**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Sunday, 24 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 16]


Bab 16

"Maya..

"Don't ever leave me..because.."

"I can't breath without you around."

Ah, parah!

3 jam aku di sini, entah berapa juta kali rintihan hiba Danial Lee di dalam kereta tadi terngiang-ngiang di telinga. Linangan air mata seorang lelaki yang sangat tegas personalitinya dan nampak gagah fizikalnya tadi benar-benar membuatkan aku tidak dapat berfikir dengan waras saat ini.  

Aku meraupkan wajah sambil menghela nafas berat. Tubuh kuregangkan sedikit. Letihnya. Maklumlah, sudah tiga jam aku berada di lobi hospital ini. Semuanya kerana aku ingin memastikan keadaan lelaki itu.  

"Cik Bella? Masih di sini?" Aku terus mendongakkan wajah. Pemandu Danial Lee rupanya. Bagai spring aku bangun berdiri.

"Yes..I'm still here, encik..err.." Kata-kataku terhenti di situ sahaja. Tidak pula kutahu apa nama lelaki ini. 

"Mohd Hakimi. Panggil je Abang Kimi." Ujar lelaki hitam manis ini bersama senyuman.

"Abang Kimi..bagaimana keadaan Danial?" Soalku dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Sir Danial sudah semakin stabil. Dia ada di VVIP suite, Room A-1, tingkat 8. Kata doktor, dia mengalami  kejutan anafilaksis, iaitu reaksi alahan yang teruk dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan cepat. Mujurlah keadaannya tidak serius." Lancar jawapannya. Macam doktor pulak. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

"Owh.." Anafilaksis? Apahal pelik sangat bunyi penyakit tu? Tergeliat lidah nak menyebutnya nanti. Otak cuba mengingati jenis penyakit itu dan juga nombor biliknya.

"Nasib baik kita cepat bawak dia ke sini tadi." Ujar Abang Kimi yang kulihat tengah kalut mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar denim hitamnya. 

Berkerut sedikit kulihat wajah lelaki ini sebaik sahaja matanya dilemparkan ke arah skrin telefon bimbit itu.

"Thanks to you..Abang Kimi pandu kereta tadi, sebijik macam pemandu formula one..macam Kimi Raikkonen! Nama pun sama." Aku ketawa kecil ketika ini. Ringan sedikit rasa kepala apabila dapat berbual saat ini.

"Oh memang! Dia tu kembar lain mak, lain bapak dengan Abang Kimi." Selorohnya. Kami sama-sama ketawa kecil.

"Erm Cik Bella.." 

Aku terus pandang wajah Abang Kimi.  

"Cik Bella kenal tak dengan arwah.." Belum sempat dia menghabiskan ayat, aku terus menjawab.

"Arwah Sumayya tu  Kak Ngah saya." Bersama keluhan aku menuturkan ayat itu. Abang Kimi kulihat terus menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Patutlah..ada iras. Hampir sama" Ujarnya. Kelu seketika lidahku.

Mata Abang Kimi kulihat berlari ke serata wajah membuatkan aku tidak selesa. Nampaknya, Abang Kimi juga mengenali arwah Kak Ngah. Belum sempat aku bersuara, dia membuka mulut.

"Okay la Cik Bella. Abang Kimi ada tugasan lain lagi ni nak selesaikan." Ujarnya dengan tenang namun dapat kulihat dengan jelas gerak-gerinya yang sedikit kalut itu. Seperti hendak mengejar sesuatu. 

"Okay.." Aku mengangguk kecil. 

"Assalamualaikum." Ujarnya yang kemudian kulihat terus melangkah pergi.

"Waalaikumussalam.." Jawabku dengan perlahan. Mataku hanya menghantar langkah kaki Abang Kimi dengan pandangan pelik. 

Tiba-tiba sahaja aku teringatkan sesuatu.

Alamak!

Dahi kutepuk dengan lembut. Terus sahaja aku mengejar langkah Abang Kimi yang sudah semakin menjauh. Tidak kupedulikan lagi keadaan ruang lobi yang sedikit sibuk ini. Lupa pula hendak kutanyakan padanya tadi soalan yang paling penting itu. Danial Lee alergi terhadap apa? 

Namun langkah kaki yang laju mengejar tadi, kini terhenti seketika. Aku mengerutkan dahi apabila ternampak kelibat seorang perempuan yang sedang melangkah ke arah Abang Kimi. Mata kufokuskan ke arah perempuan yang anggun dengan suit berwarna coklat di badan. Blouse dan seluar panjang itu nampak terletak elok di tubuhnya.




Siapa sebenarnya perempuan yang berumur di dalam lingkungan 50-an ini? Dia adalah perempuan yang duduk bersebelahan denganku di atas pesawat tempohari. Aku juga pernah nampak kelibatnya di lapangan terbang ketika mengambil umi, Pakcik Dani, Pak Su dan Mak Su balik daripada mengerjakan umrah hari tu. Apa pula hubungannya dengan Abang Kimi? Bolehkah dia berbahasa melayu? Ah pening! 

Abang Kimi dan makcik itu kulihat berbual seketika dan kemudian mereka sama-sama melangkah ke arah kanan bangunan dan seterusnya kelibat mereka hilang dari pandangan mataku. Aku pulak seperti orang bodoh berdiri di sini bersama sejuta tanda tanya.

Arghh! Takde kena mengena pun dengan kau Bella. Lantaklah kalau makcik tu teman wanita Abang Kimi sekalipun. Apa kau peduli! Sudah-sudahlah menambah kusut di dalam otak. Akhirnya aku melangkah kembali dengan longlai ke arah sofa.

"Anafilaksis??" 

Terpacul perkataan itu dari bibir sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas sofa. Sumpah ini kali pertama aku mendengar tentang penyakit itu. Bersama wajah yang pelik, jemariku lincah menaip di skrin telefon bimbit. 

Dahi kukerutkan untuk seketika. Tidak pernah  pula kutahu alergi boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas dan mampu membawa maut. Fokusku hanya pada skrin telefon bimbit di hadapan mata saat ini. 

Benarlah kata orang, di zaman serba moden ini, semua maklumat hanyalah di hujung jari sahaja. Aku terus membuka sebuah laman sesawang yang menerangkan tentang anafilaksis. 

"Anafilaksis adalah reaksi alahan yang sangat teruk, pantas dan berlaku apabila seseorang itu terdedah pada bahan yang menyebabkan alahan, iaitu alergen." Aku membaca dengan perlahan-lahan.

