**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Sunday, 24 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 16]


Bab 16

"Maya..

"Don't ever leave me..because.."

"I can't breath without you around."

Ah, parah!

3 jam aku di sini, entah berapa juta kali rintihan hiba Danial Lee di dalam kereta tadi terngiang-ngiang di telinga. Linangan air mata seorang lelaki yang sangat tegas personalitinya dan nampak gagah fizikalnya tadi benar-benar membuatkan aku tidak dapat berfikir dengan waras saat ini.  

Aku meraupkan wajah sambil menghela nafas berat. Tubuh kuregangkan sedikit. Letihnya. Maklumlah, sudah tiga jam aku berada di lobi hospital ini. Semuanya kerana aku ingin memastikan keadaan lelaki itu.  

"Cik Bella? Masih di sini?" Aku terus mendongakkan wajah. Pemandu Danial Lee rupanya. Bagai spring aku bangun berdiri.

"Yes..I'm still here, encik..err.." Kata-kataku terhenti di situ sahaja. Tidak pula kutahu apa nama lelaki ini. 

"Mohd Hakimi. Panggil je Abang Kimi." Ujar lelaki hitam manis ini bersama senyuman.

"Abang Kimi..bagaimana keadaan Danial?" Soalku dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Sir Danial sudah semakin stabil. Dia ada di VVIP suite, Room A-1, tingkat 8. Kata doktor, dia mengalami  kejutan anafilaksis, iaitu reaksi alahan yang teruk dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan cepat. Mujurlah keadaannya tidak serius." Lancar jawapannya. Macam doktor pulak. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

"Owh.." Anafilaksis? Apahal pelik sangat bunyi penyakit tu? Tergeliat lidah nak menyebutnya nanti. Otak cuba mengingati jenis penyakit itu dan juga nombor biliknya.

"Nasib baik kita cepat bawak dia ke sini tadi." Ujar Abang Kimi yang kulihat tengah kalut mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar denim hitamnya. 

Berkerut sedikit kulihat wajah lelaki ini sebaik sahaja matanya dilemparkan ke arah skrin telefon bimbit itu.

"Thanks to you..Abang Kimi pandu kereta tadi, sebijik macam pemandu formula one..macam Kimi Raikkonen! Nama pun sama." Aku ketawa kecil ketika ini. Ringan sedikit rasa kepala apabila dapat berbual saat ini.

"Oh memang! Dia tu kembar lain mak, lain bapak dengan Abang Kimi." Selorohnya. Kami sama-sama ketawa kecil.

"Erm Cik Bella.." 

Aku terus pandang wajah Abang Kimi.  

"Cik Bella kenal tak dengan arwah.." Belum sempat dia menghabiskan ayat, aku terus menjawab.

"Arwah Sumayya tu  Kak Ngah saya." Bersama keluhan aku menuturkan ayat itu. Abang Kimi kulihat terus menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Patutlah..ada iras. Hampir sama" Ujarnya. Kelu seketika lidahku.

Mata Abang Kimi kulihat berlari ke serata wajah membuatkan aku tidak selesa. Nampaknya, Abang Kimi juga mengenali arwah Kak Ngah. Belum sempat aku bersuara, dia membuka mulut.

"Okay la Cik Bella. Abang Kimi ada tugasan lain lagi ni nak selesaikan." Ujarnya dengan tenang namun dapat kulihat dengan jelas gerak-gerinya yang sedikit kalut itu. Seperti hendak mengejar sesuatu. 

"Okay.." Aku mengangguk kecil. 

"Assalamualaikum." Ujarnya yang kemudian kulihat terus melangkah pergi.

"Waalaikumussalam.." Jawabku dengan perlahan. Mataku hanya menghantar langkah kaki Abang Kimi dengan pandangan pelik. 

Tiba-tiba sahaja aku teringatkan sesuatu.

Alamak!

Dahi kutepuk dengan lembut. Terus sahaja aku mengejar langkah Abang Kimi yang sudah semakin menjauh. Tidak kupedulikan lagi keadaan ruang lobi yang sedikit sibuk ini. Lupa pula hendak kutanyakan padanya tadi soalan yang paling penting itu. Danial Lee alergi terhadap apa? 

Namun langkah kaki yang laju mengejar tadi, kini terhenti seketika. Aku mengerutkan dahi apabila ternampak kelibat seorang perempuan yang sedang melangkah ke arah Abang Kimi. Mata kufokuskan ke arah perempuan yang anggun dengan suit berwarna coklat di badan. Blouse dan seluar panjang itu nampak terletak elok di tubuhnya.




Siapa sebenarnya perempuan yang berumur di dalam lingkungan 50-an ini? Dia adalah perempuan yang duduk bersebelahan denganku di atas pesawat tempohari. Aku juga pernah nampak kelibatnya di lapangan terbang ketika mengambil umi, Pakcik Dani, Pak Su dan Mak Su balik daripada mengerjakan umrah hari tu. Apa pula hubungannya dengan Abang Kimi? Bolehkah dia berbahasa melayu? Ah pening! 

Abang Kimi dan makcik itu kulihat berbual seketika dan kemudian mereka sama-sama melangkah ke arah kanan bangunan dan seterusnya kelibat mereka hilang dari pandangan mataku. Aku pulak seperti orang bodoh berdiri di sini bersama sejuta tanda tanya.

Arghh! Takde kena mengena pun dengan kau Bella. Lantaklah kalau makcik tu teman wanita Abang Kimi sekalipun. Apa kau peduli! Sudah-sudahlah menambah kusut di dalam otak. Akhirnya aku melangkah kembali dengan longlai ke arah sofa.

"Anafilaksis??" 

Terpacul perkataan itu dari bibir sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas sofa. Sumpah ini kali pertama aku mendengar tentang penyakit itu. Bersama wajah yang pelik, jemariku lincah menaip di skrin telefon bimbit. 

Dahi kukerutkan untuk seketika. Tidak pernah  pula kutahu alergi boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas dan mampu membawa maut. Fokusku hanya pada skrin telefon bimbit di hadapan mata saat ini. 

Benarlah kata orang, di zaman serba moden ini, semua maklumat hanyalah di hujung jari sahaja. Aku terus membuka sebuah laman sesawang yang menerangkan tentang anafilaksis. 

"Anafilaksis adalah reaksi alahan yang sangat teruk, pantas dan berlaku apabila seseorang itu terdedah pada bahan yang menyebabkan alahan, iaitu alergen." Aku membaca dengan perlahan-lahan.

"Apabila alergen memasuki salur darah, tubuh mengeluarkan bahan kimia untuk melindungi diri. Bahan kimia ini boleh menyebabkan simptom bahaya seperti kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, terjadinya kelopak garam atau dipanggil gelegata di seluruh badan dan muka."


Kesukaran bernafas? Tanda-tanda itu memang ada pada Danial Lee tadi. Dengan penuh minat aku menyambung bacaan.

"Tindak balas anfilaksis juga boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Ada yang mengalami anafilaksis setelah disengat serangga seperti lebah dan semut api. Ada pula yang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan yang mereka alah. Selalunya, makanan yang dikaitkan dengan alahan adalah makanan laut, kekacang, gandum, susu dan telur."

Makanan laut????! Ah, sudah! Terus sahaja aku mencampakkan telefon bimbit ke atas riba. Jantung mulalah berubah rentaknya. Daripada laju sedikit degupannya kepada detakan yang maha hebat. Rintik-rintik halus membasahi dahi saat ini. Terasa sejuk hujung jari. Bagaimana kalau kimchi yang aku buat tu benar-benar menyebabkan Danial Lee alergi? 

Gulp!


Mampus aku!!Kedua-dua belah tangan terus meraupkan wajah. Aku cuba untuk mengatur nafas dengan sebaik-baiknya tetapi aku gagal. Semakin memulas-mulas perutku saat ini. Relaks Bella, relaks! Entah-entah dia tak sempat pun makan kimchi yang kau buat tu. Entah-entah dia alah makanan lain. Lagipun, elok je dia makan ketam kat rumah Kak Long hari tu.


Ha! Aku terus memetik jari. Betullah, dia tak alah pada ketam pun. Takkanlah ikan bilis atau udang yang aku masukkan ke dalam kimchi itu menyebabkannya terkena alergi yang serius pula?! Bersama segaris senyuman lega aku menepuk lembut bahagian dahi. Kau ni bikin kecoh lah Bella. Marahku pada diri sendiri.


Terus sahaja aku meregangkan badan bersama degupan jantung yang sudah pun kembali normal dalam sekelip mata. Sempat lagi aku tersenyum ke arah dua orang kanak-kanak comel yang sedang duduk di atas sofa yang berhadapan denganku. 

Mata kini kuliarkan ke kawasan sekitar. Selesa betul lobi hospital ini. Rekaannya pun agak mewah. Maklumlah, orang yang datang ke sini bukan sekadar untuk berubat sahaja. Mereka juga membayar untuk keselesaan, kemewahan dan kemudahan yang disediakan. Mesti mahal ni! 


Dengan pantas aku mencapai semula telefon bimbit yang terdampar di atas riba. Apa agaknya bahan yang menyebabkan Danial jadi begitu? Terus sahaja aku menyambung bacaan.

"Anafilaksis boleh dirawat jika pesakit cepat dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran. Ada pelbagai jenis ubat yang boleh menyembuhkan anafilaksis selain steroid."

Phew...lega! Nasib baiklah anafilaksis ni tidak sekronik penyakit ebola atau HIV, yang masih belum mempunyai vaksin atau ubat yang spesifik. Nafas kutarik dalam-dalam ketika ini.


"Selepas rawatan, pesakit akan kembali normal sepantas anafilaksis menyerang. Pesakit kadangkala mengambil masa selama beberapa jam sahaja untuk sembuh dan ada juga terpaksa ditahan di hospital untuk tempoh beberapa hari, bergantung kepada tindak balas tubuh terhadap ubat yang diberikan."

Harapnya cepatlah lelaki itu sembuh. Buat masa sekarang, aku hanya mampu berdoa semoga tubuh lelaki itu terus memberikan tindak balas yang positif terhadap ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

Telefon bimbit terus kumasukkan ke dalam beg tangan. Kemudian, mataku berlari ke arah jam yang melekat pada lengan kananku. Isk, mana Kak Long ni?! Pandangan kulemparkan di sekitar kawasan lobi hospital. Pasti bertambah kelam-kabut Kak Long yang sememangnya sedia ada kalut tu apabila tahu  tentang insiden ini nanti.  Kak Long..Kak Long!

Mata yang sedang memandang kosong ke hadapan kini bagai hendak terjojol keluar. Terkejut punya fasal, dengan pantas aku bangun berdiri. Mata kukecilkan sedikit. Telefon bimbit pula kusumbatkan ke dalam poket skirt. Bagai nampak hantu, kelam-kabut kakiku berlari dengan pantas untuk bersembunyi di sebalik dinding. Dengan perlahan-lahan aku menjengukkan kepala. 

Betullah! Lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam hopital ini adalah Pakcik Dani! Diam-diam aku berasa sangat takut dan sedikit cemas. Bagaimana kalau dia dapat tahu yang aku adalah orang terakhir yang ada bersama Danial Lee sebelum insiden itu tadi? Ah, serabutnya! Bagai perempuan tak betul, kedua-dua belah tangan menggaru bahagian kepala saat ini.

"Hi beautiful!" 

Dengan pantas aku menoleh ke belakang.


"Bella tak salah, pakcik!" Bersama rasa terkejut yang menggunung aku mengucapkan ayat yang bermain di dalam fikiran. 

Pffftt!! 


Ya Allah! Lelaki ini rupanya. Terkekeh-kekeh aku lihat dia ketawa. Terus sahaja aku menghembuskan nafas berat sambil bersandar pada dinding. Tangan kulurutkan di dada untuk beberapa kali. Gigi kuketap dengan geram dan aku menjeling tajam ke arah lelaki yang sedang tersenyum kacak di hadapanku.


"Sorry if I gave u a fright!" Ujar lelaki yang segak dengan kemeja biru muda di badan ini bersama senyuman yang semakin melebar. 


"Amar! You scared the hell out of me!" Dengan geram aku memarahinya. Shawl di kepala yang senget benget sempat lagi kubetulkan. 


"I'm sorry, beautiful." 


Aku terus menjulingkan mata ke atas. Kedengaran tawa halus terbit dari bibir lelaki di hadapanku ini.


"Nama saya Bella. B.E.L.L.A. bukan beautiful!" Dengan tegas aku bersuara. Lelaki yang bermulut manis memang tak boleh dipercayai.


Err, bagaimana pula dengan lelaki yang bermulut longkang macam si Danial tu? Seperti ada suara yang bertanyakan soalan itu kepadaku saat ini. 


"Do you know that Bella means beautiful in Spanish?" 


