Teaser 3 A
-Babak ini diambil secara random :)-
-Babak ini diambil secara random :)-
Hanok Style Guesthouse [Hanok : Korean Traditional House] |
Jujur,
aku hampir-hampir mahu berkongsi bilik dengan Danial gara-gara kasihankan dia
namun mana mungkin aku mengajaknya semula setelah aku gatal-gatal cakap yang
aku tak selesa untuk berkongsi bilik dengannya tadi. Lagipun aku taknaklah nampak
seperti perigi mencari timba walaupun tidak dinafikan, aku sangat-sangat
rindukan lelaki itu.
Rambut yang masih basah aku lap dengan bersungguh-sungguh. Aku memandang wajah di dalam cermin.
Rambut yang masih basah aku lap dengan bersungguh-sungguh. Aku memandang wajah di dalam cermin.
“Agak-agak berdosa tak aku halau suami keluar dari bilik ni? Baru tadi kau janji dengan dia..kononnya dia priority kau selepas Allah dan Rasul..sekarang apa dah jadi?”
Lama
aku merenung ke arah diri sendiri. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini.
Akhirnya, aku hanya mampu menjungkitkan bahu aje dan setelah membalut rambut
dengan tuala, aku terus melangkah keluar dari bilik mandi.
Berkerut
seribu wajahku saat ini. Mata berlari ke arah ipod di atas meja solek di
bahagian kiri bilik. Bila pulak aku pasang lagu Inggeris ni? Yang aku tahu,
tadi sebelum mandi, aku ada pasang list lagu korea. Ah, sah ipod aku dah
mereng! Sedap juga sesekali mendengar lagu romantik seperti ini. Layan je laaa!
Sambil
bernyanyi kecil, aku mengatur langkah menuju ke arah meja solek yang tersedia
di penjuru bilik. Bagus jugak guesthouse ni. Walaupun berkonsepkan hanok dan tidaklah bertaraf hotel
banyak bintang, ada jugalah menyediakan losyen untuk penginap. Terus sahaja aku
menyapu losyen pada kedua-dua belah lengan. Aroma lavender menguasai ruang
bilik saat ini. Kemudian ikatan tuala pada rambut kuleraikan. Anak mata kini
berlari ke arah cermin namun bukan wajah sendiri yang sedang aku pandang saat
ini, tetapi wajah seorang lelaki yang sangat kacak yang sedang terpaku merenungku di
sini. Hampir gugur jantung!
“Danial!”
Terjerit kecil aku jadinya.
Dapat
kurasakan berliter-liter darah menyerbu ke wajah saat ini. Mataku tepat
merenung ke arah lelaki itu di dalam cermin. Sumpah aku tak berani
menoleh ke belakang. Debaran di dada yang menggila semakin menjadi-jadi apabila
aku lihat lelaki itu sedang melangkah ke arahku dengan sangat tenang. Wajah
yang serius itu masih merenungku dengan pandangan yang sangat aneh. Seperti
kena pukau pun ada! Kelam-kabut aku membetulkan bahagian atas bathrobe paras
lutut ini supaya kelihatan sopan.
Ini
kali kedua aku melihat reaksi wajah seperti itu. Kali pertama, ketika dia
ternampak aku di kondo omma. Ketika aku hanya memakai bathrobe di badan juga, seperti
sekarang. Denyutan jantung semakin melaju saat ini.
“Ma..ma..macam
mana a..a..awak bo..boleh ma..ma..masuk ke si..sini?” Soalku dengan
tergagap-gagap.
Anak
mata memandang ke arahnya yang dapat kulihat dengan jelas di dalam cermin meja
solek ini. Tanpa sebarang kata, dia menyelukkan tangan di dalam poket seluar
dan kunci bilik ditunjukkan kepadaku. Ye
lahh..memang kebanyakan hotel berikan dua anak kunci kepada pengunjung kerana
1 bilik hotel selalunya untuk dua orang!
“Bu..bukan
a..awak nak ti..tidur dalam ke..kereta ke?” Bulat mataku menikam wajahnya.