"Apabila alergen memasuki salur darah, tubuh mengeluarkan bahan kimia untuk melindungi diri. Bahan kimia ini boleh menyebabkan simptom bahaya seperti kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, terjadinya kelopak garam atau dipanggil gelegata di seluruh badan dan muka."


Kesukaran bernafas? Tanda-tanda itu memang ada pada Danial Lee tadi. Dengan penuh minat aku menyambung bacaan.

"Tindak balas anfilaksis juga boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Ada yang mengalami anafilaksis setelah disengat serangga seperti lebah dan semut api. Ada pula yang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan yang mereka alah. Selalunya, makanan yang dikaitkan dengan alahan adalah makanan laut, kekacang, gandum, susu dan telur."

Makanan laut????! Ah, sudah! Terus sahaja aku mencampakkan telefon bimbit ke atas riba. Jantung mulalah berubah rentaknya. Daripada laju sedikit degupannya kepada detakan yang maha hebat. Rintik-rintik halus membasahi dahi saat ini. Terasa sejuk hujung jari. Bagaimana kalau kimchi yang aku buat tu benar-benar menyebabkan Danial Lee alergi? 

Gulp!


Mampus aku!!Kedua-dua belah tangan terus meraupkan wajah. Aku cuba untuk mengatur nafas dengan sebaik-baiknya tetapi aku gagal. Semakin memulas-mulas perutku saat ini. Relaks Bella, relaks! Entah-entah dia tak sempat pun makan kimchi yang kau buat tu. Entah-entah dia alah makanan lain. Lagipun, elok je dia makan ketam kat rumah Kak Long hari tu.


Ha! Aku terus memetik jari. Betullah, dia tak alah pada ketam pun. Takkanlah ikan bilis atau udang yang aku masukkan ke dalam kimchi itu menyebabkannya terkena alergi yang serius pula?! Bersama segaris senyuman lega aku menepuk lembut bahagian dahi. Kau ni bikin kecoh lah Bella. Marahku pada diri sendiri.


Terus sahaja aku meregangkan badan bersama degupan jantung yang sudah pun kembali normal dalam sekelip mata. Sempat lagi aku tersenyum ke arah dua orang kanak-kanak comel yang sedang duduk di atas sofa yang berhadapan denganku. 

Mata kini kuliarkan ke kawasan sekitar. Selesa betul lobi hospital ini. Rekaannya pun agak mewah. Maklumlah, orang yang datang ke sini bukan sekadar untuk berubat sahaja. Mereka juga membayar untuk keselesaan, kemewahan dan kemudahan yang disediakan. Mesti mahal ni! 


Dengan pantas aku mencapai semula telefon bimbit yang terdampar di atas riba. Apa agaknya bahan yang menyebabkan Danial jadi begitu? Terus sahaja aku menyambung bacaan.

"Anafilaksis boleh dirawat jika pesakit cepat dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran. Ada pelbagai jenis ubat yang boleh menyembuhkan anafilaksis selain steroid."

Phew...lega! Nasib baiklah anafilaksis ni tidak sekronik penyakit ebola atau HIV, yang masih belum mempunyai vaksin atau ubat yang spesifik. Nafas kutarik dalam-dalam ketika ini.


"Selepas rawatan, pesakit akan kembali normal sepantas anafilaksis menyerang. Pesakit kadangkala mengambil masa selama beberapa jam sahaja untuk sembuh dan ada juga terpaksa ditahan di hospital untuk tempoh beberapa hari, bergantung kepada tindak balas tubuh terhadap ubat yang diberikan."

Harapnya cepatlah lelaki itu sembuh. Buat masa sekarang, aku hanya mampu berdoa semoga tubuh lelaki itu terus memberikan tindak balas yang positif terhadap ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

Telefon bimbit terus kumasukkan ke dalam beg tangan. Kemudian, mataku berlari ke arah jam yang melekat pada lengan kananku. Isk, mana Kak Long ni?! Pandangan kulemparkan di sekitar kawasan lobi hospital. Pasti bertambah kelam-kabut Kak Long yang sememangnya sedia ada kalut tu apabila tahu  tentang insiden ini nanti.  Kak Long..Kak Long!

Mata yang sedang memandang kosong ke hadapan kini bagai hendak terjojol keluar. Terkejut punya fasal, dengan pantas aku bangun berdiri. Mata kukecilkan sedikit. Telefon bimbit pula kusumbatkan ke dalam poket skirt. Bagai nampak hantu, kelam-kabut kakiku berlari dengan pantas untuk bersembunyi di sebalik dinding. Dengan perlahan-lahan aku menjengukkan kepala. 

Betullah! Lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam hopital ini adalah Pakcik Dani! Diam-diam aku berasa sangat takut dan sedikit cemas. Bagaimana kalau dia dapat tahu yang aku adalah orang terakhir yang ada bersama Danial Lee sebelum insiden itu tadi? Ah, serabutnya! Bagai perempuan tak betul, kedua-dua belah tangan menggaru bahagian kepala saat ini.

"Hi beautiful!" 

Dengan pantas aku menoleh ke belakang.


"Bella tak salah, pakcik!" Bersama rasa terkejut yang menggunung aku mengucapkan ayat yang bermain di dalam fikiran. 

Pffftt!! 


Ya Allah! Lelaki ini rupanya. Terkekeh-kekeh aku lihat dia ketawa. Terus sahaja aku menghembuskan nafas berat sambil bersandar pada dinding. Tangan kulurutkan di dada untuk beberapa kali. Gigi kuketap dengan geram dan aku menjeling tajam ke arah lelaki yang sedang tersenyum kacak di hadapanku.


"Sorry if I gave u a fright!" Ujar lelaki yang segak dengan kemeja biru muda di badan ini bersama senyuman yang semakin melebar. 


"Amar! You scared the hell out of me!" Dengan geram aku memarahinya. Shawl di kepala yang senget benget sempat lagi kubetulkan. 


"I'm sorry, beautiful." 


Aku terus menjulingkan mata ke atas. Kedengaran tawa halus terbit dari bibir lelaki di hadapanku ini.


"Nama saya Bella. B.E.L.L.A. bukan beautiful!" Dengan tegas aku bersuara. Lelaki yang bermulut manis memang tak boleh dipercayai.


Err, bagaimana pula dengan lelaki yang bermulut longkang macam si Danial tu? Seperti ada suara yang bertanyakan soalan itu kepadaku saat ini. 


"Do you know that Bella means beautiful in Spanish?" 