Sudah berjuta kali orang memberitahuku tentang perkara ini. Memang Bella maknanya cantik di dalam bahasa sepanyol. Manakala Linda juga membawa makna yang sama tetapi di dalam bahasa portugis. 


"I guess so." Dengan malas aku bersuara. 


Sesungguhnya aku memang tidak ada mood sekarang. Aku hanya mahu pulang. Mana Kak Long ni? Mata kuliarkan ke sekitar kawasan lobi ini.


"Well, what are you doing here?" Soal Amar kemudiannya.

"Err..visiting friend." Teragak-agak aku menipunya.

"Oh...same here." Angguk Amar.

"Awak tahu tak Danial kene admit sebab alahan teruk? But I heard dia dah stabil." Ujar Amar. Terus sahaja aku berpura-pura terkejut. 


"Oh really?" Naik satu oktaf nada suaraku. Mata kujegilkan dan tangan kanan menutup mulut. Erk..tak over sangat ke lakonan kau ni Bella? 


Amar buat muka pelik. Sah la aku dah ter'over reaction'.


"By the way, dia memang ada alergi terhadap apa-apa ke sebelum ni?" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu.


"Well..not that I know of." Jawabnya sambil menjungkitkan bahu.


"Urm..seafood maybe!" Ujarnya dengan tiba-tiba. Mulalah jantungku bergendang kuat.


"Tapi elok je dia makan ketam hari tu.." Sampukku. Wajah Amar terus berubah riak. 


"You went out with him?" Soalan itu memang mudah tetapi nada suaranya sedikit serius.


"Mana ada!" Jawabku dengan kalut. Isk! Tak hingin aku keluar dengan si samseng tu.


"Well, Cik Bella, kalau bukan ketam..what about shrimps, prawns or mussels, maybe?" Soal Amar.


"Shrimps? Prawns?" Gumamku dengan sangat perlahan. Pantas Amar mengangukkan kepalanya.


"Yes. Do you know that shrimp is the leading culprit of seafood allergy in the Unites States?" Kata-kata Amar mampu membuatkan aku kusut. 


Gulp! Air liur yang kutelan terasa sangat kelat. 



"Do you know that it is possible to have allergies to one specific thing like shrimp and yet be able to tolerate other seafood?" Soalnya lagi. Aku terus sahaja menggeleng laju-laju. Manalah aku tahu sangat fasal alergi semua ni

"Maksudnya, tak semestinya kalau Danial alah kepada udang, dia juga harus alah kepada ketam dan makanan laut lain. Tak semestinya, Bella." Mendengar sahaja kata-kata Amar, aku sudah kembali rungsing.

"Astaghfirullahalazim.." Tidak dapat ditahan lagi, aku terus beristighfar.

Dalam kimchi yang aku buat tu, memang ada udang. Kalau kimchilah penyebabnya, habislah aku! Namun bukan itu yang aku kisahkan. Aku cuma takut Kak Long mendapat susah. :( Terus sahaja aku menyandarkan badan pada dinding. Kedua-dua belah tangan menutup wajah untuk seketika.

"Are you okay, Bella?" 


Tangan yang tadinya menutup wajah kuleraikan. Dengan perlahan aku mendongakkan kepala ke arah Amar. Ada riak risau di wajah lelaki itu.


"You look so pale. Are you okay?" Soalnya dengan sangat lembut namun tidak mampu untuk menenangkan hatiku.

"Y..yes..of..of course I'm okay!" Aku cuba juga bersuara.

"Are you sure?" Soalnya sambil mengerutkan wajah. 


Anak matanya berlari ke seluruh wajahku. Apabila mata kami bertentangan, dapat kurasa dia pandang aku lain macam saat ini. Terus sahaja aku larikan anak mata ke arah lain. 


"You look so much like Maya. Do you know that you remind him of Maya a lot?" 


Kalau dulu aku tidak terkesan langsung dengan kata-kata itu namun sekarang, aku semakin tidak selesa. Bukan kerana aku bencikan arwah Kak Ngah. Sumpah tidak! Tapi, aku tidak selesa kerana wajah  yang sama dengan arwah Kak Ngah ini ada kaitannya dengan kisah silam Danial Lee.


Dengan perlahan-lahan aku mendongakkan wajah ke arah Amar yang masih memandang ke arahku.


"Amar, I have to go. See you when I see you." Dengan lemah aku mengucapkan ayat itu. Tanpa berlengah, aku terus melangkah bersama jiwa yang serabut.


"Bella.." Dapat kudengar suara Amar di belakang. Kepala kutoleh untuk seketika. 


"Bye!" Ujarku bersama senyuman tawar di bibir sebelum melangkah dengan laju menjauhi lelaki itu.


***


Dari sini dapat kulihat Kak Long sedang melangkah ke mari. Anggun dan bergaya gadis yang memegang jawatan sebagai pegawai perakaunan  ini. Hati yang risau kini tenang sedikit apabila nampak kelibat Kak Long. 


"Bella..sorry tak dapat datang masa Bella call Kak Long tadi. Kak Long ada meeting. Sekarang baru free." Ujar Kak Long bersama senyuman manja yang sentiasa manis. Terus sahaja dia mengambil tempat di sebelahku. Aku pula menarik nafas dalam-dalam. Tangan Kak Long kugenggam erat.


"Kak Long..habislah kita Kak Long..!" Kepala kugelengkan seraya berkata begitu. Kak Long buat muka pelik.


"Kenapa ni? Cuba bawak-bawak bertenang." Dengan selamba dia berkata begitu.  


"Kak Long tahu tak.." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat Kak Long terus memetik ibu jari dan kemudian dia bersuara.


"Bella, sebelum terlupa, Kak Long nak ucapkan tahniah untuk Bella." Ujarnya. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa nak tahniahkan aku pulak ni? 


"Tahu tak, semua orang puji kimchi Bella tadi. Sampaikan tetamu VVIP yang datang dari Korea Selatan pun suka sangat dengan kimchi yang Bella buat tu. Kak Long dapat cerita ini daripada pegawai-pegawai senior. Bangga betullah Kak Long dengan Bella." Kak Long nampaknya sangat gembira saat ini. Berseri-seri wajahnya membuka cerita. 


Pujian dan berita ini sepatutnya menggembirakan hati aku juga tetapi aku tidak mampu untuk tersenyum saat ini. Kedua-dua belah tangan meraup wajah. 


"By the way, kenapa Bella nak jumpa Kak Long kat sini? Bella cakap urgent kan tadi? Bella buat apa kat hospital ni? Ziarah kawan ke?" Soal Kak Long selepas dilihatnya aku diam sahaja.


"Kak Long! Kak Long, Kak Long..dengar sini. Kita ada masalah besar!" Dengan serius aku bersuara.


"Kenapa ni Bella?" Berkerut seribu wajahnya.


"Kak Long tahu tak yang big boss Kak Long ada kat dalam ward sekarang?" Soalku kepada Kak Long. Kak Long pula,apa lagi, terkejut beruklah jadinya!


"Hah?! Eh, bukan dia ada je kat dalam ballroom tadi?" Soalan Kak Long membuatkan aku terdiam seketika.


"Betullah Kak Long tak dengar lagi berita ni?" Soalku sambil membetulkan tudung.


"Manalah Kak Long tahu. Lepas aje Bella sms Kak Long cakap tak jadi lunch dengan Kak Long, Kak Long terus ajak Mei Lian lunch sama-sama kat cafe depan office tu." Jawabnya. 


"Danial sakit apa?" Soal Kak Long dengan penuh minat.


"Anafilaksis." Jawabku. Lucu betul riak wajah Kak Long saat ini. 


"What?! Apa tu?" Soalnya.


"Alahan teruk. Mungkin dia salah makan." 


Aku lihat Kak Long buat muka blur.


"Danial Lee yang sakit, kenapa Bella cakap kita pulak yang ada masalah? Bukan kau yang sakit, dik." Nada suara Kak Long mulalah naik satu oktaf. Terus sahaja aku memerhati kawasan lobi yang sedikit lengang ketika ini.


"Kak Long. Bella takut kalau kimchi yang Bella buat tu yang menyebabkan alahan!" Jawabku bersama jiwa yang kusut.


"Mengarutlah kau ni dik. Bukan kimchi aje yang dihidangkan tadi." Balas Kak Long. Kepalanya digelengkan sedikit.


"Kak Long, dalam kimchi tu, ada udang tau. Udang memang terkenal dengan sifatnya yang sering menyebabkan alergi kepada ramai orang. Bagaimana kalau kimchi tu penyebabnya? " Soalku bertubi-tubi sehingga membuatkan Kak Long terdiam.


"Kalaulah Bella tahu, Bella memang tak akan masukkan udang dalam tu." Ucapku dengan sangat perlahan.


"Relax la Bella. Stop being a wory wart!" Marah Kak Long yang terus mencapai beg tangan Louis Vuitton Neverfull nya. Kemudian dengan pantas dia bangun berdiri.


"Nanti Kak Long find out dia alergi terhadap apa." Putus Kak Long.


"How are you going to find out, Kak Long?" Seperti orang bodoh aku bertanyakan soalan itu. 


"From his personal assistant. Kat office esok Kak Long tanya."


"Okay." Jawabku pendek. 


Betul juga kata Kak Long. Kenapa aku perlu risau sangat? Padahal aku tidak tahu pun apa yang dimakannya tadi.

"Jom balik!" Ujar Kak Long seraya menarik lengan aku. 


Aku pula hanya menurut sahaja saat ini. Namun belum sempat aku melangkah, mataku bertembung dengan mata Pakcik Dani. Alamak! Tak sempat nak lari!


"Bella and Lina." Tegur Pakcik Dani seraya menguntum senyuman lebar. 


"Pakcik Dani." Hanya Kak Long sahaja yang bersuara dengan ramah saat ini. Entah kenapa pula mulutku terkunci rapat.


Pakcik Dani kulihat menoleh ke arah lelaki india yang berada di sebelahnya.


"It's okay, Ramu. You can wait for me in the car." Ujarnya. Lelaki yang bernama Ramu itu pula terus mengangukkan kepala dan kemudian melangkah menjauhi kami.


"Kamu berdua buat apa di sini?" Soalnya dengan mesra. Sesungguhnya lelaki ini memang seorang yang peramah. 


"Ziarah kawan." Balas Kak Long. Kemudian, Kak Long bersuara lagi.


"Pakcik Dani pula?" Aku hanya mampu memaksa senyuman di bibir sahaja saat ini.


"Baru sahaja melawat Danial..dia mengalami alergi." Mendengar sahaja kata-kata Pakcik Dani,aku dan Kak Long terus mengangukkan kepala. 


"Alergi apa, pakcik?" Soalku dengan pantas. 


"Not sure yet. They have carried out the allergy test. Keputusan ujian akan diketahui sebentar lagi." Jawapan Pakcik Dani nampaknya tidak menjawab pertanyaan yang bermukim di hati aku dan Kak Long.


"Oh begitu.." Ujar Kak Long.

Pakcik Dani kemudiannya tersenyum seketika ke arah kami sebelum bersuara lagi.

"Kebetulan kamu berdua sudah ada di sini, bolehlah melawat Danial." Kata-katanya membuatkan aku terdiam. Kak Long juga tidak bersuara. Alamak..bagaimana ni Kak Long? Ada beran? Bella tak beraniii...


"Jom." Ajakan Pakcik Dani membuatkan lidahku kelu. 


Ikutkan hati ingin sahaja aku buat helah supaya kami tidak perlu melawat lelaki itu namun otakku buntu. Aku tidak dapat berfikir saat ini. Terus sahaja Kak Long menoleh ke arahku.


"Jom Bella. Boleh kan lawat Danial sekejap?" Daripada riak wajahnya, aku tahu dia juga terpaksa ketika ini. 

"Boleh sangat..apa pula tak bolehnya.." Jawabku pula sambil tersenyum sumbing.


Ya ampun..bagaimana agaknya reaksi lelaki itu apabila nampak kelibat aku nanti? Ada resah mengisi ruang dada saat ini namun aku tetap juga memaksa kaki untuk terus melangkah.


***



Seram sejuk tubuhku saat ini. Macam nak ambil exam 'Fluid Mechanics' di dewan peperiksaan dah ni! Subjek yang paling aku kecut perut. Sambil mengekori langkah Pakcik Dani yang berada beberapa langkah di hadapan kami, mataku berlari ke arah rekaan dalaman wad VVIP tingkat 8 ini. Cantiknya. Namun keindahan di sini tidak dapat juga menenangkan jiwaku yang semakin kacau bilau. Sesekali aku menoleh ke arah Kak Long yang monyok. Nampaknya, kami berkongsi rasa yang sama. Terus sahaja aku merapatkan diri pada Kak Long.

"Psstt.." Aku menyiku lengan Kak Long. Kak Long terus sahaja menoleh ke arahku.


