**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday 2 March 2020

Perfectly Halal! [BAB 23 & BAB 24]















BAB 23

BAB 23
What a relief! 
Ahhh..lega rasa hati. Majlis akad nikah telah pun berakhir. Selesai aje majlis, aku terus ikut mak dan ayah pulang. Lelaki itu pun entah-entah dah masuk pejabat. Cincin di jari manis aku tilik dengan perasaan sayu. Nafas aku tarik dalam-dalam. Tuan Aidid yang mahukan pernikahan ini dirahsiakan. Jadi, tak perlu rasanya aku nak melekat sangat dengan dia. Takut nanti dia rimas pula. Lagi teruk kalau orang dapat hidu. Lagipun, pernikahan ini sudah terang lagi bersuluh bukan kerana cinta. Tuan Aidid sepertinya rela dalam terpaksa memperisterikan aku.
Selepas akad nikah tadi, relax aje kami pulang asing-asing. Ada ke pengantin macam kami di atas muka bumi ni? Pelik bukan? Rasa lawak pulak! 
Sekali fikir, aku boleh terima alasannya yang mahu merahsiakan pernikahan ekspress ini kerana tidak mahu keadaan menjadi kecoh dan seterusnya membuatkan Datin Mahani susah hati. Datin Mahani memang bukan berada di tahap yang stabil untuk menerima kejutan. Aku percaya lelaki yang sangat sayangkan ibunya itu tidak mahu membuat mamanya terkejut dan susah hati. 
Tapi, bila dua kali fikir, aku rasa dia tidak begitu serius dengan pernikahan ini. Ada juga bisikan jahat dalam hati ini. Mana tahu kalau dia takut sahamnya jatuh? Mana tahu kalau dia takut Maya Nisreen menjauh? Tambah-tambah gadis itu dan keluarganya banyak membantu Tuan Aidid dalam perniagaan. 
Sejujurnya, aku tak kenal lelaki itu sangat pun, maka aku takut nak terbang setinggi enggang. Kalau jatuh, pipit akan lebih terluka.
Mungkin sahaja kerana pernah dikecewakan seseorang yang bernama lelaki, aku menjadi seperti ini. Susah hendak percayakan orang dan takut untuk berharap. Di atas sejadah ini kedua-dua tanganku menekup bahagian wajah untuk seketika. Ada keluhan berat terbabas dari bibir.
Aku sendiri masih tidak mampu untuk menerima ketentuan ini sepenuhnya. Inikan pula Tuan Aidid, seorang lelaki hebat yang memiliki segala-galanya. Yang pasti, kedua-dua kami sememangnya memerlukan masa untuk menerima suratan takdir ini. Jadi, biarlah aku mengambil sebanyak masa yang perlu untuk aku sesuaikan diri dengan statusku yang baru.
Yepp! I'm taking my own sweet time to adapt.
Otak sudah merancang dengan rapi. Untuk sementara waktu ini eloklah aku tinggal bersama keluarga aku aje. Kalau aku terus berpindah dan menetap di banglo itu, pasti semua penghuninya akan curiga. Tambah-tambah Kak Mun! Aku tak mahu buat Tuan Aidid risau pula. 
Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Kain telekung aku lipat dan masukkan ke dalam almari. Kemudian aku melipat sejadah. 
Dengan t-shirt lengan pendek berwarna putih dan seluar legging hitam di tubuh, aku terus melangkah ke arah katil. Tubuh aku rebahkan. Telefon bimbit yang terdampar di atas bantal aku capai dan kini jemariku berlari ke atas skrin. Beberapa keping gambar yang Ica hantar melalui aplikasi Whatsapp kini terpapar jelas di depan mataku. Nak tergolek biji mata aku apabila merenung ke arah gambar Tuan Aidid mencium dahi aku di pejabat agama tadi. Mulalah jantung aku buat hal semula. Debarannya semakin kencang. Macam nak terlompat keluar dah ni. Bersama wajah yang berbahang aku mencampakkan telefon bimbit ke atas katil semula. Kenapa aku rasa macam ni? Bantal aku capai dan aku terus menutup bahagian muka. Icaaa kenapalah kau pandai-pandai suruh dia cium dahi aku?!
Tok! Tok!
Ketukan pada pintu membuatkan aku menaik nafas dalam-dalam. Haa ini mesti Ica yang nak mengganggu ketenteraman aku. Memang itu hobinya dari dulu.
"Masuklaaaaa" Jeritku dengan malas. 
Pandangan aku halakan ke arah pintu yang dibuka dengan cermat dan perlahan dari luar.
Berkerut seketika keningku. Sopannya Ica buka pintu? Kalau selalu tu berdentum-dentam.
Haaa takut kena marah dengan akulah tu! Bukan main lagi dia menyakat aku di pejabat agama tadi! Kurang asam betul.
 Siap kau, Ica!
"Ehem.."

Deheman itu benar-benar membuatkan aku terkejut besar. Dalam posisi berbaring ini aku menolehkan kepala ke arah pintu. Bulat mataku menjegil ke arah susuk tegap berbaju kemeja putih itu yang sudah melolos masuk ke dalam bilik. Baju t-shirt yang entah bagaimana kedudukannya terus aku betulkan. Keras kejung tubuh aku bersama mulut yang terkunci rapat.
Berkecamuk terus kepala otak aku.
 Eh, bagaimana Tuan Aidid berada di sini? 




Aku berhalusinasi tak? Takkan baru beberapa jam nikah dah gila bayang? Terus kedua-dua belah tangan menenyeh lembut kawasan mata                    