Sudah berjuta kali orang memberitahuku tentang perkara ini. Memang Bella maknanya cantik di dalam bahasa sepanyol. Manakala Linda juga membawa makna yang sama tetapi di dalam bahasa portugis. 


"I guess so." Dengan malas aku bersuara. 


Sesungguhnya aku memang tidak ada mood sekarang. Aku hanya mahu pulang. Mana Kak Long ni? Mata kuliarkan ke sekitar kawasan lobi ini.


"Well, what are you doing here?" Soal Amar kemudiannya.

"Err..visiting friend." Teragak-agak aku menipunya.

"Oh...same here." Angguk Amar.

"Awak tahu tak Danial kene admit sebab alahan teruk? But I heard dia dah stabil." Ujar Amar. Terus sahaja aku berpura-pura terkejut. 


"Oh really?" Naik satu oktaf nada suaraku. Mata kujegilkan dan tangan kanan menutup mulut. Erk..tak over sangat ke lakonan kau ni Bella? 


Amar buat muka pelik. Sah la aku dah ter'over reaction'.


"By the way, dia memang ada alergi terhadap apa-apa ke sebelum ni?" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu.


"Well..not that I know of." Jawabnya sambil menjungkitkan bahu.


"Urm..seafood maybe!" Ujarnya dengan tiba-tiba. Mulalah jantungku bergendang kuat.


"Tapi elok je dia makan ketam hari tu.." Sampukku. Wajah Amar terus berubah riak. 


"You went out with him?" Soalan itu memang mudah tetapi nada suaranya sedikit serius.


"Mana ada!" Jawabku dengan kalut. Isk! Tak hingin aku keluar dengan si samseng tu.


"Well, Cik Bella, kalau bukan ketam..what about shrimps, prawns or mussels, maybe?" Soal Amar.


"Shrimps? Prawns?" Gumamku dengan sangat perlahan. Pantas Amar mengangukkan kepalanya.


"Yes. Do you know that shrimp is the leading culprit of seafood allergy in the Unites States?" Kata-kata Amar mampu membuatkan aku kusut. 


Gulp! Air liur yang kutelan terasa sangat kelat. 



"Do you know that it is possible to have allergies to one specific thing like shrimp and yet be able to tolerate other seafood?" Soalnya lagi. Aku terus sahaja menggeleng laju-laju. Manalah aku tahu sangat fasal alergi semua ni

"Maksudnya, tak semestinya kalau Danial alah kepada udang, dia juga harus alah kepada ketam dan makanan laut lain. Tak semestinya, Bella." Mendengar sahaja kata-kata Amar, aku sudah kembali rungsing.

"Astaghfirullahalazim.." Tidak dapat ditahan lagi, aku terus beristighfar.

Dalam kimchi yang aku buat tu, memang ada udang. Kalau kimchilah penyebabnya, habislah aku! Namun bukan itu yang aku kisahkan. Aku cuma takut Kak Long mendapat susah. :( Terus sahaja aku menyandarkan badan pada dinding. Kedua-dua belah tangan menutup wajah untuk seketika.

"Are you okay, Bella?" 


Tangan yang tadinya menutup wajah kuleraikan. Dengan perlahan aku mendongakkan kepala ke arah Amar. Ada riak risau di wajah lelaki itu.


"You look so pale. Are you okay?" Soalnya dengan sangat lembut namun tidak mampu untuk menenangkan hatiku.

"Y..yes..of..of course I'm okay!" Aku cuba juga bersuara.

"Are you sure?" Soalnya sambil mengerutkan wajah. 


Anak matanya berlari ke seluruh wajahku. Apabila mata kami bertentangan, dapat kurasa dia pandang aku lain macam saat ini. Terus sahaja aku larikan anak mata ke arah lain. 


"You look so much like Maya. Do you know that you remind him of Maya a lot?" 


Kalau dulu aku tidak terkesan langsung dengan kata-kata itu namun sekarang, aku semakin tidak selesa. Bukan kerana aku bencikan arwah Kak Ngah. Sumpah tidak! Tapi, aku tidak selesa kerana wajah  yang sama dengan arwah Kak Ngah ini ada kaitannya dengan kisah silam Danial Lee.


Dengan perlahan-lahan aku mendongakkan wajah ke arah Amar yang masih memandang ke arahku.


"Amar, I have to go. See you when I see you." Dengan lemah aku mengucapkan ayat itu. Tanpa berlengah, aku terus melangkah bersama jiwa yang serabut.


"Bella.." Dapat kudengar suara Amar di belakang. Kepala kutoleh untuk seketika. 


"Bye!" Ujarku bersama senyuman tawar di bibir sebelum melangkah dengan laju menjauhi lelaki itu.


***


Dari sini dapat kulihat Kak Long sedang melangkah ke mari. Anggun dan bergaya gadis yang memegang jawatan sebagai pegawai perakaunan  ini. Hati yang risau kini tenang sedikit apabila nampak kelibat Kak Long. 


"Bella..sorry tak dapat datang masa Bella call Kak Long tadi. Kak Long ada meeting. Sekarang baru free." Ujar Kak Long bersama senyuman manja yang sentiasa manis. Terus sahaja dia mengambil tempat di sebelahku. Aku pula menarik nafas dalam-dalam. Tangan Kak Long kugenggam erat.


"Kak Long..habislah kita Kak Long..!" Kepala kugelengkan seraya berkata begitu. Kak Long buat muka pelik.


"Kenapa ni? Cuba bawak-bawak bertenang." Dengan selamba dia berkata begitu.  


"Kak Long tahu tak.." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat Kak Long terus memetik ibu jari dan kemudian dia bersuara.


"Bella, sebelum terlupa, Kak Long nak ucapkan tahniah untuk Bella." Ujarnya. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa nak tahniahkan aku pulak ni? 


"Tahu tak, semua orang puji kimchi Bella tadi. Sampaikan tetamu VVIP yang datang dari Korea Selatan pun suka sangat dengan kimchi yang Bella buat tu. Kak Long dapat cerita ini daripada pegawai-pegawai senior. Bangga betullah Kak Long dengan Bella." Kak Long nampaknya sangat gembira saat ini. Berseri-seri wajahnya membuka cerita. 


Pujian dan berita ini sepatutnya menggembirakan hati aku juga tetapi aku tidak mampu untuk tersenyum saat ini. Kedua-dua belah tangan meraup wajah. 


"By the way, kenapa Bella nak jumpa Kak Long kat sini? Bella cakap urgent kan tadi? Bella buat apa kat hospital ni? Ziarah kawan ke?" Soal Kak Long selepas dilihatnya aku diam sahaja.


