BAB 11
Oh
no! Baru aku perasan yang buku lali aku sudah mula membengkak! Tapi tak lah
banyak. Sikit aje. Jangankan nak gerak, baru pegang-pegang sikit pun dah sakit.
Berdenyut-denyut kau! Eh, tulang buku
lali aku patah ke apa ni? Dina ni pun, lama benar masa yang diambil untuk dapatkan
minyak panas dari papanya tu. Ke Iskandar tak bawak stok minyak angin atau
minyak panas ke sini? Aduh..macam mana ni? Haru!! Kepala yang tak gatal aku
garu dengan kasar.
Perlu
ke aku pergi hospital? Nak naik apa? Ambulans? Ergh, aku rela kut naik ambulans
dari naik kereta lelaki tu. Kalau boleh, sebesar kuman pun budinya aku tak mahu
makan lepas ni.
Relax Malissa..relax! Jauh sangat kau fikir tu..sampai nak naik
ambulans bagai. Nafas kurarik dalam-dalam. Aku cuba seboleh mungkin untuk
menenangkan diri.
Anak mata kini melirik ke arah sweater lelaki
itu yang kelihatan besar di badanku. Kemudian ke arah seluar track yang
terpaksa kulipat beberapa kali di bahagian pinggang. Apabila terbayang riak
wajah lelaki itu ketika ternampak aku terjelepuk atas lantai tadi, aku mulalah
tertekan. Dia nampak kaku apabila terlihat aku dalam keadaan berkemban tadi.
Aduh..kenapalah
aku tak sarung sweater cepat-cepat? Insiden dia mendukung aku ke atas katil setengah
jam yang lalu pula menerjah fikiranku kini. Pantas kedua-dua
belah tangan aku tekupkan ke wajah.
Aduhai..bagaimana nak berdepan
dengan
lelaki itu selepas ini?
"Mama..mama
menangis ke?"
Dengar
suara manja itu berkumandang di ruangan ini, aku terus meleraikan tapak tangan
dari wajah. Aik, kenapa merah wajahnya ni? Siap ada sisa tangisan lagi. Kena
marah dengan papanya ke gara-gara minta minyak angin?
Baru
hendak membalas kata-kata Dina, terus budak comel ini melurut lembut rambutku
sambil bersuara.
"Mama janganlah menangis..nanti papa datang." Pujuknya. Papa?
Bulat
mataku merenungnya saat ini. Pantas aku menggelengkan kepala.
"Tak..tak! Mama tak menangis. Mama okay je..mama happy! Tolonglah jangan
panggil papa."
Kelam-kabut aku berkata begitu. Boleh pula Dina ketawa.
"Mama
janganlah takut. Papa tu bukan harimau..papa tak makan orang." Petah
mulutnya berkata-kata membuatkan aku tersentak.
Masih tidak percaya yang Dina
akan mengeluarkan ayat itu. Mana mungkin aku lupa? Sampai mati pun mesti akan
tersimpan kemas dalam otak ni.
"Relax la..saya bukan harimau..saya
tak makan orang.."
Kembali terngiang-ngiang bisikan suara maskulin
lelaki itu di ruang fikiranku. Stop! Ini bukan masanya nak kenang memori lalu Malissa.
Tolonglah. Aku sudah mula memarahi diri.
"Mana minyak angin yang mama minta
tu?" Soalku dengan lembut kepada si cerdik yang cantik dengan pijama
Cinderella di tubuhnya ini.
"Papa cakap, kalau terseliuh tak
boleh letak minyak angin atau minyak panas. Mama juga tak boleh urut kaki tu
lagi." Ujar Dina. Gaya dia bercakap seperti baru sahaja menghafal ayat
itu.
"Hah?" Aku mulalah buat muka
pelik.
Biar betul kalau terseliuh tak boleh
mengurut? Eh, pandai-pandai je jembalang tu. Yakin betul yang aku ni terseliuh.
Mana tahu buku lali patah ke apa? Tok Wan aku kat kampung memang tukang
urutlah! Nak tipu cucu tukang urut..memang silaplah! Aku mengetap bibir dengan
geram.