Aku berhalusinasi tak? Takkan baru beberapa jam nikah dah gila bayang? Terus kedua-dua belah tangan menenyeh lembut kawasan mata. Ya ampun! Betullah Tuan Aidid sedang tercegat di hadapan pintu yang sudah rapat terkatup! Apa lagi, gelabahlah aku jadinya!
Nyata bukan Ica yang masuk ke sini tetapi lelaki itu!
"Tuan Aidid!!" Terjerit kecil aku jadinya.
Bersama jantung yang berdetak kencang aku terus bangun dari katil. Rambut lurus yang terlepas bebas dan menutup sebelah wajah kelam-kabut aku selitkan di tepi telinga saat ini. Dia pula boleh bersandar pada dinding pintu sambil berpeluk tubuh dan selamba aje merenung ke arahku. Siap cerunkan anak mata lagi, seakan menganalisa aku pulak!
Apabila tersedar yang hanya baju singkat dan legging ketat menutupi tubuh, aku terus bergegas ke arah almari. 
Gila!
 Kat depan ayah pun aku tak pernah pakai legging ni! Kalau keluar dari bilik mesti aku sarungkan baju yang lebih labuh. Almari aku buka dan terus aku menarik telekung dan aku kenakan ke tubuh untuk menutup bahagian kepala dan badan. Barulah selesa sikit nak berdepan dengan dia. Nafas aku tarik dalam-dalam dan aku terus menoleh ke arah lelaki itu.
"Tuan Aidid..apa Tuan Aidid buat di sini??" Soalku dengan sedikit cuak dan tertekan. Nasib baiklah aku dan Ica baru kemas bilik ni. Taklah macam tongkang pecah. 
"Your sister, Ica yang suruh masuk sini." Jawabnya dengan tenang. Matanya tu masih melekat ke mari.
Icaaa! Aaaaa! Tak habis-habis budak ni buat hal! Kenapa tak suruh duduk di ruang tamu aje?
Isk! Aku lihat sepasang mata yang berhantu itu berlari ke sekitar kawasan bilik ini. Makin canggung aku jadinya. 
"So..this is your room?" Soalnya. Rasa gelisah sudah semakin menjadi-jadi apabila dia mula mengatur langkah ke mari. 
"Yes. Bilik ni saya kongsi dengan Ica." 




Aku cuba juga menjawab soalannya walaupun dalam keadaan yang sangat kekok                    

Aku cuba juga menjawab soalannya walaupun dalam keadaan yang sangat kekok. Selesakah dia untuk berada dalam bilik yang sempit begini? Sedaya upaya aku cuba menenangkan hati yang gementar saat ini. Tak selesanya!
"Er..Tuan Aidid nak kopi? Teh? Soft drink?"
Soalku dengan kalut sebaik sahaja dia mendekati meja kerjaku yang terletak betul-betul di tepi 
katil. Dah macam pelayan restoran pulak. Sah-sah aku nak melarikan diri dari situasi yang serba janggal ini. Terus dia menoleh ke arahku.
"Aku bukan datang nak minum.." Jawabnya sambil merenung tepat ke dalam mataku.. 
Kepala yang tak gatal aku garu saat ini. Kemudian, aku bersuara lagi.
"Err..tapi mak saya cakap, kalau tetamu datang rumah kena hidangkan air!" Balasku pula sambil menyandarkan tubuh pada meja kerja. Namun aku terus kaku apabila dia mendekati aku dengan sangat rapat. 
"Oh really?" Soalnya bersama sebelah kening terjungkit ke mari.
Tubuh dibongkokkan dan kedua-dua belah tangannya dilekapkan di sisi meja seakan-akan memerangkap aku di ruangan yang diciptanya pula. Bau wangiannya yang maskulin kini memasuki rongga hidung. Rasanya tahap gugup aku ni dah tak boleh bawa bincang dah! Sikit lagi aku boleh pengsan!
"Hm..let me see..what if yang datang tu your husband? Suami? Masih dikira tetamu?" Soalnya lagi. 
Macam sengaja nak mengingatkan yang dia tu suami aku pula.
Saja nak buat aku gelabah ke apa ni? Aku terus menarik nafas dalam-dalam saat ini. 
"Okay fine! Kenapa ye Tuan Aidid datang ke sini?" Soalku dengan sedikit serius. 
Dia terus menatap wajahku dalam-dalam. Dapat aku lihat anak matanya berlari ke serata wajahku saat ini sebelum tubuhnya ditegakkan kembali. Fuhhh lega! Tak boleh sandar kat meja ni..tak boleh! Bahaya! Aku mengingatkan diriku. Terus aku berdiri tegak.
"Aku nak isteri aku." Jawabnya dengan serius. Matanya tepat menikam mataku.
Terkesima aku jadinya mendengar jawapannya tu. Sikittt lagi jantung aku dah betul-betul boleh luruh!