Danial
kulihat dengan wajah yang tenang menghentikan langkah saat ini. Ada senyuman
yang sangat mempesonakan beraja di wajahnya. Semakin cemas aku jadinya apabila
dia betul-betul berada di belakangku. Tidak ada lagi ruang untukku melangkah.
Dapat
kurasa dan dapat kulihat melalui cermin tangan sasanya sudah pun memeluk
pinggangku dari belakang dengan sangat kemas. Semakin tidak keruan aku jadinya.
“It’s
raining so heavily outside..pekerja guesthouse takde umbrella..” Bisiknya di
telinga kananku. Dapat kurasa deru nafasnya menampar lembut cuping telinga. Aku
cuba melarikan kepala sedikit saat ini.
“I
thought I can rest here for awhile..waiting for the rain to stop but…”
Kata-katanya hanya terhenti di situ. Sumpah jantungku sudah rasa hendak terhenti. Aku memberanikan diri melihat wajahnya melalui cermin. Lelaki itu memejamkan matanya saat ini dan terasa sebuah kucupan hangat singgah di cuping telinga kananku. Lama. Ada perasaan aneh di dalam hati.
Kata-katanya hanya terhenti di situ. Sumpah jantungku sudah rasa hendak terhenti. Aku memberanikan diri melihat wajahnya melalui cermin. Lelaki itu memejamkan matanya saat ini dan terasa sebuah kucupan hangat singgah di cuping telinga kananku. Lama. Ada perasaan aneh di dalam hati.
“Sayang..I
didn’t expect to see you like this..”
Ada nada nakal dapat kukesan dalam suaranya membuatkan aku semakin gusar.Terasa darah menyerbu ke wajah saat ini. Danial tersenyum nakal namun entah kenapa aku rasa lelaki ini sangat mempesonakan jiwa apabila tersenyum begitu.
Ada nada nakal dapat kukesan dalam suaranya membuatkan aku semakin gusar.Terasa darah menyerbu ke wajah saat ini. Danial tersenyum nakal namun entah kenapa aku rasa lelaki ini sangat mempesonakan jiwa apabila tersenyum begitu.
“Sorry..but..but..saya
nak keringkan rambut kat dalam bathroom.”
Gara-gara
terlalu kalut dan tidak menyangka aku akan terperangkap di dalam situasi ini,
aku terus meloloskan diri dari pelukan Danial dan melarikan diri ke arah bilik
mandi. Mahu menenangkan diri untuk seketika. Namun entah di mana silapnya,
gara-gara lantai yang licin dan kakiku yang masih basah aku hampir hendak
terjatuh ke belakang saat ini namun Danial dengan pantas menangkap tubuhku dari
terjatuh. Tanganku pula automatic memegang pinggang Danial. Anak mata kami kini
berpandangan.
“Why do you need to dry your hair? I
personally think you look so damn sexy with this wet hair look.” Bisiknya.
Senyuman yang sangat mempesonakan jiwa
dihadiahkan kepadaku. Anak matanya mula berlari ke serata wajah dan kemudiannya
kulihat bergerak ke arah kawasan leher yang terdedah. Terus sahaja aku mencuba
sehabis daya untuk berdiri tegak saat ini. Berjaya! Setelah dilihatnya aku sudah mampu berdiri, lelaki ini melepaskan pegangannya di tubuhku.Tanpa aku duga dia kemudiannya terus melutut membuatkan aku semakin resah. Tangan kanannya dihulurkan kepadaku.
“Princess,
would you dance with me tonight?” Soalan lelaki yang berhidung mancung ini benar-benar membuatkan aku gugup.
“Sa..saya
tak pandai menari..” Ucapku.
Sabar Bella..jangan pengsan!
Sabar Bella..jangan pengsan!
“Please..”
Rayuan lelaki yang mempunyai wajah yang
menggetarkan jiwa ini benar-benar buat aku hilang akal. Tanpa sedar tanganku
menyambut huluran tangannya. Tubuhku ditarik rapat ke tubuh sasanya dan
kedua-dua belah lengannya melingkar di belakang bahagian tubuhku yang dilapisi
bathrobe. Aku cuba mengikut rentak kakinya dengan perlahan. Alunan lagu
romantik inggeris Crazy Over You nyanyian 112 yang bergema dengan perlahan
melalui ipod menambahkan lagi getaran di hati.