"Kak Long! Kak Long, Kak Long..dengar sini. Kita ada masalah besar!" Dengan serius aku bersuara.


"Kenapa ni Bella?" Berkerut seribu wajahnya.


"Kak Long tahu tak yang big boss Kak Long ada kat dalam ward sekarang?" Soalku kepada Kak Long. Kak Long pula,apa lagi, terkejut beruklah jadinya!


"Hah?! Eh, bukan dia ada je kat dalam ballroom tadi?" Soalan Kak Long membuatkan aku terdiam seketika.


"Betullah Kak Long tak dengar lagi berita ni?" Soalku sambil membetulkan tudung.


"Manalah Kak Long tahu. Lepas aje Bella sms Kak Long cakap tak jadi lunch dengan Kak Long, Kak Long terus ajak Mei Lian lunch sama-sama kat cafe depan office tu." Jawabnya. 


"Danial sakit apa?" Soal Kak Long dengan penuh minat.


"Anafilaksis." Jawabku. Lucu betul riak wajah Kak Long saat ini. 


"What?! Apa tu?" Soalnya.


"Alahan teruk. Mungkin dia salah makan." 


Aku lihat Kak Long buat muka blur.


"Danial Lee yang sakit, kenapa Bella cakap kita pulak yang ada masalah? Bukan kau yang sakit, dik." Nada suara Kak Long mulalah naik satu oktaf. Terus sahaja aku memerhati kawasan lobi yang sedikit lengang ketika ini.


"Kak Long. Bella takut kalau kimchi yang Bella buat tu yang menyebabkan alahan!" Jawabku bersama jiwa yang kusut.


"Mengarutlah kau ni dik. Bukan kimchi aje yang dihidangkan tadi." Balas Kak Long. Kepalanya digelengkan sedikit.


"Kak Long, dalam kimchi tu, ada udang tau. Udang memang terkenal dengan sifatnya yang sering menyebabkan alergi kepada ramai orang. Bagaimana kalau kimchi tu penyebabnya? " Soalku bertubi-tubi sehingga membuatkan Kak Long terdiam.


"Kalaulah Bella tahu, Bella memang tak akan masukkan udang dalam tu." Ucapku dengan sangat perlahan.


"Relax la Bella. Stop being a wory wart!" Marah Kak Long yang terus mencapai beg tangan Louis Vuitton Neverfull nya. Kemudian dengan pantas dia bangun berdiri.


"Nanti Kak Long find out dia alergi terhadap apa." Putus Kak Long.


"How are you going to find out, Kak Long?" Seperti orang bodoh aku bertanyakan soalan itu. 


"From his personal assistant. Kat office esok Kak Long tanya."


"Okay." Jawabku pendek. 


Betul juga kata Kak Long. Kenapa aku perlu risau sangat? Padahal aku tidak tahu pun apa yang dimakannya tadi.

"Jom balik!" Ujar Kak Long seraya menarik lengan aku. 


Aku pula hanya menurut sahaja saat ini. Namun belum sempat aku melangkah, mataku bertembung dengan mata Pakcik Dani. Alamak! Tak sempat nak lari!


"Bella and Lina." Tegur Pakcik Dani seraya menguntum senyuman lebar. 


"Pakcik Dani." Hanya Kak Long sahaja yang bersuara dengan ramah saat ini. Entah kenapa pula mulutku terkunci rapat.


Pakcik Dani kulihat menoleh ke arah lelaki india yang berada di sebelahnya.


"It's okay, Ramu. You can wait for me in the car." Ujarnya. Lelaki yang bernama Ramu itu pula terus mengangukkan kepala dan kemudian melangkah menjauhi kami.


"Kamu berdua buat apa di sini?" Soalnya dengan mesra. Sesungguhnya lelaki ini memang seorang yang peramah. 


"Ziarah kawan." Balas Kak Long. Kemudian, Kak Long bersuara lagi.


"Pakcik Dani pula?" Aku hanya mampu memaksa senyuman di bibir sahaja saat ini.


"Baru sahaja melawat Danial..dia mengalami alergi." Mendengar sahaja kata-kata Pakcik Dani,aku dan Kak Long terus mengangukkan kepala. 


"Alergi apa, pakcik?" Soalku dengan pantas. 


"Not sure yet. They have carried out the allergy test. Keputusan ujian akan diketahui sebentar lagi." Jawapan Pakcik Dani nampaknya tidak menjawab pertanyaan yang bermukim di hati aku dan Kak Long.


"Oh begitu.." Ujar Kak Long.

Pakcik Dani kemudiannya tersenyum seketika ke arah kami sebelum bersuara lagi.

"Kebetulan kamu berdua sudah ada di sini, bolehlah melawat Danial." Kata-katanya membuatkan aku terdiam. Kak Long juga tidak bersuara. Alamak..bagaimana ni Kak Long? Ada beran? Bella tak beraniii...


"Jom." Ajakan Pakcik Dani membuatkan lidahku kelu. 


Ikutkan hati ingin sahaja aku buat helah supaya kami tidak perlu melawat lelaki itu namun otakku buntu. Aku tidak dapat berfikir saat ini. Terus sahaja Kak Long menoleh ke arahku.


"Jom Bella. Boleh kan lawat Danial sekejap?" Daripada riak wajahnya, aku tahu dia juga terpaksa ketika ini. 

"Boleh sangat..apa pula tak bolehnya.." Jawabku pula sambil tersenyum sumbing.


Ya ampun..bagaimana agaknya reaksi lelaki itu apabila nampak kelibat aku nanti? Ada resah mengisi ruang dada saat ini namun aku tetap juga memaksa kaki untuk terus melangkah.


***



Seram sejuk tubuhku saat ini. Macam nak ambil exam 'Fluid Mechanics' di dewan peperiksaan dah ni! Subjek yang paling aku kecut perut. Sambil mengekori langkah Pakcik Dani yang berada beberapa langkah di hadapan kami, mataku berlari ke arah rekaan dalaman wad VVIP tingkat 8 ini. Cantiknya. Namun keindahan di sini tidak dapat juga menenangkan jiwaku yang semakin kacau bilau. Sesekali aku menoleh ke arah Kak Long yang monyok. Nampaknya, kami berkongsi rasa yang sama. Terus sahaja aku merapatkan diri pada Kak Long.

"Psstt.." Aku menyiku lengan Kak Long. Kak Long terus sahaja menoleh ke arahku.