"Tak payahlah pucat sangat. I was just joking. Papa tu tak kasi aku masuk office. He asked me to spend time with you. Satu lagi, dia ada satu permintaan.." Luahnya. Aku hanya mampu melarikan pandangan ke arah almari gara-gara rasa gugup yang menjadi-jadi. 
Just joking? Just joking apa kalau muka serius macam tu? Huru-hara habis emosi aku gara-gara 'joke' dia tu!
"Permintaan apa?" Soalku tanpa memandang ke arahnya. 
"Dia nak kau pindah sana." Kata-kata lelaki ini membuatkan aku terkesima.
"Hah?" Terjerit lagi aku jadinya.
Ya ampun! 
Baru aje aku merancang dengan senang hati untuk duduk di sini. Kalau semua orang tahu aku ini adalah isteri Tuan Aidid bagaimana pula? Betullah aku risau bila memikirkan penerimaan semua orang dalam rumah itu. 
"Dia mahu kita menjalani hubungan suami isteri seperti orang lain. Bukan seorang sana, seorang sini." Terang lelaki ini lagi dengan wajah yang serius. 
"Tak boleh, tak boleh! No, no, no." Terus aku bersuara sambil menggoyangkan jari telunjuk ke arahnya. Dia masih tenang-tenang aje melihat aku gelabah. 
"No, Tuan Aidid." Tegasku sekali lagi sambil menggelengkan kepala.
Aku lihat dia buat bodoh aje dengan reaksiku aku. Selamba sahaja anak matanya berlari ke harta karun aku yang berada di atas meja. Lepas tu tangannya tu mula membuka laci pada meja ini. Aaaa sudahlah banyak rahsia dalam laci itu! Terus dia mencapai gambar passport aku dan ditelitinya! Sudahlah itu gambar paling buruk. Apa lagi, aku cubalah merampas foto tersebut dari tangannya tapi dia melarikannya pula dari aku.
"Janganlah sentuh-sentuh benda-benda atas ni.." Tegurku dengan sedikit geram. Wajahnya ditoleh ke mari.
"Is this you??" Soalnya bersama kerutan di wajah. 
Seperti sedang membanding-banding pula muka aku dalam gambar dengan sekarang ni. Terus aku cuba merampas sekali lagi gambar di tangannya itu.
"Give me back my picture! Pulangkan balik, I said!" Tegasku untuk kesekian kalinya.
"I'll keep this." Putusnya dengan selamba. 
Agak-agakla gambar tak semenggah aku dengan muka selebet dan tudung kelepet tu nak disimpannya?? Erghhhh stress! Bulat mata aku merenung ke arahnya.
"Janganla Tuan Aidid.." Aku dah separuh merayu. 
Dia yang tinggi lampai itu berdiri tegak dan mengangkat tangan untuk melarikan foto tersebut.
Aku pula mengginjatkan kaki untuk merampas gambar aku yang tak semenggah itu dari tangannya sampaikan terhilang imbangan. Tubuh aku sekarang ni dah terdorong ke hadapan dan terhempap tubuhnya! Tindakan refleks, kedua-dua belah tangan aku sudah berada di dadanya. Manakala sebelah tangannya yang kekar itu sudah memeluk pinggangku untuk menghalang aku dari terjatuh. Berderau teruk darah dalam badan yang automatik membahangkan wajah. Mata kami berlaga saat ini. Tergamam aku jadinya. Nyata dia juga turut sama terkaku. Rahangnya bergerak sedikit tetapi tidak ada perkataan yang keluar. Ada riak terkejut di wajahnya.
Kenapa dunia seakan berhenti berputar saat ini? Degupan jantung semakin berdetak kencang saat ini. Aku lihat dia menarik nafas panjang-panjang saat ini. Kemudian, dia bersuara juga akhirnya.
"Tahu tak kenapa kita nikah? Sebab kau selalu ambil kesempatan..macam sekarang ni.." Bibir merah pucat itu bersuara dengan perlahan bersama wajah yang serius. Tapi kenapa makin kacak pula aku lihat wajahnya saat ini? Gelabah terus aku jadinya. Cepat-cepat aku jatuhkan tangan dari tubuhnya.
Maaf saya tak sengaja! Bersungguh-sungguh aku ingin berkata begitu namun keras terasa lidah saat ini. Kata-kata itu hanya mampu tersangkut di kerongkong.
Apabila tersedar tangannya masih memeluk bahagian belakang pinggangku, aku terus menepis dan meloloskan diri. Langkah kaki laju aku aturkan ke arah pintu. Bersama detak jantung yang masih tidak sekata aku terus membuka pintu. Sempat aku menoleh ke belakang untuk seketika.
Nyata lelaki itu sedang bersandar pada meja dan merenung ke mari.
"Tuan Aidid. I'm thirsty. Saya ke dapur." Ucapku dengan kalut.
Sebaik sahaja berkata begitu kelam-kabut aku menutup pintu dan berlari anak turun ke bahagian bawah rumah. Aku ambil kesempatan? Habis tu tangannya lama-lama kat pinggang aku tu apa namanya pulak? Bukan ambil kesempatan? Nyata aku tak berpuas hati dengan tuduhannya. 
Terus kakiku mengatur langkah menuju ke dapur. 
Ica yang sedang membancuh air tergamam melihat aku dengan telekung putih di tubuh. 
Hah! Semua ni budak ni punya fasal! Jelingan maut aku berikan padanya sebelum mencapai bekas untuk membancuh kopi.
"Eh, Kak Tia. Kakak solat apa ni? Bukan tadi dah solat asar ke? Maghrib belum masuk lagi." Ujarnya dengan pelik.
"Solat sunat!" Cepat-cepat aku menjawab sambil mengipas wajahku degan sebelah tangan. 
Ya ampun kenapa detakan di jantungku ini makin merimaskan? Ica dah mula garu kepala. Kemudian, dia mengerling ke serata kawasan dapur ini.
"Mana Abang Aidid?" Soalnya bersama sengihan nakal. Kemudian dia bersuara lagi.
"Tadi, Ica suruh dia pergi ke bilik jumpa Kak Tia." 
Terus aku menjegilkan mata ke arahnya. Tangannya yang lincah membancuh air milo terhenti seketika. 
"Kau ni kan..tak boleh ke suruh dia duduk kat ruang tamu tu aje?" Soalku dengan geram. 
Kenapalah aku tak kunci pintu tadi? Ica terus menggelengkan kepala sambil menjegilkan mata ke mari.
"Ehhh mana boleh. Dia kan suami Kak Tia?!" Tegasnya.
Eiii memandai-mandai betul dia ni! 
"Ye la..memang dia dah jadi suami kakak. Tapi, kakak masih tak biasa la dengan dia, Ica.." Luahku dengan rasa resah dan gelisah yang menjadi-jadi. Masih terasa kehangatan tangan sasa itu memeluk pinggangku tadi. Ah! Masalah ni. 
"Kak Tia..tak biasalah kena biasakan!" Terus dia kenyitkan mata ke mari. Kemain kan budak ni? Ada ketawa kecil di hujung ayatnya. Baru sahaja nak mencubit lengannya, gadis itu turut membuat isyarat mata padaku.