Tapi Lisa..kau tu cucu tukang urut je..bukan
tukang urut pro macam Tok Wan. Tengok ni, buku lali ni patah ke, terpeleot ke,
atau urat putus ke, kau pun tak boleh nak teka! Mana tahu karang urut-urut
terus jadi untut kaki kau tu?! Tak ke niaya?? Seperti ada suara pula yang
menempelak aku begitu. Tangan kanan dah pun memicit kepala. Pening!
"Mama jangan risau. Papa pernah
sakit kaki juga lepas main bola dulu." Ujar Dina lagi. Eh eh dia ni, macam
tahu pula apa yang bermain dalam fikiranku.
"Mama tak risau. Dina pun jangan
risau-risau tau." Aku membalas kata-kata Dina dengan senyuman. Pantas dia
mengangukkan kepalanya.
"Papa! Masuklah!" Suara riang
itu membuatkan aku terkesima seketika. Papa?
Apa lagi, automatik jantung aku berdetak
kencang. Anak mata pantas kuhalakan ke
arah pintu. Lelaki yang memakai sweater nipis berwarna hitam itu selamba sahaja
melangkah ke mari dengan dulang di tangan. Di atas dulang itu berisi semangkuk
besar ais, segelas air dan beg plastik kecil berwarna putih. Kenapa pulak ni?
Dia ingat bilik ni dapur ke apa? Siap bawak ais-ais bagai? Bulat mataku
menjegil ke arahnya dengan wajah yang masam. Harap dia fahamlah kehadirannya di
sini memang tak dialu-alukan!
"Mama..Dina yang minta papa ubatkan
mama. Dina nak mama sihat." Pantas Dina bersuara sambil melurut lembut
kepalaku.
Sebijik seperti aku lakukan kepadanya ketika dia sedih. Iskandar pula
mula tayang wajah masam dan sangat serius.
"You heard that clear. Dina yang
minta." Tegas dan sinis sekali kata-kata yang keluar dari bibirnya tu.
Eleh, nak beritahu aku yang dia terpaksa
sangatlah datang ke mari. Semakin panas pulak hati aku ni. Tak ikhlas! Pigi daa..aku
pun tak inginlah bantuan kau.
Ikut hati, mahu sahaja aku membidas
kata-katanya.
Tapi apabila mengenangkan Dina yang berada di
sisiku, aku matikan hasrat itu. Iskandar kemudiannya meletakkan dulang di atas
meja kecil di sisi katil. Kemudian, dia terus melabuhkan duduk di birai katil,
betul-betul di sebelahku. Pantas aku bersusah-payah mengesot menjauhinya. Tak
hingin aku nak duduk dekat-dekat dengan lelaki ni. Boleh pula dia angkat kening
lihat reaksi aku? Anak matanya kemudian beralih kepada anak tunggalnya ni.
"Dina..papa
tak nak Dina nangis-nangis macam tadi lagi. You promised to behave ,
right?" Tegas kata-katanya itu mampu membuatkan anak dara cilik ini
gentar.
Bagai budak yang baru lepas kena marah, dia menganggukkan kepalanya
lemah.
"Yes papa." Antara dengar dan tidak budak berumur 6 tahun ini
bersuara.
Oh patutlah, ada sisa tangisan kat wajahnya
tadi. Dina menangis rupa-rupanya untuk memaksa papanya ke mari. Tersentuh hati
aku saat ini. Sayang betul dia dengan aku.
"Dina, tolong ambil brown pillow
yang tebal tu kat bilik papa." Suruh Iskandar. Bagai kilat Dina melompat
turun dari katil. Sebaik sahaja Dina menghilang, aku terus memuntahkan rasa
tidak puas hatiku.
"Dato' Issac Iskandar, tak payah la
awak nak susah-susah fasal saya. Sebelum awak muncul pun saya kuat je..dan
selepas awak pergi dari hidup saya, alhamdulillah saya bertambah kuat."
Rambut yang yang terjuntai ke wajah aku sebakkan kembali ke atas.
