**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Saturday, 5 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 15

Bab 15

 “Kenapa kau nak sangat bawa aku balik ke rumah kau?” 

Soalku dengan nada yang tidak puas hati sebaik sahaja Adrian menghidupkan enjin kenderaan. Wajah yang selalunya tenang dan bersahaja itu masih juga tidak beriak saat ini. Wajahku dijeling sekilas sebelum anak matanya difokuskan kembali ke arah jalan raya.

“Aku tak mahu mama dan papa syak apa-apa tentang kita.” Jawab Adrian. Semakin berkerut dahiku saat ini. 

“What do you mean?” Soalku yang sudah mula serabut.

Dah aku agak hubungan kami tidak seperti orang lain. Kalau orang lain gemar mengumpul setem. Tapi lelaki ini hobinya  gemar mengumpul perempuan.  Mustahil aku dapat bertahan berbulan-bulan lamanya.  Kata mama, semasa kemalangan bulan lepas, usia perkahwinan kami baru menginjak ke bulan keempat. Maksudnya, sebulan sudah berlalu. Kini, sudah lima bulan aku bergelar isteri kepada lelaki ini. 

Argh..tidak sabar rasanya ingin mengupas satu persatu misteri dalam hidupku. Bagaimana agaknya aku boleh berkahwin dengan dia? Malas hendak bertanya lelaki ini, balik-balik jawapan yang sama diberikan. Katanya, aku terpikat dengan ketampanannya, sebab itulah aku nak kahwin sangat dengan dia dulu. Gila! Aku tahu aku tak sebodoh itu.  Sebab itulah aku sudah malas hendak bertanya apa-apa lagi tentang kisah silam dari lelaki yang perasaan bagus di sebelahku ini. Pastinya semua jawapan yang bakal aku terima akan menyakitkan hatiku. Geramnya! Pandangan kuhalakan ke bahagian luar kenderaan. 

“Betul kau tak ingat apa-apa tentang kita?” Suara Adrian benar-benar menghentikan lamunanku. Aku terus menoleh ke arahnya. Isk dia ni, masih lagi tak percayakan kata-kata aku ke?

“Berapa kali aku nak beritahu kau? Aku ada amnesia. Otakku bengkak menyebabkan aku hilang ingatan! Aku tak dapat ingat apa-apa tentang perkara yang baru berlaku dalam hidup aku! Yang aku tahu, aku sekarang sedang sibuk hendak mencari pekerjaan setelah tamat belajar.” Dengan geram aku menjelaskan kepadanya sekali lagi tentang keadaanku. 
Tiba-tiba sahaja hatiku digaru rasa ingin tahu yang menggunung. 

“Kenapa dengan kita?” Dengan berhati-hati aku bertanyakan soalan itu. Dia kulihat membetulkan kaca mata hitam di wajahnya. Pandangannya masih lagi difokuskan pada jalan raya yang terbentang di hadapan.
“Kau akan tahu juga nanti.” Jawabnya tanpa memandang ke arahku. Aku menghelakan nafas berat. 

“By the way, kau dah pun mula bekerja 2 bulan yang lepas.” 

Terlopong seketika aku jadinya apabila mendengar kata-katanya itu. Mengikut kira-kira yang aku buat, aku sekarang semestinya sedang sibuk mencari pekerjaan. Aku hanya dapat ingat sehingga saat aku pulang ke rumah dengan wajah yang gembira setelah habis peperiksaan untuk kertas terakhir. Apa-apa yang berlaku selepas itu, memang aku tak dapat ingat!
“Biar betul aku dah kerja..” Gumamku kepada diri sendiri.
“Takde masa aku nak main-main dengan kau.” Bidasnya pula. Eh eh dia ni..aku tanya diri sendiri. Perasan pulak!
“Kerja apa? Di mana?” Soalku bertubi-tubi kepada lelaki itu.

“Personal assistant to one of the directors at Kiara Emas Group.” Jawabnya dengan malas. Aku mengerutkan dahi. Personal assistant? Gila agaknya! Dia ni memang sengaja nak kenakan aku!
 “Personal assistant? Blerghh! Jangan nak buat lawaklah..” Ujarku dengan sinis. 

Aku? Jadi pembantu peribadi? Siapa agaknya nak ambil aku kerja? Tak layak dari segi rupa paras tu, satu hal! Sudahla tu, aku tidak ada kelayakan atau pengalaman langsung di dalam bidang itu. Lagipun, aku tak berminatlah dengan kerja tu. Aku sukakan nombor! Aku nak jadi akauntan! Itu cita-citaku sejak kecil. Sepatutnya, aku bekerja di dalam bidang yang tak lari jauh dari apa yang aku belajar.

“Kau yang beriya sangat nak position tu. Dengan rupa paras dan penampilan kau yang macam ni,  director tu  pun tak ingin kau jadi PA dia.” Sinis sahaja ayat yang keluar dari mulut Adrian. Aku menjeling tajam ke arahnya.

“Aku pun tak tahu macam mana aku boleh jadi PA!” Bentakku. Arghhh..geramnya.
“Macamlah aku pun naaakkk sangat jadi PA!” Dengan geram aku membidas lelaki sewel di sebelahku ini.

“Hey! Kau dengan mummy yang beriya-iya merayu dengan director tu untuk dapatkan jawatan PA. Dulu nak sangat jawatan tu, sekarang buat-buat terkejut pulak!” Riak tidak puas hati terpampang jelas di wajahnya ketika ini. 

Eh, apa kena pula dengan dia ni? Patutnya, aku yang tak puas hati. Pelik betul! Kenapa agaknya sampai melibatkan mummy? Adakah kerana aku susah untuk dapatkan pekerjaan? Sebab itukah aku terpaksa bekerja di luar bidangku?

“That’s  not what I wanna be. Aku ambil ijazah sarjana muda perakaunan masa di universiti. Graduation day bulan 9 nanti.” Luahku dengan kepala yang semakin kusut. Apalah sangat yang aku tahu tentang bidang kerja seorang pembantu peribadi. Kepada director pulak tu! Nampak gayanya, tak lama aje lagi aku akan dibuang kerja.

“Bulan 9 NANTI?” Aku tersentak mendengar soalan lelaki itu.  Perkataan ‘nanti’ ditekannya sedikit. Terus sahaja aku menoleh ke arahnya. Dah kenapa dengan dia ni?

“Ye lah, graduation day bulan 9 nanti.” Jawabku dengan nada yang serius. 

Adrian terus ketawa kecil. Dia kulihat menolak kaca mata hitam ke atas dahi. Mataku masih berada pada senyuman di bibirnya. Memang aku tidak pernah lupa dengan senyuman itu. Senyuman yang sangat dekat di hatiku. Yang mampu membuatkan jantungku berdetik dengan laju. Tapi, kenapa dia yang menjadi pemilik senyuman itu?!

“Seronok juga cakap dengan orang hilang ingatan ni kan. Boleh hilangkan stress.”  Aku terus sahaja melarikan anak mata ke arah lain. 

“Apa yang lawak sangat?!” Soalku sedikit gugup. Janganlah dia perasan aku terleka seketika tadi. Mata kuarahkan ke jalan raya yang luas terbentang di hadapan.

“Sekarang ni dah bulan 9 la, nenek kebayan!” Ujarnya dengan sinis. Sengaja nak cari fasal la tu. Mula nak melabelkan aku dengan panggilan nenek kebayan pulak.

 “Aku  memang malas nak ambil  tahu tetapi mummy yang asyik ingatkan aku tentang graduation day kau. Sampai dah nak bernanah telinga aku ni. It’s next week.” Sambungnya lagi. Anak mata yang cuba tidak mahu memandang wajah itu terpaksa juga mengalah akhirnya gara-gara terkejut besar dengan apa yang aku dengari. Ya Allah, Fina..kau tinggal di dunia mana ni? Sampaikan sekarang bulan berapa pun kau boleh tak ingat? 

“Next week? Cepatnya..” Jawabku lemah. Aku ingatkan sekarang masih lagi bulan 3. Baru tamat tahun akhir dan  ingin ‘honeymoon’. Bersuka ria tanpa perlu memikirkan tentang kelas dan ‘assignments’.

Honeymoon? Tiba-tiba aku mengerutkan dahi. Apabila terfikir tentang perkataan itu, semakin tidak senang duduk aku jadinya. Apa agaknya yang pernah dan tak pernah berlaku di antara aku dan lelaki ini? Mataku menjeling sekilas ke arah Adrian. Bibirnya yang indah terbentuk itu kulihat sedang bernyanyi kecil mengikut alunan lagu di radio. Arghh..Fina, boleh tak jangan fikir tentang masalah lain lagi? Boleh tak jangan tambahkan serabut di kepala? Aku memejamkan mata untuk seketika sebelum membukanya semula. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit. Laju jemariku menekan keypad Blackberry kesayanganku ini. 

“As salam Syaf. Boleh kita jumpa petang ni?”

Begitulah bunyinya sms yang baru kuhantarkan kepada Syaf.

***

Beberapa kali aku mundar-mandir di hadapan kedai aiskrim ini. Syaf yang beriya mahu sangat kami berjumpa di sini. Katanya, Baskin Robbin ni adalah  kedai aiskrim kegemaranku. Memang Syaf tidak lupa nampaknya tentang perkara itu. Ada sengihan yang bertandang di bibir ketika ini. Seingat aku, hanya beberapa kali sahaja aku melangkah ke mari sebelum ini. Boleh dikira degan sebelah jari.

Maklumlah, sebagai seorang pelajar, manalah mampu untuk aku ke sini selalu. Ah..rindunya aku dengan Syaf tetapi perasaan itu kerap kali berganti dengan rasa tidak puas hati apabila teringatkan tentang RM 50 ribu itu.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Syaf yang aku kenali, memang baik orangnya. Tapi, manusia boleh berubahlah. Entah-entah dia mengambil kesempatan terhadapku. Manalah tahu, dia joli katak dengan duit tu. Astagfirullahalazim..Fina..! Mengucap! Aku memejamkan mata.

 Akhir-akhir ini, aku terlalu cepat berprasangka buruk terhadap semua orang di sekelilingku. Ini semua gara-gara Adrian! Aku takut semua orang yang aku kenali sama seperti Adrian. Membawa masalah dan tidak boleh dipercayai!

Sebut tentang lelaki itu, dia langsung tidak bertanya apa-apa soalan pun ketika aku memintanya hantarkan aku ke sini tadi.  Suami apa macam tu? Tidak kisah langsung isterinya hendak ke mana. Aku meraupkan wajah beberapa kali sebelum melangkah masuk ke dalam Baskin Robbin. Sengaja aku memilih untuk duduk di ruang paling dalam dan sedikit tersorok ini. Senang hendak bersembang panjang dengan Syaf nanti.
Ketika di hospital bulan lepas, ada beberapa kali Syaf dan Kak Faz melawat aku. Tapi, ketika itu aku terlalu lemah. Tidak banyak pun yang kami bualkan. Tambahan pula keadaan emosiku ketika itu kurang stabil.
Awal-awal dulu, hampir setiap hari aku bermimpi terlibat dalam kemalangan yang sangat ngeri. Padahal, aku tak dapat ingat langsung tentang kemalangan yang betul-betul aku alami dulu. Mengikut kata doktor, kemungkinan besar kereta yang aku pandu dihentam dengan kuat dari belakang menyebabkan aku hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. Kepalaku terhantuk kuat pada stereng kereta. Mengikut kata papa dan mama, memang remuk teruk keadaan keretaku.  Tidak ada kecederaan parah yang berlaku di bahagian tubuh yang lain.

Oh ya, aku yang pokai ini juga dah ada kereta. Dasyat kan? Macam dalam mimpi aje. Mengikut kata mama, Adrian yang hadiahkan kereta itu   kepadaku. Memang tak masuk akal. 