"Kak Long, apa kita nak buat ni?" Bisikku dengan sangat perlahan di telinganya. Mata pula kufokuskan pada Pakcik Dani yang berada beberapa langkah di hadapan kami.

"Nak buat apa lagi? Terpaksa la kita ikut, Bella." Kak Long membalas bisikanku. Juga dengan sangat perlahan. Kemudian, dia menjungkitkan kedua-dua belah bahunya bersama wajah yang sangat gelisah.


Tidak mahu Pakcik Dani syak apa-apa, aku terus melajukan langkah dan berjalan beriringan dengan lelaki ini. Mataku terus berlari ke arah nombor-nombor yang terlekat pada pintu. 


Ha, bilik A-1! Pakcik Dani terus menghentikan langkahnya. 


"This is Danial's suite." Ujarnya kepada kami. 


Wajahnya yang selalu tersenyum ini memang amat menenangkan sesiapa sahaja yang memandang. Tak macam anaknya yang garang tu!

"Ooo.." Itu sahaja yang mampu aku ucapkan bersama anggukan kecil. Pakcik Dani kemudiannya terus membukakan pintu. Aku dan Kak Long hanya kaku sahaja memerhati gerak-geri lelaki itu.

"Jemput masuk." Ajak Pakcik Dani setelah dilihatnya kami masih berdiri bagai patung cendana di sini. 

Aku terus menolak lembut badan Kak Long supaya masuk dahulu. Nampak benar riak tidak puas hati pada wajah Kak Long. Maaflah, adikmu ini memang penakut orangnya. Setelah Kak Long masuk ke dalam suite ini, aku juga turut mengekori langkahnya. Tergamam aku untuk seketika. Cantik betul. Di dalam suite ini terdapat ruang tamu yang dihias indah, dapur yang simple dan dua buah bilik. Aku hanya mengekori langkah Pakcik Dani dan Kak Long yang berada beberapa langkah di hadapan sana. Mereka kelihatan masuk ke dalam bilik yang berada di sebelah kananku.

"Danial, you have visitors." Kedengaran suara Pakcik Dani bergema di dalam ruangan ini. 


Takut-takut aku melangkah masuk ke dalam bilik. Danial yang memakai baju hospital berwarna biru muda nampaknya tergamam sedikit melihat kami di sini. Apabila matanya menikam mataku, terus sahaja aku melarikan mata ke arah lain.

"Oh..hi!" Ujar Danial yang  tersenyum sesaat ke arah Kak Long. Aku kenal sangat jenis senyuman tu. Senyum paksa! 


Aik, ini sakit ke tidak ni? Diam-diam aku memerhati keadannya. Memang dia nampak sedikit lemah dari selalu namun sudah cukup sihat berbanding pagi tadi. Dia kulihat selamba sahaja sedang duduk di atas katil sampai bermain PS4! Keadaannya nampak normal cuma merah-merah dan ruam-ruam pada wajahnya masih lagi bersisa. Namun, wajah itu tidaklah bengkak seperti pagi tadi.

Pakcik Dani terus melangkah mendekati lelaki itu manakala aku dan Kak Long masih tercegat di sini. 

"Bella, Lina..come and have a seat here."  

Pulak!! Ajakan Pakcik Dani yang telah pun duduk di hujung katil itu benar-benar menyebabkan aku tidak selesa. Kak Long selamba sahaja melangkah mendekati katil Danial. Dia kemudiannya duduk di atas kerusi yang berada betul-betul di sisi kanan katil. Dengan malas aku melangkah dan mengambil tempat  di sebelah Kak Long. 

"I met  them at the lobby just now." Beritahu Pakcik Dani kepada Danial.

"I see.." Ujar lelaki itu.

"Kami ziarah kawan tadi. Kebetulan jumpa Pakcik Dani kat bawah." Kak Long kulihat bersuara sedikit. 

Belum pun sempat Danial memberikan sebarang reaksi, kedengaran bunyi telefon bimbit menjerit nyaring minta dijawab. Terus sahaja Pakcik Dani menggawangkan telefon bimbit yang berada di tangannya.

"Please excuse me." Ujarnya yang membuatkan ketiga-tiga kami mengangukkan kepala. Pakcik Dani kulihat terus melangkah keluar dari suite ini.


Ah sudah, aku mulalah tak senang duduk. Mata Danial kini menikam tepat anak mataku. Apabila dia menundingkan jari telunjuk tepat ke wajah aku saat ini, aku terus sahaja bangun dari kerusi.

"You!" Ujarnya. Jari telunjuk masih menunding ke arahku. 


"Hmm?" Soalku yang cuba berlagak selamba. 


"What were you doing in the pantry?" Soalnya dengan kasar namun nada suara masih cuba dikawal olehnya. 


"Nothing..I was waiting for Kak Long. Kitorang janji nak lunch sama tadi." Balasku. Kak Long pula terus bersuara.


"Yes, she's right Encik Danial. She was waiting for me in the pantry. Saya yang bersalah sebab saya yang ajak dia datang ke sana." Gadis ini mulalah kalut! Kak Long turut sama bangun dari kerusi saat ini. 

"Bella and Lina.." Kami terus sahaja menoleh ke arah Pakcik Dani yang tiba-tiba muncul di muka pintu.


"Something urgent came up. Pakcik terpaksa pergi sekarang." 


Alamak! Tolonglah jangan pergi pakcik..tolongggg! Suaraku hanya mampu tersekat di kerongkong sahaja.

"Oh..o.okay.." Hanya Kak Long sahaja yang memberikan reaksi. Bersama segaris senyuman, lelaki itu menoleh ke arah anaknya.


"Danial, if you need anything, just let me know." Ujarnya.


"Okay daddy. Don't worry. I'll be just fine here." Balas Danial dengan sopan. 


"Assalamualaikum." Ucap Pakcik Dani sebelum melangkah keluar dari ruangan ini.

"Waalaikumussalam." Kami sama-sama menjawab. Belum pun seminit Pakcik Dani keluar daripada suite ini, Danial terus bersuara.


"I saw both of you.." Tegang kulihat wajahnya. 


"Kau ada bawak something ke dalam pantry kan?" Soalannya membuatkan aku tergamam. 


"Tell me the truth!" Bentaknya. Aku terus menoleh ke arah Kak Long. Siap angkat kening bagai. Macam mana ni Kak Long?? 


"Finee..aku akan suruh security department check cctv kat pantry tu nanti. As simple as that I will get the answer." Mendengar sahaja kata-kata Danial, dadaku mulalah berdegup laju. Aku lihat Kak Long mengambil nafas dalam-dalam ketika ini.


"Encik Danial, sebenarnya saya upah Bella buat kimchi untuk jamuan tadi." Kak Long terus sahaja bersuara.


"What?!" Mata dikecilkannya ketika mendengar kata-kata Kak Long itu. Nyata dia sedikit terkejut.


"Kimchi?" Soalnya kembali. Kak Long terus sahaja mengangukkan kepala.


"Ye..Encik Danial.." Ujar Kak Long. 


"Please leave both of us here. Thank you." 


Kata-kata Danial membuatkan Kak Long terdiam sejenak. Terus sahaja dia menoleh ke arahku. Dengan pantas aku menganggukkan kepala kepada Kak Long. Dalam diam, aku lega kerana dia nampaknya tidak menyalahkan Kak Long. 

"Bella okay. Kak Long tunggu Bella kat luar." Bisikku kepada Kak Long. 

"O..okay.." Ujar gadis itu yang kemudian melangkah keluar dari suite ini. 


"Your kimchi made me sick!" Ucapnya dengan tegas. Bulat matanya memandang ke mari. Alamak, mati aku!


"Do you know that?!" Bentaknya sedikit kasar. Kelu terus lidah aku.


"Apa kau letak kat dalam tu? Entah-entah kau saja je nak racun aku." Kata-katanya menyebabkan aku mengangkat tangan kanan di sisi bahu.


"Sumpah saya takde letak apa-apa. Saya cuma letak udang, ikan bilis.." Siap bersumpah bagai lagi ni. Namun lelaki itu terus membentak.


"Stop it!" 


Kami sama-sama terdiam untuk seketika.

"Aku makan semangkuk penuh kimchi and in  less than 5 minutes, allergy symptom occurred."
Kata-katanya mulalah buat aku berpeluh di dalam ruang yang berhawa dingin ini. Terus keras lidahku. Tak tahu nak bercakap dah ni.

"So, Miss Bella, could you please defend yourself ?" Dah macam kat mahkamah pulak. Sinis betul ayat itu menampar gegendang telingaku.

Bunyi loceng membuatkan lelaki ini terus menoleh ke arah pintu. Aku juga turut sama berbuat demikian. Ada orang datang agaknya. Fuhh selamat aku. Sempat lagi aku mengurut dada tetapi hanya untuk seketika. Apabila mata kami bertentangan aku terus kaku kembali.

"I'm not finished with you yet." Ujarnya dan serentak dengan itu juga aku terdengar bunyi pintu berkeriukan. Kurang seminit, muncul wajah lelaki yang membuatkan mulutku ternganga luas.

"Amar?" Dengan sangat perlahan ayat itu meluncur laju dari bibirku. Lelaki itu juga kelihatan sedikit terkejut melihat aku di sini sebelum dia mengalihkan perhatian kepada Danial.

Amar kelihatan segak bersama kot putih di badan. Tidak seperti selalu, wajahnya nampak serius dan dia juga memakai cermin mata! Amar rupanya adalah seorang doktor.

"Danial." Ucapnya bersama senyuman. 

"Hey man..please come in." Danial bersuara. Lain terus mood nya berbanding tadi. Amar kulihat melangkah laju ke arah Danial dan dia kini berdiri betul-betul di sisi kanan katil.


"Okay..we already have the results for the allergy test." Ujarnya. Aku lihat Danial sedang mendengar dengan penuh minat.


"Oh really?" Soalan Danial itu Amar sambut dengan anggukan pantas.


"Yes.." Ujarnya.


"It's almond. You are allergy to almond!" Dengan yakin dia bersuara.


Kata-kata Amar benar-benar membuatkan kami sama-sama tergamam. Terasa ingin sujud syukur saat ini. Ya Allah, terima kasih! Tidak ada lagi beban yang kutanggung di kepala. Tidak ada lagi resah dan gelisah yang menggganggu jiwa. Hatiku mula bernyanyi riang saat ini.

"Alhamdulillah.." Tanpa sedar aku menyebut perkataan itu dengan senyuman yang paling lebar.


Opps..terkunci kembali mulut apabila mata Danial sedang menjeling tajam ke mari. Amar pula hanya ketawa kecil.

"Why are you so happy, Bella?" Soalnya bersama senyuman manis. Cermin mata di wajah dibetulkan sedikit.

"Sebab ada orang tu asyik salahkan saya tadi. Katanya kimchi yang saya buat adalah penyebab dia terkena alergi. Padahal mana ada saya letak almond pun dalam kimchi!" Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Amar terus sahaja menoleh ke arah Danial.

"Aku kena alergi tu sebaik sahaja selepas makan kimchi. Almond butter cake aku makan sejam sebelum tu.." Sampuk Danial. Isk..isk..masih juga nak salahkan kimchi aku! 

"Danial, simptom alergi tidak semestinya terjadi sebaik sahaja kau makan makanan yang mengandungi alergen. Nope. Sometimes selepas beberapa minit..atau beberapa jam." Terang Amar dengan bersungguh-sungguh. 

Aku juga turut sama memasang telinga. Kalau aku jadi Danial pun, aku akan fikir seperti dia juga. Iyalah, selepas makan kimchi kut dia jadi begitu.

"You mentioned to me earlier yang kau makan almond butter cake and kimchi for today. So, we conducted a few allergy tests. Termasuk seafood allergy test tetapi  memang kau alergi almond." Terang Amar lagi dengan bersungguh-sungguh. Kot putih yang membaluti badannya dibetulkan sedikit.

"But I never had any allergy towards almond before this.." Danial sedikit blur ketika mengucapkan kata-kata itu.

"Alahan boleh berlaku pada bila-bila masa. This time you are just not that lucky. The best thing to do is to avoid almond in you meal. If possible, avoid all tree nuts such as pistachio, cashew, walnuts..nanti aku kasi kau list apa yang patut kau avoid in your meal." Mendengar sahaja kata-kata Amar, Danial terus menghela nafas berat. 


Kecewa agaknya dia dah tak boleh makan almond cake lagi selepas ini. 

"Alright.."Ujar Danial sambil tersenyum ke arah Amar. Amar pula kulihat mengambil nafas dalam-dalam sebelum menjungkitkan bahu.


"Okay..that's all about the test. I will drop by again in the next 2 hours. Kalau takde apa-apa, esok kau boleh keluar dari hospital ni." Ujarnya. Danial terus mengangukkan kepala. 


"Thanks man.." Ucapnya. 