Masalahnya, Iskandar
hanya merenung sahaja ke arahku.
Tenungannya itu sukar untuk aku tafsir.
"Saya tak perlukan awak lagi, Dato'
Issac Iskandar!" Ucapku dengan geram untuk menutup segala kegugupan yang
sudah mula bersarang di dalam hati. Tersentak jadinya lelaki ini. Mungkin
terkesan dengan kata-kata aku.
"Kau ingat aku nak sangat bantu
perempuan macam kau? Kalau tak fikirkan Dina, kau ingat aku nak buat ke semua
ni? Dina cakap kau asyik mengerang kesakitan dari tadi. Kau tahu tak Dina risau
sampai menangis-nangis? Aku tak nak anak aku sedih sebab kau." Kasar nada
suaranya membuatkan aku panas hati. Pantas aku membidas.
"Perempuan macam saya ni, tak perlu
bantuan awak! Keluar!" Ucapku dengan sangat geram. Ada senyuman sinis
beraja di bibirnya.Anak mata helangnya itu dikecilkan sedikit.
"Habis tu, kau ingat aku suka sangat
nak tolong kau? Aku buat semua ni sebab Dina. Dina is everything to me now."
Kasar nada suaranya membuatkan aku panas hati. Pantas aku membidas.
"Dah agak. Memang tak ikhlas.
Entah-entah kahwin dengan saya dulu pun tak.."
Belum sempat aku habiskan ayat, Dina
kembali dengan sebijik bantal yang bersaiz kecil tetapi sangat tebal di tangan.
"Here is the pillow!" Ujarnya
sambil mengulurkan bantal tersebut kepada papanya.
Iskandar meletakkan bantal tersebut di
atas sebuah lagi bantal. Kemudian, kedua-dua belah bantal itu diletakkan di
hujung kaki aku. Apa agaknya dia ni nak
buat? Datang sini nak main susun-susun bantal ke apa? Aku lihat sebelah
tangannya meraupkan rambut ke atas. Nampak seperti sedikit pelik pun ada juga
keadaannya tu. Gugupkah dia?
Tanpa aku duga, selamba sahaja dia menyentuh kaki kananku. Tersentak
teruk jadinya aku.
"Eh, apa pegang-pegang ni?" Marahku.
Aku cuba tarik kaki aku tetapi tak
berjaya. Sakit sangat. Berderau darah di dalam dada saat ini. Bulat mataku menjegil
ke arahnya. Serta-merta dia melepaskan tangannya dari buku laliku. Mulalah dia
merenung aku dengan tajam.
"Kalau macam tu, angkatlah kaki sendiri
letak atas bantal tu." Bidasnya dengan geram.
Oh baru aku tahu dia ingin meletakkan
kakiku di atas bantal.
"Saya boleh buat sendirilah! Tak
payah nak pegang-pegang." Jawabku. Aku cuba mengangkat kakiku namun tak
berjaya.. sakit sangat!
"Auchhh.."
Iskandar memandang ke arahku sambil
tersenyum sinis.
"Manja! Terseliuh sikit pun nak
kecoh." Bidasnya geram. Aku pula
mulalah membalas bidasannya tu.
"Kenapa pula saya kena letak kaki
atas bantal? Awak doktor ke? Atau pawang? Memandai-mandai aje. Awak jangan nak
ambil kesem..." Belum sempat ayat aku habis, dia terus memegang lembut
bahagian kaki aku membuatkan terkunci terus mulut yang tadinya petah
berkata-kata.
Canggungnya situasi ini kurasakan. Kawasan wajah mulalah rasa
panas. Kakiku diletakkan dengan cermat di atas bantal yang bersusun. Jantung..tolonglah
jangan berdebar sangat. Nanti kaki sihat, jantung pula yang sakit.
"Tahu pun diam." Bisiknya
sinis.
Tak jadi aku nak menjawab kata-katanya apabila Dina bersuara dengan
sangat sedih.
"Kenapa mama dan papa selalu
bergaduh?"