Bahagian dahi kupicit halus. Bukan senang bagiku untuk cernakan semua kenyataan ini. Terlalu banyak perubahan yang berlaku secara drastik dan dramatik sekali membuatkan dadaku sesak. Aku mengangkat wajah. Nafas kutarik dengan perlahan-lahan. Kata doktor Fadhil, aku harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih lagi bernafas di atas muka bumi ini. Wajah doktor muda itu kini terbayang di fikiranku. Kenapa Adrian tidak seperti dia? Sentiasa memberikan aku semangat untuk terus hidup dan hadapi hari-hari yang semakin mencabar ini? Aku terus memejamkan mata serapat-rapatnya. 

Ah, lelaki itu..jangan haraplah! Dia tu, cuma tahu nak cari fasal aje dengan aku. Benci betul!
“Finaaaa!”
Automatik kelopak mataku terbuka apabila mendengar suara itu. Terus sahaja aku berdiri dan merangkul gadis manis di hadapanku ini. Tidak sedar pula semenjak bila dia berada di sini.
“Syaf!” Sebak di dada tidak dapat kutahan lagi. Sesak terasa dadaku ketika ini. Tapi, cepat-cepat aku menyeka air mata dengan sebelah tangan.
“Ya Allah Fina..rindunya aku dengan kau..” Luah Syaf.
Apabila pelukan dileraikan, dia terus menarik kerusi putih di hadapanku dan melabuhkan punggungnya di situ.
“Fina..aku dan Kak Faz risau sangat-sangat dengan keadaan kau. Alhamdulillah kau dah pulih.” Luah Syaf. Jari jemarinya kulihat membetulkan tudung di wajah.
“Syaf..aku pun rindukan kau..kau tak tahu betapa teruknya hidupku sekarang. Aku tak sekuat itu Syaf..” Entah bagaimana mulutku terus sahaja bersuara. Meluahkan rasa yang terpendam di dalam hati selama ini. Sebak semakin menjadi-jadi di dalam dada. Akhirnya, air mata yang kutahan lerai juga dari tubir mata. Bergoyang-goyang bahuku menahan esakan yang semakin menggila. Syaf bingkas bangun. Dia yang tadinya duduk berhadapan denganku kini sudah pun melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan denganku pula. Dengan pantas bahuku dirangkulnya kemas.

“Fina? Kenapa ni?” Soalnya sambil memandang ke arahku dengan penuh riak terkejut di wajah. Aku terus mengeluarkan helaian tisu dari dalam beg dan mengesat air mata yang berjuraian. Syaf mengusap-usap bahuku. Setelah dilihatnya aku semakin tenang, dia kemudiannya bersuara.

“Kau dah sembuh kan?” Aku hanya mampu diam sahaja mendengar soalannya itu. Tidak tahu untuk mulakan cerita dari mana.
“Aku takut sangat kau tak akan bangun dari koma. Selalu juga aku dan Kak Faz buat solat hajat untuk kau. Bila tahu aje kau dah sedar, kami terus melawat kau kat hospital.”  Luah Syaf. Tangan kanannya menggenggam tanganku.
“Tapi, aku tetap nak minta maaf dengan kau Fina..aku pun tak sempat nak lawat kau dengan kerap sebab aku harus jaga mak aku kat rumah.” Aku terus memandang ke arah Syaf. Terbayang wajah wanita berusia akhir 50-an itu di ruang mata.
“Kenapa dengan mak kau?”  Soalku dengan hati yang penuh tanda tanya. Syaf menggelengkan kepalanya sedikit.

“Kau ni..dah lupalah tu. Semenjak dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di dalam kepala 3 bulan yang lalu, aku dan Kak Ani memang sibuk sangat. Keadaannya memang kritikal masa tu. Kos pembedahan pertama aje dah RM 40,000. Itu belum termasuk kos pembedahan kedua dan ketiga serta rawatan susulan. Memang sangat tinggi Fina. Tambahan pula apabila sel-sel kanser tu dah merebak sedikit ke tempat lain.” Luah Syaf. Aku terus menggelengkan kepala. 

Tidak kusangka begitu banyak perkara yang berlaku dalam 5 bulan ini. Tidak kuduga yang Syaf juga diuji dengan hebat sekali. Fina, Allah hanya menguji orang yang Dia sayang. Hatiku berbisik saat ini. Aku memandang sayu ke arah wajah Syaf yang murung. Perasaan simpati semakin menjadi-jadi ketika ini. Niat di hati untuk bertanyakan tentang duit RM 50, 000 itu nampaknya terpaksa kutunda dulu. Aku terus menggenggam tangan Syaf.

“Nasib baiklah Kak Ani ada simpanan sikit. Aku nak ucapkan terima kasih kat kau dan suami kau sebab sudi beri bantuan kepada keluarga aku.” Sambung Syaf lagi, membuatkan aku tersentak. Aku memberi bantuan kepada Syaf? Sesak terasa dadaku. Air mata sudah mula ingin mengalir lagi.
“Syaf..RM 50,000 itu untuk kos rawatan mak kau?” Soalku dengan nada terkejut.
“Kenapa dengan kau Fina?” Soal Syaf sedikit pelik. Aku terus sahaja menutup wajah. Air mata kubiarkan mengalir dengan bebas saat ini. 

Ya Allah, berdosanya aku kerana berprasangka buruk terhadap Syaf selama ini. Kononnya Syaf mengambil kesempatan terhadap aku. Kononnya Syaf joli katak dengan duit itu. Teruknya kau Fina! Aku memarahi diri. Terus sahaja aku mengesat air mata dengan bahagian hujung tudung bawal yang kupakai ini. Syaf memandang ke arahku dengan penuh tanda tanya.
“Fina...kau okay ke tak ni?” Soalnya dengan prihatin.

“Syaf…jasad aku memang nampak sempurna. Memang aku nampak macam tak sakit tapi, aku ada amnesia, Syaf..” Terus sahaja aku memberitahu tentang penyakitku kepada Syaf. Tersentak kulihat gadis di hadapanku ini. Riak wajahnya seperti tidak percaya dengan apa yang aku sampaikan tadi.  Aku sedia maklum, tidak ada sesiapa pun yang tahu aku menghidap amnesia kecuali keluarga terdekat sahaja.
“Syaf…aku tak dapat ingat apa-apa tentang RM 50 000 tu..dan yang paling teruk, aku tak ingat apa-apa langsung tentang suami aku. Aku tak ingat bila aku kahwin, bagaimana aku boleh kahwin dengan dia..aku tak ingat apa-apa, Syaf.” Luahku lagi. Ada sendu di dalam nada suaraku membuatkan Syaf terus sahaja merangkul bahuku sekali lagi. Kelu terus kulihat mulutnya. Mungkin kerana terlalu terkejut dia tidak dapat hendak memberikan apa-apa komen. Laju tangannya mengusap bahuku.

“Penyakit ini dah buat seluruh hidupku kacau-bilau. Aku rasa macam tak mampu aje nak teruskan hidup. Baik aku mati kalau maca ni!” Dengan rasa marah, geram dan sedih yang bercampur-baur ayat itu meluncur keluar dari mulutku dengan tidak sengaja.  Syaf terus menggelengkan kepalanya. Air mata yang masih bersisa kuseka dengan hujung jari.
“Jangan cakap macam tu Fina. Astagfirullahalazim..mengucap Fina..mengucap..” Pujuk Syaf. Aku tahu Syaf cuba untuk menenangkan aku.

“Kau bertuah Fina. Sekurang-kurangnya, penyakit kau ni tidak berbahaya dan mengancam nyawa kau.  Tak seperti penyakit yang dihidapi oleh mak aku.” Ada nada sedih dapat kukesan di dalam nada suaranya. Rasa bersalah pula membuat gadis ini murung sekali lagi.
“I am sorry about your mom, Syaf..” Luahku dengan penuh simpati.
“Takpe..” Dia kulihat tersenyum tawar. Kemudian, gadis ini mengerutkan sedikit dahinya.
“Tapi, kau masih kenal keluarga kau, kawan-kawan kau. Kau masih kenal aku..masih kenal Kak..”
Sebelum Syaf menghabiskan ayat, aku terus memotong kata-katanya.

“Aku hanya dapat ingat sampai hari terakhir peperiksaan tahun akhir. Aku masih ingat segala-galanya yang terjadi sebelum tarikh itu.” Aku menjawab persoalan yang bersarang di minda Syaf dengan lemah.
“Astaghfirullahalazim..sabar Fina..sabar ye..” Luah Syaf. Tangannya kini mengusap lembut tanganku.

“Aku pernah terbaca tentang penyakit kau ni. Kau ada peluang untuk sembuh sepenuhnya. InsyaAllah, aku akan bantu kau sebaik mungkin.” Dengan penuh semangat Syaf berkata begitu kepadaku. Senyuman lebar kini menghiasi wajahnya. Kalau Syaf boleh tersenyum, aku pun mesti boleh. Dengan perlahan-lahan, aku mengukir senyuman ke arah kawan baikku ini.

“Terima kasih Syaf..” Ujarku dengan bersunggguh-sungguh.
“Dah, jom kita makan aiskrim.” Ajak Syaf. Gadis ini kemudiannya bingkas bangun dari kerusi. Aku terus menganggukkan kepala dan turut sama bangun. Baru sahaja ingin melangkah, aku terus menoleh ke arah Syaf. Tak sabar rasanya untuk mengajukan persoalan yang sudah lama bersarang di dalam kepala ini.
“Kau tahu tak bagaimana aku boleh berkahwin dengan Raja Adrian Benjamin?”
Berubah sedikit wajah Syaf ketika ini. Aku pula masih menanti jawapan darinya untuk soalan itu.
***

Bersambung :D

Friday, 4 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 14

 Bab 14
 
 Kalau aku ke kutub utara yang bersuhu di bawah paras beku tu saat ini pun, belum pasti hatiku akan sejuk. Tanpa menghiraukan lelaki yang sedang keluar dari kereta itu, aku terus meluru masuk ke dalam kawasan rumah. Kata lelaki itu kepada mama dan mummy, dia mahu mengajak aku dating untuk melapangkan fikiranku, kononnyalah! Memang semua tu dusta belaka. Lelaki sepertinya memang tak boleh dipercayai. Puas aku menyumpah seranah dia di dalam hati tadi.

Pandangan kufokuskan pada pintu rumah yang terbuka luas. Dengan wajah yang kelat aku melangkah masuk ke dalam. Terus sahaja tanganku menolak daun pintu dengan kasar sampai berdentum kuat.  Butang pada tombol pintu pula kutekan. Biar dia tak boleh masuk ke dalam rumah ni. Puas hati aku sekarang! Belum sempat untuk berpaling ke belakang, kedengaran suara mama berkumandang dengan kuat.

 
“Astaghfirullahalazim..kenapa dengan kamu ni Fina?” Tangan mama mengurut dadanya berulang kali. Kemudian wanita yang memakai kaftan  berona biru laut itu terus bergerak ke arah ‘sliding door’. Bulat matanya merenung ke arah luar rumah melalui cermin kaca berwarna putih itu.

 
“Mana Adrian?” Dah kuagak soalan itu akan keluar dari mulutnya. Kemudian, kulihat dia mengecilkan sedikit matanya seperti sedang memastikan sesuatu. Dengan pantas kepala digelengnya beberapa kali sambil melangkah ke mari. Sebuah jelingan tidak puas hati kini hinggap di wajahku.

 
“Fina..berdosa tau buat suami kamu macam tu..” Ujar mama dengan penuh risau.

Kemudian, tangan mama terus memulas tombol pintu. 

Aku pula tanpa menunggu lebih lama, mengatur langkah menuju ke arah sofa. Tubuh yang terasa sedikit lemah kurebahkan di atas sofa dan aku terus berbaring. Seperti ada batu yang sangat besar di atas kepalaku saat ini. Benar-benar tidak dapat menerima kenyataan. Otakku tidak tahu hendak fikir tentang masalah yang mana dahulu. Adakah aku patut berfikir tentang hubungan aku dan Raja Adrian  saat ini? Ataupun tentang Syaf? Bagaimana pula tentang duit 50,000 tu? Betulkah aku pinjam duit tu dari dia? Kepala kugelengkan berkali-kali sambil menutup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan. Kusutnya!