"Don't mention it, bro." Sebaik sahaja berkata begitu, Amar terus menoleh ke arahku. Dia kemudian melangkah ke mari.


"Okay Bella, see you around later." Aku hanya mengangukkan kepala sahaja. 

"See you." Ujarku bersama segaris senyuman. 

Aku dan Danial sama-sama menghantar Amar dengan pandangan sehingga ke muka pintu. Selepas mendengar bunyi keriukan pintu yang menandakan pintu utama sudah ditutup rapat, Danial terus sahaja membuka mulut. 

"You listen here carefully. Kalau kau tak nak your sister kena buang kerja, stop going to the office. Don't show up in front of me..because.." 


"I'm allergy to you."

Tidak ada lagi tengkingan. Tidak ada lagi jerkahan. Tidak ada lagi bentakan. Hanya kata-kata yang sedikit tegas. Dia kemudian meraupkan wajahnya.

"Please stay away from me.." Gumamnya.


 Kali ini lebih bersifat rayuan membuatkan aku kehilangan kata-kata untuk seketika. Dia masih lagi meraupkan wajahnya berulang kali. Aku terus sahaja menarik nafas dalam-dalam.

"Don't worry. You won't be seeing me again after this. I promise." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Tangan yang tadinya berada di wajah kini sudah pun dileraikannya. Tepat matanya memandang ke arahku.


"You better keep your promise." Kening kanannya kulihat terangkat sedikit. Nada suaranya pula naik beberapa oktaf berbanding tadi. Terus sahaja aku mengangguk kepala.


"I will." Ujarku. 


Buat kali terakhir, mataku berlari ke serata wajahnya. Ruam halus yang membuatkan wajahnya sedikit merah tidak langsung menyembunyikan kekacakan lelaki ini. Eh, ke situ pulak Bella. Terus sahaja aku memalingkan wajah dan membelakangi lelaki itu. Kaki terus melangkah menuju ke arah muka pintu. Tiba-tiba sahaja hati memaksa untuk aku berhenti. Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Nyata dia masih melihat ke arahku tetapi mata itu terus dilarikannya ke arah PS4 di atas katil. Dengan pantas dia mencapainya.

"Danial, I know it hurts to let go but sometimes it hurts more to hold on." Ucapku dengan bersungguh-sungguh. Dia kulihat sudah sibuk kembali dengan PS4.


"Letting go does not mean you don't love her, Danial. No.." 

"Arwah Kak Ngah is now in a better place, in syaa Allah. Trust me, Allah has a better plan for you. Saya yakin dia akan tersenyum di sana jika awak jalani hidup awak dengan lebih bersemangat dan gembira di sini."  


"Terima kasih kerana mencintai arwah kakak saya dengan sepenuh hati awak." Ucapku akhirnya. Tanpa kuduga, dia terus mengangkat wajah, memandang ke arahku dengan tajam.


"Get out!" Bentaknya kepadaku.  Terus sahaja aku memalingkan tubuh membelakanginya. Namun, bukan kata-katanya itu membuatkan aku tersentak tetapi air mata yang bergenangan sedikit di ruangan matanya.

Ke aku salah tengok?

"Goodbye" Ucapku sambil melemparkan pandangan ke arah ruang tamu yang berada betul-betul di hadapan mataku.

Tanpa menunggu lebih lama aku terus melangkah keluar daripada suite ini.

Let's not meet again, Danial..because I know your heart bleeds whenever you see me around.

***



Tuesday, 19 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 15]




Gila tak takut? Liar mataku memerhati sekitar kawasan lif. Sengaja aku memilih untuk melangkah ke arah lif yang tersorok ini. Sekurang-kurangnya kalau ditengkingnya aku nanti, tidak ada orang yang dengar. Hah! Itu pun dia!
Perut sudah pun memulas teruk tatkala terpandangkan kelibat lelaki itu yang berada di hujung sana. Bersama wajah yang bengkak dia sedang melangkah ke mari. Mulalah jantungku buat perangai gara-gara terlalu cemas. Sedikit sahaja lagi sudah boleh berhenti berfungsi gara-gara terlalu laju berdegup. Ah, mesti dia akan jerkah aku sekejap lagi. Get ready, Bella! 

Ada peluh halus merintik di dahi saat ini namun aku cuba juga memberanikan diri. Kelam-kabut aku melihat kunci di tangan.  Wajah sudah mula mencemik. Hati sudah semakin berserabut. Kereta apa ni? Manual ke auto? Sebab aku tak pandai pandu kereta manual! Ah sudah! Yakin betul kau yang dia nak benarkan kau pandu keretanya dengan sewenang-wenangnya. Ah, aku bukannya betul-betul nak pandu keretanya. Aku cuma mahu dia mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Dengan membawa lari kuncinya sahaja, dia akan keluar dari pantry itu.

"Are you crazyyy?!!"

Bergema kuat suara Danial di ruangan ini dan dengan automatik tanganku mengurut dada. Tersentak aku jadinya. Tarik nafas Bella..hembus. Tarik lagi..hembus. Bawak-bawak bertenang! Bulat mata lelaki di hadapanku ini menjegil ke arahku.

"Sa..saya bu..bukan nak ba..bawak lari kunci ni betul-betul pun. Saya cu..cuma tak nak awak berlengah. Ke..keadaan a..a.awak semakin teruk. Sa..saya cu..cuma nak awak da..dapatkan b..bbantuan perubatan." Sejak bila aku gagap ni? Bersusah payah aku menuturkan ayat itu  sambil mengundurkan diri ke belakang. 

"Who do you think you are? Kau ingat kau siapa nak sibuk tentang hal aku? Hah???!" Tempiknya dengan kasar. Terkejut punya fasal, kunci keretanya yang berada di dalam genggamanku terus kubaling ke arahnya.

"Nah kunci awak..s..sa..saya tak ada niat nak mencuri pun." Dengan pantas dia menangkap kunci yang kubaling itu.

"Just because I once shared a special relationship with your sister, doesn't mean you can mess around with me like this!" Bentaknya yang menikam tajam mataku. Terpempan aku seketika. Mataku berlari ke seluruh wajahnya yang merah menyala itu. Semakin teruk! Namun aku tidak berani untuk bersuara. 

"You and Sumayya..bagai langit dengan bumi. You are nothing like her..." Sinis sekali ayat itu menghiris telinga. Atas lesen apa dia mahu membandingkan aku dengan arwah Kak Ngah? Semarah mana sekalipun dia, dia tidak ada sebab untuk bandingkan aku dengan arwah! 

"Perempuan gila!" Bentakannya kali ini membuatkan aku geram. Lupa terus lelaki ini perlu mendapatkan rawatan untuk penyakit yang sedang menyerangnya. Hati yang menggelegak membuatkan aku lupa diri sebentar.

Kalau tadi aku menjauhi lelaki ini, tetapi sekarang kakiku melangkah mendekatinya. Ketawa nipis muncul di bibirku apabila mata kami saling bertikaman. 

"Memang..saya dan arwah Kak Ngah bagai langit dengan bumi. Fineee..to you I might be useless and nothing but could you please explain to me, Mr. Danial Lee..kenapa jiwa awak kacau setiap kali berhadapan dengan saya?  Why is that so?" Bentakku dengan sangat geram namun nada suara masih kukawal. Lelaki di hadapanku ini kelihatan mengetap giginya.

Serentak dengan itu juga aku lihat dia tersandar pada dinding. Tangannya kulihat mengurut kawasan dada beberapa kali. Tangan kanannya dikepal rapat sambil memejamkan mata. Aku mulalah menjulingkan mata ke atas.  Marah sampai macam ni sekali? Boleh jadi pelakon ni!

"Isk..isk.." Kepala kugelengkan ke kiri dan ke kanan bersama cebikan di bibir.

"Aik..saya cakap macam tu je awak dah boleh sesak nafas? Drama king jugak ye awak ni?"  Sinis soalan itu kuhamburkan padanya. Namun setelah beberapa saat berlalu, keadaannya masih juga begitu.

Sekejap-kejap tangannya memegang kerongkong dan sekejap lagi mengurut bahagian dadanya yang bidang.

"Danial..kenapa dengan awak ni? Janganlah buat macam ni. Janganlah main-main. Saya takut." Kelam-kabut aku jadinya.

 Apabila dia kulihat sudah mula tercungap-cungap sedikit ketika mengambil nafas, tahulah aku dia tidak main-main. Terus sahaja aku menyerbu ke arahnya yang masih bersandar pada dinding.

"Something is not right, something is not right Bella." Terketar-ketar aku meraupkan wajah. Apa aku nak buat ni?? Kenapa nafasnya tercungap-cungap?  Dia  diserang asma ke ni?

"Tolongggg!" Dengan pantas aku menjerit.

 Ya Allah, apa aku nak buat ni? Dengan tangan yang terketar-ketar ini jugalah aku cuba untuk menyentuh tali lehernya. Debaran rasa cemas bercampur dengan rasa janggal silih berganti saat ini. Walaupun tidak selesa, aku tetap juga melonggarkan tali lehernya.  Mata terus kuliarkan ke kawasan sekitar.

"Tolonggg!" Jeritku lagi. Tidak ada yang dengar ke? Jemari yang masih lagi terketar-ketar kini membuka butang baju lelaki ini. Sumpah, ini kali pertama aku membuka butang baju orang lain! Seorang lelaki pulak tu. Aku hanya mahu memudahkan dia bernafas sahaja. 

"Ya Allah awak boleh  bernafas ke tak ni? Saya tak pandai buat CPR!"
Ada getaran pada nada suaraku. Sikit lagi dah nak menangis. Peluh sejuk membaluti tubuh. Tubuh Danial Lee yang tadinya bersandar pada dinding kini kulihat terduduk di atas lantai.

Cemas bagai nak gila jadinya.  Telefon bimbit yang berada di dalam poket skirt kukeluarkan. Niat di hati ingin menelefon Kak Long. Baru sahaja ingin menelefon Kak Long dan berlari mendapatkan bantuan, mata milik seorang lelaki kulihat sedang memandang ke mari.

"Tolong encik..tolong!!" Terus sahaja aku menjerit. Lelaki itu pula dengan cemas berlari ke mari. Tubuh Danial Lee dipapahnya.

"Astaghfirullahalazim..kenapa ni Sir?" Gumam lelaki yang memanggil Danial Lee dengan panggilan sir ini. Tahulah aku dia mengenali lelaki ini. Kunci yang berada di dalam genggaman Danial dicapainya dan dia terus memandang ke arahku.

"Macam mana boleh jadi begini?"Soalannya yang tegas membuatkan aku ingin menangis.

Takkanlah kerana aku berkasar dengannya tadi dia jadi begini kut? Sampai sesak nafas? Kepala kugeleng dengan pantas.

"Saya tak apa-apakan dia..sumpah! Dia ni alergi makanan tadi. Tapi, tiba-tiba pula  jadi macam ni." Kelam-kabut aku menjawab. 

"Jom kita bawak dia ke hospital." Ujar lelaki berkulit hitam manis ini. Terus sahaja aku mengangukkan kepala.

Punat pada lif kutekan dengan pantas bersama rasa cemas yang tidak berpenghujung.

Bagaimana kalau keadaanya semakin teruk? Apa yang hendak kujawab pada Pakcik Dani? Bagaimana kalau tidak sempat sampai ke hospital? Adakah aku yang akan dipersalahkan kerana aku adalah orang terakhir yang bersama dengannya tadi? Umi..Bella takut. Diam-diam, ada air jernih  mengisi kelopak mata apabila melihat keadaan Danial yang semakin lemah dan dipapah masuk ke dalam lif oleh lelaki yang tidak aku kenali itu.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya. Tolong, Ya Allah.

***

Erghh..semakin cemas aku jadinya! Memulas-mulas urat perut saat ini. Bukan apa, kereta mewah Maserati buatan Itali  yang  dipandu oleh lelaki yang sedang duduk di hadapan itu kini bergerak seperti jet pejuang. Bergoyang-goyang tubuhku yang tidak besar mana ini. Sesekali ke kiri dan sesekali ke kanan. Sudahlah dia berkeras suruh aku duduk bersama Danial Lee di belakang. Memang over pemandu peribadi Danial ni.

Tapi, bagus juga dia bawak seperti di trek formula one, Bella. Tengok, perjalanan yang mengambil masa 15 minit kini jadi 7 minit sahaja. Bisik hatiku. Lega rasanya apabila kereta mewah ini membelok masuk ke dalam kawasan hospital.  Aku menoleh ke arah Danial Lee yang berada di sebelahku. Lemah betul kulihat keadaannya. Wajahnya semakin merah membahang. Aku amat pasti dia alergi terhadap sesuatu namun aku tak tahu pula apa yang menyebabkannya sesak nafas begini. Baru sahaja ingin merenung wajahya dengan lebih lama, dia membuka mata. Kami sama-sama bertentangan mata. Ada air mata berlinangan di pipinya saat ini membuatkan jiwaku sedikit sayu.