"Tu..dia dah datang..bye! Ica pergi ruang tamu ya! Kasi chance akak biasakan diri dengan Abang Aidid." Bisiknya nakal. Sebelah mata dikenyitkan ke mari.
Kaku terus aku jadinya. Tak sempat aku nak halang gadis itu sudah memecut keluar dari ruangan ini bersama mug berisi air milo di tangannya.
Ah sudah! Apa lagi, aku mulalah menarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan hati. Dia terus mendekati aku di kabinet ni. 
"Kenapa lari tadi?" Soal suara garau itu dengan sedikit perlahan.
Alamak, kenapalah dia perlu tanya soalan-soalan yang buat aku gabra ni?
"Hm?" Soalnya lagi. 
Aku menarik nafas panjang-panjang. Bersama wajah yang pura-pura tenang aku mencapai dulang dan kemudian, teko kaca berisi air kopi aku letakkan di atas dulang. 
"Mana ada. Kan saya cakap saya dahaga." Jawabku dengan riak tenang di wajah.
Kini tangan lincah mencapai cawan dan piring pula. Kuih buah melaka, tepung talam dan seri muka yang dibeli Ica tadi, aku keluarkan dari plastik dan aku masukkan ke dalam piring.
"Bukan sebab nervous?" Soalnya dengan selamba.
Mulalah panas kembali wajah aku. Terus aku menoleh ke arah lelaki yang sedang merenung aku itu. Apa aku nak jawab ni? Sebelah keningnya terjungkit ke atas. 
"Aidid..bila sampai?" Suara ayah yang tiba-tiba bergema di ruangan ini benar-benar menyelamatkan keadaan. 
"Baru tadi, pakcik Johari." Sapa lelaki ini yang terus melangkah ke arah ayah.
Terus aku menghembuskan nafas lega.
"Ayah. Bukan pakcik." Tegur ayah sambil ketawa kecil. Tuan Aidid juga turut ketawa kecil.
"Maaf, ayah. Saya tersasul." Cepat-cepat Tuan Aidid membetulkan panggilannya.
Memang aku dan lelaki itu masih lagi belum biasa dengan episod baru dalam hidup kami ini.
"Biasalah tu..awal-awal memang begitu. Dah lama-lama nanti terbiasalah." Ujar ayah pula. 
Kesempatan ini aku ambil untuk melarikan diri. Dulang aku angkat dan kemudian aku melangkah untuk keluar dari kawasan dapur. Sempat aku mengerling ke arah lelaki itu.
"Awak datang ke ruang tamu kat depan dengan ayah ye. Saya hidangkan kopi dan kuih-muih di sana." Ucapku kepadanya. 
Belum sempat lelaki tampan ini memberikan respons, ayah terlebih dahulu bersuara.
"Marilah Aidid. Kita berbual kat depan tu." Ajak ayah dengan ramah.
Aku pula terus tersengih nakal sambil membawakan dulang di tangan. Haa biarlah dia berkenalan dengan ayah dulu sebelum berkenalan dengan aku. Kalau dah nikah dengan anak, kenalah taaruf dengan mak bapak jugak.
 Tak gitu? 
Tenang sikit rasa hati saat ini.
***
Rambut yang melepasi bahu aku tocangkan satu dan kemudian, aku terus membetulkan t-shirt hitam di tubuh yang dipadankan dengan tracksuit hitam. Perut yang berkeriukan minta diisi membuatkan aku cepat-cepat melanglah ke arah pintu. Baru aje nak buka pintu, Ica yang masih bertudung sarung sudah masuk dengan riak terkejut di wajah. Dah kenapa pula masih pakai tudung dalam rumah ni? Belum sempat aku membuka mulut, dia terlebih dahulu bersuara.
"Lahh..kenapa Kak Tia kat sini lagi?" Soalnya kehairanan. 
Aku pandang wajahnya dengan pelik.
"Apa maksud Ica? Dah ini memang bilik kita, kan." Jawabku sambil mengerutkan wajah. 
Ada-ada aje dia ni. Takkanlah nak suruh aku tidur di banglo mewah tu? Memang taklah..! Ica terus menutup pintu. Kemudian, dia menyandarkan tubuh pada dinding.
"Memanglah ini bilik Kak Tia jugak tapi, kan Abang Aidid tidur sini malam ni? Takkan akak masih nak duduk sini?" Soalnya dengan semakin pelik. 
Terdiam aku jadinya. Apa? Tuan Aidid tidur di sini? Budak ni saja nak main-mainkan aku ni.
Terus aku ketawa sinis.
"Apa Ica merepek ni? Seronok betul kan kau menyakat aku?" Soalku dengan geram sambil menggelengkan kepala. 
Dia masih lagi pegun di situ. Buntang matanya merenung ke mari.
"Lahhh! Takkan Kak Tia tak tahu?" Soalnya dengan riak terkejut di wajah. Sebelah tangannya menepuk dahi.
"Tahu apa??" Soalku pula. 
Terus dia tudingkan jari ke arah kanan kami.
"Tu..Tuan Aidid ada kat dalam bilik tetamu! Mak yang suruh Abang Aidid guna bilik tu. Dia dah balik dari masjid dengan ayah pun." Ujarnya dalam keadaan berbisik.
Tersentak terus jadinya aku mendengar kata-kata gadis ini. Otak sedang mencerna berita yang baru aku terima itu. Maksudnya apa ni? Tuan Aidid ada di bilik sebelah? Tak mungkin! Terus aku meraupkan wajah.
"Kau jangan mengarut Ica..kan dah pukul 9 malam ni? Mestilah dia dah pulang ke rumahnya." Bidasku dengan geram. Entah-entah betul Ica nak main-mainkan aku!
"Memanglah Kak Tia tak tahu sebab akak asyik terperap aje dalam bilik. Ni, mak suruh akak hidangkan makan malam untuk Abang Aidid sekarang." Beritahu Ica yang kemudiannya melangkah ke arah katilnya.
Tergamam aku jadinya. Tuan Aidid, CEO Warisan Group nak tidur sini?
Ica buat lawak ke? Tudung sarung dibuka dan diletakkan atas katil. Terus aku menerpa ke arahnya yang sudah pun duduk di birai katil.
"Ica..kau janganlah main-main! Kau saja nak buat akak gelabah kan?" Soalku dengan kelam-kabut. Ica terus ketawa besar. 
"Ica memang suka main-main tapi kali ni Ica serius, okay!" Ucapnya bersama sengihan di wajah. 
Kemudian dia terus tolak tubuh aku supaya menjauh darinya.
"Cepatlah turun bawah. Nanti mak marah!" Gesanya dengan kalut.
Aku dah mula memicit kepala dengan kedua-dua belah tangan. Alamak, apa aku nak buat ni? Tuhan sahaja yang tahu betapa resahnya aku saat ini. Sangka aku, selepas menjamah kuih-muih dan minum kopi Tuan Aidid akan pulang ke rumahnya tetapi tidak! Tidak sama sekali. Meleset teruk tekaan aku. Nafas aku tarik dalam-dalam. 