“Adrian..masuklah..” Mesra kedengaran suara mama berkata begitu kepada menantunya tu. Sempat lagi aku mencebikkan bibir. Tapak tangan masih lagi menutup wajah.
Malas hendak pandang muka lelaki itu. Sangat benci!


“Thanks mama..” Jawab lelaki itu.

“Kenapa dengan Fina tu?” Kedengaran suara mama seperti berbisik, bertanyakan soalan itu dengan perlahan kepada Adrian. Aku memasang telinga untuk mendengar jawapan lelaki itu.
“Entahlah mama..dia suruh saya ceritakan tentang hubungan kami tetapi tiba-tiba pulak dia naik angin. Macam tak dapat terima kenyataan yang saya ni suami dia. Mungkin di mata dia, saya tak cukup sempurna agaknya, mama..it’s okay..” Sedih betul nada suara lelaki itu saat ini.

 Isk, dia ni memang pelakon drama ke apa? Bibir kuketap dengan geram. Kurang asam betul. Depan mama, pijak semut pun tak mati. Macam bagus aje! Memang dasar raja buaya! King of crocodile!
“Sabarlah ya, Adrian..Fina tu masih belum pulih lagi. Kamu jangan ambil hati, ya? InsyaAllah, dia pasti akan ingat segala-galanya tentang kamu nanti. Janganlah risau..” Pujuk mama.

Aku hanya mampu memicit kepala yang semakin berdenyut. Ingatkan lapang sedikit kepala otakku apabila pulang ke rumah tetapi lain pula yang berlaku. Semakin bingung rasanya.
“Harap-harapnya macam tu la mama. Saya cintakan Fina.saya tak akan sesekali meninggalkannya..sampai bila-bila..”

 
Boleh tak kalau aku betul-betul muntah kat permaidani berwarna putih ni? Boleh takkkkkk?! Loya terasa tekak apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
Cinta? Apa yang dia tahu tentang cinta?!
 Lelaki yang ‘playboy’ seperti dia tu tak akan faham apa-apa tentang cinta sampai mati. Cinta yang sejati juga tidak akan sudi untuk hadir dalam hidup seorang buaya darat seperti dia. Marahku di dalam hati.
Ya Allah..kenapalah nasib aku macam ni? Sudahlah kemalangan, lepas tu koma. Sedar-sedar aje dari koma, aku jadi ‘weng’ macam ni. Ada perkara yang aku ingat tetapi ada perkara yang aku langsung tak dapat ingat! Part paling ‘sweet’, apabila mendapat tahu yang aku dah pun berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! What a perfect life I’m living in!
Itu belum masuk part di mana Syaf, kawan yang paling aku percaya ‘pau’ rm 50, 000 dari aku lagi! Rasa hendak menangis pun ada kerana terlalu ‘gembira’! Aku terus bangun dari pembaringan. Kepalaku mendongak ke arah mama yang masih berdiri berhadapan dengan Adrian di muka pintu.
“Mama! Mana telefon bimbit Fina?” Soalku. Aku harus menghubungi Syaf sekarang juga. Tudung di kepala yang senget-benget tidak kuhiraukan langsung. Mama menoleh ke belakang. Ada senyuman tawar yang bertandang di bibirnya. Aku tahu mama semakin risau dengan keadaanku.

 
“Kenapa sayang? Telefon bimbit Fina ada dengan mama..” Jawab mama dengan lembut.
“Fina nak telefon bimbit Fina semula. Fina nak call Syaf.” Beritahuku dengan tenang. Agak-agaknya, mama tahu atau tidak tentang duit RM 50,000 yang Syaf pinjam dariku itu? Atau lebih tepat lagi, dari Adrian! Sebal terasa hatiku saat ini. Tambah-tambah apabila aku tahu mata lelaki yang bergelar suamiku itu berada di wajahku sekarang.
“Nanti mama ambilkan ya..tapi sekarang, mama ada hal sedikit nak bincang dengan Fina.” Berkerut dahiku mendengar kata-kata mama.
Aduhai, fakta apa pula yang mama hendak beritahuku ni? Setiap kali mama bersuara serius begitu, setiap kali itulah hatiku tidak akan tenteram. Aku dah terlalu fobia mendengar ton suara sebegitu. Takut sekiranya ada lagi kenyataan pahit yang harus aku telan. Melihat tiada respons yang diberikan olehku, mama terus menoleh ke hadapan. Wajah Adrian dipandangnya.

 
“Jom Adrian, kita ke sana..” Ajak mama dengan lembut. Adrian yang sedang berlakon sebagai menantu paling mithali di atas muka bumi ini kulihat terus menganggukkan kepalanya. Senyuman mama dibalasnya dengan mesra.
“Hm..baiklah ma..” Lelaki tinggi lampai itu kemudiannya mengekori langkah mama ke mari. Lengan baju yang disinsingnya hingga ke paras siku dibetulkannya sedikit.
“Fina..Fina memang tak ingat apa-apa tentang Adrian?” Soal mama sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelahku. Aku terus sahaja mencebikkan bibir.
“Langsung tak! Fina bersyukur kot sebab tak ingat apa-apa tentang lelaki macam dia ni. Menghabiskan ruang memori aje.” Luahku dengan geram. Sempat lagi aku menjeling sengan sinis ke arah lelaki itu sekilas.
“Fina...” Keluh mama sambil menggelengkan kepala. Jelas mama kurang senang dengan jawapanku. Tanganku digenggamnya dengan lembut saat ini.

 
“Apa yang mama nak bincangkan tadi, ya?” Tiba-tiba sahaja lelaki itu mencelah. Aku hanya melemparkan pandangan ke arah meja yang berada di sebelah kanan rumah. Malas hendak memandang wajah lelaki itu.
“Hm..macam ni..mama, papa dan mummy dah sepakat buat keputusan..” Terus sahaja mataku melekat di wajah mama.
“Keputusan apa mama?” Soalku dengan serius. Mama kulihat takut-takut untuk menjawab. Nafas ditariknya dalam-dalam sebelum bersuara semula.
“Tentang Fina..” Luah mama. Matanya merenung ke dalam anak mataku dengan pandangan penuh simpati. Semakin tidak senang duduk aku jadinya.
“Kenapa pula dengan Fina?” Soalku dengan pelik. Mama mengeratkan genggaman tangannya di tanganku.
“Kami rasa, elok kalau Fina balik dan tinggal bersama Adrian..macam dulu.” Hampir hendak pitam aku mendengar kata-kata mama itu. Terus sahaja aku berdiri. Tanganku yang berada di dalam genggaman tangan mama kutarik dengan kasar.

 
“Fina tak nak!” Bentakku dengan kuat. Kemudian, aku terus menoleh ke arah mama. Ada air mata yang bergenangan di tubir matanya.
“Fina tak nak mama..tolonglah Fina..Fina tak nak pindah ke rumah dia ni..please mama..” Rayuku dengan bersungguh-sungguh. Reaksi Adrian tidak langsung kuambil tahu.
“Fina..dengar dulu..” Mama bingkas bangun. Bahuku diraihnya lembut.
“Fina tak nak dengar apa-apa lagi. Fina tak akan balik ke rumah lelaki yang Fina langsung tak kenal ni. Fina tak sanggup ma..” Rayuku lagi. 
Sempat aku menjeling ke arah Adrian. Lelaki itu hanya berpeluk tubuh dan memandang ke arahku dengan tenang sahaja. Ah, apa nak hairan! Dia bukan kisahpun kalau aku balik atau tidak ke rumahnya tu!
“Fina..lelaki ini suami Fina tau..bukan orang lain..” Sedikit tegas suara mama kali ini. Aku terus berpaling dari mama.
“Mama tak sayangkan Fina..!” Bentakku. Walau apa yang terjadi, aku tetap tidak akan ikut lelaki itu pulang ke rumahnya.

 
“Jangan macam ni, nak..” Pujuk mama. Tangan kanannya memicit lembut bahagian dahi. Aku tahu mama semakin risau dengan karenahku tetapi, aku juga sudah tidak dapat bertahan lagi. Bagaimana untuk aku tinggal serumah dengan dia ni kalau aku rasa nak cekik aje lehernya tu setiap kali kami bertentang mata?
“Sebab sayangkan Finalah mama buat keputusan macam ni..mama nak tengok Fina sembuh semula. Kalau Fina asyik terperap di dalam bilik kat atas tu aje..mama tak tahu bila ingatan Fina akan pulih. Mungkin kalau Fina balik ke rumah Fina, Fina akan ingat semula.
Yang penting, mama pasti Fina boleh ingat segala-galanya tentang suami Fina nanti.” Lembut suara mama memujukku.
 Jemarinya kulihat berlari di wajah, mengesat air mata yang sudah mula berlinangan. Rasa tidak sedap hati pula melihat mama menangis. Sumpah bukan niatku ingin membuat mama risau tetapi aku tak mampu untuk menurut kemahuan mama untuk kali ini. Belum sempat aku bersuara, kedengaran suara Adrian berkumandang dengan tenang.

“Betul mama..kata Doktor Fadhil tadi, Fina perlu ke tempat-tempat yang dia selalu pergi sebelum ni..dan jalani hidup seperti sebelum kemalangan dulu..InsyaAllah, dia akan cepat sembuh.” Kedengaran suara lelaki yang kubenci itu berkumandang di ruang ini. Aku menjeling tajam ke arahnya yang sudah pun berdiri. Berani dia berkata begitu, ya! Boleh pula dia bersetuju dengan mama. Tak cukupkah dengan koleksi gundik di keliling pinggang raja buaya tu?! Aku pula yang hendak di-‘ngap’nya? Jangan harap!
“Adrian, kamu setuju untuk bawa Fina pulang bersama kamu?” Soalan mama Adrian jawab dengan anggukan.
“Mestilah mama..dia kan isteri saya..” Jawab lelaki itu. Seperti pedang yang baru diasah, begitulah tajamnya pandangan yang kuberikan kepadanya. Memang hobinya menyusahkan hidupku lah!
“Fina tetap tak setuju, mama! Fina tak setuju.” Bentakku dengan kasar. Mata masih lagi berada di wajah Adrian. Geram betul aku! Lelaki itu sempat lagi memberikan senyuman sinis ke arahku. Mama tak nampak ke semua tu?!

 
“Tolonglah Fina..jangan buat mama macam ni..siang malam mama risaukan keadaan Fina. Kalau Fina tak ingat kawan-kawan Fina takpe sayang..mama masih boleh terima tapi, Fina tak ingat suami Fina! Suami yang Fina sangat-sangat cintai dulu.” Dengan bersungguh-sungguh mama berkata begitu. Semakin bercelaru kepalaku saat ini. Apakah benar aku pernah cintakan lelaki ini dahulu? Kenapa aku rasa mama hanya berbohong sahaja?

 
“Mama..betul ke tak ada sesiapa yang paksa Fina kahwin dengan dia ni dulu? Tolonglah jawab dengan jujur, mama..Fina perlu tahu..” Rintihku kepada mama. Wajahnya kupandang dengan penuh berharap.
“Fina..dah banyak kali mama beritahu dengan Fina..Fina sendiri yang setuju untuk berkahwin dengan Adrian. Memang betul, selepas mummy merisik Fina, Fina macam tidak berminat dengan lamaran itu pada mulanya. Tapi, selepas itu Fina bersetuju untuk menerima Adrian. Tidak ada sesiapa yang paksa Fina. ”  Jawapan mama membuatkan aku tersentak seketika. Mustahil!
“Bagaimana pula dengan mama dan papa?” Soalku yang semakin kusut.
“Mummy adalah  jiran  mama semasa tinggal di Kuala Lumpur lama dulu. Kami memang rapat tetapi  kami tidak pernah sesekali memaksa Fina menerima Adrian” Jawab mama dengan bersungguh-sungguh. Bahuku diusap-usapnya dengan lembut. Tapi, usapan itu tidak mampu untuk meyakinkan aku.
“Mama bohong! Tak mungkin mata Fina ni buta untuk menilai. Tak mungkin Fina cintakan lelaki buaya yang tak guna macam dia ni!” Jari telunjuk kutunding tepat pada wajah Adrian. Dapat kulihat lelaki itu sedikit terkejut dengan kelakuanku.