Dapat kudengar Danial turut sama menyanyikan bahagian chorus itu dengan sangat perlahan.
“Thanks Danial sebab turunkan bumbung kereta untuk saya..” Nampaknya lidahku masih keras dan malu untuk memanggil lelaki ini dengan panggilan abang. Danial merenung ke arahku dengan pandangan yang memikat jiwa.
“Anything for you, princess.”
Aku terus mendongakkan kepala ke atas bersama rasa yang berbunga-bunga di dalam hati. Dipanggil princess oleh seorang putera kacak sepertinya di tempat yang cantik begini benar-benar membuatkan aku berasa seperti di awang-awangan.
klik untuk dengar lagu ni :) Crazy over you - 112
I Fell In A love With You
T'was Like A Dream Come True
And My Love For You Will Never End Oh No
It Was Such A Special Night
You Lay Right By My Side
And I Told You Things I'd Never
Tell Any Soul
Dapat
kurasakan Danial melabuhkan dagunya di sisi kanan bahuku dan kemudiannya
bibirnya melekap di situ juga. Demi Allah, rasa seperti kaki tidak lagi memijak
bumi.
Dapat kudengar Danial turut sama menyanyikan bahagian chorus itu dengan sangat perlahan.
I'm
Crazy Over You
I Don't Know What To Do
I'm Crazy Over You
Aku
pula hanya memejamkan mata dan mengikut sahaja arah kaki yang menari dengan
perlahan.
“Bella,
I’m crazy over you..” Bisiknya di telingaku.
**Sambungan babak ini di dalam versi cetak nanti**
***
Teaser 3 B
-Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 A-
Anak mata kuberanikan memandang ke arah suami yang sedang berada di kerusi memandu, di sebelah kiriku. Dia kelihatan sedang memfokuskan pandangan ke arah jalan raya yang terbentang luas di hadapan kami. Memandu pun ada gaya. Aku tersenyum sedikit. Bagai ada magnet anak mataku masih melekat pada dia yang kacak dengan kaca mata hitam di wajah. Lelaki berkulit cerah ini sememangnya mempunyai rupa paras yang menarik. Tiba-tiba sahaja dia menoleh ke mari. Apa lagi, kelam-kabutlah aku memandang ke hadapan.
Anak mata kuberanikan memandang ke arah suami yang sedang berada di kerusi memandu, di sebelah kiriku. Dia kelihatan sedang memfokuskan pandangan ke arah jalan raya yang terbentang luas di hadapan kami. Memandu pun ada gaya. Aku tersenyum sedikit. Bagai ada magnet anak mataku masih melekat pada dia yang kacak dengan kaca mata hitam di wajah. Lelaki berkulit cerah ini sememangnya mempunyai rupa paras yang menarik. Tiba-tiba sahaja dia menoleh ke mari. Apa lagi, kelam-kabutlah aku memandang ke hadapan.
“You
know what Bella?” Dengan wajah yang serius aku menoleh ke kiri.
“Hmm?”
Soalku cuba berlagak selamba.
Kaca mata hitam yang berada di wajah Danial
ditanggalkan saat ini.
“I
love it when I catch you looking at me..then you blush and look away.”
Ada
ketawa kecil di hujung ayatnya membuatkan hati aku bergetar. Alamak..dia
perasan la pulak!
“Mana
ada..”
Gumamku dengan perlahan dan terus memandang ke arah hadapan semula.
Berbahang rasanya wajah untuk kesekian kalinya apabila tangan kanan Danial
mengusap tangan kiriku untuk beberapa saat sebelum tangan itu menjalar semula
ke stereng kereta.
“I
know you miss me..sabar kay..lagi setengah jam kita akan sampai. I promise I’ll
give full attention to you afterwards.” Ucapnya dengan sangat romantik.
Semakin
gugup aku jadinya. Saja nak usik aku lah tu.
“Mana
adaaa…Bella tengok pokok-pokok berdaun merah tadi. Bukan tengok abang..”
Aku
menggumam lagi. Dapat kudengar Danial ketawa nakal. Aku tahu dia sedia maklum
aku sengaja memberikannya alasan. Tergamam aku seketika apabila kereta membelok
ke satu lorong di sebelah kiri saat ini. Sumpah aku telah terpesona.