Apa masalahnya Tia? Dah memang dia suami kau kan? Seharusnya kau berada di mana dia berada. Seperti ada suara yang berkata begitu. Aduhh takkan nak bertudung bertelekung bagai? Pasrah ajelah pakai macam ni turun bawah. Dia dah jadi suami aku. Tak selesa pun, aku terpaksa juga biasakan diri. Terus aku melangkah perlahan keluar dari bilik ini. Langkah aku atur menuruni anak tangga dengan perasaan yang kacau-bilau. 
Apa pun yang terjadi Tia, kau harus juga cuba sesuaikan diri dengan lelaki itu. Dia dah jadi suami kau sekarang. He's your husband! Bisik hatiku lagi dengan yakin. Masuk aje ke ruang dapur, kelihatan lelaki itu sedang berada di meja makan bersama ayah. Entah apa yang mereka bualkan.
 Tuan Aidid pula aku lihat sempat mengerling ke arahku. Namun, pandangannya yang tadi dialihkan ke arah lain kini menusuk wajahku dengan kemas untuk sekali lagi. Dua kali toleh! Terus berdebar laju jantung aku. Dapat aku lihat riak wajahnya berubah. Keyakinan yang aku bina tadi mulai runtuh. Terus aku melarikan anak mata ke arah mak yang sedang menyenduk nasi ke dalam bekas kaca. Laju kaki melangkah ke situ. Aku cuba untuk bersembunyi di belakang mak.
"Mak, biar Tia yang buat." Aku menawarkan diri tapi mak terus tersenyum ke mari.
"Takpe, Tia hidangkan lauk-lauk tu kat atas meja." Arahnya sambil menudingkan jari ke arah bekas-bekas kaca berisi pelbagai jenis lauk-pauk. 
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja dengan hati yang sedikit gementar. Kerana aku tahu mata lelaki itu tak lepas merenung ke mari. Eeee tak pernah tengok orang ke? Macam nak telan aje cara dia tengok tu!
Setelah menghidangkan segala-galanya di atas meja, aku terus mengerling ke arah tempat duduk yang kosong di sebelah Tuan Aidid. Nak kena duduk situ ke? Atau aku patut duduk di hujung meja aje? 
"Duduklah, Tia. Sendukkan nasi untuk Aidid tu.." 
Suruh mak sambil tudingkan jari ke arah kerusi kosong itu. Alamak, mak ni macam tahu-tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran aku.
Mahu tak mahu aku menarik kerusi di sebelah Tuan Aidid dan melabuhkan punggung di situ. Terus aku menyenduk nasi untuk lelaki di sebelahku ini.
"Nah. Jemputlah makan." Jemputku dengan sopan ambil meletakkan pinggan nasi ke atas meja. Tak berani pula nak pandang wajahnya. 
"Maaflah Aidid kalau tak berminat dengan masakan kampung." Luah mak bersama senyuman. Terus lelaki di sebelahku ini bersuara.
"Sebenarnya, saya suka masakan kampung. Tambah-tambah gulai nangka ni..memang favourite saya." Jawabnya. 
Ramah juga lelaki bermuka ketat ini dengan mak dan ayah. Lapang sedikitlah hati aku.
Kejap, Tuan Aidid makan gulai nangka? Waaa..boleh percaya ke ni? Sampai tertoleh aku ke arahnya saat ini. Kacaknya..hati aku memuji namun pandangan terus aku larikan ke wajah mak apabila lelaki itu menoleh ke mari.
"Baguslah macam tu. Senang sikit hati mak." Jawab mak pula. Ayah sekadar ketawa kecil.
"Tia, sendukkan sikit sambal tumis udang tu dalam pinggan Aidid." Suruh ayah. 
Wahh mereka ni benar-benar mahu Tuan Aidid selesa di sini.
"Baik ayah." Ujarku.
Sudu aku capai dan lincah tangan menyenduk sambal tumis udang. Namun baru sahaja hendak meletakkannya dalam pinggan Tuan Aidid, lelaki ini terus menggenggam tanganku. Tersentak aku jadinya. Terus wajahku merenung ke arahnya bersama detak jantung yang sangat tidak sekata.
"Abang alergi udang." Ucapnya yang memandang tepat ke dalam mataku. Kemudian dia melepaskan genggaman tanganku.
Abang? Abang? Mintak oksigen!!
Cepat-cepat aku meletakkan sudu di dalam mangkuk berisi sambal tumis itu semula dengan wajah yang berbahang teruk.
"Oh..maaf. Ayah tak tahu pula Aidid alergi udang." Celah ayah.
"No, it's okay. Bukanlah alergi teruk pun cuma bahagian muka akan jadi merah-merah sikit.
Sehari dua lepas tu, eloklah balik." Balasnya pada ayah.
Kemudian, dia merenung ke mari. Bertambah kuat jantung berdebar saat ini. Rasa gugup yang bukan sedikit sudah menguasai aku. Selamba betul dia genggam tangan aku tadi. Gelas aku capai dan aku meneguk air perlahan-lahan saat ini.
"Merahnya muka Kak Tia.." 
Suara Ica yang tiba-tiba muncul mampu membuatkan aku tersentak. Terbatuk kecil jadinya aku saat ini. Terus aku bangun menuju ke arah sinki. Tisu aku capai dan aku tekupkan ke mulut. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini untuk menenangkan diri. 
Masih terasa kehangatan tangan kekar dan kasar itu menggenggam tanganku tadi. Tuan Aidid ni saja nak buat aku gelabah ke apa ya? Bukan dia tak tahu bagaimana hubungan kami tika ini!
"Ica! Janganlah kacau kakak kamu!"
Kedengaran suara mak memarahi gadis itu. Ica pula hanya ketawa kecil sahaja saat ini. Sempat aku mengerling ke arah lelaki itu yang sedang ramah berbual dengan ayah sambil menikmati juadah makan malam. Nafas aku tarik dalam-dalam sebelum melangkah ke meja makan semula. 
***
Aku dah mula sakit kepala. Aaaa biar betul lelaki ini nak tidur sini? Telinga aku dekatkan ke pintu bilik mandi. Alamak, betullah dia tengah mandi! Apa aku nak buat ni? Terus aku mundar-mandir di dalam bilik ini. Selagi aku belum yakin dengan lelaki ini, selagi itu aku susah hendak menerimanya sebagai suami. Yes, sejak dicurangi Qashah membuatkan aku seperti fobia ingin percayakan lelaki. Walaupun lelaki itu adalah orang yang telah menyelamatkan aku. 
Rambut yang ditocang tinggi aku betulkan dan kemudian aku mula melangkah ke arah katil.
Punggung aku labuhkan di birai katil. Tergamam aku jadinya apabila mendengar bunyi keriukan bilik air. Berkocak darah dalam tubuh apabila pandangan aku bertemu dengan lelaki itu. 
Seksinya! Habis tercemar mata suci aku ni.
Nyata dia ni memang selamba dan sangat tenang orangnya. Isk..tak pun dia sengaja je nak tayang body yang sasa tu!