 
“Fina! Jangan melampau! ”  Aku terus menoleh ke belakang. Papa tiba-tiba muncul dari arah dapur. Merah padam wajahnya ketika ini. Rasa gerun di hati kuabaikan sahaja. Tidak, apa pun yang terjadi, aku tak akan ikut kemahuan mereka.
“Abang..Fina kan belum pulih lagi. Janganlah berkasar dengan dia..” Tegur mama. Papa terus menanggalkan kaca mata di wajahnya dan melangkah ke mari.
“Tapi itu tak bermakna dia boleh sesuka hati kurang ajar dengan suami sendiri..” Nyata papa memang marahkan aku. Ada sebak di dada saat ini. Sebab lelaki ini papa memarahiku. Memang tak adil. Aku melemparkan pandangan kosong ke arah permaidani.

 
“It’s okay, papa..saya faham sangat dengan keadaan Fina. Jangan risau, saya tak ambil hati pun. Dia perlukan waktu untuk pulih.” Ujar Adrian. Lelaki itu kemudiannya berjabat tangan dengan papa. Berlakon baik lagilah tu!

 
“Tak payah nak berlakon baiklah depan parents aku. Now, you listen to me..memang ada masalah dengan saraf otak aku tetapi, mata aku ni belum buta untuk menilai.” Lantang aku bersuara saat ini. Wajah tenang Adrian aku tetap dengan penuh kebencian sebelum aku berpaling untuk meluru ke arah tangga untuk naik ke atas.

 
“Fina!” Suara mama dan papa yang menjerit namaku dengan serentak tidak kupedulikan.
“Sayang..” Terasa tanganku diraih lembut dari belakang. Belum pun sempat aku berbuat apa-apa, tanganku ditariknya dengan kuat membuatkan aku berhadapan dengannya kini. Bau wangian yang dipakainya menusuk masuk ke dalam rongga hidungku.
Jarak di antara kami sangat dekat saat ini.
“Look at me..” Ujarnya dengan lembut. Aku hanya mampu merenung ke arahnya dengan pandangan yang bengis.
“Abang tak kisah kalau Fina bencikan abang..tetapi, abang mahu Fina sembuh. Kenangan Fina banyak di sana..di rumah kita.” Pujuknya dengan lembut. Aku cuba melepaskan genggamannya di tanganku tetapi tidak berjaya. Ada sedikit senyuman kemenangan terpalit di bibirnya ketika ini.
“Fina..betul kata Adrian tu..” Sokong papa. Aku masih lagi merenung ke arah Adrian. Apa motif lelaki ini? Kenapa dia mahu aku tinggal dengannya sedangkan terang-terangan dia tidak memerlukan seorang isteri? Mataku masih menentang matanya dengan tajam. Akhirnya lelaki ini mendekatkan bibirnya di telingaku. Genggaman kuat tangannya di lenganku dileraikan.

“Sayang..nampaknya kau dah bersedia untuk pulangkan duit 50,000 aku. Kau nak aku beritahu tentang duit tu kepada mama dan papa kau? Ataupun, kau nak aku minta duit tu dari diorang? Biar diorang aje yang tolong bayarkan untuk kau?” Soalnya di dalam keadaan berbisik. Nampaknya papa dan mama tidak tahu tentang duit 50,000 ini. Apakah perkara ini kurahsiakan daripada pengetahuan mereka dahulu? Aku buntu! Kalaulah aku dapat ingat kenapa aku memberikan duit tersebut kepada Syaf, pasti situasi aku tidak sesukar ini. Selepas dilihatnya mulutku terkunci rapat, dia berbisik lagi.
“I’ll be nice to you if you follow me home. If not, aku tak ada pilihan lain..aku tak rasa papa dan mama kau akan happy bila diorang tahu tentang 50k tu. Rahsia kau selamat kalau kau ikut aku balik.” Matanya kutenung. Lelaki itu sempat mengenyitkan mata kepadaku. Kemudian, dia membisikkan ayat seterusnya.
“You better make a wise decision, sayang..” Mendengar sahaja kata-katanya itu, aku terus berpaling dan meluru ke arah tangga

 
“Mama, papa...Fina naik atas dulu!” Langkah terus kuatur kemas memanjat anak tangga. . Kenapa lelaki itu ingin membuat hidupku merana? Puncanya mummy! Kenapa mummy mahukan aku sebagai menantunya? Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain? Hanya kerana lelaki itu mahu menjadi CEO, aku yang terpaksa merana! Bagaimana kehidupan aku dahulu? Kenapa aku dikelilingi oleh orang yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadapku? Tidak cukup dengan Adrian, Syaf, kawan baikku tu pun sanggup menyusahkan aku! Kalau tidak kerana rm 50,000 keadaanku tak mungkin senazak ini!
***
Bersambung :D

Thursday, 3 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 13

Bab 13 

"Puas hati kau sekarang?” Soalku sebaik sahaja kami melangkah keluar dari bilik Dr. Fadhil. Lelaki ini hanya menjawab soalanku dengan jelingan. Semakin membara rasa amarah di dalam dada. Separuh mati aku meyakinkannya yang aku tidak berpura-pura hilang ingatan tadi tetapi dia masih juga tidak percaya. Akhirnya, aku membawa dia ke mari untuk berjumpa dengan Dr. Fadhil. Doktor muda itu telah menerangkan segala-galanya kepada lelaki ini. Langkah Raja Adrian terhenti seketika. Aku terus menoleh ke arahnya. Dari riak wajah lelaki ini, aku tahu ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

 “Anything?” Soalku acuh tak acuh. 

“Betul kau tak ingat apa-apa tentang aku?” Mata dikecilkannya sedikit ketika bertanya soalan itu. Aku terus menjulingkan mata ke atas. Rasanya pandang siling lagi mendamaikan daripada memandang wajahnya yang penuh prasangka itu. 

"Takkan kau pun amnesia jugak? Dah lupa apa Dr. Fadhil cakap tadi??”
 Bidasku geram. Tersentak lelaki itu jadinya. Dalam anak matanya merenung ke arahku.

 "Kau dah betul-betul berubah.. ” Gumamnya dengan nada tidak percaya. Aku? Berubah? Kenapa? Aku yang dulu bagaimana orangnya? 

Malas hendak melayan lelaki ini, aku terus mengatur langkah menuju ke arah lif tanpa mempedulikan Adrian yang masih bersandar pada dinding. Lantak dialah kalau nak tidur situ sekalipun. Dah tak kuasa aku nak layan! Buat habis tenaga aje aku cuba yakinkan dia dari petang tadi sedangkan dia tetap juga sangsi denganku.

 “Hi King!” Langkahku untuk masuk ke dalam lif terhenti apabila terdengar suara itu. King? Perkataan itu kurasakan terlalu sebati di telingaku sebelum ini. Aku terus menoleh ke belakang. Kelihatan seorang jururawat wanita yang boleh tahan lawanya sedang berada bersama Adrian. 

“Heyyy Nadia..eh..Sarina..Sarina kan?”

 Tergagap-gagap pula mamat tu bersuara. Sekali lagi aku rasa terlalu biasa dengan situasi ini. Mata kupejamkan serapat-rapatnya. Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Kenapa perempuan itu memanggil Adrian dengan panggilan King? Hatiku semakin dihambat rasa ingin tahu yang menggunung. Aku yakin aku kenal King..tetapi kenapa aku tak ingat apa-apa tentangnya? 

King dan Adrian adalah orang yang sama? Nafas kuhela dengan berat. Kalaulah aku tahu aku akan mendapat penyakit amnesia ni, awal-awal lagi aku dah tulis diari dulu. Menyesal pulak rasanya saat ini!

 “You ni..takkan dah lupakan I? Sasya la..” Aku menoleh ke arah suara lunak merdu itu sekali lagi.

 “Yes...Sasya! Memang I nak sebut Sasya tadi..tapi I tersasul.” Adrian kulihat tersengih apabila berkata begitu. Bibir kucebikkan sedikit. Nampak sangat dia tak ingat nama perempuan tu. Nadia? Sarina? Sasya? Ya Allah, kenapa suamiku itu ramai betul kenalan perempuan? Yang peliknya, kenapa aku sedikit pun tak cemburu? 

“You buat apa kat sini?” Soal gadis bernama Sasya itu dengan manja. Naik geli-geleman pula aku melihat gayanya tu.
 “I ada urusan sikit kat sini. Well, I ada meeting kejap lagi..see you ya..” Jawab Adrian acuh tak acuh. Dia kulihat seperti ingin cepat-cepat beredar dari situ tetapi dengan pantas cik jururawat itu menghalangnya.

 “Nantilah dulu, King..kenapa you tak pernah call I? You ni sombonglah..” Aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat gelagat Sasya. 
“Bukan sombong tapi..I think I lost your number..” Balas Adrian pula. Ada senyuman sumbing terbit di bibirnya. 
“Okay..then, you kasi number you kat I..I akan call you tiap-tiap malam.” Nasib baik tak muntah hijau aku kat sini. 
“Gedik gile perempuan ni..” Gumamku kepada diri sendiri sambil menggelengkan kepala. 
“Well..siapa tadi? Sally? Syafa? Sorry, I really need to go. Bye!” Kedengaran suara Adrian kelam-kabut berkata begitu. Punat pada dinding lif kutekan dengan pantas. Biar cepat sedikit pintu lif ini tutup. Biar lelaki itu terpaksa tunggu lif lain. Senyuman di bibir yang baru sahaja bertandang mati terus apabila tiba-tiba sahaja pintu lif yang hampir tertutup rapat terbuka semula. 

“Kenapa tak tunggu aku? Nasib baik sempat!” Marah Adrian. Jelingan tajam diberikan kepadaku sekilas.

 “Ingatkan kau nak sembang dengan nurse tadi tu sampai esok pagi!” Jawabku dengan selamba. Gaun labuh di badan kubetulkan sedikit. 

“Perempuan tadi tu?” Soal Adrian dengan pelik. Aku hanya buat bodoh aje. Malas untuk memberikan sebarang reaksi.
 “Sorry, lawa, seksi atau menarik macam mana sekalipun seseorang perempuan tu, aku akan keluar tak lebih daripada 3 kali dengannya. Aku tak suka stick to one! Prinsip hidup aku, aku tak akan serius dengan mana-mana perempuan. Tak ada masa nak feeling-feeling. Rimas dan membosankan! ” Kedua-dua belah tangannya kulihat meraupkan wajah. Kata-katanya itu sedikit sebanyak membuatkan hatiku sakit. Seorang suami mengaku kepada isterinya yang dia tidak bisa untuk setia pada seorang wanita. Suami jenis apa ini? Nafas kutarik dalam-dalam sebelum bersuara.

 “Adrian, you want to know something?” 

“What?” Sebelah keningnya terjungkit ke atas. “Lelaki macam kau, tak layak untuk berkahwin. Kau seorang yang tidak sukakan komitmen. Kenapa kau kahwin dengan aku? Bagaimana kita boleh berkahwin? Apa agenda kau?” Aku terus mengasaknya dengan soalan-soalan yang merungsingkan mindaku. Lelaki di sebelahku ini kelihatan tersentak. Namun, riak wajahnya masih lagi tenang dan selamba. 

“Tolong ceritakan segala-galanya kepada aku petang ini jugak.” Ujarku dengan tegas. Langkah kuatur keluar dari lif tanpa memandang ke arahnya. Tak mungkin! Tak mungkin aku sebodoh itu! Tak mungkin aku salah dalam membuat pilihan. Mata aku belum buta untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri aku! Bagaimana aku boleh kahwin dengan dia? Sesak terasa dadaku saat ini. Syaf..aku perlukan kau..

 *** 

“Kita dah kahwin 5 bulan yang lepas.” Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari bibir Adrian. Aku terus menoleh ke arahnya dengan pantas. Tenang sahaja wajahnya ketika ini. Tangan kanan memegang strereng dengan kemas manakala tangan kiri berada pada gear kenderaan. Matanya pula difokuskan pada jalan raya yang agak lengang.