Kedua-dua mata kami tertumpu pada Dina
yang sedang duduk di sisiku. Allahuakhbar..bagaimana aku boleh terlupa tentang
dia? Sayu pandangannya ke arah aku dan Iskandar saat ini.
"Bukan bergaduh.." Aku mula
mencari alasan. Dina mula bersuara semula.
"Habis tu?" Soalnya lagi.
"Berbincang.." Jawabku sambil
mengukir
senyuman tawar ke arahnya.
Aku lihat Iskandar sedang memasukkan
ketulan-ketulan ais di dalam ice bag
berwarna biru.Setelah ditutup dengan penutupnya yang berwarna putih, dia terus
mendekati kaki aku kembali, membawa debaran di dalam dada. Sebelah tangannya
mula menyentuh kaki aku membuatkan aku mulalah kaku. Apabila dia melipat kaki
seluar yang aku pakai sehingga menampakkan betis sedikit, aku terus sedaya
upaya menggerakkan kaki tanda protes.
"Tak payahla..."
Nampaknya dia memang tak makan saman. Tangannya
masih menyentuh lembut kakiku. Ais diletakkan di atas kawasan buku laliku yang
bengkak. Apabila anak mata kami berlaga, aku terus melarikan pandangan ke arah
lain bersama debaran yang masih bersisa.
gambar dari pakcik google |
"Biar je ais ni kat situ for like 15
minutes. Then alihkan. Lepas sejam letak semula for another 15 minutes."
Ujarnya.
Aku memberanikan diri memandang ke arahnya. Nampak dia juga sedikit
canggung saat ini. Terus dia bangun dari katil. Kemudian, dia mencapai sebuah
botol kecil dari atas dulang.
"Just rest in this position. Keeping
your foot raised helps decrease pain and swelling. Kalau boleh biar position kaki
kanan tu atas dari paras jantung macam ni untuk mengelakkan aliran darah ke
kawasan yang injured tu." Ujarnya lagi sambil memandang ke arahku sekilas.
Aku tidak membantah tetapi tidak juga mengiyakan.
"Now
take this anti-inflammatory medication." Botol berisi pil-pil kecil itu
dihulurkan kepadaku. Dengan malas aku mencapainya.
"Perlu
ke makan ni?" Soalku sambil merenung ke arah pil-pil di dalam botol.
Tanpa
aku duga dia menundukkan wajah dan merapatkan wajahnya ke arahku.Bau wangiannya menusuk masuk ke segenap ruang hidung.Aku cuba untuk menahan debaran di dada. Bibirnya
dirapatkan ke telingaku saat ini membuatkan botol di tangan terus terjatuh di
atas riba. Dapat kurasa deruan nafasnya di telingaku. Dia ni memang sengaja nak
buat aku kalut ke apa?
"Suka hati kau lah nak makan atau tidak. Not my problem!" Bisiknya.
Pantas aku mengetap bibir untuk kesekian kalinya. Kenapa tak cakap kuat-kuat
sampai Dina dengar? Geram betul!
"Mama,
Dina ke bilik air kejap. Nanti Dina jaga mama." Kata-kata Dina membuatkan
aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Pantas aku menganggukkan kepala.
"Okay
sayang."
Sebaik
sahaja Dina melangkah ke bilik air, Iskandar juga kulihat mula melangkah untuk
meninggalkan bilik ini.
"Hey.."
Panggilku.
Lelaki itu langsung tidak menoleh.
"Ni
pula untuk apa?" Aku bersuara lagi sambil mencapai bandage yang berada di
dalam plastik. Kali ini dia menoleh.
"Takkan
untuk balut kepala kau pulak?"
Memang menyakitkan hati betul!
"Saya
tak perlukan ni. Manalah saya pandai balut-balut kaki." Pantas aku
menggelengkan kepala sambil meletakkan kembali bandage di tangan di dalam
plastik.
"Are
you trying to say something?" Soalnya sambil merenung ke mari dengan
pandangan yang sukar hendak dimengertikan.
"What?"
Soalku pelik.