"Encik, cepat sikit encik..saya takut..."  Dengan cemas aku berkata begitu. Lelaki yang sedang memandu itu terus memandang ke arahku melalui cermin pandang belakang kereta.

"Kita dah sampai. Kurang 10 minit dari sekarang Sir Danial  akan diberikan rawatan." Ujar lelaki itu dengan penuh yakin. Aku tahu dia ada membuat beberapa panggilan ke hospital swasta ini tadi.

Tanganku yang tiba-tiba digenggam oleh seseorang membuatkan aku terkejut beruk. Terus sahaja aku menundukkan wajah memandang ke arah tangan kanan di atas riba. Tangan sasa milik Danial kini menggenggam dengan kemas tapak tanganku. Jantung yang tadinya berdegup dengan cemas bertambah mereng jadinya. Ada rasa luar biasa menjalar di segenap jiwa bersama rasa cemas yang tidak juga reda. Yang pasti bertambah serabut aku jadinya. Aku cuba untuk melepaskan genggaman tangan namun semakin erat tanganku digenggam. Terus sahaja aku menoleh ke arah Danial yang sedang memandang ke arahku dengan mata yang sangat sembap dan kuyu. Air mata kulihat merembes dengan lebih laju dari tubir matanya saat ini.

"Sumayya..i miss you.."

Ucapnya lemah. Sekali lagi dia kulihat sedikit tercungap-cungap mengambil nafas. Ya Allah, diingatnya aku arwah Kak Ngah. Pilu terasa hati melihat keadaannya ketika ini.

"Can't you see I'm dying here?" Rintihnya pilu. Aku cuba lagi untuk menarik tanganku dari genggamannya namun tidak juga berjaya.

"Danial..mengucap, Danial.." Ujarku bersama suara yang semakin bergetar. Air jernih yang memenuhi tubir mataku menunggu masa sahaja untuk jatuh.

"Please..lend me your hand sayang..just for a little while..because it's too painful, Maya..it's too painful sayang.."

Rayuannya benar-benar menggegarkan jiwa raga. Pilu nada bisikann suaranya menusuk jauh ke dasar jiwa. Aku tahu dia terseksa.Berjujuran air mata berlinangan dari kelopak matanya saat ini.

"It's okay to cry Danial..it's not because you are weak. It is because you have been strong for a long time.."

Tanpa sedar aku membisikkan ayat itu kepadanya. Akhirnya air mataku berlinangan tanpa sebab yang pasti di pipi saat ini.

"You promise me that you will never leave me..but where were you all these while? You had no idea how painful it was for me, sayang.." Semakin dia berbicara, semakin lelah kulihat keadannya. Pandangan kuhalakan ke arah pemandu di hadapan.

"Encik, lama lagi ke?" Dengan cemas aku bersuara.

"Kita dah sampai pun." Ujarnya sambil mengangukkan kepala.  Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus sahaja membuka pintu kereta dan keluar dari kenderaan.

Kelam-kabut aku membuang pandang ke luar tingkap. Benar, kami sudah berada betul-betul di hadapan bangunan hospital. Tanganku yang digenggam dengan semakin erat membuatkan aku menoleh ke arah Danial.

"Maya.." Erangnya sambil menutup mata.

"Don't ever leave me..because.." Air matanya berlinangan dengan semakin deras.

"I can't breath without you around.." Bersusah payah dia menuturkan bait-bait perkataan itu.  Bersama nafas yang tersangkut-sangkut dia merintih hiba.

Apabila nafasnya kulihat semakin teruk tersekat-sekat, aku menjadi semakin gabra. Serentak dengan itu juga pintu kereta dibuka dari luar. Kelihatan beberapa orang atendan hospital dan jururawat sedang meluru ke mari bersama strecther, tabung oksigen serta peralatan lain. Aku hanya mampu melihat dengan sisa air mata di pipi apabila mereka mula memapah Danial Lee dengan penuh cekap dan berhati-hati.

Kak Ngah, Kak Ngah sangat bertuah. Walaupun Kak Ngah dah pun pergi menghadap Ilahi, lelaki itu masih lagi mencintai separuh mati.

***




Sunday, 17 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 13 dan Bab 14]


Bab 13

Ya Allah, sedapnya rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku hari ini. Kembungnya perut menandakan aku sudah terlebih makan tika ini. Mata kini berlari ke arah pinggan yang telah licin. Perghh masakan umi memang sedap. Benarlah kata orang, tidak ada siapa pun yang dapat menandingi air tangan ibu. Pergilah ke restoran yang paling mahal sekalipun tetapi masakan seseorang yang melahirkan dan membesarkan kita juga yang paling dekat di hati. Bukan senang kut nak rasa semua ni. Maklumlah, aku kan menetap jauh di perantauan. 
Seekor lagi ketam kusendukkan ke dalam pinggan. Dengan penuh selera aku menjamah makanan yang tersedia di hadapan mata. 

Kalau bukan kerana lelaki itu, tidaklah perutku terpaksa menunggu selewat ini untuk diisi. Gara-gara rasa tidak selesa dengan bermacam-macam rasa yang terpalit di hati tadi, aku terus sahaja menguncikan diri di dalam bilik sebaik sahaja menyuruh lelaki itu ke dapur. Kau pun satu jugak Bella. Orang lain yang emo, kau pulak yang over! Sempat lagi aku memarahi diri saat ini. 

Bukan apa, aku memang tidak selesa hendak makan bersama Danial tadi. Tambahan pula setelah mendengar luahan rasa dia tu. Kepala kugelengkan sedikit. Pandangan kosong kuhalakan pada lauk-pauk yang terhidang di hadapan mata. Tapi kan, agak tak masuk akal seseorang seperti dia, yang nampak sangat keras hati dan egoistik boleh meluahkan perasaan begitu.  Kunyahan nasi di dalam mulut terhenti seketika kala ini. Wahh..hebatnya arwah Kak Ngah mampu menundukkan seorang lelaki seperti dia. Sebaris senyuman muncul di bibir dan serentak dengan itu juga lenganku ditampar oleh seseorang. 

Aku terus mendongakkan kepala bersama mulut yang masih penuh dengan makanan. Umi nampaknya sedang menjegil ke mari. Terus sahaja aku mencapai gelas berisi air oren di atas meja dan kuteguk sedikit. 

"Kamu ni memang peliklah Bella. Tadi masa orang tengah makan, kamu berkurung kat atas tu. Bila Kak Long panggilkan, kamu cakap kamu pening kepala. Tapi, belum sampai 5 minit dorang tu balik, kamu dah tercongok kat dapur ni. Bukan main selera pulak tu menjamah makanan. "

Aku tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kata-kata umi itu. Alamak, umi dah mula membebel.  Mana tidaknya, pinggan nasi berisi seekor ketam yang sempat kusenduk tadi kutinggalkan begitu sahaja dan kemudian aku berkurung di dalam bilik. 

"Sakit kepala kamu dah hilang agaknya." Perli umi setelah dilihatnya aku diam tak berkutik.

"Memanglah tadi Bella pening kepala. Tapi sekarang dah okay." Sempat lagi aku mempamirkan sengihan kepada umi.

"Ada-ada aje kamu ni. Yang Kak Long kamu tu pulak umi lihat macam ada masalah aje. Dari tadi sepatah umi tanya, sepatah aje jawapannya. Kalau selalu tu, bukan main riuh lagi mulutnya tu bercerita itu dan ini." 

Umi sudah mula mengadu tentang Kak Long. Bukankah orang yang paling banyak cakap itu akan jadi sangat pendiam apabila jiwanya kacau? Semuanya kerana umi nak kahwin lagi.

"Eh ye ke? Bella tengok Kak Long tu okay je. Umi jangan risaulah." Jawabku. Tidak mahu umi risau. Sememangnya semenjak tadi Kak Long kulihat muncung aje. Mulutnya yang selalu riuh tu dah bisu agaknya.

"Umi kenal anak-anak umi. Dua-dua pelik semacam hari ini. Tak tahu apa masalah dengan  kamu berdua ni." Ada keluhan halus keluar dari bibir wanita yang bersanggul kemas ini. Terus sahaja aku memandang wajah umi yang sedikit sugul. 

"Mana ada masalah umi..cuma.." Mulalah aku mencari alasan.

"Ehemm..cuma Bella kurang selesa dan malu sedikit dengan Pakcik Dani dan Danial. Maklumlah, baru kenal kan." Akhirnya, ayat itu yang terpaksa kuucapkan. 

 Umi kulihat ketawa kecil. Wajahnya yang sedikit sugul kini ceria kembali.

"Oh..jadi sebab itulah kamu berkurung kat atas tu tadi?" Tanya umi bersama senyuman yang masih bersisa.

"Ye..ye umi."

Adus..memang betul..aku masih tidak selesa dan sedikit malu dengan mereka. Cuma alasan itu bukanlah penyebab utama aku berkurung di atas tadi. Tapi, takkanlah aku nak beritahu cerita sebenar pulak. Tentang luahan rasa Danial dan bagaimana aku juga turut sama terbabit. Huh..memang tak lah!

"Umi ingatkan sebab apalah tadi. Kalau macam tu, lega sikitlah hati umi. Bella, malu tu memang sifat orang perempuan. Malu itu sebahagian daripada iman tau. Umi mahu anak-anak umi jadikan sifat malu sebagai perisai daripada melakukan maksiat. Tapi, jangan pula nak malu tak bertempat..malu bertanya tentang ilmu jika kamu tidak tahu, malu nak tanya tentang ibadat yang kamu tak pasti..itu malu yang dicela." Panjang lebar umi berbicara dan dengan tekun juga aku mendengar. Ilmu ni..ilmu! Kepala kuanggukkan beberapa kali.

"Umi tak salahkan kamu sebab mereka tu pun bukan mahram kamu. Baru kenal pulak tu." Sambung umi lagi. Aku pula hanya mampu tersenyum tawar. Di dalam kepala mulalah merangka ayat saat ini. Aku bertekad ingin bertanya tentang hubungan Kak Ngah dan Danial.

"Umi..Bella nak tanya sikit, boleh?" Soalku teragak-agak. Namun belum sempat umi menjawab, Kak Long yang tadinya memencilkan diri kini muncul di ruangan ini. Kerusi di sebelahku ditariknya dan kini kami berdua duduk berhadapan dengan umi.

"Lina pun ada benda nak tanya.." 

Adus..Kak Long ni..potonggg betullah! Masa aku nak korek cerita jugaklah dia nak menyibuk sama.

"Pulak dah.." Bersama wajah yang pelik umi menuturkan ayat itu. 

Kak Long terus sahaja menoleh ke arahku.

"Bella, biar Kak Long yang cakap tentang perkara ni." Tegas sahaja arahan tersebut keluar dari mulutnya. Berkerut jadinya wajahku. 

"Ha?" Soalku sedikit pelik. Dia ni, konfiden habis soalan yang kami hendak tanyakan ini adalah soalan yang sama! Kak Long..Kak Long..ada yang aku cekik jugak budak ni.

"Umi..Lina cuma nak tahu, betul atau tidak umi nak kahwin lagi?"

 Bingo! Sudah kuagak Kak Long akan bertanyakan soalan itu. Gadis yang bertocang satu ini memasamkan wajahnya. Bulat mata umi menjegil ke mari. Oppss..ini bukanlah petanda yang baik.

"Kau dah gila ke Long?" Jerkah umi dengan tiba-tiba. Aku tahu umi terlepas cakap. Mungkin dia tidak menyangka yang Kak Long akan bertanya soalan seperti itu. Dadanya diuurut lembut saat ini.

"Astaghfirullahalazim...." Ujarnya sambil memejamkan mata. Kak Long pula terus bangun dan melangkah ke arah umi. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah wanita itu.

"Umi memang tak ada rancangan untuk kahwin  lagi ye?" Soal Kak Long yang kulihat semakin kusut wajahnya.

"Kenapa dengan korang berdua ni?!  Dah kena sampuk dengan jembalang mana agaknya." Marah umi. Baik aku cabut. Terus sahaja aku bangun bersama pinggan di tangan. Laju-laju aku melangkah ke arah sinki. Dari gaya umi bercakap tu, nampaknya Pakcik Dani akan kecewa. 

"Mati-mati Lina dan Bella ingatkan umi akan terima Pakcik Dani.." Ujar Kak Long dengan sangat perlahan. Ada nada bersalah dapat kukesan pada nada suara Kak Long. Aku pula hanya mendiamkan diri sahaja sambil membasuh pinggan.

"Kamu jangan nak mengarutlah Lina. Kalau umi nak kahwin, dulu lagi umi dah kahwin. Tak payah tunggu tua bangka begini." Balas umi. Setelah selesai membasuh pinggan, aku mengelap tangan dan melangkah semula ke arah meja makan. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi tadi semula.