 “Tak logik!” Jeritku. Kepala kugelengkan berkali-kali.
 “Apa yang tak logiknya?” Nada suara lelaki ini sudah mula meninggi. Jelingan tajam diberikan kepadaku sekilas sebelum matanya jatuh pada jalan raya di hadapan semula. 
“Tak logik untuk aku berkahwin dengan seseorang macam kau!” Jawabku dengan lancar. Wajah kuraup berulang kali. Masih tidak percaya yang aku telah membuat satu kesilapan yang besar dalam hidup aku. Atas dasar apa aku memilih dia sebagai teman hidupku?
 “Entah-entah kau yang perangkap aku untuk berkahwin dengan kau!” Ujarku dengan lantang. Besar mataku memandang ke arahnya. Adrian hanya ketawa kecil ketika ini. Kepala digelengkannya sedikit sebelum bersuara. Wajahku direnungnya seketika.

 “Aku? Perangkap kau? You must be joking, girl.” Balasnya dengan sangat perlahan. Pandangan dihalakan ke hadapan kembali. Tangan kiri membetulkan kedudukan kaca mata hitam di wajah. 
“Aku tak perlu nak pasang perangkap untuk mengajak seorang perempuan berkahwin, Fina. In fact, ramai yang terhegeh-hegeh berbaris untuk kahwin dengan aku walaupun aku dah berkahwin.” Dengan tenang dia berkata begitu membuatkan aku menjadi semakin menyampah. Aku tak mahu hidup dengan lelaki seperti ini lagi. Aku mahu bebas. Aku memusingkan badan ke kanan. Wajahnya kurenung lama sambil mengumpul kekuatan untuk mengungkapkan apa yang terbuku di hati.

 “Ceraikan aku!” Luahku dengan tenang. Ya, itu yang aku mahu. Adrian menjeling dengan tajam ke arahku sekilas. Kemudian, kaca mata hitam ditanggalkan dari wajah. Berubah terus wajahnya ketika ini membuatkan aku menjadi sedikit gerun. Tidak ada lagi riak tenang dan selamba seperti tadi. Tiba-tiba sahaja kereta diberhentikan secara mengejut. Berdecit bunyi tayar kenderaan bergeseran dengan jalan raya akibat brek mengejut yang dibuat oleh Adrian. Aku terus menutup mataku dengan kedua-dua belah tangan. Betul-betul kecut perut dengan situasi ini. 

“Balik-balik hal cerai yang keluar dari bibir kau!” Tempik lelaki di sebelahku ini. Dengan perlahan-lahan aku membuka mata. Pandangan kuhalakan ke bawah sahaja. Dapat kudengar Adrian mengeluh berat ketika ini. 

“Fina, listen to me. You have promised to stay with me sampai akhir tahun ni, at least! Kita akan bincang hal ni semula selepas aku jadi CEO Kiara Emas”. Kendur sedikit suaranya ketika ini. Aku cuba memberanikan diri untuk menentang matanya yang memanah ke sini.

 “Kenapa kita perlu tunggu sampai kau jadi CEO?” Soalku tidak puas hati.
 “Susahnya bercakap dengan budak 21 tahun macam kau! Lambat pick up betul.” Gumam lelaki itu dengan geram sambil melemparkan pandangan ke luar kenderaan. Menggelegak darah aku ketika ini. Belum sempat aku membidas kata-katanya, dia terus bersuara. 

“Untuk menjadi CEO, aku harus berkahwin dengan kau. Itu syarat yang mummy dan daddy tetapkan untuk aku. Dan aku setuju.” Terdiam seketika aku mendengar kata-kata lelaki ini. Betullah, kerana pangkat dan kekayaan, orang sanggup lakukan apa sahaja! 

“Habis tu? Bagaimana dengan aku? Mama paksa aku untuk kahwin dengan kau ke dulu?” Soalanku dijawab dengan senyuman oleh lelaki ini.

 “Tak..siapa pun tak paksa kau. Kau yang terpikat dengan ketampanan aku.” Selamba ayat tersebut meluncur dari mulutnya. Aku pula terus menjerit kecil. 
“Aku serius, Adrian!” Bulat mataku memandang ke arahnya. 

“Aku pun serius. Kau sukakan aku dan kau bersetuju dengan keputusan mama kau.” Dengan bersungguh-sungguh dia berkata begitu membuatkan aku tersentak. Masih tidak tahu sama ada untuk percaya kata-kata lelaki ini atau tidak.

 “What? Tak mungkin aku sebodoh tu!” Lancar ayat itu keluar dari mulutku. Walaupun hatiku hampir-hampir mempercayai kata-katanya namun kerana ego, aku berkata begitu. 
 “Say whatever you want..yang pastinya, kau memang rela berkahwin dengan aku.” Ada keluhan berat di akhir ayat sebelum dia mengenakan semula kaca matanya ke wajah. 

“Aku dah jawab semua soalan kau. Puas hati sekarang?” Soalnya tanpa memandang ke arahku. Tangan kanannya diletakkan di belakang kepala sambil memandang ke hadapan. 

“Okay..aku dah tak mahu lagi berkomplot dengan kau.. Aku rasa elok kita berpisah sekarang. Adrian, perkahwinan bukanlah satu permainan. It is not a game! Aku masih muda. Kau carilah perempuan lain untuk meneruskan rancangan kau ni. Mummy hanya mahu kau berkahwin untuk membolehkan kau menjadi CEO, kan?”Dengan lembut aku berkata begitu.
 Dengan harapan, hatinya dapat cair ketika ini. Biarlah aku mulakan hidup baru. Lagipun, aku tak ingat apa-apa tentang dia dan keluarganya.

 “I wish it is that easy, dear. Too bad, mummy tak nak orang lain. Mummy nak kau jadi isteri aku. Jangan tanya aku kenapa, kerana aku sendiri tidak ada jawapannya. Entah apa yang dia suka sangat dengan perempuan nerd macam kau ni.” Terlopong mulutku mendengar kata-kata Adrian. Aku meraupkan wajah dengan sekuat hati. Semakin kusut jadinya kepala otakku. Kenapa aku pula yang dipilih mummy? Masalahnya! 

“Aku tak peduli, aku nak kau bebaskan aku!” Bentakku dengan kasar. Kedua-dua belah tangan masih menutup wajah. 

“Fine, aku boleh bebaskan kau tapi, pulangkan balik duit aku!” Wajah terus kutoleh ke sebelah kanan.

 “What?!” Soalku kepadanya. Lepas satu, satu masalah yang timbul! Memang rumit kisah hidupku ini, rupanya. Rasa seperti hendak koma semula. Tak payah aku susahkan diri untuk menghadapi semua situasi yang memenatkan ini. Bulat mataku menanti penjelasannya. 

“Jangan lupa, kau ada hutang aku. Give me back my 50k and I’ll grant your wish.” Sekali lagi aku terlopong mendengar kata-katanya.

 “Aku hutang kau 50 ribu?! You must be kidding me!!” Terjerit kecil aku jadinya. Mataku masih berada di wajahnya. Masih tidak percaya dengan apa yang baru aku dengari. Pantas Adrian menggelengkan kepalanya. “No, I’m not dear..janganlah buat muka terkejut macam tu..tak cantik!” Ah, aku sudah tidak peduli lagi jika kerutan di wajahku membuatkan aku kelihatan buruk. 50K? Banyaknya. Apa yang aku buat dengan duit sebanyak tu?? 

“Kau tipu aku kan? Kau sengaja mereka cerita untuk kepentingan kau! Kenapa pulak aku ambil duit...” Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, jari telunjuk Adrian telah pun melekap di bibirku,membuatkan aku terkejut. Dia mendekatkan sedikit wajahnya ke arahku membuatkan aku tersandar ke belakang.

 “Shh..don’t ask me anything. Mama cakap kau masih kenal dengan kawan-kawan rapat kau. Balik nanti, call kawan kau yang bernama Syaf tu dan tanya dengan dia, apa dia buat dengan duit RM 50k yang kau kasi dia dulu.” Bisik lelaki ini dengan tenang. Jelas terpampang senyuman kemenangan di bibirnya ketika ini. Otakku masih bekerja keras untuk menganalisa maklumat yang baru kuterima manakala hati pula berbelah bahagi sama ada untuk percayakan kata-kata Adrian atau tidak. Berat terasa kepalaku saat ini. Aku memicit-micit lembut permukaan dahi. 


“Aku nak balik sekarang.” Luahku dengan perlahan. Pandangan kulemparkan ke luar kenderaan.
 “Balik ke rumah aku?” Aku terus menoleh ke arah Adrian yang kulihat sedang memandang ke hadapan dengan selamba. Senyuman kemenangan masih tersisa di wajahnya. 
“Rumah mama! Jangan buat  lawak bodohlah. Tak kelakar.” Bidasku dengan geram. .Ada ketawa kecil yang keluar dari bibir lelaki itu ketika ini. Arghhhhhhh! Geramnya! 

“Shut up!” Bersama otak yang sarat dengan masalah, aku memusingkan badan ke sebelah kiri.

Biar betul aku bagi Syaf RM 50, 000? Untuk apa pula dia memerlukan duit sebanyak itu? Persoalan-persoalan itu berlegar-legar di dalam fikiran ketika ini. Sakit pada bahagian kepala pula semakin menjadi-jadi membuatkan aku tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah. Satu lagi, haruskah aku percayakan kata-kata mama dan Adrian yang aku memang pernah sukakan lelaki ini dulu? Betulkah tidak ada sesiapa yang memaksa aku berkahwin dengannya? Kenapa aku rasa seperti tidak masuk akal aje fakta itu?! 
*** 
Bersambung :D

Wednesday, 2 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 12

Bab 12

 “Fina..menantu mummy! Rindunyaaa mummy dengan Fina..”

Nampak aje kelibat aku, dia yang tadinya sedang duduk di atas sofa terus mengalihkan beg tangan Louis Vuitton-nya dari ribaan dan menerpa ke mari. Rasa seperti nak lari naik ke atas semula apabila melihat gelagat wanita yang sedang meluru ke arahku itu. Kelam-kabut dia menarik tubuhku ke dalam pelukannya sehinggakan senget-benget cermin mataku. Mama hanya mampu memerhati sambil tersenyum. Setelah pelukan dileraikan, wanita yang membahasakan dirinya mummy itu mencium kedua-dua belah pipiku bertalu-talu. Naik rimas aku jadinya! Aku yang semakin tidak selesa hanya mampu berdiri kaku sahaja memandang ke arah mummy yang kelihatan moden di dalam jubah moden yang mewah dengan sulaman manik-manik di badan. Shawl yang hanya menutupi sebahagian kepalanya sebentar tadi kini telah pun melorot ke leher. Apa punya fesyen bertudung ni?! Aku hanya mampu memerhati sahaja gelagat wanita yang mengaku sebagai ibu mertuaku ini dengan wajah yang tidak beriak.

“Fi..Fi dah ingat mummy? Do you remember me?” Soal wanita itu. Aku menggaru kepala sedikit. Bila masanya pula aku ada nama glamour ni? Fi? Rasanya Fina pun dah cukup pendek dan mudah untuk disebut. Pertanyaan mummy kujawab dengan gelengan. Setiap kali berjumpa,itulah soalan yang akan ditanya wanita ini kepadaku.
 “I’m sorry..” Dengan perlahan aku bersuara. Ada riak kecewa di wajah wanita di hadapanku ini.

“It’s okay dear..it’s okay..take your time. I’m sure you will remember everything soon..sedikit masa lagi..” Dengan bersungguh-sungguh mummy berkata begitu. Tangannya melingkar di pinggang pula dengan erat. Wajahku ditatapnya seketika kemudian, dia bersuara lagi.

 “Am I right darling?” Soalnya yang merenung jauh ke dalam mataku. Aku dapat rasakan yang dia memang sangat risau dengan apa yang sedang aku hadapi saat ini.

