**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday, 14 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 6]

Bab 6




"Cukup tak banyak ni Bella?"

Buntang mataku memerhati ke arah troli yang penuh diisi dengan sayur kobis. Tak kurang dari 20 bijik kesemuanya. Luas ternganga mulutku saat ini. Nasib baik tak melompat keluar gula-gula getah yang sedang aku kunyah. Kedua-dua belah tangan memicit kepala yang sudah mula berserabut. Dah aku agak dari semalam. Perkara macam ni pasti akan terjadi.

"Kak Long! Bukan kobis bulat ni la..kita perlukan baechu untuk buat kimchi!" Terjerit kecil aku jadinya.

Lekas-lekas aku memandang ke sekeliling kawasan pasaraya TESCO ini. Nasib baik kawasan ini lengang dan tidak ada yang memerhati.

Kak Long kulihat buat muka pelik.

"Baechu?? Apa tu?" Berkerut seribu wajahnya saat ini.

Pap! Dahi kutepuk dengan perlahan. Aku pun satu! Manalah Kak Long faham bahasa korea!

"Sorry..maksud Bella napa cabbage atau pun kita panggil kobis panjang! Baechu tu maknanya kobis panjang di dalam bahasa korea." Panjang lebar aku menerangkan kepada Kak Long.

 Kak Long hanya mengangukkan kepalanya beberapa kali. Tanganku mencapai sepaket besar ikan bilis yang terletak di rak sebelah kanan dan kumasukkan ke dalam troli. Kemudian, aku menoleh ke rak di sebelah kiriku pula. Anak mata berlari ke arah deretan botol yang  berisi pelbagai jenis sos. Yes, dah jumpa!
Sos ikan bersaiz besar kucapai dan kuletakkan di dalam troli.

"Ooo..kobis panjang. Kobis ni tak boleh ke Bella?Kesian Kak Long, penat angkut kobis-kobis ni masuk dalam troli tadi." Ada nada malas yang dapat kukesan dalam suara Kak Long.

Mata yang tadinya melekat di dalam troli kini menjegil ke arah Kak Long. Terus sahaja gadis ini tersenyum sumbing. Tahu takut!

"Bella tak nak ambil risiko guna kobis ni Kak Long. Memanglah  kat Korea tu ada bermacam-macam jenis kimchi. Lain musim, lain jenis kimchi yang akan dihidangkan. Setiap tempat di Korea Selatan tu ada cara membuat kimchi yang tersendiri." Panjang lebar aku membebel. Kak Long kulihat terus menganggukkan kepalanya seperti spring.

"Tapi, Bella hanya tahu resipi yang Soo Jin ajumma  berikan sahaja. Kak Long, kita perlukan kobis panjang untuk buat kimchi ni. Bukan kobis bulat!" Tegasku. Sudahlah kepalaku sangat kusut kerana terpaksa buat kimchi, Kak Long pula pandai-pandai nak tukar bahan yang perlu digunakan. Wajah aku yang serius terus diusap halus oleh Kak Long. Sengihan lebar beraja di bibirnya.

"Olo olo olo..marah pulak! Ampun adikku. Janganlah marah-marah. Bella tahu tak, kalau Bella garang-garang macam ni, sampai ke tualah Bella membujang." Usik Kak Long. Ada ketawa kecil di hujung ayatnya.
"Bella muda lagilah Kak Long! Kak Long tu yang kena fikir tentang soal jodoh." Selamba sahaja aku berkata begitu. Lidah kujelirkan sedikit ke arah Kak Long. Memang betul aku tidak pernah fikir tentang jodoh. Bukan tak mahu tetapi rasanya belum perlu.

"Senyumlah sikit.."

Kak Long dah mula buat muka duckface. Terus sahaja aku mencubit pipinya.

"Kak Long..Kak Long tak takut ke kalau Bella rosakkan majlis tu dengan kimchi buatan Bella nanti?" Akhirnya terluah juga apa yang terbuku di dalam hati.

 Tiba-tiba sahaja Kak Long bergerak ke arah troli. Seperti tidak berminat dengan apa yang sedang aku katakan. Aku hanya memerhati sahaja gadis yang beza umurnya hanya 5 tahun dariku itu. Kemeja putih pada badannya dibetulkan dan dia terus sahaja memegang troli dengan kedua-dua belah tangannya.

"Bella..Bella! Janganlah merendah diri sangat."

Merendah diri? Adoyaii..ini bukan masalah merendah diri Kak Long oi!

"Kak Long sentiasa confident dengan Bella. Kak Long yakin 200% Bella boleh buat kimchi yang paling sedap di dunia."