"Kau tak pandai? Habis tu kau
nak minta aku balutkan kaki kau tu ke? Aku takut kau koma je nanti. Pegang sikit pun
dah merah padam muka tu." Kata-katanya memang mampu membuatkan aku
tersentak. Boleh pula dia cakap aku nak dia balutkan kaki aku.
"Perasan!
Saya pun tak inginlah. You may leave now." Ujarku dengan sangat geram.
Beberapa saat sahaja masa yang diambil olehnya untuk hilang dari pandanganku.
Bandage
putih itu kucapai sekali lagi. Dina yang sudah pun muncul di ruangan ini semula
terus duduk di sisiku.
"Macam
mana nak gunakan benda ni?" Sekali lagi soalan tu terlepas dari bibir.
"Nak papa balutkan ke?" Soal Dina pula. Mampu membuatkan aku kalut.
"Tak payah! Tak payah. " Suaraku naik dua oktaf. Dina terpempan.
Terkebil-kebil dia merenung ke arahku. Pantas aku menyentuh lembut pipinya.
"Maksud
mama..mama tahu balut sendiri.." Ujarku dengan sangat lembut.
"Betul ke?" Soal Dina sambil tersenyum senang. Pantas aku
menganggukkan kepala.
"Mestilah..dalam youtube kan ada cara-cara nak balut kaki yang
terseliuh." Entah dari mana idea itu datang. Spontan betul!
"Ooo.."
Itu sahaja yang keluar dari bibir Dina.
Bagus
juga otak kau ni Malissa. Belajar balut dari youtube aje lah kejap lagi. Dina
masih lagi memerhati aku yang sedang memegang bandage.
Budak
ni macam tak percaya aje aku boleh buat sendiri benda ni. Akhirnya aku hanya
mampu tersenyum lucu. Tubuh kecil Dina aku tarik rapat ke dalam pelukanku.
Tenang sedikit rasa hati yang sedang hebat berkecamuk saat ini. Kenapa masih
terasa sentuhan lembut Iskandar di kakiku? This is not good. This is NOT good!
Kepala aku gelengkan perlahan sambil
melemparkan pandangan kosong ke arah pintu. Lisa, jangan sesekali biarkan dia
sentuh-sentuh kau lagi selepas ni. Ada suara yang berkata begitu kepadaku di
dalam hati.
***
Kalau
aku sakit kat rumah Zati, aku tak kisah sangat. Ni, aku tengah sakit kat rumah Iskandar..Dato'
Issac Iskandar! Sumpah rasa susah sangat hidupku saat ini. Pantas aku mencapai
telefon bimbit. Aplikasi Whatsapp kutekan dan semakin lincah jemariku
kemudiannya berlari di atas skrin saat ini.
"Zati,
aku tak balik tau malam ni. Dina mengamuk teruk tadi. Nangis-nangis sampai
muntah sebab minta aku tidur sini. Aku tak sampai hati..jadi aku tidur sini
malam ni."
Itulah
ayat yang aku whatsapp kan kepadanya. Hah! Bluetick. Maksudnya Zati tengah
online.
"What??
Kau tidur rumah Dato Issac? Biar betul..kalaulah Mak Ngah tahu ni..."
Itulah
mesej yang dibalas Zati. Seluruh fokusku hanya pada telefon bimbit di tangan
saat ini.
"Betullah..takkan
aku nak tipu kau pulak. Ibu takkan tahu kalau kau tutup mulut."
Balasku
lagi. Janganlah Zati terkeluar cakap pada ibu yang aku tidur di rumah Iskandar.
"Hish
kau ni. Takkan la aku nak bagitau Mak Ngah.." Lega hatiku saat ini. Zati dari kecil memang geng
aku.
"Kau
buka rahsia aku, aku buka rahsia tentang crush-crush mata biru kau dekat Pak
Long."
Tak
sampai lima saat dia membalas mesejku.
"Janganlah
hoi."
Tergelak
kecil jadinya aku. Pak Long memang garang kalau bab-bab ni.
"Lol!
Tahu takut..hehehe.."
Senyuman
masih bersisa di bibirku. Kemudian, aku menaip lagi.
"Zati..aku
ada benda lain nak bagitahu kau ni."