 “Er..i think so..” Jawabku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Memang benar, aku sendiri tidak tahu bila aku akan sembuh. Mummy kemudiannya terus berpaling ke belakang. Aku juga turut sama mengekori pandangan matanya yang membawaku kepada lelaki itu. Lelaki yang bergelar suamiku. Memang tak logik! Dia kelihatan memandang ke mari dengan bosan. Dari raut wajahnya yang sedikit kelat itu, aku dapat rasakan yang hatinya tidak ingin untuk berada di sini.

 “Adrian! Kenapa tercegat lagi kat situ? Don’t you miss your wife?” Lantang mummy bersuara. Ada nada kurang senang dapat kukesan dalam suaranya yang ber’pitching’ tinggi.  Hatiku semakin bercelaru. Siapa sebenarnya lelaki itu denganku? Pandanganku kembali melekat pada lelaki yang sedang melangkah dengan malas ke mari.

“Of course I do miss her. TERlalu rindu!” Walaupun perlahan kata-kata itu dibisikkan dengan sinis di telinga mummy, namun dapat juga kudengari butir bicaranya itu. Tidak tahu lagi bagaimana untuk mentafsir ayat yang baru keluar dari mulutnya. Mummy kelihatan mengetapkan bibirnya sebelum bersuara dengan geram.

“Raja Adrian Benjamin. You jangan nak buat perangai ye. Mummy cakap dengan daddy nanti supaya batalkan perlantikan you sebagai CEO. You nak, sayang?!” Bulat matanya menjegilkan mata  ke arah lelaki yang bernama Adrian ini.

Walaupun dia berbisik, aku dapat mendengar dengan jelas kata-katanya itu. Mummy kulihat sempat menjeling ke arah mama yang sedang menuang air ke dalam cawan. Risau agaknya kalau mama terdengar perbualan yang sedang berlangsung sekarang ini. Raja Adrian Benjamin. Sepotong nama itu terlalu asing bagiku dan sumpah, sekiranya nama tersebut tidak dimulakan dengan ‘Raja’, memang aku tak akan dapat meneka nama tersebut milik seorang lelaki Islam. Bola mata kini bergerak memerhati ke serata wajah lelaki berkemeja putih di hadapanku ini sekali lagi bersama kerutan di dahi. Masih cuba menganalisa wajah lelaki yang sedang tersenyum sinis itu. Dari gaya rambut serta caranya berpakaian, dia kelihatan seperti seorang lelaki metrosexual, iaitu seseorang yang sangat mementingkan penampilan diri. Kalau tekaanku ini mengena, memang kontra habislah mamat ni dengan aku yang ‘simple gila dan selekeh’ orangnya ni.

Setiap kali membuka almari pakaian akhir-akhir ini, setiap kali itulah aku menjadi pelik melihat baju-baju yang tergantung di dalamnya. Dari mana datangnya gaun labuh, blaus serta skirt yang terlebih feminin itu? Seingat aku, jeans dan t-shirt longgar berlengan panjang sahaja merupakan pakaian kegemaranku sebelum ini. Kasut pulak, selipar jepun aje. Aku selesa begitu. Entah-entah, aku dah terpengaruh dengan dia ni, agaknya selepas kami berkahwin dulu? Mustahil! Tersentak aku jadinya apabila dengan tiba-tiba tangan Adrian kemas merangkul pinggangku. 

Aku terus mendongak memandang ke arahnya yang sedang merenung ke dalam anak mataku. Tiada lagi pandangan sinis memanah ke mari. Aku pasti, hati ais pun boleh cair kalau lama-lama bertentang mata dengannya. Kuasa apa agaknya yang dia ada sehingga mampu membuatkan aku terus ingin memandang ke dalam matanya yang sedikit coklat ini? Bagai ada magnet pula di situ.

“Sayang..I rindukan you..don’t you miss me?” Lembut sekali suara itu menampar gegendang telingaku.

Hebat! Dengan sekelip mata sahaja karakternya berubah. Semakin tidak selesa aku jadinya. Mata kularikan ke arah mama yang sudah pun mendekati kami. Ada senyuman bertandang di wajahnya saat ini. Buat pertama kalinya, mama tersenyum begitu semenjak aku sedar dari koma. Aku yang semakin tidak keruan saat ini terus melepaskan tangan lelaki yang sedang memaut kemas pinggangku. Dapat juga meloloskan diri dari pelukan kemas lelaki tinggi lampai ini. Bersama rasa kusut yang semakin menggunung, aku meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan. Kemudian, aku menoleh ke arah mama yang berada di sebelah kananku.
“Mama..” Panggilku lembut. Kemudian, bola mataku bergerak ke arah mummy yang sedang tersenyum.

“Mum..mummy..” Panggilku lagi. Belum sempat kedua-dua wanita itu membuka mulut, aku terus bersuara. “Betul ke ni husband Fina?” Soalku. Tolonglah berikan Fina jawapan yang jujur. Fina tak sanggup lagi nak berteka-teki begini. Sambungku di dalam hati. Mummy dan mama, masing-masing kulihat memandang ke arahku dengan penuh simpati. Belum sempat kedua-dua wanita itu bersuara, kedengaran suara Adrian menyapa telingaku.

“Yes, dear..we are married. Honey, I know you tak dapat ingat apa-apa but trust me, I will wait..i sanggup tunggu sampai you ingat kesemuanya tentang I. ” Dengan bersungguh-sungguh dia berkata begitu. Mataku masih lagi mencari kejujuran pada wajahnya.

Tadi sayang, sekarang honey pulak. Memang tak sesuai! Tiba-tiba sahaja dia ni berubah baik. Dari wajah yang masam mencuka tadi, kini manis sahaja wajah yang berada di hadapanku ini. Takut sangat dengan gertakan mummy tadi yang hendak batalkan perlantikannya sebagai CEO agaknya. Hatiku mula membuat kesimpulan sendiri. Bibir kucebikkan sedikit sambil menjeling tajam ke arahnya. Aku paling menyampah dengan orang yang suka berpura-pura begini. Bukan talam dua muka lagi dah ni. Ni aku panggil, talam sejuta wajah!

“Excuse me Raja Adrian Benjamin. Awak ada bukti ke yang saya ni isteri awak?” Soalku dengan lantang. Mummy dan mama kulihat tersentak sedikit ketika ini. Tapi, lelaki di hadapanku selamba sahaja. Dia kulihat memasukkan sebelah tangan ke dalam poket seluar. ‘Wallet’kulit berwarna hitam yang berada di tangan dibuka. Dengan tenang, sekeping kad ditarik keluar dari dalam ‘wallet’ itu.

“Well, sayang..take a look at this..” Kad tersebut dihulurkan kepadaku. Lambat-lambat aku menyambut huluran kad tersebut. Kad perakuan nikah? Ada gambar aku dan dia di atas kad ini. Terdiam aku jadinya. Air liur terasa perit untuk kutelan saat ini. Kenapa kenyataan ini terlalu pahit untukku? Memang betul kami berdua sudah bernikah! Mataku masih lagi meneliti kad di tangan. Terketar-ketar sedikit tanganku.

 “Eh..takkanlah nak berbual kat sini aje..jom kita ke sana. Boleh minum petang sekali.” Mama memaut lembut bahuku. Cepat-cepat aku mengembalikan kad di tangan kepadanya.

 “Ha’ah..betul tu..jom kita sambung berbual kat sana ye, Fi..” Mummy pula bersuara, menyokong kata-kata mama. Baru sahaja ingin menuruti langkah mama dan mummy ke arah sofa, tangan kananku terasa diraih dengan lembut dari belakang membuatkan langkahku terhenti.
 Dengan pantas aku berpaling. Tanganku yang berada di dalam genggaman Raja Adrian cuba kutarik tetapi tidak berjaya. Tidak mahu mama perasaan tentang keadaan ini, aku hanya mampu menjeling sahaja ke arah lelaki yang sedang tersenyum manis itu.

“It’s okay mummy..mama..Adrian nak keluar kejap dengan Fina..dah lama sangat menanggung rindu ni.” Bulat mataku menjegil ke arah lelaki itu. Kalau anak mata ni jatuh ke lantai, memang dia lah penyebabnya! Tak boleh blah betul. Silap-silap nanti, boleh koma diriku ini dengan ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Mungkin suami aku ni seorang pelakon agaknya. Pelakon popular, mungkin!

“You nak bawak menantu I ke mana, Ad?” Soal mummy. Mama juga kulihat tidak sabar mendengar jawapan dari Adrian.
“Hotellah mummy. Rindu sangat ni.” Jawab lelaki itu dengan nakal. Sebelah matanya dikenyitkan kepadaku. Sah dia ni dah mereng! Betul-betul gila! Aku terus menarik lenganku dari genggamannya dengan sekuat hati. Berjaya jugak akhirnya. Lelaki itu kelihatan sedikit terkejut dengan reaksiku. Buat pertama kalinya aku tersenyum sinis ke arah lelaki itu. Ape? Ingat aku ni lembik sangat ke?

“Adrian! Behave yourself!” Mummy berpura-pura marahkan Adrian. Tangannya kulihat menampar bahu anaknya itu. Mama pula hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Adrian kulihat meraupkan wajahnya sambil senyuman lebar. Kacak! Pujiku di dalam hati. Tiba-tiba sahaja jantungku bergetar sedikit. Aku terus memejamkan mata. Apabila dia tersenyum begitu, aku dapat rasakan yang aku pernah lihat wajahnya sebelum ini. Ya Allah, Fina..cepatlah ingat..tolonglah! Aku memaksa diri saat ini.

“Sayang, are you okay?” Terus sahaja aku membuka mata apabila terdengar suara itu. Dia menundukkan sedikit wajahnya sambil merenung ke arahku dengan penuh prihatin. Renungan itu! Aku pernah lihat dahulu. Bentak hatiku sekali lagi. Tapi, kenapa aku tak boleh nak ingat apa-apa tentang hubungan kami?

 “Mummy, mama..Ad cuma nak ajak Fina minum petang aje. Dah lama tak dating dengan my lovely wife ni.” Aku yang masih lagi tersentak mendengar kata-katanya tadi kini bertambah tercengang apabila dengan pantas dia menarikku ke dalam pelukannya.
“Jom sayang..” Bisiknya dengan lembut. Aku terus menggelengkan kepalaku.
“Saya tak nak keluar..” Ujarku dengan tegas.
“Fina..jangan macam tu, sayang. Tak elok tau asyik terperap aje dalam rumah ni.” Aku berpaling ke arah mama. Alamak, macam mana ni?
 “Betul cakap mama tu, Fi..sesekali perlu juga keluar untuk melapangkan fikiran.” Kedengaran suara mummy pula menyokong kata-kata mama. Aduhai, nampaknya aku terpaksa juga keluar dengan dia ni.
“Ad, you better take good care of her yea..” Tegas mummy berkata begitu. Dari jelingannya kepada Adrian, aku tahu dia sedang memberikan amaran. Adrian pula terus mengenyitkan sebelah matanya.
“Of course I will, mummy..dia kan isteri Ad..” Jawab lelaki di sebelahku ini. Isteri konon! Podacit! Kalau isteri, takkanlah kau layan aku nak tak nak aje! Adrian kemudiannya bersalaman dengan mama dan mummy. Dengan berat hati, aku juga terpaksa berbuat begitu.

Setelah bersalaman, aku mengekori langkah Adrian menuju ke arah pintu. Sempat aku menjeling ke arah mama yang sedang tersenyum gembira ke arahku. Selesai sahaja menyarungkan sandal di kaki, aku terus melangkah ke arah kereta yang terletak betul-betul di hadapan pintu pagar.

 Malas hendak menunggu lelaki itu selesai memakai kasut. Lihatlah tu..ikat tali kasut pun lembab! Tubuh kusandarkan pada dinding kereta berwarna biru gelap ini sambil mencebikkan bibir. Mesti ini kereta dia. Aku membuat kesimpulan sendiri sambil memerhati ke arah kereta Mercedes ini. Cantik. Kemana agaknya dia hendak bawa aku? Aku memicit kepala yang sedikit pening. Kalau dia suami aku, kenapa aku lihat layanannya tidak konsisten? Sekejap baik, sekejap tidak? Nampak sangat tak ikhlas! Lepas aje mummy gertak untuk batalkan perlantikan dia sebagai CEO, barulah dia melayan aku dengan sangat baik tadi! Aduhai, bagaimanalah kau boleh tersangkut dengan mamat sengal ni, Afina?!!! Kenapa kau tak pilih seseorang yang betul-betul ‘siuman’ untuk jadi suami kau? Aku memarahi diri sendiri.