 Dengan hanya bertuala separas lutut mendedahkan tubuhnya yang masih sedikit basah itu dia keluar dari bilik mandi. Sebelah tangan meraup rambut yang basah kuyup ke atas sebelum melangkah ke arah almari. Cepat-cepat aku alihkan mata ke arah lain. Sabar wahai jantung!
Sabar! Nak terjatuh rahangku ketika ini. Terus aku melangkah ke arah tingkap dan menyusup masuk ke sebalik curtain dan membelakanginya. Pandangan aku halakan ke arah bahagian taman kecil di bawah sana dengan debaran kencang dalam dada. 
"Tia.." Suara husky itu menampar gegendang telinga. Terus aku pejamkan mata untuk sesaat sebelum menjawab sapaannya tu.
"Yes, Tuan Aidid?" Soalku dengan seprofesional yang boleh. Aku masih lagi tidak bergerak dari sini.
"Kau guna handphone apa?" 
Tak dapat aku nak proses soalannya tu. Rasa beku otak.
"Err apa dia?" Soalku sekali lagi. 
"Handphone kau? Samsung? Iphone?" Dia menyoal lagi. 
Aduhhh time-time ni ke nak tanya aku guna phone apa? Kalau ye pun pakailah baju dulu!
"Owh! Iphone." Jawabku dengan pantas. 
Pandangan masih aku talakan ke luar dengan otak yang kusut. 
"Good. Can I borrow your charger?" Soal lelaki itu lagi. 
Oh..nak pinjam charger. Ingatkan apa. Terus aku menjawab soalannya dari sini.
"Boleh.." 
Sebaik sahaja berkata begitu, kedengaran lelaki itu bersuara dengan sedikit tegas di belakang sana.
"Now, Tia..now! Can I borrow it now?" Soalnya seperti hilang sabar. 
Mendengar ton suara yang sedikit menggesa itu, sepantas kilat aku berpaling ke belakang. 
"Owh kejap." Jawabku dengan kalut.
Aduhh! Mahu tak mahu aku terus berpaling ke belakang. Nyata dia sedang berada di meja kerjaku. Nasib baik dia sudah memakai tracksuit. Cuma bahagian badan tu masih terdedah. Terus aku meluru ke arah meja. Laci aku buka dan charger aku keluarkan. 
"Nah." Aku meletakkan charger dalam genggaman ke atas meja. 
Baru sahaja aku nak ke arah jendela semula, dia bersuara kepadaku.
"Menarik sangat ke pandangan kat luar tu?" Soalnya dengan serius. 
Anak matanya aku lihat berada di rambutku dan kemudian di wajahku. Mulalah aku tak selesa. 
Pandangan kami berlaga seketika membuatkan aku sedikit kelu. 
"Err..Tuan Aidid pakailah baju dulu. Nanti saya jawab soalan tu." Ucapku dengan kalut.
"Kenapa? Takut tergoda tengok badan aku?" Soalnya sambil tersenyum sedikit. Bahagian rambut dikesat dengan tuala. 
Pantas aku gelengkan kepala.
"Mana ada!" Ujarku. 
Dia sudah ketawa lain macam  melihat gelagatku.
"Then?" Soalnya. 
"Saya tak biasalah macam ni..Tuan Aidid pakailah baju..I've something to discuss with you."
Ujarku separuh merayu. Dia aku lihat menyebakkan rambutnya ke atas. Baju di dalam bagasi dikeluarkan dan dia menyarungkan t-shirt putih itu ke tubuh.
"Done." Ujarnya. 
Aku pula terus menyandarkan sebelah sisi tubuh pada dinding.
"Err..awak memang nak tidur sini ke?" Soalku. 
Rambut yang menutupi sebelah wajah aku selitkan ke belakang telinga. Tuan Aidid menarik nafas dalam-dalam. 
"Habis tu? Kau nak parents kau atau ayah aku bimbang dengan keadaan kita ni?" Soalnya.
Kemudian dia menambah lagi.
"Malam pertama tapi tidur rumah lain-lain." Getusnya. 
Aku meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan. Betul juga kata lelaki ini. Mak dan ayah pasti akan susah hati kalau itu terjadi. Sudah-sudahlah aku membuat mereka gelisah sebelum ini. Aku tak sanggup hendak buat mereka rungsing lagi. Terkebil-kebil aku merenung ke arah Tuan Aidid.
"Tapi..tapi, saya..saya.." 
Aduh macam mana nak cakap ni? Takut pula lelaki ini salah faham. Tapi, entahlah, aku masih 
belum bersedia.
Tuan Aidid aku lihat melepaskan keluhan berat. Kemudian dia mendekatiku. Bertambah bimbang jadinya aku. 
"Apa yang ada dalam fikiran kau? Kau ingat aku seperti ex-boyfriend kau, Qashah? Aku tak akan memaksa walaupun dari segi agama, kau sah menjadi milik aku. Kau ingat aku desperate sangat?" Dengusnya tetapi masih mengawal suara. 
Tapi tergamam aku jadinya apabila tangannya itu berada di rambutku untuk seketika. Sesak nafasku saat ini. Terus aku melarikan wajah namun dia terus mengelus sesaat dan menyelitkan rambutku di belakang telinga.