Pasti
gadis itu tak senang duduk dah tu.
"Apa?Kau ni buat aku risaulah Malissa oi." Balas Zati.
"I
sprained my ankle."
"Haaaaaaaa???!!"
Dah
aku agak, Zati akan terkejut beruk!
"How
are you feeling now?" Belum sempat aku jawab, satu mesej lagi sampai.
"Boleh
jalan ke tak tu?"
Baru
nak menaip, satu lagi mesejnya masuk.
"Atau
Dato' Issac dukung kau?"
Mulalah
aku mencebikkan bibir. Dia ni macam tahu-tahu aje. Apa yang sudah dikarang di
dalam otak terus hilang. Blank. Satu lagi mesej darinya masuk.
"Fatin
ada dengan aku ni. Dia cakap cinta sudah berputik semula ya?"
Ya
ampun! Pantas aku menaip dengan laju saat ini. Budak-budak ni lagi aku layan,
lagi menjadi.
"Enough! Apa korang mengarut ni? Mati-mati aku ingat korang risaukan aku.
Dah lah. Aku nak rehat. Esok jangan lupa datang ambil aku. Aku tak boleh
jalan."
Kalaulah
Zati dan Fatin tahu Iskandar benar-benar dukung aku..malunya!!
"Ye
lahhh..esok kitorang datang!"
Lega
aku membaca mesej darinya tu. Tak sabar nak cau dari sini esok. Tak sanggup dah
rasanya tinggal sebumbung dengan lelaki itu. Mesej seterusnya dari Zati kubaca.
"Kejap.
kau tidur mana? Bilik Dato' Issac ke Lisa?"
Galak
betul dorang ni. Asyik soal yang bukan-bukan pulak.
"KAU GILA?! Lempang nak? Lempang?!" Laju aku menaip. Jaga kau Zati.
Aku tarik hidung kau nanti! Ujarku di dalam hati.
"Hehehe...janganla
mare.
Assalamualaikum." Tahu pun takut.
"Waalaikumussalam."
Assalamualaikum." Tahu pun takut.
"Waalaikumussalam."
Aku
terus menamatkan perbualan apabila nampak Dina sedang melangkah masuk ke dalam
bilik ini. Ada pinggan berisi nasi di tangannya.
"Mama..tengok
dina bawakan apa ni?" Ujarnya dengan riang. Dina memang faham aku.
Sebenarnya perutku dah berkeroncong hebat sejak makan ubat tadi.
"Elok-elok sayang.." Pesanku dengan lembut. Pinggan yang penuh dengan
nasi goreng dihulurkan kepadaku. Wanginya bau!! Lapar sangat ni.
"Nasi goreng?" Terlepas soalan itu dari bibir. Siap ada udang besar
dan sayur lagi. Iskandar ke yang masak?
"Papa memang selalu masak for dinner. Dina minta papa letakkan sikit dalam
pinggan ni untuk mama." Ujar Dina sambil tersenyum senang. Betullah
tekaanku.
Tak dinafikan, aku memang rindu zaman-zaman dulu. Iskandar jarang
masuk dapur tetapi sesekali memang dia akan memasak untukku. Siap suapkan lagi.
Sayu aku merenung ke arah pinggan berisi nasi goreng di tanganku.
"Kejap
tau. Dina ambil air dan buah." Ujarnya. Aku pantas menggelengkan kepala.
"Dina..tak
payah susah-susah untuk mama. Air tadi pun ada lagi tu.." Kata-kataku
membuatkan anak kecil itu menghentikan langkahnya.
"Tak susah pun." Ujarnya sambil tersenyum comel.
"Dulu
mama yang jaga Dina. Sekarang biar Dina jaga mama." Sambungnya lagi. Untuk
kesekian kalinya dia mengelus rambutku dengan sangat lembut.
"Dina.." Aku dah tak mampu nak berkata-kata. Entah kenapa terasa
emosional apabila mendengar kata-katanya itu. Terus aku meletakkan pinggan di
atas meja yang terletak di sisi katil. Tubuh kecil Dina kutarik dalam
pelukanku.