 “Oi, yang kau asyik bersandar kat kereta mummy tu kenapa?” Dengan pantas aku menoleh ke kiri apabila terdengar suara itu. Lelaki yang sedang membetulkan rambutnya itu kulihat sedang melangkah ke arah sebuah kereta berwarna hitam yang terletak di sebelah kereta biru gelap ini.

 “Saya ingatkan ini kereta awak..” Gumamku dengan perlahan. Lelaki itu kulihat menjeling tajam ke arahku. Kemudian, dia ketawa dengan sangat sinis.

 “Aku tak sangka yang kau ni sangat berbakat! Kau nak jadi pelakon ke apa?” Soalnya dengan geram. Dia yang pandai berlakon, cakap aku pulak! Belum sempat aku membalas kata-katanya, lelaki itu terus bersuara.

“Hey! Dah tak payah nak berlakonlah..hilang ingatan konon! Ingat aku tak tahu strategi kau??” Apa masalahnya dengan lelaki ini? Dia ingat aku sedang berlakon? Berlakon hilang ingatan pulak tu. Gila agaknya?!
 “Apa awak cakap ni?” Soalku. Tidak puas hati dengan tuduhannya. Aku terus melangkah ke arah lelaki yang sedang bersandar pada dinding keretanya.

“Gila ke? Dia yang berlakon, cakap kita pulak..” Gumamku dengan sangat geram. Mata masih lagi menjeling tajam ke arah Adrian yang sedang melurutkan rambutnya yang lurus ke bawah. Pandangan yang tadinya berada di wajahku kini dilemparkan ke arah jalan raya.
“Aku tahu kenapa kau pura-pura hilang ingatan. Let’s cut the crap now!” Luahnya dengan serius. Kemudian, matanya terus memanah ke dalam mataku semula.

“Afina..tak sangka kau bijak jugak rupanya. Selama ni nampak aje ‘nerd’ tapi sebenarnya kau ada rancangan lain!” Ujarnya dengan geram. Aku semakin tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Tidak, aku tak boleh biarkan dia menuduhku sesuka hati begini.

“Apa..apa yang awak mengarut ni? Sudahlah saya tak kenal siapa awak, boleh pulak awak tuduh-tuduh saya macam ni!” Bidasku dengan geram. Gaun di badan kubetulkan.
 “Okay fine!” Terdengar suaranya mendengus geram. 
“Kau dah hilang ingatan! Fine! Tapi, esok kau akan pulih dan aku nak kau teruskan dengan rancangan kita sebelum ni.” Arahnya kepadaku. Dia betul-betul ingat aku berpura-pura hilang ingatan? Kepala kugeleng-gelengkan beberapa kali.
 “Astaghfirullahalazim..awak dah gila ye?” Soalku dengan kasar. Adrian terus mengetapkan bibirnya. Merah padam kulihat wajahnya saat ini. Nampaknya paras kesabaran di dadanya sudah mencapai takat maksimum.

 “Come here..” Dia terus menarik lengan kananku dengan kasar ke sebelah kiri kenderaan. Pintu kereta ditarik kasar dan dia terus mengarahkan aku supaya masuk ke dalam.

“Masuk!” Mahu tidak mahu, aku terpaksa menurut kata-katanya. Pintu kereta dihempasnya dengan kuat, membuatkan aku kecut perut. Rancanganku sekarang hanya satu. Aku mahu memujuk lelaki ini supaya menceritakan segala-galanya kepadaku. Dari A sampai Z! Kalau lama-lama begini, aku bukan sahaja akan terus hilang ingatan, malah aku yakin, aku boleh terkena penyakit jiwa. Aku hanya mampu memerhati sahaja lelaki itu masuk ke dalam kereta. Badannya dipusingkan ke belakang dan dia kemudiannya mencapai briefcase yang berada di tempat duduk belakang.

 “Aku tahu kau akan setuju untuk sembuh esok!” Ujarnya sambil mengeluarkan buku cek dari dalam briefcase hitam di atas ribanya.

“Berapa kau nak? Just name it! Lima ratus ribu? Sejuta? Name it!” Tempiknya dengan kasar membuatkan aku tersentak. Kaku. Dadaku berombak laju ketika ini. Ada air mata yang bergenangan di dalam kolam mata. Apakah kesalahan yang telah kulakukan dahulu sehingga aku layak ditengking begini? Air mata yang berlinangan kuseka dengan jari. Aku menoleh ke kanan. Jelingan tajam kuberikan kepada lelaki yang kulihat sedikit tersentak memandang ke arahku. Mungkin tidak sangka aku akan menangis begini.

 “Kau dengar sini..aku dah cukup serabut sekarang. Tolong jangan kusutkan lagi fikiran aku!” Ujarku dengan perlahan tetapi sangat tegas. Kepala kugelengkan berkali-kali dan aku terus bersuara lagi. Segala yang terbuku di hati perlu kuluahkan sekarang.

“Aku tak nak duit kau! Aku tak mahu! Aku cuma nak kau ceritakan kepada aku satu persatu tentang hubungan kita! Aku perlu tahu..” Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Wajah lelaki yang masih lagi terdiam itu kurenung dengan dalam.
“Tolonglah..” Ujarku separuh merayu.
 ***
Bersambung :D

Playboy Itu Suami Aku?! 11

Bab 11

Setelah 5 bulan berlalu pergi...


Senyuman di bibir tidak dapat kulenyapkan kala jemariku menyelak helaian demi helaian album gambar di tanganku. Melihat gambar-gambar aku bersama arwah nenek dan arwah atuk benar-benar mengembalikan memori semasa kecil dan remaja yang pernah aku kongsi bersama mereka. Mata kini berlari ke arah gambar aku semasa kecil di kampung. Di dalam gambar itu, ada seorang lagi budak perempuan yang kelihatan sebijik macam aku. Ha..ni mesti Fisya, adik kembarku! Aku tersenyum lagi. Kami nampak rapat masa kecil dahulu. Alangkah bagusnya kalau papa dan mama tidak berpindah keluar dari kampung dulu? Pasti aku dan Fisya akan tetap akrab sampai sekarang. 



Tiba-tiba sahaja aku menutup dengan kasar album  yang berada dalam ribaanku ini. Kata mama, Fisya menetap di  luar negara sekarang. Hendak kutanya dengan lebih lanjut tentang Fisya, tapi niatku seringkali terbantut. Aku meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan. Rasa macam baru semalam aje Fisya menengkingku. Susah hendak percaya yang dia tidak berada di dalam rumah ni sekarang. Ya Allah, Fina!! Bagaimana kau boleh jadi sebiul ni??! 



.Keluhan berat akhirnya terbabas jua dari bibir apabila aku menoleh ke sebelah kanan. Ada kerisauan yang bertapak di dalam hati tatkala terpandangkan longgokan album-album gambar di dalam kotak yang terdampar kemas di atas lantai. Dengan perlahan-lahan, aku bangun dari pembaringan. Kaki kujuntaikan ke bawah dan dengan pantas aku membongkokkan badan untuk mengambil sebuah album gambar yang agak tebal dari dalam kotak besar berwarna  itu. Tangan masih teragak-agak ingin membuka album ini. Akhirnya bersama sebuah keluhan berat, aku meraupkan wajah berulang kali. Gambar seorang lelaki mengucup dahiku pada kulit album membuatkan aku menjadi semakin rungsing. 


“Penyatuan dua hati…” Sesungguhnya aku tidak saggup untuk membaca ayat yang seterusnya. Bersama rasa tidak puas hati yang menggunung, aku membuka album di tangan. Mata kubesarkan sambil membelek wajah lelaki di dalam gambar ini. Akhirnya, aku mencampakkan album di atas katil sambil menggelengkan kepala beberapa kali. 



Ya Allah, kenapa satu habuk pun aku tak ingat tentang lelaki itu? Puas sudah aku membelek album tersebut sampaikan sudah dapat kuhafal posisi gambar yang terdapat di dalamnya namun aku masih juga tidak kenal siapa dia! Bukan sahaja dia, malah beberapa orang di dalam gambar itu pun aku tidak dapat cam. Serta-merta kepalaku terasa sangat sakit. Rungsing betul kurasakan ketika ini. Aku terus berbaring sambil memicit kepala yang berdenyut-denyut. Mata pula kuhalakan ke arah siling yang berwarna putih. Serabut.



 Itulah keadaan kepala dan hatiku saat ini. 


Kata mama, album yang kucampakkan ke tepi tadi itu adalah album perkahwinan aku. Sumpah, aku betul-betul terkejut beruk ketika mama berkata begitu dahulu. Memang aku tidak dapat menerima kenyataan yang aku ini telah pun bergelar isteri orang. Isteri kepada lelaki itu pulak! Walaupun aku tidak ingat apa-apa tentang dia, tetapi aku benar-benar tidak sukakannya. Dari pandangan tajam dan senyuman sinis yang diberikan oleh lelaki yang berwajah kerek itu semenjak hari pertama aku berjumpanya di hospital bulan lepas, aku yakin kami memang tidak serasi. Setiap kali kami berjumpa, aku dapat rasakan yang dia terpaksa datang melawat aku. Dari riak wajahnya, aku tahu dia juga tidak sukakan aku. Ya ampun..bagaimana pula aku boleh terkahwin dengan lelaki seperti itu?!!


“Sayang...” Aku terus menghalakan pandangan ke arah pintu. Wajah mama yang sedang tersenyum manis itu kupandang seketika. Kemudian, sekuntum senyuman cuba kuukirkan di bibir.
“Mama..masuklah..” Jemputku yang bangun dari pembaringan. Kepala kusandarkan di kepala katil. Pandanganku masih pada mama yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik.
“Sayang..mereka dah sampai..” Kata mama sebaik sahaja melabuhkan punggung di birai katil. Terus sahaja wajahku bertukar keruh saat ini.


“Kalau Fina tak turun, tak boleh ke?” Soalku dengan bersungguh-sungguh. Mama terus sahaja menggenggam tanganku. Senyuman masih lagi menghiasi bibirnya.
“Eh..mana boleh macam tu sayang..tak baik tau buat suami dan mak mertua macam tu” Jawab mama. Tangan yang tadinya menggenggam tanganku kini memeluk bahuku dengan kemas. Mendengar perkataan suami dan mak mertua yang diucapkan mama sebentar tadi mampu untuk membuatkan lidahku terus kelu sekarang. Akhirnya, bersama sebuah keluhan, aku bersuara.


“Masalahnya mama Fina tak selesalah nak berhadapan dengan mereka...Fina tak kenal pun siapa mereka tu..tak pernah kenal ma..” Luahku yang semakin gelisah. 

Terbayang wajah seorang wanita berusia lewat 40-an di fikiranku saat ini. Aku tak kisah sangat kalau terpaksa bersembang-sembang dengan wanita bergaya itu. Yang menjadi masalahnya, lelaki yang kelihatan kerek tu..arghhh setiap kali berhadapan dengan dia, mesti ada sahaja tingkahnya yang tidak memuaskan hatiku.
“Fina..mama faham Fina tak ingat apa-apa pun tentang mereka. Doktor pun dah beritahu mama yang Fina memerlukan masa untuk sembuh.
Mama faham tentang semua tu..tapi, Fina juga harus mencuba, sayang..” Aku tahu mama sebak melihat keadaanku. Mata kupejamkan seketika dan kemudian aku menoleh ke arah mama. Memang betul, ada air mata yang mengisi ruang matanya saat ini. Kemudian, mama terus sahaja mengusap-usap bahuku.



“Fina dah cuba ma..Fina dah cuba dan Fina dah pun berputus asa. Biarlah masa yang menentukan bila Fina akan sembuh..” Aku bersuara dengan sangat perlahan.