"Kak Long, apa kita nak buat ni?" Bisikku dengan sangat perlahan di telinganya. Mata pula kufokuskan pada Pakcik Dani yang berada beberapa langkah di hadapan kami.

"Nak buat apa lagi? Terpaksa la kita ikut, Bella." Kak Long membalas bisikanku. Juga dengan sangat perlahan. Kemudian, dia menjungkitkan kedua-dua belah bahunya bersama wajah yang sangat gelisah.


Tidak mahu Pakcik Dani syak apa-apa, aku terus melajukan langkah dan berjalan beriringan dengan lelaki ini. Mataku terus berlari ke arah nombor-nombor yang terlekat pada pintu. 


Ha, bilik A-1! Pakcik Dani terus menghentikan langkahnya. 


"This is Danial's suite." Ujarnya kepada kami. 


Wajahnya yang selalu tersenyum ini memang amat menenangkan sesiapa sahaja yang memandang. Tak macam anaknya yang garang tu!

"Ooo.." Itu sahaja yang mampu aku ucapkan bersama anggukan kecil. Pakcik Dani kemudiannya terus membukakan pintu. Aku dan Kak Long hanya kaku sahaja memerhati gerak-geri lelaki itu.

"Jemput masuk." Ajak Pakcik Dani setelah dilihatnya kami masih berdiri bagai patung cendana di sini. 

Aku terus menolak lembut badan Kak Long supaya masuk dahulu. Nampak benar riak tidak puas hati pada wajah Kak Long. Maaflah, adikmu ini memang penakut orangnya. Setelah Kak Long masuk ke dalam suite ini, aku juga turut mengekori langkahnya. Tergamam aku untuk seketika. Cantik betul. Di dalam suite ini terdapat ruang tamu yang dihias indah, dapur yang simple dan dua buah bilik. Aku hanya mengekori langkah Pakcik Dani dan Kak Long yang berada beberapa langkah di hadapan sana. Mereka kelihatan masuk ke dalam bilik yang berada di sebelah kananku.

"Danial, you have visitors." Kedengaran suara Pakcik Dani bergema di dalam ruangan ini. 


Takut-takut aku melangkah masuk ke dalam bilik. Danial yang memakai baju hospital berwarna biru muda nampaknya tergamam sedikit melihat kami di sini. Apabila matanya menikam mataku, terus sahaja aku melarikan mata ke arah lain.

"Oh..hi!" Ujar Danial yang  tersenyum sesaat ke arah Kak Long. Aku kenal sangat jenis senyuman tu. Senyum paksa! 


Aik, ini sakit ke tidak ni? Diam-diam aku memerhati keadannya. Memang dia nampak sedikit lemah dari selalu namun sudah cukup sihat berbanding pagi tadi. Dia kulihat selamba sahaja sedang duduk di atas katil sampai bermain PS4! Keadaannya nampak normal cuma merah-merah dan ruam-ruam pada wajahnya masih lagi bersisa. Namun, wajah itu tidaklah bengkak seperti pagi tadi.

Pakcik Dani terus melangkah mendekati lelaki itu manakala aku dan Kak Long masih tercegat di sini. 

"Bella, Lina..come and have a seat here."  

Pulak!! Ajakan Pakcik Dani yang telah pun duduk di hujung katil itu benar-benar menyebabkan aku tidak selesa. Kak Long selamba sahaja melangkah mendekati katil Danial. Dia kemudiannya duduk di atas kerusi yang berada betul-betul di sisi kanan katil. Dengan malas aku melangkah dan mengambil tempat  di sebelah Kak Long. 

"I met  them at the lobby just now." Beritahu Pakcik Dani kepada Danial.

"I see.." Ujar lelaki itu.

"Kami ziarah kawan tadi. Kebetulan jumpa Pakcik Dani kat bawah." Kak Long kulihat bersuara sedikit. 

Belum pun sempat Danial memberikan sebarang reaksi, kedengaran bunyi telefon bimbit menjerit nyaring minta dijawab. Terus sahaja Pakcik Dani menggawangkan telefon bimbit yang berada di tangannya.

"Please excuse me." Ujarnya yang membuatkan ketiga-tiga kami mengangukkan kepala. Pakcik Dani kulihat terus melangkah keluar dari suite ini.


Ah sudah, aku mulalah tak senang duduk. Mata Danial kini menikam tepat anak mataku. Apabila dia menundingkan jari telunjuk tepat ke wajah aku saat ini, aku terus sahaja bangun dari kerusi.

"You!" Ujarnya. Jari telunjuk masih menunding ke arahku. 


"Hmm?" Soalku yang cuba berlagak selamba. 


"What were you doing in the pantry?" Soalnya dengan kasar namun nada suara masih cuba dikawal olehnya. 


"Nothing..I was waiting for Kak Long. Kitorang janji nak lunch sama tadi." Balasku. Kak Long pula terus bersuara.


"Yes, she's right Encik Danial. She was waiting for me in the pantry. Saya yang bersalah sebab saya yang ajak dia datang ke sana." Gadis ini mulalah kalut! Kak Long turut sama bangun dari kerusi saat ini. 

"Bella and Lina.." Kami terus sahaja menoleh ke arah Pakcik Dani yang tiba-tiba muncul di muka pintu.


"Something urgent came up. Pakcik terpaksa pergi sekarang." 


Alamak! Tolonglah jangan pergi pakcik..tolongggg! Suaraku hanya mampu tersekat di kerongkong sahaja.

"Oh..o.okay.." Hanya Kak Long sahaja yang memberikan reaksi. Bersama segaris senyuman, lelaki itu menoleh ke arah anaknya.


"Danial, if you need anything, just let me know." Ujarnya.


"Okay daddy. Don't worry. I'll be just fine here." Balas Danial dengan sopan. 


"Assalamualaikum." Ucap Pakcik Dani sebelum melangkah keluar dari ruangan ini.

"Waalaikumussalam." Kami sama-sama menjawab. Belum pun seminit Pakcik Dani keluar daripada suite ini, Danial terus bersuara.


"I saw both of you.." Tegang kulihat wajahnya. 


"Kau ada bawak something ke dalam pantry kan?" Soalannya membuatkan aku tergamam. 


"Tell me the truth!" Bentaknya. Aku terus menoleh ke arah Kak Long. Siap angkat kening bagai. Macam mana ni Kak Long?? 


"Finee..aku akan suruh security department check cctv kat pantry tu nanti. As simple as that I will get the answer." Mendengar sahaja kata-kata Danial, dadaku mulalah berdegup laju. Aku lihat Kak Long mengambil nafas dalam-dalam ketika ini.