"Ma..maaf umi..kami ingatkan umi sedang mempertimbangkan Pakcik Dani sebagai suami baru umi." Aku yang tadinya mendiamkan diri bersuara dengan teragak-agak. Umi menepuk meja dengan perlahan.

"Cukup! Jangan nak mengarut. Hanya arwah ayah aje satu-satunya suami umi dan kenyataan itu tak mungkin berubah sampai bila-bila." 

Amboi, bukan main gembira Kak Long saat ini. Terus sahaja umi dipeluknya dengan mesra.

"Alhamdulillah syukur Ya Allah..Lina tahu umi tak akan kahwin lagi. Lina sayang umi." Luahnya sambil memberikan kucupan di pipi kanan umi. Seronok betul dia. 

Tiba-tiba pula rasa nak menyakat gadis itu.

"Bella pula tak kisah kalau umi nak kahwin lagi. Pakcik Dani tu okay apa..boleh dikira handsome jugakla untuk kategori warga emas." Sengaja aku bersuara dengan sedikit serius. Niat di hati ingin menyakat Kak Long tetapi umi pula yang menjegil ke mari.

"Kamu jangan nak mengarut Bella. Nanti kamu yang umi kahwinkan. Baru tahu." Balas umi, mampu untuk meledakkan ketawa di bibirku. 

"Betul umi..kahwinkan aje dia. Sibuk benar nak suruh umi kahwin." Tokok Kak Long pula sambil menjeling ke arahku.

"Apa pulak Bella..Kak Long lah dulu.." Bersama sisa tawa aku meluahkan ayat itu.

"Bella..jodoh ni tak kira tua atau muda. Kalau takdir Allah Bella yang kahwin dulu sebelum Kak Long, maka Bella lah yang akan kahwin dulu. Kan umi?" Kak Long bersuara. Terus sahaja umi mengangukkan kepala.

"Betul tu Bella. Siapa kita nak lawan takdir Allah?" 

Entah kenapa aku sedikit terkesan dengan kata-kata Kak Long dan umi. Aku memang tidak akan melawan takdir Allah tetapi aku tetap berpendapat yang soal jodoh masih terlalu awal untuk aku fikirkan. Satu kes sudah terjawab. Sekarang otakku ligat mencari ayat untuk membuka cerita tentang arwah Kak Ngah.

"Kalau arwah Kak Ngah ada, mesti dia yang akan kahwin dulu..kan umi?"  Soalanku dijawab oleh keluhan halus oleh umi.

"Mungkin.." Akhirnya dia bersuara. Pandangan kosong dihalakan ke arahku.Aku tahu umi rindukan arwah Kak Ngah.

"Ermm..sejauh mana seriusnya hubungan arwah dengan Danial tu umi? Boleh pakai ke lelaki tu? Nampak macam.." Belum sempat aku menghabiskan ayat, umi terus memotong.

"Nampak macam?" Serius benar wajahnya membuatkan aku gerun.

"Garang. Serius semacam." Perlahan betul nada suaraku. Takut punya fasal.

"Bella..Bella.." Kepala umi geleng ke kiri dan ke kanan. 

"Jangan suka menilai orang melalui luaran, Bella. Kamu belum kenal dia. Danial tu bertanggung jawab orangnya.  Solat, hormatkan orang tua..sudahlah tu kuat bekerja pula. Cuma, jodoh dia tak ada dengan arwah Kak Ngah..tak sempat umi nak kenalkan Danial dengan kamu berdua masa tu." Ada kesedihan dapat kukesan dalam nada suara umi di akhir ayatnya. 

Kenapa aku tidak nampak langsung aura positif di dalam diri lelaki itu? Kuat bekerja. Itu aje yang betul. 

"Bagaimanalah Lina tak pernah tahu Danial tu adalah bakal tunang arwah Kak Ngah?" Soalan Kak Long menghentikan lamunanku. Bakal tunang? Uishh..nampaknya hubungan Danial dan arwah Kak Ngah memang serius.

"Sebulan sebelum bertunang, setahun sebelum berkahwin, Sumayya dijemput Ilahi..selepas itu Danial membawa hati dan tidak pernah kembali  ke Malaysia..sehinggalah baru-baru ini. Itu pun selepas dipujuk beberapa kali oleh Pakcik Dani."
Jawab umi.  Jauh dia merenung ke arah dinding di hadapannya.

"Bagaimana arwah Kak Ngah bertemu dengan Danial?" Soal aku pula.

"Mereka bertemu ketika di Swiss dulu. Arwah Kak Ngah kan belajar di sana." 

"Ooo.."  Terus sahaja aku mengangukkan kepala.

Sukar nak percaya lelaki seperti Danial, yang kaya raya dan nampak sombong itu memilih arwah Kak Ngah. Maksud aku..dia tak peduli langsung tentang latar belakang arwah Kak Ngah yang berasal dari keluarga yang biasa sangat ni. Susah betul nak kutelan fakta tu. 

"Danial itu lelaki yang baik. Sebaik sahaja berkenan dengan Sumayya, dia dan ayahnya terbang ke Malaysia dan  terus sahaja datang  ke teratak buruk kita di kampung tu untuk berjumpa umi, Pak Su dan Mak Su. Masa itulah kami bertemu semula dengan Pakcik Dani. Sahabat yang sudah lama terpisah. Memang pertemuan yang tidak disangka-sangka." Ujar umi. Memang istimewa hubungan mereka. Takdir Allah, arwah Kak Ngah dan Danial menemukan kembali sahabat-sahabat karib ini semula.

"Mesti umi terkejutkan apabila Pakcik Dani datang ke rumah?" Soalku.
 Kak Long kulihat hanya memasang telinga sahaja.

"Bukan umi, Pak Su dan Mak Su sahaja yang terkejut. Pakcik Dani juga turut sama tergamam. Tidak sangka arwah Kak Ngah dan Danial menemukan kami semula. Suasana gembira tu tak dapat umi lupakan. Hasrat Danial untuk memperisterikan arwah Kak Ngah diusulkan sendiri oleh Danial kepada kami. Arwah Kak Ngah pun tak tahu dia nak datang. Masa tu arwah Kak Ngah sedang cuti semester." Kata-kata umi membuatkan aku tergamam. Gentleman. Dalam diam aku memuji lelaki itu. Kalau aku jadi arwah Kak Ngah pun aku cair.

"Beraninya...." Akhirnya perkataan itu terpacul dari bibir.  

"Dia datang bukan untuk berkenalan sahaja dengan kami tetapi dia datang untuk melamar arwah Kak Ngah sekali. Pak Su kamu tu siap test dia lagi. Disuruhnya budak tu baca Al-fatihah dan doa qunut. Siap rukun solat dan beberapa asas agama lagi ditanya kepada budak tu. Walaupun Danial tu anak kawan baiknya, namun itu tak bermakna kita terima sahaja bulat-bulat. Tiada laluan mudah. Lagipun soalan-soalan yang ditanya tu semuanya soalan asas. Jika tidak tahu jawapannya, maka memanglah seseorang itu tidak praktikkan kehidupan sebagai seorang muslim sejati." Jernih wajah umi ketika bercerita. Aku tahu dia juga sedikit terkilan Danial tidak dapat jadi menantunya. 

"Habis tu dia tahu tak baca doa qunut tu umi?" Soalku. Entah kenapa rasa macam..Hish, kau ni Bella..cubalah husnuzon sikit. Mulalah aku memarahi diri.

"Alhamdulillah..lancar." Umi siap angkat ibu jari lagi. 

"Memilih bakal suami ni haruslah dibuat betul-betul, Bella..Lina." Tegas bunyinya suara umi ketika ini.

Diam-diam aku akui, susah sebenarnya hendak berjumpa dengan lelaki seperti itu. Ada tu sampai dah nak kahwin, masih juga nak main sembunyi-sembunyi. Bila diajak jumpa dengan ibu dan bapa, mulalah beri pelbagai alasan. Takut ditemu duga agaknya. Takut sekiranya disuruh baca doa qunut atau ayat kursi. Memang tak boleh pakai.

"Itulah buktinya yang dia tidak main-main dengan arwah Kak Ngah kamu. Berani datang berdepan. Berani untuk mengambil langkah menghalalkan hubungan." Puji umi lagi. Aku pula tak tahu nak menganggukkan kepala atau tidak. Memang aku bersetuju dengan kata-kata umi tetapi kerana yang dipuji itu Danial Lee..keras sikit kepala ni nak menganguk.

"Patutlah umi senang-senang bersetuju dengan pilihan arwah Sumayya. Danial tu memang gentleman. Patutlah Arwah pun ikut  cadangan umi untuk berkahwin walaupun dia masih belum tamat belajar ketika itu." Kak Long yang tadinya diam kini mula bersuara. 

"Sebab arwah juga mahu menghalalkan hubungan di antara mereka. Kalau dah suka, nak tunggu apa Long? Semua itu boleh menyumbang kepada maksiat." Balas umi. Wajah Kak Long direnungnya seketika.

"Bolehlah dia ikut cakap umi..sebab Danial tak macam Syafiq buaya tu! Syafiq..bila Lina ajak kahwin, selalu aje dia buat helah.. Asyik-asyik tak bersedia..." Aku tahu hati Kak Long dah mula menggelegak. Ada keluhan yang terbit dari mulut umi.

"Bekas tunang kamu tu memang tidak jujur orangnya Salina. Sebab tu umi tak pernah berkenan dengan dia. Pak Su sendiri pernah terserempak dengannya bersama perempuan lain..cuma kamu aje tak nak percaya. Tapi umi bersyukur, akhirnya mata kamu celik jugak. Kamu nampak juga belangnya tu." Panjang lebar bebelan umi terhadap Syafiq.

"Lina tak sangka dia buat Lina macam tu.." Rintih Kak Long. Ada air mata kulihat bergenangan di dalam kelopak matanya.

"Kalaulah Lina tahu..tak ingin Lina ada apa-apa hubungan dengannya..Lina ni memang bodoh kan umi?" Wajah umi dipandang bersama linangan air mata. Tahulah aku hati Kak Long masih sakit. Dengan pantas umi menyeka air mata Kak Long dengan jemarinya.

"Sudahlah tu Salina..nasib baik kamu sedar tentang sikap buruknya tu sebelum berkahwin. Kalau dah kahwin baru kamu tahu tentang perangai buayanya tu, lagi haru. Sekarang ni lupakan tentang semua tu. Tak semua lelaki tu jahat.." Lembut kata-kata umi menampar gegendang telinga kami. Aku hanya diam sahaja sambil memasang telinga. Dalam diam aku sangat kasihankan Kak Long. Kepercayaan yang dikhianiati. Itulah tajuk cerita ini.

"Tapi Lina selesa hidup macam ni." Balas Kak Long yang sudah mula tersenyum. Aku tahu umi risau mendengar kata-katanya. Umi mesti takut Kak Long ingin menyendiri sampai bila-bila. 

"Salina..masih ada lagi lelaki yang baik. Salina setuju tak kalau umi jodohkan Salina dengan.."  Belum sempat ayat tersebut umi luahkan, Kak Long terus bersuara.

"Lina tak nak, umi..Lina tak mahu!" Tegas bunyinya walaupun nada suaranya tidaklah kuat mana. Ada riak kecewa kukesan pada wajah umi. Dengan perlahan-lahan aku menarik nafas dalam-dalam.

"Sampai bila Kak Long nak single..sorang-sorang macam ni?" Soalku.

"Kak Long tak pernah sorang-sorang. Kak Long ada Allah. Kak Long ada umi dan Bella. Siapa cakap Kak Long sorang-sorang? Kak Long mahu kukuhkan dulu hubungan Kak Long dengan Allah. Hati Kak Long dah hancur Bella..berkecai. Kak Long dah tak ada hati untuk lelaki. " Dengan bersungguh-sungguh ayat tu diucapnya. Terdiam seketika aku jadinya.

"Tidak mengapa Salina..perlahan-lahan. Umi setuju kalau Lina mahu merapatkan lagi hubungan Lina dengan Allah..malah umi gembira sangat. Cuma, perlahan-lahan nanti, cubalah buka hati untuk orang lain. Bukan semua lelaki macam Syafiq." Ujar umi sambil menggenggam lembut tangan Kak Long. Kemudian, umi kulihat merenung ke arahku pula.

"Salsabila.."

"Ye umi.." Ujarku.

"Anak umi yang bongsu ni dah ada pilihan hati?" 

Seumur hidup, sumpah ini kali pertama umi bertanyakan soalan itu kepadaku. Rasa janggal dan tidak selesa aku jadinya.