 Sudah tidak tahu bagaimana untuk berfikir. Bukan aku tidak mahu bersembang-sembang dengan mereka tetapi, aku memang tidak selesa. Setiap kali berhadapan dengan orang yang aku tidak kenal, lidahku terus sahaja kelu. Akhirnya, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Sepatah yang mereka tanya, sepatah sahaja yang aku jawab.
“Fina pernah cuba bersembang dengan mereka? Sayang..tengok album gambar aje mana cukup..Fina harus cuba bersembang dengan mereka..Fina tak rindukan suami Fina?” Aku tergamam mendengar pertanyaan mama.



Memang mama buat lawak di petang harilah! Rindu? Dengan lelaki itu? Bagaimana nak rindu kalau orangnya pun aku tak kenal? Bagaimana nak rindu kalau di dalam hati ada rasa benci setiap kali mamat kerek itu memandangku dengan sinis? Isk, aku yang hilang ingatan atau mama ni? Betul ke aku dah kahwin dengan mamat tu? Ah, entah-entah mama sengaja nak kenakan aku agaknya? Ada secalit senyuman menghiasi bibir saat ini. Maklumlah, seingat aku, mama dan  papa kadangkala memang rajin benar menyakatku. Tapi, untuk kali ini, aku tidak mahu lagi mama main-main. 


Aku terus membetulkan posisi dan terus memandang jauh ke dalam mata mama. Aku perlukan jawapan yang jujur dari mama saat ini.


“Ma..betul ke Fina dah kahwin dengan mamat tu?” Untuk kesekian kalinya aku bertanyakan soalan itu. Mama terus sahaja menganggukkan kepalanya.

Hampa terasa hatiku saat ini. Setiap kali bertanyakan soalan itu, hatiku pasti berharap yang mama akhirnya akan berkata begini, “Fina, mama main-main aje..macam mana pulak dia tu boleh jadi suami kamu kalau kamu tak pernah pun berkahwin dengan dia..” Itulah jawapan yang aku harap-harapkan. Mata terus kupejamkan bersama rasa kecewa yang melanda hati.
“Fina..pandang mama..” Dapat kurasakan jari-jari mama menyentuh daguku dengan lembut. Aku membukakan mata tetapi pandangan kuhalakan ke bawah sahaja. Kemudian, mama mengangkatkan sedikit wajahku. Apabila mata kami bertemu, dapat kulihat ada kedukaan di dalam mata mama. Aku tahu keadaanku telah membuatkan mama sedih dan risau. 


“Mama sayangkan Fina sama macam mama sayangkan Fisya. Mama nak tengok Fina bahagia semula. Fina tak percayakan mama?” Dengan bersungguh-sungguh mama berkata begitu. Dan seperti selalu, aku hanya mampu mendengar sahaja. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

Bersama sebuah keluhan, aku kemudiannya bersuara.
“Fina bukan tak percayakan mama tapi..Fina kurang yakin yang Fina pernah berkahwin dengan dia.” Ujarku dengan jujur.

Biar mama tahu apa yang sedang bersarang di dalam hatiku.
“Betul sayang..dia suami Fina..Fina sendiri yang bersetuju untuk berkahwin dengan dia dulu. Tidak ada sesiapa yang paksa..dia pun cintakan Fina sangat-sangat, sayang. Kamu berdua memang hidup bahagia sebelum kamu kemalangan dulu..” Aku terus menggelengkan kepala. Kemudian, aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Saat ini, otakku memang tidak dapat terima apa yang mama ceritakan tadi. Dia, cintakan aku? Aku sayangkan dia? Memang tidak masuk akal! Semakin sesak otakku saat ini. 


“Tapi, kenapa Fina tak ingat apa-apa tentang dia?” Bentakku. Telah cuba aku kawal rasa tidak puas hati selama ini kerana tidak mahu sesiapa pun kecewa tetapi aku sudah tidak dapat bertahan lagi hari ini.
“Fina tak ingat langsung mama..Fina tak ingat!” Ujarku dengan lantang. Bantal yang berada di atas riba kubaling ke bawah. Aku benar-benar geram dan kecewa dengan diriku sendiri. Tidak ada satu pun yang aku ingat tentang lelaki itu dan keluarganya. Aku juga geram dengan mama. Sudah banyak kali kubilang yang aku tidak mahu berjumpa mereka, tetapi mama tetap memaksa! Wajah mama kupandang seketika. Ternyata, dia sedikit terkejut dengan perubahanku. Sedih benar wajahnya saat ini. Terus sahaja dia menarik aku ke dalam pelukannya. Bahuku diusap lembut. 


“Sabar sayang..ini semua ujian Allah untuk Fina..dan juga untuk keluarga kita..” Bisik wanita yang  memakai blaus merah ini kepadaku.
“Mama faham Fina perlukan masa untuk ingat semula tapi, Fina perlu ingat, Fina juga perlu berusaha..mama bukan nak paksa Fina tapi, mama nak tengok Fina sembuh semula..” Bisik mama lagi.
“Fina dah tak tahu nak fikir macam mana ma..Fina ingat kawan-kawan rapat Fina..keluarga kita..saudara-mara kita cuma Fina memang tak ingat tentang dia.” Bersama sebuah keluhan berat aku menjawab kata-kata mama. 


“Beri diri Fina lebih masa untuk sembuh..ye sayang?” Mama sebak sekali lagi saat ini. Aku terus meleraikan pelukan. Tangan mama kugenggam dengan lembut.
“Mama, Fina tak nak risaukan mama..maafkan Fina..Fina sendiri kecewa dengan diri Fina sebab tak mampu nak ingat apa-apa tentang mereka.” Luahku. Memang ada rasa bersalah yang bermaharaja lela di dalam diri saat ini. Aku tidak bermaksud pun untuk berkasar dengan mama cuma aku benar-benar tertekan.
“Mama faham sayang..mama faham. Mama janji, mama akan bantu Fina..jangan risau ye, sayang?” Ada segaris senyuman menghiasi bibirku saat ini. Itulah mama. Kata-katanya bisa melembutkan hati aku. Akhirnya, aku terus mengangukkan kepala. Mama pula kulihat sudah pun bangun dari katil. Aku hanya memandang sahaja ke arah wanita yang semakin lebar menguntumkan senyuman itu. 


“So now, untuk membantu Fina ingat semula, mama rasa, Fina patut bangun dari katil..” Tangannya mendapatkan kedua-dua belah tanganku. Kemudian, dia terus menarik aku untuk bangun dari katil.
“Ala mama..kejap lagi la..” Ujarku dengan malas.
“Takde kejap-kejap..jom ikut mama..” Balas mama. Gembira betul wajahnya apabila dilihatnya aku bangun dari katil bersaiz ‘king’ ini. Tanganku masih lagi berada di dalam genggamannya. Aku hanya mengikut sahaja langkahnya menuju ke arah almari yang terletak di sebelah kanan bilik. Pintu almari berwarna coklat gelap dibuka dan kemudian, mama terus sahaja menoleh ke arahku. 


“Pilih baju yang paaaaaling cantik..” Bersungguh-sungguh mama berkata begitu. Aku hanya mampu ketawa kecil saat ini. Mata pula terus berlari memerhati baju-baju yang tergantung kemas di dalam almari ini. Pertama kali pulang dari hospital dulu, memang terkejut beruk aku jadinya apabila melihat keadaan di dalam almari ini. Mana tidaknya, almari ini penuh dengan skirt labuh, blouse serta gaun labuh. Ingatkan pakaian Fisya. Mama sampai terpaksa bersumpah yang ini semua adalah pakaian aku. Kepala yang tidak gatal kugaru dengan perlahan.

“Pilih la cepat” Gesa mama.
“Paling cantik?” Ujarku kepada diri sendiri. Ah, nak jumpa lelaki kerek tu aje pun.Tak payah nak cantik sangatlah! Bukan dapat apa pun! Kemudian, aku terus sahaja mencapai jeans dan t-shirt lengan panjang berwarna biru.


“Isk..ada ke ambil baju tu?!” Bantah mama. 



Terus sahaja wanita itu menyelak helaian baju yang tergantung dengan pantas. Kemudian, tangannya terus menarik keluar sehelai baju gaun labuh tanpa lengan yang berwarna putih. Ada bunga-bunga kecil berwarna merah menghiasi gaun ini.Kemudian, sehelai cardigan merah yang dilipat dengan kemas dicapai oleh mama. Aku hanya mampu memerhati bersama jeans dan baju t-shirt di tangan. Aduh..masak aku! Manalah aku tahu pakai macam tu! Aku bukan Fisya. Wajahku yang sudah pun berkerut seribu tidak langsung mama hiraukan.
“Nah pakai baju ni.” Ujar mama dengan senyuman. Aku masih lagi kaku. Isk, karang, mamat tu mesti cakap aku beriya sangat pakai cantik-cantik sebab nak jumpa dia.Hatiku berkata-kata lagi. 


“Yang ni?” Soalku. Sebelah kening terangkat ke atas.
“Yes..yang ni..okay?” Mama terus sahaja mengangukkan kepalanya. Aku hanya mampu memerhati sahaja apabila mama meletakkan baju tersebut di atas katil. Kemudian, wanita itu melangkah kembali ke sini. Jeans dan t-shirt yang berada di tanganku diambilnya.
“Fina pakai baju yang mama letakkan kat atas katil tu ya?” Aku tahu mama mahu memastikan yang aku memakai baju yag dipilihnya tadi. Aku terus sahaja mengangukkan kepala dengan lemah.
“Okay ma..” Jawabku. 

“Good..macam ni la anak mama..” Sebuah kucupan diberikan tepat di pipiku. Ada senyuman menghiasi bibirku saat ini. Kemudian, pinggangku dipeluknya erat. Aku bersyukur kerana walaupun aku tidak ingat kesemuanya lagi tetapi aku masih ingat pada mama, abah, adik-beradikku dan beberapa orang kenalan rapat. Fina, entah-entah lelaki itu dan keluarganya memang baik dan rapat dengan kau dahulu. Untuk pertama kalinya, hatiku berkata begini. Cuba untuk positif.

“Fina bersiap dahulu, kemudian, terus turun ya? Mama tahu Fina berat hati tetapi, Fina perlu berusaha untuk sembuh. Ye, sayang? Mama rasa mesti Fina tak susah nak ingat mereka semula kalau Fina selalu bersembang dengan mereka.
Tambah-tambah mereka tu adalah antara manusia yang paaaaling Fina sayang dalam dunia ni..” Aku hanya mampu mengangukkan kepala sahaja. Ada benarnya kata-kata mama itu. Aku harus mencuba dan berusaha untuk sembuh. Hatiku masih lagi sangsi tentang fakta yang aku dan lelaki itu bergelar suami isteri. Bukan aku tidak percayakan mama tetapi aku mahu menyiasat sendiri sejauh mana benarnya kata-kata mama tadi. Kata mama, kami saling mencintai. Baiklah, akan aku siasat berapa dalamnya paras cinta lelaki itu terhadapku nanti. 


“Mama turunlah dulu yea..kejap lagi Fina turun..” Aku berkata begitu kepada mama sebaik sahaja pelukan dileraikan. Mama nampaknya berpuas hati mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibirku sebentar tadi.
“Okay sayang!” Ujarnya dengan gembira. Siapa yang tidak mahu membuatkan ibu bapanya senang hati, kan? Tiba-tiba sahaja wajah lelaki itu berada di dalam fikiranku. Sinis benar pandangan yang diberikannya membuatkan aku tiba-tiba sahaja berasa tidak puas hati. 
 
Ah, aku benar-benar melalut tadi. Bukan berapa dalam paras cintanya yang harus aku ukur sekejap lagi tetapi, mungkin aku patut menyiasat apa yang telah aku lakukan kepadanya dahulu sehinggakan dia asyik memandangku begitu. Setiap kali melihat matanya itu, setiap kali itulah aku rasa seperti ingin korek anak matanya. Biar lelaki itu buta. Begitu sekalilah rasa geram aku kepadanya Dengan malas aku melangkah ke arah katil. Gaun labuh yang terdampar kucapai dengan berat hati. Aduhai, biar betul lelaki macam itu bergelar suami aku?!

***