Boleh pengsan mendengar Kak Long mengipas aku. Orang serius ni, dia main-main pulak. Belum sempat aku bersuara, terus sahaja Kak Long menolak troli menjauhi aku sedikit.

"Apa tadi? Kobis panjang? I'll be right back, boss!" Dengan penuh bersemangat Kak Long berkata begitu.

Mataku berlari ke arah kira-kira 20 bijik kobis bulat yang bergolek di dalam troli yang ditolaknya. Belum sempat aku memberitahunya tentang berapa biji kobis panjang yang aku perlukan, dia terus sahaja menolak troli dengan laju menuju ke bahagian yang menempatkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kepala yang tak gatal kugaru dengan kasar.

"Ades..serabutnya kepala aku!!" Getusku geram sambil membetulkan blouse di badan.

Dengan pantas aku mengejar langkah Kak Long sebelum dia mengangkut berbijik-bijik kobis panjang pula ke dalam troli. Kak Long..Kak Long! Pandai-pandai tawarkan diri untuk carikan kimchi buat big bosnya tetapi bahan apa yang digunakan untuk membuat kimchi pun tidak langsung diambil peduli. Ah, jangan cakap tentang bahan-bahanlah.  Aku berani kerat jari silap-silap  bagaimana rupa bentuk kimchi pun dia tak tahu! Sabar aje la Bella! Nafas kutarik dalam-dalam sambil mengeluarkan senarai bahan-bahan dari dalam poket seluar panjang bercorak 'leopard' di tubuh.

***

Lega rasa hati. Nafas kutarik panjang-panjang saat ini. Akhirnya, semua bahan-bahan yang aku perlukan untuk membuat kimchi sudah pun berada di dalam genggamanku. Senyuman menghiasi bibir saat ini Aku menjeling ke arah Kak Long yang sedang bernyanyi sakan di kerusi pemandu. Matanya yang dilindungi kaca mata berwarna hitam itu difokuskan ke arah jalan raya di hadapan sebelum menjeling sekilas ke arahku.

"Bella. Thank you so much sebab sanggup untuk buatkan kimchi tu." Tidak pula kukira ini kali keberapa Kak Long mengucapkan terima kasih kepadaku. Bagai akulah penyelamatnya dari malapetaka pulak. Yang nyata, ada rasa bimbang setiap kali ucapan itu menampar gegendang telingaku.

"No problem tetapi Bella tak janji tau kimchi tu akan menepati cita rasa big boss Kak Long tu. Bella risau." Luahku ikhlas. Ada senyuman sumbing muncul di bibir saat ini.

"Takpe Bella. Yang penting Bella buat dengan bersungguh-sungguh. Kak Long pun boleh tolong Bella nanti." Ujar Kak Long. Kedua-dua tangannya sedang sibuk mengawal stereng saat ini.

Baru sahaja aku ingin bersuara, teba-tiba sahaja telefon bimbit Kak Long berlagu nyaring, minta dijawab. Terus sahaja Kak Long menyumbatkan  handsfree ke telinganya di sebalik tudung.

"Hello"

"Yes, Mei Lian."

Oh..rakan sekerjanyalah tu yang menelefon. Aku menoleh ke arah Kak Long sambil menyedut minuman yang berada di tangan.

"Yes..the key is with me. Kenapa?"

Berkerut wajahku apabila Kak Long kelihatan sedikit cemas saat ini.

"What???! He is here?! What are we going to do now?" Terjerit kecil gadis itu saat ini dan serentak dengan itu juga dia menekan brek dengan tiba-tiba.

"SALINA AZZAHRA!!!"

Suaraku mencapai oktaf yang paling tinggi apabila menjerit  nama penuh Kak Long. Jantung berdegup kencang saat ini umpama baru selesai acara olahraga. Dengan pantas aku menoleh ke arah Kak Long yang sedang berada di kerusi pemandu.

"Kak Long! Kenapa ni?!" Dengan perasaan geram aku bertanyakan soalan itu kepadanya. Suka-suka hati sahaja dia berhentikan kenderaan begitu.

"Bella..Kak Long minta maaf. Kak Long ada big problem sekarang." Jawabnya dengan wajah yang bersalah.

Aku tahu ada perkara yang mengganggu Kak Long saat ini.  Baru sahaja aku ingin bertanya dengan lebih lanjut, Kak Long telah terlebih dahulu berbual dengan rakannya yang berada di hujung talian.

"Hel..hello Mei Lian. Are you still there?"

Aku hanya mendengar sahaja. Di dalam hati tertanya-tanya juga apa masalah besar yang sedang dihadapi oleh mereka ni.

