**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Sunday, 24 June 2012

Anda sukakan Novel M.A.I.D.? Jom undi! :)



Assalamualaikum semua..:)

 Syukur Alhamdulillah, karya Suri yang bertajuk M.A.I.D. telah pun tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2012! ♥ Terima kasih kepada semua yang sudi mendapatkan karya Suri yang ni ya..:) Kepada yang meminati kisah Mr. F dan Noorul, anda bolehlah undi/vote M.A.I.D. :):):)

 **Undian bermula dari 1 JUN 2012 sehinggalah 1 JULAI 2012. Orang yang sama boleh mengundi setiap hari :) Anda boleh mengundi secara online di www.popular.com.my/.

 Sokongan anda Suri dahulukan dengan ucapan terima kasih..:) Thank u soooooo much ya :)

 Much Love, Suri Ryana

Friday, 20 April 2012

Jadual Suri : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012! :)

Assalamualaikum semua :):) Suri dah dapat jadual untuk sesi Suri bertemu dengan para pembaca semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti :) Boleh dapatkan novel M.A.I.D. dan Isteri Separuh Masa di sana :) Ada small gift dari Suri untuk beberapa puluh orang pembaca yang mendapatkan M.A.I.D. atau ISM dari Suri nanti untuk setiap hari sesi Suri belangsung :) InsyaAllah, Suri akan berada di gerai/booth Penerbitan Kaki Novel selama tiga hari. Tarikh, masa dan lokasi booth seperti di bawah ye.. :

Jumaat: 27 April 2012 (12.30 pm - 2.00 pm)
Sabtu : 28 April 2012 (11.00 am - 12.30 pm)
Ahad : 29 April 2012 (11.00 am - 12.30 pm)

Lokasi : Ruang Legar, PWTC - Gerai/booth L089,L090,L091 (Sila klik pada gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas lokasi gerai ini)
♥ Jumpa di sana nanti ya!! :):) ♥




Much Love,
Suri :)

Thursday, 19 April 2012

Novel Isteri Separuh Masa l Suri Ryana - Carta Paling Laris Popular :)

Assalamualaikum semua :):)

Suri ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk rakan-rakan pembaca yang sudi mendapatkan karya kedua Suri ini..Alhamdulillah, ISM telah pun berada selama 3 minggu berturut2 di dalam Carta Paling Laris Popular dan berada di tangga PERTAMA di dalam carta minggu lepas dan minggu sebelumnya (2 minggu berturut-turut) :) Alhamdulillah, syukur!! Tanpa pembaca yang terus memberikan sokongan, tak mungkin ISM berada di situ.

Segala komen dan kritikan membina dari para pembaca amatlah bermakna untuk Suri. Terima kasih untuk segala-segalanya. Yang memberikan komen positif, yang memberikan kritikan membina..:) Semua itu akan Suri jadikan semangat untuk terus melangkah di dalam dunia penulisan yang penuh dengan cabaran ini. :):):)

Jumpa di PWTC semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti ya..Suri akan maklumkan tarikh dan masanya nanti :):)

Much Love,
Suri :)

Tuesday, 20 March 2012

Jom Dapatkan Novel Isteri Separuh Masa :)

Assalamualaikum semua :) Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel kedua Suri yang bertajuk Isteri Separuh Masa secara ONLINE dengan Kaki Novel, anda bolehlah berbuat demikian sekarang :) InsyaAllah, Suri akan pulang ke Malaysia untuk menandatangani 300 unit novel ini, khas buat 300 pembeli pertama Isteri Separuh Masa hujung minggu ini :)




** klik di SINI untuk melanggan secara online**


ISBN:- 978-967-5067-96-9
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI Kaki Novel: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI Kaki Novel: RM 21.00
JUMLAH MUKA SURAT : 568

Sinopsis:-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel ini di MPH dan Popular, anda juga boleh berbuat demikian April nanti setelah stok sampai di sana :):):) Jutaan terima kasih Suri ucapkan kepada semua yang berminat dengan novel kedua Suri ini. Benar-benar berharap jalan ceritanya menepati cita rasa anda semua..terima kasih!! Sayang semua! :)

Much Love,
Suri :)

Tuesday, 13 March 2012

Isteri Separuh Masa

Assalamualaikum semua :)