Terdiam aku jadinya.
"Aku tak akan memaksa walaupun aku mampu untuk buat begitu." Ucapnya yang kemudiannya terus melangkah ke arah katil dengan tenang. 
Ada ketawa kecil dapat aku dengari saat ini.
"Sleep. Baru test sikit dah pucat.." Gumamnya.
Berbahang rasa wajah saat ini. Bibir aku ketap geram! Sengaja dia ni nak main-main kan?! Aku menghembuskan nafas lega dengan perlahan-lahan. Dia aku lihat sudah pun merebahkan diri di atas katil bersaiz queen ini. Lampu aku padamkan dan hanya lampu tidur sahaja yang terpasang. 




Dalam kelam cahaya ini aku memanjat naik ke atas katil dan berbaring di ruangan yang paling hujung

Dalam kelam cahaya ini aku memanjat naik ke atas katil dan berbaring di ruangan yang paling hujung. Kenapalah mak dan ayah tak beli katil king aje dulu? Aaaa ni kalau aku gerak sikit ni boleh tersentuh lelaki tu.
Mata lelaki itu sudah terpejam rapat saat ini. Dalam cahaya yang samar-samar aku mula meneliti wajahnya dari sini. Oh, baru aku perasan yang dia mempunyai tahi lalat yang sangat kecil di bahagian kanan dahinya. Baru sahaja anak mataku berlari pada hidung mancungnya, lelaki ini membuka mata. Gulp! Tersentak aku jadinya. Nasib tak luruh jantung aku gara-gara terkejut!




"Do you have anything to say, Tia?" Soalnya perlahan                    

"Do you have anything to say, Tia?" Soalnya perlahan. 
"No! Takde apa-apa."
Pantas aku menggelengkan kepala. Comforter yang menyelimuti tubuh aku tarik sampai ke kepala. 