"Encik Danial, sebenarnya saya upah Bella buat kimchi untuk jamuan tadi." Kak Long terus sahaja bersuara.


"What?!" Mata dikecilkannya ketika mendengar kata-kata Kak Long itu. Nyata dia sedikit terkejut.


"Kimchi?" Soalnya kembali. Kak Long terus sahaja mengangukkan kepala.


"Ye..Encik Danial.." Ujar Kak Long. 


"Please leave both of us here. Thank you." 


Kata-kata Danial membuatkan Kak Long terdiam sejenak. Terus sahaja dia menoleh ke arahku. Dengan pantas aku menganggukkan kepala kepada Kak Long. Dalam diam, aku lega kerana dia nampaknya tidak menyalahkan Kak Long. 

"Bella okay. Kak Long tunggu Bella kat luar." Bisikku kepada Kak Long. 

"O..okay.." Ujar gadis itu yang kemudian melangkah keluar dari suite ini. 


"Your kimchi made me sick!" Ucapnya dengan tegas. Bulat matanya memandang ke mari. Alamak, mati aku!


"Do you know that?!" Bentaknya sedikit kasar. Kelu terus lidah aku.


"Apa kau letak kat dalam tu? Entah-entah kau saja je nak racun aku." Kata-katanya menyebabkan aku mengangkat tangan kanan di sisi bahu.


"Sumpah saya takde letak apa-apa. Saya cuma letak udang, ikan bilis.." Siap bersumpah bagai lagi ni. Namun lelaki itu terus membentak.


"Stop it!" 


Kami sama-sama terdiam untuk seketika.

"Aku makan semangkuk penuh kimchi and in  less than 5 minutes, allergy symptom occurred."
Kata-katanya mulalah buat aku berpeluh di dalam ruang yang berhawa dingin ini. Terus keras lidahku. Tak tahu nak bercakap dah ni.

"So, Miss Bella, could you please defend yourself ?" Dah macam kat mahkamah pulak. Sinis betul ayat itu menampar gegendang telingaku.

Bunyi loceng membuatkan lelaki ini terus menoleh ke arah pintu. Aku juga turut sama berbuat demikian. Ada orang datang agaknya. Fuhh selamat aku. Sempat lagi aku mengurut dada tetapi hanya untuk seketika. Apabila mata kami bertentangan aku terus kaku kembali.

"I'm not finished with you yet." Ujarnya dan serentak dengan itu juga aku terdengar bunyi pintu berkeriukan. Kurang seminit, muncul wajah lelaki yang membuatkan mulutku ternganga luas.

"Amar?" Dengan sangat perlahan ayat itu meluncur laju dari bibirku. Lelaki itu juga kelihatan sedikit terkejut melihat aku di sini sebelum dia mengalihkan perhatian kepada Danial.

Amar kelihatan segak bersama kot putih di badan. Tidak seperti selalu, wajahnya nampak serius dan dia juga memakai cermin mata! Amar rupanya adalah seorang doktor.

"Danial." Ucapnya bersama senyuman. 

"Hey man..please come in." Danial bersuara. Lain terus mood nya berbanding tadi. Amar kulihat melangkah laju ke arah Danial dan dia kini berdiri betul-betul di sisi kanan katil.


"Okay..we already have the results for the allergy test." Ujarnya. Aku lihat Danial sedang mendengar dengan penuh minat.


"Oh really?" Soalan Danial itu Amar sambut dengan anggukan pantas.


"Yes.." Ujarnya.


"It's almond. You are allergy to almond!" Dengan yakin dia bersuara.


Kata-kata Amar benar-benar membuatkan kami sama-sama tergamam. Terasa ingin sujud syukur saat ini. Ya Allah, terima kasih! Tidak ada lagi beban yang kutanggung di kepala. Tidak ada lagi resah dan gelisah yang menggganggu jiwa. Hatiku mula bernyanyi riang saat ini.

"Alhamdulillah.." Tanpa sedar aku menyebut perkataan itu dengan senyuman yang paling lebar.


Opps..terkunci kembali mulut apabila mata Danial sedang menjeling tajam ke mari. Amar pula hanya ketawa kecil.

"Why are you so happy, Bella?" Soalnya bersama senyuman manis. Cermin mata di wajah dibetulkan sedikit.

"Sebab ada orang tu asyik salahkan saya tadi. Katanya kimchi yang saya buat adalah penyebab dia terkena alergi. Padahal mana ada saya letak almond pun dalam kimchi!" Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Amar terus sahaja menoleh ke arah Danial.

"Aku kena alergi tu sebaik sahaja selepas makan kimchi. Almond butter cake aku makan sejam sebelum tu.." Sampuk Danial. Isk..isk..masih juga nak salahkan kimchi aku! 

"Danial, simptom alergi tidak semestinya terjadi sebaik sahaja kau makan makanan yang mengandungi alergen. Nope. Sometimes selepas beberapa minit..atau beberapa jam." Terang Amar dengan bersungguh-sungguh. 

Aku juga turut sama memasang telinga. Kalau aku jadi Danial pun, aku akan fikir seperti dia juga. Iyalah, selepas makan kimchi kut dia jadi begitu.

"You mentioned to me earlier yang kau makan almond butter cake and kimchi for today. So, we conducted a few allergy tests. Termasuk seafood allergy test tetapi  memang kau alergi almond." Terang Amar lagi dengan bersungguh-sungguh. Kot putih yang membaluti badannya dibetulkan sedikit.

"But I never had any allergy towards almond before this.." Danial sedikit blur ketika mengucapkan kata-kata itu.

"Alahan boleh berlaku pada bila-bila masa. This time you are just not that lucky. The best thing to do is to avoid almond in you meal. If possible, avoid all tree nuts such as pistachio, cashew, walnuts..nanti aku kasi kau list apa yang patut kau avoid in your meal." Mendengar sahaja kata-kata Amar, Danial terus menghela nafas berat. 


Kecewa agaknya dia dah tak boleh makan almond cake lagi selepas ini. 

"Alright.."Ujar Danial sambil tersenyum ke arah Amar. Amar pula kulihat mengambil nafas dalam-dalam sebelum menjungkitkan bahu.


"Okay..that's all about the test. I will drop by again in the next 2 hours. Kalau takde apa-apa, esok kau boleh keluar dari hospital ni." Ujarnya. Danial terus mengangukkan kepala. 


"Thanks man.." Ucapnya. 


