq so much sudi baca dan komen :)
DeleteBest 3x.
ReplyDeletetq so much sudi baca dan komen ^_^ esok akan post bab 10
Deletehaaaa..ni mula la nk speku.. mesti danial ingat bella tu kak ngah..and kakngah tinggalkn danial, so danial marah..hurmmm
ReplyDeletetq so much Jue sebab sudi komen hahaa..tq jugak sebab sudi speculate heee esok malam suri sambung :)
DeleteJalan cerita menarik. Lain dr yg lain.
ReplyDeleteThank u so much :) nanti esok suri post bab 10
DeleteWahh...suspen2! nak bab 10 cepat2...hehe
ReplyDelete-Nad-
tq so much Nad ^_^ esok kak suri sambung kay? haha
Deletekak suri..ep 10 plisssss...
ReplyDeleteEsok...ok kak suri muahh muahh ^.^
ReplyDeletexsbar nk tau apa terjadi kt chpter 10...suka sgt2 citer nie...u are awesome la kak suri..semua novel2 kak suri mmg the best..=)..
ReplyDeleteMemang best....xsabar plak nk tunggu novel ni kuar..bertambah la koleksi novel kak suri..hehehe...Go Go kak suri..... ^_^
ReplyDeleteplak dh...sape Daniel Lee dgn pak Su???
ReplyDeleteDaniel pnh bcinta ngn arwah kak ngah bella ke?
ReplyDeletesuspen ade
ReplyDeletenebes pon ade....
As salam, suri.seriously,semua novel awak memang best,perfect.tapi.....klu novel awak dah keluar kat pasaran.boleh tak awak sambung upload next bab,because,some people can't buy novel malaysia,contoh nya diaorg ada dekat over sea or something.....saya mohon pada awak,upload bab yg seterusnya sampai habis cerita ni...
ReplyDeleteThink about that,please..
-Maryam Feriha-