Jom layan slideshow Novel Isteri Separuh Masa yang akan berada di pasaran April nanti :)Di sini juga Suri post cover ISM sekali untuk tatapan para pembaca :) Update untuk PISA akan ada malam nanti, InsyaAllah :):):)



Slideshow novel Isteri Separuh Masa yang dihasilkan oleh Kaki Novel. Thanks KN..:):):)



Much Love,
Suri :)

Monday, 5 March 2012

Senarai soalan serta pemenang untuk M.A.I.D. Contest :)

Assalamualaikum semua..:) Jutaan terima kasih Suri ucapkan kepada semua pembaca yang sudi mengambil bahagian. Kenangan manis setiap pukul 9 malam selama beberapa minggu berturut-turut bersama pembaca sekalian tidak akan Suri lupakan sampai bila-bila. Thanks semua! Okay..jom kita tengok balik apakah soalan-soalan yang pernah dikemukakan dulu :) Di sini Suri sertakan sekali jawapan serta senarai pemenangnya :)

Soalan Pertama : Di manakah terletaknya kampung Noorul? (Namakan bandar dan negerinya sekali).
Jawapan : Sungai Petani, Kedah.
Pemenang : Atie Md Deris / Nurul Hizati

Soalan Kedua : Siapakah nama sebenar Miss T?
Jawapan : Nurul Ain
Pemenang : Ros Choco / Siti Rosnah

Soalan Ketiga : Noorul dan Mr. F menaiki kereta mewah dari rumah Mr. F untuk ke majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel Sri Impiana. Apakah jenama kereta yang dinaiki oleh pasangan tersebut?
Jawapan : Bentley
Pemenang : Adah Adawiyah

Soalan Keempat : Berapakah usia kandungan Noorul semasa dia disahkan mengandung oleh doktor?
Jawapan : 3 minggu.
Pemenang : Kim Na Na

Soalan kelima : Ketika Noorul dan Mr. F ke Paris untuk berbulan madu, Haikal telah menyuruh mereka mendapatkannya sesuatu di sana. Apakah barang yang dipesan itu dan kepada siapakah Haikal menghadiahkan barang tersebut? (Barang, Nama penerima hadiah)
Jawapan : Beg Tangan, Iman.
Pemenang : Sarini Hassan

Soalan keenam : Siapakah Maya?
Jawapan : Pembantu Peribadi Tan Sri Hamdan.
Pemenang : Muhammad Azman

Soalan ketujuh : Apakah hubungan Helina Zaura dengan Mr. F dan berapakah umur gadis itu? (Hubungannya dengan Mr. F, umurnya).
Jawapan : Adik Mr. F, 21 tahun.
Pemenang : Siti NurAin Abdul Manap

Soalan kelapan : Apakah nama kedai bunga yang dimiliki oleh Faziah?
Jawapan : Fazzy Florist
Pemenangnya : Nur Raihan

Soalan kesembilan : Mr. F hanya makan satu jenis sayuran hijau sahaja. Berikan nama sayur itu. Jawapan : sayur kangkung
Pemenang : Adawiyah Fauzi

Soalan ke-10 : Adam dan Miss T belajar di tadika yang sama. Apakah nama tadika itu? Pastikan ejaannya betul ya :)
Jawapan : Smart Kids Kindergarten
Pemenang : Yaya Othman (Hani Nadia)

Soalan Ke-11 : Siapakah yang mereka baju perkahwinan Noorul dan Mr. F?
Jawapan : Ray Adly
Pemenang : Pesona Mickey

Soalan Ke-12 : Faziah pernah diupah oleh DUA orang manusia untuk memusnahkan hidup Noorul. Berikan nama mereka. (Pastikan ejaan nama kedua-dua watak itu betul ya..) Jawapan : Asyraf dan Elisa
Pemenang : Ayuni Lufias’s

Soalan ke-13 : Kereta apakah yang digunakan oleh Asyraf ?
Jawapan : Honda CRV
Pemenang : Khairun Nisa

Soalan ke-14 : Sementara menunggu pasport Noorul siap, Mr. F dan Noorul telah singgah ke kedai makan untuk menjamu selera. Apakah minuman yang dinikmati oleh Noorul pada masa itu?
Jawapan : Air kelapa
Pemenang : Nur Aimi