"Tak..I okay. So bagaimana sekarang? What are we going to do?"  Selepas sahaja bertanyakan soalan itu, Kak Long kulihat menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Okay..okay! I sampai sana sekarang. You tunggu okay?"

Sampai sana? Sampai mana pulak? Aku lihat Kak Long mencabut wayar handsfree dan kemudiannya dia menoleh ke arahku.

"Bella. Big problem Bella." Kalut suaranya mengucapkan ayat tersebut kepadaku. Kasihan pula aku lihat keadaan kakakku yang seorang ini.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap kenderaan untuk seketika. Kenapa Kak Long ambil jalan lain pulak ni? Ini bukan jalan untuk pulang ke rumah.

"Problem apa Kak Long? Kita nak ke mana pulak ni?" Soalku dengan wajah yang berkerut.

"Boss Kak Long dah sampai!" Dia menjerit kecil. Aku pula buat muka pelik. Dah tu kenapa?

Kaca mata hitam yang berada di wajahnya terus ditanggalkan dan dicampakkan di atas riba. Memang dia tengah serabut saat ini.

"So? Apa kena mengena dengan kita?" Soalku. Mataku berlari pada Kak Long yang kulihat sedang memfokuskan pandangan pada jalan raya.

"Malam ni dia nak pindah masuk kondo."

Aku masih lagi tidak faham. Kak Long pula terus menekan minyak. Nampak seperti dah tidak sabar untuk sampai ke destinasi.

"Yeah..so? Apa kena mengenanya dengan kita?" Soalku lagi. Aku menarik nafas panjang-panjang.

"Kak Long relax..relax okay! Explain slowly..apa masalahnya sekarang?" Dengan lembut aku berkata begitu. Harapnya dapat menenangkan Kak Long yang kelihatan sangat cemas.

"Kak Long diberitahu yang dia akan sampai hujung minggu hadapan. Agen pun baru aje kasi kunci kondominium kat Kak Long. Kak Long tak sempat pun hire orang untuk kemas rumah tu." Lancar sahaja ayat itu keluar dari mulutnya membuatkan aku diam untuk seketika.

"Bukan salah Kak Long la kalau macam tu. Excuse me, siapa suruh dia sampai awal sangat." Jawabku dengan selamba.

"Suruh aje dia check in hotel. Settle." Aku memberikan pendapat yang kurasakan paling bernas saat ini.

"Bella..kalaulah boleh kami buat macam tu. Masalahnya kita bercakap tentang owner syarikat yang Kak Long kerja sekarang. Company tu dia yang punya! Bukan pegawai, bukan senior manager tetapi chairman.

"Dia akan pindah masuk malam ini jugak." Bersungguh-sungguh Kak Long cuba memahamkan aku. Jam di tangan kujeling untuk seketika. Dah pukul 12 tengahari! Patutlah perutku asyik menjerit aje, mintak diisi.

"So what? Salah dia kan?" Aku menjulingkan mata ke atas.

Kak Long terus menjeling ke arahku.

"Bella..Bella, my beautiful Bella. Listen here." Dengan nada memujuk dia berkata begitu kepadaku.

"Mei Lian dah tunggu Kak Long tu. Siap dengan tukang cuci sekali. Bella ikut Kak Long ye?"

 Aku terdiam seketika.

"Ha? Pergi mana?" Soalku dengan nada yang sedikit meninggi.

"Kemas rumah big boss Kak Long." Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari bibirnya.

"What?!"

Kedua-dua belah tangan menutup wajah saat ini. Sengaja aku tidak bersuara kerana tidak mahu serabutkan fikiran Kak Long. Kat mana pulaklah aku hendak simpan kobis panjang yang kubeli tadi? Tidakkah layu nanti kalau dibiarkan di dalam kereta ini? Adoiiii! Masalah betullah! Mana pulak aku nak cari peti sejuk ni??!!

***





73 comments:

  1. BEST sangat....tak sabar babak seterusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Khalisha :) in syaa Allah, nanti suri post bab 7 ye

      Delete
  2. Replies
    1. tq sudi bace dan komen ;) in syaa ALLAH nanti akan ade bab 7 :)

      Delete
  3. mesti bella terserempak dengan danial nanti..jeng jeng jenggggg :)

    ReplyDelete
  4. Besttt........ xsabar nk tgu Bella jpe gn incik korea tue .hehehe
    nexttt..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade jodoh mesti jumpe nanti xD haha tq bace n komen ye :)

      Delete
  5. Mesti bos kak long tu mamat gangster tu....jgn2 Bella simpan bahan2 kimchi kat rumah bos....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xD tq sudi baca dan komen..kite tgk nanti tekaannya mengena ke tak okay xD hee tq