"Umi..! Mana ada. Umur Bella baru 22 tahun. Young and dangerous. Ada setahun lagi untuk tamatkan pengajian. Lepas grad Bella nak kerja. Lepas tu Bella nak kasi umi duit, pergi umrah, beli rumah, beli kereta..lepas tu Bella nak.." Belum sempat selesai berbicara tentang impian hidupku, umi sudah pun memotong.

"Bella..semua yang Bella senaraikan tu memang penting. Tapi, berkahwin juga dituntut oleh syarak. Bukankah dengan berkahwin Bella dapat pelihara iman dengan lebih baik lagi?" Soalan umi membuatkan wajahku berkerut. Kenapa dengan umi ni? Ahhh..sebab Kak Long, aku pulak terkena tempiasnya.

"Erm..Bella tahu. Tengoklah kalau ada jodoh." Akhirnya, acuh tak acuh aku menjawab.

"Kalau memang ada jodoh?" Soalan umi membuatkan aku sakit perut. Betul..ini bukan main-main..adusss..mesti sebab banyak makan tadi ni. Senak betul perut ni..

"Auchh..umi..Bella sakit perut. Ni mesti sebab makan banyak tadi.." Terus sahaja aku menekan bahagian perut dengan kedua-dua belah tangan. Dengan pantas aku bangun berdiri. 

Umi hanya mampu menggelengkan kepala sahaja saat ini. Kak Long pula siap ketawa lucu lagi melihat keadaanku. 

"Sumpah  umi..Bella dah tak tahan ni. Nanti kita sambung sembang lagi ye." Sebaik sahaja aku berkata begitu, aku terus memecut ke tandas. Itulah Bella..semua benda kau telan tadi. 

Soal jodoh tu, aku biarkanlah dulu. Bukan masanya untuk aku fikir. Oh well, when you stop searching for a prince, and make Allah your King, He will complete your fairytale. In syaa Allah.

***

Bab 14

Nasib baik cuaca tak panas sangat hari ni. Kalau tidak, bertambah menggelegaklah hati aku yang semakin membara. Lincah tanganku membetulkan kedudukan skirt labuh di badan. Wajah yang masam kini bertukar riak apabila sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapan mataku. Sempat lagi aku mencuri pandang ke kawasan sekitar stesen bas ini. Nasib baik tidak sunyi. Maklumlah, banyak betul kes culik akhir-akhir ini. Culik untuk diambil organ! Memang ngeri. Aku menjeling tajam sahaja ke arah cermin di bahagian penumpang yang diturunkan oleh pemandu kereta tersebut. Lama juga dia merenung ke mari membuatkan aku tidak senang duduk. Terus sahaja aku bangun berdiri. 

"Salsabila."

Wajah kukerutkan sambil merenung ke arah kereta tersebut dengan lebih tajam. Ish...betulkah dia panggil nama aku? Entah-entah hanya ilusi. Lagipun aku tidak ada rakan atau saudara yang berkereta Honda Accord hitam. Ah, baik aku tunggu teksi dekat depan  kedai  tu. Ramai juga orang di situ. Dengan pantas aku mencapai dua buah plastik berisi bekas yang penuh dengan kimchi di atas bangku panjang ini. Kemudian,  laju sahaja kakiku melangkah ke arah kedai tayar yang terletak beberapa langkah di hadapan sana. 

"Salsabila..Bella!"

Langkah kaki kuhentikan seketika. Dapat kudengar namaku disebut dengan jelas oleh orang yang berada betul-betul di belakangku. Rasanya bukan ilusi dah ni. Terus sahaja aku menoleh. Nasib baik tak terlepas kedua-dua buah plastik berisi bekas yang penuh dengan kimchi di tangan kiri dan kanan saat ini. Ya Allah, kenapa aku tak perasan tadi?

"Encik Faris!" Nama itu terus terkeluar dari bibir apabila susuk tubuh Encik Faris Hardy benar-benar berada di hadapanku sekarang.

"Ya Allah..betullah naluri saya. Dari jauh tadi saya dah nampak Bella sebenarnya. Cuma saya kurang pasti. Yes, I was right!" 

Amboi, seronok benar nampaknya lelaki ini berbicara. Gembira betul dia kerana terserempak dengan aku di sini. Dialah yang gembira. Lain pula halnya dengan aku.

"Err..Encik Faris nak ke mana ni?" Soalku cuba berbahasa basi. Mata pula liar memandang ke arah jalan raya. Wahai teksi, cepatlah kau tiba!

"Saya baru balik dari rumah kawan. Tak ada aktiviti pun hari ni." Ujarnya sambil tersenyum senang. Erkk..kenapa ayatnya tu macam nak kasi hint je? Tak ada aktiviti? Habis tu? Apa kena-mengena dengan aku?

"Ooo.." Hanya itu sahaja yang mampu untuk kuucapkan. Hati masih lagi berdoa supaya teksi cepat tiba.

"Awak pula nak ke mana?" Soalnya. Anak mata Encik Faris kulihat berlari memandang ke arah kedua-dua buah beg plastik yang dijinjing oleh tanganku. Berat tau kimchi-kimchi ni! Sampat berbirat merah tapak tangan dah ni.

"Highview West Building." Jawabku pendek. Cepatlah datang teksi oiii! Dari riak wajah Encik Faris, aku sudah tahu ayat seterusnya yang akan diucapkan.

"Jomlah saya hantarkan."

Haaa dah kuagak! Adoi..! Dengan pantas aku menggelengkan kepala.

"Ehh..takpe lah..saya boleh tunggu teksi aje.." Terus sahaja aku menolak ajakannya. Teksi ni pun satu, bila tidak tunggu, bersepah-sepah datang. Bila tunggu, tak nampak bayang pulak

"Bukannya jauh pun..20 minit aje dari sini. Jom saya hantarkan." 

Encik Faris memang tak faham Bahasa Melayu agaknya. Terus sahaja kedua-dua buah beg plastik di tanganku dicapainya. Ikutkan hati, mahu sahaja aku berkeras dan menarik plastik tersebut. Namun aku terpaksa juga lepaskan apabila jari si lelaki tak faham bahasa ini sudah tersentuh sedikit jariku. Pfftft! 

"Erm..okaylah." Akhirnya aku mengalah. Dia pula tersenyum puas.

"Jom.." Ajak lelaki yang memakai t-shirt lengan panjang berwarna merah ini. 

Aku hanya mengikut sahaja jejak langkahnya. Dia kemudiannya meletakkan dengan cermat bekas-bekas berisi kimchi itu di bahagian belakang kereta. Aku pula, sempat lagi aku mengerling ke arah jam yang melekat di tangan sebelum masuk ke dalam perut kenderaan. Tepat pukul 11:30 pagi! Jamuan tu akan mula pukul 12:15 tengahari nanti. Alamak, sempat ke? Aku terlewat hidupkan telefon bimbit tadi. SMS dari Kak Long aku baca pukul 10 : 45 pagi tadi. Bagai lipas kudung  aku bersiap. Pandangan kuhalakan ke luar tingkap kenderaan yang sudah mula bergerak. 

Kak Long..Kak Long! Geram betul aku. Mana tidaknya, aku pulak yang harus bawa kimchi ni ke pejabatnya! Tak suka betullah. Gara-gara terlebih kalut pagi tadi, dia terlupa membawa kimchi ke pejabat untuk dihidangkan semasa jamuan tengahari nanti. Awal pagi tadi, umi, Pak Su dan Mak Su minta Kak Long hantarkan mereka ke stesen bas dengan tiba-tiba. Ada kematian jiran yang paling rapat dengan mereka di kampung. Pak Su dan Mak Su memang berjiran dengan umi di Kedah. Dua buah rumah dalam satu pagar. Begitulah rapatnya kami dengan keluarga Pak Su. Sepanjang di Pulau Pinang ini, Pak Su menetap di rumah Abang Idham, anak sulung Pak Su yang kini sedang menyelesaikan pengajian peringkat PhD di UK. Kunci rumah yang kosong itu diserahkan kepada Pak Su dan di situlah mereka menginap apabila datang ke Pulau Pinang ini. 

"Bella sihat?"

 Soalan itu benar-benar mematikan lamunanku. Sebaris senyuman kuhadiahkan sebelum bersuara.

"Alhamdulillah.." Ujarku.

"Buat apa nak ke Highview West Building tu?" Lelaki yang sedang memfokuskan pandangan ke arah jalan raya itu bertanya.

"Hantar kimchi ni kat Kak Long. Hari ini pejabatnya ada buat jamuan sikit. Jadi, saya diupah untuk buat kimchi." Jawabku dengan jujur. Terus sahaja matanya berlari ke arahku untuk seketika. Bibirnya mengukir senyuman.

"Wow..impressive. Bila agaknya saya boleh rasa kimchi yang awak buat ye?" Aku hanya ketawa kecil sahaja mendengar soalannya itu.

"Kenapa tak reply email-email saya?" 

Mati terus senyuman di bibir mendengar soalan tersebut. 

"Alamak Encik Faris..saya memang tak sempat langsung buka email sepanjang cuti ni." Jawabku dengan jujur. Sememangnya email bellabellabella@gmail.com itu jarang dibuka olehku dan sebab itulah aku berikan email tersebut kepadanya. 

"Sibuknya awak..sampai  tak sempat nak check email." Ada nada jauh hati dapat kukesan di situ. 

"Aa..busy la jugak..maklumlah busy buat kimchi.." Tak tahu dah jawapan macam mana harus kuberikan. Kelat terus terasa mulut. Terus sahaja aku mengerling jam di tangan. Sabar Bella..5 minit lagi sampailah!

"Banyak ke dapat tempahan?" Tempahan? Adoiii..

"Ooo..adalah sikit-sikit.." Selamba sahaja aku menjawab. Gaya jawapan macam usahawan sangat! Telefon bimbit yang berdering menyebabkan perbualan kami terhenti untuk seketika. Kak Long rupanya!

"Assalamualaikum Kak Long.."  Aku memberi salam.

"Waalaikumussalam my beautiful Bella." 

Amboi, mentang-mentang mintak tolong aku. Terus ditambah perkataan beautiful di hadapan namaku.

"Bella dah sampai ke?" Kalut betul nada suaranya itu. 

"Belum lagi. Lagi 5 minit Bella sampai, in syaa Allah."  Ujarku.

"Bagus! Thank you my beautiful Bella! Kak Long baru habis meeting ni. Bella bawak naik atas  tau kimchi tu. Tingkat 19. Kak Long tunggu kat sini." 

Ini boleh menimbulkan marah! Tangan yang hendak menggaru kasar kepala tidak jadi untuk berbuat demikian. Ikutkan hati, mahu sahaja aku protes tapi aku masih sedar yang Encik Faris berada di sebelahku.

"No, Kak Long. Tolong datang ambil kat bawah.." Dengan tegas aku berkata begitu. Namun nada suara kukawal serendah mungkin.

"Ala Bella..Kak Long minta maaf tetapi Kak Long busy sangat kat atas ni. Bella datang je. Kak Long tunggu kat sini." 

Geramnya! Grrr! Tak guna nak bertekak dengan Kak Long. Aku tahu dia tetap akan meminta aku untuk menghantarnya ke atas juga. Apabila terpandangkan wajah Encik Faris yang sedang merenung ke arahku, terus sahaja aku bersuara.

"Okay..okay. Bella okay je hantar kat atas. Lagipun Kak Long nak lunch dengan Bella kan hari ni? Okay set!" 

Sengaja aku berkata begitu. Aku tidak mahu Encik Faris hantar aku balik pula nanti. Ataupun silap-silap haribulan hendak diajaknya pula aku makan. Aku kenal sangat dengan dia.

"Apa yang kau mengarut ni dik? Haruslah Kak Long lunch kat sini." Ujar Kak Long sedikit pelik. Aku pula terus ketawa kecil.

"Okay Kak Long. Kita jumpa kejap lagi. Bye. Assalamualaikum." Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus mematikan talian. Kepala kutolehkan ke arah Encik Faris.

"Kak Long saya..nak ajak lunch sekali sekejap lagi." Ujarku bersama senyuman di bibir.

"Ohh..tak dapatlah kita lunch sama-sama hari ni.." Riak kecewa terpamir jelas di wajahnya. Fuhhh nasib baik aku cepat bertindak!

"Nampaknya macam tu la..maaf sangat. Kak Long dah ajak dulu.." Jawapanku hanya mengundang senyuman tawar sahaja di bibir lelaki itu.

"It's okay..next time perhaps?" Soalannya memaksa aku untuk tersenyum.

"Aa...yes yes..why not.." 

Why not konon! No way Encik Faris..no way. Itu jawapan yang betul. Lega hatiku apabila kereta membelok ke kanan dan memasuki ruangan bangunan Highview West.

"Okay dah sampai."  Ujarnya apabila kereta diparkirkan cantik betul-betul di hadapan bangunan. 