Terjerit
kecil aku jadinya saat ini. Mataku merenung ke arah deretan pohon-pohon maple
yang dedaunnya berwarna oren kemerahan di kiri dan kanan kami saat ini.
Daun-daun yang berguguran di atas jalan raya menambahkan lagi keindahan tempat
ini. Tidak ada kenderaan lain langsung di hadapan kereta kami. Dapatlah aku
melihat dengan sejelas-jelasnya pemandangan yang cantik ini.
“You
love it?” Danial tersenyum kacak ke mari.
“Of
course.”
Dengan pantas aku mengangukkan kepala bersama senyuman yang paling manis di bibir. Sekelip mata bumbung kereta ini turun dengan perlahan-lahan menambahkan rasa teruja di dalam hati. Kami kini berbumbungkan dedaunan merah yang lebat. Terus sahaja aku memandang ke arah Danial.
Dengan pantas aku mengangukkan kepala bersama senyuman yang paling manis di bibir. Sekelip mata bumbung kereta ini turun dengan perlahan-lahan menambahkan rasa teruja di dalam hati. Kami kini berbumbungkan dedaunan merah yang lebat. Terus sahaja aku memandang ke arah Danial.
“Thanks Danial sebab turunkan bumbung kereta untuk saya..” Nampaknya lidahku masih keras dan malu untuk memanggil lelaki ini dengan panggilan abang. Danial merenung ke arahku dengan pandangan yang memikat jiwa.
“Anything for you, princess.”
Aku terus mendongakkan kepala ke atas bersama rasa yang berbunga-bunga di dalam hati. Dipanggil princess oleh seorang putera kacak sepertinya di tempat yang cantik begini benar-benar membuatkan aku berasa seperti di awang-awangan.
Who
said life isn’t a fairytale?
***
Teaser 3 C
Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 B
Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 B
Termenung
aku sendirian jadinya saat ini. Mataku memandang kosong ke arah omma yang
sedang membuat pembayaran di kaunter.
Aku mahu membayar kos perubatanku tetapi omma tetap berkeras untuk
menyelesaikannya bagi pihakku. Pandangan kuhalakan ke arah manusia yang berada
di kawasan ini. Di ruangan menunggu ini aku akhirnya termenung panjang.
Termenung memikirkan kebahagian dan kegembiraan yang telah diragut dariku dalam
sekelip mata sahaja. Pilunya hati hanya Allah yang tahu. Air mata sudah mula
memenuhi ruang mata. Pantas aku menyekanya.
“Sakit
lagi bahagian perut tu?”
Aku
mendongakkan kepala ke arah suara itu. Omma nampaknya sudah selesai membuat bayaran.
Di tangannya terdapat resit dan plastik berisi ubat-ubatan.
“Not
anymore, omma.” Jawabku perlahan.
“Alhamdulillah..”
Wanita ini kemudiannya menghulurkan tangan ke
arahku. Aku terus menyambutnya dan bangun berdiri.
“Walaupun Danial tidak ada di sisi Bella saat ini,
omma harap sangat Bella terus kuat. Omma akan jaga Bella. I will take good care
of you.” Ujar omma dan kami berjalan beriringan menuju ke arah lif.
“Thanks omma. Bella cuma nak tahu di mana Danial
berada. Bella yakin mereka bawa Danial ke hospital. Tapi, Bella tak tahu
hospital mana. I hope he’s fine..”
Sudah cuba kutahan namun air mata tetap juga
gugur. Semakin lama semakin laju sehingga menghasilkan esakan yang tidak
berpenghujung. Sesak terasa dada yang semakin sebak dan hiba.
Beginikah rasa sakitnya sebuah kebahagiaan yang
direntap?
Adakah ini noktah sebuah hikayat cinta musim luruh yang sangat mengasyikkan?
Nantikan Kimchi Untuk Awak! terbitan Kaki Novel di pasaran nanti :) In syaa Allah boleh dapatkannya bermula dari 24 April 2015 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur [24 April - 3 Mei] :) Novel ini juga akan dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia bermula May 2015 nanti :)