"Mama
sayang Dina." Bisikku.
"Dina
pun sayang mama." Balasnya.
"Dina
tak sayang Auntie Rania. Auntie Rania jahat..Auntie Rania benci Dina."
Kata-katanya yang ini membuatkan aku meleraikan pelukan pada tubuhnya. Wajah
sugulnya kupandang saat ini.
"Mama
nak tanya..kenapa Dina cakap Auntie Rania macam tu?" Soalanku tidak
dijawabnya. Dina hanya merenung ke arahku dengan sayu sahaja.
"Tak
baik tau..kesian Auntie Rania." Ujarku lembut.
"Tapi
Auntie Rania tak suka Dina. Dia selalu cubit Dina." Luah Dina dengan rasa
tidak puas hati yang sangat tinggi. Terlopong luas mulutku saat ini. Berderau
darahku. Aku tahu Dina tak mereka cerita.
HAYFA RANIA |
"Cubit
kat mana??" Soalku dengan sangat
terkejut. Pantas anak mataku berlari ke tubuh Dina. Dina menyelak seluarnya
sampai ke peha.
"Sini.."
Dia menundingkan jari ke paha kanannya. Aku perhati dengan bersungguh-sungguh.
Benar, ada bekas sedikit. Walau dah tak lebam atau merah menyala tetapi tetap
ada kesan. Kemudian, dia menyelak lengan kirinya.
"Sini
pun ada.." Ujarnya sedih.
Demi Allah hati aku sakit saat ini. Jagalah kau
Rania! Dulu, nyamuk gigit Dina pun aku marah. Aku jaga dia macam nyawa aku
sendiri. Senang-senang dia dera anak aku. Pantas aku menarik anak kecil ini ke
pelukanku. Bahagian lengannya kuelus lembut.
"Ya
Allah..kenapa dia cubit Dina?" Soalku ingin mengorek cerita.
"Auntie Rania cubit Dina sebab Dina cakap tak nak papa kahwin dengan
dia." Luah Dina dengan nada yang sedih.
"Kenapa Dina tak nak papa kahwin dengan Auntie Rania?" Dengan sangat
lembut aku bertanya soalan itu. Bau nasi goreng dah tak mampu buatkan seleraku
muncul semula.
"Auntie Rania tak suka Dina.
Auntie Rania cakap, kalau dia keluar dengan
papa, jangan sibuk nak ikut. Nanti Auntie Rania cubit lagi bila papa tak
nampak." Mata Dina dah mula berair.
Allahuakhbar..apalah dosa budak comel
ni sehingga Rania sanggup buat macam tu kat dia? Nak papa aje..anak tak nak!
Banyak cantik muka kau Rania. Sudahlah muka masam macam tapai basi.
"Dina..." Panggilku. Dina mengangkat wajahnya.
"Papa tahu tak?" Soalku.
"Tak.." Pantas dia menggelengkan kepala.
"Kenapa Dina tak beritahu papa?" Rambutnya kuelus lembut. Dina tak
jawab soalan aku.
"Nenda tahu tak?" Soalku lagi. Kali ini kepalanya diangguk lemah.
"Tahu tapi nenda tak percaya cakap Dina. Nenda cakap, Auntie Rania tu kaya
dan baik hati. Dina mesti happy kalau Auntie Rania jadi mama Dina nanti."
Kurang
asam punya orang tua. Kemaruk sangat dengan harta si Rania sampai tak ambil
perhatian langsung tentang cucunya ni. Aku memegang kedua-dua belah bahu Dina.
Serius suaraku berkumandang saat ini.
"Dina..dengar
sini. Dina mesti beritahu papa kalau Auntie Rania cubit Dina lagi lepas ni.
Dina tak boleh diam-diam aje bila Auntie Rania dera Dina." Tegas suaraku
saat ini. Dina pula mengerutkan dahinya sedikit.
"Dera
tu apa mama?" Soalnya dengan wajah yang polos.
"Dera tu kalau seseorang tu pukul Dina..tak kisahlah cubit ke, tendang ke,
tampar ke..itu dikira dera." Beritahu aku dengan sejelas-jelasnya.