Kami sama-sama keluar dari kenderaan setelah enjin kereta dimatikan. Dia aku lihat terus sahaja membuka pintu kereta di belakang dan dua plastik berisi bekas-bekas yang penuh dengan kimchi dikeluarkannya. Terus sahaja aku melangkah mendekati Encik Faris. 

"Encik Faris..saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi hantar saya kat sini. Tentang email tu, nanti balik saya check. Kay?"  Ujarku. 

"No problem." Dia tersenyum manis.

Jauh di lubuk hati,  aku berterima kasih kepadanya kerana sudi menumpangkan aku ke sini. Maklumlah memang takde teksi langsung tadi.

Kedua-dua belah tangan kuhulurkan dan aku cuba mencapai plastik-plastik yang dijinjingnya namun dia tidak mengendahkan perbuatanku itu.

" Jom." Ujarnya yang sudah mula melangkah. Aku pula masih termanggu-manggu di sini.

"Eh..Encik Faris..kenapa ni?" Soalku sambil mengejar langkahnya.

"Kenapa apa?" Soalnya pula. Hatiku mulalah panas ni.

"Encik Faris nak ke mana ni?" Seperti orang bodoh aku bertanyakan soalan itu. Tudung yang ditiupkan angin kubetulkan dengan sebelah tangan.

"Jom saya temankan awak." Dengan selamba dia berkata begitu.

"Alahai..tak payah..tak payah. Seriously. Lagipun saya tak nak Kak Long salah sangka." Beriya-iya aku berkata begitu. Dia pula dengan pantas menggelengkan kepala. 

"Nope Bella. This time saya tak akan berkompromi. Lagipun berat sangatlah bekas berisi kimchi ni Macam mana awak boleh bawak kedua-duanya seorang diri?" Soalnya dengan sangat prihatin. Aku pula terus menggelengkan kepala.

"Ringannnn aje tu. Betul. Berilah bekas-bekas tu kepada saya.." Rengekku namun tidak juga diendahkannya. Kami sama-sama memasuki ruang lobi saat ini. 

"Encik Faris baliklah dulu. Nanti saya reply email encik.." Serius nada suaraku ketika ini namun tidak juga mampu untuk menghentikan langkahnya. Kami sekarang berada di hadapan lif.

"Tingkat berapa?"

"19." Dengan wajah yang masam mencuka aku menjawab. Ya Allah geramnya aku! 

Dengan perasan yang sebal aku mengekori langkahnya masuk ke dalam lif yang kosong. Tiba-tiba terasa gatal pula bahagian atas kepala. Seperti ada jarum halus yang menggaru kulit kepala. Semakin lama semakin kuat cengkaman tersebut menyebabkan kepalaku semakin gatal. Suara ketawa Encik Faris menyebabkan aku terus menoleh ke arahnya.

"Bella. Awak berdiri diam-diam tau." Ujarnya yang masih lagi ketawa kecil. Kemudian, dia terus meletakkan kedua-dua plastik berisi bekas kimchi di atas lantai lif. Serentak dengan itu juga dia merapatkan diri sedikit padaku.

"Ada belalang kunyit atas kepala awak!"
Mendengar sahaja kata-katanya, kedua-dua belah tanganku terus menggenggam hujung baju t-shirt Encik Faris  dan meronta-meronta.

"Arghhhhh! Tolong buangkan..tolong buangkan belalang tu. Saya takut belalang!!"

 Mata kupejamkan dengan rapat sambil menjerit ayat tersebut. Memang aku geli dengan serangga! Tambah-tambah yang boleh terbang. Lipas terbang, belalang kunyit, pepatung! Semua itu boleh bikin hilang keayuan yang ada pada diriku. Seperti sekarang ini.

"Dah..saya dah tangkap belalang tu..Don't worry.." Ujarnya. Terus sahaja aku membuka mata. Encik Faris menggawangkan sebelah tangannya yang dikepal rapat. Lega rasa hati. Geli geleman aku jadinya! Pasti si belalang ada di dalam itu. Baru sahaja ingin melepaskan hujung baju Encik Faris, pintu lif terbuka dan bulat mataku bertikaman dengan pemilik mata lelaki yang baru sahaja melangkah masuk itu. Terus sahaja aku melepaskan hujung baju Encik Faris. Matanya masih lagi merenung tajam wajahku.  

"Excuse me. Kalau nak buat maksiat, di sini bukan tempatnya." Sinis sekali ayat tersebut menghiris telingaku. Terdiam aku seketika. Gilalah dia ni! Aku terus sahaja menjinjing semula kedua-dua buah beg plastik berisi kimchi dan kemudian aku bersuara.

"What? Eh hello Encik Danial Lee..makan boleh sebarang makan. Cakap tu hati-hati sikit ye. We didn't do anything." Balasku dengan geram. Dia dengan wajah yang kerek buat bodoh aje terhadap apa yang aku katakan itu.

"Awak kenal dia?" Bisik Encik Faris. Tegang kulihat wajah lelaki ini. Apa hal pulak dia ni? Ada nada tak puas hati  dalam nada suaranya tadi. Belum sempat aku menjawab, Encik Faris terus menoleh ke arah Danial Lee yang berada di hadapan kami.

"Bro..it wasn't like what you are thinking. Girlfriend saya ni takut belalang. Tadi ada belalang bertenggek atas kepala dia." 

Girlfriend???! Aku melangkah berdiri di sebelah Danial. 

"Listen here..saya bukan girlfriend dia..we are just friends! Kawan..kenalan! Bukan girlfriend." Terus sahaja aku bersuara. Encik Faris ni memang menguji kesabaran betul! Ada senyuman sinis dipamerkan lelaki kacukan korea dan melayu ini.

"Do I look like I care?" Bisiknya dengan kasar dan serentak dengan itu juga pintu lif terbuka. Dia kulihat menonong aje keluar tanpa mempedulikan aku dan Encik Faris. 

"Encik Faris ni..kenapa cakap dengan dia saya ni girlfriend encik??" Soalku apabila kami sama-sama melangkah keluar dari lif. Aku tidak mahu berita itu sampai ke telinga Pakcik Dani. Kalau Pakcik Dani beritahu Pak Su yang aku sudah ada teman lelaki, bagaimana? Masalahnya fakta itu salah!! Kalau betul, lainlah ceritanya.

"Saja." Selamba sahaja bersuara menyebabkan aku menjadi semakin geram. Sebelah tangannya masih menggenggam belalang kunyit tersebut. Janganlah belalang tu koma atau pengsan.

"Isk..saya tak sukalah! Thank you anyway sebab hantarkan saya.." Bersama wajah yang masam aku berkata begitu. Menyedari yang langkahku diekorinya, aku terus berpaling.

"Jangan ikut saya! Saya tak mahu Kak Long salah sangka!" Ujarku dengan sangat tegas. Ton suara juga naik satu oktaf dari selalu. 

"Okayy fine!" Ujar Encik Faris yang kulihat melangkah beberapa tapak ke belakang.

Aku pula tanpa menunggu dengan lebih lama, terus sahaja menuju ke arah Kak Long sebaik sahaja terlihat kelibat gadis itu betul-betul di hadapan pintu ballroom. Dia yang juga terpandang ke mari, terus sahaja menggamit tangan ke arahku. 

Rasa tidak selesa pula apabila melihat semua yang berada di sini berpakaian seperti ahli korporat. Yang lelakinya segak bersama kot di badan manakala yang wanitanya pula, kelihatan sangat anggun. 

"Bella! Ya Allah..ingatkan Bella tak datang tadi." Di bawah lampu warna kuning yang menyirami kami, dapat kulihat riak lega pada wajah Kak Long. Dia kemudiannya berbisik halus di telingaku.

"Jom kita ke pantry." Ujar Kak Long.

"O..okay!"

Aku terus sahaja mengangukkan kepala. Kami kemudian melangkah masuk ke dalam ballroom yang sudah pun dihias cantik dan  diatur dengan kerusi dan meja ini. Mata yang meliar di sekitar kawasan ini tiba-tiba mendarat pada tubuh tegap milik Danial di bahagian tengah ballroom. Asyik betul dia berbual bersama seorang gadis sambil tersenyum mesra. Kalau dengan aku, jangan haraplah! Aku terus melajukan langkah menuju ke pantry.

Pantry bersaiz kecil yang letaknya di bahagian hujung ballrom ini agak bersih dan kemas.  Kak Long terus sahaja mencapai 6 biji pinggan kosong dan aku pula mencedok kimchi ke dalam pinggan-pinggan ini dengan cermat. Sebuah bekas kecil berisi biji bijan kubuka dan aku mula menaburkan kimchi-kimchi ini dengan biji bijan.  

"Dah siap kan?" Soal Kak Long. Kepala kuanggukkan dengan pantas. Kemudian, Kak Long terus sahaja memanggil Mei Lian dan beberapa orang kawannya ke mari. Pinggan berisi kimchi kemudiannya dicapai oleh mereka dan dibawa keluar dari sini.

"Bella." Aku merenung ke arah Kak Long yang berada betul-betul di hadapan pintu pantry.

"Hmm?" Soalku sambil mengulum senyuman. Bukan apa, rasa seronok pula apabila kimchi yang dimasak olehku akan dihidangkan kepada mereka sebentar lagi. 

"Jangan balik dulu tau. Kejap lagi kita lunch sama-sama kat luar." Ujar Kak Long sambil mengenyitkan matanya. 

"Kak Long tak join majlis ni?" Soalku sedikit hairan.

"Tak kut. Seganlah. Lagipun yang join ni semuanya orang-orang atasan dan pegawai-pegawai senior. Bagi Kak Long 15 minit" Jawab Kak Long.. Terus sahaja aku megangukkan kepala.

"Okay..Bella tunggu kat sini." Ujarku yang terus melabuhkan punggung di atas kerusi. Nasib baik ada games dalam telefon bimbitku. Dapat juga hilangkan boring sementara menunggu Kak Long.

 Setelah 5 minit berlalu, dapat kudengar dengan jelas suara penuh yakin milik Danial bergema di dalam ballroom.

"Hi everyone. As a CEO, I'm truly thankful to each and every one of you. I can tell every person here is commited to help keep this company going strong and it's really inspiring to see." 

Itulah ucapan awalnya yang mampu untuk membuatkan aku memasang telinga untuk mendengar sehinggalah ke ayat terakhir. Aku pasti sebaik sahaja Danial habis berucap tadi, mereka sudah mula menjamu selera. Jam di tangan kukerling. Sudah 15 minit berlalu. Apabila pintu dibuka, aku amat pasti Kak Long yang masuk ke sini. Terus sahaja aku bangun berdiri. Namun, ternyata aku silap! 

Danial Lee yang sedang berdiri di hadapanku. Tergamam aku seketika apabila matanya kelihatan berair.  Terus sahaja aku mengekori langkahnya ke sinki. Dia kulihat membasuh muka beberapa kali. Dapat kulihat dengan jelas bahagian wajahnya menjadi sangat merah dan ditumbuhi ruam-ruam halus. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Kawasan keliling bibirnya juga sudah mula bengkak sedikit. Terkejut besar aku jadinya.

"Awak! Saya rasa awak alergi something ni." Dengan cemas aku berkata begitu. Dia pula terus sahaja membentak.

"Mind your own business."

Aku masih lagi mengekori gerak langkahnya. Ke kiri dia bergerak, ke kiri juga aku mengekor. Ke kanan dia melangkah, ke kanan juga aku mengejar. Bukan apa, keadaan wajahnya tu sudah semakin teruk. 

"Listen here. Awak mesti ke klinik sekarang. Awak tahu tak, muka awak dah bengkak-bengkak? Sebelum melarat baik awak ke klinik!"  Dengan tegas aku berkata begitu. Tiba-tiba sahaja aku  ternampak bentuk seperti kunci di dalam poket seluarnya. 

Ada debaran di dada saat ini namun,aku  tidak tahu kenapa aku seberani ini. Terus sahaja aku menyelukkan tangan ke dalam poket seluarnya. Memang benar, kunci keretanya kini sudahpun berada di tanganku. Terus sahaja aku bergerak ke arah pintu pantry.

"Heyy! Ke mana kau nak bawa kunci kereta aku tu?" Jerkahnya sedikit kuat namun aku pasti mereka yang berada di luar tidak dapat mendengar kerana muzik dipasang agak kuat juga.

"Jom ikut saya!" Dengan selamba aku berkata begitu. 

"Bella! Jangan cabar kesabaran aku. Give me back my key!!"  Tempiknya lagi, membuatkan aku gerun. Terus sahaja aku membuka pintu. Mampu juga aku tersenyum kerana buat pertama kalinya, dia menyebut namaku. 

"Come and get it yourself!" Ujarku sebelum melangkah keluar.

***

Thank you so much pada yang sudi baca dan berikan komen :) pada silent readers pun, terima kasih juge :) in syaa Allah bab 15 will see you lovelies tomorrow night :)