      Delete
  6. setia menanti chapter seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah..bab 7 akan ade nanti..tq so much sudi baca tau :)

      Delete
  7. Best sesangat!!!!!nak lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen..nanti suri sambung lg ye:)

      Delete
  8. Bella jmpe mamat gangster hehehe

    ReplyDelete
  9. alah pendeknya alahai.. tp ook la pengubat rindu

    ReplyDelete
  10. Alahai kak suri.. best sngt smpai xpuas baca.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Cik D :) esok akak post panjang sikit ye :)

      Delete
  11. alahai kalut sungguh kak long nih.. kesian bella, dh la br sampai, paksarela suh buat kimchi, dh tu ajak g shooping barang buat kimchi, ni nk ajak p cuci kondo plak.. kalau dlm flight dpt est ok gak..pity u bella..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan for Bella haha xD tq sudi baca dan berikan komen :) nanti suri post bab 7.

      Delete
  12. buat buku terus boleh dak.. cek geram nih.. best sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe innsyaa Allah..akan diterbitkan..nanti suri update ye. Tq sudi baca dan komen ♡

      Delete
  13. Best ;) bella, danial lee tu sy punya eh! XD

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq athirahh! Bella ckp okay..kita bermadu! Hahah tipu je :p tq sudi baca

      Delete
  14. Awat kalut sgt kak long si bella ni....
    baru blh komen...best sury.

    ReplyDelete
  15. Cuba sury bg resepi kimchi tu blh la try buat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah nanti suri paste kat sini ye ♡ tq sudi baca

      Delete
  16. kalut sungguh kak long bella ni..mcm2 hal..hahahaaaa
    k.long ny ni xde bf kn? pas en.faris ke dia je la ek? boleh kn? ;p

    waaaaa...chairman tuu...ptut la pkai keta mewah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pass en faris ek? Haha pun bole..kalau ada jodohhh xD tq sufi baca dan komen

      Delete
  17. Tq...suja membaca cerita iinu...sila sambung lagi

    ReplyDelete
  18. Best...
    Kak Long Bella ni serabut betul....

    ReplyDelete
  19. best2 tak sabar nk tunggu next entry

    ReplyDelete
  20. wah..nampaknya tiap2 hari kena check blog kak suri nih sebab nak baca sambungan ceriteranya..hahaha..btw, cerita sungguh menarik..tertanya2 dbuatnya and rasa tak sabar nak baca dlm bentuk hardcopy..cepat2 la terbitkan ye.! dah terbayang2 kot2 dtayangkan kat tv pulak tyme petang2..hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca KUD :) bab 7 dah ade kat sini..in syaa Allah..kalau terbit nanti suri inform ye :)

      Delete
  21. alahhh... x puas baca... tolong lah cepat kuar jd novel nk beli terus ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much :) in syaa Allah, terbit nanti akak mesti inform :)

      Delete
  22. menarik tertarik ko mmg debom

    ReplyDelete
  23. Suriiiiiiii mana bab 7 niiiiiiiiiii
    dah tak sabar nak baca.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeee :) hehe bab 7 dah ade kat sini :) selamat membaca

      Delete
  24. K.suri cpat2 updated entry terbaru. Xsbar nk taw kisah si bella ni seterusnya huhu...

    ReplyDelete
  25. Deebak, nak lagi. X sabar nak tunngu next n3.

    ReplyDelete
  26. rasanya memang mamat kekwat kat business class tu la big boss k.long...huuhuhu

    ReplyDelete
  27. Yeay da blh komen.. bos kak long mst laki dlm flight tu

    ReplyDelete
  28. yeay, dah boleh komen kat blog. hehehe.
    bestnye citer ni..

    erm rindu sangat nak baca tulisan kakak comey ni.
    ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi mengikuti KUD :) hopefully terubat rindu Niyaz ayani :)

      Delete
    2. hehehe terubat sangat ni kak...

      lagi terubat kalau dapat jumpe kak suri lagi... ngeh3... ^-^

      Delete
  29. ha,...dah blh komen..

    haila kak long...ko ler punca masalah bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca dan komen :) haha kak long la puncanya :o

      Delete
  30. crita yg mnarik perhatian ntuk dibca wpun di post pendek2..terseksa jiwa mengunggu


    >>k<<

    ReplyDelete
  31. ahhhh stress baca stress nak sambungan crita seterusnya

    ReplyDelete
  32. Saya suka sangat baca.. ulang2 pun baca! Best sangat :)

    ReplyDelete
  33. Daebak!! Terbaik la. Jumpa blog ni semalam after baca ada orang recommend. Best la~

    ReplyDelete