"Dina
takut papa pun tak percayakan Dina..macam nenda." Luah Dina. Aku
mengemaskan lagi peganganku di bahunya. Aku mahu dia yakin dengan aku.
"Dina
mesti beritahu papa. Papa sayangkan Dina. Papa mesti percayakan Dina." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Dina
menganggukkan kepalanya berkali-kali.
Dengan
budak, beranilah kau ye. Cuba kau cubit aku..memang nahaslah aku aku kerjakan
Rania! Membara kemarahanku terhadap perempuan itu saat ini. Kalau setakat si
Rania tu nak dijadikan pengganti, baik Iskandar membujang sampai tua aje
setelah bercerai denganku nanti.
"Mama..betul
ke kalau kita curi barang orang Allah akan potong tangan kita nanti?"
Soalan Dina membuatkan aku merenung ke arahnya kembali.
"Mencuri tu perbuatan yang sangat berdosa Dina..kenapa tanya ni?"
Soalku dengan sangat prihatin.
"Tapi,
dia nak curi papa..dia cubit Dina..dia tipu nenda cakap Dina nakal bila keluar
dengan dia. Nenda marah Dina."
Kenapa
pula ni? Raniakah yang dimaksudkannya?
"Dia tu Auntie Rania ke?" Soalku. Dengan lemah Dina menganggukkan
kepalanya.
"Dina flush cincin yang nenda kasi kat Auntie Rania dalam toilet."
Terlopong
luas mulut aku saat ini. Lucu pun ada. Terus aku menutup bibir dengan tangan
kananku. Dina pula tersenyum nakal saat ini.
"Ya
ampun!" Ujarku dengan nada tak percaya. Mesti mahal gila cincin tu.
Gerenti punyalah.
"Dina
tak nak Auntie Rania pakai cincin tu..lagipun nenda yang paksa papa hadiahkan
cincin tu kepada Auntie Rania." Luahan Dina membuatkan aku menggelengkan
kepala berkali-kali. Benarlah yang Iskandar akan berkahwin dengan Rania nanti?
"Ada
orang tahu tak?" Soalku.
"Takde." Pantas dia menggeleng.
"Mama
tak tengok muka Auntie Rania masa tu..macam mak lampir."
Aku
dah tak dapat tahan ketawa. Dina juga turut sama ketawa saat ini. Dina
kemudiannya melompat turun dari katil. Bergoyang-goyang tocangnya yang diikat
satu itu. Comel!
"Mama
makanlah. Dina nak baca muqaddam ni. Mama dengar tau." Ujarnya yang aku lihat menuju ke arah rak buku
di bahagian kiri bilik. Pinggan berisi nasi goreng kuangkat kembali saat ini.
"Pandai
ke Dina baca?" Sengaja aku bertanya begitu. Pantas anak kecil itu menoleh
ke mari.
"Mestilah pandai. Papa yang ajar. Mama makan dulu, sekejap lagi Dina ambilkan buah dan air." Aku hanya tersenyum sahaja
mendengar kata-katanya.
Ye
lah..yelah..semuanya papa. Sayang betul dia dengan papanya tu. Hanya papa
sahaja yang ada dengan dia selama ni..tiba-tiba pula Hayfa Rania tu nak rampas
papa dia. Kalau baik orangnya takpe jugak..ini, buruk laku! Mana tak tertekan
budak ni? Dengan budak 6 tahun bolehlah kau tunjuk bagus. Dengan aku, silap
besarlah nak main-main.
Apa khabar agaknya beg Louis Vuitton miliknya yang aku
rosakkan dengan air kopi beberapa minggu
lepas tu? Pasti buruk keadaannya semacam mana buruknya perangai dia. Padan
muka!
"Oh
ye. Mama tinggal sini sampai kaki tu pulih tau. Dina dah beritahu papa
tadi."
Tersentak
aku jadinya saat ini. Biar betul Dina beritahu papanya macam tu? Nasib baik tak
tercekik nasi goreng di dalam mulut.
***