Soalan ke-15 : Siapakah namanya guru masakan Noorul dan Iman?
Jawapan : Chef Aidil
Pemenang : Aien Fauzi

Soalan Ke-16 : Nurina pernah meninggalkan Mr. F kerana lelaki lain semasa mereka sama-sama menuntut di luar negara dahulu. Siapakah namanya lelaki itu?
Jawapan : Matthew
Pemenang : Nurin Suhaimi

Soalan ke-17 : Asyraf mempunyai abang. Betul atau Tidak?
Jawapan : Betul
Pemenang : Fiqa Shah

Soalan ke-18 : Siapakah nama adik noorul?
Jawapan : Noorin
Pemenang : Noor Afzan Suhaimi

Soalan ke-19 : Apakah nama hotel yang dimiliki oleh keluarga Mr. F?
Jawapan : Hotel Sri Impiana
Pemenang : Nur Izzah Maisarah

Soalan ke-20 : Untuk keluaran bulan berapakah novel M.A.I.D diterbitkan tahun lepas? Nyatakan nama syarikat penerbitannya sekali. (Bulan, Nama syarikat penerbitan)
Jawapan : April / Kaki Novel Enterprise
Pemenang : Rozita Abdullah Shani

Soalan bonus : Siapakah nama pengawal keselamatan di Golden Palace?
Jawapan : Mr. Lee
Pemenang : Farrah Sakinah

Soalan Bonus : Apakah hadiah yang diberikan oleh Medina Izwani kepada Dr. Nazrin Shah sebagai tanda terima kasih kerana lelaki itu mengejutnya bangun pagi?
Jawapan : Buku Skrap
Pemenang : Fatnin Marha

Kepada yang tidak berjaya, InsyaAllah, anda boleh cuba lagi di masa akan datang..:) Suri pasti akan adakan kuiz seperti ini lagi di masa akan datang. Mungkin untuk ISM nanti..:)

Much Love,
Suri Ryana :):):)

Sunday, 5 February 2012

Jom join M.A.I.D. Contest! :)

Assalamualaikum..:)

Apa khabar semua? Suri harap anda semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. :) Okay, sebenarnya Suri nak buat contest (suka-suka aje) untuk anda yang sudah pun membaca M.A.I.D. :) Suri akan mengemukakan sebanyak satu soalan setiap sehari di Facebook page Suri. Jumlah soalan yang akan Suri tanya adalah sebanyak 20 soalan di Facebook (akan ada 20 pemenang semuanya). InsyaAllah, dari hari Isnin sehingga hari Ahad (bermula dari 6 February 2012-27 February 2012, pukul 9 malam). Contest ni akan berlangsung selama 3 minggu. Pemenang akan mendapat 'small gift' daripada Suri. Suri akan post hadiah-hadiah kepada semua pemenang pada 29 February 2012 nanti (hari Rabu). Berikut adalah syarat-syarat serta cara-cara untuk menyertainya:

1) Soalan-soalan akan berkisar tentang novel M.A.I.D. sahaja :D (siapa dah khatam, mesti boleh jawab punye hhihihi) Jangan risau, soalannye simple aje! :D

2) Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang 'LIKE' page Suri Ryana kerana soalan-soalan akan dikemukakan di page Suri :)Untuk 'LIKE' page tersebut, sila klik link di bawah :

http://www.facebook.com/pages/Suri-Ryana/342079629157907?sk=wall&filter=1

3) Apabila sesuatu soalan dikemukakan, anda harus menjawabnya di page Suri dengan kadar segera. Sesiapa yang paling cepat memberikan jawapan yang tepat, orang itulah pemenangnya :D

4) Hanya akan ada seorang pemenang sahaja untuk setiap soalan.

5) Sesiapa yang pernah menang, sekiranya anda menang sekali lagi, kemenangan itu tidak akan dikira. Maksudnya, sekali aje setiap orang boleh menang :D

6) Pemenang akan dihubungi oleh Suri nanti :D Seperti yang Suri katakan tadi, hadiahnya mmg simple dari Seoul, South Korea..bukan novel M.A.I.D. ya! Hehehe :D

Itu aje..senang kan? :D Jadi nantikan soalan yang pertama sekejap lagi ya! (bermula 6 February 2012) :D

Much Love,
Suri :) :)