"Don't mention it, bro." Sebaik sahaja berkata begitu, Amar terus menoleh ke arahku. Dia kemudian melangkah ke mari.


"Okay Bella, see you around later." Aku hanya mengangukkan kepala sahaja. 

"See you." Ujarku bersama segaris senyuman. 

Aku dan Danial sama-sama menghantar Amar dengan pandangan sehingga ke muka pintu. Selepas mendengar bunyi keriukan pintu yang menandakan pintu utama sudah ditutup rapat, Danial terus sahaja membuka mulut. 

"You listen here carefully. Kalau kau tak nak your sister kena buang kerja, stop going to the office. Don't show up in front of me..because.." 


"I'm allergy to you."

Tidak ada lagi tengkingan. Tidak ada lagi jerkahan. Tidak ada lagi bentakan. Hanya kata-kata yang sedikit tegas. Dia kemudian meraupkan wajahnya.

"Please stay away from me.." Gumamnya.


 Kali ini lebih bersifat rayuan membuatkan aku kehilangan kata-kata untuk seketika. Dia masih lagi meraupkan wajahnya berulang kali. Aku terus sahaja menarik nafas dalam-dalam.

"Don't worry. You won't be seeing me again after this. I promise." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Tangan yang tadinya berada di wajah kini sudah pun dileraikannya. Tepat matanya memandang ke arahku.


"You better keep your promise." Kening kanannya kulihat terangkat sedikit. Nada suaranya pula naik beberapa oktaf berbanding tadi. Terus sahaja aku mengangguk kepala.


"I will." Ujarku. 


Buat kali terakhir, mataku berlari ke serata wajahnya. Ruam halus yang membuatkan wajahnya sedikit merah tidak langsung menyembunyikan kekacakan lelaki ini. Eh, ke situ pulak Bella. Terus sahaja aku memalingkan wajah dan membelakangi lelaki itu. Kaki terus melangkah menuju ke arah muka pintu. Tiba-tiba sahaja hati memaksa untuk aku berhenti. Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Nyata dia masih melihat ke arahku tetapi mata itu terus dilarikannya ke arah PS4 di atas katil. Dengan pantas dia mencapainya.

"Danial, I know it hurts to let go but sometimes it hurts more to hold on." Ucapku dengan bersungguh-sungguh. Dia kulihat sudah sibuk kembali dengan PS4.


"Letting go does not mean you don't love her, Danial. No.." 

"Arwah Kak Ngah is now in a better place, in syaa Allah. Trust me, Allah has a better plan for you. Saya yakin dia akan tersenyum di sana jika awak jalani hidup awak dengan lebih bersemangat dan gembira di sini."  


"Terima kasih kerana mencintai arwah kakak saya dengan sepenuh hati awak." Ucapku akhirnya. Tanpa kuduga, dia terus mengangkat wajah, memandang ke arahku dengan tajam.


"Get out!" Bentaknya kepadaku.  Terus sahaja aku memalingkan tubuh membelakanginya. Namun, bukan kata-katanya itu membuatkan aku tersentak tetapi air mata yang bergenangan sedikit di ruangan matanya.

Ke aku salah tengok?

"Goodbye" Ucapku sambil melemparkan pandangan ke arah ruang tamu yang berada betul-betul di hadapan mataku.

Tanpa menunggu lebih lama aku terus melangkah keluar daripada suite ini.

Let's not meet again, Danial..because I know your heart bleeds whenever you see me around.

***



90 comments:

  1. Thank u kak suri for this entry yg panjang dan best......

    ReplyDelete
  2. Sentiasa best! Tahniah kak suri.. akan sllu mnyokong kak suri. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much sudi baca :) tq juga sebab sudi berikan komen :)

      Delete
  3. Terlerai satu persoalan....tp ada konflik lagi...Danial x nak jumpa Bella lagi tp dlm sakit merayu2 supaya Bella (maya) jgn tinggalkan dia....so dptkah Danial lupakan maya or Bella????

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much sudi baca :) in syaa Allah semua itu akan terjawab nanti..bab 17 dah ade kat blog :)

      Delete
  4. walaupun panjang, saya baca semua!! terbaik..dalam gelak melambak, boleh pulak nanges at the end..suka part danial slhkn kimchi bella tp sbnrnya dia alergi almond..saya yg geram berapi2 sbb penah alami situasi yg sama..since entri suri pjg, saya pun komen pjg2..hahaha..xpe kan dear? teruskan menulis ya..menunggu sambungannya ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dear :) tq juga sudi komen panjang2 <3 tu lah tetap nak salahkan kimchi bella padahal alergi almon haha..bab 17 dah pun suri post kat sini :)

      Delete
  5. Waahhh. Bestnya. Thanks kak suri :)

    ReplyDelete
  6. Haduh danial ni pun, yg dah pergi tu biarlah pergi.. Life must go on... Cian plk dkt Bella, asyik samakan dia dgn arwah Kak ngah dia aje.. Hurmmm ..

    ReplyDelete
  7. Losing the loved is really hurt..but kesian dkt bella sbb dia danial teringat dekat maya..

    & thanks k.suri...hari2 bukak blog nak tgk entry baru :)

    ReplyDelete
  8. sedeynye..sian bella, pergi la bella jgn pun melintas depan die..xpe biar danial menghalau..kelak die yg akan meracau..thanks suri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tengok2..baru 10 jam dah cari haha..tq sudi baca byt :)

      Delete
  9. beznye...bila plak kak suri nk post bab seterusnye?...x sbr nk tggu ..jgn r lme sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab 17 dah ade kat blog ni..selamat membaca ye :) tq sudi baca dan komen

      Delete
  10. nice story..xsbar nk tunggu next entry...

    ReplyDelete
  11. yeayyyyyyy lama dah tunggu. and as expected best sangat entry ni but i have one question to ask, bila klik akan diterbitkan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq suraya sebab sudi mengikuti KUD :) KLIK! mungkin akan klik next year :) in syaa Allah

      Delete
  12. Jangan le seksa kami lama sangat nak tunggu Bella n Daniel. Pasti akan ada pertemuan yg akan terus berlaku di antara Bella n Daniel. Saya ada kawan rapat yg perangai sebijik mcm Bella. Rindu kat die....bila kenal Bella ni. Thanks sbb post kali ni panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca dan memberikan komen :) ye kee hehe happy watak Bella dapat mengingatkan kpd kawan lama :) bab 17 dah ade..nanti suri post bab 18 ye..selewat2nya lusa :)

      Delete
  13. Jangan le seksa kami lama sangat nak tunggu Bella n Daniel. Pasti akan ada pertemuan yg akan terus berlaku di antara Bella n Daniel. Saya ada kawan rapat yg perangai sebijik mcm Bella. Rindu kat die....bila kenal Bella ni. Thanks sbb post kali ni panjang.