Bibir aku gigit cemas saat ini. Itulah Tia! Tenung lagi wajahnya, kan dah kantoi! Ahhh mesti dia tuduh aku mengambil kesempatan lagi ni! Ergh!
Haih! Kenapa aku tak boleh tidur ni? Rasanya dah dekat sejam aku pusing kiri dan pusing kanan. Tuan Aidid pula aku rasa dah nyenyak tidur. Senyap je. Tak bergerak langsung. Baru rasa nak ambil angin di bilik Ica kejap, terasa ada tangan melingkar di tubuhku. Sikit lagi aku dah nak terjerit dengan kuat. Nasiblah aku cepat-cepat tutup mulut. Takut pula Ica atau mak dengar! Berderau teruk darah dalam tubuh saat ini! Keras dan kaku jadinya aku. Nak bernafas pun seakan tak lepas dah ni. 
Terus aku menarik turun comforter yang aku tutup sampai kepala dengan kelam-kabut. Dapat aku lihat lelaki itu sedang tidur. Masalahnya lengan kekarnya ini memang melingkar kemas di pinggang aku!
"Tuan Aidid.." Terkeluar juga suaraku saat ini.
 Aku lihat dia tak langsung beri respons. Mulalah aku rasa nak berpeluh sejuk ni! Berbahang rasa wajah. Bukan aje wajah! Seluruh tubuh dah rasa berbahang! 
"Tuan Aidid.." Aku menguatkan sedikit suara. 
Masih juga tidak ada respons. Malah semakin erat pula terasa pelukannya ni. Aaaa dia ingat aku bantal peluk agaknya! 
Aku cuba mengalihkan tubuh tetapi tak mampu. Anak mata berada di bahagian lengannya yang sasa. Nak alihkan tangannya aku sendiri takut nak sentuh lelaki itu. Kalau dia terjaga, lagilah malu! Terus aku pejamkan mata sahaja saat ini. Akhirnya aku hanya mampu redha dan pasrah aje berbaring dalam pelukan lelaki ini dalam debaran yang semakin menggila dalam dada. 
***
BAB 24
"Tia..wake up."
Dalam mamai-mamai aku mendengar suara itu. Namun mata ni terlalu berat untuk aku buka. Ah, jam belum bunyi lagi. Tidurlah dulu. 
"Dah subuh.." 
Sekali lagi aku mendengar suara itu. Kenapa terasa seperti rambutku dielus lembut berulang kali? 
Mata yang berat aku paksa juga buka. Nyata dalam kesamaran cahaya lampu tidur dapat aku lihat wajah Tuan Aidid betul-betul di hadapan wajahku. Sangat dekat. Tidak, tangannya tidak berada di wajah aku pun.
"Hey..wake up.." Gumamnya dengan perlahan. Romantik pula suaranya ketika ini. 
Hah! Pagi-pagi lagi dah buat aku huru-hara. Terus aku menekup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Tak mungkinlah lelaki serius lagi dingin ini mengelus rambut aku. Jauhnya aku berangan! Semalam tu pun mesti dia tersalah peluk. Tindakan luar kawalan bila dah tertidur nyenyak. Ingat aku bantal agaknya? 
Gara-gara rasa gugup dan kekok aku terus aku bangun dari katil. Terus aku mencapai telefon bimbit di atas meja. Pukul 5.40 pagi rupanya. Awalnya dia bangun! Selalunya aku bangun pukul 6  pagi!
Dalam keadaan berdiri dan masih mamai aku merenung ke arah lelaki yang masih berbaring mengiring ke arahku itu. Sebelah tangannya menopangkan sisi kepala. 
"Awalnya awak bangun." Komenku.
 Dalam malu-malu aku pandang juga wajahnya. Dia aku lihat meregangkan tubuhnya sedikit dan bangun dari pembaringan.
"Bersihkan diri. Lepas tu solat sama-sama." Bicaranya. Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.
"Err..awak nak mandi ke?" Soalku. Rambut lurus yang terlepas bebas aku selitkan di belakang telinga. 
Bukan apa, awal betul ni. Ergh..mesti sejuk! Lelaki itu aku lihat asyik merenung ke mari sambil berpeluk tubuh. 
"Why Tia? Nak temankan aku mandi?" Suara husky itu menyoal dengan nada lain macam sekali. 
Mulalah darah menyerbu ke wajah. Sudahlah suaranya pagi-pagi ni kedengaran seksi pula di telingaku. Terkaku aku jadinya.
"Tak nak..." Kelam-kabut aku menjawab dengan nada meleret. Laju-laju kepala menggeleng. Dia tak berkelip merenung ke mari. 
"Kalau Tuan Aidid nak mandi, mandilah dulu. Saya mandi selepas tu." Beritahuku dengan jelas. Tak mahu dia fikir yang bukan-bukan pulak. 
"Oh..I thought you wanted to join me.." Gumamnya yang kemudian terus mencapai tuala. 
Aku hanya mampu meraupkan wajah dengan sebelah tangan. Sejak bila dia pandai usik aku begini?
Apabila lelaki itu mula melangkah menuju ke bilik mandi, aku pula cepat-cepat bersuara.
"Err..baju-baju saya di bilik satu lagi. Saya mandi dan bersiap di bilik sana. Kejap lagi saya datang sini dan kita solat sama-sama ya." Lancar suara serak-serak basah di pagi hari aku bergema saat ini. 
Dia tidak berkata apa-apa, hanya menonong sahaja masuk ke dalam bilik mandi. Aku pula membuka lampu dan terus melangkah keluar dari bilik ini. 
Masuk sahaja ke dalam bilik aku dan Ica, aku lihat adik aku tu masih lagi nyenyak tidur. Ye lah, aku dan Ica memang bangun pukul 6 pagi setiap hari. Terjungkit-jungkit aku melangkah gara-gara tidak mahu kejutkan Ica. Langkah kemudiannya aku atur menuju ke bilik mandi.
Setelah membersihkan diri dan bersiap di bilik, aku terus melangkah keluar dari bilik bersama telekung di tangan. Langkah kaki aku atur kembali ke bilik tetamu. Nyata, lelaki itu sudah pun bersedia di atas sejadah.
Entah kenapa, di keheningan subuh ini hati aku terasa sangat sayu. Aku tak pernah mengimpikan pun solat subuh diimamkan seseorang yang bergelar suami sebelum ini. Diam-diam aku merasa sedih pula kerana hubungan kami tidak seperti orang lain. 
Salah aku ke yang belum bersedia?
Setelah selesai solat, aku terus mengaminkan segala doa yang dibaca olehnya. Makin sayu hati ini. Diam-diam aku berjanji pada diri aku untuk sentiasa menghormati dan taat padanya.
Apabila dia menoleh ke belakang dan merenung aku, terus aku menundukkan wajah seketika untuk mengumpul kekuatan. Bersama rasa kekok, aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Nyata lelaki itu kelihatan terdiam untuk seketika namun dia bijak mengawal riak wajah. Dia juga turut menghulurkan tangannya ke mari. Erat tangan kami bertautan ketika ini. Tangan lelaki yang bergelar suami ini aku kucup dua saat dalam rasa gugup yang semakin mengasak dada.
***
Mak buat nasi lemak pagi ni! Aaaa memang terus terpadamlah istilah diet dalam kamu hidup aku! Tuan Aidid pun nampak berselera betul menjamah masakan mak tadi. Dari ruang tamu ini aku hanya melihat sahaja lelaki mengangkat bagasinya keluar dari rumah ini untuk diletakkan ke dalam kereta. Ayah pula membantunya menggalas beg sandang belakang milik lelaki itu. Kemudian, dia masuk ke dalam semula bersama ayah. 
Lelaki itu terus mencium tangan ayah saat ini. 
"Saya balik dulu, ayah." Ucapnya. 
"Aidid, nanti datanglah lagi ya. Maaf kalau banyak kurangnya rumah ni." Ayah pula membalas. 
"Takde apa kurang pun, ayah. Insyaa Allah, nanti saya singgah lagi." Balas Tuan Aidid.
Satu yang betul-betul buat aku sejuk hati adalah gayanya bercakap dengan ayah dan mak. Sangat lembut dan sopan. 
"Nah, nasi lemak ni. Makan kat pejabat nanti." Celah mak pula sambil menghulurkan beg kertas berisi bekas nasik lemak di dalamnya. 
Amboi! Mak dah siap pack makanan untuknya! Nampaknya, taraf Tuan Aidid dah sama dengan aku dan Ica. Mak memang selalu bungkuskan sarapan untuk kami.
"Ehh takpe mak. Seganlah saya macam ni." Ada ketawa kecil di hujung ayatnya.
Terpesona pula aku melihat wajah lelaki itu yang sedang tersenyum itu. 
"Apa nak disegankan. Nah ambil ni." Mak yang berbaju t-shirt lengan panjang berwarna merah menghulurkan bekas nasi di tangan ke arah Tuan Aidid.
Lelaki itu mencapainya dengan cermat saat ini. Anak mata kami yang bersatu membuatkan senyuman di bibir aku yang tadinya lebar mati terus gara-gara rasa gugup yang tak habis-habis menyerang. 
"Tia..suami dah nak pergi tu. Salam cepat." Bisik emak di telingaku. 
Terus aku melangkah ke arahnya yang memakai jeans dan baju t-shirt hijau gelap di tubuh. Santai sekali kelihatannya gaya lelaki itu.
Tangan aku hulurkan untuk bersalaman dengannya. Baru sahaja hendak menarik tanganku dari genggamannya, lelaki ini menggenggam erat tanganku. Seperti tak mahu melepaskannya pulak. Bulat mataku merenung ke arahnya. 
Buat hal betullah! 
Nak test aku lagi ke apa ni?! 
Suka agaknya buat aku gelabah! Terus aku melarikan anak mata ke sekeliling. Nasib baiklah mak dan ayah sibuk berbual tentang isu politik dalam surat khabar hari ini. 
"Can we talk?" Soalnya. Perlahan aku menganggukkan kepala.
"Of course..of course.." Jawabku.
Apabila tanganku dilepaskan, aku terus berjalan beriringan dengan lelaki ini menuju ke arah pintu utama. Aku hanya mengekori langkah lelaki itu yang melangkah keluar dari rumah. Sampai sahaja di hadapan keretanya, dia terus bersandar seketika. Anak matanya merenung ke arahku yang sudah siap dengan tudung di kepala. Maklumlah, aku dah bekerja hari ini setelah sekian lama bercuti.
"I'm giving you 3 days. Lepas tu pindah rumah aku." Kata-kata berbentuk arahan itu dilontarkan ke mari. Aku memeluk tubuh saat ini.
"Tuan Aidid tak takut ke orang tahu kita ni husband and wife?" Protesku. Dia pula terus pantas memintas ayat aku.
"Kau tak takut ke keluarga kau dan papa aku tahu kita macam ni?" Soalnya bersama kerutan di wajah. Aku mulalah pelik. 
"Macam ni tu macam mana?" Soalku sedikit blur. 
Dia dah mula tersenyum senget. Pandangan dibuangkan ke pasu-pasu bunga emak di sebelah kanan dan kemudian anak matanya menikam wajahku.
"You have the answer Tia..you do have the answer to that question." Balasnya dengan serius.
 Ye lahh..aku pun tak mahu mak dan ayah nampak kami seperti orang asing yang tak serasi.
Sebelah keningnya dijungkit ke atas sebelum kaca mata hitam dikenakan pada wajah, membuatkan wajah itu semakin menarik untuk dipandang. Nampaknya aku memang tidak ada pilihan lain.
"3 days."
3 jari ditunjukkan ke arahku sebelum lelaki itu masuk ke dalam keretanya. 
Sebelum menutup pintu, dia melorotkan sedikit kaca mata hitamnya ke paras hidung. Anak matanya merenung tepat-tepat ke dalam mataku.
"Do you understand me?" Soalnya sedikit tegas. Perlahan aku menganggukkan kepala.
"Okay fine.." Luahku bersama otak yang sudah mula serabut.
Ternyata dia berpuas hati dengan jawapan yang aku beri. Ada senyuman kemenangan beraja sesaat di wajah itu.
"Assalamualaikum!" Sempat lagi aku berkata begitu ketika dia menarik pintu kenderaan.
"Waalaikumussalam." Dapat aku dengar dia menjawab salam sebelum pintu tersebut ditutup rapat. Namun anak matanya tidak lagi berada di wajahku.
Bukan aku tak mahu berpindah ke banglo itu tetapi aku tak selesalah dengan Kak Mun! Aku risau sekiranya semua pekerja di situ tahu status hubungan kami. Aku sangat-sangat risaukan penerimaan mereka nanti. Sudahlah si Didi, pembantu rumah di banglo Dato' Aziz tu pun sukakan Tuan Aidid. Hah! Kalaulah dia tahu aku dah bernikah dengan lelaki idamannya ini, tak ke haru?
Ah, harung aje lah, Tia! Baru tadi kau berjanji nak hormat dan taat kepada suami kan? Ha..inilah masanya untuk buktikan! Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku. Nafas aku tarik dalam-dalam dan aku mula melangkah masuk semula ke dalam rumah. 
Love Notes
Assalamualaikum semuaaaa! Perfectly Halal dah sampai bab 24 pun di wattpad ni. Terima kasihhhh sangat2 kepada semua yang sudi mengikuti cerita ni :D Thank you yang sudi menanti setiap bab yang dipos di sini..thank you so much!!
Seperti yang semua tahu, semua karya yang Suri kongsi online akan diterbitkan dan akan dijadikan novel. Jadi, dengan berat hati Suri terpaksa berhentikan cerita ini sampai sini sahaja.
Insyaa Allah, jumpa di versi cetak ya! Suri akan maklumkan nanti bila akan terbit. In syaa Allah pembaca tak perlu tunggu lama..
Sooooo! Siapa yang happy untuk versi cetakkk?? Angkat tangannnn! heheee
In syaa Allah jangan sedih-sedih, nanti Suri akan share teaser okay? 
Doakan proses penerbitan novel ini berjalan lancar ya!
Terima kasih semuaaaa :D
I love you all sooooo much..so so much!!!
Maaf jika ada apa-apa kekhilafan dan terkasar bahasa sepanjang kita berbicara..take care!! 
Semua komen boleh diberikan di fb group Bila Suri Ryana Menaip yaa..thank you!!