    ReplyDelete
  14. Jangan le seksa kami lama sangat nak tunggu Bella n Daniel. Pasti akan ada pertemuan yg akan terus berlaku di antara Bella n Daniel. Saya ada kawan rapat yg perangai sebijik mcm Bella. Rindu kat die....bila kenal Bella ni. Thanks sbb post kali ni panjang.

    ReplyDelete
  15. "Well, Cik Bella, kalau bukan ketam..what about shrimps, prawns or mussels, maybe?" Soal Danial. ** typo ni..slh nm org.. ;)


    serba x kena c bella..td ckp lain, skrg dh kntoi ngn amar lak..hahahaaa

    tul ke diaorg x kn b'jmp lagi? silap2 karang, danial y t'cari2 Bella.. & rindukan kimchi bella.. bkn sng nk jmp kimchi y sedap cm bella buat tu kn? smpai semgkuk kmchi.danial mkn..lau x sbb dia t'kna algik tu, msti dh b'mgkuk2 danial.telan..hahahahaaaa ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u sgt2..suri dah betulkan semalam tq so much sudi baca dan berikan komen..kann tu la sampai semangkuk telan lepas tu di bab 18 cakap x sedap haha xD

      Delete
    2. Ehh sorry..di bab 17 haha bab 18 akan ade lusa malam :)

      Delete
  16. Best suri kak edah suka sngt tampa sedar danial cuba tidakkan hati mula perlukan bella yesss.pandai suri tinggalkan kita ngan persoalan yg menarik n tertarik utk tinggu next entry.love u muah.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Kak Edahh sebab sudi baca dan komen :) bab 17 dah ade..selamat membaca :) love u too mwahhh

      Delete
  17. daebakkk kak suri sayang...

    best2.... xsabar nak baca next entri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Niyaz Ayani sayang :) tq juga sbab sudi komen ye..bab 17 dah ade..selamat membaca :)

      Delete
  18. kesian dan geram dgn danial...kak suri bagi bella rapat dgn amar blh...bagi danial jealous skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..xD tq sudi baca dan komen :) bab 17 dah ade..selamat membaca

      Delete
  19. Like!!!best sgt...x sabar nk bc ep17.tqvm k.suri 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :) bab 17 dah ade..selamat membaca

      Delete
  20. Tq utk N3 ni,best sgt ayat Bella, Moga Danial blh terima hakikat.
    Kak hana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca dan komen kak hana :) danial perlu move on kalau tidak dia akan lebih menderita

      Delete
  21. Sedihnya... cepatlah siapkan novel ni. Tak sabar dah nak baca sampai habis. Mesti meletup2 novel ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. D'rauna gallery, tq so much sudi baca dan komen ye..in syaa Allah, novel ni akan diterbitkan under Kaki Novel :)

      Delete
  22. Best la suri x sbq tunggu next episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen..bab 17 dah ade di blog :)

      Delete
  23. Sukarnya melepaskn kenangan yg telah sebati dlm diri...nak nak lagi melibatkn orang yg tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak lepaskan semua kenangan dengan org tersayang..tapi masih holding on pada dia yang dah pergi mesti akan buat Danial lebih menderita..tq sebab sudi baca dan berikan komen :)

      Delete
  24. Fuh nasib baik bukan kimchi...kalau x maunya bella kena teruk dengan c daniel yang ego tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen ye :) bab 17 dah ade..selamat membaca

      Delete
  25. I LIKEEEEEEE....terbaik la SURI...

    ReplyDelete
  26. Sedih entry kali ni...sabar bella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca dan komen :) bella mmg kena banyak2 sabar dengan org mcm danial ni haha xD

      Delete
  27. Wuaaaaa...i cant believe thisss..
    Kak suri berjaya buat i masuk dalam story ni..
    Teremosi pulak..hihi bestttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much dear sebab dapat menghayati this story :) tq so much for your comments

      Delete
  28. Like banyak banyak banyak kali..

    ReplyDelete
  29. Replies
    1. jangan sedih2 tau..bab 17 dah ade kat sini..selamat membaca :)

      Delete
  30. hrmmmm....sape la ppmpuan tua tu kan...mkcik daniel? nk tgk tkat mnenye daniel x mo jmpe bella....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee nanti mesti akan ada babak tentang makcik tuu :) tq sudi baca dan komen ye :)

      Delete
  31. i don't like the fact that bella resembles her older sister, cause i don't want him to be reminded of the sister whenever he sees her. i really really hope daniel will like her because she's bella and not because she reminds him of the maya. overall, it's great :) can't wait for the next ep !

    ReplyDelete
  32. Bella balik korea la biar daniel ghindu hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee mmg bella terpaksa juga balik ke korea lagi 2 bulan..cuti 3 bulan aje..masa tu bella terpaksa juga pergi walau apa pun terjadi :)

      Delete
  33. Wow! Hangatnya bab 16 ni...senyum meleret-leret baca pasal Danial yg nampak je keras hati (but so soft inside) tu...lepas ni tunggu dia rindu kat Bella pulak...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :) bab 17 dah ada kat blog..selamat membaca ye :)

      Delete
  34. Cerita mmg top! Thanks akak sbb berjya create this amazing yet baeutiful story. Looking forward for the next chap. Update soon !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi mengikuti cite ni :) bab 17 dah ade..selamat membaca :)

      Delete
  35. Kesiannya danial.. redhalah danial.. live must go on..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen jue..bab 17 dah ada kat sini. selamat membaca :)

      Delete
  36. akak nanti sabung cepat sikit eh sbb x sabar nk baca...

    ReplyDelete
  37. suka sgt citer ni..

    ReplyDelete
  38. hai suri...di KL sekarang ni 4.27pm (waktu saya baca bab 17), sejuk betul rasa sebab dari pagi hujan terus menerus. Tambah lagi dengan aircond dekat office saya ni. Tapi bila saya baca bab 17, rasa macam musim bunga kat hati..hehehe...suka3

    ReplyDelete
  39. Alegik almond rupenya nebes tol lah...

    ReplyDelete
  40. Ops, salah teka rupanya. ingatkn daniel alergik kimchi tu

    ReplyDelete